folio anti-dadah

36

Click here to load reader

Upload: raihan

Post on 31-Dec-2015

1.963 views

Category:

Documents


73 download

DESCRIPTION

Dadah

TRANSCRIPT

Page 1: Folio anti-Dadah

MALAYSIA

Membanteras

D A D A HNAMA :

TINGKATAN :

NAMA GURU :

Page 2: Folio anti-Dadah

● ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

BIODATA DIRIi

PENGHARGAANii

UNIT 1- MAKSUD/PENGENALAN DADAH1

UNIT 2- TANDA-TANDA PEYALAHGUNAAN DADAH2-5

UNIT 3- JENIS-JENIS DADAH6-7

UNIT 4- KESAN PENGAMBILAN DADAH8-9

UNIT 5- AKTA DAN UNDANG-UNDANG DADAH10-12

UNIT 6- PERANAN UNTUK MEWUJUDKAN GENERASI TANPA DADAH (PERANAN INDIVIDU, IBU BAPA, GURU, PEMIMPIN MASYARAKAT DAN PELAJAR.)

13-17

UNIT 7- PENGENALAN MEROKOK, JENIS RACUN UTAMA DALAM ROKOK ROKOK DAN KESAN ROKOK TERHADAP TUBUH MANUSIA . 18-21

UNIT 8- CONTOH ARTIKAL DAN SURATKHABAR DAN LAIN-LAIN YANG BER BERKAITAN DADAH. 22-32

Page 3: Folio anti-Dadah

● BIODATA

NAMA :

UMUR :

TARIKH LAHIR :

TEMPAT LAHIR :

NAMA BAPA :

NAMA IBU :

ALAMAT :

PEKERJAAN BAPA :

PEKERJAAN IBU :

SEKOLAH RENDAH :

SEKOLAH MENENGAH :

KELAS (2013) :

HOBI :

CITA-CITA :

I

Page 4: Folio anti-Dadah

● PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang SMK Tengku Aris Bendahara, Puan Hjh Paijah Binti Kassan kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya iaitu Puan Normah Binti Talib kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan buku skrap ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu En. Roseman Bin Ali dan Pn. Hasnah Binti Aman kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya iaitu Luqman Bin Ibrahim dan Al Amin Bin Aryanto yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan buku skrap ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan buku skarp Pendidikan Sivik ini dengan jayanya.

Page 5: Folio anti-Dadah

ii

UNIT 1 : PENGENALAN DADAH

Dadah atau ‘Drug’ dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan. Perkara penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau ‘misuse’ dan ‘abuse’

Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab suci Al-Quran, istilah “Khamar” yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadah boleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis “Khamar” kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebabkan penagihan, dan pergantungan, perubahan tingkah laku, emosi, ragam dan pemikiran.

Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psiko aktif, sama ada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

1

Page 6: Folio anti-Dadah

UNIT 2 : TANDA-TANDA PENYALAHGUNAAN DADAH

Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronokan diri sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semula jadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta mengadaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnahkan sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.

Page 7: Folio anti-Dadah

2

- FAKTOR BERLAKUNYA PENYALAHGUNAAN DADAH :

a. Tekanan terhadap masalah

-Peribadi -Keluarga -Kerja

> Apabila tekanan emosi berlaku secara keterlaluan, seseorang itu akan mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi.

b. Kekurangan pengetahuan tentang dadah

> Remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif penggunaan dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa maut.

3

Page 8: Folio anti-Dadah

c. Pengaruh rakan sebaya

> Rakan merupakan orang terdekat kepada remaja selepas keluarga. Mereka kerap menghabiskan masa bersama berbanding dengan ahli keluarga. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengikut dan melakukan perkara yang dilakukan oleh rakan mereka tanpa menyedari kesan buruk pengambilan dadah. Terdapat juga kes apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan sebaya mereka akan disisihkan oleh rakan-rakan yang lain.

d. Kurang didikan agama.

> Mereka yang kurang didikan agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Hal ini demikian kerana dengan adanya pegangan agama yang kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan. Faktor kurangnya didikan agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang larang dalam kehidupan dengan melakukan perbuatan salah seperti menghisap dadah.

