dewan rakyat house of representatives seventh parliament9655 1 disember 1989 9656 yang bcrhormat...

63
Jilid III Bil. 55 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KETIGA Third Session KANDUNGANNYA PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: Petua berkenaan Peraturan 26 (1) (p)—Hak dan Kebebasan [Ruangan 9669] JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 9674] USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18: Tuduhan Konspirasi Y.B. Datuk Serl Joseph Pairin Kitingan terhadap Kerajaan Persekutuan—Y.B. Tuan Hsing Yin Shean (Tanjong Aru) [Ruangan 9710] PENERANGAN SENDIRI OLEH AHLI: Y.B.Tuan Shahldan bin Kassim (Arau) [Ruangan 9713] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 1990 Jawatankuasa— Jadual: Maksud B. 26 [Ruangan 9715} USUL: Anggaran Pembangunan 1990 Jawatankuasa— Maksud 26 [Ruangan 9715} DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPLJR GHAZALI BIN JANI. K M..N. AM P . PPT. PEMANGKU KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA. MALAYSIA 1990

Upload: others

Post on 17-Jan-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jilid IIIBil. 55

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYATHouse of Representatives

PARLIMEN KETUJUHSeventh Parliament

PENGGAL KETIGAThird Session

KANDUNGANNYA

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA:Petua berkenaan Peraturan 26 (1) (p)—Hak dan Kebebasan [Ruangan 9669]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN[Ruangan 9674]

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT18:

Tuduhan Konspirasi Y.B. Datuk Serl Joseph Pairin Kitingan terhadap KerajaanPersekutuan—Y.B. Tuan Hsing Yin Shean (Tanjong Aru) [Ruangan 9710]

PENERANGAN SENDIRI OLEH AHLI:Y.B.Tuan Shahldan bin Kassim (Arau) [Ruangan 9713]

RANG UNDANG-UNDANG:Rang Undang-undang Perbekalan 1990

Jawatankuasa—Jadual:

Maksud B. 26 [Ruangan 9715}

USUL:Anggaran Pembangunan 1990

Jawatankuasa—Maksud 26 [Ruangan 9715}

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPLJRGHAZALI BIN JANI. K M..N. AM P . PPT .

PEMANGKU KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA. MALAYSIA1990

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT YANG KETUJUHPenyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KETIGA

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO' MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL,P.M.N., S.P.M.K., D.SJD.K., J.M.N.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, DATO' SERI DRMAHATHIR BIN MOHAMAD, D.K.I.,D.U.K.,S.S.D.K..S.S.A.P.,SP.M.S.,S.P.MJ.,D.P.,D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.N.M., P.I.S. (Kubang Pasu).

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Negara dan LuarBandar, TUAN ABDUL GHAPAR BIN BABA (Jasin).

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, DATO' SERI DR LING LIONG SIK, S.P.M.P., D.P.M.P.(Labis).

„ Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, DATO' SERI S.SAMY VELLU, S.P.M.P.,S.P.M.J., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput).

Menteri Perusahaan Utama, DATO' SERI DR LIM KENG YAIK, S.P.M.P.,D.P.C.M. (Beruas).

„ Menteri Pertahanan, Y.B.M. TENGKU DATO' AHMAD RITHAUDDEEN AL-HAJBIN TENGKU ISMAIL, S.P.M.P., S.S.A.P., P.M.K. (Kota Bharu).Menteri Kerjaraya, DATUK LEO MOGGIE ANAK IROK, P.N.B.S. (Kanowit).

„ Menteri Perdagangan dan Perindustrian, DATO' SERI RAFIDAH Aziz, S.P.M.P.,D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar).

„ Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman, DATO' DRHAJI SULAIMAN BIN HAJI DAUD, S.I.M.P., P.N.B.S., J.B.S. (Santubong).

Menteri Pertanian, DATUK SERI SANUSI BIN JUNID, D.S.D.K., D.G.S.M., S.M.K.(Jerlun-Langkawi).

„ Menteri Sains, Tcknologi dan Alam Sckitar, DATUK AMAR STEPHEN YONGKUET TZE, D.A., P.N.B.S. (Padawan).Menteri Pendidikan, TUAN ANWAR BIN IBRAHIM (Permatang Pauh).Menteri Luar Negeri, DATO' HAJI ABU HASSAN BIN HAJI OMAR, S.P.M.S.,S.M.T., P.I.S. (Kuala Selangor).

„ Menteri Kewangan, DATO' PADUKA DAIM ZAINUDDIN, D.H.M.S., S.S.A.P.(Merbok).

„ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TUAN LEE KIM SAI, P.P.N.(Hulu Langat).Menteri Belia dan Sukan, DATO' SERI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJIABDUL RAZAK (OrangKaya Indera Shahbandar), S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P.(Pekan).

9655 1 DISEMBER 1989 9656

Yang Bcrhormat Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, DATUK KASITAH BINGADDAM, P.G.D.K. (Kinabalu).Menteri Kesihatan, TUAN NG CHENG KIAT (Klang).Menteri Penerangan, DATO' MOHAMED BIN RAHMAT, S.P.M.J., S.I.M.P., S.S.I.J.,P.N.B.S., D.P.M.S., K.M.N. (Pulai).

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, DATO' HAJI SABBARUDDIN CHIK,S.I.M.P., D.S.A.P., S.M.S; (Temerluh),Menteri Perusahaan Awam, DATO NAPSIAH BINTI OMAR, D.S.N.S. (KualaPilah).

„ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATO' DR MOHAMAD YUSOP BIN HAJIMOHAMED NOR, D.P.M.T., J.M.N., S.M.T., P.P.T. (Setiu).

Menteri Kebajikan Masyarakat, DATO MUSTAFFA BIN MOHAMMAD, D.P.M.J.,K.M.N., P.I.S., B.S.I. (Sri Gading).Menteri Buruh, DATO' LIM AH LEK, D.S.A.P., S.M.T., J.P. (Bentung).Timbalan Yang di-Pertua, DATO HAJI MOHAMED AMIN BIN HAJI DAUD,D.I.M.P., I.M.N., A.M.N., A.M.P, (Rompin).

„ Timbalan Yang di-Pertua, TUAN D. P. YUANDRAN (Kapar).Timbalan Menteri Buruh, DATO' K. PATHMANABAN, D.S.N.S., K.M.N. (TelokKemang).

„ Timbalan Menteri Pertahanan, DATO' ABANG ABU BAKAR BIN DATUBANDAR ABANG HAJI MUSTAPHA, D.S.A.P., P.N.B.S., J.M.N. (Paloh).

„ Timbalan Menteri Kerjaraya, TUAN LUHAT WAN (Baram).„ Timbalan Menteri Pertanian, TUAN MOHD. KASSIM BIN AHMED (Machang).„ Timbalan Menteri Pertanian, DATO' S. SUBRAMANIAM, D.S.N.S., D.P.M.J.,

S.MJ. (Segamat).Timbalan Menteri Dalam Negeri, DATO' MEGAT JUNID BIN MEGAT AYOB,D.P.C.M., A.M.P., A.M.K. (Pasir Salak).Timbalan Menteri Perusahaan Awam, TUAN HAJI DAUD BIN DATO' HAJITAHA, S.MJ. (Batu Pahat).

„ Timbalan Menleri Kebudayaan dan Pelancongan, DATO' NG CHENG KUAI,D.P.M.P., A.M.P. (Lumut).Timbatan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, DATO' MOHD.TAJOL ROSLI BIN MOHD. GHAZALI, D.P.M.P., A.M.P. (Gerik).Timbalan Menteri Kerjaraya, DATO' ALEXANDER YU LUNG LEE, D.P.M.P.(Batu).Timbalan Menteri Kewangan, DATO' WAN ABU BAKAR BIN WANMOHAMED, D.I.M.P. (Jerantut).Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATO' DR SITI ZAHARAHBINTI SULAIMAN, D.I..M.p. (Mentakab).Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian, DATO' KOK WEE KIAT,A.M.N. (Selandar).

9657 1 DISEMBER 1989 9658

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan, TUAN WOON SEE CHIN, S.M.J., A.M.N., P.I.S.(Senai).Timbalan Menteri Buruh, TUAN KALAKAU UNTOL (Tuaran).Timbalan Menleri Kewangan, DATO' LOKE YUEN Yow, D.P.M.P., A.M.P.(Tanjong Malim).Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempalan, TUAN OSU BIN HAJISUKAM (Papar).Timbalan Menteri Penerangan, TUAN RAILEY BIN HAJI JAFFREY (Silam).Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, TUAN LAW HIENGDING, K.M.N., P.B.S, (Sarikei).Timbalan Menteri Pengangkutan, DATIN PADUKA HAJJAH ZALEHA BINTIISMAIL, D.P.M.S., S.M.S., K.M.N. (Selayang).Timbalan Menteri Perusahaan Utama, DATO' ALIAS BIN MD. ALI, D.P.M.T.,S.M.T., K.M.N., PJ.K. (Hulu Terengganu).Timbaian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, RAJA DATO' ARIFFIN BINRAJA SULAIMAN, D.S.D.K., s.M.s. (Baling).Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, DATO HAJIMOHD. KHALID BIN MOHD. YUNUS, D.S.N.S. (Jempol).

„ Timbalan Menteri Pendidikan, DR LEO MICHAEL TOYAD (Mukah).Timbalan Menteri Luar Negeri, DATO' DR ABDULLAH FADZIL BIN CHE WAN,D.P.C.M., P.C.M. (BukitGantang).Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, TUAN ABDUL GHANI BINOTHMAN, S.M.J. (Ledang).Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DRS SULEIMAN BIN MOHAMED(Titiwangsa).Timbalan Menteri Belia dan Sukan, CIK TENG GAIK KWAN, A.M.N., P.P.N.(Raub).Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DR TING CHEW PEH (Gopeng).Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, TUAN HAJI AWANG BINJABAR, S.M.T., A.M.N., P.J.K. (Dungun).SetiausahaParlimen Kementerian Penerangan, DATO' HAJI AHMAD DUSUKIBIN HAJI AHMAD, D.I.M.P. (Tumpat).Setiausaha Parlimen Kementerian Kebajikan Masyarakat, TUAN PETERCHIN PAH KUI (Lambir).Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, TUAN ONG TIN KIM (TelukIntan).Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, TUANABDUL RAMAN BIN SULIMAN, P.M.P., A.M.P. (Parit Buntar).

„ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, TUAN OTHMAN BINABDUL, A.M.P., P.P.T. (Pendang).Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar,TUAN MOHAMED BIN JAMRAH, A.M.P., P.P.T., J.P. (Bagan Datok).

9659 1 DISEMBER 1989 9660

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan KemajuanWilayah, TUAN ADAM BIN ABDUL KADIR (Kuantan).Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, TUAN CHUA JUI MENG, P.I.S.(Bakri).TUAN ABDOL MULOK BIN AWANG DAMIT (Labuan).DATO' ABDUL AJIB BIN AHMAD, D.G.S.M., D.P.M.J., B.S.I. (Mersing).DR ABDUL HADI BIN DERANI, K.M.N., A.M.K., (Kota Setar).DATO' ABDUL KADIRBIN HAJI SHEIKH FADZIR, D.S.D.K. A.M.K. (Kulim BandarBaharu).TUAN HAJI ABDUL MANAP BIN HAJI AHMAD, A.M.N., A.M.P., PJ.K. (SungaiPetani).TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN BAKAR (Marang).TUAN HAJI ABDUL RAZAK BIN HAJI ABU SAMAH, D.S.M., A.M.N., P.J.K. (LembahPantai).DATUK PATINGGI TAN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD, D.P., D.A., S.P.M.J.,P.G.D.K. (Samarahan).DATO' ABDULLAH AHMAD, S.J.M.K., D.P.M.K., P.N.B.S., A.D.K. (Kok Lanas).

„ DATUK ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI, D.M.P.N., D.I.N., K.M.N, (KepalaBatas).

„ TUAN HAJI NIK ABDULLAH BIN HAJI ARSHAD, S.M.K. (Pengkalan Chepa).DATO' DR AFFIFUDIN BIN HAJI OMAR, D.S.D.K., J.S.M., K.M.N. B.C.K. (PadangTerap).TUAN AHMAD BIN OMAR, P.P.N. (Pagoh).

„ TUAN HAJI BASRI BIN BAJURI , K.M.N., S.M.S., P.J.K. (Kuala Langat).DATUK BERNARD GILUK DOMPOK, P.G.D.K. (Penampang).

„ TUAN HAJI BUJANG BIN HAJI ULIS (Simunjan).„ DR CHEN MAN HIN (Seremban).

TUAN CHEW KAM HOY, A.M.K., J.P. (Padang Serai).TUAN CHAN HENG KAI (Bukit Mertajam).TUAN SAMSON CHIN CHEE Tsu (Tawau).

„ DR V. DAVID (Puchung).TUAN DOUGLAS UGGAH EMBAS, A.B.S., P.B.S. (Betong).

DR ENG SENG CHAI (Petaling Jaya).„ TUAN FUNG KET WING (Sandakan).

TUAN GERARD MATH LEE MIN, A.S.D.K. (Gaya).TUAN HAJI GHAZAIJ BIN AHMAD, A.M.N., P.C.K. (Jerai).DR GOH CHENG TEIK (Nibong Tebal).

1 DISEMBER 1989 9662

Yang Berhormat TUAN GOOI HOCK SENG (Bukit Bendera).TUAN HASHIM BIN SAFIN @ SHAFAIN, A.M.N. (Tanah Merah).TUAN HSING YIN SHEAN (Tanjong Aru).TUAN HAJI HUSSEIN BIN HAJI TAIB, P.P.N., PJ.K. (Sabak Bernam).TUAN Hu SEPANG (Rasah).TUAN HAJI IBRAHM BIN ALI (Pasir Mas).TUAN HAH IBRAHIM AZMI BIN HASSAN (Kuala Nerus).DATO' ISMAIL @ MANSOR BIN SAID, D.P.M.T., S.M.T., A.M.N. (Kemaman).TUAN JAWAH ANAK GERANG (Lubok Antu).

„ TUAN JAMES JIMBUN ANAK PUNGGA, P.B.S. (Kapit).TUAN JUSTINE ANAK TEMENGGONG JlNGGUT (Ulu Rajang).

DATUK KADOH AGUNDONG, P.G.D.K. (Padas).

„ DATO' HAJI KAMARUZAMAN BIN HAJI AHMAD, D.P.M.S., J.-M.N,, A.M.N., J.P.(Tanjung Karang).

„ TUAN R. KARPAL SINGH (Jelutong).TUAN LAINUS ANAK ANDREW LUWAK (Serian).TUAN LAU DAK KEE (Pasir Pinji).TUAN LAW LAI HENG@ GOH LAI HENG, P.I.S., B.S.I., K.M.N., A.M.N. (Pontian).

„ TUAN LEE LAM THYE (Bukit Bintang).DATO' PAUL LEONG KHEE SEONG, D.P.C.M. (Taiping).TUAN LIEW AH KIM (Seputeh).TUAN LIM GUAN ENG (Kota Melaka).

„ TUAN LIM Krr SIANG (Tanjong).PUAN LING CHOOI SIENG (Kluang).TUAN MADATANG BIN MOREJAL (Bandau).TUAN MAIDOM P. PANSAI (Kola Belud).TUAN MICHAEL ASANG, B.S.K. (Jambongan).TUAN HAJI MOHAMAD BIN ABDULLAH, P.J.K. (Maran).DATO' HAJI MOHAMED BIN HAJI ALI, D.J.M.K., K.M.N., A.M.N., P.B. (NilamPuri).TUAN HAJI MOHAMED BIN HAJI ISA, A.M.N.,P.S (Kuala Kerai).TUAN HAJI MOHAMED SAM BIN HAJl SAILAN, A.M.N., P.I.S., B.S.I. (Muar).

TUAN MOHAMED TAWFIK BIN TUN DR ISMAIL (Sungai Benut).TUAN HAJI MOHAMED BIN YAAKOB (Rantau Panjang).DATO' HAJI MOHAMMAD ABU BAKAR BIN RAUTIN IBRAHIM, D.S.D.K., K.M.N.(Kuala Kedah).

9661

9663 1 DISEMBER 1989 9664

Yang Berhormat TUAN MOHAMMAD SUBKY BIN HAJI ABDUL RAOF, A.M.N., PJ.M. (Balik Pulau).„ TUAN HAJI MOHAMMED YUSOFF BIN HAJI ABDUL LATIF, J.P. (Tasek Gelugor).

DATUK SERI HAJI MOHD. ADIB BIN HAJI MOHD. ADAM, D.G.S.M. (Alor Gajah)TUAN MOHD. NOH BIN RAJAB (Tampin).TUAN HAJI MOHD. SHARIP BIN JAJANG, A.M.N., P.J.K. (Sepang).TUAN MOHD. TAMRIN BIN ABDUL GHAPAR (Batu Berendam).TUAN HAJI MOHD. ZAIN BIN ABDULLAH, S.M.K. (Bachok).

„ TUAN HAJI MOHD. ZIHIN BIN HAJI MOHD. HASSAN (Larut).DATO' MUSA BIN HITAM, S.P.M.J., S.S.U., S.P.M.S., D.U.N.M., S.P.N.S. (KotaTinggi).TUN DATU HAJI MUSTAPHA BIN DATU HARUN, S.M.N., S.P.D.K., S.I.M.P., P.N.B.S.,S.P.M.J., S.P.M.P., S.P.C.M., K.C.R.L., K.ST.J. (Limbawang).TUAN MUTANG TAGAL (Bukit Mas).TUAN NASRUDDIN BIN HAJI ALANG SAIDIN, A.M.P. (Parit).TUAN NGOI THIAM WOH (Kampar),DR NICHOLAS MUNONG ANAK IBAU (Rajang).TUAN NURNIKMAN BIN ABDULLAH (Kimanis).

TUAN JOE OJIHI SUPIRING (Marudu).TUAN ONG TEE KEAT (Ampang Jaya).DATO' OO GIN SUN, D.S.D.K., S.D.K., A.M.K., J.P. (Alor Setar).DATUK JOSEPH PAIRIN KJTINGAN (Keningau).TUAN M. G. PANDITHAN, K.M.N. (Tapah).DR PATAU RUBIS, P.B.S. (Mas Gading).TUAN P. PATTO (Ipoh).TUAN PETER PAUL DASON (Bayan Baru).DATUK PETER TINGGOM ANAK KAMARAU, P.N.B.S., P.C., K.M.N., A.M.N.(Saratok).TUAN PITTING BIN HAJI MOHD. ALI (Kinabatangan).DATO' RADZI BIN SHEIKH AHMAD, D.P.M.P. (Kangar).DATIN PADUKA HAJJAH RAHMAH BINTI OTHMAN, D.P.M.S., J.S.M., S.M.S., A.M.P.,P.J.K. (Shah Alam).DATO' RAIS YATIM, D.S.N.S. (Jelebu).Y.B.M. TENGKU TAN SRI RAZALEIGH HAMZAH, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P.,S.P.M.S. (Gua Musang).DATO' HAJI SAIDIN BIN HAJI MAT PIAH, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.J.K. (TasikChenderoh).DATUK HAJI SAKARAN BIN DANDAI, S.P.D.K., I.P. (Semporna).

9665 1 DISEMBER 1989 9666

Yang Berhormat TUAN SHAHIDAN BIN KASSIM, A.M.P. (Arau).DATO SHAHRIR BIN ABDUL SAMAD, D.P.M.J., P.I.S. (Johor Bahru).

„ PUAN HAJJAH SHARIFFAH DORAH BINTI DATO' SYED MOHAMMED, S.M.J,A.M.N., P.I.S., B.S.I. (Parit Sulong).TUAN SIM KWANG YANG (Bandar Kuching).TUAN S. S. SUBRAMANIAM, P.J..K., A.M.s. (Hulu Selangor).TUAN TAIMAN BIN LUMAING (Pensiangan).DATUK DANIEL TAJEM ANAK MIRI, P.N.B.S., J.M.N. (Batang Lupar).TUAN TAN KOK WAI (Sungei Besi).

„ DR TAN SENG GIAW (Kepong).„ TUAN TEOH TEIK HUAT (Bagan).

TUAN "THOMAS SALANG SIDEN (Julau).„ TUAN TIEU SUNG SENG @ TRU SIING SENG (Sibu).

TUAN TING CHEK MING (Batu Gajah).TUAN TING LING KIEW (Bintulu).TUAN HAJI WAN OMAR BIN WAN MAJID, S.M.K., P.P.N. (Pasir Puteh).

„ TUAN WANG CHOON WING, A.M.N. (Lipis).DATUK HAJI YAHAYA BIN MOHD. SHAHE, P.S.D., P.M.P., A.M.P., A.M.N., J.P.(Tambun).PUAN Srn ZAINABON BINTI ABU BAKAR (Tebrau).DATO' ZAINAL ABIDIN BIN JOHARI, D.S.D.K., K.M.N., P.P.N., B.K.M., P.J.K., J.P.(Sik).DATO' ZAINAL ABIDIN BIN ZIN, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai).

„ DATO' HAJI ZAKARIA BIN HAJI ABDUL RAHMAN, D.P.M.T., K.M.N., P.J.K.(Besut).TUAN ZUBIR BIN EMBONG (Kuala Terengganu).

9667 1 DISEMBER 1989 9668

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat: Dato' Haji Wan Zahir bin Sheikh Abdul Rahman, D.P.M.P., J.S.M.Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Hj. Yahya bin Manap.Penyunting Kanan: P. B. Menon.Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahasan Parlimen:Suhor bin Husin.Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.Supiah binti Dewak.Ismail bin Hassan.Shamsiah binti Mohd. Yusof.Hajjah Kalsom binti Ghazali.Mohamed bin Osman.Norishah binti Mohd. Thani.Zaharah binti Naim.Su Soon Chuan.Norwahidah binti Azizi.Rozita binti Abdul Samad.Jainah binti Sakimin.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Mohd. Kassim bin Hashim

9669 1 DISEMBER 1989 9670

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Mesyuarat dimulakan pada pukul 3.00 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mem-pengerusikan Mesyuarat)

PENGUMUMAN TUAN YANGDI-PERTUA

Petua berkenaan Peraturan 26 (1) (p)-Hak dan Kebebasan

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli YangBerhormat, ruling ini dikehendaki ialahkerana ahli dari Ipoh telah membangkitkanperkara 26(1 )(p) di bawah PeraturanMesyuarat. Ahli Yang Bcrhormal ituberpendapat di bawah Peraturan ini mana-mana Ahli berhak bangun pada mana-manamasa mengemukakan satu usul dan me-minta membahaskan pcrkara berkenaandengan hak dan kcbebasan.

Untuk mcnguatkan hujahnya dia telahpun menyebut lain-lain perenggan Per-aturan Mesyuarat 26(1) di mana amalandilakukan perkara-perkara yang bcrsangkutitu tclah dibahaskan dengan serta-merta.Umpamanya di bawah Peraturan 26(l)(n)Dewan boleh membahas dan mengeluarkandengan sera-merta orang-orang luar.Begitujuga di bawah Peraturan 26(l)(k) di manadi dalam perbahasan sesuatu bil, usul bolehdibuat untuk menghantarkan balik sesuatubil yang telah pun dimaklumkan kcpadaMajlis oleh Jawatankuasa Sebuah-buahMajlis Mesyuarat Juga dibawahPeraturanMesyuarat 26(l)(f), usul menangguhkanmesyuarat pada lain hari.

Jika dikaji, peraturan-peraturan inimembolehkan tindakan diambil dengan

serta-merta pada masa satu-satu kejadianitu berlaku, seperti menangguhkan Majlis,mengeluarkan orang-orang luar danscbagainya. Ini tidak dapat dinafikan.Bahkan tindakan di bawah Peraturan26( l)(p)pun boleh dibawa ke dalam Dcwantetapi dengan syarat usul itu hendaklahdibuat pada masa kejadian itu bcrlaku.

Masa dan cara untuk mengeluarkan usuldi bawah Peraturan 26 (1) adalah tertaklukkcpada lain-lain syarat dia dalam PeraturanMesyuarat, jika ada. Umpamanyadi bawahPeraturan 26{l)(d), usul hendak mengambilapa-apa perkara dahulu daripada perkarayang lain dcngan tidak mcngikut susunanmesyuarat. Usul ini tcrtakluk kcpadaPeraturan Mesyuarat 14 (2) yangmengadakan dua syarat:

(i) Usul itu hanya boleh dibuat olehseorang Menteri.

(ii) Hendaklah didahulukan daripadaurusan-urusan lain.

Jadi, segala tindakan di bawah PcraturanMesyuarat 26(1) itu boleh diamalkan:

(a) pada masa kejadian itu berlaku.atau(b) pada masa lain yang ditentukan oleh

lain-lain Peraturan.

Ini adalah nyata kerana Peraturan 26(1)itu bcrbunyi:

"Kecuali jika ada syarat-syarat laindalam Peraturan-peraturan Mesyuaratini, usul-usul yang hendak dibawa kedalam mesyuarat hendaklah didahulu-kan dengan pcmberitahu kecuali usul-usul yang tersebut di bawah ini:"

9671 1 DISEMBER 1989 9672

Saya hendak mengadakan, "kecuali jikaada syarat-syarat lain di dalam Peraturan-peraturan Mesyuarat".

Jadi, pada mana-mana masapun berlakusesuatu kejadian di dalam masa persi-dangan, di mana seorang ahli melakukansatu perkara "contempt" atau menghinaDewan, seorang ahli lain di dalam masa itujuga boleh membuat satu usul supaya ahliitu meminta maaf, atau jika perbuatan ituberat, atau jika kes itu berkehendakkankepada satu penyiasatan, dirujuk kepadaJawatankuasa Hak dan Kebebasan. Ini biasaberlaku apabila seorang ahli bangun me-minta seorang ahli lain menarik balikperkataan yang dikatakan "unparliamen-tary".

Masalah yang di hadapan kita sekarangbolehkah seorang ahli itu membangkitkan.perkara hak dan kebebasan yang sudahberlaku, ataupun yang bukan di dalam prosesseperti yang dipinta oleh Ahli YangBerhormat dari Ipoh. Kejadian yangdikomplennya ilu ialah terjadi pada 17hbNovember, 1989 iaitu selepas 10 harikejadian itu berlaku.

Pada fikiran saya, tidak boleh keranausul ini dikehendaki dikemukakan padamasa kejadian berlaku sahaja dan juga usulitu tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat14 dan 15. Dan lagi perbuatan itu juga tidakpraktikal kerana perkara itu lelah berlaku.Umpamanya jika orang dikatakanmelakukan penghinaan itu tidak ada didalam Dewan dia tidak dapat menjawabtuduhan yang dlbuat ke atasnya.

Begitu juga usul mengeluarkan orang-orang luar kenalah dibuat pada masa orangitu berada di dalam Dewan ini. Jikaperbuatan hina atau "act of contempt"hendaklah diambil tindakan pada masaperbuatan atau "act of contempt" itu.Sungguhpun pada masa lain itu orang yangdikatakan melakukan perbuatan itu beradadi dalam Dewan, tetapi perbuatan atau "actof contempt" perkara yang dikomplenkanitu sudah tidak ada lagi. Dan lagi hendaklahdiambil kira jika orang yang berkenaan itutidak ada di dalam Dewan.

Dasar ini ialah apa yang dipanggilkanperkara-perkara yang dikehendaki tindakansegera. Saya merujuk kepda Erskine May,Parliamenlary Practice, Edisi ke 20, padamukasurat 358 yang berbunyi begini,dengan izin,

"Urgent matters which require iheimmediate intervention of the House, ifthey should occur during the sitting ofthe House, may be raised at once in spiteof the intemiption of the debale or otherproceedings".

Kejadian ini juga dipanggil kejadian didalam Dewan, dalam pandangan Dewanatau "in full view of the House". Sila lihatmukasurat 168 dan 169, Erskine May yangsama.

Di House of Commons, sesuatu usulberasaskan kepada hak dan kebebasan, yangbukan berkehendakkan tindakan serta-merta, hendaklah dibuat dengan terlebihdahulu memberi notis kepada Speakerdengan 'bertulis dan Speaker berhakmembenarkannya atau tidak. Jika diamembenarkannya, dia akan menetapkansusunan perbahasan usul itu di dalamsusunan-urusan Mesyuarat. sila lihalErskine May, Edisi ke 20, muksurat 169dan 170.

Saya telah meneliti usul yang dibuatoleh Ahli dari Ipoh yag telah dimasukkanke dalam Aturan Urusan Mesyuarat kel-marin sebagai pemberitahu usul. Saya dapatiusulnya mempunyai dua persoalan. Per-tama, dia memohon supaya mana-manaahli dibolehkan membawa usul bersabitdengan hak dan kebebasan tanpa memberinotis pada mana-mana masa sahaja. Kedua,dia memohonkan sebarang perkara yanglain di dalam timbangan Majlis hendaklahditangguh sena-merta supaya usul itu dapatdibahas dan diputuskan.

Memandangkan kepada bunyi Perkara26 (1) iaitu Kecuali jika ada syarat-sya-rat lain dalam Peraturan Mesyuarat, inibermakna permohonan yang kedua supayausul ini didahulukan adalah bercanggahdengan Peraturan Mesyuarat 14 (1) yang

9673 1 DISEMBER 1989 9674

menetapkan aturan usul-usul bukanKerajaan kepada Peringkat (q), iaitu kebawah bukan dahulu dari itu. Usul itu jugabercanggah dengan Peraturan Mesyuarat14 (2) yang menetapkan hanya seorangMenteri sahaja yang boleh membuat usulmendahului mana-mana urusan. Usul inijuga bercanggah dengan Peraturan 15yangmenentukan tiap-tiap hah persidangan,urusan Kerajaan hendaklah didahulukan.

