parlimen ketujuh seventh parliament · waktu mesyuarat dan urusan yang dibebaskan daripada...

79
Jilid 1 Bil. 33 Hari Rabu 9hb Disember, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL PERTAMA First Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAG1 PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 45531 RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 1988 [Ruangan 46111 USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR HAJlMOKHTARSHAMSUDD1N.JSD.SMT.SMS.SMP.KMN.PIS KETUA PENGARAH 1988

Upload: others

Post on 25-Sep-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

Jilid 1 Bil. 33

Hari Rabu 9hb Disember, 1987

M A L A Y S I A

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL PERTAMA First Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAG1 PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 45531

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 1988 [Ruangan 46111

USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

HAJlMOKHTARSHAMSUDD1N.JSD.SMT.SMS.SMP.KMN.PIS KETUA PENGARAH

1988

Page 2: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

MALAYSIA

PARLIMEN KETUJUH DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG PERTAMA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUK BENEDICT STEPHENS, P.s.M., s.P.D.K., B.E.M. (Dilantik)

,, Timbalan Yang di-Pertua, DATUK ABANG HAJI AHMAD URAI BIN

DATUK HAKIM ABANG HAJI MOHIDDEEN, P.N.B.s., J.B.s., A.M.N., A.B.S. (Sarawak).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TUAN HAJI HUSSEIN BIN AHMAD (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, TUAN MOHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

LT. KOL. (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, s.M.s., K.M.N., P.I.S. (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI LATIF (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL MAJID BIN HAJI ABDULLAH (Johor).

TUAN HAJI ABDUL MANAP BIN HASHIM (Kedah).

TUAN HAJI ABU BAKAR BIN LAJIM, K.M.N. (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

PUAN HAJJAH AZIZAH BINTI HAJI MOHD. SAID, P.J.K. (Dilantik).

TUAN AZMAN ATAR BIN OTHMAN (Dilantik).

TUAN AZUMU BIN TAK (Perak).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah).

TUAN CHAN CHOONG TAK (Dilantik).

TUAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (Perlis).

TUAN DOUGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

TUAN FOO BOON LIANG (Pahang Darulmakmur).

PUAN HABIDAH BINTI JUSOH alias Yusor: (Terengganu).

TUAN HAJI HAMID ARABY BIN MD. SALIH (Pulau Pinang).

TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN HAJI IBRAHIM BIN HAJI UJANG, P.P.N., P.J.K. (Negeri Sembilan).

TUAN HAJI JAAFAR BIN HARON (Dilantik).

Page 3: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4547 9 DISEMBER 1987

Yang Berhormat TUAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).

, , TUAN KOH IM PIN (Negeri Sembilan).

, , TUAN C. KRISHNAN (Dilantik).

, . TUAN LAU KENG SIONG alias JOSEPH LAU KENG SEONG, K.M.N., A.M.N., P.I.S. (Johor).

, PUAN LAW JACK YOON (Dilantik).

, , TUAN LIM HENG TEE (Pulau Pinang).

, , DATO MAK HON KAM, D.P.M.P., J .M.N. (Dilantik).

, , PUAN MAZIDAH HAJI ZAKARIA (Dilantik).

, , TUAN MOHD. NOOR BIN BEDAH, P.J. K. , P.J.B. (Periis).

, , TUAN MOHD. WAJDI BIN DATO' HAJI ISHAK (Dilantik).

, , TUAN MUSTAFA BIN AWANG (Terengganu).

, , DATUK HAJI NASIR BIN HAJI MANAP, D.M.s.M., D.s.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

,, TUAN NG PENG HAY (Melaka).

, , DATO DR K. S. NIJHAR, s.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

, , CIK NORANI BINTI HAJI BELUAH alias HAJI HITAM (Pahang Darulmakmur).

, , DR NORDIN SELAT (Dilantik).

, , TUAN PARAMJIT SINGH (Dilantik).

I , TUAN G. RAJOO (Dilantik).

, , PUAN HAJJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

,, PUAN ROKIAH alias MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

, , PUAN HAJJAH ROSNAH BINTI HAJI MOHD. SALLEH (Dilantik).

, , PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHD. AKIM (Dilantik).

, , TUAN M. SANGARALINGAM (Dilantik).

, , TUAN HAJI SHAHAROM BIN HAJI MAASOM, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

, , TUAN A. SHAIK DAWOOD ABU BAKAR alias A. S. DAWOOD, K.M.N., A.M.N., P.J.M., P.J.K., J.P. (Dilantik).

, , TUAN HAJI SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N., P.C.K. (Dilantik).

, , TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Dilantik).

, , TUAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

, , DATO TAN PENG KHOON, s.P.M.J., s.s.I.J., J.M.N. (Dilantik).

, , TUAN TIONG HIEW KING, P.B.S. (Dilantik).

Page 4: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4549 9 DISEMBER 1987

Yang Berhormat PUAN VALLI MUTHUSAMY (Dilantik).

, 3 TUAN WONG KIE YIK (Dilantik).

Page 5: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Abdul Rahim bin Haji Abu Bakar, J . s .D. , s .A.P. , K .M.N. , P.B.S. , P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A . M . N

Penolong Setiausitha: Abdullah bin Abdul Wahab.

BAHAGlAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Haji Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahusan Parlimen:

Haji Abdul Rahman bin Haji Abu Samah.

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Hajjah Juliah binti Awam.

Supiah binti Dewak.

Ismaii bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Naim.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., B.s.D. , P .J .K.

Page 6: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Rabu, 9hb Disernber, 1987

Mesyuarat dimulakan pada pukul2.30 petang

DOA Tukun-tukun tiruan ini dibina di kawasan perairan pantai

(Tuan Yang di-Pertua mem- terutamanya bagi negeri-negcri pengerusikan Mesyuarat) yang mengalami kemerosotan

sumber yang amat ketara. Negeri-negeri dan jumlah tukun

JAWAPAN-JAWAPAN tiruan yang akan dipasang di

MULUT BAG1 tiap-tiap negeri adalah seperti

PERTANYAAN- berikut:

P E R T A N Y A A N Negeri Bil. Tukun

Kedah . . . . 5 buah

TUKUN TIRUAN-PEMASANGAN Pulau Pinang . . 4 buah

1. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) jumlah bilangan pemasangan tukun tiruan dengan menggunakan tayar buruk dan nama tempat serta negeri berkenaan;

(b) berapa banyakkah jumlah tayar telah digunakan untuk pemasangan tukun tiruan serta jumlah tayar diperlukan lagi untuk pemasangan tukun tiruan selanjutnya; dan

(c) nyatakan jumlah pikul hasil tangkapan ikan melalui pemasangan tukun tiruan jika ada.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' Alexander Yu Lung Lee): Tuan Yang di-Pertua:

(a) Jumlah tapak-tapak tukun tiruan yang akan dipasang ialah 53 buah dan tiap-tiap tapak mengandungi 28,000 tayar.

Perak . . . .

Selangor . .

3 buah

1 buah

Melaka . . . . 1 buah

Johor . . . . 11 buah

Pahang . . . . 11 buah

Terengganu . . 12 buah

Kelantan . . 5 buah

Jumlah . . 53 buah

Nama-nama tempat di tiap-tiap negeri akan saya kemukakan secara bertulis kerana ianya terlalu panjang untuk dibacakan di sini.

(b) Jumlah tayar yang dikehendaki untuk memasang 53 buah tukun tiruan itu ialah 1,484,000 tayar dan sehingga 30hb November tahun ini sejumlah 814,004 tayar berjaya dikumpul. Ini bermakna sebanyak lebih- kurang 900,000 tayar lagi masih diperlukan.

Page 7: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

(c) Setakat ini kajian kuantitatif biomass ikan sedang dilaksanakan bagi menentukan kekesanan tukun berkenaan. Oleh kerana projek pembangunan tukun tiruan di bawah Rancangan Malaysia Kelima hanya bermula akhir tahun 1986, maka kesan tukun tiruan terhadap hasil tangkapan masih belum dapat ditentukan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada maklumat- maklumat yang diterima, nelayan pantai telah memperolehi hasil tangkapan yang menggalakkan daripada . kawasan tukun tiruan jika dibandingkan dengan masa sebelum tukun dibina. Jabatan Perikanan sedang mengawasi perkembangan ekosistem tukun tiruan tersebut penyelidikan ke atas sumber perikanan. Bagi maksud itu satu projek pengawasan sumber tukun tiruan telah pun disediakan di bawah pinjaman Asia Development Bank dengan peruntukan sebanyak US$1,739.000.00.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya ingin mendapat tahu, daripada satu-satu buah tukun tiruan yang sudah dipasang itu berapa bulan ikan bertelur dan membesar di situ; dan kedua, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar, saya tahu di Kuala Besut ada satu bangunan yang sudah penuh dengan tayar-tayar yang hendak dibuat tukun tiruan itu. Mengapa dibiarkan begitu sahaja dan tidak diturunkan ke laut?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, berapa bulan ada diperlukan bagi ikan-ikan untuk dibesarkan atau ditingkatkan di satu- satu tukun. Ini tidak boleh ditentukan,

sebab ia bergantung dari tempat ke tempat, tetapi sekurang-kurangnya 11/2 tahun sehingga 2 tahun. Berkenaan dengan tayar yang dikutip di Kuala Besut, saya tidak mendapat satu laporan mengenai bilangan tayar yang dikutip di situ. Sebab mengapa tayar ini belum diturunkan ke dalam laut ialah mungkin kos perbelanjaan belum diperolehi, peruntukan belum didapati atau kos pengangkutan belum didapati.

Puan Mazidah Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan tambahan saya, secara purata berapakah agaknya yang perlu dibelanjakan, secara anggaran, bagi tiap-tiap satu pernasangan tukun tiruan ini dan di mana-mana tukun ini telah pun dipasang, ada atau tidak kes-kes berlakunya pencerobohan daripada nelayan-nelayan asing dan juga adakah projek-projek yang sama dari segi pemasangan tukun-tukun tiruan ini yang dilakukan juga oleh negara- negara yang berjiran dengan kita, terutama sekali Thailand dan Indonesia umpamanya?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, jumlah peruntukan untuk melaksanakan projek ini saya tidak ada. Saya harap Ahli Yang Berhormat boleh memberi notis. Sehingga sekarang kami sudah memberikan 414,000 tayar dan perbelanjaan yang sudah dibuat ialah berjumlah $1,334,061.

Berkenaan dengan pencerobohan nelayan-nelayan asing, ini memang tidak ada sebab tukun-tukun ini dekat dengan pantai dan bot-bot asing tidak campur dekat kawasan pantai. Berkenaan dengan negara-negara jiran, saya tidak mendapat laporan mengenai negara-negara jiran yang ada memasang tukun tiruan ini, tetapi mengikut kajian yang kita dapati dari Bank Dunia atau World Bank, tukun tiruan ini ada dipasang di Hawaii, Virgin Island, Bermuda, Florida dan Puerto Rico.

Page 8: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

Tuan Yang di-Pertua: Satu lagi.

Puan Rokiah binti Zainuddin: Soalan tambahan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan beribu-ribu tayar yang digunakan sebagai tukun tiruan. Apa yang hendak saya tahu ialah sumbangan orang ramai, kerana saya difahamkan bahawa Kementerian Pertanian ada memohon sumbangan tayar lama daripada orang ramai. Soalan saya, saya ingin tahu berapa banyakkah tukun tiruan yang disumbang oleh rakyat kita?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian saya mengutip tayar daripada semua rakyat. Siapa yang ada tayar yang hendak dibuang, kita boleh mengutipnya dan saya rasa sumbangan ini bayak daripada orang ramai. Kalau kita mengikut tiap-tiap negeri, kita pun ada dapat daripada tiap-tiap negeri dan bukan sahaja daripada satu negeri atau satu tempat.

INDUSTRI KAMPUNG

2. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan sejauh manakah industri kampung dapat dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali): Tuan Yang di-Pertua, Program Industri Kampung akan terus dilaksanakan selagi ada minat dan kesanggupan masyarakat kampung menceburkan diri dalam bidang ini. Walau bagaimanapun untuk tahun 1988, Kementerian akan melaksanakan program ini melalui satu pendekatan baru bagi menghasilkan:

(ii) projek-projek yang boleh mewujudkan hubungkait (linkages) dengan perusahaan lain di kampung-kampung; dan

(iii) projek-projek yang benar- benar boleh menjadi asas kepada perubahan sikap masyarakat kampung bagi meningkatkan amalan budaya- niaga di kalangan masyarakat di luar bandar.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua. soalan tambahan. Tentang industrl kampung pada masa sekarang dilaksanakan di kampung-kampung tradisi. Adakah ini benar dan adakah Kementerian ataupun Kerajaan berhasrat akan melaksanakan industri kampung ini di kampung-kampung baru?

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya di Kementerian Pemba- ngunan Negara dan Luar Bandar ada dua Program Industri Kampung. Satu, program yang dilaksanakan oleh Bahagian Industri Kampung dan satu lagi program yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat Pembangunan dan Pemasaran Industri Kampung.

Program yang dilaksanakan oleh ~ a h a $ a n - lndustri Kampung disalurkan melalui Jabatan KEMAS dan sudah tentulah ia memberi kesempatan kepada penduduk- penduduk yang datang daripada kampung- kampung tradisional kebanyakannya, untuk memohon pro jek-projek ini. Bagaimanapun untuk projek yang disalurkan melalui Syarikat Pembangunan dan Pemasaran Industri Kampung, ini boleh disalurkan ke kawasan kampung-kampung baru yang ada di kawasan luar bandar.

(i) projek industri kampung yang lebih berdaya maju, mampu Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di- bersaing dan terus Pertua, sejauh manakah industri berkembang; kampung itu membantu mewujudkan

Page 9: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4559 9 DlSEMBER 1987 4560

peluang pekerjaan kepada rakyat kita dan bolehkah industri itu rnenggantikan beberapa barangan import yang boleh dimajukan oleh industri kampung itu?

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: 'Tuan Yang di-Pertua, setakat ini Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah meluluskan sejumlah 1.240 projek industri kampung sehingga 31hb Julai, 1987. Pecahannya adalah seperti berikut:

Burltuun Projek

Perseorangan . . . . . . 1.018 Kelompok . . . . . . . . 192 Koperasi lndustri Kampung 30

Sebagaimana data di atas sambutan adalah menggalakkan. Peruntukan yang telah dikeluarkan berjumlah $11,271,409 dan setakat yang telah saya sebutkan tadi kita dapati bahawa projek-projek ini walaupun tidak hapat -mengadakan, dengan izin, import substitution tetapi ianya telah dapat memberikan pekerjaan kepada pehduduk-penduduk di kawasan-luar bandar. Kalau misalnya Ahli-ahli Yang Berhormat pergi ke Pusat Inforkraf ataupun karyaneka, kita akan dapat melihat barang-barang yang dikeluarkan oleh projek-projek industri kampung ini.

Puan Habidah binti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, berapa banyakkah peruntukan bagi satu-satu industri kampung itu diberi bantuan ataupun subsidi?

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang di-Pertua, bagi Projek Industri Kampung, Kementerian memberi bantuan sejumlah $10,000 bagi setiap individu setiap projek. Bagaimanapun, kalau individu-individu ini melaksanakan

program ini secara berkelompok, mereka boleh mendapat bantuan sehingga $50,000 untuk kelompok yang berjumlah 5 orang. Kalau projek ini hendak dilaksanakan dengan secara yang lebih besar, maka Koperasi Industri Kampung boleh ditubuhkan dan bantuan yang boleh disalurkan oleh Kementerian kepada Projek Koperasi Industri Kampung berjumlah $150,000 bagi setiap projek. Kalau projek yang lebih besar hendak dilaksanakan maka Syarikat Pembangunan dan Pemasaran Kampung (SPPK) boleh ditugaskan untuk melaksanakan projek-projek yang berkenaan.

PERPADUAN KAUM

3. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latiff minta Perdana Menteri menyatakan adakah benar bahawa di akhir-akhir ini perpaduan kaum di negara ini telah terjejas disebabkan beberapa perkara. Jika benar, apakah rancangan Kerajaan supaya perpaduan kaum dalam negara ini benar-benar wujud supaya di masa akan datang tidak timbul lagi keresahan rakyat yang berpunca daripada perpaduan kaum. Adakah Kerajaan bercadang menyusun semula Jabatan Perpaduan Negara supaya ianya benar-benar bergerak untuk menyatu-padukan semua kaum dalam negara ini.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bahawa memang benar perpaduan kaum di negara ini terjejas disebabkan oleh beberapa kegiatan tertentu yang telah dilakukan. Walau bagai- manapun, Kerajaan sentiasa mengawasi keadaan dan suasana yang sedang dan mungkin akan berlaku. Kerajaan dengan sedaya upaya akan menyedarkan kepada pihak-pihak

Page 10: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4561 9 DISEMBER 1987 4562

yang cuba memecah-belahkan rakyat supaya mereka tidak harus melakukan kegiatan-kegiatan seumpama itu demi kepentingan negara dan rakyat. Sebagaimana yang kita maklum, perpaduan antara kaum adalah sesuatu yang amat mustahak bagi pembangunan negara sama ada di segi politik ataupun ekonomi negara.

Menyentuh tentang penyusunan semula Jabatan Perpaduan Negara, ianya tertakluk kepada tindakan biasa sesebuah Jabatan Kerajaan. Setiap Jabatan Kerajaan akan diper- timbangkan kedudukannya dari segi peranan yang dikehendaki dimainkan oleh Jabatan berkenaan. Buat masa sekarang, Kerajaan tidak bercadang untuk menyusun semula Jabatan Perpaduan Negara kerana Jabatan Perpaduan Negara mempunyai objektif, peranan dan fungsi yang tertentu bagi membantu Kerajaan dalam hal-ha1 perpaduan rakyat di negara ini.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan.

Tuan C. Krishnan: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Lambat, dia bangun dahulu.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Adakah Jabatan Perpaduan Negara bersetuju bahawa ada setengah-setengah ahli politik yang mengeluarkan cakapan ataupun kenyataan yang menyinggung perasaan dan memperkecilkan kaum yang lain dan ini adalah satu daripada punca memecah-belahkan perpaduan kaum. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Jabatan Perpaduan Negara supaya pemimpin politik ini tidak menggunakan sesuatu cakapan itu untuk mempopularkan diri dalam parti politik?

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kita

bersetuju bahawa kenyataan- kenyataan para pemimpin politik boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara kita ini. Dengan ini, adalah menjadi harapan Kerajaan bahawa kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan pemirnpin-pemimpin politik boleh memainkan peranan untuk menyatupadukan rakyat di negara ini bagi membolehkan Kerajaan bertindak ataupun mentadbir negara kita ini sesuai dengan aspirasi rakyat dan Kerajaan.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti, ya. di sini kita sudah memakan masa 20 minit. Pertanyaan yang dijawab baru 4 sahaja. Ertinya, satu pertanyaan 5 minit. Bagaimana rnacam ini, cuma 12 pertanyaan sahaja baru dijawab. Yang sebenarnya, ada 36 pertanyaan di sini. Jadi, maaflah, saya tidak benarkan.

RUMAH PERAJURIT

4. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah Kerajaan akan menyediakan rumah tempat tinggal kepada perajurit yang mana kebanyakan mereka tinggal di rumah sewa di merata tempat dalam negara ini yang kebanyakannya kurang selesa padahal mereka ini adalah barisan hadapan untuk menjaga keselamatan negara ini.

Menteri Pertahanan (Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj): Tuan Yang di-Pertua, masalah kekurangan rumah kediaman untuk anggota Angkatan Tentera sememangnya disedari oleh Kementerian Pertahanan. Oleh sebab itulah pada dasarnya rancangan penyediaan rumah-rumah kediaman untuk anggota tentera diberi keutamaan yang tinggi. Walaupun demikian, dalam keadaan ekonomi sekarang

Page 11: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4563 9 DISEMBER 1987 4564

serta dengan peruntukan yang kecil untuk Kementerian ini menyebabkan pencapaian dan pelaksanaaan tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Tanpa satu rancangan yang raksasa masalah ini tidak akan dapat diatasi dalam jangka masa yang pendek.

Penyampaian program perumahan yang telah siap dan diarnbil alih dalam tempoh 1986 dan 1987 sebanyak 486 unit dan menjelang penghujung tahun ini sehingga penghujung tahun hadapan, sejumlah lebihkurang 1,730 unit mungkin dapat dilaksanakan. Pelaksanaan ini juga masih tertakluk kepada kedudukan kewangan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini iaitu dalam peruntukan Belanjawan 1988, Kerajaan telah merancang untuk menarnbah lagi rumah-rumah Angkatan Tentera seiumlah 1,026 unit yang dianggarkan henelan belanja sebanyak $51.46 juta sebagai langkah untuk menampung kekurangan rumah-rumah tersebut.Saya berharap dengan terlaksananya rancangan ini kelak ianya akan dapat mengurangkan sedikit masalah kekurangan rumah untuk anggota tentera yang dihadapi sekarang.

Tuan Azman Atar bin Othman: Soalan tambahan. Oleh kerana ekonomi negara kita tidak begitu baik dan Menteri Pertahanan juga bersetuju tadi, adakah tidak cadangan daripada Kementerian Pertahanan sendiri untuk sama-sama menyelamatkan wang negara yang mana tentera juga ada mempunyai kebolehan untuk membina rumah daripada pasukan juruteranya, kalau tidak silap saya. Bagaimana kalau sekiranya Kerajaan sediakan bahan- bahan, pasukan tentera daripada jurutera membina. Jadi, kita menyelamatkan kewangan daripada upahan kontraktor dan sebagainya. Adakah tidak cadangan Kementerian ini?

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj: Tuan Yang di-Pertua, cadangan itu ada yang mana Regimen Jurutera kita akan membangunkan juga dan yang sebenarnya Kementerian Pertahanan telah pun membuatkan satu rangka rancangan raksasa ini supaya kita dapat mengatasi kesulitan rumah keluarga ini seberapa cepat yang boleh. Tetapi Regimen Jurutera mungkin tidak dapat menjalankan semua rancangan perumahan Angkatan Tentera ini oleh sebab yang sebenarnya kita berkehendakkan lebihkurang 56,000 unit semuanya dan saya sukalah menyatakan sekarang ini pun salah satu daripada projek yang telah siap iaitu di Bentong, telah pun dibuat oleh Rejimen Jurutera.

Tuan Yang di-Pertua: Satu lagi.

Puan Mazidah Haji Zakaria: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah, masalah kekurangan perumahan bagi anggota tentera ini sebenarnya di merata- merata negara kita, tetapi dalam masa yang sama kita juga mendengar kes- kes masalah adanya rumah-rumah yang dibina oleh pihak-pihak SEDC, umpamanya yang masih kosong, yang masih tidak dijual lagi. Tidak mungkinkah sesuatu dilakukan untuk pihak tentera ataupun Kementerian mengambil alih rumah-rumah yang telah sedia ada yang tidak terjual untuk perumahan tentera-tentera kita di negeri-negeri yang berkenaan.

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj: Tuan Yang di-Pertua, yang sebenarnya kita telah pun beli banyak rumah-rumah daripada SEDC ini. Beberapa rumah yang telah pun kita beli di Kedah dan juga di Selangor ini dan yang kekurangannya ialah wang sahaja. Kalau boleh kita hendak beli semua rumah SEDC ini, wang sahaja yang tidak cukup.

Page 12: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4565 9 DISEMBER 1987 4566

PELAJAR INDIA Dl FAKULTI PERUBATAN UKM

5. Tuan M. Sangaralingam minta Menteri Pendidikan menyatakan mengapakah hanya 4 tempat diberikan kepada kaum India bagi kursus perubatan di UKM bagi tahun 1987, dibandingkan kepada 9 tempat pada tahun 1986 lalu walaupun terdapat banyak antara murid-murid India yang layak dan mengapa pulakah keputusan kursus sains rakyat yang merupakan hak murid itu tidak didedahkan kepada murid-murid yang berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan (Tuan Woon See Chin): Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengurangkan pengambilan pelajar- pelajar ke Fakulti tersebut secara keseluruhannya bagi semua kaum untuk sesi 198711988. Pengambilan pelajar-pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia telah dikurangkan kepada 150 orang bagi sesi ini berbanding dengan 190 orang bagi sesi setahun yang lalu. Perkara ini dilakukan kerana hendak menyesuaikan dengan kemampuan Fakulti Perubatan dari segi tenaga pengajal , kemudahan-kemudahan di Hospital Besar, Kuala Lumpur dan kemudahan peralatan. Oleh kerana tempat yang terhad, pelajar-pelajar terpaksa berasing dan hanya mereka yang mencapai keputusan yang cemerlang sahaja berjaya diterima masuk ke Fakulti berkenaan. Saya hendak menegaskan di sini, kekurangan ini berlaku untuk semua kaum.

Berkaitan dengan soalan kedua, saya tidak dapat jawab sebab saya kurang faham soalan itu.

FIJI-PENDIRIAN MALAYSIA

6. Tuan C. Krishnan minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah

pendirian Kerajaan Malaysia terhadap rampasan kuasa di negara Fiji.

18. Tuan G. Rajoo minta Menteri Luar Negeri menyatakan dasar Kerajaan menyokong Kerajaan negara Fiji sekarang. Nyatakan juga jenis-jenis bantuan yang telah diberi kepada negara Fiji semenjak Col. Sitiveni Rabuka mengambilalih teraju Kerajaan baru-baru ini.

Menteri Luar Negeri (Dato' Abu Hassan bin Haji Omar): Tuan Yang di- Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan ini serentak dengan soalan oleh Yang Berhormat Tuan G. Rajoo pada l l h b Disember, sebab kedua-dua soalan tersebut ada berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua: Diizinkan.

Dato' Abu Hassan bin Haji Omar: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua. sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan yang erat dan begitu lama dengan Fiji semenjak tahun lima puluhan apabila Fiji menyumbang tenaga tenteranya untuk membanteras ancaman komunis semasa darurat, Malaysia menaruh nilai yang tinggi kepada hubungannya dengan negara itu. Semanjak perkembangan baru- baru ini di Fiji, Malaysia telah pun memberi perhatian yang mendalam kepada negara itu. Apa-apa yang telah berlaku di Fiji tidak akan mengubah atau menjejaskan perhubungan Malaysia dengan Fiji. Kerajaan percaya bahawa usaha-usaha yang sedang dijalankan ke arah perdamaian nasional, ataupun, dengan izin, national reconciliation, harus disokong oleh masyarakat antarabangsa dan negara-negara luar tidak patut menjadi penghalang kepada matlamat ini.

Page 13: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4567 9 DISEMBER 1987 4568

Semasa lawatan kerja yang saya lakukan ke negara itu dari 28hb hingga 30hb November yang lalu, gambaran yang diberi menunjukkan bahawa Fiji akan kembali ke sistem pemerintahan awam atau, dengan izin, civilian rule. Perlantikan bekas Governor General Ratu Sir Penaia Ganilau sebagai Presiden dan juga perlantikan Ratu Sir Mara sebagai Perdana Menteri Republik Fiji merupakan tanda-tanda bahawa pemerintahan awam akan diwujudkan di negara itu.

Setakat ini Kerajaan Malaysia belum lagi menghulurkan bantuan kepada Fiji semenjak Brigadier General Rabuka mengambil alih teraju kerajaan di negara itu. Namun demikian, Kerajaan telah pun memberi jaminan kepada Fiji bahawa pembelian gula dari negara itu secara perjanjian jangka masa panjang iaitu, long term agreement, Tuan Yang di- Pertua, tidak aka11 ditamatkan dan setakat mana yang boleh Malaysia bersedia membeli jumlah yang lebih ban yak.

Semenjak beberapa tahun dahulu, Malaysia telah pun menghulurkan bantuan teknik kepada Fiji di bawah Program Kerjasama Teknik Malaysia di dalam konteks kerjasama Selatan- Selatan. Setakat ini Fiji telah pun menghantar pegawai-pegawainya ke negara ini untuk latihan dalam pelbagai bidang pentadbiran. Memandangkan keadaan ekonominya yang merosot dan terjejas akibat penarikan balik bantuan dari negara- negara jiran seperti Australia, Fiji telah pun mengemukakan beberapa permintaan untuk membantu usaha- usaha yang sedang dibuat untuk memulihkan ekonominya. Permin- taan-permintaan tersebut sedang dikaji oleh Kerajaan dan setakat mana yang boleh, Malaysia akan membantu. Buat sementara Kerajaan akan terus memberi bantuan tekriikal kepada Fiji di bawah Program Kerjasama Teknik Malaysia.

Untuk memperbaiki imbangan perdagangan yang menguntungkan Fiji, Kerajaan akan berusaha melalui beberapa langkah bersama dengan Fiji untuk meningkatkan perdagangan dua hala termasuk mencari pasaran baru di Fiji untuk barangan Malaysia dan pelaburan bersama dalam beberapa projek pembangunan di negeri itu.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini Jumaah Menteri yang telah bersidang pada pagi tadi telah bersetuju untuk mewujudkan sebuah Jawatankuasa khas terdiri daripada Kementerian- kementerian Luar Negeri, Pertahanan, Perdagangan dan Perindustrian, Perusahaan Utama, Unit Perancang Ekonomi dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri serta Badan-badan Berkanun dan pihak-pihak swasta yang berkaitan untuk diwujudkan.

Tujuannya ialah bagi menentukan bahawa segala bentuk bantuan, kerjasama serta peningkatan perdagangan dan pelaburan dapat dirancang, diselaras dan dilaksanakan dengan jayanya serta dengan secepat mungkin. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan keanggotaannya boleh ditambah jika perlu.

SKIM BELIA FELDA

7. Tuan Wong Kie Yik minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan berapakah jumlah Skim Belia FELDA yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan dan di mana letaknya skim tersebut; jika di Sarawak belum ada skim tersebut, adakah Kerajaan merancangkan untuk menubuhkannya di Sarawak.

Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus): Tuan

Page 14: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4569 9 DISEMBER 1987 4570

Yang di-Pertua, setakat ini FELDA belum ada lagi menubuhkan rancangan yang dikhaskan untuk menempatkan belia-belia sebagai penerokanya.

Semua peneroka-peneroka FELDA adalah terdiri daripada mereka yang telah beristeri dan berkeluarga. Kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan satu rancangan khas untuk menempatkan belia di Rancangan FELDA di Sarawak.

Puan Law Jack Yoon: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Bagaimanakah sambutan orang ramai terhadap Skim Belia FELDA di waktu- waktu kemelesetan ekonomi?

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Tuan Yang di-Pertua, permohonan untuk masuk ke rancangan FELDA ialah untuk mereka yang telah pun ada keluarga bukan untuk belia.

GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

8. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, menyatakan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang akan diambil untuk mengatasi masalah "breakdown" letrik yang sering berlaku di Melaka.

