18hb disember, 1989 malaysia · jilid iii bil. 20 malaysia bari lsnin 18hb disember, 1989 penyata...

75
Jid III B. 20 MALAYSIA 18hb Dimr, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARAMEARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KETIGA Third Session KANDUNGANNYA MENGANGKAT SUMPAH: Y.B. Dato' Tan Peng Khꝏn Y.B. Puan Law Jack Yꝏn Y.B. Tuan C. Krishnan [Ruangan 2813) PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: Mengalu-alukan Ahli-Ahli Baro [Ruangan 2813) Perutu daripada Dewan Rakyat [Ruangan 2813) URUSAN MESYUARAT [Ruangan 2815) JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 2816) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perkalan 1Ϟ [Ruangan 2876) DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR GHAZALI BIN JANI, K.M.N., A.M.P., P.P.T., PEMANGKU KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA

Upload: others

Post on 31-Oct-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

Jilid III Bil. 20

M A L A Y S I A

Bari lsnin

18hb Disember, 1989

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL KETIGA Third Session

KANDUNGANNYA

MENGANGKAT SUMPAH:

Y.B. Dato' Tan Peng Khoon

Y.B. Puan Law Jack Yoon

Y .B. Tuan C. Krishnan [Ruangan 2813)

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA:

Mengalu-alukan Ahli-Ahli Baro [Ruangan 2813)

Perutusan daripada Dewan Rakyat [Ruangan 2813)

URUSAN MESYUARAT [Ruangan 2815)

JAWAPA.N-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 2816)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 1990 [Ruangan 2876)

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR

GHAZALI BIN JANI, K.M.N., A.M.P., P.P.T.,

PEMANGKU KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA

1990

Page 2: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

~

,.,

MALAYSIA

PARLIMEN KETUJUH DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KETIGA

AHLI-AHLI DEW AN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI OATUK ABANG HA.Ji AHMAD URAi BIN DATU HAKIM ABANG HA.JI MOHIDEEN, P.M.N., P.N.B.S., D.S.N.B. (Brunei), J.B.S., A.M.N., A.B.S. (Sarawak).

"

"

"

"

" "

" "

" " "

"

" " "

"

"

"

"

"

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, OATUK HAJJ HUSSEIN BIN AHMAD, D.M.S.M. (Dilantk).

Timbalan Menteri Kesihatan, TuAN MOHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, DATO DR K. S. NIJHAR, s.P.M.J., J.M.,. (Dilantik).

DATO' HA.JI ABDUL HAMID BIN HAJJ LATIF, D.I.M.P., A.M.N. (Dilantik).

DATUK HAJJ ABU BAKAR BIN LAJIM, D.M.S.M., K.M.N. (Dilantik) ..

PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

TUAN AzMAN ATAR BIN OTHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

DATO' AZUMU BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

TUAN P. BALARAM (Kedah Darulaman).

DATO CHAN CHOONG TAK, D.S.N.S. (Dilantik).

TUAN CHONG CHI SIONG@ CHONG FAH (Negeri Sembilan).

OR CHONG ENG LEONG (Sabah).

TUAN DAHALAN BIN HAJJ EMBUN (Perlis).

TUAN DOUGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

TUAN Foo BOON LIANG (Pahang Darulmakmur).

PuAN HAJJAH HABIDAH BINTI JusoH alias YusoF, P.J.K. (Terengganu).

TUAN HAJJ HAMID ARABY BIN Mo. SALIH, A.M.N., P.K.T., P.J.K.

(Pulau Pinang).

TUAN HASSAN BIN HARUN, A.M.N. (Kelantan).

TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN HA.JI IBRAHIM BIN JENDOL (Dilantik).

Page 3: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2807 18 DISEMBER 1989 2808

Yang Berhormat TUAN HA.Ji IBRAHIM BIN HA.Ji UJANG, P.P.N., P.J.K. (Negeri Sembilan).

" " "

" "

" "

"

"

" "

" " " "

"

"

"

" "

" "

"

"

"

"

"

TUAN c. KRISHNAN, A.M.N. (Dilantik).

TUAN KUAN PENG SOON, A.M.N. (Perak).

TUAN LAU KENG SIONG alias JOSEPH LAU KENG SEONG, K.M.N., A.M.N., P.I.S. (Johor).

PuAN LAW JACK YooN (Dilantik).

TUAN LIM HENG TEE, J.P. (Pulau Pinang).

PUAN MAZIDAH BINTI HAJI ZAKARIA (Dilantik).

TUAN HA.JI MOHD. NOOR BIN HAJI ABDULLAH, A.M.N., A.K. (Kelantan).

DR NAWAWI BIN MAT AWIN (Dilantik).

DR NG KHEK KIUNG (Selangor Darul Ehsan).

TuAN NG PENG HAY, P.J.K. (Melaka).

CIK NoRANI BINTI HAJI BELUAH alias HAn HrrAM, A.M.N., P.J.K. (Pahang Darulmakmur).

DR NORDIN SELAT (Dilantik).

TUAN G. RAJoo (Dilantik).

PUAN HAIJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROSNAH BINTI HAJI MOHD. SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHD. AKIM, A.M.N., P.J.K., P.J.M. (Dilantik).

TUAN v. K. SELLAPPAN (Dilantik).

TUAN HA1I SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N., P.C.K. (Dilantik).

TUAN SIVALINGAM AIL ARUMUGAM KARUPPIAH (Dilantik).

TUAN HA.JI SYED ABDUL HAMID BIN SAGAFF, P.I.S., 8.S.I., P.P.N. (Dilantik).

TUAN TAN CHAI.Ho, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

DR TAN CHONG KENG (Dilantik).

DATO' TAN PENG KHOON, S.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N., P.I.S., B.S.I., J.P. (Dilantik).

TUAN TIONG HIEW KING, P.B.S. (Dilantik).

PuAN VALLI MuTHuSAMY, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN WONG KIE YIK (Dilantik).

TUAN DAVID YEOH ENG HOCK (Dilantik).

DATO' HA1I ZAKARIA BIN HA.JI YAHAYA, D.P.M.S., K.M.N., S.M.S., P.J.K., P.P.N. (Selangor Darul Ehsan).

--

"

Page 4: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

... --.

,,

2809 18 DISEMBER 1989

DEWAN NEGARA

PEGA WAl-PEGA WAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Hj. Yahya bin Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy .

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abdul Samad.

Jainah binti Sakimin.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., e.s.o., P.J.K.

2810

Page 5: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

., "" --

,,

2813 18 DISEMBER 1989

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

2814

lsnin, 18hb Disember, 1989

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

MENGANGKATSUMPAH

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat Sumpah seperti yang disebutkan dalam Perlembagaan:

1. Dato' Tan Peng Khoon 2. Puan Law Jack Yoon

3. Tuan C. Krishnan

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PER TUA

MENGALU-ALUKAN AHLI-AHLI BARU

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat Sumpah sebentar tadi. Saya berharap semoga Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru dilantik semula itu, dapat memberikan sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan kepada negara seterusnya serta semoga dapat berkhidmat dengan cemerlangnya.

PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara

mempersetujukan Rang Undang­undang yang telah diluluskan oleh Dewan tersebut.

Saya jemput Setiausaha membaca­kan Perutusan itu sekarang. Di­persilakan.

( Setiausaha membacakan Per­utusan)

"18hb Disember, 1989

Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara,

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya:

1. Rang Undang-undang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Pindaan);

2. Rang . Undang-undang Jualan Barang (Pindaan dan Perluasan);

3. Rang Undang-undang Mah­kamah Kehakiman. (Pindaan);

. - -- ·--·· - - -

4. Rang Undang-undang Peng­galakan Pelaburan (Pindaan);

5. Rang Undang-undang Kewa­ngan;

6. Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Langkawi;

7. Rang Undang-undang Kanun Tanah Negara (Pindaan);

8. Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan);

9. Rang Undang-undang Pela­buhan-Pelabuhan (Penswastaan);

Page 6: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2815 18 DISEMBER 1989 2816

10. Rang Undang-undang Pelaburan Kerajaan (Pindaan);

11. Rang Undang-undang Bil Per­bendaharaan (Tempatan) (Pin­daan);

12. Rang Undang-undang Pinjaman (Tempatan) (Pindaan); dan

13. Rang Undang-undang Bank Negara Malaysia (Pindaan).

Yang ikhlas,

t.t. YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT."

URUSAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya akan mencadangkan supaya Rang Undang-undang yang tersebut di dalam Perutusan itu dibacakan kali yang kedua dan ketiga di Mesyuarat ini.

1. Rang Undang-undang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Pindaan);

2. Rang Undang-undang Jualan · Barang (Pindaan dan Perluasan);

3. Rang Undang-undang Mah­kama~ l\:phakiman, (Pindaan);

4. Rang Undang-undang Peng­galakan Pelaburan (Pindaan);

5. Rang Undang-undang Kewa­ngan;

6. Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Langkawi;

7. Rang Undang-undang Kanun Tanah Negara (Pindaan);

8. Rang Undang-undang Hakmilik Strata (Pindaan);

9. Rang Undang-undang Pela­buhan-Pelabuhan (Penswastaan);

10. Rang Undang-undang Pelaburan Kerajaan (Pindaan).

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

JAWAPAN-JAWAPAN MULUTBAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

LEBUHRAYA TIMUR-BARAT­BAYARAN KERJA

1. Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Kerjaraya menyatakan bagaimanakah boleh berlakunya lebihan bayaran sebanyak $30 juta bagi baikpulih kerja Lebuhraya Timur-Barat yang telah menjadi kontroversi baru-baru ini dan apakah perbezaan pendapat mengenai pe­nilaian kerja di antara Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Audit me­nunjukkan tidak ada kata sepakat di antara Jabatan-jabatan Kerajaan.

18. Puan Ainon binti Ariffin min­ta Menteri Kerjaraya menyatakan adakah Kementerian itu sedar me­ngenai pembayaran berlebihan kepada projek-projek yang di bawah kelolaan Kementerian ini yang sering berlaku sebagai contoh terbesar ialah projek memperbaiki Lebuhraya Timur-Barat. Kalau sedar, apakah langkah-langkah yang telah dilakukan bagi · mengatasi kejadian yang tidak wajar itu.

22. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kerjaraya menyatakan se­jauhmanakah benarnya yang Ke­menterian Kerjaraya telah terlebih bayar · sebanyak $30 juta kepada kontraktor yang membina projek Lebuhraya 'finiur-Barat, Jeli-Grik.. Jika benar berlaku; mengapakah boleh berlaku demikian?

Timbalan Menteri Kerjaraya (Tuan Luhat Wan): Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk memberi

~

Page 7: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

"

2817 18 DISEMBER 1989 2818

jawapan kepada soalan ini bersama­sama dengan soalan No. 18 yang dikemukakan oleh Y.B. Puan Ainon binti Ariffin dan soalan No. 22 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuan Hassan bin Nam memandangkan maksudnya adalah hampir sama.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Yang . Berhormat sedia maklum, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah pun membuat keputusan bahawa pembayaran $30 juta yang telah dibuat kepada kontraktor berkenaan adalah wajar dan berpatutan mengikut syarat-syarat kontrak yang telah dipersetujui. Dengan keputusan PAC itu ternyata tidak ada lebihan bayaran dalam kontrak projek berkenaan.

Waiau bagaimanapun, bagi mem­pastikan kekeliruan seperti ini tidak akan berlaku di masa-masa akan datang, Kementerian saya akan meningkatkan peraturan kerja khususnya berhubung dengan dokumentasi supaya kemas, lebih teratur dan senang untuk tujuan rujukan. Pihak JKR juga t.elah dinasihatkan supaya memperkemaskan dan meningkatkan keupayaan untuk mengawas pelaksanaan projek-projek selaras dengan syarat-syarat kontrak.

Mengenai persoalan Yang Ber­hormat adalah adanya perbezaan pendapat · mengenai penilaian kerja antara JKR dan J abatan Audit yang menunjuk.kan seolah-olah tidak ada kata sepakat di antara Jabatan-jabatan Kerajaan, Kementerian berpendapat setiap Jabatan mempunyai bidang tugas dan peranan masing-masing. Jabatan Audit sebagai agensi yang bertanggungjawab secara langsung mempastikan harta-harta awam diurus dengan teratur dan sempurna, mempunyai hak berbuat demikian sebagai "counter-check" kepada pengurusan harta awam yang dibuat oleh agensi-agensi Kerajaan yang lain.

Oleh itu, perbezaan pendapat seperti ini tidak dapat dielakkan. Waiau bagaimanapun, Kerajaan juga ada Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Parlimen iaitu PAC, sebagai "check and balance", dengan izin, yang bertanggungjawab kepada orang awam mengenai pengurusan dan pengendalian harta awam serta mempunyai kuasa untuk mendengar dan memutuskan berhubung dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Jabatan-jabatan.

MAJLIS PERUNDINGAN EKONOMI NEGARA­

KEMAJUAN

2. Tuan G. Rajoo minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) kemajuan yang dicapai oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara setakat ini dalam membentukkan dasar eko­nomi negara selepas tahun 1990;

(b) apakah kesan terhadap Majlis ini berikutan dengan bebe­rapa ahli menarik diri dari keanggotaannya; dan

(c) bilakah laporan Majlis ini dapat disiapkan dan c:fi .. umumkan kepada rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dr Ting Chew Peh): Tuan Yang di-Pertua, setakat ini Majlis PerU:ndirlgari Ekotlomi 1Negara ataupun MPEN telah . bersidang 12 kali. Kelima-lima Jawatankuasa yang ditubuhkan telah mengemuka dan membentangkan laporan masing­masing kepada Majlis. Majlis telah pun selesai membincangkan laporan dari empat buah Jawatankuasa iaitu laporan-laporan daripada Jawatan­kuasa Pengutipan Methodology · dan Analisa Data, Jawatankuasa Mengkaji Prestasi Pembasmian Kemiskinan, Jawatankuasa Mengkaji Prestasi Penyusunan Semula Masyarakat dan J awatankuasa Ekonomi dan Perkembangan Antarabangsa.

----------

Page 8: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2819 18 DISEMBER 1989 2820

Perbincangan atas laporan Jawa­tankuasa Pembangunan Sumber Tenaga Manusia akan disambung pada sidang pleno yang akan datang. Jawatankuasa Kecil Perbadanan Negara yang ditubuhkan oleh Jawa­tankuasa Pemandu Untuk Meng­kaji Soal Perpaduan Negara secara mendalam telah menyiapkan draf laporannya dan telah mengemukakan kepada Jawatankuasa Pemandu untuk dibincangkan. Laporan Jawatankuasa tersebut dijangka akan dibentang dan dibincangkan dalam sidang pleno yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan penarikan diri, beberapa orang ahli masalah tersebut adalah menjadi tanggungjawab Majlis sendiri untuk menyelesaikannya. Bagi pihak Kerajaan adalah diharapkan per­bincangan Majlis berjalan seperti biasa mengikut peraturan yang telah dipersetujui oleh Ahli-ahli Majlis sendiri. Kerajaan tidak akan campurtangan dalam ha! ini. Majlis dijangka akan menyiapkan laporan keseluruhannya pada awal tahun 1990 apabila semua laporan Jawatankuasa telah dibincangkan di sidang pleno Majlis. Laporan tersebut akan m~gambil kira segala rumusan dan cadangan daripada Jawatankuasa­jawatankuasa yang ditubuhkan serta perbincangan-perbincangan yang telah diadakan dalam sidang pleno. Laporan akhir akan dikemukakan kepada Kerajaan apabila Majlis telah berpuas hati dengan laporan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan pada masa ini tidak bercadang mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai tarikh penggubalan dasar ekonomi selepas tahun 1990 memandangkan MPEN masih belum selesai menjalankan tugasnya. Waiau bagaimanapun, Kerajaan akan mempertimbangkan dengan penuh tanggungjawab segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh MPEN sebelum dasar baru untuk

tahun selepas 1990 diumumkan kepada rakyat.

Tuan Azman Atar bin Othman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membuat soalan tambahan. Pertamanya, saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan walaupun Kerajaan mempunyai kuasa untuk meneruskan Dasar Ekonomi Baru, Perunding Ekonomi tetapi oleh kerana hendak memuaskan hati seluruh rakyat jelata maka Kerajaan menyerahkan kepada satu badan supaya membentuk satu Dasar Ekonomi Baru untuk dipergunakan selepas tahun 1990. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan kenapa mereka itu menarik diri dan saya difahamkan Ahli-ahli yang menarik diri daripada menjadi ahli MPEN itu kebanyakan daripada D AP sama ada Yang Berhormat bersetuju atau tidak. Kalau saya perkatakan mereka tidak sanggup melibatkan dalam Ahli-ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara ini kerana kalau mereka sama-sama terlibat maka keputusan itu akan dicapai. Maka mereka tidak mempunyai perbincangan untuk menjadi isu politik di dalam pilihanraya yang akan datang, sama ada Yang Berhormat bersetuju atau tidak?

Dr Ting Chew Peh: Tuan Yang di­Pertua, benar bahawa yang menarik diri itu kebanyakan terdiri daripada Wakil-wakil OAP. Seramai 5 orang Wakil OAP yang menarik diri di samping itu ada 4 orang lagi yang lain itu yang menarik diri. Dan berhubung dengan soalan yang\ akhir itu, saya bersetuju. \

Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tahu adakah keputusan laporan Majlis P~rundingan Ekonomi Negara (MPEN) dalam membentukkan dasar ekonomi negara selepas 1990 itu memerlukan

•,

Page 9: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

"'

2821 18 DISEMBER 1989 2822

keputusan sebulat suara atau memadai keputusan undi majoriti sahaja?

Dr Ting Chew Peh: Tuan Yang di­Pertua, sebenarnya dalam laporan yang dikemukakan nanti adalah berdasarkan kepada persetujuan sebulat suara dan pihak Kerajaan akan menjadikan laporan itu sebagai satu garispanduan sahaja.

PERUSAHAAN PELANCONGAN

3. Puan Mazidah binti Haji Zak.aria minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan selain dari usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian untuk meningkatkan dan menjayakan perusahaan pelancongan di negara ini, apakah usaha-usaha yang dirancang dan sedang/akan dilaksanakan bagi perkembangan aspek-aspek kebudayaan terutama dalam konteks pertumbuhan kebu­dayaan nasional/Malaysia.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (Tuan Abdul Raman bin Soliman): Tuan Yang di-Pertua, selain daripada usaha­usaha yang dilakukan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, untuk meningkatkan dan menjayakan per­usahaan pelancongan Kementerian juga menitikberatkan perkembangan aspek-aspek kebudayaan melalui program-program yang dirancang selaras dengan kontek pertumbuhan kebudayaan nasional. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah mengadakan berbagai program bagi mengisi, membina dan melaksanakan dasar kebudayaan kebangsaan seperti berikut:

(i) pemulihan dan pemeliharaan serta pengembangan kesenian tradisional seperti wayang kulit, makyong, wau, gasing dan silat yang dijalankan melalui kursus, pertandingan dalam bentuk manifestasi dan pesta. Dari segi kesenian

sezaman Kementerian meng­galakkan aktiviti-aktiviti seperti teater, muzik, seni lukis dan seni tampak bagi meninggikan perkembangan kesenian secara profesio­nalisme dengan mening­katkan mutu dan tarafnya;

(ii) dalam kontek pembangunan kesenian Kementerian mengalakkan usaha kreatif ke arah menghasilkan bidang kesenian bermutu tinggi yan:g sesuai dengan sezaman. Usaha pengembangan kepada lambang-lambang kesenian kebangsaan yang baik yang mengalakkan penglibatan dan penyertaan semua pihak sentiasa dilakukan di upacara­u pa car a negara dan rombongan kesenian ke luar negeri melalui produksi­produksi seperti Tun Teja, Telawati, Dewa Muda dan sebagainya diketengahkan berasas kepada tradisi rakyat, legenda dan sejarah;

(iii) menyelaras aktiviti-aktiviti pertukaran kebudayaan an­tar a bangsa dengan semua agensi di semua tahap dengan menerokai kehendak antara Malaysia dengan negara­negara yang ada perjanjian kebudayaan; dan

(iv) mengadakan program~pro-

gram bagi meningkatkan kefahaman dan keihpuan melalui siri ceramah budaya dengan kerjasama institut pengajian tinggi dan juga siri ceramah kepada pelajar-. pelajar. Di samping itu Kementerian juga menja-1 an k an usaha-usaha pe­ngumpulan bahan-bahan dokumentasi untuk bacaan . umum sebagai sumber rujukan budaya. Usaha-usaha Kementerian ini adalah ke

Page 10: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2823 18 DISEMBER 1989 2824

arah pertumbuhan kebu­dayaan nasional yang sihat selaras dengan dasar kebudayaan kebangsaan yang ada sekarang.

Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, saya merasa bangga kerana adanya usaha-usaha dari segi pertumbuhan kebudaya­an nasional ataupun kebudayaan Malaysia yang dilakukan oleh Ke­menterian tetapi saya merasa sedikit kesal kerana selalunya tumpuan dari segi publisiti dan sebagainya tidak kepada aspek-aspek kebudayaan ini, mungkin ini dapat dilakukan dengim lebih giat lagi oleh pihak Kementerian. Namun. begitu saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen kalau kita meninjau dari segi pertumbuhan kebudayaan mungkin satu target group dengan izin, ataupun kumpulan sasaran yang paling baik dilakukan ialah melalui kanak-kanak. Saya ingin tahu sama ada atau tidak usaha-usaha dijalankan di mana faktor-faktor kebudayaan ataupun aspek-aspek kebudayaan ini dilakukan dengan perancangan yang tertentu untuk kanak-kanak.

Tuan Abdul Raman bin Soliman: Tuan Yang di-Pertua, memang ada Kementerian melaksanakan ataupun tumpuan kepada target group, umpamanya dari segi perlaksanaan perancangan kita pada mulanya kita menganjurkan aspek-aspek kebu­dayaan ini kepada pertubuhan­pertubuhan sukarela dan juga mereka yang bertanggungjawab sebagai pemimpin-pemimpin kepada ma­syarakat di dalam negara kita. Langkah yang kedua yang telah dan sedang kita jalankan , ialah kita menumpukan' kumpulan sasaran kita kepada pemimpin-pemimpin dan pengerak-pengerak budaya bukan sahaja kepada satu kaum tetapi kepada berbagai-bagai kaum seperti kita menganjurkan kempen budaya

untuk memperluaskan kefahaman kepada pemimpin-pemimpin serta pengerak-pengerak budaya kepada semua peringkat agar mereka memahami dengan sebenamya iaitu dasar matlamat dan strategi pem­binaan kebudayaan kebangsaan kita. Insya Allah peringkat seterusnya akan kita jalankan setelah kita dapat maklum balas kempen budaya ataupun gerakan kem budaya kepada pengerak-pengerak ini setelah kita mendapat· maklum balas daripada pelaksanaan projek-projek tersebut kita akan tumpukan pula kepada sasaran kita yang ketiga iaitu di peringkat kanak-kanak kecil.

Waiau bagaimanapun, saya inginlah jelaskan kepada Dewan ini bahawa perkembangan ataupun pemahaman tentang kebudayaan kebangsaan bukanlah semata-mata tanggungjawab Kementerian Kebudayaan dan Pe­lancongan tetapi ianya juga telah dimainkan oleh Kementerian-ke­menterian dan agensi-agensi Ke­rajaan yang lain. Ini termasuklah seperti mana yang disebutkan Yang Berhormat tadi kalau di peringkat kanak-kanak Kementerian Pendidikan juga telah memainkan peranan yang penting untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan kebangsaan di pering~at sekolah lagi.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya minta Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan ·dan Pelancongan membuat penjelasan iaitu berkenaan dengan konteks pertumbuhan kebudayaan nasional bahawa ada setengah-setengah negeri telah menubuhkan brigade seni seperti di negeri Melaka di mana brigade seni telah ditubuhkan dan penari-penari telah dibayar dengan upah sebagai penari sepenuh masa. Adakah Kementerian Kebudayaan dan Pe­lancongan bercadang akan mem­berikan sumbangan kewangan kepada brigade-brigade seni seperti brigade

Page 11: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

·--.

;

2825 18 DISEMBER 1989 2826

seni Melaka ini yang telah menjalankan tugas untuk per­tumbuhan kebudayaan nasional kita dan juga telah membuat promosi pelancongan negara kita kepada pelancong-pelancong asing.

Tuan Abdul Raman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, inginlah saya maklumkan bahawa apa sahaja kegiatan yang melibatkan kebudayaan kita sudah tentulah menjadi tang­gungjawab semua pihak dan jika Kerajaan negeri menubuhkan brigade seni sudah tentulah Kerajaan Negeri telah memandangkan iaitu keperluan kewangan ini perlulah diperuntukkan. Waiau bagaimanapun, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan sentiasa memberi kerjasama sama ada dari segi bantuan teknikal dan sebagainya kepada pihak-pihak yang berkenaan dan juga kita mempunyai satu akaun iaitu akaun amanah yang mana setakat yang kita mampu, insya Allah, kita akan beri bantuan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Waiau bagai­manapun, saya inginlah menya­takan kepada Yang Berhormat iaitu dalam membangunkan Kebudayaan Kebangsaan ini kita tidaklah semestinya bergantung kepada keupayaan kewangan tetapi kita mestilah mempunyai satu sikap tanggungjawab untuk memastikan ianya mencapai kejayaan sebab itu semua pihak mestilah terlibat.

Tuan Yang di-Pertua: Saya benarkan satu soalan sahaja lagi. Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah.

-----Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kalau di Malaysia agama Islam adalah agama rasmi negara, adakah pihak Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan mem­buat sesuatu perkara sebagai­mana membuat kepada kebudayaan­kebudayaan yang lain untuk menunjukkan kepada seluruh negara

di dalam dunia ini bahawa Malaysia adalah negara Islam yang sejati, agama Islam adalah agama rasmi negara.

Tuan Abdul Raman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertlia, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya berkenaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bahawa matlamat pembinaan ke­budayaan kebangsaan kita ialah perpaduan negara, keperibadian kebangsaan dan k~hidupan kema­nusiaan dan kerohanian. Untuk mencapai matlamat ini Kerajaan telah pun menetapkan tiga dasar yang penting di dalam pembinaannya. Pertamaya, kita menentukan kebu­dayaan rakyat asal rantau ini adalah menjadi teras. Kedua, unsur­unsur kebudayaan lain yang sesuai juga boleh kita terima sebagai dasar di dalam pembinaan tersebut. Ketiga, yang penting di dalam dasar tersebut ialah Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan kita. Oleh sebab itu, kita di Kementerian ataupun Kerajaan keseluruhannya melaksanakan dasar­dasar ini, umpamanya Kerajaan menjalankan satu dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran adalah merupakan satu daripada dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan. Di samping itu, di peringkat Kementerian juga umpamanya kita telah mengadakan Persidangan Tamaddun Dunia Islam, pertemuan­pertemuan dunia Islam dan sebagainya bagi mencungkilkan unsur­unsur nilai-nilai yang baik di dalam kebudayaan kita agar ianya dapat diketengahkan dan dijadikan sebagai amalan kita.

JALAN KUALA LlfIS-GUA MUSANG-i>F:MBAikAN ..

4. Tuan Hassan bin Harun minta Menteri Kerjaraya menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa Jalan Kuala Lipis-Gua Musang di antara

Page 12: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2827 18 DISEMBER 1989 2828

Kuala Lipis dengan Padang Tunku rosak teruk. Adakah Kerajaan bercadang untuk membaikinya memandangkan jalan itu semakin popular dengan pengguna-pengguna Kuala Lumpur-Kota Bharu sekarang.

Tuan Luhat Wan: Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat mengenai soalan ini, iaitu berkenaan sebahagian daripada Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, iaitu dari Merapoh ke Pagar Sasak telah pun diperbaiki dengan jumlah kos sebanyak $18.530 juta. Berkenaan dengan bahagian jalan dari Kuala Lipis ke Padang Tunku, Kementerian Kerjaraya memang menyedari keadaan jalan itu yang mengalami kerosakan yang teruk. Meman­dangkan kos membaiki jalan ini adalah tinggi, peruntukannya akan dipohon di bawah Rancangan Malaysia Keenam yang akan datang.

GERAK.AN BELIA 48-JUMLAH CAWANGAN

5. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(a) bilangan persatuan-persatuan Belia yang bergabung dengan Gerakan Belia 4B Malaysia serta jumlah keahliannya mengikut negeri-negeri;

(b) sama ada terdapat atau tidak persatuan-persatuan Belia ter­sebut yang tidak dapat bergerak sama sekali di­sebabkan oleh masalah pen­daftaran dan berapa bi­langannya; dan

(c) apakah langkah Kementerian untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh Gerakan tersebut sekarang ini.

26-12-89

8. Tuan Azman Atar bin Othman minta Menteri Belia dan. Sukan

menyatakan sama ada beliau menyedari bahawa Pergerakan Belia 4B tidak lagi aktif dibandingkan dengan kedudukannya beberapa tahun yang silam. Apakah langkah­langkah yang telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan (Tuan Haji Awang bin Jabar): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuan Azman Atar bin Othman yang akan dikemukakan pada 26hb Disember nanti kerana ada kaitan.

(a) Mengikut perangkaan yang diterima dari Pendaftar Per­tubuhan, jumlah Cawangan Gerakan Belia 4B negeri-negeri adalah seperti berikut. Saya menjawab ini dengan jumlah cawangan:

Negeri Bil. Cawangan

Perils .. .. 74 Kedah .. .. 430 Pulau Pinang .. 77 Perak .. .. 269 Selangor .. .. 239 Wilayah Persekutuan 60 Negeri Sembilan 124 Mel aka .. .. 102 Johor .. .. 252 Pahang .. .. 115 Terengganu .. 201 Kelantan .. .. 298

(b) Memang terdapat persatuan­persatuan belia yang tidak dapat bergerak, malahan pen­daftarannya juga dibatalkan oleh Pihak Pendaftar Per­tubuhan atas beberapa ma­salah teknikal yang dihadapi oleh persatuan-pers~tuan ber­kenaan seperti tidak meng­hantar penyata tahunan, penyata kewangan dan tidak memenuhi syarat-syarat bagi mendaftarkan sesebuah per­satuan. Setakat ini ada

-~~---~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~-

~

,.

r

Page 13: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

"

..

2829 18 DISEMBER 1989 2830

sebanyak 870 persatuan telah dibatalkan oleh Pendaftar Per­tubuhan.

Mengenai soalan berkenaan langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki kedudukan Gerakan Belia 4B, sebenarnya Pertubuhan Gerakan Belia 4B di peringkat Negeri, Kawasan dan Cawangan-cawangan masih aktif, cuma peringkat Ke­bangsaan sahaja yang tidak bergerak. Kementerian Belia dan Sukan telah dan sedang mengambil beberapa langkah untuk menggerakkan semula Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia ini.