Ahli Yang Berhormat itu di dalamhujahnya di dalam mengemukakanPeraturan 26 (1) (p) itu boleh dibuat padamana-mana masa, telah mengambil kiraPeraturan 80 (1) yang menyatakanhendaklah diserahkan apa-apaperkara yangnampaknya menyentuh hak dan kebebasankepada Jawatankuasa Hak dan Kebcbasan.Tetapi Ahli itu tidak mengambil kiraPeraturan 14 dan 15 yang menetapkan masadan bila sebuah usul yang bukan dariKerajaan dibahaskan. Pada fikiran saya,usul Ahli dari Ipoh tidak dapat ditimbang-kan tanpa meminda Peraturan MesyuaratDewan terlebih dahulu.

Saya dukacila kerana mengambil masapanjang untuk membuat petua-petua ini.Tetapi memandangkan apa yang telahberlaku pada 27hb dan 28hb November ini,iaitu tindakan-tindakan yang bercanggahdengan Peraturan Mesyuarat 43, sayaterpaksa membuat petua-petua ini untukmengelakkan salah sangka bahawa kamiyang duduk di kerusi ini telahmenyalahgunakan kuasa-kuasa kamidengan menutup mulut ahli-ahli daribercakap di atas apa yang mereka kata hakmereka.

Saya telah membuat petua-petua sepertiini pada 27hb November, 1986. Sayamengesahkan keputusan saya yang lamaitu. Dan juga saya mengesahkan keputusansaya yang dibuat di dalam surat sayabertarikh 25hb November, 1989 menolakpermohonan Ahli Yang Berhormat dari Ipohyang memohon supaya dia dibenarkanmengemukakan usul di bawah hak dankebebasan yang luar daripada masa yangberlaku. .

JAWAPAN-JAWAPANMULUT BAGI

PERTANYAAN-PERTANYAAN

MEMOHON SURAT BERANAK/KAD PENGENALAN

1. Tuan Thomas Salang Siden mintaMenteri dalam Negeri menyatakan adakahKementerian beliau sedar bahawa adakesulitan tentang orang awam yangmemohon surat beranak dan kad pengc-nalan di mana si pemohon menunggusehingga dua, tiga tahun sebelum suratberanak dan kad pengenalan bolehdisiapkan. Kalau ia, apakah tindakanKementerian itu untuk mempercepatkanproses tersebut.

Timbalan Menteri Dalam Negeri(Dato' Megat Junid bin Megat Ayob):Tuan Yang di-Pertua, Kementerian me-mang sedar mengenai perkara ini. Tetapihanya dihadapi oleh mereka yang tidakmelaporkan kelahiran kanak-kanak dalamtempoh yang ditetapkan oleh Akta atauOrdinan Pendaftaran Kelahiran dan Kemen-terian.

Dengan kerana itu setiap permohonandalam kategori ini akan dikaji dengan telitibagi mempastikan maklumat yangdikemukakan adalah benar dan jitu. Prosestersebut tentunya akan mengambil masayang lebih sedikit daripada keadaan biasa.

Anlara langkah-langkah yang diambiluntuk mempercepatkan proses initermasuklah:

(a) mengatur perkhidmatan pendaf-taran bergerak ke kawasan-kawa-san pendalaman dan ke kawasan-kawasan yang mempunyai ramaipenduduk yang tidak mempunyaisijil kelahiran atau kad pengenalan;

(b) mendapatkan kerjasama dariJabatan Perubatan dan KesihatanNegeri untuk mengumpul maklumatmengenai kelahiran; dan

9675 1 DISEMBER 1989 9676

(c) memaklumkan kepada orang ramaimengenai kepentingan memilikisijil kelahiran dan kad pcngenalan.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. Dalam usahaKerajaan untuk mempercepatkan kadpengenalan adalah difahamkan bahawa satukad pengenalan baru akan dikeluarkan olehKerajaan yang kita difahamkan sebelumini. Sejauh manakah usaha pelaksanaan kearah kad pengenalan baru yang di ura-urakan oleh Kerajaan sebelum ini?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob:Tuan Yang di-Pertua, segala persiapan lelahpun dijalankan untuk kita mengeluarkankad pengenalan baru yang lebih selamatdan lebih teratur dan, insya Allah, pada 1hbJun tahun ini, kad pengenalan yang pertamaakan keluar.

Tuan Mutang Tagal: AdakahKementerian menggunakan komputerdalam menguruskan masalah mengenaidengan pengeluaran ataupun pernerosesankad pengenalan di seluruh negara olehkerana dengan menggunakan komputeryang cukup, saya rasa dapat kitamemproseskan kad pengenalan dengancepaL Dan saya ingin tahu sama ada PasukanPetugas Khas yang telah disediakan sudahpun bergerak di seluruh negara untukmemproseskan masalah yang masihdihadapi oleh rakyat di Hulu Sunga iataupundi kampung-kampung, terutama di Sarawak.Dan saya ingin tahu kawasan saya iaituberdekatan Brunei-Lawas dan Limbang.Dan kebanyakan rakyat di kawasan sayatidak mempunyai kad pengenalan olehkerana mereka dilahirkan di Brunei sebelumtahun 1963 walaupun bapa dan emak merekaadalah warganegara British ataupunwarganegara Malaysia sebelum kita masukke Malaysia. Dan saya ingin tahu olehkerana beratus mereka tidak mempunyaikad pengenalan sama ada kementerianmempunyai satu dasar, membuat satu dasar"across-the-board" supaya mereka yangdilahirkan di Brunei sebelum 1963 olehkerana tidak ada hospital di Limbang danLawas, diberi pertimbangan yang istimewasupaya mereka mendapat kad pengenalandaripada Kementerian.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob:Tuan Yang di-Pertua, saya telah menelitisoalan tambahan yang dibuat oleh YangBerhormat tadi. Saya dapat ia ada dua perkara.Satu ialah masalah kad pengenalan dan sijilbcranak bagi rakyat negara kita ini. Keduaialah memproseskan kerakyatan bagi rakyatyang belum tentu tahu adakah rakyat kita.Dengan sebab itu, saya tidak akan menyen-tuh perkara kedua ini kerana saya ingattcrkeluar daripada soalan asal.

Berkenaan dengan masalah komputer,komputer boleh disediakan kalau butir-butiryang dinyatakan dalam borang tertentu diisidengan baik dan tersusun, barulah komputerboleh menerima. Dengan sebab itu,sungguhpun komputer ada digunakan olehJabatan Pendaftaran namun kalau kita tidakdapat butir-butir yang lengkap daripadaibubapa tentang kelahiran anak-anakmereka adalah sukar bagi kita untukmemproseskan. Telapi bagi negeri Sarawak,ingin saya nyatakan Tuan Yang di-Pertua,daripada 224,534 pennohonan daflar lewattentang kelahiran, Jabatan Pendaftaran telahmcnyelesaikan 220,521. Ini bermaknahanya 4,013 sahaja yang tidakdiselesaikaniaitu merupakan 1.89% sahaja yang belumdapat diselesaikan. Ini menunjukkanbahawa Jabatan Pendaflaran menjalankankerja.

JANGAN MEROKOK—PENALTILANGGAR PERATURAN

2. Tuan Lim Guan Eng minta MenteriKesihatan menyatakan apakah tindakanyang akan diambil terutamanya jenis penaltiyang dikenakan kepada mereka yangmelanggar peraturan "Jangan Merokok" didalam hospital-hospital.

Setiausaha Parlimen KementerianKesihatan (Tuan Chua Jui Meng); TuanYang di-Pertua, tindakan yang diambil olehKementerian Kesihatan kepada merekayang melanggar peraturan "JanganMerokok" bukanlah berupa tindakanpenalti. Kementerian ini mempunyai carapendekatan yang berbentuk pendidikankesihatan. Dengan cara ini kesedaran orang

9677 1 DISEMBER 1989 9678

ramai mengenai bahaya merokok akandipertingkatkan dan dengan demikianmereka akan memberikan kerjasama kepadapihak hospital uniuk mematuhi peraturanlarangan merokok.

Di antara langkah-langkah yang telahdiambil oleh Kementerian ini ialahmempertingkatkan lagi kempen anti-rokokmelalui ceramah, media massa dansebagainya dan mcmasang sertamengedarkan lebih banyak poster danrisalah-risalah. Di samping itu, sebagaicontoh dan teladan kepada orang ramai,kakiiangan hospital juga dilarang merokokdi kawasan hospital.

Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada YangBerhormat Setiausaha Parlimen, apakahtindakan yang akan diambil kalau seseorangyang berada di kawasan hospital masihberdegil untuk mengindahkan peraturanbahawa mereka tidak dibenarkan merokokdi dalam kawasan hospital-hospital terse-bul.

Setakat ini adakah pihak Kementerianbercadang untuk mengambil tindakan yanglebih tegas lagi kalau masih terdapat merekayang masih berdegil untuk merokok dikawasan hospital.

Tuan Chua Jui Meng: Tuan Yang di-Pertua, yang pertama kalau seseorang ber-degil dan masih hendak berterusan mer-okok dalam kawasan hospital. kita akanmemanggil pengawal keselamatan untukmenyuruh orang itu berhenti merokok.Kalau dia degil lagi kita mempunyai kuasadalam undang-undang am iaitu hak seorangtuan punya tanah, sebab Kerajaan ialahtuan punya tanah, pemilik hospital dan kitaada hak. Kalau seseorang hendak masuk,kita bcnarkan dia masuk. Tetapi kalau diahendak masuk dan hendak terus berada didatam kawasan hospital dia hendaklahmematuhi peraturan-peraturan hospital.Kalau tidak mematuhi kita ada hak di-dalam undang-undang am untuk menyu-ruh dia ketuar daripada hospital.

Mengenai soalan kedua, saya minta maaf.Saya harap Yang Berhormat akan mengu-langi soalan bahagian kedua itu.

Tuan Yangdi-Pertua: Saya ingat YangBerhormal sudah jawab.

Tuan Madatang bin Morejal: TuanYang di-Pertua, soalan tambahan. AdakahYang Berhormat Setiausaha Parlimenmempunyai angka bilangan doktor-doktordan pembantu-pembantu hospital yang turutterlibat dalam mcrokokdi hospital-hospitaldi seluruh negara dan jika ada, adakahpenalti yang dikenakan kepada orang awamitu juga akan dikenakan kepada mereka.(Ketawa)

Tuan Chua Jui Meng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada YangBerhormat dari Badau yang begitu berminatdalam perkara ini. Tetapi kita dalamKementerian daripada maklum balas yangkila terima daripada hospilal-hospital diseluruh negara, kita ada satu maklum batasyang baik iaitu kakitangan-kakitangan adaberdisplin di hospital-hospital dan sampaikini tidak ada satu kes atau masalahberkaitan dengan kakitangan yang tidakmenghiraukan kepada peraturan yangdikeluarkan oleh Kementerian Kesihatanuntuk melarang merokok.

STRUKTUR BARUPERKHIDMATAN

PENTADBIRAN-KAJIAN

3. Tuan Haji Mohd. Zain bin Abdullahminta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah benar bahawa Kerajaanmelalui JPA telah memperkenalkanstruktur baru perkhidmatanpentadbiran di dalam perkhidmatanawam, jika benar adakah strukturbaru perkhidmatan pentadbirantersebut meliputi perkhidmatannegeri (seperti Kelantan, Kedah,Terengganu dan Johor). Misalnyaperkhidmatan perkeranian negeri-negeri tersebut yang mana ianyamelibaikan jawatan pegawai keranircndah tidak diperlukan lagi danpenyandang-penyandang diberipeluang kenaikan pangkat secara

9679 1 DISEMBER 1989 9680

lantikan {KPSL) lee jawatan pegawai kerani tingkatan biasa dan pegawai kerani kanan dibolehkan naik ke tanggagaji tingkatan tertinggi tanpa menunggu kekosongan dalam jawatan tersebut; dan

(b) adakah Kerajaan sedar bahawa perkhidmatan Persekutuan dan negeri adalah sama sahaja bahkan beratus-ratus orang pegawai kerani negeri seperti di Kelantan Perkhidmatan di Jabatan Persekutuan di negeri tersebut. Layanan-layanannya berbe?.aantara perkhidmatan Persekutuan dan negeri. Jika sedar, apakah tindakan selanjutnya yang akan dijalankan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri (Raja Dato' Ariffin bin Raja Sulaiman): Tuan Y angdi-Pertua,jawabnya ya. Kerajaan telah menyus�n semula struktur petkhidmatan pertadbtran dalam Perkhidmatan Awam Persekututan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang membuatkajian mengenai kesesuaian melaksanakan struktur baru perkhidmatan pentadbiran ini di Petkhidmatan AwamNegeri, Badan-badan Berkanun dan Penguasa-penguasa Tempatan. Kajian ini perlu dilaksa� bagi mempastikan sama a�a· struktu� perkhidmatan yang baru 1tu sesua 1 dilaksanakan di Perkhidmatan Awam Negeri, Badan-badan Berkanun dan Penguasa-penguasa Tempatan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, penyusunan semula struktur perkhidmatan pentadbiran

. ini m�libatkan

pembahagian semula fungs1 perkh1dm�tan­perkhidmatan yang terlibat term�uk JU&� Perkhidmatan Pegawai-pegawat Keran1 Rendah. Jawatan-jawatan Pegawai Kerani Rendah yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang setanding dengan Pegawai Kerani akandinaikkan tarafnya ke Perkhidmatan Pegawai Kerani. Manakala yang tidak setanding akan diturunkan

tarafnya ke Perkhidmatan Pembantu Am Rendah. Bagaimanapun, Perkhidmatan Pegawai Kerani Rendah itu masih terus dipakai bagi menampung penyandang­penyandang yang masih kekal dalam perkhidmatan itu. Pegawai Kerani Rendah yang telah memenuhi syara�-syara� memasuki Perkhidmatan Pegawai Keram akan ditimbangkan untuk perlantikan ke Pegawai Kerani Tingkatan Biasa m�lalui urusan lcenaikan pangkat secara lantikan. Sementara Pegawai Kerani Tingkatan Kanan atas tanggagaji C3 pula, mereka boleh ditimbangkan untuk melangkah sekatan kecekapan ke tanggagaji Cl sekiranya telah memenuhi syarat-syarat melangkah sekatan kecekapan berkenaan. Oleh sebab urusan ini hanya melangkah sekatan kecekapan di bawah tanggagaji yang sama maka peningkatan itu tidak tertakluk kepada kekosongan jawatan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang membuatkajian mengenai melaksanakan struktur baru perkhidmatan pentadbiran ini di Perkhidmatan Awam Negeri, Badan-badan Berkanu� da� Penguasa-penguasa Tempatan. Jikad1�pab sesuai, maka tugas dan tanggun&Jawab jawatan-jawatan ini di �awah struktur perkhidmatan pentadbuan yang ad� sekarang inidiPerkhidmatan Awam Negen, Badan-badan Berkanun dan Penguasa­penguasa Tempatan akan �agih-agih� sebagaimana yang telah dilaksanakan dt peringkat Persekutuan.

Oleh sebab Perkhidmatan Pegawai Kerani dan Pegawai Kerani Rendah di semuaPerkhidmatan Awam Negeri terlibat dengan kajian kesesuaian pemakaian strubur perkhidmatan pentadbiran yang baru, maka ianya telah dikaji bersama dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat.

LEMBAGA KOKO MALAYSIA

4. TuanHajiHusseinbinHaji TaibmintaMenteri Perusahaan Utama menyatakan setelah tertubuhnyaLembaga Koko Negara kira-kira setahun yang lalu apakah langkah-

diu mening

di menetai:

pesawah-pesawl

Menteril A

Kol Akt:

(Pemerbadan; ·

Leml melengkapi

dengai: J1

me.Ii bagai

me

menc J

bertu

kpt penU,it

dani ya

per; khll

._ bC i: $i

pasa bagl

berdasark; sii

PEMULI: SUNC!

Kl menyabi

di KualaKel

Septembll yart(fi>I

9681 1 DISEMBER 1989 9682

langkah yang telah diambil oleh Lcmbagaini dalam meningkatkan prestasipengeluaran mutu dan pendapatan petanidan pekebun kecil di samping apakahLembaga akan mcnetapkan harga kawalanminima seperti yang dibuat oleh LPNkepada pesawah-pesawah padi (harga padi).

Timbalan Menteri Perusahaan Utama(Dato Alias bin Md. Ali); Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Koko Malaysia telahditubuhkan oleh Akta Lembaga KokoMalaysia (Pemerbadanan) 1988 yang muladikuatkuasakan pada 1hb Februari 1989.

Buat masa ini Lembaga sedang dalamproses melengkapkan organisasipengurusannya dengan pegawai-pcgawaiserta kakitangan dan juga "facility" yangdiperlukan bagi menjalankan fungsi-fungsinya. Walau bagaimanapun, LembagaKoko Malaysia telah merangka plan strategikorporal ke arah mencapai objektif sertamallamat Lembaga yang merangkumiprogram-program bertujuan meningkatkankecekapan pengeluaran serta dayapersaingan industri koko Malaysia melaluilangkah-langkah peningkatan produktiviti,mengurangkan kos dan meninggikan mutubiji koko Malaysia yang mana akhirnyaakan meningkatkan pendapatan pcngeluar-pengeluar koko khususnya pekcbun-pekebun kecil.

Mengenai harga kawalan minimakomoditi koko adalah berbeza daripada padidi mana pengeluaran padi adalah semata-mata untuk kegunaan tempatan sementarakoko dipasarkan di pasaran antarabangsa diluar negeri. Walau bagaimanapun, perkaraini dikaji berdasarkan perkembanganpasaran dari masa ke semasa.

PUSAT PEMULIHAN DADAHSERENTI SUNGAI PETANI

5. Tuan Liew Ah Kim minta MenteriDalam Negcri menyatakan apakah sebab-sebab 80 penghuni di Pusat PemulihanDadah, Jalan Kuala Ketil melakukan amokpada bulan September lalu, dan apakahlangkah-langkah yang akan diambil untuk

mcngelakkan kejadian-kejadian seperti inidaripada bcrulang lagi.

Dato' Megat Junid b~in Megat Ayob:Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku diPusat Pemulihan Dadah Serenti SungaiPetani pada bulan September lalu bukanlahsatu pengamokan 80 orang penghuni tetapihanyalah satu kekacauan yang melibatkanlebih kurang 20 orang penghuni sahaja.Peristiwa ini berpunca dari satupertengkaran kecil di antara dua orangpenghuni tetapi telah merebak apabilapenghuni-pcnghuni lain campur tangan.

Langkah-langkah telah pun dan akanterus diambil untuk memperketatkan lagikawalan serta menambahkan program bagimeningkatkan perasaan keharmonian danpersefahaman diantara penghuni-penghunidi Pusat Serenti tersebut.

Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dcngan jawapan YangBerhormat Timbalan Menteri tadi keranabeliau menyatakan kepada Dewan ini hanya2 orang sahaja yang terlibat tetapi telahmerebak sehingga 20 orang terlibat keranamercka campur tangan. Saya hendak tahuapakah sebab seramai 20 orang ini bolehcampur tangan?

Kedua, apakah tindakan yang diambilterhadap mereka yang terlibat ini?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob:Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuahmasyarakat yang majmuk, perkara itubukanlah satu pcrkara yang anih kerana iajuga berlaku di dalam Parlimen ini. (Tepuk)Dua orang berlengkar akhimya bergemuruh,semuanya masuk campur. Begitulah jugadi Pusat Serenti ini, ia bersabit dcnganhanya baju panas, seorang penghuniberketurunan Cina mengatakan bahawaseorang penghuni Melayu mencuri bajupanasnya dan ada terbukii. Bila terbuktimaka penghuni Melayu ini membuka bajuitu dan mencampaknya masuk ke dalamparit, maka berlakulah penengkaran dandari pertengkaran itu maka timbullah cacimencaci hal kaum. Maka apabila itu ber-

9683 1 DISEMBER 1989 9684

laku, yang lain yang mendengar pun sakithati maka berlakulah pergaduhan sepertimana kita dengar selalu dalam Parlimen,Jadi ini bukanlah satu perkara yang anih,tetapi inilah perkara yang berlaku.

MAS-KEUNTUNGAN SELEPASCUKAI

6. Dr Abdul Hadi bin Derani mintaMenteri Pengangkutan menyatakan akaununtungrugi SyarikatPenerbangan Malaysia(MAS) bagi tahun kewangan 1988/1989dan perbandingannya dengan tahun-tahunkewangan 1986/1987 dan 1987/1988.Adakah MAS bercadang untuk memberiinsentif-insentif tambahan kepadakakitangan-kakitangan memandangkankeuntungan semasa.

Timbalan Menteri Pengangkutan(Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Is-mail): Tuan Yang di-Pertua, keuntunganselepas cukai yang dicatatkan oleh SistemPenerbangan Malaysia (MAS) bagi tahunkewangan 1988/1989 dan perbandingandengan tahun-iahun kewangan 1986/1987dan 1987/1988 adalah seperti berikut:

1986/1987 — $112,211,0001987/1988 — $151,456,0001988/1989 — $154,382,000

Di samping telah memberikan insentifyang berpatutan kepada kakitangan denganpembayaran bonus sebanyak dua bulangaji bagi tahun-tahun kcwangan1986/1987 dan l987/1988 dan satu setengahbulan gaji bagi tahun kewangan 1988/1989,pengurusan MAS tidak bercadang untukmemberikan insentif tambahan dalambentuk kewangan kepada pekerja-pekerjanya.

Tuan Lee Lam Thye: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kepada hakikatbahawa keuntungan MAS telah meningkat,tadi Yang Berhormat Timbalan Menteriada menyatakan bahawa bonus ada dibayarkepada kakitangan-kakitangan MAS. Disini saya suka bertanya sama ada YangBerhormat sedar bahawa buat masa kinikakitangan-kakitangan MAS tidakmendapat pinjaman perumahan dan faedah

perubatan untuk keluarga kakitangan-kakitangan MAS. Adakah pihak terkuasabercadang untuk memberi pertimbangankepadapemberian pinjaman pemmahan danjuga bayaran faedah perubatan

Kedua ialah bagi kakitangan yang tidakmenggunakan pcnerbangan MAS keluarnegeri dengan percuma ataupun denganpotongan tambang atas sebab mereka tiadawang untuk melancong, saya ingin bertanyasama ada pihak Kementerian berkenaanbercadang untuk membayar bayaransaguhati kepada mereka yang berkenaan?

Datin Paduka Hajjah Zaleha bintiIsmail: Tuan Yang di-Pertua, memanglahbuat masa kini pinjaman perumahan tidakdiadakan untuk kakitangan MAS dan samaada untuk mengadakan atau tidak, saya rasaterpulang kepada pihak pengurusan MASsendiri untuk menimbang dan berbincangdengan pihak Kesatuan Sekerja.

Mengenai kemudahan-kemudahan yanglain, saya difahamkan bahawa kemudahanperubatan ada. Saya hairan juga mengapaYang Berhormat kata tidak ada kemudahan-kemudahan perubatan bagi keluarga,mungkin agaknya untuk ibubapa..

Tuan Lee Lam Thye: Penjelasan.

Datin Paduka Hajjah Zaleha bintiIsmail secara detailnya saya tidak adamaklumatnya di sini.

Tuan Yang Di-Pertua Yang Berhor-mat, saya minta maaf. Yang Berhormattidak dibcnarkan dalam masa soal jawabmeminta penjelasan. Sila teruskan.

Datin Paduka Hajjah Zaleha bintiIsmail: Selain daripada itu tambangpercuma naik kapalterbang MAS memangada telapi ada juga rebate untuk maksudseperti Yang Berhormat katakan tadi. Selaindaripada itu cuti tahunan mengikut peringkatkerja masing-masing, latihan perkhidmatan,pinjaman untuk membeli kereta, untukmembeli kompuler dan juga pinjamanpersendirian diadakan.

9685 1 DISEMBER 1989 9686

Dr Abdul Hadi bin Derani: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. Bagaimana-kah pembayaran bonos dibuat kepadakakitangan-kakitangan MAS? Sayadifaha-mkan bahawa ada kalanya di mana bonusdibayar secara berperingkat-peringkat,iaitudibayar setengah dahulu dan setengah lagiselepas tempoh masa beberapa bulan kemu-dian. Adakah ini benar dan bagaimanakahia boleh berlaku?

Datin Paduka Hajjah Zaleha bintiIsmail: Tuan Yang di-Pertua, sama adabenar atau tidak, saya lidak tahu maklumatitu. Cuma pada pendapat saya bayaranbonus terpulang kepada pihak pengurusan.Kalau pihak pengurusan mempunyaikewangan sejumlah yang cukup, dibayarterus tetapi kalau tidak cukup, rasa sayaboleh juga bertolak ansur berperingkat-peringkat.

Beberapa Ahli: (Bangun)

Tuan Yang dt-Pertua: Saya rasa sudahcukuplah Ahli-ahli Yang Berhormat. Nantipula yang hendak bertanya sama ada adakerja kosong atau tidak. (Ketawa)

Yang Berhormat Tuan Nasruddin binHaji Alang Saidin.

(Soalan No. 7 Y. B. Tuan Nasruddin binAlang Saidin tidak hadir)

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhor-mat Dr Eng Seng Chai.

(Soalan No, 8 Y. B. Dr Eng Seng Chaitidak hadir)

RACUN DAN BAJA-KENAIKAN HARGA

9. Tuan Jawah Anak Gerang mintaMenteri Pertanian menyatakan sebab-sebabharga racun dan baja lelah naik sedangkanharga barang-barang utama seperti kokodan lada hitam telah jatuh baru-baru ini danlangkah-langkah yang sedang diambil olehKerajaan untuk membantu para petanisemasa harga-harga merosot.

Setiausaha Parlimen KementerianPertanian (Tuan Ong Tin Kim): TuanYang di-Pertua, harga racun dan baja ada-lah dipcngaruhi olch keadaan inflasi ekon-omi dunia. Racun dan baja yang diedarkandi Malaysia adalah dibuat daripada ramu-an-ramuan yang diimport. Disebabkankeadaan inflasi ekonomi dunia melebihi4% setahun dan turun naik nilai matawangasing, maka harga racun dan baja telahmeningkat.

Harga barang-barang utama yangdikeluarkan di Malaysia seperti koko danlada hitam scbaliknya tidak ada hubung-kait dengan harga input baja dan racun.Koko dan lada hitam merupakan komoditiyang dieksport. Harga eksport komoditi-komoditi ini sentiasa berubah bergantungkepada faktor-faktor seperti permintaanpasaran dan keadaan penawaran.

Malaysia walaupun sebuah negarapembekal ulama koko dan lada hitam, tidakmempunyai kuasa uniuk mempengaruhiharga dunia bagi barangan-barangan ini.

Kebelakangan ini oleh kerana pena-waran barangan koko dan lada hitam duniatelah melebihi permintaan maka hargabarangan ini tclah jatuh

Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkahyang sedang diambil oleh Kerajaan untukmembantu para petani semasa harga-hargamerosot boleh dibahagikan kepada duaiaitu:

Yang pertama, meningkatkan daya pcr-saingan penanaman koko dan lada hitamdengan:

(a) mcngurangkan kos pcngeluaranmclalui langkah-langkah penyc-lidikan dan pengembangan yangberkesan dan juga usahameningkatkan produkiiviti;

(b) meningkatkan pemprosesan kokobasah kepada koko kering olehpekebun kecil melalui kemudahanpemprosesan kelompok yang masihbelum meluas;

9687 1 DISEMBER 1989 9688

(c) meningkatkan penjualan koko danlada hitam bermutu melalui"grading";

(d) meningkatkan penggunaan hasilkoko melalui tumpuan penyelidi-kan end-use dan by-utilization,dengan izin.

Yang kedua ialah mengurangkan risikoserta meningkatkan pendapatan ladangpekebun kecil dengan

(a) meningkatkan penyelidikan danpengembangan sistem tanamanselingan koko dengan kelapa danbuah-buahan yang berpotensi;

(b) meningkatkan penyelidikan sistem"mixed-farming" dan seterusnyapemindahan teknologi melaluiusaha mengembangan yang lebihberkesan.

Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yangdi-Pertua, kita tidak dapat mengawal hargaantarabangsa bagi koko dan lada hitam.Kita boleh menolong pekebun kecil yangmenanam kedua-dua barang-barang iiudalam mengurangkan kos pengeluaran bagikedua-dua barangan itu dan soalan sayaialah adakah pihak Kementerian Pertanianpernah mengkaji kemungkinan beberapalangkah seperti berikut:

(a) mengurangkan duti import bagibahan-bahan yang digunakan untukmembuat baja dan racun;

(b) mengecualikan duti eksport bagi. lada hitam sama sekali; dan

(c) mencari secara penyelidikan danlangkah-langkah yang wajar untukmembuat baja-baja dan racundengan bahan-bahan tempatansupaya kos tidak dikesankan olehperubahan harga antarabangsa bagibahan-bahan utama itu.

Tuan Ong Tin Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasihkepada Ahli Yang Berhormat keranamencadangkan beberapa langkah yang

boleh dikatakan sesuai untuk diambilperhatian oleh Kementerian saya.Berkenaan dengan mengurangkan importduti atas baja-baja atau ramuan-ramuanyang digunakan untuk membuat baja itu,saya ingat pada penggal Parlimen ini kitalelah mengurangkan import duti atasramuan-ramuan untuk membuat baja dan"pesticide". Berkenaan denganpengecualian duti eksport bagi pengelua-ran koko dan lada hitam itu, ini saya ingatbukan dalam kuasa Kementerian Pertaniantetapi kita boleh timbang untukmencadangkan kepada KementerianKewangan berkenaan dengan hal itu.