Page 9: Folio anti-Dadah

4

- TANDA-TANDA PENYALAHGUNAAN DADAH

> Dari Segi Fizikal :

- Berpeluh

- Meremang bulu roma

- Pening kepala

- Menggigil(tremor)

- Sentiasa mengantuk

> Dari Segi Psikologi :

- Keresahan

- Insomnia(Tidak dapat tidur)

- Kerisauan

- Gangguan emosi dan perasaan

> Dari Segi Perlakuan :

- Sentiasa ponteng kelas

- Penurunan prestasi akademik

- Digantung atau dibuang sekolah

- Mabuk semasa memandu dan melibatkan kemalangan

- Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam

- Mencuri

Page 10: Folio anti-Dadah

5

UNIT 3 : JENIS-JENIS DADAH

Bil. Kelas Dadah Contoh Dadah Tujuan Pengambilan

1. Depresan(Penenteram)

> Candu

> Heroin

> Morfina

> Barbiturat

> Untuk mengurangkan tekanan jiwa

> Untuk mengelakkan kesakitan menyebabkan rasa letih, mengantuk, pertuturan tidak jelas dan lain-lain.

> Untuk menjadikan gerak balas terhadap rangsangan lambat.

2. Stimulan(Perangsang) > Kafeina

> Nikotina

> Marijuana

> Amfetamin

> Boleh mengaktifkan sel-sel otak dan menambahkan kadar metabolisme badan

> Penagih akan berasa gembira dan aktif

Page 11: Folio anti-Dadah

6

3. Opiat(Pelegaan Kesakitan) > Morfina

> Heroin

> Candu

> Melegakan kesakitan dan kegelisahan.

> Penagih akan berasa tenteram dan selesa berlebihan

4. Halusinogen(Pengubah perasaan hati) > Ganja > Menyebabkan khayal

(halusinasi)

> Penagih akan berasa gembira kerana memasuki dunia khayalan mereka (gila)

Page 12: Folio anti-Dadah

7

UNIT 4 : KESAN-KESAN PENGAMBILAN DADAH

Penyalahgunaan dadah akan membawa banyak kesan atau akibat yang negatif ke pada si penagih. Antaranya ialah :

( Kesan-kesan negatif yang menyebabkan kerosakan pada organ pendalaman badan)

Page 13: Folio anti-Dadah

8

Selain daripada kesan dalaman pengambilan dadah juga boleh diketahui melalui perubahan luaran seperti ciri-ciri fizikal dan kelakuan seseorang, sebagai contoh :

1. Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.

2. Mudah tersinggung dan naik radang dengan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka.

3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.

4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutama di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan).

5. Dari masa ke semasa menggeletar seperti kesejukan amat sangat.

6. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.

7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana dipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.

8. Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami.

9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.

Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.

( Perubahan bentuk fizikal dan paras rupa akibat pengambilan dadah )

Page 14: Folio anti-Dadah

9

UNIT 5 : AKTA UNDANG-UNDANG DADAH

- Akta Dadah Berbahaya 1952 :

> Digubal oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri

> Merupakan Undang-undang utama yang berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia.

- Akta dan undang-undang ini dikuatkuasakan pada :

- Semenanjung Malaysia mulai 1 November 1952

- Sabah dan Sarawak pada 1 Jun 1978 di mana kegunaan, pembuatan, penjualan dan pengimportan semua jenis dadah dikawal.

- Tujuan Akta dan Undang-undang Dadah :

- Mengawal penggunaan segala jenis dadah;

- Membahagikan dadah kepada 4 kumpulan mengikut tahap bahaya dan hukuman kumpulan-kumpulan dadah iaitu:

● Pengimport

● Pengeksport

● Pengilang

● Penjual

- Membezakan secara nyata antara pemilikan haram dan pengedaran; dan

- Memasukkan segala jenis dadah baru ke dalam Akta ini bagi tujuan mengawal pengeluaran, bekalan dan pemilikannya.

Page 15: Folio anti-Dadah

10

- Di bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan:

“Apabila seseorang dijumpai dalam jagaannya atau di bawah kawalannya dadah berbahaya, dia hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai memiliki dadah berbahaya tersebut hendaklah dianggap mengetahui akan keadaan (nature) dadah berkenaan”.

- Hukuman-hukuman terhadap dadah jenis ganja :

> 200 gram atau lebih berat ganja atau 200 gram atau lebih berat resin ganja

- Hukumannya MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI -Seksyen 39B

> 50 gram atau lebih berat ganja dan ganja resin

- Hukumannya penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.- Seksyen 39A

> 20 hingga 50 gram ganja

- Hukumannya penjara tidak kurang 2 tahun tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan 3-9 sebatan rotan - Seksyen 39A (1)

> 5 gram ganja atau biji ganja

- Hukumannya penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM 20,000 - Seksyen 6

> Didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja ( walaupun sepohon).

- Hukumannya penjara seumur hidup dan disebat.