(c) Kementerian telah mena-sihatkan Gerakan Belia 4B Malaysia supaya mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan mengikut Perlembagaan Per­tubuhan itu supaya tidak men­jejaskan keahlian Gerakan Belia 4B Malaysia, dan dengan itu juga dapat memper­kukuhkan perpaduan dan kepimpinan Gerakan Belia 4B Malaysia di seluruh negara.

Tuan Haji Ibrahim bin Jendol: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bahawa Yang Berhormat tadi menyatakan bahawa di peringkat Cawangan, Cawangan-cawangan ini begitu aktif sekali tetapi bagi saya bahawa di Cawangan sekarang ini masih terpinga-pinga apa akan terjadi kepada 4B dan kita tahu bahawa 4B merupakan satu pertubuhan belia yang paling besar sekali dalam negara kita. Soalan saya pernahkah Yang Berhormat berusaha untuk berbincang dengan Presiden 4B dan menyatakan apa yang berlaku sekarang ini membolehkan Presiden ini sedar apa yang berlaku.

Tuan Haji Awang bin Jabar: Tuan Yang di-Pertua, perbincangan dengan Presiden Belia 4B Malaysia telah

dibuat oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Belia dan Sukan dan sehubungan dengan itu dalam pertemuan-pertemuan sama ada dengan Presiden ataupun Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Belia 4B Malaysia, Kementerian lantas me­nasihati mereka sebagaimana yang saya sebutkan tadi supaya mem­perbetulkan kedudukan 4B demi untuk memajukan Gerakan Belia di seluruh negara kita ini.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu daripada Yang Berhormat, pernahkah Kementerian mena­sihatkan Presiden 4B ini suruh letak jawatan.

Yang kedua, kalau dia tak sedar diri dia, beritahu kepada dia bahawa dia sudah berada dalam kapal lain yang ahli-ahli 48 sekarang berada dalam kapal lain. Jadi saya minta Yang Berhormat tolong ambit daya usaha ini supaya dia letak jawatan.

Tuan Haji Awang bin Jabar: Tuan Yang di-Pertua, insya Allah.

Tuan V. K. Sellappan: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Kementerian berkenaan berapakah harta Belia 48 ini sehingga sekarang. Bagaimanakah harta ini menguntungkan ahli-ahli 4B. Bagaimanakah kedudukan koperasi Belia 48 SEGEMAL. Apakah perhubungan di antara Belia 4B dan Koperatif SEGEMAL.

Tuan Haji Awang bin Jabar: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana figure ini tidak ada pada saya, saya minta notis.

Puan Hajjah Rogayah binti Che Mat: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan mengenai pendaftaran keahlian belia. Sama ada belia-belia ini datang sendiri ke pertubuhan­pertubuhan belia atau satu usaha

Page 14: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2831 18 DISEMBER 1989 2832

dibuat supaya pendaftaran itu bermula sebaik sahaja belia-belia tamat sekolah menengah atau institusi pengajian tinggi bagi penyelarasan angka sebenar para belia di tanahair kita.

Tuan Haji Awang bin Jabar: Tuan Yang di-Pertua, kemasukan ahli-ahli di dalam satu-satu pertubuhan belia adalah inisiatif oleh individu belia­belia itu sendiri dengan memajukan nama-nama mereka ke pertubuhan belia-belia di cawang~n-cawangan ataupun di peringkat-peringkat yang lebih tinggi daripada itu. Namun begitu, kita juga melaksanakan program-program untuk memberi penerangan kepada belia-belia, knususnya murid-murid sekolah di Tingkatan 5, Tingkatan 6 penjelasan mengenai pergerakan-pergerakan belia dan program-program belia, opportunity yang mungkin diperolehi oleh belia-belia menerusi persatuan masing-masing. Dengan cara ini manakala mereka tamat daripada pengajian, ramailah mereka ini menyertai pertubuhan-pertubuhan belia ini.

PERUSAHAAN BUIH BESI DI TERENGGANU

6. Puan llajjah Habidah binti Jusoh minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan benarkah kenyataan Kerajaan Negeri Terengganu baru­baru ini bahawa perusahaan bijih besi di Bukit Besi akan dibuka semula dan sejauh ini bilakah projek itu akan dilaksanakan dan apakah usaha Kerajaan Pusat bagi menjayakan perusahaan ini.

Menteri Perusahaan Utama (Dato' Seri Dr Lim Keng Yaik): Tuan Yang di-Pertua, suka saya jelaskan di sini bahawa kemungkinan penubuhan semula perusahaan bijih besi di Bukit Besi, Terengganu sebenarnya adalah masih, lagi berada di peringkat kajian. Kajian tersebut akan dimulakan pada

pertengahan bulan Disember 1989 dan dijangka akan memakan masa selama tiga bulan termasuk penulisan laporan untuk menentukan sama ada projek tersebut mempunyai daya maju ataupun tidak. Oleh itu, adalah terlalu awal untuk menyatakan tarikh pelaksanaan projek tersebut jika ianya berdaya maju serta bentuk-bentuk penglibatan Kerajaan Persekutuan.

MAJLIS MAULIDUR RASUL DI KEDUTAAN MALAYSIA

7. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Luar Negeri menyatakan sama ada Kedutaan­kedutaan Malaysia dan pegawai­pegawainya yang beragama Islam mengadakan majlis agama seperti Majlis Maulidur Rasul dan majlis agama selain dari menyambut Hari Raya dan lain-lain majlis agama.

Menteri Loar Negeri (Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi kelaziman bagi Kedutaan-kedutaan Malaysia dan pegawai-pegawainya semasa bertugas di luar negeri mengadakan pertemuan-pertemuan atau majlis sesama sendiri, selain daripada mengadakan majlis-majlis keraian rasmi yang mana melibatkan jemputan-jemputan luar. Pertemuan atau majlis yang diadakan sesama sendiri adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silatul­rahim, semangat setiakawan dan kekeluargaan. Ini termasuklah pertemuan atau majlis seperti majlis muhibah, kenduri-kendara, majlis hari jadi dan lain-lain yang melibatkan semua kakitangan dari berbilang kaum dan agama yang bertugas dalam satu Kedutaan. Begitu juga dengan majlis­majlis agama di mana Kedutaan dan pegawai-pegawai Islamnya tidak ketinggalan untuk nieraikannya seperti majlis menyambut Hari Raya, tahlil dan majlis Maulidur Rasul. Waiau bagaimanapun, bagi majlis seperti ini disambut diadakan di

f.

-:

Page 15: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

.,.

,;

2833 18 DISEMBER 1989 2834

Kedutaan di mana terdapat ramai pegawai-pegawai Islam atau komuniti rakyat Islam termasuk pelajar-pelajar Islam Malaysia di tempat itu. Ada kalanya juga pegawai-pegawai Islam dari Kedutaan kita, misalnya di Brazil dan Switzerland, menyambut majlis­majlis ini bersama-sama dengan diplomat-diplomat asing yang beragama Islam dari negara-negara seperti Indonesia, Saudi Arabia, Iraq, Pakistan, Bangladesh dan lain­lainnya.

Tuan Haji Ibrahim bin Jendol: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri, adakah Kementerian meletakkan pegawai-pegawai daripada Jabatan Agama Islam di setiap Kedutaan kita di negara-negara yang mempunyai Kedutaan kita di sana? Kalau ada diletakkan, adakah program pe­nerapan nilai-nilai Islam dija­lankan? Sebagai contoh, kiamulail umpamanya dijalankan untuk pe­gawai-pegawai dan juga penuntut­penuntut di seberang laut?

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, adalah sukar untuk Kerajaan dan juga Kementerian Luar Negeri dan lain-lain Kementerian untuk menempatkan pegawai-pegawai yang ber­pengetahuan yang begitu mendalam dalam agama di semua Ke­dutaan-kedutaan yang kita ada di luar negeri. Cuma Kedutaan-kedutaan yang besar seperti di London, Washington, Sydney, Wellington dan juga Jakarta, di mana pegawai-pegawai yang beq>engalaman dan pengetahuan dalam agama ditempatkan di Kedutaan-kedutaan yang berkenaan. Namun begitu, sedikit sebanyak di Kedutaan-kedutaan kecil, kita ada juga pegawai-pegawai yang terdiri dari agama Islam yang cuba kita bimbing untuk membolehkan mereka me­mimpin keluarga Islam yang lain yang ada di Kedutaan dan di kawasan yang berkenaan. Jadi, untuk perkara ini

pada masa ini hanya Kedutaan yang besar-besar sahaja.

FELDA-SURAT HAKMILIK PENEROKA

8. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan berapa ramai peneroka FELDA yang telah memperolehi hakmiliknya sendiri dan bagaimanakah proses pemindahan milik ini dilakukan oleh Kerajaan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (Tuan Adam bin Abdul Kadir): Tuan Yang di-Pertua, sehingga sekarang seramai 9,185 orang peneroka telah diberi surat hakmilik iaitu dalam 47 Rancangan FELDA. Cara mendapat hakmilik ialah FELDA mengemukakan kepada Kerajaan Negeri permohonan hakmilik individu bagi peneroka­peneroka yang telah menjelaskan pembayaran kembali kos pem­bangunan. Permohonan ini pada mulanya diedarkan" kepada Pejabat Tanah Daerah dalam kawasan FELDA yang berkenaan ataupun FELDA yang terletak di dalam kawasan Pejabat Daerah berkenaan dan kemudian permohonan itu diedarkan pula kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian untuk mendapat proses kelulusan Kerajaan Negeri seterusnya.

Puan Hajjah Rogayah binti Che Mat: Soalan tambahan, Tuan Yang di­Pertua. Saya ingin mendapat tahu apakah ada sekatan-sekatan pindah milik yang boleh menghalang kepada pemindahan milik dibuat dengan sewenang-wenangnya oleh para peneroka-peneroka?

Tuan Adam bin Abdul Kadir: Tuan Yang di-Pertua, pada lazimnya tidak ada sekatan-sekatan. Sekiranya ada masalah, selalunya masalah yang ada

Page 16: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2835 18 DISEMBER 1989 2836

kaitan hubungan antara suami dan isteri, itu sahaja. Kalau umpamanya, si isteri itu katalah sudah bercerai dan seseorang peneroka itu mungkin ada pula lebih daripada seorang isteri ataupun isteri yang sudah bercerai kemudian berkahwin balik ataupun lepas bercerai mereka merujuk se­mula. Jadi, inilah masalah-masa­lahnya. Tetapi setelah mereka mem­bayar pinjaman selalunya kalau tidak ada masalah-masalah yang saya sebutkan tadi, hakmilik akan menyusul.

Puan Hajjah Rogayah binti Che Mat: Tuan Yang di-Pertua, maksud saya pindah milik ataupun penjualan kepada individu yang tertentu, bukan maksud suami isteri.

Tuan Adam bin Abdul Kadir: Tuan Yang di-Pertua, soal pindah milik menerusi jualan ini bergantung pada syarat nyata yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri yang diterapkan ke at.as hakmilik-hakmilik yang disebut­kan tadi. Kalau ada kebenaran daripada Kerajaan Negeri, jadi segala­galanya akan heres.

CUKAI IMPORT KE ATAS UBAT­UBAT AN.

9. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada benar atau tidak bahawa cukai import akan · dikenakan ke atas ubat-ubat yang diimport dari Negeri China.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa apabila Kerajaan mengenakan apa-apa cukai ke .atas barang-barang yang diimport, pengenaan itu akan melibatkan semua pengimportan tidak kira dari mana­mana negara pun. Berikut dengan itu, adalah tidak benar bahawa cukai import akan dikenakan ke atas ubat­ubatan yang diimport dari Negeri Cina.

Puan Hajjah Habidah binti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan adakah terdapat tempat mencipta ramuan ataupun ubat-ubat di Malaysia ini?

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Kurang jelas maksud dia, Tuan Yang di-Pertua-mungkin mak­sud dia ialah maksud tempat kilang. Saya fikir memang ada, Tuan Yang di­Pertua, kilang-kilang ataupun tempat untuk membuat ubat-ubatan ini, sebab yang selalu diimport itu adalah bahan utama untuk membuat ubat, maka dibancuh di sinilah.

PROJEK LEBUHRAYA IPOWSLIM RIVER

10. Dato' Azumu bin Tak minta Menteri Kerjaraya menyatakan bila­kah projek Lebuhraya Ipoh/Slim River dan Ipoh/Butterworth akan bermula dan dijangka siap.

Timbalan Menteri Kerjaraya (Tuan Luhat Wan): Tuan Yang di-Pertua, pembinaan projek Lebuhraya Ipoh/ Slim River dijangka bermula pada lhb Februari, 1990 dan dijadualkan siap keseluruhannya pada akhir 1983. Bagi projek Lebuhraya lpoh/Butterworth pula, ·pembinaannya bermula daripada Butterworth/Changkat Jering yang dijadualkan pada lhb Ogos, 1990 dan

· dijangka siap pembinaannya kese­luruhannya pada akhir 1993.

PELAJARAN BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH-SEKOLAH

11. Dr Ng Khek Kiung minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) mengapa Kementerian Pendi­dikan begitu mementingkan matapelajaran bahasa Inggeris dalam kurikulum sekolah;

(b) adakah bilangan guru bahasa Inggeris mencukupi.

-

r

f

Page 17: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

~

.,

2837 18 DISEMBER 1989 2838

(c) apakah pandangan Menteri mengenai taraf bahasa Inggeris sekarang di sekolah bandar dan sekolah-sekolah luar bandar.

Timbalan Menteri Pendidikan (Tuan Woo See Chin): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahasa Inggeris merupa­kan bahasa kedua dan ini termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua, Kementerian Pendidikan telah benisaha untuk memastikan bahawa matapelajaran ini diajar dengan baik dan berkesan.

Kementerian Pendidikan mene­kankan pentingnya pelajar-pelajar menguasai bahasa Inggeris ini kerana masih banyak ilmu pengetahuan, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi, tertulis dalam bahasa ini. Di samping itu, bahasa ini merupakan bahasa komunikasi antarabangsa dan perdagangan. Maka untuk mengikuti perkembangan yang berlaku dengan pesatnya dalam bidang ilmu pengetahuan, ekonomi dan hal ehwal antarabangsa, bahasa ini perlu dikuasai dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, bilangan guru-guru yang terlatih sepenuhnya dalam pengajaran bahasa Inggeris masih belum mencukupi. Masalah ini sedang diatasi dengan cara menambah pengambilan guru pelatih di peringkat .sijil perguruan dan juga di peringkat ijazah. Langkah-langkah seterusnya ialah memberi kursus dalam perkhidmatan kepada ·guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris tetapi tidak mempunyai kelayakan dalam pengajaran bahasa tersebut. Untuk meningkatkan mutu . pengajaran, pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan kakitangan Pusat Sumber meng­adakan kursus-kursus pendedahan kepada kakitangan sumber. Di peringkat sekolah pula, dengan izin, in house training diadakan di mana guru yang telah mendapat pendedahan

menjalankan kursus di peringkat sekolah.

Pada amnya memang terdapat perbezaan dalam pencapaian bahasa Inggeris di antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar. Pelajar­pelajar luar bandar didapati cekap di segi penerimaan. seperti membaca dan mendengar. tetapi le mah di segi memberi pendapat. bertutur dan menulis. Sebaliknya pelajar-pelajar di bandar, di samping menguasai kemahiran membaca dan mendengar, dapat menguasai kemahiran bertutur. Waiau bagaimanapun. penguasaan kemahiran menulis masih belum memuaskan.

Perkara ini wujud terutamanya kerana keadaan latar belakang dan suasana yang berbeza di antara bandar dan luar bandar.

Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak salah saya, dalam beberapa tahun yang lalu pernah diadakan satu program membawa guru-guru bahasa lnggeris khas daripada England sebagai salah satu usaha Kerajaan ataupun Kementerian Pendidikan untuk mempertingkatkan pembe­lajaran bahasa Inggeris. Apakah yang telah terjadi dengan program ini dan berapa ramaikah guru-guru itu yang telah didatangkan ke sini dan apakah kesannya?

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dapat mem­berikan bilangan guru-guru .yang didatangkan ke sini, tetapi satu cadangan baru-baru ini sudah dl­bincangkan di Kementerian ini bahawa kita akan menambahkan perlantikan ataupun pengambilan guru-guru pakar bahasa lnggeris dari luar negeri untuk mengajar di sekolah­sekolah dan maktab-maktab perguruan di negara kita.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Page 18: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2839 18 DISEMBER 1989 2840

Mengenai peningkatan taraf bahasa Inggeris di sekolah, salah satu langkah yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan ialah dengan setakat mempelajari dua buah buku sastera bahasa Inggeris setahun. Sejauh manakah langkah itu berjaya dan adakah buku-buku sastera bahasa Inggeris tambahan ada dicadangkan mencukupi?

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, disebabkan oleh murid­murid di sekolah kita itu belum dapat menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris, maka dengan sebab itulah kita tidak perlu membebankan kepada mereka untuk membaca lebih banyak buku sastera Inggeris. Kita akan menambahkan buku sastera bahasa Inggeris selepas kita berpuas hati apabila didapati prestasi mereka sudah sampai kepada satu tahap bahawa mereka dapat membaca atau memahami sastera-sastera Inggeris yang lebih mendalam.

Dato' Chan Choong Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Berkenaan dengan kekurangan guru-guru bahasa lnggeris, adakah Kerajaan merancang untuk mengambil balik guru-guru yang telah mengajar di sekolah-sekolah Inggeris dahulu yang pada masa ini telah bersara oleh kerana guru-guru itu adalah berkelayakan, berpengalaman dan mengetahui banyak latar belakang murid-murid di negara kita ini lebih baik daripada guru-guru yang diambil daripada England pada masa sekarang?

· Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang diambil untuk menambah guru-guru bahasa Inggeris seperti pada tahun hadapan (1990), ta:mbahan guru bahasa Inggeris ialah 586 orang dan butiran-butirannya adalah seperti berikut:

(1) Guru Siswazah pada tahun 1989, 1,045 orang sudah

ditambah kepada 1,535 orang pada tahun hadapan; dan

(2) Guru Bukan Siswazah 4,995 orang akan ditambah kepada 5,091 orang dan jumlah tambahan ialah seperti yang saya sebutkan 586 orang.

Berhubung dengan guru bahasa Inggeris yang sudah berpencen, Kementerian belum ada cadangan untuk mengambil mereka dan melantik semula, tetapi mereka boleh memohon menjadi guru sementara sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Saya benarkah satu lagi soalan tambahan. Puan Hajjah Rosnah.

Puan Hajjah Rosnah binti Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Ada terdapat guru-guru yang mengikuti kursus bahasa Inggeris dan tamat tetapi mereka tidak dibenarkan mengajar bahasa Inggeris, bahkan mengajar matapelajaran yang lain. Kenapakah terjadi begitu?

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, saya mengakui perkara ini ada berlaku di beberapa buah sekolah. Ini adalah disebabkan guru-guru berkenaan itu bukanlah pakar untuk mengajar bahasa Inggeris, tetapi apabila mendapat latihan di universiti, mereka mengikuti kursus seperti geografi, sejarah ataupun mathematik dan selepas mereka dihantar ke sekolah menengah itu, mereka diarahkan untuk mengajar geografi, sejarah atau mathematik sahaja. Sekiranya mereka diminta atau diarahkan untuk mengajar bahasa Inggeris, ini bererti matapelajaran geografi, sejarah ataupun mathematik itu akan menghadapi kekurangan guru dan ini satu masalah yang kita sedang kaji dan kita harap pada masa akan datang kita dapat mengatasi masalah ini.

~l

.'

•'

Page 19: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

':I

, .

..

.;

2841 18 DISEMBER 1989 2842

PASPORT ANTARABANGSA­KEHILANGAN

12. Tuan C. Krishnan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kes kehilangan Pasport An~arabangsa setakat ini apakah tindakan yang akan diambil untuk mengelakkan penipuan seperti pasport digunakan oleh warganegara asing khususnya Negara India dan Sri Lanka.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, jumlah kes kehilangan Pasport Antarabangsa Malaysia yang dapat dikesan seluruh negara dari tahun 1987 hingga Oktober 1989 ialah sebanyak 2,015 kes. Kerajaan tidak dapat mengambil langkah-langkah khusus untuk mencegah daripada pasport ini ditipu untuk kegunaan warganegara asing. Ini kerana penjagaan keselamatan dokumen tersebut adalah kewajipan pemegangnya dan Kerajaan tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk menjamin keselamatan dokumen tersebut. Waiau bagai­manapun, Kerajaan sentiasa dari masa ke semasa membuat penelitian dan semakan terhadap pasport­pasport yang dicurigakan, di pintu­pintu masuk negara ini dan seandainya terbukti tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Saya suka minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri menjelaskan dalam Dewan yang mulia ini bahawa macam mana nasib 2,015 orang yang telah kehilangan Pasport An­tarabangsa Malaysia. Saya difa­hamkan bahawa sesiapa pemegang Pasport Malaysia yang telah· kehilangan pasportnya bahawa adalah sukar untuk mereka mendapatkan pasport yang baru. Lagi pun kalau mereka memohon dan membuat rayuan, Jabatan Imigresen tidak akan memberikan pertimbangan. Adakah ini benar dan apakah cara supaya

seseorang yang telah kehilangan Pasport Malaysia itu boleh dapat memperolehi sebuah buku Pasport Malaysia yang baru.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap pemegang · Pasport Antarabangsa Malaysia jikalau sekiranya berlaku kehilangan dan kecurian diminta untuk melaporkan secara rasmi dengan pihak Polis walau di mana sahaja. Dan dengan bukti itu kita boleh berwaspada terhadap pasport yang hilang itu dan pihak yang kehilangan pasport itu boleh memohon ''Pasport Terhad" daripada pihak Imigresen iaitu bukan lima tahun tetapi setahun ke setahun. Dan ini pihak lmigresen tidak memilih sesiapa kerana pernah pada suatu masa bekas seorang Menteri kehilangan semua pasportnya iaitu isteri dan anak-anaknya di luar negeri dan pihak lmigresen telah memberi layanan serupa dengan orang lain.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tamba­han. Saya ingin tahu daripada Timbalan Menteri yang berkenaan di dalam 2,015 laporan Pasport Antarabangsa yang hilang, adakah Yang Berhormat mempunyai bilangan kaum; berapa kaum Cina, kaum Melayu; kalau tidak ada tidak apalah boleh jawab secara bersurat. Saya takut kerana soalan ini soalan spontan. Saya takut Yang Berhormat tidak ada bersiap. Cuma saya ingin tahu di dalam 2,015 pasport, pernahkah Jabatan Imigresen dapat tangkap orang-orang yang menyamar dan menggunakan pasport-pasport orang yang telah melaporkan pasportnya yang hilang. ltu saya ingin tahu.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, pihak Imigresen tidak sekali-kali mencerakinkan tentang bentuk atau kauin-kaum yang kehilangan pasport ini. Kita hanya

Page 20: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2843 18 DISEMBER 1989 2844

mencatatkan siapa sahaja kehilangan pasport; dengan sebab itu saya minta maaflah tidak dapat saya memberikan pecahan kaum.

Tentang berapakah yang telah ditangkap sejak tahun 1987 yang telah menggunakan pasport yang dicuri atau dipalsukan ini ialah seramai 76 orang.

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan benarkah ada orang yang mempunyai dua Pasport Antara­bangsa.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Secara rasmi, Tuan Yang di-Pertua, tidak ada.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif.

Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif: Tuan Yang di-Pertua, sebelum soalan ini dijawab, saya ingin membuat pembetulan di barisan keempat diakhir, ayat yang berbunyi " ........ berkenaan kerana nelayan tidak ........... " tam bah "nelayan" sebelum "tidak". Dengan ini soalan No. 13.

PENANGKAPAN IKAN DI LAUT DALAM

13. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Pertanian menyatakan adakah benar bahawa semenjak rancangan penangkapan ikan di laut dalam dimulakan yang mendapat keuntungan hanyalah taukeh-taukeh atau tuanpunya-tuan­punya bot yang berkenaan kerana nelayan tidak mampu mengadakan bot-bot yang besar berserta dengan kelengkapanny~. sedangkan nelayan tidak mendapat faedah daripada rancangan tersebut. Jika benar adakah Kerajaan bercadang memberi bantuan

kepada nelayan-nelayan supaya me­reka mempunyai bot sendiri dengan kelengkapan-kelengkapan me­nangkap ikan supaya rancangan menangkap ikan di laut dalam dapat dinikmati .oleh nelayan-nelayan. Jika tidak benar, apakah keuntungan yang diperolehi oleh nelayan-nelayan daripada rancangan tersebut.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' S. Subramaniam): Tuan Yang di­Pertua, terima kasih atas pembetulan. Bagi jawapan, adalah tidak benar bahawa semenjak rancangan pe­nangkapan ikan di laut. dalam dimulakan pihak yang mendapat keuntungan hanyalah taukeh-taukeh atau pemilik bot berkenaan sahaja tanpa memberi faedah kepada nelayan. Sebenarnya nelayan-nelayan jug.l menikmati faedah dari rancangan tersebut dari berbagai aspek seperti ~milikan bot, lesen, penyediaari iatihan, pekerjaan dan sebagainya.

Dati jumlah 321 unit bot laut dalam yang telah dilesenkan dan yang sedang beroperasi ketika ini didapati 52% darinya atau 168 unit adalah dimiliki oleh golongan individu yang kebanyakannya terdiri dari nelayan tempatan. Di samping itu lesen tersebut juga dikeluarkan kepada Persatuan-persatuan Nelayan di ne­gara ini seperti Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Persatuan Nelayan Negeri dan kawasan.

Oleh kerana perikanan laut dalam melibatkan modal yang besar dan kemampuan nelayan dari segi ini adalah terhad, dan untuk mem­bolehkan mereka memiliki bot­bot sendiri maka Kementerian Pertanian melalui Bank Pertanian Malaysia telah menyediakan Skim Kemudahan Kredit dengan me­ngenakan syarat-syarat pinjaman yang ringan kepada nelayan-nelayan tersebut. Di samping itu Kementerian Pertanian melalui Jabatan Perikanan telah menyediakan berbagai latihan

..

' A

i'

Page 21: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

'!

'\

2845 18 DISEMBER 1989 2846

kepada nelayan seperti latihan peningkatan nelayan-nelayan pantai yang sedia ada dan tahap latihan tersebut adalah selaras dengan keupayaan mereka untuk mengen­dalikan bot-bot besar sesuai untuk penangkapan ikan di laut dalam.

Dalam pada itu latihan Angkatan Nelayan Laut Dalam juga telah diwujudkan khas untuk melatih rakyat tempatan bekerja di atas bot-bot laut dalam.

Puan Ainon binti Arifrm: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertama tahniah kepada Kementerian ber­kenaan kerana memberikan jawa­pan yang diharap tepat dan sedang dilaksanakan. Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, ialah apakah yang telah terjadi kepada kursus-kursus khas yang dijalankan, yang ada kaitannya dengan penangkapan ikan di laut dalam kepada mahasiswa atau siswazah-siswazah yang menganggur.

Dato' S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya latihan yang diberi oleh Kementerian melalui pusat latihan adalah bagi peserta yang telah pun menjadi nelayan tetapi untuk meningkatkan taraf ataupun skill mereka dalam penangkapan ikan dalam taut. Selain dari itu mahasiswa itu juga yang ingin menyertai dalam latihan juga diberi pertimbangan tetapi selepas mereka tamat latihan terpulanglah kepada mereka adakah mereka ingin menceburi dalam bidang perikanan atau tidak.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Mulut sudah pun cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 14 hingga 36 adalah diberi di bawah ini.)

LESEN PERJUDIAN

14. Tuan Lim Heng Tee minta Men­teri Kewangan menyatakan:

(a) berapakah jenis lesen perjudian yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri; dan

(b) berapakah jumlah pendapatan yang dikutip dari setiap jenis lesen perjudian ini.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini lesen­lesen perjudian yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan adalah bagi aktiviti perjudian seperti berikut:

(i) Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Keba­jikan anjuran Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Keba­jikan.

(ii) Aktiviti Kasino anjuran Genting Berhad (seka­rang ini Resort World Bhd.)

(iii) A.ktiviti Sports TOTO anjuran Sports TOTO Malaysia Berhad.

(iv) Aktiviti Empat Nombor Ekor (4 Digit) anjuran Magnum Corporation Berhad. ·

( v) Aktiviti pertaruhan Lumba Kuda Di Ge­langgang (On course Betting) termasuk Tiga Nombor Ekor (3 Digit) Anjuran Lembaga Tota­lisator Malaysia.

(vi) Aktiviti "Sweepstake" anjuran Kelab-kelab Lumba Kuda Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Page 22: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2847 18 DISEMBER 1989 2848

(vii) Aktiviti Pertaruhan Di luar Gelanggarrg Lumba Kuda (off Course Betting) anjuran Ascot Sports Sdn. Bhd.

(viii) Aktiviti mesin slot an­juran Kelab-kelab Sya­rikat dan Kelab-kelab Pertubuhan.

U ntuk makl uman Ahli Yang Berhormat.. kuasa memberi lesen perjudian di peringkat negeri-negeri di Semenanjung adalah Kerajaan Persekutuan. Waiau bagaimanapun, Ordinan-ordinan loteri dan perjudian di Sabah dan Sarawak membolehkan pihak berkuasa Negeri-negeri tersebut meluluskan lesen perjudian di negeri masing-masing. Dengan demikian Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai maklumat mengenai lesen perjudian yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa Negeri Sabah dan Sarawak.

(b) Jumlah cukai yang dikutip dari setiap jenis aktiviti perjudian yang dilesen bagi tahun 1988 dan sehingga Ogos 1989 adalah seperti berikut:

sehingga 1988 Ogos

1989

Juta Juta

($) ($)

(i) Loteri Ke~ajikan 45.4 32.0 Masyarakat

(ii) Kasino Genting 59.4 51.1 Highlands

(iii) Sports TOTO 23.9 15.0 (iv) Empat Nombor 149.4 115.7

Ek or (v) Pertaruhan Lumba 46.7 44.4

Kuda Di Gelanggang dan Sweepstake

(vi) Tiga Nombor Ekor 4.0 9.3 (vii) Pertaruhan Lumba .4 1.2

Kuda Luar Gelang· gang

(viii) Mesin Slot 9.9 3.3

KERETA DILAPORKAN HILANG

15. Puan Law Jack Yoon minta Menteri DaJam Negeri menyatakan:

(a) bilangan kereta yang dilaporkan hilang dari 1985-1988;

(b) apakah jenama kereta yang paling banyak dicuri;

(c) bilangan kereta yang telah dijumpai; dan

(d) adakah sindiket-sindiket yang ditangkap oleh pihak polis.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob:

(a) Bilangan kereta yang dilaporkan hilang dari tahun 1985 hingga 1988 ialah 14,297 buah.