Berkenaan dengan langkah-langkahuntuk menggunakan barang-barangtempatan untuk menjadikan baja itu,MARDI sedang mengkaji menggunakanbahan-bahan pokok ataupun bark of thetree, dengan izin, untuk dijadikan bajaataupun lain-lain barang untuk menjadi bajabagi tanam-tanaman.

Tuan Yang di-Pertua: Yang BerhormatTuan Haji Mohammed Yusoff bin HajiAbdul Latiff.

(SoalanNo.lOY. B. TuanHajiMohamedYusoff bin Haji Abdul Latiff tidak hadir)

PROGRAM PETANI SISWAZAH

11. Tuan M.G. Pandithan minta MenteriPertanian menyatakan sejauh manaberjayanya Skim Siswazah Pelani. Berapaluas tanah yang telah dikerjakan dan apajenis tanaman.

Tuan Ong Tin Kim: Tuan Yang di-Pertua, pencapaian di bawah ProgramPetani Siswazah adalah menggalakkandi mana sehingga bulan Oktober 1989,seramai 893 orang siswazah lelah mendaf-tar dengan Kementerian Pertanian untukmenyertai program ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 273orang siswazah telah pun melibatkan diridalam 169 buah projek yang meliputikawasan seluas 1,189.65 hektar.

9689 1 DISEMBER 1989 9690

Di antara jenis-jenis projek yang di-usahakan ialah:

(a) Sayur-sayuran;(b) padi;(c) jagung;(d) betik;(e) pisang;(f) belimbing besi;(g) jambu batu;(h) tapak semaian buah-buahan dan

bunga-bungaan;(i) temak lembu;(j) temak kambing;(k) ternak ayam;(l) ternak ikan air tawar.

Dato' Haji Zakaria bin Haji AbdulRahman: Tuan Yang di-Pertua, apakahSkim Siswazah Petani ini hanyadilaksanakan sebagai kegiatan sambilanatau sementara sahaja sambil siswazah-siswazah tersebut menunggu untuk men-dapalkan pekerjaan lain yang tetap.Tidakkah boleh ianya dilaksanakansecara Komersial atau projek-projek yangberbentuk daya maju yang membolehkansiswazah-sisw azah yang berkenaa itumeneruskan projek-projek pertanian itusecara bersungguh-sungguh dan berterusan?

Pertanyaan saya yang kedua, Tuan Yangdi-Pertua, ialah bolehkah dimaklumkankepada Dewan ini setakat ini berapakahhitung panjang pendapatan bulanan bagisetiap siswazah yang menyertai skim projek-projek petanian tersebut?

Tuan Ong Tin Kim: Tuan Yang di-Pertua, untuk jawapan soalan tambahanpertama itu, suka saya menerangkan kepadaDewan yang mulia ini Program PetaniSiswazah ini diwujudkan dengan tujuanuntuk memodenkan sektor pertanian bukanuntuk sementara sahaja. Tujuan kita, kitahendak melatih siswazah-siswazah kitayang benar-benar minat melaburkan diri diarena pertanian. Kita cuba melatih merekasupaya mereka boleh mengubah pertaniansecara tradisional kepada pertanian secaramoden yang berorientasikan komersialmenerusi penyerapan golongan muda yangterlatih.

Berkenaan soalan yang kedua itu, sayatidak ada anggaran tepat mengenaipendapatan bagi setiap siswazah dalamprojek-projek siswazah itu. Tetapi saya ingatanggaran ini sukar dirumuskan keranasehingga ini program ini cuma dalamperingat awal. Susah pada peringkat inidijangka sejauhmanakah kejayaan yang kitadapat dari program ini.

Dato' Dr AfTifuddin bin Haji Omar:Tuan Yang di-Pertua, dari jawapan YangBerhormat Setiausaha Parlimen taditemyata bahawa setakat ini Kementerianhanya menumpukan Program SiswazahTani ini hanya di dalam bidang pengeluaransahaja iaitu bidang bercucuk tanam di manarisiko-risikonya adalah tinggi. Soalan saya,Tuan Yang di-Pertua, adakah rancangan-rancangan untuk melibatkan siswazah-siswazah tani ini di dalam bidangpemerosesan dan pemasaran dan jugaadakah Kementerian bercadang melibatkansis wazah-siswazah tani ini yang lelah dilatihdi dalatn bidang pertanian keseluruhannyauntuk menswastakan beberapa agensiKerajaan di dalam Kementerian Pertanianseperti di dalam agensi-agensi pengeluaranbahan-bahan perianian?

Tuan Ong Tin Kim: Tuan Yang di-Pertua, untuk jawapan soalan tambahanyang pertama itu, Kementerian Pertanianbukan sahaja mengadakan Program MelalihSiswazah dalam bidang pertanian. Kita jugaada melatih siswazah menceburkan ataupunmenyertai memproses barang-barang cucuktanam ataupun proses buah-buah processinguntuk dijadikan Pruil Juice, dengan izin.Tetapi terpulang kepada siswazah itu,adakah mereka berminat menceburkandirinya dalam bidang ini, juga kita adamelatih siswazah kita untuk market tanamanmereka di pasar-pasar tani dan di mana-mana juga, tetapi itu juga terpulang kepadasiswazah itu. Adakah mereka ini beminat didalam bidang ini? Setakat yang saya tahuini ada juga siswazah yang berjaya dalammembuat marketing keluaran pertanian dankeluaran hasit tanaman dari negara kita.

Berkenaan dengan melatih siswazah atauorang muda itu kalau pada keseluruhannya

9691 1 DISEMBER 1989 9692

untuk mengambilalih agensi itu, setakat inikita tidak ada satu cadangan atau rancanganyang tepat ataupun konkrit pada masa ini,tetapi kila akan mcngambil perhatian danlimbangan dalam perkara ini.

KEMUDAHAN ASAS SUKAN

12. Tuan Haji Mohamed Sam bin HajiSailan minta Menteri Belia dan Sukanmenyatakan rancangan-rancangan Kerajaandari segi menyediakan kemudahan-kemudahan asas di seluruh negarasebagai rancangan susulan untuk menge-kalkan kecemerlangan kesukanan yangtercapai bagi Sukan Sea 1989 baru-baru ini.Nyatakan juga kos dalam Jabatan-jabatan,serta agensi-agensi Kerajaan yangdilibatkan.

Menteri Belia dan Sukan (Dato' SeriHaji Mohd. Najib bin Tun Haji AbdulRazak): Tuan Yang di-Pertua, setakat inikemudahan-kemudahan asas sukan diseluruh negara diakui tidak mencukupi.Sungguhpun demikian, kemudahan-kemudahan yang ada itu telah sedikitsebanyak membantu dalam meningkatkandan menghasilkan allit-atlit yang telahmenunjukkan kejayaan baru-baru ini. Walaubagaimanapun, Kerajaan melaluiKementerian Belia dan Sukan sentiasaberusaha untuk menambah dari masa kesemasa kemudahan-kemudahan sukan danjuga mempertingkatkan taraf mutukemudahan-kemudahan yang sedia ada.

Rancangan-rancangan telah, sedang danakan diteruskan ialah pembinaankemudahan-kcmudahan sukan di bandar-bandar kecil di seluruh pelusuk tanahair.Usaha untuk mempertingkatkan taraf mutukemudahan-kemudahan yang sedia adayang telah dibangunkan sejak beberapatahun kebelakangan ini juga diteruskan.Satu bidang yang tidak kurang pentingnyadengan kemudahan-kemudahan asas sukanialah pengwujudan satu kumpulan jurulatihyang bertauliah dan berkemampuan untukmengendalikan program-program latihansukan di semua peringkat. Negara kita masihlagi berkurangan dalam perkara ini dandalam satu lawatan saya baru-baru ini ke

Republik Demokratik Jerman saya dapatibahawa kecemerlangan negara tcrsebutdalam bidang sukan dunia adalah keranamereka mempunyai jurulatih-jurulatih yangmencukupi dan berkemampuanmenjalankan tanggungjawab mereka.Justeru ilu Kementerian Belia dan Sukanmelalui Majlis Sukan Negara akanmenghasilkan seberapa banyak yang bolehjurulatih-jurulatih supaya kecemerlanganyang kita capai bukan sahaja dikekalkanbahkan dipertingkatkan lagi.

Di bidang sukan prestasi tinggi pula,projce Kompleks Sukan Negara yang bolehdianggap sebagai projek terbesar sedangdilaksanakan oleh Kementerian Belia danSukan melalui Majlis Sukan Ncgara,Terletak di Bukit Jalil dalam daerah SungaiBesi, Wilayah Persekutuan, projek inimelipuli tapak seluas 200 ekar dan dijangkasiap sepenuhnya pada tahun 1993. Kerja-kerja bagi Fasa 1A lelah dimulakan sejakbulan Jun, 1989. Anggaran kos bagi Fasa1A ini ialah $62 juta.

Kompleks ini akan menempatkan InstitulSukan Negara yang akan bcrfungsi sebagaiPusat Sumber Sukan Negara, tempat latihanuntuk atlit kebangsaan dan pusat bagipendidikan kejurulatihan. Di samping itu,kompleks ini dirancang untuk menempatkanStadium National, Sekolah Sukan, sebuahstadium tertutup serbaguna, sebuahgimnasium dan lain-lain kemudahan sepertidewan seminar dan pcrsidangan.

Adalah sukar bagi saya untukmenentukan kos bagi kemudahan-kemudahan sukan yang dilaksanakan olehKerajaan kerana usaha ini juga dijalankanoleh Kerajaan-kerajaan Negeri, Jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan yanglerlibat secara langsung ialah KementerianBelia dan Sukan termasuk Majlis SukanNegara, Kementerian Pendidikan,Kementerian Kerjaraya, Jabatan PerdanaMenteri, Kementerian PembangunanNegara dan Luar Bandar dan KementerianPerumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dato' Haji Mohamed Abu Bakar binRautin Ibrahim: Tuan Yang di-Perlua,

9693 1 DISEMBER 1989 9694

soalan tambahan. Banyak rancangan­rancangan yang telah disediakan untuk menyediakan kemudahan-kemucfahan sukan diperingkat negeri oleh Kerajaan­kerajaan Negeri. Tetapi sebagaimana kita sedia maklum rancangan-rancan gan tersebut tinggal sebagai rancangan sahaja oleh sebab Kerajaan Negeri tidak mempunyai peruntukan yang mencukupL

Saya ingin tahu apakah usaha Kerajaan PahanguntukmembantuKerajaan-kerajaan Negeri khasnya dari segi mengadakan kemudahan-kemudahan sukan di peringkat­peringkat daerah. mengadakan mini-mini di mana di peringkat-peringkat daerahlah kita dapat mencungkil bakat-bakat jaguh­jaguh sukan yang akan datang.

Soalan yangkedua, Tuan Yang di-Pertua, saya dapati sejak kebelakangan ini bahkan sejak sayamenjadiAhliDewan,keutamaan kapada membina kemudahan-kemudahan sukan oleh Kerajaan adalah amat rendah sekali khasnya daripadaKementerian Belia dan Sukan. Jadi, saya ingin tahu sama ada Kerajaan ingin mendapat bantuan dan sokongan juga kerjasama daripada pihak swasta untuk memberi sumbangan dari segi menyediakan kemudahan-kemudahan.

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul R azak: Tuan Yang di-Pertua, di antara bantuan-bantuan yang boleh diberikan oleh Kerajaan Persekutuan termasuklah bantuan pembangunan, misalnya oleh Negeri Kedah perubahan­perubahan kepada Stadium Besar adalah daripada peruntukanKementerian Beliadan Sukan. Sayaakui bahawa peruntukan untuk kemudahan-kemudahan sukan di luar bandar terlalu rendah pada masa ini dan kita akan berusaha untuk menambahkan pada masa-masa yang akan datang.

Dari segi · masalah mendapatkan sumbangandaripada sektorswastaini hanya akan dapat dilakukan kalau sekiranya projek itu boleh mendatangkan hasilkepada sektor swasta, biasanya sumbangan sektor swasta adalah dalam bentuk penajaan, kerana melalui pen ajaan pertandingan­pertandingan, mereka dapat nilai

perigiklanan yang besar, K3lau sekiranya kita mahu sektor swasta terlibat, maka kita mesti pastikan bahawa projek itu boleh memberi basil kepada mereka.

PROJEK KILANG ALUMINIUM SMEL TING-STRUKTUR

SAHAM/KAJIAN EIA

13. Tuan Sim Kwang V: ang minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan:

(a) butir-butir struktur saham terhadap ProjekKilangAlwniniumSmelting yang dicadangkan diletakkan di Bintulu;

(b) sama ada Enviromental Impact Assesment Study telah siap disediakan sebagai pra-syarat untuk MIDA meluluskan projek tersebut dilancarkan, dan jika ia, bilakah akan laporan EIA dibenarkan untuk rujukan dan kajian orang ramai; dan

(c) bilakah Projek i tu akan dilaksanakan.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Dato' Kok Wee Kiat): Tuan Yang di-Pertua, maklumat mengenai struktur saham yang telah dilakukan untuk projek ini telah pun diberi dalam jawapan kepada soalan yang sama yang juga dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Bandar Kuching pada 13hb Oktober, 1988. Semenjak tarikh itu syarikat belum lagi menentukan dengan muktamad pemegang­pemegang saham dalam projek ini.

Mengenai kajian "Enviromental Impact A ssesment Study" (E.1.A.) adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah menerima cadangan "Terms of Reference" bagi menjalankan kajian E.I.A. tersebut daripada syarikat berkenaan pada 18hb september, 1989,dan telah menerima pada dasarnya "Terms of Reference" itu pada 4hb November, 1989. Sekarang terserahlah kepada syarikat untuk menyiap kajian terse­but dan Kerajaan akan hanya membenar­kan pelaksanaan projek ini apabila kajian E.I.A. ini telah diluluskan.

9695 1 DISEMBER 1989 9696

Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yangdi-Pertua, minta maaf kerana ini kali ketigasaya cuba dapat jawapan tidak dapat, Dalamjawapan yang diberi kepada saya tahun laluitu, Yang Berhormat Menteri sendiri punbelum pasti sama ada partner asing itusyarikat Perancis ataupun syarikat Jepun.Pada tahun yang lepaspun nampaknyabelumditetapkan.Memandangkan bahawaEIA pun belum dijalankan, hanya diberiterms of reference, apakah telah terjadidengan projek ini? Adakah dia sudah tidur,bekukah ataupun dia terus dijalankan sebabini projek besar yang akan membelanjakanseribu juta ringgit. Itu maklumat yang sayaberhak dapat.

Dato' Kok Wee Kiat: Tuan Yang di-Pertua, kalau ada orang tidur. Itu bukanKerajaan kita (Tepuk) itu adalah syarikatpenganjur. Kerajaan tidak boleh memprosespermohonan ini dengan teliti kalaupemohon-pemohon tidak kerja dengan rajin.Di sini, Tuan Yang di-Pertua, saya hendakmenjelaskan jawapan saya pada 13hbOktober, 1988 pada masa itu saya adamenjelaskan satu ekuiti adalah bumiputera35%, lain-lain rakyat Malaysia 15% danrakyat asing 50%. Pada masa sekarang puntidak tentu lagi siapa rakyat asing itu yangmenyertai.

Tuan Yang di-Pertua: Yang BerhormatTuan Douglas Uggah Embas.

(Soalan No. 14 Y.B. Tuan DouglasUnggah Embas tidak hadir).

LARANGAN MEROKOKDI HOSPITAL

15. Tuan Haji Mohamed bin HajiYaacob minta Menteri Kesihatanmenyatakan sesudah larangan merokok dibangunan hospital mula dikuatkuasa,apakah respon yang dapat dikesan dihospital-hospital di seluruh negara.

Setiausaha Parlimen KementerianKesihatan (Tuan Chua Jui Meng): TuanYang di-Pertua, setakat ini di antara kesan-kesan yang diperolehi dari penguatkuasaanlarangan merokok di bangunan hospitalialah orang ramai lebih memberikan

kerjasama kepada pihak hospital dalammematuhi arahan tersebut. Di samping itu,kakitangan hospital lebih berdisiplin danmenunjukkan contoh dan teladan dalammembanteras amalan merokok. Aktivitipelajaran kesihatan mengenai bahayamerokok juga dipertingkatkan dan lebihbanyak lagi notis dan poster dipasang. Se-lain dari itu kantin hospital juga telahberhenti menjual rokok.

Tuan Ngoi Thiam Woh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Menurut jawapanYang Berhormat iaitu melarang merokokdi bangunan hospital adalah sebahagiankempen anti-merokok. Saya ingin dapattahu dari Yang Berhormat, adakah YangBerhormat sedar bahawa Kerajaan negarakita sedang memberangsangkan rakyatMalaysia merokok secara tidak langsung,melalui pengiklanan televisyen. Sudahdiketahui umum bahawa banyak jenama-jenama rokok telah diiklankan melaluitelevisyen. Apakah langkah KementerianKesihatan dalam mengkompromi dengansikap Kerajaan sekarang?

Tuan Chua Jui Meng: Tuduhan YangBerhormat dari Kampar itu tidak berasassebab ini kerapkali dijawab oleh MenteriPenerangan kita tidak membenarkanmerokok di dalam televisyen atau radio.Saya haraplah bila menonton televisyen,menonton dengan sebaik-baiknya.(Diganggu)

Seorang Ahli: Tipu sendiri,

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli YangBerhormat, masa sudah cukup, YangBerhormat. Masa soal-jawab sudah habis.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Muluttelah cukup dan jawapan bagi PertanyaanNo. 7,8,10.14 dan I6 sehingga 22 adalahdiberi di bawah ini.

PERNAS—SKIM BEKALANBAHAN-BAHAN

7. Tuan Nasruddin bin Alang Saidinminta Menteri Kewangan menyatakanapakah tindakan dan usaha-usaha

9697 I DISEMBER 1989 9698

Kementerian bagi mcmulihkan semula skimbekalan bahan binaan oleh PERNASTrading Sendirian Berhad yang sudah tidakberfungsi lagi sejak kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato'Loke Yuen Yow): Kcmenterian Kewangantelah mengkaji semula sekim bckalanbahan-bahan oleh PERNAS Trading Sdn.Bhd. dan mendapati peraturan-peraturannyaperlu diperkcmaskan lagi. Tujuannya ialahuntuk mengelakkan sebarang kerumiiankhususnya di segi peraturan pembekalandan pembayarannya.

Untuk makluman Ahli-ahli YangBerhormat, melalui skim ini, kontraktor-kontrakior binaan projek-projck Kerajaanboleh mcmohon untuk mendapatkanbekalan bahan-bahan binaan seperti besikeluli, atap genting, simen, asbcstos, cat,cermin dan lain-lain bahan binaan secarakredit daripada PERNAS Trading Sdn.Bhd., yang mempunyai cawangan-cawangannya di Kuala Lumpur, PulauPinang, Ipoh, Kuantan, Kota Bharu, JohorBharu dan Melaka. Buat ketika ini,PERNAS Trading Sdn. Bhd. telahmemberhcntikan pelaksanaan s k i m inikerana masalah pembayaran kc atas pro-jek yang terbcngkalai belum selesai.Kememerian Kewangan sedang berundingdcngan PERNAS Trading Sdn. Bhd. untukmenyelesaikannya.

Oleh kerana s k i m ini mcmberi munafaatkepada kontraktor-kontraktor binaan,Kementerian Kewangan telah bersetujuuntuk mempcrluaskan sk im ini kepadapcmbeli-pembeli yang lain. Sebagai lang-kah ke arah ini, Kementerian Kewangantelah berunding dengan enam anak syari-kat-syarikat kcpada perbadanan-perbadanan Kerajaan untuk menyertaisk im ini. Syarikat-syarikat itu adalah:

(a) Sergam Berhad (SEDC Johor).(b) Perkemaja N.S, Sdn. Bhd. (SEDC

Negeri Sembilan).(c) Pasar Anika Dara Sdn. Bhd.

(DARA Pahang).(d) Babena Sdn. Bhd. (SEDC

Terengganu).

(e) Kelma Sdn. Bhd. (SEDC Kelan-tan).

(f) Serba Sdn. Bhd. (SEDC Kedah).

Syarikal-syarika tersebut pada dasamyatelah bersetuju untuk mcnyertai skim iniyang dijangka dapat dilaksanakan padaakhir tahun ini.

PUSAT PENGAJIANTINGGI SWASTA

8. Dr Eng Seng Chai minta MenteriPendidikan menyatakan sama ada ran-cangan oleh kementeriannya menubuhkan,atau memudahkan usaha-usaha swastamcnubuhkan sesuatu perindustrianpendidikan tertinggi ("Tertiary educa-lion") dengan pembangunan pusat-pusatkeunggulan ("Centres of excellcnce") diMalaysia supaya, bukan sahajamenjimatkan pcrbelanjaan sebanyak $3 atau$4 billion ringgit setahun oleh 60,000pelajar-pelajar kita di luar negeri, tetapijuga akan menarik lebih banyak pelajar-pelajar serantau ASEAN dan Pacific yangjuga membelanjakan sekurang-kurangnya$3-55 billion ringgit, memandangkanjumlah pelajar-pelajar negara ASEAN danPacific yang sedang ada di negara beratsekarang melebihi 100,000 orang. AdakahMalaysia berkemampuan mengadakansuatu perindustrian pcndidikan hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan (DrLeo Michael Toyad); Untuk maklumanAhli Yang Berhormat, Kerajaan memangmenggalakkan rancangan penubuhan pu-sat-pusat pengajian yang dikelolakan olehpihak swasta bagi membantu Kerajaandalam memberi kemudahan pendidikan dipelbagai peringkat. Permohonan-permoho-nan daripada sektor swasta untukmenubuhkan pusat atau Institusi Pendidikanakan diberi kclulusan setelah kajian terper-inci dibuat terutama dari segi keupayaanpengurusan, tenaga pengajar, kursus-kur-sus yang akan ditawarkan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Ini dilakukanuntuk memastikan pusat-pusat pengajianswasta ini diuruskan selaras dengan dasarpendidikan negara serta mematuhi pcr-uniukan undang-undang dan peraturan-

9699 1 DISEMBER 1989 9700

peraturan tertentu demi menjaga pendi-dikan berkualiti kepada pelajar-pelajar.

Buat masa ini kerajaan belum lagi ber-cadang untuk menubuhkan satu perindus-trian pendidikan di negara ini.

DEWAN MASYARAKATDI KAMPUNG-KAMPUNG

10. Tuan Haji Mohamad Yussof binHaji Abdul Laiff minta Perdana Menteri

menyatakan sejauh manakah tujuan me-ngadakan Dewan-dewan Masyarakat di luarbandar itu benar-benar tercapai. TidakkahKementerian berkenaan sedar ada di antaraDewan-dewan berkenaan hanya dijadikangelanggang sukan bcrterusan dari jam 5.00petang hingga jam 12.00 tengah malamsehingga melalaikan belia-bclia kita darimenunaikan sembahyang.

Timbalan Menteri di Jabatan PerdanaMenteri (Dato' Dr Siti Zaharah bintiHajiSuIaiman): Kerajaan telah meluluskanperuntukan untuk membina atau membaikibalairaya-balairaya atau Dewan Masyara-kat di kampung-kampung. Walaubagaimanapun tidak semua peruntukantersebut datang daripada KerajaanPersekuluan. Sebahagiannya daripadaperuntukan Kerajaan Negeri masing-masing. Pemulihan scbuah DewanMasyarakat atau Dewan Serbagunamemberikan banyak faedah kepada rakyatsetempat yang meliputi kegiatan-kegiatanekonomi, sosial dan politik. Penyenggaraandan pengurusan bangunan-bangunan initerletak di bawah tanggungjawab PejabatDaerah/Majlis Daerah yang berkaitan.Bagaimanapun pengawasan secaralangsung dibuat oleh Ketua Kampung atauPenghulu atau Ketua JKKK di tempat-tempat berkenaan. Adalah menjaditanggungjawab kepada institusi-institusi iniuntuk menentukan supaya penggunaanDewan Masyarakat ini tercapai denganmenyusun program kegiatan di kalanganpenduduk setempat dengan teratur dansempurna. Setakai ini Kerajaan tidakbercadang untuk menghentikan peruntukanberkenaan semata-mata atas sebab-sebab

yang lerlalu kecil berbanding denganfaedahnya pada pembangunan pendudukdi seluruh negara.

PENTERNAKAN KAMBINGBIRI-BIRI/ARNAB

14. Tuan Douglas Uggah Embas mintaMenteri Pertanian menyatakan apakahrancangan Kementerian bagi menjayakanrancangan pentemakan kambing biri-biridan arnab diseluruh negara.

Tuan Ong Tin Kim: RancanganKementerian bagi menjayakan programpenternakan bebiri di seluruh negara ialahdengan menggerakkan kesemua agensiperladangan terutama getah dan kelapasawitsupaya menyertai dan menjalankan prog-ram bebiri yang diselaraskan melaluiJabatan perkhidmatan Haiwan.

Di bawah program ini, Agensimenyediakan sumbcr-sumber sendiridcngan bantuan input perkbidmatan yangminima oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Bagi mcnolong mempercepatkan usahaini, Kementerian Pertanian melalui JPHmembeli dan membahagikan bebiri kepadapeserta/perladangan yang berpotensi yangtidak bcgitu mampu membeli sendiri stokasas. Pemberian ini adalah secara pinjaman("pawah") sejumlah minima lOOekor betinadan 5 jantan bagi setiap unit.

Mengenai rancangan Kementerian bagimenjayakan program pentemakan arnab discluruh negara pula, Kementerian Perta-nian melalui Jabatan Perkhidmatan Hai-wan sedang merancang beberapa programterperinci dengan garis panduan sepertiberikut:

(a) Meningkatkan penggunaan dagingarnab dalam negara. Usaha-usahaakan dijalankan ke arah me-ngambilalih 20-25% peng- gunaandaging ayam kepada daging amab.

(b) Menjadikan Malaysia di antaranegara-negara utama pengeluardaging amab untuk pasaran tem-patan dan eksport.

. 9701 1 DISEMBER 1989 9702

(c) Menjadikan Malaysia sebagai ne­gara utama pusat rujukan peringkat pakar dan somber maklumat seran­tau untuk Wilayah Asia Pasifik.

( d) Menyediakan kemudhan Latihan kepada pegawai Jabatan dan pen­temak.

PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

16. Tuan Haji Mohd. Zihin bin HajiMohd. Hassan mima Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) berapa banyakkah projek-projek terbengkalai setakat 1-10-1989 dan sila beri sebab dan langkah -langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kementerian; dan

(b) m enurut apa yang difahamkan bahawa Kerajaan menghadkan wang sebanyak $500 juta bagi membantu projek-projek yang terbengkalai apakah kriteria yang difikirkan patutdan munasabah bagi mendapatkan bantuan itu dan sila beritahu syarikat-syarikat pemaju yang telah menerima bantuan itu dan sebab-sebab pemaju-pemaju lain tidak dapat bantuan tersebut.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Osu bin Haji Sukam):

(a) Jumlah projekperumahan yangtelah terbengkalai di seluruh Seme­nanjung Malaysia sehingga kini ianya berjumlah 285 buah projek.

Antara sebab-sebab projek perumahan tersebut terbengkalai ialah seperti berikut:

(a) Kelemahan kewangan-iaitu tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk meneruskan projek.

(b) kekurangan pengalaman dan kele­mahan pengurusan.

(c) Tiada kajiari' kemungkinan-di mana timbul masalah teknikal seperti infrastruktur, bekalan letrik dan air, setinggan, tanah lombong dan lain-lain menyebabkan rumah tidak, d apat dijual dengan se pent&hnya.

(d) Pertelingkahan-apabila kajian kemungkinan tid8k sempurna tim­bul masalah pertelingkahan antara pemaju,tuantanah,kontrakt0ryang menyebabkan terhenti pembinaan.

(e) Tindakan mahkamah-ekoranper­tikaian dan pertelingkahan rnaka tim bul masalah tindakan mahkamah, kaveat, injuksi mahkamah atau pun pergulungan syarikat.

(j) Syarat-syarat yang_ketat di mana terdapat pemaju dikenakan syarat­syarat yang ketat oleh Badan Kera­jaan, Penguasa Tempatan, Institusi Kewangan dan sebagainya terutama semasa projek berada di peringkat akhir siap.

Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk memulihkan projek terbengkalai ialah:

(a) Mengadakan perjumpaan dengan pembeli-pembeli untuk memberi penerangan berhubung dengan tindakan yang perlu diambil bagi memulihkan projek.

(b) Meminta pembeli -pembeli menubuhkan Jawatankuasa Pem­beli-Pembeli.

(c) Meminta pemaju menyerahkan kepada Jawatankuasa Pembeli­Pembeli sekiranya perlu.

(d) Membuat kajian kemungkinan ("feasibility study") ke atas projek yang berkenaan dengan mengkaji kedudukan kewangan dan kema­juan pembinaan.

( e) Mengadakan perbincangan dengan pihak bank/institusi kewangan dan agensi-agensi Kerajaan yang terli­bat.

9703 1 DISEMBER 1989 9704

(f) Mengadakan perbincangan denganpiutang-piutang; dan

(g) Mengawasi dari masa ke semasa diaias kerja-kerja binaan setelahprojek dipulihkan.

(k) Peruntukan seperti yang disebutkanoleh Yang Berhormat itu adalahdisediakan untuk membantuusahawan-usahawan bumiputerabukan sahaja dalam sektorperumahan tetapi termasuk limasektor yang lain iaitu hartanah,perusahaan perdagangan, pertaniandan pembangunan. Diantarakriteria-kriteria utama yang

. membolehkan pemohon memohonbantuan dari Tabung PemulihanUsahawan adalah seperti berikut:

(i) Syarikat Usahawan hendaklahmasih berdaya maju danmempunyai kerja di tangan danmempunyai. potensi untukdipulihkan.