Page 16: Folio anti-Dadah

11

- Anggapan Sebagai Pengedar Dadah :

- Di bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan bahawa seseorang individu akan didakwa sebagai pengedar dadah sekiranya mereka membawa :

●15 gram atau lebih heroin;

●15 gram atau lebih morfin;

●15 gram atau lebih monoacetylmorfin;

● sejumlah 15 gram atau lebih campuran heroin, morfin, monoacetylmorfin atau sejumlah 15 gram atau lebih campuran dua di antaranya;

●1,000 gram atau lebih candu masak;

●1,000 gram atau lebih candu mentah

● sejumlah 1,000 gram atau lebih campuran candu masak dan candu mentah;

●200 gram atau lebih kanabis (ganja);

●200 gram atau lebih resinkanabis (ganja);

● sejumlah 200 gram atau lebih campuran kanabis dan kanabis resin;

●40 gram atau lebih kokain; dan

●2,000 gram atau lebih daun koka

Page 17: Folio anti-Dadah

12

UNIT 6- PERANAN UNTUK MEWUJUDKAN GENERASI TANPA DADAH

Setiap individu mempunyai peranan yang penting untuk mewujudkan generasi tanpa dadah. Daripada paparan di media massa, jelas menunjukkan bahawa masalah penagihan dadah terus meningkat setiap tahun. Isu ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menangani masalah penagihan dadah.

1. Peranan Individu:

Masalah penagihan dadah juga boleh diatasi dengan tindakan individu itu sendiri. Setiap individu hendaklah mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat menangkis apa jua anasir negatif yang datang. Justeru, setiap orang hendaklah memikirkan masa depan mereka dan sentiasa menjauhi sikap ingin mencuba atau merasai najis dadah. Anggapan segelintir orang yang mengatakan bahawa dengan menagih dadah, seseorang itu dapat menghilangkan segala masalahnya hanyalah 'khayalan' belaka kerana penggunaan dadah tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan kematian dan kesengsaraan.

> Tindakkan seseorang individu ialah :

- Tidak sesekali mencuba dadah

- Tidak berseronok secara berlebihan

- Mengatasi masalah bukan dengan dadah

- Bersikap rasional dan positif

Page 18: Folio anti-Dadah

- Membantu persekitaran bebas dari dadah

13

2. Peranan Ibu Bapa :

Ibu bapa boleh memainkan peranan dalam mengatasi masalah penagihan dadah. Hal ini kerana ibu bapa boleh menasihati anak-anak mereka agar menjauhi najis dadah. Ibu bapa juga boleh menjelaskan kepada anak-anak tentang keburukan dadah iaitu penyakit berbahaya seperti AIDS. Selain itu, ibu bapa juga mestilah memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka pada setiap masa.

> Tindakkan sebagai ibu bapa :

- Bentuklah anak-anak dengan memberikan kasih sayang

- Sentiasa menjadi teladan yang baik

- Mengambil berat dan berikan perhatian

- Sentiasa membimbing ke arah kesejahteraan

- Tidak berprasangka buruk

- Menyelesaikan masalah yang ada

- Sentiasa berbincang dan bercakap benar

- Sentiasa bertolak ansur dan bersabar

- Jangan menghukum sebelum mendengar dan mengetahui dengan jelas

- Faham perasaan anak dengan prihatin dan kasih sayang

- Berkomunikasi dengan berkesan dan hormati pendapat anak anda

Page 19: Folio anti-Dadah

- Ketahuilah apa yang anak-anak anda lakukan, siapa rakan-rakan mereka, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka lakukan pada masa lapang.

14

3. Peranan Pihak Sekolah dan Guru :

Peranan pihak sekolah dan guru juga turut dapat mengatasi masalah ini yang merebak seperti virus epidemik di kalangan murid-murid. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kemaslahatan kepada murid-murid. Biar kita ambil sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan ceramah mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid. Melalui cara ini, murid-murid dapat menghindarkan diri mereka daripada perkara yang tidak berfaedah seperti mencencang air yang boleh membawa impak negatif dalam diri mereka.