Timbalan Menteri Tenaga Telekom dan Pos (Tuan Abdul Ghani bin Othman): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, gangguan yang berlaku khususnya di kawasan perindustrian dan Bandar Melaka adalah disebabkan perkara- perkara seperti berikut:

(i) gangguan yang disebabkan oleh pelantikan (tripping), dengan izin, alat ubah pencawang masuk utama di Jalan Kilang yang memberi bekalan kepada sebahagian besar daripada bandar Melaka;

(ii) gangguan yang disebabkan oleh kerja-kerja cerucuk (piling), dengan izin, pemasangan 2 alat ubah baru untuk meningkatkan keupayaan pencawang di Jalan Kilang. Sejak tamatnya kerja- kerja cerucuk itu pada bulan September, 1987 gangguan oleh kerana pelantikan (tripping), dengan izin, telah berkurangan;

(iii) gangguan yang disebabkan oleh kerosakan pada kabel pencawang masuk utama di Semabuk Yang jugs menjejaskan pencawang masuk utama di Air Keroh; dan

(iv) sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum. kebanyakan jalanraya di bandar Melaka adalah sempit dan tidak mempunyai bahu jalan. Ini bermakna bahawa kabel pengagihan elektrik terpaksa ditanam dl permukaan jalan- raya dan oleh kerana itulah ia sentiasa diganggu oleh kenderaan yang lalulintas di permukaan jalan. Keadaan demikian meningkatkan kemungkinan berlakunya kerosakan kabel tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, langkah- langkah jangka pendek yang sedang dan akan diambil untuk mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik adalah seperti berikut:

(i) beberapa program pembaikan dan pengukuhan sistem sedang dan akan dijalankan untuk sistem pengagihan elektrik di Melaka, seperti projek merangkaikan pencawang masuk utama yang baru di Malim Jaya dan Padang Sebang. Melalui projek-projek ini adalah dijangka akan dapat memperkukuhkan sistem bekalan elektrik yang sedia ada;

(ii) membaiki lagi operasi pencawang masuk utama di

Page 15: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987 4572

Jalan Kilang di mana satu pencawang baru sedang dibina dengan kos sebanyak $11 juta dan dijangka siap pada pertengahan tahun 1988 ini;

(iii) meningkatkan sistem perhubungan dalam kerja-kerja pensuisan di pencawang masuk utama di Semabuk dan di Air Keroh ;

(iv) membaiki sistem kabel pepasangan di pancawang masuk utama di Semabuk di mana 18 jalur kabel baru telah siap dipasang pada 13hb November. 1987 dan daripada pembaikan kabel tersebut gangguan telah dapat dikurangkan; dan

(v ) mcngkaji penyesuaian penggunaan sistem pensuisan semula secara automatik (auto- reclosing), dengan izin , di pencawang utama Semabuk dan Air Keroh.

Tuan Yang di-Pertua, langkah- langkah jangka panjang adalah seperti berikut:

(i) kajian sedang dijala-nkan untuk menentukan sama ada pencawang masuk utama di Air Keroh dapat dijadikan sebagai pencawang pensuisan penuh supaya apa jua yang berlaku di tempat lain tidak menjejaskan bekalan elektrik daripada bekalan masuk utama di Air Keroh;

(ii) penubuhan beberapa pen- cawang masuk utama yang baru akan dapat membantu pencawang-pencawang yang sedia ada bagi menampung pertambahan beban dan mewujudkan sistem pem- bahagian yang lebih flexible, dengan izin;

(iii) mengkaji secara menyeluruh sistem alat perlindungan alat

supaya ianya dalam keadaan yang terpelihara dan sentiasa berkesan; dan

Iiv) Lembaga Letrik Negara tidak berupaya untuk mengalih kesemua kabel-kabel di tengah jalan di Bandar Melaka, tetapi apabila berlaku kerosakan pada kabel-kabel tersebut, maka usaha pembaikan akan dibuat dan akan mengalih kabel-kabel tersebut ke tepi jalan yang mungkin.

PESAWAT F16 FIGHTING FALCON

9. Tuan R. M. Jasni minta Menteri Pertahanan menjelaskan tidakkah Kementerian bercadang akan menggunakan Pesawat F16 Fighting Falcon yang terbaru dan serba handal, memandangkan tiga buah negara jiran tidak lama lagi akan menggunakan Pesawat tersebut.

Menteri Pertahanan (Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen AI-Haj): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan memang mempunyai rancangan jangka panjang -untuk meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia dengan berbagai peralatan moden yang lebih sophisticated termasuklah rancangan untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang yang terbaru dan serba handal secara berperingkat. Walau bagaimanapun, rancangan ini masih tertakluk kepada kedudukan kewangan negara.

SPORTS T O T 0 DAN SOUTHERN BANK-SAHAM BUMIPUTERA

10. Puan Ainon binti Ariffin minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) adakah benar bahawa penyelewengan menggunakan nama Bumiputera telah berlaku dengan berleluasa dalam

Page 16: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

pembelian saham untuk Bumiputera di Sports Toto dan di Southern Bank. Sekiranya benar apakah tindakan yang telah diusahakan bagi menyekat penyelewengan itu; dan

(b) benarkah CIC (Jawatankuasa Pelaburan Modal) dan FIC (Jawatankuasa Pelaburan Asing) turut membisu dalam perkara guna nama ini.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua, dengan dukacitanya dimaklumkan;

(a) memang ada penipuan dan pemalsuan berlaku di dalam penjualan saham-saham syarikat Sports Toto dan Southern Bank kepada awam baru-baru ini, khususnya berhubung dengan penggunaan nama Bumiputera oleh bukan Bumiputera, sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, siasatan me- nunjukkan jumlah kes yang terbabit adalah kecil, iaitu 2.9% daripada jumlah permohonan- permohonan yang berjaya.

(b) Namun begitu, beberapa langkah telah pun diambil baru- baru ini oleh MIDF Consultancy And Corporate Services Sendirian Berhad (MIDFCCS), iaitu rumah terbitan (clearing house) yang diamanahkan menguruskan hal-ha1 terbitan awam, bagi membendung kegiatan sedemikian. Ini termasuklah:

(i) mensyaratkan setiap pe- mohon individu me- lampirkan satu salinan kad Pengenalan serta kad pertukaran alamat, jika berkenaan, bersama- sama dengan borang per- mohonan yang sudah diisi ;

(ii) mensyaratkan pemohon- pemohon korporat me- lampirkan nombor pen- daftaran syarikat ber- sama-sama dengan borang permohonan yang sudah diisi;

(iii) mensyaratkan setiap pe- mohon membuat peng- isytiharan bahawa ia tidak memperolehi saham berkenaan atas nama orang-orang lain; dan

(iv) memberi hak kepada Lembaga Pengarah syarikat pengeluar saham memanggil pemohon- pemohon yang berjaya datang secara sendiri ke pejabat MIDFCCS untuk ditemuduga jika perlu.

Berhubung dengan peranan- peranan CIC dan FIC dalam perkara ini. untuk perhatian Yang Berhormat, usaha-usaha menyekat dan mengesan kegiatan-kegiatan penipuan dan pemalsuan d a ~ a m pembelian saham melalui tawaran awam di kalangan orang ramai terletak di bawah bidang kuasa Pendaftar Syarikat. Langkah- langkah yang telah diambil oleh MIDFCCS bagi membendung kegiatan penipuan dan pemalsuan dilaksanakan secara memasukkan keperluan- keperluan yang tertentu seperti yang saya sebutkan di atas di dalam borang pe-rmohonan masing-masing untuk terbitan awam yang merupakan sebahagian daripada isi kandungan prospektus yang termasuk di dalam bidang pengawasan Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965.

Tuan Ng Peng Hay: Soalan tambahan. Apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Kewangan terhadap orang-orang Yang menjalankan skandal ataupun memalsukan nama-nama bumiputera dalam permohonan syer-syer yang disebutkan tadi.

Page 17: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mensifatkan bahawa ini bukan sebagai satu skandal, ini hanyalah satu penipuan yang dilakukan oleh orang- orang yang tidak bertanggungjawab. Berkenaan dengan tindakan-tindakan yang mungkin diambil sedang dikaji tetapi sudah tentunya orang-orang yang didapati melakukan penipuan dan memalsukan tersebut mungkin akan disenari-hitamkan.

POLIS MALAYSIA DAN INDONESIA-KERJASAMA

1 1 . Tuan Haji Jaffar bin Haron minta Menteri Dalaln Negeri menyatakan setakat manakah mutu kerjasama di antara Polis Malaysia dengan Indonesia yang telah wujud pada masa ini. Apakah kegiatan-kegiatan bersama yang telah dijalankan setakat i n i .

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pcrtua. untuk maklunian Ahli Yang Berhormat, mutu kerjasama yang wujud di antara pihak Polis Diraja Malaysia dengan Pasukan Polis Indonesia adalah terjalin erat dan setakat ini tiada apa-apa masalah berat yang dihadapi. Antara kegiatan-kegiatan bersama yang telah dijalankan sctakat ini ialah:

(i) mengadakan beberapa per- sidangan bagi tujuan menye- lesaikan masalah terutamanya masalah jenayah;

( i i ) Kapat Kerjasama Kepolisan Polis Diraja Malaysia dan Polis Republik Indonesia yang diadakan setahun sekali di Malaysia dan Republik lndonesia secara bergilir-gilir:

(iii) mengadakan satu Jawatan- kuasa Operasi Kepolisan Polis Diraja Malaysia dan juga Polis Republik Indonesia;

(iv) mengadakan Pegawai Perhubungan Polis Diraja Malaysia di Kedutaan

Malaysia di Jakarta, Medan dan Pontianak;

(v) pertukaran maklumat melalui INTERPOL;

(vi) pengawasan Bersama Daerah Perbatasan;

(vii) saling memberi bantuan kcmudahan penyiasatan jenayah;

(viii) menjalani latihan bersama di laut antara Polis Merin Polis Diraja Malaysia dan Polis Republik Indonesia atas nama "LATMA AMAN MALINDO" bagi tujuan membanteras jenayah; dan

(ix) mengadakan pertukaran anggota seramai 6 orang pada tiap-tiap tahun selama 1 bulan bagi tujuan mempelajari peraturan kepolisan masing- masing.

Tuan Yang di-Pertua. sukalah juga saya menegaskan di sini bahawa setakat ini Kerajaan sangat berpuas hati dengan hubungan erat yang wujud di antara Pasukan Polis negara kita dengan Pasukan Polis Republik Indonesia.

PELABURAN ASING

12. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Kewangan menyatakan apakah benar wang dari luar negara susah dibawa masuk. Sekiranya benar, bukankah ini menjejaskan pelaburan asing ke negara ini serta menjejaskan juga pelaburan oleh rakyat Malaysia yang menggunakan sumber modal dari luar sebagai sebahagian ekuiti.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, negara kita mengamalkan sistem kawalan pertukaran wang yang liberal, di mana kemasukan wang asing ke negara ini sama ada dibuat oleh rakyat negara ini

Page 18: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4577 9 DISEMBER 1987 4578

atau rakyat asing adalah dibenarkan secara bebas-saya ulang-secara bebas dan tidak perlu meminta kebenaran-saya ulang-meminta kebenaran terlebih dahulu. Bagaimanapun, bagi jumlah wang yang melebihi $10,000 tiap-tiap satu kes, Bank Negara Malaysia perlu diberitahu terlebih dahulu mengenai tujuan kemasukannya. Ini adalah bagi tujuan perangkaan sahaja.

Bagi kemasukan wang asing melalui pinjaman pula-saya ulang-pinjaman pula, berasingan daripada kemasukan individu, kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing adalah perlu bagi jumlah pinjaman yang melebihi M$l juta.

Walau bagaimanapun, pinjaman asing adalah dibenarkan secara bebas, jika:

(i) syarat-syarat pinjaman tersebut adalah berpatutan;

(ii) Pinjaman itu bertujuan untuk membiayai pelaburan yang produktif di mana pendapatan eksportnya dapat membiayai bayaran balik pinjaman; dan

(iii) Pinjaman-pinjaman seperti itu tidak dapat diperolehi daripada institusi-institusi kewangan di negara ini.

Oleh itu, adalah tidak benar wang asing sukar dibawa masuk ke negara ini. Pelaburan asing ke negara ini serta pelaburan oleh rakyat Malaysia yang menggunakan sumber modal dari luar dan sebagai sebahagian ekuiti adalah tidak terjejas.

PELANCONGAN DI DAERAH BENTONG

13. Cik Norani binti Haji Beluah minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kementeriannya untuk mengindahkan

kawasan-kawasan yang terdapat di Negeri Pahang Darul Makmur terutama sekali bagi Daerah Bentong:

(a) Air Terjun Chamang;

(6) Hutan Lipur Lentang; (c) Kawasan Air Panas di Jalan

Lama, Kuala Lumpur.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (Tuan Abdul Rahman bin Suliman): Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi hasrat Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan untuk mengindahkan semua kawasan-kawasan tarikan pelancongan di negara ini termasuklah kawasan-kawasan yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, sebagai permulaannya peranan Kementerian dalam pembangunan industri pelancongan adalah ditumpukan kepada perancangan dan penyelarasan yang mengambilkira faktor-faktor kehendak dan permintaan dari pelancong-pelancong dan keutamaan dari segi tarikan sesuatu kawasan tersebut. Ini untuk mengelakkan persaingan yang kurang sihat dan pertindihan projek yang membazir dalam pembangunan industri pelancongan. Mengikut kajian Kementerian, kawasan-kawasan yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat adalah kawasan-kawasan yang boleh dimajukan untuk pelancong-pelancong tempat an.

Kementerian berpendapat kerja- kerja untuk mengindahkan kawasan- kawasan pelancongan ini perlulah dilaksanakan oleh pihak berkuasa di kawasan berkenaan. Untuk Negeri Pahang Darul Makmur, Kementerian berpendapat tumpuan pembangunan harus diberi kepada kawasan-kawasan seperti Pulau Tioman, Tarnan Negara dan Pantai Cherating.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai maklumat kepada Ahli Yang . Berhormat berkenaan penglibatan

Page 19: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4579 9 DISEMBER 1987 4580

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dengan kawasan- kawasan:

(a ) P~tlau Tioman:

Kementerian melalui Per- badanan Kemajuan Pelan- congan Malaysia (TDC) telah pun diperuntukkan berjumlah $1.4 juta pada tahun 1987 untuk pembinaan projek jalan di Pulau Tioman. Projek ini adalah untuk menyambungkan Lapangan Terbang Tioman ke kawasan Hotel Tioman Island Resort sepanjang 3.3 km. Walau bagaimanapun, projek ini dilaksanakan rnelalui Lembaga Kemajuan Negeri Pahang. Projek ini dijangka dapat disiapkan pada bulan Februari, 1988.

( b ) Taman Negara:

Sungguhpun Taman Negara adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan sentiasa memberikan bantuan untuk memasarkan taman tersebut dalam bentuk menyediakan risalah-risalah dan juga cara-cara promosi yang lain. Memandangkan bahawa Taman Negara tersebut adalah merupakan satu destinasi yang popular di kalangan pelancong- pelancong dari barat khasnya, Kementerian melalui TDC kini sedang meningkatkan usaha- usaha untuk memasarkannya.

(c) Pantai Cherating:

Kementerian melalui Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (TDC) adalah merupakan salah satu dari rakan perkongsian dalam projek Club Mediterranee yang dibina di Cherating, Pahang. Akhirnya, sukalah dinyatakan

dari segi promosi Kementerian telah pun menyediakan beberapa risalah dan juga alat- alat promosi yang lain bagi memasarkan Pulau Tioman dan Pantai Cherating sebaqai pusat penginapan ditepi laut dan Taman Negara sebagai tarikan bagi mereka yang berminat kepada keadaan semula jadi.

PASARAN SAHAM DI MALAYSIA

14. Puan Habidah binti Jusoh minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan:

(a) kenabkah saham-saham di Malaysia bergantung kepada kepercayaan dan keyakinan serta permainan negara atau bangsa luar terhadap negara ini dalam menentukan naik dan turunnya saham; dan

(b ) bolehkah Kerajaan mengurangkan tekanan terhadap sesebuah syarikat yang hendak membangunkan sesuatu industri.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (Tuan M. G. Pandithan): Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, soalan ini seharusnya dikemukakan kepada Kementerian Kewangan. Walau bagaimanapun, biarlah saya menjawab soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Anggapan Ahli Yang Berhormat bahawa saham- saham di Malaysia adalah bergantung kepada kepercayaan dan keyakinan serta permainan negara atau bangsa luar terhadap negara ini dalam menentukan naik dan turunnya saham adalah tidak tepat. Pasaran saham di Malaysia

Page 20: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4581 9 DISEMBER 1987 4582

adalah satu pasaran yang bebas yang rnana naik turun harga sesuatu saharn adalah bergantung kepada "supply and demand" untuk saharn itu. Tarnbahan pula, pasaran saharn kita adalah juga terbuka dan sernua orang, sarna ada tempatan atau asing boleh rnelabur di dalarnnya. Mernandangkan itu, harga saharn adalah ditentukan oleh kuasa pasaran atau market forces. Harga-harga saharn biasanya didapati sangat sensitif kepada rnaklurnat-rnaklurnat rnengenai sebarang perubahan yang mungkin rnernpengaruhi prestasi syarikat dan prospek rnasa hadapannya. Walau bagaimanapun, di Malaysia faktor-faktor luaran yang tidak ada kaitan dengan prestasi sesebuah syarikat juga rnernpengaruhi harga-harga saharn. Tidak boleh menafikan bahawa pertimbangan pelabur- pelabur sarna ada ternpatan ataupun asing semestinya-akan dipengaruhi oleh suasana di negara ini, urnparnanya, kestabilan politik dan ekonorni negara ini. Oleh yang dernikian, Kerajaan akan sentiasa mernastikan bahawa suasana pelaburan di negara ini adalah sihat dan kukuh.

(b) Tuan Yang di-Pertua, untuk maklurnat Ahli Yang Berhorrnat, pihak Kerajaan tidak pernah dan tidak akan rnenekan sesebuah syarikat yang hendak rnernbangunkan sesuatu industri. Pihak Kerajaan adalah sentiasa fleksibel bahkan telah pun rnengambil langkah- langkah untuk rnenggalakkan pernbangunan syarikat-syarikat kecil dan besar. Bagi syarikat- syarikat kecil, langkah-langkah untuk rnelonggarkan syarat- syarat perlesenan di bawah Akta

Penyelerasan Perindustrian, 1975 telah pun dibuat. Tahap pengecualian telah pun dinaikkan daripada tabung pernegang saharn sebanyak $250,000 kepada $2.5 juta dan pekerja sepenuh rnasa daripada 25 orang kepada 75 orang. Dengan kelonggaran ini syarikat-syarikat kecil dan sederhana adalah dikecualikan. Pihak Kerajaan telah juga mernberi galakan-galakan yang istimewa rnelalui Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 yang diperkenalkan baru-baru ini. Keputusan untuk menubuhkan sesuatu industri terpulang kepada syarikat, setelah rnenirnbangkan liability projek yang berkenaan. Dari rnasa ke semasa Kerajaan akan rnernberi panduan supaya dielakkan pelaburan ke dalarn industri yang sudah berlebihan kapasitinya, yang rnana akan rnendatangkan masalah kepada pelabur.

Puan Habidah binti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tarnbahan. Tidakkah sesebuah syarikat yang hendak dibangunkan bagi satu-satu industri itu terpaksa pergi kepada berpuluh-puluh jabatan untuk diluluskan.

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yane di-Pertua, untuk rnenggalakkai industri-industri kecil, sederhana dan tinggi Kerajaan memperbaiki beberapa syarat dan rnemperkenalkan polisi baru untuk menggalakkan industri-industri tempatan dan juga asing.

LEBUHRAYA JITRA-ALOR SETARI GURUN-SUNGAI PETANI

15. Tuan Bee Yang Sek rninta Menteri Kerjaraya rnenyatakan:

(a) apakah sebab-sebabnya lebuhraya dari Jitra hingga Alor

Page 21: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

Setar masih belum dibuka untuk kegunaan orang ramai; dan

(b) apakah sebab-sebab kerja pembinaan lebuhraya dari Gurun hingga Sungai Petani tidak dapat disempurnakan.

Timbalan Menteri Kerjaraya (Tuan Osu bin Haji Sukam): Tuan Yang di- Pertua,

( u ) Projek lebuhraya Jitra-Alor Setar tidak dapat disiapkan mengikut jadual asal oleh kerana masalah teknikal yang dihadapi. Walau bagaimanapun, adalah dijangka orang ramai akan dapat menggunakannya pada awal tahun 1988.

(6) Projek lebuhraya Gurun ke Sung ai Petani adalah merupakan salah sebuah daripada projek yang dicadang untuk diswastakan. Oleh yang demikian, projek ini akan dilaksanakan sebaik sahaja rancangan penswastaan ini dapat dimulakan.

RANCANGAN RTM

16. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Menteri Penerangan menyatakan adakah beliau puas hati dengan rancangan-rancangan RTM sekarang ini. Jika beliau belum puas hati apakah rancangan beliau untuk membaiki RTM. terutama dalam menyampaikan rasa dan menanamkan semangat perpaduan antara kaum. Sampai bila RTM akan menggunakan berbagai bahasa dalam siarannya.

Timbalan Menteri Penerangan (Tuan Railey bin Jaffrey): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian ini faham rancangan-rancangan RTM tidak dapat memuaskan selera semua pihak kerana lain manusia lain pula kesukaannya. Masing-masing pihak pula mahukan program-program

kesukaan mereka ditayangkan pada waktu yang sesuai untuk kepuasan hati mereka sendiri. RTM memanglah tidak dapat melayan semua ini. Selain daripada itu tugas RTM sebagai media Kerajaan bukanlah hanya untuk menghibur tetapi untuk memberi penerangan-penerangan berhubung dengan dasar-dasar Kerajaan dan rancangan-rancangan Kerajaan serta aktiviti-aktiviti Kerajaan untuk memajukan pemikiran masyarakat dan juga memupuk perpaduan antara kaum.

Dari segi memupuk perpaduan kaum itu RTM sentiasa menekankan perhubungan baik antara kaum dalam rancangan-rancangannya. Penerangan mengenai aspek-aspek sosial dan kebudayaan rakyat dari semua keturunan di Malaysia selalu dipaparkan dan di dalam satu-satu rancangan artis-artis dari semua keturunan telah mengambil bahagian. Drama-drama dan filem-filem yang menyentuh perkara-perkara perpa- duan selalu diberi keutamaan.

Mengenai soal bahasa, Bahasa Malaysia adalah bahasa utama yang digunakan melalui RTM 1. Bahasa- bahasa lain, terutama sekali bahasa Inggeris akan terus digunakan di RTM 2 sebagai bahasa perhubungan atau bahasa pengantar. Ini akan terus dilakukan sehingga semua rakyat Malaysia sudah mahir menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya, walaupun peratus penggunaan bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia akan terus ditambah dari masa ke semasa.

ROMPAKANIPEMBUNUHAN MENGGUNAKAN SENJATAPI

17. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah rompakan dan pembunuhan yang menggunakan senjatapi telah berlaku di seluruh negara dalam tahun

Page 22: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4585 9 DISEMBER 1987 4586

1986 dan tahun ini, serta langkah- langkah yang diambil untuk mengurang atau mencegahnya.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 1986 terdapat sebanyak 1,078 rompakan dan 38 pembunuhan yang menggunakan senjatapi telah berlaku. Bagi tahun ini iaitu sehingga bulan Oktober, terdapat sebanyak 770 rompakan dan 37 pembunuhan yang menggunakan senjatapi telah berlaku di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan telah mengambil berbagai langkah untuk mencegah dan membanteras kejadian jenayah. Antara langkah- langkah tersebut adalah seperti berikut:

(i) penubuhan unit-unit khusus dalam Pasukan Polis seperti Unit Risikan Jenayah dan Unit Pencegah Jenayah;

(ii) menambah keanggotaan polis di tempat-tempat perlu mengikut keperluan dan keutamaan;

(iii) melancarkan operasi-operasi mencegah jenayah di tempat- tempat yang sering menjadi sasaran penjenayah dan tempat-tempat di mana anasir- anasir jenayah dipercayai bersembunyi;

(iv) menambah alat-alat perhu- bungan polis seperti "wire- less set", dengan izin, dan kenderaan kecil seperti motosikal untuk mening- katkan prestasi liputan keanggotaan yang sedia ada;

(v) mengetatkan kawalan di kawasan-kawasan sempadan darat dan laut untuk mencegah penyeludupan khususnya senjatapi;

(vi) melancarkan kempen men- cegah jenayah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai agar mereka lebih berhati-hati ke atas keselamatan diri dan harta benda;

(vii) meningkatkan profesiona- lisme pegawai dan anggota polis; dan

(viii) mendapatkan kerjasama yang lebih erat dari orang ramai seperti Rukun Tetangga, RELA dan lain-lain per- tubuhan sukarela untuk membantu polis dalam usaha membanteras jenayah.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Dalam Negeri dalam meningkatkan profesionalisme syarikat-syarikat kawalan swasta seperti menggunakan anggota-anggota kawalan keselamatan swasta itu dengan anggota yang uzur?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, mengenai syarikat-syarikat kawalan pula Kementerian Dalam Negeri telah memberikan garispanduan untuk menentukan bahawa anggota-anggota yang diambil untuk menyertai kawalan keselamatan ini mestilah yang sihat dan masih kuat dan juga berumur yang masih muda. Kedua, kita mempastikan bahawa syarikat-syarikat ini kalau terlibat dalam "cash transit" mesti mempunyai van-van yang dianggap sebagai "bullet proof" dan mempunyai senjata yang cukup apabila melakukan "cash transit" ini. Dari segi pentadbiran syarikat kawalan juga adalah diteliti oleh Kementerian Dalam Negeri. Kalau sekiranya penyelewengan berlaku, sijil ataupun lesen mereka akan ditarik balik.

Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, satu sahaja. Tidakkah

Page 23: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4587 9 DISEMBER 1987 4588

Kementerian Dalam ~ e ~ e r i sedar kebelakangan ini rompakan cara baru, iaitu di waktu subuh. Kebanyakan rompakan kebelakangan ini berlaku di waktu pukul 3.00 hingga pukul 6.00 pagi. Adakah tidak Kementerian bercadang hendak menambahkan rondaan di sebelah subuh kerana kebanyakan rompakan yang berlaku di luar-luar bandar terutamanya di waktu subuh? .

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang tidak berapa lama dahulu rompakan dijalankan di tengah-tengah malam, maka pihak Polis pun "concentrate" di tengah malam, tetapi mereka tukar masa subuh. Jadi kalau esok kita tumpukan masa subuh, mungkin dia masuk masa tengahari. Dengan sebab itu, kita akan menjaga seberapa yang boleh dalam masa 24 jam.

UNIVERSITI SWASTA

18. Puan Valli Muthusamy minta Menteri Pendidikan menyatakan memandangkan terdapat ramai penuntut Malaysia menuntut bersendirian di luar negeri, sudikah Kerajaan mengizinkan sektor swasta menubuhkan universiti.

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di- Pertua, pada masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan pihak swasta menubuhkan universiti di negara ini. Untuk menampung lebih ramai pelajar, Kerajaan sentiasa berusaha memperbanyakkan peluang- peluang pendidikan tinggi di negara ini melalui perkembangan universiti, penubuhan kampus-kampus cawangan, perluasan program- program pengajian dan lain-lain. Umpamanya pada sesi 1987 ini pengambilan pelajar untuk ijazah pertama di universiti-universiti tempatan ialah 9,289 pelajar dibanding dengan satu tahun lalu (1986) iaitu 8,595 pelajar, tambahan 700 pelajar

dan dibanding dengan tahun 1981 hanya 5,847 pelajar.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab- Mulut sudahpun cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dun Jawapan bagi Pertanyaan No. 19 hingga 36 adalah diberi di bawah ini).

PELABUR ASING-- GALAKAN

19. Tuan A. Shaik Dawood Abu Bakar minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan sama ada Kementerian beliau mempunyai rancangan-rancangan baru untuk menarik lebih ramai lagi pelabur- pelabur asing melabur di Malaysia.

Tuan M. G. Pandithan: Secara umum boleh dikatakan langkah- langkah penggalakkan pelaburan yang telah dan sedang dijalankan oleh Kerajaan pada masa ini adalah berkesan dan mencukupi. Jumlah pelaburan asing di Malaysia adalah memuaskan. Ini dapatlah dijelaskan daripada jumlah modal asing dalam projek-projek milik asing di sektor perindustrian yang telah diluluskan dari tahun 1983-1986 seperti berikut:

Jumlah Modal Tahun Asing (M$ juta)

Tambahan pula, jumlah pelaburan modal asing juga telah bertambah dalam tempoh Januari-September, 1987 iaitu sebanyak 405.7 juta ringgit berbanding dengan 199.6 juta ringgit dalam tempoh yang sama pada tahun 1986.

Page 24: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4589 9 DISEMBER 1987 4590

Walau bagaimanapun, Kerajaan berpendapat pelaburan asing masih boleh dipertingkatkan lagi. Untuk tujuan ini, Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mengemas- kinikan strategi-strategi penggalakkan pelaburan yang sedia ada dengan menggunakan pendekatan yang lebih sistematik. Kerajaan juga telah memperkenalkan langkah-langkah baru untuk menarik lebih ramai lagi pelabur-pelabur asing melabur di Malaysia serta memperbaiki lagi suasana pelaburan negara ini. Di antara langkah-langkah tersebut adalah:

Memperkenalkan galakan pelaburan yang baru di bawah Akta Penggalakkan Pelaburan 1986 dan memperbaiki lagi di bawah Belanjawan 1987 dan 1988.

(ii) Melonggarkan garispanduan penyertaan ekuiti pelabur asing dan pekerja-pekerja asing.

(iii) Melonggarkan peruntukan Akta Penyelarasan Perin- dustrian 1975 dengan menge- cualikan Lesen Pengilang kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kawalan wang pemegang-pemegang saham yang kurang daripada $2.5 juta atau pekerja kurang daripada 75 orang.

(iv) Pengurangan kadar tarif untuk tenaga letrik, panggilan telefon antarabangsa dan teleks.

(v) Menyegerakan permohonan kelulusan projek dan galakan, permohonan bagi pengecualian duti import untuk kilang dan jentera serta Kerajaan- kerajaan Negeri telah diarah supaya mempercepatkan kelulusan permohonan tanah perindustrian dan pelan bangunan.

(vi) Kerajaan juga akan terus bergiat mengadakan seminar- seminar pelaburan di dalam dan luar negeri serta menghantar "Kumpulan Projek Spesifik" yang terdiri daripada pegawai- pegawai yang pakar dalam projek tersebut untuk menggalakkan pelaburan asing di negara ini.

PEMANDU PELANCONG

20. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan apakah kriteria-kriteria untuk menjadi pemandu pelancong dan nyatakan berapa ramaikah pemandu pelancong yang terdapat di negara ini.

Tuan Abdul Rahman bin Suliman: Sebelum seseorang itu didaftarkan sebagai pemandu pelancong, beliau dimestikan terlebih dahulu mengikuti dan lulus Kursus Latihan Pemandu Pelancong yang dianjurkan bersama oleh Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia dan Persatuan- persatuan industri pelancongan Malaysia. Mereka yang ingin mengikuti kursus tersebut hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

(i) Warganegara Malaysia; dan

(ii) Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STP); atau

(iii) Mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pengalaman dalam industri pelancongan.

Selain daripada syarat-syarat tersebut, keutamaan akan diberikan kepada pemohon-pemohon yang memenuhi kualiti berikut:

(i) Kefasihan dalam bahasa- bahasa asing selain daripada

Page 25: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa pertuturan penduduk tempatan;

(ii) Mempunyai pengetahuan dalam mengenai industri pelancongan; dan

(iii) Mempunyai keperibadian (personality) dan perwatakan (character) yang baik.

Jumlah pemandu pelancong yang telah didaftarkan di bawah Peraturan- peraturan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (Perakuan dan Pengawalan Pemandu Pelancong) 1982 sehingga 31 Oktober 1987 adalah seramai 1,733 orang. Dari jumlah ini hanya seramai 846 orang yang masih aktif sebagai pemandu pelancong.

PELANCONG ASING-- BILANGAN

21. Tuan Foo Boon Liang minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan:

(a) bilangan pelancong luar yang membuat lawatan ke negara kita pada tahun 1986 dan apakah langkah yang diambil oleh Kementeriannya untuk memajukan tempat-tempat pelancongan di negara ini khususnya ke tempat-tempat pelancongan di negeri Pahang Darul Makmur; dan

(b) jumlah wang yang dibelanjakan oleh pelancong luar dan jumlah wang seperti pengiklanan yang dibelanja oleh Kerajaan bagi tujuan menarik para pelancong luar ke negara kita.

Tuan Abdul Rahman bin Suliman:

(a) Bagi tahun 1986, seramai 3,027,781 pelancong-pelancong asing telah dianggarkan melawat negara ini. Angka sebenar masih belum diterima dan dijangka akan disiarkan pada awal tahun depan.

