shh malaysia - parlimen.gov.my · jilid ii bil. 7 malaysia bari selasa shh april, 1988 penyata...

98
Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1083] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) [Ruangan 1173] Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1987) [Ruangan USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 1235] DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR DATUK HAJI MUKHTAR SHAMSUDDIN. P.S.D., J.S.D .. S.M.S .. S.M.T., S.M.P .. K.M.N .. P.I.S .. KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1988

Upload: vodang

Post on 27-Aug-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

Jilid II Bil. 7

MALAYSIA

Bari Selasa Shh April, 1988

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL KEDUA Second Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1083]

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) [Ruangan 1173]

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1987) [Ruangan 1~94]

USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 1235]

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR DATUK HAJI MUKHTAR SHAMSUDDIN. P.S.D., J.S.D .. S.M.S .. S.M.T., S.M.P .. K.M.N .. P.I.S ..

KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1988

Page 2: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

c

MALAYSIA

PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUK BENEDICT STEPHENS, P.S.M., S.P.D.K., B.E.M. (Dilantik).

"

"

"

"

"

" " "

"

" "

" " " "

" " " " "

" "

"

Timbalan Yang di-Pertua, DATUK ABANG HAJI AHMAD URAl BIN DATUK HAKIM ABANG HAJI MoHIDDEEN, P.N.B.s., J.B.s., A.M.N., A.B.S. (Sarawak).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TUAN HAJI HUSSEIN BIN AHMAD (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, TuAN MoHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilan.tik).

LT. KoL (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, s.M.s., K.M.N., P.I.s. (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI LATIF (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL MAJID BIN HAJI ABDULLAH (Johor).

TUAN HAJI ABDUL MANAP BIN HASHIM (Kedah).

TUAN HAJI ABU BAKAR BIN LAJIM, K.M.N. (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

PUAN HAJJAH AZIZAH BINTI HAJI MOHO. SAID, P.J.K. (Dilantik).

TUAN AZMAN ATAR BIN OTHMAN (Dilantik).

TUAN AZUMU BIN TAK (Perak).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah).

TUAN CHAN CHOONG TAK (Dilantik).

DR CHONG ENG LEONG (Sabah).

TUAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (Perlis).

TUAN DOUGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

TuAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

PUAN HABIDAH BINTI JUSOH alias YUSOF (Terengganu).

TuAN HAJI HAMID ARABY BIN HAJI Mo. SALIH .(Pula1,1 Pinang).

TUAN HASSAN BIN HAR.UN (Kelantan).

TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN HAJI IBRAHIM BIN HAJI UJANG, P.P.N., P.J.K. (Negeri Sembilan).

Page 3: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1077 5 APRIL 1988 1078

Yang Berhormat TuAN HAJI JAAFAR BIN HARON (Dilantik).

, TuAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).

" "

"

"

"

"

" " " "

"

"

" " " "

" "

"

"

" "

" "

"

"

"

"

"

TuAN KoH IM PIN (Negeri Sembilan).

TUAN G. KRISHNAN (Dilantik).

TuAN LAU KENG SIONG alias JosEPH LAu KENG SEONG, K.M.N., A.M.N., P.I.S. (Johor).

PUAN LAw JACK YooN (Dilantik).

TUAN LIM HENG TEE (Pulau Pinang).

DATO MAK HoN KAM, o.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

PUAN MAZIDAH HAn ZAKARIA (Dilantik).

TUAN HAJI MOHO. NOOR BIN HAJI ABDULLAH (Kelantan).

TUAN MOHO. NOOR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

TUAN MOHO. WAJDI BIN DATO' HAJI ISHAK (Dilantik).

TUAN MuSTAFA BIN AWANG (Terengganu).

DATUK HAJI NASIR BIN HAJI MANAP, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

DR NG KHEK KiuNG (Selangor Darul Ehsan).

TUAN NG PENG HAY (Melaka).

DATO DR K. S. NIJHAR, s.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

CIK NORANI BINTI HAJI BELUAH alias HAJI HITAM (Pahang Darulmakmur).

DR NORDIN SELAT (Dilantik).

TUAN PANDIKAR AMIN BIN HAJI MULIA (Sabah).

TUAN PARAMJIT SINGH (Dilantik).

TuAN G. RAJoo (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

PuAN RoKIAH alias MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROSNAH BINTI HAJI MOHO. SALLEH (Dilantik).

PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHO. AKIM (Dilantik).

TUAN M. SANGARALINGAM (Dilantik).

TUAN HAJI SHAHAROM BIN HAJJ MAASOM, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN STEPHEN TIMO~Y WAN ULLOK (Dilantik).

TUAN HAn SYED ABDUL HAMID BIN SAGAFF (Dilantik).

TUAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

Page 4: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1079 5 APRIL 1988 1080

Yang Berhormat DR TAN CHONG KENG (Dilantik).

"

"

" "

DATO TAN PENG KHOON, S.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N. (Dilantik).

TUAN TIONG HIEW KING, P.B.S. (Dilantik).

PUAN VALLI MUTHUSAMY (Dilantik).

TUAN WoNG KIE YIK (Dilantik).

DAro' HAJI ZAKARIA BIN HAn YAHAYA, D.P.M.s., K.M.N., s.M.s., P.J.K., P.P.N. (Selangor Darul Ehsan).

Page 5: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1081 5 APRIL 1988 1082

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Abdul Rahim bin Haji Abu Bakar, J.S.D., s.A.P.,

K.M.N., P.B.S., P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Haji Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Hajjah Juliah binti Awam.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., s.s.o., P.J.K.

Page 6: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1083 5 APRIL 1988 1084

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Selasa, Shb April, 1988

Mesyuarat dimulakan pada puku/2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUTBAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

FELDA-PENEMPATAN PENEROKA

1. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dirancang dan akan dilaksanakan untuk menjamin generasi kedua dalam FELDA akan meneruskan kegiatan pertanian generasi pertama sebagai petani yang gigih, maju dan sebagai peladang tersusun yang mengeluarkan basil utama negara, getah dan kelapa sawit serta koko.

Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (Dato Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus): Tuan Yang di-Pertua, FELDA mula bergiat di arena pembangunan tanah dan penempatan peneroka sejak tahun 1956. Melalui pembangunan tanah FELDA, Kerajaan berhasrat untuk membangunkan keluarga peneroka itu sendiri supaya menjadi golongan masyarakat yang maju, berdisiplin

serta dapat memberl sumbangail yang positif kepada pembangunan negara. Pendekatan pembangunan FELDA dilaksanakan melalui penyertaan dan penglibatan pener<:>ka dalam pengurusan rancangan. Jika peneroka yang tua dan uzur tidak mampu lagi melibatkau diri dalam pembangunan rancangan, generasi kedua diatur dan dilatih untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab membangunkan rancangan. Bagi mempastikan kerja­kerja ladang peneroka terus dikendalikan secara berkesan dan memberikan pulangan maksima, program pengganti kerja peneroka telah dilaksanakan. Program ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 1984 dengan bertujuan untuk mengenalpasti generasi kedua yang layak, berminat dan sanggup mengambilalih dan mengurus kerja­kerja ladang peneroka.

Bagi. mempastikan generasi kedua ini mampu mengendalikan kerja-kerja ladang mengikut teknik pertanian moden dan senantiasa "committed" kepada pembangunan FELDA, kursus kepada pengganti kerja peneroka dilaksanakan. Kursus untuk pengganti kerja peneroka meliputi aspek-aspek pengendalian kerja-kerja ladang, pembangunan masyarakat dan aspek pengurusan FELDA. Peningkatan disiplin dan pembangunan kerohanian juga diberi keutamaan, bertujuan melahirkan pengganti kerja peneroka mempunyai disiplin kerja serta sanggup menghadapi cabaran-cabaran pembangunan.

Page 7: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

---------

1085 5 APRIL 1988 1086

Sehingga 29hb Februari, 1988, FELDA telah melatih seramai 3,212 orang pengganti kerja peneroka di 53 buah rancangan. Pada tahun 1988 ini, FELDA telah mengatur untuk melatih seramai 1 ,000 orang lagi pengganti kerja peneroka yang bakal mengambilalih kerja-kerja ladang mereka. Pengganti kerja peneroka yang telah diberikan kursus dan telah mengambilalih tugas penjagaan ladang terus diberikan bimbingan dan tunjuk­ajar oleh kakitangan FELDA dari masa ke semasa seiring dengan tahap pembangunan rancangan. Kursus ulangkaji kc:<pada pengganti kerja peneroka juga dilaksanakan bertujuan supaya "commitment" pengganti keDa peneroka kepada pe.mbangunan FELDA berterusan.

Puan Haijah Azizah binti Mohd. Said: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tidakkah pihak Kementerian ataupun FELDA bercadang membuka lagi tanah-tanah hutan yang luas di Malaysia kita ini terutama di Sabah dan Sarawak dan menempatkan petani-petani yang minat dan ingin meneroka, terutama dari Semenanjung untuk tinggal atau meneroka di Sabah dan Sarawak dan untuk generasi kedua yang akan datang juga?

Dato Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Tuan Yang di-Pertua, mengikut rancangan kita, FELDA diminta ataupun dikehendaki memajukan kira-kira 30,000 hektar kawasan setiap tahun. Setakat ini kita telahpun mencapai matlamat­matlamat yang ditetapkan walaupun kita berhadapan dengan sedikit masalah. FELDA telah · pun melibatkan kawasan-kawasan daripada Kerajaan-kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dan kerja-kerja untuk memajukan dan membangunkan kawasan-kawasan tersebut sedang berjalan dengan

pesat. Malahan di Sabah, peneroka­peneroka di satu rancangan telah pun mula dimasukkan.

Dr Nordin Selat: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Saya teringat pada zaman penjajah dahulu, apabila orang Inggeris memberi pelajaran kepada anak-anak petani Melayu, tujuan mereka ialah untuk menjadikan orang Melayu sebagai petani yang baik, yang mewarisi kerja ibubapanya. Jadi, kalau bapanya petani, anaknya pun petani. Jadi, saya nampak ada unsur-unsur ini dalam rancangan FELDA. Jadi, kalau begitu mrnti, anak kerani jadi kerani, anak FELDA jadi FELDA dan anak D.O. jadi D.O. Saya rasa ini bertentangan sekali dengan Dasar Ekonomi Baru kita. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Tuan Yang di-Pertua, rancangan yang kita lakukan ini seperti yang saya jelaskan tadi ialah untuk mempastikan ladang-ladang yang ada itu ada orang-orang yang akan meneruskan kerja-kerja tersebut. Namun demikian, sekarang ini pada keseluruhannya kedapatan kira-kira 55,000 lebih anak-anak peneroka yang sudah kita kenalpasti lulus persekolahan masing-masing dan ada yang mempunyai pekerjaan bukan sahaja di dalam Rancangan, tetapi juga'di luar Rancangan.

Selain daripada program ini, suka saya jelaskan juga iaitu FELDA sendiri mempunyai program-program lain untuk memberikan pengetahuan dan pelajaran vokesional kepada anak-anak peneroka. Setakat ini suka saya nyatakan, lebih daripada H ,000 anak-anak peneroka kebanyakannya lepasan SPM dan SRP telah pun dilatih di dalam pelbagai bidang kemahiran. Lebih daripada 11,000 anak-anak peneroka yang telah dilatih ini, FELDA sendiri telah dapat menampung dan menempatkan mereka itu ke dalam 12 buah

Page 8: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1087 5 APRIL 1988 1088

perbadanan-perbadanan yang ada di dalam FELDA. Selain daripada itu, FELDA juga menyediakan kemudahan-kemudahan untuk mempastikan anak-anak peneroka ini dapat meningkat jauh di bidang ilmu dan pengetahuan.

Suka saya maklumkan, ramai daripada anak-anak peneroka ini telah pun menunjukkan kemampuan dan keupayaan di bidang pendidikan tinggi. Adalah di antara mereka itu yang telah pun melanjutkan pelajaran di universiti-universiti dalam dan luar negeri dan mereka yang telah keluar daripada institusi-institusi pengajian tinggi itu sekarang ini berkhidmat di berbagai jenis bidang bukan sahaja dalam FELDA tetapi juga di luar FELDA. Jadi, ini menunjukkan kepada kita, Tuan Yang di-Pertua, bahawa apa yang dibuat ini adalah bersesuaian dengan kehendak satu­satu keadaan. Kita ingin mempastikan iaitu rancangan pembukaan tanah kita ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk mempastikan dan mencapai matlamat-matlamat pembangunan negara keseluruhannyt.

Dalam pada itu, kita tidak cuai untuk mempastikan pertama sekali anak-anak peneroka diberikan bimbingan dan kemudahan bagi membolehkan mereka itu merebakkan kebolehan di pelbagai bidang yang lain.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya minta penerangan daripada Timbalan Menteri yang berkenaan. Saya telah difahamkan bahawa FELDA ada beberapa perbadanan yang telah menjalankan usaha-usaha mengeluarkan barang-barang siap dari bahan sawit dan getah. Apakah kilang-kilang ini ataupun usaha ini menjual sahamnya kepada peneroka ataupun dari modal Kerajaan semata­mata?

Dato Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Tuan Yang di-Pertua, 12 perbadanan yang ada di dalam FELDA sekarang ini disertai oleh peneroka-peneroka dengan beberapa cara. Secara langsung, peneroka­peneroka digalakkan melaburkan di dalam perbadanan-perbadanan tersebut menerusi koperasi pembangunan peneroka atau koperasi pembangunan FELDA dan KPF. Untuk makluman Dewan ini, setakat ini lebih 33,000 orang peneroka­peneroka telah pun melabur di dalam berbagai perbadanan tersebut. Selain daiipada itu, seperti yang pernah saya sebut dalam Dewan yang mulia ini ju·ga, peneroka-peneroka melibatkan diri di dalam perbadanan-perbadanan tersebut menerusi akaun-akaun peneroka dan kalau dicampurkan kedua-dua pelaburan tersebut yang dibuat menerusi akaun-akaun peneroka dan juga menerusi koperasi­koperasi pembangunan FELDA, . sebahagian besar daripada jumlah pelaburan-pelaburan tersebut adalah dipegang. oleh peneroka-peneroka sendiri.

Beberapa Orang Ahli: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Saya benarkan satu lagi soalan tambahan sahaja. Sila Yang Berhormat Puan Rogayah.

Puan Rogayah binti Cbe Mat: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tidakkah FELDA bercadang untuk mempelbagaikan ladang-ladangnya termasuk buah-buahan dan padi misalnya?

Dato Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Tuan Yang di-Pertua, selain daripada getah dan kelapa sawit, FELDA juga ada membuka ladang­ladang koko untuk diberikan kepada peneroka-peneroka. Selain daripada itu memang menjadi salah satu daripada matlamat FELDA untuk mempelbagaikan jenis-jenis tanaman

Page 9: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1089 5 APRIL 1988 1090

yang sesuai mengikut kesesuaian tanah yang diberikan kepada FELDA sendiri.

. PENYANYI ROCK LUAR NEGERI

2. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan mengenai dasar Kerajaan mengenai kemasukan dan pertunjukan penyanyi rock dari luar negeri. Kedatangan kumpulan Tina Turner dibenarkan dan sedangkan kumpulan Scorpian diharamkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (Tuan Abdul Raman bin Soliman): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan tidak menghalang sesiapa sahaja menyanyi di negara ini asalkan mematuhi syarat­syarat yang tertakluk di bawah peraturan yang telah ditetapkan.

Berhubung dengan pertunjukan penyanyi-penyanyi rock sama ada dari luar mahupun dalam negeri, konsert rock yang diharamkan oleh Kerajaan ialah konsert rock berat (HeavyMetal Rock) yang diadakan secara umum dan terbuka sebagai persembahan tontonan ramai seperti di pentas­pentas terbuka, di pentas dalam arena atau di Dewan orang ramai dan lain­lain. Persembahan rock berat seperti ini boleh menimbulkan kekacauan dan menggugat ketenteraman umum.

Kedatangan Kumpulan Tina Turner dibenarkan kerana ianya tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan. Beliau bebas dari najis dadah dan tidak merokok. Persembahannya tidak bercorak rock berat (heavy metal rock). Persembahan beliau adalah terkawal dan tidak menimbulkan kekacauan atau menggugat keselamatan umum.

API ELEKTRIK-KADAR BAYARAN

3. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan J;Ilemandangkan telah banyak pembinaan projek Hydro memproses tenaga elektrik dalam negara seperti di Terengganu, Perak, Pahang dan Kelantan, adakah pihak Kementerian dan Agensi yang berkenaan bercadang menurunkan kadar bayaran api elektrik yang digunakan oleh rakyat di negara ini (Semenanjung).

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos (Tuan Ong Tin Kim): Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun banyak projek Hydro telah dioina d~ negara kita, namun demikian sebahagian besar penjanaan tenaga masih bergantung kepada sumber-sumber lain seperti rninyak dan gas yang menelan belanja yang besar. Dengan penggunaan somber­somber tersebut, maka kos yang dikenakan kepada pengguna­pengguna terpaksalah mengambilkira kos penjanaan.

Walaupun demikian, Kerajaan sedar bahawa kadar tarif elektrik hendaklah berada di tahap yang tidak begitu membebankan pengguna­pengguna di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara kita. Di atas kesedaral! inilah maka kadar tarif telah diturunkan dalam bulan September, 1985. Di samping itu Kerajaan telah mula memperkenalkan sistem diskaun ke atas kadar elektrik bag! perusahaan-perusahaan seperti berikut:

1. Hotel 10% 2. Perindustrian 20% 3. Tekstil 20% 4. Perlombongan.. 25% 5. Lampu Awam . . 20%

Tuan Yang di-Pertua, kadar tarif elektrik di negara ini jika dibandingkan dengan beberapa buah

Page 10: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1091 5 APRIL 1988 1092

negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina tidaklah begitu tinggi malahan kadar elektrik di sektor perindustrian di negara ini adalah sama dengan Singapura dan yang paling rendah di rantau ini. Begitu juga dengan sektor perdagangan dan hotel.

Dalam keadaan sedemikian, Kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan kadar bayaran elektrik buat masa ini.

Tuan Mustapha bin Awang: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, harga elektrik di Malaysia ini mengikut keterangan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi lebih murah daripada negeri Singapura, Thailand dan Indonesia. Tidakkah negara kita ini menjual tenaga elektrik ini ke Selatan Thai dan Singapura? Mengapa kita tidak boleh jual tetapi dia boleh jual kepada rakyatnya dengan harga yang ml;lrah?

Baru-baru ini satu lagi tenaga elektrik yang menggunakan gas di Dungun, Terengganu dengan kuasa 900 megawatt juga di Kenyir lebih daripada 460 megawatt. Memandangkan kepada dua tenaga elektrik ini sahaja tidak termasuk di negeri-negeri lain seperti Pahang, Sabah, Sarawak dan lain-lain, maka tarif elektrik boleh diturunkan lagi dengan harga yang lebih murah.

Tuan Ong Tin Kim: Tuan Yang di­Pertua, ada sedikit silap faham, saya tidak kata kadar elektrik di negara kita adalah paling rendah sekali, tetapi saya katakan tidak begitu tinggi jikalau dibandingkan dengan Singapura, (Ketawa) Filipina dan Indonesia, kerana di beberapa sektor Singapura dan Indonesia adalah lebih rendah daripada kita, tetapi dalam sektor perindustrian dan sektor hotel jikalau dibandingkan dengan Singapura dan Filipina kita adalah paling rendah sekali.

NISBAH DOKTOR DENGAN PENDUDUK

4. Tuan G. Rajoo minta Menteri Kesihatan menyatakan tindakan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk mencapri nisbah doktor penduduk 1:2300 sebelum tahun 1990. Nyatakan sama ada Kerajaan akan mengkaji kemungkinan mengiktirafkan kelulusan lebih banyak lagi universiti luar negeri untuk mencapai target ini. Jika tidak, mengapa.

Menteri Kesihatan (Dato' Chan Siang Sun): Tuan Yang di-Pertua, untuk makhlman Ahli Yang Berhormat, nisbah doktor : penduduk di negara kita pada masa ini ialah 1 : 2,896 penduduk. Kementerian Kesihatan dengan kerjasama universiti-universiti tempatan sentiasa berusaha untuk menambahkan bilangan doktor-doktor supaya ianya dapat memenuhi keperluan negara. Bilangan daktor-doktor di negara ini juga bertambah setiap tahun dengan pengambilan kira-kira 450-500 graduan perubatan ke dalam perkhidmatan awam dan ianya juga dijangka meningkat dengan adanya usaha-usaha Kerajaan untuk menambahkan tempat bagi pelajar­pelajar di Fakulti Perubatan di universiti-universiti tempatan. Di samping itu, pegawai-pegawai perubatan asing telah diambil untuk berkhidmat secara kontrak bagi mengatasi kekurangan doktor di dalam beberapa bidang kepakaran tertentu. Dengan adanya langkah­langkah tersebut Kerajaan akan dapat menghampiri nisbah doktor penduduk 1: 2,300 pada tahun 1990.

Puan Law Jack Yoon: Soalan tambahan. Yang Berhormat Menteri menyatakan selain daripa9a cadangan untuk mengiktirafkan kelulusan lebih banyak lagi universiti-universiti luar negeri untuk mencapai target ini, adakah Kerajaan akan mengwujudkan

Page 11: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1093 5 APRIL 1988 1094

insentif-insentif atau langkah-langkah untuk menarik lebih ramai doktor­doktor di negara kita bekerja dengan Kerajaan, sebab saya rasa langkah ini adalah amat penting dalam mengurangkan kekurangan doktor­doktor Kerajaan serta "brain-drain", dengan izin, yang dihadapi <Meh Kementerian Kesihatan.

Dato' Chan Siang Sun: Tuan Yang di-Pertua, memang ada insentif­insentif yang telah diberi kepada doktor-doktor yang pada masa dahulu sudah ada rancangan untuk membuat beberapa insentif seperti memberikan kursus atau hadiah untuk mereka mendapat latihan lanjutan dan juga kursus dalam perkhidmatan. Juga kita sudah memberikan satu kenaikan pangkat secara automatik yang mana seseorang doktor yang telah berkhidmat selama 5 tahun dengan automatiknya dia akan . dinaikkan kepada "Doktor Kanan". Jadi inilah insentif-insentif yang )<:ita dapat beri supaya kita dapat banyaR lagi doktor­doktor yang dapat berkhidmat di dalam Perkhidmatan Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya tadi sudah terlupa ada sebahagian belum dijawab lagi dalam soalan pokok, yang mana dikatakan bahawa siswazah­siswazah dalam bidang perubatan dari universiti-universiti yang sedang diiktiraf oleh Kerajaan adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan di dalam Perkhidmatan Kerajaan, dengan kerana itu Kerajaan tidak bercadang hendak mengiktirafkan kelulusan peruba,tan daripada universiti luar negeri. 'Yang belum diiktirafkan lagi.

Untuk makluman pada hari ini kita sudah mengiktirafkan 237 buah universiti-universiti luar negeri yang mana dalam bidang yang tertentu. Jadi kita fikir cukuplah boat masa sekarang, yang mana kita sudah ada 237 buah universiti yang kita

iktirafkan selain dalam negara kita ada 3 buah Fakulti Perubatan yang kita rasa cukuplah boat masa ini.

Tuan Mustapha bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan memberi penjelasan selain doktor­doktor perubatan biasa, adakah pihak Kementerian Kesihatan ini menyediakan ataupun akan menyediakan pakar-pakar farmasi yang bertaraf doktor untuk menyediakan ubat-ubat, sebab kalau ada doktor sahaja, ubat kita beli dari luar negeri pun tidak jadi, kedua-dua kita kena sedia dalam negara.

Dato' Chan Siang Sun: Doktor farmasi yang disebutkan tadi, ya, memang ada. Kita ada dua Fakulti Perubatan di Universiti Sains Malaysia dan juga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kita ada kursus-kursus untuk faJ:masi, tetapi untuk melanjutkan seseorang . menjadi doktor farmasi barangkali mereka akan kena buat pengkajiah lanjutan. Tetapi kita juga berharap satu masa yang akan datang negara kita akan ada doktor farmasi supaya dalam lapangan untuk mengeluarkan ubat-ubat tempatan yang tidak berapa sophisticated, barangkali kita boleh melangkah ke lapangan itu.

Buat masa ini sungguhpun kita cuma dapati pihak Kerajaan untuk mengeluarkan 20% sahaja ubat-ubat yang biasa untuk kegunaan hospital Kerajaan dan dengan perkembangan perindustrian atau perusahaan perubatan dalam negeri, kita berharap di masa akan datang kita akan dapat menuju kepada apa yang diharapkan oleh Yang Berhormat.

Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salih: Soalan tambahan. Saya ingin tabu daripada Menteri yang berkenaan berapakah bilangan doktor berkontrak dari luar negeri sedang berkhidmat di hospital-hospital

Page 12: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1095 5 APRIL 1988 1096

Kerajaan sekarang dan bilakah pengambilan doktor-doktor asing ini akan diberhentikan.

Dato' Chan Siang Sun: Tuan Yang di-Pertua, buat masa sekarang kita ada lebih kurang 55 pakar-pakar daripada luar negeri dan sebahagian besarnya ialah pakar-pakar daripada negeri Burma yang baru datang 23 iaitu sebulan yang lepas, baki itu 20 lebih yang banyaknya daripada negeri India, Pakistan dan juga Bangladesh. Apabila kita mencukupi doktor­doktor pakar tempatan, pakar-pakar asing ini oleh kerana mereka berkhidmat di ·sini dengan cara kontrak, jikalau ada doktor atau pakar tempatan mengisi tempat itu, kita akan menamatkan kontrak itu.

KEMPEN DELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

5. Dr Ng Khek Kiung minta Menteri Perdagangan dan, Perindustrian menjelaskan:

(i) apakah yang terjadi kepada kempen "Belilah Barang Buatan Malaysia" yang dilancarkan dua tahun yang lalu; dan

(ii) bagaimanakah tahap kejayaan yang tercapai dalam kempen terse but.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (Tuan M. G. Pandithan): Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kempen "Belilah Barang Buatan Malaysia" yang dilancarkan dua tahun yang lalu masih diteruskan oleh berbagai-bagai pihak, terutama sekali oleh golongan pengeluar dan peniaga tempatan sendiri. Apa yang sedang berlaku sekarang ialah usaha­usaha secara individu dijalankan oleh pengeluar dan peniaga-peniaga sendiri.

Pihak Kerajaan, melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 15/1983 telah menetapkan peraturan supaya semua Kementerian/Jabatan/Badan Ber-kanun membeli barang-barang dari buatan tempatan sahaja melainkan bagi barang-barang yang tidak boleh diperolehi dari sumber­sumber tempatan.

Mengikut kajian yang dibuat oleh SRM (Survey Research Malaysia), adalah didapati terdapat kesedaran mengenai kempen dan objektif­objektif di kalangan 70% daripada rakyat Malaysia yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi dan juga melibatkan semua kaum. Rakyat juga telah sedar akan keupayaan industri­industri tempatan mengeluarkan pelbagai barangan yang bermutu dan yang setanding dengan barangan import. Begitu juga dengan pameran­pameran barangan buatan Malaysia yang dianjurkan oleh Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) telah dilaporkan mendapat sambutan rakyat yang memuaskan.

Pihak pengeluar-pengeluar tempatan juga mendapat maklumbalas mengenai kehendak dan citarasa para pengguna terhadap barangan keluaran mereka. Ini telah menyedarkan para pengeluar akan betapa perlu dan pentingnya mutu barangan dipertingkatkan, pembungkusan diperbaiki, strategi pemasaran dan penjualan diperkemaskan dan harga ditetapkan secara sederhana dan berpatutan.

Industri-industri tempatan juga telah bersaingan di antara mereka dalam usaha meningkatkan lagi mutu barangan masing-masing. Ini jelas terbukti dari penyertaan yang kian meningkat dari berbagai-bagai sektor industri dalam pertandingan tahunan Anugerah Barangan Cemerlang yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian baru­baru ini.

Page 13: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1097 5 APRIL 1988 1098

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah Kementerian bersetuju bahawa setengah-setengah pihak orang kita yang enggan mengguna atau membeli barangan buatan tempatan kerana mutu daripada buatan tempatan kita ini kurang baik?

Tuan M.G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, ada setengah-setengah golongan menginginkan barangan buatan Malaysia bermutu kurang baik tetapi sebenarnya barangan Malaysia adalah setaraf-tanding dengan barangan yang kita import ataupun barangan buatan Malaysia bermutu lebih tinggi daripada barangan yang kita mengimport.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan daripada Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, barang-barang Malaysia termasuklah kenderaan dan setakat ini berapa banyak jabatan­jabatan Kerajaan dan badan-badan berkanun yang telah membeli atau menggunakan kenderaan buatan Malaysia ini iaitu kereta Proton Saga?

Tuan M.G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sedar tentang isu ini. Haruslah Ahli Yang Berhormat sendiri menggunakan kereta Proton Saga. Walau bagaimanapun, satu masa kelak Kerajaan akan menggunakan kereta 'nasional Proton Saga sebagai kereta rasminya.

Timbalan Yang dl-Pertua: Yang .Berhormat Tuan Haji Abu Bakar bin La jim.

Tuan Haji Abu Bakar bin LaJim: Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor 6. Tetapi sedikit pembetulan dibuat PKK itu sebenarnya Pertubuhan Peladang Kawasan menjadi PPK iaitu "PKK" diganti dengan "PPK". Soalan yang ke (iii), "yang tidak mampu".

PERTUBUHANPELADANG KA WASAN-KOS PENGURUSAN

6. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Pertanian menyatakan bilangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) mengikut prestasi masing-masing berdasarkan:

(i) PPK yang mampu bayar kos pengurusan sendiri dan membuat keuntungan;

(ii) PPK yang mampu bayar kos pengurusan sendiri tetapi tidak membuat keuntungan; dan

(iii) PPK yang tidak mampu membayar kos pengurusan dan tidak membuat keuntungan.

Nyatakan sebab-sebab kemerosotan prestasi PPK dan usaha-usaha yang telah diambil bagi mengatasinya.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' Alexander Yu Lung Lee): Tuan Yang di-Pertua:

(1) Kos pengurusan bagi membiayai perjalanan sesebuah PPK adalah terdiri dari gaji dan elaun pegawai dan kakitangan Kerajaan yang ditempatkan di PPK tersebut, dan kos-kos lain seperti bayaran elektrik, air, telefon, alatulis, bahan cetak dan sebagainya. Kos gaji dan elaun merupakan 60%-70% daripada jumlah kos pengurusan. Kerajaan. hanya membiayai kos gaji dan sebahagian daripada elaun kakitangannya. Kos-kos yang lain adalah dibiayai oleh PPK sendiri.

Berdasarkan kepada kedudukan kewangan pada. 31hb Disember 1987, belum diaudit, prestasi PPK (tidak

Page 14: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1099 5 APRIL 1988 1100

termasuk PPK dalam kawasan MADA dan KADA) adalah seperti berikut:

(i) 141 buah PPK (77.9%) mampu membayar kos pengurusannya sendiri tetapi setelah meng­ambilkira kos kaki­tangan yang dibiayai oleh Kerajaan hanya 14 buah (7. 74%) m~­nunjukkan keuntungan mana~ala bakinya 127 buah PPK tidak me­nunjukkan keuntungan.

(ii) Hanya 40 buah PPK (22.09%) yang tidak mampu membayar kos pengurusan dan tidak membuat keuntungan.

(2) Secara keseluruhannya prestasi PPK dalam tahun 1987 adalah bertambah baik kerana bilangan PPK yang mencatatkan keuntungan bertambah 9.3% iaitu dari 129 buah dalam tahun 1986 kepada 141 buah dalam tahun 1987. Purata keuntungan bersih juga telah meningkat dari $42,466.35 kepada $42,834.73. Ini merupakan peningkatan 3.3%. Walau bagaimanapun ada beberapa buah PPK yang mengalami kemerosotan prestasi perniagaan kerana kerugian projek tanaman dan pemasaran tembakau dan kurangnya kontrak-kontrak kecil yang ditawarkan oleh jabatan serta agensi Kerajaan.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah Timbalan Menteri sedar masih ramai peladang-peladang belum menjadi ahli PPK dan adakah Kementerian Pertanian bercadang atau melancarkan kempen untuk meningkatkan lagi lebih ramai menjadi ahli PPK?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, soalan itu lain daripada soalan asal, tetapi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita memanglah ada menggalakkan petani masuk menjadi ahli-'ahli PPK tetapi ini mengikut petani-petani sendiri hendak masuk atau tidak, kita tidak boleh paksa petani-petani menjadi ahli-ahli PPK.

Puan Ha.ijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah yang menyebabkan 127 PPK tidak untung, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kerugian PPK.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, itu sudah dijawab. PPK mengalami kemerosotan prestasi perniagaan kerana kerugian projek tanaman dan pemasaran tembakau dan kurangnya kontrak-kontrak kecil yang ditawarkan oleh jabatan serta agensi-agensi Kerajaan.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji AbduUah: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah matlamat Kementerian menubuhkan PPK ini?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Yang di-Pertua, matlamat Kerajaan untuk menubuhkan PPK ialah untuk menyelaraskan usaha-usaha petani­petani supaya Kerajaan boleh meningkatkan pendapatan meteka dan boleh memberikan mereka satu kehidupan yang lebih tinggi.

PEGAWAI PERHUBUNGAN AW AM-PENGIKTIRAFAN

7. Tuan Azman Atar bin Othman minta Perdana Menteri menyatakan mengenai pengiktirafan sepenuhnya profesion Pegawai Perhubungan A warn oleh pihak pengurusan jabatan­jabatan, apakah langkah-langkah yang diambil oleh JP A bagi mengatasi

Page 15: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1101 5 APRIL 1988 1102

masalah tidak diiktiraf sepenuhnya profesion tersebut oleh pengurusan di mana fungsi-fungsi dan tugas-tugas yang sepatutnya dijalankan oleh pegawai tersebut selalu diambil alih oleh pegawai atasan di jabatan masing-masing.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Pertua, sukacita dinyatakan di sini bahawa semua Kementerian dan agensi-agensi yang telah mengisi 59 jawatan kadar Pegawai Perhubungan Awam dengan pegawai-pegawai tetap dari Perkhidmatan Penerangan telah memberikan tugas dan fungsi yang sewajarnya kepada mereka. Oleh kerana tidak ada apa-apa masalah dari Ketua-ketua Kementerian atau agensi mengenai Pegawai Perhubungan Awam tersebut atau sebaliknya, ini menunjukkan bahawa profesion ini diiktiraf oleh Kementerian atau agensi berkenaan.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri dalam tahun 1985 menunjukkan bahawa 81.2% dari 16 ketua agensi telah berpendapat bahawa tidak ada berlaku penindihan fungsi di antara Pegawai Perhubungan Awam dengan pegawai-pegawai lain. Juga 93.8% daripada 16 Ketua Jabatan dan 69;6% daripada 23 Pegawai Perhubungan Awam telah menyatakan mereka berpuas hati dengan senarai tugas Pegawai Perhubungan Awam dan 91.3% daripada 23 Pegawai Perhubungan Awam telah menyatakan bahawa perkhidmatan mereka diperlukan oleh agensi masing-masing. Dengan hal yang demikian soal pengiktirafan jawatan Pegawai Perhubungan Awam serta fungsi-fungsinya adalah tidak timbul.

Puan Ainon binti Arifrm: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Ahli Yang Berhormat yang menyoal itu juga membuat kajian akan perkara yang

berkenaan. Saya pula ingin bertanya apakah penelitian yang telah dibuat itu benar-benar penelitian yang berdasarkan kepada satu penelitian yang adil atau semata-mata tanya zahir sahaja, sebab perkara-perkara begini kebanyakannya tersembunyi. Soalan saya adakah Kementerian sedar bahawa perkara 1m sebenarnya berlaku di banyak Kementerian, termasuk yang berlaku juga di satu Kementerian yang terpenting dan perkara ini pernah dirayukan dan diadukan oleh pihak yang berkenaan kepada saya sendiri.

Tuan Othman bin Abdul: Tuan Yang di-Pertua, soal keadilan ini adalah satu soal yang susah hendak kita timbangkan. Walau bagaimanapun, kajian yang telah dibuat adalah menunjukkan bahawa Pegawai Perhubungan Awam itu berpuas hati dan sememangnya wujud. Kalau satu dua Kementerian, kemungkinan ada masalah atau komplen itu tidaklah melambangkan pada keseluruhan daripada Pegawai Perhubungan Awam itu tidak berpuas hati. Walaupun begitu, suka saya menyatakan bahawa kalau ada kes-kes yang tertentu bolehlah dirujukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun Jabatan Perdana Menteri untuk diselesaikan mengenainya satu­persatu.

PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI-TINDAKAN

8. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sejauh manakah tindakan yang telah dijalankan oleh Kementerian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh p6maju perumahan di mana projek-projek perumahan mereka telah terbengkalai. Sebagai contoh di Melaka, di Alor Gajah, Batu Berendam, Sungai Udang dan lain­lain.

Page 16: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1103 5 APRIL 1988 1104

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah me­wujudkan satu· unit khas yang mana diberi tugas kepadanya terutama bagi mengenalpasti sebab musabab sesuatu perancangan itu ditakrifkan kepada projek perumahan yang terbengkalai. Walau bagaimanapun, unit ini lebih berbentuk kepada memberi bantuan dan pertolongan bagi menyelesaikan untuk mencapai matlamat.

Biasanya bagi pihak unit ini mengadakan pertemuan-perte111uan dengan pihak pembeli-pembeli yang terlibat dengan perancangan itu dan sering dinasihatkan supaya pihak pembeli-pembeli menubuhkan satu jawatankuasa bersama untuk memudahkan perundingan dan juga bagi pihak unit ini sering mengadakan pertemuan di antara pembeli dengan pihak pemaju bagi mencari' kata sepakat sama ada bagi pihak pemaju untuk menyerahkan projek itu kepada jawatankuasa pembeli bagi diselesaikan projek itu untuk dipulihkan. Unit ini juga sering mengenalpasti kepada pemaju-pemaju yang terpaksa menghadapi projek perumahan yang terbengkalai, terutama dari segi kewangan, dari segi kepakaran, dari segi pentadbiran dan sebagainya. Dan pihak Kementerian sendiri pernah mengadakan usaha bagi menemukan pihak pembeli, pemaju dengan pihak bank-bank untuk mengatasi masalah-masalah yang menyebabkan terbengkalai. Setelah sesuatu projek di pulihkan, apakala projek itu dikenal dengan secara projek terbengkalai, pihak Kementerian sendiri akan membe{i perhatian seterusnya sehingga perancangan itu selesai dilaksanakan.

