pantun anti dadah

2
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hai semua, jika sebelum ini kita asyik mendengar Sajak sahaja tentang dadah. Apa kata kali ini kita dengarkan pula Pantun Anti-Dadah. Semoga anda semua mendapat sedikit sebanyak pengetahuan daripada pantun ini.. PANTUN ANTI DADAH Indahnya buana juga angkasa, Tidak terkira beribu batu, Dadah durjana perosak bangsa, Remaja terleka mengapa begitu Indah baiduri dari kencana Cantik di pakai ke sana sini Pendidikan diberi kesedaran dijana Terhapuskah dadah di dunia ini Anak merak anak anak merbah Asyik beradu dalam sarangnya Rosak akhlak kerana dadah Remaja begitu apa puncanya Batu delima dipecah kecil Angin puputan awan berarak Punca utama dadah diambil Pengaruh rakan sukar di tolak Ulam senduduk dan juga pegaga Enak dimakan di atas tikar Iman di pupuk takwa di jaga Barulah dadah boleh di hindar Senjata tajam sungguh bahaya, Buaya berenang dihempap galah,

Upload: izzuan-muhd

Post on 10-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

pantun anti dadah untuk dibaca oleh murid.

TRANSCRIPT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Hai semua, jika sebelum ini kita asyik mendengar Sajak sahaja tentang dadah. Apa kata kali ini kita dengarkan pula Pantun Anti-Dadah. Semoga anda semua mendapat sedikit sebanyak pengetahuan daripada pantun ini..

PANTUN ANTI DADAHIndahnya buana juga angkasa,Tidak terkira beribu batu,Dadah durjana perosak bangsa,Remaja terleka mengapa begitu

Indah baiduri dari kencanaCantik di pakai ke sana sini Pendidikan diberi kesedaran dijanaTerhapuskah dadah di dunia ini

Anak merak anak anak merbahAsyik beradu dalam sarangnyaRosak akhlak kerana dadahRemaja begitu apa puncanya

Batu delima dipecah kecilAngin puputan awan berarakPunca utama dadah diambilPengaruh rakan sukar di tolak

Ulam senduduk dan juga pegagaEnak dimakan di atas tikarIman di pupuk takwa di jagaBarulah dadah boleh di hindar

Senjata tajam sungguh bahaya,Buaya berenang dihempap galah,Biarlah mati dikenang bangsa,Janganlah mati kerana dadah.