Dalam memajukan tempat- tempat pelancongan di negara ini termasuk di Negeri Pahang Darul Makmur peranan Kementerian ini adalah ditumpukan kepada perancangan dan penyelarasan. Perancangan yang teratur adalah perlu supaya pembangunan tempat-tempat pelancongan adalah selaras dengan kehendak-kehendak dan permintaan dari pelancong- pelancong serta mengelakkan duplikasi dan persaingan di antara tempat-tempat pelancongan berkenaan. Untuk negeri Pahang Darul Makmur, Kementerian berpendapat pembangunan pelancongan haruslah ditumpukan kepada kawasan-kawasan Yang dikenaltentu dan terpilih seperti Pulau Tioman, Taman Negara dan Pantai Cherating. Selaras dengan konsep penswastaan, Kementerian menggalakkan pihak swasta untuk memajukan tempat-tempat pelancongan ini. Pihak Kerajaan Negeri pula bertanggungjawab dalam peningkatan taraf tempat- tempat pelancongan yang sedia ada dari segi kebersihan, pengindahan dan penyediaan kemudahan-kemudahan awam.

(b) Berasaskan kepada perangkaan ketibaan seramai 3,027,781 pelancong, jumlah wang yang dibelanjakan oleh mereka bagi tahun 1986 adalah dijangka berjumlah $1,529.3 juta. Perbelanjaan ini tidak termasuk tambang pelancong ke negara ini. Usaha-usaha penggalakan yang dijalankan oleh Kementerian ini termasuklah melalui aktiviti pengiklanan, promosi, perhubungan awam dan pengedaran risalah. Dalam tahun 1986, sejumlah 20.35 juta ringgit telah dibelanjakan bagi

Page 26: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4593 9 DISEMBER 1987 4594

tujuan tersebut. Pecahan mengikut aktiviti-aktiviti tadi adalah seperti berikut:

Pengiklanan-15.00 juta ringgit

Promosi-3.01 juta ringgit.

Perhubungan Awam--0.66 juta ringgit.

Pengedaran Risalah-1.68 juta ringgit.

PRODUKTIVITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

22. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah modenisasi yang telah dan akan diambil oleh Kementeriannya bagi meninggikan lagi kecekapan dan produktiviti Perkhidmatan Awam Malaysia.

Tuan Othman bin Abdul: Langkah- langkah modenisasi bagi meninggikan lagi kecekapan dan produktiviti dalam perkhidmatan awam adalah merupakan satu usaha berterusan yang sedang dijalankan oleh Kerajaan.

Program-program yang telah dilaksanakan sehingga sekarang adalah meliputi bidang-bidang berikut:

(a) Pengwujudan sikap positif dan nilai-nilai murni di kalangan pegawai-pegawai Kerajaan;

(b) Perubahan kepada sistem- sistem prosedur kerja;

(c) Peningkatan tahap perkhidmatan kepada orang ramai;

(d) Peningkatan mutu pentadbiran di peringkat daerah;

(e) Peninglcatan kawalan," dan penjimatan kos, dan

(f) Peningkatan penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam.

Berasasko kepada kajian-kajian, lawatan-law 'an ke beberapa pejabat Kerajaan an maklumbalas dari agensi-agens tertentu adalah didapati bahawa pada keseluruhannya program-program modenisasi telah diterima dan dilaksanakan secara meluas. Kesan-kesan awal program ini telah dirasai. Kajian Tanggapan Masyarakat Terhadap Perkhidmatan Awam dalam tahun 1985 telah menunjukkan tambahan tingkat puashati masyarakat dengan perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan berbanding dengan kedudukan dalam tahun 1981 sewaktu kajian serupa ini telah dijalankan. Usaha-usaha modenisasi ini telah juga meningkatkan kesedaran pegawai- pegawai Kerajaan mengenai kepentingan masa, keperluan untuk menjimatkan perbelanjaan serta penggunaan sumber-sumber secara berkesan dan pentingnya pegawai- pegawai atasan mengamalkan cara- cara pengurusan yang baik yang boleh dicontohi oleh pegawai-pegawai lain.

Di antara tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan lagi produktiviti Perkhidmatan Awam ialah untuk memperkukuhkan usaha-usaha yang telah dijalankan sehingga sekarang . Bantuan secara langsung akan diberi kepada jabatan-jabatan yang memerlukan untuk mempastikan supaya usaha-usaha itu memenuhi keperluan-keperluan agensi-agensi berkenaan memandangkan masalah- masalah yang dihadapi oleh agensi- agensi Kerajaan adalah berbeza. Usaha-usaha akan dijalankan untuk meningkatkan kesedaran pegawai- pegawai Kerajaan mengenai pentingnya peningkatan produktiviti. Langkah-langkah seterusnya yang boleh diambil untuk meningkatkan produktiviti dan faedahnya kepada jabatan-jabatan Kerajaan akan dilaksanakan. Seterusnya usaha-usaha peningkatan produktitinya jabatan- jabatan Kerajaan akan dikesan bagi

Page 27: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

tujuan untuk membcnbing dan meinbantu agensi-agef mengguna langkah-langkah peningkatan produktivi yang s(2suai demi kepentingan negara dan masyarakat.

PENDATANG HARAM DI SABAH

23. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(i) bilangan penduduk-penduduk asing yang bekerja di Sabah pada masa kini;

(ii) bilangan anggaran pendatang haram yang tinggal di Sabah; dan

(iii) apalah langkah-langkah yang wajar yang telah diambil untuk:

(a) mengurangkan bilangan penduduk-penduduk ha- ram yang tinggal di Sabah dan lain-lain kawasan di Malaysia; dan

(b) mempertahankan kema- sukan pendatang- pendatang haram yang makin ramai secara berkesan pada masa akan datang.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat itu adalah seperti berikut:

(i) Bilangan warganegara asing yang telah diberi pas kerja untuk negeri-negeri Sabah hingga bulan Jun 1987 ialah berjumlah 103,620;

(ii) Kerajaan tidak dapat memberi anggaran bilangan pendatang- pendatang haram yang tinggal di Sabah kerana kemasukan mereka ke negeri itu adalah secara haram dan tidak melalui pintu-pintu masuk yang sah;

(iii) Kerajaan sentiasa mengambil tindakan tegas untuk mengesan, menangkap dan

mengusir mana-mana warganegara asing yang memasuki negara ini secara haram. Kementerian Dalam Negeri menerusi Polis Di Raja Malavsia dan Jabatan Imigresen telah pun mengambil langkah-langkah bagi mencegah kemasukan penda<ang-pendatang haram itu melalui rondaan di kawasan perairan dan sempadan daratan Malaysia. Di samping itu juga, Kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang didapati bersubahat melindungi dan mengendalikan kemasukan pendatang- pendatang haram ke negara ini.

PELABUHAN KECIL DI LUMUT

24. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Pengangkutan menyatakan dan memberi penjelasan mengenai usaha-usaha dalam menggalakkan perkembangan dan kemajuan Pembangunan Negeri Perak, maka adalah dirasakan amat perlu untuk diujudkan sebuah pelabuhan kecil di negeri Perak;

(i) adakah Kerajaan Persekutuan bercadang untuk mengujudkan sebuah Pelabuhan Kecil di Lumut, Perak; dan

(ii) kalau ya, bila dan kalau tidak mengapa, memandangkan kesesuaian dan strategi Lumut sendiri sebagai sebuah tempat yang stratejik.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Semua rancangan pembangunan pelabuhan-pelabuhan telah ditangguhkan buat masa ini sementara menunggu hasil Kajian Pelabuhan-pelabuhan Kebangsaan yang akan siap pada akhir tahun ini. Kajian ini akan menilai kemudahan- kemudahan yang sedia ada dan juga

Page 28: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4597 9 DISEMBER 1987 4598

menentukan keperluan negara untuk kemudahan-kemudahan pelabuhan bagi masa-masa akan datang termasuk kemudahan-kemudahan di Lumut, Perak. Dengan itu soalan ini hanya boleh dijawab apabila kajian ini siap dan perakuan-perakuannya diterima oleh Kerajaan.

PERKHIDMATAN TELEFON- RUNGUTAN

25. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan sebab- sebabnya kenapa setelah diswastakan Jabatan Telekom masih menjadi rungutan orang ramai terhadap perkara-perkara berikut:

(a) bil bayaran yang tinggi;

(b) permohonan yang lambat diluluskan;

(c) kekurangan kakitangan yang menjalankan tugas;

(d) kenderaan yang belum ada permit dari JPJ.

Tuan Abdul Ghani bin Othman: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rungutan-rungutan orang ramai terhadap perkhidmatan telefon adalah merupakan perkara yang memang berlaku di mana-mana negara jua. Keadaan masalah-masalah ini di negara kita tidaklah seburuk sebagaimana yang dianggap oleh orang ramai. Mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, jawapan saya adalah berikut:

Saya telah menjawab soalan (a) mengenai bil telefon yang tinggi di dalam Dewan yang mulia ini pada 30-11-87 dan tidak ada apa-apa tambahan selain daripada itu.

(b) Permohonan Yang Lambat Diluluskan:

Ini memang berlaku dalam kawasan-kawasan yang tidak

mempunyai talian kabel yang mencukupi ataupun masih belum mempunyai kemudahan rangkaian telekomunikasi. Walaupun tindakan untuk menambahkan talian kabel sedang dilaksanakan ianya masih memerlukan masa dan bergantung kepada kemampuan kewangan.

(c) Kekurangan Kakitangan Yang Menjalankan Tugas:

Sebenarnya masalah ini tidak timbul kerana bilangan kakitangan yang sedia ada sudah mencukupi.

(d) Kenderaan Yang Belum Ada Permit Dari JPJ:

Masalah ini memang wujud pada peringkat awal Syarikat Telekom Malaysia (STM) bermula. Ianya perkara administratif sahaja dan kini telah pun diselesaikan.

IKAN AIR TAWAR

26. Tuan Mohd. Wadji bin Dato' Haji Ishak minta Menteri Pertanian menyatakan dan memberi penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah dibuat atau yang sedang dirancangkan oleh Jabatan Perikanan mengenai ikan air tawar terutamanya ikan-ikan sungai:

(i) dalam menentukan bahawa sumber-sumber ikan air tawar tidak akan pupus; dan

(ii) dalam menentukan bahawa ianya menjadi kegemaran utama penduduk Malaysia sebagai bahan makanan.

Dato' Alexander Yu Lung Lee:

(i) Jabatan Perikanan melak- sanakan program pelepasan benih-benih ikan dan udang

Page 29: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4599 9 DISEMBER 1987 4600

galah di sungai-sungai Tuan Osu bin Haji Sukam: dan perairan umum untuk menambahkan sumber-sumber ikan. Jabatan Perikanan juga akan membina sebuah pusat pembaikbiak ikan di Bukit Diman, Daerah Ulu Terengganu dan sebuah lagi di Tasik Temenggor, Perak untuk membiak ikan-ikan asli untuk dilepaskan dalam sungai-sungai supaya ikan-ikan ini tidak jadi pupus. Selain daripada ini, Jabatan Perikanan membiak ikan jenis ternakan di Pusat Pembaikbiak Ikan Airtawar, Bukit Tinggi dan Jitra untuk penternak ikan menternak dalam kolam bagi meningkatkan pengeluaran ikan air tawar.

(ii) Beberapa kempen untuk menggalakkan makanan ikan air tawar telah dijalankan. Kempen-kempen tersebut merupakan pameran; jualan ikan air tawar di pusat membeli- belah dan pasar tani; pertandingan masakan ikan air tawar serta edaran resipi-resipi masakan ikan air tawar kepada orang ramai.

PENGGUNA LEBUHRAYA- KESELAMATAN

27. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Kerja Raya menyatakan langkah-langkah keselamatan yang diambil untuk menyelamatkan pengguna-pengguna lebuhraya daripada:

(a) rompakan di lebuhraya;

(bj binatang-binatang seperti lembu, kerbau dan kambing yang terdapat merayau-rayau di atas jalan kerana pagar-pagar telah digunting atau diroboh oleh orang awam.

(a) Langkah-langkah keselamatan pengguna lebuhraya dari rompakan di antara Kerajaan (Lembaga Lebuhraya Malaysia) dan orang awam (pengguna- pengguna lebuhraya). Lembaga Lebuhraya Malaysia telah pun mengujudkan unit penguat- kuasanya (Peronda Lebuhraya) yang mana di samping mengawal lalulintas dan menguatkuasa undang-undang adalah juga menjalankan tugas untuk mencegahkan sebarang jenayah di Lebuh- raya To1 Lembaga Lebuhraya Malaysia seperti rompakan. Walaupun demikian adalah juga diharapkan orang awam (pengguna-pengguna lebuh- raya) hendaklah sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa di lebuhraya dan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa barang-barang berharga bersama mereka. Bagi kenderaan komersial seperti lori-lori yang membawa barang- barang yang berjalan di waktu malam adalah dinasihatkan supaya mereka berjalan di dalam kumpulan supaya perkara yang tidak diingini seperti rompakan dapat diatasi.

(b) Bagi menjaga keselamatan pengguna-pengguna Lebuh- raya, Kerajaan telah dan akan membaiki pagar-pagar yang telah digunting atau diroboh oleh orang awam untuk menghalang binatang-binatang seperti lembu, kerbau dan kambing masuk merayau-rayau di Lebuhraya. Di samping meminta kerjasama daripada orang ramai supaya pagar-pagar tersebut tidak dirobohkan, Lembaga Lebuhraya Malaysia juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan undang- undang kepada sesiapa yang membuat kesalahan tersebut.

Page 30: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4601 9 DISEMBER 1987 4602

SIKAP NEGATIF KAKITANGAN AWAM

28. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Perdana Menteri menyatakan iaitu walaupun Kerajaan telah mengambil langkah-langkah tegas untuk memberi kesedaran kepada kakitangan awam terhadap tugas dan tanggungjawab mereka kepada orang awam, masih terdapat sebilangan kecil kakitangan tersebut yang mengamalkan sikap negatif terhadap orang ramai sebagai contoh, tingkahlaku dan tutur bahasa yang ditunjukkan oleh setengah kakitangan awam di hospital-hospital, Pejabat Telekom dan Jabatan-jabatan yang ada hubungan dengan orang awam membuktikan mereka masih tidak faham dasar dan hasrat Kerajaan Barisan Nasional. Apakah tindakan pihak Kementerian terhadap kakitangan seperti ini yang masih mengingkari arahan-arahan Kerajaan dan secara tidak langsung menentang dasar-dasar Kerajaan.

Tuan Othman bin Abdul: Dakwaan Ahli Yang Berhormat adalah terlalu umum. Sekiranya ada sebagaimana yang disebutkan, sila maklumkan perkara ini kepada jabatan-jabatan yang berkenaan supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil, sebagaimana yang telah di~eruntukkan dalam Perintah Am ~ a b "D" 1980 kerana Kerajaan tidak dapat untuk mengesan tiap-tiap kes yang berlaku.

PUSAT KESIHATAN KECiL LANCANG

29. Cik Norani binte Haji Beluah minta Menteri Kesihatan menyatakan tidakkah ada perancang pihak Kementeriannya untuk menaikkan taraf Pusat Kesihatan Kecil Lancang Pahang Darul Makmur kepada Pusat Kesihatan Besar yang serba lengkap dengan menempatkan seorang Doktor yang tetap, memandangkan sekarang

ini Pusat Kesihatan ini terpaksa menampung keperluan rawatan kepada lebih 20,000 orang penduduk tempatan terdiri daripada:

(a) 2 buah Rancangan FELDA;

(b) 23 buah Kg Tradisional;

(c) 2 buah Kg Baru Cina;

(d) 5 buah LadangIEstate; dan

(e) Kawasan Pekan Lancang.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' K. Pathmanaban): Kementerian Kesihatan sedar bahawa kawasan Lancang telah pesat membangun dengan terdapatnya rancangan- rancangan FELDA, kampung- kampung "tradisional", kampung- kampung baru, ladang-ladang dan sebagainya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat itu. Terdapat sebuah Pusat Kesihatan Kecil dan 3 buah Klinik Desa di kawasan Lancang pada masa ini.

Kenaikan taraf Pusat Kesihatan Kecil kepada Pusat Kesihatan Besar adalah mengikut prioriti satu-satu kawasan. Buat masa ini, nampaknya belum lagi sampai giliran bagi Pusat Kesihatan Kecil Lancang. Cadangan untuk menaikkan taraf Pusat Kesihatan ini akan dibuat semasa penyediaan Rancangan Malaysia Keenam.

KES ROGOL

30. Puan Ainon binti Ariffin minta Perdana Menteri menyatakan kes rogol kian menjadi-jadi di kalangan wanita muda dan kanak-kanak perempuan di bawah umur di negara ini, apakah langkah-langkah yang diusahakan oleh pihak HAWA untuk turut sama membasmi jenayah moral ini selain dari tindakan oleh pihak penguatkuasaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman): Pada

Page 31: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

peringkat awalnya Urusetia Hal Ehwal Wanita telah memanjangkan syor pindaan Perbekalan Undang-undang berkaitan dengan masalah keganasan terhadap wanita yang terkandung di dalam laporan Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) Penggal Ketiga kepada Kementerian yang bertanggungjawab.

Ekoran daripada perkara ini pihak Urusetia Hal Wanita telah mengaturkan satu perjumpaan di antara pihak wanita dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk membincangkan perkara yang berkaitan. Sebagai tindakan susulan kepada kedua-dua langkah yang telah diambil satu Persidangan Kebangsaan Mengenai Isu-Isu Keganasan Terhadap Wanita: Pencegahan dan Pendidikan telah pun diadakan pada 3-5 Disember, 1987.

Persidangan ini antara lain bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca wujudnya keganasan di kalangan keluarga dan masyarakat khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak dan seterusnya untuk merangkumi kegiatan-kegiatan pencegahan dan pendidikan untuk pertimbangan agensi-agensi dan pihak-pihak yang bertanggungjawab di dalam sektor awam. Di samping itu persidangan ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran di kalangan masyarakat khususnya pertubuhan sukarela dan pemimpin masyarakat terhadap masalah sosial yang serius ini dan peranan mereka dalam mencegah, mengatasi dan memulihkannya.

PETAK LETAK KERETA

31. Puan Habidah binti Jusoh minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) beberapa banyakkah lot tempat letak kereta bermeter di Kuala Lumpur; dan

(b) apakah untungnya dengan menggunakan meter atau menggunakan tenaga manusia dalam menjaga lot-lot tempat letak kereta sedangkan negara kita menghadapi pengangguran.

Perdana Menteri:

(a) Jumlah petak-petak letak kereta yang telah dipasang dengan meter letak kereta ialah 9,644.

(b) Di antara beberapa kebaikan penggunaan meter letak kereta adalah seperti berikut:

(i) Dapat ditetapkan had maksima kereta-kereta patut diletak di dalam petak letak kereta iaitu 3 jam dan ini memberi peluang kepada pe- mandu-pemandu ke- reta yang lain untuk meletak kereta mereka di petak-petak letak kereta DBKL. Dengan yang demikian petak- petak letak kereta sedia ada untuk kemudah- an pemilik-pemilik kenderaan membuat urusan mereka di kawasan pusat bandar.

(ii) Bebanan kerja dapat dikurangkan kerana sistem letak kereta bermeter ini diswasta- kan. Di mana di bawah konsep ini syarikat yang dipilih membeli meter letak kereta itu, mereka memasangnya, membuat kutipan baya- ran daripada meter- meter itu dan menjaga- nya. DBKL cuma men- jalankan kerja-kerja penguatkuasaannya sa- haja.

(iii) Kakitangan yang terlibat dengan penswastaan

Page 32: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

dapat diserapkan ke Bahagian-bahagian yang lain untuk mengisi kekosongan jawatan di Bahagian-bahagian ber- kenaan.

Manakala sistem menggunakan tenaga manusia atau Atendan Letak Kereta atau sistem tiket telah terbukti menimbulkan banyak masalah. Di antaranya ialah:

(i) Di bawah sistem tiket DBKL mengeluarkan 1,300,000 tiket dalam sebulan. 8% atau 104,000 daripada tiket- tiket itu tidak dibayar. Angka-angka ini jelas menunjukkan bahawa beban kerja DBKL di bawah sistem tiket adalah berat.

(ii) Silap rnenulis butir-butir yang perlu pada tiket seperti nombor kereta, nombor cukai jalan, tarikh dan sebagainya.

(iii) Tulisan yang tidak terang pada salinan kedua tiket. Kesilapan-kesilapan (ii) dan (iii) menyebabkan kesilapan di dalam menghantar Tawaran Kompaun.

(iv) Banyaknya masalah- masalah yang berkaitan dengan kakitangan kerana sistem pungutan dengan menggunakan tiket adalah berupa intensif buruh.

(v) Alamat pemilik ken- deraan yang tidak tepat/ lengkap menyebabkan banyak Tawaran-tawa- ran Kompaun tidak dapat disampaikan kepada pemiliknya.

Berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di atas itu, maka didapati Sistem Meter Letak Kereta adalah lebih baik berbanding dengan Sistem Menggunakan Atendan Letak Kereta.

KAMPUCHEA-PENDIRIAN ASEAN

32. Tuan G. Rajoo minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(i) pendirian ASEAN terhadap penyelesaian konflik Kampuchea baru-baru ini berikutan dengan perletakan jawatan Putera Norodom Sihanouk;

(ii) sama ada Malaysia akan menjadi tuan rumah dan mengambil inisiatif untuk meniadakan suatu perjumpaan informal di Kuala Lumpur di antara puak-puak yang bersengketa di Kampuchea seperti Vietnam, Demokratik Kampuchea, Kampuchea, China, Amerika Syarikat dan Russia.

Dato' Abu Hassan bin Haji Omar:

(i) Sebelum saya menjawab soalan ini, sukalah saya terlebih dahulu menjelaskan bahawa sebenarnya Putera Norodom Sihanouk tidak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea (CGDK). Beliau hanya bercuti sementara selama setahun mulai bulan Mei tahun ini.

Pendirian ASEAN terhadap penyelesaian masalah Kampuchea adalah sama, iaitu berasaskan pengunduran kesemua tentera Vietnam daripada Kampuchea, dan

Page 33: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

mengembalikan kemerdekaan dan kedaulatan Kampuchea serta penentuan masa depannya sendiri melalui pilihanraya bebas (free election). ASEAN akan seterusnya berusaha untuk mendapatkan penye- lesaian politik Yang menyeluruh dan berkekalan kepada masalah tersebut.

(ii) Indonesia yang telah dilantik oleh negara-negara ASEAN sebagai "interlocutor" dengan Vietnam dalam konteks soal Kampuchea telah pun menawarkan untuk menjadi tuan rumah kepada cadangan perjumpaan informal "cocktail party" di antara puak-puak Khmer yang bersengketa di Kampuchea, dan kemudiannya akan disertai oleh Vietnam dan negara-negara lain yang berminat. Malaysia dan rakan- rakan negara ASEAN yang lain menyokong inisiatif tersebut, dan persoalan untuk Malaysia mengambil inisiatif yang sapla adalah tidak berbangkit.

Di dalam perkembangan terakhir satu pertemuan tidak rasmi (informal) telah berlangsung di antara Putera Sihanouk dan Hun Sen pada 2-4 Disember 1987 di Fere-En- Tardenois, Perancis. Dalam rundingan itu Putera Sihanouk dan Hun Sen bersetuju bahawa konflik Kampuchea hendak- lah diselesaikan melalui penyelesaian politik dan membentuk sebuah negara Kampuchea yang bebas, demokratik dan berkecuali. Seterusnya apabila persetujuan dicapai di antara pihak-pihak yang terlibat, persidangan antarabangsa akan diadakan bagi menjamin kemerdekaan Kampuchea di samping menjamin keamanan dan

kestabilan di Asia Tenggara. Kedua-duanya juga telah bersetuju untuk berunding bagi kali kedua pada bulan hadapan (Januari 1988) di tempat yang sama dan seterusnya kali ketiga di Pyongyang, di mana pihak- pihak Kampuchea yang lain juga dijemput untuk berunding bersama.

Malaysia menyambut baik persetujuan yang telah dicapai dan akan terus menyokong usaha damai Putera Sihanouk.

BAN JIR-PERSEDIAAN KERAJAAN

33. Tuan Hassan bin Nam minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah dan persediaan Kerajaan di tiap-tiap negeri yang kemungkinan akan menghadapi banjir biasanya pada hujung tahun dan awal tahun.

Perdana Menteri: Dalam menghadapi kemungkinan banjir, semua Kerajaan Negeri telah membuat persediaan yang rapi melalui Jawatankuasa Bantuan Bencana Alam Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Setiausaha Kerajaan. Melalui Jawatankuasa ini semua agensi Kerajaan yang terlibat secara langsung dengan masalah banjir telah menentukan tanggungjawab dan peranan masing-masing. Segala persiapan adalah meliputi dari segi bantuan makanan, tenaga, kewangan, lojistik dan kenderaan.

Kerajaan Negeri seterusnya telah pun mengeluarkan arahan tertentu kepada semua daerah dan mukim supaya bersedia menggerakkan jentera bantuan bagi menghadapi kemungkinan banjir supaya segala tindakan yang perlu dapat dilaksanakan secara teratur dan terselaras.

Page 34: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4609 9 DISEMBER 1987 4610

LAPANGAN TERBANG BARU BAHAN BUANGAN PEPEJAL SIBU

34. Tuan Tiong Hiew King minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) sama ada Kerajaan akan menimbang membina lapangan terbang baru Sibu di masa depan yang lebih cepat; dan

(b) jika belum apa langkah-langkah yang akan diambil untuk meninggikan taraf dan memperbailii lapangan terbang lama Sibu untuk membolehkan kapal terbang besar turun di lapangan terbang itu.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Pembangunan Lapangan Terbang Sibu telah pun mulanya dirancang untuk pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Keempat (1981- 1985). Walau bagaimanapun oleh kerana Kerajaan menghadapi kesempitan kewangan, Kerajaan memutuskan perlaksanaan projek tersebut dipertimbangkan di bawah Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990).

Setelah menimbangkan dengan teliti kedudukan projek ini iaitu dari segi pertumbuhan trafik, masalah fizikal "constraints" yang .terdapat di lapangan yang sedia ada dan juga mengambil kira pandangan Kerajaan Negeri Sarawak serta penduduk- penduduk Sibu, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk memulakan perlaksanaan projek ini walaupun Kerajaan berada dalam keadaan ekonomi yang masih belum begitu menggalakkan.

Berdasarkan keputusan tersebut tindakan telah pun diambil untuk memulakan kerja-kerja rekabentuk terperinci (detailed design) dan kerja- kerja pembinaan untuk sebuah lapangan terbang baru bagi Sibu yang boleh menampung operasi B737.

35. Dato' K. S. Nijhar minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan sama ada beliau berpuashati dengan cara pembuangan serta kemudahan-kemudahan untuk memproses bahan-bahan buangan pepejal di bandar-bandar. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mempastikan tidak ada kesan buruk atas kesihatan awam dan alam sekitar.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Tuan Law Hieng Ding): Pertanyaan mulut ini adalah serupa dengan pertanyaan mulut daripada Yang Berhormat Tuan G . Rajoo pada 4 Disember 1987, dan jawapan kepada kedua-dua pertanyaan itu telah diberi oleh Yang Rerhormat Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada hari itu juga. Oleh yang demikian, saya tidak ada apa-apa tambahan kepada jawapan tersebut.

PENCEROBOHAN TENTERA SINGAPURA

36. Tuan Paramjit Singh minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi menentukan supaya tiada akan terdapat pencerobohan masuk seterusnya di kalangan anggota Angkatan Tentera Singapura ke dalam kawasan negara Malaysia; dan

(b) apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Singapura terhadap askar-askar yang menceroboh masuk ke dalam kawasan negara Malaysia.

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-Haj: Soalan ini telah pun saya jawab bersama-sama dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Haji Jaafar bin Haron pada 30hb

Page 35: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

461 1 9 DISEMBER 1987 4612

November, 1987 di Dewan yang mulia ini. Saya tidak ada apa-apa untuk ditambah kepada jawapan saya itu.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1988

Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca- kan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang- undang Perbekalan, 1988 dibacakan kali yang kedua sekarang". (8hb Disember, 1987)

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita menyam- bungkan semula perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan 1988, saya ingin meminta kerjasama dari Ahli-ahli Yang Berhormat supaya meringkaskan ucapan masing-masing kerana saya nampak banyak lagi yang hendak bercakap. 10 atau 15 minit adalah saya rasa cukup bagi seseorang Ahli Yang Berhormat bercakap. Keutamaan akan diberi kepada Ahli- ahli Dewan yang baru.

Sekarang saya jemput Puan Ainon menyambungkan ucapan beliau.

3.34 ptg.

Puan Ainon binti Ariffin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana mengizinkan saya menyambung ucapan saya yang terhenti sewaktu saya menyentuh mengenai Akta Perbekalan ini di bahagian B.26, iaitu peruntukan yang diuntukkan kepada Kementerian Pendidikan. Saya berhenti ketika saya sedang hampir sampai kepada climax mengenai pencemaran Bahasa Malaysia. Saya menyarnbungnya semula dan saya harap saya tidak akan menemui kepada anti climax ucapan saya ini.

Mengenai pencemaran bahasa, Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya ianya sebagai satu perkara yang dianggap biasa di negara kita ini dan sudah begitu berleluasa. Tidak banyak pihak-pihak yang mengambil perhatian, kecuali mereka yang benar- benar cintakan bahasa, Bahasa Malaysia, bahasa negara mereka, iaitu penulis-penulis, pegawai-pegawai, kakitangan yang bertanggungjawab menentukan pengembangan bahasa seperti mereka yang di Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga orang-orang lama yang banyak telah memberikan sumbangan dalam penulisan dan di dalam meninggikan imej Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan di negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya Malaysia sangat adil. Dalam Perlembagaan telah ditentukan Bahasa Malaysia itu bahasa negara, bahasa-bahasa lain memang tidak dilarang dan tidak pula disekat daripada perkembangan atau diguna- kan. Tetapi kalau hingga sampai pendewaan dibuat, kalau sampai beberapa usaha-usaha seolah-olah ingin menandingi bahasa negara itu sendiri dilakukan oleh rakyat yang cintakan negaranya, tentulah tidak dapat berdiam diri. Tentulah pendewaan-pendewaan kepada bahasa-bahsa lain tidak seharusnya dilakukan. Kalau ini dikembangkan, diizinkan dan diusahakan dengan niat- niat tertentu, pencapaian matlamat cita-cita kebangsaan sukar dicapai, iaitu ingin mewujudkan satu bangsa yang bersatupadu melalui bahasa tunggal atau Bahasa Kebangsaan negara itu sendiri.

Dalam perkara ini kita meng- ucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan yang narnpaknya sangat mengarnbil berat akan tanggungjawab yang maha berat, amanah rakyat yang cintakan negaranya, iaitu untuk mendaulat dan mengekalkan imej Bahasa Malaysia itu dan ingin

Page 36: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4613 9 DISEMBER 1987 4614

menyambung usaha supaya bahasa ini benar-benar dianggap bahasa negara yang menyatupadukan rakyatnya.

Tuan Yang di-Pertua, dalam ha1 ini saya ingin menyeru kepada pihak- pihak yang tertentu yang barangkali belum dapat menghayati kehendak- kehendak negara ini dan kita mengharapkan sokongan daripada semua pihak, terutama para-para journalist kita, para-para penulis kita supaya terus jangan putus asa, jangan patah semangat supaya terus rnemperjuangkan, mengembangkan dan mengurangkan pencernaran- pencemaran bahasa ini di penulisan mereka atau terus mengadakan usaha- usaha bagi mengwujudkan rasa cinta kepada bahasa ini kepada setiap seorang warganegara Malaysia. Kata pantun:

Kalau roboh Kota Melaka, Papan di Jambi saya dirikan; Kalau sungguh kita rakyat yang setia, Bahasa Malaysia hendaklah diamalkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh juga kepada B.27, iaitu Kementerian Luar Negeri. Peruntukan telah diberikan kepada Kementerian Luar Negeri ini dan ianya sangat wajar kerana Kementerian ini juga mempunyai fungsi yang sangat penting dalam rnengembangkan kernajuan negara di luar negeri. Hubungan kita di luar negeri telah banyak dibina dan diusahakan oleh Kementerian ini. Usaha-usaha penyambungan persahabatan dan lain-lain yang tidak dinafikan diubahsuaikan oleh Kementerian Luar dengan begitu gigih dan baik.

