bahan anti dadah

35
Tanda - tanda Penagihan Dadah Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom – simptom yang lain. Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja. Marah – marah atau meradang tak tentu sebab. Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya. Hilang selera makan atau selera bertambah. Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu. Apabila bercakap tidak bertentang mata. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat. Parut atau bekas suntikan di lengan. Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi. Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan. Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh. Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang. Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan. Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya. Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia. Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba. Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik. Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara. Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang. Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap). Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar. Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.

Upload: mohdjirran

Post on 16-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

bahan

TRANSCRIPT

Tanda - tanda Penagihan DadahSimptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom simptom yang lain.

Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.

Marah marah atau meradang tak tentu sebab.

Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.

Hilang selera makan atau selera bertambah.

Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.

Apabila bercakap tidak bertentang mata.

Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.

Parut atau bekas suntikan di lengan.

Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.

Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.

Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.

Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.

Tidak mahu makan bersama sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.

Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.

Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.

Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.

Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.

Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.

Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.

Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).

Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.

Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.

Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.

Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.

Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli keluarga atau teman anda yang dikasihi. Perubahan perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!

Jenis-jenis Dadah :: Opiat

Opiat | Kanabis | Depresen | Psikotrapik | Stimulan | Halusinogen | Inhalant | Prekursor | Bahan Lain

Opiat

Pengenalan Bahan perubatan untuk menidur/ melegakan kesakitan.

Mempunyai potensi yang tinggi ketagihan.

OPIATBAHAN ASASTEMPAT PENGELUARAN - Candu

- Heroin

- Morfin

- Kodein

Getah bunga popi

Acetic, Anhydride, Acetone

Acetic Acid (glacial)

Calcium Oxide

Potassium Carbonate

Sadium Carbonate

Sadium Hydroxide

Sadium Hypoclorite

Opium Alkaloid

Opium Alkaloid

Amerika Selatan

Columbia

Guatamala

Mexico

Asia Tenggara

Burma

Laos

Thailand

Asia Barat

Afganistan

Pakistan

NAMA/BENTUKCARA PENGAMBILANTANDA PENGAMBILANKESAN PENGAMBILANJANGKA PENDEKJANGKA PANJANGAsli - CANDU- Candu mentah- Candu masak - Tahi candu

Dihisap dengan paip,telan, makan

Khayal- halusinasi, Euforia - kesugulan, pemikiran/ pertimbangan berkurangan

Mengantuk, badan menjadi lemah, mengalami gangguan jiwa

Ketagihan, kelemahan fizikal dan mental

MORFIN- White powder- White stuff- Morfin mentah- Base morfin- Pil morfin

Dicairkan, Disuntik kedalam pembuluh darah dengan jarum suntikan.

Pergerakan tidak seimbang, tindakbalas lambat, mata hitam mengecil, hidung berair, mual/muntah, hilang selera makan

Rasa resah, cirit birit, sakit perut, rasa sejuk, berpeluh

HIV/AIDS, gangguan jiwa, lebih dose, mati

HEROIN NO.3HEROIN NO.4BROWN HEROINHEROIN BLACK TAR

KODEINMasuk dalam rokok, dihisap,chasing the dragon, disuntik, dicair

Diminum dlm ubat batuk

Muka jadi merah, mata hitam menjadi kecil, tiada pertimbangan, hilang selera makan, bersifat hyperaktif, bertambah risau dan terlalu sensitif, tekanan darah, suhu badan, diameter anak mata mengalami perubahan, keseluruhan penagih mengalami emosi yang negatif.

Tanggapan Menjadi kurang terang, tidak dapat menumpukan perhatian penuh dan pengguna akan menjadi tidak sedar, bingung/ berkela-kuan seperti orang mabuk, Ambil berlebihan kekejangan, tiada wujud muforia, menjadi ketagih, berlebihan kepada dadah pengurusan diri lebih mudah

Hepatitis, Kancing gigi, Keracunan darah, HIV / AIDS. Mati

Akta & Undang-undang Dadah Bil.

UNDANG-UNDANG DADAH

TUJUAN AKTA

1.

AKTA DADAH BERBAHAYA 1952Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.

2.

AKTA PENAGIH DADAH.(RAWATAN DAN PEMULIHAN)1983 - (PINDAAN) 1998Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.

3.

AKTA DADAH BERBAHAYA(LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.

4.

AKTA DADAH BERBAHAYA(PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

5.

AKTA RACUN 1952

Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.