Urnpamanya, apa yang di-bangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, satu projek di Alor Gajah, Taman Kelana Jaya, projek di Batu Berendam, Taman Bachang

Baru dan projek di Sungai Udang, Projek Purana. Sebenarnya, projek Purana ini telah pun siap yang mana sijil tarafnya telah pun diberi dan pembeli-pembeli telah pun masuk setelah projek ini sekian lama terbengkalai dan dipulihkan, cuma sekarang ini sedang di dalam persiapan jalan sahaja dan jalan ini sedang di dalam pembinaan sekarang.

Di antara cara-cara untuk mengatasi masalah ini, satu perkara yang amat ketara untuk membuktikan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ataupun dengan kata lain, Kerajaan mengambil kira teguran dan pandangan yang diberi oleh Ahli-ahli Yang Berhormat melalui Dewan yang mulia ini. Oleh yang demikian, satu Rang Undang­undang telah pun dikemukakan kepada Dewan Rakyat dan telah pun dipersetujukan dan insya Allah setidak-tidaknya esok saya bagi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengemukakan Rang Undang-undang ini bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Timbalan Menteri berapa besarkah masalah projek perumahan terbengkalai dalam negara kita, dan kalau boleh, berilah statistiknya sedikit.

Tuan Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, statistik telah pun saya berikan di dalam sidang ini dalam sessi yang lalu, sehingga kepada 31hb Disember 1987, keadaan tidak ada apa-apa perubahan dan saya tidak bemiat untuk menambahnya.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Saya ingin bertanya bagaimanakah Kementerian menyelesaikan masalah mengenai faedah bank yang dikenakan kepada pembeli-pembeli ketika projek itu terbengkalai?

Page 17: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

___ , ___ _

1105 5 APRIL 1988 1106

. Tuan Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yimg di-Pertua, soal faedah ini adalah perjanjian di antara pembeli dengan pihak institusi kewangan itu dan tidak ada kaitan dalam perjanjian dengan pihak Kementerian. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang telah saya katakan sebentar tadi, pihak Kementerian dengan secara murah hati bertindak seolah-olah seperti orang tengah mengadakan pertemuan dan perundingan di antara pembeli dengan pihak institusi kewangan bagi mencari kata sepakat keputusan diambil di dalam pertemuan itu.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kementerian terhadap seorang pemaju yang telah bangkrap dan tetah menghilangkan diri di atas sesuatu projek yang terbengkalai?

Tuan Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan itu juga saya telah memberikan jawapan berulang kali di dalam sessi yang lalu yang mana seseorang yang telah bangkrap, projek itu diambil alih sebagaimana di dalam jawapan saya sebentar tadi, dengan cara mengadakan pertemuan dengan pihak pembeli dan Jawatankuasa Pembeli dan kemungkinan berpandukan kepada kewangan de.ngan pihak institusi yang masih ada diselesaikan dengan secara mengadakan kontraktor-kontraktor yang baru.

SEKOLAH BANTUAN MODAL­BANTUAN ASAS

9. Tuan C. Krishnan minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah rancangan untuk menukar sekolah­sekolah bantuan modal ke sekolah­sekolah bantuan penuh. Bolehkah diamalkan supaya kebanyakan sekolah-sekolah bantuan modal ini boleh menikmati bantuan asas seperti sekolah-sekolah bantuan penuh.

Timbalan Menteri Pelajaran (Tuan Woon See Chin): Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut Akta Pelajaran 1961, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan adalah sekolah bantuan penuh (fully-assisted schools). Semua sekolah ini diberi bantuan. pengurusan, grant-in aid, dengan izin, seperti bayaran gaji guru dan kakitangan, bayaran peralatan, bantuan matapelajaran.

Walau bagaimanapun, sekolah­sekolah bantuan penuh ini yang bukan milik Kerajaan, tidak layak menerima bantuan pembangunan atau bantuan modal yang sepenuhnya.

Kementerian Pendidikan tidak ada rancangan sendiri untuk menukarkan taraf sekolah-sekolah ini ke taraf sekolah yang dimiliki penuh oleh Kerajaan. Bagaimanapun, sekiranya Lembaga Pengurus sekolah membuat permohonan, perkara ini akan ditimbangkan mengikut undang­undang dan peraturan.

Tuan C. Krishnan: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu Dewan yang mulia ini, berapakah jumlah sekolah-sekolah dalam tahanair kita yang belum dimiliki oleh Kerajaan. Kita sedia maklum bantuan penuh dan bantuan modal ini penting di mana sekolah bantuan modal yang tanahnya tidak dimiliki oleh Kerajaan mereka hendak membeli alat-alat seperti kerusi-meja pun susah. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar, kalau mahu bukti, saya boleh bawa bukti di mana hendak buat satu tandas pun mereka hendak dapat bantuan daripada Kementerian sangat susah, dikatakan ini bangunan bukan dimiliki oleh Kerajaan. Kita sudah 31 tahun merdeka, alasan macam ini masih lagikah kita hendak beri kepada sekolah-sekolah bantuan modal, macam anak tiri, mereka hendak

Page 18: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1107 5 APRIL 1988 1108

mendapat bantuan hendak mendirikan tandas pun begitu susah. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar-sebagai ahli politik-fikir seluruh tanah air ini, ini masalah masih dibiarkan berterusan, atau kita hendak mengambil satu tindakan yang sewajarnya?

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, jumlah sekolah rendah di negara kita pada tahun 1987 ialah 6,720 buah, iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan ialah 4,876 dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) berjumlah 1 ,289--yang mana jumlah yang dimiliki oleh Kerajaan ialah 431 buah dan yang tidak dimiliki oleh Kerajaan_ ialah 858 buah. Jumlah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) pada tahun 1987 ialah 555 iaitu yang mana bangunan serta tanah yang dimiliki oleh Kerajaan ialah 167 buah dan tanah serta bangunan yang tidak dimiliki oleh Kerajaan adalah berjumlah 388 buah. Ini jawapan bagi soalan pertama.

Untuk menjawab soalan kedua mengenai teguran yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat itu, saya juga sebagai seorang Wakil Rakyat berasa begitu sepertimana yang disuarakan oleh Ahli Yang Berhormat. Sebab saya berada di Kementerian Pendidikan, saya fahamlah ada peraturan-peraturan untuk diikuti. Bukanlah Kerajaan tidak hendak menolong semua sekolah tetapi Kerajaan mesti menimbang mengikut keizinan kewangan. Sungguhpun di 6ini Kerajaan sudah membezakan sekolah ini kepada dua jenis sekolah di bidang pembangunan, tetapi kita mesti mengaku bahawa Kerajaan sudah memberi penuh kewangan untuk membayar gaji guru, kakitangan, peralatan dan sebagainya dan sudah memberi penuh latihan kepada semua guru tanpa mengira sama ada guru itu berada di sekolah

yang dimiliki penuh oleh Kerajaan ataupun tidak dimiliki oleh Kerajaan. Kementerian ada rancangan untuk memberi lebih banyak peruntukan kepada sekolah-sekolah yang tidak dimiliki oleh Kerajaan tetapi ini hendaklah ditimbang mengikut keizinan kewangan Kerajaan.

PENGANGKUTAN~ERHUBUNGAN . RANTAUASEAN

10. Tuan Haji Syed Abdul Hamid bin Sagaff minta Menteri Pengangkutan menyatakan usaha yang telah dijalankan untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang peng­angkutan bagi ran tau ASEAN.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Hajjah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang pengangkutan dan juga perhubungan bagi rantau ASEAN terletak di bawah tanggungjawab J awatankuasa ASEAN Mengenai Pengangkutan dan Perhubungan yang telah ditubuhkan pada tahun 1976. Jawatankuasa ASEAN ini yang lebih dikenali sebagai COT AC adalah salah satu J awatankuasa Ekonomi ASEAN di bawah naungan Menteri-menteri Ekonomi ASEAN. Malaysia adalah tuaii rumah kepada Jawatankuasa tersebut dan Pengerusi Jawatankuasa ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

Untuk melicinkan mekanisme pelaksanaan projek-projek dan aktiviti-aktiviti di bawah COTAC, empat buah Jawatankuasa Kecil COTAC yang meliputi kesemua bidang pengangkutan dan perhubungan telah ditubuhkan. Jawatankuasa Kecil tersebut adalah Jawatankuasa Kecil Mengenai Perkapalan dan Pelabuhan, J awatankuasa Kecil Mengenai Penerbangan Awam dan Perkhidmatan-perkhidmatan Yang

Page 19: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1109 5 APRIL 1988 1110

Berkaitan, Jawatankuasa Kecil Mengenai Pengangkutan J alan dan Jawatankuasa Kecil Mengenai Pos dan Telekomunikasi.

Kesemua projek dan aktiviti di bidang pengangkutan dan perhubungan yang dikenalpasti untuk pelaksanaan adalah dikendalikan dan diselaraskan di bawah satu program kerja yang ditubuhkan oleh COTAC iaitu dinamakan Program Kerja yang Disatukan (Integrated Work Programme) ASEAN Mengenai Pengangkutan dan Perhubungan. Program Kerja tersebut bertujuan untuk memastikan bahawa kesemua projek dan aktiviti di bawah COT AC dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan tanpa duplikasi. Setiap Program Kerja tersebut adalah untuk jangka-masa 5 tahun dan akan dikaji semula selepas 5 tahun. Program Kerja tersebut telah masuk kepada "cycle" keduanya iaitu untuk jangkamasa 1987-1991. Setakat ini terdapat 58 projek dan aktiviti yang telah dikenalpasti untuk pelaksanaan di bawah Program Kerja tersebut.

Melalui projek dan aktiviti tersebut, maka kerjasama di antara negara­negara ASEAN di bidang pengangkutan dan perhubungan dapat dipereratkan. Di samping itu dengan berbagai latihan dan kursus yang telah dijalankan baikpun dibiayai oleh ahli negara-negara ASEAN sendiri mahupun dari luar, maka Pembangunan Tenaga Manusia dapat dipertingkatkan.

Di samping itu COT AC juga giat berusaha untuk mendapat bantuan daripada negara-negara ketiga seperti Kanada, Amerika Syarikat, negara­negara EEC, Jepun dan organisasi antarabangsa seperti UNDP untu.k membiayai projek-projek dan aktiviti­aktivitinya. Oleh yang demikian, dialog di antara negara-:pegara ASEAN dengan negara ketiga itu dan organisasi antarabangsa diadakan tiap­tiap tahun dengan tujuan untuk

mengenalpasti bidang kerjasama yang mungkin dibiayai oleh negara-negara tersebut yang akan bermanfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Melalui COTAC, usaha akan diteruskan bagi mengenalpasti projek­projek baru bagi tujuan mempereratkan lagi kerjasama dan hubungan di antara negara-negara ASEAN pada keseluruhannya.

Puan Law Jack Y oon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan sama ada COTAC ini melibatkan perkongsian sumber­sumber pengangkutan misalnya penggunaan kapal-kapal MISC.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, dari segi penggunaan sumber-sumber dan kerjasama di antara semua negara­negara ASEAN ini dan juga dengan negara-negara ketiga dan organisasi antarabangsa memang tadi telah saya sebutkan-ada. Tetapi mengenai kapal, biasanya sesebuah negara itu akan mengutamakan kegunaan kapal kepunyaan negara masing-masing tetapi ia tidak pula menghalang dan sering juga membawa dan mengangkut barang-barang kepunyaan negara­negara ASEAN yang lain dan negara­negara luar. Di sam ping itu, sebenamya kalau saya hendak senaraikan atau bacakan, panjang lagi masanya, kerana tadi saya telah menyebut 58 projek dan aktiviti telah dilaksanakan dalam berbagai bidang mengenai pengangkutan dan perhubungan an tara negara-negara ASEAN ini dan kalau Yang Berhormat berminat, bolehlali saya menghantar senarai itu secara bertulis.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah Yang Berhormat memberitahu Dewan ini, dalam projek bersama pengangkutan

Page 20: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1111 5 APRIL 1988 1112

ini, apakah jenis-jenis yang dijalankan khusus untuk pengangkutan pelan­congan di antara negara-negara ASEAN?

batin Paduka Ha.ijah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang khusus dilaksanakan untuk menggalakkan pelancongan di antara negara-negara ASEAN ialah tambang ASEAN yang dipanggil "Circle Trade Fare" dan "ASEAN Promotional Fare" dan ini juga panjang ceritanya dan kalau Yang Berhormat berminat dan boleh menggalakkan pelancong-pelancong menggunakan tambang ASEAN ini, saya boleh berikannya secara bertulis.

IKLIM PELABURAN MALAYSIA

11. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Menteri Perdagangan dan Perin­dustrian menyatakan apakah yang dikatakan lklim Pelaburan Malaysia. Bila diwujudkan dan berapa banyak Pelaburan Pemodal Asing yang telah melabur serta projek-projek yang berkaitan dengannya. Harap dapat angka-angkanya untuk tempoh (5) tahun kebelakangan ini. Sehubungan dengan itu bagaimana pula hubungkaitnya dengan pelaburan usahawan tempatan dan usahawan Bumiputera serta faedah-faedah yaQg didapati tentang peluang-peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia.

Tuan M.G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, jika Ahli Yang Berhormat bermaksud suasana Iklim Pelaburan Malaysia, pada masa ini ternyata ianya amat menggalakkan. Ini adalah kerana di samping kestabilan politik yang sedia ada, Kerajaan telah mengambil beberapa langkah tertentu untuk meningkatkan lagi pelaburan sektor swasta dan menarik lebih banyak pelaburan asing. Di antara langkah-langkah · tersebut ialah pembaikan galakan-galakan yang sedia ada, kelonggaran syarat-syarat mengenai pelesenan aktiviti

perkilangan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975, memperkenalkan Akta Penggalakan Pelaburan, 1986, pindaan ke atas Akta Cukai Pendapatan dan kelonggaran garis-garis panduan ke atas penyertaan ekuiti asing dan jawatan-jawatan asing dalam sektor perkilangan. Langkah­langkah tersebut telah mula menampakkan kesan-kesan yang positif bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi perkilangan.

Dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, jumlah ekuiti asing dalam projek-projek perindustrian yang diluluskan ialah $2,171.1 juta. Terdapat peningkatan yang besar dari segi ekuiti asing di mana pada tahun 1983 ianya berjumlah $296.3 juta sahaja, meningkat kepada $750 juta pada tahun 1987. Angka mengikut tahun adalah seperti berikut:

1983

1984

1985

1986

1987

Tahun Ekuiti Asing

$296.3 juta

$275.4 juta $324.9 juta $524.5 juta

$750.0 juta

Projek-projek perindustrian yang mempunyai kelulusan terbanyak melabur di dalam industri barang­barang elektrik dan ~lektronik, industri pengilangan makanan, industri kelengkapan pengangkutan, industri barang-barang bukan logam, industri barang-barang getah, industri tekstil dan barang-barang tekstil, industri barang-barang logam dibentuk dan industri kimia dan barang-barang kimia.

Jumlah ekuiti usahawan tempatan (bukan Bumiputera) bagi projek­projek yang diluluskan bagi

Page 21: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1113 5 APRIL 1988 1114

jangkamasa tahun 1983 hingga tahun 1987 pula ialah $2,171.1 juta. Angka mengikut tahun adalah seperti berikut:

Tahun Ekuiti (Bukan

Bumiputera)

1983 $266.0 juta

1984 $422.6 juta

1985 $506.0 juta

1986 $647.3 juta

1987 $329.2 juta

Bagi ekuiti Bumiputera pula bagi tempoh yang sama berjumlah $3,125.6 juta. Angka mengikut tahun adalah seperti berikut:

Tahun Ekuiti Bumiputera

1983 "$460.2 juta

1984 $515.4 juta 1985 $992.8 juta 1986 $707.0 juta

1987 $450.2 juta

Projek-projek yang diluluskan bagi jangkamasa 1983-1987 telah memberi sebanyak 253,974 peluang pekerjaan. Ini menunjukkan sektor perkilangan dapat memberi peluang-peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Mulut sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 12 hingga 64 adalah diberi di bawah ini).

METER TELEFON

12. Puan Hajjah Salbiah binti Md. Akim minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan adakah

Kementerian akan mengadakan bil setiap pengguna telefon ada meter di rumah pengguna itu sendiri sebagaimana pengguna letrik, kerana pengguna letrik hampir semua rumah tetapi telefon hanya sebahagian sahaja.

Tuan Ong Tin Kim: Saya tidak faham maksud soalan ini. Saya menjangka Ahli Yang Berhormat ingin mengetahui sama ada Kementerian bercadang untuk memasang meter telefon di tiap-tiap rumah pengguna. Kementerian tidak bercadang membuat sedemikian kerana "billing" STM sekarang adalah dikendalikan secara otomatik oleh komputer di ibusawat-ibusawat telekom. Pemisahan bukan sahaja akan menimbulkan masalah teknikal malah akan menelan belanja berjuta­juta ringgit.

HOSPITAL DAERAH KULIM

13. Tuan Haji Abdul Manap bin Hashim minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah projek membin3i Hospital Daerah Kulim yang baru hendak dilaksanakan, di mana tapaknya sudah pun ada. Inil memandang Hospital Daerah Kulim yang ada sekarang kurang sesuai dil mana daerah Kulim sedang pesa~ membangun.

Dato~ Chan Siang Sun: Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima; Kementerian Kesihatan telah meneliti semula perancangan dan .pelaksanaan hospital-hospital, di daerah-daerah dan negeri-negeri yang sudah ada Hospital. Kementerian Kesihatan memang sedar bahawa Kulim perlu disediakan dengan hospital yang lebih sempurna dan ini terbukti dengan perolehan tapak baru untuk hospital ini. Walau bagaimanapun, dalami keadaan peruntukan pembangunad yang terhad, keutamaan · untukl membina sebuah hospital baru dalam masa Rancangan Malaysia Kelim~

Page 22: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1115 5 APRIL 1988 1116

terpaksa diberi kepada kawasan yang masih belum ada apa-apa kemudahan rawatan: Oleh yang demikian, Hospital Daerah Kulim tidak dapat dibina dalam Rancangan Malaysia Kelima. Pembinaannya akan dipertimbangkan semula dalam Rancangan Malaysia Keenam.

PROJEK HALACARA BARU

14. Puan Habidah binti Jusoh minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan:

(a) sejauh manakah Halacara Baru dalam pembangunan kampung dan luar bandar telah berjaya membasmikan kemiskinan penduduk-penduduk desa;

(b) sehingga kini berapa ban yak kampungkah yang terlibat dengan projek ini; dan

(c) bilakah Kerajaan bercadang hendak meluaskan projek ini disebelah Pantai Timur, terutamanya Terengganu yang mana kebanyakkan pen­duduknya terdiri dari penghuni desa yang tergolong di dalam golongan miskin.

Timbalan Perdana · Menteri dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Tuan Abdul Ghafar bin Baba):

(a) Sememangnya tujuan utama projek "Halacara Baru" ini adalah untuk meningkatkan pendapatan dalam usaha Kerajaan untuk membasmikan kemiskinan penduduk­penduduk di luar bandar. Sehingga ini, laporan prestasi telah menunjukkan kesan yang positif. Walau bagaimanapun, untuk melihat kesan yang lebih jelas lagi dari projek ini satu

kajian sedang dijalankan oleh pihak Institut Teknologi MARA (ITM).

(b) Setakat ini sejumlah 145 buah kampung terlibat dengan projek perintis Halacara Baru dengan melibatkan penduduk seramai 35,113 orang.

(c) Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya projek . Pembangunan Kampung dan Luar Bandar (Halacara Baru) sedang dilaksanakan di seluruh negara termasuk negeri-negeri pantai timur seperti negeri Terengganu. Di Negeri Terengganu sahaja terdapat 3 buah projek Halacara Baru iaitu (i) projek Kampung Gunongl Menerong, Ulu Terengganu (2 buah kampung). (ii) Projek Kg. Mak Bakas, Setiu, Terengganu (6 buah kampung) dan (iii) projek Kg. Kubu, Marang, Terengganu (5 buah kampung).

JALAN DI NEGERI PULAU PINANG-PEMBINAAN

15. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Kerjaraya menyatakan:

(a) jumlah peruntukan yang dikhaskan untuk pembinaan jalan di Negeri Pulau Pinang pada tahun 1988-1989; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kerja Raya untuk memperbaiki sistem trafik dan jalan raya di Seberang Perai, terutama sekali di bandar-bandar seperti Bukit Mertajam dan Butterworth.

Timbalan Menteri Kerjaraya (Tuan Osu bin Haji Sukam):

(a) Jumlah peruntukan yang dikhaskan untuk pembinaan jalan di Negeri Pulau Pinang pada tahun 1988 adalah

Page 23: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1117 5 APRIL 1988 1118

$6,830.000. Jumlah peruntukan pada tahun 1989 masih lagi di peringkat penyediaan dan hanya boleh diketahui selepas diluluskan oleh Parlimen pada hujung tahun 1988.

(b) Untuk memperbaiki sistem trafik di Seberang Perai, satu kajian telah dijalankan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA). Beberapa cadangan jangka panjang dan pendek telah dibuat dalam laporannya "Urban Transport Study" (March 1979-March 1980).

Pihak Majlis Perbandaran Seberang · Perai juga telah menjalankan kajian dan menyediakarr plan struktur Seberang Perai termasuk laporan teknikal pengangkutan dan jalan. Laporan ini disediakan dengan kerjasama pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Laporan tersebut meliputi Kajian keadaan semasa, mengenai pasti masalah-masalah berkaitan dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan untuk mengatasinya. Salah satu projek untuk mengatasi masalah lalu lintas di Butterworth ialah projek di Jalan Chain Ferry yang berharga kira-kira $3.2 juta yang dijangka siap pada pertengahan tahun 1988.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mahukan "Butterworth Ring Road" dibina tetapi memandangkan masalah kewangan, projek ini tidak dapat dijalankan lagi.

IMPORT KERETA-KERETA TERPAKAI

16. Tuan Bee Yang Sek minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan:

(a) adakah Kementerian Per-dagangan dan Perindustrian masih mengeluarkan A.P. untuk import kereta-kereta terpakai;

(b) jika ada, kadar duti import yang dikenakan atas kereta-kereta terpakai itu.

Tuan M.G. Pandithan:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian masih mengeluarkan lesen-lesen import yang terhad untuk mengimport kereta-kereta terpakai.

(b) Kadar duti import kereta-kereta terpakai pada masa ini adalah seperti berikut:

Nilai Duti Sales Import Tax

Di bawah $20,000 140% 10% $20,000 ke $25,000 160% 10% $25,000 ke $30,000 185% 10% $30,000 ke $35,000 210% 10% $35,000 ke $40,000 250% 10% Melebihi $40,000 300% 10%

INDUSTRI BUAH-BUAHAN.

17. Dato' Dr K. S. Nijhar minta Menteri Pertanian menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil untuk meningkatkan lagi penghasilan industri buah-buahan, sayur-sayuran, perikanan dan penternakan di negara kita.

Page 24: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1119 5 APRIL 1988 1120

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Kementerian Pertanian, memang sedang mengambil beberapa langkah sebagai usaha meningkatkan pengeluaran industri sayur-sayuran, buah-buahan, perikanan dan ternakan melalui usaha-usaha untuk

. meningkatkan produktiviti dan perluasan kawasan melalui aktiviti yang dijalankan oleh berbagai J abatan/ Agensi di bawah Kemen­terian. Langkah-langkah tersebut ialah seperti memperkenalkan teknologi baru, pengurusan ladang yang lebih cekap dan mengurangkan kos pengeluaran.

Jabatan/Agensi yang terlibat secara langsung dalam meningkatkan pengeluaran ialah MARDI, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, Jabatan Perikanan dan F AMA. Semen tara LPP dan LKIM adalah terlibat di dalam memberi bantuan dan mempergiatkan aktiviti petani-petani serta nelayan bagi meningkatkan daya pengeluaran mereka.

Kementerian Pertanian juga sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan-kerajaan Negeri di dalam usaha membuka tanah baru bagi sektor pertanian. Di samping itu Kementerian juga menggalakkan perikanan laut dalam untuk menambah basil tangkapan ikan di negara ini. Di dalam sektor ternakan pula, Kementerian menggalakkan ternakan ayam/itek, biri-biri dan lembu.

PULAU PAYAR TEMPAT PELANCONGAN

18. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan sama ia sedar bahawa terdapat sebuah tempat yang dipanggil Pulau Payar di Kedah yang keindahannya boleh ditonjol

sebagai tempat tarikan pelancong kerana kecantikan dasar lautnya dengan ikan berwarna warni serta batu karang yang mana keindahannya boleh menandingi pulau-pulau di negara jiran kita. Jika sedar, apakah rancangan yang telah dan akan diatur.

Tuan Abdul Raman bin Soliman: Kementerian memang sedar tentang keindahan Pulau Payar di Kedah yang merupakan salah satu tarikan kepada pelancong-pelancong terutama sekali mereka yang melawat Pulau Langkawi.

Risalah-risalah Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia ada mengutarakan Pulau Payar sebagai kawasan yang menarik untuk kegiatan menyelam dalam laut atau dengan izin, "Scuba Diving and Snorkelling" Risalah-risalah ini diedarkan di kesemua pasaran utama pelancong­pelancong.

Di samping itu Jabatan Perikanan di bawah Kementerian Pertanian juga mengeluarkan risalah berjodol dengan izin, "Marine Parks of Malaysia" yang diedarkan kepada mereka-mereka yang berminat untuk mengunjungi kawasan-kawasan taman laut di negara ini termasuk Pulau Payar.

Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, Jabatan Perikanan telah pun menggazetkan Pulau Payar sebagai Taman Laut dalam tahun 1985 dan secara keseluruhan bertujuan seperti berikut:

(i) Memberi perlindungan khas kepada flora dan fauna akuatik di kawasan Taman Laut agar tidak pupus;

(ii) Mengekalkan dan meninggi­kan keadaan asli dan daya pengeluaran kawasan itu; dan

(iii) Mengawal aktiviti rekreasi di kawasan tersebut.

Page 25: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1121 5 APRIL 1988 1122

Pada masa ini Jabatan Perikanan sedang menyiapkan satu pelan pengurusan termasuk cadangan kemudahan-kemudahan yang akan disediakan untuk Pulau Payar dengan tujuan menarik pelancong-pelancong melawat pulau tersebut.

PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI LUAR NEGERI

19. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri. Kewangan .memberikan suatu akaun jumlah wang yang di­belanjakan:

(i) oleh sektor awam; dan

(ii) oleh sektor persendirian

di luar negeri atas pendidikan dalam tahun 1985, 1986 dan 1987.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariff'm): Jumlah perbelanjaan pendidikan di luar negeri yang dibiayai oleh sektor awam bagi tahun 1985 hingga 1987 ialah. seperti berikut:

Tahun Jumlah ($ Juta)

1985 346.3 1986 385.1 1987 420.7

Perbelanjaan ini ialah untuk bayaran yuran pengajian (tuition), elaun sara hidup dan elaun buku.

Sementara itu, perbelanjaan bagi sektor swasta termasuk perbelanjaan persendirian untuk tujuu yang sama ialah seperti berikut:

1985

1986 1987

Tahun Jumlah ($ Juta)

830.7 927.9 997.3

CUKAI ATAS BARANG­BARANG DI LABUAN

20. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada bercadang untuk mengecualikan cukai ke atas barangan seperti rokok, alat­alat solek di Pelabuhan Labuan atau tidak sejajar dengan statusnya sebagai" sebuah pelabuhan bebas.

Tuan Mohamed Farid bin Ariff'm: Pada masa ini semua jenis barang selain daripada minuman keras, tembakau, churut, rokok, manchis dan bahan petroleum tidak dikenakan cukai di Labuan. Jenis barang-barang yang dikecualikan cukai termasuk alat-alat solek, adalah dianggap luas. Dengan itu buat masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk mengecualikan cukai ke atas· barangan lain seperti rokok di Labuan.

LEBUHRA YA KUALA LUMPUR­AIR KEROH-KAUNTER

PASLALUAN

21. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Kerja­raya menyatakan adakah _pihak Kementerian akan membuka lebih banyak lagi "Kaunter Pas Laluan" di Tol Plaza di Air Keroh ke Kuala Lumpur, kerana keadaan yang ada sekarang tidak mencukupi. Sebagai contoh, pada hari kelepasan Hari Raya Cina yang lalu, pemandu­pemandu kereta dari Johor ke Kuala Lumpur terpaksa menunggu lebih dari satu jam di Tol Plaza Air Keroh disebabkan lorong laluan yang sangat terhad.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Suka­lah saya memaklumkan bahawa pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak bercadang untuk membuka lebih banyak lagi "Kaunter Pas Laluan" atau lorong laluan bagi kenderaan yang keluar dan masuk di Plaza Tol Air Keroh, Lebuhraya Kuala Lumpur­Air Keroh, oleh kerana bilangan

Page 26: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1123 5 APRIL 1988 1124

lorong laluan kenderaan yang ada sekarang sebanyak lima buah lorong kesemuanya adalah didapati men:. cukupi.

Kejadian yang berlaku pada hari kelepasan Hari Tahun Baru Cina yang lalu yang menyebabkan pemandu­pemandu kereta dari arab utara yang menuju ke selatan dan keluar di Plaza Tol Air Keroh terpaksa menunggu untuk beberapa ketika, dan tidak lebih dari satu jam seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat itu. Kejadian itu berlaku sekali sekala sahaja memandangkan bahawa pada ketika itu bilangaiT lalulintas kenderaan adalah lebih banyak daripada hari-hari biasa yang lain. Walau bagaimanapun, pemandu­pemandu kereta dari Johor yang hendak menuju ke Kuala Lumpur (atau ke utara) yang masuk ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Air Keroh melalui Plaza Tol di Air Keroh hanya perlu mengambil masa tidak lebih dari lima saat sahaja di pondok tol pada lorong laluan kenderaan oleh kerana mereka hanya dikehendaki mengambil tiket transit untuk masuk ke lebuhraya.

Suka juga saya memaklumkan bahawa keadaan yang menyebabkan kesesakan lalulintas kenderaan pada hari-hari kelepasan perayaan tertentu seperti Hari Tahun Baru Cina yang mungkin berlaku di lorong laluan keluar di Plaza Tol Air Keroh dijangka tidak berlaku lagi apabila lebuhraya dari Air Keroh ke Pagoh siap pembinaannya dan dijangka dapat dibuka kepada lalulintas pada akhir tahun ini. Dengan ini, pemandu­pemandu kenderaan dari arab utara yang hendak menuju terus ke Negeri Johor boleh menggunakan Lebuhraya dari Kuala Lumpur hingga ke Pagoh dan keluar di Plaza-plaza Tol yang · disediakan di Tangkak dan Pagoh, dan tidak perlu lagi kesemuanya keluar di

Plaza Tol Air Keroh. Plaza-pl~a Tol di Tangkak dan Pagoh akan mempunyai sebanyak Iapan loron~

1aluan kenderaan.

INDUSTRI KAMPUNG

22. Puan Ainon binti Ariff'm minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah sebabnya industri kampung dibekukan; tidakkah ini akan menambah beban orang-orang di luar bandar dari segi mata pencarian mereka; dan

(b) adakah rancangan dan strategi yang telah diatur bagi melaksanakan "Rancangan NIC" (Negara lndustri Baru) bagi negara Malaysia.

Tuan Othman bin Abdul:

(a) Tujuan program bantuan industri · kampung dibekukan ialah untuk membolehkan Bahagian Perusahaan Kecil,­Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar membuat penilaian keseluruhan program ini dan -juga untuk mengatasi masalah-masalah yang wujud bagi meningkatkan lagi prestasinya di masa akan datang. Program ini dibekukan hanya selama 4 bulan bagi tahun 1988. Kesemua projek-projek yang telah diluluskan bagi tahun 1987 dikehendaki disiapkan tidak lewat dari bulan April 1988. Pembekuan ini tidak bermakna Kerajaan me­mansuhkan program mem-bangun dan memajukan industri kampung, millah sebagai usaha untuk mem­pastikan kumpulan sasaran program ini mempergunakan sepenuhnya kemudahan-ke-mudahan yang disediakan

Page 27: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1125 5 APRIL 1988 1126

untuk meningkatkan pen-dapatan mereka. Program ini akan dibuka semula setelah penilaian keseluruhan selesai dijalankan.

(b) Mengenai hasrat kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Industri Baru atau "Newly IndustrialiZing Country', dengan izin, ingin saya maklumkan bahawa Kerajaan sedang mengatur satu rancangan yang menyeluruh bagi membolehkan kita mencapai matlamat itu.

Dalam rancangan kita !lekarang ini, memang telah ada dasar untuk meningkatkan sektor perindustrian seperti di dalam Pelan Induk Perindustrian, yang sekiranya dilaksanakan nanti akan meletakkan Malaysia ke taraf Negara Industri Baru. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai rancangan untuk memper~ baiki infrastruktur fisikal se­perti kemudahan jalanraya, pengangkutan dan pelabuhan, serta infrastruktur sosial seperti pelajaran dan kesihatan yang akan meningkatkan kualiti sumber tenaga manusia. Ini adalah syarat utama bagi menjayakan pembangunan perindustrian negara.

RAKYAT MALAYSIA YANG MELEPASKAN KERAKYATAN

23. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) sejak tahun 1984 hingga sekarang, berapa ramaikah orang-orang professional rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka;

(b) jumlah mereka yang berpindah ke negara lain tanpa melepaskan kerakyatan; dan

(c) sama ada Kerajaan akan mengenakan syarat-syara~ khusus atau menghalangi bekas rakyat yang hendak bekerja di negara ini bagi kemajuan Malaysia.

Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri (Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad):

(a) Kementerian Dalam Negeri tidak menyimpan perangkaan berasingan bagi orang-orang professional yang telah melepaskan kerakyatan Malaysia. Ini Qisebabkan tindakan melucutkan taraf kewarganegaraan seseorang itu berasaskan kepada hasrat mereka untuk menolak taraf terse but.

(b) Kementerian Dalam Negeri juga tidak menyimpan perangkaan mengenai warganegara Malaysia yang telah berpindah ke negara lain tanpa melepaskan taraf kewarganegaraan mereka kerana rakyat negara ini boleh melawat mana-mana negara asing yang dibenarkan oleh Kerajaan sekiranya mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah.·

(c) Kerajaan tidak mengenakan syarat-syarat khusus bagi bekas rakyat Malaysia yang hendak bekerja di sini. Sungguhpun demikian, mereka tertakluk kepada syarat-syarat yang sama sebagaimana dikenakan ke atas warganegara asing yang lain.

Page 28: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1127 5 APRIL 1988 1128

SURUHANJAYA SELATAN­SELATAN

24. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) apakah matlamat pertubuhan Suruhanjaya Selatan-selatan diwujudkan; dan

(b) apakah peranan Malaysia bagi menjayakan cita-cita Suruhan­jaya Selatan-selatan.

Menteri Luar Negeri (Dato' Abu Hassan bin Haji Omar): Matlamat utama penubuhan Suruhanjaya Selatan ialah untuk menghayati dan menganalisa masalah sosio-ekonomi semasa khususnya yang bersabit dengan negara-negara Selatan dan seterusnya berusaha mengsyorkan kaedah-kaedah penyelesaian yang mungkin dapat memulihkan masalah sosio-ekonomi yang dihadapi oleh sebilangan besar negara-negara Selatan ini.

Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, idea yang membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Selatan telah dimajukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan beliau sempena Persidangan Antarabangsa Selatan­selatan II yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 5-8 Mei 1986. Cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah disokong dengan sebulat suara di Persidangan tersebut. Ekoran dari itu satu Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah ditubuhkan untuk merangka pembentukan Suruhanjaya Selatan.

Setelah membuat persiapan perlu bagi penubuhan Suruhanjaya Selatan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya di Persidangan Kemuncak Kelapan Negara-negara Berkecuali yang berlangsung di Harare, Zimbabwe

pada 26 Ogos-6 September 1986 telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Selatan serta perlantikan Mwalimu Dr Julius K. Nyerere sebagai Pengerusi Suruhanjaya terse but.

Di samping itu Malaysia, melalui usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memainkan peranan penting dalam mendapatkan sokongan moral dan kewangan dari negara­negara Selatan untuk membiayai Suruhanjaya Selatan.

Malaysia juga telah mengemukakan beberapa syor dan pandangan kepada Suruhanjaya Selatan dalam membantu usaha Suruhanjaya itu dalam mencapai matlamat. yang telah digariskan.

Dalam meneruskan komitmennya kepada usaha Suruhanjaya Selatan Malaysia telah menjadi tuanrumah kepada Mesyuarat Keduanya yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1-3 Mac baru-baru ini.

UNIVERSITI SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGANILMU

25. Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada Kerajaan boleh menerima cadangan bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor DiRaja Ungku Aziz iaitu Universiti perlu bersikap terbuka dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung bagi membolehkan sesebuah pusat pengajian tinggi menjadi pusat kecemerlangan ilmu.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian Pendidikan sentiasa menerima dan mengalu­alukan pandangan atau cadangan yang membina daripada sesiapa sahaja, demi untuk mempertingkatkan taraf kecemerlangan pendidikan tinggi di negara ini.

Page 29: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1129 5 APRIL 1988 1130

MAJLIS BELlA MALAYSIA

26. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sejauh manakah peranan Ahli-ahli Majlis Belia Negara berkesan dan apakah sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

Menteri Bella dan Sukan (Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak): Majlis Belia Negara tidak wujud, cuma yang ada ialah Majlis Belia Malaysia. Majlis Belia Malaysia (MBM) merupakan pertubuhan induk yang menggabung dan menyelaras persatuan/pertubuhan belia di negara ini. Majlis ini telah diiktiraf oleh Kerajaan sebagai Majlis Kebangsaan bagi persatuan/pertubuhan belia sejak tahun 1951.

Majlis 101 diwujudkan dengan matlamat menggalakkan kemajuan belia yang seimbang di dalam semua bidang sama ada ekonomi, sosial, pendidikan dan politik. Ia juga bertujuan memupuk perasaan kebangsaan serta semangat bekerja dan bertanggungjawab di kalangan belia dan menjadi "suara" belia di negara ini dan mewakili belia negara ini di arena antarabangsa.

NELAYAN ASING YANG DITANGKAP

27. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) berapa ramaikah jumlah bil~gan yang dapat ditangkap orang-orang nelayan dari negara asing yang menceroboh masuk perairan penangkapan ikan negara kita bagi tahun 1986 dan 1987;

(b) nyatakan jumlah hartabenda mereka yang dapat dirampas seperti beberapa buah bot dan alat-alat penangkapan ikan mereka; dan

(c) nyatakan jumlah denda yang dapat dikutip dari hasil kesalahan pencerobohan nelayan asing terhadap kawasan perairan nelayan negara kita.

Dato' Alexander Yu Lung Lee:

(a) Bilangan nelayan asing yang ditangkap kerana mencerobohi serta menangkap ikan secara haram di dalam kawasan perairan perikanan Malaysia bagi tempoh 1986 hingga 1987 adalah seperti berikut:.

