panduan_krb 3053 pjj

3
KRB 3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PJJ [PANDUAN KERJA KURSUS]

Upload: manja-khani

Post on 27-Oct-2015

100 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Panduan Untuk KRB 3053 PJJ Semester 6 Sesi 1 2013/2014

TRANSCRIPT

KRB 3053KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PJJ

[PANDUAN KERJA KURSUS]

HASIL PEMBELAJARAN:

Di akhir kursus, pelajar seharusnya boleh;

1. Mendalami kandungan Sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini dalam

setiap aspek.

2. Mengenalpasti teori dan pendekatan pengajaran yang menjadi asas dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

3. Mengetahui dan mengaplikasi kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk dijalankan di

sekolah.

4. Membina rancangan mengajar mingguan dan harian yang sesuai dan menarik berdasarkan

huraian sukatan pelajaran yang dipilih.

5. Menguasai unsur dalam pengajaran seperi penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan,

pengayaan, pengujian dan penilaian dan cara-cara diaplikasi.

ARAHAN

1. Kursus KRB 3023 ini mengandungi tiga (3) tugasan dan Peperiksaan Akhir :

Makropengajaran (Pembinaan RPH) 20%

Esei Ilmiah 20%

Forum 20%

Peperiksaan Akhir 40%

2. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk soft-copy (upload ke MyGuru3) atau/dan hard-copy kepada Pensyarah bagi kumpulan masing-masing. (Nota: Bagaimana tugasan diserahkan adalah bergantung kepada pensyarah yang berkenaan)

KATEGORI TUGASAN

PECAHAN TUGASAN

PANDUAN MARKAH

MAKRO-PENGAJARAN

MAKROPENGAJARAN Pelajar dikehendaki membina Rancangan Pengajaran

Harian (RPH) untuk satu sesi makropengajaran selama 30-40 minit. Topik pengajaran adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR atau KSSR yang diajar di sekolah anda. Bahan bantu mengajar (BBM) dan soalan-soalan penilaian juga mesti disediakan.

Dalam Rancangan Pengajaran Harian: menetapkan hasil pembelajaran untuk sesi pengajaran

dengan mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan kefahaman sedia ada murid.

menetapkan aktiviti pembelajaran yang akan dijalankan semasa sesi pengajaran.Menyatakan:o apa pembelajaran dan pendekatan pengajaran yang

akan digunakan;o apa isu-isu / halangan yang dapat diatasi oleh

20

2

PECAHAN TUGASAN

PANDUAN MARKAH

pendekatan pembelajaran itu;o pengurusan persekitaran pembelajaran bagi

memastikan pembelajaran yang berkesan berlaku dengan selamat dan efektif.

menetapkan cara-cara menilai pembelajaran.

ESEI ILMIAH Menyediakan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang diberikan oleh pensyarah e-learning masing-masing.

20

FORUM1. Pensyarah kumpulan masing-masing akan memuat naik

(upload) 5 soalan untuk dibincangkan secara ilmiah dalam kalangan ahli kumpulan kuliah masing-masing di dalam portal MyGuru 3(Group Forum).

2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan dengan mengemukakan 3 isi penting dan tidak kurang daripada 150 patah perkataan bagi setiap jawapan.

3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya 4 jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang dikemukakan.

4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan.

5. Tajuk E-Forum tertakluk kepada pensyarah kumpulan kuliah.

20

PEPERIKSAAN AKHIR Peperiksaan adalah dalam bentuk 20 soalan Objektif

Aneka Pilihan dan 2 soalan Esei Ilmiah berdasarkan modul yang disediakan.

40

JUMLAH 100

.

3