Di Dewan ini Menteri yang berkenaan telah menjawab satu soalan daripada seorang Ahli Yang Berhormat rnengenai kesibukan pegawai-pegawai di Kedutaan- kedutaan kita di luar negeri kerana mereka ini selalu benar dikunjungi

oleh orang-orang kenamaan, pemimpin-pemimpin handalan dari negara dan kerana mereka sibuk hendak menjaga protokol melayan lawatan ini banyak tertinggal kerja- kerja yang penting mereka buat.

Saya tidak tahu perkara ini sama ada telah diteliti atau tidak tetapi kita harap janganlah itu jadi sebagai satu alasan. Biarlah ia benar-benar terjadi kerana rasanya lawatan-lawatan para pemimpin itu kalau kerap bagai- manapun tidaklah sampai hari-hari atau setiap minggu, tentulah ada masa bagi pegawai-pegawai berkenaan yang diwakili oleh Duta-duta kita membuat tugas-tugas penting mereka yang lain, iaitu untuk mengembang- kan imej, hubungan dagangan, hubungan mesra dan juga kerjasama dengan negara-negara yang mereka wakili. Perkara penting rasanya pihak Kedutaan di luar negeri ini patut lakukan ialah untuk membanyakkan penerangan-penerangan, penjelasan- penjelasan mengenai perkara yang benar-benar berlaku di negara kita. Umpamanya baru-baru ini apabila berlaku sedikit perkara di negara kita iaitu di mana Kerajaan kita kerana ingin melindungi hak-hak rakyat, ketenteraman rakyat dan keadilan telah menggunakan ISA untuk tujuan mengekalkan keamanan.

Saya baru pulang dari Hongkong dan Manila kemudian sebelum- nya pergi ke Istanbul. Mereka di sana rnenganggap bahawa Kerajaan Malaysia sekarang ini ialah Kerajaan Martial Law atau Kerajaan Tentera. Saya rasa hairan dan saya rasa ter- kejut sedikit kerana yang bertanya- tanya ini kebanyakannya orang-orang kenarnaan di negara yang berkenaan, orang-orang yang sepatutnya hampir dengan Kedutaan kita dan pegawai- pegawai Kedutaan kita. Mereka bertanya "Masihkah Malaysia dalam keadaan Martial Law, dalam keadaan pemerintahan tentera? Sedangkan perkara ini tidak wujud. Mungkin

Page 37: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4615 9 DISEMBER 1987 4616

mereka kurang mendapat penjelasan kerana ada pihak-pihak lain mengek- sploitasikan perkara ini di luar negeri dan malangnya, Tuan Yang di-Pertua, eksploitasi ini datangnya daripada rakyat negara ini sendiri yang barangkali masih lagi tidak mahu bersyukur di atas kenikmatan yang mereka dapati daripada negara ini lalu keluar membawa fitnah dan tohmah kepada negaranya sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, diharap peringkat Kedutaan akan mengambil perhatian berat berkenaan dengan perkara-perkara ini, dengan ucapan syabas atas jasa dan segala usaha-usaha yang telah mereka buat sebelum ini.

Saya ingin juga menyentuh mengenai Sidang Ketua-ketua ASEAN yang akan diadakan di Manila pada l l h b - 14hb Disember, 1987 ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri kita kerana telah bersetuju menghadiri persidangan itu yang dirasakan sangat penting dan sangat berguna kepada mengeratkan hubungan di antara negara-negara di rantau ASEAN ini, juga di rantau Asia kerana kita sangat memerlukan hubungan baik, hingga prasangka yang tidak akan wujud dan kerjasama dalam bidang perekonomian dan lain- lain aspek yang menuju kepada kemajuan negara-negara terutamanya negara kita sendiri.

Kita juga mengharapkan sernoga kerjasama yang telah lama wujud dengan negara-negara ASEAN iaitu kerjasama perindustrian antarabangsa ASEAN rnengenai projek-projek perindustrian ASEAN (AIP), komplementasi mengenai perindustrian ASEAN (AIC), usahasama perindustrian ASEAN (AJIP) akan dapat dipertingkatkan hasilnya dan akan dapat diperbincangkan lebih mendalam untuk meninggikan prestasinya bagi faedah semua pihak.

Kita juga mendoakan semoga Kongres Filipina, Senator-senator di Filipina yang telah membangkitkan isu mengenai Sabah hak kepunyaan Filipina tidak akan berjaya diseludupkan atau dijadikan satu isu dalam persidangan Ketua-ketua Negara ASEAN kali ini, kerana di Manila setiap hari televisyennya menayangkan dan mengeksploitasi isu-isu mengenai tuntutan Kerajaan Filipina terhadap Sabah ini.

Saya percaya Presiden Filipina, Mrs. Corazon Aquino, walaupun ia pemimpin wanita, akan dapat me- nangkis hujah-hujah dan kehendak- kehendak pihak-pihak yang kurang senang dengan hasrat baik Filipina yang ingin menggugurkan tuntutan mengenai Sabah ini seboleh-bolehnya kalau dapat dibuat di sidang ini. Syukur, khabarnya perkara ini tidak akan dijadikan topik perbincangan di persidangan yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong pendirian Kerajaan kita, Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad mengenai isu Kampuchea dan juga mengenai isu Fiji. Kita telah mendengar tadi Menteri Luar Negeri kita menerangkan bahawa kenapa dan mengapa Kerajaan kita mahu menyokong, bersimpati dan ingin mewujudkan kerjasama yang baik dengan Kerajaan Fiji yang baru dan juga ingin memberikan bantuan- bantuan yang dirasakan perlu sebagai rakan di sekitaran negara kita atau sebagai rakan luaran kita yang memberi feadah kepda kedua-dua pihak nantinya.

Saya juga bersetuju dengan sikap Kerajaan kita mengenai pendirian- nya di atas perkembangan suasana yang berlaku di Sri Lanka (Ceylon). Tuan Yang di-Pertua, seharusnya Kerajaan India diberi pujian di atas sikap dan tanggungjawab mereka yang

Page 38: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

adil dan saksama kerana mereka telah membantu Sri Lanka (Ceylon) daripada pemberontak-pemberontak walaupun mereka ini dari kalangan orang-orang Tamil sendiri kerana Kerajaan India tidak sama sekali ingin membenarkan pemberontakan dan rampasan kuasa berlaku di negeri yang kecil tetapi penting ini, kerana mereka mempunyai pribuminya sendiri, sedangkan yang memberontak itu adalah kaum yang mendatang. Dan rasanya ini sebagai contoh teladan yang baik bahawa pencerobohan dan perampasan kuasa, sesungguhnya Malaysia tidak menyetujuinya dan akan menentangnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai isu Benua Antartika. Empat tahun yang lalu sewaktu Perdana Menteri kita mengesyorkan perkara ini di Bangsa- bangsa Bersatu, ada pihak-pihak negara-negara lain yang ketawa dan ada juga antara mereka yang memikirkan bahawa Kerajaan Malaysia ini sudah hilang aka1 kerana memikirkan bahawa Benua Antartika itu hendak disyerkan, hendak di- kongsikan dengan negara-negara lain dan tidak boleh dimonopoli oleh negara-negara tertentu sahaja. Tetapi sekarang ini telah menimbulkan kesedaran dan hasil yang baik di mana kita telah diberitahu, kalau pada tahun yang lalu hanya 94 undi sahaja yang menyokong usul ini daripada 159 undian yang ada di Bangsa-bangsa Bersatu itu, maka pada minggu yang lalu telah meningkat sampai 100 undian. Syabas kepada wakil negara kita yang berada di Bangsa-bangsa Bersatu dan tahniah kepada Perdana Menteri kita. Negara kita kecil tetapi kita telah berjaya menyedarkan dunia tentang kepentingan hak-hak asasi manusia.

hanya suka menyentuh perkara yang saya rasa ingin diberikan terima kasih kepada Kerajaan dan juga diberikan tahniah di atas begitu pekanya Kerajaan kita, Menteri Kewangan kita, kepada masalah rakyat iaitu mengenai pengecualian cukai kepada alat-alat dan bahan penyakit buah pinggang.

Saya ada keluarga yang meng- idap penyakit yang berkenaan. Setiap kali dia ingin menggunakan mesin ini dia kena bayar $250 setiap minggu. Adalah diharapkan, Tuan Yang di- Pertua; setelah rawatan haemo- dialysis ini iaitu melalui IPD 1, APD 2, CCPD 3 yang mahal harganya itu dikecualikan cukainya maka harga untuk dikenakan kepada mereka yang memerlukan alat-alat ini juga dikurangkan.

Saya merayu kerana mereka yang kena sakit ini bukanlah kesemuanya di kalangan mereka yang baik pendapatannya dan kalau peluang ini diberikan mereka akan berterima kasih kerana nyawa mereka bergantung kepada mesin atau alat berkenaan, dengan tidak menafikan kekuasaan Allah.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit saya menyentuh mengenai B.35 iaitu Kementerian Dalam Negeri. Kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri, dan Timbalan Menteri yang baru-baru ini telah berjaya mewujudkan suasana aman damai kembali di negara kita dengan tindakan pantas mereka atas beberapa perkembangan yang kurang sihat di negara kita ini hasil daripada rasa tidak sefaham, prasangka dan juga adanya dalang-dalang mempermainkan di antara mereka yang taat setia kepada warganegara.

Saya juga ingin menyentuh peranan Tuan Yang di-Pertua, saya juga Kementerian ini dalam usaha gigihnya

menyentuh sedikit mengenai B.34 mengatasi masalah dadah. Kita ingin iaitu peruntukan yang diberikan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Kesihatan. Saya kepada Kementerian berkenaan

Page 39: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4619 9 DISEMBER 1987 4620

melalui Bahagian Rawatan dan Pemulihan dan juga melalui atau Polisnya yang telah begitu bekerja keras akhir-akhir ini dalam memper- juangkan pembasmian penyalah- gunaan dadah.

Saya sendiri telah berpeluang melawat negara-negara lain terutama negara-negara ASEAN dan saya berasa bersyukur bahawa Kerajaan di negara kita ini benar-benar lebih advanced atau lebih mendahului negara-negara lain di kalangan ASEAN mengenai usaha kita dalam membasmikan dadah ini.

Dalam Bahagian Rawatan Pemulihan pun, Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya Malaysia bersyukur dan berterima kasih dengan Kementerian dan Kerajaannya di mana baru-baru ini beberapa lagi pusat rawatan dan pemulihan telah ditubuhkan. Antaranya sebuah pusat khusus untuk mangsa-mangsa penagih dadah wanita telah pun disetujui untuk diwujudkan di Kemumin, Kelantan. Sebelum ini kita tidak mempunyai pusat untuk penagih-penagih wanita. Kerana saya juga seorang wanita, maka ini satu kesyukuran. Hanya saya ingin mengesyorkan di sini mengenai masalah "hard core" atau penagih- penagih yang terlalu teruk keadaannya.

Sekarang ini penagih-penagih ini ditempatkan juga di Pusat Serenti dan disatukan dengan penagih-penagih yang tidak begitu teruk keadaannya. Ini menimbulkan implikasi dan masalah kerana yang teruk dengan yang kurang teruk dicantumkan akibatnya berbagai perkara berlaku. Dalam kajian yang dibuat mereka- mereka yang teruk atau "hard core" ini biasanya suka sangat berbalik-balik semula ke pusat berkenaan. Ada di antara mereka tiga empat kali dimasukkan. Keluar buat ha1 lagi, masuk balik. Bila masuk di dalam, mereka juga menjadi, dengan izin, trouble-makers di situ ataupun

menjadi kumpulan-kumpulan atau mereka yang menimbulkan masalah dari segi disiplin dan juga dari segi rawatan pemulihan yang dilakukan khususnya mereka juga memberi beberapa rasa yang tidak selesa kepada penagih-penagih yang kurang teruk yang berada di pusat berkenaan.

Kenapa tidak, Tuan Yang di- Pertua, penagih "hard core" ini diasingkan? Dibuat khas pusat rawatan dan pemulihan untuk mereka dan apabila tamat rawatan dan pemulihan itu pada peringkat 4 dipanggil kerana sistem negara kita ini adalah sistem fasa-fasa 1, 2, 3 dan 4. Setelah mereka itu selesai atau graduate daripada fasa 4 mereka dikeluarkan dan letakkan di bawah seliaan lanjutan tetapi diasingkan di satu tempat tertentu supaya mereka tidak menjadi punca-punca penagihan semula di kalangan masyarakat luar atau belia atau sahabat handai supaya mereka tidak mengulangi lagi perbuatan mereka yang menyebabkan kewangan, masa, tenaga dan kerugian besar kepada Kerajaan kita sendiri juga kepada masyarakat dan orang ramai.

Tuan Y ang di-Pertua, kita bersyukur Jabatan Penjara sehingga kini telah pun dapat peruntukan tertentu iaitu seperti yang ada di B.40. Semoga penjara kita bertambah moden, kawalannya bertambah ketat; semoga tidak akan berlaku lagi cerita- cerita ugut pelawat, cerita-cerita lari tebuk lobang, ataupun lain-lain perkara yang seumpama dengannya. Walaupun negara kita paling rendah kejadian itu berlaku kalau dibandingkan dengan negara-negara lain tetapi adalah baik kalau kita boleh pecah rekod dunia bahawa penjara kita tidak berlaku cerita-cerita seperti itu.

Mengenai B.37, Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyentuh mengenai Jabatan Imigresen yang juga

Page 40: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4621 9 DISEMBER 1987 4622

mendapat peruntukan. Semoga jabatan ini akan dapat melicinkan lagi pentadbirannya dan akan dapat mengemaskinikan lagi segala daya usahanya dalam menjalankan tang- gungjawabnya.

Saya ingin menyentuh mengenai satu perkara yang juga mungkin tidak jadi besar tetapi akan menjadi besar kalau dibiarkan iaitu mengenai kuasa- kuasa Jabatan Imigresen yang ada di negeri-negeri ataupun kuasa Imi- gresen yang bergabung dengan kita di negeri-negeri lain yang penerbangan MAS sampai ke situ iaitu mengenai barang-barang yang dibawa dengan tangan atau, dengan izin, hand luggage.

Saya dapati sendiri pernah ada rungutan dimajukan kepada saya tetapi setelah saya mengalaminya sendiri maka saya bawa perkara ini ke Dewan ini untuk perhatian berat Kerajaan kita dan juga bahagian yang berkenaan. Didapati di Hongkong dan di Manila juga Sabah dan Sarawak hand luggage ini tidak ada mengikut peraturan dan telah di bawa naik ke kapalterbang MAS dengan begitu banyak, lebih banyak daripada barang-barang bagasi, kata bahasa kita, barang-barang yang ditentukan diletakkan di bawah kapalterbang.

Tuan Yang di-Pertua, barang- barang ini tidak ditimbang. Jadi kalau berlebihan beratnya ini mungkin akan menimbulkan kemalangan. Saya meninjau sendiri dengan kita punya pramugari dan pramugara serta kapten atau pilot yang membawa kapalterbang. Saya tanya fikiran mereka. Apakah perkara-perkara ini tidak merunsingkan mereka? Mereka kata sebenarnya kita rasa takut, kadang-kadang kita hendak ma~ah , kadang-kadang kita kecewa tetapi kita tidak boleh buat apa-apa kerana dia telah dibenarkan oleh pihak berkuasa di lapanganterbang itu. Besar-besar beg, berat-berat, satu orang boleh

bawa dua tiga empat, dan ini mengganggu ketenteraman untuk tempat duduk. MAS kita ini tempat duduknya kecil, kalau saiz saya ini bila duduk, tidak boleh bergeraklah. Tetapi ini kita tidak dapatlah hendak mempertikaikannya kerana kita memerlukan dulu beberapa penetapan pemodalan. Kalau sudah untung banyak esok mungkin boleh kita beli kapalterbang dan buat yang lebih selesa. Maka datang pula barang- barang ini berserabut-serabut depan belakang. Sudah tidak muat letak tempat barang maka ianya berada di kaki, berada di lorong-lorong tempat lalulintas. Ini haraplah kalau dapat dicari jalan. Bukan dapat cari jalan, supaya dapat perkara ini diambil perhatian berat supaya tidak berlaku kemalangan kerana over-weight ataupun kerana berlebihan berat dalam penerbangannya terutamanya penerbangan kesayangan negara kita iaitu MAS.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit B.45 iaitu peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Buruh. Ini mengenai pengangguran.

Sungguhpun kita tahu semua pengangguran atau semua mereka- mereka yang ingin pekerjaan diminta untuk mendaftar namanya di Pejabat Buruh. Saya tidak menafikan apa yang telah dibuat oleh Kementerian atau Jabatan ini. Mereka telah cuba bertungkus lumus untuk mengatasi masalah pengangguran selain daripada kerja-kerja mereka di bidang-bidang lain yang dipertang- gungjawabkan. Tetapi saya, rasa ada usaha lebih gigih boleh dibuat, usaha- usaha yang lebih bersungguh-sungguh boleh dibuat oleh pihak Kementerian ini dengan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan atau peringkat Jabatan-jabatan mereka, iaitu diwujudkan satu Jawatankuasa Khas antara Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Buruh untuk menentukan

Page 41: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4623 9 DISEMBER 1987 4624

bahawa mereka-mereka yang didaftarkan itu dapat diusahakan untuk pekerjaannya.

Sekarang ini mereka ikut peraturan. Daftar. okav. sudah daftar. Bila ada

2 ,

kerja kosong, lihat, apa bidang dia ini, kerani? Apa bidang dia ini, pembantu rumah? Maka panggil semuanya, diberitahu di sana ada kerja kosong, pergilah. Dapat, dapatlah, tidak dapat itu terpulang kepada yang berkenaan. Rasanva seolah-olah tidak ada kesuniguhan bagi kita untuk mendapatkan pekerjaan. Ada satu negeri jiran kita yang juga membuat tugas-tugas ini, tetapi mereka bersungguh-sungguh. Jawatakuasa ini akan menghubungi swasta-swasta, akan menemui sesiapa yang difikirkan boleh memberikan bantuan pekerjaan ini mengikut kelayakan peminta- pemintanya. Hubungan rapat seperti ini telah berjaya memasukkan penganggur-penganggur ini ke swasta- swasta itu ataupun telah berjaya mendapatkan lebih banyak pekerjaan kepada pengangguran ini, kerana ada daya usaha, ada hubungan dibuat, telefon, ada juga dibuat beberapa risalah-risalah ataupun ada dibuat iklan-iklan melalui akhbar-akhbar tentang perkara berkenaan ini. Saya mengesyorkan semoga ini diberi

Tuan Yang di-Pertua, mengenai B.46, dan B.48 iaitu peruntukan diberi kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan mengenai Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca, sungguhpun saya sendiri tidak arif banyak mengenai fungsi kedua-dua Kementerian ini. Nampaknya rakyat juga tidak begitu mengetahui dengan luas tanggungjawab, kerja dan usaha yang dibuat oleh kedua-dua Kementerian ini, selain daripada yang kita tahu Kajicuaca menentukan malam ini hujan, besok panas, kadang-kadang dia kata panas tetapi hujan, kadang-kadang katanya hujan tetapi panas juga. Ini mungkin

keadaan alam semula jadi yang berlaku. Saya mengesyorkan supaya Kementerian ini dapat memberikan penerangan-penerangan yang luas kepada rakyat semua mengenai fungsi dan mengenai tanggungjawab mereka. Dengan ini tidaklah nanti banyak orang memperkecilkan tugas dan tanggungjawab kedua-dua Kemen- terian ini.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit saya ingin menyent uh mengenai Kementerian Pengangkutan, B .49. Satu sahaja, Kementerian ini Timbalan Menterinya Wanita dan syabas dan sesungguhnya walaupun wanita nampaknya banyak perkem- bangan sihat dan kemajuan-kemajuan yang sedang diusahakan dan akan diusahakan.

Saya ingin menyentuh mengenai untung nasib keretapi. Keretapi ini masih lagi mengalami kerugian. Saya mengesyorkan eloklah diusahakan iaitu mengenai penjualan tiket-tiket keretapi ini, sekarang sudah ada agen. Dahulu tidak ada, dahulu hanya tiket dibeli di stesyen-stesyen. Tetapi baru- baru ini kata Timbalan Menterinya, telah ada agen-agen dilantik menjual tiket-tiket ini seperti tiket-tiket kapalterbang. Ini baik, sebab banyak orang nanti kalau hendak naik keretapi, malas hendak ke stesyen dia boleh beli melalui agen-egen ini dan kemudian mudah untuk dia naik keretapi. Tetapi baiklah juga Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan ini memberikan juga beberapa penerangan dan penjelasan dan menarik pelancong-pelancong menggunakan keretapi kita untuk pelancongan. Adakah juga package tours ataupun kumpulan berpelan- congan melalui keretapi. Dengan ini mungkin dapat meninggikan sedikit ataupun mengurangkan kerugian yang dialami oleh KTM kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan dan saya

Page 42: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4625 9 DISEMBER 1987 4626

dibenarkan hanya 15 minit sahaja sebelum ini . . . .

Tuan Yang di-Pertua: Hampir setengah jam, Yang Berhormat.

Puan Ainon binti Ariffin: Ya, sudah lama di situ, Tuan Yang di-Pertua.

Dengan ini, saya dengan sepenuh- nya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan seperti yang diutarakan oleh Menteri Kewangan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Mustafa bin Awang.

4.04 ptg.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian bersama-sama dengan rakan-rakan saya tentang membahas Rang Undang-undang Perbekalan, 1988.

Sebenarnya, saya akan bercakap pendek sahaja kerana ada beberapa orang rakan sejawat yang akan bercakap mengenai Rang Undang- undang ini.

Yang pertama, saya akan sentuh mengenai B .25, Kementerian Pertahanan.

Dua tiga hari yang lalu saya bertanya di dalam Dewan ini ada atau tidak di antara kalangan bekas-bekas tentera yang telah putus asa menjadi komunis. Jawapan daripada Menteri yang berkenaan, mengikut rekodnya tidak ada. Tetapi pada pagi ini kita lihat 500 orang tentera telah lari daripada tanggungjawab sehingga hari ini belum dikesan di mana mereka. 500 satu angka yang sangat besar dan saya percaya mereka mempunyai kebolehan yang tertentu yang mungkin di antaranya tahu membuat

bom, memasang bom dan lain-lain. Ini amat menggerunkan.

Tuan Yang di-Pertua, barangkali, saya tidak ada niat menuduh kalangan tentera ini telah dicuri oleh negara- negara jiran kerana mengikut pegawai tinggi mereka, mereka ini ada dua tiga sebab mengapa lari daripada tugas ini. Ada di antaranya dadah, benci kepada pegawai di tempat kerja dan mungkin tidak puas hati dengan layanan yang dibuat oleh Kementerian Pertahanan, misalnya yang disebut-sebut yang baru dijawab oleh Menteri yang berkenaan mengenai dengan perumahan. Saya tidak yakin bahawa di antara 500 ini semuanya bujang ataupun yang belum kahwin sebab keterangan tidak ada di sini. Saya harap bukan sahaja Kementerian yang terlibat, malah Kerajaan Malaysia harus berwaspada mengenai dengan pelarian para tentera dalam negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dapat menyatakan di Dewan ini sekalipun mempunyai hak kebebasan bercakap demi menjaga muslihat kepentingan rahsia negara, maka saya tidak mahu menyebut. Sebahagian kecil daripada tentera ini telah menjadi penjahat dan telah menjadi komunis. Saya yakin sebahagian kecil dari mereka ini telah dibeli oleh musuh-musuh negara kerana ada di antara tentera kita telah berkhidmat di luar negeri menjadi anggota risik, menjadi komando yang boleh terjun kira-kira 150 kaki, boleh berendam dalam air kira-kira 10 hari 10 malam hanya makan jagung yang digoreng sahaja. Barangkali semua orang, terutama sekali Ahli-ahli Yang Berhormat para Menteri-menteri dan seluruh rakyat, pegawai-pegawai Kerajaan akan menyedari hakikat ini kerana kalah, runtuh, hancur lebur Kerajaan kadang-kadang bukan datang daripada musuh luar negeri itu sendiri. Pernah berlaku dalam dunia barangkali, sama ada ini sejarah 1,000 tahun yang lalu, sesebuah negara akan

Page 43: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

hancur kerana rakyatnya sendiri, bukan kerana musuh dari luar negeri. Apa lagi sekarang ini wang, material sangat dikehendaki oleh manusia.

Kita pernah dengar kekalahan negeri Arab kerana sebuah negara yang kecil sahaja iaitu Israel, ketua askarnya belot, menjual peta, menggugur makinan dan minurnan tidak ke kawasan askar negeri mereka sendiri dan digugur ke kawasan negeri askar musuh. Dan musuh pada hari ini bukan sahaja di hutan, malah kadang- kadang musuh ada dalam bandar. Kalau dahulu orang tua-tua kata: musuh ada dalam selimut, mungkin kita sukar hendak percaya.

Barangkali, Tuan Yang di-Pertua, musuh pernah ada dalam Dewan Negara ini dan musuh pernah ada dalam Dewan Rakyat dan musuh pernah ada dalam Dewan-dewan Negeri. Saya meyakinkan lagi musuh negara ini pernah ada dalam istana- istana dan musuh negara ini pernah ada di bawah dagu Perdana Menteri. Nyata dan jelas dengan sebab itu ISA tidak mclupakan mereka. Tidak melampau kalau saya katakan bahawa Ahli Dewan Negara ini hari ini sebelum dibebaskan beliau boleh dianggap sebagai musuh negara melainkan telah dibebas tanpa syarat baru beliau diterirna sebagai rakyat yang berfikiran waras. Jadi kepada saya, Tuan Yang di-Pertua, 5 0 6 s a y a ulang sekali lagi-bukan kecil.

Negara kita terdedah bukan sahaja di selatan, malah di utara. Barangkali Tuan Yang di-Pertua tahu dari Tumpat, Kota Bharu dengan kuasa engin bot hanya 30 kuasa kuda kita akan ke Vietnam dalam tempoh 9 jam sahaja. Jadi, tidak hairanlah kalau tembak di sana ke negara kita 1110,000 saat satu peluru akan tiba di sini. Dengan perlawanan dan kesom- bongan manusia mencipta peluru- peluru yang agak ganas maka kita harus waspada. Dengan sebab itu, saya minta Kementerian Pertahanan

menyediakan pengkalan kecil seperti di Pulau Langkawi kerana ini tempat yang sangat strategik, bukan masalah Langkawi dimajukan untuk kawasan pelancongan tetapi ianya kawasan yang difocus oleh negara lain sebagai tempat permulaan kalau hendak melakukan serangan.

Kita masih ingat waktu konfrantasi askar luar negeri yang menjadi jiran kepada kita dia tidak pilih Kuala Lumpur, dia pilih Kesang Laut, dia pilih Labis, dia tidak pilih Kuala Lumpur. Kita tak sedar dia masuk dengan payung terjun.

Begitulah juga saya pernah sebut di Dewan ini dua, tiga, empat hari yang lalu nasib baik pelarian Vietnam masuk mengibar bendera putih menandakan surrender di Pulau Bidong tak siapa tahu dan beliau membawa senjata, bukan bawa beras, bukan bawa modal dari Vietnam, senjata dalam bot Vietnam ke Pulau Bidong yang hari ini tak kurang daripada 7,000 hingga 9,000 orang, yang di sana ada night clubnya- cukup, bermastautin melahirkan anak. Ini juga harus difikirkan.

Selain daripada Langkawi, Kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan berura-ura hendak mengadakan sebuah pengkalan kecil di Pulau Redang, Terengganu. Ini juga kawasan yang terdedah kalau dihitung dari segi perang dan penaklukan kerana Laut Cina Selatan ini dan secara kebetulan 90% negara kita ini dikelilingi oleh laut. Ini harus juga diambil perhatian.

Saya tidak setuju dengan alasan Kementerian Pertahanan menjawab kita tidak punya wang. Saya tidak setuju sama sekali. Apakah pada hari ini dan beberapa hari yang lalu kita bincangkan mengenai dengan perbekalan kewangan yang kita untukkan ini sama ada wang yang

Page 44: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4629 9 DISEMBER 1987 4630

telah ada atau kita pinjam dari bank- bank tempatan dan luar negeri kerana pembangunan dan pengurusan. Apakah kita tidak sanggup menyediakan suatu peruntukan yang istimewa demi kepentingan dan keselamatan negara? Kalau Menteri yang berkenaan tidak memikirkan ini, saya berpendapat rnungkin dia terlupa dan para pegawai tentera yang ada dalam negara kita ini tidak akan lupa betapa seksanya negara ini kalau ditakluk.

Sekalipun pada hari ini kita bercakap dalam Dewan ini, yang diperlukan oleh saudari saya pembahagiannya, hawa dinginnya, kita tak tahu di luar Dewan ini apa berlaku? Seperti berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, banjir, pindah- randah, hotel, rumah hanyut, tetapi kalau kita di sini kita tak tahu apa-apa. Begitulah juga dengan kedudukan negara. Dia boleh binasa kerana sekarang ini kuasa-kuasa besar sedang dalam perebutan kuasa.

Seperti juga tuntutan Sabah oleh Filipina. Ini bukan kes kecil. Ini tuntutan pesaka. Ini Sabah menuntut faraid-kcturunan Raja. Ini bukan main-main, ini dari darah ke darah, dari generasi ke generasi. Tetapi telah berlaku suatu peristiwa yang sangat anih yang saya tidak boleh sebut di sini dan insya Allah tuntutannya mungkin tidak akan berhasil. Insya Allah tidak akan berhasil. Itulah berkatnya rakyat Malaysia ini yang Sabah mungkin tidak akan kita serah. Kalau dia minta mungkin wangnya sahaja. Ini bukan kecil, nasib baik negara Filipina dalam keadaan tenat, semacarn demam denggi berdarah. Kalau dia sihat,

orang rakan ahli Dewan ini khasnya dari Pulau Pinang. Kementerian ini satu Kementerian yang besar dan penting. Tak guna ada seribu billion wang emas sekalipun. pembangunan dibuat, kalau rakyat pucat, letih sernua. Kalau daripada Perdana Menterinya sudah letih, rnisal kata kena demam kura, demam denggi, demam tali perut, cirit-birit dan lain- lain maka wang tak perlu lagi.