(b) Jenama kereta yang paling banyak dicuri ialah Datsun/ Nissan (4,268 buah).

(c) Bilangan kereta yang telah dijumpai (kes selesai) sehingga tahun 1988 ialah 1,496 buah.

(d) Bagi tempoh tahun 1988, 10 operasi telah dijalankan dan hasilnya ialah 107 orang telah berjaya ditangkap. Manakala sehingga Oktober 1989 pula, seramai 132 orang telah berjaya ditangkap.

MAS-PENERBANGAN KE MYANMA~

16. Tuan Foo Boon Liang minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) berapa kalikah MAS terbang ke negeri MYANMAR dalam seminggu; dan

(b) apakah sambutannya dari penumpang-penumpang dan sejauh mana ia berjaya .sebagai

'peiiggerak untuk menarik lebih ·· banyak pelaburan dua hala itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Penerbangan berjadual di

"

,:.

Page 23: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

.,

._,

2849 18 DISEMBER 1989 2850

antara Malaysia dan Myanmar dijangka dimulakan pada penghujung tahun 1989. Pada permulaannya, penerbangan ini akan diadakan sekali seminggu di atas sektor Pulau Pinang-Yangon-Singapura pergi balik dan akan dikendalikan secara usahasama di antara Penerbangan Malaysia (MAS) dan Myanmar Airways.

Penerbangan ini dijangka akan mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara Malaysia dan Myanmar.

EKONOMIRAKYATKETURUNAN INDIA

17. Tuan K. Sivalingam min ta Perdana Menteri menyatakan kedudukan rakyat keturunan India di Malaysia adalah jauh lebih mundur dalam bidang perdagangan dan perindustrian berbanding kaum-kaum lain. Apakah Kerajaan mempunyai sebarang rancangan untuk mengurangkan jurang perbezaan ini, dan apakah rancangan itu.

Dr Ting Chew Peh: Matlamat pembangunan ekonomi dan sosial ialah untuk mempertingkatkan taraf hidup semua golongan rakyat negara ini. Seperti yang diketahui pencapaian ekonomi berbagai masyarakat di Malaysia telah pun dinyatakan dengan jelas di dalam dokumen-dokumen rancangan lima tahun Kerajaan. Ini berniakna Kerajaan memang sedar mengenai tahap pencapaian tiap-tiap kaum, termasuk kaum India dalam as­pek-aspek tersebut. Berbagai langkah telah dan akan terus diambil untuk memperbaiki kedudukan ekonomi kumpulan yang ketinggalan dengan memberi dan memperluaskan pe­luang-peluang bagi membolehkan mereka mengambil bahagian yang lebih bermakna dalam proses pem­bangunan negara.

Antara langkah-langkah utama yang telah dan yang akan terus diambil oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan

taraf ekonomi semua rakyat negara ini ialah:

(i) mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan supaya proses pembangunan negara dapat berjalan lancar dan semua kaum mendapat menafaat daripada perkem­bangan;

(ii) menyediakan peluang-pe-luang meningkatkan penda­patan bagi !lemua golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum di berbagai sektor di bandar dan luar bandar;

(iii) memperluaskan lagi liputan kemudahan-kemudahan asas supaya semua golongan ber­pendapatan rendah dapat menikmati taraf hidup yang lebih tinggi;

(iv) memperbaiki peluang-peluang pendidikan daripada peringkat rendah hingga ke perigajian tinggi menerusi penyediaan kemudahan­kemudahan persekolahan dan perbelanjaan;

(v) menggalakkan perkembangan gunatenaga negara di samping berusaha mengurangkan ke­adaan yang tidak seimbang dalam struktur pekerjaan antara kaum; dan

(vi) menyediakan suasana ke arah meningkatkan bahagian hak­milik dan penyertaan rakyat Malaysia dalam pemilikan modal produktif negara, termasuk pemilihan saham dalam sektor syarikat.

(Soalan No. 18 Sila lihat jawapan No. 1)

PENGAJARAN MATAPELAJARAN AGAMAISLAM

19. Puan Norani binti Haji Beluah minta Menteri Pendidikan me­nyatakan setakat ini apakah tindakan

Page 24: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2851 18 DISEMBER 1989 2852

yang telah diambil oleh pihak Kementerian bagi meningkat dan memperluaskan lagi skop pengajaran matapelajaran Agama Islam kepada murid-murid sekolah dari peringkat Sekolah Rendah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan telah me­ngambil langkah-langkah bagi me­ningkat dan memperluaskan lagi skop pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam seperti berikut:

1. Penggubalan Sukatan Pelajaran

Kementerian Pendidikan telah menggubal Sukatan Pelajaran Agama yang baru bagi meng­gantikan sukatan pelajaran yang Jama. Sukatan Pelajaran yang telah digubal itu ialah Sukatan Pelajaran Agama Islam Sekolah Rendah (KBSR) dan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah (KBSM).

Di samping itu satu sukatan pelajaran Pemikiran Islam telah digubal untuk diperkenalkan ke­pada pelajar-pelajar Tingkatan IV dan V sebagai salah satu mata pelajaran pilihan.

Sukatan Pelajaran Agama Islam Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di sekolah-sekolah di seluruh negara dari tahun 1983 hingga 1988. Kini perlaksanaan sukatan tersebut dalam peringkat penyemakan semula. Bagi sukatan pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah (KBSM) ia mula dilaksanakan dalam tahun 1989 untuk Tingkatan I dan seterusnya akan dilaksanakan se­cara berperingkat-peringkat hing­ga ke Tingkatan V pada tahun­tahun berikutnya. Bagi sukatan Pelajaran Pemikiran Islam pula, ia akan dilaksanakan dalam tahun 1992 sebagai salah satu mata pelajaran dalam KBSM.

2. Penggubalan Buku Panduan Khas Dan Huraian Sukatan Pelajaran

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menyediakan Buku Panduan Khas sebagai panduan kepada guru-guru agama di sekolah rendah dan Buku Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan kepada guru-guru agama di sekolah rendah dan Buku Huraian Sl.Jkatan Pelajaran sebagai panduan untuk guru-guru agama di sekolah menengah.

Sehubungan dengan itu, PPK juga menyediakan Buku Panduan Khas J awi sebagai panduan kepada guru dan kit Agama sebagai bahan contoh dan bahan bantuan mengajar di sekolah rendah. Buku­buku tersebut diberi kepada guru­guru agama melalui Jabatan Pendidikan Negeri.

3. Kursus Orientasi

Pihak Kementerian telah memberi kursus kepada guru-guru, kaki­tangan penting (KP), kakita­ngan sumber (KS), pegawai­pegawai di peringkat negeri, daerah dan di Kementerian.

Bagi KBSR, beberapa siri kursus telah diadakan dari tahun 1982 hingga 1987. Kursus KBSM pula diadakan dalam tahun 1988 untuk Tingkatan I dan seterusnya akan diadakan secara berperingkat­peringkat hingga ke Tingkat~n V.

Perkara yang diberi penekanan dalam kursus orientasi tersebut ialah pendedahan isi kandungan, strategi pengajaran dan pem­belajaran pembinaan bahan, peni­laian, peningkatan prestasi kerja dan perbengkelan.

4. Peruntukan Masa Dalam Seminggu

Untuk meningkatkan lagi Pen­didikan Islam di sekolah-se­kolah, peruntukan masa bagi Pendidikan Islam telah ditambah. Masa Pendidikan Islam KBSR

"

Page 25: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

"

r,

2853 18 DISEMBER 1989 2854

telah ditambah daripada 3 waktu menjadi 6 waktu. Dalam KBSM pula 3 waktu di peruntukkan bagi mengajar Kurikulum Pendidikan Islam, 1 waktu untuk aktiviti amali dan 2 waktu tambahan · untuk aktiviti ko-kurikulum. Dengan peruntukan tambahan masa ter­sebut adalah diharapkan aktiviti amalan dan penghayatan Islam dapat dilaksanakan dengan ber­kesan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Di pusat-pusat pengajian tinggi tempatan juga terdapat Kurikulum Pendidikan Islam yang diwajibkan kepada setiap pelajar. Skop Pendidikan Islam yang diterapkan kepada para pelajar antaranya ialah Tamaddun Islam dan Kursus Kewarganegaraan Islam. Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar tentang konsep­konsep asas Agama Islam sebagai Agama rasmi dan perkembangan Islam secara universal. Pendidikan Islam secara terperinci boleh diikuti oleh para pelajar melalui kursus-kursus elektif mengikut keperluan pelajar. Selain daripada itu kursus, seminar dan bengkel Agama Islam sentiasa dise­lenggarakan oleh Kesatuan Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau semua fakulti di universiti-universiti.

Sebagai contoh Fakulti Islam di Universiti Kebangsaan sering me­ngadakan bengkel, kursus dan seminar kepada semua pelajar yang berminat mengenai kesedaran Islam.

PERUMAHAN KOS RENDAH

20. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Peru}llahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sejauh manakah kejayaan Kerajaan dalam usahanya membina rumah kos rendah sebanyak 80,000 unit setahun;

adakah ianya berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah dirancang atau menemui kegagalan. Jika ianya berjalan mengikut jadual, berapa unitkah rumah kos rendah yang telah dibina tiap-tiap tahun semenjak ianya dilancarkan oleh Kerajaan. Jika pe111binaan tidak memenuhi mengikut jadual yang ditetapkan pada tiap-tiap tahun apakah masalah yang menyebabkan Kerajaan gagal membina 80,000 unit rumah kos rendah tiap-tiap tahun.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk "'Haji Hussein bin Ahmad): Program Khas Perumahan Kos Rendah yang dilaksanakan mulai Julai 1986 hingga Jun 1989 sedang berjalan lancar dan setakat 30-6-89 sejumlah 341,255 unit telah dikenalpasti untuk perlaksanaan walaupun sasaran asal yang ditetapkan ialah 240,000 unit bagi tempoh tiga tahun tersebut. Setakat 30-6-89, se jumlah 23, 134 unit rumah kos rendah atau 9.6% daripada sasaran asal 240,000 unit telah siap dibina di bawah program khas ini. Pecahan jumlah unit yang telah siap ini mengikut tahun sejak ianya dilancarkan pada bulan Julai 1986 adalah seperti berikut:

Tahun

1986 .. 1987 .. 1988 .. 1989 ..

Jumlah ..

Siap

9,409 unit 8,450 unit 5,275 unit

23,134 unit

Prestasi program khas setakat ini adalah agak rendah jika dibandingkan dengan sasaran asal yang ditetapkan. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:

(i) Tapak-tapak yang dikenalpasti kurang sesuai dimajukan dengan serta-merta akibat ciri­ciri fizikal tapak dan

Page 26: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2855 18 DISEMBER 1989 2856

kekurangan permintaan di kawasan berkenaan. Ini me­nimbulkan masalah-masalah seperti kos pembangunan yang tinggi, kesulitan memperolehi pembiayaan dan masalah dalam memperolehi kelulusan perancangan dan infrastruktur;

(ii) Bagi tapak-tapak yang sesuai terdapat pula masalah-masalah lain yang wujud, di antaranya termasuklah pemaju atau kontraktor yang dipilih kurang keupayaan dan kebolehan me­laksanakan projek; dan

(iii) Kelewatan dalam pemilikan pemaju atau kontraktor dan kelewatan ,memperolehi kelulusan berkaitan dengan pembangunan perumahan seperti tukar syarat dan pecah sempadan tanah, pelan infrastruktur dan pelan bangunan.

SISTEM KUPON BAGI TEKSI

21. Tuan Syed Abdul Hamid bin SagatT minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan sama ada sistem kupon bagi teksi akan diperkenalkan di Lapangan Terbang Senai Johor dan Lapangan Terbang, Sultan Ismail, Kota Bharu.

Menteri Perusahaan Awam (Dato Napsiah binti Omar): Kementerian Perusahaan Awam pada masa ini tidak bercadang untuk memperkenalkan sistem kupon bagi teksi yang menj<!-lankan perkhidmatan di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahm dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota Bharu.

(Soalan No. 22 Sila lihat jawapan No. l)

NILAI RINGGIT MALAYSIA

23. Tuan Lau Keng Siong minta Menteri Kewangan menyatakan tindakan dan langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan nilai ringgit Malaysia yang sekarang ini nilainya makin jatuh.

Dato' Wan Abu Dakar bin Wan Mohamed: Adalah tidak benar yang kedudukan nilai ringgit semakin jatuh nilainya. Sebenamya, mulai awal tahun 1989, nilai ringgit · semakin bertambah kukuh dan stabil. Sejak akhir tahun 1988 hingga 30 November 1989, nilai ringgit telah meningkat terhadap semua matawang utama dunia. Ringgit telah meningkat sebanyak 5.3 peratus terhadap nilai komposit iaitu nilai sekumpulan matawang rasmi rakan perdagangan utama Malaysia, 14 peratus terhadap yen, 15 peratus terhadap pound sterling, 0.3 peratus terhadap dolar Amerika dan 0.6 peratus terhadap deutschemark dan dolar Singapura.

Sebagaimana yang sering disebut di dalam Dewan ini, polisi Kerajaan bagi kadar pertukaran adalah pada dasamya untuk tidak campurtangan,' yang mana nilai ringgit ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan dalam pasaran. Bank Negara Malaysia hanya akan campurtangan bila mana perlu untuk mengelak turun naik yang berlebihan dan mempastikan urus­niaga ringgit yang teratur. Dengan cara ini, kadar pertukaran akan terus stabil dan mencerminkan asas arahaliran pasaran.

Pengurusan ekonorni yang berkesan serta langkah~langkah fiskal dan kewangan yang telah diambil oleh Kerajaan telah menghasilkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 8. 7 peratus pada tahun 1988 dan 7.6 peratus dalam tahun 1989. Kerajaan

(;I

"

Page 27: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

~

~

,-.,

2857 18 DISEMBER 1989 2858

akan terus mengambil langkah­langkah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi menerusi galakan meningkatkan pelaburan dan pengeluaran negara. Dasar-dasar fiskal dan kewangan yang fleksibal akan terus dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut. Usaha-usaha ini akan membantu mengukuhkan ekonomi dan seterusnya mengukuhkan nilai ringgit.

DISIPLIN DI SEKOLAH-SEKOLAH

24. Dato' Chan Choong Tak minta Menteri Pendidikan

(a) memberi penilaian terhadap masalah disiplin yang dihadapi oleh:

(i) sekolah-sekolah rendah (ii) sekolah-sekolah mene-

ngah

(iii) Kolej-kolej

(iv) universiti-universiti; dan

(b) (i) ibubapa

(ii) guru-guru

(iii) ahli-ahli politik

(iv) pengedar-pengedar dadah

telah dengan secara langsung atau tidak langsung menyum­bang kepada masalah-masalah terse but.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) (i & ii)

Masalah disiplin yang dihadapi oleh sekolah rendah, dan sekolah menengah, adalah ter­kawal. Hasil kajian oleh

,'" Kementerian Pendidikan ke atas 1.3 juta sampel murid sekolah rendah menunjukkan hanya 6.5% sahaja yang terlibat, manakala di peringkat

sekolah menengah pula, 24.4% yang terlibat. Daripada sampel kajian ke atas 1 juta pelajar masalah disiplin yang sering berlaku adalah kesalahan salahlaku seperti berambut panjang, gagal membuat kerja rumah, ponteng sekolah dan tidak mengikut pera­turan pakaian seragam.

(iii) Masalah disiplin di ka­langan guru pelatih mak­tab juga tidaklah be­gitu meluas. Sepanjang tahun 1989, hanya 0.057% sahaja guru pelatih yang telah dikenakan tindakan tatatertib. Ini merupakan angka yang amat kecil berbanding dengan jumlah guru pelatih seramai 22,589 orang di seluruh negara.

(iv) Di peringkat universiti pula, masalah disiplin bukanlah merupakan suatu masalah yang serius se­hingga ianya tidak mam­pu dibendung oleh pihak universiti.

(b) (i) Tidak dinafikan, secara langsung atau tidak lang­sung ibu bapa menyum-bang kepada masalah disiplin pelajar-pelajar sekolah. Ini mungkin ber­laku kerana kurang ka­walan, kurang perhatian, kurang perhubungan atau komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak ataupun kerana kepin­cangan keluarga akibat per­ceraian dan sebagainya.

(ii) Sebilangan kecil guru adakalanya secara lang­sung atau tidak langsung boleh juga menyumbang kepada masalah disiplin

Page 28: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2859 18 DISEMBER 1989 2860

pelajar. Perlakuan yang kurang sesuai, pengajaran guru yang kurang ber­kesan, perhubungan guru­murid yang tidak harmonis, penguatkuasaan peraturan yang kurang tegas, kurang kepekaan terhadap masa­lah-masalah yang dihadapi pelajar boleh menyumbang kepada perlakuan­perlakuan yang melanggar disiplin.

(iii) Tidak dapat dipastikan sama ada ahli-ahli politik menyum~ng kepada masalah disiplin yang dihadapi di sekolah.

(iv) Dalam kes penglibatan murid dan petajar dengan dadah sudah tentunya pengedar-pengedar dadah menyumbang kepada ter­jadinya kes-kes dadah terutama bagi pelajar­pelajar yang tinggal dalam persekitaran di mana pengedar-pengedar men­jadikan pelajar-pelajar sekolah sebagai kumpulan sasaran mereka.

.KERJA DITA W ARKAN KEPADA PEMBORONG

25. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' ffitji Ishak minta Menteri Kerjaraya me­nyatakan:

(a) jumlah kerja dan kos kerja yang ditawarkan kepada Pemborong Kelas A dalam tahun 1988 sehingga Oktober 1989, dan jumlah kerja yang terbengkalai serta kosnya;

(b) sebutkan projek-projek besar yang tidak disiapkan di Negeri Perak dalam tempoh yang ditetapkan dan berapa pula kos tambahan yang dijangkakan

untuk menyiapkan projek­projek yang tergendala itu; dan

(c) sejauh manakah siasatan telah dibuat mengenai bayaran berlebihan kepada Kontraktor Lebuhraya Timur-Barat yang dikatakan terlebih dibayar sebanyak $30 juta.

Tuan Luhat Wan:

(a) Sebanyak 87 kerja bemilai $394,812,875.66 telah dita­warkan kepada Pemborong Kelas "A" dalam tahun 1988 hingga Oktober 1989. Jumlah kerja yang terbengkalai serta kosnya (bagi kelas A) pula bagi tahun 1988 ialah 6 Projek bernilai $57,425,173.59.

(b) Projek-projek Besar (Kelas A) yang tidak disiapkan di Negeri Perak pada tahun 1988 ialah:

(i) Membina dan menyiap­kan Hospital Daerah Se­lama, Perak.

(ii) Projek Jalan pagar keselamatan di Sempadan Malaysia!fhailand dalam Negeri Perak -(PAKEJ B). Kos tambahan bagi menyiapkan projek­projek ini belum dapat ditentukan, kerana masih dalam proses perkiraan.

(c) Untuk makluman Yang Ber­hormat, penyiasatan terha­dap bayaran berlebihan kepada kontraktor telah pun selesai dan sepertimana yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan pada 13 Disember 1989 yang lalu, PAC berpendapat bayaran yang telah dibuat oleh JKR sebanyak $30 juta yang dikatakan terlebih bayar, adalah wajar dan teratur mengikut syarat-syarat kontrak. PAC akan membuat Laporan terakhir mengenai perkara ini

"

,.

~

f

Page 29: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

~

,$"--.

1

2861 18 DISEMBER 1989 2862

yang akan dibentangkan di persidangan Parlimen akan datang.

UAZAH PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA-PENGIKTIRAF AN

26. Dato Chan Choong Tak minta Menteri Pendidikan menyatakan kedudukan sekarang yang telah diambil oleh Majlis Perubatan Am England terhadap ijazah yang dianugerahkan oleh Universiti Malaya dan apakah tindakan/langkah sekiranya ada, yang telah diambil oleh Kementeriannya mengenai kedudu­kan yang telah diambil oleh Majlis Perubatan berkenaan.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ljazah Perubatan (MBBS) dari Universiti Malaya kini telah menerima "Partial recognition" daripada "General Medical Council" United Kingdom (GMC). Ini bermakna para pemegang ijazah MBBS dari Universiti Malaya masih boleh melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan segera berikutan dengan penarikan pengiktirafan tersebut iaitu:

(i) mengisi kekosongan jawatan­jawatan tenaga pengajar di Fakulti Perubatan;

(ii) mempercepatkan proses pe­ngambilan pensyarah-pen­syarah kontrak yang berkaliber dari luar negeri.

(iii) mengkaji semula skim perkhidmatan pensyarah­pensyarah Fakulti Perubatan.

(iv) memperkukuhkan kurikulum program di bawah Fakulti Perubatan.

(v) memberi peruntukan tam­bahan sebanyak $64 juta

untuk mempertingkatkan ke­mudahan di Hospital Universiti.

(vi) Kerajaan telah membenarkan Fakulti Perubatan Universiti Malaya menggunakan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang sebagai Hospital Pengajar (Teaching Hospital).

KEBOCORAN KERTAS PEPERIKSAAN SPM

27. Tuan G. Rajoo minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) apakah punca yang menye­babkan kebocoran kertas soalan Bahasa Malaysia II dalam Peperiksaan SPM tahun ini, dan tindakan-tindakan: yang diambil terhadap orang...orang yang bertanggungjawab;

(b) langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengelakkan perkara begini tidak berulang lagi; dan

(c) dengan ringkas cara-cara sistem penggubalan soalan, mencetak, membungkus, mengedar dan menjalankan peperiksaan SPM di negara ini.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, soalan ini telah dijawab pada 12 dan 13hb Disember 1989 yang lalu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat sebanyak 9 soalan yang berkaitan dengan kebocoran kertas peperiksaan SPM baru-baru ini.

Berikut adalah Yang Berhormat soalan terse but jawapannya:

nama-nama Ahli yang membuat

serta tarikh

1. Y.B. Tuan Syed Abdul 12-12-89 Hamid bin Sagaff

2. Y.B. Tuan Tan Chai Ho 13-12-89 3. Y.B. Tuan G. Rajoo 18-12-89

-~---------

Page 30: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2863 18 DISEMBER 1989 2864

4. Y.B. Puan Hajjah Salbiah bt. 19-12-89 Mohd. Akim

5. Y.B.Dato'Hj.ZakariaHj. 20-12-89 Yahaya

6. Y.B. Puan Law Jack Yoon 21-12-89 7. Y.B. Tuan Hassan bin Nam 22-12-89 8. Y.B. Dato' Can Choong Tak 26-12-89 9. Y.B. Tuan C. Krishnan 28-12-89

Dengan itu, saya memohon keizinan dari Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab soalan-soalan tersebut sekali gus.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, berkenaan kebocoran kertas peperiksaan SPM Kertas Bahasa Malaysia II, Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan tegas dan telah bekerjasama dengan pihak polis. Setakat ini pihak polis telah menangkap tujuh orang yang berkaitan dengan kes ini dan siasatan sedarig terus dijalankan.

Langkah-langkah telah diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk me­ngelakkan kebocoran kertas pe­periksaan dengan memperting­katkan peraturan keselamatan di semua peringkat dan menentukan peraturan keselamatan itu dipatuhi.

Secara ringkas, sistemnya adalah seperti berikut: ·

1. Penentuan dasar dan strategi pelaksanaan dasar: Menentukan objektif pepe­riksaan dan menyediakan perin­cian yang berkaitan.

2. Pembinaan soalan: Penubuhan Panel kertas soala.n dan usaha menghasilkan soalan.

3. Kaji selidik: Menguji soalan-soalan untuk mendapatkan kumpulan soalan yang sesuai, iaitu baik dan sah.

4. Pengeluaran manuskrip kertas soalan peperiksaan.

5. Pengurusan percetakan:

Menerima manuskrip dan menentukan format kertas soalan, dan berurus dengan pihak pencetak dari peringkat awal hingga akhir.

6. Pengedaran kertas soalan:

Menerima kertas-kertas soalan peperiksaan yang telah dicetak dan dibungkus dan mengedarkan kotak-kotak kertas soalan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya ke Bilik­bilik Kebal atau Balai Polis dan akhirnya ke pusat peperiksaan.

7. Pengendalian peperiksaan:

Pengawasan pusat peperiksaan dan calon-calon yang mengambil peperiksaan.

8. Pemeriksaan kertas jawapan: Menerima kertas jawapan dari pusat peperiksaan dan me­ngelolakan mesyuarat penye­larasan dan latihan untuk pemeriksa kertas.

9. Penetapan darjah: Menentukan prestasi calon dan gred berasaskan markah yang diperolehi oleh calon-calon.

10. Pengumuman keputusan: Menyediakan salinan keputusan untuk dihantar kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya ke sekolah atau kepada calon individu, dan menyediakan kenyataan akhbar dan analisis prestasi calon.

Buat masa ini kertas peperiksaan SPM memang dicetak di luar negara kerana perjanjian rasmi telah dibuat dengan agensi negara Iuar.

Setakat ini Kementerian Pendidikan sudah pun mencetak soalan-soalan dua peperiksaan di dalam negeri iaitu soalan peperiksaan UPSR dan SRP.

·~

,,

I'

Page 31: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

-:;

"

2865 18 DISEMBER 1989 2866

Sebenarnya Kementerian Pen­didikan sedang dalam proses merancang untuk mengambilalih percetakan soalan-soalan pepe­riksaan SPM dan STPM. Usaha ini akan dijalankan secara ber­peringkat-peringkat.

PENUNTUT BUKAN MELA YU DI MRSM

28. Tuan P. Balaram min ta Menteri Pendidikan menyatakan berapa banyakkah Maktab Rendah Sains MARA di seluruh negara kita. Berapakah ramai penuntut bukan Melayu diambil masuk ke Maktab­maktab ini.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat sebanyak 1l buah MRSM di seluruh negara, iaitu di tempat-tempat seperti berikut:

(i) Kuantan

(ii) Muar (iii) Kulim (iv) Kota Bharu (v) Jasin (vi) Terendak

(vii) Seremban (viii) Taiping (ix) Beseri, Perlis (x) Balik Pulau (xi) Kuala Terengganu

MRSM ditubuhkan bertujuan untuk menambah bilangan pelajar Bumiputera dalam bidang sains dan teknologi sebagai sumber ke arah menambah bilangan guna tenaga terlatih dalam bidang perdagangan dan perindustrian dengan ini maka pengambilan pelajar-pelajar ke MRSM diberi keutamaan kepada Bumi_putera sejajar dengan usaha Kera1aan untuk menyusun semula masyarakat di bawah Dasar Ekonomi Baru. Waiau bagaimanapun, pada

penghujung tahun 1970an dan awal 1980an terdapat juga anak-anak bukan Bumiputera diambil untuk memasuki MRSM. Data-data yang lengkap tidak diperolehi tetapi dalam tahun 1980 terdapat seramai 30 orang pelajar bukan Bumiputera telah diambil memasuki MRSM. lni merupakan 26% daripada bilangan pelajar keseluruhan pada tahun itu.

KAD PENGENALAN YANG TIDAK DIAMBIL

29. Tuan Syed Abdul Hamid bin Sagaff minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kad pengenalan yang tidak diambil oleh tuan punya kad pengenalan sehingga 30 Jun 1989 dan apakah tindakan Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Sehingga 30 Jun 1989 masih terdapat sebanyak 6747 kad pengenalan yang tidak diambil oleh tuan punya berkenaan.

Di antara langkah-langkah yang diambil ialah:

(a) Menghantar surat peringatan kepada pemohon,

(b) Menyedia dan mempamirkan senarai kad-kad yang siap di Pejabat-pejab~t berkenaan,

(c) Mendapatkan kerjasama peng­hulu, ketua-ketua tempatan untuk memberitahu pemohon berkenaan, dan

( d) Membuat pengumuman melalui RTM .dan akhbar tempatan secara umum.

PELARIAN VIETNAM DI PULAU BIDONG

30. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Luar Negeri menyatakan iaitu berapa ramaikah bilangan pelarian Vietnam yang masih berada di negara ini termasuklah di Kem Pulau Bidong dan bilakah Pulau Bidong akan

Page 32: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2867 18 DISEMBER 1989 2868

ditutup dari dijadikan Kem pelarian Vietnam seperti yang dicadangkan pulau itu tidak dijadikan tempat Kem pelarian Vietnam lagi.

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Jumlah pendatang haram Vietnam di Malaysia pada lOhb Disember 1989 ialah 20,349 orang. Dari jumlah itu, bilangan di Pulau Bidong ialah 12,766 orang. Keputusan Kerajaan Malaysia untuk menutup khemah sementara di Pulau Bidong adalah muktamad. Untuk mencapai matlamat itu, khemah tersebut mestilah terlebih dahulu dikosongkan. Rancangan Tindakan Menyeluruh di mana kita telah berusaha supaya diterima di Persidangan Antarabangsa Pelarian Indochina dipercayai dapat mencapai matlamat ini. Menerusi Rancangan ini, semua PHV yang tiba sebelum 14 Mac 1989 akan dipindah ke negara ketiga dalam jangka masa tiga tahun dari tarikh Persidangan tersebut. Mereka yang tiba selepas 14 Mac 1989, akan ditapis dan mereka yang ditentukan sebagai pelarian akan ditempatkan ke negara ketiga sementara mereka yang ditentukan bukan pelarian akan dihantar pulang ke Vietnam.

TAHUN MELA WAT MALAYSIA 1990

31. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan:

(a) sila berikan butir-butir industri pelancongan yang telah di­wu judkan setakat ini untuk menanti kehadiran para pelancong luar. sempena Tahun Melawat Malaysia 1990.

(b) berapakah jumlah pelaburan yang telah dibuat bagi menarik minat para pelancong luar dan berapakah anggaran pulangan yang dijangkakan basil dari pelaburan itu; dan

(c) apakah bentuk dan corak bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Perak setakat ini dalam membantu mem­bangunkan Industri Pelan­congan di Perak serta nyatakan peruntukan kewangan yang telah diberikan.

Dato' Haji Sabbaruddin Chik:

(a) Persiapan-persiapan sedang giat dilaksanakan untuk menanti kedatangan pelancong-pelan­cong yang dijangka bertambah bersempena Tahun Melawat Malaysia 1990. Ini bukan sahaja melibatkan usaha bagi meningkatkan perkhidmatan· pengangkutan, penginapan, kemudaha.n-kemudahan tempat makan, membeli belah dan lain­.lain kemudahan awam tetapi

. juga melibatkan usaha-usaha membaiki dan mengindahkan tempat-tempat peranginan yang akan menjadi tempat tumpuan pelancong-pelancong.