1986 799 orang nelayan 1987 1,015 orang nelayan

(b) Bilangan bot yang ditangkap serta yang dirampas · adalah seperti berikut:

1986 117 buah 1987 112 buah

Pecahan peralatan menangkap ikan yang dirampas pula mengikut alat adalah seperti berikut:

1986

Pukat tunda 56 buah Pancing .. 26 buah Pukat hanyut 19 buah Rawai 11 buah Pukatjerut 5 buah

1987

Pukattunda 73 buah Pukatjerut 10buah Pukathanyut 16 buah Rawai 9buah Pancing .. 2buah Mengunakan 1 buah bahan letupan Bubu 1 buah

(c) Kesemua bot-bot ~enangkap ikan nelayan asmg yang ditangkap ini telah didakwa di

Page 30: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1131 5 APRIL 1988 1132

mahkamah di bawah seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985. Di bawah Seksyen ini Taikong Bot boleh didenda maksima $1 juta ringgit dan tiap-tiap Awak-awak pula boleh didenda maksima $100,000 tiap-tiap seorang. Segala peralatan menangkap ikan dan bot boleh diperintahkan rampas oleh pihak mahkamah.

Kesemua mereka yang didakwa sama ada telah mengaku salah atau didapati bersalah dan telah dikenakan denda. Walau begitu kesemua denda telah dibayar dan mereka telah memilih dipenjarakan iaitu di antara 14 hari hingga 6 bulan. Jumlah denda yang dikenakan ada seperti berikut:

(i) 1986-$ 2,290,150.00 (ii) 1987-$15,498,200.00

Denda-denda m1 adalah denda-denda yang dikenakan oleh mahkamah dan direkod sahaja, bukan denda yang dikutip. Berhubung masalah pencerobohan bot-bot me­nangkap ikan nelayan asing ini, tindakan akan terus diambil dan pihak Kerajaan tidak akan bertolak ansur. Rondaan dilaut dan pengawasan udara telah dan akan diperhebatkan.

PERJANJIAN MENANGKAP IKAN BERSAMA MALAYSIA­

mAILAND

28. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) sama ada Perjanjian Menangkap Ikan Bersama (Joint-Fishing Pact) antara Malaysia dan Thailand telah dijalankan dengan kejayaan atau tidak;

(b) adakah benar nelayan-nelayan kita tidak puashati dengan peraturan ini. Jika ya, apakah sebabnya. Apakah langkah­langkah untuk memperbaiki keadaan tersebut diambil.

Dato' Alexander Yu Lung Lee:

(a) Kerajaan tidak pernah mengadakan perjanjian penangkapan ikan bersama (Joint-Fishing Pact) antara Malaysia dengan Thailand. Walau bagaimanapun apa yang sedang dijalankan ketika ini ialah kerjasama perikanan antara sebuah syarikat tempatan dengan syarikat daripada Thailand. Kerjasama tersebut adalah untuk bidang­bidang tertentu sahaja seperti pemasaran ikan, penukaran kepakaran dan pemindahan teknologi.

(b) Sebelum ini memanglah terdapat sebilangan kecil nelayan-nelayan tempatan yang tidak berpuashati dengan projek tersebut. lni adalah kerana mereka tidak memahami konsep kerjasama perikanan yang dilaksanakan itu. Walau bagaimanapun, masalah ini telah dapat diatasi setelah nelayan-nelayan berkenaan diberi penjelasan yang secukupnya.

ANTI MINYAK KELAPA SA WIT

29. Tuan Dahlan bin Haji Embun minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan pada suatu ketika ASA berkempen anti minyak kelapa sawit di USA sekarang banyak pula kempen minyak soya dan jagung di negara kita. Apakah kesan kempen ini terhadap kegunaan minyak kelapa sawit di Malaysia dan apakah tindakan Kementerian.

Page 31: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1133 5 APRIL 1988 1134

Menteri Perusahaan Utama (Dato' Dr Lim Keng Yaik): Sukacita saya maklumkan bahawa kempen anti minyak kelapa sawit yang dijalankan oleh ASA di USA tidak mencapai kejayaan dan dalam pada itu saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan USA sendiri adalah menentang ke atas cadangan mengadakan satu peraturan atau perundangan yang bercorak diskriminasi terhadap minyak-mit:tyak tropika. Malaysia terus berupaya memasarkan pengeluaran ·minyak kelapasawitnya di berbagai destinasi di pasaran dunia dan menerima sambutan baik daripada pengguna di seberang laut. Keyakinan para pengguna ini juga antara lain adalah berasaskan kepada jaminan bekalan, mutu, khidmat sokongan· dan penggunaan yang "versatile" selain daripada kandungan khasiat makanan.

Memandangkan perusahaan minyak kelapa sawit Malaysia lebih berorientasikan eksport, hanya di sekitar 10 peratus sahaja disalurkan untuk pelbagai penggunaan tempatan. Oleh yang demikian, kemasukan minyak-minyak makan yang lain di pasaran tempatan seperti minyak soya dan jagung berupaya memperluaskan penawaran minyak makan di samping minyak kelapa sawit negara. Sebahagian daripada minyak makan lain digunakan sebagai adunan dengan minyak kelapa sawit bagi memenuhi citarasa sebahagian pengguna­pengguna tempatan. Suasana ini adalah selaras dengan dasar perdagangan bebas negara bagi menggalakkan persaingan yang sihat ke arab meningkatkan lagi kecekapan dan mutu pengeluaran pengusaha­pengusaha tempatan. Tidaklah dinafikan bahawa minyak kelapa sawit merupakan pilihan utama pengguna­pengguna tempatan memandangkan tahap harga yang amat ekonomi selain dari keistimewaan-keistimewaan yang telah dinyatakan di atas. Kementerian Perusahaan Utama akan terus

melaksanakan beberapa program untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran rakyat mengenai minyak kelapa sawit negara umpamanya melalui Demonstrasi Memasak dan juga Kempen Kebangsaan Mengenai Minyak Kelapa Sawit sebagai Pilihan Istimewa yang sedang dirancangkan.

SEKOLAH BARU KANAK­KANAK TAMIL DI KUALA

TERLA

30. Tuan M. Sangaralingam minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perkembangan sekarang ke atas janji yang diberi oleh Timbalan Menteri Pendidikan pada tahun 1986 bahawa sekolah baru akan dibina bagi kanak-kanak Tamil di Kuala Terla, Cameron Highlands bagi menyelesaikan keadaan tegang di antara kaum Cina dan India akibat perkongsian bangunan sekolah yang sam a.

Tuan Woon See Chin: Untuk maklumat Ahli· Yang Berhormat, kemudahan bangunan sekolah yang sedia ada di kawasan Kuala Terla Cameron Highlands adalah mencukupi untuk menampung keperluan kanak­kanak aliran Tamil. Sekolah yang ada sekarang, iaitu SRJK (C) Kuala Terla, adalah merupakan Sekolah "Integrated". Bilangan murid-murid di sekolah ini adalah kecil dan sekolah itu boleh dikatakan "under enrolled". Pertambahan murid-murid dijangka tidak akan meningkat dengan banyaknya di masa hadapan. Selaras dengan itu, Kementerian Pendidikan pada masa ini belum lagi bercadang untuk mendirikan sekolah baru di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, Kementerian ini akan menimbangkan dari semasa ke semasa projek tambahan bagi bilik-bilik darjah, jika keadaan memerlukan dan peruntukan mencukupi.

Page 32: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1135 5 APRIL 1988 1136

PROGRAM PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

31. Dato Haji Zakaria bin Yahaya minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan bagaimana sambutan dari pihak swasta · bagi mewujudkan program-program penyelidikan dan pembangunan bagi mempertingkatkan lagi produktiviti, mutu dan kos pengeluaran barangan keluaran mereka terutama barangan untuk dieksport bagi menjamin mutu barangan keluaran negara. Jika sambutan dari pihak swasta itu kurang memuaskan, apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian supaya mereka mengadakan program­program penyelidikan dan pem­bangunan itu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Tuan Law Hieng Ding): Mengikut kaji selidik yang dijalankan oleh Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, bilangan pihak swasta yang menjalankan program-program penyelidikan dan pembangunan untuk mempertingkatkan lagi produktiviti, mutu dan kos pengeluaran barangan adalah kurang memuaskan. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, penyelidikan adalah penting untuk mempertingkatkan lagi tahap industri pembuatan dan juga industri-industri lain untuk meningkatkan lagi usaha­usaha eksport kita. Kelemahan yang terdapat di pihak swasta kebanyakannya disebabkan oleh pihak tersebut kurang memahami kemudahan-kemudahan dan insentif­insentif yang disediakan oleh Kerajaan melalui agensi-agensinya seperti SIRIM, MARDI dan lain-lain lagi.

Untuk mencapai matlamat yang disebutkan tadi, SIRIM telah mengatur beberapa langkah seperti penyelidikan kontrek atau "contract research" dan penyelidikan bersama atau "joint research". Untuk syarikat

pengeksport serta industri kecil dan sederhana, program khidmat teknikal seperti Technical Export Promotion atau "TEXPRO" d.an program penentuan kualiti atau "qualiti assurance" telah disediakan untuk memenuhi keperluan bagi menggalakkan eksport. Kita giat menggalakkan pertumbuhan penyelidikan di pihak swasta tennasuk penyelidikan pasaran atau "market research" yang dianggap masih lagi lemah di negara ini. Kerajaan akan sentiasa mengambil beban tugas dan tanggungjawab untuk menggalakkan eksport seperti yang disebutkan tadi.

Kerajaan akan mengkaji peruntukan yang telah disediakan untuk usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan di masa hadapan supaya usaha-usaha tersebut akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

LAWATAN MENTER! KE IRAN

32. Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim minta Menteri Kewangan menyatakan tujuan dan basil yang diperolehi di dalam lawatan beliau ke Iran baru­baru ini.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tujuan utama lawatan ke Iran adalah untuk merapatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan negara tersebut. Pada tahun 1983, perdagangan antara Malaysia dengan Iran berjumlah $363 juta. Pada tahun 1987, angka ini telah turun

. kepada $40 juta. Masalah utama yang dihadapi di dalam perdagangan

'dengan Iran ialah · keperluan pengeksport Malaysia untuk mendapat, dengan izin, "letter of credit" yang disahkan serta pengharaman import minyak kelapa sawit oleh Iran untuk digunakan sebagai bahan makanan.

Page 33: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1137 5 APRIL 1988 1138

Semasa di Iran, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri neg~ra tersebut serta Menteri Kewangan, Menteri Perdagangan, Menteri Minyak dan Gabenor Bank Pusat. Di akhir lawatan, satu nota persefahaman telah ditandatangani antara kedua-dua buah negara. Antara perkara-perkara utama yang terkandung dalam nota tersebut adalah seperti berikut:

(i) Iran akan menimbangkan secara positif permohonan Malaysia supaya import minyak kelapa sawit dibenarkan . di bawah peraturan-peraturan import.

(ii) Gabenor Bank Negara akan ke Iran dalam sedikit masa lagi, untuk menandatangani satu perjanjian mengenai peraturan "banking" bagi memudahkan urusan pembayaran bagi barang­barang yang diperdagangkan. Petronas juga akan menghantar rombongan ke Iran untuk mengkaji kemungkinan membeli minyak mentah daripada Iran.

(iii) Satu Suruhanjaya Bersama akan ditubuhkan bagi melicinkan hubungan antara Malaysia dengan Iran.

Pihak-pihak berkenaan di Malaysia dan Iran akan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara yang dipersetujui itu.

PENAGIHAN DADAH DI DALAM ANGKATANTENTERNTOL~

33. Tuan Paramjit Singh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memulihkan dengan berkesan penagih-penagih dadah yang pernah melalui kursus pemulihan; dan

(b) bagaimanakah seriusnya masalah dadah di dalam Angkatan Tentera dan Polis Malaysia.

Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad: Sistem rawatan dan pemulihan dadah di Malaysia ini ialah satu sistem multidisciplinary yang menitikberatkan latihan cara "tough and rugged". Sistem pemulihan juga menekankan motivasi luar (external motivation) dengan menekan beberapa perkara yang tertentu seperti berikut:

(i) Perubatan untuk meng-hilangkan penagihan dadah dan membina fizikal.

(ii) Pemulihan dari segi sosial dan mental dengan cara memberi kaunseling, latihan-latihan vokasional, moral dan bercucuk tanam.

(iii) Latihan kerohanian di mana tiap-tiap pelatih ditekankan menghayati ugama mereka yang mereka anuti.

Sistem ini mengikut 4 fasa yang tertentu. Fasa pertama mempelajari, Fasa kedua melaksana, Fasa ketiga mendalami dan Fasa keempat mengintegrasi.

Adalah diharapkan bahawa tiap­tiap pelatih, penagih yang menjalani pemulihan di dalam Pusat-pusat akan menjalani ke empat-empat fasa ini. Dengan yang demikian pemilihan komprehensif dalam keadaan persekitaran terkawal dapat mereka hadapi cabaran-cabaran yang mereka akan alami selepas dibebaskan dari pusat yang mana mereka akan seterusnya diletakkan di bawah jagaan lanjutan selama 2 tahun lagi.

Semasa jagaan lanjutan, proses pemulihan akan dijalankan apa yang mereka telah pelajari semasa di dalam pusat di samping kemudahan­kemudahan kaunseling, syarahan­syarahan agama dan latihan-latihan

Page 34: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1139 5 APRIL 1988 1140

kemahiran diteruskan. Sekiranya perlu oleh sebab-sebab yang tertentu bolehlah diletakkan di pusat-pusat jagaan lanjutan maksimum 6 bulan.

Kekesanan cara pemulihan komprehensif 1m hanya dapat ditentukan sekiranya bekas-bekas penagih ini dapat mencapai tiga matlamat yang tersebut.

(i) Bebas dari dadah. (ii) Berfungsi dan berdikari

kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

(iii) Dapat hidup dalam masya­rakat dengan baik.

Malangnya memandangkan pengukuran kejayaan ini melibatkan tiga perkara yang penting yang memerlukan perubahan tata kelakuan dan peribadi yang sempuma dan diterima oleh masyarakat. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, bilangan kejayaan dan kegagalan adalah meningkat yang mana • pada tahun 1983 mereka yang bebas dari dadah dan juga kriteria-kriteria yang tersebut di atas adalah sebanyak 25.5% sementara kej;:tyaan bagi tahun 1987 adalah 35.2%.

PEMBELAJARAN BAHASA ffiUNDA

34. Tuan C. Krishnan minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian Pendidikan telah · mengambil tindakan yang perlu untuk menubuhkan kelas Ibunda seperti Tamil dan Mandarin di sekolah dengan sempuma dalam masa jadual waktu belajar. Adakah Kementerian terima aduan Ibu bapa bahawa kelas ini tidak dijalankan pad'a masa yang ditetapkan oleh jadual waktu sekolah.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengajaran dan pembelajaran bahasa Ibunda telah pun dimasukkan ke

dalam Jadual Waktu di sekolah­sekolah rendah dan menengah, semenjak sukatan baru KBSR dan KBSM dilaksanakan.

Memang ada sebilangan kecil kelas­kelas Bahasa Ibunda tidak dapat dimasukkan ke dalam Jadual Waktu Sekolah kerana kekurangan kemudahan seperti bilik darjah, guru­guru bahasa berkenaan dan sebagainya. Kelas-kelas ini terpaksa diadakan di luar Jadual Waktu Sekolah.

Langkah-langkah telah diusahakan supaya semua kelas Bahasa Ibunda dijalankan dalam Jadual Waktu Sekolah. Data-data yang telah dikumpulkan menunjukkan bahawa lebih daripada 70% kelas-kelas Bahasa Ibunda dijalankan dalam Jadual Waktu Sekolah di seluruh negara.

Kementerian Pendidikan sentiasa memberi pengawasan yang rapi supaya pengajaran dan pembelajaran bagi Bahasa Ibunda berjalan dengan baik.

Kementerian tidak menerima aduan seperti dimaksudkan oleh Ahli Berhormat itu.

pemah yang Yang

NELAYAN MENGEDAR NAJIS DADAH

35. Puan Haijah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang berkesan yang telah diambil oleh Polis terhadap sesetengah nelayan yang dipercayai mengedar najis dadah, dan/atau menjadi penagih dadah. Berapa ramaikah nelayan­nelayan kita yang telah diberkas kerana mengedar dan/atau menagih najis dadah.

Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad: Di antara tindakan­tindakan yang diambil oleh pihak

Page 35: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1141 5 APRIL 1988 1142

Kerajaan khususnya oleh pihak polis dalam membenteras kegiatan mengedar dan menagih dadah di kalangan nelayan-nelayan.

(i) mengadakan rondaan dan kawalan pantai dari masa ke semasa.

(ii) mengadakan operasi-operasi khas di kedua-dua pantai barat dan pantai timur terutamanya untuk mencegah penyeludupan dadah.

(iii) pusat penyelarasan Penguat­kuasaan Maritim, Majlis Keselamatan Negara juga mengambil usaha-usaha meng­awal keadaan ini.

Usaha-usaha pihak polis akan lebih berkesan sekiranya mendapat kerjasama dari orang ramai tentang kegiatan penagihan dan pengedaran dadah di kalangan nelayan. Sejak tahun 1980 sehingga akhir tahun 1987, seramai 51 orang nelayan telah ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 51 orang di bawah seksyen 39A Akta yang sama. Dalam tempoh yang sama, 69 orang telah ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan 18 orang lagi di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah~langkah Pencegahan Khas) 1985.

Angka bilangan nelayan yang dikesan sebagai penagih dadah dalam tahun 1987 ialah seramai 578 orang.

TAHANAN ISA

36. Tuan Haji Shilharom bin Haji Maasom minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa kes tahanan ISA boleh membawa kes penahanannya ke mahkamah. Adakah kerana Akta ini longgar, jika benar

adakah Kerajaan bercadang membuat pindaan melalui Parlimen untuk me­luluskannya.

Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad: Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 ditangkap dan dikenakan Perintah Tahanan kerana kegiatan mereka yang memudaratkan keselamatan negara. Jika mereka tidak pua~ hati terhadap penahanannya, mereka boleh mem­buat aduan "Writ of Habeas Corpus" kepada Mahkamah Tinggi mengikut peruntukan Artikel 5 (2) Perlembagaan Malaysia. Aduan mereka akan di dengar oleh mahkamah mengikut peruntukan Seksyen 365 dan 366 kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code). Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 tidak lemah, peruntukan ke­kuasaan mencukupi dan setakat ini Kerajaan tidak perlu memindanya.

ASN-BILANGAN PELABUR

37. Tuan Haji Shaharom bin Maasom minta Perdana Menteri menyatakan sehingga 31 Disember 1987, jumlah pelabur dalam ASN, jumlah pe­laburannya dan adakah benar pada akhir 1990 ASN akan dimasukkan ke dalam pasaran saham terbuka.

Tuan Kedudukan Disember, berikut:

Othman bin Abdul: Skim ASN sehingga 31 1987 adalah seperti

(a) Bilangan pelabur Skim ASN: 2,284,654 orang; dan

(b) Jumlah pelaburan terkumpul: $3,962.4.

Mengenai kedudukan Skim ASN selepas 1990 sama ada akan disenaraikan di pasaran saham terbuka atau tidak, perkara ini masih dalam kajian dengan matlamat untuk memastikan pengekalan dan selanjutnya peningkatan pegangan Bumiputera dalam Sektor Koporat.

Page 36: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1143 5 APRIL 1988 1144

RAKYAT PALESTIN-TINDAKAN TENTERA ISRAEL

38. Puan Ainon binti AritTm minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah dan usaha lain yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia (selain dari bersimpati dan mengutuk Israel) bagi membela nasib orang­orang Palestin di Tebing Barat Sungai Jordan yang sedang teraniaya dan menjadi mangsa kekejaman Rejim Tel Aviv (Israel).

Dato' Abu Hassan bin Haji Omar: Selain dari kenyataan-kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh Kerajaan mengenai pendirian kita yang menentang sekeras-kerasnya tindakan zalim tentera rejim Tel Aviv ke atas

· penduduk-penduduk awam Palestin di Tebing Barat Sungai Jordan dan di Semenanjung Gaza, sebagai tanda simpati dan sokongan padu kita terhadap perjuangan rakyat Palestin, Kerajaan telah pun juga mengambil beberapa langkah lain demi mem­perkukuhkan lagi perpaduan kita dengan rakyat Palestin. Dalam hubungan ini, Kerajaan sentiasa menyokong ketetapan yang dibuat oleh Persidangan Pertubuhan Negara­negara Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali dan juga oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai soal Palestin. Kerajaan telah juga memberi sokongan ke atas ketetapan yang dibuat oleh Persidangan Pertubuhan Antarabangsa Parlimen ASEAN (AIPO) yang telah berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini mengenai soal Palestin.

Sebagaimana yang Dewan yang mulia ini sedia maklum Kerajaan telah pun baru-baru ini menubuhkan sebuah Tabung Khas iaitu Tabung Rakyat Palestin bagi membolehkan bantuan kewangan diberikan juga kepada PLO. Di atas sambutan menggalakkan oleh rakyat Malaysia seluruhnya terhadap Tabung ini, beberapa

sumbangan kewangan telah pun berjaya diberikan kepada PLO setakat ini. Sumbangan pertama kita telah pun disampaikan kepada Duta PLO di Kuala Lumpur baru-baru ini yang berjumlah sebanyak US$30,000. Manakala Yang Berhormat Menteri Luar telah menyampaikan sumbangan kewangan kedua bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia kepada Menteri Luar PLO semasa persidangan Menteri Luar Negara-negara Islam di Amman, Jordan baru-baru ini juga yang berjumlah sebanyak US$40,000. Kerajaan berharap untuk menyampaikan bantuan kewangan ini dari masa ke semasa.

KURNIAAN PINGAT KEPADA ANGGOTA TENTERA

39. Puan Norani binti Beluah minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak Kemen­terian bagi membantu dan memperbaiki taraf hidup para Anggota Angkatan Tentera Malaysia yang telah dikurnia-kan PINGAT SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP) dan PINGAT GAGAH BERAN! (PGB) oleh pihak Kerajaan dan mereka yang telah pun bersara sebagai mengenang jasa-jasa mereka kepada negara; dan

(b) tidakkah pihak Kementerian boleh mencontohi Kerajaan British bahawa setiap penyandang Victoria Cross diberi penghormatan yang ter­tinggi di negara yang ber­kenaan.

Menteri Pertahanan (Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen AI-haj): Soalan ini telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Per­tahanan semasa beliau menjawab per­tanyaan mengenai perkara ini dari

Page 37: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1145 5 APRIL 1988 1146

Yang Berhormat Senator yang sama dalam ucapan menggulung Titah Di Raja pada 31 Mac 1988. Saya tidak bercadang untuk menambah apa-apa lagi kepada jawapan tersebut.

LAWATAN PERDANA MENTERI KE THAILAND/BURMA

40. Puan Hajjah Salbiah binti Md. Akim minta Perdana Menteri me­nyatakan dalam lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke negara Thai dan Burma, adakah kedua-dua negara ini menghadapi masalah yang mana ramai rakyatnya terlibat dengan Najis Dadah, kerana Burma adalah salah sebuah negara yang telah terkenal termasuk dalam Tiga Segi Emas.

Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad: Seperti Malaysia, Burma juga menghadapi masalah penagihan dan penyeludupan najis dadah. Semasa di Burma, Yang Amat Bet:hormat Perdana Menteri telah diberi taklimat tentang masalah najis dadah dan telah melawat Pusat Pemulihan Dadah di Rangoon. Pada masa ini, Kerajaan Burma juga telah melancarkan penguatkuasaan undang­undang dan peraturan serta program-program sosial dan pelajaran mengenai najis dadah untuk memerangi masalah penyalahgunaan dadah.

Yang Amat Berhormat Menteri juga telah mengadakan perbincangan untuk meningkatkan kerjasama di antara kedua negara untuk memerangi masalah tersebut.

KAD PENGENALAN MERAH­SYARAT JADI

WARGANEGARA

41. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) apakah syarat-syarat layak menjadi warganegara Malaysia

bagi pemegang-pemegang kad pengenalan merah; dan

(b) apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada rakyat Singapura (Dulunya dalam Malaysia) untuk menjadi warganegara Malaysia melalui "ubah taraf".

Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad:

(a) Seseorang pemegang Kad Pengenalan Merah itu layak menjadi warganegara sekiranya memenuhi syarat-syarat yang diperuntukkan pada Bahagian 3 (Tiga) Perlembagaan Per­sekutuan. Antaranya, mem­punyai tempoh mastautin yang mencukupi, berniat untuk tinggal di negara ini se­lama-lamanya, berkelakuan baik dan lulus ujian Bahasa Malaysia.

(b) Pada Hari Malaysia (16.-9-1963) semua rakyat Singapura adalah menjadi warganegara Malaysia disebabkan oleh percantuman Singapura kedalam Malaysia. Apabila Singapura berpisah (9-8-65), maka secara otomatik mereka bukan lagi menjadi warganegara Malaysia. Sungguhpun demikian, bagi mereka yang ingin menjadi warganegara Malaysia, mereka bvleh memohon dengan memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam jawapan (a) di atas.

KOMPUTER DI SEKOLAH­SEKOLAH

42. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak minta Menteri Pendidikan menyatakan mengenai pendidikan komputer di sekolah-sekolah dalam Malaysia:

(i) jumlah sekolah yang telah menggunakannya.

Page 38: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1147 5 APRIL 1988 1148

(ii) jika ianya berkurangan apakah langkah-langkah yang telah dibuat bagi menentukan supaya pendidikan komputer berada di setiap sekolah.

Tuan W oon See Chin:

(i) U otuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini ter­dapat kira-kira 500 buah sekolah dengan kelab komputer, yang telah di­tubuhkan atas inisiatif sendiri, Kerajaan tidak mengadakan peruntukan kewangan untuk pembelian komputer bagi tujuan ini. Kementerian Pen­didikan menyedari hakikat bahawa perkembangan kelab komputer lebih pesat di sekolah-sekolah bandar daripada di luar ban dar.

Kementerian Pendidikan telah melancarkan suatu projek percubaan di 20 buah sekolah menengah di seluruh negara bagi mengkaji ke­sesuaian mengadakan mata pelajaran "Pengenalan Kepada Komputer" secara formal dalam kurikulum. Projek ini sedang berjalan di · sekolah-sekolah berkenaan, sementara pendekatan bagi pelaksanaan di sekolah­sekolah lain sedang dikaji semula, dengan mengambil­kira perkembangan-per­kembangan terbaru bidang komputer dalam pendidikan.

(ii) Bilangan sekolah yang meng­gunakan komputer tidaklah berkurangan sebaliknya lebih banyak Kelab Komputer telah ditubuhkan dari semasa ke semasa, terutamanya sekolah­sekolah di luar bandar. Pihak Kementerian Pendidikan memang menggalakkannya

dan untuk membantu sekolah­sekolah berbuat demikian, buku panduan "Penubuhan Kelab Komputer" telah diedarkan ke seluruh sekolah. Pelaksanaan pendidikan komputer secara formal masih dirancangkan. Dapatan dan pengalaman dari projek per­cubaan di dua puluh buah sekolah tersebut dan per­kembangan dalam bidang komputer akan menjadi asas pertimbangan dalam me­rancangkan pendidikan komputer yang sesuai bagi sekolah-sekolah di negara kita kelak.

GADIS YANG HILANG

43. Puan I,.aw Jack Yoon minta Menteri Dalam Negeri menyatakan masalah gadis hilang.

(a) berikan perangkaan/statistik tentang jumlah gadis hilang bagi tahun 1985, 1986 dan 1987;

(b) apakah kumpulan umur gadis yang paling ramai hilang;

(c) apakah faktor-faktor yang menyebabkan kejadian ter­sebut; dan

(d) apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini.

Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad:

(a) Jumlah gadis yang hilang dalam tahun 1985 ialah 359 orang, tahun 1986 ialah 551 orang dan tahun 1987 ialah 969 orang.

(b) Kumpulan umur gadis yang paling ramai hilang ialah dari kumpulan 18 tahun ke bawah.

(c) Banyak sebab yang boleh menyebabkan mereka hilang di antaranya ialah:

(i) meninggalkan rumab untuk menjadi pelacur

Page 39: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1149 5 APRIL 1988 1150

untuk mendapatkan . wang secara mudah;

(ii) terjerumus dengan najis dadah;

(iii) kongkongan dan pen­jagaan yang ketat dari keluarga;

(iv) mencari pekerjaan tanpa pengetahuan keluarga;

(v) mengikut seseorang yang menjanjikan pekerjaan tetapi ditipu dan ter­jerumus ke lembah pe­lacuran.

(d) Langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini ialah:

(i) mengadakan kursus-kursus yang khusus mengenai 'teknik-teknik penyiasatan secara pro­fesional;

(ii) berurus dengan pihak media massa dengan mempamerkan gambar­gambar mereka yang terlibat;

(iii) pihak lbu Pejabat mengeluarkan araban dari masa ke semasa ber­kaitan perkara ini di samping mengawal ke­adaan;

(iv) pihak lbu Pejabat juga mengeluarkan "Warta Polis" mengandungi gambar-gambar dan butir-butir orang yang dilaporkan hilang dan di·· edarkan kepada semua Balai Polis di seluruh Malaysia;

(v) mengadakan satu siri khususnya mengenai perkara ini melalui RTM dan TV 3.

INDUSTRI KAMPUNG­BEKALAN MESIN

44. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan berapa lamakah mesin-mesin untuk industri kampung akan diberi kepada pihak tertentu lepas diluluskan; adakah cukup juruteralmekanik untuk membaikinya jika mesin-mesin tersebut rosak.

Tuan Abdul Ghafar bin Baba: Kementerian akan membekal mesin­mesin di bawah Program Industri Kampung secepat mungkin kepada pengusaha-pengusaha yang berjaya. Tempoh masa sebenar yang diambil oleh Kementerian adalah di antara 3 hingga 6 bulan dan ianya bergantung kepada beberapa faktor seperti:

1. Jenis mesin yang dipohon. Ada mesin yang perlu diimport dan ada yang perlu direkabentuk (fabricate).

2. Setiap pembelian mesin perlu dibuat mengikut peraturan­peraturan yang ditetapkan. Sebagai contoh dalam bidang perkayuan sahaja terpaksa disediakan spesifikasi bagi 50 jenis mesin berlainan.

3. Sarna ada pengusaha sendiri sudah bersedia dengan bengkel

. dan jika perlu dengan pendawaian 3 fasa (3 phase wiring).

4. Jauh dekatnya projek.

Dalam tempoh jaminan iaitu selama setahun, mesin yang rosak akan dibaiki oleh pembekal dengan percuma. Selepas tempoh itu adalah menjadi tanggungjawab penerima untuk menjaga dan membaiki mesin tersebut sendiri. Semua penerima mesin sedar tentang tanggungjawab mereka berhubung dengan perkara ini.

Page 40: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1151 5 APRIL 1988 1152

LPN-JUALAN PADI

45. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mobd. Salleb minta Menteri Pertanian menyatakan adakah boleh ditambah kompleks LPN memandangkan kesesakan masih terdapat dalam musim padi.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Pihak LPN akan membina beberapa buah kompleks-kompleks tambahan tertakluk kepada keadaan. Sementara itu tindakan sedang diambil untuk mempertingkatkan keupayaan pengendalian padi di kompleks­kompleks LPN yang sedia ada dengan menambah dan membaiki jentera­jentera pengering dan kemudahan­kemudahan pengendalian dan penyimpanan di kompleks-kompleks terse but.

Masalah kesesakan di kompleks­kompleks LPN adalah merupakan masalah musim (seasonal problem) yang hanya terdapat pada kemuncak musim belian.

Di dalam mengatasi dan mengurangkan masalah tersebut LPN telah dan sedang mengambil beberapa langkah untuk mengatasi kesesakan semasa penjualan padi oleh petani­petani. Di antara langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

(i) Memindahkan lebihan padi yang dibeli ke kompleks­kompleks yang lain dalam dan luar kawasan yang tidak beroperasi sepenuhnya;

(ii) Mengadakan tambahan pusat­pusat belian dengan menggunakan kemudahan­kemudahan yang terdapat di kilang-kilang swasta. Di dalam hal ini keutamaan adalah diberikan kepada kilang-kilang Bumiputera.

(iii) Menggunakan kemudahan kilang-kilang swasta yang tidak

digunakan sepenuhnya oleh sebab-sebab tertentu dengan cara:

Jualan padi LPN kepada mereka;

Pemindahan padi untuk dikeringldisimpan semen­tara;

Mengadakan Skim Upah Mengering!Kisar dan juga Skim Upah Kisar Padi untuk pengilang-pengilang swasta.

MAJISTRET TERLIBAT KES RASUAH

46. Tuan Hassan bin Nam minta Perdana Menteri menyatakan iaitu sudahkah dapat dikesan atau ditangkap salah seorang Majistret yang terlibat kes rasuah di mahkamah daerah Muar tempoh hari, jika belum lagi di mana agak beliau berada sekarang, adakah masih dalam negeri atau sudah melarikan diri ke luar negeri.

Tuan Othman bin Abdul: Majistret yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebenarnya dari mahkamah Pontian, bukannya: dari Muar sepertimana yang dinyatakan dan beliau belum lagi dapat dikesan sehingga kini. Hanya Tuhan Yang Maha Berkuasa sahaja yang mengetahui di mana beliau berada sekarang. Walau bagaimanapun, masalah tersebut masih lagi dalam perhatian BPR dan Badan ini tidak dapat mengesahkan lebih lanjut tentang perkara ini kerana dikhuatiri usaha-usaha pihak berkuasa berkenaan akan menemui kegagalan sekiranya kedudukan Majistret itu dihebahkan.

Sehubungan dengan perkara tersebut, suka saya mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk menyatakan bahawa sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba

Page 41: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1153 5 APRIL 1988 1154

memberi perlindungan kepada Majistret berkenaan, perbuatan sedemikian adalah salah di sisi undang-undang.

TANAH RUNTUH DI LEBUHRAYA KUALA

LUMPUR-KARAK

47. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kerjaraya menyatakan pada pertengahan tahun lalu hampir satu minggu Lebuhraya Kuala Lumpur­Karak telah ditutup akibat tanah runtuh, dalam masa tersebut di kedua­dua pondok tol itu berapa ringgitkah jumlah kutipan tol tidak dapat dipungut akibat tanah runtuh terse but. Dan nyatakan juga iaitu berapakah kutipan tol telah dipungut di kedua­dua buah pondok tersebut sejak tol dibuka hingga 31 Januari 1988 di jalan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Sukacita dimaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa pada pertengahan tahun 1987 yang lalu, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak telah ditutup akibat tanah runtuh bagi tempoh selama 40 jam sahaja, iaitu mulai daripada jam 5.15 pagi pada 13 Disember 1987 sehingga jam 2.30 petang pada 14 Disember 1987 dan dari jam 12.00 malam sehingga jam 6.00 pagi pada 15 Disember 1987, bukannya hampir satu minggu seperti yang dinyatakan dalam pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat itu. Suka juga saya memaklumkan bahawa hanya sebahagian sahaja Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang telah ditutup akibat tanah runtuh itu, dan walaupun demikian, kedua-dua pondok tol di Gombak dan Bentong adalah dibuka seperti biasa.

Oleh itu, tidak timbul masalah kutipan tol tidak dapat dipungut akibat tanah runtuh tersebut, walau bagaimanapun pungutan tol sememangnya berkurang daripada hari-hari biasa. Jumlah kutipan tol

yang telah dipungut pada dua hari yang berkaitan itu, iaitu pada 13 Disember 1987 dan 14 Disember 1987 di kedua-dua Plaza Tol berkenaan adalah seperti berikut:

Tarikh . Plaza To/ Plaza To/ Jumlah Gombak Bentong

13 Disember 1987 .. $ 187.00 $3,260.00 $ 3,448.00

14 Disember 1987 .. 7,475.00 5,644.50 13,119.50 --- --- ---

JUMLAH $7,662.00 $8,905.50 $16,567.50 --- --- ---

Purata basil kutipan tol harlan yang biasanya dipungut di kedua-dua Plaza Tol berkenaan adalah berjumlah sebanyak $20,110.00 sehari atau $40,220.00 untuk dua hari, maka jumlah kutipan tol yang dianggap tidak dapat dipungut pada dua hari tersebut dianggarkan sebanyak $23,653.00 sah~a.

Mengenai jumlah basil kutipan tol yang telah dipungut di kedua-dua Plaza Tol Gombak dan Bentong sejak pungutan tol dimulakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 1 Jun 1984 sehingga 31 J anuari 1988 adalah seperti berikut:

Plaza Tol

Gombak ..

Bentong ..

JUMLAH ••

Hasil

$19,027,191.65 6,889,379.72

$25,916,571.37

TABUNG RAKYAT PALESTIN

48. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahaya minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah usaha yang dapat dilakukan · bagi membantu rakyat Palestin selain dari menubuhkan Tabung Rakyat Palestin bagi menggesa Rejim Tel Aviv bagi menentukan masa depan mereka dan bebas dari tekanan dan tindakan keganasan Kerajaan Zionis itu dan memaksa mereka bersetuju untuk

Page 42: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1155 5 APRIL 1988 1156

menghadiri Persidangan Antara­bangsa seperti yang telah diputuskan oleh Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dato' Abu Hassan bin Haji Omar: Sebagaimana yang Dewan ini sedia maklum, Kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah diplomatik selain daripada menubuhkan Tabung Rakyat Palestin untuk menandakan simpati serta sokongan Kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Di antara usaha-usaha diplomatik tersebut termasuklah gesaan kuat kita ke atas Amerika Syarikat untuk mengenakan tekanan­tekanan sewajarnya ke atas Rejim Tel Aviv supaya menghentikan serta­merta tindakan-tindakan ganasnya terhadap rakyat awam Palestin di Wilayah Arab yang didudukinya, dan kenyataan-kenyataan yang dikeluar­kan oleh Kerajaan mengenai pendirian tegas kita membantah keras tindakan-tindakan zalim tentera rejim Tel Aviv terhadap rakyat a warn Palestin di Tebing Barat Sungai Jordan dan di Semenanjung Gaza. Sehubung dengan ini, Kerajaan berhasrat untuk terus menjalankan usaha-usaha diplomatik dengan harapan supaya usaha-usaha antarabangsa yang lebih bersungguh­sungguh dapat terus dibuat bagi mencari penyelesaian segera ke atas soal Palestin ini.

LAGU ACI-ACI BUKA PINTU

49. Dr Nordin Selat minta Perdana Menteri menerangkan apakah sebab lagu "Aci-aci Buka Pintu" dianggap sebagai lagu pergaulan Malaysia seperti yang dikasetkan oleh Jabatan Perpaduan Negara.

