institut pengurusan penyelidikan universiti teknologi … · 2019. 4. 18. · merancang dan...

5
KEBERKESANAN PELAKSANAAN KEMPEN SOSIAL: KAJIAN KEMPEN ANTI DAD AH DI AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK), DAERAH KUALA MUDA INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: NUR RASHIDI BIN JOHARI MOHAMED SAMSUDEEN BIN SAJAHAN MOHD RADZI MOHD KHIR ELIAS JAAFAR MAC 2010

Upload: others

Post on 06-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KEBERKESANAN PELAKSANAAN KEMPEN SOSIAL:

    KAJIAN KEMPEN ANTI DAD AH DI AGENSI ANTI DAD AH

    KEBANGSAAN (AADK), DAERAH KUALA MUDA

    INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM, SELANGOR

    MALAYSIA

    DISEDIAKAN OLEH:

    NUR RASHIDI BIN JOHARI MOHAMED SAMSUDEEN BIN SAJAHAN

    MOHD RADZI MOHD KHIR ELIAS JAAFAR

    MAC 2010

  • KUMPULAN PENYELIDIK

    NUR RASHIDI BIN JOHARI rettaa Projek

    Tandatangan

    MOHAMED SAMSUDEEN BIN SAJAHAN Ahli

    andatangan

    MOHD RADZI MOHD KHIR Ahli

  • ISI KANDUNGAN

    TOPIK

    DAFTAR KUMPULAN PENYELIDIK

    PENGHARGAAN

    KANDUNGAN

    DAFTAR SINGKATAN

    SENARAI JADUAL

    SENARAI RAJAH

    SENARAI LAMPIRAN

    ABSTRAK

    BAB 1 PENGENALAN KAJIAN

    1.1 Pengenalan / Latarbelakang Penyelidikan

    1.2 Penyataan Masalah

    1.3 Objektif Kajian

    1.4 Skop Projek/Batasan Kajian

    1.5 Kepentingan Kaj ian

    1.6 Konsep

    iii

  • ABSTRAK

    Kajian ini secara keseluruhan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kempen yang

    dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Daerah Kuala Muda Kedah dalam

    merancang dan melaksanakan kempen anti dadah. Pendekatan pemasaran social {social

    marketing) telah digunapakai dalam kajian ini dan penggunaan pendekatan pemasaran

    social ini merupakan satu usaha pelopor dalam kajian keberkesanan kempen di Malaysia

    kerana sebelum ini keberkesanan kempen biasanya dinilai dalam kerangka pemasaran

    komersial. Rasional penggunaan pendekatan ini adalah berdasarkan landasan bahawa

    kerangka ini telah digunakan secara meluas dalam kajian-kajian kempen sosial di

    negara-negara lain dan seterusnya membantu dalam mengenalpasti kaedah

    penambahbaikan pelaksanaan kempen. Untuk tujuan kajian ini, penyelidik telah memilih

    untuk menggunakan Persampelan Bukan Keberangkalian iaitu Persampelan Mudah

    {convenience sampling). Seramai 300 orang responden yang mengunjungi Kempen Anti

    Dadah AADK Daerah Kuala Muda Kedah telah dipilih sebagai sampel kajian. kajian ini

    menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu data premier (menggunakan soal

    selidik) dan data sekunder. Bagi tujuan menilai kebolehpercayaan (reliability) instrumen,

    ujian alfa cronbach (Cronbach Coefficient Alpha) telah dilakukan. Hasil kajian

    memperlihatkan nilai alfa Cronbach melebihi .80. Kerangka kajian ini telah

    menggunakan 3 (TIGA) pembolehubah bersandar dan empat alternatif hipotesis.

    Daripada ujian hipotesis yang dibuat, dapat disimpulkan bahawa maklumat/mesej dan

    perancangan kempen mempengaruhi keberkesanan kempen. Walau bagaimanapun,

    faktor perubahan tingkahlaku kurang mempengaruhi keberkesanan kempen yang

    dijalankan. Ini kemungkinan disebabkan tingkahlaku berkait rapat dengan sikap

    responden itu sendiri.

    XII

  • BAB1

    PENGENALAN KAJIAN

    1.1 Pengenalan /Latar Belakang Kajian

    Tahap kesedaran mengenai perlunya tindakan yang bersifat sistematik dan efektif dalam

    mengatasi masalah sosial secara umumnya semakin meningkat. Demikian juga

    sinerionya dalam soalan isu peningkatan kes penagihan dadah di kalangan masyarakat

    secara umumnya dan khususnya di daerah Kuala Muda, Kedah. Kerajaan pada dasarnya

    telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memerangi ancaman dadah yang telah

    dikategorikan sebagai musuh nombor satu negara. Bagi menguatkan lagi komitmen

    sedia ada, kerajaan juga telah mengumumkan gerakan bersepadu memerangi ancaman

    dadah secara habis-habisan.

    Hampir kesemua agensi, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat telah digerakkan

    untuk membanteras masalah penyalahgunaan dadah ke arah menjadikan Malaysia

    negara bebas dadah pada 2015. Berdasarkan hasrat ini, pada 17 Februari 1996, kabinet

    telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dengan

    menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan

    Pemulihan Dadah (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam

    Negeri (KDN). Agensi Dadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah

    Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan

    bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara. Antara peranan

    1

    ISI KANDUNGANABSTRAKBAB 1 PENGENALAN KAJIAN1.1 Pengenalan /Latar Belakang Kajian1.2 Pernyataan Masalah1.3 Objektif Kajian:1.4 Skop Projek/Batasan Kerja1.5 Kepentingan Kajian1.6 Konsep

    BAB 2 KAJIAN KESUSASTERAAN2.0 Pengenalan2.1 Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 20042.2 Maklumat/ Mesej Dan Perubahan Tingkahlaku2.3 Perancangan Pemasaran/ Kempen2.4 Konsep 7P'S Dalam Pemasaran Sosial2.4.1 Produk {Product)2.4.2 Harga / Kos Melepas (Price)2.4.3 Tempat (Place)2.4.4 Promosi (Promotion)2.4.5 Orang awam/ Publik (People)2.4.6 Bukti Nyata (Physical Evidence)2.4.7 Proses (Process)

    2.5 Keberkesanan Kempen2.6 Kerangka Kajian2.7 HIPOTESIS

    BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN3.0 Pengenalan3.1 Rekabentuk Penyelidikan3.2 Persampelan3.2.1 Pemilihan Sampel3.2.2 Teknik Persampelan

    3.3 Kaedah Pengumpulan Data3.3.1 Data Prima3.3.1.1 Pembentukan Borang Borang Soal selidik

    3.3.2 Data Sekunder

    3.4 Teknik-teknik Analisa Data3.4.1 Penilaian Kebolehpercayaan (Reliability Test)3.4.2 Statistik Deskriptif3.4.3 Analisa Korelasi3.4.4 Analisa Regresi

    BAB 4 PENEMUAN DAN ANALISA DATA4.0 Pengenalan4.1 Kebolehpercayaan Pengukuran (Reliability of Measurement)4.2 Statistik Kekerapan Dan Peratus4.3 Analisa Korelasi4.4 Analisa Regresi

    BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN5.0 Pengenalan5.1 Rumusan5.2 Cadangan5.3 Cadangan Kajian Untuk Masa Hadapan

    RujukanLAM PI RAN