(ii) Sesebuah Syarikat Usahawan itumestilah menghadapi masalahkewangan disebabkan oleh keme-lesetan ekonomi negara dan masihberoperasi.

(iii) Syarikat hendaklah dimiliki lOO%oleh Bumiputera.

(iv) Syarikat Usahawan hendaklahmenghadapi masalah kewanganyang tidak disebabkan oleh pe-nipuan atau sebagainya; dan

(v) Semua pemohon mestilah AhliDewan Perniagaan dan Peru-sahaan Melayu Malaysia atauPersatuan gabungannya.

Sehingga 30 September, 1989 jumlahsyarikat pemaju yang telah diluluskanbantuan ialah sebanyak 12 syarikat. Diantara sebab-sebab pemaju-pemaju lainyang tidak dapat bantuan tersebut adalahseperti berikut:

(i) Syarikat tidak lagi beroperasi.(ii) Pemohon telah muflis.

(iii) Projek tidak berdaya maju.

(iv) Projek tidak menghadapi masalahkewangan; dan

(v) Syarikat tidak dimiliki 100% olehbumiputera.

PROJEK KECIL LUAR BANDAR

17. Tuan Haji Bujang bin Haji Ulis mintaPerdana Menteri menyatakan:

(a) apakah kriteria pengagihan per-untukan projek-projek kecil luarbandar di kawasan PilihanrayaNegeri dan Parlimen.

(b) apakahperuntukankepadaAhli-ahliParlimen Barisan Nasional akanditeruskan memandangkan adalaporan yang mengatakan bahawaAhli-ahli Parlimen dan ADUNterbukti menyalahgunakanperuntukan untuk membeli barang-barang yangbukan berbentuk projekluar bandar.

(c) bilakah Ahli-ahli Parlimen Bebasdan Pembangkang akan dibenar-kan meluluskan projek-projek kecilluar bandar. Kalau tidak, mengapa.

Dato' Dr Siti Zaharah binti HajiSulaiman Pengagihan peruntukan projek-projekkecil luarban dan dibuat berdasarkankepada keperluan dan faedah projek-pro-jek berkenaan kepada penduduk di sesuatukawasan dari segi meningkatkan taraf ekon-omi dan keselesaan hidup mereka.

Tidak ada sebarang peruntukan diberikepada Ahli-ahli Parlimen. Yang ada ialahperuntukan bagi kawasan-kawasanParlimen. Kerajaan akan terus menyediakanperuntukan ini memandangkan keperluanuntuk mengadakan atau membaikikemudahan-kemudahan asas sentiasa wujudterutama sekali di luar bandar.

Projek-projek kecil luar bandar bukandiluluskanolehAhli-ahliParlimen.Merekahanya memperakukan projek-projek yangperlu dilaksanakan. Pertimbangan dankelulusan dibuat oleh pihak PentadbiranKerajaan Negeri.

9705 1 DISEMBER 1989 9706

KELAPA SAWIT—KEMPENMEMBURUKKAN

18. Tuan Haji Abdul Razak bin HajiAbu Samah minta Menteri PerusahaanUtama menyatakan Amerika Syarikatlelahpun memburuk-burukkan kegunaankelapa sawit ke negaranya dan juga kenegara-negara yang lain tentang mutudan kesihatan pengguna-pengguna makasudahkah pihak Malaysia membuat satuusaha bagi menerangkan dan jugamemburukkan pula kegunaan minyakkacang soya yang boleh memudaratkankesihatan dan sebagainya terhadappengguna-pengguna di ncgara yangberkenaan.

Dato' Alias bin Md. Ali: Kerajaanakan terus mengatur berbagai programbagi menentang kempen anti-minyakkelapa sawit yang dianjurkan olehpertubuhan-pertubuhan tertentu danmendirikan semula imej minyak kelapasawit yang sahih. Di anlara lain,penerangan tentang kebaikan minyak kela-pa sawit telah disampaikan kepada pihak-pihak tertentu melalui seminar-seminar,risalah-risalah, penerbitan-penerbitan dansebagainya. Para profesyenal dari AmerikaSyarikal,Eropah,Pakistan,Jepun,Australiaserta Malaysia terus menjalankanpenyelidikan bagi mengesahkan danmenjelaskan lagi ciri-ciri positif minyakkelapa sawit ke atas kesihatan.

Kerajaan juga sedar tentang kajian-kajianyang dijalankan secara bebas oleh parasaintis di United Kingdom dan AmerikaSyarikat yang sekarang menyoal kebaikanlemak politaktepu (polyunsaturates), yangterkandung dengan peratus yang tinggidalam minyak sayuran lertentu sepertiminyak jagung, minyak soya, minyakkacang tanah dan minyak biji kapas, dankemungkinan ianya mempunyai peranan didalam mengakibatkan "atherosclerosis"(furring up of blood vessel walls). Hasilkajian-kajian ini telah diberi publisili yangmeluas dalam media massa di negara-negaraBarat. Pihak Kerajaan seterusnya telah jugamenarik perhatian media bahawa minyak

kacang soya sering perlu dihaidrogenatsebelum boleh digunakan. Proseshaidrogenat itu menghasilkan lemak tepuyang tidak asli di dalam minyak soya danterdapat pakar-pakar yang telahmenyuarakan kebimbangan tentang kesan-kesan apa yang dipanggil"asid lemak trans"ilu ke atas kesihatan.

Dalam usaha menentang kcmpen anti-minyak kelapa sawit, Kerajaan akan terusmenerangkan keistimewaan minyak kelapasawit dari segi kesihatan dan khasiatnyadan di mana perlu, menarik pcrhatian parapengguna terhadap kekurangan(deficiencies) yang terdapat di dalamminyak makan lain seperti minyak kacangsoya. Walau bagaimanapun, Kerajaan akanmenghadkan penerangannya kepadamaklumat yang benar dan sahih kerana kitaberpendapat para pengguna perlu diberikesedaran scbenamya tentang aspek-aspekkcsihatan bcrkaitan dengan makananwalaupun yang paling penting adalahmengamalkan pemakanan yang seimbang.

Sungguhpun pihak Persatuan Kacang SoyaAmerika Syarikat (ASA) telah memberijaminan kepada pihak industri minyakkelapa sawit Malaysia supaya tidak akanmemberi publisiti yang negatif terhadapminyak kelapa sawit dan lain-lain minyaktropikal, Kerajaan masih perlu meneruskanusaha menentang kesan-kesan kempen anti-minyak kelapa sawit bukan sahaja diAmerika Syarikat sendiri tetapi juga di luarAmerika Syarikat.SENARAI PEMILIH BERCANGGAH

DI SABAH

19. Tuan Gerard Math Lee Min mintaPerdana Menteri menyatakan:

(a) adakah benar bahawa terdapat21,760 percanggahan di dalamkertas-kertas undi pilihanraya padatahun 1988 di Negeri Sabah;

(b) mcngapa ia berlaku kejadian begini;dan

(c) apakah langkah-langkah yang akandiambil untuk membetulkan perseli-sihan kertas-kertas undi pilihanrayaitu.

9707 1 DISEMBER 1989 9708

Menteri di Jabatan Perdana Menteridan Menteri Kehakiman (Dato' DrSulaiman bin Haji Daud): Soalan ini tidakjelas. Mungkin apa yang dimaksudkan olehY.B. itu ialah senarai pemilih. Jawapanbagi soalan mengenai daftar pemilih bagiNegeri Sabah telah diberikan bagi soalan-soalan oleh Y.B.—Y.B. yang berikut:

(i) Y.B. Tuan Maidom P. Pansai(19-10-1989)

(ii) Y.B. Tuan Hsing Yin Shean(30-10-1989)

DAFTAR PENGUNDI DI SABAH

20. Tuan Taiman Lumaing mintaPerdanaMenteri menyatakan sama ada beliau sedartentang masalah yang timbul dari daftarpengundi di mana lebih daripada 20,000pengundi di Sabah didapati mempunyaiataupun berkongsi nombor kad pengenalanyang sama didaftar pengundi 1988 dan jikasedar, apakah langkah-langkah yang di-ambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Dato1 Dr Sulaiman bin Haji Daud:Soalan-soalan yang sama maksudnya telahpun dijawab dalam Dewan ini pada30-10-89. Saya tiada apa-apa tambahan.

PROJEK PEMBINAAN TEMBOKPANTAI

21. Dr Affifudin bin Haji Omar mintaPerdana Menteri menyatakan berapakahongkos yang akan terlibat apabila projekpembinaan tembok pantai di seluruh negaraseperti yang diisytihar oleh Y.A.B. PerdanaMenteri di Perlis tidak berapa lama dulu.Apakah timeframe projek ini dan apakahkesan-kesan jika ada terhadap sistemekologi yang wujud di persisiran pantainegara.

Raja Dato' Ariffin bin RajaSulaiman:Pengisytiharan Y.A.B, Perdana Menteri diPerlis tidak berapa lama dahulu adalahmengenai tebusguna tanah di Pantai BaratSemenanjung dan bukannya mengenaipembinaan tembok pantai. Walaubagaimanapun.sekiranya ada kemungkinantembok perlu dibina di dalam kerja-kerjatebusguna tanah, kos yang perlu belum

dapal ditentukan kerana ini memerlukankajian teknikal yang terperinci.

LEBUHRAYA TELIPUT-SANDAKAN-LAHAD DATU

22. Tuan Fun Ket Wing minta MenteriKerjaraya menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk:

(i) menyiapkan projek lebuhrayaTeliput-Sandakan-Lahad Daluyang masih jauh daripada jadualpenyiapan;

(ii) jumlah tan yang boleh ditanggungatau dimuat oleh lebuhraya ter-sebut;

(iii) bilakah bahagian lebuhraya iniakan siap;

(iv) apakah langkah sementara yangakan diambil untuk memberiperkhidmatan jalanraya yang lebihmemuaskan kepada pengguna-pengguna jalan raya.

Menteri Kerjaraya (Datuk LeoMoggie anak Irok):

(i) untuk makluman ahli yangberhormat, KementerianKerjaraya sedang melaksanakanpakeg Al, A2, B & B2 projekjalan raya Telupid/Sandakan/Lahad Datu di antara 4 projektersebut, hanya projek pakeg B2yang sedang berjalan denganlancar. Walau bagaimanapun,pihak Kementerian telah memberiamaran kepada pihak kontraktor-kontraktor berkenaan supayamempercepatkan pelaksanaanprojek pakeg Al, A2 dan Bl.Untuk makluman Ahli yangBerhormat, kemajuan pelaksanaanprojek pakej B1 -Jalan raya LahadDatu-Sandakan telah terjejas olehkerana pihak kontraktormcnghadapi masalah kewangan.Kemajuan pelaksanaan projeksehingga sekarang ialah 42%sahaja.

9709 1 DISEMBER 1989 9710

Oleh kerana masalah yangdinyatakan di atas, kontrak initidak dapat disiapkan mengikuttempoh jadual yang telahditetapkan, walaupun telah diberisambungan tempoh selama 39.6minggu. Walau bagaimanapunpihak kontraktor yang terlibattelah mengemukakan satucadangan "Rescue Package"untuk menyiapkan kerja tersebutdi dalam tempoh masa tambahanselama 18 bulan lagi dancadangan ini sedangdipertimbangkan oleh pihakKerajaan.

(ii) untuk maklumat Ahli Yang Ber-hormat berkenaan dengan jum-lah tan yang boleh ditanggungatau dimuat oleh lebuhrayaTelu-pid-Sandakan-Lahad Datu adalahseperti berikut:

Pihak Kementerian telah mene-lapkan bahawa "Design Load"ialah:

(A) 10 tan untuk satu bebangandar (Single AxleLoad)

(B) 16 tan untuk satu bebangandar (Tanden AxleLoad)

(iii) berkenaan dengan penyiapanlebuhraya ini berikut adalah tarikhsiap bagi projek-projck yangberkaitan:

PakegAl—Jun 1991Pakeg A2—Septembcr 1990PakegBl—Jun 1991PakegB2—Septembcr 1990

(iv) berkenaan dengan langkah-langkah sementara yang akandiambil untuk memberiperkhidmatan jalan raya yang lebihmemuaskan kepada pengguna-pcngguna jalan raya, pihakKerajaan dan kontraktor akansentiasa menjaga kebaikkan jalanraya tersebut supaya pergerakanlalu-lintas tidak terganggu.

USUL MENANGGUHKANMESYUARAT

DI BAWAH PERATURANMESYUARAT 18

Tuduhan konspirasi Y.B. Datuk SeriJoseph Pairin Kitingan terhadapKerajaan Persekutuan

4.05 pig.Tuan Hsing Yin Shean (Tanjong Aru):

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun di bawahPeraturan Mesyuarat Dewan Rakyat No.18 (1) untuk mencadangkan satu usulmenangguhkan Majlis Mesyuarat DewanRakyat bagi maksud membincangkan satuperkara tertentu mengenai kepentinganorang ramai yang berkehendak disegerakan,iaitu pendedahan oleh seorang Ahli Par-limen, Yang Berhormat Datuk Seri JoscphPairin Kitingan yang juga Ketua MenteriNegeri Sabah yang mempersoalkan per-hubungan di antara Kerajaan Negeri danKerajaan Persekutuan dan juga sistemFederalisme di negara kiia.

Tuan Yang di-Pertua, usul saya berbunyiBahawa Dewan ini di bawah Per-

aluran Mesyuarat 18 (1), MajlisMesyuarat ini mengizinkan AhliParlimen dari Tanjong Aru, YangBcrhormat Tuan Hsing Yin Sheanmenangguhkan Majlis Mesyuarat iniuntuk membincangkan pendedahanKetua Menteri Negeri Sabah bahawaKerajaan Pcrsekuluan merancang danmelancarkan satu konspirasi yangbertujuan untuk menjatuhkan KerajaanNegeri Sabah di bawah Parti BersatuSabah (PBS) pimpinan Yang AmatBerhormal Datuk Seri Joseph PairinKitingan yang dengan sendirinyamencerminkan bertukar tangannyaperhubungan di antara KerajaanPersekutuan dan Kerajaan Negeri Sabahyang mcngancam kepentingan dankebajikan rakyal negeri Sabah yangmenjadi sebahagian daripadaPersekutuan Malaysia.Tuan Yang di-Pertua, perkara ini adalah

tertentu kerana ianya adalah berkenaandengan tuduhan konspirasi dan plot sinis

9711 1 DISEMBER 1989 9712

pemimpin-pemimpin tertentu oleh Kera-jaan Persekutuan untuk menjatuhkan Kera-jaan Negeri Sabah yang dibuat oleh KetuaMenteri Sabah, Yang Amat BerhormatDatuk Seri Joseph Pairin Kitingan yangjuga Ketua Barisan Nasional Negeri Sabahyang merupakan tuduhan amat serius yangboleh mengancam dan membawa kesanburuk terhadap perhubungan antara Kera-jaan Persekutuan dan Kerajaan NegeriSabah yang menjadi sebahagian daripadaPersekutuan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini adalahkepentingan orang ramai kerana tuduhanitu mempersoalkan perhubungan di antaranegeri Sabah dengan seramai 1.37 julapenduduknya dan Kerajaan Persekutuan dimana tuduhan plot sinis oleh pemimpin-pemimpin tertentu Kerajaan Persekutuanmenimbulkan persoalan sama ada hakrakyat negeri Sabah menggunakan kuasaundi mereka untuk memilih satu partimenerajui Kerajaan Negeri itu masih wujudlanpa sebarang gangguan dan campur-tangan oleh Kerajaan Persekutuan,mahupun pemimpin-pemimpin KerajaanPersekutuan tertentu seperti dituduh dan initelah menimbulkan rasa curiga, bimbangdan ragu terhadap hak rakyat Sabah untukmemilih sebuah parti pilihan mereka danmemegang kuasa Kerajaan Negeri yangkini terancam dan ini juga adalah menjaditandatanya lerhadap penerusan sistemdemokrasi berparlimen di negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, perkara inibcrkchendak disegerakan kerana tuduhanitu adalah amat serius dengan rakyat negeriSabah berasa cemas dengan berbagai per-soalan ditimbulkan mengenai kcdudukankedaulatan dan keutuhan wilayah negeriSabah dalam Persekutuan Malaysia.

Memandangkan ini, Dewan ini menga-rahkan Kerajaan Persekutuan menubuhkansebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untukmenyiasat ke dalam tuduhan-tuduhan yangdibuat oleh Yang Amat Berhormat KetuaMenteri Sabah pada 29hb November, 1989

dan mengemukakan penemuannya kepadaDewan yang mulia ini.Sekian.terimakasih.(Tepuk)

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli YangBerhormat, pagi ini saya telah menerimasatu Pemberitahu Usul di bawah PeraturanMesyuarat 18 daripada Yang BerhormatAhli Parlimen kawasan Tanjong Aru. TeksUsul Ahli Yang Berhormat itu adalahsebagaimana yang telah dibacakan olehnyasebentar tadi.

Mengikul peruntukan PcraturanMesyuarat 18 (2), Tuan Yang di-Pertuahendaklah menolak permintaan untukmenangguhkan Mesyuarat kecuali jika diaberpuas hati iaitu perkara yang dibangkitkanitu menepati tiga syarat iaitu:

(1) Perkara itu perkara tertentu,(2) Perkara itu bagi kepentingan orang

ramai, dan(3) Perkara itu berhak disegerakan

Setelah meneliti perkara yang di-bangkitkan itu, saya dapati bahawa perkarayang dibangkitkan itu tidak menepatiketiga-tiga syarat. (Tepuk)

Saya tidak puas hati kerana ia bukanpcrkara tcrtentu kcrana perkara yang di-bangkitkan itu hanya mengikut apa yangdisiarkan di dalam akhbar. Dan tidak adaberita yang konkrit, teguh dan boleh diper-cayai sebagai asas perbahasan atas perkaraini. Selain daripada itu mengikut apa yangsaya difahamkan, dari pihak KerajaanPersekutuan, perhubungan di antara Kera-jaan Persekutuan dan Kerajaan NegeriSabah adalah kukuh dan baik pada masaini. (Tepuk)

Oleh kerana ia tidak tertentu, "not defi-nite", maka dengan sendirinya ia tidakmelibatkan kepentingan orang ramai danseterusnya tidak perlu disegerakan perbin-cangannya.

Oleh itu, saya menolak Usul Ahli YangBerhormat itu. (Tepuk)

9713 1 DISEMBER 1989 9714

PENERANGAN SENDIRI OLEH AHLI

4.12 ptg.

Tuan Shahidan bin Kassim (Arau): Tuan Yang di-Pertua, saya baca ini. Penerangan saya di bawah Peraturan Mesyuarat 14 (1) adalah seperti berikut:

"Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di bawah Peraturan Mesyuarat 14 (1) (1) unu•k membuat penerangan sendiri. Pada hari Jumaat 17hb November, 1989 tatkala Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat membahaskan peruntukan Kementerian Kehakiman di dalam Jawatankuasa se­buah Majlis, Ahli Yang Berhormat dari Jelutong telah menggunakan perkataan kesat iaitu "bodoh" terhadap saya. Walaupun perkataan itu telah ditarik batik oleh Ahli Yang Berhormat itu se­telah diperintahkan oleh Tuan Yang di­Pertua, namun di dalam keadaan yang sangat marah seperti itu, saya naik marah. Saya bertambah marah lantas saya mem­buat isyarat dengan tangan terhadap Ahli Yang Berhonnat itu dengan menumbuk tangan saya sendiri (Menunjuk kepada Dewan cara ia menumbuk tangannya). Tetapi Ahli Yang Berhormat dari Rasah berkata saya buat macam ini (Menunjuk­kan cara isyarat tangan yang berlai.nan dari yang asal), tetapi akhbar The Star dengan Harakah, mereka tidak nampak. Mereka tulis cara yang lain. Dia bu ta. Lantas saya membuat isyarat dengan tangan terhadap Ahli Yang Berhormat itu dengan menumbuk tangan saya sendiri untuk melepas geram sama seperti Ahli Yang Berhonnat berkeilaan mencampakkan pen di hadapan ....

Tuan Lim Kit Siang: Point of order.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Ber­hormat, point or order.

Tuan Lim Kit Siang: Mengikut per­aturan setiap perkataan pertu dapat persetujuan Tuan Yang di-Pertua. Adakah setiap perkataan yang dibuat dapat persetujuan dari Tuan Yang di-Pertua, atau

dia sudah melanggari personal explana­tion.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Ber­hormat dari Arau, harap ikut apa yang ada di dalam surat itu.

TuanShahidan bin Kassim: Sayabaca ini, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Tetapi jangan­lah digunak:an perkataan sambil menun juk­kan apa-apa perbuatan.

Tuan Shahidan bin Kassim: Okay.

Tuan Lim Kit Siang: Dia kata akhbar buta. Adakah ini diizinkan?

Tuan Yang di-Pertua: Yang itu tidak ada Yang Berhormat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Saya tarik batik. Sa ya sendiri untuk melepaskan geram sama seperti Yang Berhormat berkenaan mencampakkan pen di hadapan meja yang dianggap sebagai perbuatan yang tidak tertib atau tidak sopan. Sungguhpun saya tidak ada niat hendak menghinakan Dewan ini. Memandangkan kepada teguran yang di­buat oleh sebahagian dari Ahli Yang Ber­hormat, saya sebagai seorang yang ber­tanggungjawabdan yang menyanjung tinggi Peraturan-peraturan Mesyuarat Dew�Rakyat dan juga untuk menjaga nama baik serta mempertahankan taraf kemuliaan Dewan ini, saya tidak keberatan untuk meminta maaf kepada Dewan ini, bukan kepada orang lain. Terima kasih. (Tepuk)

Tuan Yang di-Pertua: Ya, terima kasih.

Tuan P. Patto (lpoh): Point of order. Adakah perkataan yang akhiritu "dan bukan kepada orang lain" itu termasuk dalam surat itu?

Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat mencukupilah Yang Berhormat

Tuan P. Patto: Tetapi hendaklah me­matuhi Peraturan Mesyuarat 25, "Tuan Speaker, yang perlu adalah jujur.

Tuan Yang di-Pertua: Apa yang diminta iaitu minta maaf kepada Dewan ini, cukup. (Tepuk)

9715 1 DISEMBER 1989 9716

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG·UNDANG PERBEKALAN 1990

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 1990

Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas "Rang Undang-undang Perbelcalan, 1989 dan Anggaran Pembangunan 1989" dalam Jawatank� sebuah-buah Majlis. (Hari Kelapan).

Maj/is bersidang dalam Jawatanku.asa

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa).

Maksud B.26 (Jadual)-Maksud P.26 (Anggaran Pembangunan 1990)-

Tuan Pengerpsi: Yang Berhormat, sila sambung. Ahli-ahli Yang Berhormat, se­belum menyambung sayaminta, oleh sebab Ahli-ahli Yang Berhormat banyak ·yang hendak berucap di dalam Jawatankuasa ini, saya haraplah Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain-lain berucap hanya dalam masa 10 minit sahaja.

Saya minta maaf, saya terpaksa berbuat demikian, kerana kita kena menghabiskan Jawatank� ini pada hari ini. Ahli Yang Berhormat dari Sabak Bemam.

4.18ptg.

Tuan Haji Hussein bin Haji Taib (Sabak Bemam): Tuan Pengerusi, saya menyambung perbahasan semalam menge­nai Butiran 080100-Lembaga Peperiksaan.

Saya telah mengatakan dan telah mem­berikan ucapan syabas dan tahniah kepada Kementerian yang telah bertindak kepada mereka yang telah membuat perkara­perkara yang tidak baik sehingga berlakunya pembocoran kepada Soalan Peperiksaan

Bahasa Malaysia 2 dalam SPM baru-baru ini. Dan mereka yang terlibat telah dikemukakan kepada pengadilan.

Apa yang saya ingin suarakan di sini clan menarik perhatian Kementerian Pendidikan bahawa sistem clan cara penghantaran soalan-soalan adalah aturcara yang baik tetapi perbuatan mereka yang tidak ber­tanggungjawabitulah yang menjadi punca kepada pembocoran ini. Sepatutnya mereka inilah yang diambil tindakan. Saya kurang bersetuju dengan Kementerian Pendidikan yangtelah mengenakan tindakan sertamerta bagi menukarkan pegawai-pegawai di Bahagian Peperiksaan sertamertasehingga menjadikan mereka ini pegawai yang terli­bat secara langsung. Sepatutnya hanya mereka y ang terlibat, yang ber­tanggungjawab sahaja dikenakan tindakan clan bukanlah mengam bil tindakan kepada mereka yang tidak berkenaan. Oleh hal yang demikian, saya berharap supaya Kementerian Pendidikan menimbangkan semula pertukaran pegawai-pegawai di Bahagian Peperiksaankhususnyadi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Saya suka beralih kepada perkara yang lain berhubung dengan Peperiksaan juga. Saya ingin menyeru Kementerian Pendidikan supaya mengkaji dan menimbangkan soal bayaran peperiksaan kepada kertas-kertas peperiksaan di peringkat SRP, SPM clan STPM. Apa yang saya tahu bayaran peperiksaan di peringkat SPM begitu rendah kalau dibandingkan dengan STPM dan ini menyebabkan ramai di-antara pemeriksa-pemeriksa t idak berminat untuk memeriksa kertas ini.

Sebagai contoh, Tuan Pengerusi, dalam peperiksaan mata pelajaran S ejarah, umpamanya STPM hanya dengan 4 soalan dengan diberi bayaran sebanyak $5 lebih kurang untuk bayaran pe periksaan sedangkan SPM dengan 5 soalan lebih kurang samamuka suratnyaclan jawapannya dengan bayaran $2 lebih sahaja. Sampailah

ketibi menimba

memberika pemeriksa-pemeriksa!

Pem �

SayainginmenyO supayata

peruUnbahawlt SI

ti sampailak­membuatfll

dil!

Bat mencadangkaJ

Kementerili qi

Seko� diupg Seko

ke4 Selmt

diserafi ketikait�

dll Kea

sekolahq �

kepae negeli Sekol

terletakd: Sekc

menda}llt1 :

seko� bell

Kelli mel1'

ird yang jauh.m Lembah;:ll

pe ... seki.tarkawasarilli

masill sU:

Ben

9717 1 DISEMBER 1989 9718

masa dan ketikanya KementerianPendidikan menimbangkan semula hal inisupaya memberikan kenaikan kepadapemeriksa-pemeriksa kertas jawapan ini.

Tuan Pengerusi, saya beralih kepadaButiran 00100 Pendidikan Rendah dan00200 Pendidikan Menengah, muka surat130 sekaligus.

Saya ingin menyeru kepada KementerianPendidikan supaya memberikan peruntukanbaru penambahan kepada bantuan LPBTdengan LPK yang saya fikir dan saya kiraagak sudah lama tidak disemak semula.Oleh itu sampailah masa untuk Kemen-terian ini membuat perubahan berdasarkanperuntukan yang diberi pada tahun ini.

Berikutnya di Bahagian Menengah, sayasuka mencadangkan atau mengesyorkankepada Kementerian Pendidikan di manasaya mendapat tahu sebuah sekolahmenengah, Sekolah Alam Shah di negcriSelangor akan diupgadekan dan juga selaindaripada itu, Sekolah Menengah SainsSelangor yang kedua-duanya lerletak dibawah negeri Selangor pada masa dahulu,kini telah diserahkan kepada Wilayah.Sampai ketikanya dalam MaksudPembangunan ini dengan peruntukan yangtinggi supaya Kementerian Pendidikanmengganti sekolah ini hendak mcwujudkansebuah sekolah atau dua buah sekolah yangtelah diserah kepada Wilayah ini uniukdidirikan di negeri Selangor, sama adamenggantikan Sekolah Sains Selangor yangbetul-betul terletak di Negeri Selangor DarulEhsan alaupun Sekolah Alam Shah ini.

Saya mendapat tahu bahawa Kemen-terian Pendidikan lebih berminal untukmeletakkan sekolah ini di Lembah Kelangdan kiranya ini benar, saya suka menya-rankan supaya Kementerian menarik per-hatian supaya mcmbawa sekolah-sekolahberasrama penuh ini ke daerah-daerah luarbandar, yang jauh sedikit daripada bandarsupaya Lembah Kelang tidak tertumpupusat-pusal pengajian di kawasan itu ataudi sekitarkawasan tersebutkeranakawasan-kawasan lain masih luas tagi. Saya sukamenyarankan di sini bahawa sebuah ka-wasan di Sabak Bernam umpamanya yang

terdiri daripada tanah lapang dan tanahyang telah diacquire sebanyak 40 ekaradalah sesuai untuk didirikan sckolah ini.Saya harap ini mendapat pertimbangandaripada Kementerian.

Selain daripada itu, saya suka menyentuhkepada muka surat 131, Butiran 00800,mengcnai Rumah-rumah Guru LuarBandar.

Saya menyokong di atas peruntukan $8.4juta ini di mana saya mendapat lahu rumahguru memang kurang di luar bandar. Se-bagai contoh, di daerah saya sendiri dari-pada lebih kurang 1,200 orang guru hanyaterdapat lebih kurang 100 buah rumah dansebuah sekolah menengah yang terbesar didaerah dengan 90 orang guru terdapat hanya3 unit rumah. Ini scbagai contoh di manadengan contoh ini memberikan satu gam-baran bahawa rumah-rumah guru perludidirikan di luar-luar bandar. Saya me-ngesyorkan supaya dalam bentuk rumahpangsa juga sesuai bagi menempatkan guru-guru yang mengajar di sekitar kawasantersebut supaya mereka dapat menikmatikemudahan yang lebih scmpurna.