Tuan Othman bin Abdul: Lagu "Aci-aci Buka Pintu" dianggap sebagai lagu pergaulan Malaysia seperti yang dikasetkan oleh Jabatan

Perpaduan Negara kerana lagu ini adalah mengikut selera kaum India di Malaysia (Indian flavour) yang boleh diserapkan kepada lagu-lagu Melayu yang merupakan satu penerapan unsur-unsur kaum lain ke dalam Dasar Kebudayaan Negara.

Tambahan pula lagu tersebut tidak menyentuh sensitiviti kaum, sama ada kaum India atau Melayu.

WANG KERTAS CONTOH $50 YANG HILANG

50. Tuan G. Rajoo minta Menteri Kewangan menyatakan:

(i) jumlah wang kertas contoh bernilai $50.00 yang dilaporkan hilang dari Bank Negara;

(ii) siapa yang bertanggungjawab ke atas kehilangan wang kertas contoh itu dan sama ada sesiapa telah didakwa di Mahkamah berhubung dengan kes ini; dan

(iii) langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengelakkan perkara begini tidak berulang lagi.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin:

(i) Jumlah wang kertas contoh $50.00 yang dilaporkan hilang itu adalah sebanyak 300 keping.

(ii) Kes kehilangan ini tidak patut dipertanggungjawabkan ke­pada mana-mana pihak kerana ianya berlaku semasa dalam perjalanan melalui pos berdaftar dari pihak. pencetak kepada Bank Negara Malaysia. Pihak polis masih menjalankan siasatan ke atas kes ini. Sehingga ini, seorang awam telah pun dihadapan ke

Page 43: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1157 5 APRIL 1988 1158

mahkamah atas tuduhan bersabit den~an kes kehilangan wang kertas itu.

(iii) Bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang lagi di masa hadapan, cara-cara peng­hantaran yang lebih selamat akan dibuat oleh pihak pencetak. Cara-cara yang dimaksudkan termasuklah penghantaran melalui beg diplomatik ataupun memberi tugas kepada pegawai-pegawai tertentu sahaja untuk menghantar wang contoh kepada Bank Negara Malaysia.

MINYAK KELAPA SA WIT-PEMASARAN

51. Tuan G. Rajoo minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan sama ada pemasaran kelapa sawit ke negara-negara Eropah dan Amerika meningkat berikutan dengan penarikan diri syarikat yang melobi anti minyak kelapa sawit di Amerika Syarikat. Nyatakan usaha-usaha yang diambil untuk meningkatkan lagi pemasaran minyak kelapa sawit ke pasaran dunia sekarang.

Dato' Dr Lim Keng Yaik: Untuk mengelakkan kekeliruan soalan ini, suka saya menyatakan tiada syarikat yang melaksanakan lobi anti minyak kelapa sawit yang juga beroperasi di Eropah dim USA. Sebalikannya sebuah Syarikat Perunding Awam di USA yang dilantik oleh Malaysia telah membatalkan kontrak untuk promosi ·minyak sunflower seed di Jerman Barat. Manakala Persatuan Kacang Soya USA (ASA) yang menjadi asas kempen anti minyak kelapa sawit di USA telah tidak ber­upaya menggunakan saluran-saluran perundangan untuk membanteras kemasukan minyak kelapa sawit di pasaran tersebut bagi tujuan pemakana11. Sungguhpun demikian, Kementerian Perusahaan Utama

masih memperolehi maklumat­maklumat yang menunjukkan bahawa ASA masih lagi menjalankan kempen-kempen mempengaruhi pihak pengguna agar mengelak dari menggunakan minyak kelapa sawit. Dalam masa yang sama Kementerian Perusahaan Utama menjalankan program-program yang berkaitan untuk menentang sebarang dakyah yang tidak benar mengenai minyak kelapa sawit Malaysia.

Sungguhpun USA dan Eropah merupakan negara-negara peng­eksport utama minyak sayuran dan lemak serta mempunyai kadar penggunaan perkapita yang tinggi, namun kedudukan pasaran minyak kelapa sawit Malaysia di kedua-dua pasaran itu masih dapat dikekalkan. Kecuali pada tahun 1986, eksport minyak kelapa sawit Malaysia telah mencapai paras yang luar biasa di pasaran-pasaran tersebut di mana import negara-negara Eropah meningkat lebih 686,000 tonne dan di USA di paras 304,800 tonne. Manakala pada tahun 1987 jumlah import negara-negara tersebut kembali ke paras biasa 'iaitu di sekitar 596,000 tonne di Eropah dan di sekitar 181,000 tonne di USA. Keadaan ini menggambarkan bahawa pasaran minyak dan lemak dunia amat sensitif kepada harga kerana pada tahun 1986 harga minyak kelapa sawit Malaysia adalah yang paling kompetitif berbanding dengan lain-lain minyak dan lemak dunia. Tambahan pula minyak kelapa sawit merupakan alternatif yang paling cekap menggantikan penggunaan lain-lain minyak dan lemak, memandangkan bidang pengunaannya yang paling "versatile", jaminan bekalan dan mutu yang tinggi.

Kementerian Perusahaan Utama memang sedar bahawa aktiviti-aktiviti galakan pemasaran mestilah diper­giatkan di samping lain-lain aktiviti penyelidikan dan pembangunan

Page 44: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1159 5 APRIL 1988 1160

(R & D) demi menjamin keupayaan pemasaran pengeluaran minyak kelapa sawit yang kian bertambah tahun demi tahun. Oleh yang demikian objektif utama pemasaran minyak kelapa sawit Malaysia adalah ke arah menambah/mengukuhkan pasaran yang sedia ada di samping penerokaan pasaran-pasaran baru. Program-program yang sedia ada akan terus dilaksanakan dan di mana wajar akan dipergiatkan. Antara lain program-program yang sedang dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Peningkatan kecekapan daya pengeluaran, mutu dan pemprosesan;

(ii) Pelbagai penggunaan sama ada bersifat tersendiri atau bersifat adunan;

(iii) Menghantar miSI-mtSI perdagangan, promosi pasaran dan teknikal;

(iv) Mempergiatkan penyelidikan­penyelidikan tentang keisti­mewaan minyak kelapa sawit Malaysia bersama dengan badan-badan penyelidikan dunia yang terkemuka;

(v) Lawatan-lawatan pasukan Khidmat Nasihat Teknikal untuk menyelesaikan masalah teknikal pengguna di samping penyebaran maklumat yang berkesan;

(vi) Perundingan-perundingan di antara Kerajaan dengan Kerajaan mengenai per-dagangan · minyak kelapa sawit dan halangan tariff dan bukan tariff: Termasuk juga penyertaan aktif dalam persidangan-persidangan an­tarabangsa yang berkaitan.

PELANCONG KE LANGKA WI­KELONGGARAN CUKAI

52. Puan Rokiah binti Zainuddin: minta Menteri Kewangim menyatakan iiaakkah Kementeriannya bercadang melonggarkan pungutan cukai kepada pelancong-pelancong yang melawat ke Pulau Langkawi sebagai tarikan kepada pelancong melawat pulau be bas cukai ini. Jika tidak mengapa.

Tuan Mohamed Farid bin AritTin: Suka saya memaklumkan bahawa Kerajaan telahpun memberi beberapa kelonggaran cukai untuk menarik pelancong-pelancong ke Langkawi.

Kelonggaran pertama ialah langkah menjadikan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai pada 1-1-1987. Melalui langkah ini semua jenis barang tidak dikenakan cukai di Langkawi selain daripada petroleum, simen, marmar dan ikan bilis.

Selain dari itu pelancong-pelancong yang pergi ke Langkawi selama lebih dari 72 jam juga dibenarkan untuk membawa masuk ke Kawasan Utama Kastam barang-barang berikut secara bebas cukai iaitu minuman keras setakat 1 litre, 200 batang rokok, alat solek setakat nilai $200, 3 helai pakaian, 1 pasang kasut, satu unit tiap­tiap satu jenis alat elektrik untuk "personal care and hygiene", barang makanan setakat nilai $75 dan barang­barang hadiah tidak melebihi nilai $500. Adalah dianggarkan bahawa jumlah pengecualian cukai yang boleh diperolehi oleh seseorang pelancong melalui pengecualian cukai yang diperolehinya dari barang-barang ini ialah lebih kurang $800.

Kelonggaran-kelonggaran per-cukaian yang telah diberi dianggap sebagai mencukupi pada masa ini bagi maksud untuk menarik pe­lancong-pelancong ke Langkawi.

Page 45: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1161 5 APRIL 1988 1162

PUNGUTAN DERMA PALESTIN

53. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Luar Negeri menyatakan selain daripada bantuan derma berupa wang daripada rakyat ini kepada rakyat Palestin di Tebing Barat. Apakah bantuan-bantuan lain yang disumbangkan oleh Kerajaan di masa kini dan masa akan datang.

Dato' Abu Hassan bin Haji Omar: Pungutan Derma Palestin yang sedang diusahakan oleh Kementerian Luar Negeri sekarang adalah cuma berbentuk wang ringgit sahaja. Sehingga dengan perkara tersebut Wisma Putra tidak mempunyai rancangan lagi setakat ini untuk mengadakan pungutan derma Palestin dalam bentuk-bentuk lain. Namun demikian, sukalah dimaklumkan bahawa kini terdapat beberapa orang sukarelawan perubatan dari negara ini yang sedang bertugas menyediakan khidmat perubatan di khemah­khemah pelarian Palestin di Selatan Lebanon.

INDUSTRI PELANCONGAN­PELUANG PEKERJAAN

54. Dato' Dr K. S. Nijhar minta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan langkah­langkah yang sedang diambil untuk meningkatkan lagi peluang-peluang pekerjaan di dalam industri pelancongan.

Tuan Abdul Raman bin Soliman: Peluang-peluang pekerjaan di dalam industri pelancongan adalah berkait rapat dengan bilangan pelancong­pelancong yang melawat negara kita. Lebih ramai pelancong yang datang, lebih banyak peluang-peluang pekerjaan yang diujudkan.

Kebanyakan peluang-peluang pekerjaan di dalam industri pelancongan adalah terdapat di sektor swasta, khususnya di bidang

perhotelan. Sehingga akhir tahun 1987, seramai 47,346 orang telah mendapat pekerjaan di industri perhotelan. Adalah dijangka sebanyak 2,600 pekerja-pekerja tambahan diperlukan tiap-tiap tahun pada masa depan di dalam industri perhotelan. Ini tidak mengambilkira peluang­peluang hiburan, kompleks-kompleks membeli-belah, penjaja-penjaja dan sebagainya.

Penyertaan yang hebat dari sektor swasta dalam pelbagai projek dan kegiatan pelancongan dengan sendirinya akan meningkatkan lagi peluang-peluang pekerjaan di dalam industri pelancongan. Kementerian kini sedang menyebarkan maklumat­maklumat tentang perkembangan­perkembangan baru di dalam bidang pelancongan kepada pihak swasta, Kerajaan-kerajaan negeri serta agensi­agensi terlibat dalam industri pelancongan. Di samping itu projek­projek yang dikendalikan oleh Kerajaan seperti pembinaan jalan raya, pusat-pusat kraftangan, projek­projek pembangunan pelancongan seperti di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor akan juga dengan secara tidak langsung mengujudkan peluang­peluang pekerjaan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar.

RANCANGAN MAKANAN BAGI MURID-MURID SEKOLAH

55. Tuan C. Krishnan minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada bantuan makan diberi di sekolah­sekolah bawah 200 orang murid. Tujuan ini untuk menolong murid­murid miskin, khasnya di sekolah­sekolah desa. Saya ingin mendapat tabu Kementerian Pendidikan bolehkah meluaskan ke sekolah­sekolah yang adanya muridnya lebih daripada 200 orang murid kerana sekolah-sekolah itu pun adalah murid­murid yang miskin. Bolehkah Kementerian Pendidikan mengadakan

Page 46: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1163 5 APRIL 1988 1164

rancangan makanan untuk 200 orang murid-murid di sekolah-sekolah lebth daripada 200 orang murid.

Tuan Woon See Chin: Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, semenjak tahun 1983 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah disediakan untuk murid-murid di sekolah rendah dengan jumlah bilangan murid 200 orang dan kurang. Murid-murid yang miskin dari sekolah-sekolah rendah yang besar adalah terlibat di dalam Skim Susu Percuma di bawah Program Susu Sekolah. Kementerian Pendidikan sedang mengkaji kemungkinan untuk memperluaskan Rancangan Makanan Tarnbahan ke sekolah-sekolah yang besar dengan taraf kemiskinan sebagai kriteria mernilih murid, sekiranya peruntukan wang dapat ditambah.

L.L.N. DISWASTAKAN

56. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:

(a) adakah dijangka LLN boleh diswastakan; jika ya, bilakah akan dilaksanakan; dan

(b) apakah rancangan LLN untuk meningkatkan prestasi per­khidmatan dan adakah LLN bercadang untuk mengurang­kan kos pembekalan elektrik terutamanya di kilang-kilang.

Tuan Ong Tin Kim: Saya telah menjawab soalan yang sama seperti

· soalan (a) pada 4hb April, 1988. Saya tidak ada maklumat tambahan buat masa ini.

(a) Lembaga Letrik Negara telah, sedang dan akan terus berusaha menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna-pengguna melalui-

(1) Pengurusan ke atas "red tape" dan penggunaan peraturan-peraturan yang

mudah untuk memproses sesuatu permohonan dari­pada pengguna-pengguna.

(2) Membina lebih banyak stesen dan pusat-pusat membaiki kerosakan baik di dalam kawasan bandar mahu pun di luar ban dar.

(3) memperkuatkan lagi sistem pembahagian tenaga kepada pengguna-pengguna.

Kos Pembekalan elektrik kepada pengguna-pengguna adalah dipengaruhi oleh lokasi di mana sesuatu bekalan itu diperlukan. Tetapi bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara Kerajaan telahpun memperkenalkan sistem diskaun ke atas kadar elektrik bagi perusahaan­perusahaan berikut:

1. Hotel 10% 2. Perindustrian . . 20% 3. Tekstil 20% 4. Perlombongan.. 25% 5. Lampu Awam . . 20%

Dengan adanya insentif sedemikian itu maka Kerajaan mengharapkan kilang­kilang pengeluaran di negara ini akan mengambil peluang sepenuhnya.

PENYELUDUPAN MELALUI PENGANGKUTAN UDARA

57. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah benar pengangkutan udara telah m~nja~i saloran penyeludupan senJatapi, dadah, microchip dan sebagainya ke negara ini. Jika benar, apakah tindakan Kerajaan bagi mengatasinya.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Yang Berhormat sedia maklum aktiviti-aktiviti penyeludupan akan berlaku pada mana jua pintu masuk ke

Page 47: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1165 5 APRIL 1988 1166

negara ini sama ada pintu masuk rasmi ataupun sebaliknya seperti kawasan­kawasan pantai ataupun sempadan.

Bagi Lapangan-lapangan Terbang, pihak Kementerian bersama-sama dengan Jabatan Penerbangan Awam dan juga Jabatan-jabatan lain seperti Polis, Kastam dan juga Imigeresen sentiasa mengadakan peraturan­peraturan keselamatan yang tertentu bagi mencegah dan menghalang ke­giatan-kegiatan menjadikan lapangan terbang sebagai saloran penye­ludupan.

Selain daripada mengadakan alat­alat kelengkapan yang berkesan untuk mencegah kemasukan barang-barang penyeludupan ini, pegawai-pegawai keselamatan dan juga pegawai­pegawai dari agensi-agensi berkenaan juga diberi latihan kemahiran bagi membolehkan mereka menjalankan pengawasan serta urusan sistem pemeriksaan yang rapi. Ini termasuklah pemeriksaan ke atas penumpang-penumpang, bagasi, dan barang-barang dalam bentuk kargo yang dibawa masuk ke negara ini.

PENYELIDIKAN BAHAN KOMODITI UTAMA

58. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian bagi mempastikan semua maklumat terperingkat atau basil satu-satu penyelidikan dari bahan komoditi utama kita seperti kelapa sawit tidak dibocorkan kepada pihak­pihak yang tidak perlu mengetahuinya seperti negara-negara pesaing.

Dato' Dr Lim Keng Yaik: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim kerana membangkitkan satu perkara yang memang pun diambil ingatan oleh Kerajaan sejak dahulu lagi.

Malaysia telah mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang penyelidikan di sektor barangan utama khususnya bagi getah asli dan minyak kelapa sawit. Tidak boleh dinafikan bahawa berbagai pihak khasnya negara-negara pesaing ingin mempelajari dan mendapatkan basil penyelidikan yang telah dibuat oleh Malaysia.

Dalam hal ini, Kerajaan sebenarnya sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sebarang basil penyelidikan atau ma~lumat terperingkat bagi komoditi negara ini untuk mempastikan bahawa kepen­tingan industri ini di negara kita ter­pelihara. Ini adalah bertujuan untuk menjamin bahawa Malaysia terus kekal menentukan keupayaan, kebolehan dan kemahiran di dalam pelbagai bidang penyelidikan sama ada di bidang kepala sawit, getah dan sebagainya agar kita dapat meneruskan keupayaan untuk bersaing dengan negara-negara lain.

Di samping itu, sebagai sebuah negara yang ingin mengadakan hubungan baik dengan semua pihak, Kerajaan juga membenarkan sedikit sebanyak maklumat yang boleh diketahui umum untuk disebarkan kepada lain-lain pihak, yang dijangka tidak menjejas kepentingan negara.

Pada akhir kata, usaha-usaha penyelidikan adalah satu perkara yang berterusan dan tidak dimonopoli oleh sesebuah negara sahaja. Maka dengan itu dan di mana yang sesuai Malaysia adalah bekerjasama dengan negara-negara lain dalam pertukaran maklumat-maklumat dan bahan­bahan penyelidikan seperti di bidang getah juga di bidang timah Malaysia bersama dengan negara-negara lain adalah menggalakan penyelidikan sesama dalam meningkatkan · cara perkembangan serta mendapat kegunaan-kegunaan timah yang Iebih luas.

Page 48: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1167 5 APRIL 1~88 1168

UNIVERSITI TEMPATAN-.. BILANGAN TEMPAT

59. Tuan Chan Chong Tak minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada terdapat rancangan untuk menambahkan bilangan tempat­tempat di liniversiti kita untuk penuntut kita supaya dapat mengurangkan bilangan penuntut­penuntut yang pergi ke luar negeri untuk melahjutkan pelajaran mereka. Sekiranya ada, apakah rancangan­rancangan itu. Sekiranya tidak mengapakah tidak, memandangkan dengan langkah ini, kita boleh menjimatkan sejumlah besar wang pertukaran asing yang akan dibelanjakan di luar negeri.

Tuan Woo See Chin: Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat,

. universiti tempatan sememangnya menambah bilangan tempat di universiti-universiti setiap tahun untuk menampung permintaan pelajar yang meningkat. Bagi sesi 198811989 universiti-universiti tempatan telah pun diminta menambahkan pengam­bilan pelajar-pelajar berdasar­kan universiti masing-masing.

KAMPUNG BARU SALAK SOUTH

60. Tuan .Tan Chai Ho minta Perdana Menteri inenjelaskan adakah semua tanah hak milik yang tempohnya telah dan akan tamat tidak lama lagi di kampung baru di Wilayah Persekutuan dibaharui. Apakah syarat telah dikenakan ke atas pemohon hak milik tersebut. Misalnya berapa lama tempoh hak milik akan dilanjutkan. Berapa premiumnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Drs Suleiman bin Mohamed): Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan telah dan sedang menimbangkan permohonan-permohonan untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah di kampung­kampung baru di dalam Wilayah

Persekutuan. Bagi Kampung Baru Salak South dan Penempatan Kaum India di Kampung Pandan, pihak Kerajaan telah pun meluluskan pada tahun lalu permohonan pemberian hakmilik yang baru bagi tanah-tanah tempoh pajakannya yang akan luput. Sementara kampung­kampung baru Jinjang Utara dan Jinjang Selatan, kajian sedang dijalankan dan Kerajaan akan menimbangkan dengan sewajarnya sebaik sahaja kajian tersebut selesai dilaksanakan oleh Pejabat Tanah Daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Berhubung dengan syarat-syarat kelulusan bagi pemberian milik se­mula tanah-tanah yang telah dan akan luput ini, syarat-syaratnya adalah merupakan syarat biasa yang dikenakan bagi sesuatu pem-berian milik tanah dalam Wilayah Persekutuan, iaitu mengandungi satu kadar premium tanah, tempoh pajakan yang baru, cukai tanah, jenis kegunaan tanah, syarat-syarat nyata dan sekatan kepentingan tanah. Lazimnya kadar premium ditentukan berdasarkan latar belakang sejarah sesuatu kawasan atau tanah itu dan juga berpandukan kepada nilai tanah semasa. Bagi tempoh pajakan pula, biasanya selama 99 tahun. Butir-butir lanjut mengenai kelulusan pem­berian milik baru tanah-tanah di kampung baru adalah seperti berikut:

Premium

Salak South Kampung Pan dan

: Kediaman : $1.50 s.k.p. $1.50 s.k.p.

Perdagangan : $13.50 s.k.p.

Tempnh Pajakan : 99 tahun 99 tahun

Cukai Tanah : Kediaman : 2 sen s.k.p. 2 sen s.k.p.

Perdagangan : 18 sen s.k.p.

PELABUHAN LABUAN­PENSW ASTAAN

61. Tuan Tan Chai Ho minta Perdana Menteri menyatakan sama ada berhasrat atau tidak untuk

Page 49: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1169 5. APRIL 1988 1170

menswastakan Pelabuhan Labuan Pertukaran Barang dengan Barang (Barter Trade). Dalam tempoh 1985-1987, berapa jumlah nilai perdagangan pertukaran barang dengan barang tersebut.

Dato' Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Pada masa ini Kerajaan tidak berhasrat untuk menswastakan Pelabuhan Labuan, termasuk jQga Jeti Tukar Barang (Barter Trade) yang sekarang ini di bawah kelolaan Jabatan Laut Malaysia.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, dalam tempoh 1985-1987, nilai perdagangan tukar barang tersebut adalah seperti berikut:

(a) Nilai Impot

1985-$21.62 juta 1986-$ 4.91 juta 1987-$ 1.89 juta

(b) Nilai Eksport

1985-$46.5 juta 1986-$48 juta 1987-$80.7 juta

SISWAZAH MENGANGGUR­LATIHAN

62. Puan Ha,ijah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk memberi latihan yang tertentu kepada siswazah-siswazah yang menganggur supaya mereka boleh mengambil bahagian dalam projek-projek industri kampung pada masa akan datang.

Tuan Abdul Ghafar bin Baba: Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar tidak ada cadangan untuk memberi latihan tertentu kepada siswazah yang menganggur. Bagaimanapun melalui MARA, telah

mengadakan latihan bagi dua kumpulan siswazah yang menganggur untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam bidang perniagaan dan perindustuan termasuk projek-projek industri kampung. Kumpulan yang pertama ialah seramai 28 orang yang diberi latihan termasuk bekerja di kilang­kilang. Tempoh latihan ialah selama lebih kurang 1 Vz bulan bermula pada bulan Mei, 1987. Daripada jumlah siswazah tersebut, 3 orang telah menjalankan industri mereka sendiri. Kumpulan kedua ialah seramai 20 orang dan latihan bermula pada bulan September, 1987. Daripada bilangan tersebut 3 orang telah menjalankan industri mereka sendiri.

Buat masa akan datang, pihak ·MARA sedang merancang untuk mengadakan lebih banyak lagi latihan­latihan sedemikian terutamanya bagi pemegang-pemegang biasiswa MARA yang menganggur.

HAKISAN TEBING PANTAI

63. Tuan Mustafa bin Awang minta Perdana Menteri menyatakan perkara berikut:

(a) apakah rancangan Kemente.rian berkenaan untuk mengatasi hakisan tebing pantai dan sungai di seluruh negara khasnya di Kuala Terengganu, Selatan Dungun, Kemaman, Besut dan Setiu, Terengganu; dan

(b) adakah sebarang perjanjian cadangan bahawa Kementerian Kewangan (Kerajaan Pusat) akan ganti balik wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan­kerajaan Negeri bagi membina benteng untuk mempertahan­kan dari hakisan pantai · dan sungai khasnya Terengganu, dan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Page 50: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1171 5 APRIL 1988 1172

Tuan Othman bin Abdul:

(a) Satu rancangan jangka panjang telab disediakan oleb Kerajaan untuk n'lengatasi masalah hakisan di selurub kawasan pantai di Malaysia. Mengikut satu kajian negara yang telab dijalankan pada tabun 1985, sebanyak 49 kawasan pantai di Malaysia telab ditentukan sebagai mengalami bakisan yang kritikal. Antara kawasan­kawasan pantai tersebut, terdapat 3 kawasan di Negeri Terengganu iaitu kawasan Kuala Terengganu ke Kuala Ibai, Cbendering Selatan dan Dungun Selatan. Peruntukan akan diperolehi di bawab Rancangan Malaysia Kelima bagi membina kerja-kerja kawalan bakisan di kawasan­kawasan yang mengalami bakisan ini.

Buat masa ini, beberapa projek telab dan sedang dilaksanakan untuk mengawal kawasan-kawasan pantai di Malaysia terbadap hakisan dan salab satu projek yang sedang dijalankan ialab di kawasan Cbendering, Terengganu yang melibatkan perbelanjaan sebanyak $5.2 juta.

(b) Bagi soalan (b), tidak ada perjanjian cadangan yang dibuat seperti yang disebutkan oleb Yang Berbormat.

DASAR BELlA NEGARA

64. Dr Nordin Selat minta Menteri Belia dan Sukan memberitahu apakab "Dasar Belia Negara". Adakab ia sudab berjaya dalam mencapai matlamatnya.

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: "Dasar Belia Negara" adalab satu dasar untuk kepentingan masyarakat belia. Dasar yang telab digariskan itu akan menjadi

panduan kepada pibak Kerajaan dan swasta dalam merancang dan melaksanakan program mengikut aspirasi dan keperluan belia. Dasar ini telab diluluskan oleb Kerajaan pada bulan Disember, 1985. Maklumat utama dasar ini ialab "Membina Belia untuk Kesejabteraan Negara". Belia merupakan golongan yang mempunyai citi-ciri keperibadian mengikut peringkat umur dan tahap kematangannya. Justeru itu, satu pembinaan yang sibat perlu diberikan supaya mereka menjadi manusia yang berilmu, beragama, bermoral tinggi, sibat, cergas dan bertanggungjawab. Dengan mempunyai ciri-ciri tersebut akan dapat melabirkan satu tenaga kepimpinan yang berpengetabuan, berkemabiran dan matang untuk mencapai ke arab pembangunan dan kesejabteraan negara.

Setakat mt dasar tm belum mencapai sepenub kejayaan. Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia sedang berusaba bagi menentukan semua pibak memabami betapa pentingnya Dasar Belia Negara ini diwujudkan, terutama sekali agensi­agensi Kerajaan dan swasta supaya dapat memabami aspirasi atau kehendak masyarakat belia. Atas kerjasama dan kesudian semua pibak sama ada Kerajaan atau swasta, dijangka tindakan selanjutnya akan dapat dilakukan sesuai dengan kebendak Dasar Belia Negara. Kestabilan dan kesejabteraan negara akan datang bergantung kepada nilai­nilai keperibadian dan kematangan kepimpinan para belia. Golongan belia wajiblab bersedia untuk meraib segala kemabiran yang perlu untuk berbadapan dengan cabaran-cabaran yang mungkin timbul. Oleb itu adalah penting bagi semua pibak untuk mengbayati konsep dan perlaksanaan Dasar Belia Negara kerana kejayaan dasar ini akan memberi sumbangan yang penting ke arab kesejahteraan negara.

Page 51: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1173 5 APRIL 1988 1174

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN

(PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (4hb April, 1988)

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom menyambung semula ucapan hari kelmarin, terlebih dahulu saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini iaitu Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan menggulung perbahasan atas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) lebih kurang pada jam 4 petang ini.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom menyambung tetapi hendaklah berhenti lebih kurang jam pukul 4 petang nanti. Dipersilakan.

3.34 ptg.

Tuan Haji ·shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung sedikit lagi perbahasan mengenai dengan suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada petang semalam.

Tuan Yang di-Pertua, dalam beberapa Fasal-fasal yang disebutkan sewaktu pembentangan ini dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menyentuh

mengenai perkara pengambilan tanah dan pemulangan tanah daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri. Saya percaya dan yakin ini adalah satu perkara yang akan memberi manfaat sebaik-baiknya kepada kedua-dua belah pihak di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Dan untuk melicinkan pentadbiran negara terutama di dalam beberapa bidang yang di masa-masa yang lalu kita menghadapi beberapa masalah maka daripada kesedaran itulah maka pindaan ini dibawa ke Dewan ini untuk diluluskan supaya kelicinan pentadbiran yang ada hubung-kaitnya dengan pembangunan dan sebagainya, yang ada hubungan dengan tanah sebagai milik Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam pindaan yang lain yang menyebutkan bahawa keputusan Mahkamah Syariah tidak lagi akan dibawa kepada mahkamah sivil sebagaimana yang sudah-sudah. Ini adalah satu keputusan yang amat baik yang dibuat oleh pihak Kerajaan di dalam hendak melaksanakan dan menaikkan taraf Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah-mahkamah Magistrate.

Kita semua maklum bahawa keputusan Hakim Mahkamah Syariah bukan berpandukan kepada undang­undang yang dicipta seperti Perlembagaan yang boleh kita pinda atau boleh kita ubah-ubah apabila kita menghadapi sesuatu masalah.

Hakim Mahkamah Syariah menentukan hukuman sebagaimana yang telah diputuskan di dalam undang-undang syarak. Cuma sekarang ini di dalam undang-undang syarak tidak menyatakan hukuman sepenuhnya sepertimana yang telah ditentukan oleh agama, oleh Al-Quran. Cuma itu sahaja yang men­jadi rungutan kepada orang ramai

Page 52: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1175 5 APRIL 1988 1176

mengapa Mahkamah Syariah tidak memutuskan mengikut hukuman yang telah ditentukan oleh Al-Quran dan Hadis.

Mahkamah Syariah sekarang ini tidak dapat menjatuhkan hukuman bagi orang yang minum arak didera dengan 80 kali sebat misalnya. Orang yang berzina, yang mokhsin dengan hukuman yang tertentu, yang ghaira mokhsin dengan hukuman yang tertentu. Kalau orang yang sudah bersuami atau yang sudah beristeri berzina dan sah didapati berzina ditanam sekerat badan dan direjam sehingga mati. Orang yang belum kahwin dirotan.

Ini tidak dapat dilaksanakan oleh hakim Mahkamah Syariah sepenuhnya kerana beberapa faktor. Tetapi masyarakat, sebahagian daripada masyarakat Islam dalam negara kita menghendaki hukum yang telah ditentukan oleh Islam itu dilaksanakan dan se·karang ini Kerajaan membawa satu pindaan bahawa keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh dirujuk ke Mahkamah Sivil. Jadi, ini adalah satu cabaran kepada para ha~im Mahkamah Syariah untuk menyiapkan, melengkaplCan keduduk.: an Mahkamah Syariah itu supaya setanding supaya akan dipandang tinggi oleh masyarakat Islam sendiri dan ma~yar.akat yang bukan Islam dapat menerima keputusan · Mahkamah Syariah itu sebagai suatu keputusan yang adil mengikut hukum yang telah ditentukan.

Tuan Yang di-Pertua, semalam saya ada menyebutkan beberapa kalimah­kalimah daripada ayat Al-Quran yang meminta kepada kita manusia ini supaya berbuat baik. Maka ini ada hubung kaitnya dengan pindaan terbesar di dalam Fasal 121 Perlembagaan Negara iaitu bidang kehakiman.

1 Tuan Yang di-Pertua, saya ulangi

lagi sepotong ayat suci Al-Quran yang berbunyi: Auzubillah himinasyaitan nirajim. Wabbtaghi fiima aataakallahud daaral aakhirata walaa tansanasiibaka minnaddunya wa ahsin kamaa alisanallaahu ilaika walaa tabghilfasaada fil ardhi innallaaha Ia yuhhibul mufsidin.

Kita membuat satu undang-undang kerana Dewan ini adalah badan perundangan yang akan memutuskan satu-satu undang-undang untuk negara, undang-undang dibuat adalah untuk kebajikan manusia, untuk kebajikan umat, untuk kebajikan rakyat. Dalam pada itu: Wabbtaghi fiima aataakallaahud daaral aakhira. Kita mencipta undang-undang hari ini bahawa di hari akhirat besok undang­undang yang kita cipta ini akan ditanya dari akhirat.

Saya tidak mahu saya ditanya: Hei, Haji Shaharom, kenapa engkau luluskan undang-undang ini menekan orang. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu menanggung risiko di akhirat besok.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengingatkan kepada satu rencana yang ditulis oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada tahun 1970. Di dalam sebuah buku Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir yang mana buku itu pernah diharamkan dan sekarang sudah dihalalkan iaitu buku "Malay Delimma", dalam mukasurat 13. Di mukasurat 13 dalam buku "The Malay Dilemma" itu saya ambil sebahagian atau saya fokuskan: Bahawa sidang­sidang Parlimen hendaklah jangan digunakan untuk meminda Perlembagaan kerap sangat atau selalu sangat kerana kalau pindaan dibuat selalu sangat akan menjatuhkan tarat undang-undang yang djputuskan itu sebagai lembaran kertas yang tidak berguna.

Page 53: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1177 5 APRIL 1988 1178

Tetapi saya percaya, Tuan Yang di-Pertua, sejak Disember tahun berapa-sewaktu kita krisis Perlembagaan, ini baru pindaan besar yang kita buat dan saya yakin bahawa pindaan yang dibuat terhadap Perlembagaan di Parlimen iaitu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini ialah apabila berlaku sesuatu masalah yang dianggap boleh meruncingkan kedudukan pemerintah, kedudukan Kerajaan, kedudukan kehakiman, keadaan negara.

Hari ini sahaja berlaku beberapa peristiwa yang semua rakyat boleh baca dalam suratkhabar pasaran saham sudah jatuh. Jadi, kita tidak mahu keadaan ini berterusan. Kita tidak mahu nilai saham di Bursa Saham itu jatuh, jatuh, jatuh, kita tidak dapat hendak menaikkan keadaan ekonomi negara kita lebih baik, lebih ke depan untuk faedah negara dan rakyat. J adi, pindaan kali ini saya rasa sesuai dengan keadaan yang memerlukan perkara yang besar yang akan dipin9a yang telah dibawa pembentangannya ialah Perkara 121 Kuasa Kehakiman bagi Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, sewaktu membentangkan Akta ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menyebut: Kerajaan sedar tentang perlunya kebebasan kehakiman di negara kita ini. Kebebasan Kehakiman yang terdapat di negara ini diperakui dan dihormati di kalangan dunia antarabangsa. Kerajaan mahukan keadaan itu diteruskan dan tidak sekali-kali berminat untuk mempengaruhi pihak Kehakiman supaya menyebelahi Kerajaan. Kerajaan akan terus menghormati semua keputusan mahkamah tanpa mengira sama ada ia menang ataupun kalah dalam kes-kes tertentu yang dibawa ke mahkamah.

Setakat ini, Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak salah ingatan saya Kerajaan sudah kalah tidak kurang sepuluh kali di dalam beberapa kes

yang dibawa ke mahkamah. Dalam kes-kes pilihanraya, misalannya. Tuan Yang di-Pertua, itulah demokrasi, itulah demokrasi ala Malaysia yang diamalkan oleh negara kita, demokrasi yang disetujui oleh rakyat, rakyat dalam negara ini seramai hampir 16 juta mendokong demokrasi berperlembagaan ini. Ada dewan Perundangannya, dan Eksekutifnya, ada badan Kehakimannya. Maka kalau di antara badan-badan yang telah diberi amanah oleh rakyat ini, saya ulangi lagi sekali berlaku berantakan maka yang akan menerima akibah ialah rakyat. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati terpijak. Kalau di antara badan Kehakiman dengan badan Eksekutif dan satu lagi badarr Perundangan ini berantakan maka yang akan menerima kesan ialah rakyat. Apabila harga saham turun rakyat ramai akan menghadapi risikonya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu membentangkan Akta Pindaan Perlembagaan ini di Dewan Rakyat beberapa hari yang lalu, Perdana Menteri meminta supaya pihak Kehakiman menumpukan per­hatiannya kepada keadilan dengan tidak memihak kepada sesiapa dan tidak terlibat dengan parti-parti politik.

Saya tidak tabu sejauh mana keaoaan ini berjalan dalam negara kita. Jadi, kalau kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam Dewan Rakyat sewaktu membawa Pindaan Perlembagaan ini telah menyatakan demikian, ini adalah satu perkara yang saya sendiri memikirkan, Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam negara kita kerana salah takrif, kerana salah pengertian di antara penggubal undang-undang dengan pihak Kehakiman maka berlaku berantakan, ini tidak patut.

Page 54: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

.. ~

1179 5 APRIL 1988- 1180

Dalam AI-Quran Iagi mengajar kita, ertinya: Tanya kepada ahlinya kalau kamu tidak terang, tak jelas. Jadi, ertinya musyawarah itu mesti terus berjalan di antara ketiga-tiga badan ini, di antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.

Kita menggalakkan orang di bawah berdialog, bersemuka dua hala di antara rakyat dengan Wakil Rakyat dengan pegawai Kerajaan, Tok Penghulu dengan Ketua Kampung, kita menggalakkan supaya diadakan majlis terbuka bersemuka, keluarkan isi hati, jangan terpendam, keluarkan isi dada dan isi kepala. Orang selalu bercakap saya akan kt:luarkan apa yang ada dalam perut habis-habisan, busuk, jawabnya.

Orang lupa, orang kalau emosi dia kata apabila aku berdepan dengannya aku akan keluarkan habis-habisan apa yang tersimpan dalam perut. Yang dalam perut "tahi", keluarkan busuk. Inilah jadi berantakan. Kita mesti gunakan "kalau berdepan akan dikeluarkan apa yang tersimpan di kepala dan di hati, itu yang murni. Tetapi kerana tidak ada dailog, kerana tidak ada bersemuka di antara badan­badan yang mempunyai kuasa tertinggi dalam negara kita, maka timbul berantakan. Timbul berantakan sepertimana yang saya katakan semalam, Tuan Yang di­Pertua, kerana adanya hukuman­hukuman yang dijatuhkan tadi dan kerana timbul sebagai contoh membuat tuduhan bahawa Menteri bertindak dengan sewenang­wenangnya dan berniat buruk. Ini berantakanlah, berantakan di antara 2 badan yang mempunyai kuasa, yang satu rilenentukan keadilan, kemudian apabila hendak menuntut keadilan tadi tuduh orang lain buat tidak betul. Orang ini pula kata yang dia tidak tahu hendak jatuh hukum, yang di sini pula kami sudah buat hukuman macam ini, awak tidak baca betul:betul. Jadi yang duduk dalam Dewan ini, Dewan

Rakyat dan Dewan Negara, kita sudah putuskan, berbahas, kita sudah nasihatkan, buat teguran supaya berundingan, bertanya, apa salahnya. Undang-undang ini tuan enterprestasinya apa! Apa salahnya.