> Tindakkan sebagai pihak sekolah/guru :

- Membantu dalam usaha pencegahan dengan pengesanan awal penagihan di kalangan pelajar

- Mempelbagaikan usaha program pencegahan dadah

- Memantapkan kefahaman dan keyakinan pelajar dalam menolak dadah

- Menyediakan program yang berkesan supaya mesej dan sasaran lebih tepat

- Mendidik dan penerangan mengenai isu dadah sentiasa dipertingkatkan selaras dengan perkembangan isunya

- Menyebarkan maklumat tentang bahaya dadah

- Menjadi penyalur maklumat yang efektif

Page 20: Folio anti-Dadah

15

4. Peranan Pemimpin Masyarakat/Kerajaan :

Pemimpin atau pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk mengatasi masalah penagihan Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi membendung gejala penagihan dadah. Pihak kerajaan juga mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan pelbagai program kesedaran tentang penyalahgunaan dadah. Program-program kesedaran ini boleh dilaksanakan melalui media massa seperti stesen televisyen dan radio yang dimiliki oleh pihak kerajaan.

> Tindakkan Sebagai Pemimpin Masyarakat :

- Membantu bekas penagih dadah mengintegrasikan diri dalam masyarakat

- Memberikan sokongan padu dengan mengambil bahagian dalam setiap program pemulihan dan aktiviti pencegahan.

- Mengetatkan lagi undang-undang terhadap penggunaan dadah.

- Menyumbangkan idea, masa, tenaga dan wang ringgit dalam usaha membanteras dadah.

- Menyediakan alternatif untuk penagih dadah mendapatkan kepulihan

- Mengakui kebolehan bekas penagih untuk bekerja

Page 21: Folio anti-Dadah

16

5. Peranan Pelajar :

Pelajar merupakan individu yang dalam proses penimbaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, pelajar mestilah sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan yang di lakukan yang akan memberi kesan pada masa depan. Setiap pelajar mestilah sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, kerana pelajaran merupakan ilmu yang penting untuk mengetahui sesuatu perkara. Misalnya, maklumat tentang dadah yang akan di jadikan perkara yang di ingatkan supaya tidak mencubanya.

> Tindakkan Sebagai Pelajar :

- Kenal pasti pengaruh yang kurang sihat di sekeliling anda

- Ketahuilah apa yang penting bagi diri anda

- Tingkatkan keyakinan diri pada setiap masa

- Sentiasa terapkan nilai yang baik dan mempraktikkannya

- Berkeyakinan dalam membuat keputusan bijak

- Kurangkan perasaan ingin mencuba

- Banyakkan perasaan ingin tahu

Page 22: Folio anti-Dadah

> Kesimpulan :

Beberapa cara boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah penagihan dadah. Masalah penagihan dadah ini mesti segera diatasi kerana ia boleh mendatangkan masalah kepada diri sendiri, masyarakat dan Negara. Semua pihak mesti berganding bahu dalam menangani masalah penagihan dadah ini. Dengan kerjasama semua pihak, sudah pasti masalah penagihan dadah akan dapat diatasi.

17

UNIT 7- PENGENALAN MEROKOK, JENIS RACUN UTAMA DALAM ROKOK DAN KESAN ROKOK TERHADAP TUBUH MANUSIA.

● Pengenalan Rokok :

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaingi nikotin.

Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.

● Jenis-jenis Racun dalam Rokok :

Rokok dianggarkan mempunyai 4000 jenis racun, ini sebahagian daripada racun-racun tersebut :

> Nikotina - Dadah yang menyebabkan ketagihan.

Page 23: Folio anti-Dadah

> Tar - Bahan yang tidak banyak beza dari kandungan tar jalan raya

> Karbon Monoksida - Asap yang dikeluarkan dari kenderaan menyebabkan kekurangan kandungan oksigen diambil.

> Bahan Karsinogenik- Mengandungi 30 jenis bahan yang menyebabkan kanser.

> Benzena -  Bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna.

> Kadmium - Logam yang sangat beracun dan radioaktif.

> Ammonia - Boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu.

> Formalin - Bahan pengawet untuk kodok, kupu-kupu, jenis-jenis serangga lain hinggalah jenazah.

18

Page 24: Folio anti-Dadah

19

Page 25: Folio anti-Dadah

● Kesan Rokok Terhadap Tubuh Manusia :

Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan di hidap oleh seseorang yang menghisap rokok. Antaranya ialah :

- Menyebabkan kanser larik, mulut dan esofagus.

- Merokok menyebabkan penyumbatan darah yang membawa kepada sakit jantung

- Merokok akan menyebabkan kekurangan penyaluran oksigen yang menyebabkan jantung a perlu bekerja lebih keras.

- Mengakibatkan menyebabkan kanser pundi kencing, buah pinggang, pankreas dan perut.

- Kanser organ peranakan didapati lebih kerap di kalangan wanita yang menghisap rokok s s atau mempunyai rakan hidup yang hisap rokok.

- Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung

- Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis

- Sakit atau pedih mata

- Bersin dan batuk-batuk

- Sakit kerongkong

- Sakit kepala

● Sebab kematian seorang perokok

- Kematian umumnya bukan terjadi karena kesulitan bernafas yang diakibatkan oleh membesarnya kanser, tetapi karena posisi paru-paru dalam sistem peredaran darah menjadikan kanser mudah menyebar ke seluruh tubuh. Penyebaran metastase ke arah otak dan bahagian kritis lainnya lah yang mengakibatkan kematian itu. 90% penderita meninggal dalam 3 tahun setelah diagnosis.

20

Page 26: Folio anti-Dadah

Keadaan Tubuh Seorang Perokok

21

Page 27: Folio anti-Dadah

UNIT 8- CONTOH ARTIKAL DAN SURAT KHABAR DAN LAIN-LAIN YANG BER a a aa aaaaBERKAITAN DENGAN DADAH

Surat Khabar

Contoh 1 :

22

Page 28: Folio anti-Dadah

Contoh 2 :

23

Page 29: Folio anti-Dadah

Contoh 3 :

24

Page 30: Folio anti-Dadah

Artikel

Contoh 1 :

Gadis remaja dari Texas menderita strok beberapa saat setelah merokok ganja sintetis. Dikhabarkan saat ini, dia mengalami kerosakan otak, buta, dan lumpuh.Gadis berusia 17 tahun, Emily Bauer dari Cypress, Texas, membeli ganja palsu di sebuah pompa bensin lokal dengan teman-teman pada Disember. Hanya 15 meniti setelah merokok itu, Emily mengatakan merasakan migrain dan ingin berbaring. Setelah dia menderita serangkaian gejala strok yang akhirnya memicu ke dalam keadaan psikotik. Dia akhirnya mengalami halusinasi kekerasan, berlari ke dinding dan melakukan hal-hal di luar kendali. Selama 24 jam kemudian, Emily masih mengalami halusinasi dan mencuba untuk melukai dirinya sendiri, demikian yang dilangir Foxnews.

Doktor memutuskan untuk menempatkan Emily yang sudah dalam keadaan koma untuk dilakukan pemeriksaan dan menjalankan tes pada otaknya. Mereka menemukan kejang adalah hasil dari vaskulitis parah, iaitu suatu peradangan pada pembuluh darah yang akhirnya membatasi aliran darah dan oksigen ke otak. Seiring waktu, tekanan pada otak Emily menjadi begitu hebat, sehingga para doktor harus mengebor lubang di tengkoraknya untuk memberikan bantuan. Doktor mengatakan kepada keluarganya, lebih dari 70 persen dari otaknya mati dan dia tidak akan mengenali keluarganya atau dapat menggunakan lengan dan kakinya lagi.

Saat keluarga yang putus asa memutuskan akan melepas tabung nafasnya, Emily mulai menunjukkan tanda-tanda pemulihan, bahkan mengatakan menyayangi ibunya. Walaupun Emily masih lumpuh dan sangat bingung, saat ini dia mulai bisa menggunakan kembali tangan dan kakinya juga mulai bisa konsumsi makanan padat. Agar kejadian serupa tidak menimpa keluarga lain, keluarga Emily membuat organisasi non-profit yang memberikan pengetahuan tentang bahaya penggunaan ganja sintetis.

25

Page 31: Folio anti-Dadah

Contoh 2 :

Artis seksi positif dadah dicekup bersama teman lelaki

PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Contoh 3 :

Mertua dicekup bantu menantu, anak jual dadah

TELUK INTAN – Tidak sampai seminggu selepas dibebaskan daripada Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan penyalahgunaan dadah, seorang lelaki dicekup bersama isteri dan ibu mertuanya kerana menjadikan rumah mereka sarang membungkus ganja dan syabu.

Perbuatan mereka terbongkar selepas polis menyerbu rumah mereka di Taman Desa Maju Perak, Alor Bakong, Langkap dekat sini pada pukul 4.30 petang kelmarin selepas polis menerima maklumat orang awam berhubung aktiviti mencurigakan di kediaman terbabit.

26

Page 32: Folio anti-Dadah

Logo

Contoh 1 :

27

Page 33: Folio anti-Dadah

Contoh 2 :

28

Page 34: Folio anti-Dadah

Contoh 3 :

29

Page 35: Folio anti-Dadah

Poster

Contoh 1 :

30

Page 36: Folio anti-Dadah

Contoh 2 :

31

Page 37: Folio anti-Dadah

Contoh 3 :

32

Page 38: Folio anti-Dadah