Selain daripada itu, saya suka menyentuhmengenai Butiran 00900-Asrama Biasa danAsrama Desa. Asrama Desa hari inidiperuntukkan hanya lebih kurang $50,000bagi salu-satu asrama. Saya kira angka initerlampau kccil dan elok kalau dapatditingkatkan kepada jumlah yang agak besarsedikit sehingga $ 100,000 keranapembinaan asrama dengan peruntukan$50,000 ini tidak begitu memuaskan danianya lebih kepada sistem gotong-royongyang tidak mendapat bimbingan atau mana-mana pandangan daripada pihak yang lebiharif dalam bidang pembinaan ini. Jadi, sayamenyarankan supaya konsep asrama desaini dengan peruntukan yang begitu kecilsupayadapatditambah agar menjadi asramayang agak lebih sempurna. Di samping itujuga dapat dibekalkan dengan kemudahan-kemudahan yang lain sesuai dengan konsepasrama itu. Ini penting kerana sebuah asramayang tidak menepati konsep asrama yangsebenar mungkin boleh menjadikanpcnghuni-penghuni asrama tidak begituberselera dan berminat dan ini akan

9719 1 DISEMBER 1989 9720

menjejaskan kepada mutu pembelajaran.

Tuan Pengerusi, hanya itu sahaja pan-dangan saya dalam Kementerian Pendidikanini dan dengan ini saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Yang Berhormatdari Ampang Jaya.

426 ptg.

Tuan Ong Tee Keat (Ampang Jaya):Tuan Pengerusi, menajuk kepada MaksudBekalan B.26, Kementerian Pendidikan dibawah Butiran 020300 dan 020400 iaituPendidikan Rendah dan Menengah padamuka surat 126, didapati bahawa Perbe-lanjaan Mengurus yang diperuntukkankepada Emolumen menjangkau$1,456,911,200 dan $1,260 juta masing-masing bagi tahun 1990.Jumlahnya adalahkira-kira $2,718 jula atau bersamaan 58%daripada jumlah Perbelanjaan Mengurusuntiik Kementerian Pendidikan.

Saya difahamkan bahawa sebahagianbesar daripada peruntukan tersebut adalahuntuk membiayai pengambilan 10,380orang guru baru untuk sekolah rendah dan4,582 orang guru baru untuk sekolahmenengah, di samping membiayai koskenaikan gaji tahunan. Tetapi sejauhmanakah pengambilan guru baru ini dapatmengatasi masalah kekurangan guru disemua peringkat dan semua kategorisekolah? Kita tidak dapat memperolehisebarang maklumat daripada pembentanganBelanjawan kali ini. Dengan ini sayamemohon Kementerian Pendidikan supayamemberi maklumat-maklumat yangberikut:

(i) berapa orang guru yang dijangkaakan bersara pada tahun 1990?Biasanya bila kita meninjaumasalah kekurangan guru sekolah,hanya perangkaan pengambilanbaru sahaja yang diketengahkansedangkan bilangan guru bersaradiabaikan selalu;

(ii) di antara 10,380 orang guru baruuntuk sekolah rcndah, berapakah

bilangan yang diagihkan kepadasekolah kebangsaan, sekolahrendah kebangsaan, SRJKC danSRJKT dan berapakah yang masihkekurangan bagi setiap jenissekolah menjelang tahun depan.

Tuan Pengerusi, di bawah Butiran030000-Pendidikan Teknik dan Yokasionalpula, Perbelanjaan Mengurusnya telah nyatameningkat dari $94,658,100 pada tahun1989 ke $122,315,600 pada tahun depan.Walaupun pertambahan tersebut adalahkira-kira 29 %, telapi peratusan perbelanjaanuntuk pendidlkan teknik dan vokasionalbagi tahun depan hanya sekadar 2.6%daripada jumlah Perbelanjaan Mengurusuntuk Kemenlerian Pendidikan sahaja.

Dalam pelaksanaan Pelan IndukPerindustrian dan penarikan pelabur-pelabur asing kebelakangan ini, sering kalididapati bahawa kita masih menghadapimasalah kekurangan gunatenaga mahir diperingkat menengah dalam sektorperindustrian, terutamanya dalam sektorpembuatan. Memandangkan ketidak-seimbangan antara permintaan denganpenawaran gunatenaga mahir dalam bidangteknik dan vokasional sekarang, sayaberpendapat bahawa perbelanjaan yangdiperuntukkan kepada pendidikan teknikdan vokesyenal adalah jauh lebih rendahdaripada yang memadai.

Dengan ini, izinkanlah saya memohonKemenlerian Pendidikan supaya me-nyatakan sejauhmana masalah kekuranganyang tersebut dapat dikurangkan ataudiatasi, dan apakah anjuran perangkaan,penawaran dan permintaan gunatenagateknik dan vokasional menjelang dekad90an. Selama ini kenapa tidak usahaKementerian-kementerian lain sepertiKementerian Buruh dan Kementerian Beliadan Sukan dalam mengelolakan Pusat-pusatLatihan Perindustrian dan Pusat-pusatLatihan Belia dapat disepadukan denganKementerian Pendidikan? TidakkahKementerian sedar bahawa usaha-usahasedemikian adalah bertindih selalu?

Tuan Pengerusi, bersabit pula dengan

9721 1 DISEMBER 1989 9722

Butiran 040600 iaitu Biasiswa dan Derma-siswa, pada muka surat 128, anggaran per-belanjaannya buat tahun depan dinyatakanberjumlah $88 juta. Tetapi Timbalan Men-teri Pendidikan pernah memaklumkanDewan yang mulia ini bahawa bantuankewangan Kerajaan yang diberikan kepadapelajar-pelajar kita hanya berupa biasiswadan pinjaman sahaja, tidak ada dermasiswasekarang. Nampaknya ini sudah bercanggahdengan apa yang tertera pada muka surat128 kerana pemberian dermasiswa telahpun dimansuhkan sekarang.

Di samping itu, baru-baru ini juga sayadifahamkan bahawa 80% daripada bantuankewangan Kerajaan kepada pelajar adalahberupa pinjaman. Hanya 20% sahaja yangbempa biasiswa. Dengan ini, inginlah sayameminta penjelasan. Yang pertama, samaada perbelanjaan sebanyak $88 juta yangdiperuntukkan di bawah Butiran 040600ini juga diagihkan mengikut nisbah20%:80% ini? Yang keduanya, setakat iniberapakah jumlah wang pinjaman yang telahdipulangkan kepada Kerajaan oleh semuapeminjam-peminjam? Kepada peminjamyang tidak berbuat demikian, adakahKementerian bertindak tegas dari segiundang-undang terhadap mereka? Yangketiga, dalam penentuan penerima biasiswa,adakah Kementerian hanya mengambil kirapencapaian akademik seseorang calon ataulatarbelakang sosio-ekonominya ataukedua-duanya sekali.

Tuan Pengerusi, di bawah P 26, mukasurat 130, Butiran 00100, PendidikanRendah. Saya tertarik dengan peruntukanyang sebanyak $201,774,300. Saya yakinbahawa jumlah tersebut juga merangkumiprojek-projek pembinaan sekolah. Sayapernah dimaklumkan oleh MenteriPendidikan sendiri dalam jawapanbertulisnya pada bulan Mac, tahun 1989bahawa dalam tempoh pelaksanaan RML,projek pembinaan sekolah baru ataupembinaan tambahan dan gantian yang telahdikenalpastikan oleh Kementerian beliauadalah termasuk 2,132 buah projek untuksekolah kebangsaan; 175buah projek untukSRJK (C) dan 49 buah projek untuk SRJK(T). Jumlahnya menjangkau 2,356 buah

projek. Saya ingin minta penjelasandaripada Yang Berhormal Menteri, setakatini berapakah projek yang telah berjayadilaksanakan untuk setiap kategori sekolahdan berapa pula yang dijangka akan siappada tahun 1990? Dan di antara 2,356 buahprojek yang tersebut tadi, berapakah yangmerupakan projek pembinaan sekolah baruuntuk setiap kategori sekolah?TuanPengerusi (Dato Haji Mohamed Amin binHaji Daud): Masa sudah cukup, YangBerhormat Masa sudah cukup.

Tuan Ong Tee Keat: Terima kasih.

Tuan Pengerusi (DatoHaji MohamedAmin bin Haji Daud): Ahli Yang Berhor-mat dari Pasir Mas.

4.35 ptg.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali (Pasir Mas)Tuan Pengerusi, lerima kasih. Oleh keranamasa tidak mengizinkan, saya akan cubamempercepatkan mengikut apa yang sayafikir utama.

Pertama,mukasurat 25,Butiran010000mengenai dengan Program PentadbiranPendidikan Negeri-negeri dan PengurusanPersonnel. Secara ringkasnya, TuanPengerusi, saya ingin menarik perhatianantara tekanan yang selama diterima olehpegawai-pegawai pentadbiran di peringkatNegeri ataupun di peringkat Kementerianialah waktu sampai musim hujung tahun,apabila berlaku pertukaran guru-guru, dimana banyak tekanan politik telah dibuatterhadap Pengarah-pengarah Pendidi-kan Negeri, terutamanya yangbertanggungjawab dalam soal pertukaranguru. Saya ingin menarik perhatian perkaraini, Tuan Pengerusi, mungkin YangBerhormat Menteri nanti akan menjawab,dalam soal pertukaran guru-guru, tidak adatekanan politik, tidak ada tekanan-tekananseumpama itu. Tetapi hakikatnya perkaraini sentiasa berlaku yang menyebabkan adakadang-kadang berlaku di mana tuntutan-tuntutan oleh pihak-pihak politik supayamenukar tokoh-lokoh pendidikan di pe-ringkatNegeri apabila bersikap tegas dalammenjalankan pengurusan pentadbiranmasing-masing.

9723 1 DISEMBER 1989 9724

Bagi menjamin prestasi dan kelicinanpentadbiran Negeri lerutamanya dalamsoal pengurusan personnel, terutamanyadalam soal pertukaran guru-guru bagikebaikan perkembangan pendidikansekolah-sekolah dalam negara kita ini, sayamenyeru dan berharap supaya MenteriPendidikan memberi pcmbelaan yangsewajamya dalam menghadapi tekanan-tekanan politik oleh pihak-pihak lertentuterhadap Pengarah-pengarah PendidikanNegeri ataupun Timbalan-timbalanPengarah Pendidikan Negeri yangbertanggungjawab dalam soal urusanpertukaran guru-guru tersebut Perkara inipenting bagi menjamin kelicinansepertimana yang saya sebutkan tadi.

Tuan Pengerusi, pcrkara yang keduaialah 010800-HaI Ehwal Luar Negeri.

Saya mengambil kesempatan ini me-ngucapkan setinggi tahniah kepadaMenteri Pendidikan yang telah dilantiksebagai Pengerusi Persidangan UNESCObaru-baru ini. Walaupun begitu, saya inginmengetahui daripada Yang BerhormatMenteri Pendidikan di atas usaha untukmembawa balik negara Amcrika Syarikatdan juga Britain kc dalam pertubuhantersebut iaitu UNESCO. Apakah tanpapenyertaan Amerika Syarikat dan GreatBritain, di antara negara-negara yang kitakira maju dan kuat ini, ianya akan menjejasUNESCO itu sendiri, kerana kita tahuAmerika Syarikat lebih-lebih lagi, sebuahnegara yang sentiasa hendak menjadikanbadan-badan dunia seumpama ini sebagaialat perkembangan imperialis merekadalam kegiatan-kegiaian antarabangsa?Tanpa memenuhi cita-cita mereka, makamereka menarik diri daripada UNESCO.Mereka tidak akan memberi bantuan,manakala kalau mendapat sokongan danbadan tersebut bergerak mengikutkehendak Amerika Syarikat maka sudahbarang tentu ianya akan memberisokongan. Oleh itu, saya ingin mengetahuidaripada Yang Berhormat MenteriPendidikan selaku Pengerusi PcrsidanganUNESCO, apakah UNESCO tidak mampubergerak dan memberi sumbangan dalambidang yang dimaksudkan ini tanpa

penyertaan Amerika Syarikat terutamanya,dan apakah faedah yang diperolehi olehnegara kita Malaysia selama ini sejakmcnjadi badan tcrsebut itu? Perkara yangketiga, Tuan Pengerusi, 010900-Bantuankepada Badan-badan Pendidikan dan lain-lain.

Pertama, berkenaan dengan DewanBahasadanPustaka.Saya ingin mengelahuidaripada Yang Berhormat MenteriPendidikan mengenai dengan protes senyapyang dilakukan oleh Sasterawan Negaraiaitu A. Samad Said mengenai denganrungutannya bersabi tdengan bayaran royaltiterhadap penulisan buku-bukunya yangdihasilkan oleh DewanBahasadan Pustaka?lanya amat memalukan kerana anugerahtcrsebut adalah anugerah yang diberi olehnegara, manakala mengikut apa yang sayabaca dalam akhbar, Sasterawan Negara inimerasa kurang senang dengan bayaranroyalti dan kcmudahan-kemudahan yangpatut diberi kepadanya sebagai seorangtokoh sasterawan negara.

Saya ingin mencadangkan supayabayaran royalti kepada penulis-penulis,terutamanya yang menghasilkan bukumelalui Dewan Bahasa dan Pustaka, diberibayaran lebih dari segi royalti, ganjarandan sebagainya sebagai usaha untuk me-nambah kegiatan penulisan dan minat dikalangan para penulis tanahair sebagai satubidang profesion yang begitu penting dalamproses pembudayaan ilmu yang kita agung-agungkan selama ini.

Dan perkara yang selerusnya di bawahbutiran yang sama, Tuan Pengerusi, ialahbersabit dengan bantuan kepada persatuanpenuntut. Di sini ada diperuntukkan$10,000. Saya ingin mencadangkan sayabantuan lersebul ditambahkan bagimenggiatkan lagi persatuan-persatuanpenuntut sebagai badan organisasi pelajaryang akan membentuk pemimpin masadepan negara. Kegiatan seumpama ini bolehmembantu kegiatan ko-kurikulum dan harusdiberikan kebebasan yang sewajarnya danKerajaan sepaiutnya mcmberikan bantuanyang lebih kepada kcgiatan-kegialan per-satuan penuntut ini.

9725 1 DISEMBER 1989 9726

Manakala saya ingin mencadangkan dibawah butiran yang sama supaya Kerajaanmempertimbangkan di masa depanperuntukan khas di bawah bantuan lain-lain ini, iaitu mewujudkan perpustakaan disetiap sekolah di peringkat menengah danrendah. Hari ini kita lihat sekolah-sekolahsudah pun mula cantik di setengah-sctengahtempat kerana ada pertandingan sekolah-sekolah cantik sehingga pokok-pokokbunga pun sudah mulai masuk dalam bilik-bilik darjah, bukan main indah lagi disetengah-setengah sekolah. Walaupunbangunan tersebut ada setengah-setengahnya agak uzur, tetapi oleh keranakempen kebersihan hendak mencantikkansekolah, maka dihias dengan bunga-bunga.Tetapi perkara pokok, Tuan Pengerusi, sayadapati sekolah-sekolah kita belum adaperpustakaan yang lengkap. Dalam prosesmeningkatkan kempen membaca, sudahsampai waktunya patut diwujudkan disetiapsekolah rendah dan menengah perpustakaanyang lengkap dengan buku-buku yang up-dated, dengan izin, Tuan Pengerusi.

Perkara ini penting, kerana inilahtunggak ilmu dalam sesebuah sekolah. Kitaada madrasah untuk kegiatan dari segiibadat, manakala kita ada sedikit sebanyakuntuk kemudahan sukan, tetapi dari segikegiatan mcmbaca tanpa perpustakaan yanglengkap sudah barang tentu ianya tidakmenolong murid-murid dari segi kegiatankempen membaca. Maka sebab itu, sayaingin mencadangkan, Tuan Pengerusi,setiap sekolah rendah dan menengah diseluruh negara diwujudkan perpustakaandengan diwujudkan bantuan di bawahbutiran lain-lain untuk pada masa akandatang.

Perkara seterusnya,Tuan Pengerusiialah Butiran 020000 Pendidikan Rendah,muka surat (126). Cadangan TanggagajiDua Skim Untuk Guru-guru Sekolah Ren-dah, antara lain, saya membaca dalamakhbar terdapat rungutan pihak kesatuanmengenai dengan guru-guru yang tidak adakelulusan SPM, iaitu SRP dan Darjah 6,yang mana mereka ini jika hendak ditem-patkan di bawah skim tcrsebut, terpaksamengikuti kursus dan sebagainya. Manakala

sudah ada rungutan di kalangan guru-gurutersebul melalui kesatuan yang mewakilimereka, saya ingin menyeru dan menca-dangkan kepada pihak KementerianPendidikan supaya menimbangkan tuntutanyang dibuat oleh kesatuan guru-guru ini,terutamanya memasukkan tanggagaji duaskim untuk guru-guru yang tanpa kelulusanSPM yang saya sebutkan tadi.

Seterusnya lagi, Tuan Pengerusi, perkarayang penting saya ingin bangkitkan di siniButiran 060000, di muka surat 128 menge-nai dengan pendidikan tinggi. Satu perkarayang saya ingin menarik perhatian YangBerhormat Menteri Pendidikan secarakhusus ialah bersabit dengan Akta Univer-siti dan Kolej. Akta Universiti dan Kolej inimasih menjadi isu kontroversi yang se-harusnya mendapat perhatian oleh seluruhrakyat negara kila.

Saya sendiri, Tuan Pengerusi, secaraperibadi mempunyai sentimen yang kuatberhubung dengan Akta Universiti danKolej. Begitu juga dengan Yang Berhor-mat Menteri Pendidikan kerana Akta inidiwujudkan pada tahun 1974 setelah ber-lakunya Demonstrasi Baling waktu itukerana berlakunya kebuluran rakyat yangberlaku di Baling yang mengakibatkanseluruh mahasiswa yang menuntut padawaktu itu bangkit menyuarakan hasrat danisi hati rakyat sebagai golongan yang beradadi menara gading. Akibat daripada itudiwujudkan Akta Universiti....

Tuan Pengerusi (DatoHaji MohamedAmin bin Haji Daud): Yang Berhormatitu sudah pergi kepada dasar.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Sedikitlagi, Tuan Pengerusi. Ini mengenaipendidikan tinggi. Sama juga.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Cerita Baling itusudah pergi kepada dasar.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Okay,balik semula kepada pendidikan tinggi,Tuan Pengerusi, iaitu saya ingin menca-dangkan supaya Akta Universiti dan Kolejini yang telah dijanjikan oleh Menteri

9727 1 DISEMBER 1989 9728

Pendidikan berkali-kali, kalau tak silap saya,bahawa perkara ini akan dipinda, perkaraini akan dipinda, akan dikaji tetapi sampaihari ini belum sampai ke mana. Walaupuntelah diberi alasan mengatakan walaupunada Akta Universiti dan Kolej, ianya tidaksemestinya menghalang pclajar-pelajarbergiat. Tetapi percayalah dan saya penuhyakin kalau kita lihat mahasiswa yang kitahasilkan di pusat-pusat pengajian tinggihari ini akibat daripada Akta Universiti danKolej ini setcngah-setengahnyabegitu kakudan beku sekali. Maka sebab itulah apabilakita lihat, apabila ada mahasiswa memban-tah konsert rok—Konscrt Sheila Majid diUniversiti Malaya baru-baru ini, ada yangterpaksa dihadapkan ke muka pcngadilandan ada juga yang dikenakan tahanan dibawah ISA,sebab konsert rock Sheila Majidsemata-mata. Ini semua adalah kcsan dari-pada Akta Universiti dan Kolcj. Maka sebabitu, saya percaya, Tuan Pengerusi, YangBerhormat Menteri Pendidikan mcmpunyaikewajipan yang besar atau hubungkaitsebagai seorang Menteri Pendidikan ber-langgungjawab dalam menggubal kembalidan membalikkan atau kembali semulakepada autonomi universiti dan pusat pe-ngajian tinggi sebelum Akta Universiti danKolej ini diwujudkan pada tahun 1974.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Masa sudah cukup.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Satu lagi,TuanPengerusi,sedikit sahaja.Saya ada 46perkara, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Lain kalilah.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Ini yangterakhir sekali mengenai dengan InslitutTeknologi Mara (ITM).

Tuan Pengerusi, menyentuh PemberianPeruntukan—06020 di bawah Kod (ObjekAm) 4000—Institut Teknologi MARA.

Saya ingin mendapat lahu daripada YangBerhormat Menteri Pendidikan, adakahYang Berhormat Menteri Pendidikan sedaratau tidak, kenapakah banyak rungutan dikalangan kakitangan akadcmik dan persa-

tuan kakitangan akademik ITM terhadapPengarah Instilut Teknologi MARA.Apakah masalah yang sebenarnya? Sayadengar ada banyak rungutan-rungutan.Sejauh manakah kerjasama di antara Pen-garah Institut Teknologi MARA dengankakitangan akademik ITM. Banyak rungu-lan bersabit dengan peluang-peluang per-lantikan ketua-ketua kajian, peluang-pe-luang melanjutkan pelajaran ke luar negeriyang menyebabkan timbulnya suasana yangtidak senang hati, yang saya difahamkanoleh setengah-setcngah pensyarah di ITM.

Sememangnya banyak perkara yang sayahendak bangkitkan, Tuan Pengerusi, olehkerana masa tidak mengizinkan, saya inginmengucapkan berbanyak terima kasih diatas kesempatan ini, walaupun ini meru-pakan Kementerian yang penting denganperuntukan lebih $4,000 juta dan banyakperkara yang harus dibahaskan. Tetapimaklum sahajalah, masa 10 minit, apahendak dikata. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud); Yang Berhormatdari Serian.

4.48 ptg.Tuan Lainus anak Andrew Luwak

(Serian): Terima kasih, Tuan Pengerusi.Saya ingin merujuk kepada muka surat126, Maksud B.26 buliran 020000 Pro-gram/Aktiviti 020100,020300,020400.

Saya berpendapat bahawa masih banyaklagi pejabat-pejabat pendidik yang masihbelum mempunyai pejabat-pejabatpendidikan, masih belum menggunakanbangunan atau rumahnya sendiri. Lebih-lebih lagi di Sarawak. Perkara ini kita patuttimbang lebih serius oleh kerana pentadbirandi pejabat-pejabat yang mempunyai suasanayang sesuai akan meningkatkan prestasipengurusan dan pentadbiran supaya cita-cita dan tujuan atau sasaran kita yangmahukan penuntut -penuntut kitaberpengetahuan, berdisiplin danbertanggungjawab. Untuk tujuan tersebut,saya ingin merayu kcpada Kerajaan supayapcruntukan yang berjumlah lebih $3 billionditambahkan lebih banyak lagi.

9729 1 DISEMBER 1989 9730

Kita tidak mahu pejabat pendidikan yangsangal penting ini selalu menumpang, se-perti yang saya telah sebut semasa mem-bahaskan dasar Belanjawan l989.Kita perlupejabat yang luas di mana kita dapat mem-buat pameran alat-alat mengajar yang ber-kesan dan baik, sumbangan guru-guru yangberpengalaman dan kerja-kerja cemerlangmurid-murid untuk pengetahuan dan tun-juk ajar kepada murid-murid dan guru-gurulain. Di situ juga guru-guru akan me-ngadakan mesyuarat-mesyuarat untuk ke-baikan profesyen mercka.

Saya ingin memberitahu bahawa di ka-wasan saya, Serian, pada masa dahulupejabat pelajaran daerah menumpang dipejabat Majlis Daerah Ulu Sadong dantempat buku teks macam tempat sampahsarap di satu bilik yang kecil. Selepas itumereka menumpang di bilik sebuah sekolahmenengah di mana guru-guru mandi pcluhdi bilik yang sempit sewaktu mengambilgaji mereka. Sekarang ini pula menumpangdi sekolah rendah yang mana suasananyatidak begitu sesuai. Saya anggap inilah satudaripada sebab prestasi sekolah di Scriansangat rendah.

Tuan Pengerusi, saya ingin bcralihkepada Maksud P.26, muka surat 131,Buliran 00100, Tajuk Kecil 02—PendidikanRendah: Sarawak.

Saya merasa senang hati apabila sayamelihat anggaran bagi tahun 1990 adalah$13,369,000 berbandingdcngan $6,000,600sahaja pada tahun yang lepas, tetapi sayatidak puas hali jikalau peruntukan ini tidakmelibatkan pemberian groundsmen, de-ngan izin, kepada sekolah-sekolah di luarbandar. Jikalau peruntukan ini tidak meli-batkan pemberian groundsmen.dengani izin,kepada semua sekolah-sekolah atau caramengawal rumput di kawasan sekolah, sayaingin peruntukan ini ditambahkan lagimemandangkan kita tidak mahu anak-anakkita yang masih muda, yang berumur diantara enam hingga tiga bclas tahun me-megang parang tajam seperti parang.

Tuan Pengerusi, memotong rumput dikawasan sekolah ialah amalan penjajah

British dahulu di manapengambilan murid-murid tidak mengikut umur seperti manasekarang. Darjah Satu pada masa itu adalahberumur di antara tiga belas hingga limabelas tahun dan mereka sudah tahumenggunakan parang, dan darjah yang keatas sudah di peringkat remaja.

Bersangkut dengan Maksud dan Buti-ran ini, saya merayu agar Kementerianmembuat arahan supaya pemotongan rum-put oleh murid-murid di sekolah-sekolahrendah diberhentikan dengan serta-mertakerana ini sangat mcrbahaya dan juga kitatidak mahu anak-anak kita memotongrumput sebelum bersekolah hingga mcrckamerasa letih, kotor dan gatal kena rumput.Keadaan bcgini mcmbawa prestasi anak-anak kita di bidang pelajaran tidak mcmuas-kan sebab mercka tidak selesa dan tidak didalam suasana yang baik semasa belajar.Jikalau kita tidak mampu memberi seorang"groundsman",dengan izin, kepada sebuahsekolah di luar bandar, biarlah kita mem-bcri seorang "groundsman" kepada duabuah sekolah atau kita menenderkan pemo-tongan rumput sebulan sekali bagi orangramai.

Saya tidak akan memberi pandanganyang banyak lagi dan saya ingin berhentikerana memberi peluang kepada rakan-rakan yang lain yang akan memberi pan-dangan yang lebih lanjut. Sekian sahaja,Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Yang Berhormatdari Hulu Selangor.

4 54 ptg.

Tuan S. S. Subramaniam (HuluSelangor): Tuan Pengcrusi, saya merujukkepada maksud Bekalan B.26, Buliran020000 dan 050000, muka surat 126 dan128, berkenaan dengan Pendidikan danPerancangan Sckolah-sekolah Rendah diseluruh Semenanjung kita.

Yang pcrtama, saya ingin menyentuh disini ialah bcrhubung dengan keadaansckolah-sekolah Tamil di seluruh negara

9731 1 DISEMBER 1989 9732

kita. Parkara ini telah pun disentuh olehbeberapa ahli Yang Berhormat dari MIC diDewan yang mulia ini dan juga di DewanSenate bcbcrapa kali dahulu, tetapi keadaandi sekolah-sekolah ini tidak berubah dansaya berpendapat ini dilakukan dengan satupandangan yang amat negatif berhubungdengan sekolah-sekolah Tamil dan Cina,iaitu saya dapati ada beberapa pihak dalamKementerian Pendidikan yang berhasratuntuk menutupkan sekolah-sekolah terse-but.

Sebagai contohnya, saya bolehmenyentuhkan di sini, Sekolah Rendah JenisKebangsaan Tamil di Segambut serta jugaSekolah Rendah Jenis Kebangsaan UIuYam. Saya tidak dapat masa yang cukupuntuk menjelaskan di atas pcrkara ini, tetapisaya boleh merujukkan kepada pihakKementerian secara langsung untukmenerangkan perkara ini.

Tuan Haji Abdul Manaf bin HajiAhmad: (Bangun)

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Yang Berhormat,sekejap. Yang Berhormat dari SungaiPetani.

Tuan Haji Abdul Manaf bin HajiAhmad: Minta penjelasan,TuanPengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Minta penjelasan,boleh?

Tuan S. S. Subramaniam: Saya tidakada masa untuk memberi jalan bagi penjela-san itu, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Beliau tidak adamasa kerana ada banyak hendak bercakap.

Tuan S. S. Subramaniam: Mintamaaflah, Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Teruskan.

Tuan S. S. Subramaniam: Kita telahpun dimaklumkan juga ada beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat seperti kawan baik

saya dari Batu Berendam yang mempunyaisikap untuk menutup sekolah-sekolahTamildan Cina juga, tetapi mereka mempunyaisikap ini dengan hasrat dan tujuan yangmurni, iaitu mereka berpendapat denganpenutupan sekolah-sekolah Cina dan Tam il,kalangan muda dalam masyarakat kita bolehmenyatupadu dengan lebih berkesan.Walaupun hasrat ini harus dialu-alukan,kita juga mesti mengkaji apa yang sebenar-benarnya sedang berlaku dalam sistempersekolahan kita pada masa kini.