Jadi, saya nampak Kementerian ini akhir-akhir ini bukan tidak kerja kuat, kerja kuat, orang yang bekerja dengan Kementerian dan Jabatan ini memerlukan orang-orang yang profesional, doktor-doktor belaka. Jadi, dengan sebab itu orang lain rnungkin tidak diperlukan. Saya tidak tuduh doktor ini tidak bagus, tetapi malang kepada doktor ini. Saya teringat kepada seorang kawan saya sewaktu dia rnabuk, dia berfalsafah "Siapa-siapa bekerja dengan Kementerian Kesihatan ini dan di hospital, nasibnya tidak baik, daripada doktornya sampailah ke bawah". Saya tanya dia mengapa tidak baik? Nasib tidak baik itu kata dia pangkat susah hendak naik. Alasannya, seorang pergi belajar undang-undang ataupun belajar sastera di Universiti 3 tahun, paling lama 4 tahun, kerana kandas satu mata pelajaran barangkali. Lepas itu dia kata jadi MCS. Saya tidak tahulah PTAkah, PTMkah, PTDkah. Dia akan naik pangkat Superscale "F"-cepat sahaja. Tetapi kalau jadi doktor, belajar 7 tahun kadang-kadang timescale itu 4-5 tahun tunggu. Itulah mulanya yang bergeliat, Tuan Yang di- Pertua. Mulalah hendak lari, hendak buka klinik sendiri. Jadi kuranglah doktor-doktor Kerajaan.

badannya tegap seperti Tuan Yang di- Saya nampak dalam surat khabar, Pertua, barangkali tak tentulah kita 225 kosong, yang datang hendak apa akan terjadi. ternuduga 106. Yang kita sibuk pelajar-

pelajar kita sekarang ini menganggur Tuan Yang di-Pertua, saya beralih berpuluh-puluh ribu, apa yang

pula kepada Kementerian Kesihatan. dibelajarnya, saya tidak tahu. Kosong Ini lagi satu Kernenterian. rnemang 225, yang datang temuduga 106 orang, pernah disebut-sebut oleh beberapa ini doktor yang hendak diisi. Jadi

Page 45: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4631 9 DISEMBER 1987 4632

bagaimana kata kerja tidak ada di Malaysia. Ini yang saya hairan. Saya mints maaf kepada penganggur- penganggur yang bukan profesion doktor, enjiner dan lain-lain. Inilah, anak-anak kita kadang-kadang mengambil mudah sahaja. Belajar perkara-perkara yang mudah. Saya rninta rnaaf. Jadi, kalau hendak jadi doktor tidak mahu, kalau kita ambil doktor Bangladesh, mereka sibuk. Ada setengahnya tempang sampai ke sini. Saya bukan hina, ini kosong 225, 106 yang datang. Ini dalam surat khabar dan Timbalan Menteri yang buat statement. Jadi berilah galakan kepada anak-anak kita menjadi doktor. Apabila dia sudah bekerja dengan Kerajaan, cepatkan sedikit naik pangkat dia, jagalah keadaan keselamatan dia dan kebajikan dia. Yang harian, Kementerian Kesihatan ini ada lagi stail kolonial-yang berpangkat matron dan senior sister, pinggan free, tukang masak free, gaji dia tidak sampai $2,000.

Tuan Yang di-Pertua, ini model lama, tetapi doktor kita, doktor pakar jantung, pakar dada kecuali pakar rambut, rnacam saya kata 2-3 hari yang lalu, tidak ada apa-apa pun. Duduk rumah sewa pun ada. Barangkali Tuan Yang di-Pertua tahu, ada doktor sewa hotel, tiris pula hotel itu, hendak sewa mahal tidak tahan, sewa hotel second hand, tiris hotel-,ada doktor. Bergeliat, tunggu masa 5 tahun untuk cabut larilah. Ini kena jaga juga, jangan rendam doktor di situ lama- lama, kita kena fikir muslihat ibu-bapa dan keluarga dia. Ada yang kena ke ulu-ulu sampai 10 tahun, sampai naik pucat doktor pun. Ini kena jaga. Jadi, Kementerian ini harus kena adalah tolak ansur.

Jadi, saya hendak sebut lagi satu fasal janji-janji. Janji-janji Menteri ini mengakibatkan Kerajaan ditempelak. Jadi saya mintalah kalau ada lagi Ahli- ahli Dewan Negara ini yang akan jadi Timbalan Menteri dan Menteri, jangan

berjanji banyak sangat. Rakyat sudah lebih 30 tahun merdeka, dia pun faham fasal janji politik. Acah sahaja, ini tidak bagus, Tuan Yang di-Pertua. Janji hendak dirikan hospital di Daerah Kuala Berang, Trengganu. Fasal Trengganu ini neger.i yang kebelakang dari segi kesihatan- bersalin, mati anak ramai sangat. Dahulu malaria pun banyak, kalau kurang pun fasal terperanjat pancutan minyak. Barangkali saya rasa 10 tahun lebih sudah. Janji hendak dirikan hospital ini, tanah sudah diambil, pampasan sudah dibayar, sehingga sekarang tidak nampak kesannya. Saya minta Menteri yang berkenaan jangan berjanji sekali pun Menteri berkenaan tidak bertanding di Kuala Berang, dia bertanding di tempat lain, tetapi akibatnya buruk, kerana hubungan rakyat dalarn negara ini sangat cepat.

Keduanya, biarlah saya terangkan, sebab kerana ianya berada di Pantai Timur, Hospital Kuantan pun begitu. Tapaknya berubah 3-4 kali sehingga hari ini janji sahaja, alasannya tidak berduit, tetapi mengapa benda lain, perkara lain boleh dibuat. Saya bukan tidak setuju Kerajaan buat pembangunan, demi kepentingan rakyat, kalau rakyat tidak sihat, pucat- pucat belaka, tidak guna pembangunan. Ini kemudahan asas yang sangat perlu. Jalan raya kalau tidak lapis 3-4 kali pun tidak apa. Tidak payah panggil "lebuh" panggil jalan raya pun puas hati. Dari Trengganu sampai sini (Kuala Lumpur) 6 jam sahaja berkereta. Bukan macam dulu sampai 10 jam. Jangan dok gadoh yang itu. Fasal kemalangan-fasal dia lalai, dia tidur, fasal itu jadi kemalangan. Kalau dia jaga insya Allah, tidak akan berlaku kemalangan. Bukan fasal jalan raya tidak ada premix. Mengapa itu harus ditumpukan. Jalan yang telah dibuat berlapis-lapis ditambah lagi, kenapa? Yang penting adakan di tempat yang tidak ada. Mengapa ditambah berlapis-lapis ditempat yang sama. Apakah ini ada apa-apa emmm. . . . . .

Page 46: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4633 9 DISEMBER 1987 4634

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf, agak tinggi sedikit nada. Saya sudah check darah, tidak tinggi, semangat sahaja yang tinggi. Jadi, kalau boleh fikirkanlah baik-baik. Ini Kementerian yang berkenaan tempat yang tidak ada harus kita adakan. Mengapa harus-harus kita memperbandarkan di bandar, tidak kita memperpekankan di kawasan luar bandar. Dari pekan kita jadikan bandar, lepas itu jadikan kota. Sekarang ini kota Kuala Lumpur hendak dikotakan lagi. Saya yang takut ada satu perkara yang orang kata habis pelabur, pelembang tidak kalah- orang tua-tua kata. Saya ada lain falsafah "Bandar terbuka, badan tua- kacang putih murah, gigi tidak ada, harga sikat, harga minyak rambut turun, rambut pun tidak ada". Ini kena kita jaga. Bukti kita ada.

Jadi, saya menyokong Kerajaan, kontrak ribu juta ringgit buat itu dan buat ini, sebahagian besarnya kita pindahkan wang kepada bukan dalam negara. Bukankah ini berlaku? Kerana kita buat benda yang lebih besar dan agung. Saya minta Kerajaan harus wasparla, kerana kemelesetan ekonomi dunia masih jauh belum pulih, apa lagi perlumbaan senjata antara negara-negara yang lebih maju dan besar dan ada negara yang kena tipu. Kena tipu duit. Orang ini jual senjata sebelah sini, orang ini jual senjata sebelah sini, dia mati di tengah- tengah, duitnya kering kontang. Ini juga kena jaga, Malaysia jangan jadi sedemikian.

Satu lagi Kementerian yang sangat penting juga, iaitu Kementerian Pertanian. Sepatutnya panjang ceritanya, tetapi apa boleh buat, saya sudah beritahu Tuan Yang di-Pertua saya hendak bercakap pendek sahaja. Ini satu Kementerian yang pelik lagi anih kata kawan saya Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom. Betul saya akui kerana setiap kali bertukaranya Menteri dia punya style lain, dia punya

lenggangnya lain, dia punya melodinya lain. Tetapi apabila kita tanya dia wah! Menteri-menteri kerja secara kolektif demi kepentingan rakyat, ada bukan tidak ada, tetapi jelas bezanya.

(Timbalan Yang di-Pertua mem- pengerusikan Mesyuarat)

Mengenai pukat ataupun tangkapan laut dalam ini sudah lama, bukan perkara baru dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun menyebut kalaupun keluar air mata darah simpati dengan nelayan, dia tidak akan pulih, ekonomi nelayannya tidak akan terpulih. Itu betul. Siapapun boleh kata betul, tetapi yang kita mahu gerakkan dia, siapa hendak gerakkan?

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia ini merevolusikan untuk kepentingan nelayan sebelum merdeka lagi. Saya masih ingat orang yang mula- mula ke tempat saya iaitu Yang Amat Berhormat Tuan Abdul Ghafar Baba dan Tan Sri Mohd. Khir Johari tahun 1955, memberitahu nelayan kita akan adakan perubahan daripada kayuh kepada enjin, nelayanpun hairan bagaimana enjin sangkut ini. Selepas itu kita merdeka dilantik Encik Abdul Aziz lshak menjadi Menteri yang berkenaan, beri duit Kerajaan berpuluh-puluh juta ringgit bagi kepentingan nelayan, tubuh Syarikat- syarikat Kerjasama Yang sebahagiannya masih kekal sampai sekarang. Kalau tidak silap saya $46 juta write-off, tidak boleh dipungut, bateri pun dijual, bateri lori Syarikat Kerjasama pun dijual balik menjadi second-hand punya bateri. Ini kerja kita.

Pada tahun 1971 satu Akta Nelayan telah dibuat baru, tubuh Lembaga Majuikan, beri subsidi tahun 1981 sampai tahun 1982 subsidi nelayan $20 juta yang dikeluarkan oleh perikanan, tidak termasuk Lembaga Majuikan. Sudah ke laut semua orang ini, ikan

Page 47: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4635 9 DISEMBER 1987 4636

dibawa balik hendak dipasarkan pula tidak boleh, tidak laku kerana orang Melayu tidak ada lori waktu itu. Ada lori Melayu sampai di Bukit Tinggi, apabila tarik wire, lori mati di sana, ikan kita pun busuk. Ikan kita 5@ sekilo, ikan dia $3 satu kilo.

Tuan Yang di-Pertua, pernah berlaku di Kuala Kedah tahun 1978, saya sendiri salah seorang pegawai yang bertanggungjawab ketika itu Sc? satu kilo ikan temenong (ikan kembong), kerana di Kuala Kedah, tidak ada siapa hendak beli. Sebelum banjir dalam minggu ini harga ikan selayar di Terengganu, dan Kelantan 3e satu kilo, tidak ada siapa mahu beli, langsung dibuat baja. Siapa yang ada kilang baja? Jawapannya bukan bumiputera, lesennya bumiputera, yang melaksanakannya itu bukan bumiputera.

Saya bercakap, Tuan Yang di- Pertua, bukan anti kepada orang lain, tetapi ini telah berlaku. Apakah hasil yang sebenar dalam tempoh 30 tahun kita merdeka? Sejauh mana revolusi mental itu berkesan kepada rakyat? Apakah tanggungjawab Menteri- menteri yang berkenaan, Penerangan, Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan sebagainya, memasukkan ini menukarkan, dengan izin, attitude rakyat, mental, make-up rakyat. Kalau 30 tahun masih ada di tahap yang lama, apakah mahu menunggu 1000 tahun? Ini masalah yang dihadapi, bot-bot 80 tan ke atas pernah wujud di Terengganu, di Kelantan, Pahang, Pulau Pinang dan Sarawak. Saya juga salah seorang pegawai yang bertanggungjawab menghantar bot ke Sarawak, betul atau tidak Tuan Yang di-Pertua? 150 buah dihantar ke Sarawak, yang beratnya 15 tan tiap- tiap satu, beroperasi di Kompleks Perikanan Bintawar. Betul, Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua: Betul.

Tuan Mustafa bin Awang: Ada hot Kerajaan hilang tidak tahu ke mana 7-8 tahun, akhir sekali dimuatkan dengan kelapa kering di Pulau Tioman, siapa salah? Kerajaan salah? Nelayan pun tidak salah, siapa yang salah? Pegawai yang bertanggungjawab tidak diambil sebarang tindakan, mengapa tidak boleh diambil? Kerana Akta belum dipinda, Ketua Pengarah tidak ada kuasa untuk menangkap, BSN yang diberi kuasa untuk menangkap simpan buku sahaja, sampai sekarang tidak bicara apa-apa. Kita buat projek pucong bela ikan, udang dan udang galah dia yang gemok, apa tindakan kita ambil? Maknanya ketegasan kita tidak menyeluruh, dengan sebab itu orang tidak segan dengan kita, lepas satu akta, satu akta, lepas satu peruntukan satu peruntukan.

Apa yang saya mahu di sini, saya nampak mengenai dengan perikanan ini, Kerajaan harus menyediakan dan Menteri-menteri yang berkenaan harus berunding. Saya hendak bertanya Tuan Yang di-Pertua, peneroka- peneroka FELDA, FELCRA, RISDA dalam negara kita ini lauk nasinya batu atau ikan ataupun daging? Saya fikir orang ini tidak makan batu, dia makan ikan. Kalau mereka ini makan ikan mengapa ikan dia dihantar dahulu ke Singapura baru balik dan datang dijual ke Pahang, tidakkah ini anih? Sebab apa yang berlaku denlikian? Barangkali Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan saya telah tahu ikan yang ditangkap di Kelantan, di Terengganu di Pahang, di Johor, dan ada sebahagian dari Pantai Barat, dibawa ke Singapura, disimpan di Jurung dalam peti sejuknya, apabila musim bulan-bulan begini, ikan ini balik sehingga ke Kelantan semula. Ini bukan cerita dongeng. Mengapa boleh terjadi begini? Yang Singapura boleh buat begini, kenapa kita tidak boleh buat? Sedangkan kita ada pakar-pakar ekonomi yang bergelar doktor, profesor, mengapa ini tidak boleh diselesaikan? Adakah pakar di atas

Page 48: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4637 9 DISEMBER 1987 4638

kertas sahaja, bukan pakar Tuan Yang di-Pertua, tidak yakin pelaksanaan. dengan saya tanya "Abang Chin",

Timbalan Menteri. Kita beri dia tanam

Apa salahnya setahun dua tahun Kerajaan menyimpan duit $100 juta atau $200 juta menyediakan satu atau dua bilik sejuk boleh diisi ikan kira-kira 10,000 tan metrik berpusat di Kuala Lumpur, di Kuala Pahang ataupun di Kuantan, kerana di sana, di Simpang Tiga boleh dibawa ke Jengka, ke Kuala Lumpur dan ke mana-mana. Ikan daripada Kelantan, Terengganu, Pahang masuk peti ini dahulu, simpan di sana dahulu. Apabila orang hendak beli ikan, orang akan tanya kita, "awak ada ikan?" kita kata, ada. "Fasal apa awak tanya?", "saya mahu beli"; "berapa banyak awak mahu beli", "10 tan", "ada, boleh jual", "berapa harganya?" Itu baru betul. Ini kita yang tangkap, kita tanya pembeli, berapa awak mahu beli ikan saya? Ikan itu sudah mati di lori Bukit Tinggi, satu malam, mata tidak ada second-hand punya ikan, lepas itu kita komplen, kita bising, nelayan tidak dapat duit, ikan dapat banyak, ini sebabnya.

Saya bercakap ini selain dari pengalaman saya sendiri, bila boleh selesai? Begitu juga dengan nelayan lulus SPM, lulus STPM, ada yang lulus universiti, ada yang dapat Masters dia jadi nelayan sementara mendapat kerja lain.

Sesungguhnya, Tuan Yang di- Pertua, nelayan ini sebahagian besarnya lumayan pendapatannya. Sekarang tidak pakai kayuh lagi. Dalam botnya ada TV, dalam botnya ada video, entah apa video wallahu'alam. Dalam bot 100 batu ada TV sampai ke sana terima kasih kepada Dato' Mohamed Rahmat, siaran 100 batu di laut boleh terima. Moden, tetapi masalahnya kena perbaiki. Sesungguhnya kena perbaiki ini. Dan kita hendak tukarkan nelayan ini dari laut ke darat pernah dibuat Kampung Kandis, Telong, Bachok Kelantan.

tembakau, Alor Ketitir di Terengganu $1,000 sebulan. Nelayan hendak tanam tembakau banyak pendapatan lumayan, kuota pula habis. Ini harian kita, saya pun naik pening ini. Lembaga Tembakau Negara kata sorry, kuota habis. Pada ha1 $1,200 hingga $1,600 sebulan. Alor Ketitir ini pilot project untuk nelayan. Selalunya kita buat rumah beri dia tanah tanam tembakau berjaya. Tetapi datang lagi nelayan sebab pengangguran yang tidak kurang. l a tidak akan habis. Dahulu nelayan ini seolah-olah sebagai pemburu, buru ikan tidak berhenti- henti tetapi ada negara yang separuh sudah berhenti, ternak ikan. Ternak ikan, kita kena tipu. Benih ikan kita tiga tahun, tiga bulan, empat bulan besar "ini" tetapi benih swasta berjaya. Ini pun satu hal. Siasat sangat kita, kalau kita siasat itu, dua tiga hari berjaya, 40-50 ekor ikan keli kita sudah sibuk. Serupa juga kita siasat kelapa sawit siasat getah kita rasa pandai sedikit hendak ajar orang Fiji, hendak ajar orang ~ a l d k e , hendak ajar orang Lubnan konon tanam kelapa sawit. Janganlah sibuk hendak mengajar orang lain, mengajar kita dahulu.

Saya tidak setuju dengan cara ini. Hubungan antarabangsa bagus, bukan tidak bagus tetapi janganlah mengada- ngada. Ini terus terang cakap, jangan mengada-ngadalah. Kita baiki kita dahulu, ini sangat penting.

Jadi, saya minta Kementerian yang berkenaan ini dan Kerajaan sesungguhnya supaya memikirkan ini kalau difikirkan munasabah, barangkali ada di antara rakan kita pernah pergi ke Singapura, ke Jurong disimpan di situ ikan, dan dibawanya ke mari semula.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, saya mohon supaya dapat meringkaskan.

Page 49: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4639 9 DISEMBER 1987 4640

Tuan Mustafa bin Awang: Insya Allah, saya akan ringkaskan. Dan saya hendak sentuh jugalah Kementerian "Abang" kita ini, Kementerian Perumahan. Saya rasa bangga kita ada Kementerian Perumahan tetapi orang tidak tahu Menteri ada, Kementerian ada, rumah Kementerian di mana tidak tahu. Cuma saya hendak minta satu sahaja. Boleh atau tidak Kementerian yang berkenaan ini sama ada melalui peraturan ataupun undang-undang, nasihat SEDC Negeri ataupun Kerajaan-kerajaan Negeri sebut rumah murah tetapi harganya mahal. Rumah itu betullah harga murah, dia buat harga murah, dia jual itu mahal. Jadi, saya hendak seimbangkan, buat harga murah jual pun murah. Jadi, kalau buat harga murah jual mahal, menipu namanya.

Jadi ini satu masalah yang rumit kepada kita. Kalau kita buat murah apa salahnya jual murah. Tanah Kerajaankan banyak, jadi saya mintalah Timbalan Menteri ini kalau melawat negeri-negeri tolong nasihatkan kalau boleh. Buat murah jual murah dan pelan-pelan rumah yang berkenaan ini jangan matikan di situ, kalau boleh biarlah boleh sambung. Apabila satu-satu orang beli rumah mungkin dia akan beranak pinak, ramai. Jadi biarlah rumah itu boleh sambung. Sedikit sahaja tidak berapa marah banyak. Satu ha1 lagi Kementerian Penjara hendak sambung Kak Ainon. Dahulu penjara ini orang sebut memang takut. Sekarang ini sorry. Ada orang kata, aku daripada duduk luar baik aku masuk ke dalam, makan free. Ini ada berlaku. Apa tidak free, sepak raga ada di sana, badminton ada dalam itu. Apa hendak main semua ada. Contohnya jail terbuka di Marang, orangnya lagi hebat gemuk daripada saya, masa masuk kurus sahaja, duduk dalam itu gemuk (Ketawa). Ini betul, Tuan Yang di-Pertua.

Lepas itu kalau hendak buat rumah baru ataupun repair rumah, saya boleh

jumpa pegawai dia, minta 4 orang. Gajinya rasa saya $2 seorang sehari. Kita beri makanlah. Dia buat rumah, bebas. Jarang yang lari. Yang lari waktu belum siap lagi penjara. Peruntukannya banyak, beratus juta juga. Yang bagusnya satu sahaja, bangunan penjara itu dibuat oleh banduan itu sendiri. Peruntukan kira- kira $10 juta, dia boleh habis $5 juta. Apa salahnya kalau Kementerian Pertahanan gunakan sebagaimana tadi buat rumah berdikit-dikit, rejimen ke.juruteraan buat sendiri. Kadang- kadang sewa merata-rata masuk kampung, timbul masalah pula, yang bujang-bujang tahu sahajalah. Ini saya haraplah penjara ini Kementerian yang terbabit ini kena jaga baik-baik. Jangan jadi peristiwa Pudu walaupun lama berlaku kesannya masih terasa, goresannya masih terasa, yang paling terasa sekali ialah Kuantan. Apabila Mejistret wanita ini ditahan. Macam- macam punya tekaan berlaku ke dalam kepala kita. Jangan berlaku lagi. Biarlah itu menjadi satu pengajaran yang baik dan jangan terlalu biarkan banduan ini kata orang "mua". Biar dia sikit, bukan kita hendak zalimkan dia, kita hukum dia tetapi jangan biarkan dia terlalu bebas dalam penjara. Sehingga dia tidak merasakan itu sebagai sebuah penjara sekali pun penjara kita, kita buat secara psikologi. Lama-lama akan jadi tempat kenangan, dia akan berulang lagi ke situ.

Selain daripada itu ialah Kementerian, saya tidak nampak hendak sebutkan nombornya ini, Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja lagi. Ini Kementerian Kerjaraya. Kementerian Kerjaraya ini dahulu betul segala kerja-kerja Kerajaan dibebankan kepada bahu dia, buat jalan, dia cangkul, dia apa, semua dia, parit tepi itu pun dia. Sekarang tidak ada lagi, beri kepada pemborong. Kalau hendak dibuat sekolah tidak dimintanya duit dengan Kementerian Kerjaraya, mintanya duit dengan Kementerian

Page 50: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4641 9 DISEMBER 1987 4642

Pendidikan, dia sebagai tukang, yang anihnya, ini ada yang anih, Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerjaraya, Jabatan Kerjaraya sendiri panggil pakar perunding luar. Ke mana Arkitek dia, ke mana QS dia, mengapa terbalik jadi ini, "ke" ada apa-apa ini? Dia sudah ditugaskan oleh Kerajaan menjadi tukang-tukang pelan, tukang lukis, tukang itu, tukang ini. Mengapa dipanggil orang lain jadi perunding? Kita sedar tentang perkara ini. Mana- mana perunding ini pun hendak cari makan tetapi bukan dari Jabatan Kerjaraya biarlah dari jabatan lain. Memalukan kita tukang kita surrender, ini tidak betul. Saya fikir tidak betul, mungkin orang lain fikir betul. Ini dikenakan.

Dan satu lagi jaga nelayan, di Lumut itu pusatnya. Di Lumut tempat jaga kononnya kemudahan ada di sana, tumpang dekat askar laut itu, hendak jaga nelayan Pantai Timur, berapa jauh ini. Pindahlah cawangannya ke Kuantan, ada satu pengkalan sederhana supaya senang-pindah ke sana supaya kita tidak makan masa yang panjang.

Menteri Kebajikan. Menteri ini nampaknya ghaib apabila Kerajaan- kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan, jadi dia senang hati. Kita tidak tahu Menteri yang berkenaan ataupun ada Timbalannya, waktu banjir macam ini sepatutnya; saya tidak tahu ini, Tuan Yang di-Pertua, banjir ini kira malapetaka, pindah beribu-ribu, sejauh mana bantuan ini telah selamat sampai ke tempat yang berkenaan. Jawapannya sungguh tidak memuaskan hati di dalam Dewan ini, kita tidak setuju orang hendak sedekah. Kepada orang Islam sedekah itu sebagai satu benda yang sangat penting. Apabila orang Islam meninggal dunia terputus perkara- perkara lain, hanya tinggal tiga sahaja, amal ibadatnya, sedekah jariahnya dan anak yang soleh. Jadi, kalau tidak diberi sedekah maka terputus amalan

ini-kebajikan ini. Jawab senang sahajalah. Kita sudah tangkap dia, lepas itu dia balik. Buatlah satu kawasan yang lebih besar di peringkat kebangsaan ini, jangan biarkan negeri- negeri sahaja.

Kalau benda itu berlaku di kawasan Kuala Lumpur bermakna Kuala Lumpur, di dalam Wilayah Persekutuan. Maka Kerajaan Wilayah Persekutuanlah bertanggungjawab kepada orang ini, selain daripada Kementerian yang berkenaan. Berilah dia kebajikan kepada orang ini, menyediakan rumahnya, biar dia duduk di sana, ini tidak. Sekarang ini muzik kaki lima, bagus, saya pun pernah beri duit, tetapi tidak banyak. Muziknya bagus, kadang-kadang lebih bagus daripada TV kita, fasal ada masa TV kita tengah malam dia mengamuk, tetapi malangnya Dato' Mohamed Rahmat, Menteri yang berkenaan tidak ada di sini. Tengah malam sedikit dia mengamuk. Hendak jaga fasal terap Islam, T V kita tiga suku bogel.

Saya terpaksa sebut secara terus terang, ini peluang sekali-sekali- empat bulan sekali datang. Oh! cukup seksi, tua-tua saya ini pun mari ummmm juga (Kztawa.) Ini juga mahu diubah. Kononnya siar di tengah malam supaya anak-anak tidur. Itu anak-anak yang senang diatur. Anak- anak sekarang dia pejam sahaja, mata hati tidak tidur. Dia dengar ibu-bapa diam sahaja, dia pun celek jarang- jarang, ini cukup merbahaya.

Jadi, saya minta ini kena censor sesungguhnya, sebab kita ada rancangan TV 3, TV 2-TV 1 ini kena peliharalah dia. Dan muzik orang buta ini bagus, Kementerian Kebajikan ini dahulu ada rancangan hendak latih dia betul-betul, kalau ada Perdana Menteri, Menteri hendak buat apa-apa majlis panggillah orang ini, apa salahnya? Kita rasa kita aibkah kalau panggil orang yang tidak nampak mata, fasal hendak panggil orang-orang yang

Page 51: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4643 9 DISEMBER 1987 4644

lebih-lebih handsome sahaja. Cuba kita amalkan ini, barulah dia tidak minta sedekah sepertimana yang dibuat oleh negeri lain. Dan saya hampir terlupa selepas ini saya akan berhenti sekalipun dada saya masih sebak lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Dua minit lagi.

Tuan Mustafa bin Awang: Insya Allah. Ini Kementerian Pertanian. Saya lupa sungguh tadi. Tuan Yang di- Pertua. Kementerian Pertanian ini patut ada tabung kebajikan nelayan tetapi saya tahu di Jabatan Perdana Menteri ada wang ini. Tabung kebajikan nelayan apabila nelayan kemalangan diberi sagu hati ataupun oleh negeri-negeri yang berkenaan.

Setahu saya setakat ini nelayan hanya Negeri Terengganu sahaja yang membuat tabung kebajikan nelayan. Apabila seorang nelayan meninggal sewaktu menjalankan tugas sebagai nelayan di bayar imbuhan sebanyak $3.000. Sementara nelayan ini masuk hospital tidak dapat bekerja seberapa lama dibayar $5 satu hari dan bot nelayan ini kemalangan akan dibayar sebanyak $4,000 untuk membaik pulih bot mereka.

Jadi kalau boleh Menteri Pertanian ini menasihatkan negeri-negeri lain atau adakan tabung nelayan ini semacam tabung insuran, apabila nelayan mati balunya ditinggalkan dan dibayar sagu hati sebanyak $10,000 ataupun $15,000 barulah janda nelayan tidak kecundang, anak-anaknya dapat belajar. Sebab, Tuan Yang di-Pertua, nelayan ini pangkatnya sama dengan satu orang Mejar dalam askar. Andaiannya penduduk ada kira-kira 15 hingga 16 juta, nelayan ada 110,000 tolak yang tidak makan ikan, sengaja tidak makan ikan ataupun tidak boleh beli ikan 10 juta. Jadi, rationya agaknya seorang nelayan 100 orang yang bertanggungjawab memberi

makan ikan kepada yang tidak ke laut sama dengan seorang Mejor atau Kaptan. Maknanya jasa nelayan harus dikenang. Pendaratan ikan mengikut kiraan saya walaupun tidak ada dalam penyata dia, anggaran tahun 1988 ini, 1,500 juta, tidak kecil.

Dengan sebab itu, perhatian harus diberi kepada nelayan, isteri dan anak- anaknya, barulah kita termasuk di kalangan pemimpin-pemimpin yang diredai oleh Tuhan. Jangan bercakap sahaja dan janji sahaja. Tiap-tiap lima tahun sekali ada di antara pemimpin- pemimpin kita ini akan menemui rakyat di sana sekali akan dibalas.

Jadi, untuk itu, saya mohon menyokong dengan sepenuh-penuh hati Rang Undang-undang ini. Insya Allah apabila ianya dilaksanakan tidak ada sebarang penyelewengan akan berlaku dalam pelaksanaan itu. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Y ang Berhormat Tuan Lau Keng Siong.

5.00 ptg.

Tuan Lau Keng Siong: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas bersama-sama Rang Undang-undang Akta Perbekalan 1988.

Tpan Yang di-Pertua, nampaknya ada 56 Kementerian dan Jabatan- jabatan semuanya berkehendakkan wang. Punca wang datang daripada hasil rakyat jelata berbilang bangsa. Saya harap tiap-tiap Jabatan atau Kementerian pada masa akan datang akan gunakan wang ini dengan sepenuh-penuhnya untuk faedah rakyat jelata berbilang bangsa. Kerajaan kita, Kerajaan Barisan Nasional dipilih oleh rakyat jelata, dipercayai oleh rakyat jelata berbilang bangsa di negara kita. Tiap-tiap perkara yang akan dibuat oleh

Page 52: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

Kerajaan kita akan pulang balik kepada semua golongan, tidak kira keturunannya rakyat jelata dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, saya suka sebut ada tempat-tempat seperti di Johor, terutama sekali di Muar ada perumahan-perumahan di buat oleh pemaju swasta, tetapi sampai hari ini sudah tempoh 4-5 tahun pembangunan itu akan siap tetapi tidak dapat dilaksanakan. Rakyat jelata, terutama sekali orang-orang yang miskin yang telah bayar pada penggal yang pertama wangnya kepada pemaju-pemaju swasta, tetapi apabila mereka bawa perkara ini kepada parti-parti yang berkenaan, terutama sekali kepada Parti MCA, UMNO atau MIC, tetapi sampai hari inipun senyap. Patutlah Kerajaan kita, Kerajaan dipilih oleh rakyat jelata mengambil berat atas perkara ini. Sampai hari ini nampaknya ada dua tempat: satu di Jalan Bakri, satu di Jalan Sungai Abong Dalam, semua sudah siap tetapi orang yang beli rumah itu tak d a ~ a t memasuki di dalam rumah itu. Sungguhpun pengaduan- pengaduan telah dibuat, telah disampaikan kepada Kementerian yang berkenaan, tetapi sampai hari ini senyap sahaja. Saya harap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan ambil berat atas perkara ini.

Ada satu lagi, terutama sekali di Johor Bahru dan sekelilingnya ada perumahan-perumahan yang dibuat oleh swasta, tetapi sampai hari ini semuanya kosong, tidak ada orang membeli. Apabila kita pergi Johor Bahru, selepas Kulai, kita boleh lihat sendiri mengapa sampai hari ini rumah itu tidak laku, boleh jadi harganya mahal. Tetapi Kerajaan kita sebagai Kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata berbilang bangsa adakah tidak sedar perkara ini? Kalau tidak, apakah tindakan atau langkah-langkah yang

akan diambil atas perkara ini untuk turunkan harga itu?