Kita tidak akan mencemar sesiapa, kita tidak akan memalukan sesiapa, kerana Nabi berpesan: "Jangan beri malu orang, nanti di akhirat engkau akan diberi malu berlipat ganda". Sebab itu dikatakan tadi: "wa-ahsin kamaa ahsanallaahu ilaika", ertinya "Berbuat baiklah engkau sesama manusia, nanti Allah akan berbuat baik kepada engkau sepertimana Allah telah berbuat baik kepada engkau". Ini firman Allah. Jadi, kalau kita mengingat itu, Tuan Yang di­Pertua, setiap undang-undang yang berindukkan, beribukan kepada Perlembagaan 101 masing-masing mentafsirkan mengikut kehendak masing-masing tidak ada musyawarah namanya, tidak ada syura bainahum, kerana masing-masing menganggap masing-masing lebih daripada yang lain. Ini sikap manusia biasa yang menganggap dirinya lebih dari orang lain.

Jadi, dalam hal ini, Tuan Yang di­Pertua, dalam perkara yang samar­samar inilah maka pindaan kepada Perlembagaan yang besarnya dalam Perkara 121 ini dibawa untuk dijelaskan lagi. Kerana saya kata semalam juga bahawa saya bukan orang undang-undang, saya tidak akan menyebutkan fasal demi fasal, ceraian demi ceraian dalam · Perkara 121, menentukan · mahkamahkah, menentukan hakimkah, itu terserah nanti kepada enterpretasi, penafsiran mereka yang akan melaksanakannya.

Apa yang saya fikirkan bahawa perkara ini, apa yang saya renongkan perkara ini adalah perkara yang baik kerana undang-undang kita bertulis, kita tidak menggunakan undang­undang yang tidak bertulis, kita

Page 55: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1181 5 APRIL 1988 1182

menggunakan undang-undang yang bertulis hitam di atas putih, terang, jelas. Tidak munasabah pada hari ini kita pinda, tidak munasabah dalam saat sekarang, kita pinda undang­undang kecilnya. Untuk meminda Perlembagaan sepertimana kehendak Yang Amat Berhormat Perdana

! Menteri tidak akan berulang selalu­selalu, kerana nanti Perlembagaan atau undang-undang itu akan menjadi kertas yang tidak ada faedah. Kita tidak mahu kalau satu-satu pindaan undang-undang itu dibuat untuk kepentingan satu-satu golongan, kita mahu pindaan itu untuk keadilan umat sejagat. Sejagat-sejagat kita di Malaysialah bukan satu dunia. Untuk kepentingan umat kita, rakyat kita, . untuk kepentingan negara kita, untuk kelicinan pentabdiran dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah atau bidang kehakiman ini satu bidang yang selama ini dalam negara kita seolah-olah satu kelompok manusia yang dipagar oleh tembok tinggi yang orang lain tidak boleh tabu, kerana penjajah mendidik orang Malaya supaya gerun kepada 1-iakim, gerun kepada Mahkamah, apa lagi kalau Mahkamah Tinggi. Seolah-olah Mahkamah itu satu bangunan dan satu kelompok manusia yang ditembok dengan tembok tinggi, yang orang luar tidak tabu apa yang berlaku di dalamnya, kecuali apabila Black Maria sudah keluar daripada tempatnya. lni berlaku berpuluh­puluh tahun lamanya, tetapi hari ini apabila berlaku peristiwa-peristiwa dalam negara yang kita tidak duga selama ini, keadaan ini sudah terbuka, terbentang kepada orang ramai, orang di warung-warung kedai kopi, budak­budak yang main snooker, yang kita hebohkan itu pun sudah baca; apa sudah jadi dengan bidang-bidang ini, bidang Kehakiman dalam negara kita ini. Wibawa Menteri disentuh, wibawa Kehakiman disentuh, wibawa Dewan­dewan Perundangan Negeri disentuh.

Apakah ini kemajuan kita berfikir, apakah ini kerana seolah-olah kita sudah sampai kepada satu tahap tamadun yang tinggi sehingga kita membawa, memaparkan perkara­perkara yang selama ini menjadi rahsia. Bukannya rahsia sulit Kerajaan, maknanya orang awam tidak tabu. Jadi, hari ini orang pertikaikan. Oh! keadaannya begini rupanya. Oh! ini yang berlaku di bidang ini; Oh! ini keadaannya, patutlah macam ini, maka timbul sudahlah! Sampai luar pun boleh cakap: alah! hakim pun boleh dibeli. Ini kes mesti Kerajaan menang, dia makan gaji. Kes ini Kerajaan kalah, ini undang-UJldang silap.

Biasanya, Tuan Yang di-Pertua, apabila satu-satu undang-undang mahu dipinda, terutama Per­lembagaan, biasanya yang sudah­sudah dalam negara kita ini ada satu kumpulan lagi manusia dari peguam­peguam yang bijak, dikatakan Bar Council, dipanggil orang ini ditinjau fikirannya. Ini saya ingin tanya kepada Kerajaan, adakah di dalam hal ini juga pihak Bar Council telah ditanya kerana saya sudah dengar bahawa pihak Bar Council tidak puas hati dan akan bawa ke Mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah den gar, dengar desus menyatakan mereka tidak puas hati kerana ini menekan satu pihak, menguntungkan satu pihak. Ini saya tidak tabu. Saya sampaikan dalam Dewan ini untuk dipertimbangkan untuk pihak Kerajaan bersedia pula untuk menyelamatkan perkara ini. Jadi sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini kita tidak mahu menyatakan banyak-banyak perkara seperti mana siswazah menganggur, kalau orang ini buat kumpulan, apa akan jadi. Jawapannya tidak ada apa­apa. Tetapi berita dan sudahpun dibentuk jawatankuasa penaja bahawa mereka ini akan menubuhkan satu parti politik. Daripada kalangan

Page 56: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1183 5 APRIL 1988 1184

siswazah · penganggur, pensyarah­pensyarah, golongan akademik akan menubuhkan parti politik yang dinamakan PINTAR. Kita orang politik merenung jauh ke hadapan, tengok apa yang akan berlaku. Inilah keadaannya.

Begitulah, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan-pindaan ini, namun beberapa perkara yang saya tanya tadi dapat penjelasan sebaik­baiknya supaya Kerajaan dapat bersedia di dalam menghadapi masalah-masalah ini.

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan yang ada pada Ahli-ahli Dewan Negara ini adalah Perlembagaan yang lama, buku yang lama, yang sudah menghadapi beberapa perubahan. Apa salahnya kalau Ahli-ahli Dewan Negara ini diberi satu naskhah buku Perlembagaan negara yang terbaharu yang mengandungi pindaan-pindaan yang terbaharu. Sepatutnya ada pada kami di sini. Saya pin jam dan yang ada pada saya adalah edisi tahun 1970, patutlah Perkara 121 di sini pada saya elok, rupanya apabila buka buku yang baru sudah kurang elok, maka dipinda hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk diluluskan di Dewan yang mulia ini. Sekian dan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya jemput Menteri yang berkenaan untuk menjawab.

4.01 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli

Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan dengan pindaan Perlembagaan yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada petang semalam.

Seramai 10 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang­undang ini. Kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang U ndang­undang ini semuanya menyokong penuh cadangan Kerajaan meminda Perlembagaan tersebut dengan tujuan­tujuan seperti yang dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semalam.

Semasa perbahasan tersebut Ahli­ahli Yang Berhormat nampaknya telah membahaskan secara bersungguh-sungguh serta menge-mukakan hujah-hujah sokongan mereka. Beberapa cadangan, teguran dan syor-syor juga telah dikemukakan. Kerajaan sekali lagi mengucapkan setinggi-tl.nggi terima kasih atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi itu.

Dalam tempoh perbahasan tersebut kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh mengenai Perkara 83 hingga 86 dan Perkara 121. Tuan Yang di-Pertua, mengenai Perkara 121, Yang Berhormat Senator Azman Atar bin Othman dan Yar1g Berhormat Haji Shaharom menggesa supaya Hakim-hakim Mahkamah Syariah diberi tempat yang sewajarnya. Saya suka menjelaskan, usaha-usaha telahpun dijalankan untuk memperkemaskan sistem pentadbiran Mahkamah Syariah dan meletakkan Hakim-hakim Syariah di tempat yang sewajarnya. Pusat Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah badan yang menyelaraskan usaha ini, manakala pelaksanaannya adalah secara berperingkat-peringkat.

Page 57: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1185 5 APRIL 1988 1186

Untuk meningkatkan kecekapan Hakim-hakim tersebut dan menjamin keyakinan orang ramai, Hakim-hakim tersebut telah dihantar ke Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur.

Yang Berhormat Senator R. M. Jasni menyentuh tentang dakwaan pihak yang menentang pindaan yang mendakwa pihak Mahkamah dan Kehakiman kononnya tidak lagi mempunyai kuasa untuk mentakrif mana-mana undang-undang negara. Beliau menyokong pindaan dengan menyatakan memberi kebebasan kepada para Hakim mentakrifkan undang-undang yang terlalu luas dan hak mentakrifkan pembatasan itu yang dipersoalkan dan perlu diiktirafkan semula oleh kuasa Perlembagaan Kerajaan memang bersetuju dengan pandangan ini.

Yang Berhormat Senator Chan Choong Tak inginkan penjelasan apakah kesannya kalau perkataan "judicial powers" dimansuhkan dan bagaimana kedudukan mentakrif undang-undang. Perlu ditegaskan di smt, Kerajaan tidak bercadang memindahkan kuasa Kehakiman kepada pihak lain. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, tujuan pindaan ini ialah untuk membolehkan supaya sesetengah negara yang dianggap terletak dalam bidangkuasa Eksekutif atau Perundangan tidak dipertikaikan di mahkamah.

Mengenai Perkara 83 hingga 86 iaitu mengenai tanah pula, Yang Berhormat Senator Tuan Douglas Sullang meminta penjelasan mengapa tanah rizab boleh dipajakkan kepada orang lain di bawah Perkara baru 85 (4). Kenyataannya ialah tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud Persekutuan itu, mungkin dapat digunakan dengan lebih mencapai maksud Persekutuan itu atau maksud­maksud yang bersampingan

dengannya jika kegunaan tanah itu dibenarkan kepada orang lain selain daripada Kerajaan Persekutuan sendiri. Pencapaian maksud Kerajaan Persekutuan untuk mana-mana tanah itu dirizabkan tidaklah semestinya perlu dilakukan oleh pihak Kerajaan Persekutuan sendiri, tetapi boleh juga dilakukan melalui pihak lain. Kadangkala tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud Persekutuan itu mungkin tidak dapat digunakan serta merta oleh Kerajaan Persekutuan untuk maksud Persekutuan itu. Untuk mengelakkan tanah itu daripada terbiar sahaja, tanah itu sepatutnya boleh dibenarkan untuk digunakan bagi maksud-maksud lain dengan cara memajakkan kepada orang lain. Tanah itu, walau bagaimanapun, akan tetap menjadi tanah rizab dan kebenaran untuk menggunakan bagi maksud lain itu adalah untuk tempoh tertentu sahaja dan adalah dikawal oleh syarat-syarat yang akan dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pertanyaan oleh Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King dan juga Yang Berhormat Tuan Chan Choong Tak sama ada Kerajaan Negeri terutama sekali negeri Sarawak dan negeri Sabah telah bersetuju dengan pindaan-pindaan kepada Perkara 83, 86 dan juga Perkara 121, perlu dijelaskan di sini bahawa tidak ada syarat dalam Perlembagaan yang memerlukan persetujuan negeri­negeri bagi pindaan-pindaan kepada Perkara 83 dan 86. Ahli Yang Berhormat itu mengaitkan pertanyaannya kepada Perkara 161E (2) (c) tetapi Perkara tersebut memerlukan persetujuan negeri Sabah dan Sarawak hanya jika pindaan itu menyentuh bidangkuasa badan perundangan negeri untuk membuat undang-undang menurut Senarai Perundangan dalam Jadual Kesembilan. Pindaan kepada Perkara 83 hingga 86 tidak menjejaskan kuasa

Page 58: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1187 5 APRIL 1988 1188

Kerajaan Negeri untuk membuat undang-undang mengen::ti hal ehwal tanah.

Mengenai Perkara 121, adalah dimaklumkan bahawa kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah telah pun memberikan persetujuarr mereka mengenai cadangan meminda. Perkara 121. Oleh yang demikian, kita berharap supaya penjelasan ini adalah memuaskan dan saya juga berharap supaya Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh mengenai persetujuan negeri-negeri terutama sekali Sarawak dan Sabah mengenai pindaan Perlembagaan ini telah pun dijelaskan dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, ·saya ingin merakamkan sanjungan tinggi saya dan Kerajaan atas kesungguhan dan minat Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan ini. Semua perkara yang dibangkitkan sama ada teguran, pandangan, syor­syor amatlah bernilai bagi Kerajaan. Saya juga memohon maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian tetapi tidak disebut dalam ucapan saya tadi, bahawa seperti saya sebut awal-awal ucapan, pandangan dan hujah yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat itu kebanyakannya memperakukan sokongan kepada daya usaha Kerajaan ini supaya lebih bersemangat mentadbirkan negara dengan lebih bersih, cekap dan amanah. Walau bagaimanapun, semua cadangan-cadangan dan teguran­teguran yang telah _diutarakan itu telah pun dicatatkan dan diambil perhatian oleh Kerajaan. Cadangan­cadangan dan pandangan-pandangan yang diutarakan itu, terutama sekali kepada Saudara Yang Berhormat Senator Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom, Puan Ainon Ariffin dan beberapa Ahli yang lain telah pun dicatatkan dan kita akan mengambil

ingatan atas semua teguran-teguran dan jtfga cadangan-cadangan yang telah diberikan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembagaan, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) m1 memerlukan sokongan pada bacaan kali yang kedua dan ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada 2/3 dari jumlah bilangan Ahli-ahli Majlis Dewan ini. Oleh kerana itu Majlis Dewan ini akan mengadakan belah bahagian sekarang. Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit.

Loceng dibunyikan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Penghitung Undi, sila ambil tempat Yang Berhormat masing-masing. ·

Dewan berbelahbahagi.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak mengumumkan keputusan pengundian: Yang Bersetuju, 58 orang. Ini bermakna lebih daripada 2/3. (Tepuk)

YANG BERSETUJU:

1. Y.B. Tuan Haji Hussein bin Ahmad

2. Y.B. Tuan Mohamed Farid bin Ariffin

3. Y.B. Datuk Abang Haji Ahmad Urai bin Datuk Hakim Abang Haji Mohiddeen

4. Y.B. Tuan R. M. Jasni

5. Y.B. Tuan Paramjit Singh

6. Y.B. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom

Page 59: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1189 5 APRIL 1988 1190 Haji 7. Y.B. Tuan Haji Jaafar bin Haron

8. Y.B. Tuan Stephen ~imothy Wan Ullok

9. Y.B. Puan Rokiah @ Maimun binti Zainuddin

10. Y.B. Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim

11. Y.B. Tuan Haji Abu Bakar bin La jim

12. Y.B. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said

13. Y.B. Tuan Tiong Hiew King 14. Y.B. Tuan Hassan bin Nam

15. Y.B. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif

16. Y.B. Dato' Dr K. S. Nijhar 17. Y.B. Puan Mazidah binti Haji

Zakaria 18. Y.B. Puan Hajjah Rogayah binti

Che Mat 19. Y.B. Tuan Chan Choong Tak

20. Y.B. Tuan Mohd. Noor ·bin Bedah

21. Y.B. Datuk Haji Nasir bin Haji Manap

22. Y.B. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahya

23. Y.B. Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang

24. Y.B. Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah

25. Y.B. Tuan Bee Yang Sek 26. Y.B. Puan Ainon binti Ariffin

27. Y.B. Mustafa bin Awang 28. Y.B. Tuan Haji Abdul Majid bin

Haji Abdullah 29: Y .B. Tuan Lim Heng Tee 30. Y.B. Tuan Foo Boon Liang 31. Y.B. Tuan Douglas Sulang Anak

Ganda 32. Y.B. Tuan Azumu bin Tak

33. Y.B. Tuan G. Rajoo 34. Y.B. Puan Hajjah Salbiah binti

Mohd. Akim

35. Y.B. Tuan Dahalan bin Em bun

36. Y.B. Tuan Ng Peng Hay

37. Y.B. Dr Ng Khek Kiung

38. Y.B. Tuan Koh Im Pin

39. Y.B. Tuan Hassan bin Harun

40. Y.B. Tuan Haji Abdul Manap bin Hashim

41. Y.B. Tuan Tan Chai Ho 42. Y.B. Puan Habidah binti Jusoh

@ Yusof

43. Y.B. Tuan Lau Keng Siong 44. Y.B. Tuan Haji Abdul Hamid

Araby bin Haji Md. Salih

45. Y.B. Puan Norani binti Beluah @ Haji Hitam

46. Y.B. Tuan Pandikar Amin bin Haji Mulia

47. Y.B. Dato~ Mak Hon Kam

48. Y.B. Tuan M. Sangaralingam

49. Y.B. Puan Valli Muthusamy 50. Y.B. Tuan C. Krishnan

51. Y.B. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak

52. Y.B. Dato Tan Peng Khoon 53. Y.B. Puan Law Jack Yoon

54. Y.B. Dr Nordin Selat

55. Y.B. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd Salleh

56. Y.B. Tuan Azman Atar bin Othman

57. Y.B. Tuan Haji Syed Abdul Hamid bin Sagaff

58. Y.B. Dr Tan Chong·Keng

YANG TIDAK BERSETUJU:

Tiada

YANG TIDAK MENGUNDI:

Tiada

Rang Undang-undang dibl;lcakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatan_kuasa.

Page 60: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1191 5 APRIL 1988 1192

Dewan bersidang sebagai J awatankuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mempenge­rusikan J awatankuasa)

Fasall hingga 12 diperintahk~n jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula. Bacaan Kali Yang Ketiga

Tuan Kasitah bin Gadam: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang­undang bernama suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah dibentangkan dalam Jawatan­kuasa dan telah dipersetuju­kan tanpa pindaan.

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini · dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men yo kong.

Tuan Yang di-Pertua: Masalah ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Majlis mesyuarat akan mengadakan berbelahbahagian sekali lagi.

Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit.

Loceng dibunyikan.

Dewan berbelahbahagi.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghitung undi, sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang Berhormat.

Undian dijalankan sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak mengu~umkan keputusan pengundian tadi: Yang Bersetuju, 58 (Tepuk); Yang Tidak

Bersetuju, Tiada (Tepuk). Lebih suara yang bersetuju. Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. (Tepuk)

YANG BERSETUJU:

1. Y.B. Tuan Haji Hussein bin Ahmad

2. Y.B. Tuan Mohamed Farid bin Ariffin

3. Y.B. Datuk Abang Haji Ahmad Urai bin Datuk Hakim Abang Haji Mohiddeen

4. Y.B. Tuan R. M. Jasni

5. Y.B. Tuan Par.amjit Singh 6. Y.B. Tuan Haji Shaharom bin

Haji Maasom

7. Y.B. Tuan Haji Jaafar bin Haron 8. Y.B. Tuan Stephen Timothy

Wan Ullok 9. Y.B. Puan Rokiah @ Maimun

binti Zainuddin 10. Y.B. Lt. Kol. (B) Abdul Hamid

bin Ibrahim 11. Y.B. Tuan Haji Abu Bakar bin

La jim 12. Y.B. Puan Hajjah Azizah binti

Haji Mohd. Said 13. Y.B. Tuan Tiong Hiew King

14. Y.B. Tuan Hassan bin Nam 15. Y.B. Tuan Haji Abdul Hamid

bin Haji Latif 16. Y.B. Dato' Dr K. S. Nijhar . 17. Y.B. Puan Mazidah binti Haji

Zakaria 18. Y.B. Puan Hajjah Rogayah binti

Che Mat 19. Y.B. Tuan Chan Choong Tak 20. Y.B. Tuan Mohd. Noor bin

Bedah

21. Y.B. Datuk Haji Nasir bin Haji Manap

22. Y.B. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahya

Page 61: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1193 5 APRIL 1988 1194

23. Y.B. Tmin Haji Ibrahim bin Haji Ujang

24. Y.B. Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah

25. Y.B. Tuan Bee Yang Sek

26. Y.B. Puan Ainon binti Ariffin

27. Y.B. Mustafa bin Awang

28. Y.B. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah

29. Y.B. Tuan Lim Heng Tee

30. Y.B. Tuan Foo Boon Liang

31. Y.B. Tuan Douglas Sulang Anak Ganda

32. Y.B. Tuan Azumu bin Tak

33. Y.B. Tuan G. Rajoo

34. Y.B. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim

35. Y.B. Tuan Dahalan bin Haji Em bun

36. Y.B. Tuan Ng Peng Hay

37. Y.B. Dr Ng Khek Kiung

38. Y.B. Tuan Koh Im Pin

39. Y.B. Tuan Hassan bin Harun

40. Y.B. Tuan Haji Abdul Manap bin Hashim

41. Y.B. Tuan Tan Chai Ho 42. Y.B. Puan Habidah binti Jusoh

@ Yusof

43. Y.B. Tuan Lau Keng Siang

44. Y.B. Tuan Haji Abdul Hamid Araby bin Haji Md. Salih

45. Y.B. Puan Norani binti Beluah @ Haji Hitam

46. Y.B. Tuan Pandikar Amin bin Haji Mulia

47. Y.B. Data' Mak Han Kam

48. Y.B. Tuan M. Sangaralingam

49. Y.B. Puan Valli Muthusamy

50. Y. B. Tuan C. Krishnan

51. Y.B. Tuan Mohd. Wajdi bin Data' Haji Ishak

52. Y.B. Data Tan Peng Khoon

53. Y.B. Puan Law Jack Yoon

54. Y.B. Dr Nordin Selat 55. Y.B. Puan Hajjah Rosnah binti

Haji Mohd Salleh

56. Y.B. Tuan Azman Atar bin Othman

57. Y.B. Tuan Haji Syed Abdul Hamid bin Sagaff

58. Y.B. Dr Tan Chong Keng

YANG TIDAK BERSETUJU:

Tiada YANG TIDAK MENGUNDI:

Tiada

Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN

(1987) Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali kedua sekarang". (1hb April. 1988)

Perbahasan disambung semula.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, perbahasan atas Rang Undang-undang Perbekalan ini yang telah ditangguhkan dahulu sekarang sambung semula. Dijemput Yang Berhormat Dr Tan Chong Keng menyambung ucapanrrya.

4.31 ptg.

Dr Tan Chong Keng: Tuan Yang di­Pertua, terima kasih diucapkan lagi untuk saya meneruskan ucapan perbahasan · · Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 1987.

Saya sudah membuat perhatian bahawa peruntukail tambahan yang akan diberikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan itu sangat kurang. Oleh kerana Suruhanjaya

Page 62: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

....

1195 5 APRIL 1988 1196

Perkhidmatan Pendidikan itu adalah bertugas untuk menjaga kerja seperti perjawatan, perlantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat dan lain­lain perkara seperti pencen dan sebagainya. Saya ingin bertanya adakah benar atau tidak kerana kekurangan peruntukan itu maka ada berbagai-bagai masalah yang timbul dalam bahagian penggajian, memberi gaji, kenaikan pangkat dan sebagainya yang berlaku di golongan guru-guru, pensyarah-pensyarah dan sebagainya. Walaupun guru-guru yang terlatih daripada Maktab-maktab Perguruan itu sudah mempunyai kelayakan akademik yang diiktirafkan dan juga kelayakan iktisas apabila mereka lulus peperiksaan mereka.

Apabila mereka masuk ke dalam perkhidmatan pendidikan, mereka masih perlu ditemuduga dan diletakkan ke dalam perkhidmatan sementara, selepas itu perkhidmatan Kategori C2, Cl atau 02 dan Dl masing-masing. Penangguhan masa timbul apabila mereka menunggu giliran mereka untuk mendapat peluang temuduga oleh SPP atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pen-didikan itu. Penangguhan itu kadang-kadang boleh mengambil masa lebih kurang satu tahun. Ini tidak begitu memuaskan kepada pihak golongan guru kerana ada orang mengatakan selalunya tarikh permulaan masuk tanggagaji kategori tertentu itu adalah berkaitan dengan tarikh temuduga dan kalau guru-guru itu ditemuduga pada satu tarikh yang lewat, maka gaji permulaan di bawah skim perkhidmatan tetap itu akan dimulakan pada satu tarikh yang merugikan golongan guru itu.

Masalah ini adalah serius juga untuk guru-guru yang sedang berkhidmat dan guru-guru itu sudahpun disahkan dalam jawatan mereka masing-masing sama ada dalam kategori Cl atau C2. Selepas mereka diberi kebenaran untuk mengikuti kursus-kursus, seperti kursus luar · kampus USM

ataupun kursus Universiti London, selepas mereka mendapat ijazah pula, mereka perlu menunggu iklan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Kategori Dl atau D2 dalam suratkhabar. Kalau iklan itu tidak keluar, mereka tidak boleh memohon kenaikan pangkat sampai kategori Dl atau D2 masing-masing. Dengan penangguhan masa itu lagi, mereka kena tunggu. Prinsip yang kita mesti pegang adalah begini. Kalau golongan guru itu sudahpun diletak dalam jawatan yang disahkan, apabila mereka mendapati satu kelayakan akademik yang lebih tinggi lagi, mereka itu masih guru yang telah disahkan dalam jawatan. Jadi sebarang kenaikan pangkat itu saya harap boleh dijalankan secara otomatik, bila keputusari peperiksaan ataupun ijazah itu didapati ataupun diberitahu kepada pihak SPP itu. Saya tidak berharap SPP itu menjadi satu badan penghalang kenaikan pangkat guru-guru ini kerana tugas SPP itu adalah semata-mata untuk melicinkan kerja pengurusan, pentadbiran dan sebagainya dalam perkhidmatan pendidikan. •

Saya rasa ada satu bahagian yang su.dah diketepikan oleh SPP itu iaitu golongan pensyarah-pensyarah daripada Maktab-maktab Perguruan. Golongan itu adalah dipanggil sebagai Pensyarah-pensyarah tetapi dalam skim tanggagaji dan sebagainya mereka semata-mata dipanggil Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran ataupun Pendidikan, sama juga dengan guru-guru yang bertugas dalam sekolah-sekolah menengah. Golongan Pensyarah itu ada yang mempunyai kelayakan STPM, SPM ataupun ijazah lanjutan dan sebagainya dan mereka itu semua sudahpun mempunyai pengalaman pengajaran lebih daripada 5 tahun sebelum mereka dilantik menjadi Pensyarah Maktab Perguruan. Tetapi malangnya tanggagaji mereka itu adalah sama dengan guru sekolah

Page 63: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1197 5 APRIL 1988 1198

menengah. Mereka itu . mengalami satu anomali gaji bila dibandingkan dengan Pensyarah-pensyarah ITM atau Pensyarah-pensyarah Universiti.

Bagi makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pensyarah­pensyarah ITM itu boleh bermula dengan kelayakan Sarjana Muda Sains atau Sastera tanpa Diploma Pendidikan dan tanpa pengalaman mengajar di sekolah. Mereka akan bertugas dalam ITM selama 5 tahun, selepas itu tanggagaji mereka akan dinaikkan ke tanggagaji yang kanan­Kategori Dl, Tingkatan Kanan. Manakala rakan-rakan pensyarah di Maktab Perguruan itu sudahpun mempunyai 5 tahun pengajaran di sekolah sebelum mereka masuk ke maktab. Selepas masuk ke maktab, mereka terus mengikuti tanggagaji Tingkatan Biasa, kategori Dl, sampai ke maksimum tanggagaji tersebut, tetapi tidak ada mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat kepada Tingkatan Kanan kecuali mendapati tempat-tempat kenaikan pangkat seperti menjadi Ketua Unit, Ketua Jabatan atau Naib Ketua sahaja. Pacta hal tempat-tempat kenaikan pangkat ke Jawatan Pentadbiran itu adalah kekurangan sangat di antara maktab­maktab itu, maka kita dapati baliawa ada banyak Pensyarah Maktab Perguruan yang sudahpun sampai ke maksimum tanggagaji mereka dalam Tingkatan Biasa, kategori Dl dan sedang menunggu untuk masa bersara sahaja dengan tidak ada harapan lagi akan kenaikan pangkat sekalipun.

Kalau kita mengikuti apa yang dikatakan oleh Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan itu menggalakan Pensyarah-pensyarah Makta!> Per­gunian untuk membuat pe­nyelidikan akademik untuk me­majukari pengetahuan mereka dan juga memajukan pengetahuan iktisas mereka, tetapi tidak diberikan sebarang ketega~n atau galakan ke atas kerja penyelidikan mereka

ataupun kerja kemajuan iktisas mereka. Berbanding dengan golongan pensyarah ini, kita dapati bahawa pensyarah-pensyarah universiti bila mereka masuk ke dalam universiti, selepas 5 tahun sahaja mereka akan naik terus ke dalam Tingkatan Kanan, kategori Dl dan seterusnya naik sehingga Superscale "G". Kita dapati bahawa golongan Pensyarah­pensyarah · Maktab Perguruan itu adalah satu golongan yang bukan dianggap sebagai pensyarah sebenar­benarnya, kalau mengikut takrif pensyarah dan mengikut tanggagaji mereka. Mereka itu bukan guru-guru biasa dalam sekolah menengah dan kerana itu mereka dipanggil pensyarah pula.

Baru-baru ini sangat menggalakkan bila kita dengar Maktab Perguruan Sultan Idris itu sudah dipilih untuk dinaikkan taraf ke taraf universiti, oleh kerana maktab itu adalah sebuah Maktab Perguruan yang sangat lama sejarahnya dan telah menghasilkan banyak tokoh-tokoh dalam negara-ini. Syabas kepada Maktab Perguruan Sultan Idris, tetapi apakah yang akan terjadi kepada sistem tanggagaji pensyarah-pensyarah bagi maktab ini dibanding dengan pensyarah­pensyarah maktab lain dalam negara kita ini?

Bagi makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita mempunyai lebih kurang 28 buah Maktab Perguruan di dalam negara ini dan kalau pihak SPP dapat mempertimbangkan nasib atau tanggagaji semua pensyarah­pensyarah daripada semua maktab itu, tentulah SPP akan mendapati bahawa dengan menaikkan sebuah sahaja Maktab Perguruan kepada taraf universiti tentu akan muncullah satu anomali tanggagaji di antara Maktab ini dan maktab-maktab yang lain. Saya ingin menarik perhatian SPP kepada anomali yang mungkin akan muncul bila kenaikan taraf itu dilaksanakan.

Page 64: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1199 5 APRIL 1988 1200

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa peruntukan tambahan bagi Jabatan Perkhidmatan Awam berjumlah $31 juta lebih kurangnya, akan diberikan kepada JP A dan amaun itu termasuk satu amaun untuk menajakan biasiswa kepada pelajar­pelajar kita ke seberang laut atau di dalam negeri ini. Memandangkan kos hidup dan yuran pendidikan sudah dinaikkan di kebanyakan negara-negara asing, saya rasa ada keperluannya supaya JPA ini. meninjau semula atau menyemak semula tindakan Kementerian Pendidikan ini yang menghantarkan banyak pelajar-pelajar biasiswanya ke seberang laut untuk mengikuti kursus­kursus yang sudahpun tersedia di pusat-pusat pengajian tinggi negara kita.

Mengapa kita membazirkan dui\ yang banyak semata-mata untuk menghantarkan pelajar-pelajar ke sana untuk mempelajari sesuatu kursus yang sudahpun dapat ditawarkan oleh universiti tempatan. Mengapa kita tidak jimat wang ringgit yang banyak itu untuk menghantar pelajar-pelajar tersebut ke universiti tempatan dan ke pusat-pusat pengajian tinggi tempatan dan pada masa yang sama gunakan wang ringgit itu untuk memperkembangkan lagi fakulti-fakulti universiti tempatan dan juga kita boleh menambahkan bilangan cawangan kampus-kampus universiti tempatan di tiap-tiap buah negeri dalam negara kita ini.

Saya rasa pada jangka panjang wang ringgit yang kita belanjakan di arah perkembangan fakulti universiti tempatan itll' adalah sangat-sangat menguntungkan bila dibandingkan dengan tindakan yang d~amalkan sekarang iaitu mencurah-curahkan wang ringgit kita ke seberang laut untuk membantu universiti-universiti seberang laut itu menjadi universiti yang lebih sempurna lagi. Tetapi apa

yang kita tidak sedar universiti tempatan kita di sini sudah terhad oleh kerana tidak boleh dapat peruntukan yang lebih unt':lk dikembangkan.

Say a ingin menyeru kepada JP A supaya bila kita hantar pelajar-pelajar ke seberang laut kita mesti memastikan betul-betul bahawa kursus itu tidak boleh ditawarkan di universiti-universiti tempatan dan juga kita mesti memberi keutamaan urituk menghantarkan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ijazah lanjutan sahaja ke universiti seberang laut.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Pendidikan yang menghantarkan satu bilangan besar pelajar-pelajar yang mengikuti kursus pelajaran tingkatan A level kerana A level memang dapat ditawarkan di pusat pengajian tinggi di Malaysia ini.

Dari segi perjawatan saya rasa kalau kita hadkan pelajar-pelajar biasiswa yang mengikuti kursus-kursus A level, kursus-kursus sains, sastera dan kursus-kursus biasa dalam universiti­universiti tempatan sahaja kita boleh berikan lebih banyak jawatan kepada Pensyarah-pensyarah yang boleh datangnya daripada siswazah-siswazah

·yang lulus · daripada universiti tempatan. Jadi, dari segi perjawatan kita boleh tolong belia kita yang sedang mencari-carikan kerja.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Kementerian Pertanian yang akan menerima peruntukan tambahan di bawah Rang Undang-undang ini, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat tentang beberapa perkara yang didapati berlaku dalam Kementerian Pertanian ini. Soal pencurian subsidi Lembaga Padi dan Beras Negara sudah dilapor-laporkan di dalam akhbar dan tidak perlu bagi saya menghuraikan perkara itu lagi. Tetapi apa yang saya ingin tegaskan adalah amat penting bagi Kementerian

Page 65: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1201 5 APRIL 1988 1202

Pertanian ini untuk menyelia aktiviti­aktiviti Lembaga Padi dan Beras Negara, petani-petani, pemborong­pemborong beras dan .sesiapa sahaja yang terlibat dalam proses pemasaran beras itu dengan teliti supaya memastikan tindakan penipuan itu tidak berlaku lagi demi kerugian negara tetapi hanya untuk keuntungan peribadi orang-orang yang terlibat.

Berkaitan dengan perkembangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) baru-baru ini saya pun telah memerhati sedikit masalah yang timbul berkaitan dengan adanya Pasar Jual Borong Ikan yang didirikan oleh LKIM di beberapa tempat. Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat kepada satu contoh iaitu Pasar Jual Borong Ikan yang didirikan di Kuala Muda Seberang Prai. Sebelum adanya Pasar Jual Borong itu, nelayan-nelayan di tempat itu membuat perniagaan mereka di pantai Kuala Muda dengan secara bisik-bisik, apa yang dikatakan cara obsolete, dengan izin, oleh pihak yang berkenaan. Selepas adanya Pasar Jual Borong semua nelayan di tempat itu dipaksa oleh pihak LKIM untuk menjual hasil penangkapan mer~ka kepada pihak LKIM dan kemudtan pemborong-pemborong ikan hanya boleh membeli ikan daripada pusat itu dengan bayaran cukai jualan sebanyak 5% pada hal di Kuala Muda ini ada lebih kurang 200 . buah bot nelayan yang balik ke Kuala Muda lebih kurang pukul 9 pagi. Pegawai-pegawai LKIM itu mesti membeli ikan daripada tiap-tiap sebuah bot dengan mengikut giliran tertentu. Proses pembelian itu sudahpun mengambil masa lebih kurang beberapa jam. Selepas semua ikan dibeli hari sudah sampai pukul 1 atau 2 petang dan pemborong-pemborong itu mesti membeli ikan daripada Pasar Jual Borong lkan itu mengikut giliran mereka masing-masing. Oleh kerana penangguhan masa itu kita dapati

bahawa ikan yang ditangkap segar­segar itu sudahpun menjadi tidak segar dan harga penjualan ikan itu bila sampai ke pasar-pasar tempat lain pada pukul 2-3 petang pun tidak begitu memuaskan.

Oleh kerana itu nelayan, pemborong ikan dan pihak LKIM semua mendapati bahawa proses jual beli itu sudahpun mendatangkan kerugian kepada semua pihak, tetapi yang rasanya serius sekali ialah nelayan-nelayan dan juga pemborong­pemborong yang mesti mencari rezeki hidup mereka dengan jual beli ikan itu.

Ketidak puasan nelayan-nelayan sudah memaksa nelayan-nelayan itu membawa basil tangkapan mereka ke pantai sebelah Kedah untuk menjual ikan-ikan itu melalui cara yang biasa iaitu melalui cara lelong terbuka dan sebagainya kepada pemborong­pemborong yang juga ikut ke sebelah pantai Kedah.

Dengan demikian kita dapati bahawa kos pembelian ikan dan kos pengangkutan ikan sudah pun bertambah. Semua itu membawa ke­rugian akhirnya kepada pengguna­pengguna yang mesti membayar harga yang lebih tinggi kepada ikan yang di­belikan oleh mereka. Oleh kerana nelayan-nelayan dan pem­borong-pemborong ikan itu tidak menggunakan kemudahan pasar jual borong ikan LKIM maka pih tk LKIM itu dalam usahanya untuk mengawal kan pemasaran ikan sudah mula mendakwa pemborong-pemborong yang membawa ikan mereka dengan lori-lori ke pasar-pasar tempat yang lain. Di dalam perjalanan mereka, mereka sudah ditangkap oleh pegawai LKIM dan didakwa di bawah seksyen 17 (1) Akta LKIM 197, Pindaan 1973.