Tuan Pengerusi, seperti kita semua telahmaklum, sebahagian besar murid-muridkaum India dan Cina sedang menjalankanpendidikannya dalam sekolah-sekolah ren-dah kebangsaan dan apabila kita mengkajibagaimanakah keadaan bersatu-padu dalamsekolah-sekolah kebangsaan ini, kita ter-dapat beberapa kelemahan-kelemahan yangharus diperbaiki di sekolah-sekolah ini. Sayadimaklumkan bahawa dalam beberapasekolah ini, sebahagian guru-guru danmurid-murid dari satu kaum sedangmengambil satu sikap yang agresif terhadapmurid-murid keturunan kaum India danakibat dari sikap ini, beberapa ibu-bapatidak begitu yakin untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah-sekolah kebangsaanlagi. Beberapa kelakuan berhubung denganperkara ini telah pun dikeluarkan dalamsuratkhabar-suratkhabar dan saya rasa adabanyak lagi yang tidak dikeluarkan dalamsuratkhabar.

Satu lagi kelemahan ialah berhubungdengan bacaan doa dalam beberapa sekolah-sekolah kebangsaan yang mana murid-murid dari kaum Cina dan India juga di-paksa mengikuti bacaan doa ini. Beberapaibu-bapa bukan Muslim menentang bacaandoa ini dan mereka merasa lebih selesauntuk menghantar anak-anaknya disekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Tuan Pengerusi, kelemahan-kelemahantersebut boleh dibuktikan dengan kenaikanbilangan murid-murid yang melanjutkanpelajaran mereka di sekolah-sekolah Tamildan Cina. Walaupun saya tidak begitu arifdi atas perkara persekolahan Cina, sayaboleh katakan di sini, murid-murid dalam

9733 1 DISEMBER 1989 9734

sekolah Tamil telah meningkat dari 80,000pada tahun 1976 kepada 89,000 pada tahun1989. Walaupun bilangan sekolah-sekolahTamil yang berada di negara kita tclahmenurun dari 606 pada labun 1976 kcpada549 pada lahun 1989, apakah sebabnyauntuk bilangan murid-murid di sekolah-sekolah Tamil meningkat dalam jangka-masa liga belas tahun yang lalu?

Inilah satu kajian yang harus dilakukandengan sedalam-dalamnya oleh satuJawatankuasa dengan berpendapat "neu-tral" dan bukan oleh pihak KementerianPendidikan sahaja. Saya ingin memohonkepada Yang Bcrhormat MenteriPendidikan untuk menubuhkanJawatankuasa ini dcngan serta-merta dcn-gan kemudahan untuk mendapat pandan-gan dari semua sektor yang tcrlibat dalamkepentingan pendidikan masyarakat kitakhasnya untuk menyatu-padukan sistcmpelajaran kita.

Tuan Pengerusi, sekali lagi saya inginmenyentuh di sini, sekolah-sekolah Tamildi negara kita sedang memenuhi satu pe-ranan yang amat penting dalam masyarakatIndia oleh kerana hanya dengan sekolah-sekolah tersebut kita boleh memperluaskansislem pclajaran kita kepada estet-estet dankawasan-kawasan pendalaman. Jika kitaakan menutup sekolah-sekolah terscbut,beberapa ribu murid dari kawasan penda-laman akan hilang peluang untuk mengikutisistem pelajaran dalam negara kita, daninlah satu keadaan yang tidak boleh di-terima oleh pihak MIC pada bila-bila masa.

Tuan Pengcrusi, marilah kita mengam-bil satu sikap yang lebih positif lerhadapsekolah-sekolahTamil dan Cina. Marilahkita pada peringkat pertama menukar-kaum semua sekolah-sekolah ini kepadasekolah-seko!ah bantuan penuh dan mari-lah kita menaikkan taraf pengajaran danmemberi segalakemudahan kepada semuasekolah-sekolah bantuan modal kita.Selepas itu marilah kita buka pintu sekolah-sekolah ini kepada bukan sahaja murid-murid dari satu kaum tetapi kepada semuakaum, dan saya rasa dengan pcmbukaanini, sekolah-sekolah tersebut yang tidak

dialu-alukan pada masakini boleh diterimasebagai sekolah-sekolah yang sebenar-benamya sckolah nasional pada masa kelak.

Inilah cara yang baik untuk menyelesai-kan masalah ini. Inilah cara yang berada didalam Pcrlembagaan negara kita danwalaupun ini bukanlah cara yang ber-pendidikan, saya rasa kita tidak bolehmencapai kepada hasrat yang lelah ditun-jukkan oleh Yang Bcrhormat dari BatuBerendam dan juga beberapa pihak dariKementerian Pendidikan dengan cara un-tuk menutupkan sekolah-sekolah Tamil danCina dengan scrta-merta.

Tuan Pengcrusi, saya bcralih kcpadaButiran 070000.....

Tuan Mohd. Tamrin bin AbdulGhafar; (Banguri) Tuan Pengerusi. Sayaminta penjelasan.

Tuan S. S. Subramaniam: Tidak adamasa untuk pcnjelasan, Tuan Pengerusi,saya minta maaflah.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Beliau tidak beri,Yang Berhormat dari Batu Berendam.

Tuan S. S. Subramaniam: Saya bcr-alih kepada Butiran 070000, muka surat....

Tuan Haji Abdul Manaf bin HajiAhmad: On a point of ordcr, TuanPcngerusi.

TuanPengerusi(DatoHajiMohamedAmin bin Haji Daud): Yang Bcrhormatsckejap. Point of Order.

Tuan Haji Abdul Manaf bin HajiAhmad: Apa yang diucapkan oleh YangBerhormat itu merupakan menyalahiPeraturan 36 (6), iaitu seorang Ahli tidakboleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atasseseorang Ahli yang lain. Yang Berhormattelah mengeluarkan sangkaan jahat kepadaAhli dari Batu Berendam dan hendakmengeluarkan sangkaan jahat kepadapegawai-pegawai di KementcrianPendidikan. Terima kasih.

9735 1 DISEMBER 1989 9736

Tuan S. S. Subramaniam: TuanPengerusi, saya tidak mengeluarkan apa-apa sangkaan jahat, saya telah memuji AhliYang Berhormat dari Batu Berendam un-tuk satu sikap yang telah diambil untukmenyatupadukan negara kita ini.

Tuan Mohd. Tamrin bin AbdulGhafar: Jadi maknanya dia bersetujulahdengan cadangan saya ini?

Tuan S. S. Subramaniam: Ya, hanyacara yang saya tidak bersetujulah. Itu sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Cara sahaja.

Tuan S. S. Subramaniam: Ya. Sayaberalih kepada Butiran.....

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Yang Berhormat,masa sudah cukup—sudah lebih. MasaYang Berhormat sudah lebih.

Tuan S. S. Subramaniam: TuanPengerusi, saya ada sedikit sahaja lebih,oleh kerana saya telah diganggu banyakkali.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Tidak apa, sayaberi setengah minit injury time.

Tuan S. S. Subramaniam: TuanPengerusi, kekurangan guru-guru terlatihtelah menjadi satu masalah yang pentinguntuk menaikkan taraf pendidikan dalamsekolah-sekolah Tamil. Sayadimaklumkanbahawa dari satu kajian yang telah dilakukanoleh Kementerian sendiri, kita terdapatkekurangan 867guru pada tahun 1983 dalamsekolah-sekolah Tamil dan 512 guru padatahun 1988.

Saya dapati pihak Kementerian tidakmengambil apa-apa langkah untuk me-menuhi kekurangan ini tetapi sebaliknyatelah mengurangkan baru-baru ini 67 orangguru-guru sementara dari sekolah-sekolahTamil. Saya dapati guru-guru sementara iniberumur 45 ke 50 tahun dan telahberkhidmat selama 25 tahun dalam Kemen-terian Pendidikan sebagai guru sementara.Saya ingin bertanya apakah tujuan Kemen-

terian untuk menyimpan seorang gurusebagai guru sementara selama 25 tahundan pada akhirnya dipanggil dia keluar dariKementeriannya.

Sayadapati juga dari jumlah 5,106 orangguru-guru dalam sistem pendidikan sekolah-sekolah Tamil kita masih mempunyai1,500 orang guru-guru sementara dankebanyakan mereka telah berkhidmatmelebihi 15 tahun. Jika kita darab bilang-an guru-gura dengan jumlah tahun merekatelah berkhidmat sebagai guru sementarakita boleh dapat suatu angka yang bolehdapat dimasukkan saya rasa dalam"Guinness Book of World Records",dengan izin.

Tuan Pengerusi, saya rasa ini bukanlahhasrat Kementerian Pendidikan. Oleh yangdemikian, saya ingin memohon kepadamereka untuk menghapuskan guru-gurusementara ini secepat mungkin.

Tuan Pengerusi, saya beralih kepadaButiran.....

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Sudah cukuplahYang Berhormat. Yang Berhormat dariPadang Terap.

5.01 ptg.

Dato' Dr AfTifudin bin Haji Omar(Padang Terap): Tuan Pengerusi, sayamerujuk kepada halaman 131, Butiran00800 di bawah tajuk Rumah-rumah GuruLuar Bandar (Semenanjung).

Tuan Pengerusi, tahun lalu saya ber-cakap mengenai hal ini dan memberi con-toh kawasan saya yang sungguh munduriaitu kawasan Padang Terap. Oleh sebabsekarang ini masih lagi tiada kemajuanberlaku iaitu selama satu tahun, saya ingindan terpaksa bercakap lagi. Saya harapkawasan saya pada tahun hadapan akanmendapat sebahagiana taau pun segelintirdari$8 juta yang diperuntukkan itu.

Tuan Pengerusi, di dalam kaedahpelajaran dan pembelajaran, khususnyapada masa ini yang mana aktiviti

9737 1 DISEMBER 1989 9738

ko-kurikulum dititikberatkan pada semuaperingkat, keperluan untuk guru berinteraksisecara intensive dan extensive denganmurid-murid adalah sangat-sangatmeninggi. Sekolah-sekolah luar bandarkhususnya di kawasan saya wujud di tem-pat yang tandus dari segi kemudahan sosial.Macam kata Yang Berhormat dari RantauPanjang pada hari semalam, guru-guru inilebih suka tinggal di bandar dan berulang-alik ke sekolahnya di kampung yang ber-batu-batu jauhnya. Kalau ada yang hendaktinggal di desa di persekitaran sekolahnyaitu pun tidak ada rumah untuk disewa.Penduduk-penduduk kampung terlalu mi-skin untuk melabur wang untuk membinarumah sewa. Di dalam pada itu pula pelaburserupa ini di kampung yang mana rumahdibuat dari kayu tidak membawa peluangyang baik kerana faktor-faktor ekonomiyang kita sedia maklum iaitu tiada persain-gan. tiada permintaan atau permintaan yangterhadap lain-lain lagi. Oleh itu janganlahpula disuruh orang-orang desa melabur didalam sektor ini sebagai jawapan kepadasoalan permasalahan yang saya bawa ini.

Saya merujuk pula kepada Butiran00900 Asrama (Semenanjung), Program/Aktiviti 02-Asrama Desa yang telahdiperuntukkan sebanyak lebih kurangdekat $3 juta. Peruntukan ini ditunjukuntuk tahun ini sahaja dan ini adalah keranaidea unmk diwujudkan asrama desa inisaya fikir adalah idea baru yang sungguhinnovative. Saya memberi penghargaanyang tinggi kpada Kementerian keranamemikirkan dan mewujudkannya.

Duhulu saya berasa sangsi dan sedikitkritikal mengenai style pendidikan di-negara kita ini yang sangat berupa elitistic.Bentuk elitistic ini adalah warisan darizaman kolonial yang sebilangan penuntutsahaja yang dipilih untuk pergi ke sekolah-sekolah pusat Yang lain tertinggal. Padamasa ini sebilangan kecil penuntut-penuntutdi desa yang mana sekolah-sekolah yangmereka belajar menghadapi kekurangankemudahan yang sungguh acute dipilihuntuk belajar di sekolah-sekolah pusat diatas kriteria pencapaian mereka di dalam

peperiksaan Darjah 5 dan Darjah 6. Tetapi,Tuan Pengerusi.yang tinggal di desa adalahbanyak lagi penuntut-penuntut yangpencapaiannya hanya kurang sediki tsahaja.

Tuan Pengerusi, sebagai seorang studentof Social Science, dengan izin, saya tidaksetuju dengan cara ini sepenuhnya keranaseseorang manusia itu tidak boleh dinilaidari segi pencapaian inteleknya pada umuryang masih mentah iaitu di dalamlingkungan 8 hingga 10 tahun. Ada dikalangan kita yang disifatkan sebagai latedevelopers, dengan izin. Pada zaman mudalate developers ini terlalu dipesongkanminatnya terhadap pelajaran formal danmereka ini lebih krealif dan mempunyaifree spirit, dengan izin. Kemungkinan besarbahawa banyak penuntul-penuntut yangtinggal di desa yang tidak terpilih ke sekolah-sekolah pusat dan sekolah-sekolah elite yangberasrama penuh adalah late developers.Kemungkinan ini lebih positif lagi apabiladikira susunan alam dan sosial di desa itumenggalakkan free spirit dan pemupukannilai kreativiti pada umur yang muda yaknidi dalam lingkungan 8 tahun yang manatidak dapat menerima pelajaran-pelajaranyang lerlalu formal.

Tuan Pengerusi, di dalam saya dilamunidengan kesangsian dan perasaan kritikalini, Yang Berhormat Menteri Pendidikantelah membawa idea asrama desa ini untukmewujudkan suasana pembelajaran yanglebih sesuai kepada anak-anak kita yangtertinggal di kampung dan yang mempu-nyai potensi intelektual sama seperti mana-mana penuntut lain.

Saya mengambil peluang ini memberipenghargaan kepada beliau dan pegawai-pegawai beliau yang membawa idea ini.Saya memohon agar projek ini diperluas-kan ke seluruh desa di tanahair. Tetapisebelum diperluaskan, saya minta supayasatu jangka prioritas diwujudkan denganmengambil kira kawasan-kawasan yangmiskin. Di kawasan-kawasan miskin dimana-mana sahaja di tanahair, sumber yangada hanyalah manusia, Tuan Pengerusi.Sumber lain ketandusan. Untuk menen-tukan keadilan bcrlaku perlu sangat dibina

9739 1 DISEMBER 1989 9740

sumber ini melalui bekalan pendidikan yangcukup. Kawasan contoh yang parexcellent,dengan izin, ialah kawasan saya di PadangTerap di mana pendidikan terjejas bukansahaja disebabkan oleh keliadaan kemu-dahan pembelajaran yang cukup malahketiadaan zat makanan yang cukup untukmembina otak.

Saya mencadang juga kepada Kemen-terian supaya menyediakan manualbagaimana hendak hidup berasrama supayasatu daripada nilai yang hendak dipupuk diasrama ialah disiplin. Disiplin amat pentinguntuk mengawal anak-anak yang mempu-nyai free spirit yang mana saya kala lebihawal tadi, lebih-lebih lagi apabila asrama-asrama ini dibuat daripada kayu dan papan.

Yang Berhormat Menteri diamaklum,satu daripada ciri-ciri budaya free spirityang terdapat di desa-desa termasuk semuadesa-desa bukan sahaja kawasan saya ialahaktiviti mengendap. Kalau tidak di wujudkanmanual disiplin yang saya cadang itu sayapasti warisan ini akan diteruskan oleh anak-anak kita di desa itu. Asrama penuntutperempuan akan menjadi tumpuan padawaktu malam.

Tuan Pengerusi, saya ingin menca-dangkan juga supaya projek asrama desaini diberi satu dimensi yang selama inibelum wujud. Dimensi yang sayamaksudkan ini ialah penglibatan ibu bapasecara meluas di dalamnya. Penglibatan inibolehlah dibuat secarapenglibatan ibubapadi dalam institusi pondok di zaman duluiaitu ibu bapa murid-murid digembelingkantenaga untuk mendirikan asrama, memberilenaga buruh yang mana mampu, sumberekonomi yang lain untuk mewujudkan asasekonomi asrama ilu. Contohnya kebun-kebun sayur boleh diwujudkan dengan kerjapembangunannya dibuat oleh ibu bapa dankerja maintenancenya, dengan izin, dibuatoleh murid-murid. Janganlah dibebankanmurid-murid itu dengan kerja-kerja pem-bangunan yang berat seperti mana disebutoleh Yang Berhormat dari Serian tadi.Ataupun ibu bapa diminta derma berassegantang sepenggal dan juga lain-lain hasilkampung untuk dimakan dan dijual,

dijadikan modal menguruskan asrama itu.Banyak lagi ciri-ciri budaya insiitusi pon-dok yang baik boleh diambil, TuanPengerusi. Ahli-ahli Sains Sosial di dalamKementerian patut mengkaji ini dan ter-apkan ia ke dalam program asrama desa ini .

Akhir sekali, Tuan Pengerusi, mukas-urat 129, Butiran 080000, Program/Aktiv-ili 080100 Lembaga Peperiksaan.

Saya ingin memanjangkan rayuan danrintihan guru-guru yang dipilih untukmcngendalikan peperiksaan SRP/SPM/STPM dan juga pemeriksa kertas supayaganjaran dari segi upahan dan luntutanmileage dinaikkan. Upahan dan kadarluntutan mileage yang ada sekarang adalahsangat rendah. Mengikut kata merekadengan struktur ganjaran yang ada padamasa ini, pada segi reaksi yang naturaltidak banyak guru yang akan menerimalantikan sebagai Penyelia dan PegawaiPemeriksaan serta Pemeriksa Kertas.Mereka menerima lantikan ini berasaskanperasaan sosial ataupun moralresponsibility, dengan izin. Dengan kadaryang ada sekarang ini mereka hanyadisuruhberkorban. Mungkin pembocoran kertasperiksa Bahasa Malaysia baru-baru ini adakaitannya dengan apa yang saya katakanitu. Dari segi ganjaran yang diberi itu tidakmembawa motivasi yang cukup. Oleh itusaya menyeru Kementerian mengkajisemula kadar-kadar ganjaran ini.

Sehubungan dengan Butiran yang samaini, saya ingin menyeru Kementerianmengambil daya utama untuk mewujudkanhukuman yang lebth berat ke ataspenjenayah yang membocorkan Kertas-kertas Peperiksaan. Tahun sudah apabilaada pembocoran dan ojang yang bersabitkesalahan dihukum denda hanya $200sahaja pada hal Kertas yang dibocorkan itudijuaJ dengan harga $400. Ini bermaknajenayah iiu masih boleh menunjuk profitand loss account yang positif. Saya harap-lah pihak Kementerian mengkaji hal ini didalam usahanya menambahkan sekuritiKertas Peperiksaan dan menjaga

9741 1 DISEMBER 1989 9742

kredibil i t inya yang selama inisememangnya sudah tinggi di bawahpimpinan seorang Menteri yang sangatgigih. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Yang BerhormatdariLarut.5.11ptg.

Tuan Haji Mohd. Zihin bin HajiMohd. Hassan (Larut): Tuan Pengerusi,terima kasih kerana memberi peluang.Setahu saya di dalam Dewan ini belum adaAhli yang bercakap mengenai penuntut-penuntut di seberang laut.

Tuan Pengerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Peruntukan berapa,Yang Berhormat?

Tuan Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd.Hassan: Mukasurat 127, Butiran 040000,Aktiviti040200-Penuntut di SeberangLaut.

Tuan Pengerusi, walaupun kita sudahmempunyai 7 buah universiti di tanahair,kita masih menghantar penuntut-penuntutbelajar di luar negeri sama ada denganbiasiswa Kerajaan, bantuan-bantuantertentu dari insiitusi-institusi berkenaandalam kursus-kursus yang tertentu bagikepentingan negara.Penuntut-penuntut kitamemang ramai di Amerika,England,Australia dan lain-lain lermasukyang belajar agama di Timur Tcngah.

Apa yang saya ketahui dan apa yangsaya diberitahu bahawa sebelum merekabertolak ke luar negeri, mereka diberiorieantasi mengenai negara-negara yangmereka akan pergi belajar. Umpamanyamereka perlu mengetahui sedikit scbanyaktentang kehidupan orang-orang diEngland,Amerika ataupun Australia. Tetapi apa-bila sampai di satu-satu negara, saya per-caya penuntut-penuntut ini lebih memberiprioritas, mengikut perkataan Ahli dariPadang Terap, kcpada perjumpaan-pcr-jumpaan mereka dcngan Syeikh-syeikh dariPakistan ataupun Afganistan, diberi pulabelajar seadikit sebanyak ilmu agama secaramukaddimah dan berdakwah lebih dari-pada keperluan kenapa mereka dihantar ke

negara-negara itu. Kita mengetahui bahawadalam soal ini, kalaulah penuntut-penuntutkita ini hendak menjadi ahli dakwah, makanegara-negara yang sesuai bagi merekapergi bukanlah mempelajari dakwah dari-pada orang-orang Pakistan yang frustrateddi England ataupun di Edinburgh.

Tuan Pengerusi, walaupun kita disuruholeh Rasulullah mcmpelajari agama dimana-mana sahaja, tetapi KementerianPendidikan menghantar pelajar-pelajar iniuntuk mempelajari pelajaran yang manatelah ditandatangani oleh mereka dalamagreement yang mana kalau dcngan bi-asiswa adalah ditanggung oleh taxpayers.Jadi mercka meslilah mcmberi prioritikepada pelajaran yang diberi. Kalau belajarundang-undang, undanglah, kalau belajarkedoktoran, kedoktoranlah, kalau belajarkejuruteraan, kejuruteraanlah dan di sam-ping itu mercka memanglah tidak bolehditegah untuk mempelajari agama letapibukanlah untuk mcnjadi pcndakwah.

Setahu saya Kcrajaan Malaysia daninstitusi-institusi lain tidak pernah mem-beri biasiswa untuk pergi ke Ben Ghaziatau Libya umpamanya. Apa yang sayatahu ada pelajar-pclajar yang pcrgi ketempat-tempat ini dengan meninggalkanpelajaran mereka dan tidak mengikuti apayang di tandatangani oleh mereka. Ini adalahmerugikan rakyat, ncgara, tanahair danmerugikan ibu-bapa. Tuan Pengcrusi,semasa saya belajar undang-undang di Eng-land, perkara seperti ini tidak bcrlaku.

Begitu juga penuntut-penuntut apabilasampai ke ncgara-ncgara lain mercka mulamembenci kepada Kerajaan sedangkanmercka mendapat biasiswa dari Kerajaandan mereka itu mendapat phamplets dariparti-parti yang tidak bertanggungjawabdalam ncgara ini untuk menghina danmenghcntam Kerajaan. Saya menyerukepada pcgawai-pegawai kita di Englanddan di ncgara-negara lain supaya mcngam-bil bcrat tentang jejak langkah pcnuntut-penuntut kita di luar ncgeri.

Tuan Pengerusi, dalam hal yang lain,penuntut-penuntut ini di dalam Surat per-

9743 1 DISEMBER 1989 9744

janjian Biasiswa adalah ditegah untuk her-kahwin. Oleh kerana mereka mengikutajaran sesat tadi mereka terus mahumengikut jejak langkah Rasulullah. Kalaudalam agreement itu tertulis bahawasanya,dengan izin:

"No studem shall while pursuing the-said course get marricd or to be marriedwithout ihe consent of the authority."

Saya harap perkataan "wilhout the con-sent of the authority" ini dipotong keranaini arguable, dengan izin, dan merekameminta consent. Bukan kita tidak mahumereka berkahwin tetapi biarlah merekamenunaikan tugas mereka sebagai penun-tut-penuntut dan janganlah berdakwahsampai tidak berjaya di dalam petajaranmereka.

Tuan Pengerusi, dalam lawatan sayabaru-baru ini ke Washington, kita me-ngadakan dialog dengan penuntut-penuntutdi sana dan saranan yang diberi olehpenuntut-penuntut di sana ialah, katanya,mereka mempunyai biasiswa yang begituterhad sekali dan ini menunjukkan bahawamereka terpaksa tinggal di dalam satu bilikdua orang, liga orang, empat orang atauenam orang. Di Amerika sekarang ini, kalauorang lelaki tinggal dua orang satu bilik,tiga orang satu bilik atau empat orang satubilik mereka memandang hina keranaAmerika baru sahaja meluluskan satulegislation, dengan izin, "of the gay societyso that they can be permitted to get marriedto each other." Kerana kita takut penyakitini dibawa dan nanti pening pula PejabatAgama yang mana masalah yang ada inipun sudah meningkat. Justeru itu sayamohon supaya Kementerian Pendidikanmenaikkan biasiswa kepada penuntut-penuntut kita khasnya di England danAmerika Syarikat.

Tuan Pengerusi, itu sahaja, terima kasih

Tuan Pegerusi (Dato Haji MohamedAmin bin Haji Daud): Yang Berhormatdari Bachok.

5.19ptg.Tuan Haji Mohd. Zain bin Abdullah

(Bachok): Tuan Pengerusi, terlebih dahulusaya ingin mengucapkan syabas kepadayang berhormat Menteri Pendidikan keranasikap berani dan tegasnya mengenai perkarakebocoran kertas soalan Bahasa Malaysiadalam peperiksaan SPM baru-baru ini.Sambil itu saya juga ingin mengucapkantahniah di atas kejayaan beliau terpilihsebagai Presiden UNESCO selama duatahun. Kejayaan ini merupakan penghor-matan tertinggi terhadap Sistem Pendidikandi negara kita.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuhmengenai Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitumukasurat 126, Kod 40000 (i) yang men-dapat peruntukan sebanyak $20 juta bagitahun 1990 berbanding dengan $16 juladalam lahun 1989.

Kita semua sedia maklum semenjakditubuhkan Dewan Bahasa dan Pustakaselama 33 lahun yang lalu, ianya tclahberkembang dengan pesat dan menjadisebuah agensi penerbitan dan persuratanyang terbesar di negara kita ini. Dengankakitangan yang pada awalnya hanya bolehdibilang dengan jari, kini melebihi angka1,000 orang. Dalam organisasi juga ter-dapat berbagai bahagian dari bahasa, sas-tera, penerbitan sehinggalah kepada ba-hagian yang kecil sekali. Dengan tenagayang begitu besar, hari ini Dewan Bahasadan Pustaka jelas memainkan perananpenting dan berkesan untuk memaju danmemperkembangkan bahasa dan sasteraMelayu.

Tuan Pengerusi, sebagai agensi yangmempunyai lugas besar dan berat, sayasuka menarik perhatian KementerianPendidikan supaya dapat mengurangkansedikit kegiatan-kegiaian Dewan Bahasadan Pustaka yang cenderung kepada sas-tera dan teater sehingga terdapat gejalaseolah-olah keilmuan bahasa itu terabai.Pada pendapat saya, Dewan Bahasa danPustaka sepatutnya melipatgandakan usahamenerbitkan lebih banyak lagi buku-bukurujukan daripada pelbagai sumber samaada dari buku-buku Inggeris, Arab, Jepun,Perancis, Jerman dan China supaya skop

9745 1 DISEMBER 1989 9746

ilmu pengetahuan masyarakat yangmenggunakan Bahasa Melayu alau BahasaKebangsaan tidak terbatas. Daya usaha inisangat penting bagi membantu pelajar-pelajar yang lcmah dalam bahasa keduaiaitu bahasa Inggeris. Saya mmembuatsaranan ini, Tuan Pengerusi, adalah keranasaya yakin kegiatan kesusasteraan sepertimajlis-majlis membaca sajak, drama danlain-lain boleh diambil bahagian oleh pe-nerbit-penerbit lain seperti Utusan Melayu,Berita Harian dan berpuluh-puluh buah lagisyarikat penerbitan swasta dan persatuan-persatuan penulis melalui penglibatan pihakswasta dan pcrsatuan-persatuan sepcrti ini.

Untuk memberi perhatian kcpada pe-nerbitan buku rujukan, Dewan Bahasa danPustaka seharusnya mcmberi galakan iaitumenilai pembayaran royalti yang lebihtinggi kepada pakar-pakar atau cerdik pan-dai yang terlibat menghasilkan buku-bukuberkenaan. Sekiranya pcrlu setiap bukurujukan yang diterbitkan dijadikan teksrujukan di semua pusat-pusat pengajiantinggi. Dengan mcmbual begini, pihakpenerbit sekurang-kurangnya dapal me-ngatasi masalah pasaran dan kekuranganteks rujukan kepada pclajar-pelajar. Selaindaripada memberi galakan kcpada paracerdik pandai, Dewan Bahasa dan Pustakajuga perlu mendorong para editomya supayalebih produktif dalam menghasilkan buku-buku mengikut kepakaran masing-masing.Bukan berlugas sebagai pengodit ataupengurus kepada judul-judul buku-bukuyang ditulis oleh penulis-penulis luar sahaja.Tugas seperti ini mestilah dihayati olehsemua editor di Dewan Bahasa dan Pustakasupaya mereka dapat membantu DewanBahasa dan Puslaka mencapai matlamatnyadengan lebih berkesan lagi.

Tuan Pengerusi, di samping memainkanperanannya untuk memajukan sasiera danbahasa dengan menerbitkan buku-bukuserta jumal di dalam Bahasa Kebangsaan,saya kira Dewan Bahasa dan Pustaka jugaboleh membantu Lembaga Pcperiksaanmcncetak kertas-kertas soalan peperiksaanbagi menjimatkan kos percetakan di luarnegeri. Sebelum tugas ini diambil alih olehDewan Bahasa dan Pustaka, saya ingin

mengingalkan supaya semua aspek kesela-matan mestilah dipertingkatkan untukmenjamin kerahsiaan sctiap kertas soalanyang akan dicetak. Tindakan-tindakan inijuga tidak terkecuali bagi Lembaga Pe-periksaan. Langkah-langkah yang perlu di-ambil ialah mcngenakan pemeriksaankcselamatan kepada semua kakitanganLembaga dan bahagian penerbitan termasuktidak membenarkan mengambil atau mem-bawa keluar atau masuk sebarang bentukkertas dari premis percetakan. Setiap oranghanya dibenarkan membawa dompet kecildan wang belanja untuk semasa bcrtugassahaja. Dcngan merangkumi semua tugas-tugas terscbut, Dewan Bahasa dan Pustaka.akan menjadi sebuah agcnsi terpenting dibawah Kcmenterian Pendidikan dcmi un-tuk mcmajukan lagi Bahasa Kebangsaandan mengekalkan kualiti pelajaran di ne-gara ini.