Satu lagi saya suka sebut iaitu rumah murah, tidak kira daripada pihak Kerajaan atau swasta, rurnah murah adalah untuk orang miskin tetapi sampai hari ini orang-orang yang cukup nliskin kebanyakannya tak dapat rumah ini. Apa sebab? Orang-orang yang tak payah mendapat rumah itu dapat. Tetapi saya harap pada masa akan datang Kerajaan kita, Kerajaan dipilih, bila kita hendak bagikan rumah ini kita mesti timbang dengan teliti, orang Yang betul-betul berkehendakkan rumah itu barulah diberikan. Jangan beri kepada salah orangnya dan timbulnya nanti perasaan tak baik. Bila timbul perasaan yang tak baik ini macam mana pun perpaduan atau muhibbah yang dilaksanakan oleh Kerajaan akan mengganggu. Jadi saya minta pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ambillah berat atas perkara ini.

Yang kedua mengenai Kementerian Kesihatan.

Pada hari ini di seluruh Malaysia, kita kekurangan doktor-doktor, doktor-doktor pakar. Sebentar tadi Yang Berhormat Tuan Mustafa pun ada sebut perkara ini. Mengapa pada masa sekarang kekosongan begitu banyak dan orang yang memohon jawatan ini tak mahu terimanya. Sebabnya boleh jadi gaji itu tak begitu bagus. Jadi saya fikir sampailah masanya pihak Kementerian Kesihatan mengkaji semula kedudukan skim gaji untuk doktor- doktor pakar.

Masa sekarang kalau negara kita mahu jadi kuat, badan-badan rakyat jelata mesti sihat. Kalau rakyat jelata tak sihat, negara tak jadi kuat. Kebanyakan orang-orang miskin, rakyat jelata sahaja masuk ke hospital Kerajaan-orang-orang kaya adalah

Page 53: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4647 9 DISEMBER 1987 4648

kurang. Mereka pergi ke hospital prebet, oleh kerana mereka ada wang dan boleh cari doktor-doktor pakar. Jadi kita kasihanlah kepada rakyat jelata yang miskin. Kita mesti kaji balik mengapa masa sekarang Kementerian Kesihatan adalah kekurangan doktor- doktor, terutama sekali doktor-doktor pakar. Doktor-doktor pakar tidak suka bekerja di hospital boleh jadi gaji mereka tidak mencukupi tetapi kita terpaksa pandang dari segi rakyat jelata apabila mereka masuk ke hospital daerah yang tidak mencukupi doktor-doktor pakar.

Kalau pada mula-mulanya doktor pakar memeriksa mereka, boleh jadi pesakit-pesakit boleh dirawati dengan senangnya dan sakit boleh baik. Tetapi kalau doktor-doktor pakar tak ada, cuma ada doktor biasa sahaja, dia sendiri berikan apa ubat yang boleh. Bila sampai masanya yang berkehendakkan doktor pakar, pesakit barulah dihantar ke Hospital Besar Negeri, tetapi masa itu sudah lewat. Jadi dari segi kesihatan, saya fikir Kerajaan kita sebagai Kerajaan yang dipilih oleh rakyat patutlah menjaga baik-baik terutama sekali rakyat jelata yang miskin. Jadi saya harap Kementerian Kesihatan pada masa akan datang akan menimbang dengan telitinya atas perkara ini.

Mengenai Kementerian Pendidikan, saya berharap pada masa akan datang Kementerian Pendidikan akan diberikan peruntukan wang yang sepenuh-penuhnya. Oleh sebab kalau di sekolah-sekolah terutama sekali di kampung-kampung, kalau sekiranya segala alatan-alatan, perkakas- perkakas untuk guru menggunakan bagi mengajar murid-murid tidak mencukupi, murid-murid kita akan tidak pandai. Oleh kerana murid- murid atau budak-budak ini pada masa akan datang bakal menjadi pemimpin negara Malaysia kita.

Perpaduan rakyat kita pun mestilah bermula di sekolah. Perpaduan di

antara rakyat berbilang bangsa, saya fikir kita cakap dengan mulut sahaja tidak berguna, kita mesti mulakan daripada awal apabila murid-murid berumur tujuh tahun masuk ke sekolah, guru-guru mesti mengajar mereka apakah maknanya perpaduan antara rakyat. Jadi, mereka akan faham bahawa Malaysia ini adalah berbilang bangsa-sudah duduk selama 100 tahun macam adik beradik dan apabila mereka sudah sampai ke tingkatan yang tinggi, mereka semua faham bahawa negara ini bukanlah untuk satu bangsa sahaja tetapi untuk berbilang bangsa rakyat jelata. Jadi, tiap-tiap kali kita sebutkan negara kita berhendakkan perpaduan, malangnya adakah bertambah baik atau buruk.

Kita ada Jabatan Perpaduan Negara tetapi kerja-kerjanya malangnya kadang-kadang ada nampak, kadang- kadang sampai tiga-empat bulan atau satu tahun tak ada usaha perpaduan, apabila terdesak baru ada perpaduan. Seperti masalah kesihatan, apabila ada penyakit aedes barulah Jabatan Kebajikan sibuk di sana sini sembur ubat. Mengapakah pada masa biasa tak diambil berat? Sampai masanya apabila budak-budak dapat penyakit denggi akibat aedes barulah sibuk. Itu saya fikir tak patut.

Kalau Kerajaan atau Kementerian masing-masing ada sedar, selalu sedar, 24 jam sentiasa sedar, tiap-tiap hari sedar, saya fikir semua penyakit tak ada. Kanak-kanak kita pun kuat dan sihat.

Masalah menghisap dadah pun satu perkara yang bahaya, demikian juga hendaklah diajarkan di dalam sekolah pada peringkat permulaan. Tetapi tidak sebaliknya, sampai hari ini kita tak pernah dengar di sekolah ada mengijar murid-murid itu hisap dadah adalah bahaya kepada mereka. Apabila mereka sudah menghisap dadah satu-dua kali, sudah biasa, kita minta mereka ubah tentulah susah. Ini

Page 54: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4649 9 DISEMBER 1987 4650

salah siapa? Semua golongan rakyat hendaklah terima tanggungjawab atas perkara tersebut, termasuk saya juga, sebagai ibubapa kalau tidak, hisap dadah tidak dapat dihapuskan. Jadi, perkara ini kalau kita ambil langkah- langkah yang lebih awal semua perkara ini tidak boleh berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir berkenaan dengan Jabatan lain, ada banyak lagi jabatan yang saya tidak dapat sebutkan, oleh kerana masa tidak dibenarkan. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua sudah minta memberi peluang kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat supaya ada peluang berucap di dalam Dewan yang mulia ini, janganlah satu-dua orang sahaja berucap. Pandangan semua orang bagus; bila ada banyak pandangan adalah bagus.

Sekarang saya ingin bangkitkan berkenaan perkhidmatan Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Kementerian ini adalah satu Kementerian di mana agensinya sudah diswastakan. Saya hendak sebutkan ada satu perkara yang baru berlaku dua hari yang lepas, iaitu saya membuat panggilan telefon dari Parlimen, panggilan percuma tetapi tak bunyi, tak dapat. Jadi, saya kena hubungi kawan saya mengapakah telefon di rumah saya tak boleh bunyi. Jadi bila saya hubungi balik, sampai dua hari, semalam pukul dua baru diperbaiki. Mengapakah pihak Telekom ini tidak memberitahu kepada pengguna- pengguna bila berlaku telephone breakdown dan apakah sebabnya. Jadi semua orang faham dan tahu.

Oleh sebab telefon ini adalah satu alat yang mustahak sekali, kalau kita hendak cepat, kadang-kadang kala seorang pesakit kalau tak cepat mendapat bantuan langsung dia mati. Jadi, siapakah yang bertanggungjawab? Perkara ini saya fikir sampailah masanya pihak Kementerian Tenaga, Telekom dan

Pos ini mestilah ambil berat. Pernah suatu kali beberapa bulan yang lalu MCA Bahagian Muar, saya sebagai Pengerusinya ada meminta satu rangkaian telefon yang baru. Wang sudah dibayar, tetapi kena tunggu sampai satu bulan, baru datang pasang telefon. Kelewatan begitu sampailah saya terpaksa meminta Naib Setiausaha saya menulis surat kepada pihak Syarikat Telekom dan salinan kepada Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Jadi, malangnya Kementerian ada memberi jawapan kepada Syarikat Telekom, salinan kepada saya, mengatakan tolonglah perkara ini disiasat dan beritahu kepada Yang Berhormat Encik Lau, tetapi sampai hari ini saya tak mendapat apa-apa jawapan.

Perkara ini kalau berlaku ke atas orang lain atau seorang yang duduk di kampung, dia tentu tak tahu mengatasinya. Tetapi seorang seperti saya sekarang yang bertaraf Senator dibuat macam itu juga. Jadi, ini terpulanglah kepada pihak Kementerian berkenaan meng- atasinya.

Saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi. Kalau berlaku, pada persidangan yang akan datang, saya akan bawa balik, bawa semula ke sini. Sekianlah, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Y ang Berhormat Tuan Douglas Sullang anak Ganda.

5.18 ptg.

Tuan Douglas Sullang anak Ganda: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun mengambil kesempatan ini bersama dengan rakan-rakan saya untuk membahaskan dan menyokong Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 1988 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Page 55: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini sava bernasib baik dan bertuah kerana saya ingat belum lama sesudah saya mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara ini, seramai 32 orang Ahli-ahli Kelab Senator Malaysia dari Semenanjung dan Sabah datang beramai-ramai ke Sarawak dengan tujuan untuk mengembang dan mengekalkan integrasi nasional bagi seluruh rakyat di negara kita ini. Ramai yang sudah tiba ke Sarawak dan Sabah telah melihat apakah keadaan kami di Sarawak semen-iak 24 tahun kami telah merdeka menerusi Persekutuan Malaysia.

Kami berbangga dan berterima kasih atas berbagai pembangunan, namun fizikal, sosio-ekonomik dan sebagainya yang telah dicapai dalam masa itu, tetapi ramai yang telah dicapai. ramai juga yang akan dicapai atau dicadangkan. Saya sukacita dan terima kasih atas perbelanjaan peruntukan tahun 1988 yang sedang dibahaskan dalam Dewan ini kerana sudah nyata tumpuan yang berkesan telah ditunaikan untuk pembangunan di luar bandar.

Saya percaya dan penuh harapan dan yakin menjelang tahun hadapan pembangunan di luar bandar khasnya di negeri Sarawak dapat berkesan. Kerana dalam keadaan sekarang ini pembangunan di luar bandar dalam negeri Sarawak masih lagi belum memuaskan. Taraf infrastruktur seperti jalan raya, lagi masih kurang sempurna. Dalam sejumlah jalan raya di Sarawak cuma 25% sudah ditar atau diturap. Dan tinggal 75% sahaja lagi masih gravel road iaitu jalan yang masih berbatu kasar. Sudah tentulah jalan yang bergravel itu tidak sesuai untuk kita menyusun semula pembangunan di luar bandar. Jangan kata untuk kita menarik pelaburan asing dari negeri luar ataupun digur~akan untuk menarik pelancong- pelancong untuk melancong ke Sarawak. Seperti yang sekarang

kebanyakan pelancong yang tiba ke Sarawak itu boleh dikatakan "adventure tourists" sahaja. Walau bagaimanapun, saya harap dan yakin dan penuh percaya dalam tahun hadapan iaitu tahun 1988 jalan raya dari Seri Aman terus ke Sarikei dapat siap sedia dengan lengkap. Pan- Borneo Highway dari Kuching terus ke Lawas atau terus ke Sabah jauh lagi daripada North-South Highway di Semenanjung.

Kerana yang demikian elok Kementerian Kerjaraya mengambil perhatian yang serius terhadap projek ini supaya perlaksanaannya dapat dipercepatkan. Saya menyeru dan merayu kepada Kerajaan Pusat supaya perlaksanaannya sama selaras dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri Sarawak iaitu "politics and development", dengan izin, yang sentiasa berazam membina negeri Sarawak menerusi pembangunan tanah yang sedang dibuat oleh agensi-agensi Kerajaan seperti FELCRA, FELDA, SLDB dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya tahu dan sedar juga ada satu kumpulan terkecil cuba mencabar dan menentang Kerajaan. Kumpulan ini menyibarkan perasaan tidak puas hati dan benci hati terhadap Kerajaan. Ianya pernah memainkan peranan yang sensitif seperti racial issue supaya dia dapat menarik hati rakyat seolah-olahnya untuk kepentingan diri sendiri. Cabaran yang begitu berlaku di kalangan masyarakat di peringkat negeri di Sarawak. Di peringkat negeri Sarawak umpamanya di kawasan Ai di Kalaka-Saribas. Kumpulan ini menentang Kerajaan supaya mewujudkan, deng an izin, unfavourable atmosphere for the government agency to implement the government project. Di peringkat Persekutuan pun ada juga keadaan seperti ini. Sebab itulah kita di Dewan Negara yang mulia ini dituduh sebagai "rubber stamp" sahaja.

Page 56: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4653 9 DISEMBER 1987 4654

Tuan Yang di-Pertua, tetapi malangnya tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Dan kita sudah tahu tidak berapa lama dulu, langkah-langkah telah diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan menahan orang-orang yang tidak bertanggungjawab itu sesuai untuk mempertahankan keselamatan negara kita.

Dalam peringkat negeri Sarawak, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di Sarawak sentiasa memimpin negeri Sarawak sehingga Kumpulan Maju yang pernah mencuba menggulingkan pemerintahannya dan sekarang kumpulan ini sudah bertambah lemah. Dari jumlah para wakilnya 20 orang dulu dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dan sekarang sudah jatuh ke 13 orang sahaja lagi. Ini sudah nyata apa-apa cabaran yang dikemukakan oleh kumpulan tertentu itu tidak berasas sama sekali dan tidak juga diterima oleh rakyat sama sekali.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh banyak perkara di sini tetapi kerana masa tidak mengizinkan, sebab itu saya menyentuh ini secara ringkas dan saya mahu menyentuh hal- ha1 yang rumit tetapi tangisan-tangisan dari ibubapa khasnya di Sarawak begitu hebat bunyinya iaitu atas perkara pertukaran buku teks dalam sekolah.

Pertukaran buku teks ini sering berlaku setiap tahun dan kadangkala dalam senarai buku itu ada nama buku itu tetapi jikalau ibubapa hendak membelinya di kedai, buku itu belum ada dikeluarkan di pasaran. Sebab itu saya menyeru dan merayu kepada Kementerian Pendidikan supaya halangan yang rumit sangat itu dapat dielakkan.

Lagi satu berhubung dengan Kementerian Pertahanan. Saya sering menerima laporan yang begitu rumit juga mengenai bekas-bekas perajurit

kita yang pernah katanya tidak diberi hak keistimewaan yang sepatutnya ditunaikan kepada mereka sama ada di bidang perdagangan, berniaga seperti memohon lesen beras, lesen keretal teksi, membeli rumah bernilai murah. Saya pun tidak tahu sama ada benar atau tidak, mungkin juga saya ingat kes ini sama seperti kes Jaafar Adam yang tidak lama dahulu telah berlaku mungkin ada berkaitan dengan ini. Dengan begitu saya menyeru kepada Kementerian ini supaya mengkaji dengan seberapa telitinya. Jika perlu satu kajian teliti dibuat bagi menentukan berapa bilangan bekas- bekas perajurit kita yang sudah berjaya dengan cemerlangnya dalam berbagai bidang dan berapa pula bilangannya yang gagal ataupun dalam keadaan "hidup segan mati tak mahu."

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih sedikit kepada Jabatan Hal Ehwal Orang ~ s i i di Semenanjung di sini. Saya berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana adanya dorongan dan pandangan yang begitu luas maka Jabatan itu telah diwujudkan untuk mentadbirkan ha1 ehwal kaum yang terkecil itu. Tetapi apa kiranya jikalau ianya juga dapat Jabatan Hal Ehwal Orang Penan di Sarawak juga dapat diwujudkan supaya Jabatan ini mentadbirkan ha1 ehwal orang-orang Penan ataupun bangsa kaum-kaum yang lain seperti kaum Iban yang saya tahu masih berada di ulu-ulu sungai, di rumah-rumah panjang yang masih lagi diam atau tinggal di tempat yang berpendapatan rendah iaitu lebih rendah daripada kadar parasan kemiskinan di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang dengan sukacitanya juga merakamkan terima kasih dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan Malaysia yang telah dengan ikhlas hati menghapuskan cukai keuntungan berlebihan syarikat sebanyak 3%. Langkah ini sudah menggambarkan ekonomi negara kita sudah bertambah

Page 57: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4655 9 DISEMBER 1987 4656

pulih atau sudah bertambah kukuh sehingga kita mampu mengurangkan hasil sebanyak lebihkurang $140 juta. Ini hasil kerjasama di antara sektor swasta dan Kerajaan negara kita. Hasil ini saya anggap ialah bonos istimewa untuk sektor swasta di negara kita dan haruslah kita dalam tahun hadapan bekerja kuat lagi agar Kerajaan dapat mengukuhkan ekonomi negara kita di masa hadapan supaya bonos yang begitu istimewa juga dapat dipertunaikan kepada kita di tahun hadapan iaitu seperti mengurangkan cukai syarikat dan cukai pendapatan perseorangan supaya kadar-kadar cukai di Malaysia setanding dengan negara-negara lain di rantau ini.

Bagi kami di Sarawak, peruntukan perbelanjawan untuk membina jalan raya, pembangunan tanah, lapangan terbang baru di Sibu dan rumah sakit baru di Sibu harap dapat ditunaikan juga. Atas pembinaan lapangan terbang baru di Sibu, saya menyampaikan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Malaysia kerana hari Ahad lalu beliau dengan ikhlas hati mengumumkan peruntukan sebanyak $90 juta untuk membina projek yang tersebut. Saya harap projek ini dapat disiapsediakan seperti yang dijadual iaitu pada tahun 1991-4 tahun dari sekarang. Tetapi beliau berkata projek ini dijalankan dengan sekaligus. Itu juga saya percaya projek ini dapat disiapsediakan dalam 4 tahun akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, dalam seluruhnya saya sukacita dan berterima kasih atas peruntukan Belanjawan 1988 yang sedang dibahaskan' dalam Dewan ini kerana perbelanjaan ini sudah nyatanya tumpuan yang berkesan telah diperuntukkan untuk pembangunan di luar bandar. Maka yang demikian, saya menyokong penuh atas Akta ini yang boleh dinamakan Akta Perbekalan 1988 supaya dapat diluluskan dalam Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Azumu bin Tak.

Tuan Azumu bin Tak: Tuan Yang di- Pertua, saya ingin turut serta untuk bercakap di atas masalah Belanjawan ini dan sebelum daripada itu selain daripada mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan, saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat kita Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom di atas ucapan Belanjawannya yang begitu panjang lebar yang boleh kita pelajari.

Tentang perkara ini, saya ingin menyeru kepada Kerajaan supaya ucapan-ucapan Wakil-wakil Rakyat yang baik, yang bernas seumpama ini dapat disebarkan kepada orang ramai. Jika ucapan-ucapan Menteri biasanya dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan, maka ucapan-ucapan Wakil-wakil Rakyat di Dewan Rakyat dan juga di Dewan Negara kita ini harus juga diberi peluang yang luas supaya orang tahu keadaan-keadaan terutama ucapan-ucapan berkenaan dengan perpaduan di negara kita ini.

Sungguhpun saya tidak bercadang untuk berucap tentang perpaduan kerana banyak Ahli-ahli telah berucap berkenaannya, tetapi saya ingin menyarankan satu perkara baru iaitu jika orang-orang Islam di negara ini pada hari ini diminta untuk menderma melalui Skim Amal Jariah, maka saya rasa elok semua penduduk-penduduk di negara ini dengan tujuan mereka suka hendak bersatu-padu, supaya menderma kepada satu skim, Skim Perpaduan Negara, kita katakan, supaya tiap-tiap bangsa di negara ini menderma kepada skim ini dan kita berharap jika wang yang besar dapat dikumpulkan, jika $5 seorang, kemungkinan kita dapat mengum- pulkan $75 juta. Maka wang ini boleh kita gunakan untuk Jabatan Perpaduan Negara dan kita harap pada ketika itu

Page 58: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4657 9 DISEMBER 1987 4658

nanti semua Menteri-menteri dalam masa enam bulan dapat dengan seluas- luasnya menjelajah di semua kawasan di dalam negara kita ini semoga semua rakyat di negara ini akan bersatu-padu di masa-masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam pentadbiran negara kita ini kita ada Ahli-ahli Majlis Tempatan untuk menjalankan, menguruskan bandar- bandar masing-masing di negara kita. Ada saya perhatikan bahawa sebahagian besar daripada mereka itu telah berkhidmat dalam masa yang lama, semenjak tahun 1970 ada, tahun 1963 pun ada. Sungguhpun pilihanraya tidak diadakan di peringkat-peringkat Majlis-majlis Daerah atau Majlis Bandaran, mereka ini dilantik oleh Kerajaan-kerajaan Negeri tetapi khidmat mereka adalah kadangkala lebih daripada Wakil Rakyat, Ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Oleh ha1 yang demikian, saya menyeru supaya Kerajaan memikirkan supaya satu-satu kemudahan yang baik diberikan kepada mereka. Tujuan saya, jika Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dapat pencen selepas berkhidmat tiga tahun, maka Ahli-ahli Majlis Tempatan ini harus juga ditimbangkan supaya diberi pencen setelah berkhidmat lebih daripada 10 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Perusahaan Utama rnelalui ATPCnya (Association of Tin Producing Countries) kerana dengan adanya ATPC ini, pada hari ini dapat mengawal harga bijih timah dengan begitu baiknya daripada $14 sekilo dua tahun yang lalu hinggakan di antara $17 dan $17.20 pada hari ini. Usaha ini amat baik sekali dan saya berharap supaya Kerajaan memikirkan apabila perjanjian untuk menubuhkan Majlis Timah Antarabangsa akan diperbaharui sedikit masa lagi, supaya Kerajaan Negara kita tidak akan bersama lagi dalam Majlis itu. Eloklah

memperkuatkan sahaja ATPC ini dan Majlis Timah Antarabangsa (ITC- International Tin Council) ini haruslah dibubarkan dan mereka ini kita tahu banyak menjalankan kepentingan- kepentingan pengguna sahaja tetapi tidak menjaga kepentingan- kepentingan pengeluar, pelombong- pelombong di negara ini.

Saya juga menyeru di dalam masa kawalan ini, mengikut undang-undang yang telah dikuatkuasakan semenjak tahun 1957 lagi, adalah sukar bagi sesebuah lombong yang baru hendak dibuka oleh sebab kawalan ini. Oleh itu pelombong-pelombong bumiputera yang baru hendak mencebur dalam lapangan ini tidak dapat untuk membuka lombong mereka melalui kawalan bijih timah ini. Maka saya berharap undang-undang ini dapat disemak semula supaya ianya dapat dikaji dan kalau boleh dipinda di mana yang perlu.

Ada satu lagi badan di dalam Kementerian Perusahaan Utama yang telah ditubuhkan semenjak 1923 dan dipinda sedikit sebanyak undang- undang dalam tahun 1953 iaitu Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Perusahaan Timah. Lembaga ini adalah satu Lembaga Penyelidikan tetapi kerjanya boleh dikatakan sudah lapuk. Maka dengan itu saya harap supaya Kerajaan dapat mengkaji supaya ianya dibubarkan sahaja kerana segala usaha-usaha penyelidikan ada dijalankan oleh badan-badan yang lain. Cuma satu kerja yang saya rasa agak baik oleh Lembaga ini adalah penubuhan Malaysian Tin Bureau atau Biro Timah Malaysia yang ada ditubuhkan di Washington, Amerika Syarikat. Biro ini gunanya adalah untuk menerangkan kepada pembeli- pembeli, pengguna-pengguna akan keadaan yang baru berlaku dalam perusahaan bijih timah ini. Baru-baru ini Biro Timah Malaysia ini telah ditutup. Saya agak kepentingannya, pekerjaannya di situ amat penting

Page 59: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4659 9 DISEMBER 1987 4660

sekali, maka saya harap supaya ianya dibuka semula di Washington itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan di atas penubuhan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan di negara kita ini, tetapi saya hairan setelah ianya telah lama ditubuh, hampir setahun ini pejabat- pejabatnya di negeri belum lagi dibuka. Saya ingin bertanya, bilakah agaknya pejabat-pejabat di peringkat negeri akan dibuka.

Tuan Yang di-Pertua, pada minggu ini ada kita panggil Minggu Kesenian Perak yang dianjurkan oleh penuntut- penuntut Asrama Za'aba di Universiti Malaya. Minggu kesenian yang dikelolakan oleh penuntut-penuntut itu adalah bukan sahaja untuk negeri Perak tetapi juga bagi negeri Pahang dan Melaka dan telah diadakan tahun lalu tetapi pada minggu ini diadakan Minggu Kesenian Perak sahaja.

Melalui Dewan yang mulia ini saya ingin merayu kepada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan supaya memberikan sumbangan yang sepenuhnya kepada penuntut- penuntut ini kerana kerja-kerja mereka untuk meninggikan taraf kesenian tiap-tiap negeri atau membuat kajian dan sebagainya amat menggalakkan. Mereka saya dengar telah berbelanja hampir $160,000 dan tidak satu sen pun dapat sumbangan daripada Kementerian ini. Kebanyakan daripada peruntukan yang mereka dapat adalah daripada Kerajaan-kerajaan Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, B.24, Jabatan Perpustakaan Negara telah diperuntukkan sebanyak $5,545,000.

Saya agak sebahagian besar dsripada wang ini akan disalurkan juga kepada Perbadanan-perbadanan Perpus- takaan Awam di negeri-negeri. Tetapi Kerajaan harus sedar bahawa

sebilangan besar wang yang diberikan kepada Perbadanan Perpustakaan Negeri-negeri ini tidak mencukupi. Kebanyakan wang yang ada, yang diberikan, yang disumbangkan oleh Kerajaan Pusat kepada perbadanan- perbadanan tersebut adalah cukup untuk membayar gaji kakitangan sahaja. Maka untuk membeli buku- buku langsung tidak ada satu sen pun.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Jabatan ini kerana Perpustakaan Negara ini telah penuh dan cukup buku-bukunya dan di dalam kita hendak menggalakkan rakyat jelata rajin membaca, suka membaca, saya harapkan Jabatan ini supaya memberhentikan membeli buku di peringkat pusat ini tetapi memberi peruntukan tersebut kepada negeri- negeri di negara kita ini. Perpustakaan Awam di negeri-negeri ini mempunyai buku-buku yang lama dan orang-orang yang rajin membaca itu boleh dikatakan sudah habis semua buku yang ada di perpustakaan itu dibaca oleh mereka.

Kalau kita pergi ke Perpustakaan Negara, kita perhatikan bahawa boleh dikatakan tiap-tiap bulan kumpulan buku yang baru banyak sangat diedarkan. Ini bermakna tumpuan yang penuh diberikan oleh Jabatan ini kepada Perpustakaan Negara sahaja tetapi melupakan Perpustakaan- perpustakaan Negeri. Walhal saya rasa Perpustakaan-perpustakaan Negeri adalah lebih penting sekali daripada di pusat ini kerana bilangan pembacanya lebih ramai di luar-luar bandar daripada di bandar ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya pada mulanya bercadang hendak berucap berkenaan dengan ASEAN Summit ini tetapi setelah beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat berucap, maka saya tidak bercadang untuk membaca apa yang telah saya tuliskan, tetapi satu perkara sahaja, iaitu saya rasa Dewan ini patut bersama berdoa semoga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan

Page 60: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4661 9 DISEMBER 1987 4662

rombongannya akan selamat pergi dan selamat balik menghadiri Summit itu. Secara kebetulan juga pada pukul2.30 tadi apabila saya datang ke Dewan ini saya sempat membaca Beritex di TV di luar yang mengatakan bahawa Kerajaan Filipina telah bersetuju untuk menarik balik tuntutan Sabah itu dan di masa Summit ini satu daripada acaranya adalah untuk menanda- tangani penarikan mereka itu di antara Kerajaan Filipina dan Kerajaan Malaysia. Kita mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Filipina. (Tepuk)

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Hasil Dalam Negeri nampaknya tidak begitu peka tentang masalah-masalah rakyat. Di dalam masa kesusahan ini di mana banyak syarikat-syarikat, banyak lombong-lombong ditutup maka ramailah pekerja-pekerja kena berhenti kerja atau diretrenched. Maka dengan itu, di dalam undang- undang yang ada pada hari ini sebahagian besar daripada wang yang diberi kepada orang-orang yang diretrenched ini terpaksa dibayar cukai. Ini adalah satu perkara yang tidak adil. Apabila seseorang itu mendapat susah, kenapakah kita susahkan lagi? Maka demikianlah sifat Jabatan Hasil Dalam Negeri ini apabila seseorang itu kena berhenti kerja, wang pampasan yang diperolehinya daripada berhenti kerja itu diambil cukai juga.

Apabila seseorang itu sudah berhenti kerja pada masa yang genting, pada masa susah ini, amat susah hendak mendapat kerja yang lain. Oleh itu, kalau boleh janganlah dicukai daripada wang yang ada, yang kecil, yang diterima oleh mereka, pampasan daripada syarikat-syarikat mereka itu kerana dengan wang yang kecil inilah mereka dapat memulakan perniagaan- perniagaan mereka ataupun untuk memulakan satu-satu projek untuk kepentingan diri mereka.

Tuan Yang di-Pertua, satu Jabatan yang jarang disebut oleh Ahli-ahli

Dewan Rakyat ataupun Dewan yang mulia ini ialah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Saya perhatikan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ini sungguhpun ia bergerak tetapi ia bergerak secara mahu tidak mahu sahaja kerana segala borang-borang yang terpaksa diisi oleh pertubuhan- pertubuhan apabila menubuhkan satu- satu pertubuhan ataupun borang- borang penyata (report) bagi tiap-tiap tahun adalah borang-borang yang lama, kadang-kadang benda cyclostylenya pun sudah tidak dapat dibaca. Ini patutlah dikaji. Jika Jabatan-jabatan lain yang kecil pun dapat mencetak .segala borang-borang mereka, kenapakah Pendaftaran Pertubuhan ini begitu lemah sekali'? Adakah kerana peruntukan yang kecil diberikan kepada mereka ataupun pegawai-pegawai di situ tidak memohon kepada Kerajaan untuk mendapat peruntukan-peruntukan yang besar?

Saya harap supaya ianya dapat diberi peruntukan yang besar tetapi satu perkara yang harus lebih penting sekali adalah diperhatikan pertubuhan- pertubuhan ataupun kelab-kelab apabila mereka mengadakan mesyuarat-mesyuarat agung ada pertubuhan-pertubuhan yang tidak mengikuti undang-undang kelab atau pertubuhan mereka itu. Ini tidak diambil tindakan nampaknya oleh Jabatan Pendaftaran A ~ e r t u b u h a n . Maka saya harap satu cara dapat dicari supaya semua mesyuarat agung pertubuhan-pertubuhan ini dikaji oleh Pendaftar Pertubuhan sama ada ia mengikuti undang-undangnya ataupun tidak. Kalau boleh apabila sesebuah koperasi itu mengadakan mesyuarat agungnya maka Jabatan Kemajuan Koperasi biasanya menghantar seorang pegawainya hadir bersama di dalam mesyuarat agung Koperasi itu, maka saya cadangkan supaya kelab- kelab dan pertubuhan pun dibuat demikian juga dan seorang pegawai daripada Pejabat Pendaftaran

Page 61: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4663 9 DISEMBER 1987 4664

Pertubuhan ini patut hadir di dalam mesyuarat agung itu. Kemungkinan- nya ia tidak cukup kakitangan tetapi oleh kerana ianya penting, ia perlu diberi kakitangan yang ramai.