Mengikut peraturan 14 (1) Peraturan Pemasaran Ikan 1973 di dalam mana kawasan-kawasan pe­masaran ikan mengikut W arta

Page 66: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1203 5 APRIL 1988 1204

Kerajaan P.U. (B) 52 jika ikan yang dibawa itu bukan dibawa daripada pasar jual borong ikan LKIM atau bukan sedang dibawa ke pasar jual borong ikan LKIM maka pembawa ikan itu boleh dihukum di bawah seksyen 18 (1) Akta LKIM 197, Pindaan 1973. Oleh yang demikian, sudah ada satu bilangan besar pem­borong ikan yang kena dakwa secara demikian. Mereka ini telah mengadu bahawa tidak membeli ikan daripada pantai sebelah Kedah, Kuala Muda mereka tidak boleh mencari rezeki. Kalau mereka beli ikan dan mereka akan didakwa oleh polis, mereka itu adalah dalam satu dilema yang serius.

Kalau pihak Kementerian Pertanian itu mendapat peruntukan tambahan, adakah peruntukan tambahan itu digunakan untuk menghalang orang ramai untuk mencari rezeki ataupun untuk menolong mereka mencari rezeki. Ini adalah soal utama. Adakah pihak LKIM itu mempertimbangkan akan berhentikan operasi menangkap, mendakwa ataupun menghalang itu kalau mereka dapati bahawa sistem jual-beli ikan di pasar jual borong ikan LKIM itu tidak me­muaskan. Kalau pihak LKIM tidak mencari penyelesaian kepada masalah ini dan memperbaiki sistem jual-beli ikan yang diamalkan itu, saya harap pihak LKIM itu tidak akan menangkap pemborong-pemborong yang berbuat demikian.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru kepada Kementerian Pertanian itu supaya menyemak semula adanya pusat yang dipanggil pasar jual borong ikan LKIM supaya

· menentukan cara jual-beli itu boleh mendatangkan faedah kepada nelayan, pemborong dan yang penting sekali tidak menyebabkan kes di mana LKIM itu melaporkan kerugian kerana sebarang kerugian itu akan ditanggung oleh rakyat semua.

Tuan Yang di-Pertua, saya cukup gembira bila melihat ada peruntukan tambahan untuk pihak Polis Di Raja Malaysia tahun 1987. Tanggungjawab pihak Polis Di Raja itu adalah untuk menjaga keselamatan masyarakat dan kita semua harap dengan peruntukan tambahan itu ada alat-alat tam­bahan, kenderaan tambahan sebagai unit-unit peronda boleh dibeli oleh pihak Polis Di Raja, kakitangan baru boleh dilantik dan dilatih dalam semua bahagian kerja Polis supaya mem­pertingkatkan lagi kecekapan, kemahiran Polis dalam usaha mencegah jenayah dan sebagainya.

Saya ingin menarik perhatian supaya pihak Polis menumpukan perhatian kepada bahagian pencegahan penyeludupan dadah, aktiviti-aktiviti jenayah perjudian dan sebagainya oleh kerana semua itu adalah membawa kerugian kepada semua masyarakat. ·

Dalam bahagian Kementerian Pem­bangunan Negara dan Luar Bandar yang sudah pun menerima ataupun akan menerima satu peruntukan tambahan di bawah Rang Undang­undang ini kita selalu ingin tegaskan bahawa struktur semula masyarakat kita dalam Dasar Ekonomi Baru mesti mementingkan pembangunan kawasan luar bandar dan apa pem­bangunan yang kita maksudkan selain daripada mengadakan infrastruktur seperti jalan raya, longkang, perkhidmatan elektrik, air paip, telefon, balai raya, sekolah-sekolah dan sebagainya yang sangat-sangat diperlukan di kawasan Iuar bandar. Dengan adanya infrastruktur seperti yang saya sebutkan tadi kita boleh mempertingkatkan Iagi dan menaik­kan mutu kehidupan orang kampung

· atau kampung baru dan mana-mana kawasan pendalaman. Tetapi dalam bahagian ini, saya ingin menarik per­hatian Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap beberapa masalah.

Page 67: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1205 5 APRIL 1988 1206

Masalah yang pertama adalah masa yang panjang sesuatu kawasan itu mesti menunggu sampai projek pem-binaan itu diluluskan oleh Kementerian tersebut. Kadang-kadang masa yang diambil itu lebih daripada satu tahun, kadang-kadang tahun pertama itu siasatan, tahun kedua kelulusan, tahun ketiga baru pelaksanaan. Jadi masa yang dibuang itu adalah masa yang penting. Kita ingin melihat perkembangan yang lebih hebat di bahagian luar bandar.

Masalah yang kedua kadang-kadang oleh kerana kekurangan kewangan pada hujung tahun, projek-projek yang telah diluluskan yang sudah di­umumkan kepada orang ramai sudah pun ditarik balik oleh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dengan malangnya menimbulkan ketidakpuasan antara orang ramai di kampung itu. Dan ketidakpuasan itu biasanya diarahkan kepada Wakil-wakil Rakyat di sana yang menjalankan kerja seperti middle man, dengan ·izin, untuk me­nyalurkan permintaan orang kampung kepada Kerajaan kita dan pada masa yang sama melaporkan kemajuan itu balik kepada orang-orang kampung. Jadi, peranan Wakil-wakil Rakyat itu sudah dipersusahkan dengan tindakan seperti apa yang saya katakan tadi tarik balik projek-projek pem­bangunan yang sudah diluluskan oleh kerana kekurangan kewangan pada hujung tahun. Kadang-kadang tarik balik itu adalah kerana proses pen­tadbiran yang terlalu lambat yang di­jalankan di Pejabat-pejabat Daerah dan sebagainya kerana masa yang terlalu panjang digunakan untuk memanggil tender, meluluskan tender, memanggil kontraktor dan se­bagainya. Kerja-kerja pentadbiran yang dijalankan dengan terlampau lewat itu sudah pun menyebabkan beberapa projek pembangunan ditarik balik.

Jadi, apa yang saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat adalah kita semua berharap dengan bersungguh-sungguhnya bahawa Ke­menterian Pembangunan Negara dan Luar Bandar akan menjalankan projek-projek pembangunan sebaik­baik sahaja ia diluluskan tanpa menangguhkan masa supaya kita boleh dapat keyakinan orang ramai di kawasan luar bandar bahawa Kerajaan kita bersungguh-sungguh ingin mengatur semula struktur masyarakat kita dari segi ban dar dan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada peruntukan tambahan yang akan diberikan kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat, saya ingin menegaskan bahawa walaupun Kementerian tersebut sudah menambahkan bilangan kali cabutan loteri Kementerian tersebut, nampaknya derma yang didapati itu adalah bertambah, tetapi mengapa kita baru-baru ini masih tidak melihat tambahan-tambahan bantuan ke­wangan yang diberikan kepada individu dan keluarga-keluarga yang memerlukan. Kita masih tidak melihat tambahan bilangan Taman Sinar Harapan yang ada untuk kanak-kanak terencat akal di negara ini. Saya sudah pun diberitahu oleh pihak Ke­menterian tersebut di dalam jawapan bertulis bahawa hanya ada 5 atau 6 buah Taman Sinar Harapan bagi kanak-kanak terencat akal dalam negara kita ini. Mengapa kita tidak boleh menambahkan bilangannya supaya di dalam setiap negeri kita boleh dapat sebuah Taman begitu, kerana ibu-bapa mereka tidak mahu ataupun tidak sudi menghantarkan budak-budak mereka ke satu tempat yang jauh daripada rumahnya dan susah untuk melawat budak-budak di dalam Taman Sinar Harapan itu. Jikalau kita boleh adakan kemudahan seperti itu di setiap negeri ada sebuah,

· mungkin semua ibu-bapa yang mempunyai anak-anak terencat akal itu boleh menghantarkan anak-anak

Page 68: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1207 5 APRIL 1988 1208

mereka untuk diberi latihan dan pendidikan oleh tenaga pengajar yang lebih berkelayakan.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kita dapati bahawa bangunan­bangunan yang tinggi ber­tingkat-tingkat sudah pun bertambah di dalam negeri ini. Kita memerlukan lebih banyak kakitangan Jabatan Per­khidmatan Bomba dan kita perlu lebih banyak alat memadam kebakaran yang moden. Oleh kerana itu merujuk kepada peruntukan tambahan yang akan diberikan kepada J abatan Per­khidmatan Bomba, saya berharap pihak Jabatan Perkhidmatan Bomba dapat memperbaiki lagi per-khidmatannya dari segi kaki-tangan, alat dan sebagainya. Di sini saya ingin menyeru kepada pihak yang berkenaan supaya bersungguh­sungguh memperkembangkan pasu­kan perkhidmatan bomba suka­rela untuk tiap-tiap satu tempat, terutama sekali di tempat-tempat di mana ketumpatan rumah-rumah adalah tinggi seperti kawasan rumah­rumah haram yang kebanyakannya dibuat daripada kayu, papan dan sebagainya, di mana risiko Per­khidmatan Bomba itu boleh cuba menyebarkan kesedaran sivik tentang keselamatan dari segi penggunaan api, alat elektrik dan sebagainya untuk orang ramai dan untuk menyerahkan pengetahuan kesedaran itu barangkali pasukan Perkhidmatan Bomba Sukarela itu boleh digunakan sebagai satu perantara. Dengan itu saya harap Jabatan Perkhidmatan Bomba yang akan mendapat satu peruntlJkan tambahan di bawah Rang Undang­undang ini dapat memperbaiki per­khidmatannya untuk keselamatan orang ramai.

Akhirnya saya ingin mengucap­kan terima kasih sekali lagi kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang ini dan saya ingin

menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1987) dengan sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Hamid Araby.

5.05 ptg.

Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Md. Salih: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang bernama suatu Akta Perbekalan Tambahan (1987) 1988. Pendeknya, Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berbahas tadi. Tetapi saya hanya ingin menyentuh satu perkara sahaja B.59, iaitu Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana usaha besar-besaran yang kini dibuat untuk menarik pelancong datang ke negara ini, maka kegiatan Ke­menterian Kebudayaan dan Pelancongan amnya dan Perbadanan Kemajuan Pelancongan, iaitu TDC, khususnya, akan sentiasa diikuti dan diperhalusi. Sebagai agensi yang ber­tanggungjawab untuk memperkenal­kan Malaysia kepada orang luar, peranan dan aktiviti TDC sudah pasti dipertingkatkan dari masa ke semasa. Apakah pejabat-pejabat luar negeri TDC memainkan peranan yang sewajarnya dalam menjual Malaysia kepada pelanggannya. Apakah Pegawai Perbadanan itu yang dihantar khusus untuk menyertai pesta-pesta pelancongan di luar negeri telah me­laksanakan amanah yang dibebankan ke atas mereka secara sungguh­sungguh atau sambillewa?

Tuan Yang di-Pertua, soalan-soalan ini timbul memandangkan sejak waktu akhir-akhir ini terdapat aduan-aduan dari rakyat kita sendiri dan juga dari penuntut Malaysia yang berada di luar negeri yang memberi gambaran seolah-olah pegawai-pegawai TDC

Page 69: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1209 5 APRIL 1988 1210

iaitu Perbadanan Pembangunan Pe­lancongan telah tidak menguruskan gerai-gerai yang ia sertai di pesta-pesta pelancongan dengan sempurnanya, iaitu pada awal atau pertengahan bulan Februari tahun ini, seorang pelajar kita di Los Angeles dalam sepucuk surat kepada ruangan Forum di suratkhabar Utusan Melayu/Utusan Malaysia, telah mengadu betapa ada pelancong Amerika yang mengunjungi gerai Malaysia di sebuah pesta di bandaraya itu gaga! mendapat sebarang maklumat mengenai negara ini, kerana tiada siapa berada di gerai tersebut tatkala itu.

Kemudian kita terima pula aduan dari rakyat Malaysia kita juga dari luar negeri yang juga tersiar di dalam surat­khabar yang sama mengenai kejadian yang serupa. Kali ini di Bank Holiday Fair di Belanda iaitu di satu pesta di mana rakyat itu mengadu bahawa se­bilangan pelancong Belanda yang mengunjungi gerai Malaysia di pesta itu pada akhir tahun 1987 telah tidak mendapat sebarang layanan. Tarikh yang saya masih ingat itu ialah 20hb Disember 1987, iaitu pada ketika itu katanya tidak ada siapa pun pegawai di gerai itu untuk memberi sebarang layanan ataupun maklumat kepada orang-orang yang datang ke gerai itu untuk mendapatkan maklumat.

Setiap kali aduan-aduan serupa ini disiarkan, pihak TDC biasanya memberi jaminan untuk menyiasat apa yang sebenarnya terjadi. Tetapi selepas pengumuman bahawa siasatan akan dibuat, berbulan-bulan atau berminggu-minggu selepas itu tidak ada apa yang kita dengar mengenai hasil siasatannya.

Saya timbulkan pertanyaan ini, Tuan Yang di-Pertua, apakah benar atau tidak kecuaian sehingga gerai­gerai kita di pesta-pesta untuk mem­perkenalkan Malaysia kepada rakyat luar tidak diuruskan dengan sempurna atau apakah segala aduan yang

dilemparkan itu tidak berasas dan benar? Kalau tidak berasas, masakan si pengadu sanggup menulis surat kepada akhbar-akhbar kita di sini, di Malaysia, untuk memperihalkan perkara supaya diambil tindakan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ingin membuat kesimpulan yang bukan-bukan. Saya juga tidak mahu menuduh bahawa pegawai-pegawai TDC telah mengabaikan tugas dan kewajipan mereka itu. Tetapi tentulah sayang andainya imej baik mereka itu dicemar oleh aduan-aduan yang tidak menyenangkan itu. Sekiranya TDC tidak menjelaskan apa yang sebenar­nya terjadi, maka imej pegawai­pegawai yang baik itu akhirnya akan terconteng juga. Untuk mengelakkan keadaan serupa itu terjadi, ada baiknya TDC bersikap positif dengan mengumumkan setiap hasil siasatan yang dibuat berdasarkan aduan-aduan yang diterima. TDC tidak boleh berdiam diri dan membisu seribu bahasa atau memandang ringan sebarang aduan yang boleh mem­burukkan kewibawaannya.

Tuan Yang di-Pertua, di samping menyokong Akta Perbekalan Tambahan (1987) 1988 itu, saya berharap peruntukan kepada Maksud B.59 sebanyak $28,559,900 itu kepada Kementerian Kebudayaan dan Pe­lancongan dibelanjakan dengan bijak tanpa membazir agar hasil pulangan yang akan diperolehi nanti adalah baik dan nama baik Malaysia dan imej • Malaysia dan TDC juga dipelihara serta dipandang tinggi. Sekian, terima kasih.

5.12 ptg.

Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk bersama-sama menyokong suatu Akta bagi menggunakan wang daripada Kumpulanwang Disatukan untuk

Page 70: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1211 5 APRIL 1988 1212

perbelanjaan tambahan bagi per­khidmatan tahun 1987 dan bagi mem­peruntukkan wang itu untuk maksud­maksud yang tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh Maksud B.57 Kementerian Pem­bangunan Negara dan Luar Bandar, saya suka menyentuh sedikit mengenai projek-projek baru di bawah Program Peniaga-peniaga Kecil atau lebih khusus lagi kepada Industri-industri Kecil.

Sebagaimana yang telah kita sedia maklum adalah kena pada tempat dan masanya pihak Kerajaan mengambil berat mengenai perkembangan dan kemajuan ataupun kegiatan-kegiatan pengusaha-pengusaha atau peniaga­peniaga kecil di seluruh negara. Ini adalah penting kerana kebanyakan daripada pengusaha-pengusaha yang tersebut itu adalah terdiri daripada masyarakat bawahan yang sangat­sangat memerlukan perhatian dan sokongan. Selama ini pihak Kerajaan hanya selalu menitikberatkan masalah-masalah pelaburan yang besar-besar dan mengurangkan perhatian kepada pengusaha atau peniaga-peniaga kecil. Perhatian dan sokongan yang lebih serius harus diberikan kepada perkembangan dan kemajuan sektor pengusaha kecil atau industri kecil bagi memperkembang­kan lagi kemajuan ekonomi negara, tambahan pula keadaan semasa negara kita menghadapi masalah keadaan kelembapan ekonomi dan juga masalah pengangguran yang . berat.

Sehubungan dengan ini, saya suka menyarankan supaya peruntukan yang lebih, perhatian yang lebih dapat di­berikan kepada maksud-maksud mem­biayai projek-projek baru di bawah Program-program Peniaga Kecil ataupun Industri Kecil di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Satu lagi perhatian yang harus di­berikan kepada perkembangan dan kemajuan industri di bawah Kemen­terian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ialah lndustri Kraftangan. Kita semua sedar Kerajaan telah pun memberikan galakan dan sokongan kepada pertumbuhan dan per­kembangan industri 1m. Tetapi kemajuan dan penghasilannya masih berada di tahap yang tidak boleh kita banggakan dan terkadang-kadarig tidak pula memuaskan. Adakalanya basil barangannya b~ik tetapi pasaran­nya kurang memuaskan dan ada­kalanya pula pasarannya baik tetapi penghasilannya kurang memuaskan. Maka inilah di antara sebab-sebab yang terkadang-kadang menyebabkan industri ini berada di tahap yang lembab-lembab dari segi pasaran dan kurang kualiti dari segi pembuatan.

Maka, sehubungan dengan 1m sesuatu tindakan bagi memperbaiki keadaan ini harus dibuat. Pihak Kementerian sudah seharusnya membuat tindakan-tindakan susulan bagi mempastikan supaya semua industri-industri kecil di bawah Kementerian yang mendapat bantuan daripada Kerajaan . akan mendapat kejayaan dan seterusnya pegawai­pegawai yang bertanggungjawab yang ditugaskan untuk mempastikan bahawa industri-industri kecil ini berjaya, hendaklah membuat "follow­up", dengan izin, supaya matlamat dan hasrat yang dicita-citakan oleh pihak Kementerian akan berjaya.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai Maksud B.19 Kementerian Pertanian, ada dua perkara yang ingin saya sentuh di sini. Pertama, mengenai peruntukan Tabung Taman Laut dan Rizab Laut. Apa yang telah di­fahamkan bahawa sebanyak $10 juta telah diluluskan untuk peruntukan permulaan bagi maksud Tabung ini. Pada pandangan saya, peruntukan yang lebih besar harus diberikan untuk Tabung ini kalau hendak dibanding­kan dengan jumlah ketika ini negara

Page 71: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1213 5 APRIL 1988 1214

kita mengimport ikan daripada Iuar. Mungkin dengan pertambahan peruntukan ini, jumlah tangkapan ikan di dalam negeri akan bertambah dan dengan secara tidak langsung akan meninggikan pendapatan nelayan dan taraf hidup mereka.

Tuan Yang di-Pertua, memandang­kan jumlah peruntukan ini besar serta matlamatnya tinggi, maka saya pohon kepada pihak Kementerian yang berkenaan supaya dapat memberitahu Dewan yang mulia ini mengenai per­kembangan dan kemajuan Tabung Rizab Laut yang tersebut itu.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang ingin saya sentuh di dalam Kementerian Pertanian ialah mengenai LPN. Kita semua sedar bahawa melalui LPN pihak Kerajaan ma&ih mengimport beras dari negara luar terutamanya daripada Thailand. Tindakan pihak Kerajaan ini adalah sangat baik bagi mengimbangi permintaan beras di negara kita tetapi satu masalah yang timbul iaitu sejauh manakah pihak Kerajaan dapat mengawal mutu beras yang diimport itu, sama ada ianya melebihi daripada mutu beras tempatan ataupun kurang. Ini adalah penting kepada kita semua demi menjaga harga pasaran beras tempatan supaya ianya tidak berada di satu paras yang tinggi ataupun yang rendah.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga di­fahamkan bahawa pengimportan beras tersebut adalah berdasarkan kepada pasaran terbuka dan · tidak kepada pembelian melalui "Kerajaan dengan Kerajaan". Tidakkah ini mendatang­kan satu kesan sampingan seperti mana yang telah saya katakan sebentar tadi? Saya berharap satu penelitian dan perhatian harus diberi bagi me­nentukan keadaan mutu beras, harga beras supaya ianya tidak akan

mendatangkan kesusahan terutama­nya kepada pengilang-pengilang ataupun kepada pengguna-pengguna dari segi harga dan mutu beras.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin meyentuh sedikit mengenai masalah nelayan dari Pantai Barat terutamanya dari Pulau Pangkor. Apa yang telah saya difahamkan mengenai kedudukan sebuah pulau yakni Pulau Jarak yang dikatakan oleh Kerajaan kita sebagai milik Malaysia dan juga pihak pemerintah Indonesia mengatakan pulau itu adalah pulau kepunyaan mereka. Yang menjadi masalah kepada nelayan-nelayan yang pergi ke kawasan tersebut itu dan jika sekiranya tidak bernasib baik mereka itu akan diheret ke perairan Indonesia dan ditahan serta didenda kerana menceroboh perairan Indonesia. Perkara ini telah pun berlaku baru­baru ini kepada 4 orang nelayan daripada Pulau Pangkor dan ketika ini mereka sedang ditahan di Belawan, Sumatra.

Sehubungan dengan ini, saya ingin menyeru kepada pihak yang ber­tanggungjawab supaya dapat mempastikan bahawa Pulau Jarak itu milik siapa yang sebenarnya, sama ada milik Indonesia _ataupun milik Malaysia dan apakah tidak ada perancangan daripada pihak yang ber­tanggungjawab ataupun pihak Kementerian Pertanian untuk me­maklumkan kepada nelayan-nelayan ke€il mengenai garis sempadan ataupun perairan yang boleh mereka pergi untuk menangkap ikan.

Sehubungan dengan ini juga saya suka menyarankan bahawa perun­tukan yang lebih harus diberi dan di­utamakan bagi mengawasi perairan Malaysia dan nelayan-nelayan dari di­ganggu-gugat oleh negara-negara luar.

. Tuan . Yang di-Pertua, saya ingin Juga menyentuh sedikit mengenai Maksud B.59, Kementerian Ke­budayaan dan Pelancongan di mana

Page 72: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1215 5 APRIL 1988 1216

sebagaimana yang telah kita sedia maklum sebanyak $23.4 juta dari peruntukan sebanyak $28.6 juta telah diperuntukkan bagi Belanja Mengurus kepada Perbadanan Kemajuan Pe­lancongan Malaysia ataupun TDC.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak TDC yang telah memainkan peranan dalam pelbagai usaha untuk menggalakkan pelan­congan ~kan tetapi dalam usaha­usaha galakan itu, apakah yang telah terjadi kepada apa yang dinamakan Pelan lnduk Pelancongan Negara dan saya berharap kepada Kementerian yang berkenaan dapat memaklumkan kepada. Dewan yang mulia ini mengenai perkembangan dan ke­majuan Pelan Induk tersebut itu.

Saya juga telah difahamkan. bahawa pihak Kementerian .yang berkenaan akan melaksanakan satu program khusus dengan mengadakan satu projek, apa yang dinamakan Projek Melawat Malaysia. Saya berharap tindakan-tindakan ke arab ini dapat sama-sama kita lihat akan hasilnya nanti dan pertambahan jumlah ke­ramaian pelancong-pelancong asing yang tiba dan jumlah pendapatan per­olehan dad kemasukan mereka ini. Sebagai contohnya dalam tahun 1986 seramai 3.2 juta pelancong asing telah masuk ke negara ini dengan perolehan pendapatan sejumlah $1.5 juta.

Sehubungan dengan ini jika se­kiranya pihak Kementerian melalui TDC dapat menonjolkan usaha-usaha ini maka saya rasa di dalam tahun­tahun yang akan datang jumlah ke­ramaian dan pendapatan akan bertambah lebih. Untuk usaha-usaha memperkenalkan dan memberi galakan maka sudah seharusnyalah Kementerian ini diberikan peruntukan yang lebih daripada apa yang ada kalau benar-benar kita mahu melihat perkembangan industri ini setanding

dengan perkembangan dan kemajuan sektor industri pelancongan di negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan sebagainya.

Penekanan promosi ini harus dititik­beratkan kepada melancong bersama keluarga. Promosi ini harus memberi gambaran yang sejelas-jelasnya mengenai keseronokan melancong di Malaysia kerana bersama keluarga pihak Kerajaan harus sedar dan mengetahui mengenai kehendak­kehendak dan minat para pelancong yang akan datang ke mari. Sebagai contoh orang Eropah amat gemarkan pantai-pantai yang bersih, kolam renang dan sebagainya. Dan untuk itu kita mempunyai potensi-potensi yang luas untuk memperkenalkan maksud dan apa yang diharapkan oleh pelancong-pelancong Eropah.

Kita ada Taman Negara untuk melihat alam semula jadi, termasuk binatang-binatang ataupun pokok­pokok serta keindahan sungainya. Maka promosi-promosi tempat­tempat inilah yang harus diberikan perhatian dan tindakan segera. Kita lihat ramai para pelancong kita pergi ke Medan khususnya ke Danau Toba dan kita lihat apa yang ada di sana. Keindahan alam semula jadi, kebersihan pantai kita adalah lebih menarik tetapi masih ramai para pelancong kita mengunjungi di sana. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana promosi dan penonjolan yang dibuat oleh Kerajaan Indonesia bagi mem­perkenalkan tempat-tempat yang tersebut itu. Kesimpulannya kepada saya apa sahaja benda yang ada di dalam dunia ini kalau sekiranya di­berikan pendedahan, benda yang tidak cantik akan jadi cantik.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang harus dititikberatkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan ialah mengenai negara dan budaya Malaysia sendiri. Ini adalah merupakan satu-satunya

Page 73: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1217 5 APRIL 1988 1218

sumber uta~a negara yang akan menarik mmat para pelancong daripada luar negeri. Kadang-kadang kepada kita bila menyebut kebudayaan, apabila para pelancong datang ke mari, makanan yang hendak dimakan ataupun hendak dirasa ataupun sesuatu bangsa itu hendak ditengok hanya dapat disebut sahaja, bendanya tiada. Inilah yang menjadi masalah yang besar kepada kita pada hari ini. Sebagai contoh, budaya kita peribumi sama ada daripada Pantai Timur yang terkenal dengan Dikir Barat, Mak Yong dan daripada Pantai Barat pula, tarian lenggok permainan Dabus daripada Perak dan daripada Pulau Pinang permainan Boria dan apabila para pelancong itu datang ke mari, di manakah boleh dilihat keadaan ataupun budaya-budaya yang saya maksudkan ini.

Kadang-kadang kita sendiri tidak mengetahui mengenai budaya kita kerana kita ditonjolkan. Maka inilah satu lagi peranan Kementerian dal&m menonjolkan budaya-budaya kita dan meletakkan di tempat-tempat yang sesuai supaya ianya menjadi terkenal. Tambahan pula kita lihat banyak daripada budaya-budaya peribumi pada hari ini, satu demi satu telah ditelan zaman.

J adi untuk kita harus pastikan di samping kita memberikan galakan kepada sektor pelancongan, penonjolan budaya juga perlu dititikberatkan. Pihak Kementerian perlu mengumpul dan menyatukan semua budaya-budaya yang ada di dalam Komplek Budaya Negara sepertimana di Indonesia, negara itu mewujudkan Taman Budaya, Taman Ismail Marzuki ataupun Taman Negara.

Tuan Yang di-Pertua, dengan cara pemusatan itu akan lebih memudahkan para pelancong mengenal dan menikmati corak dan cara hidup rakyat Malaysia tanpa berjalan jauh

ke seluruh negara. Terpulanglah kepada pihak Kementerian untuk menyusun semula d~n membentuk satu Kebudayaan Nasional macam mana bentuk ataupun adunan, kerana kita di negara ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan tetapi yang penting kepada saya ialah pembentukan Kebudayaan Nasional itu mestilah berasaskan kepada budaya peribumi.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Bil ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King.

5.28 ptg.

Tuan Tiong Hiew King: Tuan Yang di-Pertua, saya turut bangun dalam Dewan yang mulia 1m untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Ta·mbahan (1987) yang sedang dibentangkan ini. Dengan kelulusan Rang Undang-undang ini Kerajaan diberi kuasa berkanun menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Disatukan dan memperuntukkan wang itu untuk beberapa pembayaran tambahan bagi perkhidmatan-perkhidmatan awam Persekutuan dalam tahun 1987 yang melebihi perbelanjaan yang telah dibenarkan oleh Akta Perbekalan 1987 dan Akta Perbekalan Tambahan (1986 dan 1987).

Tuan Yang di-Pertua, memang ini sering terjadi bahawa perbelanjaan sebenar melebihi anggaran perbelanjaan yang dibenarkan kerana faktor-faktor yang tidak disangka­sangka. Walaupun demikian saya masih berharap agar Kerajaan kita terutamanya pegawai-pegawai kanan pelbagai Jabatan dapat lebih berhati­hati dengan perbelanjaan wang awam dan lebih berjimat cermat.

Tuan Yang di-Pertua, saya bukan hendak menuduh siapa pegawai di sini-itu bukan maksud saya. Saya

Page 74: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1219 5 APRIL 1988 1220

pun tabu Kerajaan telah sentiasa berjimat-cermat tetapi selama ini kita telah terjejas oleh kemelesetan ekonomi antarabangsa. Ekonomi kita baru bermula pulih. Lagi pun, perkembangan ekonomi dunia kini pula tidak beberapa menggalakkan. ~emandangkan keadaan yang demikian, kita harus bersikap lebih berjimat-cermat dalam pengurusan wang awam kita. Jangan sampai membazir, hanya membelanjakan yang perlu sahaja. Cermatkanlah apa yang boleh dihematkan asalkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran tidak tergugat, usaha­usaha Kerajaan dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi tidak terbendung. Ini harapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh ~aksud B.59 mengenai Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Kita tabu Kerajaan kita, terutama Kementerian ini berusaha dengan segala daya upaya untuk menggalakkan kemajuan perusahaan pelancongan. Kerajaan telah pun mengadakan banyak aktiviti promosi di Semenanjung dan di luar negeri dengan menyediakan kemudahan­kemudahan. Umpamanya, banyak kawasart-kawasan yang rrtempunyai pemandangan indah sem!}la jadi dibuka menjadi tempat tumpuan pelancong. Sistem Penerbangan ~alaysia pun mengadakan shuttle flight, dengan izin, antara Singapura, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi dan sebagainya untuk membolehkan pelancong-pelancong asing melawat tempat-tempat, tersebut tetapi di Sarawak terdapat kekurangan kemudahan yang disebutkan tadi.

~aka saya memohon agar Kerajaan boleh mengarahkan Sistem Penerbangan ~alaysia juga menyediakan shuttle flight antara Kuala Lumpur atau Singapura dan Kuching atau mengizinkan _perkhidmatan penerbangan asing

lainnya, umpamanya Singapore Airlines atau Cathay Pacific menyediakan atau memperluaskan perkhidmatannya ke Kuching supaya pelancong-pelancong asing boleh melawat negeri Sarawak dengan mudah. Di negeri Sarawak tidak kurang tempat-tempat indah semula jadi yang menarik. ~aka saya berharap permintaan saya ini dapat diberikan pertimbangan oleh Kementerian berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, sekian ucapan saya, sekali lagi saya mengucapkan sokongan di atas Rang Undang­undang Perbekalan (Tambahan) 1987, 1988.

5.33 ptg.

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana mengizinkan saya menbahaskan Rang Undang-undang yang bertujuan membentangkan Akta Perbekalan Tambahan, 1987.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita ketahui sebanyak $47 juta adalah dikehendaki di bawah ~aksud B.7-Jabatan Perdana ~enteri, yakni jumlah sebanyak $38.3 juta untuk membiayai projek-projek kecil infrastruktur kemudahan awam dan sosial serta keagamaan bagi kawasan­kawasan bandar dan luar ban dar.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks ini saya ingin menyerukan kepada Jabatan Perdana ~enteri supaya mengeluarkan lebih banyak peruntukan pembangunan Pelabuhan Labuan di Wilayah Persekutuan. Sebagaimana yang kita ketahui Labuan adalah sebuah pulau kecil yang mempunyai bilangan penduduk seramai 30,000 orang. Punca rezeki sebilangan besar penduduk tempatan adalah melalui perniagaan pertukaran barang Labuan dengan barang Filipina. Perniagaan ini dikenali

Page 75: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1221 5 APRIL 1988 1222

sebagai barter trade, dengan izin. Jenis perniagaan sedemikian telah berjalan selama 28 tahun. Oleh kerana Kerajaan tidak menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik yang lebih lengkap di Pelabuhan Labuan, jenis perniagaan ini telah mengalami kemerosotl!n. Keadaan ini bertambah buruk lagi apabila kemasukan bot peniaga Filipina dikenakan berbagai red tape. Akibatnya, ramai peniaga Filipina telah beralih ke Singapura yang memberikan layanan yang lebih memuaskan.

Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini bertambah buruk lagi apabila tersibarnya berita yang mengatakan Kerajaan Filipina akan memansuhkan perniagaan barter trade ini. Berita buruk ini sungguh membimbangkan para peniaga Labuan. Saya mengesyaki wujud satu sindiket luar negeri tertentu yang cuba mensabotaj perniagaan barter trade ini. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Pusat akan membuat penyiasatan segera untuk mempastikan perniagaan ini dapat terus dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, meman­dangkan kekurangan kemudahan asas di Pelabuhan Labuan, Jabatan Perdana Menteri harus mengeluarkan lebih banyak lagi peruntukan untuk tujuan tersebut. Dengan demikian, barulah Labuan akan menjadi sebuah pelabuhan yang makmur dan maju. Di samping itu, berikutan pindaan Akta terse but. sebanyak $8.7 juta untuk · menyelaraskan peruntukan program­program bagi Bahagian Wilayah Persekutuan, Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan dan J abatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, yang diminta di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, konteks ini, saya ingin kepada J aha tan Tanah Persekutuan supaya

dalam menyeru Wilayah

segera

mengeluarkan hakmilik tanah kepada para penduduk di kampung-kampung baru, ini akan membolehkan mereka membaiki atau membina semula rumah mereka yang telah usang. Sebagai contohnya, hakmilik tanah Kampung Baru Jinjang akan tamat pada tahun 1989. Walaupun permohonan untuk membaharuinya telah dibuat dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga pernah menjamin mereka akan diberi hakmilik tanah selama 99 tahun akan tetapi apa yang dikesalkan ialah sehingga kini mereka masih belum mendapat apa-apa jawapan yang ditunggu-tunggu. Oleh itu, saya berharap Jabatan Tanah Wilayah Persekutuan akan meluluskan permohonan tersebut supaya mereka akan memperolehi hakmilik tanah itu secepat mungkin.

Selain daripada itu, di Wilayah Persekutuan ini terdapat lebih kurang 5,000 buah kilang menduduki tanah Kerajaan. Walaupun Bahagian Pembangunan Wilayah Persekutuan telah merangkakan rancangan penempatan semula kilang-kilang itu, tetapi ia masih belum diumumkan. Memandangkan industri ringan itu sangat penting terhadap pembangunan Kuala Lumpur, tambahan mulanya merupakan punca sebilangan besar penduduk Kuala Lumpur. Oleh itu saya berharap lebih banyak peruntukan juga dikhaskan untuk pembangunan industri ringan ini seperti menjual tapak kilang dengan harga yang murah, menyediakan bekalan air, jalan raya dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya melahirkan sokongan sepenuhnya terhadap Rang Undang-undang yang bertujuan meminda Akta Perbekalan Tambahan (1987). Sekian, terima kasih.

Page 76: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1223 5 APRIL 1988 1224

5.40 ptg.

Tuan Haji Syed. Abdul Hamid bin SagatT: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu ingin saya mengucapkan terima kasih oleh kerana saya diberi peluang untuk bersama-sama membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1987).

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang ada hubung kaitnya di dalam Akta Perbekalan yang tersebut.

Menyentuh peruntukan • Polis Di Raja Malaysia, terlebih dahulu ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi tanhiah dan terima kasih di atas kecekapan Pasukan Polis yang telah dapat niembanteras jenayah selain daripada dapat menjaga keamanan negara yang boleh dikatakan memuaskafu Namun demikian, masih terdapat banyak lagi jenayah yang berlaku di dalam negara kita ini oleh kerana saya berpendapat disebabkan pembangunan yang begitu pesat di samping pertumbuhan bilangan penduduk yang begitu ramai yang terdapat di dalam negara kita ini.

Maka sudah sewajarnyalah bagi pendapat saya dengan adanya per­tumbuhan man usia yang begitu ban yak dan jenyah yang begitu berle­luasan, · maka sudah sewajarnya:lah Polis Di Raja patut membina lebih banyak lagi Balai-balai Polis di kawasan-kawasan yang tertentu ~ang boleh dianggotai oleh 3 atau 4 orang anggota polis yang akan boleh membantu penduduk-penduduk di dalam kawasan yang sekitar serta dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat untuk membuat aduan dari segi mati, hilang, kemalangan dan sebagainya. Lebih­lebih tagi di dalam kawasan-kawasan luar ban dar, di dalam rancangan­rancangan FELDA yang berkelompok, contohnya di kawasan saya di Keluang ada satu rancangan

berkelompok yang mengandungi FELDA Bukit Tongkat, Ulu Plitong dan Penggeli yang mengandungi tidak kurang daripada 2,000 penduduk di samping kawasan-kawasan yang berhampiran seperti rancangan Tabung Haji dan sebagainya. Jarak jauh yang ada Balai Polis daripada tempat yang berkenaan lebih kurang 40 batu. Kalau sesuatu perkara yang terjadi di kawasan itu, umpamanya kemalangan jalan raya, menunggu untuk mendapatkan bantuan daripada pihak polis sampai setengah hari. Dengan adanya Balai Polis yang saya maksudkan tadi akan dapat memberi kemudahan kepada penduduk­penduduk di luar Bandar.

Selain daripada itu, Bandar Keluang ini adalah satu bandar yang unik. Bandarnya dibahagi kepada dua. Di tengah-tengah bandar ada satu landasan keretapi. Pada tiap-tiap hari tidak kurang daripada 17 kali keretapi lalu di kawasan itu yang mana gate keretapi itu patut ditutup. Balai Polisnya adalah di sebelah kanan dan di sebelah kirinya adalah bangunan­bangunan kedai dan juga penduduk­penduduk yang duduk di kawasan itu. Bila perkara-perkara jenayah berlaku di masa keretapi lalu di dalam kawasan ini di landasan yang tersebut, maka pihak polis tidak akan dapat menyeberangi untuk mengatasi perkara-perkara yang saya katakan itu.

Oleh yang demikian, saya berpendapat sudah sampai masanya polis mengadakan satu balai yang baru di dalam kawasan yang saya katakan tadi. Bila kita mengatakan kita mahu mendirikan Balai Polis ini, timbul

. masalah tanah yang diperkatakan. Pada saya di Keluang sana tanah tidak menjadi masalah, kerana tempat­tempat ini telah pun disediakan oleh pihak-pihak yang berkuasa iaitu tanah diperuntukan untuk membina Balai­balai Polis. Tetapi malangnya bila kita bangkitkan perkara ini, jawabnya

Page 77: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

---- ------- ----

1225 5 APRIL 1988 1226

ialah peruntukan belum ada lagi. Oleh yang demikian, saya mengharapkan semoga Kementerian yang berkenaan dapat memberikan peruntukan bagi maksud yang saya katakan tadi.