Antara kemudahan-kemu-dahan yang telah dirangka bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 1990 adalah seperti berikut:

(i) pengusaha-pengusaha agensi pengembaraan dan pengusaha-pengusaha pelancongan lainnya telah menyediakan beberapa pakej pelancongan untuk mengendalikan kumpu­lan-kumpulan pelancong yang ingin menyaksikan acara utama yang akan diadakan bersempena Tahun Melawat Malaysia 1990;

(ii) di samping penambahan penerbangan dari luar negeri ke Malaysia oleh Malaysia Airlines, sejak

}

,.

f

Page 33: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

~

.. ,

<\

2869 18 DISEMBER 1989 2870

pertengahan tahun ini, beberapa penerbangan khas yang telah di-tetapkan telah pun bermula untuk me-nambahkan keupayaan pengangkutan kepada pelawat-pelawat yang in­gin melawat Malaysia. Pas khas dengan tambang istimewa bagi pen-gangkutan keretapi, · kereta sewa, penerbangan dalam negeri dan bas ekspres nasional telah pun disediakan bagi pelancong-pelancong asing untuk melawat tempat-tempat di Malay­sia; dan

(iii) pengeluar-pengeluar telah pun mula menyediakan barang-barang kraftangan dan hadiah yang mem­punyai kaitan dengan beberapa aspek menarik di Malaysia untuk dijual kepada pelancong-pe­lancong. Dari segi pe­nginapan pula adalah dijangka bahawa pengu­saha-pengusaha swasta akan menambah kemu­dahan-kemudahan pe­nginapan di tempat-tem­pat peranginan seperti chalet di samping pertambahan beberapa buah hotel lagi bagi menampung bilangan pelancong-pelancong yang dijangka akan bertambah.

(b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaburan yang dibuat untuk menggalakkan pelancong luar negeri bukan sahaja dilaksanakan oleh pihak Kerajaan melalui PKPM dan agensi-agensi Kerajaan lainnya tetapi juga oleh pihak swasta yang terlibat di dalam industri

pelancongan . secara Iangsung atau tidak langsung. Jumlah perbelanjaan yang telah diperuntukkan kepada PKPM bagi galakan luar negeri untuk tahun ini adalah sebanyak $41,125,000. Jumlah pelaburan yang dibelanjakan oleh pihak swasta tidaklah diketahui kerana mereka mempunyai rancangan berasingan yang tnenggalakkan perkhidmatan masing-masing seperti hotel, ajen-ajen pelancongan dan syarikat-syarikat perkhidmatan pengangkutan dan dalam masa yang sama, mereka juga "menjual" Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Mengenai anggaran pulangan yang dijangka basil dari pelaburan ini, ingin dijelaskan di sini bahawa usaha-usaha menggalakkan pelancong-pe­lancong ke negara ini adalah untuk jangka panjang iaitu dari segi memperkenalkan Malaysia sebagai satu destinasi pe­lancongan. Pada anggapan Kementerian, kesan-kesan ini dapat dianggarkan dari nilai tukaran wang asing yang dapat kita perolehi dari pelancong luar negeri. Anggaran jumlah tukaran wang asing yang dijangka bertambah kepada $2.57 billion bagi tahun 1990.

(c) Kerajaan Persekutuan telah memberi pelbagai bantuan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri untuk tujuan mem­bangunkan industri pelan­congan di negara ini. Bantuan­bantuan itu ialah:

(i) penyediaan kernudahan­kemudahan infrastruktur yang secara tidak langsung membantu . industri pe­lancongan. Di bawah Rancangan Malaysia Ke­lima sebanyak $338.16 ju ta

Page 34: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2871 18 DISEMBER 1989 2872

telah disediakan bagi projek-projek infras­truktur seperti jeti, lapang­an terbang dan jalan-jalan raya di Negeri Perak;

(ii) di bawah kemudahan pelancongan dan bantuan untuk menyediakan acara sempena Tahun Melawat Malaysia, Negeri Perak telah pun diberi per­untukan sebanyak $905,000 bagi maksud ini;

(iii) bantuan kewangan ke­pada Kerajaan Negeri bagi bahan-bahan pro­mosi, dengan syarat Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mem­buat permohonan ke­pada Perbadauan Kema­juan Pelancongan Malaysia (PKPM);

(iv) di bawah program promosi bersama dengan Kerajaan-kerajaan Ne­geri, pihak PKPM te­lah memberi bantuan untuk menjayakan usaha­usaha promosi yang dijalankan oleh Kerajaan­kerajaan Negeri, selain dari itu Kerajaan Negeri juga sentiasa mendapat faedah dari basil promosi luar negeri yang di­jalankan oleh PKPM, dan dalam hal ini saya percaya Negeri Perak juga telah pun menikmati faedah ini; dan

(v) pelbagai latihan yang diberi oleh Pusat Daya Pengeluaran Negara, Ins­titut Teknologi Mara dan PKPM dalam bidang pelancongan yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran

tenaga manusia di negeri masing-masing termasuk Negeri Perak.

LABUAN KA WASAN BEBAS CUKAJ

32. Tuan Tan Chai Ho minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana caranya menjadikan Pelabuhan Labuan sebagai syurga bebas cukai. Berapa lamakah matlamat ini boleh dicapai.

Drs Suleiman bin Mohamed: Kerajaan telah mengisytiharkan Labuan sebagai sebuah kawasan bebas cukai. Pengumuman awal ini dibuat untuk memaklumkan kepada pelabur­pelabur di seluruh dunia, khasnya di Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun tentang kewujudan sebuah kawasan be bas cukai yang berhampiran kepada negara-negara berkenaan. Cara dan bagaimana Labuan akan menjadi sebuah kawasan bebas cukai yang menarik, ianya sedang dikaji oleh Kerajaan melalui sebuah Jawatankuasa Pemandu di Kementerian Kewangan. Pengu­muman mengenai cara dan bagaimana Labuan akan berfungsi sebagai "kawasan bebas cukai" seperti yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat itu, akan dibuat kelak.

PERBINCANGAN DAN KUASA KABINET

33. Tuan Dahalan bin Haji Embun rninta Perdana Menteri menyatakan apakah tajuk-tajuk perbincangan dalam Kabinet dan apakah kuasa Kabinet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr Mohamed Yusof bin Haji Mohamed Nor): Perkara-perkara yang dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri adalah pada amnya perkara­perkara yang menyentuh kepentingan negara sama ada dari segi dasar, pendirian dan kelicinan pentadbiran.

"'

•'

"

Page 35: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

'!!

-1

~

2873 18 DISEMBER 1989 2874

Kuasa Jemaah Menteri adalah sebagaimana yang ditetapkan di antara l;:lin oleh Perkara 39 dan 40 (1) Perlembagaan Persekutuan yakni menasihatkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkara-perkara ber­kenaan pemerintahan, merangka dan menetapkan apa yang hendak dibuat oleh Kerajaan serta me­laksanakannya setelah dipersetujui oleh Parlimen.

ALAT BANTUAN MENGAJAR DI SEKOLAH-SEKOLAH

34. Puan Haijah Rosnah Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pendidikan menyatakan kenapakah terdapat alat­alat seperti beg atau kit yang diisikan alatan-alatan alat pandang-dengar harganya terlalu tinggi. Tidakkah alat­alat tersebut boleh diisi di dalam bekas-bekas yang sempurna tetapi tidak begitu mahal harganya. Adakah semua sekolah mempunyai pusat sumber dan murid mendapat faedah darinya.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penggunaan alat-alat bantuan me­ngajar adalah untuk meninggikan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Pembelian beg atau kit yang diisikan dengan alat-alat pandang dengar adalah dibuat secara satu kumpulan atau pakej yang mengandungi 42 butiran. Dari jumlah ini 32 butiran beg adalah alat grafik dan lukisan dan baki 10 lagi bahan untuk pengeluaran (material kit for production). Beg tersebut adalah untuk menyimpan alat-alat grafik/ lukisan dengan teratur dan selamat. Pembelian ini tidak boleh dibuat secara berasingan kerana penentuan tender menetapkan beg tersebut adalah untuk kegunaan mengisi 32 alat-alat grafik/lukisan.

Pemilihan tawaran dibuat ber­dasarkan kumpulan atau pakej. Walaupun tiap-tiap tender mena­warkan pecahan harga individu untuk tiap-tiap butiran, tetapi kerana pembelian secara kumpulan, harga kumpulan telah menjadi asas untuk pemilihan. Dari segi harga kese­luruhan bagi kumpulan tersebut, harga yang dipilih adalah munasabah, dan semua butiran memenuhi penentuan Kementerian: Harga pembelian adalah termasuk kos penghantaran kepada Pusat Sumber Sekolah di mana keseluruhannya terletak di kawasan luar bandar dan pedalaman termasuk Pusat Sumber Sekolah di pedalaman Negeri Sarawak.

Penentuan atau spesifikasi beg yang telah ditetapkan adalah jenis tahan lama dan kukuh, sama ada diperbuat dari bahan plastik, kulit, fibre glass atau kayu. Pembekal yang berjaya telah menawarkan jenis beg fibre glass. Penentuan juga menetapkan supaya beg tersebut disediakan dengan kompartmen (compartments) yang dibentuk bagi tujuan menyimpan alat grafik atau lukisan dengan teratur dan selamat. Penentuan tersebut juga menetapkan beg hendaklah- -ada pemegang dan boleh dikunci. Pembekal yang berjaya telah mengemukakan beg tersebut yang telah mematuhi keperluan spesifikasi.

Perlu dijelaskan bahawa tidak semua sekolah mempunyai Pusat Sumber. Walau bagairnanapun Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan pembekalan keleng­kapan kepada 4,230 buah Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara. Dari jumlah itu, 95 daripadanya akan mendapat bangunan khas, sementara yang selebihnya akan menggunakan kemudahan ruang yang sedia ada di sekolah masing-masing. Adalah diharapkan dengan adanya pusat sumber yang sempurna ini akan dapat membantu dan memberi faedah

Page 36: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2875 18 DISEMBER 1989 2876

kepada para pelajar dalam usaha meninggikan mutu pendidikan di seluruh negara.

EKUITI LLN KEPADA ORANGASING

35. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan mengapakah pihak Kerajaan menawarkan 30% ekuiti LLN kepada orang asing. Apakah cara penyertaan mereka. Siapakah orang­orang asing ini.

Timbalan Menteri Tenaga Telekom dan Pos (Tuan Abdul Gbani bin Othman): Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan belum lagi membuat keputusan untuk menjual ekuiti syarikat pengganti LLN kepada sesiapa sama ada syarikat asing atau syarikat tempatan. Oleh itu, saya tidak dapat menjawab soalan Yang Berhormat seterusnya mengenai perkara ini.

EKUITI LLN KEPADA SYARIKAT ASING

36. Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salih minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan di atas sebab-sebab apakah tawaran 30 peratus ekuiti diberi kepada sebuah syarikat asing apakala Leinbaga Letrik Negara diswastakan pada 1 Januari 1990; dan adakah pengswastaan ini boleh gagal tanpa penyertaan atau kongsisama syarikat asing tersebut.

Tuan Abdul Gbani bin Othman: Kerajaan belum membuat keputusan untuk menjual ekuiti dalam syarikat LLN kepada sesiapa sama ada syarikat asing atau syarikat tempatan. Oleh itu saya tidak dapat menjawab bahagian kedua soalan ini.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1990

Bacaan Kali Yang Kedua

3.40 ptg.

Menteri Kewangan (Dato' Paduka Daim Zainuddin): Bisn:iillahir-rahma­nir-rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya suatu Rang Undang-undang bertajuk Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 1990 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan tahun itu, dibacakan bagi kali yang kedua.

Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan ekonomi negara pada masa ini masih lagi tinggi dan menggalakkan. Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK sebenar, dianggar meningkat sebanyak 7.6% dalam tahun 1989 selepas mencatat pertumbuhan yang tertinggi sebanyak 8.7% pada tahun 1988. Kadar pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan ini dijangka akan meningkat lagi pendapatan purata rakyat Malaysia daripada $5 ,065 pada tahun 1988 kepada $5,477 pada tahun 1989.

Selain daripada dasar-dasar Kerajaan yang telah dilaksanakan sejak tahun 1985, faktor utama yang membolehkan negara kita mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan menggalakkan ialah peningkatan permintaan dari dalam dan luar negeri yang telah mendorong perkembangan pesat kegiatan-kegiatan ekonomi khususnya di dalam sektor perkilangan, pembinaan dan juga perkhidmatan. Sungguhpun jumlah eksport barangan utama dijangka meningkat secara sederhana, peningkatan eksport keluaran perkilangan adalah amat ketara dan

"

•'

Page 37: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

~

~

2877 18 DISEMBER 1989 2878

membanggakan. Ini adalah kerana daya persaingan eksport perkilangan Malaysia yang terus bertambah kompetitif di pasaran antarabangsa. Walaupun demikian, nilai import menunjukkan arah aliran peningkatan yang semakin bertambah pesat kesan daripada perkembangan ekonomi semenjak dari tahun 1987. Ini dijangka akan menjejaskan kedu­dukan imbangan pembayaran negara dalam tahun 1989.

Pelaburan swasta sedang berkembang dengan kadar yang menggalakkan. Tahap keyakinan para pelabur asing terhadap kemantapan dan prospek ekonomi Malaysia semakin kukuh. Ini jelas dengan pertambahan sebanyak 168% ekuiti asing dalam projek-projek yang diluluskan oleh MIDA dalam tahun 1988 dan pertambahan sebanyak 66% dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun.1989. Kejayaan ini juga adalah basil daripada beberapa langkah melonggar dan mempermudahkan prosedur kelulusan pelaburan swasta, serta pengurangan cukai syarikat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan dalam tahun 1989.

Kerajaan juga sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mem­perbaiki dan memperkemaskan kemudahan infrastruktur awam, khususnya jalanraya dan pelabuhan, bagi membantu kegiatan pelaburan di kalangan sektor swasta. Antara projek-projek infrastruktur awam yang sedang dalam peringkat pembinaan termasuklah projek Lebuhraya Utara-Selatan, pembinaan persimpangan bertingkat Jalan Lapanganterbang Su bang dan pembaikan perkhidmatan kontena di pelabuhan-pelabuhan utama negara. Ini adalah bertujuan bagi memenuhi kehendak sektor perkilangan yang semakin berkembang pesat.

Tuan Yang di-Pertua, kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan semakin kukuh dalam tahun 1989.

Lebihan akaun semasa Kerajaan dijangka meningkat kepada· $229 juta dalam tabun 1989 berbanding dengan $155 juta pada tahun 1988. Ini adalah basil daripada kejayaan langkah­langkah yang telab diambil oleh Kerajaan dari segi pungutan basil dan cukai dan juga usaha jimat cermat yang berterusan.

Bagi tahun 1990, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka lebih sederhana iaitu pada kadar 6.5%. Ini adalah kerana prospek pertumbuhan ekonomi di kalangan negara~negara perindustrian yang agak perlahan, iaitu sebanyak 2.8%. Pertumbuhan yang perlahan ini akan menjejaskan perdagangan luar negeri Malaysia. Paras harga barangan utama, termasuk petroleum mentah, juga dijangka berkurangan sedikit.

Tuan Yang di-Pertua, langkah­langkab yang lebih berkesan perlu diambil bagi menghadapi cabaran ekonomi dalam tahun 1990 dan berikutnya. Rakyat Malaysia perlu berusaha dengan lebih gigih lagi dan sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti keluaran negara selaras dengan kempen Gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru­baru ini, Dalam hal ini pekerja­pekerja dari sektor awam dan juga swasta serta pihak pengurusan hendaklah bekerja dengan lebih kuat dan cemerlang bagi menghasilkan keluaran dan perkhidmatan negara yang mempunyai daya persaingan yang lebih kuat dan kompetitif di pasaran antarabangsa. Kerajaan berharap rakyat akan bertambah sedar akan pentingnya negara mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan yang bermutu tinggi dan kompetitif.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, kestabilan politik dan keamanan negara juga adalah merupakan asas

Page 38: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2879 18 DISEMBER 1989 2880

yang penting kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Keadaan politik negara yang lebih stabil menjadi daya tarikan kepada pelabur-pelabur untuk melabur dan menempatkan industri-industri me­reka di Malaysia. Kestabilan politik kini menjadi lebih terjamin dengan termeterinya perjanjian perletakan senjata yang ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya baru-baru ini. Ini sudah pasti akan meningkatkan lagi keyakinan pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Oleh itu jangan pula ada golongan yang cuba mengancam keadaan yang stabil ini.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 1990 adalah dirancang, berdasarkan kepada asas-asas ekonomi yang bertambah kukuh bagi membolehkan ekonomi negara kita menghadapi cabaran dalam tahun-tahun 1990an. Strategi Belanjawan 1990 mempunyai tiga unsur:

Pertama

Kedua

Ketiga

mengekalkan per­tumbuhan di tahap yang tinggi

mengawal kenaikan harga; dan

meneruskan ke atas perbelanjaan awam

Memandangkan perkembangan ekonomi dunia yang dijangka lebih sederhana pada awal tahun 1990an, Kerajaan akan berusaha untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara pada tahap yang tinggi. Ini termasuklah memperkukuh dan meluaskan Iagi asas-asas pertumbuhan ekonomi dalam negeri. Di samping terus memberi penekanan terhadap pembangunan sektor-sektor pertanian dan perkilangan, Kerajaan akan memv.erh~b~tkan usaha mengga­lakkan mdustri pelancongan di­negara ini. Di dalam Belanjawan 1990 beberapa galakan cukai dan bukan cukai telah diumumkan oleh Kerajaan bagi menggalakkan lagi

pembangunan industri pelancongan dan untuk menambah pelaburan dalam sektor ini.

Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat telah memberi tekanan ke atas paras harga barangan keperluan. Dalam tahun 1989 Angkatunjuk Harga Pengguna Malaysia dijangka meningkat kepada 4% berbanding dengan 2.5% pada tahun 1988. Walaupun paras kenaikan harga ini masih lagi sederhana, Kerajaan sentiasa mengawasi keadaan ini dari semasa ke semasa supaya pendapatan sebenar rakyat tidak terjejas. Langkah-langkah untuk mengawal tekanan inflasi perlulah mendapat kerjasama dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat.

Kedudukan kewangan Kerajaan secara keseluruhannya semakin bertambah baik kesan daripada peningkatan jumlah hasil dan ·dasar jimat cermat yang diamalkan oleh Kerajaan. Jumlah perbelanjaan yang dijangka untuk tahun 1990, menunjukkan pertambahan sebanyak 11 % berbanding dengan peruntukan bagi tahun 1989. Tambahan ini adalah perlu dan sesuai untuk memenuhi keperluan mengurus Kerajaan, ser­ta menyediakan perbelanjaan pem­bangunan yang sewajarnya bagi memajukan asas pengeluaran ekonomi negara. Walaupun per­belanjaan bertambah, dasar jimat cermat dan pengawalan ke : ata'S perbelanjaan awam akan diteruskan oleh Kerajaan bagi memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan Kerajaan di masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Belanjawan 1990 ini, Kerajaan akan terus mela~naka9 I~ng~ah-,langkah untuk menamb;lh pelaburan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Selaras dengan ini beberapa langkah cukai dicadangkan dalam Belanjawan ini.

"

•·

Page 39: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

,,

·,

~

2881 18 DISEMBER 1989 2882

Di dalam Belanjawan 1989, saya telah mengumumkan bahawa cukai pembangunan sebanyak 5% akan dimansuhkan secara beransur-an­sur. Sekarang, saya bercadang mengurangkan cukai pembangunan dari 5% kepada 4% mulai tahun taksiran 1990. Pengurangan ini adalah untuk individu dan juga syarikat. Pemansuhan cukai pembangunan beserta dengan kadar cukai syarikat yang telah dikurangkan kepada 35% dalam Belanjawan lalu, akan menjadikan kadar cukai di Malaysia lebih kompetitif.

Untuk mengadakan sistem gaji yang, dengan izin, flexible, di mana prestasi yang baik diberi ganjaran sewajarnya, saya cadangkan supaya sekatan ke atas bonus dimansuhkan mulai tahun taksiran 1990. Waiau bagaimanapun, bagi mempastikan majikan tidak mengambil peluang membayar gaji yang terlalu rendah kepada pekerja dengan tujuan mengurangkan sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), saya cadangkan supaya semua bonus tertakluk kepada sumbangan KWSP. Cadangan ini akan berkuatkuasa selepas pindaan dibuat ke atas takrif pendapatan di bawah Akta KWSP.

Kerajaan telahpun mengenalpasti industri pelancongan sebagai salah satu sektor utama di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986. Selaras dengan itu, beberapa galakan telah disediakan bagi membangunkan sektor ini. Untuk menggalakkan lagi pembangunan industri pelancongan, dan untuk menambah perlaburan dalam sektor ini, saya mencadang}can langkah-langkah berikut:

(i) potongan· dua ' kali diberi kepada peng\lsaha hotel dan operator pelancongan bagi perbelanjaan tertentu ke atas usaha-usaha promosi di luar

. negeri;

---- -------

(ii) potongan dua kali diberi bagi perbelanjaan ke atas latihan yang diluluskan oleh Kem.enterian Kebudayaan dan Pelancongan untuk mempertingkatkan tahap ke­mahiran dan profesionalism dalam industri pelancongan;

(iii) semua kereta mewah yang dipasang dalam negeri dan diguna dalam industri pelancongan dikecualikan dari duti import dan eksais. Pengecualian ini, berkuat­kuasa mulai 27hb Oktober, 1989 hingga Disember, 1990 dan tertakluk kepada beberapa syarat tertentu;

(iv) cukai perkhidmatan di Labuan dimansuhkan;

(v) untuk menggalakkan pem­binaan hotel-hotel kecil, had pengecualian cukai perkhid­matan bagi hotel-hotel di­naikkan dari enam buah bilik ke bawah kepada dua puluh­lima buah bilik ke bawah; dan

(vi) untuk menambah lagi bilangan barang-barang yang boleh dibeli oleh pelancong­pelancong tanpa cukai jualan, saya bercadang mengecua­likan barang-barang pewter daripada cukai jualan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mem­bantu lagi industri pembinaan, terutama sekali untuk perumahan kos rendah, saya mencadangkan supaya batu konkrit dan beberapa jenis kayu gergaji dikecualikan dari cukai jualan. Adalah diharapkan tindakan ini akan mengawal kenaikan harga dalam sektor pembinaan.

Industri berasaskan rotan dan kayu memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sektor perkilangan, peluang pekerjaan dan pendapatan pertukaran asing. Untuk mengurangkan eksport rotan dan kayu

Page 40: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2883 18 DI SEMBER 1989 2884

balak serta bagi mewujudkan per­mintaan tempatan . dan lebih ba­nyak peluang pekerjaan, pelaburan dalam aktiviti hiliran perlulah di­galakkan, terutamanya di Sa bah dan di Sarawak. Selaras dengan ini saya cadangkan tambahan galakan kepada industri berasaskan rotan dan kayu seperti berikut:

(i) lanjutan taraf perintis selama lima tahun akan diberikan kepada pengilang perabot dan komponen perabot dari rotan dan kayu walaupun mereka tidak memenuhi kriteria semasa mengenai modal dan tenaga pekerja untuk men­dapat lanjutan taraf perin­tis; dan

(ii) pada masa ini, syarikat yang mengilang komponen perabot dari rotan dan kayu layak mendapat galakan di bawah Akta Penggalakan pelaburan 1986, jika mereka meng­eksport 80% atau lebih daripada keluaran mereka. Sekarang, saya cadangkan syarikat yang mengeksport 60% atau lebih daripada komponen keluaran perabot juga layak untuk mendapat galakan di bawah Akta ini, asalkan sekurang-kurangnya 51 % daripada ekuiti syari­kat dipegang oleh rakyat Malaysia.

Saya juga cadangkan galakan tambahan diberi kepada pengilang barang-barang berasaskan rotan dan kayu di Sabah dan Sarawak seperti berikut:

(i) pada masa ini, pengilang barang-barang berasaskan rotan dan kayu, tidak termasuk kayu gergaji dan veneer, untuk pasaran eksport sahaja yang layak mendapat galakan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.

Galakan ini sekarang di­perluaskan kepada pengilang yang mengeluarkan untuk pasaran tempatan;

(ii) pengilang barang-barang ber­asaskan rotan dan kayu, tidak termasuk kayu gergaji dan veneer, untuk pasaran eksport akan mendapat lan­jutan taraf perintis selama 5 tahun tanpa perlu me­menuhi kriteria semasa me­ngenai modal dan tenaga pekerja untuk mendapat lanjutan taraf perintis;

(iii) pada masa ini, pengecualian sepenuhnya duti import dan cukai tokok diberi ke atas bahan mentah atau komponen yang digunakan untuk me­ngilang barang-barang ber­asaskan rotan dan kayu un­tuk pasaran eksport. Kemu­dahan ini sekarang diper­luaskan kepada pengilang bagi pasaran tem_patan; dan

(iv) pengilang yang mengeksport barang-barang berasaskan rotan dan kayu, kecuali kayu gergaji dan veneer, akan layak mendapat potongan cukai dua kali atas kos pengangkutan yang ditang­gungnya.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan usaha-usaha untuk mem­bangun pasaran modal, saya ber­cadang mengecualikan duti setem ke atas semua suratcara yang terlibat dalam urusniaga peringkat kedua bagi amanah unit saham dan hartanah. Langkah ini selaras dengan penge­cualian duti setem yang telah di­beri suratcara yang terlibat dalam urusniaga peringkat kedua bagi bon korporat.

Tuan Yang di-Pertua, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bertambah kukuh sejak pengumuman pemi­sahannya dari Bursa Saham Singapura

<"

·'

F

~

Page 41: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

..,

~

~

2885 18 DISEMBER 1989 2886

(BSS) yang dibuat dalam Belanjawan 1990. Adalah jelas sentimen telah bertambah baik dengan nyata di mana jumlah dagangan dan harga-harga saham adalah lebih tinggi. Pemisahan di antara BSKL dan BSS tidak menjejaskan sentimen di BSKL. Sebalijmya, keyakinan terhadap BSKL bertambah baik, masa depan BSKL adalah cerah dan pemisahan ini akan membolehkan BSKL terus berkembang sebagai sebuah bursa saham yang terkemuka di rantau ini.

Keputusan Kerajaan untuk memi­sahkan kedua-dua pasaran saham telah dibuat selepas kajian-kajian dan penelitian-penelitian yang rapi dengan mengambilkira pandangan-pandangan dan perakuan-perakuan daripada Pasukan Petugas untuk mengkaji semula pasaran Modal Malaysia yang dianggotai oleh wakil-wakil sektor swasta termasuklah pakar-pakar ekonomi dan pihak Kerajaan.

Adalah dijangkakan bahawa pemisahan BSKL dari BSS akan memberi lebih peluang perniagaan· dan juga pekerjaan, terutamanya dalam syarikat-syarikat broker saham di dalam negara kita. Justeru itu, broker saham, pengurus-pengurus daria dan lain-lain para profesional yang bergiat dalam pasaran modal perlulah membuat persediaan-per­sediaan sewajarnya supaya mereka bukan sahaja dapat bersaing dengan syarikat-syarikat broker saham dan para profesional di negara-negara asing, malah berupaya untuk memainkan peranan yang lebih aktif ke arah mewujudkan BSKL sebagai pusat utama perniagaan sekuriti syarikat-syarikat yang diperbadankan di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mengawal kenaikan harga, langkah­langkah perlulah diambil bagi meningkatkan bekalan barang-barang tertentu melalui persaingan yang lebih besar di antara pengeluaran dalam

negeri dan import. Oleh itu, saya cadangkan duti import, cukai jualan, cukai tokok dan duti eksais ke atas beberapa jenis barang diturunkan. Ini termasuklah:

(i) barang-barang makanan se­perti sayur-sayuran, rempah, daging dan margerin;

(ii) import yang digunakan dalam sektor pertanian seperti baja dan bahan-bahan yang di­gunakan dalam mengeluar­kan barang-barang makanan seperti jus dan lemak anhy­drous; dan

(iii) barang-barang keperluan rumahtangga termasuk sabun, syampu, peralatan memasak, kipas angin dan periuk nasi elektrik.

Di samping itu, saya juga men­cadangkan perkara-perkara berikut:

(i) duti import ke atas komponen CKD bagi lori dan bas dihapuskan;

(ii) komponen CKD bagi kereta sewa dan teksi yang mem­punyai keupayaan selinder 2,000 c.c. dan ke atas dike­cualikan dari duti import mulai 27hb Oktober 1989 hingga 31hb Disember 1990;

(iii) duti eksais ke atas motosikal tidak melebihi 250 c.c. dikurangkan dari 20% kepada 10%; .

(iv) b~yaran pindah hakmilik ke atas kenderaan bermotor dari individu kepada syarikat dikurangkan daripada $300 kepada $100;

(v) cukai jalan bagi motosikal di antara 250 c.c. hingga 500 c.c. dikurangkan daripada $150 ringgit kepada $100 manakala bagi motosikal melebihi 500

Page 42: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2887 18 DISEMBER 1989 2888

c.c. dikurangkan daripada kadar ad valorem kepada $130 setahun; dan

(vi) cukai jalan bagi bas dan lori yang dipunyai oleh sekolah latihan memandu dikurang­kan daripada kadar ad valorem kepada $600 setahun.

Tuan Yang di-Pertua, kegiatan sukan adalah penting bagi melahirkan warganegara yang lebih sihat dan cergas. Negara mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang sukan seperti yang ditunjukkan dalam Sukan SEA baru-baru ini. Bagi menggalakkan perkembangan sukan, saya bercadang menghapuskan duti import, cukai tokok dan cukai jualan ke atas beberapa alat sukan. Di samping itu, hadiah wang tunai yang diterima oleh ahli-ahli sukan, dalam dan luar negeri, akan dikecualikan dari cukai pendapatan. Langlcah ini diharap akan menggalakkan lebih banyak pertandingan antarabangsa diadakan di negarll kita dan seterusnya dapat juga melahirkan lebih ramai ahli sukan terkemuka dari kalangan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, untuk membantu industri perumahan dan juga kakitangan awam memiliki rumah sendiri, syarat-syarat skim pinjaman perumaban Kerajaan telah dilonggarkan. Syarat-syarat baru yang tela,h.1diumumkan ialah:

(i) penurunan had umur pemo­hon daripada 30 tabun kepada 25 tahun;

(ii) pinjaman perumahan suami/ isteri secara berasingan kini

· dibenarkan;

(iii) pinjaman daripada bank dan , institusi ~wanga11, boleh dipindahkan kepada pinjaJilan dengan Kerajaan; dan

(iv) pinjaman suami/isteri yang meninggalkan perkhidmatan boleb diambilalih.