Kita tahu begitu besar pengangguran-9.1% daripada rakyat kita adalah menganggur dan kebanyakan mereka adalah graduan- graduan universiti. Apa salahnya diambil mereka ini bekerja dengan Jabatan tersebut. Tidak ada masalah jika ianya tidak cukup wang kerana Jabatan inilah yang tidak langsung mengutip wang cukai daripada kelab. Maka saya cadangkan kepada Kerajaan supaya tiap-tiap tahun apabila pertubuhan-pertubuhan ini menghantar penyata tahunannya untuk mendapat pendaftaran yang baru atau sebagainya supaya ianya dicukaikan juga. Kalau meminta lesen penjaja pun hari ini, jika seseorang penjaja hendak membaharui lesen tahunannya, dia kena membayar sekurang-kurangnya $24. Oleh itu, saya cadangkan supaya pertubuhan- pertubuhan dan kelab-kelab ini membayar lesen tahunan dengan kadar $100 atau $200 setahun mengikut kajian Kerajaan.

Pada masa sekarang ini pertubuhan- pertubuhan cuma membayar $10.00 sahaja sebagai wang pendaftaran kepada Jabatan tersebut. Itu sahaja yang dikenakan, maka bertahun- tahunlah dia bergerak sebagai satu kelab atau sebagai satu pertubuhan vang mewah. Banyak kelab-kelab ini &kup kaya dan ada jugalah pertubuhan-pertubuhan belia itu yang miskin bolehlah dikaji oleh Kementerian Belia dan Sukan. Tetapi banyak kelab-kelab dan pertubuhan- pertubuhan yang kaya di negara ini tanpa membayar cukai kepada Jabatan Pendaftaran, maka seharuslah sebagai satu pendapatan kepada Kerajaan pada kali ini supaya kelab-kelab dan pertubuhan-pertubuhan juga terpaksa membayar cukai pada tiap-tiap tahun.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam kita menggalakkan supaya penyanyi- penyanyi di negara ini mendapat tempat di kelab-kelab ataupun di radio dan di T.V. dan sebagainya, tetapi malang juga ada penyanyi-penyanyi, artis yang terkenal ini terpaksa, oleh kerana hidupnya tersilap dan sebagainya, dia terpaksa terlibat di dalam masalah najis dadah. Maka ada di antara mereka terpaksa dihantar ke Pusat Serenti untuk menjalankan latihan selama 2 tahun dan kadang- kadang ditambah lagi 2 tahun dan di samping itu apabila penyanyi terkenal ini berada di Pusat Serenti, ada lagu- lagunya tidak dibenarkan oleh RTM dimainkan di dalam radio ataupun di TV. Ini amat mendukacitakan. Inilah punca pendapatan artis-artis yang terkenal itu. Maka saya harap supaya Kerajaan menimbangkan semula supaya apabila dia keluar daripada Pusat Serenti, dia dibenarkan menyanyi lagi supaya dia lebih popular. Janganlah kita matikan bakatnya kerana ia terlibat di dalam najis dadah ini.

Saya tumpukan ini, kalau hendak lebih tegas lagi ialah kepada penyanyi Jamal Abdillah. Saya tahu bahawa budak-budak muda, terutama gadis- gadis sangat sayang kepadanya. Sebagai penyanyi yang agak terkenal tetapi malang segala rekod-rekodnya sekarang ini sudah dimasukkan ke dalam fridge.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, banyak badan-badan berkanun Kerajaan yang besar-besar semuanya berada di pusat iaitu di Kuala Lumpur ini. Mereka mendirikan bangunan besar-besar, yang tinggi-tinggi, semuanya di Kuala Lumpur sungguhpun hasil daripada kemajuan yang mereka dapat adalah dari negeri- negeri. Saya cadangkan mereka membuka ibu pejabat-ibu pejabat mereka di negeri-negeri di mana mereka mendapat hasil yang banyak supaya negeri-negeri itu dapat maju

Page 62: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4665 9 DISEMBER 1987 4666

bersama dengan ramainya kakitangan yang berada di negeri masing-masing melalui ibu pejabat itu, maka kita harap negeri itu akan membangun.

Misalnya PETRONAS, mengapa tidak PETRONAS mendirikan ibu pejabatnya di Terengganu dan MMC, mengapa MMC tidak mendirikan ibu pejabatnya di Perak, di mana-mana bandar di Perak; ia ada sebuah pejabat di Batu Gajah. Kita minta ia menubuhkan ibu pejabatnya di Batu Gajah, misalnya. Kenapa ianya mesti di Kuala Lumpur ini. Di masa komunikasi kita sekarang ini begitu baik, untuk datang ke Kuala Lumpur ini lebihkurang 3 jam sahaja dengan kereta. Orang-orang PETRONAS ini terbang sahaja, ada kapalterbang sendiri, kononnya. maka tidaklah menjadi masalah kepada mereka jika ibu pejabat-ibu pejabat mereka itu dibuka di ibu negeri di mana mereka beroperasi. Dengan demikian, saya rasa negeri-negeri akan sekurang- kurangnya mendapat kemudahan dan kebajikan daripada apa yang mereka dapati daripada negeri-negeri yang demikian.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih .

Timbalan Yang di-Pertua: Saya menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membuat satu usul. Dipersilakan Yang Berhormat.

USUL WAKTU MESYUARAT DAN

URUSAN YANG DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN

MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men- cadangkan:

Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11, Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.15 malam ini.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong .

Timbalan Yang diPertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipersetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11, Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.15 malam ini.

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1988

Perbahasan disambung semula.

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuan Azman Atar bin Othman.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut bangun bersama-sama membahaskan Rang Undang-undang yang bernama suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 1988 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan cuba bercakap dengan seberapa ringkas kerana ingin memberi peluang kepada rakan-rakan saya yang lain untuk sama-sama turut membahaskan Rang Undang-undang ini dan saya akan banyak bercakap masalah Wilayah Persekutuan.

Malangnya sekali, kami penduduk- penduduk di Wilayah Persekutuan, kalau dulunya mempunyai sebuah

Page 63: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

Kementerian. tetapi Kementerian ini telah dimansuhkan dan telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apa yang saya ingin sebutkan di sini, nasib pemimpin-pemimpin politik di dalam Wilayah Persekutuan tidak sama nasibnya, seuntungnya dengan nasib pemimpin-pemimpin politik di peringkat "State" atau di peringkat Negeri kerana kalau di peringkat Negeri mereka mempunyai Wakil Rakyat di Parlimen, Wakil Rakyat Undangan Negeri dan mereka mempunyai Pegawai Daerah, mereka mempunyai Datuk Penghulu dan Datuk Sidang dan juga pemimpin- pemimpin yang ditauliah oleh Kerajaan.

Di Wilayah Persekutuan, kami tidak mempunyai jawatan-jawatan ini. Cuma kami mempunyai jawatan Wakil Rakyat Ahli Parlimen sahaja dan kita tidak mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri, jauh sekali mempunyai Pegawai Daerah dan juga Datuk Penghulu. Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua, di dalam Belanjawan tahun 1988 ini yang telah diperuntukkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebanyak $328.225.410.00 dan saya percaya dari peruntukan yang sebesar ini sudah tentu peruntukan mentadbir Dewan Bandaraya juga berada di dalam peruntukan ini. Oleh kerana perkara yang saya sebutkan tadi, nasib pemimpin politik tidak sama dengan nasibnya dengan pemimpin politik di peringkat Negeri, maka saya mencadangkan supaya Jabatan Perdana Menteri menubuhkan satu Jawatankuasa khas mengkaji semula Perlembagaan Bandaraya itu. Kerana kepada kami, kami sendiri kadangkala tidak dapat hendak tentukan siapakah yang benar-benar berkuasa di dalam handaraya ini. Dan siapakah orangnya yang patut menghubungkan kemesraan dan menghubungkan tali persaudaraan kenal antara satu sama lain, bermuhibbah di antara satu sama lain di dalam Kuala Lumpur ini.

Contohnya seperti saya seorang Senator (Ahli Dewan Negara), saya sendiri tidak kenal Ketua-ketua Polis di daerah-daerah, selain daripada tempat saya tinggal, kerana tidak ada satu badan atau satu Jabatan yang boleh mengadakan satu perjumpaan sekali- sekala ataupun sekurang-kurangnya sebulan sekali atau 3 bulan sekali. Kalau dibezakan dengan peringkat negeri mereka dapat bernaung di bawah Menteri Besar ataupun Ketua Menteri yang mana Menteri Besar dan Ketua Menteri itu adalah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri itu sendiri. Tetapi kami di Kuala Lumpur ini, di Wilayah Persekutuan khasnya tak ubah semacam anak tidak beribu dan tidak berbapa. Walaupun kami diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mana Perdana Menteri sendiri sebagai Menteri yang bertanggungjawab masalah Wilayah, tetapi kami faham Perdana Menteri banyak tugas-tugas lain yang harus dijaga, yang harus diambil tahu dan sepatutnya Datuk Bandar yang memainkan peranan ini di dalam Wilayah Persekutuan.

Malangnya apa yang saya nampak selama ini, saya berani bercakap terus- terang perkara-perkara ini tidak wujud sama sekali dan kalau boleh itulah sebabnya saya mencadangkan supaya satu Jawatankuasa di peringkat Jabatan Perdana Menteri harus ditubuhkan untuk mengkaji semula Perlembagaan Bandaraya ini supaya memberitahu kepada seluruh pemimpin-pemimpin masyarakat dan pemimpin parti dalam Wilayah ini, siapakah tempat sebenar-benarnya dapat kita bernaung ataupun dapat kita mengadu satu-satu perkara terutamanya di dalam masalah perpaduan di dalam negara ini. Walaupun kita mempunyai peruntukan yang sebesar ini di dalam Belanjawan Tahun 1988, tetapi kalau dari segi perpaduan tidak dapat kita wujudkan dalam negara kita, maka saya percaya segala rancangan

Page 64: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

Kerajaan hanya akan membazirkan wang dengan begitu banyak sekali.

Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa sentuh perkara ini, minta maaf kerana tidak lama lagi rakyat di Wilayah Persekutuan ini akan menghadapi satu lagi masalah, walaupun baru-baru ini kami telah dapat membatalkan to1 di Jalan Ipoh (Ipoh Road), tetapi timbul lagi satu cadangan iaitu satu projek yang dinamakan "KL Interchange" yang akan membina jejambat dan juga tol-to1 di sekitar kawasan Jalan Tun Abdul Razak. Yang menghairankan saya, projek ini bernilai $200 million, sedangkan agreement untuk meluluskan Projek ini setebal 2 inci kertasnya. Pukul 10.00 pagi dihantar ke EPU dan pukul 2.00 petang saya difahamkan agreement ini dapat diluluskan. Dan yang malang sekali pegawai yang meluluskan itu ada pula kaitan kena-mengena persaudaraan dengan orang yang bertanggungjawab untuk meluluskan projek di Bandaraya ini, maka saya minta pihak-pihak yang berkenaan harus mengkaji semula kerana ini membebankan rakyat dan tak seharusnya projek yang sebesar ini tidak dibawa berunding dahulu dengan pemimpin-pemimpin masyarakat ataupun pemimpin-pemimpin parti di dalam kawasan yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu ada lagi satu projek iaitu projek membakar sampah, ada satu badan swasta yang telah berjaya membuat kerja-kerja ini di Terengganu dan telah mencadangkan projek membakar sampah ini dengan harga sebanyak $75 million pada tahun 1984 dan telah memberikan satu proposal atau cadangan bagaimana cara-cara kerja itu akan disiapkan atau dibuat, jika sekiranya projek itu dapat diluluskan. Tetapi malangnya cadangan yang sama, projek yang sama telah dibawa berunding kepada satu badan swasta yang lain dengan harga $150 million, pada ha1 projek itu adalah merupakan satu projek bakar sampah yang pernah

dicadang oleh satu badan swasta yang saya sebutkan tadi dengan harga $75 million dan telah dibawa berunding kepada satu lagi badan dengan harga $150 million. Saya sendiri pun tidak faham kerana apa perkara ini berlaku Tuan Yang di-Pertua? Kerana apa yang saya sebutkan tadi di peringkat Wilayah Persekutuan, tidak mempunyai satu Pengerusi yang benar- benar dapat bertanggungjawab.

Kalau di peringkat Negeri dia ada mempunyai EXCO-EXCO Kerajaan dan EXCO Kerajaan itulah yang bertanggungjawab di dalam mempengerusikan apa jua projek- projek di dalam, dengan izin, portfolio masing-masing, tetapi di Wilayah Persekutuan ini seldgi Perlembagaan yang ada sekarang sebagai Perlembagaan Dato Bandar dan Bandaraya maka akan berlakulah semuanya di bawah satu kuasa "One man show", dengan izin.

Saya terpaksa menyuarakan perkara ini kerana ini adalah kepentingan bersama terutama atau khasnya penduduk-penduduk di Wilayah Persekutuan yang datangnya dari berbilang kaum, maka perpaduan yang harus wujud, yang harus menjadikan contoh seluruh negara mestilah datangnya daripada Bandaraya Kuala Lumpur, tetapi kalau corak pentadbiran Kuala Lumpur itu sendiri merupa satu corak pentadbiran yang mana rakyat tidak dapat mengadu nasib siapakah sebenarnya pemimpin mereka, siapakah sebenarnya ketua mereka, maka saya percaya itu tidak akan merupakan satu perpaduan yang akan menjadi teladan dan contoh terutamanya kepada pelancong- pelancong luar negeri yang datang melancong yang bertumpu di Bandaraya Kuala Lumpur ini.

Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya apa jua projek-projek yang harus dikelolai oleh Bandaraya apabila Bandaraya ini telah diserapkan di

Page 65: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4671 9 DISEMBER 1987 4672

bawah Jabatan Perdana Menteri, sepatutnya pegaw8i-pegawai yang bertanggungjawab harus merujukkan perkaga ini kepada Perdana Menteri dahulu ataupun Timbalan Perdana Menteri yang menjaga ha1 ehwal Wjla,yah Persekutuan. Tetapi apa yang gays difahamkan perkara ini tidak berlaku dan sepatutnya projek-projek ' 'Inter~hange" yang saya sebutkan tadi yqng rnelibatkan $200 million harus mendapat pandangan daripada Menteri Kewangan dan juga mendapat pandangan (endorsement) daripada Menteri Kerjaraya.

Saya sendiripun tidak faham sama ada Menteri Kewangan sudah "mengendorse" kelulusan $200 million ini, saya pun tidak berapa faham dan saya harap akan dapat jawapan ketika Menteri menggulung dalam perkara ini. Kerana saya tidak mahu sebarang penyelewengan berlaku, rnaka dengan sebab itu saya pernah bercakap dalam persidangan yang lalu bahawa janganlah ada di antara pihak-pih& yang berkenaan menganggap bahawa Ahli Dewan Negara ini tidak ubah semacam rubber stamp atau menjadi "pak angguk" atau meluluskan apa sahaja Rang Undang-undang yang dibawa daripada Dewan Rakyat ke Dewan Negara, hanya kami akan turut dan ikut sahaja kehendak Dewan Rakyat.

Sebelum satu Rang Undang-undang dijadikan sebahagian Rang Undang- undang untuk kegunaan Kerajaan kepqda rakyat, akan diperkeinas dan diperbaiki dengan sebaik-baiknya oleh Dewan Negara maka barulah Rang Undahg;;ugdaog itu diluluskan. Maka say$ " b r b r a p jika ada setengah- seterigah pihak menganggap tugas Ahli Dewan Negara tidak berfungsi semata- mata menjadi "pak angguk", semata- mata menjadi "yes man" maka saya rasa itu adalah satu tuduhan yang salah, bahkan Ahli-ahli Dewan Negara lebih mengkritik, lebih banyak membuat teguran di dalam

menentukan sebarang Rang Undang- undang itu diluluskan supaya ianya menjadi satu Rang Undang-undang yang benar-benar berkesan untuk &rajaan kepada rakyat di dalam negara yang kita sama-sama cintai.

Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa sebut perkara ini, kerana ada pihak- pihak yang begitu cemburu dengan peranan Ahli Dewan Negara ini, sehingga meietakkan imej Ahli Dewan Negara ini begitu rendah sekali. Kalau dibandingkan dengan negara-negara luar maka Ahli Dewan Negara sebagai satu Dewan yang tertinggi, Dewan yang memutuskan segala-galanya. Apa juga bentuk Rang Undang-undang yang hendak dijadikan sebahagian undang-undang kepada negara itu sendiri. Maka itu sebabnya apa yang saya sebutkan pada persidangan yang lalu, kami dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah mewakili Duli Yang Maha Mulia duduk dalam Dewan ini sebelum sesuatu Rang Undang-undang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong untuk diluluskan, dijadikan sebahagian Rang Undang- undang maka kami harus bertanggungjawab menentukan tiap- tiap Rang Undang-undang itu benar- benar memberi faedah dan benar- benar memberi kesan kepada rakyat yang berbilang kaum di dalam negara Malaysia ini.

Maka anggaplah bahawa Ahli-ahli Dewan Negara, Senator-senator ini adalah sebahagian daripada pembuat dasar dan setelah Rang Undang- undang diluluskan maka ia menjadi sebahagian Rang Undang-undang dan kita serahkan kepada pegawai-pegawai Kerajaan untuk melaksanakan undang-undang ini.

Maka sudah seharusnya Ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat sebagai pembuat dasar, pembuat Rang

Page 66: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

Undang-undang maka pegawai- pegawai Kerajaan sebagai pelaksanaan undang-undang maka kedua-dua ini harus hormat menghormati dan harus dapat memberikan kerjasama antara satu sama lain. Jangan ada di antara pegawai Kerajaan kadangkala bila dapat surat sokongan daripada ahli politik ataupun Ahli Dewan Negara seolah-olah mereka anggap itu sebagai kertas sampah sahaja. Dan kami bukan sebodoh itu sebelum satu surat-surat sokongan yang kami hantar atau kami kemukakan atau kami sokong kepada orang yang memerlukan sokongan kepada seseorang pegawai Kerajaan, kami teliti dan kami siasat dahulu. Sebab kami tidak mahu menjadi seorang pemimpin "bloody fool", dengan izin. Menyokong dengan membuta tuli. Menyokong dengan perkara yang tidak patut disokong maka apabila dapat surat-surat sokongan datangnya daripada Ahli Dewan Negara (Senator), kalau boleh pegawai-pegawai Kerajaan, berbudi bahasalah kepada kami, balaslah balik sama ada hendak meluluskan sokongan ataupun tidak, apalah salahnya dibalas.

Kalau adanya semangat ini, saya percaya, kalau ada hubungan mesra antara pemimpin-pemimpin parti, Ahli-ahli Dewan Negara sebagai pembuat dasar dan begitu baik, begitu mesra, hormat menghormati dengan pelaksana dasar iaitu pegawai-pegawai Kerajaan maka saya percaya negara kita akan menjadi sebuah negara yang akan dihormati oleh seluruh rakyat juga akan dihormati oleh bangsa- bangsa daripada luar negeri. Di atas keharmonian, pergaulan, kemesraan, bantu membantu, tolong menolong

Dan saya memberikan ucapan syabas dan tahniah kepada pegawai- pegawai Kerajaan yang jujur, yang ikhlas, yang mempunyai semangat benar-benar sama-sama bekerja dan menghargai gaji yang dia terima itu daripada Kerajaan yang memerintah. Dan jangan ada berlaku antara pegawai Kerajaan, cukup bulan terima gaji, lepas itu pergi di kedai kopi di mana-mana ada peluang "bantai" balik Kerajaan yang memerintah. Jadi ini adalah satu perkara yang tidak seharusnya berlaku. Terdapat banyak berlaku di dalam pilihanraya, bekerja dengan Kerajaan Barisan Nasional tetapi menghentam Kerajaan Barisan Nasional, sampai cukup bulan terima gaji. Jadi ini satu perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan dan saya percaya pegawai-pegawai yang melakukan ini adalah pegawai-pegawai yang tidak siuman, yang tidak mempunyai semangat dan tidak mengerti apakah Kerajaan dan apakah perkataan pegawai Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh pertama saya berbalik kepada masalah Kuala Lumpur tadi. Oleh kerana tanpa pengetahuan mungkin Perdana Menteri, yang menjaga Jabatan Perdana Menteri khasnya Kuala Lumpur yang mana diletakkan Hal Ehwal Wilayah di bawah Jabatan Perdana Menteri tanpa pengetahuan atas projek yang saya sebutkan tadi, maka apabila projek ini dilaksanakan nanti maka timbullah tohmah- tohmahan ataupun tuduhan-tuduhan yang mana kononnya Perdana Menteri tidak bertanggungjawab terhadap rakyat sedangkan Perdana Menteri langsung tidak diberitahu dalam masalah ini.

antara satu sama lain di antara Lagi satu saya suka menyentuh Kerajaan yang memerintah, pembuat masalah kuasa pihak Polis. Kalau dasar Kerajaan yang memerintah dibezakan dengan peringkat negeri, dengan pegawai-pegawai Kerajaan contohnya jika sekiranya ada satu yang diberi gaji yang bekerja untuk permohonan untuk hendak Kerajaan yang diperintah pada masa mengadakan kelab yang bercorak itu. perjudian.

Page 67: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4675 9 DISEMBER 1987 4676

Umpamanya, sebuah kelab yang ingin mengadakan meja billiards untuk main snooker dan juga untuk mengadakan mesin yang dipanggil "one-armed machine" bila masuk duit 20 sen, tarik; kadang-kadang tengok keadaan, kalau sekiranya dapat tekaan kita yang betul itu akan dapat bayaran daripada duit siling juga yang ada dalam peti mesin itu.

Pada saya ini adalah judi. Apa juga bentuk kalau dibayar dengan duit, kemudian mendapat bayaran balik dengan duit maka ianya adalah berupa berjudi. Tetapi malangnya kalau di peringkat negeri yang lain apa yang saya sebutkan tadi, umpamanya Negeri Selangor, Melaka, Johor, Pahang dan negeri-negeri lain, lain daripada Kuala Lumpur. apa juga permohonan yang dimajukan kepada Majlis Daerah untuk mendapatkan sebarang lesen maka Majlis Daerah akan meminta pandangan kepada pihak Polis sebagai keselamatan, keamanan untuk meluluskan lesen itu tetapi di Kuala Lumpur ini apa juga permohonan adalah di over ruled, dengan izin, oleh Bandaraya sendiii. Kadangkala saya sendiri pernah bertanya kepada pegawai Polis di mana bidang kuasa Polis. Polis sendiri mengatakan kami tidak berani campur, sebab semuanya di bawah bidang kuasa Bandaraya.

Jadi dengan sebab itu, dengan adanya, wujudnya satu Jawatankuasa Khas untuk mengkaji semula Perlembagaan Bandaraya maka saya percaya maka kuasa-kuasa dibidang kuasa yang tertentu akan dapat kita tahu kepada siapakah satu-satu kuasa itu harus kita letakkan.

Dalam Negeri ini diletakkan di bawah Kementerian kalau tidak silap saya. Jabatan Hasil Dalam Negeri janganlah jadi musuh kepada orang ramai kerana apabila orang yang berkenaan tidak seharusnya membayar cukai apa yang disebutkan oleh sahabat saya tadi Yang Berhormat dari Terengganu, maka mengisikan juga borang ataupun tuntutan itu di terima dan sehingga menjadi orang ramai keloh kesah. Saya harap ini juga patut diperbetulkan supaya biarlah rakyat di dalam negara Malaysia ini benar- benar dapat hidup dalam keadaan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh masalah Jabatan Perpaduan Negara dan saya percaya Menteri yang berkenaan juga ada dalam Dewan ini. Kerajaan membelanjakan wang sebegini besar pada tahun 1988 tetapi kalau negara kita tidak bersatu padu di antara rakyat berbilang kaum selalu menimbulkan keadaan gelisah yang boleh menakutkan rakyat. maka saya percaya tidak ada maknanya perbelanjaan yang sebegini besar diberi untuk menentukan negara kita dalam pembangunan dan sebagainya. Maka saya harap Jabatan Perpaduan Negara dapat menyusun semula seluruh Ahli-ahli Jawatankuasa mahupun di kalangan Jawatankuasa ~ u k u n ~ e t a n ~ g a n y a , Kejiranannya yang benar-benar datang daripada satu badan Jawatankuasa yang betul- betul diterima oleh masyarakat setempat itu, tidak datang lagi soal perlantikan cara pilih kasih, kalau saya sebagai Pengarah, saya kenal si "A" dalam kawasan itu kawan baik saya, saya tidak peduli dia diterima oleh masyarakat setempat atau dia macam

Lagi satu, Tuan di-Pertua, maria perangainya sama ads buruk saya juga ingin men~entuh atau baik says tetap lantik dia, maka Jabatan Hasi1 Dalam Negeri. Ini juga perbuatan ini seharusnya tidak wujud. mendapat rungutan daripada orang ramai. Maka saya berharap Timbalan Kita tidak kira siapa yang harus Menteri yang berkenaan ada dalam dilantik dalam kawasan itu. Kita tidak Dewan ini saya percaya Jabatan Hasil peduli dia datang daripada kaum

Page 68: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4677 9 DISEMBER 1987 4678

Melayu, kaum Cina, kaum India asalkan dia itu merupakan seorang pemimpin yang boleh diterima oleh semua kaum dalam kawasan itu. Jadi, kalau timbul satu-satu masalah yang boleh dianggap keadaan tegang dalam negara semacam mana baru- baru ini berlaku maka pemimpin di bawah Jabatan Perpaduan Negara inilah boleh memainkan peranan penting dahulu memanggil semua ketua-ketua kaum masing-masing supaya menasihatkan kaum masing- masing bertenang dan jangan bertindak perkara-perkara liar sehingga boleh menimbulkan keadaan suasana yang buruk di dalam negara kita. Walau macam manapun keadaan tegang tempoh hari, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pucuk pimpinan kita, Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad dan juga selaku Menteri Dalam Negeri yang telah berani mengambil satu tindakan untuk mententeramkan keadaan negara dan telah memerintahkan pihak polis menangkap tidak peduli siapa yang ada kaitan, saya boleh dianggap untuk mendatangkan huru-hara dalam negara, mendatangkan kekacauan dalam negara, mengeluarkan bahasa- bahasa yang boleh menyinggung perasaan bangsa lain, tangkap dan saya mengucapkan syabas juga kepada Pasukan Polis yang telah menjalankan tugas ini.

Jangan peduli siapa, kalau ada di antara dalam Dewan Negara ini juga yang termasuk-yang terlibat tetapi malangnya Dewan Negara terlibat seorang sahaja, tidak ramai dan saya harap janganlah ada di antara yang lain dalam list yang akan diikuti oleh polis. Dan saya rasa tidak sepatutnya Ahli Dewan Negara mesti campurtangan dalam perkara ini.

Sepatutnya kita sebagai Ahli Dewan Negara mesti meletakkan diri kita sebagai bapa perpaduan dalam

negara, sebagai lambang perpaduan walaupun kita datang daripada pemimpin parti UMNO, MCA, MIC ataupun apa juga parti janganlah cuba kita menjadi hero di kalangan parti kita, di kalangan bangsa kita sehingga kita lupakan diri kita sebagai seorang Ahli Dewan Negara, maka kalau sampai masanya orang mencemarkan keadaan kedudukan kita sebagai Ahli Dewan Negara kita hendak marah tetapi bila tidak dicemar kita yang salah kerana kita tidak sepatutnya campur, kita pergi campur, buat apa? Maka saya minta masa-masa akan datang kita harus memainkan peranan jika timbul perbelahan semacam yang berlaku tempoh hari kita harus meletakkan diri kita sebagai bapa perpaduan untuk menyatu-padukan rakyat jelata di dalam negara kita.

Saya berharap Menteri yang berkenaan ada di sini iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri kalau boleh Yang Berhormat lantiklah kami Ahli- ahli Dewan Negara ini sebagai penasihat-penasihat di peringkat negeri terhadap apa juga pertubuhan atau badan di bawah kuatkuasa Yang Berhormat Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya dengan adanya perlantikan jawatan-jawatan ini saya percaya kami Ahli-ahli Dewan Negara akan dapat membantu bersama-sama di dalam memulihkan perpaduan di dalam menentukan perpaduan negara kita sentiasa akan dapat perhatian berat daripada pelabur-pelabur luar supaya berani melabur, berani mengeluarkan duit berjuta ke negara kita sama-sama turut melabur dan membangunkan negara kita kerana keadaan perpaduan dan keamanan negara kita boleh terjamin. Tetapi kalau keadaan atau keamanan tidak terjamin, saya percaya perkara ini-pelabur-pelabur luar akan takut untuk melabur ke negara kita. Jadi, sepatutnya dalam perkara ini Jabatan Perpaduan Negaralah harus memainkan peranan penting.

Page 69: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4679 9 DISEMBER 1987 4680

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana banyak kawan-kawan lain ingin hendak berucap, cuma satu lagi saya hendak sentuh masalah Kementerian Luar Negeri.

Timbalan Yang di-Pertua: Dua minit sahaja, Yang Berhormat.

Tuan Azman Atar bin Othman: Ya, Tuan Yang di-Pertua, saya akan patuh.

Kementerian Luar Negeri, saya harap kalau boleh dapat ditambah Belanjawan untuk Kementerian Luar Negeri masa akan datang kerana masih terdapat bangunan-bangunan di luar negeri yang dipunyai oleh kedutaan-kedutaan kita, iaitu negara Malaysia ini masih tidak merupakan sebuah bangunan yang menjadi lambang keindahan, yang tidak dapat mencontohi bahawa negara Malaysia ini merupakan sebuah negara yang membangun. Jadi kalau ibarat kita menjadi "salesman7', kalau kita pakai lekeh-lekeh, kemudian hendak memancing ataupun hendak menjual barang-barang kita kepada orang, dia tengok pakaian kita selekeh, jadi tentu orang tak percaya yang kita ini sebagai "salesman" yang baik ataupun barang- barang yang kita hendak jual ini baik. Begitu juga terhadap bangunan Kementerian Luar Negeri kita di luar- luar negara di mana ada kedutaan kita dalam negara-negara luar. Saya harap supaya dapat ditambah dan diberikan satu peruntukan supaya memperbaiki bangunan-bangunan ini supaya dapat mencerminkan bahawa benar-benar negara kita merupakan sebuah negara yang kaya-raya dengan hasil sumber- sumber laut, darat dan juga lain-lain.

Maka dengan itu, Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya duduk, sekali lagi mengucapkan syabas kepada Timbalan Menteri Kewangan yang mewakili Menteri Kewangan membentangkan Rang Undang- undang Belanjawan 1988 dengan

mendoakan supaya wang ini dapat digunakan dengan sebaik-baik, dengan sejujur-jujur dan seikhlas- ikhlas dan mengharapkan pegawai- pegawai Kerajaan akan dapat bekerjasama dengan pemimpin- pemimpin parti, pemimpin masyarakat di dalam melaksanakan semua tugas-tugas semata-mata untuk rakyat jelata.

Sekian, saya menyokong penuh. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Nampaknya ada seorang lagi Ahli Y ang Berhormat baru belum berucap dan saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Hamid untuk berucap.

6.32 ptg.

Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih: Bismillahir-rahmanir-rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya ini untuk membahas Rang Undang- undang Perbekalan 1988. Di Dewan yang mulia ini saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan yang telah membentangkan Rang Undang- undang tersebut baru-baru ini dengan huraian yang amat jelas.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh bab B.28 Kementerian Kewangan. Kadar faedah bunga yang dikenakan tidak stabil di atas pinjaman-pinjaman tetap, pinjaman- pinjaman basic, pinjaman-pinjaman seperti fixed loan, term loan oleh bank-bank tempatan di negara Malaysia, mahupun kadar bunga perlu dikenakan itu telah ditetapkan oleh Bank Negara, iaitu di antara 5.5% dan 6%. Bank-bank tempatan ini mengenakan 10% hingga 12%, hampir dua kaliganda, iaitu kadar bunga kepada peminjam-perftinjam khusus peniaga-peniaga keca dan besar. Maka Kementerian Kewangan

Page 70: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4681 9 DISEMBER 1987 4682

perlulah meilyarankan bank-bank tersebut agar tidak cuba mencari keuntungan yang besar dan meneguk di air keruh ketika perniagaan dan perusahaan berjalan secara lembab sekarang ini. Bank ini juga mengugut untuk membankrapkan peminjam- peminjam peniaga-peniaga yang lambat sedikit menjelaskan pinjaman mereka itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh B.26 Kementerian Pendidikan. Saya ambil kesempatan ini memberi penghargaan sekalung bunga dan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia, atas ketegasan beliau mengekalkan Keputusan yang dibuat oleh Kementerian beliau atas kenaikan pangkat Guru-guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang mana menjadi satu isu yang hebat yang hampir-hampir menggugat perpaduan kaum di Malaysia baru- baru ini. Alhamdulillah, isu sensitif itu sudah reda sekarang tetapi dalam pandangan saya bekas Guru-guru Besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan sebilangan guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah-sekorah serupa itu adalah menjadi petualang dan jendelalu yang besar-"jendelalu" ini bahasa Pulau Pinang, yang menjadi punca kepada isu tersebut mahupun ada lagi badan- badan politik dan persatuan-persatuan tertentu telah melibatkan dalam ha1 yang sama. Maka saya ingin syorkan kepada Kementerian Pendidikan agar menubuhkan satu badan penyiasat dengan segera jika belum ditubuhkan lagi khusus untuk menyiasat dan meneliti segala gerak-geri guru-guru yang dimaksudkan itu kerana mereka ini saya ibaratkan api dalam sekam. Selepas didapbti bukti-bukti yang nyata yang mereka terlibat, tindakan disiplin yang keras perlulah diambil tanpa melengah-lengahkan lagi untuk mempastikan peristiwa seperti itu tidak berulang lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh B.55 Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah. Kemajuan Wilayah Pulau Pinang yang dinamakan PERPA itu ditubuhkan pada tahun 1985 dengan tujuan bagi merancang, memaju, menggalak, membantu, mengusaha dan menyelaras pembangunan aktiviti dan sosial mendapat peruntukan pengurusan untuk tahun 1988 sebanyak $2,424,000, kurang sebanyak $65,600 berbanding dengan peruntukan diberi kepadanya pada tahun 1987.

Tuan Yang di-Pertua, intuk melaksanakan projek-projek sambungan yang sedang ctijalankan itu dengan lebih sempurna atau dengan lebih berkesan lagi, peruptotap ini tidak mencukupi. Jika berharap untuk menekankan kepada pembangunan kampung dan desa secara bersepadu mengikut hala cara baru pembangunan pusat-pusat pertumbuhan dan pembangunan perumahan di Pulau Pinang di mana harga tanahnya mahal, ups* per- buruhan mahal, perbelanjaan bagi kemudahan infrastruktur juga terlalu mahal kerana Bandaraya George Town sudah pesat membangun di mana ketara sekali bumipdtera Qi bandar itu sudah mula mencari-cari tempat hendak berhijrah. khu'susnya ke kawasan PERDA dengan harapan mendapat rumah-rumah kediaman yang lebih murah dan Sara hidup murah dan rendah bagi menyambung sisa-sisa hidupnya di dunia yang fana ini.

Tuan Yang di-Pertua, PERDA sedang berusaha dengan giainya antuk melatih kumpulan-kumpulan sas'ar di kawasan-kawasan lembab . yang dibangunkan itu agar dapat meningkatkan lagi kemahiran penduduk-penduduknya dalam sektor pertanian dan juga industri-industri kecil. Pada tahun 1988 PERDA akan, insya Allah, dengan i2in Allah

Page 71: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

3683 9 DISEMBER 1987 4684

menjalankan 8 aktiviti yang akan Pengangkutan perlulah diberi nasihat dilaksanakan secara bersepadu di sedikit agar dapat menambahkan mana setiap aktiviti akan bekerjasama pendapatan dan menjimatkan dengan menjalankan program perbelanjaannya. pernbangunan Yaw telah dirancangkan bagi kawasan-kawasan Saya sungguhpun ada contoh yang yang ditentukan oleh PERDA. banvak, oleh kerana masa suntuk,

Tuan Yang di-Pertua, saya amat kesal sekali kerana Majlis Perbandaran Pulau Pinang, badan yang berkuasa meluluskan pelan-pelan bangunan tidak mahu melihat kawasan PERDA mempunyai identiti kalnpung tradisi, mahupun saya seorang Ahli Majlis berkhidmat sela~rla 11 tahun, saya berasa dukacita dan mahupun beberapa tindakan diambil dan boleh dikatakan kami daripada kalangan ahli-ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang mewakili UMNO telah membantah sekeras- kerasnya, tetapi tidak berkesan. Maka pada hari ini selaku Ahli Dewan Negara, saya pula hendaklah bawa ha1 ini, mungkin insya Allah, akan berkesan. Jadi. kami mengharapkan satu identiti kampungan tradisi di kawasan luar bandar. Pelan-pelan bangunan, kondominium, hotel-hotel antarabangsa dan rumah-rumah pangsa mencakar langit diluluskan di kawasan PERDA. PERDA hanya boleh melihat sahaja seperti tikus dalarn sangkar besi.

Tuan Yang di-Pertua, maka saya berharap Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah akan mengambil berat dalam ha1 tersebut untuk mengatasi dilema yang dihadapi oleh PERDA sekarang. Di samping itu, Kementerian berkenaan perlulah menambah peruntukannya supaya PERDA dan Lembaga Kemajuan Negeri-negeri di Semenanjung boleh bergerak dengan lebih berkesan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B.50, Jabatan Penerbangan Awam, saya lihat tak ramai yang menyentuh dalam ha1 ini. Jabatan Penerbangan Awam Malaysia di bawah Kementerian

say; hanya akan memberikan satu contoh sahaja iaitu di Lapanganterbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Reka- bentuknya cantik dan strukturnya kukuh tetapi sebahagian bangunannya di tingkat atas di Mezzanine Floor di mana lapan buah kedai beli-belah dan sebuah restoran ditempatkan, jarang dikunjungi oleh pelancong-pelan- cong dan penumpang-penumpang. Mungkin kerana sekarang ini zaman ekonomi meleset. tetapi mengapakah dibiarkan ruang-ruang kedai itu kosong tanpa mendapat hasil, jika sudah hampir dua tahun kosong, kosonglah pendapatannya.

Pada ketika ini, hanya sebuah restoran dan dua buah kedai sahaja yang beroperasi dalam keadaan "hidup segan mati tak mahu". Puncanya, Tuan Yang di-Pertua, ialah kerana sewanya terlalu tinggi, maklumlah Lapanganterbang Atarabangsa itu, sewanya pun sewa antarabangsa jugalah. Maka saya ingin mengesyorkan agar Jabatan Penerbangan Awam yang letaknya di bawah Kementerian Pengangkutan mengurangkan 50% sewa yang dikenakan itu, mahupun pekedai- pekedai itu telah menender sewa yang tinggi pada tahun 1985.

Di sudut yang lain pula, Tuan Yang di-Pertua, pelancong-pelancong diberi satu gambaran seolah-olah Jabatan Penerbangan Awam tidak mampu berusahq membuat sesuatu bagi menyesuaikan tempat membeli-belah ini selaras dengan kemajuan yang boleh dilihat di Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Singapura.

Page 72: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4685 9 DISEMBER 1987 4686

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya suka mengambil kesempatan memberikan tahniah kepada Jabatan Perdana Menteri atas usaha gigihnya meninggikan syiar agama Islam dan telah banyak berusaha lagi untuk mencapai kejayaan dalam penyerapan nilai-nilai Islam. Tetapi saya berasa terkilan kepada Jabatan ini juga kerana Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Mohamed Yusof bin Mohd. Nor, pada ketika ini pakar dalam ha1 agama Islam, tidak begitu serius memberikan satu jawapan kepada persoalan yang menjadi tandatanya kepada masyarakat Islam, khususnya di kalangan alim ulama.

Apa yang saya ingin sentuhkan di sini adalah berkaitan dengan kegiatan toriqah Muhamadiah yang sudah berleluasa dengan aktiviti liarnya, banyak pengikutnya sudah sesat keluar dari ajaran agama Islam ataupun landasan agama Islam yang sebenar, mahupun sebilangan mereka itu mengerti "al-Islamu ya'lu wala- yu'la 'alaihi", seperti sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: agama Islam itu adalah agama yang tertinggi dan termulia dan tidak ada lagi agama yang lebih tinggi dan mulia lagi di kalangan mereka. Ini khususnya saya tujukan kepada orang-orang Islam, jangan pula yang bukan Islam menganggap saya mengatakan agama mereka tidak baik.

Jadi saya hairan mengapakah Kementerian tersebut berdiam diri dan membisu seribu bahasa mengenai pengikut-pengikut toriqah itu yang sudah terlalu ghairah, terlalu asyik dengan perbuatan mereka itu, perbuatan-perbuatan yang dikeji oleh Tuhan dan mereka pula sedang menunggu-menunggu kononnya Imam Mahdi akan muncul iaitu mereka mengharapkan pencipta toriqah itu atau sekurang-kurangnya khalifah yang terkanan sekali dalam kalangan mereka itu akan muncul sebagai Imam

Mahdi. Nauzubillah. Inilah yang saya berasa terkilan kepada Kementerian yang berkenaan.

Oleh kerana saya hendak beri lagi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, saya tak ingin menyentuh lebih lanjut ha1 lain, masa saya ambil cuma 15 minit sahaja, Tuan Yang di-Pertua, akhir kalam, saya mohon menyokong Rang Undang- undang Perbekalan, 1988. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hay, saya benarkan tempoh berucap cuma 15 minit saha ja.

6.45 ptg.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaikan Rang Undang-undang Perbekalan, 1988. Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyokong penuh hasrat dan cadangan Rang Undang-undang Perbekalan 1988.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka menyentuh di sini di bawah Maksud B.28 berkenaan dengan Perbendaharaan iaitu baru-baru ini dalam Dewan yang mulia ini, pada 2hb Disember, 1987, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan telah memaklumkan kepada Dewan ini bahawa sejak kejatuhan harga saham mulai pada 19hb Oktober, 1987, ia telah memberi kesan ke atas pelaburan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) setakat sehingga 20hb November, 1987 iaitu KWSP telah mengalami kerugian atas kertas, dengan izin, on paper loss sebanyak $87.4 juta atas pelaburan dalam saham sebanyak $604.2 juta.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa kepentingan pencarum-pencarum harus diambil berat dan diutamakan. Saya

Page 73: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4687 9 DISEMBER 1987 4688

difahamkan sehingga hari ini ada lebih kurang lima juta orang ahli sebagai pencarum di bawah KWSP ini. Oleh yang demikian, kepentingan lima juta pencarum-pencarum itu adalah patut dibela dan dipelihara.

Sejak KWSP ditubuhkan yang menjelang 36 tahun pada hari ini, KWSP telah memberikan bayaran faedah yang sangat menggalakkan kepada pencarum-pencarum. Pada tahun 1986, 8.5% faedah telah diberikan kepada pencarum- pencarum. Oleh itu, saya suka merayu kepada Kementerian Kewangan supaya dalam pelaburan KWSP di bidang perniagaan sepatutnya diambil perhatian dan jangan melabur ke dalam perniagaan yang tidak akan memberikan keuntungan kepada KWSP.

Apa yang dikhuatirkan dan dibimbangkan oleh pencarum- pencarum ialah kerana KWSP ini adalah sumbangan daripada pekerja- pekerja yang mana mereka bergantung kepada sumbangan dari KWSP sebagai wang simpanan persaraan. Dan apa yang kita khuatiri ialah sekiranya pelaburan yang tidak menguntungkan kepada KWSP diteruskan, pada satu masa nanti apa yang dijanjikan akan mengeciwakan pencarum-pencarum.

Dan saya berharap KWSP ataupun pihak Kementerian berkenaan jangan melaburkan wang simpanan daripada pekerja itu dengan sewenang- wenangnya walaupun hasrat dan hakikat Kerajaan adalah baik.

Tuan Yang di-Pertua, dalam B.26, saya suka menyentuh berkenaan dengan Kementerian Pendidikan. Di bawah Kementerian Pendidikan apa yang saya suka membuat penjelasan di Dewan yang mulia ini ialah berkaitan dengan peristiwa ataupun isu yang hebat yang telah disebut oleh seorang rakan saya tadi iaitu berkenaan

dengan isu kenaikan pangkat guru- guru memegang jawatan kanan di Sekolah-sekolah Cina di seluruh negara.

Sebenarnya penentangan daripada ibu bapa dari Sekolah-sekolah Cina ini bukan semata-mata menentang pihak pentadbiran Kementerian Pendidikan. Oleh kerana tidak mahu ada anggapan dan tafsiran yang salah daripada pihak-pihak yang tertentu saya suka membuat penjelasan sedikit kepada Dewan yang mulia ini iaitu kerana dalam kenaikan pangkat guru-guru yang tidak fasih ataupun yang tidak ada kelayakan dalam Bahasa Cina ini dinaikkan pangkat memegang jawatan kanan di sesebuah sekolah Cina adalah seperti menaikkan pangkat seorang guru yang tidak fasih ataupun yang tidak ada kelulusan Bahasa Malaysia sebagai guru kanan di Sekolah Rendah Kebangsaan.

Oleh sebab yang demikian, ibu bapa-ibu bapa daripada Sekolah- sekolah Cina ini menentang. Mereka menentang adalah kerana hendak membela hak asasi dalam pembelajaran bahasa ibunda. Dan bila isu ini diperhebatkan ada setengah- setengah pihak yang mengambil isu ini sebagai isu politik untuk mendapatkan sokongan dan kita amat bertuah bahawa apabila isu ini dihebatkan Kerajaan telah mengambil tindakan di dalam Mesyuarat Kabinet dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah ini.

Kami yakin dan percaya kepada Jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan Yang dengan kebijaksanaan ahli-ahli Kabinet ini untuk hendak mencari penyelesaian isu guru-guru yang tidak fasih dinaikkan pangkat ke sekolah-sekolah Cina ini. Dan kita berharap Jawatankuasa Kabinet ini akan mencari penyelesaian untuk menyelesaikan isu ini seperti yang

Page 74: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4689 9 DISEMBER 1987 4690

telah dijanjikan oleh Kabinet kepada ibu bapa-ibu bapa sekolah-sekolah Cina iaitu isu ini akan diselesaikan sebelum 31hb Disember, 1987. Dan kami semua berharap pada tahun hadapan apabila sekolah dibuka bahawa guru-guru yang tidak fasih ataupun yang tidak ada kelayakan Bahasa Cina ini tidak akan memegang jawatan kanan di dalam Sekolah- sekolah Cina.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya suka menyentuh berkenaan dengan Kementerian Pendidikan yang mana baru-baru ini Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah menjawab dalam Dewan Rakyat bahawa di seluruh Semenanjung ada lebihkurang 109 orang murid-murid sekolah terlibat dalam penyalahgunaan dadah. 109 murid-murid ini dikenal pasti melalui ujian air kencing. Sebenarnya saya berpendapat bilangan yang terlibat dengan ancaman najis dadah adalah lebih daripada 109 orang di seluruh sekolah-sekolah yang ada dalam Malaysia. Saya rasa kemungkinan kerana ada ujian air kencing Kementerian Pendidikan dapat kenal pasti 109 orang murid. Kemungkinan ada lebih ramai lagi murid-murid kerana tidak melalui ujian air kencing pun telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Walaupun Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan untuk menubuhkan Jawatankuasa di peringkat sekolah-sekolah untuk mengadakan ceramah-ceramah untuk mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah-sekolah. Tetapi saya berpendapat bahawa kenapa najis dadah ini dapat diseludup ke sekolah- sekolah? Ini adalah arnat penting untuk pihak yang berkenaan membuat siasatan.

Juga saya berpendapat satu daripada punca-punca penyalah- gunaan dadah adalah mulai daripada menghisap rokok.

Kadangkala kita nampak ada murid- murid sekolah mereka berkumpul beramai-ramai menghisap rokok selepas sekolah. Sepatutnya pihak yang berkenaan mengambil tindakan kepada murid-murid yang menghisap rokok. Dan ada juga Kementerian Pendidikan meminta ibu bapa bekerjasama dengan pihak sekolah memainkan peranan yang penting bersama dengan pihak sekolah mencegah penyalahgunaan dadah. Saya berpendapat ibu bapa akan dapat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan disiplin murid- murid sekolah. Kerana sekiranya masalah penyalahgunaan dadah tidak dapat dicegah di dalam sekolah ianya akan menjejaskan masa depan anak- anak kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka menimbulkan di bawah B.21 berkenaan dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Berkenaan dengan Kementerian ini di mana TDC ataupun Perbadanan Kemajuan Pelancongan telah mendapat peruntukan yang besar bagi tahun hadapan. Saya suka bagi pihak Kerajaan Negeri dan juga semua rakyat di negeri Melaka merayu kepada Kerajaan Pusat ataupun kepada Kementerian Kebudayaan dafi Pelancongan agar dapat mernberikan sedikit peruntukan ataupun bantuan kepada Kerajaan Negeri Melaka yang mana negeri Melaka tidak ada sumber-sumber asli ataupun tidak ada hasil bumi. Oleh itu kami terpaksa bergantung kepada projek-projek pelancongan ataupun terpaksa meningkatkan industri pelancongan sebagai pendapatan kepada negeri itu. Kerajaan Negeri Melaka telah berusaha menjalankan berbagai-bagai projek untuk menarik lebih ramai pelancong-pelancong ke Melaka.

Dan satu daripada projek pelancongan yang akan dilaksanakail ialah projek light and sound, dengan izin, ataupun projek cahayh dm.

Page 75: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4691 9 DISEMBER 1987 4692

bunyi. Ini adalah satu projek yang tunggal di dalam rantau ini. Yang mana projek light and sound, dengan izin. akan menayangkan sejarah yang silam daripada zaman kesultanan Melaka ke pencapaian kemerdekaan negara kita.

Dan dengan melalui projek light and sound ini, dengan izin, ia akan memberi gambaran yang jelas kepada pelancong-pelancong sama ada dari luar atau dalam dan di samping itu kita dapat menyingkap kembali gambaran sejarah silam kepada generasi yang muda.

Oleh itu saya berpendapat ini adalah satu projek pelancongan, juga projek yang akan menayangkan sejarah yang silam kepada pelancong- pelancong luar dan dalam. Dan oleh kerana Melaka tidak ada sumber daripada hasil bumi, jadi saya berharap Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan akan memberi pertimbangan memberi peruntukan membantu Kerajaan Negeri Melaka menjayakan projek yang bernilai di antara $8 hingga $10 juta.

Tuan Yang di-Pertua, juga pada dasarnya Kerajaan Pusat telah bersetuju mengumumkan Melaka sebagai bandaraya bersejarah. Dan dalam negeri Melaka kerana ianya penuh dengan latar belakang sejarah, yang mengkagumkan kita semua, saya berharap Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan akan memberi peruntukan untuk memelihara bangunan-bangunan yang bersejarah dan saya berharap selain daripada itu Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan sepatutnya membuat sesuatu kajian tentang beberapa faktor sejarah sebelum ianya diwartakan ataupun dipamerkan di muzium-muzium yang ada di dalam negara kita. Kerana ini pernah berlaku faktor yang dipamerkan tidak menepati seperti kehendak-kehendak sejarah sebenar. Saya timbulkan

perkara ini kerana kita tidak mahu diperkecil-kecilkan oleh pakar-pakar sejarah asing.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka di sini menyentuh di bawah B.20 berkenaan dengan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian yang mana Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia telah memainkan peranan yang penting untuk menarik lebih ramai pelabur- pelabur asing ke negara kita. Dalam menggalak dan mendorongkan pelabur-pelabur asing dalam sektor perkilangan, saya berharap Kementerian juga akan mengambil berat tentang pelabur tempatan. Pelabur tempatan patut digalakkan dan mereka janganlah mengadakan diskriminasi di antara pelabur tempatan dan pelabur asing, kerana dalam pengalaman saya, ada setengah- tengah pelabur tempatan tidak diberi insentif yang sama dengan pelabur asing. Oleh itu ada setengah-setengah pelabur ataupun pekilang-pekilang yang ada di dalam negara kita ini keluar dari negara kita untuk melabur di negara lain.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Kerajaan telah menyediakan "one- stop centre" untuk mengeluarkan lesen-lesen perniagaan oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kerana ini adalah satu tindakan yang wajar untuk menarik lebih ramai pelabur-pelabur ke negara kita. Sebenarnya pada saat sekarang negara kita sedang ber- saingan dengan negara jiran iaitu Thailand tentang menarik pelabur- pelabur asing. Kerajaan Thailand melonggarkan peraturan atau undang- undang mereka di mana seseorang pelabur asing sekiranya ingin menubuhkan sesuatu kilang, mereka diberikan sekeping tanah dan mereka terus boleh membina tanpa melalui

Page 76: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

proses-proses seperti yang dibuat di negara kita. Oleh itu dengan adanya "one stop centre" yang telah dicadangkan oleh Kerajaan kita, maka ia akan dapat membantu dan mempercepatkan permohonan- permohonan daripada pelabur- pelabur asing.

Di sini juga saya suka menyentuh sedikit berkenaan dengan sikap pekerja-pekerja yang ada dalam kilang. Saya berharap Kementerian Perdagangan dan Perindustrian akan bekerjasama dengan Kementerian Buruh untuk mengkaji dan mengatasi masalah seperti yang saya akan sebutkan ini. Saya mendapat aduan daripada pekilang-pekilang yang ada di negeri Melaka bahawa ada setengah-setengah pekerja kita bersikap sambil lewa. Apabila mereka dibayar gaji, mereka terus menghilangkan diri dua tiga hari tanpa memberi sebab-sebab. Ini akan merugikan atau menjejaskan produktiviti sesuatu kilang. Sikap ini juga akan memberi gambaran yang kurang sihat kepada pelabur-pelabur asing. Sepatutnya Kementerian yang berkenaan nienganjurkan kursus orientasi kepada pekerja-pekerja supaya mereka mengubah sikap yang kurang bertanggungjawab ini.

Tuan Yang di-Pertua, juga di sini saya suka menyentuh berkenaan dengan pelaburan daripada negara asing iaitu selain daripada usaha Kerajaan menarik lebih ramai pelabur datang ke negara kita, tiap-tiap lapisan masyarakat di negara kita sepatutnya memainkan peranan membantu Kerajaan. Apa yang saya suka sentuh di sini ialah berkenaan dengan perniagaan tempatan. Ada terdapat peniaga-peniaga tempatan yang tidak jujur, seperti yang baru-baru ini ada

perjanjian kontrak untuk menggunakan sebuah syarikat kawalan keselamatan dan perkara ini telah pun dilaporkan kepada polis. Walaupun ia cuma satu kes dilaporkan, tetapi saya berharap Kementerian berkenaan mengambil berat tentang aduan ini supaya ia tidak akan berulang lagi kcrana kita tidak mahu ia akan menjejaskan imej yang baik negara kita terhadap pelabur- pelabur yang akan datang ke negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka menyentuh satu lagi berkenaan dengan B.54 iaitu Kementerian Kerjaraya. Ini adalah berkenaan dengan penyelenggaraan jalan. Lebuhraya Air KerohiSenawang masih sangat merbahaya kepada pengguna-pengguna khususnya pada waktu malam, kerana binatang- binatang seperti kambing, lembu dan kerbau masih berkeliaran di tengah- tengah jalan. Ini mengakibatkan kemalangan seperti yang berlaku baru-baru ini. Walaupun Kementerian Kerjaraya telah mengeluarkan peruntukan untuk memasang pagar, tetapi perkara ini masih berulang lagi. Oleh itu saya berharap Kementerian Kerjaraya mengambil tindakan memperketatkan pengawasan binatang-binatang ini. Daripada tinjauan saya sendiri, apa yang sebenarnya berlaku ialah pagar-pagar yang dipasang ataupun yang telah dibina telah dirosakkan, digunting atau dipotong oleh penduduk- penduduk yang berkenaan untuk laluan mereka sendiri. Sepatutnya Kementerian Kerjaraya menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kerana kita tidak mahu Highway SenawangiAir Keroh ini menjadi sebagai sebatang lebuhraya yang paling bahaya kepada pemandu- pemandu pada waktu malam.

seorang pelabur asing yang ingin Tuan Yang di-Pertua, akibat dari menubuhkan sebuah kilang yang mana kemalangan di lebuhraya, maka pelabur yang berkenaan telah diugut datanglah kereta "tow" atau kereta dan dipaksa supaya menandatangani penunda daripada woksyop-woksyop

Page 77: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

9 DISEMBER 1987

yang berdekatan lebuhraya. Mereka datang dan menunda kereta yang kena kemalangan ini ke woksyop mereka. Tetapi apabila seseorang pemandu yang kena kemalangan itu hendak mengambil balik kereta yang ditunda ke woksyop-woksyop yang berkenaan, peniaga woksyop ini memaksa pemandu-pemandu atau tuan-tuan punya kereta itu dengan kadar bayaran yang tidak munasabah. Ini berlaku kepada pemandu-pemandu yang menghadapi kemalangan di lebuhraya. Sepatutnya Kerajaan ataupun Kementerian yang berkenaan mengambil tindakan atau membuat satu pindaan Akta supaya kereta penunda dari woksyop-woksyop ini tidak mengenakan bayaran yang tidak munasabah kepada pemandu- pemandu. Ada baiknya sekiranya dapat kita menentukan satu kadar bayaran supaya woksyop-woksyop ini tidak mengena dan memaksa pemandu-pemandu membayar wang yang begitu tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan B.51 iaitu Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Saya rasa saya mesti menimbulkan masalah ini iaitu berkenaan dengan bekalan elektrik yang mana telah diakui oleh Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos dalam jawapan kepada soalan saya pada petang tadi, iaitu bekalan elektrik di negeri Melaka baru-baru ini sering kali terputus. Bekalan elektrik yang terputus ini telah menyusahkan pengguna-pengguna dan juga kepada peniaga-peniaga yang terpaksa menampung kerugian yang besar. Kepada pekilang-pekilang ianya telah mengurangkan produktiviti. Oleh itu, walaupun jawapan daripada Kementerian yang berkenaan mengatakan bahawa tindakan secara jangka pendek dan jangka panjang sedang di ambil untuk mengatasi masalah ini, saya dan semua rakyat di negeri Melaka sangat-sangat berharap bahawa Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos akan bertindak

dengan segera untuk mengatasi masalah ini kerana masalah ini telah menjejaskan imej baik negara kita untuk menarik pelabur-pelabur asing sehingga kilang-kilang elektronik yang menghadapi bekalan elektrik terputus baru-baru ini telah menampung kerugian beratus ribu ringgit. Oleh itu saya berharap Kementerian l'enaga, Telekom dan Pos akan bertindak dengan segera untuk mengatasi masalah terputusnya bekalan elektrik di dalam negeri Melaka.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang terakhir iaitu berkenaan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya berharap Kementerian ini akan menggunakan sebahagian peruntukannya pada tahun depan untuk persediaan pusat-pusat penjaja yang moden di mana-mana bandar yang ada di seluruh Semenanjung negara kita. Pusat-pusat penjaja ini bukan sahaja akan dapat memodenkan cara perniagaan penjaja-penjaja tetapi juga dapat mencantikkan sesuatu bandar. Ia juga dapat menjadikan satu pusat yang lebih selesa untuk pelancong- pelancong yang ingin menikmati makanan tempatan. Ia juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat jelata kita yang menghadapi pengangguran.

Saya timbulkan masalah ini kerana ada setengah-setengah pihak ataupun setengah-setengah tindak-tanduk pegawai penguatkuasa daripada Kerajaan Tempatan yang bersikap hooligan, minta maaf. Contohnya baru-baru ini ada pegawai-pegawai peguatkuasa daripada MPM Melaka, mereka bukan sahaja mengambil, merampas barang-barang jualan daripada penjaja-penjaja juga mereka menumbuk dan memukul penjaja- penjaja yang tidak ada lesen. Para penjaja-penjaja yang berniaga tanpa lesen kerana mereka menghadapi kemerosotan ekonomi, mereka dalam keadaan menganggur dan mereka

Page 78: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4697 9 DISEMBER 1987 4698

terpaksa menanggung keluarga Perbelanjaan seribu juta lebih mereka. Oleh itu mereka berniaga dengan pulangan atau ganjaran yang sebagai seorang penjaja. diharapkan kurang lebih serupa.

Memandangkan lebih 30 tahun kita

Sepatutnya kita bersimpati dengan orang-orang seperti ini dan pada pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Majlis Perbandaran Melaka (MPM) ini mereka bertindak dengan lori datang 30-40 orang seperti hendak pergi perang dan rampaskan barang- barang jualan, kereta roda tiga pun telah dibawa balik. Saya berpendapat penjaja-penjaja yang tanpa lesen ini mereka adalah lebih baik daripada perompak-prompak dan mereka juga rakyat kita. Sepatutnya Kerajaan menyediakan lebih banyak pusat penjaja dan mengeluarkan lesen penjaja untuk mereka mendapatkan pendapatan menanggung keluarga. Oleh itu, saya berharap kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengadakan kajian mengambil langkah ataupun satu rancangan untuk membantu Kerajaan-kerajaan Tempatan menyediakan lebih banyak pusat penjaja supaya mengatasi masalah-masalah yang saya sebutkan itu untuk jangka panjang.

Itu sahaja ucapan saya dan saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, dan sekali lagi saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan. 1988.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajjah Rogayah.

7.13 mlm.

Puan Hajjah Rogayah binti Che Mat: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang satu Akta Perbekalan 1988 yang berjumlah $13,085,603,070 untuk perkhidmatan bagi tahun 1988. Satu tahun yang bererti 12 bulan atau 365 hari kurang lebih 10 bulan hari bekerja.

melabur purangan, kita masih di tahap yang sama, puas kita meminjam keluar negeri, kita terpaksa meminjam keluar dan dalam negeri hanya untuk memberi khidmat dan membangun negara. Di pihak Kerajaan akan terus memberi dan mencari peruntukan walau dengan apa cara sekalipun, apa lagi setiap senarai-senarai yang diberi melalui Kementerian-kementerian lengkap dengan kertas kerjanya sekali.

Tuan Yang di-Pertua, melalui Dewan yang mulia ini saya suka menarik perhatian kepada semua pihak khususnya pentadbir negara, pelaksana kepada perancangan dan jentera Kerajaan supaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab tanpa mengira kepimpinan atau jatuh bangun pemimpin-pemimpin politik. Yang penting pelaksanaan mesti berjalan mengikut jadual sebab masa yang pergi tidak boleh ditarik kembali.

Pemimpin-pemimpin pergi silih berganti, jentera mesti berjalan seperti peruntukan yang diberi, sudah terpakai sama ada secara langsung atau tidak. Ini bukannya saya bermaksud kepada pegawai-pegawai Kerajaan tidak boleh berpolitik, tetapi apa yang kita harap jentera ini biarlah bergerak terus walau macam mana gegarnya parti-parti politik bergelora dan pemimpin-pemimpinnya ber- canggah hanya di dalam mencari penyesuaian seperti jiran sebelah kita Thailand misalnya bukan tidak bergelora negaranya, bahkan rampasan kuasa sering terjadi tetapi kenapa mereka masih terus? Tidak lain dan tidak bukan kerana jentera mereka tidak bercampuraduk, tidak ada musim demam selsema atau kepialu. Tidak dipeduli siapa yang pergi, siapa yang diganti, yang penting perancangan yang telah diatur dan

Page 79: PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament · Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 46651 DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

4699 9 DISEMBER 1987 4700

dilaksana dengan jayanya. Dari satu peringkat ke satu peringkat mereka bangun ke tahap yang membanggakan, lebih-lebih lagi di segi pertanian di mana sumber ini memberi sumbangan kepada pengeluaran hasil untuk menampung sebahagian keperluan Asia Tenggara.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa sudah cukup. Yang Berhormat boleh menyambung sedikit pada esok hari.

Puan Hajjah Rogayah binti Che Mat: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan yang mulia ini hingga jam 2.30 petang hari esok, Khamis, lOhb Disember, 1987.

Dewan ditaizgguhkan pada pukul 7.15 malam.