Saya ingin beralih pula kepada Butiran040400 mcngenai Pcmbahagian Buku-bukuTeks di bawah Projek Kebajikan Penuntut-penuntut, mukasurat 127 dan 128.

Tidak dapat dinafikan semenjak dasarpembahagian buku teks dilaksanakanbanyak pelajar telah mendapat faedahdaripada skim ini. Nikmat ini sangat besarertinya terutama penuntut-pcnuntut miskinyang tinggal di luar bandar. Mereka iniadalah golongan yang sebenarnyamemerlukan bantuan daripada Kerajaansupaya mereka dapat menimba i lmupengetahuan sebaik mungkin daripadasekolah-sekolah bantuan kerajaan danmudah-mudahan mereka ini akan munculsebagai cerdik pandai yang berguna di masahadapan. Tetapi saya merasa amat terkilandengan peruntukan yang disediakan untuktahun 1990 hanya scbanyak $62 jutasedangkan bagi (ahun 1989 berjumlah$72,193,000. Adakah pengurangan inimenunjukkan Kerajaan sedang merancanguntuk mengurangkan sedikit derni sedikitsehingga tidak perlu dikeluarkan bantuanlagi akhimya. Jikalau andaian ini benar,saya ingin tahu adakah KementerianPendidikan telah menetapkan masa tertentuuntuk menamatkan skim bantuan buku-buku leks ini? Dalam soal pembahagian

9747 1 DISEMBER 1989 9748

buku-buku teks ini, saya inginmencadangkan kepada KementerianPendidikan supaya membuat penyemakansekurang-kurangnya tiga tahun sekali bagimemastikan buku-buku yang telah diedarberada dalam keadaan baik.

Saya menimbulkan hal ini, TuanPengerusi, kerana saya dapati terdapatpenuntut yang dikira malang nasibnyaterpaksa menerima buku teks yang telahlusuh atau berceraian untuk kegunaan.Keadaan ini bukan sahaja merosakkan namabaik Kementerian Pendidikan malahanboleh mematahkan semangat penuntut ituuntuk belajar. Kesan-kesan kurangmcnggalakkan ini perlulah diatsi oleh pihakKementerian dengan seberapa cepatmungkin dan dengan segera.

Lain dari menggantikan buku-buku yangtelah rosak, pihak Kementerian Pendidikankhasnya dan Dewan Bahasa dan Pustakayang menjadi pembekal tunggal buku-bukuteks bantuan mempastikan ia tiba di sekolahlebih awal. Isu kelewatan pembahagianbuku-buku teks ini sememangnya diketahuiumum telah berlaku bukan sahaja sekarangmalahan dar isejak ini diperkenalkan. Kele-watan ini bukan sahaja mnjejaskan imejKementerian Pendidikan malahan mengam-barkan ketidakcekapan pihak pengedar.Oleh kerana itu, sistem pembahagian buku-buku mestilah diperbaiki dari masa kesemasa.

Saya percaya dengan gabungan usahaserta kesungguhan kita akan dapatmencetuskan suasana pembelajaran yanglebih sempurna dan memberangsangkan.Ciri-ciri ini kelak dapat menarik setiaplapisan masyarakat sama ada di bandarmahupun luar bandar berlumba-lumbamencari ilmu pengetahuan menerusisekolah-sekolah yang dikelolakan olehKerajaan. Sekian.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Yang Berhormat dari BukitMertajam.

5.26 ptg.Tuan Chian Heng Kai (Bukit

Mertajam): Tuan Pcngerusi, saya inginmerujuk kepada mukasurat 126-PendidikanMenengah.

Tuan Pengerusi, saya ingin mem-bangkitkan dua perkara di sini iaitu perkarayang pertama ialah berkenaan dengansekolah menengah persendirian. Pada masasekarang, sekolah menengah pcrsendirianini tidak dapat sebarang bantuan daripadaKerajaan memandangkan sebelum tahun1961 sekolah-sekolah jenis ini pernah dapatbantuan daripada Kerajaan. Juga meman-dangkan sekolah ini telah mengurangkanbanyak bebanan Kerajaan kita, jadi di sinisaya ingin mencadangkan supaya Kerajaanboleh memberi bantuan terutamanya ban-tuan wang kepada sekolah menengahpersendirian ini.

Yang kedua, Tuan Pengerusi, baru-baruini sahaja saya dapat tahu bahawa ada sebuahsekolah mcnengah persendirian iaitu FungYu Associaled School di Johor Bahru inginmemohon mendirikan sebuah ca-wangan di Kulai di mana kawasannya adalahdi bawah Yang Berhormat TimbalanMenteri Pendidikan tetapi diltolak tanpasebarang alasan. Jadi, saya ingin di sinimeminta supaya Kerajaan boleh beri satusebab mengapa permohonan itu ditolakSekian sahaja.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Yang Berhormat dari SungaiPetani.5.29ptg.

Tuan Haji Abdul Manaf bin HajiAhmad (Sungai Petani): Bismillahir-rahmanir-rahim. Saya pada mulanyamembantah dengan sekeras-kerasnyakenyataan yang telah dibuat oleh Ahli dariHulu Selangor yang mengatakan bahawaKementerian dan pegawai-pegawai dariKementerian mengabaikan Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.Suka saya merakamkan di dalam Dewanyang mulia ini bahawa sebenarnyapemimpin-pemimpin merekalah yang tidakbanyak mengambil tahu bagi sekolah-sekolah tersebut kerana saya ada

9749 1 DISEMBER 9750

mempunyai bukti yang jelas. Saya sendiritelah melawat sebuah sekolah Tamil disebuah ladang dan saya melawat ke sekolahitu beberapa kali.

Kemudiannya atas simpati kepadasekolah tersebut, saya telah membawaGuruBesar dan P.I.B.G. sekolah itu berjumpadengan Yang Bcrhormat MenteriPendidikan, dan kemudiannya saya telahmenjemput pemimpin-pemimpin merekasupaya hadir ke sekolah ini di dalarn per-jumpaan-perjumpaannya, tetapi tidakseorang pun yang hadir, hanya pandaimengokok di dalam Dewan ini untukmenunjuk-nunjuk sesuatu, tetapi tidakberkerja sebenar-benarnya untuk rakyatmereka.

Tuan Pengerusi, saya ingin merujukkepada buku Anggaran Belanjawan Pro-gram dan Prestasi 1990, muka surat 256 dimana saya tidak ingin membaca yangpanjang. Saya hanya hendak baca sedikitsahaja yang ada hubungan dengan apa yangsaya hendak cakap di dalam Dewan ini:

(a) Aktiviti Pengurusan PendidikanRendah dan Menengah. Tujuan-Mengurus serta menyelaras segalaaktiviti pendidikan rendah danmenengah supaya objektif programini dapat dilaksanakan denganberkesan.

Bagaimana objektif ini bolehdiaksanakan dengan berkesan sekiranyaperuntukan yang diberi kepada sekolah-sekolah dan kepada pentadbiran di negeri-negeri berkurangan?Saya merujuk kepadamuka surat 125, Butiran 010000....

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran); Muka surat berapa YangBerhormat?

Tuan Haji Abdul Manaf bin HajiAhmad: 125. Butiran 01000-PentadbiranAm

Anggaran-anggaran bagl tahun 1989berjumlah sebanyak $234,938,770sedangkan anggaran bagi tahun 1990

berjumlah sebanyak $152 juta sahaja,hampir-hampir separuh dikurangkan.Bagaimana pihak pentadbiran danpelaksana boleh menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan kalauperuntukannya dipotong hampir separuh.Kemudian saya membelek-belek di sini,penat mencarinya, kalau mata saya tertipu,kalau bacaan saya tidak betul, saya melihatpula tentang jawatan, jawatan bagi tahun1989 ialah sebanyak 6,381. Makaperuntukan bagi tahun 1990 dipotongkepada 6,002 orang sahaja, beertiberkurangan sejumlah 379 orang.Peruntukan kewangan dikurangkan,peruntukan tenaga manusia jugadikurangkan. Bagaimana pihak pentadbiranpelaksana itu boleh berjalan denganberkesan? Saya rasa agak sukar bagi sayaatau saya sendiri tidak dapat memberijawapan atas perkara ini, mungkin hal-halini berlaku salah cetak, tetapi saya tidakfikir berlaku salah cetak kerana saya telahmembuat beberapa kiraan-kiraan di sinidan kiraan itu tetap dengan angka-angkayang ada di sini.

Sekiranya kita berkehendakkanpentadbiran pendidikan kita di negeri-negerimaju dan jaya, maka semestilah per-untukan-peruntukan iiu diberi lebih banyakkepada mereka, bukan dikurangkan. Kalaukita bercakap menjerit-jerit, bersyarahpanjang manapun sekiranya tidak ada wang,apa yang kita cakap, apa yang kita ucapkanitu hanyalah merupakan angan-angan. Apayang kita ucap dan kita sebut itu hanyalahmerupakan hayalan sahaja kerana cakaptanpa wang tidak akan jadi apa-apa....

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Yang Berhormat, sila gulung

Tuan Haji Abdul Manaf bin HajiAhmad: Saya baru berucap sedikit, baruyang pertama. Walau macamanapun, sayaringkaskan.

Di dalam masa Yang BerhormatTimbalan Menteri Pendidikan membuatjawapan beberapa hari yang lalu, telahmembuat kenyataan bahawa Kementerian

9751 1 DISEMBER 1989 9752

tidak bercadang untuk mcnghapuskanPeperiksaan S.R.P., ertinya PeperiksaanS.R.P. itu dikekalkan, baragkali agak sayaPeperiksaan S.R.P. itu digunakan uniukmenjuruskan murid-murid ke dalamjurusan-junisan sains, akademik ataupunjurusan-jurusan arts. Dalam perkara ini sayatelah membuat beberapa penyelidikandcngan bebcrapa sekolah di kawasanSungai Petani, saya dapati beberapasekolah-sekolah menengah telahmenyarankan secara tidak langsung kalautidak memaksa, menyaran dengan sungguh-sungguh supaya murid-murid yangmendapat agreget 15,16,17,18-20 supayamasuk ke jurusan sains, sekalipun murid-murid itu tidak mempunyai kecenderungan,walaupun mereka lebih cenderung di dalammata pelajaran sastera. Jadi dengan sebabitu ada juga murid-murid yang rnembantahdan mahu masuk di dalam jurusan sastera.Apabila dibandingkan murid-murid yangmendapat antara baik dan tidak baik iaituboleh saya katakan seperti mendapat agregetI5 umpamanya,diamasuk ke dalam jurusansastera dan dia mendapat kelulusan S.P.M.yang begitu baik sekali, sedangkan pelajaryang sama dipaksa masuk atau digalakkanmasuk ke dalam jurusan sains merekamendapat kelulusan yang begitu merosotsekali, Gred III dan ada yang tidak lulus.

Di sini saya mencadangkan supaya pihaksekolah, tidak memberi dorongan seolah-olah matapelajaran sains itulah menjadimasa hidup cemerlang bagi merekapelajar-pelajar. Bagaimana hendak mendapatkecemerlangan di dalam hidup, kalaupeperiksaan sendiri tidak lulus, keranamurid-murid itu tidak mempunyaikecenderungan akan matapelajaran sainsyang diambilnya itu.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Yang Berhormat, masa sudahcukup.

Tuan Haji Abdul Manaf bin HajiAhmad: Saya hendak tambah sedikit lagi,ada.....

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Sudah Yang Berhormat

Tuan Haji Abdul Manaf bin HajiAhmad: Sedikit lagi, Tuan Pengerusi, satuperkara lagi. Sebenamya saya hendak cakaptetapi.....

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Tidak boleh, Yang Ber-hormat, sudahilah, sebab kita tidak adamasa.

Tuan Haji Abdul Manaf bin HajiAhmad: Tadi panjang sangat....

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Kita tclah beri YangBerhormat lebih masa.

Tuan Haji Abdul Manaf bin HajiAhmad: Tidak sampai 10 minit. Tadi TuanPengerusi sebut diberi masa 10 minit.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Sekarang sudah 13 minit.

Tuan Haji Abdul Manaf bin HajiAhmad: Sedikit lagi, berkenaan dengansekolah desa.....

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Habiskan Yang Berhormat,satu minit lagi.

Tuan Haji Abdul Manaf bin HajiAhmad: Ya, baik. Asrama Desa—kalausaya tengok dalam peruntukan ini, tidaktahulah kalau saya salah, peruntukan bagiprojek ini ialah sebanyak $2,750,000-Asrama Desa, dan di dalam peruntukan initidak menunjukkan perbelanjaan walaupunsatu sen. Jadi, saya tidak tahu sama adaperuntukan ini baru tetapi peruntukan inisaya dengar sudah lama. Untukperuntukan bagi tahun 1986 hingga 1990kekal $2,750,000; peruntukan bagi tahun1986 hingga 1988 kekal-tidak dibelanja;kemudian untuk tahun 1989-tidak ada dibelanja; peruntukan itu dibawa ke tahun1990. Itu satu dan saya harap peruntukan-peruntukan yang telah diberi seharusnyalahdibelanjakan oleh pihak-pihak yangberwajib di negeri, di pusat supaya faedah-faedahnya benar-benar dapat kepada orangramai. Terinia kasih, Tuan Pengerusi.

9753 1 DISEMBER 1989 9754

Tuan Haji Abdul Razak bin Haji AbuSamah (Lembah Pantai): (Bangun)

Tuan Haji Mohamed Sam bin HajiSailand (Muar); (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Ada lagi? Yang Berhormat,kita terpaksa habiskan perkara ini pada hariini juga dan mulai dcngan KementerianLuar Negeri. Bolehkah Yang Berhormatpendekkan ucapan? Yang Berhormat dariLembah Pantai dahulu.

5.43ptg.

Tuan Haji Abdul Razak bin Haji AbuSamah: Terima kasih, Tuan Pengerusi, sayacuba memendekkan mcngikut arahan.

Berhubung dcngan Maksud Bekalan B.26 mukasural 125, Butiran 010500 Pem-bangunan dan Bekalan-Emolumen,Perkhidmatan dan Bekalan, Aset-jumlahyang diperuntukkan $2,014,900.

Tadi kita dengar semuanya berhubungdengan pembangunan sekolah-sekolahsama ada di bandar dan di luar bandar. Olehkerana masa tidak mencukupi, sayamenyuarakan masalah sekolah-sekolahyang ada di dalam bandar, khasnya di KualaLumpur. Sungguhpun perkara ini ada sayasentuh sedikit dalatn ucapan Belanjawantetapi sekarang saya mengharapkan supayapihak Kementerian Pendidikan mengambilusaha yang lebih berhubung dengansekolah-sekolah yang sekarang ini yangtelah berumur 50 sehingga 80 tahun yangada di Kuala Lumpur ini yang manakedudukan sekolah-sekolah itu telah punusang dan tentang bekalan ataupun penda-waian elektrik dan sebagainya telah punlama dan ini menjadikan keadaan sekolahitu mcrbahaya kepada murid-murid.

Lagi satu, bcrhubung dcngan sekolah-sekolah ini tidak mcncukupi di KualaLumpur ini, khasnya di WilayahPersekutuan. Kita takut kalau tidak adatempat-tempat atau tanah-tanah yang sesuaidisediakan buat masa ini untuk sekolah dimasa yang akan datang, kita takut di Kuala-Lumpur ini akan menjadi Jepun dan Manila

yang ada sekolah pagi, sekolah petang dansekolah malam. Ini akan terjadi jikalausekiranya tidak diawasi kerana sekarang initanah-tanah tidak ada di Kuala Lumpur.Sungguhpun pihak Dcwan Bandaraya telahmengadakan cadangan dan telahpundiadakan sebuah sekolah iaitu percubaansekolah yang diadakan di flal-flat iaitu diCheras dan keadaan ini ibu bapa tidak begitumerasai suka menghantar anak-anak merekake flat-flat ini iaitu disebabkan di atas flatuntuk mereka tinggal dan di bawah untukanak-anak mereka bersekolah. Dengankeadaan ini, memandangkan keadaanpersekolahan, pandangan kepada anak-anakini untuk berpelajaran rasa saya, saya sendiripun memandang kemungkinan ini tidaksesuai kerana anak-anak itu kemungkinanDarjah 1, Darjah 2 dan seterusnya, rumahdi atas, memikirkan perkara apa yang ada dirumah. Dalam keadaan ini, pelajaran merekatidak dapal dipelajarai dengan seterusnya.

Oleh itu dalam keadaan ini, saya meng-harapkan supaya pihak Kerajaan mencarilanah-ianah yang lcbih sesuai dan kawasan-kawasan yang hendak didirikanpersekolahan supayadihadkan tanah-tanahperumahan supaya disediakan sekolah.

Soal yang ini juga, ini juga ada dua tigamasalah yang berlaku di Kuala Lumpur iniiaitu sekolah tumpang. Umpamanya, ka-wasan di Jalan Pantai-ini berkali-kali sayaulangkan iaitu salu Sekolah Rendah di JalanPantai yang sebelahnya di tumpangkan olehSekolah Jenis Kebangsaan Cina yang adadi situ-supaya pihak Kementerian mencarijalan supaya sekolah ini dapat ditempatkansesuai untuk satu tempat di Sekolah Cinasendih. Begitu juga berlaku kebakaran diSegambut baru-baru ini, Sekolah Tamil, inijuga menumpang di sekolah Segambut disana supaya dapat dicari suatu jalan bagimengatasi sekolah ini dapat diasingkandaripada Sekolah Kebangsaan yang tempatsekolah yang berkenaan sekarang ini tidakmencukupi untuk menampung SckolahKebangsaan sendiri.

Mukasurat 125 juga, Butiran 010600Perkhidmalan Komputer. Di sini saya inginbertanya kepadaYangBerhormatTimbalan

9755 1 DISEMBER 1989 9756

Menteri ataupun Menteri yang berkenaan,sejauh manakah perjalanan Kelab-kelabKomputer yang ada. Sekarang ini adasekolah-sekolah yang membenarkan Kelab-kelab Komputer ini dijalankan dan adasekolah-sekolah yang tidak membenarkan.Alasan asal yang diterima mengatakan iniadalah arahan daripada Kementerian tetapibagaimana sebuah sekolah boleh dan sebuahsekolah lagi tidak boleh. Ini bukan berlakudi Wilayah Persekutuan sahaja tetapi iniberlaku di sekolah-sekotah luarbandar jugaada yang berkehendakan Kelab-kelabKomputer ini diwujudkan tetapi tidakmendapatkebenaran daripada KementerianPendidikan.

Bcrhubung dengan mukasurat 126,Butiran 010900 Bantuan kepada Badan-badan Pendidikan dan lain-lain iaitu ObjekAm 40000 yang mana saya ingin bertanyadi atas Pemberian dan Kenaan BayaranTetap yang mana di dalam perkara (iv)Bayaran Sekolah di Singapura yangdiperuntukkan sebanyak $100,000. Sayaingin bertanya untuk $ 100,000 ini saya puntidak tahu bagaimana kita boleh membayarsekolah di Singapura dengan perbelanjaanperuntukan $100,000 ini.

Mukasurat 127, Butiran 040200Penuntut Seberang Laut. Tadi telah pundisebut oleh Yang Berhormat dari Larutberhubung dengan penuntut-penuntut diluar negeri kita yang mana kita seringmcndcngar penuntut-penuntut ini apabilamerekabelajardi luar negeri, sebelum pergimereka ini elok, apabila mereka telah belajardan bercampur-gaul dengan penuntut di sana,mereka ini menenlang Kerajaan danberbagai-bagai berlaku. Saya ingatKementerian lebih arif dengan tabiat yangberlaku kepada penuntur-penuntut luarnegeri.

Apa yang saya cadangkan disini,denganperbelanjaan sebanyak$21,698,800 ini iaitupihak Kementerian seharusnya menghantarpegawai-pegawai yang betul-betulbertauliah, pegawai-pegawai yang tahuselok-belok dari segi agama, dari segi

politik, dari segi perjalanan pentadbirandalam negara kita ini. Dengan adanyapegawai-pegawai ini supaya dapat merekaini memberi penerangan yang lebih lanjut.Kita tidak mahu menghantar pegawai-pegawai yang lebih muda, yang belummatang lagi, mcreka ini sungguhpun adapelajaran yang tinggi tetapi rasa saya haruspegawai-pegawai yang berkenaan inidihantar dan memberi ceramah.penerangandi setiap institusi-institusi di seberang lautyang mana pegawai-pegawai pendidikanseberang laut ini diadakan supaya merekaini benar-benar memberikan penerangan-penerangan yang lebih kerana kita tidakmahu. . . . .

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran); Yang Berhormat.....

Tuan Haji Abdul Razak bin Haji AbuSamah: Ya.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Sila sudahi.

Tuan Haji Abdul Razak bin Haji AbuSamah: Sedikit lagi.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Satu minit lagi.

Tuan Haji Abdul Razak bin Haji AbuSamah: Satu minit, sekejap sangat! Olehitu, berhubung dengan Asrama ini juga—Butiran 040300 iaitu ini juga sayamengharapkan pihak Wilayah Persekutuansupaya diadakan sebuah Asrama khasuntuk penduduk-penduduk di KualaLumpur. Ini amat penting kerana di KualaLumpur ini bukan semuanya orang kaya,ada juga anak-anak orang miskin yangberkehendakkan duduk di asrama-asramayang disediakan oleh pihak Kerajaan.

Oleh itu, akhirnya—saya minta maafsedikit—berhubung dengan Butiran 050400Bahagian Buku Teks, iaitu peruntukansebanyak 1.9 juta. Kita sekarang seringmendengar iaitu Kerajaan berkehendakkanuntuk mendidik rakyat Malaysia melaluisistem pendidikan Kebangsaan supayamembolehkan mereka menjadi warganegara yang berpengalaman dan

9757 1 DISEMBER 1989 9758

bertanggungjawab terhadap negara dan bangsa. Oleh itu dalain keadaan ini ldta selalu melihat keadaan penuntut-penuntut kita tidak tahu sejarah dalain negara ldta ini yang sebenarnya. Pihak Kementerian mengharapkan mereka ini mempelajari sejarah luar negeri lebih daripada sejarah di dalam negara kita ini. Oleh itu dalam masalah ini, saya mencadangkan ·

sungguhpun sudah ada, rasa saya, supaya melebihkan lagi mata pelajaran Sejarah

ini terutama dengan sejarah negara Malaysia ini daripada bila wujudnya negara ini. Bagaimana penjajahdatangmemerintah negara kita ini dan bagaimana negara ldta mendapat kemerdekaan kerana dengan keadaan ini kita selalu mendengar, diungkit di sana diungkit di sini, kerana ada sejarah ini tidak diajar kepada anak-anak kita daripada kecil lagi. Oleh itu dalain keadaan ini, saya mengharapkan supaya bahagian buku teks ini mengadakan buku-buku sejarah yang dapat diajar sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi.

Oleh kerana masa tidak mengizinkan lagi, saya mengucapkan terima kasih.

Tuan Haji Mohamed Sam bin Haji Sailan (Muar): (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan D. P. Vijandran): Yang Berhormat, cuba pendekkan.

551 ptg.

Tuan Haji Mohamed Sam bin Haji Sailan: Terimakasih, Tuan Pengerusi. Saya suka merujuk kepada Maksud B.26, mukasurat 126, Butiran 020000-Pendidikan Rendah dan Menengah, juga Butiran 030000-Pendidikan Teknik dan Vokasional dan saya suka membahaskan tajuk-tajuk tersebut bersama-sama dengan Maksud P.26, mukasurat 1 30 Butiran 00100-Pendidikan Rendah, Butiran 00200-Pendidikan Menengah, Buuran 00300-Pendidikan Teknikdan Vokasional dan Butiran 00400-Pendidikan Teknik (Tinggi).

Tuan Pengerusi (Tuan D. P. Vijandran): Banyak Butiran, Yang Berhormat

Tuan Haji Mohamed Sam bin Haji Sailan: Saya hendak bincallgkan bersama supaya sayadapat mengelakkan daripada ..

Tuan Pengerusi (Tuan D. P. Vi jandran): Terima K asih Yang Berhormat

Tuan Haji Mohamed Sam bin Haji Sailan: Terimakasih. Perkara-perlwa yang saya bangkitkan dan saya bawa perkara­perkara berikut untuk membuat perbandingan. Penekanan Kerajaan kepada Sekolah-sekolah Menengah dan juga penekanan dan perhatian Ker ajaan kepada SekolahVokasionatdanTeknik.Padasaya, daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan menunjukkan

' bahawa Kerajaan menekankan kepada Sekolah Menengah dan menganaktirikan kepada Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional.

Dipandang daripadakeperluan masadan keperluan kepada pelajar-pelajar lulusan Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional menunjukkan bahawa pasaran buruhsemasa

berkehendakkan kepada pelajar-pelajar yang lulus daripada Sekolah Menengah Teknik dan lulusan daripada Sekolah Menengah Vokasional. Tetapi penekanan Kerajaan dilihatdari segi perbelanjaan yang diperuntukkan bagi tahun 1990 menunjukkan lebih kurang 93% daripada perbelanjaan diperuntukkan bagi Sekolah­seko lah Menengah dan dengan ini menunjukkan bahawa perkara yang lebih mustahak, pengeluaran pelajar-pelajar yang lebih dapat dimanfaatkan bagi pasaran buruh yang sedia ada tidak diambil kira dan diberikan perhatian oleh pihak Kementerian.

Saya hendak tanya kepada pihak Kementerian mengapa pihak Kementerian tidak memberikan penekanan kepada Sekolah Teknik dan Sekolah Vokasional padahalKementerian memahamidanrakyat

9759 1 DISEMBER 1989 9760

mengetahui keseluruhan daripada lulusanSekolah Vokasional dan Sekolah Tekniktidak ada seorang pun yang menganggurdan dapat diterimaoleh pasaran buruh yangsedia ada. Padahal Sekolah Menengah danSekolahTeknik ini hanya memerlukan masalebih kurang tiga tahun sahaja iaitu pelajar-pclajar yang telah lulus daripada Tingkatan3 iaitu mereka masuk Tingkatan 4 danTingkatan 5. Bagi sekolah-sekolahmenengah biasa Kerajaan terpaksamenyediakan sckolah, menyediakan tenagapengajar dan pcndidik dan masa untukmembesarkan pelajar-pelajar ini daripadaTingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3,Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Jadi,dibandingkan dengan besarnyaperbelanjaan dan pelajar-pelajar ini tidakdapat diterima dan diserapkan dalampasaran buruh yang ada. Saya percaya dansaya harap pihak Kerajaan memberikanpenekanan daripada masa ini untukmendirikan lebih banyak lagi sekolahmenengah bertaraf Sekolah MenengahYokasional dan Sekolah Menengah Tcknik.

Dengan adanya pembangunan separuhmahir, separuh profesional daripada lepasanSekolah Menengah Teknik dan Yokasional,saya percaya sebahagian daripada masalahKementerian-kementerian lain untukmemberikan kefahaman profesional,pendidikan profesional kepada belia danbeliawanis di negara akan dapat diselesaikaniaitu masalah memberikan pendidikanprofesional ini diberikan mandatnya kepadaKementerian Pendidikan pada peringkatawal lagi. Jangan pula seperti yang berlakupada masa ini iaitu pihak Kementerian Beliadan Sukan yang hanya boleh mengadakanlebih kurang 6 sekolah Vokasional ataupunpihak MARA diberikan tugas dantanggungjawab. Pada hal sebenarnya untukmemberikan pendidikan vokasional danteknik ini adalah tugas dan tanggungjawabKementerian Pendidikan yang terlibatsecara langsung untuk memberikanpendidikan dan pendidikan yang sayamaksudkan kalau boleh ialah pendidikanyang boleh dimanfaailkan oleh para belia inisehingga mereka ini boleh menggunakanilmunya untuk berdikari. Buat setakat padamasa ini apabila mereka lulus Tingkatan 3

ataupun lulus Tingkatan 5 boleh dikatakantiap-tiap seorang yang lulus ini tidakmengerti satu apapun. Hendak suruh taipsatu surat pun tidak mengerti hendakmenaip, hendak suruh bertemak pun tidakmengerti berternak, hendak melibatkan diridalam pertanian tidak mengerti juga.Hendak suruh dia membuka bengkel, diapun tidak erti hendak buka bengkel. Hendakbetulkan lampu dia pun tidak mengerti kerjaelectrician.

Jadi, kita memerlukan pertolongan daripihak lain, kita memerlukan satu perbe-lanjaan lain untuk memberikan pendidikanini pada hal kita telah memberikan begitubanyak masa, 11 tahun pelajar-pelajar kilamengikuti pendidikan sckolah rendah dansekolah menengah, akhir-akhirnya masabegitu lama yang telah digunakan, bagitubanyak perbelanjaan yang telah dikeluar-kan, kita memerlukan Kementerian lainuntuk memberikan profesionalisme kepadapelajar-pelajar ini.

Harapan saya ialah bahawa Kerajaankalau sekarang ini memberikan peruntukanpembangunan hanya setakat $337 juta bagiSekolah Teknik dan Yokasional danSekolah Teknik (Tinggi) seperti diperun-tukkan di bawah Butiran 00300 dan 00400hendaklah dipertingkatkan supaya padamasa yang akan datang tidak hanya setakat3% sahaja daripada keluaran sekolah yangmempunyai pendidikan vokasional danteknik, kalau boleh separuh daripadapelajar-pelajar kita yang lulus daripadasekolah menengah hendaklah mempunyaikemahiran teknik dan vokasional.