Perbendaharaan Malaysia telah pun mengeluarkan Surat Pekeliling Per­bendaharaan Bil. 14 tahun 1989 ke­pada pegawai-pegawai Kerajaan Per­sekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan. Badan-badan Berkanun bagi tujuan melaksana dan menyelaras­kan perubahan syarat-syarat yang disebutkan tadi. ·

Ramai kakitangan Kerajaan ter­utama sekali yang berpendapatan rendah sudahpun mula menggunakan peluang kelonggaran syarat pinjaman perumahan tersebut. Kelonggaran ini akan meningkatkan permintaan terhadap rumab kos rendah yang dibina oleh Kerajaan dan sektor swasta serta membantu pemulihan industri perumahan di negara kita.

Saya dukacita melibat tanda-tanda pemaju perumaban yang telab mengambil kesempatan menaikkan harga rumah sejak syarat-syarat baru pinjaman perumahan diumumkan. Tujuan kita melonggarkan syarat­syarat pinjaman perumahan ialab untuk membantu pemaju-pemaju perumahan. Nampaknya, mereka telab ambil kesempatan dari niat baik Kerajaan. Saya harap pembeli akan mengambil tindakan dengan menang­gubkan pembelian rumah. Dengan cara ini sahajalah pemaju akan menurunkan harga.

Tuan Yang di-Pertua, sukacitalab saya memaklumkan Ahli-ahli Yang Berbormat bahawa kedudukan kewangan Kerajaan telah bertambah baik. Bagi tahun 1990, basil Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat kepada $24,589 juta atau 3% melebihi anggaran basil tabun 1989 sebelum mengambilkira perubahan cukai. Selepas mengambilkira kebilangan basil berjumlah $194 juta berikutan dari pemansuhan dan · pengurangan cukai yang dicadangkan dalam Belanjawan ini, akaun semasa dijangka menunjukkan lebiban sebanyak $247 jU:ta.

...

o!'

Page 43: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

.:>

,,_..,.,_

,

'>

2889 18 DISEMBER 1989 2890

Selaras dengan strategi Belanjawan 1990, saya mencadangkan sejumlah $33,405 juta diperuntukkan bagi Belanjawan 1990. Dari jumlah ini sebanyak $24,148 juta atau 72 peratus ialah untuk perbelanjaan mengu­rus, manakala $9,257 juta atau 28 peratus ialah untuk perbelanjaan pembangunan. Belanjawan tahun 1990 yang dicadangkan ini adalah merupakan tambahan sebanyak $3,241 juta atau 11 peratus daripada peruntukan yang diluluskan bagi tahun 1989. Pertambahan per­belanjaan ini adalah dibuat setelah mengambilkira keperluan perbe­lan jaan mengurus Kerajaan ser­ta keperluan untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan bagi pelak­sanaan projek-projek Rancangan Malaysia Kelima.

Anggaran Perbelanjaan Mengurus 1990 adalah sebanyak $24,148 juta iaitu bertambah sebanyak $1,863 juta atau kira-kira 8 peratus jika dibandingkan dengan peruntukan tahun 1989. Sejumlah besar daripada pertambahan ini ialah untuk keperluan perbelanjaan tambahan bagi bayaran batik hutang negara, emolumen, perkhidmatan, bekalan dan perolehan aset. Penekanan yang lebih adalah diberi untuk meningkatkan perkhidmatan sosial dengan memperuntukan sebanyak $6,844 juta atau 28 peratus dari perbelanjaan mengurus 1990. Peruntukan ini adalah bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan di bawah Perkhidmatan Pendidikan sebanyak $4,781 juta, Perkhidmatan Kesihatan sebanyak $1,298 juta, Perkhidmatan Kebajikan dan Masyarakat sebanyak $375 juta dan Penerangan dan Penyiaran sebanyak $224 juta.

Kerajaan juga akan menyediakan· peruntukan yang lebih untuk tujuan menyelenggara dan membeli aset di mana pada tahun-tahun lepas peruntukan bagi tujuan ini telah

dikurangkan dengan ketara, meman­dangkan kedudukan kewangan pada masaitu.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah anggaran perbelanjaan pembangunan bagi tahun 1990 ialah sebanyak $9,257 juta iaitu bertambah sebanyak $1,378 juta atau 18 peratus daripada peruntukan asal 1989. Peruntukan terbesar adalah diberikan bagi Sektor Ekono01i iaitu sebanyak $5,214 juta atau 56 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan 1990. Peruntukan tersebut adalah sejajar dengan dasar dan strategi pem­bangunan Kerajaan bagi me­nentukan pertumbuhan ekonomi negara sentiasa dapat dikekalkan di tahap yang tinggi. Sektor Sosial pula diberikan peruntukan sebanyak $2,656 juta atau' 29 peratus, Sektor Keselamatan diperuntukkan sebanyak $724 juta atau 8 peratus, manaka­la sektor · Pentadbiran Am di­peruntukkan sebanyak $262 juta atau 3 peratus daripada jumlah peruntukan perbelanjaan pem-bangunan 1990. Kira-kira dua pertiga dari jumlah penintukan pembangunan adalah untuk luar bandar.

Memandangkan tahun 1990 ialah tahun akhir pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelima, tumpuan perun­tukan perbelanjaan pembangunan tahun 1990 ialah untuk menyiap­kan projek-projek yang' sedang dilaksanakan. Belanjawan ini juga menitikberatkan pembangunan kemudahan infrastruktur bagi me­ngurangkan halangan-halangan yang terdapat ke atas keupayaan infrastruktur. Kerajaan akan me­laksanakan sejumlah 126 projek dalam tahun 1990 bagi memperbaiki dan menambahkan kemudahan infrastrtiktur 'yarig ada serta juga membina kemudahan-kemudahan baru untuk memenuhi kehendak sektor perindustrian yang ber­kembang. Sejumlah $2,858 juta

Page 44: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2891 18 DISEMBER 1989 2892

telah diperuntukkan untuk projek­projek infrastruktur tersebut, yang meliputi projek-projek di kawasan bandar, dan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan pembangunan tersebut di bawah Sektor Ekonomi ialah bagi Peng­angkutan, iaitu sebanyak $1,959 juta atau 21 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan pembangunan 1990. Peruntukan yang besar ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan untuk menyediakan infra­struktur yang lebih baik termasuk me­naikkan taraf dan memperbaiki jalan raya di seluruh negara.

Peruntukan pembangunan yang besar juga disediakan bagi Pertanian, iaitu sebanyak $1,693 juta atau 18 peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan 1990. Peruntukan bagi pertanian adalah untuk pembangunan tanah, pemulihan dan penyatuan tanah terbiar serta tanaman semula getah, subsidi padi dan pembangunan pertanian bersepadu. Peruntukan yang besar bagi sektor pertanian adalah memandangkan sumbangan yang penting sektor ini kepada ekonomi negara dari segi gunatenaga, pendapatan eksport dan kepada KDNK.

Peruntukan sebanyak $1,623 juta adalah disediakan bagi pendidikan. Peruntukan ini adalah untuk menyiapkan projek-projek di bawah Kementerian Pendidikan dalam usaha untuk mengadakan kemudahan­kemudahan yang lebih baik bagi memajukan sistem pendidikan di negara ini. Pada akhir tahun 1990, Kerajaan dijangka dapat menyiapkan sejumlah 4,430 projek sekolah di bawah Program Pendidikan Rendah, yang meliputi pembinaan 10,163 bilik darjah. Bagi Program Pendidikan Menengah pula, 3,008 projek sekolah, yang melibatkan pembinaan sebanyak 13,411 bilik darjah sedang dilaksanakan. Selain dari itu,

peruntukan juga disediakan, bagi Program sokongan Pendidikan, seperti pembinaan asrama, termasuk asrama desa, rumah guru luar bandar, bantuan pendidikan khas, kemudahan sukan, serta kerja-kerja membaik­pulih atau ubahsuai, bangunan­bangunan sekolah yang lama.

Bagi membantu golongan termiskin, $68 juta disediakan dalam tahun 1990, bagi memberi bantuan langsung menerusi projek-projek penempatan semula industri kampung, dan pertanian, dengan izin, "in-situ".

Bagi meneruskan usaha Kerajaan untuk menyediakan peluang-peluang perniagaan yang lebih kepada masyarakat di kawasan luar bandar khususnya kepada golongan termiskin untuk melibatkan diri dalam perniagaan kecil, Kerajaan juga akan mengadakan peruntukan bagi mem­biayai Projek Ikhtiar · di seluruh negara. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan mereka dengan cara menyediakan pinjaman tanpa faedah bagi perniagaan kecil, yang boleh menambahkan penda­patan keluarga. Kerajaan sedia menambahkan peruntukan untuk Projek Ikhtiar, jika perlu.

Sukalah dimaklumkan bahawa Kerajaan akan terus memberi peruntukan yang besar untuk memperbaiki kemudahan infras­truktur asas di kawasan luar bandar seperti pembinaan dan pembaikan jalan~jalan luar bandar, bekalan elektrik dan air. Bagi tujuan ini, $1,144 juta akan diperuntukkan dalam tahun 1990.

Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa keselamatan negara adalah penting bagi menjamin supaya segala usaha pembangunan yang telah dijalankan oleh Kerajaan adalah terpelihara dan kedaulatan negara dapat dipertahankan. Selaras dengan ini sebanyak $725 juta dalam tahun 1990 untuk keselamatan.

..

..

.r

Page 45: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

31

...

2893 18 DISEMBER 1989 2894

Industri pelancongan . semakin memainkan peranan penting sebagai sumber gunatenaga dan pendapatan negara. Untuk menggalakkan pem­bangunan industri pelancongan, per­untukan khas _ sebanyak $92 juta telah disediakan iaitu $46 juta dalam tahun 1989 dan bakinya untuk dibelanjakan bagi menjayakan pro­gram-program galakan pelancongan khususnya Tahun Melawat Malaysia 1990.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkembangan dalam ekonomi dunia termasuk kadar pertumbuhan yang dijangka perlahan sedikit, pembentukan kumpulan-kumpulan serantau dan dasar perlindungan akan terus memberi cabaran terhadap pengurusan ekonomi negara kita. Oleh . itu kita perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang ditimbulkan bleh perkembangan ini. Belanjawan 1990 merupakan salah satu alat bagi menyediakan negara untuk menghadapi cabaran-cabaran itu. Kita perlu terus meningkat­kan pertumbuhan ekonomi dan mempelbagaikan asasnya serta me­ningkatkan lagi daya saing ekonomi kita. Oleh itu rakyat Malaysia hendaklah berusaha dengan gigih, memupuk budaya kerja cemerlang, meningkatkan kecekapan dan mutu pengeluaran, supaya proses pertumbuhan ekonomi dapat di­teruskan. Di samping itu, kita harus memastikan keadaan politik dan keselamatan negara terus terjamin. Jika rakyat jelata bersatu padu dan menyokong Kerajaan yang dipilih, saya yakin kita akan mencapai kejayaan yang lebih besar di masa hadapan. Insya Allah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Perusahaan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta bagi menggunakan se jumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 1990 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Di­persilakan Tuan Tiong Hiew King untuk memulakan perbahasan.

4.09 ptg.

Tuan Tiong Hiew King: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana mengizinkan saya turut serta di dalam membahaskan Rang Undang-undang bernama suatu Akta bagi meng:. gunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 1990 dan bagi mempenmtukkan wang itu untuk perkhidniatan tahun itu yang di­bentangkan baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, seperti kita sedia maklum pada tahun 1985 dan 1986, kita mengalami kesusahan yang teruk akibat kemerosotan ekonomi antarabangsa, berikutan langkah­langkah tegas yang diambil oleh Kerajaan kita untuk memulihkan ekonomi negara semenjak tahun 1987 ekonomi negara berkembang pesat. Dengan itu kedudukan kewangan Kerajaan pun bertambah kukuh dan rakyat kita juga telah dapat menikmati pendapatan serta taraf hidup yang lebih tinggi.

Memandangkan pertumbuhan ekonomi negara adalah berhubung erat dengan keadaan ekonomi dunia, maka kita harus berhati-hati supaya kegiatan ekonomi kita terus menggalakkan. Oleh itu, Yang Berhormat Menteri Kewangan pun dalam Ucapan Belanjawan tahun 1990 beliau telah mengemukakan strategi Belanjawan dan langkah-langkah untuk mengekalkan pertumbuhan di

Page 46: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2895 18 DISEMBER 1989 2896

tahap yang tinggi, meninggikan lagi taraf hidup serta mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan.

Bel~njawan tahun 1990 yang dibentangkan itu tidak membebankan rakyat berpendapatan rendah dan mendapat sambutan baik dari segenap lapisan masyarakat. Tindakan-tin­dakan yang sedang diambil dan juga akan dijalankan sepertimana yang dinyatakan dalam Belanjawan itu menunjukkan kesungguhan dan hasrat Kerajaan untuk mengukuhkan proses pengembangan ekonomi dengan terus menggalakkan pertumbuhan dan mewujudkan peluang pekerjaan serta mengawal kadar inflasi. Usaha Kerajaan ini haruslah dipuji dan rakyat segenap lapisan hendaklah memberi kerjasama penuh dengan menceburi diri ke dalam segala akti­viti ekonomi, meningkatkan lagi kecekapan pengeluaran dan daya persaingan basil di pasaran antara­bangsa.

Tuan Yang di-Pertua, kita dapati bahawa demi untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi, Yang Berhormat Menteri Kewangan mencadangkan beberapa langkah tambahan dalam Belanjawan ini. Saya mengalu-alukan cadangan itu. Walau bagaimanapun saya ingin menyentuh beberapa perkara.

Pertama mengenai pelaburan. Pelaburan swasta yang tinggi adalah penting dan akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi se­pertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah penting untuk menambahkan pendapatan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan maka itu pelaburan perlu dipertingkatkan lagi. Menurut statistik Kerajaan, pelaburan swasta khususnya pelaburan asing telah meningkat dengan pesat setelah Kerajaan mengambil langkah-langkah bagi

memperhaiki iklim pelaburan. Tetapi pelaburan dalam negeri walaupun mula meningkat tetapi masih kurang menggalakkan. Kenapa boleh menjadi begini. Saya harap Kerajaan akan adakan satu penyelidikan mendalam terhadap masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, sukacitalah bahawa Kerajaan telah insaf akan kepentingan dan keperluan pe­ningkatan pelaburan dalam negeri bagi pertumbuhan ekonomi yang stabil dan lebih kukuh dalam jangka panjang. Demi untuk menyemaikan keinsafan tersebut menjadi kenyataan dan menterjemahnya ke dalam amalan, Kerajaan hendaklah selain langkah-langkah yang dicadangkan dalam Belanjawan itu menggalakkan sektor swasta dalam negeri dengan memperbaiki proses dan menyediakan syarat pelaburan serta galakan menarik yang sama sepertimana yang diberikan kepada pelabur asing. Dengan demikian sektor swasta dalam negeri akan saya yakin berusaha menambah pelaburan dan memper­luas skop pelaburan mereka.

Kedua, kemudahan-kemudahan hendaklah disediakan pada kos yang berpatutan bagi pelabur-pelabur atau pengusaha-pengusaha dalam negeri yang ingin meluaskan skop perusa­haannya atau mengembangkan perin­dustrian lainnya, mudahlah mereka dapatkan pinjaman dengan kadar bunga yang rendah dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan bagi membiayai projek-projek perusahan mereka. Selain itu, bank-bank atau institusi-institusi kewangan harus bersikap membantu terutama ketika kedudukan kewangan syarikat kurang baik berikutan kemelesetan ekonomi, mereka tidak berupaya membayar balik pokok secara ansuran, jika lagi mereka dikenakan denda berat bahkan dipaksa membayar balik, kalau begitu tentulah ketara akibat­nya.

":-

~

...

:-

Page 47: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

·:

~·~

'>

...

2897 18 DISEMBER 1989 2898

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan ini saya hendak mengesyorkan bahawa bukan sahaja kemudahan-kemudalian pinjaman disediakan pada. kadar bunga yang berpatutan, bahkan bank­bank atau institusi-institusi kewangan hendaklah melonggarkan syarat-syarat pinjaman bagi membantu pengusaha­pengusaha mengatasi ke.susahan kewangan akibat kemelesetan eko­nomi.

Tuan Yang di-Pertua, ketiga mengenai cukai-cukai langsung. Saya mengalu-alukan cadangan cukai pembangunan sebanyak 5% akan dimasukkan secara beransur-ansur dan mulai tahun taksiran 1990 cukai pembangunan itu akan dikurangkan ke peratus setiap tahun tetapi kadar cukai pendapatan syarikat dan nisbah cukai pendapatan individu masih tetap.. Kadar cukai pendapatan syarikat sebenamya harus dikurangkan lagi supaya meng­galakkan lebih banyak pelaburan dan pelaburan semula. Dengan pe­ningkatan kadar pengecualian cukai pendapatan individu akan boleh menggalak pekerja-pekerja mening­katkan daya pengeluaran mereka.

Tuan Yang di-Pertua, bagi meng­galakkan perkembangan industri kecil dan sederhana, Kerajaan telah memperkenalkan beberapa galakan cukai dan skim pinjaman berkadar menarik memandangkan peranan penting yang dimainkan oleh IKA. Kerajaan dalam Belanjawan ini akan memberi lagi bantuan untuk IKA dengan menubuhkan satu kumpulanwang bantuan teknik IKA untuk menjalankan kajian ke­mungkinan penyelidikan dan pem­bangunan serta melaksanakan pem­biayaan semula kredit eksport dan Skim lansuran Jaminan Kredit Eksport untuk membantu menambahkan pengeluaran. Bagi eksport menerusi pemberian pembiayaan pada kadar yang berasingan, langkah-langkah tersebut

hendaklah dijalankan betul-betul supaya pengusaha-pengusaha atau penge~sport-pengeksport IKA dapat bermanfaat dari kemudahan­kemudahan tersebut. Pencapaian di sektor itu tahun cfahulu kurang memuaskan. Saya ingin mengesyorkan bahawa Kementerian atau Jabatan berkenaan harus menghantar pegawai­pegawai ke mana-mana untuk menyelaraskan skim-skim bantuan untuk IKA kepada pengusaha atau pengeksport kecil. Dengan itu diharap perkembangan IKA akan lebih pesat dan memberi sumbangan lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi kita.

Tuan Yang di-Pertua, sektor perta­nian masih tetap jadi asas ekono­mi Malaysia. Oleh kerana itu Kera­jaan terus menerus usaha-usaha pemodenan sektor pertanian dan perkembangan pertanian untuk me­ningkatkan pengeluaran makanan. Selain itu salah satu maksud penting dari usaha ini ialah membasmi kemiskinan di luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, setiap ta­hun sejumlah besar perbelanjaan pembangunan diperuntukkan untuk sektor pertanian. Bagi pembangunan tanah, pemulihan dan penyertaan tanah terbiar getah dan tanam seniula getah, agensi-agensi seperti FELDA, FELCRA dan !USDA ditugaskan menjalankannya di Semenanjung dan agensi-agensi itu pun melaksanakan projek-projek baru atau menerµskan yang sedia ada tetapi n~paknya tidak banyak projek dijalankan di negeri Sarawak. Pada keseluruhannya Sarawak ketinggalan, pendu~uk­penduduk di luar bandar terutama di kawasan pendalaman masih hidup di bawah paras kemiskinan. Mereka perlu diberi bantuan lebih supaya mereka dapat berubah nasibnya dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam B. 26, Kementerian Pendidikan, saya hendak menyentuh satu perkara

Page 48: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2899 18 DISEMBER 1989 2900

sahaja iaitu mengenai peruntukan untuk pembinaan bilik darjah dan membaikpulih atau mengubahsuai bangunan-bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di bawah program. Pendidikan Rendah. Menurut Akta Pendidikan 1961, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan adalah dianggap sebagai sekolah rendah bantuan penuh, tetapi nampaknya pada amalan kedua-dua sekolah tidak diberi layanan yang sama. Peruntukan subsidi atau pemberian bantuan untuk pembinaan bilik darjah atau membaikpulih bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan tidak sama dengan jumlah yang diberikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan.

Untuk makluman, Tuan Yang di­Pertua, sebuah sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di Sibu baru-baru ini membina sebuah bangunan tiga tingkat yang mempunyai 6 bilik darjah bagi kos pembinaannya sejumlah $177 ribu telah dibelanjakan, tetapi Kementerian hanya memberi bantuan kewangan sebanyak $78,000 lianya 44% dari kos keseluruhannya. Selain daripada itu tapak pembinaan bangunan tidak diperolehi dan disediakan oleh Jemaah Pengurusan Se.kolah, oleh kerana itu Jemaah Pengurusan Sekolah terpaksa mengutip derma dari ibu bapa serta orang ramai yang berbakti dan yang baik hati. Perkara itu tidak pemah wujud bagi sekolah-sekolah jenis lainnya. Maka saya berharap agar Kerajaan akan memberi bantuan kewangan yang penuh kepada sekolah-sekolah rendah, baik Sekolah Jenis Kebangsaan atau Sekolah Kebangsaan bagi membiayai kos bilik darjah baru atau kerja-kerja membaikpulih bangunan lama di bawah Program Pendidikan Rendah.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh perkara kemudahan­kemudahan infrastruktur dan awam yang masih berkurangan dan

ketinggalan di negeri Sarawak. Perkara ini sering dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak baik di Dewan Rakyat mahu pun di Dewan yang mulia ini. Kerajaan, terutama Kementerian yang berkenaan didesak supaya memberi perhatian yang lebih kepada perkara tersebut meman­dangkan kepentingan dan perlunya kemudahan-kemudahan tersebut bagi pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri, maka saya berharap:

(i) Peruntukan sebanyak $15 juta dalam tahun 1990-pem­binaan Lapanganterbang Sibu yang telah lama ditangguhkan itu akan bermula mulai awal tahun 1990 dan akan siap dibina seperti yang dijadualkan.

(ii) Ptojek pembinaan dan kerja mengetarkan permukaan Le­buhraya Pan-Borneo di­percepatkan pelaksanaan­nya. Juga dibina jalan-jalan yang menuju dari Lebuh itu ke bandar atau pekan atau kawasan-kawasan yang mana projek-projek perindustrian atau estet akan dijalankan.

(iii) Peruntukan yang lebih di­berikan untuk menyediakan dan membaiki infrastruktur asas di kawasan-kawasan luar bandar di negeri Sarawak. Memandangkan sejumlah peruntukan wang bukan alang kepalang telah disediakan setiap tahun untuk program­program ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita maklum Kerajaan terus memberi bantuan langsung bagi tahun 1990 seperti dalam tahun-tahun lepas menerusi projek-projek tertentu bag~ membantu golongan termiskin. Projek itu tentu akan boleh meningkatkan pendapatan mereka selari dengan matlamat pembasmian kemiskinan. Kemen­terian harus, menerusi Jabatan berkenaan di s.arawak menghebahkan

"

·-..

Page 49: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

..,

"

2901 18 DISEMBER 1989 2902

banyak penerangan atau maklumat kepada rakyat, terutama golongan termiskin di luar bandar untuk mempopularkan rancangan itu dan dengan demikian mereka pun dapat mengecap faedah dari usaha Kerajaan itu.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pelancongan, saya ingin menyentuh mengenai pelancongan di negeri Sarawak Kerajaan telah menetapkan tahun 1990 sebagai Tahun Melawat Malaysia dan telah juga mengerahkan segala tenaga dan mencampakkan berjuta-juta ringgit dalam persediaan untuk menjayakan program-program galakan pelancongan itu. Dalam hubungan ini Kerajaan Negeri Sarawak juga berusaha sedaya upaya untuk menarik pelancong-pelancong ke negeri ini.

Tuan Yang di-Pertua, Sarawak adalah sebuah negeri terbesar dalam Malaysia dengan berbagai suku kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, adat-istiadat dan cara hidup yang . berlainan. Wilayahnya · 1uas dengan pemandangan alam yang indah, banyak tempat yang indah dan bersejarah seperti Gua Niah, Gunung Mulu; Daerah Bau, Pantai Damai boleh dijadikan tempat pelancongan yang menarik yang mana pelancong­pelancong akan suka melawat, sekiranya penerangan disebabkan secukup-cukupnya di luar negeri.

Tuan Yang di-Pertua, kesalnya kita dapati dalam risalah-risalah terbitan Biro Pelancongan bahawa negeri­negeri Sarawak dan Sabah telah diabaikan dan tidak ban yak diterangkan tentang kedua-dua negeri, bahkan nama kedua-dua negeri pun sangat kecil hurufnya hingga susah nampak kecuali di lihat dengan kaca pembesar. Oleh yang demikian, saya berharap bahawa Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan akan dapat memberi perhatian yahg serius terhadap perkara ini dan membetulkan penyimpangan dan prasangka itu.

Tuan Yang di-Pertua, khususnya ketika kita berusaha menjayakan program galakan pelancongan ini, lebih menerangkan satu propaganda tentang negeri Sarawak dan Sabah serta penduduk-penduduk di Semenanjung dan pelancong­pelancong luar supaya mereka mendapat satu gambar tepat mengenai kedua-dua negeri itu. Sehubungan ini saya hendak menarik perhatian Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan kepada satu iklan pelancongan yang diterbitkan dalam suratkhabar-suratkhabar Australia iaitu oleh sebuah agensi pelancongan "Destinational di Melbourne", ia be­kerjasama dengan Sistem Penerbang­an MAS dalam usaha memajukan industri pelancongan. Dalam iklan itu Sarawak digambarkan sebagai sebuah negeri yang mengerikan, termundur dan tidak bertamadun. Ungkapan­ungkapan seperti "hilang kepalamu di Borneo" berhadapan muka dengan orang liar Borneo digunakan dalam iklan mereka seolah-olah Borneo masih berada pada tahap primitif, perkembangan masyarakatnya masih ada "pemburu kepala manusia", banyak orang hutan, orang liar sehingga boleh berhadapan muka dengan orang hutan itu di mana-mana sahaja.

Pernyataan seperti itu tidak benar kepada orang Sarawak atau Sabah. lni adalah satu penghinaan yang besar. Walaupun pengiklan itu bertujuan untuk menarik pelancong-pelancong ke negeri ini, tetapi tidak perlu dan tidak payahlah menggunakan tipu muslihat semacam ini yang boleh menghina dan memalukan orang­orang Sarawak.

Mereka boleh mengeluarkan risalah-risalah atau buku-buku bacaan tentang keindahan pemandangan alam, kebudayaan Sarawak yang unik, tunggal dan beranika jenis. Kita tidak akan menyalahkan orang asing, tetapi pihak MAS yang bekerjasama dengan

Page 50: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2903 18 DISEMBER 1989 2904

mereka yang hams dipertanggung­jawabkan bagi kesalahan atau ke­jadian itu.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang untuk menggalakkan pem­bangunan industri pelancongan, maka kami berharap pihak-pihak berkenaan seperti Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, TDC dan MAS dapat meliputi Sarawak itu dalam program-program galakan pelancongan dengan menjadikan Sarawak juga suatu tempat pelancongan supaya projek-projek pelancongan di negeri Sarawak dapat berjalan dengan lancar.

Tuan Yang di-Pertua, saya pernah beberapa kali di Dewan yang mulia ini menyeru kepada pemimpin-pemimpin politik termasuk Wakil-wakil Rakyat dan Ketua-ketua masyarakat supaya mengelakkan diri daripada membuat ucapan membangkitkan isu-isu yang berbau perkauman atau boleh menyinggung perasaan kaum lain. Kesalnya pada masa kebelakangan ini, masih ada pemimpin-pemimpin yang berbuat demikian sesuka hati seolah­olah untuk memperlihatkan atau menonjolkan diri sebagai seorang johan kaumnya, Umpamanya kalau saya tidak salah ingat, Yang Berhormat Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Menteri Belia dan Sukan pernah mengatakan di perhimpunan Pemuda UMNO bahawa Malaysia masih banyak terhutang kepada orang Melayu ketika membahas dasar ekonomi.

Pada hemat saya, percakapan beliau kurang patut. Melihat kembali sejarah kita, kita dapati baik berketurunan Melayu, Cina atau India atau lainnya telah bersama-sama berusaha membangun dan me­ngembangkan ekonomi, berjuang bersama-sama untuk mencapai kemerdekaan kerana perpaduan dan perjuangan bersama rakyat kitalah kemerdekaan negara tercapai.

Dengan keharmonian dan usaha­usaha bersungguh-sungguh dari berbagai rakyat, negara kita kini memperolehi prestasi ekonomi yang cemerlang. Persoalan siapa terhutang kapada siapa itu tidak boleh ditimbulkan sama sekali. Tuan Yang di-Pertua .....

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli yang Berhormat, saya mohon maaf kerana memberi peluang untuk membuat satu pengumuman. Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan l\.fesyuarat 6 (3), s~karang saya menjemput Yang Berhormat Dato' Tan Peng Khoon untuk mem­pengerusikan Dewan yang mulia ini. Dipersilakan Dato' Tan Peng Khoon. Tunggu sebentar, Yang Berhormat boleh sambung selepas Yang Berhormat Dato' Tan mempe­ngerusikan mesyuarat. Dipersilakan.

(Dato' Tan Peng Khoon mem­pengerusikan Mesyuarat)

Dato' Tan Peng Khoon: Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King, sila sambung.

Tuan Tiong Hiew King: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Dato' Seri Najib telah diberitahu dalam suratkhabar sebagai menyatakan bahawa "status bumiputera dan bukan bumiputera akan terus dipertahankan asalkan orang Tionghua enggan meninggalkan ciri-cirinya-asalkan tidak mahu meninggalkan ciri·ciri mereka, yakni adat-istiadat, bahasa dan kebudayaan, sekolah, tarian singa dan sebagainya."

Percakapan ini menunjukkan suatu sikap yang melampau. Sikap itu adalah bertentangan dengan pedoman yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Tuan Abdul Ghafar bin Baba dalam ucapan beliau ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda dan Wanita Ul\.fNO yang lalu. Beliau berkata: " . . . . . kita memerlukan satu sikap

...

~

Page 51: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

"

2905 18 DISEMBER 1989 2906

yang menolong membina perpaduan di kalangan rakyat dan mengamalkan "fair play" dan tidak bersikap melampau."