Faktor-faktor Penyalagunaan Dadah Dalam Kalangan Remaja

Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang Negara merupakan kata-kata yang sering dilaung-laungkan.Malangnya,remaja yang dianggap tunggak Negara ini,dilanda masalah penyalahgunaandadah.Pada pendapat anda,apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala ini?Jelaskan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negaramerupakan kata-kata yang sering dilaung-laungkan.Malangnya remaja yang dianggap tunggak negara ini dilanda masalah penyalahgunaandadah.Walaupun telah banyak usaha-usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak,namun usaha ini tidaklangsung memberikan kesedaran terhadap para remaja tentang bahayanya penyalahgunaan dadah.Siapakahyang harus dipersalahkan akan salah laku ini dan adakah ini adalah salah remaja itu sendiri ataupun pihak-pihak yang tertentu?

Salah satu faktor yang menyebabkan remaja terjebak dalam penyalahgunaandad ah ialah ibu bapa yanglalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.Ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga lupa ntukmemberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja.Mereka hanyamementingkan materialistiksemata-mata sehingga tiada langsung masa untuk diluangkan mengetahuiaktiviti semasa mereka.Ini akan menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalumelakukan sesuatu yang tidak diduga.Pepatah melayu ada menyebut melentur buluh biar darirebungnya,ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka dari sejak kecil denganmemberikan didikan yang sempurna.

Selain itu juga,kurangnya didikan agama oleh ibu bapa menjadi salah satu faktor remaja ini terjebak dengandadah.Kurangnya kekuatan iman menyebabkan mereka ini mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaansyaitan.Ibu bapa seharusnya memberikan mereka didikan agama yang sempurna dan cukup untuk merekamembawa diri masing-masing.Sepertimana yang kita lihat di televisyen dan dengar dari corong-corongradio bahawa banyaknya remaja kita terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah akibat pegangan agamayang rapuh.Tambahan pula,remaja sekarang sudah berani mencuba sesuatu yang belum pernah dirasainyalagi.

Justeru,kurangnya pemerhatian ibu bapa terhadap anak-anak dan membiarkan mereka ini bebas di dunialuar sana menyebabkan mereka rasa tidak lagi disayangi.Oleh itu,mereka lebih banyak meluangkan masabersama kawan-kawan dan mereka inilah yang akan mempengaruhi remaja itu melakukan sesuatu diluarjangkaan.Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di ibu kota lebih mudah terjebak dengan aktiviti sosialsecara tidak langsung mereka juga akan lebih mudah terpengaruh dengan dadah.

Tambahan pula,bagi anak-anak yang meningkat remaja atau sudah pun bergelar remaja,mereka inimempunyai satu sikap iaitu sikap yang ingin cuba sesuatu perkara ini.Ini juga,akan menyebabkan merekajuga terjebak dalam salah laku ini.Jadi,seterusnya disini,pihak-pihak kerajaan mahupun pihak yangbertanggungjawab seharusnya menganggap ini satu kes yang amat serius.Mereka sepatutnya mengadakankempen bahayanya penyalahgunaan dadah kepada remaja-remaja ini.Pihak polis seharusnya membanteraskes ini dengan secepat mungkin sebelum ia merebak seperti api dalam belukar.Dengan mengadakankempen-kempen ataupun ceramah dan motivasi,mungkin penyalahgunaan dadah ini dapat dikurangkansecara tidak langsung.

Konklusinya,dengan kerjasama pelbagai pihak,kes penyalahgunaan dadah ini mungkin akanberkurangan..Jadi disini,ibu bapa,pihak kerajaan,pihak polis dan mana-mana pihak yang bertanggungjawabuntuk menangani masalah ini,supaya suatu hari nanti negara kita akan bersih daripada najis dadah yangmembawa padah ini.Dengan itu slogan Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara dapat diteruskandan diterapkan kepada semua remaja di negara ini.

Musuh utama negara Oleh Prof. Dzulkifli Abdul Razak Pusat Racun Negara, USMDadah adalah satu-satunya masalah kesihatan dan sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif hinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad terpaksa membuat teguran.

Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Programme, dalam tahun 1993 sebanyak 24,023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini, 59.3 peratus adalah penagih yang menagih semula, manakala sebanyak 10,216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dengan dadah. Pada tahun lalu, tahap masalah dilaporkan melampaui tahap pada tahun 1998.

Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat. Ini disokong pula oleh permintaan yang tinggi. Berakhirnya perang dingin antara kuasa-kuasa besar dunia telah membawa kesan negatif dalam usaha membanteras dadah. Ini kerana dunia kini dianggap tidak mempunyai sempadan lagi dan semua orang bebas keluar masuk ke sesebuah negara tanpa banyak sekatan.