Selain daripada itu, di da)-am sesuatu pasukan, pakaian seragam adalah begitu mustahak dan begitu penting bagi sesuatu pasukan khususnya Pasukan Polis Di Raja. Memandangkan pakaian seragam yang sedia ada ini, saya fikir sudah tidak kurang daripada 10 tahun dan kalau kita pergi di Bandaraya Kuala Lumpur ini, kalau kita bezakan di antara pakaian seragam yang digunakan oleh Polis Bandaraya dengan Polis biasa ini, adalah begitu ketara sekali, kerana bila kita pandang pakaian yang begitu cantik, begitu bersemangat akan memberi inspirasi yang lebih baik dan akan memberikan semangat yang begitu gigih kepada pasukan Yilng berkenaan untuk menjalankan tiigas dan tanggungjawab mereka.

Di sampmg itu orang ramat JUga akan memberikan sokongan serta seritiasa menghormati di atas kecekapan, kesegakan pasukan yang berkenaan, lebih-lebih lagi kalau kita pandang dari segi pakaian Polis Simpanan Persekutuan (FRU), kalau kita bandingkan dengan pakaian seragam _polis yang sedia ada. Saya berpendapat sudah sampai masanya Pasukan Polis Di Rfija kita ini pakaiannya patut ditukar dengan pakaian yang lebih bersemangat yang boleh lebih dihormati oleh masyarakat di dalam negara kita ini,

Tuan Yang di-Pertua, tadi _ rakan saya Dr Tan menyentuh berhubung dengan kereta ronda bahagian ,Polis. Hari ini kita nampak bermacam­macam jenis kereta ronda yang telah digunakan oleh pihak polis. Kita

berasa megah. Sepatutnya, pada pendapat saya, kereta-kereta ronda polis ini patut kita beri galakan menggunakan kereta nasional kita iaitu Proton Saga. Tetapi apa yang kita nampak hari ini banyak kereta-kereta ronda ini digunakan dengan jenis Volvo 360. Kita tidak iri hati pihak polis menggunakan kereta yang seumpama itu. Tetapi apa yang menyedihkan, baru sahaja 6 bulan kita beli kereta yang seumpama itu, sudah tersadai disebabkan apa yang difahamkan bahawa alat ganti bagi kereta yang tersebut tidak mencukupi atau tida¥; dapat diadakan di dalam negara kita ini.

Jadi saya mengharapkan kepada Jabatan yang be~kenaan kalau hendak beli kereta pun berhati-hati, belilah kereta yang senang kita dapat alat gantinya. Jangan terjadi macam apa yang saya katakan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berhubung dengan kemudahan asas. Kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan khususnya kepada Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang telah dapat menyediakan kemudahan asas dari segi jalan raya. Kita berasa -oangga keiana di mana sahaja kita pergi pada hari ini baik pun di kampung-kampnng ataupun di pendalaman, jalan raya-jalan raya yang menuju ke kampung sekarang sudah pun ditar, lebih-lebih lagi jalan ray~-jalan raya yang ada di dalam kawasan ban dar.

Walau bagaimanapun masih terdapat banyak lagi jalan-jalan yang patut diperbaiki. Contohnya, di kawasan saya, di dalam bandar Keluang ada satu jalan utama !Denghubungkan bandar Keluang ke Paloh sejauh 15 kilometer. Jalan ini telah pun dibina sejak 8 tahun dahulu dengan menggunakan tanah merah melalui beberapa kampung. Kalau musill! hujan kita dapat bayangkan

Page 78: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1227 5 APRIL 1988 1228

tentu merah. Kalau musim panas, debu. Jadi di kawasan kampung yang tersebut sentiasa rumah tutup sahaja dan tak payah beli cat lagi, sebab sentiasa merah! Kalau hendak dicat pun kalau putih jadi merah.

Jadi perkara ini telah pun dibangkitkan dan telah pun dikemukakan kepada pihak-pihak yang berkenaan tetapi sehingga hari ini masih kita lagi menunggu. Yang anihnya jalan ini adalah dalam bandar berdekatan dengan kawasan Majlis Daerah Keluang Utara. Apa yang kita mengharapkan kita bukanlah hendak suruh buat 15 kilometer sekali gus tetapi kalau dapat dibina 3 kilometer pada tiap-tiap tahun, dalam jangka masa 5 tahun jalan itu akan siap. Kita percaya dan kita faham bahawa perbelanjaan untuk membina jalan tersebut adalah besar tetapi kalau kita dapat membina 3 kilometer pada tiap­tiap tahun akan dapat memberikan kemudahan, keselesaan dan kesenangan kepada rakyat jelata yang duduk berhampiran di dalam kawasan itu. Yang mustahaknya ialah 3 kilometer jalan tersebut yang melalui beberapa kampung. Jadi saya mengharapkan kepada Kementerian yang berkenaan tersebut supaya dapat mengambil perhatian atas perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh berhubung dengan Kementerian Pelancongan. Ramai rakan-rakan saya tadi telah pun berkata tetapi saya akan mengambil sedikit masa sahaja. Kalau kita hendak cerita Kementerian Pelancongan ini usaha-usaha telah pun dibuat untuk menarik beberapa ramai pelancong datang ke negara kita ini. Tetapi apa yang saya mengharapkan supaya Kementerian Pelancongan ini dapat bekerjasama ataupun meminta kerjasama daripada Jabatan-jabatan yang lain yang ada hubung kaitnya untuk menarik pelancoag-pelancong ke dalam negara kita ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum-kita ambil contoh Tambak Johor ini-apabila hendak masuk Tambak Johor ini banyak Jabatan yang terlibat seperti Kastam, Imigresen, Polis dan sebagainya. Apa yang penting di sini apabila kita hendak menarik pelancong ke negara ini ialah dari segi sopan santun, dari segi cara mana dan bagaimana kita dapat menarik pelancong dan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelancong-pelancong yang ingin memasuki ke dalam negara kita ini.

Pernah berlaku baru-baru ini di Lapangan terbang Pulau Pinang, hila satu rombongan yang datang daripada Johor melawat ke Medan dan balik melalui Pulau Pinang, hila turon di Lapangan terbang Pulau Pinang ini, ia patut kena pergi ke transit lounge, dengan izin. Apa yang berlaku di situ, ungkap kasar yang telah ditunjukkan oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab di Lapangan terbang tersebut.

Jadi, kalau contoh yang semacam ini dilakukan oleh pegawai-pegawai kita di pintu-pintu masuk ke negara kita ini, jadi bagaimana kita dapat menarik pelancong-pelancong datang ke negara kita? Jadi satu kursus patut diberi kepada mereka yang kita tempatkan di pintu-pintu masuk ke negara kita ini supaya dapat memberikan kerjasama kepada pelancong-pelancong yang akan datang ke negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, setakat itu pandangan yang dapat saya berikan dan saya sekali lagi menyokong Akta Perbekalan Tambahan (1987).

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah binti Mohd.Akim.

Page 79: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

~---·--~~-~

1229

5.57 ptg.

5 APRIL 1988 1230

Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya bercakap. Walaupun saya ingin bersama-sama dengan rakan-rakan lain, membahaskan beberapa Bil yang lalu, tetapi tidak · dapat peluang. Walaupun saya bangun beberapa kali, mungkin agaknya kerana saya ini rendah, bila orang lain bangun terlindung saya, tidak ternampak, maka tidak ada peluanglah. Tetapi pada petang ini oleh kerana banyak kerusi kosong (Ketawa) maka Tuan Yang di-Pertua pun nampak saya, itu pun sesudah beberapa kali bangun. Terima kasih banyak. Saya hendak ambil sedikit sahaja peluang dalam membahaskan Akta ini.

Satu daripadanya yang saya ingin menyatakan iaitu Maksud B.l. Sebelum saya bercakap atas perkara ini, saya ingin juga menyarankan sedikit, selalulah kita mengatakan jimat perbelanjaan, jimat tenaga­"jimat" selalu diperkatakan tetapi tidak "jimat" selalu berlaku.

Dalam B.1-Parlimen, Tuan Yang di-Pertua, kalau ia termasuk dalam Perbelanjaan Mengurus Parlimen ini, tolonglah perbaiki sedikit kerusi­kerusi tempat duduk ini, kerana kebanyakan sudah rosak. Ia tidak payah diganti kerana kita hendak jimat belanja tetapi diperbaiki sahaja terutama sekali macam kerusi saya ini, tiga kali tarik tidak boleh duduk lagi­m.alang sungguh-tiga kali tarik pun tidak boleh terbuka lagi dan masih terlekat. Kalau Tuan Yang di-Pertua tidak percaya, boleh tengok ini­sampai koyak kulitnya itu, tidak ada siapa yang tolong tengok. Bukan kerana saya, tidak. Tetapi kebetulan kepada saya, maka saya sebutlah.

Selepas itu kita lihat keluar baru sahaja kita ganti lantai kita itu dengan tikar getah. Ini juga tidak

menjimatkan. Kalau kita buat batu yang cantik sekali, lebih belanja tetapi kita menjimatkan wang itu bertahun­tahun kita tak payah keluar wang untuk memperbaiki. Kalau ini habis­habis tiga, empat tahun maka setahun sekali kena tukar, kena upah, kena buang, begitu, jadi membazir. Tidak sama nada yang kita perkatakan berjimat tetapi tidak jimat. Tadi saya pergi ke kantin makan ada pula yang bocor di sana. Itu pun tidak jimat jugalah.

Menyentuh Maksud B. 4 Suru­hanjaya Pilihanraya. Ini juga kalau kita kira-kira hasilnya kurang memuaskan sebab bila ada pilihanraya kertas undi yang diperiksa ada yang tidak betul. Ini juga patut diperhatikan. Pengira-pengira undi ini kita keluarkan belanja tetapi kalau kira undi pun tak betul, dia tak tabu siapa punya maka patutlah orang­orang ini kita tetapkan dan beri kursus, lain kali pilihanraya orang­orang yang tertentu ini kita ambit bekerja, kerana merugikan.

Begitu juga kalau pilihanraya. Kita ban yak menggunakan poster, poster­poster ini juga kita patut jimatkan. Kertas-kertas ini juga patut kita jimatkan. Kita tidak selalu berjimat, terlalu banyak membuang. Kita kata keadaan negara kita meleset tetapi penjimatan tidak ada. Ini haruslah diperhatikan daripada semua Jabatan­jabatan.

Cuba kita kira kalau satu hari, satu orang buang kertas dua helai, berapa ban yak sudah terbuang. Selepas itu ada lagi pcmbuangan yang tidak patut dibuat, dibuat, selepas itu terbuang begitu sahaja, maka tidak juga menjimatkan perbelanjaan. Sepatut­nya kita kecilkan sedikit perbelanjaan kita. Dahulu kita hendak kecilkan belanja, kertas itu panjang dipendekkan tetapi pembuangan macam itu juga. Ini juga say a rasa patut kita perhatikan.

Page 80: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1231 5 APRIL 1988 1232

Dalam B. 6 Suruhanjaya Perkhi­dmatan Pendidikan. Saya pun tidak tabu bagaimana keadaan ini. Kalau kita hendak lihat daripada peruntukan Kementerian Pendidikan adalah yang pertama banyaknya. S~ya suka menyentuh perkara itu dan di sekolah-sekolah masih juga banyak lagi pungutan wang daripada orang ramai. Jadi, a.da sedikit tambahan bangunan atau lain-lain murid-murid kena kutip wang, ibubapa kena beri. Berlaku perkara-perkara yang seperti itu. Di sini tengok, bila kita bentang budget pada tahun sudah, peruntukan Kementerian Pendidikan untuk sekolah ada, di sekolah-sekolah memungut wang daripada anak-anak, dan ada lagi peruntukan tambahan jadi tak ada lepas daripada wang. Ini juga tidak menjimatkan.

Berkaitan dengan B.36 Polis. Saya juga bersama dengan rakan-rakan yang lepas berucap tadi iaitu berkaitan dengan kereta ronda Polis. Saya tidak he,11dak bercakap fasal kereta. Di Pulau Pinang banyak juga yang pakai Proton Saga tetapi anggota-anggota Polis yang membawa kereta ronda ini dia ronda mana pun kita tak tabu dan dia tidak ada hormat kepada orang­orang yang banyak ini. Ini sangat menyedihkan sebab dia ingat dia Polis, orang tak boleh tangkap dia, maka dia boleh buat sesuka hati. Minta Maaf, Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat dia hendak letak kereta, dia letak tengah­tengah jalan, di tengahsimpangkah, dia tak peduli. Jadi ke mana moral, disiplinnya itu, tak ada.ltu juga macam kata rakan saya tadi patut kita beri kursus, guna wang banyak tak mengapa, tetapi biarlah dia berdisiplin. Kalau dia seorang anggota Polis yang menunjukkan sikap yang sedemikilm, apatah lagi orang ramai. Macam pepatah Melayu ada mengatakan dan saya tak mahu sebut pepatah itu. Jadi, tak ada silu, tak ada segan, dia boleh buat sesuka hati macam cowboy. Kita menyuruh orang berakhlak tetapi kita yang sebagai cermin, memakai uniform

tidak menunjukkan kita punya peribadi supaya ditiru oleh orang. Ini juga berlaku kepada polis.

Berkaitan dengan pelancongan. Pelancongan ini, Tuan Yang di­Pertua, di Pulau Pinang ini kira ternama juga, pulau mutiara, tempat pelancongan tetapi indah khabar sahaja daripada rupa, di dalamnya kosong, tak ada apa hendak tengok. Kalau . pelancong-pelancong hendak pergi ke Bukit Bendera cuma hendak pergi Bukit Bendera itu kerana hendak naik keretapi bukit. Selain daripada itu apa pun tak ada.

Sebagaimana kata rakan saya Yang Berhormat tadi kalau di Pulau Pinang ada Boria, umpamanya pelancong­pelancong yang hendak naik ke Bukit Bendera adalah pertunjukan di sana, juahm makanan ala-Malaysia. Ini tak ada, tak ada berlaku langsung. Naik keretapi bukit, pusing setengah jam, balik, turun, tak ada apa hendak tengok, cuma hendak tengok Bandar Pulau Pinang itu dari atas bukit, itu sahaja. Perkata ini berlaku sebab tidak ada penglibatan orang ramai, tak beri peluang orang-orang bawah ini buat. Kalau kita beri peluang itu kepada penduduk-penduduk dalam kawasan itu ataupun satu-satu badan yang mengelolakannya, dibantu mereka ini, mesti perkara itu berlaku maka dapatlah kita tunjukkan. Kalau di Pulau Pinang ada Boria, kita megah dengan Boria, boleh tunjukkan Boria, kita megah dengan makanan karl, boleh beri makan kari. Ini tak ada, n.aik Bukit Bendera turun, habis.

Pergi melihat to kong ular, nama sahaja, tidak ada juga. Jadi, tidak ada satu yang khusus untuk dipertunjukkan di negeri ini supaya menarik pelancong datang ke sini. Bunyi sahaja elok. Ini juga merugikan. Jadi, dengan adanya pelan induk ini, maka patutlah perkara­perkara sedemikian diperhatikan, diberi peluang kepada badan-badan

Page 81: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

------·-----

1233 5 APRIL 1988 1234

sukarela dan yang berkaitan, diberikan sedikit imbuban, tentu mereka akan menunjukkan perkara­perkara ini. Banyak yang menganggur, jadi, dia boleb buat kerja itu.

Menyentub perkara lain, saya ingin bercakap, saya masib teringat lagi semasa kita akan mengadakan mesyuarat pada bulan Disember yang lepas dalam perjuangan pre-council, ada juga kita menyuarakan kalau ada bendak pergi ke mana-mana beri peluang kepada Senator-senator ini dibawa sama. Nampaknya, sampai bari ini tidak ada, berbelanjaan daripada beberapa jabatan banyak. Lagi satu, satu Muzium Negara, Muzium Negara ini satu buab sabaja rumahnya di Kuala Lumpur ini. Cuba kita tengok perbelanjaannya banyak mana.

. Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat tabu ada pegawai-pegawai 'atau pekerja-pekerja di Muzium Negara ini yang pergi ke luar negeri sampai 3, 4 bulan, lebib teruk daripada Menterilagi, kerana bendak mencari barang-barang. Ini tidak menjimatkan, tentu sekali dia pergi ke luar negeri, kita tidak berbasrat bendak menyekat rezeki, tetapi mesti dipastikan basilnya seimbang dengan wang yang kita belanjakan. Ini kita bercakap selalu, bersib, cekap, amanab. Tidak bersib, tidak cekap, tidak amanab. Ini semua jaub sekali, dari menjimatkan, siapakab yang buat?

Tuan Yang di-Pertua, patutlab perkara-perkara ini kita suarakan, saya sudab tabu berita ini, tidak akan masuk suratkbabar dan tidak masuk TV. Cuba kita libat, kita bercakap berbari-bari, berminggu-minggu, siapa yang bendak ikut? Dalam suratkbabar kerana setengab muka sabaja berita Dewan Negara. Jadi, orang tidak tabu apa yang kita buat, pasal itu orang kata kita "rubber stamp". Tidak ada publisiti, tidak tabu saya di mana

salabnya. Kita bercakap tidak pernab orang lain dengar. Jadi, dia kata kita duduk diam sabaja, mengikut sabaja apa cakap orang. Ini satu daripadanya menunjukkan kelemaban-kelemaban itu. Maka ini barus diperbaiki, bukan sebab saya bercakap bendak masuk suratkbabar, tidak payah. Saya memang jarang keluar suratkbabar inipun. Tetapi saya tengok Yang Berbormat Wak Sbabarom (minta maaflab ya?) Saya sudab biasa, Tuan Yang di-Pertua, dia ini kawan baik saya, sebab itu saya selalu panggil dia "wak". Jadi, saya panggil "wak" sabaja, ya wak? Cakap sampai berapa jam, cuba kita tengok, besok beritanya dalam suratkbabar.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Perkataan "wak" itu kena tarik balik, ada yang bagus lagi "kekanda" sepatutnya. (Ketawa)

Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim: Kepada saya tidak jadi masalab, "kekanda" pun lagi baik, tetapi mungkin saya jadi kekanda. Jadi, ini Tuan Yang di-Pertua, patutlab dapat perbatian kepada pibak-pibak yang tertentu supaya seimbang mendapat publisiti di suratkbabar-suratkbabar. Kadang­kadang Tuan Yang di-Pertua, saya amat perbati dan teliti kalau di satu­satu Majlis macam semut, prok-prak, prok-prak, ambil gambar. Cuba kita cari besok dalam suratkbabar, tidak ada. Betul, tidak? Saya bukan cakap bobong. Lepas itu kalau ada majlis pembukaan di situ tetamu di sekeliling ini sudah tidak nampak, orang bendak buat apa di badapan kerana di kelilingi oleb pemberita suratkhabar dan jurugambar. Tetapi besok kalau kita tengok tidak ada pun dalam suratkbabar. Ini apa main-main, tidak sedarkah ini?

Patut ini diperbatikan, apabila tidak ada publisiti, tidak ada dalam suratkhabar, itulab orang boleb kata .kita macam-macam. Duduk

Page 82: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1235 5 APRIL 1988 1236

mengantuk dalam Dewan, beise_inbang di luar, jadi "rubber stamp".-Tetapi Iilla bofeli bafas, cakap dalam Dewan. Kalau tidak keluar suratkhabar memang tidak terbalas kepada mereka, tetapi kalau orang-orang yang ternama bercakap sedikit, keluar suratkhabar besar­besar. Besok, boleh tengok suratkhabar itu. Walaupun dia cakap pendek, panjang beritanya dengan gambar sama sekali, tetapi orang lain punya cakap tidak keluar, ini berlaku. Di mana bersih, cekap, amanah? Sebab tidak bersih, cekap amanahlah kita menerima gejala-gejala buruk pada hari ini.

Jadi, tidak ada lagi saya rasa yang saya hendak sentuh, Tuan Yang di­Pertua, mengenai perkara ini, memadailah setakat itu. Kalau ada yang tertinggal Insya-Allah kalau besok ada peluang lagi kita sambung yang lain dan saya dengan segala sukacitalah menyokong satu Akta bagi menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 1987 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu. Sekian, terima kasih.

Tuan Mustafa bin Awang: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Saya nampak tadi Yang Berhormat Tuan Abdul Majid banyak kali sudah berdiri, tidak mahu bercakapkah? Jadi, maaf dahulu Yang Berhormat Tuan Mustafa, kita ada satu usul dahulu sebab masa sudah hendak habis.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji

Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa walau apapun peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat 11, Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai urusan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 1987.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariff'm): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah satu Usul atas nama Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bahawa walau apapun peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat 11, Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai urusan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 1987.

Usul dikernukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa walau apapun peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat 11, ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 1987.

R..tNG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN

(1987)

Perbahasan disambung semula.

·· Tuan Yang di-Pertua: Dipersilakan Yang Berhorrnat Tuan Abdul Majid bin Abdullah.

6.18 ptg.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun bersama-sarna dengan rakan­rakan saya untuk rnenyokong suatu Akta bagi rnenggunakan wang

Page 83: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1237 5 APRIL 1988 1238

daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk Perbelanjaan Tambahan bagi perkhidmatan tahun 1987 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak banyak hendak menyentuh dalam hal ini kerana segalanya sudah disentuh oleh rakan-rakan saya, tetapi saya hanya hendak menyentuh soal peruntukan B.4, Suruhanjaya Pilihanraya. Saya ingin menyarankan di sini ialah berhubung dengan Daftar Pemilih. Setiap kali kita mengadakan Pilihanraya kita berterima kasih kepada Suruhanjaya ini yang telah mengendalikan Pilihanraya kita di peringkat Kebangsaan mahupun pilihanraya kecil. Daripada usaha inilah demokrasi kita berjalan terus dan tertubuhnya Kerajaan yang ada hari ini. Tetapi yang mendukacitakan, saban kali pilihanraya diadakan, masalah yang timbul ialah nama pemilih yang sentiasa berganda ataupun hilang dalam kawasannya dan didapati tidak ada langsung.

Sebagai contoh, hari ini ialah pilihanraya kecil Tanjung Puteri, calon itu sendiri, Yang Berhormat Datuk Yunus Sulaiman tidak ada nama di kawasannya dan banyak lagi nama-nama yang sepatutnya ada tetapi tidak ada. Inilah saya menyarankan supaya Suruhanjaya ini mengadakan Daftar Pemilih tidaklah hanya pada masa-masa tertentu sepertimana yang dilakukan iaitu dalam semakan sebulan ataupun masa-masa yang telah ditetapkan. Apa yang kita harapkan ialah seharusnya Suruhanjaya ini mendaftarkan pemilih ini sepanjang tahun sehingga semua dokumen-dokumen pemilih ini benar­benar sahib barulah kita adakan satu pendaftaran semula mengikut sebagaimana biasa iaitu semakan sebulan bagi setahun dan seterusnya. Dan urusan ini harus juga kita pertimbangkan kepada Penghulu­penghulu mukim, Pengurus-pengurus

ladang, Pengurus-pengurus FELDA di mana orang-orang ini lebih tabu dengan kedudukan sebenar ke mana perginya seseorang pemilih itu, sama ada meninggal dunia, pindah ke tempat lain atau sebagainya. Jadi, tidaklah berlaku lagi percanggahan. Terdapat juga kadang-kadang setengah pemilih ada nama di dua kawasan. lni juga saya rasa sudah tidak mengikut lunas-lunas demokrasi yang sebenar sebagaimana juga akta ataupun peraturan Suruhanjaya itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya menyentuh Maksud B.57 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan saya sangat bersetuju dengan rakan-rakan saya tadi bahawa kemudahan asas seharusnya diteruskan kepada rancangan ataupun kampung-kampung di Iuar bandar yang masih lagi memerlukannya, dan banyak juga yang telah kita majukan tetapi masih lagi tertangguh kerana masalah­masalah ekonomi negara.

Seterusnya saya juga berharap kepada pihak Kementerian berkenaan menyusun struktur Jabatan Kemajuan Masyarakat ataupun KEMAS di mana penyelia-penyelia yang masih terdapat kekosongan di beberapa kawasan Parlimen di seluruh negara khususnya di negeri Johor yang saya rasa peranan penyelia-penyelia ini sangat penting bagi pembangunan masyarakat di tempat itu dan setelah berubahnya kawasan-kawasan Parlimen ini, keadaan ini masih lagi dalam keadaan lama dan masalah menjalankan tugas tanggungjawab ini adalah amat sukar bagi pegawai-pegawai yang sedia ada yang tidak cukup itu.

Seperkara lagi saya ingin menyentuh ialah pertandingan kebersihan rumah-rumah yang dianjurkan oleh Kerajaan yang telah pun dilaksanakan baru-baru ini. Saya ucapkan tahniah kepada pihak

Page 84: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1239 5 APRIL 1988 1240

berkuasa kerana mengadakan pertandingan 1m yang sudah menampakkan satu basil yang amat baik kepada kemajuan sesebuah kampung, sama ada peringkat mukim, daerah ataupun negeri dan bagi sesebuah kawasan di mana tiap-tiap rumah yang bersih telah pun diberi saguhati, ini satu galakan yang sangat baik. Walau bagaimanapun, saya berharap program ini tidaklah hanya ditumpukan kepada satu-satu masa di mana bagi seseorang yang hendak mendapatkan rumahnya nombor satu ataupun hadiah yang istimewa bertungkus-lumus menjalankan kerjanya tetapi selepas itu ia buat tidak tabu dan tinggal dalam keadaan yang semula jadi. Jadi, seharusnya prestasi rumah-rumah ini ataupun kampung-kampung ini hendaklah sentiasa diawasi sepanjang tahun, barulah boleh ditentukan bahawa ia benar-benar layak menedma penghormatan itu. Kita tidak hendak sampai masa pertandingan diumumkan baru itulah mereka bersusah-payah mengelokkan, mencantikkan rumah mereka, kampung mereka, mukim mereka tetapi selepas itu terus tidak ambil langsung tanggungjawab ini. Saya rasa kalau ini berlaku berterusan, tidak ada maknanya program ini diadakan.

Oleh sebab saya nampak Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan ada di sini, saya ingin juga menyentuh Kementerian Pengangkutan berhubung dengan masalah Pejabat Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri Johor iaitu daerah Kota Tinggi. Saya pandang Kota Tinggi merupakan daerah yang agak terbesar di negeri Johor tetapi Pejabat Pengangkutan Jalan tidak ada di daerah ini dan terpaksa semua urusan ini dilakukan di Johor Bahru dan setiap hari Pejabat JPJ di Johor Bahru itu sentiasa penuh sesak dan memakan masa bagi seseorang yang hendak berurusan dengan JPJ. Selain dari daerah Kota Tinggi tidak ada Pejabat

JPJ, tidak ada juga untuk memberi ujian mendapatkan lesen-lesen memandu dan saya harap kalau wujudnya satu pejabat di daerah Kota Tinggi yang mengandungi daerah kecil Penggerang, yang dari Penggerang hendak ke Johor Bahru, kalau tidak silap saya hampir 80 batu-kiraan lama, kilometernya saya tidak berapa 'ingat-begitulah jaraknya. Saya mendapati di daerah Keluang sudah ada pejabatnya tetapi di Kota Tinggi sehingga ini kita tidak dapat apa-apa maklumat lagi Pejabat JPJ akan diadakan di daerah ini.

Inilah sahaja, Tuan Yang di-Pertua, yang hendak saya sentuh dan saudara saya pun saya nampak sudah. mula bangun tadi dan saya dengan ini sekali lagi menyokong Rang Undanl!-undang ini.

Tuan Yang •di-Pertua: Sila Yang Berhormat Tuan Mustafa bin Awang.

6.26 ptg.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya minta maaf kepada semua yang hadir di dalan Dewan ini kerana sepatu\nya lebih kurang 2 minit lagi biasanya kita sudah pulang tetapi mungkin sabit saya, sebab saya, saudara sekalian tidak dapat pulang dan saya ucap syabas kepada semua pegawai­pegawai Kerajaan yang sanggup menunggu.

Cuma saya hendak sentuh sedikit sahaja kerana saya sangat kempunan, hampir seminggu tidak diberi peluang oleh kerana mungkin saya tidak cergas, iaitu yang pertama sekali saya hendak berterima kasih atas nama nelayan seluruh negeri Terengganu kepada Kementerian Pertanian yang telah membina satu projek yang agak besar yang menelan belanja hampir berbelas juta ringgit iaitu Benteng Menahan Ombak di Pelabuhan

Page 85: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1241 5 APRIL 1988 1242

Chendering. Secara kebetulan Timbalan Menteri yang berkenaan ada di sini, terima kasih sudah tetapi satu cadangan harus dibuat.

Pelabuhan yang memakan belanja hampir $27 juta ini pada masa ini hampir tertimbus yang pada hemat saya pasir yang terdapat di dalam Pelabuhan ini tidak kurang tingginya 5 kaki dan lebarnya kira-kira empat kali padang bola. Maka terpulanglah kepada Timbalan Menteri dan Kerajaan apakah langkah yang perlu diambil. Perkara ini telah saya kemukakan kepada Menteri yang berkenaan pada satu masa dahulu supaya pasir-pasir m1 disedut dijadij(an satu timbunan kepada tanah

. yang hendak ditambun oleh SEDC Terengganu yang tanah ini dikira menelan belanja lebih daripada $3 juta. Satu perjanjian secara lisan telah dibuat tetapi bagi • pihak SEDC Terengganu telah menggunakan tanah bukit untuk menambun paya untuk dijadikan tapak projek SEDC. Walau bagaimanapun, oleh kerana Timbalan Menteri ini masih muda, saya minta secara khusus membuat lawatan ke Terengganu. Di samping itu saya rasa satu perkara yang sangat mendukacitakan ialah salah seorang daripada Setiausaha Parlimen di J abatan Perdana Menteri telah membuat kenyataan yang sama sekali tidak betul. Saya tidak kira saya bercakap petan~ ini, sama ada ada atau tidak mass-media tengok dan baca, pandang dan lihat ataupun dengar sahaja, saya tidak perlu itu, yang saya perlu ialah hendak nienyampaikan hasrat rakyat di dalam

. Dewan ini sahaja, terpulanglah kepada: Kerajaan mahu laksanakan atau tidak, iaitu mengenai dengan J abatan Perdana Menteri B. 7 yang sekali gus barangklili melibatkan Saudara Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan mengenai dengan hakisan pantai yang pada masa ini dan beberapa tahUIJ. yang lalu telah menelan belanja berjuta-juta ringgit.

Tuan Yang di-Pertua, kita pernah menyatakan bahawa Jabatan Penerangan dan Menteri Penerangan sendiri mengajukan kepada kita beberapa slogan supaya kita kasih dan taat kepada negara. Dan saya hendak bertanya Tuan Yang di-Pertua pada petang ini, apakah kalau pasir bumi ini tidak ada, boleh dipanggil negara. Kosong, bumi tidak ada, semuanya­laut belaka. Saya rasa ini tidak perlu kita panggil negara. Jadi dengan sebab itu kita harus sayang, kasih kepada negara iaitu bumi Malaysia ini. Kalau setiap tahun barangkali di Pantai Timur daripada hujung Tumpat sehinggalah ke Johor Selatan demikian juga daripada Setoi, Perlis ke Pontian Kukup dihakis oleh laut dan selat. Jadi dengan sebab itu suatu tindakan segera perlu diambil.

Sebagai satu contoh, suka- saya menyatakan di sini bagi pihak ·negeri Terengganu telah mengeluarkan perbelanjaan bagi mengatasi masalah ini lebih kurang $2.4 juta.

Dalam soalan saya secara lisan, tetapi saya tidak tahu boleh jadi besok petang akan dijawab oleh Menteri yang berkenaan dan kalau tidak dijawab pun tidak apa, aka:n dijawab dalam ucapan saya ini sama ada petang ini ataupun besok menunjukkan Kerajaan bahawa Negeri Terengganu telah sedar penyakit yang merbahaya ini melanda negeri Terengganu. Saya percaya negeri-negeri lain ·juga terlibat terutama sekali Pantai Timur.

Satu persoalan yang saya harus mendapat jawapan daripada Menteri yang terlibat ini yang berkenaan, apakah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri ini akan digantikan semula oleh Kerajaan Pusat. Dan kalau tidak,ada sekalipun maka pada petang ini, saya merayu dan memohon supaya wang yang telah dibelanjakan ini digantikan semula

Page 86: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1243 5 APRIL 1988 1244

bagi menampung kewangan negeri Terengganu yang sama-sama kita tahu setakat ini tiap-tiap negeri menghadapi kemelesetan Perben­daharaan.

Perkara yang ketiga, saya suka sebut di sini iaitu mengenai dengan Kementerian Yang Berhormat Saudara Abang Hussein. Orang lain memang tidak sebut ini, saya dengar­dengar sepanjang dua tiga hari ini tidak disebutnya tetapi ada Akta-akta akan dipinda untuk membaiki keadaan Perkhidmatan Bomba negara. Pada · satu masa dahulu perkhidmatan bomba ini diletakkan di bawah Kerajaan-kerajaan Negeri. Barangkali saya tidak tahu apa sebabnya, barangkali Kerajaan Negeri tidak dapat menaikkan gaji masing­masing maka diserahkan kepada Kerajaan Pusat.

Saya berterima kasih atas kesedaran Kementerian yang berkenaan bagi membaiki keadaan Perkhidmatan Bomba tetapi apa yang perlu saya sebut di sini ialah kita hari ini menyediakan projek-projek pembangunan terutama sekali bangunan di bandar-bandar dan di pekan-pekan yang akan dijadikan bandar. Tetapi ada setengah-setengah Balai Bomba ini kadang-kadang kita cari setengah jam tidak jumpa. Contohnya, di Kuala Terengganu, saya barangkali tidak begitu arif dengan negeri lain. Di Kuala Terengganu ini, saya kira Jabatan Bomba ini tidak kurang daripada 70 tahun yang lalu. Ia masih di situ juga dan kalaulah berlaku sesuatu kebakaran ataupun sebarang kemalangan yang memerlukan Perkhidmatan Bomba, kadang-kadang tergendala.

Jadi, saya sarankan di sini supaya Jabatan Bomba ini diubahsuai di tempat lain dan kalau boleh biarlah ianya agak jauh sedikit daripada pusat

bandar itu sendiri demi kepentingan bandar Kuala Terengganu, kerana bandar ini akan didirikan dengan bangunan-bangunan tinggi yang kelak akan tenggelam semula bangunan ini dan sukar untuk menyelaraskan kerja­kerja bomba.

Selain daripada itu bomba ini juga ada paip-paip bomba di tengah jalan ini sama ada jalan ini yang digelar lebuhraya, jalan raya ataupun jalan daerah, jalan mukim dan lain-lain. Pernah berlaku di tempat saya, di kampung saya suatu kebakaran berlaku. Pegawai-pegawai Bomba mencari paip bomba tidak jumpa sehinggalah rumah yang terbakar ini ranap dalam masa hanya empat minit sahaja. Saya dapat melihat dengan mata kepala saya sendiri. Saya tidak ada niat untuk hendak kondem mana­mana pegawai Kerajaan, tetapi saya kira ini suatu kecuaian yang kecil sahaja tetapi merbahaya.

J adi saya mintalah cara kebetulan Yang Berhormat Timbalan Menterinya ada di sini supaya paip­paip bomba di jalan-jalan seluruh negara ini kalau ditutup dengan rumput dan sebagainya, kadang­kadang JKR yang bina jalan ini-nasib baik Menterinya tidak ada di sini, dilitupnya dengan min yak tar, hilang lubang paip itu. Lubang yang letaknya paip bomba itu hilang. Ini pun harus mendapat pandangan dan kerjasama, kerana ini suatu benda yang tidak boleh dipandang kecil.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih pula kepada B. 7 Jabatan Perdana Menteri. Saya sebenarnya mengakulah bahawa saya jahil. Berapa banyakkah di Jabatan Perdana Menteri ini jabatan-jabatan yang bertanggungjawab kepada negara, hanya saya tahu satu dua perkara sahaja, kadang-kadang ada Wakil Rakyat menulis surat terus kepada Jabatan Perdana Menteri minta duit

Page 87: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1245 5 APRIL 1988 1246

hendak membaiki masjid, hendak membaiki surau-inipun di Jabatan Perdana Menteri tetapi saya pada petang ini hendak melahirkan sekali lagi rasa dukacita saya sebagai seorang Ahli Dewan dan perkara ini tidak akan berlaku pada masa akan datang, kerana ini memalukan Kerajaan dan memalukan J abatan Perdana Menteri.

Barangkali Tuan Yang di-Pertua dan saudara-saudara Ahli Dewan sekalian, tiga empat hari yang lalu satu soalan daripada Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar Lajim meminta orang atau pegawai dari Jabatan Perdana Menteri menjawab soalan Nombor 1 tetapi telah ketinggalan menjadi Nombor 8. Maka amalan ini pada saya sungguh rasa kesal dan saya fikir inilah satu-satu sebab mengapa sesuatu urusan negara sering tergendala dan kita sering mendapat fitnah. Kalau rasa tidak berkeinginan dan tidak berkemampuan untuk bertugas di Jabatan Perdana Menteri, orang yang mengemudikan negara Kertas Putih masih murah dan saya yakin ada di kalangan Ahli-ahli Senator ini yang layak bukan sahaja menjadi Setiausaha Parlimen, malah menjadi Menteri pun ( Ketawa) kerana bukti jelas dua saudara kita layak menjadi Timbalan Menteri. (Tepuk) Dan saya berdoa ianya akan menjadi Menteri. Tidak ada niat jack ini. Ini betul. (Ketawa) (Tepuk)

Saya bukan marah dasar peribadi, kita kena ingat ini semua. Kadang­kadang apa yang dijawab oleh mereka, maksud saya Menteri, Timbalan Menteri, SetiausahaParlimen menerusi mass media tadi, walaupun ada di antara Ahli Dewan ini menyatakan dia bercakap panjang tetapi beritanya pendek, pada saya tidak penting, tidak peduli itu semua, yang mustahak hendak melahirkan itu. Pet:asaan yang saya bawa ini bukan perasaan saya, perasaan rakyat-saya mewakili negeri Terengganu ke Dewan ini. Jadi saya

Iahirkan perasaan rakyat negeri Terengganu itu sendiri di samping rakyat negara ini.

J adi kalau menjawab sesuatu soalan hendaklah menggunakan demi kepentingan politik negara, kerana saya dapati ada di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen tidak ingat ini semua.