Mengikut beliau, kemajuan ekonomi di negara ini berkait rapat dengan perpaduan rakyat. Demi perpaduan rakyat, demi kemajuan ekonomi dan kestabilan politik, demi nama baik negara kita, sikap-sikap atau ucapan-ucapan yang melampau harus ditinggalkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh sedikit tentang dasar ekonomi negara selepas 1990. Kita difahamkan bahawa Majlis Pe­rundingan Ekonomi Negara yang telah ditubuhkan awal tahun ini untuk berbincang perkara ekonomi dan. kemudiannya, memajukan pendapat­pendapat kepada Kabinet untuk diterapkan ke dalam dasar ekonomi negara selepas 1990. Pernah saya mengatakan di mesyuarat pertama pada bulan Mac yang lalu bahawa Kerajaan selama ini telah menca­pai prestasi yang nyata dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan ekonomi negara boleh lebih maju dengan lebih pesat kalau tidak kerana setengah-setengah pendekat~n yang diambil yang diutamakan pengagihan kuih ekonomi yang ada. Kita harus berusaha mengumpulkan segala sumber yang sedia ada pada negara kita: sumber kewangan, sumber tenaga kerja, sumber alam semulajadi dan sebagainya untuk menggalakkan pertumbuhan lebih pesat ekonomi negara.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah penting untuk menambahkan pendapatan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Petikan dari ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan: " ..... dengan pertum­buhan pendapatan berikutan per­tumbuhan ekonomi barulah dapat dibahagikan lebih luas dan dinikmati bersama-sama oleh rakyat berbagai kaum."

Demi mencapai tujuan itu kita semua harus bekerja kuat, berusaha bersungguh-sungguh, · tidak perlu dikatakan kita hendak memperolehi berapa peratus kekayaan ini, kekayaan itu atau kekayaan negara diagihkan antara berbagai suku kaum mengikut nisbah bilangan mereka. Percakapan atau pendapat semacam itu akan menakutkan pelabur-pelabur asing dan dalam negeri serta menghalangi rancangan pelaburan mereka. Akibatnya pertumbuhan ekonomi menjadi lambat, peluang bekerja tidak timbul dan pendapatan tidak akan bertambah. Jadi akhirnya, rakyat berbagai kaum menderita lagi.

Jika kekayaan diagihkan dengan cara begitu--diperolehi tanpa usaha bersungguh-sungguh diri sendiri, keadaan itu pun tidak tahan lama. Kekayaan yang diperolehi dengan cara itu pun tentu akan habis lambat laun.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1985 dan 1986, telah mengalami kesusahan akibat kemerosotan ekonomi, tetapi Kerajaan dan rakyat kita telah berusaha bersama dan berjaya mengatasi kesan-kesan negatif kemerosotan itu. Kini prestasi bertambah baik, kedudukan ke­wangan semakin kukuh, pendapa­tan meningkat dan kadar pengang­guran turun.

Pada tahun yang bersejarah ini kita telah menyaksikan upacara pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Sukan SEA dan kejohanan-kejohanan sukan antarabangsa lainnya yang telah dianjurkan dengan jayanya.

Selain dari itu, kita telah menerima lawatan Ratu Elizabeth dan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Tertinggi mengenai Masa Depan Komanwel.

Page 52: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2907 18 DISEMBER 1989 2908

Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga dipilih menjadi Presiden Persidangan Agung UNESCO. Semua ini telah mencerminkan bahawa negara kita menjadi sebuah negara yang terkenal dan semakin disanjung tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

Yang Berhormat Menteri Per­dagangan dan Perindustrian, Dato' Seri Rafidah Aziz telah berusaha sekuatnya dalam tahun-tahun kebelakangan ini melawat negara­negara Asia, Asia Tengah dan Eropah untuk menarik pelaburan ke negara kita. Syukurlah saya mendapat peluang menyertai rombongan lawatan beliau beberapa kali. Saya telah memperhati bahawa jadual lawatan telah diatur begitu rapi dan baik dan di setiap tempat kami melawat, penerangan mengenai keadaan ekonomi dan pelaburan pun diberi secukup-cukupnya. Hasil dari usaha-usaha bersungguh-sungguh oleh beliau, pelaburan asing bertambah tahun demi tahun dan ekonomi negara bertumbuh dengan pesat. Kejayaan semua ini adalah berpunca dari kepimpinan yang dinamis dan bijak oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad. Maka marilah kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas kejayaan semua itu (Tepuk).

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja, saya mengucapkan terima kasih dan saya akhiri ucapan ini di samping melahirkan sokongan kepada Undang­undang Perbekalan 1990. Terima kasih.

Dato' Tan Peng Khoon: Dijemput Yang Berhormat Tuan Azman A tar.

4.42 ptg.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk bersama-sama mengambil bahagian di dalam menyokong suatu Rang Undang_:-undang bernama suatu

Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 1990 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan l?agi tahun itu.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan saya, saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syaba~ kepada Kerajaan khasnya Menteri Kewangan, Dato' Paduka Daim Zainuddin, dan kepada semua pegawai yang terlibat di dalam menyediakan satu laporan yang begitu kemas dan baik untuk kegunaan bagi rakyat di tahun 1990.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Yang Berhormat Menteri Kewangan kita ini pernah dipanggil oleh pihak­pihak yang tidak dapat mengikut kepuasan hati mereka iaitu satu panggilan sebagai Menteri "kedekut" tetapi pada saya .....

Puan Ainon binti Ariffin: Penjelasan kepada Yang Berhormat kawan saya ini. Dia mengatakan tadi Menteri Kewangan m1, ada yang me­manggilnya sebagai Menteri yang "kedekut." Apa maksud beliau memperkatakan "kedekut" ini?

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi penjelasan, makna "kedekut" ini. "Kedekut" ini adalah Bahasa Melayu, apabila seseorang itu diamanahkan untuk menjaga harta orang, umpamanya macam Menteri Kewangan ini, dia diamanahkan menjaga wang negara, jadi, apabila orang minta dengan semudah itu dia tidak boleh beri, dia tidak akan beri, maka dia dianggap sebagai orang yang "kedekut". Jadi, bahasa "kedekut", "bakhil" dan "tamak" dan jauh perbezaannya. ·Ada satu lagi bahasa "bakhil", bakhil ini maknanya kalau dia punya duit sendiri, kita minta, dia tidak beri. Itu namanya bakhil. Tetapi

..

"

t

Page 53: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

,,

r,

2909 18 DISEMBER 1989 2910

Yang Berhormat Menteri Kewangan kita ini pada saya bukan seorang bakhil, dia ini seorang yang pemurah. Siapa pun kalau hak dia sendiri, kalau diminta mesti dapat, tetapi saya belum pernah minta lagi. Dan jiwa Yang Berhormat Menteri Kewangan kita ini lebih kurang macam Dato Yang di­Pertua juga, termasuk juga Presiden kita, Tan Sri Yang di-Pertua. Tetapi perkataan satu lagi, "tamak" ini merbahaya sedikit, Tuan Yang diPertua. "Tamak" ini sudahlah hak kita hendak minta, dia tidak beri, hak orang pun dia hendak juga "sakau". lni tamak. Ini bangsa beri betis hendak peha, beri peha hendak kepala, Kita minta jauhkanlah manusia-manusia yang bersifat tamak ini. Jadi, itulah penjelasan saya kepada Yang Berhormat Puan Ainon.

Tuan Yang di-Pertua, untuk meneruskan perbahasan saya, saya ingin menyentuh di dalam perbelanjaan Belanjawan 1990 yang melibatkan . wang sebanyak · $14,786,630,980. Saya terpaksa me­nyentuh mengikut Maksud~maksud Bekalan yang telah disenaraikan di dalam jadual Rang Undang-undang ini sebanyak 54 Maksud. Pertama saya sentuh Maksud B. 1, iaitu bagi peruntukan Parlimen yang berjumlah $15,569,000. Ini adalah merupakan satu jumlah yang saya agak boleh dikatakan besar. Tetapi saya mendapati keadaan kawasan Parlimen kita ini masih lagi tidak begitu lengkap dengan hiasan. Saya harap dengan peruntukan untuk tahun depan, Saya minta yang bertanggungjawab di dalam Parlimen ini supaya menentukan kawasan Parlimen ini serta dua Dewan, Lower House dan Upper House, dengan izin, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya diperkemaskan semua perhiasan-perhiasan termasuk kerusi dan kusyen dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, say a terpaksa sentuh perkara ini kerana terdapat di dalam bilik-bilik tandas di Parlimen ini

kadangkala kertas tissue pun tidak disiapkan, dan juga kepala paip pun ada yang tidak betul. Jadi, bila kepala paip sudah tidak betul macam mana air hendak keluar? Yang penting sekali ialah kepala paip. Bila kepalanya betul, barulah kita pusing deugan senangnya air keluar. Jadi, ini juga saya minta diambil perhatian oleh yang bertanggungjawab di dalam Parlimen.

Di samping itu, saya ingin menyentuh Maksud B. 7, iaitu Jabatan Perdana Menteri yang melibatkan perbelanjaan $418,092,310. lni merupakan satu peruntukan perbelanjaan yang besar. Jabatan Perdana Menteri juga bertang­gungjawab untuk menyelaraskan Dewan Bandaraya, untuk me­nyelaraskan Kuala Lumpur dan untuk menyelaraskan semua hal ehwal Wilayah Persekutuan .. Oleh kerana Kerajaan telah pun memansuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan maka dengan sendirinya semua jabatan-jabatan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dahulu telah diserapkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya berharap sangat kebanyakan daripada peruntukan yang telah diberikan untuk Jabatan Perdana Menteri ini supaya diuntukkan lebih daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Bandar. Sebagai Datuk Bandar yang bertanggungjawab, yang begitu berusaha dengan gigih untuk mencantikkan Bandaraya kerana Kuala Lumpur adalah tempat tumpuan seluruh pelancong dan seluruh negara yang datang berkunjung ke negara Malaysia kita ini. Di samping itu, saya juga mengingatkan kepada pihak Dewan Bandaraya, terutama Datuk Bandar, supaya mengambil pasti semua projek­projek terutamanya projek-projek

Page 54: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2911 18 DISEMBER 1989 2912

perumahan di kawasan-kawasan setinggan dalam Kuala Lumpur yang mana telah diserahkan kepada badan swasta tetapi sehingga sekarang masih tidak lagi dapat dibangunkan dan saya minta jasa baik Datuk Bandar yang bertanggungjawab di dalam Bandaraya Kuala Lumpur ini juga bertanggungjawab kepada semua setinggan-setinggan supaya mengam­bil alih projek ini dan diserapkan sahaja di bawah Dewan Bandaraya.

Begitu juga masalah to!. Sekarang dalam Bandar Kuala Lumpur sedang asyik membina to! untuk diper­gunakan bagi masa-masa depan dan saya harap sangat supaya kutipan to! ini tidak dilakukan dengan segera. Kalau boleh biarlah kutipan to! ini selepas pilihanraya kerana ini menjadi satu isu yang paling besar kepada rakyat Kuala Lumpur. Kalau hendak tewas pun Barisan Nasional kerana tol inilah. Saya minta Menteri-menteri _atau Timbalan-timbalan Menteri yang tidak berkenaan jangan mengeluar kan sebarang kenyataan dalam suratkhabar masalah tol ini. Biarlah Menteri yang berkenaan sendiri sahaja yang mengeluarkan kenyataan dalam suratkhabar berapa patut bayaran tol ini harus dikenakan kepada tiap-tiap pengguna tol masa akan datang apabila tol ini sudah siap.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, apabila saya bercakap masalah Jabatan Perdana Menteri, saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri yang mengetuai Jabatan ini di atas kejaya­an beliau. Pertama, kejayaan me­ngadakan Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) yang baru lepas di negara kita. Apabila beliau diberi peluang menjadi Pengerusi dan juga apabila beliau menyampaikan ucapan beliau, pada saya, saya tidak anggap lagi beliau sebagai pemimpin hanya setakat Malaysia lagi, memang sudah taraf beliau menjadi pemimpin dalam dunia

dengan cara (style) beliau berucap. Tetapi masih ada lagi rakyat yang ti­dak mahu mengakui ketokohan beliau, kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin yang sentiasa bertoleransi, yang sentiasa memikirkan masalah rakyat, yang sentiasa memikirkan masalah perpaduan semua kaum dalam negara ini. Maka itu sebabnya beliau terpaksa sebagai Ketua Pentadbiran Negara memulangkan balik kepada rakyat supaya meminta rakyat menyediakan satu laporan khas untuk dipergunakan kepada seluruh kaum, seluruh rakyat dalam negara iaitu satu Dasar Ekonomi Negara yang akan dipergunakan pada tahun selepas 1990 pada hal beliau sebagai seorang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebagai Ketua Kerajaan yang memerintah beliau ada kuasa boleh menyambungkan dasar itu tanpa mewujudkan mana-mana badan, tetapi oleh kerana beliau rnerasakan mahu mewujudkan negara ini sebagai sebuah negara betul-betul merupakan ·negara demokrasi, datangnya dari rakyat dan kembalinya kepada rakyat untuk rakyat, maka itu sebabnya beliau mengadakan satu badan.

Dalam pada itu, ada juga yang tidak mahu bersama-sama . di dalam me­rundingkan dasar ekonomi negara untuk selepas 1990. Satu daripadanya kumpulan DAP, memang terang­terang dan jelas, Tuan Yang di­Pertua, DAP ini bukanlah benar­benar merupakan parti yang ingin menyelamatkan rakyat. DAP ini memang betul merupakan parti yang menjahanamkan rakyat, yang sentiasa mencari hum-hara, yang sentiasa mencari jalan untuk memutarbelitkan pengaruh rakyat supaya rakyat jangan menyokong Kerajaan. Saya ingin menasihatkan Kerajaan atas tindak· tanduk DAP yang begitu ganas kepada saya sedangkan Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya pun memuji atas kewibawaan pimpinan Dr Mahathir, memuji di atas pembangunan negara kita, Kerajaan

..

p

Page 55: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

<:

...

2913 18 DISEMBER 1989 2914

kita, tetapi masih lagi ada fahaman yang lebih teruk, lebih dahsyat daripada . fahaman komunis dalam hutan.

Saya menasihatkan Kerajaan jangan teragak-agak lagi, apabila kita dalam berkuasa ini kita kena bertindak sesuatu kalau kita fikirkan tindakan kita itu untuk mendatangkan faedah kepada semua kaum, semua rakyat dalam negara kita ini. Jangan kita pedulikan walau 10 orang, 20 orang. Patut kita memasukkan ke ISA, kita masukkan untuk hendak menyelamatkan negara kerana saya bimbang kalau kita tidak bertindak sedemikian rupa, akhir-akhir nanti apabila generasi kita 10 tahun atau 15 tahun akan datang akan menyumpah kepada kita semua ketika kita diberi kuasa kita tidak tahu menjalankan kuasa dan telah cuai menjalankan kuasa, maka perkara-perkara yang tidak diingini semuanya berlaku.

Saya ingin memberi satu falsafah, Tuan Yang di-Pertua, Saya rasa di mana-man.a Kerajaan juga mesti pegang kepada falsafah yang saya akan sebutkan dalam bahasa Inggeris, dengan izin:

"Politic is a power game. Everybody rushes for the power, even OAP also rushes for the power to form a government. So, now Barisan Nasional, we are in power, let it be powerful otherwise we are all bloody fools."

Maka dengan saranan itu saya nasihatkan Kerajaan kita jangan tunggu lagi. Kalau kita telah pujuk dan telah nasihat mereka ini supaya mereka jangan melakukan sesuatu yang boleh mengelirukan rakyat, boleh mengajar rakyat jahat, boleh mengajar rakyat menderhaka, boleh mengajar rakyat menentang Kerajaan, apa lagi? Kita sudah sediakan Undang-undang ISA, gunakan sahaja. Baru-baru ini mereka juga yang mencadangkan supaya ISA ini

dihapuskan oleh kerana Parti Komunis Malaya sudah meletakkan senjata dan sudah ingin balik ke pangkuan masyarakat dan ingin berdamai. Saya menolak cadangan mereka ini. ISA mesti terns diwujudkan di dalam negara yang berbilang kaum kerana dengan adanya Undang-undang ISA ini dapat kita membendungkan mereka yang mempunyai perangai kelakuan yang lebih teruk daripada komunis, tetapi dia tidak bawa senjata, cuma dia memainkan ideologi. Jadi saya mencadangkan ISA ini terns dijalankan walaupun kita sebagai negara demokrasi dan ada pihak-pihak mengatakan i;eolah-olah kita telah menindas hak asasi kemanusiaan. Pada saya kalau kita tidak buat salah perlu apa kita takut? Biar dia 10 kali Undang-undang ISA, kalau kita tidak buat salah apa perlu kita takut? Cuma orang-orang yang berniat ingin hendak buat salah ataupun pernah melakukan kesalahan, dia sahaja yang takut Undang-undang ISA ini.

Tuan Yang di-Pertua, Selain daripada itu saya juga ingin merayu kepada pihak Jabatan Perdana Menteri yang mengeluarkan peruntukan, termasuklah peruntukan­peruntukan tambahan ini. Pandang­pandanglah kami ini Ahli Dewan Negara kerana Ahli Dewan Negara sebagai Senator tidak ada peruntukan semacam mana Wakil-wakil Rakyat ada peruntukan kawasan, ada berbagai-bagai peruntukan. Kami hanya semata-mata mengharapkan elaun bulanan sahaja sedangkan derma dalam satu bulan dekat hendak 20-30 list derma datang, seolah-olah kepada rakyat ingat gaji Senator ini $50,000 satu bulan. Ini bukan saya memperjuangkan diri saya seorang sahaja, termasuk Tuan Yang di-Pertua sekali, termasuk seluruh Ahli Dewan Negara. Jadi saya mintalah supaya adakan satu peruntukan khas untuk Ahli Dewan Negara kerana kita ini juga walaupun kita tidak ada kawasan tertentu, tetapi Ahli Dewan Negara

Page 56: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2915 18 DISEMBER 1989 2916

mempunyai kawasan lebih luas, satu negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Begitu juga Senator daripada Sabah dan Sarawak, mereka pun boleh datang ke Semenanjung Malaysia boleh beri tempat. Jadi saya harap dan saya mencadangkan supaya satu peruntukan khas sekurang-kurangnya apabila kita pergi melawat sesuatu kawasan, apabila rakyat memohon satu peruntukan, ibarat satu projek kecil, maka adalah hak sebagai Ahli Dewan Negara untuk mengumunkan peruntukan itu.

Tidaklah kita hendak pergi menyembah mana-mana Menteri atau, kalau di peringkat Negeri, bolehlah pergi jumpa Menteri Besar. Macam saya ini di Wilayah Persekutuan, kepada siapa saya hendak menyembah. Ada tidak pun saya pergi mengadu rumah Tengku Ahmad Rithaudeen. Itu pun setakat mana dia boleh. Dia hendak jaga Kementerian dia juga. Jadi, inilah satu perkara saya rasa harus diambil perhatian barsama.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, Ahli Dewan Negara juga akan memain peranan penting dan sudah pun kita mainkan peranan penting iaitu di dalam aktiviti menya­tupadukan rakyat semua kaum dalam negara ini. Dan apabila kita mengadakan aktiviti ini memerlukan wang, sedangkan kita tidak mempunyai sebarang peruntukan yang tertentu. Jadi, saya berharap dan saya mencadangkan supaya pihak Jabatan Perdana Menteri dapat mengasingkan satu peruntukan khas kepada Ahli-ahli Dewan Negara di samping menaikkan elaun kami memberi peruntukan khas. Sudah patut kami naik gaji, naik elaun, sebab negara kita pun ekonominya sudah baik. Baiknya ekonomi negara, bukan satu orang sahaja punya usaha, kita bersama­sama, terutamanya Dewan Negara, Dewan yang tertinggi dalam negara ini. Tidak ada Dewan lagi lebih tinggi

daripada Dewan ini. Tidak patutlah Senator Ahli-ahli Dewan Negara diberi satu elaun yang paling kecil. Tinggal kita kadang-kadang act dengan rakyat, Tuan Yang di-Pertua. Pada hal rakyat bukan tahu berapa yang kita dapat. Jadi, kalau diberi tambahan, ada jugalah sekurang­kurang, barulah kita setanding dengan Senator-senator Amerika dan sebagainya.

Baru-baru ini CHOGM, saya dijemput sama. Bila sebelah saya ini negara luar, bila bertanya, oh! you are Honourable Senator, dengan izin. Yes, I am. Lepas itu dia suruh saya belanja lunch. Saya kata ini bukan main punya belanja, lima orang, sekurang-kurang mahu $1,000 lebih, saya pun kata, excuse me, next time I see you (Ketawa) terpaksa, Tuan Yang di-Pertua. Dia ingat kita ini Senator punya terror pendapatan. Inilah caranya, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya haraplah pucuk pimpinan, pandang-pandang Ahli-ahli Dewan Negara ini sedikit.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, saya hendak menyentuh Bilangan 8 iaitu JP A-Jabatan Perkhidmatan Awam yang mem­punyai peruntukan Belanjawan pada tahun 1990 $527,183,600. Dan saya rasa ini satu peruntukan yang paling besar, yang paling baik untuk dipergunakan kepada seluruh kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam. Maka sebelum peruntukan ini dapat dipergunakan, saya terpaksa bercakap sedikit kata-kata nasihat, terutama kepada pegawai-pegawai kita dalam Dewan ini, kerana Dewan ini pada petang ini hendak meluluskan Rang Undang-undang ini. Kalau kami tidak luluskan, tidak dapat, Kementerian Pertahanan pun tidak merasa ini. Ini cakap benar-benar. Inilah Dewan, hari ini hendak meluluskan ini.

Dewan Rakyat walaupun bergasak dibangkang oleh OAP, dibang­kang oleh 46, tetapi akhirnya

..

~

Page 57: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

v

.~·

~

2917 18 DISEMBER 1989 2918

bila sampai dekat sini, kami tidak bangkang, kami sokong, dan kami akan luluskan, tetapi dengan syarat, kami terpaksa menasihatkan satu dua nasihat kepada pegawai-pegawai. J(erana sebagai sebuah negara yang merdeka yang mempunyai Kerajaan, kita ini tidak ubah mempunyai sebuah syarikat yang besar, maka Kerajaan adalah syarikat, semua pegawai­pegawai Kerajaan ini di samping menjadi ahli saham dalam syarikat, tuan-tuan juga sebagai bekerja dalam syarikat memainkan dua peranan. Sebagai ahli saham maknanya, bila sampai pilihanraya, tuan-tuan pergi mengundi, itu namanya ahli saham. Dan biar betul-betul tuan-tuan mengundi Barisan Nasional. Kalau tuan-tuan tidak mengundi Barisan Nasional, cabuk tangan-tangan tuan­tuan besok, kerana tuan-tuan makan gaji dengan Barisan Nasional, pergi mengundi 46, pergi me­ngundi Pas, apa hal. Jawabnya cakap tidak serupa bikin. Lain di mulut, lain di hati. Jadi, saya kena nasihat. Kalau ada di antara pegawai­pegawai Kerajaan mahupun peringkat tinggi, peringkat rendah, merasa tidak puas hati dasar Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang, mereka fikir ada dasar Kerajaan yang lebih baik atau Kerajaan yang akan datang mentadbirkan a_~gara ini lebih baik, sila berhenti, slla berhenti. Dan jangan main politik ketika bekerja.

Itu sebabnya kita mengeluarkan satu Rang Undang-undang, Kumpulan A Kerajaan tidak boleh berpolitik, tidak boleh memegang jawatan, sebab kita tidak mahu pertindihan tugas. Kalau dialah menjadi ketua bahagian, dia juga menjadi pegawai Kerajaan, bila sampai tentang perkara-perkara yang patut dia jalankan tugas untuk membantu rakyat, untuk membantu ahli-ahli parti dan dia tidak hendak bantu, dia nanti berlagak, saya pegawai Kerajaan, kerana apa? Orang seganlah hendak bertindak pada dia kerana dia, juga ketua bahagian, dia juga memegang jawatan penting

dalam parti. Tetapi kalau dia hanya setakat pegawai Kerajaan dan tidak memegang sebarang jawatan dalam parti, kalau dia melakukan ke­curangan, tidak dapat bekerjasama dengan orang parti, bolehlah orang parti merayu pihak-pihak yang berk.enaan, nampaknya pegawai ini biadap, dia tidak boleh bekerjasama dengan kami, kami bukan minta hak dia, kami minta hak yang patut kami minta dan ada peruntukannya, dia tidak hendak beri. Sudah dia bahasa­nya kami, guna baliasa yang kasar-ka­sar. Jadi, bolehlah kita min ta tukar­kan dia kepada department lain dan sebagainya. ltu sebabnya kita tidak mahu pegawai Kumpulan A memegang jawatan-jawatan penting. Kita hendak orang-orang macam ini terus bekerja kepada Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa sentuh perkara-perkara ini. Di dalam 100% kakitangan pegawai Kerajaan dalam Jabatan Perkhidmatan Awam, bukan semua tidak baik. 98% boleh dikatakan baik-baik belaka. Yang ini semua· baik-baik bel~a, yang datang ini, sebab itu mereka tunggu, tidak memonteng. Ada juga yang selalu memonteng. Ini semua bagus kalau tidak, mereka duduk dalam kantin. Yang ada ini bagus. Semua boleh beri kepujian. Kalau Setiausaha Dewan dapat ambil ·nama mereka, boleh beri kepujian. Yang dua tiga peratus ini yang buat perangai merosakkan yang lain.

Saya hendak kata benarlah, tidak ada lagi parti dalam dunia semacam Barisan Nasional punya bagus memerintah negara ini. Jadi, oleh kerana itu, tuan-tuan, pegawai­pegawai Kerajaan yang ber­tanggungjawab di dalam melak­sanakan semua dasar, Kerajaan. Kerana tuan-tuan adalah pihak pelaksanaan dasar. Kami adalah pihak membuat dasar. Dua-dua itu ber­lainan. Kami pembuat dasar, tuan­tuan pelaksanaan dasar. Kedua-dua

Page 58: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2919 18 DISEMBER 1989 2920

ini mesti bekerjasama. Bila kedua-dua ini bekerjasama, barulah negara kita ini aman makmur dan tidak ada rakyat hendak bersungut lagi. Tetapi kalau kami hanya setakat pembuat dasar, bila sarµpai masa tentang Rang Undang-undang Belanjawan, kami terpaksa luluskan, bila sampai ketika kami pergi mengadu satu-satu hal dengan pegawai Kerajaan, ada yang buat bina tidak bina.

Saya pemah kena, Tuan Yang di­Pertua, setelah saya perkenalkan diri saya, encik, saya minta tolong, boleh tidak encik. Saya ini sebagai seorang Senator, Yang Berhormat. Bila sebut Yang Berhormat, baru dia cepat-cepat berdiri. Tidak bolehlah macam itu. Kalau hendak hormat, kena hormat semua. Kalau setakat Yang Ber­hormat sahaja dihormat, yang lain­lain tidak dihormati, inilah yang paling jahat yang bawa cerita balik ke kampung, bawa balik cerita ke pekan­pekan mengatakan pegawai Kerajaan tidak guna, orang-orang macam inilah yang jahat. Macam kami ini sebagai Yang Berhormat, boleh juga bertolak ansur. Boleh juga ampun maaf. Kalau sekiranya ada pegawai Kerajaan buat biadap dengan . kita, dengan syarat sanggup minta maaflah. Kalau tidak sanggup minta maaf, marl kita lawan kuasalah, itu sahaja.

Saya terpaksa bercakap terus terang, sebab setahu saya ada banyak Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin hendak menyampaikan perkara ini, tetapi segan silu. -Saya cakap terus terang. Sekali lagi saya ulangi, kami sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat pembuat dasar untuk pentadbiran negara, pegawai-pegaw&i Kerajaan adalah sebagai pelaksanaan dasar. Jadi sampai dasar yang kami luluskan di Dewan ini, sampai satu ketika kami tengok belum dilaksanakan, apabila kami pergi bertanya, salahkah kalau kami bertanya dengan pegawai­pegawai Kerajaan, dasar yang kami luluskan tidak dilaksanakan, sa­lahkah?

Jawabnya tentu tak salah.

Jadi, saya berharaplah, Tuan Yang di-Pertua, terutama pegawai Kerajaan, hidup di dalam dunia ini untuk hendak mendapatkan pujian daripada rakyat jelata, daripada manusia bukan kerana kita berkelulusan tinggi, bukan kerana kita datang daripada orang kaya. Yang penting sekali ialah untuk mendapat penghormatan itu kita berbudi bahasa.

Dalam Bahasa Melayu, budi bahasa, Tuan Yang di-Pertua, apabila seseorang itu mempunyai budi bahasa yang tinggi, budi itu melambangkan kecantikan · batang tubuhnya, manakala bahasa itu melambangkan keindahan peribadinya. Maka itu sebabnya sesiapa juga yang mempunyai budi bahasa yang tinggi, maka dia akan dihormati. Tetapi kalau kita ini menjadi pegawai, tak ada budi bahasa, orang apa hairan. Kalau orang dalam di bawah-bawah kita pun duduk menyampak kepada kita, • apa lagi orang luar datarig sekali-sekala ke pejabat. Bila tengok budak-budak di bawah kita menderhaka kepada kita, tak mahu dengar cakap kita, pandai pula marah. Pada hal kita sudah mempunyai dasar kepimpinan melalui teladan, teladan ini berbagai-bagai, menunjukkan bahasa yang baik.

Kadan:g-kadang saya pemah tengok seorang pegawai pangkatnya tinggi juga, sudah masuk Division Satu. Bila ada pegawai lain ucap selamat pagi tuan, dia jawab pun tidak. Sekurang­kurangnya jawab, eh pun cukuplah. J adi inilah satu teladan yang membuatkan pegawai-pegawai di bawah naik fed up kerana boss dia, pegawai tinggi itu tunjuk act. Itu yang m_ula fail hilang. Ini kena jaga kerana yang bawah juga boleh main peranan. ltu sebabnya saya walaupun ~aya sebagai seorang Ahli Yang Berhormat, saya pergi ke satu-satu department, saya hormat bermula daripada peon itu lagi sampai ke pegawai. Sebab masing-masing boleh

,,

.,.,

Page 59: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

~

2921 18 DISEMBER 1989 2922

main peranan itu. Yang peon dalam masa membawa fail ke Pejabat lain itu, dia boleh hilangkan fail itu. Macam-macam boleh berlaku,. kalau nak buat. Itu sebabnya saya katakan tadi penting budi bahasa, kerana budi bahasa inilah boleh melatih kita semua menjadi sebagai pemimpin yang baik. Kalau kita mempunyai budi bahasa yang tinggi, walau terror macam mana pun orang kalau hendak lawan kita, kita tak hairan. ltu fasal Barisan Nasional, kita tidak gentar dengan Semangat 46, kita tidak gentar dengan DAP, kita tidak gentar dengan PAS.

Pertama PAS ini ban yak menyelewengkan agama Islam. Orang UMNO pakai Quran juz 30, dia pakai juz 31. Tiap-tiap bulan, tiap-tiap tahun bertukar dia punya ·undang-undang dalam Qurannya. Itu fasal PAS tak boleh memerintah dalam negara ini. Sekarang Semangat 46 pula sudah ikut cara PAS. Ini saya hendak beri tahu kepada semua yang ada di sini, terutama MCA, Gerakan dan parti­parti yang lain dan MIC-selalu saya lupa MIC. (Ketawa) Fasal dulu PAS kata marah dekat UMNO berkawan dengan MCA, MIC. Dia kata UMNO kafir kerana berkawan MCA, MIC dan Gerakan.