Tambahan pula, sistem komunikasi dan pengangkutan masa kini yang semakin canggih membantu melicinkan pergerakan penyeludupan dadah. Bagi mereka yang terlibat dengan kegiatan dadah, perkembangan seumpama ini sememangnya dinantikan kerana operasi mereka menjadi lebih lincah dan meluas.

Sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, Asia Pasifik termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penggunaan dadah terutamanya di kalangan remaja amat membimbangkan dan masih belum dapat diselesaikan. Apa yang lebih membimbangkan ialah penggunaan dadah berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak dan perjudian selain daripada berbagai-bagai ancaman kesihatan. Menggugat

Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosiobudaya, politik maupun keselamtan. Dengan perkataan lain, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera.

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang daripada segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang memggunakan dadah akan bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa atau apa sahaja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis, melakukan jenayah dan melacurkan diri. Dengan perkataan lain, dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut.

Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah sesetengah ubat- ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul, boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya, morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat menahan kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius.

Ubat dan dadah mempunyai perbezaan yang agak ketara:Pertama - ubat memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit, manakala dadah tidak bersifat sedemikian.

Kedua - ubat memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan yang minimum seperti pening kepala, panas badan, dan mengantuk. Kesan ini akan reda atau hilang apabila pengambilan ubat tersebut dihentikan. Sebaliknya, dadah akan memberikan kesan berbahaya yang berkekalan sebagai satu tabiat ketagihan walaupun telah berhenti menggunakannya.

Ketiga - ubat, tidak semuanya berupaya mempengaruhi otak dan minda si pengguna, tetapi semua jenis dadah memberi kesan mendalam terhadap otak dan minda manusia. Oleh itu dadah dikenali sebagai bahan psikoaktif dan penggunaanya tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1982.

Keempat - ubat, umumnya tidak meninggalkan kesan ketagihan seperti dadah. Penggunaannya tanpa banyak sekatan undang-undang (melainkan dalam hal tertentu sahaja) sedangkan dadah diharamkan penggunaannya (walaupun tidak bagi arak dan tembakau) sehingga membawa hukuman mati. Mental

Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.

Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini termasuklah pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme, dan otot-otot. Dengan perkataan lain, keadaan diri mereka tidak terurus, proses kehidupan akan terjejas dan menjadi tidak normal. Kesan ini menjadi lebih ketara apabila dadah digunakan dengan berlebihan. Kadar pernafasannya menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan jantung berkurangan, tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisme badan. Mata menjadi merah dan kuyu serta berat badan terjejas. Penagih juga mungkin mengalami sawan dan gangguan fungsi otak. Ini sukar dipulihkan jika berlaku secara berterusan dan berulang-ulang.

Kesan fizikal pengambilan dadah terhadap manusia terbahagi kepada dua iaitu kesan secara suntikan dan melalui mulut. Kesan pengambilan dadah secara suntikan: Meningitis - penyakit jangkitan otak

Tetanus atau penyakit kancing gigi

Endokarditis - penyakit jangkitan jantung

AIDS, Hepatitis B, C dan D

Bisul, kudis, kurap dan pelbagai penyakit kulit lain, khususnya di tapak suntikan

Kesan pengambilan dadah melalui mulut

Kerosakan paru-paru dan hati

Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi)

Kerosakan buah pinggang

Otot-otot badan mengecut (badan lesu dan tidak bermaya)

Berat badan menurun dan berkemungkinan lumpuh

Kesan mental dan emosi lazimnya dipanggil kesan psikologi, iaitu kesan akibat pengaruh dadah pada otak dan minda. Ini termasuklah rasa seronok dan khayal (eforia). Mereka seakan-akan tidak berpijak di alam nyata. Pada masa yang sama, seseorang itu hilang kawalan diri dan pemikiran. Perwatakannya mungkin bertukar. Mereka tidak segansilu melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa tanggungjawap.

Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh pesakit, malah semakin lama seseorang itu menggunakan dadah lebih banyak pula jumlah dadah diperlukan untuk mendapatkan euforia. Fenomena ini disebut toleran ataupun keadaan lali di mana kesan euforia daripada dadah berkurangan apabila ia digunakan berulangkali. Inilah yang membuatkan seseorang itu tidak putus-putus mencari dan meningkatkan penggunaan dadah.

Sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh, mereka akan berasa keluh-kesah, tak dapat memberi tumpuan, dan amat menderita. Matanya akan berair, hidung berhingus, perut berasa sakit dan perit kadangkala muntah dan cirit-birit. Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi. Semua ini menggambarkan apa yang dipanggil `gian'. Bahkan ia boleh melakukan sesuatu yang tidak masuk akal, yang berlawan dengan tatasusila dan peradaban masyarakat. Tubuh tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan amat sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Kerana takutkan rasa `gian' penagih meneruskan tabiatnya.

Selain daripada itu, penagih juga akan mengalami masalah tidur dan susah hendak nyenyak. Mereka sering mengigau, fikiran menjadi kacau dan tidak berupaya memberi tumpuan. Emosinya turut menjadi tidak stabil - mudah marah atau menangis. Ia juga cenderung untuk membunuh diri atau mencederakan dirinya sendiri. Kemarahan

Antara kesan sosial ialah kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak memperdulikan tanggungjawap terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat sekeliling. Prestasi dan disiplin kerja merosot, tingkahlaku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan atau diperhatikan sebelumnya. Mereka juga tidak menghiraukan kesihatan dan kebajikan dirinya. Perpecahan, penderaan serta keganasan terhadap ahli keluarga boleh berlaku. Ini selalunya menimbulkan kemarahan dan perasaan jijik orang ramai terhadap mereka.

Banyak daripada penagih tidak tinggal bersama keluaga. Mereka hidup di tempat- tempat lengang yang tersorok atau terpencil untuk memudahkan mereka menggunakan dadah. Dunia mereka hanya akan dapat dipuaskan dengan dadah saja. Kesudahannya mereka akan tersisih sama sekali dan semakin jauh daripada apa juga bentuk bantuan yang membolehkan mereka kembali semula ke pangkuan masyarakat. Mereka akan terus menderita selagi ajal belum tiba. Keadaan mereka diibaratkan "hidup segan mati tak mahu". Ada yang menggelarkan mereka sebagai " bangkai bernyawa". Hakikatnya sesiapa yang terjerumus dalam perangkap dadah, amat sukar untuk melepaskan diri.

Oleh yang demikian, wajarlah kita semua menjauhkan diri daripada apa juga jenis najis dadah. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk berusaha membantu mereka yang terperangkap di samping memahami keadaan yang sedang mereka hadapi. JENIS, KESAN DAN BAHAYA DADAH

Dadah Dan Ciri-cirinya"Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

1. 1. mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);

2. 2. digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;

3. 3. diperlehi secara haram;

4. 4. membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;

5. 5. mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

Jeni-jenis Dadah Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-

a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;

b)Kanabis - ganja, hashish;

c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;

d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan

e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari sgi kesannya.

Dadah Perangsang-Kita mengalami perasaan seronok atau sugul keranan dirangsang oleh otak. Ia membawa keriangan atau kepetahan dan gelak tawa yakni rasa seronok

-Hal yang sama terjadi akibat daripada rangsangan ubat ubatan.

-Sesiapa yang menggunakan dadah jenis ini akan menunjukkan gelagat keriangan yang agak palsu.

-Tingkah laku akan menjadi luar biasa dari pelbagai segi yakni dari segi kelincahan dan petuturan.

-keseronokan daripada dadah adalah hampir tiada batasan jika dibandingkan dengan keseronokan semulajadi.

-oleh itu , pengguna akan sering merasa resah gelisah dan mudah merasa dalam kebimbangan dan mudah rengsa.

-Petuturan akan menjadi begitu pantas dan sukar untuk difahami

-Tubuh akan menggeletar dan tidak ada selera untuk makan atau minum

-pengguna juga akan asyik dengan keriangan tanpa menghiraukan persekitaran samada makan atau minum

-jika keadaan ini berterusan, pengguna akan berasa keletihan sehingga mencetus satu keadaan kecemasan atau keresahan yang tidak dapat dikawal

-kesudahannya, nyawa terancam kerana fungsi jantung, pernafasan dan ginjal tidak terkawal. dan maut akan menyusul.

Dadah Penekan- ia merangsang fungsi otak dengan kesan yang berlawanan dengan dadahperangsang

-pengguna tidak langsung aktif tetapi tertekan dan sugul

-rasa lesu dan malas untuk membuat sesuatu pekerjaan

-mengantuk, pertuturan menjadi lambat dan meleret leret

-tumpuan pengguna menjadi rendah dan tidak peduli akan keadaan sekelliling

-contoh:

- ubat ubatan tidur, menyebabkan seseorang mengantuk

- tidak sedarkan diri , jika berlebihan akan membawa maut

- fungsi badan, jantung , pernafasan dan buah pinggang terjejas

- contoh lain: candu/morfin/heroin

narkotik/kodein(ubat batuk)