Apabila Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen menjawab di Parlimen ini, dianya akan terkeluar dan yang paling ditakuti sekali ialah mass media mulut. Dari satu mulut ke. safu mulut­hancur negara. Ini sering berlaku dan satu masa dibuat undang-undang di zaman Tun Hussein Oon menjadi Perdana Menteri iaitu undang-undang khabar-khabar angin, siapa membawa khabar angin dianggap salah. Kalaulah tidak kerana mass-media mulut ini, maka undang-undang ini tidak lahir. Saya minta sungguh-sungguh supaya menggunakan kebijaksanaannya demi kepentingan negara, apatah lagi memandangkan kedudukan negara sekarang ini, kerana ada orang yang telah lama menjadi hero hendak menjadi hero semula. Saya fikir ini tidak patut, tidak patut. Kalau saya hendak sebut keadaan seperti ini pada petang ini barangkali, terutama sekali Ahli-ahli Dewan ini dan pegawai­pegawai Kerajaan akan marah dengan saya, sepatutnya dia sudah balik, dia masih ada dalam Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi perkara mengenai Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Menterinya tak ada di sini, tetapi tak mengapa, mungkin ada pegawai yang berkenaan kerana saya tengok yang bekerja keras ini ialah pegawai yang dari mula sampai sekarang mengutip segala maklumat. Apa yang diluahkan oleh Senators ini ialah diambil oleh pegawai-pegawai yang berkenaan, bukan Menterinya. Tetapi bukanlah saya hendak kondem

Page 88: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1247 5 APRIL 1988 1248

Menteri. Saya ucapkan syabas kepada pegawai-pegawai yang berkenaan, mudah-mudahan mereka akan menjadi Wakil Rakyat dan terus jadi Menteri. Tetapi jangan lupakan saya ( Ketawa)-Kementerian Pemba­ngunan Negara dan Luar Bandar.

Baru-baru ini, sebelum saya datang ke sidang ini, saya salah seorang yang hadir bersama-sama dalam Dewan Negeri di Terengganu, telah diberi taklimat oleh pegawai tinggi sekali dalam Kementerian yang berkenaan. Kata dia, mesin-mesin, terutama sekali mesin kerupuk, mesin perabut termasuk buluh yang orang sini panggil "bamboo" telah diberikan kepada pengusaha-pengusaha kecil di negeri Terengganu. Kalau tak silap ingatan saya, wang yang telah dibelanjakan ini hampir $1.7 juta. Selepas beberapa bulan katanya, bukan kata saya, mereka yang menerima mesin itu dengan cara

· percuma membiarkannya begitu sahaja.

Saya naik hairan. Pada hari itu, saya memang ada niat hendak bertanya, tetapi saya takut rosak Majlis itu, biarlah saya bawa ke mari. Jadi ada yang menerima mesin di daerah A membawanya ke daerah B tanpa diketahui oleh pegawai yang berkenaan. Pada saya, ini bukan salah pengguna yang diberi mesin itu, salah kita sebagai gurunya. Apakah sebelum rancangan ini dibuat, tidak ada daripada Kementerian yang berkenaan membuat satu gerakan banci secara bersungguh-sungguh mana-mana orang yang betul-betul layak baru diberikan mesin itu. Saya nampak tidak ada. Yang menjalankan tugas itu hanya Pembantu-pembantu Penyelia KEMAS. Saya tidak mahu kondem mereka ini. Kadang-kadang ini diberikan berdasarkan kepada pilih bulu, kadang-kadang diberi berdasarkan kepada keturunan iaitu saudara maranya. Saya sanggup

memberi bukti. Satu kes berlaku di · Terengganu, mesin membuat kerupuk diberi kepada satu tempat namanya Kuala lban dan mesin ini telah dibawa ke Mersing tanpa diketahui oleh pegawai yang berkenaan. Mesin membuat kerupuk telah dibawa ke Mersing, Saya tahu orangnya tetapi saya tak mahu sebutkannya di sini. Inilah menunjukkan bahawa kita tidak berhati-hati.

Selepas itu mesin-mesin diberikan, misalnya, untuk perabut buluh, sepatutnya mesin ini ada empat set, misalnya, baru cukup, tetapi tiba-tiba diberikan dua set. Mesin itu berjalan juga, tetapi tak berguna. Jadi saya minta Kementerian yang berkenaan supaya jangan terlalu sangat menempelak rakyat. Kadang-kadang disebut, bagaimana kita hendak menolong orang Melayu­bumiputera.

Baru-baru 1m kononnya orang Amerika membuat order kipas mengkuang sebanyak satu juta keping, tetapi tak boleh hendak selesai. Bagaimana hendak selesai? Besok dia hendak, baru hari ini awak beritahu. Inikah dasar perniagaan antanibangsa. Saya tak fikir begitu. Sebenarnya kalau orang hendak order barang seperti itu. Sekurang-kurangnya sebulan-dua berunding dahulu, kononnya jawapan ini hanya melepaskan batuk di tangga seolah­olah orang Melayu itu tidak mampu membuat sesuatu. Yang kata inipun Melayu kerana diresapi oleh orang­orang bukan Melayu yang ada niat khianat. Kita }cena fikir ini semua.

Selepas itu satu kes lagi berlaku. Ada satu permintaan bagi chop-stick atau penyepit makanan dari buluh sebanyak satu juta daripada Korea. Datanglah pegawai yang berkenaan mengatakan kita berkehendakkan chop-stick sebanyak satu juta, · Kalau satu harganya 30 sen, bagi satu juta, berapa jutakah harga barang itu. Bagi

Page 89: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1249 5 APRIL 1988 1250

· tempoh dua-tiga hari bolehkah buat barang itu? Pegawai itu pun mula sembang, "Ini nak balik ke Kuala Lumpur dah, tak guna datang ke Terengganu. Sembang dalam hotel yang sejuk macam Dewan ini juga, minum kopi $3.00 secawan. Kita minta bekalan satu juta tak dapat dibekalkan. Baru dua hari dia datang dia hendak bekalan satu juta, Patutkah tindakan macam itu? Tak patut. Selepas itu garpu buluh, sama juga nasibnya. Akhir-akhir ini mesin pun tak jalan, orang pun tak ada, sebab tidak ekonomik. Siapa hendak bekerja kalau dapat 50 sen sehari sedangkan belanja $20.

Pihak Kementerian ini tang­gungjawab berat, kena berhati-hati jangan duduk bersembang_ sahaja. Perkara 101 memang betul saya cakapkan, saya berani berdepan dengan siapa sahaja hatta Menterinya. Kalau sembang sahaja banyak, kesan tak ada pun tak berguna. Selepas itu kita memperkecilkan kebolehan orang kita sendiri. Ini masalah yang sedang berlaku kepada kita.

Kementerian Kesihatan, Men-terinya tak ada. Tetapi pagi tadi saya tanya dia, katanya kita memang menyediakan doktor, tetapi ada yang bukan doktor mengaku doktor, terpaksa tukar kad pengenalan pegawai-pegawai seminggu sekali kerana mengatasi penjelmaan doktor. Kita beli ubat dari luar negeri berjuta­juta ringgit setahun. Barangkali Timbalan Menteri Kewangan mengetahui fasal wang orang minta dengan dia. Kita beli ubat dari luar negeri, sedangkan ada ubat-ubat yang kita boleh buat. Mengapa kita tidak latih anak-anak pribumi ini? Kalau disebut pribumi, nanti mungkin orang lain marah, maknanya bukan orang Melayu sahaja maksud saya, latih mereka membuat ubat yang lebih menguntungkan. Fasal itu saya tanya tadi yang digelar pakar Pharmacist sehingga bergelar doktor itu ada dua

tugas. Ini sepanjang yang saya tahu, dia juga boleh periksa pesakit dan dia boleh buat ubat. Kebanyakan doktor yang ada ini periksa pesakit sahaja, ubat orang lain buat.

Barangkali Tuan Yang di-Pertua mungkin tak pernah membeli Panadol, saya fikir, fasal dia sihat selalu. Sebiji Panadol harganya 20 sen sedangkan ubat yang ada dalam Panadol itu entah banyak mana, sebab yang di luar itu bukan ubat, yang putih itu gandum ataupun tepung ubi, tetapi yang di dalam itu ubat, entah berapa satu per seribu gram, saya pun tak tahu. Kalau tak percaya, celupkan dalam air, penyetkannya, ia akan jadi gam. Maknanya perniagaan ini meng­untungkan. Kalau kita mahu berjaya, kita kena latih orang kita sebagai­mana dilatih jurutera-jurutera kita yang boleh mengendalikan stesyen gas janaletrik di Paka, salah satu projek janaletrik yang terbesar di ASEAN-900 megawatt. Menteri menjawab tadi, kita tak mahu turunkan kadar tetapi kita jual elektrik kita ke selatan Thailand, ke Borneo, ke Sumatra. Maknanya ini berlebihan. Biasanya kalau sudah lebih, dulu sepinggan sekarang dapat 1 Vz ataupun dua pinggan. Maksud saya turunkanlah kadarnya untuk rakyat yang miskin ini dan kadar untuk hotel kalau hendak dinaikkan, boleh dinaikkanlah. Yang dapat sedikit, yang daripada nelayannya, penorehnya, buruhnya, ini maksud'saya yang hendak suruh turun. Menteri tidak boleh, tidak apalah. Sampai salam saya.

Satu lagi mengenai polis. Mengenai polis ini memang ada orang sebut hari ini, tetapi polis ini biasa kerja sampai mati atau tidak? Saya fikir tidak. Cukup umur 55 tahun dia pencen, ia pun ada kesatuannya. Kesatuan Tentera ada pembelanya-pembela hilang. Jadi polis ini saya tidak tahu siapa hendak bela dia, yang sudah bersara ini. Ini pun tidak mudah peranan dia, simpang kereta di tepi

Page 90: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1251 5 APRIL 1988 1252

jalan itu, cara emergency. Kalau sudah orang bertumbuk di sana, dia tentulah letak kereta di situ, bukan sengajalah, saya fikir. Saya bukan hendak membela sangat polis ini, tetapi cara begitulah.

J adi bekas polis ini pun dipanggil bekas Kesatuan Pesara-pesara Polis.

. Saya mengambil kesempaan di sini mengucapkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, kerana saya orang Terengganu, kerana saya orang Terengganu dan Kerajaan Negeri yang telah memberi tanah kepada bekas perajurit, mungkin termasuk polis kira­kira lebih 2,000 ekar. Tetapi negeri lain tidak ada. Keterangan ini diberi oleh Timbalan Menteri Pertahanan, bukan saya yang kata. Jadi, pada petang ini saya menyeru di Dewan ini dan kalau boleh saya minta berhenti barangkali dalam 5 saat kerana saya hendak bercakap dengan Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri di seluruh negara melalui telipati.

Kalau Tan Sri izinkan, saya minta Setiausaha offkan microphone 5 saat sahaja. Saya hendak tanya Ketua Menteri dan Menteri Besar, dia hendak beri tanah atau tidak kepada bekas polis dan perajurit ini mengikuti jejak negeri Terengganu sebab polis dan tentera ini bukan menjaga Terengganu sahaja, terutama sekali negeri Sabah dan Sarawak tanahnya masih luas. Pahang begitu juga, Perak begitu juga, kenalah beri. Negeri kecil seperti Pedis, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang tidak bolehlah beri tanah kebun dusun buat ladang kerana tanah sedikit. Berilah tapak bangunan untuk perniagaan. Jadi saya menyeru Menteri-menteri Besar yang berkenaan supaya mengikut jejak negeri · Terengganu memberi tanah ini untuk ladang dan tapak perusahaan untuk perdagangan kepada bekas polis dan bekas perajurit yang telah bersara ini supaya mereka juga terbela.

Yang akhir sekali, saya tabu Menteri tidak ada, tetapi pegawai dia ada. Dia lihat saya bangun, saya nampak muka dia lain macam. Saya tidak marah. Menteri Kebajikan Masyarakat, 101 satu hal lagi. Kementerian Kebajikan Masyarakat ini kena jaga kebajikan semua perkara, bukan orang cacat sahaja, Ahli Dewan pun kena jaga. Ini fasal kebajikan, ertinya umum. Nampaknya wang yang diminta ini pun banyak­$1,000,000. Ini minta tambah, betullah habis belanja, tetapi kesannya ada, bukan tidak. Saya minta Menteri yang berkenaan ini kalaulah boleh supaya dia kena minta dahulu tanah-tanah sebelum tanah-tanah dalam negara kita habis · Menteri ini kena minta dahulu tanah menjadi milik Kementerian itu kerana apabila ianya ada projek untuk mendirikan asrama­asrama untuk anak-anak yatim, orang­orang cacat dan sebagainya tidaklah melilau ke sana ke mari. Dia kena minta dahulu kerana ada saya dapat hendak mendirikan bangunan anak­anak yatim kecil-kecilan, tanah susah hendak dapat.

Saya minta Kementerian yang berkenaan ini supaya ianya ada tanah dan selain daripada itu bukan sahaja tapak tanah, kalau hendak mengharapkan wang bantuan daripada derma dan Kerajaan sahaja, saya fikir kita tidak sudah. Saya minta Kementerian yang berkenaan ini minta tanah tanam kelapa sawit, koko dan lain-lain. Kalau ada epal pun tidak apa supaya dijadikan pelaburan kekal dalam negara. Hasil daripada inilah kita laburkan kepada orang­orang yang tidak bernasib baik ini. Apakah ini satu cadangan yang kurang standard? Saya hendak tarik balik. Tetapi saya fikir ini sangat penting, kalau telah dibuat lagi baik. Kalau tidak, Menteri, pegawai pun bertanggungjawab, minta tanah di seluruh negara tanam kelapa sawit, tanam koko, tanam getah, basil daripada menjual getah, jual kelapa

Page 91: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1253 5 APRIL 1988 1254

sawit, beli kapalterbang, beli kapal laut, labur di mana sahaja baru dapat duit ini belanja untuk orang miskin.

Saya minta dan kalau boleh sebelum pilihanraya akan datang ini sekurang­kurangnya Kementerian yang berkenaan ini ada kebun dia sama ada atas nama siapa, Lembaga mana, siapa yang bertanggungjawaban mengenai harta ini, yang menjadi trustee, dengan izin, itu kita tidak peduli. Lantiklah .jawatankuasa-pengelola baru, tidaklah berat kepala Menteri dan pegawai yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya nampak senyum yang ada ini, senyum sinis, senyum terpaksa. Jadi saya rasa perkara lain ini tidak adalah, saya boleh buat tetapi kesianlah sudah pukul 7.00 kita akan menghadapi waktu Maghrib dan saya mohon menyokong sepenuhnya Akta ini bersama-sama dengan Ahli-ahli Dewan yang lain. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau tiada lagi Ahli-ahli yang hendak bercakap, saya minta Menteri berkenaan menjawab.

6.59ptg.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat seramai lebih 9 orang t>ercakap membahaskan Rang Undang-undang yang berkaitan dengan peruntukan tambahan yang telah pun dipohon diluluskan. Ini adalah luar dugaan saya.

Sebenarnya dalam perbahasan tersebut yang tidak boleh lebih dari sehari, hanya dipusat kepada beberapa perkara yang ada kaitan dengan Rang Undang-undang ini sahaja. Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan terima kasih bagi

pihak Kerajaan kepada semua Ahli­ahli Yang Berhormat yan telah pun mengambil bahagian. Saya akan cuba menjawab sebanyak mana yang boleh bagi pihak Kementerian-kementerian yang disebut oleh Yang Berhormat­Yang Berhormat sekalian.

Pertama, Dr Tan Chong Keng telah meminta supaya kita menyatakan mengapakah projek-projek . infras" truktur di luar bandar mengambil masa yang panjang untuk diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Memang menjadi hasrat Kerajaan untuk memberi kemudahan asas infrastruktur atau parasarana kepada seluruh kawasan luar ban dar. W alau bagaimanapun, sukalah dimaklumkan dalam perlaksanaan projek infrastruktur ataupun parasarana luar bandar, Kementerian menerima permohonan-permohonan yang tidak begitu sedikit, malahan ratusan projek daripada tiap-tiap negeri. Memandangkan peruntukan yang amat terhad, adalah mustahil bagi Kementerian untuk meluluskan semuanya secara serentak dan sekali gus.

Dalam hal ini, Kementerian telah pun meluluskan satu-satu projek itu berdasarkan keutamaan projek ataupun prioriti yang telah dikenal pasti oleh pihak negeri sendiri dan mengambil kira jumlah peruntukan yang diluluskan bagi negeri tersebut dalam tahun tersebut. Bagi projek­projek yang tidak dapat dilaksanakan dalam tahun semasa, ianya diluluskan perlaksanaannya, maka ianya akan diambil kira bagi tahun berikutnya. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar sentiasa mengambil berat daripada satu masa ke satu masa dan berusaha untuk mendapat tambahan peruntukan daripada Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan bagi membolehkan lebih banyak projek dapat dilaksanakan dalam satu-satu tahun.

Page 92: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1255 5 APRIL 1988 1256

Seterusnya Dr Tan Chong Keng juga telah menyentuh berkenaan dengan pihak Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang telah menarik balik peruntukan pada akhir tahun akibat berkurangan kewangan, katanya. Tuan Yang di-Pertua, dalam soal ini Kementerian biasanya menarik balik peruntukan pada akhir tahun kerana pihak agensi pelaksana tidak dapat menjalankan peruntukan tersebut atau shortfall dalam tahun semasa ataupun ketika peruntukan itu ditetapkan.

Walau bagaimanapun, peruntukan yang ditarik balik itu akan diberi semula pada tahun berikutnya untuk meneruskan perlaksanaan projek yang telah pun dikenal pasti...itu.

Dr Tan Chong Keng sekali lagi telah pun membangkitkan berkenaan dengan soal memperkembangkan bomba sukarela atau bomba gotong­royong, ini i~tilah baru, dan supaya menimbulkan kesedaran sivik kepada orang ramai. Bagi pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, J abatan Perkhidmatan bomba telah pun diperuntukkan pada tahun 1988 sejumlah $1 juta iaitu peruntukan tambahan untuk memperkembangkan bomba bergotong-royong ini. Peruntukan tersebut adalah untuk membeli alat-alat bantuan awal seperti pam angkut dan hose.

Sebenarnya, pihak Jabatan Bomba telah mengadakan usaha-usaha untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya pencegahan kebakaran. Di antara program kesedaran sivik yang telah dilakukan oleh J abatan adalah seperti mengadakan minggu kempen mencegah kebakaran yang diadakan pada tiap-tiap tahun; ceramah­ceramah umum, menyebarkan poster­poster dan sebagainya.

Berkaitan dengan itu juga Yang Berhormat Tuan Mustafa A wang telah membangkitkan berkenaan dengan

pili-pili bomba di seluruh negara yang kadang-kadang dicari tidak jumpa, katanya. J abatan Perkhidmatan Bomba sebenarnya sentiasa mengambil perhatian berat terhadap pili-pili bomba ini. Antara usaha-usaha yang dijalankan ialah seperti mengadakan program menganak­angkatkan pili-pili bomba kepada orang-orang perseorangan ataupun syarikat-syarikat swasta dan sebagainya. Jika sekiranya Yang Berhormat hendak jadi pak angkat pili bomba (Ketawa) bolehlah menghantar nama Yang Berhormat kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada di sebelah saya ini.

Sekali lagi saya hendak menyentuh berkenaan dengan ucapan yang dibuat oleh Dr Tan Chong Keng yang meminta supaya ditambahkan Taman Sinar Harapan supaya diadakan sebuah Taman Sinar Harapan di tiap­tiap negeri.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Kementerian Kebajikan Masyarakat mengambil perhatian dan akan membuat kajian terhadap cadangan Yang Berhormat tersebut untuk mengadakan sebuah Taman Sinar Harapan ataupun Pusat Cacat Akal bagi setiap negeri. Keperluan ini akan dikaji semula di bawah Rancangan Pembangunan Kemen­terian Kebajikan Masyarakat. Di samping itu pihak Kementerian Kebajikan Masyarakat ingin menyarankan agar pertubuhan-pertubuhan sukarela juga dapat menambahkan Taman-taman Sinar Harapan secara kecil-kecilan dan kalau boleh untuk' memenuhi keperluan tersebut pihak Kementerian sentiasa memberi galakan dan bantuan terhadap usaha sukarelawan atau pun badan-badan sukarelawan­sukarelawan ini. Dengan cara ini ianya memberi peluang kepada ahli-ahli masyarakat . untuk memberi sumbangan terhadap mereka yang kurang bernasib baik dalam kerja­kerja kebajikan.

Page 93: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

- ---------------------------

1257 5 APRIL 1988 1258

Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya hendak mengingatkan supaya kalau boleh kita berhentikan pada jam 7.15 malam untuk orang-orang Islam menunaikan sembahyang Maghrib.

Izinkan saya meneruskan, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak telah membangkitkan berkenaan dengan pemberian keutamaan kepada pembangunan industri kecil dan juga memberi peruntukan yang lebih kepada pembangunan industri kecil. .

U ntuk makl uman Ahli Yang Berhormat, sememanglah Kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan industri kecil. Banyak program-program telah pun diadakan dalam bentuk kewangan, pasaran, teknologi, pengurusan dan tapak kilang. Usaha-usaha telah dibuat dan sedang dibuat untuk mengenal pasti banyak lagi program-program untuk membangunkan industri kecil dan peruntukan tambahan akan diberi mengikut kemajuan negara, malahan baru-baru ini telah ditubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk mengkaji semula prestasi dan kedudukan industri kecil di seluruh negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhor~at Perdana Menteri sendiri.

Untuk mengambil tindakan susulan ke atas projek-projek industri kecil supaya ia berjaya seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd. Wajdi, Kerajaan sernernangnyalah telah mengadakan tindakan susulan ke atas projek-projek industri kecil supaya ianya berjaya. Projek tersebut sentiasa dikaji dan diberi perhatian dari masa ke semasa supaya apa-apa rnasalah yang dapat diatasi akan diberi perhatian yang sewajarnya.

Seterusnya Yang Berhormat Tuan Mohd. Wajdi telah pun rnembangkitkan hal berkaitan dengan industri kraftangan dan kernajuan

industri tersebut yang pada pendapat beliau tidak berada di tahap yang membanggakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnyalah kalau Yang Berhormat memerhatikan baru-baru ini didapati bahawa Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar melalui agensi pelaksananya iaitu Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah berusaha untuk meninggikan lagi kemajuan industri kraftangan tempatan dari segi aspek rnutu dan reka bentuk barang­barang yang dikeluarkan. Usaha-usaha ini telah dilakukan dengan mendapatkan khidmat kepakaran dari dalam dan luar negeri. Segala pembaharuan dari segi aspek reka bentuk dan barangan bermutu dapat dilihat jika sekiranya Yang Berhormat pergi ke Infokraft Malaysia yang terletak di Kompleks Daya Bumi yang mula dibuka kepada orang ramai pada bulan April, 1986. Melalui saluran Infokraft ini. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah pun banyak menerima pertanyaan-pertanyaan perdagangan iaitu daripada United States of America (USA), Eropah, Jepun, United Kingdom, Switzerland, Jerman Barat, Luxemburg, Italy, France, Oman, Taiwan, Filipina dan Singapura. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kemajuan yang amat besar yang telah dicapai dalam bidang yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Bahkan baru-baru ini kita telah berjaya mengeksport barangan bakul anyaman rotan ke negara Jepun pada awal Februari 1987. Ini jelas menunjukklan bahawa kita telah pun dapat mencapai satu mutu yang boleh diterima oleh pasaran antarabangsa. Apatah lagi pasaran Jepun yang sukar sangat untuk ditembusi . oleh mana-mana negara yang dikatakan yang kurang maju. Ini adalah satu perkara yang amat membanggakan dan saya sendiri telah pun melihat bahawa di pusat ini terdapat produksi yang bukan sahaja

Page 94: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1259 5 APRIL 1988 1260

setanding dengan taraf antarabangsa tetapi melebihi daripada taraf antarabangsa, standard yang diterima oleh orang-orang Amerika dan orang­orang Eropah mengikut selera orang­orang Eropah dan juga orang-orang Amerika Syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Mohd. Wajdi juga meminta supaya peruntukan lebih besar patut diberi kepada Tabung Amanah Taman Laut dan Rizab Laut. Pada masa saya membentangkan Rang Undang-undang ini yang telah pun diluluskan dalam Dewan yang mulia ini telah pun saya menyatakan bahawa peruntukan yang telah pun diberi sebanyak $10 juta itu hanyalah peruntukan awal dan jika sekiranya diperlukan tambahan kepada peruntukan ini insya Allah Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan dengan sewajar­nya. Memang pun kita menggalakan juga pihak-pihak swasta memain peranan masing-m~sing _ untuk mempertinggikan taraf jika sekiranya dibenarkan Tabung Amanah Taman Laut dan rizab Laut ini dengan penglibatan pihak swasta.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin kalau boleh berhenti di sini.

To~ Yang di-Pertua: Kita tempohkan mesyuarat setengah jam dan balik ke sini pada jam 7.45 malam, kerana sampai masanya untuk Maghrib.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditempohkan sehingga jam 7.45 malam.

Persidangan ditempohkan pada puku/7.15 malam.

Persidangan disambung semula pada pukul 7. 48 malam.

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN

(1987)

Perbahasan disambung semula.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyambung dan menyentuh berkenaan dengan teguran yang dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Haji Syed Abdul Hamid Sagaff yang meminta "Kementerian mengambil perhatian terhadap masalah jalan luar bandar di Keluang, Johor terutamanya Jalan Paloh sajauh 15 kilometer yang dibina dengan jalan tanah merah.

Di sini Kementerian ingin memberi jaminan bahawa Kementerian akan mengambil perhatian dan tindakan di atas masalah yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi. Jika sekiranya timbul lagi masalah ini diminta Yang Berhormat berhubung terus dengan Kementerian berkenaan.

Mengenai soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tan Chai Ho yang telah meminta supaya Jabatan Tanah Wilayah Persekutuan mempercepatkan urusan permohonan penduduk-penduduk Jinjang untuk mendapat semula hak milik tanah yang kebanyakannya akan luput pada tahun 1989. Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Tan Chai Ho . ialah berkenaan leasehold yang akan luput pada tahun 1989. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan memang sedar bahawa tanah lot rumah kediaman dalam kawasan Kampung Baru Jinjang Utara dan Jinjang Selatan akan luput dalam tempoh dua tahun . lagi.

Pada masa ini kajian yang teliti sedang dijalankan oleh Jabatan Tana~ Wilayah Persekutuan mengena1.

Page 95: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1261 5 APRIL 1988 1262

permohonan daripada penduduk­penduduk Jinjang bagi mendapatkan tambahan ataupun melanjutkan tempoh "leasehold" ataupun pajakan yang akan luput itu. Kajian ini termasuklah dari segi perancangan, kegunaan tanah pada masa sekarang dan sebagainya.

Pihak Kerajaan akan menim­bangkan permohonan ini dengan sewajarnya sebaik sahaja kajian tersebut selesai dijalankan oleh Jabatan Tanah Wilayah Persekutuan, sebagaimana juga yang telah dilakukan kepada penduduk-penduduk Kampung Baru Salak Selatan ataupun Salak South baru­baru ini. Bilangan lot-lot yang terlibat di kawasan Jinjang ialah rumah kediaman sebanyak 2,438 lot dan bangunan perdagangan sebanyak 749 lot.

Menyentuh berkenaan dengan 5,000 kilang yang menduduki tanah Kerajaan di Wilayah Persekutuan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kerajaan sedang memberi perhatian untuk mewujudkan kawasan-kawasan perusahaan ringan di beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan. Pada peringkat awalnya satu kawasan tanah Kerajaan seluas lebihkurang 140 ekar akan dimajukan oleh suatu pemaju yang telah dipilih. Rancangan ini dijangka akan dapat membantu atau memberi peluang kepada industri-industri kecil yang bertaraf setinggan di kawasan tersebut. Insya Allah, apabila selesai pembinaan kawasan yang dimaksudkan, maka pengusaha-pengusaha di kawasan­kawasan tersebut bolehlah memohon untuk mendapatkan satu lot seorang daripada kementerian atau jabatan yang berkenaan.

Seterusnya Dr Tan Chong Kheng sekali lagi memandang berat mengenai pinjaman yang besar yang dibuat daripada Bank Dunia dan beberapa negara asing yang lain. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan memang sedar perlunya berbelanja dengan berhati-hati sama ada sumber kewangan itu untuk membiayai perbelanjaan negara dari segi pinjaman ataupun basil yang dipungut daripada dalam negeri, lebih-lebih lagi dalam keadaan kemelesetan ekonomi yang mengakibatkan keadaan kewangan Kerajaan tidak begitu teguh pada hari ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah pun mengambil tindakan bagi menentukan supaya kadar kenaikan perbelanjaan awam dapat dibendung sesuai dengan kemampuan kewangannya pada masa kini dan masa-masa akan datang. Langkah­langkah tersebut akan diteruskan. Ini adalah bagi menentukan bahawa perbelanjaan mengurus Kerajaan dibiayai daripada sumber kewangan daripada basil semata-mata dan tidak melibatkan pinjaman terutama daripada luar negeri. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kedudukan ekonomi negara sudahpun pulih oleh kerana ini adalah disebabkan oleh cara Kerajaan mentadbirkan wang yang terdapat pada ketika ini.

Seterusnya Senator Tiong Hiew King telah meminta Kerajaan dan pegawai-pegawai Kerajaa,n lebih berhati-hati apabila membelanjakan wang kerana Kerajaan mengalami kekurangan wang. Sekali lagi saya ingin mengulangi bahawa Kerajaan sememangnya sedar akan perlunya berjimat-cermat dalam keadaan kemelesetan ekonomi sekarang. Peruntukan yang diminta adalah yang paling munasabah dan untuk menentukan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.

Yang Berhormat Senator Abdul Majid Abdullah telah pun mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan yang menganjurkan pertandingan keindahan rumah di kampung-kampung di mana telah menampakkan basil yang memuaskan.

Page 96: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1263 5 APRIL 1988 1264

Beliau telah mencadangkan supaya prestasi kampung-kampung sentiasa diawasi setiap tahun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program pertandingan keindahan rumah-rumah kampung adalah merupakan program berterusan di mana kampung-kampung terindah di peringkat daerah akan bertanding di peringkat negeri dan seterusnya akan dibawa ke peringkat kebangsaan. Proses ini akan berulang pada tiap-tiap tahun.

Yang Berhormat Hajjah Salbiah Mohd. Akim membangkitkan mengenai terdapat pemandu Polis yang meletakkan kenderaan sesuka hati di tempat-tempat larangan. Ingin saya menegaskan di · sini bahawa anggota Polis Diraja Malaysia adalah juga tertakluk kepada peraturan­peraturan dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa. No man is above the law, dengan izin. Dakwaan Ahli Yang Berhormat itu. mungkin dilakukan oleh segelintir anggota Polis yang tidak bertanggungjawab, mungkin juga· ketika itu berlaku sesuatu kecemasan, maka tindakan kecemasan jugalah perlu diambil pada ketika sedemikian. Walau bagai­manapun, sekiranya Ahli Yang Berhormat mempunyai aduan tertentu, maka diharapkan Ahli Yang Berhormat dapat membuat aduan kepada pihak-pihak Polis untuk membuat tindakan sewajarnya.

Seterusnya sekali lagi Yang Berhormat Syed Abdul Hamid telah pun meminta supaya terdapat penenipatan Balai Polis di daerah beliau iaitu di Kluang, Johor. Perkara yang dibangkitkan berkenaan penempatan pondok-pondok dan Balai Polis di kawasan Ahli Yang Berhormat akan diambil perhatian. Walau bagaimanapun, perancangan pembinaan projek pondok dan Balai Polis adalah bergantung kepada beberapa keutamaan seperti kadar taburan penduduk, kadar jenayah dan peruntukan kewangan yang ada.

Kementerian sentiasa mengambil perhatian untuk mengadakan kemudahan-kemudahan tersebut kepada orang ramai, insya Allah.

Mengenai kereta peronda yang di­gunakan oleh Polis, sekali lagi Senator Syed Abdul Hamid telah mem­bangkitkan mengenai dengan ke­kurangan spare parts, dengan izin, untuk kereta Volvo 360 yang di­gunakan oleh Polis Peronda. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang benar pihak Polis meng­gunakan kereta tersebut sebagai kereta peronda dan kereta pengiring rapat, ini istilah baru-kereta pengiring rapat. Di samping itu Polis juga mengg1:1nakan kereta-kereta lain termasuk kereta Proton Saga. Peng­gunaan berbagai jenis kereta ini adalah bergantung kepada keperluan Polis. Mengenai kenyataan Ahli Yang Berhormat mengatakan kereta-kereta Volvo 360 menghadapi masalah alatganti, sukacita dimaklumkan bahawa setakat ini pihak Polis tidak menghadapi apa-apa masalah untuk mendapatkan alatganti. Pihak jabatan berkenaan memang mempunyai kontrak pembekalan alatganti bagi kereta-kereta tersebut.

Yang Berhormat Senator Syed Abdul Hamid seterusnya membangkitkan mengenai pakaian Polis yang perlu pada pendapat beliau ditukar. Cadangan Ahli Yang Ber­hormat akan diambil perhatian oleh Kementerian yang berkenaan.

Yang Berhormat Senator Mustafa A wang telah pun membangkitkan berkenaan dengan penyalahgunaan mesin-mesin yang telah pun di­keluarkan ataupun disupply oleh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Ban dar. Sekarang ini ke­menterian sedang mengambil stok semua mesin-mesin yang diberi termasuk tempatnya, jenis dan lain­lain lagi. Dengan· adanya maklumat dan stok yang lengkap ini, Kerajaan

Page 97: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1265 5 APRIL 1988 1266

akan dapat mengawasi semua mesin­mesin dan penggunaan mesin-mesin itu mengikut seperti yang telah di­tetapkan. Semua projek bantuan dikaji dengan mendalam supaya mesin-mesin yang diberikan oleh Kerajaan dapat digunakan dengan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi Dr Tan Chong Keng telah menimbulkan berkenaan dengan penyelewengan subsidi harga padi. Pihak LPN, untuk makluman Ahli Yang Berhormat telah mengadakan kawalan yang lebih ketat dari masa ke semasa di dalam pengawalan penyelewengan subsidi harga padi ini. Antara kawalan­kawalan yang telah dilaksanakan ialah mengadakan Buku Daftar Pesawah. Semua butir".butir mengenai petani di­daftarkan di dalam buku ini. Sekiranya maklumat ini bercanggah terutama dari segi jumlah pengeluaran padi yang melebihi daripada yang di­jangka ataupun yang tercatat dalam buku itu, maka penyiasatan akan dibuat sebelum sebarang bayaran di­keluarkan.

Kedua, mengadakan Ledger Daftar Pesawah untuk mengawal semasa petani menjual padi itu di pasar-pasar ataupun di pusat-pusat belian.

Ketiga, Unit Penyiasatan Subsidi telah pun ditubuhkan awal tahun 1988 khusus bagi menyiasat kes-kes yang di­sebutkan oleh Yang Berhormat tadi.

Yang· B~rhormat Senator Mohd. Wajdi sekali lagi membangkitkan hal mengenai pengimportan beras oleh LPN. Untuk makluman Yang Berhormat, beras yang diimport adalah dari mutu yang lebih baik dan jika dibandingkan dengan mutu dan harga beras tempatan, ia adalah lebih baik dan rendah harganya. Waiau bagaimanapun, harga jualan negara ini adalah berdasarkan harga yang dikawal oleh Kerajaan sebab beras ini termasuk dalam barang-barang yang

telah dimasukkan dalam kawalan. Sekiranya dasar pengimportan beras luar negeri ini baik berdasarkan kepada kontrak daripada Kerajaan ke Kerajaan ataupun G to G dan setiap kali diimport, harga dan juga mutu beras yang berkenaan dipastikan baik dan harganya pun patutlah ber­patutan. Selepas daripada itu, maka Kerajaan akan sentiasa menentukan bahawa LPN yang sebenamya menjadi badan yang boleh mengimport beras tadi daripada pembekal-pembekal tersebut, maka sentiasa Kerajaan mengawasi tindakan-tindakan dan juga pembelian yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi.

Yang Berhormat Tuan Mustaffa Awang sekali lagi membangkitkan masalah hakisan pantai, khasnya di kawasan pantai timur. Waiau pun masalah ini terkeluar sedikit daripada soal pokok yang telah pun kita bincang hari ini, tetapi untuk makluman Yang Berhormat di bawah Rancangan Malaysia Kelima, peruntukan sebanyak $16 juta telah pun di­peruntukkan di bawah Kementerian Pertanian bagi menjalankan program mencegah hakisan pantai yang mana telah pun mengenal projek-projek yang mungkin timbul daripada hakisan pantai yang dimaksudkan tadi. Sehingga akhir tahun 1987 sebanyak $2.36 juta telah pun dibelanjakan. Dengan ini adalah diharapkan beban yang sebelum ini ditanggung oleh Kerajaan Negeri dapat dikurangkan.

Sekali lagi Yang Berhormat Hajjah Salbiah tel ah membangkitkan mengenai dengan Muzium, iaitu J abatan Muzium yang ditubuh pada tahun 1963. Sukacita dimaklumkan iaitu Jabatan Muzium merupakan sebuah jabatan yang dipertanggung­jawabkan untuk mengumpul, menyelidik dan juga menyelamat seluruh khazanah negara baik di dalam dan di luar negeri. Kenyataan Yang Berhormat sebenamya tidak benar dan tuduhan itu saya kira agak

Page 98: Shh MALAYSIA - parlimen.gov.my · Jilid II Bil. 7 MALAYSIA Bari Selasa Shh April, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

1267 5 APRIL 1988 1268

keterlaluan sedikit di mana sehingga kini tidak terdapat seorang pun pegawai jabatan yang dihantar keluar negara melebihi 4 bulan hanya kerana untuk mencari barang-barang lama sahaja. Akhir-akhir ini apabila negara kita telah mengalami kemelesetan, Jabatan Muzium tidak langsung meng­hantar pegawainya ke luar negeri kecuali yang ditaja oleh pihak swasta atau badan-badan tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, jika sekiranya saya tidak menyebut satu persatu tentang teguran-teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan pandangan-pandangan yang diberi, saya minta maaf. Waiau bagai­manapun, Kementerian-kementerian yang terdapat wakilnya di dalam Dewan yang mulia ini telah pun mencatat semua pendapat-pendapat dan teguran-teguran tersebut. Sekali lagi bagi pihak Kerajaan say~ mengucapkan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah, bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali kedua sekarang.

L-A00686.

Masalah dikemukakan bagi diputus­kan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang­undang ini diba'cakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan di­luluskan sekarang.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua: Rang Undang-undang ini telah pun selesai dan Majlis ini ditangguhkan sekarang sehingga esok jam 2.30 petang.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.06 malam.