Sekarang Semangat 46 pula berkawan dengan DAP, boleh. PAS kata boleh. Itu yang saya katakan tadi, dia punya Quran tiap-tiap tahun bertukar, tetapi bukan yang dalam juz 30, yang dalam juz 31 yang jahat ini, macam-macam cerita boleh keluar. Itu sebab sekarang, tengok dia mengeluarkan kenyataan dalarn suratkhabar. Minta senyap sedikit, Tuan Yang di-Pertua, saya sentuh sedikit, saya sudah sedap bercakap sekarang ini. Minta UMNO dibubarkan, kalau hendak bersatu. Tak logik, Tuan Yang di-Pertua, kerana UMNO adalah pihak majoriti. Takkanlah pihak majoriti hendak beralah dengan pihak minoriti.

Memang betul amalan orang Melayu ini selalu beralah. Tetapi ada masanya karni tidak bertolak ansur. Kalau beralah untuk mendatangkan kebaikan tak apa. Tetapi beralah untuk mendatangkan jahanam, minta maaf kami tidak bertolak ansur dan tak logik. Jadi, saya inginlah menasihatkan terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang sedang buat umrah, Tuan Yang di-Pertua. Kata orang Islam, apabila dia pergi tawaf dekat Kaabah itu, bila dia berdoa, jangan main­main, Tuan Yang di-Pertua. Mana­mana ahli Semangat 46 yang ada dalam Malaysia ini, lebih baik jangan bercakap benda-benda yang bukan­bukan. Dia punya ketulahan, dia punya daulat itu lebih teruk daripada ketulahan raja-raja, Tuan Yang di­Pertua. Kalau dimakbulkan oleh Tuhan masa dia mengeliling Kaabah itu, bila dia berdoa, jangan main-main. Saya takut semua sasau besok, semua ahli 46 itu sasau. Biar dia gila terus tak apa, kita boleh hantarkan ke Tanjong Rambutan. Ini sasau teruk, hendak kata gila-tidak, hendak kata itu­tidak, bangsa dia bercakap seorang diri. Tidur pun bercakap. Ini yang susah, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa ada juga hikmat dan ada juga daulatnya, Yang Amat Berhormat Dato' Presiden, Dato Perdana Menteri kita ini.

Saya tengok keadaan sekarang orang-orang 46 sudah macam orang sasau betul. Bercakap pun tak tahu entah mana hujung, entah mana pangkal. Sudah lebih teruk daripada Parti PAS. Punya kesian, Tuan Yang di-Pertua, minta maaf, jangan pula kata saya sudah helot masuk 46.

Secara kebetulan hari minggu baru lalu saya sudah pergi ke Merlin, saya tengok ahli 46 ada buat perjumpaan. Alamak, saya pun sudah termasuk, punya kesian, duduk bersila. Duduk bersila, tak tahulah kerana bayaran murah, atau apakah, itu saya tak tahulah.

Page 60: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2923 18 DISEMBER 1989 2924

Pada saya, ini 46 boleh hidup selagi ada satu dua orang yang sanggup dan mampu membelanjakan perbelanjaan parti itu. Bila sudah punah duit dia orang besok, lama kelamaan 46 juga ikut langkah PAS.

PAS, Tuan Yang di-Pertua, dia boleh hidup sampai sekarang fasal apa? Fasal dia parti minta sedekah. Dan malu kita, negara Malaysia telah meletakkan agama Islam sebagai aga­ma rasmi, bila PAS buat ceramah, ada dulang, minta duit, pungut duit. Jadi, bila pelancong-pelancong luar datang tengok, "Eh, kata Malaysia negara makmur, tetapi aku tengok dia punya penceramah pun memerlukan duit orang ramai, sedekah." Ini juga Kerajaan kena ambil tindakan. Kalau kita berhentikan cara derma-derma ini, jarigan benarkan mereka kutip derma, saya percaya lama-lama penceramah PAS pun tak sanggup hendak pergi ceramah lagi. Fasal sudah tak ada duit, tak ada upahan. Hendak pergi buat apa. Mereka itu macam Hadi, Fadzil Noor, sekali pergi beribu ringgit dapat. Elaun Dato' Hussein pun kalah. Sekali derma itu, berapa ribu ringgit, Tuan Yang di­Pertua1 Tetapi kalau Kerajaan sekat derma ini, kita bagi arahan kepada Polis, boleh ceramah tetapi tak benarkan pungut duit derma kilat. Saya percaya lama-kelamaan tak ada lagi penceramah saggup hendak berceramah. Kita kena buat sesuatu kerana kita yang memerintah sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik saya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), saya harap JPA dapat mengadakan satu latihan kepada kakitangan Kerajaan. Pertama, memberikan kefahaman kepada mereka, tugas mereka sebagai Pe­gawai Kerajaan. Siapa itu Kerajaan? Iaitu Barisan Nasional. Jadi, kalau dia tahu Kerajaan Barisan Nasional, dan dia dapat menganggap diri dia sebagai pekerja kepada

Kerajaan Barisan Nasional, jadi tidaklah dia hendak masuk me­nyokong PAS, tidaklah dia hendak masuk menyokong 46, tidaklah dia hendak masuk menyokong DAP. Kalau dia ingat hendak menyokong, berhenti 24 jam. Sila kerana penganggur lebih ramai yang mempunyai ijazah. Berapa ramai lagi, Tuan Yang di-Pertua, yang keluar universiti, yang tak bekerja. Kesian mereka dan mereka ini sanggup menyokong Barisan Nasional dengan syarat beri mereka kerja. Itu se­bab, saya menasihatkan yang ber­tanggungjawab dalam JP A ini, mem­buat penyelidikan sejauh mana kaki­tangan di bawah JP A mempunyai ketaatan, kesetiaannya, kejujurannya di dalam menjalankan tugas-tugasnya sebagai Pegawai Kerajaan di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sekarang.

Mana yang tidak jujur, nasihatkan dia suruh berhenti. Kalau tidak mahu berhenti, gunakan satu Akta buang dia kerja. Ini cakap benar-benar punya. Sebab kalau DAP memerintah pun dia buat kita begitu juga. Kalau PAS memerintah lagi Auzubillah, semua orang kena potong termasuklah Yang Berhormat Tuan G. Rajoo semua. (Ketawa) Mesti punya. Krishnan punya, tidak tahulah saya dengar Yang Berhormat Tuan C. Krishnan sudah potong, itu tidak tahulah. (Ketawa)

Timbalan Menteri Perumahan clan Ker~aan Tempatan (Datuk Haji Huuein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya mohon penjelasan. Saya tidak faham potong ini, potong apa ini? (Ketawa)

Tuan AZlnan Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, dia hendak penjelasan. Boleh saya jelaskan, Tuan Yang di-Pertua? Potong ini secara kebetulan itu kebudayaan. Bagi orang Islam satu hukum yang wajib untuk hendak memudahkan kita pergi

. ..

t

Page 61: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

;:

.....

--.

l

2925 18 DISEMBER 1989 2926

sembahyang, ambil air sembahyang, tidak payah hendak basuh-basuh. Benda itu bersih all the time, dengan izin. Itu nama potong. (Ketawa) Jadi, tidak payah hendak kopek-kopek lagi sentiasa dia muncul sahaja, itu potong, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya faham. (Ketawa)

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, penjelasan .. Adakah benar bagi kesihatan pun boleh juga, tidak semestinya kerana keagamaan. Bagi kesihatan pun saya difahamkan bagus juga.

Tuan Azman Atar bin Othman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Maknanya Yang Berhormat sahabat saya ini pun bersetuju elok potong. Bukan kerana agama, kesihatan pun bagus, katanya. Tahniah, terima kasih. Inilah caranya kalau PAS memerintah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mintalah harap-harap sangat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, kami sanjung tinggi, kami memberikan tabik hormat kepada semua pegawai-pegawai Kerajaan yang betul-betul jujur, ikhlas dan betul-betul memainkan peranan sebagai pegawai menjalankan tugas untuk mentadbir negara sebagai pegawai Kerajaan. Tetapi pegawai yang tidak jujur, cukup bulan terima gaji, bila habis pejabat pergi dengan 46 sama-sama turut berucap, bantai balik Kerajaan. Pergi dengan PAS, bantai balik Kerajaan. Mereka yang semacam ini, saya minta Allah s.w.t. laknatkanlah. Betul ini cakap, Tuan Yang di-Pertua. Kerana tidak jujur. Apa maksud, umpamanya macam sayalah, Tuan Yang di-Pertua, saya bekerja dengan Dato', Dato' boss saya, bila ada orang lain yang sama juga berniaga macam Dato' dia panggil saya untuk sabotaj pemiagaan Dato'. Kemudian, saya sokong dia.

Bolehkah saya buat begitu Dato'? Cukup bulan saya terima daripada Dato', Dato' boss saya. Tetapi saya menun_jukkan kesetiaan kepada orang lain yang ingin mencari jalan untuk hendak menjahanamkan Dato'. Ini maknanya tidak jujur. Ada. Bukan semua pegawai Kerajaan yang buat macam itu, ada. Beriya-iya hendak melilit serban, konon dialah warak. Serban, serban putih pula.

Ini ada satu cerita, Tuan Yang di­Pertua, saya minta izin. Ini cakap, benar-benar, jangan menyamar. Jangan berpura-pura hendak jadi warak, konon Pegawai Kerajaan, dia waraklah konon.

Dulu, T~an Yang di-Pertua, Jalan Tuanku Abdul Rahman itu dipanggil jalan Batu Road. Dalam tempat itu ada kawasan-kawasan tempat tidak baiklah. Seorang kawan, Tuan Yang di-Pertua, dia ini terlalu menunjukkan kononnya dia warak. Dalam kampung semua orang puji dia. Satu hari dia sudah keluar berjalan-jalan di Batu Road, dia tengok orang keluar masuk dekat lorong itu, dia tengok apa orang buat. Dia pun ingin tengok. Waktu sudah gelap, sudah malam. Dia pun teringin sama, masuk bilik. Nasib dia kurang baik, Tuan Yang di-Pertua, malam itu Polis sudah redah bilik-bilik sebelah, dia sudah ketakutan lari ke­luar. Dalam masa dia berlari juga dia pakai keluar dan dia lilit serban dalam gelap. Balik dekat rumah, Tuan Yang di-Pertua, perempuan dia sudah tegur dia:

"Ai, abang ada dua rumah ke?"

"Apa pasal?"

"Pergi tadi pakai serban putih, balik pakai serban merah ! "

Dia pun sedar. Cepat-cepat buka, rupa-rupa dia sudah terambil seluar nyonya, Tuan Yang di-Pertua, sudah terbuat serban. (Ketawa) Ini menunjukkan warak berpura-pura. Seluar nyonyakan nipis, dia sudah

Page 62: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2927 18 DISEMBER 1989 2928

terbelit, dia sudah buat serban. Dia ingat . serban. Dalam berlari dia membelit serban.

lnilah dikatakan jangan menyamar. Jangan menyamarl Tuhan lebih tahu. Satu hari Tuhan akan tunjukkan siapa­siapa yang menyamar, siapa-siapa yang hati lain mulut lain, perbuatan lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap sangat kepada pegawai-pegawai atasan yang bertanggungjawab dengan JPA supaya menentukan semua kakitangan Kerajaan ini betul-betul jujur, ikhlas di dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai Kerajaan. Terutamanya kita akan menghadapi pilihanraya tidak lama lagi. Tidak tahulah saya kalau pegawai-pegawai Kerajaan ingin hendak menukar Kerajaan lain. Itu tidak tahulah saya. Tetapi, cuba kita duduk, kita menungkan, ramalkan kalaulah selain daripada Barisan Nasional ini memerintah, apa akan jadi kepada negara ini. Terutama kalau OAP memerintah, apa akan jadi kepada negara. Kalau PAS mernerintah apa akan jadi kepada negara. 46 memerintah, apa akan jadi kepada negara. Tetapi dengan adanya Barisan Nasional ini, tidak perlu lagi patut Pembangkang macam PAS, 46 dan OAP ini lagi. Apa OAP hendak mewakili siapa? Konon dia hendak mewakili orang Cina? Kita sudah ada dalam Barisan Nasional, MCA mewakili orang Cina, Dan kita ada Gerakan mewakili orang Cina. Dan dia mengakui dia hendak mewakili orang India, kita ada MIC mewakili orang-orang India. Untuk apa kita perlukan Pembangkang? Sudah Cukup. Dalam Kabinet Barisan Nasional semua sudah l~ngkap dengan Menteri Melayunya, Menteri Cinanya, Menteri Indianya, Menteri Ibannya semua lengkap. Tidak perlu.

Sepatutnya di dalam negara multi­racial atau majmuk ini, tidak perlu. Tidak perlu adakan Pembangkang,

sebab-sebab mere~a yang duduk dalam Kabinet ini sudah mewakili kaum masing-masing. Bercakap untuk faedah kaum masing-masing. Kerana yang duduk ini semuanya pemikitan yang waras. Dia tidak tahu melagakan kaum dia yang bawah ini supaya buat ini, buat itu, supaya menghuru­harakan negara.

Yang jahat inilah. Umpamanya macam pemimpin OAP, macam Karpal Singh, macam Patto, Lim Kit Siang ini semua. lnilah orang yang paling jahat. Ota~ kepala dia tidak ada ingat lain untuk hendak meghuru­harakan negara dengan cara mengapi­apikan rakyat. Apa pun Kerajaan buat semuanya tidak betul. Kerana dia tidak boleh membetulkan. Bila dia membetulkan dia terpaksa masuk dalam Barisan Nasional dan dia mempunyai angan-angan mahu jadi Perdana Menteri maka terpaksa menidakkan apa juga yang Kerajaan buat betul.

Yang saya hairan, bila sampai pilihanraya, dia pandai buat temberang sehingga dia boleh menang. lni yang saya hairan, Tuan Yang di-Pertua. Pada hal apa tugas yang dia buat apabila datang ke dalam Dewan. Semua menjerit-jerit, buat kelakuan tidak senonoh, kelakuan biadap. Merugikan Kerajaan membayar elaun dia sebagai Wakil Rakyat. Sepatutnya kita juga mesti mempunyai Rang Undang-undang. Mana-mana Wakil-wakil Rakyat yang datang ke Dewan hanya menimbul-. kan huru-hara, menimbulkan satu perbuatan. biadap, kita harus tarik elaunnya. Ini kita kena buat, Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada itu, sebelum saya berpindah ke Kementerian lain, sekali lagi saya ingin menasihatkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam supa­ya mengadakan latihan. Latihan kesetiaan kepada kakitangan Ke­rajaan. Benar-benar setia kepada Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sekarang.

..

i'

Page 63: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

I"

"

<;

2929 18 DISEMBER 1989 2930

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, saya menyentuh B. 12 yang mempunyai peruntukan $17,214,800 bagi Jabatan Perpaduan Negara. Dan saya rasa kalau peruntukan ini tidak cukup, boleh ditambah lagi. Kerana Jabatan Perpaduan Negara juga harus memainkan peranan penting di dalam menyatu-padukan seluruh rakyat yang berbilang kaum dalam negara ini. Kerana terdapat pada masa sekarang, oleh kerana dalam satu-satu kawasan mempunyai berbagai-bagai persatuan mahupun politik ataupun persatuan sosial, maka masing-masing ingin mencari pengaruh dan apabila masing­masing mula mahu mencari pengaruh, maka dengan sendirinya tidak ada perpaduan.

Maka Jabatan Perpaduan Negara harus memainkan peranan supaya mengadakan konvensyen di tiap-tiap negeri dan mengambil semua persatuan-persatuan yang berdaftar, mahupun dari persatuan pertubuhan politik ataupun persatuan sosial daripada belia, daripada silat gayung, kQntau, karate, persatuan tokong, persatuan sami bahkan persatuan masjid, madrasah, s.emua persatuan, panggil dalam satu konvensyen dan tentukan di dalam satu-satu kawasan itu, kalau ada 20 persatuan, maka 20 persatuan itu mesti duduk di bawah satu persatuan yang menjadi payung kepada yang lain-lain ini dan persatuan itu, pepgerusinya adalah dilantik daripada Jabatan Perpaduan Negara sendiri, barulah saya percaya boleh selaras. Tetapi selagi tidak wujud perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, jawabnya tidak akan dapat bersatu-padu, kerana kalau terdapat dalam satu kawasan ada lima persatuan pun sudah cukup. Adanya UMNO, adanya persatuan 'penduduk, adanya persatuan belia, adanya persatuan kebajikan, kelima-lima in~ masing-masing hendak mencari pengaruh;-Ka@l.! UMNO buat aktiviti, persatuan yang -lain tidak campur. Kalau persatuan penduduk buat aktiviti, persatuan yang lain tidak

campur. Kalau persatuan kebajikan buat, lain tidak campur dan seterusnya.

Sanggupkah kita melihat rakyat yang cintakan perpaduan di tempat itu akan menghadapi masalah ini berterus-terusan kalau kita tidak lagi tampil ke hadapan untuk memain­kan peranan. Kerana yang boleh memanggil konvensyen-konvensyen yang saya sebutkan tadi hanya daripada Jabatan Perpaduan Negara sahaja, kerana mereka tidak akan mematuhi panggilan daripada mana­mana pihak melainkan Jabatan Perpaduan Negara.

Saya percaya, kalau dapat di­laksanakan atas pandangan saya ini tadi, sekurang-kurangnya kalau tidak dapat 100% · kita menikmati perpaduan, tetapi sekurang-ku-rangnya ianya berkesan. Ini dalam pandangan saya sebagai orang yang pernah berpengalaman dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya minta izin, minta Bentara bawakan saya air segelas?

Selain daripada itu, saya mgm menyentuh B.13--Kementerian Ke­hakiman. Tahniah saya ucapkan ke­pada Ketua Hakim Negara yang ada sekarang dan untuk makluman Kementerian Kehakiman, baru-baru ini kami telahpun meluluskan satu Rang Undang-undang Bahasa Ke­bangsaan untuk digunakan dalam mahkamah-mahkamah. Dengan ke­lulusan Rang Undang-undang ini adalah satu beban yang saya agak bertambah kepada Kementerian Kehakiman terutamanya kepada Hakim-hakim dan kepada mahkamah­mahkamah.

Saya mengharapkan supaya per­laksanaan Bahasa Kebangsaan ini dapat dipergunakan dengan sebaik­baiknya di dalam mahkamah, kerana

Page 64: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2931 18 DISEMBER 1989 2932

Kerajaan telah bertolak-ansur se­demikian lama. Sepatutnya Bahasa Kebangsaan ini mesti dipergunakan di mana-mana juga dalam negara pada tahun 1967 iaitu selepas 10 tahun kita mencapai kemerdekaan iaitu tahun 1957. Cuma dalam tahun 1989 baru Rang Undang-undang ini dikemukakan dan baru sahaja kita luluskan. Ini menunjukkan selama 22 tahun tempoh sepatutnya Rang Undang-undang ini diluluskan, kita beri peluang kepada mereka yang belum fasih dengan Bahasa Kebangsaan, yang belum belajar dengan Bahasa Kebangsaan, yang belum faham dengan Bahasa Kebangsaan supaya mempelajarinya kerana janganlah menjadikan tanda­tanya kepada kami.

Di samping mereka belajar Bahasa Kebangsaan, mereka · juga belajar bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mereka lebih baik bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi mereka tidak baik bertutur dalam Bahasa Kebangsaan. Kenapa? Pada hal mereka turut belajar di masa yang sama, sedangkan Bahasa Kebangsaan lebih mudah dipelajari daripada bahasa Inggeris. Itulah sifat minat dengan tidak minat yang menjadi persoalan. Kalau kita betul minat, macam mana benda susah akan menjadi mudah dan paling senang bagi kita. Di situlah letaknya kejujuran, keiklasan kita mengamalkan sesuatu perkara.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya juga mahu melihat Kementerian Kehakiman terutamanya di mahkamah-mahkamah, masalah kes-kes yang belum selesai supaya dapat diselesaikan dengan segera, kerana kita telah mengadakan satu peruntukan yang baik dan kebelakangan ini kita lihat Ketua Hakim Negara telah memahami selok­belok pentadbiran negara di bawah pentadbiran Barisan Nasional, maka telah dapat memberikan kerjasama, bukan kami menuduh dia biasa, tetapi

sekurang-kurangnya dia telah dapat menunjukkan yang beliau boleh bekerjasama dengan Kerajaan yang memerintah dan kami sebagai Kerajaan tidak pemah mengambil alih tugas-tugas mana-mana pihak setelah kami bagi.

Tetapi yang penting, mana-mana pihak juga yang telah kami berikan tugas, jalankan tugas itu dengan baik. Kami mahu mengamalkan betul-betul corak pemerintahan demokrasi berparlimen, Raja berperlembagaan. Ada juga negara-negara lain yang bercorak demokrasi tetapi dia masih juga menggunakan kuasa kongkong, menggunakan kuasa menindas teru­tamanya mahkamah mesti dengar cakap Kerajaan, Hakim mesti dengar cakap Kerajaan. Kalau sekiranya Kerajaan sudah membuat keputusan, hakim tidak boleh over-rule, mahkamah tidak boleh over-rule, tetapi dalam negara kita, dahulu pemah berlaku, Kerajaan telah membuat keputusan tetapi bila sampai orang yang berkenaan challenge kes ini ke mahkamah, maka mahkamah membuat keputusan lain daripada Kerajaan. Ini sekurang-kurangnya memalukan Ketajaan seolah-olah Kerajaan tidak mempunyai kuasa. tetapi alhamdulillah, perkara-perkara yang mempunyai niat buruk, niat-niat tidak baik ini semua, akhimya musnah.

Akhimya, dengan kuasa Allah s.w.t., maka kita mempunyai seorang Ketua Hakim Negara dan hakim­hakim di bawahnya semuanya mempunyai satu pengertian yang mendalam. Inilah tugas mereka yang sebenarnya dan dapat bekerjasama dengan Kerajaan. Tahniah, syabas saya ucapkan kepada Kementerian Kehakiman terutamanya kepada hakim-hakim semua.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, saya ingin menyentuh maksud B. 54-Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

~

\>

t.

Page 65: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

_o1f"•

"

..

,..-.~

<l

2933 18 DISEMBER 1989 2934

Secara kebetulannya Timbalan Menterinya ada di sini yang akan mempunyai belanja peruntukan sebanyak $50,407 ,400. Saya cuma hendak meminta Kementerian ini tegas sedikit di atas penyelewengan pemaju-pemaju perumahan terutama dalam bandar supaya Kementerian ini tidak teragak-agak mengambil tindakan dan rampas projek ini, serahkan kepada syarikat-syarikat yang berkemampuan untuk mene­ruskan perojek itu supaya rakyat tidak tertipu oleh kerana apabila ada satu penipuan dalam negara, tidak kira daipada mana datangnya bila mula rakyat bercakap fasal penipuan, maka ianya akan membabitkan, menjejaskan nama baik Kerajaan kerana Kerajaan tidak bertindak seolah-olah anggapan rakyat Kerajaan tidak bertindak maka say a mencadangkan supaya Kementerian yang berkenaan, terutamanya Datuk Hussein, saya tahu Datuk Hussein tegas, ambil tindakan dan jangan beri peluang. Mereka yang banyak meµipu rakyat ini bukan orang susah, orang kaya yang banyak menipu orang susah. Ini yang berlaku dalam negara kita, Itu sebabnya sekarang adanya jenayah kolar putih dan sebagainya. Dahulu mana ada perkataan jenayah kolar putih? Jenayah kolar putih "ini, atau yang membuat kerja ini tangan dia orang yang lembut-lembut, yang lembut daripada tangan perempuan kerana tidak pernah pegang cangkul, tidak pernah buat kerja-kerja berat. Itu fasal kita panggil dia "jenayah kolar putih" Saya akan cerita "jenayah kolar putih" ini apabila sampai kepada peruntukan Polis Diraja nanti.

Selain daripada itu, di hawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga terdapat ada kampung-kampung baru, kampung tradisi dan sebagainya. · Saya tidak mahu dengar lagilah pada tahun akan datang adanya kampung baru, kampung ini, kampung itu. Selaraskan semua kerana apabila tidak

diselaraskan seolah-olah ia me­nunjukkan Kerajaan tidak ada bagi kemudahan di kampung-kampung baru tetapi apa yang kita lihat, kampung baru lebih banyak dapat kemudahan daripada kampung tradisi. Tetapi masih lagi kita dengar suara­suara mengatakan kampung baru tidak dapat peluang, terutamanya dalam pilihanraya, ini menjadi satu isu besar. DAP akan memainkan peranan, dia akan berucap ke sana, ke sini untuk mendapatkan pengaruh daripada kaum-kaurn Cina, konon­kononnya dialah pejuang orang Cina.

Sehenarnya yang kami tahu, yang memperjuangkan orang Cina ialah MCA tetapi DAP cuba hendak mengamhil nama. Itu sebabnya kadang-kadang bila MCA bercakap marah-marah kepada orang Melayu ini saya tidak marah sangat sebab orang Melayu pun kadang-kadang marahkan kepada orang MCA tetapi bila sampai kepada pilihanraya kita kena bersatu dan menentukan jangan DAP cuba mengelirukan orang Cina seolah-olah dia sahaja memperjuangkan orang Cina. D AP hanya mernperjuangkan orang Cina ketika pilihanraya, itu sahaja dan dia menjadi batu api. Jadi, saya minta kalau boleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyelaras­kan tidak ada lagi perkataan kam­pung baru, dimansuhkan, selaras de­ngan kampung-kampung yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyen­tuhB.16JabatanPerkhidmatanBomba yang mendapat peruntukan pada tahun 1990 sebanyak $73,875,100.

Kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba kita berikan tahniah. Memang ianya adalah satu jabatan yang bekerja begitu cemerlang, sentiasa menghadapi cabaran di dalam menyelamatkan kebakaran dan sebagainya tetapi saya mengharapkan Kerajaan beri pandangan dan

Page 66: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2935 18 DISEMBER 1989 2936

mengambil perhatian berat terhadap kereta-kereta bomba untuk hendak dipergunakan. Kalau sudah ada kereta-kereta yang lama, gantikan dengan · kereta baru dan kemaskan dengan alat-alat memadam api sekali. Terutamanya dalam bandar, Tuan Yang di-Pertua, itu sebabnya kawasan-kawasan dalam bandar apabila jadi kebakaran, pihak bomba lambat sampai bukannya dia lambat dapat panggilan tetapi dia lambat sampai · - lrera.!l!l kesesakan lc:ilu­lintas. Maka ----dari~_~itu, saya mencadangkan pasukan bomba-.juga mesti mempunyai mobile squad. Apabila dapat panggilan kebakaran, mobile squad kena jalan dahulu, clearkan jalan, kadang-kadang ada dekat 1h batu, kereta bomba hendak sampai dekat traffic-lights tetapi kereta di hadapan tidak dengar tetapi dengan adanya mobile squad, sekurang-kurangnya dia dapat clear­kan dalam masa 1h batu begitu panjang hendak sampai dari satu traffic-light ke satu traffic-lights yang lain.

Saya percaya dalam bandar semacam Kuala Lumpur ini, sudah patut kita mempunyai sistem-sistem yang baik-baik belaka kerana negara kita sudah maju dan kita telah menjadi sebuah negara yang dikenali oleh dunia. Maka janganlah masih ada perkara-perkara yang kita anggap boleh menghalang kemajuan dalam negara kita dengan perkara-perkara yang kecil seperti yang saya sebutkan tadi.

Saya harap Yang Berhormat Datuk Hussein sebagai Timbalan Menteri yang berkenaan akan dapat me­ngambil pandangan dan perhatian dalam perkara yang saya sentuhkan tadi.

.~u

Saya juga menyentuh B. 17-Kementerian Belia dan Sukan yang akan mendapat peruntukan sebanyak $38,644,900.

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Ke­menterian Belia dan Sukan kerana kejayaan SEA Games baru-baru ini.

Saya juga mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan yang bertanggungjawab dalam segala sukan dalam negara kita supaya megadakan satu latihan kepada peserta-peserta sukan supaya mereka yang benar­banar memahami semangat kesukanan supaya tidak akan timbul perasaan sebalik pada itu, menimbulkan pergaduhan dan yang lain-lain kera­na apabila peristiwa berlakunya pertandingan bolasepak di antara Sarawak dengan Kuala Lumpur baru­baru ini. Ini menunjukkan negara kita ini seolah-olah telah balik kepada zaman sebelum merdeka dahulu di mana rakyat seolah-olah tidak boleh berfikir benda yang baik dengan benda yang tidak baik, maka perkara itu telah berlaku. Saya harap supaya Kementerian ini mengadakan satu pasukan ataupun satu badan yang boleh memberikan latihan kepada semangat kesukanan kepada tiap-tiap peserta sukan di dalam menjayakan sukan mahupun dia merupakan peserta sukan di peringkat negara atau di peringkat mana-mana juga.

Selain daripada itu, saya juga mengharapkan Kementerian Belia dan Sukan mengambil berat di dalam menjayakan dan meninggikan mutu permai.nan1'.bolasepak 1'1legara. 1kita. Pasukan badminton negara kita, pasukan hoki negara kita, kenapa kebelakangan ini saya nampak sudah menurun mutu permainannya. Kalau sekiranya tidak ada budget untuk diperuntukkan pada pemain-pemain yang mewakili negara kita, saya harap Kementerian ini dapat adakan peruntukan yang tertentu supaya bila ada peruntukan yang tertentu kepada mereka, saya percaya mereka akan mempunyai satu semangat betul-betul ingin mengharumkan negara mewakili apa juga pasukan yang mereka wakili.

"

I'

,.,

1'

Page 67: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

,_-

'I

..

"

l'I

2937 18 DISEMBER 1989 2938

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyentuh B. 19-Kementerian Pertanian yang mempunyai perun­tukan sebanyak $676,760,SOO.

Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian ini, terutama kepada Menterinya, Dato' Seri Sanusi Junid sebagai seorang Menteri, seorang pemimpin yang banyak idea, yang banyak mempunyai perkara-perkara yang tidak pemah kita tengok tetapi ada dalam kepa­lanya. Satu daripadanya Rancangan Pertanian Taman ·Pertanian Bukit Cerakah yang mendapat pujian, bukan hanya daripada rakyat jelata, bahkan juga daripada pelancong-pe­lancong kita.

Saya harap perkara-perkara yang belum diperkemaskinikan di Bukit Cerakah itu dapat diperkemaskan agar ianya merupakan satu Taman Pertanian yang betul-betul menjadi tempat lawatan kepada semua pelancong dalam negara kita.