Tuan Pengerusi, setakat itulah sahajayang saya hendak cakapkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran); Yang Bcrhormat TimbalanMenteri menjawab.

Timbalan Menteri Pendidikan (DrLeo Michael Toyad): (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Lebih kurang berapa lamajawapan Yang Berhormat? Saya sedar ramai

9761 1 DISEMBER 1989 9762

Ahli Yang Berhormat yang telah berucap.Walau bagaimanapun, sebeberapa yangboleh, sila ringkaskan.

Dr Leo Michael Toyad: Dalamsetengah jam.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Sila.

5 59ptg.

Dr Leo Michael Toyad: Terima kasih,Tuan Pengerusi. Sebelum saya memberijawapan atas perkara-perkara yang telahditimbulkan dalam perbahasan di peringkatJawatankuasa ini saya mengucap ribuanterima kasih atas tcguran-teguran dan apayang tclah dikemukakan oleh Ahli-ahliYang Berhormat dalam perbincangan tadidan dalam masa yang singkat ini saya harapdapatlah memberi jawapan-jawapan atasperkara-perkara yang tclah dikemukakandan apa yang saya tidak dapal menjawab,saya harap dapat saya jelaskan secara ber-tulis.

Semalam Ahli-ahli Yang Berhormat dariPengkalan Chepa, Rantau Panjang danSabak Bernam tclah menimbulkan pcrkaraberkaitan dengan bantuan sekolah AgamaRakyat. Adalah tidak benar dinyatakanbahawa bantuan tidak diberikan kcpadaSekolah Agama Rakyat. Bantuanpengurusan berdasarkan kcpada bilanganmurid-murid telah diberikan sebanyak $6.3juta pada lahun 1988 dan scbanyak $7.1juta bagi tahun 1989. Jadi, pada masa iniseramai 607 orang guru dari KementerianPendidikan telahpun dihantardan berkhidrnatdi Sekolah-sekolah Agama Rakyat danSekolah Agama Negeri.

Jadi, bantuan untuk membina asrama,sekolah dan buku teks juga diberikan kepadapihak-pihak yang memohon. Manakalakursus-kursus tertentu telah diberikankepada guru besar dan guru-guru mereka.Dari segi kurikulum pula, scbenarnya padamasa ini ada sebilangan sekolah-sekolahagama rakyat yang mengikut kurikulumkebangsaan dan adalah diharapkan di masa-masa akan datang lebih banyak sekolahtersebut akan juga mcngikuti kurikulumkebangsaan kita.

Berkaitan dengan pcnyelarasan sukatanpelajaran di sekolah agama rakyat,walaupun sekolah-sekolah ini tidak terletakdi bawah jagaan Kementerian Pendidikan,Kementerian ini bcrsedia mcmberi bantuandalam penggubalan sukatan pclajaranmereka dari peringkat rendah dan menengahbila-bila sahaja pihak sekolah agamarakyat memerlukannya.

Mcngenai soal untuk meningkatkan tarafpendidikan Islam di sekolah-sekolah,Kementerian Pendidikan telah pun dansedang menjalankan pelbagai langkahdalam usaha ini. Antaranya ialah,menggubal sukatan pendidikan agama yangbaru bagi pcringkat rcndah dan menengah.Sukatan ini mencakupi aspek-aspck aqidah,syariah dan akhlak yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Selain dari itu, jugamengadakan kursus orientasi untuk kaki-tangan penting dan guru-guru sekolahrcndah dan menengah dan menyediakanjuga buku-buku panduan khas pendidikanIslam, buku panduan khas Jawi dan kitabagama untuk sekolah rendah dan huraiansukatan pelajaran uniuk sekolah menengah,

Kenyataan bahawa prestasi pcndidikanIslam semakin merosot adalah tidak bcnarsama sckali. Dari kajian yang telah dibuatoleh Kcmenterian Pendidikan, peningka-tan pendidikan Islam adalah jclas di manadidapati 70% pclajar adalah di peringkatbaik, 20% di peringkat scderhanadan hanya10% sahaja di peringkat lemah. Prestasimurid-murid dalam bacaan AI-Quran dantulisari Ja wi adalah bertambah baik. Sukatanpendidikan agama dalam KBSR, antaralain, membcri penekanan kcpada aspek-aspek fardhu ain dan membaca Al-Qurandengan penekanan kepada hukum-hukumtajwid dan sebutan yang betul. Di peringkatmencngah, aspek fardhu ain ini danpembacaan Al-Quran juga ditekankan. Dipihak Kementerian melalui pcgawai-pegawai di Jabatan Negeri dan Pejabatpendidikan Daerah sentiasa mengesanpencapaian murid-murid dalam aspek yangdisebutkan itu. Jadi, sudah mcnjadi lumrahbahawa penguasaan sesuatu kemahiranlidak sama bagi semua murid, jadi ada yangdapat menguasainya dalam masa yang

9763 1 DISEMBER 1989 9764

singkat dan sebaliknya. Jadi memandangkanbahawa fardhuain dan pembacaan Al-Quranadalah mustahak, aspek-aspek tersebut telahditekankan di peringkat sekolah menengah.Dengan cara yang demikian, kelemahan-ketemahan yang terdapatdi sekolah rendahakan dibolehkan di peringkat menengah.

Dengan pelaksanaan KBSM mata-pelajaran agama telah diberi penekananyang bclum pemah diberi dalam sejarahpendidikan di negara ini. Sebelum KBSM,jumlah jadual waktu yang diperuntukkanialah 3 waktu seminggu. Jadi dalam KBSMwaktunya ditingkatkan kapada 6 waktu dimana 3 waktu diperuntukkan untukpengajaran matapelajaran secara akedemikdan 2 waktu untuk ko-kurikulum agamadan 1 waktu untuk amali. Jadi masapembelajaran juga dipertingkalkan, iaitudari 35 minit ke pada 40 minit bagi 1 waktu.

Menyentuh tentang peluang melanjutkanpelajaran pada peringkat Ijazah Lanjutanbagi pensyarah-pensyarah Akademi Islamdi Universiti Malaya dan kebolehan-kebolehan pensyarah tersebut menguasibahasa Arab, sebenarnya KementerianPendidikan menyediakan berbagai jenisbiasiswa untuk pensyarah-pensyarahuniversiti tempatan melanjutkan pelajaranke peringkat Ijazah Lanjutan. Pensyarah-pensyarah berkenaan perlulah mempunyaikelayakan yang sesuai dengan keperluanuniversiti dan juga bidang-bidang yangsesuai denganpembangunan taraf akademikuniversiti.

Lulusan sekolah-sekolah Kerajaan,khususnya sekolah-sekolah agamaKerajaan adalah diiktiraf di luar negeri.Kini terdapat 105 orang pelajardi Morocco,25 orang di Jorden dan lebih dari 500 orangdi Mesir. Bilangan mereka juga terdapat dinegara-negara Arab yang lain. LulusanKolej Islam diiktirakan dalarn UniversitiAl-Azhar.

Mengenai tapak tetap Univcrsili IslamAntarabangsa, semua universiti di Malay-sia mempunyai kampus induk dan kampuscawangan. Keadaan yang sama akan ber-laku terhadap Universiti Islam Antara-

bangsa sebagai satu cara untuk kita men-gagihkan pembangunan di negara kita. Olehyang demikian, perancangan sedang dibuatsupaya Universiti Islam Antarabangsamempunyai kampusnya sendiri.

Yang Berhormat dari Maran dan RantauPanjang telah menimbulkan isu asrama desadan juga Ahli-ahli yang lain.....

Tuan Haji Nik Abdullah bin HajiArshad: (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Yang Berhormat, Yang Ber-hormat, dari Pengkalan Cepa.

Dr Leo Michael Toyad: Mungkin sayatidak dapat beri.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Tidak ada masa.

Dr Leo Michael Toyad: Tak ada masa,Yang Berhormat.

Tuan Haji Nik Abdullah bin HajiArshad: Saya hendak minta penjelasan,fasal jawapan tidak tepat.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran); Yang Berhormat, Yang Ber-hormat tak ada masa.

Dr Leo Michael Toyad: Mungkinkalau tidak tepat, lebih kurang kita boleh

bincangkan kemudian.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Teruskan yang Berhormat.

Dr LeoMichael Toyad: Yang Berhor-mat dari Maran dan Rantau Panjang telahmenimbulkan isu asrama desa. Sebenarnyatujuan untuk mewujudkan asrama desa iniadalah untuk memberikan peluang kepadapelajar-pelajar luar bandar untuk men-dapatkan kemudahan-kemudahan pembe-lajaran yang lebih selesa dan untuk memer-angsangkan. Jadi, bilangan asrama desayang telah dibinakan di luar bandar se-hingga kini ialah sebanyak 24 buah.DalamRancangan Malaysia Keenam sejumlah 137buah lagi asrama desa ini akan dibina untuksekolah-sekolah rendah dan menengah. Jadi,pembinaan asrama desa adalah berdasar-

9765 1 DISEMBER 1989 9766

kan kepada kriteria-kriteria yang telah di-tetapkan dan termasuklah pembinaannyadi daerah-daerah yang ditarafkan kemiski-nan dan kawasannya terpencil dan menim-bulkan masalah pengangkutan untukpelajar-pelajar di kawasan itu dan jugaadanya keperluan asrama di daerah berke-naan.

Menyentuh tentang asrama-asramasekolah, saya ingin menegaskan di sinibahawa Kementerian Pendidikan sentiasamengambil berat tentang keperluan dajikelengkapan asrama-asrama sekolah, ter-utamanya di luar bandar. Usaha telah danakan terus diambil untuk memastikanasrama-asrama ini di sekolah kita mempu-nyai kemudahan-kemudahan asas yangsesuai dan juga yang mencukupi.

Soal rumah guru-guru di luar bandaryang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli YangBerhormat juga dalam Dewan ini,sebenarnya Kementerian Pendidikan jugatelah menyediakan rumah-rumah guru bagisekolah-sekolah di luar bandar. Bagi tahun1989 sahaja kita telah memperuntukkan$8.4 juta untuk maksud ini.

Yang Berhormat dari Maran dan jugaSabak Bernam pula telah membangkitkanisu pembinaan Pejabat-pejabat PendidikanDaerah. Sebenarnya KementerianPendidikan memberi keutamaan bagipembinaan bilik-bilikdarjah. Juga meman-dangkan peruntukan yang terhad,pada masaini pembinaan pejabat-pejabat untuk PejabatPendidikan Daerah tidak dapat dilaksanakandengan segeranya di seluruh negara.

Kami mengucapkan terima kasih ke-alas saranan Yang Berhormat dari SabakBernam juga mengenai pembekalankomputer ini. Memang sudah ada dalamperancangan Kementerian untukmembekalkan peralatan komputer ini bagikeperluan pengkomputeran pengurusansemua pejabat

Kementerian Pendidikan juga akanmemberi perhatian yang serius dalampendaftaran dan penyeliaan sekolah-sekolahswasta seperti yang dibangkitkan olehYang Berhormat dari Sabak Bernam.

Penubuhan sebuah sekolah swasta adalahdikawal oleh peruntukan-peruntukanundang-undang, terutamanya dalam AktaPelajaran, 1961. Seksyen 44 Akta lersebutada memperuntukkan semua sekolah daninstitusi pendidikan, melainkan jikadikecualikan, sekolah-sekolah inihendaklah didaftarkan di bawah Aktatersebut.

Dr Tan Seng Giaw: (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan D. P. Yijan-dran): Yang Berhormat, Yang Berhormatdari Kepong bangun.

Dr Leo Michael Toyad: Minta maaf,Yang Berhormat. Saya ada banyak lagijawapan. Yang Berhormat bolehkemukakan masa yang lain kerana Dewanmasih bermesyuarat.

Mengenai permohonan untuk mendaf-tarkan sebuah sekolah ataupun institusipendidikan diteliti oleh Pendafhar Sekolah-sekolah Negeri. Hanya setelah Pendaftarini berpuas hati bahawa sesebuah sekolahitu sesuai ditubuhkan dan bangunan yangdicadangkan adalah sesuai serta selamatdigunakan sebagai sebuah sekolah.

Mengenai pengesahan jawatan yangditimbulkan oleh Yang Berhormat yangsama.memang menjadi hasratKementerianuntuk mengesahkan mereka yang sedangmemangku sesuatu jwatan. Tujuannyaadalah untuk melicinkan prosespentadbiran, proses pemindaan dari skimlama kepada skim baru. Jadi urusanpengesahan kenaikan pangkat bagi pegawaikategori C dan D telahpun dilaksanakanperingkat demi peringkat Buat masa ininegeri Kelantan, Terengganu, Pahang danPerlis, termasuk negeri Melaka telahpundimaklumkan. Jadi, semua urusanpengesahan ini dijangka akan selesaiselewat-lewatnya pada bulan Januari1990.

Mengenai pindaan Akta Pelajaran 1961ditimbulkan oleh Yang Berhormat dariSeremban, sebenamya AktaPendidikan inisedang di peringkat penggubalan. Seksyen21(2) ini memang dalam perhatian Kemen-

9767 1 DISEMBER 1989 9768

terian Pendidikan dan tindakan sewajarnyasedang diambil melalui reformasipendidikan yang akan dapat diterima olehsemua pihak.

Menyentuh tentang penarikan balikpengiklirafan ijazah perubatan UniversitiMalaya oleh General Medical Council(GMC) of United Kingdom, antara sebabyang diberikan ialah kekurangan pen-syarah. Sebenamya ijazah perubatan dariUniversiti Malaya sekarang menerimapartial recognition daripada GMC, danuntuk makluman Ahli Yang Berhormat, inibermakna para lulusan ijazah perubatandari Universiti Malaya masih bolehmelanjutkan pelajaran di United Kingdom.Walau bagaimanapun KementerianPendidikan pula telah mengambil tindakan-tindakan tertentu untuk mengatasi kelema-han-kelemahan yang telah dinyatakan olehGeneral Medical Council seperti:

(i) mengisikan kekosangan jawalan-jawatan tenaga pengajar kita diFakulti Perubatan;

(ii) mempercepatkan lagi prosespengambilan pensyarah-pensyarah kontrak yang berkaliberdari luar negeri;

(iii) untuk mengkaji semula SkimPerkhidmatan Pensyarah-pensyarah Fakulti Perubatan; dan

(iv) memperkukuhkan lagi kurikulumprogram di bawah FakultiPerubatan.

Kenyataan bahawa KementerianPendidikan tidak pernah memberi bantuankepada sekolah-sekolah seperti SRJKRahang dan SRJK Tangga Batu yangditim-bulkan oleh Yang Berhormat ini sepertiyang didakwa dalam Dewan yang mulia iniadalah tidak benar sama sekali. Sebenamya,Kerajaan telah pun memberi bantuan se-banyak $75,649 kepada Sekolah RendahJcnis Kebangsaan Rahang untuk membinasatu bangunan dua-tingkat. Kerajaan jugatelah memberi bantuan sebanyak $23,669kepada SRJK Tangga Batu untuk membinabalik darjah, bilik Guru Bcsar dan tandassekolah. Permohonan terakhir yang dibuat

oleh SRJK Tangga Batu ialah pada tahun1986 iaitu untuk membina stor dan pagarsekolah yang dipohon pada tahun itu. Olehkerana Kementerian Pcndidikan memberikeutamaan kepada pembinaan bilik darjah,permohonan itu tidak dapat dipertim-bangkan.

Berhubung dengan bantuan kepadasekolah-sekplah Mubaligh dan SRJK(C),sehingga akhir November, 1989 sebanyak$358,900 telah diberikan kepada 15 buahsekolah rendah Mubaligh dan $556,000kepada 15 buah sekolah menengah Mub-aligh, manakala 323 buah SRJK(C) telahpun diberikan bantuan sebanyak $7,042,250untuk tempoh yang sama.

Berhubung dengan perkara-perkara yangtelah ditimbulkan oleh Ahli YangBerhormat dari Ampang Jaya tadi mengenaipendidikan rendah dan menengah sertaperuntukan untuk pcngambilan guru-gurudi peringkat sekolah rendah dan sekolahmenengah, sebenamya, untuk maklumanAhli Yang Berhormat, bagi mengatasimasalah kekurangan guru ini di 12 buahsekolah menengah vokasional lagi yangtelah didirikan dengan pinjaman AseanDevelopmenti Bank dan untuk pengambilanguru-guru yang berkurangan di sekolahSRJK yang telah dinyatakan oleh Ahli YangBerhormat tadi, bahawa ini adalah dalampertimbangan dan dikendalikan olehKementerian.

Mengenai perkara yang telah ditim-bulkan oleh Ahli Yang Berhormat itu jugatadi berkaitan dengan masalah kekurangangunatenaga yang mahir di dalam sektorpcmbuatan, untuk makluman Ahli YangBerhormat, 12 buah sekolah menengahvokasional lagi sedang didirikan di bawahpinjaman Asean Development Bank yangkctiga. Sekolah-sekolah menengahvokasional ini akan mengendalikan kur-sus-kursus di samping menampung keper-luan tenaga separuh mahir, dan 10 buah lagisekolah akademik dan vokasional akanditambah dengan kemudahan-kemudahanmenjalankan kursus-kursus vokasionalsahaja.

9769 1 DISEMBER 1989 9770

Perkara yang juga ditimbul oleh Ahli YangBerhormat dari Ampang Jaya tadi ialahbahawa berapakah bilangan sekolah yangtetah dibinadan akan dibina mengikut jenis?Ini sebenarnya kita akan sentiasa memberitumpuan kepada keperluan sekolah yangmana kita memberi peruntukan-peruntukanuntuk membina atau gantikan bangunansekolah atau memperbaiki sekolah-sckolahdi bawah jagaan Kementerian Pendidikandan di mana banluan diberi sewajarnya.Yang penting sekali ialah untuk kila me-nguruskan dengan memberi perkhidmatanpendidikan kepada pelajar-pelajar kita.Mengenai angka-angka mengikut jenis-jenis sekolah yang begitu tepat di bawahRancangan Malaysia Kelima ialah 2,212projek selakat ini, dan pcmbinaan sekolahadalah mengikut keperluan setempat dankawasan sepertimana yang saya katakantadi.

Satu perkara lagi yang juga telahditimbulkan oleh Yang Bcrhormatmengenai biasiswa dan dcrmasiswa.Peruntukan $88 juta ini adalah meliputibeberapa skim biasiswa yang diadakan diKementerian Pendidikan, tcrmasuknyabiasiswa kecil Persekutuan, biasiswaTingkatan Enam, biasiswa asasi Sains,kebanyakan biasiswa diploma pendidikandan latihan pegawai-pegawai pcrkhidmatanpendidikan. Jadi, hanya skim biasiswakursus ijazah pertama sahaja yang tertaklukkepada pelaksanaan agihan dalam bentuk

. 20% biasiswa dan 80% pinjaman. Jadi,untuk maksud ini sejumlah $2.6 jula darijumlah$88juta itu telah pun diperuntukkanbagi pemberian biasiswa.

Mengenai tiga perkara yang telahdibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormatdari Pasir Mas tadi, saya ingin untukmemberi penjelasan di sini. Berhubungdengan pertukaran guru yang telahdituduhkan bahawa pertukaran guru iniadalah atas tekanan-tekanan politik, ini sayanafikan di sini. Ini tidak mcnjadi asas bagikita menukar dan menempatkan pegawai-pegawai pendidikan kita. Yang saya inginmenekankandi sini isar kita membuatpertukaran guru adalah berasaskankepentingan perkhidmatan kita untuk

mengikut matapelajaran dan kenaikanpangkat mereka dan juga mengimbangkanjumlah-jumlah guru yang terlatih di antarabandar dan luar bandar. Pertukaran jugadiasaskan kepada permohonan mereka yangingin mengikut suami/isteri atau selepasberkhidmat selama lima tahun misalnya,guru-guru yang telah berkhidmat di Sabahdan Sarawak dan memohon balik ke negerimasing-masing.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali: (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan D. P. Yijan-dran): Yang Berhormat.

Dr Leo Michael Toyad: Yangkeduanya......

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Yang Berhormat, Yang Ber-hormat dari Pasir Mas bangun.

Dr Leo Michael Toyad: Tidak ada masadan juga kerana saya lelah menolak pcr-mintaan Ahli-ahli Yang Berhormat yanglain-sudah adil saya ingat.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran): Teruskan Yang Berhormat.

Dr Leo Michael Toyad: Satu pcrkaralagi telahpun dilimbulkan di sini iaitu discliap sekolah menengah rendah harusdiwujudkan perpustakaan yang lengkap danbuku-buku yang kemaskini. Memangadalah hasrat Kemcnterian u n t u kmenyediakan perpustakaan dankemudahan-kemudahan pusat sumber ataubuku-buku rujukan dan buku-buku bacaandi sekolah-sekolah kita termasuk yang dibandar dan di luar bandar yangkebanyakannya masih kekurangan. Jadi,satu rancangan khas diusahakan olehKementerian Pendidikan. Jadi, dalamprogram pinjaman Bank Dunia yangkelapan, $41.1 juta telahpun diperuntukkanuntuk membeli buku-buku bagiperpustakaan sekolah menengah rendahterutamanya bagi sekolah-sekolah di luarbandar.

Mengenai satu perkara yang telah ditim-bulkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Pasir

9771 1 DISEMBER 1989 9772

Mas juga tadi bahawa usul bayaran royaltikepada sasterawan negara Sdr. Samad Saiddan usul bayaran royalti dinaikkan kepadasasterawan pada amnya.

Segala bayaran kepada Sdr. Samad Saidtelah pun dijelaskan.Maklumat lanjut kalauAhli Yang Berhormat inginmendapatkannya, saya boleh kemukakan,tetapi dukacita kerana masa tidakmengizinkan, dan kerana itu saya bolehsaya sampaikan kepada beliau kalau AhliYang Berhormat itu menginginkannya.

Persoalan yang kedua, kadar bayaranroyalti yang dibayar oleh Dewan Bahasadan Pustaka adalah boleh dikatakan suatukadar royalti yang tertinggi sekali dikalangan penerbit-penerbit buku diMalaysia. Jadi, memang kita telahmemberikan perhatian dan jugamemberikan dorongan kepada para penulisdan sastrawan kita di negara ini .

Dan untuk menjawab perkara yang telahditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat dariBachok mengenai perkara peruntukan SkimPinjaman Buku Teks untuk tahun 1990kurang daripada tahun 1989, peruntukanSkim Bantuan Buku Teks ini untuk 1990kurang dari peruntukan 1989 keranaKementerian telah memberikan buku-bukuteks ke sekolah-sekolah berdasarkcan kep-erluan sahaja. Ada buku teks yang masihboleh digunakan dan ada buku teks yangperlu diganti kerana rosak dan juga buku-buku yang tidak dapat digunakan lagi. Jadibuat masa sekarang ini, bantuan buku teksini diberikan kepada murid-murid yangdikatakan 90% dari pelajar-pclajar kita danpengagihan ini terpulanglah kepada ke-layakan dan kedudukan latarbelakangpelajar-pelajar berkenaan,

Tuan Pengerusi (Tuan D. P.Yijandran); Cuba gulungkan, YangBerhonnat.

Dr Leo Michael Toyad: Saya cuba ini,Tuan Pengerusi. Jadi, Ahli-ahli YangBerhormat, saya cuba dan kalau saya tidakdapat menjawab di sini, saya akanmenyampaikan secara bertulis.

Dan satu lagi perkara yang telah di-bangkilkan oleh Ahli Yang BerhormatdariBachok tadi mengenai buku-buku rujukandan bacaan dalam bahasa Jepun, bahasaInggeris dan bahasa-bahasa lain, pihakDewan Bahasa dan Pustaka memanglahtelah memberikan pertimbangan untukmemperluaskan lagi usaha mereka untukmemberikan perkhidmatan buku-bukuuntuk meninggikan lagi kemudahan dikalangan pelajar-pelajar dan masyarakat diMalaysia amnya.

Ahli Yang Berhormat dari Padang Teraptetahpun menyentuh serba sedikit menge-nai asrama desa yang telah saya jawabkantadi.

Satu perkara lagi yang juga telah di-timbulkan ialah pertimbangan semulaganjaran-ganjaran bagi pegawai-pegawaipengawas peperiksaan, ini juga telahditimbulkan juga oleh Ahli-ahli YangBerhormat yang lain. Ingin saya menyatakandi sini bahawa LembagaPeperiksaan sedangmenimbangkan semula ganjaran pengawaspeperiksaan ini tetapi elaun ini adalahtertakluk kepada Arahan Perbendaharaan,dan sama ada mungkin kita dapatmemberikan pertimbangan yang baik atautidak,itu adalah bergantungkepada keadaanatau apa yang sepatutnya dapat dijelaskan.Dan ini semata-mata untuk makluman AhliYang Berhormat di dalam Dewan inibahawa peruntukan ini adalah untukmenambahkan belanjawan selain dari elaun-elaun yang lain untuk pegawai-pegawaipendidikan di Kementerian.

Ahli Yang Berhormat dari Padang Terapjuga telah menimbulkan bahawa hukumanhendaklah setimpal ke atas orang-orangyang bertanggungjawab mengenai kertaspeperiksaan. Dalam perkara ini, untukmakluman Ahli Yang Berhormat, kertaspeperiksaan adalah dikelaskan "sulit" dansehingga kertas itu dibuka pada hari pe-periksaan. Oleh yangdemikian, orang-orangyang tidak bertanggungjawab berkaitandengan kebocoran ini akan didakwa berasas-kan kepada Akta Rahsia Rasmi. Dan ke-rana kita ada undang-undang, maka dapat-lah kita mengharapkan hukuman mereka

9773 1 DISEMBER 1989 9774

ini dijalankan dengan sepatutnya.Satu perkara lagi yang telah ditimbulkan

juga oleh Ahli Yang Berhormat dari Larutmengenai pelajar-pelajar di luar negeri. Padamasa ini, pegawai-pegawai KementerianPendidikan yang bertugas di luar negerisedang mengawal kcgiatan pelajar-pelajarkita di luar negeri daripada aktiviti-aktivitiyang tidak diingini dan sebarang kegiatanyang membenci Kerajaan ataupun menjadiahli dakwah ikulan, jadi di sini saya inginmenyatakan juga bahawa Jabatan PenuntutMalaysia di luar negeri sekarang ada jugadibekalkan dengan ustaz-ustaz atau pega-wai agama yang memberikan bimbinganagama kepada penuntut-penuntut kita disana.

Ahli Yang Bcrhormat dari Larut jugatelah menimbulkan dan minta Kementerianmenaikkan biasiswa kepada penuntut-penuntut kita di United Kingdom dan USA.Kerajaan memang mengkaji dari semasa kescmasa keperluan menaikkan elaun sarahiduppelajardi luarnegeri termasukdi UKdan USA. Jadi, elaun pelajar di UK telahpundinaikkan baru-baru ini dan Kerajaan sedangmengkaji cadangan untuk menaikkan elaunpelajar kita di Amerika Syarikat.

Ahli Yang Berhormat dari Serian telahminta tambah peruntukan kewangan kepadasekolah-sekolah di Sarawak, terutamanyadi luar bandar bagi mengelakkan kanak-kanak kita memotong rumput di sekolah.Kementerian Pendidikan sentiasa memberi-kan perhatian kepada keadaan di sekolah-sekolah, tidak kira sama ada di bandarataupun di luar bandar. Pada setiap lahunperuntukan telahpun ditambah bagi mem-pastikan supaya keadaan di setiap sekolahdapat diselenggarakan dengan baik danmempunyai pekerja dan peralalan yangmencukupi.

Tuan Pengerusi, dengan kerana masayang tidak mencukupi, saya sekali lagi inginmemberikan jaminan kepada Ahli-ahliYang Berhormat yang telah menyuarakanpandangan-pandangan dan cadangan-cadangan kepada Kementerian pada hari

ini dan hari kelmarin, maka kami akanmemberikan perlimbangan yang se-wajaraya dan di manaperkara-perkara yangsaya tidak dapat seniuhkan di sini, sayaingin memohon maaf dan saya harap akandapat memberikan jawapan secara bertuliskepada Ahli-ahli Yang Berhormat seke-lian. Dengan itu, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli YangBerhormat yang telah memberikan pan-dangan dan leguran yang membina. Terimakasih.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P. Vijan-dran): Ahl i -ahl i Yang Berhormat,masalahnya ialah bahawa wang sejumlah$4,664,243,600 untuk Maksud B.26 dibawah Kemenierian Pendidikan jadi seba-hagian daripada Jadual hendaklahdisetujukan.

Masalah dikemukakan bagi dipatuskan,dan disetujukan

Wang sebanyak $4,664,243,600 untukMaksud B.26 diperintahkan jadi sebahagiandaripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Tuan D. P. Vijan-dran); Masalahnya ialah bahawa perbe-lanjaan sebanyak $1,368,284,860 yangdisebutkan dalam Maksud P.26 dalamAnggaran Pembangunan, 1990 hendaklahdiluluskan.

Masalah dikemukabagi diputuskan, dandisetujukan.

Wang sebanyak $1,368,284,860 untukMaksud P.26 diluluskan jadi sebahagiandaripada Anggaran Pembangunan, 1990.

Majlis Mesyuaral bersidang semula.Timbalan Yang di-Pertua (Tuan D. P.

Yijandran); Ahli-ahli Yang Berhormat,mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul2.30 pelang, hari Isnin.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30petang.

L—A08505.