Saya ingin menyentuh masalah lesen menangkap ikan di lautan dalam, ini juga saya ingin menasihatkan kepada K.ementerian supaya bertindak mempastikan supaya lesen ini bukan satu perniagaan Ali-Baba, kerana saya selalu dengar cerita berkenaan lesen menangkap ikan di lautan dalam ini .. Saya harap saya tidak akan menyentuh banyak.~menterian Pertanian cuma satu dua perkara, mana yang pemah ditanya; disoal oleh rakyat jelata. Selain daripada itu, saya memberi kepujian kepada Menteri Pertanian yang semenjak beliau mengambilalih Kementerian Pertanian, saya lihat berbagai-bagai perkara mendapat samb'1tan daripada rakyat jelata daripada Kementerian itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, B.21-Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan yang akan memperolehi peruntukan sebanyak $99,782,900. Saya juga mengucapkan tahniah

kepada Dato' Menteri Kebudayaan dan Pelancongan yang dapat memperkenalkan kebudayaan Malaysia, cuma satu sahaja saya hendak sentuh, saya percaya Ahli-ahli Dewan Negara juga bersetuju, kenapa sebarang function yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaail dan Pelancongan tidak pemah kami daripada Ahli Dewan Negara ini mendapat jemputan. Saya harap kalau ada pegawai di dalam ini tolong catatkan, adakah Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan tidak mahu berkawan dengan kami daripada Ahli Dewan Negara ataupun terlupa, kalau terlupa ingat, lain kali kalau ada function sila jemput kami.

Saya tengok Kementerian lain semua pemah jemput kita, Kementerian Kebudayaan sahaja tidak pemah jemput. Saya pun ingin juga, kami daripada Ahli Dewan Negara ingin juga hendak melihat function daripada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, sekur!l!!g·kurangnya apabila kami bernadapan- dengan rakyat jelata, dapatlah kami menjawab soalan­soalan kalau dikemukakan masalah Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan itu sendiri. Lain tidak ada apa benda saya hendak sebut mengenai Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, lainnya semua berjalan dengan baik, cuma jemputan sahaja. Sebenarnya kami pun pandai juga kecil hati, kalau ada pegawai­pegawai tolong .catat.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, B.23 yang diperuntukkan kepada Jabatan Arkib Negara memperolehi $7 ,343,500. Jabatan Arkib Negara adalah satu Jabatan yang bertanggungjawab menyimpan segala khazanah, bahan-bahan yang boleh dijadikan sejarah untuk anak­cucu kita. Peristiwa Rundingan Damai di antara Kerajaan dengan Parti Komunis Malaya baru-baru ini juga mesti ditayangkan, ditunjuk dan

Page 68: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2939 18 DISEMBER 1989 2940

dijadikan bahan sejarah dan masukkan dalam program "Hari ini Dalam Sejarah".

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang memainkan peranan yang pertama sekali berjumpa dengan kumpulan Parti Komunis Malaya. Saya difahamkan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara sekarang Dato' Abdul Rahim bin Mohd. Noor, saya mengucapkan syabas kepada beliau, terutamanya syabas kepada pihak Polis di dalam merahsiakan rundingan, pertemuan permulaan di antara Kerajaan, Pasukan Polis Bahagian Cawangan Khas dengan Parti Komunis Malaya yang mana ketika itu tidak pernah terdekat perkara ini kepada kami. Ini menunjukkan satu rahsia yang betul, yang dinamakan rahsia, kerana saya terpaksa sebut dan mengatakan tahniah tadi, pertama dapat menyimpan rahsia dengan baik.

Yang kedua, rundingan itu berjaya kalau dibezakan dengan rundingan tahun 1955 zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dahulu tidak berjaya, Chin Peng tidak hendak berbaik, tidak tahu apa fasal, tetapi sekarang pula Chin Peng mahu baik.

Sebenarnya, Chin Peng berjuang, Parti Komunis Malaya berjuang bukan kerana marahkan kepada rakyat Malaya untuk memperjuangkan kemerdekaan, dia marah kepada Mat Salleh, tetapi dia tidak hendak berbaik, sekarang dia mahu baik, dia memuji Kerajaan kita di bawah pimpinan Dato' Seri Dr Mahathir. Kalau sudah komunis boleh puji kita, boleh puji Kerajaan kita, boleh puji Perdana Menteri, kenapa Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang, Yang Berhormat Tuan Karpal Singh, Yang Berhormat Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah dan lain-lain ini tidak mahu memuji. Ini yang paling pelik, yang paling hairan kepada saya, Tuan Yang di-Pertua.

Kalau Parti Komunis Malaya boleh memuji Perdana Menteri sebagai Perdana Menteri yang baik, boleh membangunkan negara, mencerminkan satu keharmonian, tetapi masih ada lagi rupa-rupanya komunis yang tidak bersenjata ini lebih jahat perangai dia daripada komunis yang bersenjata. Walau macamanapun, kita lupakan dia, kita anggap ibarat biarlah "si luncai terjun dengan labu-labunya". Kita teruskan pemerintahan kita untuk rakyat jelata.

Berkenaan bahan sejarah ini, saya minta Jabatan Arkib Negara jangan lupa dan mesti ada simpan dalam Jabatannya perkara ini dan saya juga mendesak Kerajaan supaya mengadakan satu bintang, anugerah Bintang Pahlawan betul-betul kepada mereka yang melibatkan diri di dalam rundingan perdamaian dengan Parti Komunis Malaya kerana ini bukan satu perkara yang boleh siapa-siapa buat, Tuan Yang di-Pertua.

Kalau saya sendiri pun kalau dihantar pergi berunding, mungkin menggeletar kaki, lutut saya hendak jumpa dengan komunis, ini bukan komunis boleh lawan bergumpal sahaja, ini boleh "shoot to kiH". Tetapi dengan kejayaan ini, maka saya rasa tidak salah kalau kita beri gelaran sebagai pahlawan negara, inilah betul­betul pahlawan, kerana dia pergi bukan ramai satu dua orang, macam · Tunku Abdul Rahman memperjuangkan kemerdekaan da­hulu bukan beliau pergi seorang, ramaj menyokong. Pada masa itu saya ingat ibu-bapa saya tidak ada duit, keluar gelang semuanya bagi duit tambang, bukan beliau seorang. Kita boleh bagi gelaran betul-betul pahlawan yang pergi seorang dua yang kita fikirkan benda itu tidak munasabah dibuat, tetapi munasabah, ini baru kita boleh gelar dia pahlawan.

Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, B. 25-Kementerian Per­tahanan. Yang · Berhormat Mulia

,.

?

,..

..

Page 69: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

.:.-

'\

..

·-'"

"

2941 18 DISEMBER 1989 2942

Tengku Ahmad Rithauddeen Al-Haj sudah keluar, kalau tidak senang puji dia tadi, tetapi walau macam manapun saya mengucapkan. tahniah juga kepada Kementerian ini yang mempunyai peruntukan pada tahun akan datang sebanyak $2,309,459,000.

Pertama, tahniah kepada Kemen­terian Pertahanan di atas keja­yaan negara kita sekarang dari segi dasamya sudah sampai kejayaan iaitu damai, maknanya keselamatan negara kita sudah tidak terancam lagi, kerana selama ini kita tahu yang mengancam kita adalah Parti Komunis Malaya yang bersenjata, tetapi dengan perjanjian meletakkan senjata maknanya negara kita pada dasarnya bolehlah dianggap damai, tetapi walau macam manapun, saya ingin me­ngulangi lagi sekali, walaupun per­janjian sudah kita terima untuk gencatan senjata, tetapi biarlah kepada semua pegawai-pegawai yang terlibat di dalam menjalankan tugas bertanggungjawab untuk keamanan negara mahupun keselamatan negara, selalu gunakan falsafah kepada mereka yang datangnya daripada penyokong ataupun yang melibatkan diri dengan Parti Komunis Malaya ini walaupun kita sudah berdamai, suspect everybody and trust nobody, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Kerana falsafah ini tidak syak lagi, yang tidur makanan sijaga. Kalau kita semua tidur dan kita anggap dia tidur tetapi dia tidak tidur sebenarnya, maka dia akan makan kita. Jadi itu sebabnya saya gunakan falsafah itu. Saya percaya pegawai-pegawai Kerajaan yang bijak-bijak laksana boleh mentakrifkan peribahasa "Sus­pect everybody and trust nobody" kepada perjanjian gencatan senjata, perjanjian damai, perjanjian per­letakan senjata ini sahaja. Kita tidak boleh beri 100% kepercayaan.

Tuan Yang di-Pertua, . selain daripada itu, Kementerian Perta­hanan. Saya minta benar-benar me-

ngambil tahu masalah walaupun kita sudah tidak ada musuh, komunis sudah meletakkan senjata, tetapi kita terpaksa memperbesarkan pasukan tentera kita, terpaksa menyediakan senjata-senjata yang lengkap kerana bila-bila masa boleh berlaku sesuatu. Saya pemah bercakap dalam Dewan ini juga, dengan munculnya base Amerika di Singapore, ini juga menjadi tandatanya kepada kita semua dan macam-macam boleh berlaku kerana negara Malaysia adalah negara yang diminati oleh seluruh bangsa dalam dunia kerana negara kaya dengan segala-galanya, dalam laut pun ada hasil, dalam tanah pun ada hasil, atas awang-awang pun ada basil. ltu menunjukkan negara kita ini kaya. Siapa yang dilahirkan oleh Tuhan dalam Malaysia ini bersyukurlah kepada Tuhan, tidak ada negara dalam dunia ini yang terdapat macam Malaysia ini punya kaya­nya dalam segala-galanya. punya amannya, punya harmoninya, punya baik-baik belaka. Kita harus bersyukur kepada Tuhan. Maka kepada sesiapa juga yang sudah dapat betis itu janganlah minta sampai ke peha, cukuplah, bersyukur kita kepada Tuhan, yang mana tidak boleh jumpa dalam negara lain.

Tengok di negara Malaysia ini punya bertuah, Menteri Melayu ada, Menteri daripada kaum Cina ada, Menteri daripada kaum India ada, punyalah baik-baiknyli. Kita pergi ke India, kita tidak boleh jumpa Menteri Melayu, tidak boleh jumpa Menteri Cina. Ada Menteri orang Cina di India? Sorry. Pergi ke negeri China pun begitu juga, kita tidak boleh jumpa Menteri Melayu, tidak boleh jumpa Menteri India tetapi di sini, Alhamdulillah, semua bangsa ada jadi Menteri, ada jadi pemimpin. !tu sebab saya katakan bersyukurlah kepada Tuhan.

Contohnya pada hari ini, kita dalam Dewan ini menjadi satu kenyataan juga. Tengok, kita punya Tuan Yang

Page 70: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2943 18 DISEMBER 1989 2944

di-Pertua daripada kaum Cina, saya daripada kaum Melayu terpaksa duduk di bawah, bercakap terpaksa minta izin, kalau dia kata duduk, saya kena duduk. Begitu indahnya di Malaysia ini. Apa lagi yang kita hendak minta, lagi baik kita du­duk berpakat, sama-sama kita mententeramkan negara kita ini, sama-sama kita membangunkan negara kita ini untuk kepentingan anakcucu kita akan datang di mana ketika itu benar-benar negara Malaysia adalah merupakan negara yang datang daripada satu bangsa, satu keturunan, tidak aaa lagi hendak memperhinakan orang Melayu, tidak hina orang Cina, tidak hina orang India, orang Cina pun tidak rendahkan daripada o_rang Melayu, tidak rendahkan orang India, begitu juga orang India pun tidak akan direndahkan kerana latiban semangat ingin hidup di dalam satu negara yang datang daripada berbilang kaum tetapi mempunyai satu kefahaman yang sama, satu kepentingan yang sama, satu kebudayaan yang sama, satu tujuan yang sama.

Maka saya percaya kalau kita dapat amalkan ini,·negara kita akan menjadi satu negara yang lebih cerah, lebih cemerlang, lebih manfaat kepada semua kaum untuk generasi kita yang akan datang. Tetapi kalau masing­masing debik dada, saya orang Melayu

, , mahµ cakap h~ orang Melay.u. Datang pula · kaum Cina cakap ''saya . orang Cina mesti mahu cakap fasal orang

1Cina" datang kaum India cakap "saya orang India mahu cakap fasal orang India". Selagi diamalkan benda ini, selagi itu taubat Malaysia tidak akan aman. Tetapi kalau lupakan semua semangat ini, semangat perkauman, semangat ingin ;hendak memper­juangkan kaum masing-masing, kita terus bawa kepada satu mat­lamat bahawa ini negara Malaysia, semua rakyat kena taat-setia dengan negara, taat-setia kepada Raja yang berpelembagaan dan sama-sama

mempertahankan Perlembagaan negara, undang-undang negara, maka saya percaya negara kita will be one of the best countries in the world, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. (Tepuk)

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, saya juga mendesak pihak Kementerian Pertahanan supaya meneliti semua kenderaan-kenderaan yang dipergunakan oleh Kementerian Pertahanan t~rutama sekali tentera, pasukan k~selamatan mahupun dengan kapalterbangnya, dengan helikoptemya, supaya benar-benar ia merupakan satu kenderaan yang betul-betul tidak merbahaya kepada pasukan. Kita tidak mahu dengar lagi ada helikopter jatuh terhempas, kapalterbang jatuh, kalau jatuh itu, kadangkala kerana ajalnya, tetapi kalau jatuhnya itu kerana setelah diperiksa bahawa dia jatuh kerana telah lama; telah usang, kerana injinnya telah lama, maka ini adalah satu perkara yang paling dukacita pada diri saya, Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, saya juga mencadangkan ke­pada Kementerian Pertahanan, kepada mereka yang mendapat bintang ge­laran Gagah Berani dan ada lagi satu bintang . yang lebih tinggi daripada itu, kalau ahli sukan negara mendapat saguhati, mendapat bayaran istimewa atas kejaguhannya sedangkan ianya bersukan sahaja, memperkenal dan mengharumkan negara-ini adalah satu pengorbanan yang cagarannya baru dia dapat bintang Gagah Berani dan bintang--saya pun tidak tahu menyebutkan, lebih tinggi daripada Pingat Gagah Berani-sepatutnya orang-orang ini kita kena beri dia elaun, beri dia saguhati sebagai tanda penghonnatan ketika dia berjuang menjadi' pahlawan · ·sebettarJbenar pahlawan di dalam Angkatan Tentera ketika dia bertugas kerana bukan senang hendak dapat bintang Gagah Berani ini, Tuan Yang di-Pertua, sekurang-kurangnya dia mesti

r

.,

..

Page 71: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

;:r.-

-I

~

~-

t

2945 18 DISEMBER 1989 2946

bertempur dengan komunis, dengan musuh. Setelah mengorbankan musuh baru dia dapat bintang Gagah Berani ini dan patut sekali, wajar sekali kalau Kerajaan memberikan satu peruntukan sebagai peruntukan saguhati kepada mereka ini mengenang jasa dan pengorbanan mereka sepanjang mereka bertugas.

Saya juga akan menyentuh ntasalah rumah tempat kediaman (quarters) kepada pasukan tentera yang mana saya difahamkan pasukan tentera masih lagi berkurangan rumah tempat kediaman. Sa ya menasihatkan Kementerian Pertahanan, di . dalam menjayakan projek ini saya rasa adalah lebih baik kerana Kementerian Pertahanan itu sendiri mempunyai satu pasukan yang dipanggil Jurutera yang lebih faham untuk membuat bangunan mahupun bangunan rumah ataupun apa jua, apa salahnya dapatkan hanya bahan-bahan bangunan daripada Kerajaan dan buat dengan kepakaran sendiri melalui Jurutera daripada _ Kementerian Pertahanan.

Ini sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan wang negara, daripada kita terpaksa mengadakan satu peruntukan yang lain untuk mengadakan rumah kediaman tentera yang tidak cukup.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya pergi kepada B. 2&-Kementerian P.endidikan yang mempunyai peruntukan yang terbesar sekali daripada semua Kementerian­kementerian yang lain iaitu sebany~k $4,664,243,600.00. Kementerian Pen­didikan' adalah satu Kementerian yang memainkan peranan .penting di qaj~ -~tu»l),. ·~di~1aoak­anak yang akan mewarisi kepimpinan negara di masa akan datang. Maka dengan itu perlulah Kementerian ini mengambil tahu masalah sekolah­sekolah yang usang, _ patut diper-

baiki, diperbaiki, perkakas-perkakas sekolah, meja, kerusi dan sebagainya, ada sekolah yang berkehendak komputer terpaksa diadakan latihan dan sebagainya. Di samping itu saya juga mendesak Kementerian Pendidikan, ia mesti memainkan peranan penting dari mula lagi kanak­kanak ini mesti dibendung, mesti dididik di dalam menentukan taat setia dan sayang, cintakan kepada negara Malaysia. Kementerian Pendidikan harus memainkan peranan penting kerana semua kaum dari kanak-kanak bermula daripada · sekolah dan mesti diberikan latihan supaya mereka ini betul-betul · mempunyai semangat apabila mereka besar, dewasa nanti, mereka tidak teringat lagi negara lain, malahan negara Malaysia inilah sebagai negara yang mana mereka fikirkan mereka dilahirkan, mereka akan hidup dan mereka akan mati di sini, mllka sudah tentu mencurah kasih sayang dan cintakan negara Malaysia tanpa berbelah bahagi.

Selain daripada itu, ada perkara­perkara kecil yang berlaku. Masalah kebocoran kertas peperiksaan. Kami hendak maklumkan kepada pegawai­pegawai yang datang dari Kementerian Pendidikan, kami tidak menyalahkan Menteri kamu, takkanlah kertas peperiksaan pun Menteri hendak ambil tahu. Menteri telah dipetanggungjawabkan untuk meoentukan, -keseluruhan , perjalanan pentadbirah · Kementeriart;i takkanlah dia hendak jadi "bodyguard" untuk ikut kertas periksa ini dan pergi hantar ke printing untuk diprint. Tetapi mereka yang menyeleweng inilah yang harus dikecam dan dianggap sebagai pengkhianat kepada negara. Tidak cukup dengan gaji, sanggup melakukan satu perkara yang memalukan negara Malaysia sehing­ga berlakunya kebocoran kertas peperiksaan. Bila berlaku penye­lewengan dalam mana-mana Kemen­terian, yang bertanggungjawab adalah Menteri.

Page 72: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2947 18 DISEMBER 1989 2948

Contohnya, dalam Perhimpunan Agung UMNO Malaysia baru-baru ini. Teruk Yang Berhormat Saudara Anwar Ibrahim kena soal. Takkanlah ini hendak salahkan beliau di atas kebocoran kertas periksa ini, tetapi oleh kerana dia terpaksa bertanggungjawab sebagai Menteri, terpaksa "surrender" angkat kedua­dua belah tangan. Kalau tidak teruk kena halon lagi. Inilah caranya pemimpin, bila sudah diberi tanggungjawab, dia sudah minta semua pegawai bawahannya bertanggungjawab supaya bekerja dengan betul, tetapi kerana ada penyelewengan satu, dua perkara, maka pemimpin itulah yang akan dipersoalkan dan akan dipertang­gungjawal:fkan.

Saya mengharapkall' perkara ini tidak akan berlaku lagi dan saya mencadangkan supaya pencetak mencetak kertas periksa ini, kalau boleh di dalam negara kita kerana di dalam negara kita juga sudah mempunyai kemampuan, apa perlu kita hendak menghantar ke luar negara lain untuk mencetak, sedangkan kita sudah mempunyai berbagai teknologi yang boleh setanding dengan negara-negara yang sedang maju, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, dan saya mencadangkan kepada mereka yang telah terlibat di dalam membocorkan kertas peperiksaan yang saya anggap sebagai pengkhianat negara mesti dihukum dengan setimpal hukuman kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, B. 27-Kementerian Luar Negeri yang akan mempunyai peruntukan sebanyak $140,342,200. Pertamanya, sebelum saya meneruskan teguran saya kepada Kementerian ini saya mengucap­kan tahniah kepada Kementerian, terutama kepada Menterinya. Tahniah saya sampaikan ini kerana kejayaan CHOGM. Tanpa usaha sama dan kerjasama daripada Kementerian Luar sudah barang tentu CHOGM

tidak dapat kita adakan di negara kita yang berjalan dengan baik. Di samping itu, Kementerian Luar juga kebelakangan ini telah banyak memainkan peranan untuk mem­perkenalkan negara Malaysia di l'!Jar negeri yang membuatkan lebih ramai pelancong datang ke negara kita dan ini semua atas inisiatif dan daya usaha yang telah dibuat dan dilakukan oleh Kementerian Luar.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Philippines baru-baru ini di bawah Kementerian luar yang mengambil tahu, yang memberi layanan begitu baik dan mengambil berat kepada Ahli-ahli Dewan Negara yang telah menghadapi masalah dan mendapat satu perkara yang tidak pernah diduga sama sekali berlaku di masa coup d'etat di Philippines baru-baru ini, ketika Ahli-ahli Dewan Negara sedang buat lawatan ke negara-negara Asia. Atas layanan yang diberi oleh Pegawai-pegawai Kementerian yang bertanggungjawab di Kedutaan Malaysia di Philippines, saya sebagai Setiausaha Kelab Senator mengucap­kan terima kasih dan saya berharap semua Kedutaan yang lain di negara­negara lain mesti mengikut contoh teladan apa yang telah ditunjukkan oleh Pegawai-pegawai Kedutaan di Philippines baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan syabas kepada Ke­menterian Luar di atas usahanya yang begitu gigih yang dapat mempengaruhi negara-negara lain dalam dunia supaya memberikan sokongan kepada negara Malaysia di dalam merebut jawatan Kerusi "Ahli Majlis Keselamatan Bang~a-bangsa Bersatu". Ini satu perkara yang saya patut sampaikan, pujian kepada Kementerian Luar dan saya mendoakan Kementerian Luar, yang saya anggap selalu berumah dalam kapalterbang, apabila pergi men­jalankan tugas di negara luar selamat pergi, selamat balik tanpa

..

Page 73: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

.r

J t ~

--

If·

~

2949 18 DISEMBER 1989 2950

menghadapi sebarang halangan. Kerana saya terpaksa sebut begitu, Tuan Yang di-Pertua, sepanjang yang kita tahu sesiapa sahaja yang menjadi Menteri Luar memang selalu bertugas pergi ke negara luar untuk menjadi wakil kepada Kerajaan kita, maka tidak syaklah kalau saya menyatakan beliau ini selalu berumah di dalam kapalterbang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh Maksud B. 33. iaitu Kementerian Perusahaan Awam yang mempunyai peruntukan $22,032,400. Saya mengucapkan syabas kepada Menteri yang berkenaan sebab isu permit teksi Saujana kerana beliau sebagai seorang perempuan · dan seorang diri pula itu, dia sanggup menghadapi masalah ini dengan cekal dan tabah. Sebab itu saya katakan tahniah dan syabas kerana keberaniannya. Jangan latah apabila dia dapat melaksanakan tugasnya sebagai Menteri walaupun ada rakyat ya~g mempersoalkan mengapa beri kepada Saujana sahaja, mengapa tidak diberi kepada syarikat-syarikat yang lain, pada mulanya bila rakyat tidak diberi · kefahaman dengan sejelas-jelasnya. Sekarang rakyat sudah faham, maka sebab itu saya mengucapkan syabas dan tahniah.

Cuma saya harapkan Yang Ber­hormat Menteri berkenaan kalau sudah 2,000 permit teksi dikeluarkan dalam bandar-bandar ini., saya takut­takut teksi ini bertumbuk besok, Tuan Yang di-Pertua, kerana berebut "passenger". Kalau sudah macam anak ayam teksi dalam bandar, mana datangnya "passenger" lagi? Ini yang saya takut. Tidak tahulah saya kalau dasar ini menguntungkan rakyat, saya mengucapkan syabaslah, tetapi kalau ianya lebih menerukkan rakyat terutamanya kepada pemandu­pemandu teksi, saya begitu berasa kesal.

Selain daripada itu, saya haraplah Menteri yang berkenaan supaya

meneliti dengan semasak-masak di dalam menjayakan apa jua dasar yang diputuskan oleh Kementerian. Saya juga ingin menyentuh masalah UDA di bawah Kementerian beliau. UDA ini dipengerusikan oleh seorang wanita-minta maaflah, jangan pula Senator wanita melenting apabila saya bercakap. Ini satu badan paling berat dan paling besar kerana saya nampak ada satu dua projek dalam kawasan saya juga gagal dan terbengkalai. Adakah terbengkalainya projek ini menyebabkan Pengerusi UDA ini tidak cekap atau pun dia tidak boleh buat kerja ini? Itu saya pun tidak fahamlah, kalau saya katakan perempuan tidak layak menjadi Pengerusi UDA, nanti marah pula orang perempuan, tetapi ada yang lebih layak lagi di antara perempuan lain, wanita lain. Mengapa tidak diletak sekurang-kurangnya seorang yang PRnya dengan orang ramai bagus-umpamanya kalau diletakkan Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin-PRnya dengan orang ramai bagus ataupun Senator Mazidah, Puan Rogayahkah atau Hajjah Salbiah. Tetapi ini diletakkannya orang yang tidak pemah campur orang, ini yang masalah, Tuan Yang di~Pertua, ·sebab kalau sebuah syarikat hendak maju pun orang pan dang siapa Chairmannya, siapa Pengerusinya. Kalau Pengerusinya tidak pemah campur orang, sudah tentu orang itu tidak akan mendapat kejayaan baik kerana saya hendak orang pergi tolong pun, susah sebab Chairmannya tidak campur orang.

Ini saya minta atas dasar apa jawatan Pengerusi UDA ini diberi kepada Yang Berhormat Siti Zainabon-minta maaflah saya sebut namanya. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat lain ramai lagi-Puan Ainon Ariffin lagi bagus, dia pun seorang "business lady". Saya jug~ ingin menasihatkan kepada Mentei:i­menteri, kalau hendak melant1k seseorang memegang jawatan yang penting dalam badan-badan sebagai

Page 74: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

2951 18 DISEMBER 1989 2952

Chairman atau ahli Lembaga, biarlah orang-orang ini boleh sama-sama membantu membawa pengarah, menolong kita ketika dalam terdesak, ketika menghadapi masalah dengan orang ramai.

Sekarang tengok, apabila Menteri yang berkenaan, Dato' Napsiah Omar sendiri menghadapi masalah daripada rakyat berkenaan teksi Saujana dan berbagai-bagai lagi, mana sahabat handainya yang dilantik menjadi Pengarah atau Chairman inikah datang ke hadapan sama-sama memberi penerangan kepada orang ramai, mana? Cuba lantik kami-kami ini sekurang-kurangnya kami boleh mengumpulkan dan beritahu orang ra­mai "okay, hendak tahu hal teksi, okay saya akan beritahu, begini begitu." Itu gunanya kalau kita hendak melantik orang, biar lantik orang yang boleh menyokong kita betul-betul-bukan "sokong buat rebah", kata perbidalan orang Melayu.

lni bukan Menteri ini sahaja, saya nasihatkan semua Menteri ter­masuklah Dato' Hussein kalau jadi menteri penuh besok, hendak lantik orang ada kuasa, pandang rakan­rakanlah-pandang kiri kanan dahulu, terutama kawan yang biasa menolong kita. Tetapi itulah Dato' Hussein bila dia hendak jadi Menteri penuh, kita doakan sahaja.

Dato' Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, kalau jadi, saya lantik dia. ( Ketawa)

Tuan Azinan Atar bin Othman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum dia jawab, bila dia berdiri saya sudah tahu apa dia jawapannya, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Dato'.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh B. 32-Kementerian Kesihatan yang mempunyai peruntukan $1,278,135,500.

Kementerian Kesihatan adalah satu Kementerian yang boleh dikatakan mengambil tahu dan mengambil berat orang susah kerana pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan terpaksa pergi menemui hospital-hospital besar dan sebagainya di bawah Kementerian Kesihatan. Oleh kerana saya tahu perkara ini; Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya peruntukan ini tidak cukup kepada Kementerian Kesihatan, saya minta pihak Kerajaan dapat menambah di dalam peruntukan tambahan.

Hospital-hospital besar haruslah diberi peruntukan lebih terutamanya di dalam bandar Kuala Lumpur. Tuan Yang di-Pertua, saya berani bercakap atas hal ini kerana dahulu saya pernah menegur dan pernah mengkritik Kementerian Kesihatan, tetapi apabila saya duduk sebagai Pengerusi Pelawat Hospital Besar Kuala Lumpur sekarang, maka saya tengok dan saya dapat lihat dengan mata kasar s~ya sendiri, memang tidak cukup peruntukan yang diberikan kepada Hospital Besar melalui Kementerian Kesihatan. Jadi oleh kerana tidak cukupnya peruntukan, maka jadilah kekurangan jururawat (nurse), kekurangan doktor dan kekurangan kawasan tempat tidur untuk pesakit­pesakit. Bagi seseorang nurse kalau dibandingkan dengan ramainya pesakit yang berada dalam hospital, memang tidak sepatutnya seorang nurse terpaksa menjaga lima, enam sampai sepuluh orang pesakit.

Maka saya mencadangkan supaya Kerajaan memberikan tambahan kepada Kementerian Kesihatan agar Kementerian ini dapat benar-benar menggunakan wang peruntukan yang' diberikan kepada Kementeriannya 1

untuk hospital-hospital besar, bukan hanya di Kuala Lumpur, malahan di bandar-bandar yang lain yang meme .. rlukan b~ntuan secukupnya untuk sama-s ma memberikan per7dmatan ; pada orang ramai.

\!~ ~

• ~

Page 75: 18hb Disember, 1989 MALAYSIA · Jilid III Bil. 20 MALAYSIA Bari lsnin 18hb Disember, 1989 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh

'

r

r'·

t

2953 18 DISEMBER 1989 2954

Saya terpaksa sentuh pekara ini, kerana orang ramai apabila mereka dapat cukup segala-galanya, memang kita tahu orang ramai tidak akan pemah memuji seratus peratus, tetapi sekurang-kurangnya apabila kita dapat mengatasi semua masalah ini walaupun tidak dapat seratus peratus, tetapi sekurang-kurangnya ianya akan mencerminkan kepada negara lain bahawa Malaysia benar-benar merupakan sebuah negara yang betul mempunyai sistem demokrasi dan mempunyai berbagai-bagai kaum yang hidup aman damai dan mendapat layanan istim~ di dalam semua bidang baikpun daripaEla- ~ bidapg

L-A08893.

kesukanan, bidang kebajikan masyarakat ataupun apa jua bidang termasuklah di dalam hospital kalau menjadi seorang pesakit .....

Dato' Tan Peng Khoon: Ahli Yang Berhormat, terpaksa saya menggangu ucapan Yang Berhormat oleh kerana masa sudah cukup. Yang Berhormat boleh sambung pada hari esok, jam 2.30 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan sekarang.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.