refleksi d20102045405 jhr.bhru pjj

Upload: anantharajah85

Post on 19-Jul-2015

1.305 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah1

PEMARKAHAN 2. ESEI: (a) RIS (b) SEMESTER 1 SESI 2010/2011 3. FORUM JUMLAH KOD & NAMA KURSUS

KRP 3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

REFLEKSI UNIT 3,5,7,10 DAN 11

KUMPULAN JHR BHRU .06 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA ANANTHARAJAH A/L MUNIAN NO. ID D20102045405 NO. TELEFON 012-2700815

NAMA TUTOR E-LEARNING:DR.IKHSAN BIN OTHMAN TARIKH SERAH: 28 APRIL 2012

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah2 ISI KANDUNGAN Bil 01 02 03 04 05 Unit Unit 3 : Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah Unit 5 : Matapelajaran Di Sekolah Rendah Unit 7 : Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Rendah Unit 10 : Organisasi Dan Pengurusan Bilik Darjah Unit 11 : Pentaksiran Dan Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah Halaman 3 8 12 16 21

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah3 REFLEKSI TAJUK (KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah) Nama: ANANTHARAJAH A/L MUNIANNo. TAJU K TAJUK

No. ID : D20102045405

UNIT 3

MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

1. Rajah Pohon Berkaitan Kandungan Tajuk

Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikana Sebelum Penjajahan-Bercorak tradisional -Pendidikan kearah kesejateraan dan keharmonian hidup

Matlamat K Pendidika urikulum Dalam na Sema sa Penja jahan -Utamakan BahasaIbunda -Sistem pendidikan formal dan sekolahsekolah vernakular

Dalam a ek urikulum amat K Selepas Merd Matl ana ik -Berpandukan PendidMembina Negara bersatu padu melalui kurikulum

BSR Matlamat K-Penekanan kemahiran 3M

kepada Ordinan Pelajaran 1957 yang asas Penyata Razak 1956

-Mencapai matlamat pendidikan diperingkat sekolah secara menyeluruh

SSR Matlamat K-Melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI -Penekanan 4M dan enam tunjang utama melalui kurikulum

2. Ringkasan Isi Pelajaran Bagi Tajuk ini

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah4

Secara ringkasanya, kita perhatikan kepada Unit 3 : Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah, Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan berkonsepkan perkembangan seseorang insan dari segi jasamani,emosi,rohani dan intelek. Konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR) adalah berdasarkan kepada falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum ataupun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan dan pentadbiran sesebuah negara.Hal ini juga menentukan corak ekonomi sesebuah negara. Pembentukan pendidikan memainkan peranan yang penting dalam keharmonian seseorang insane. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994). Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Hal ini sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah penerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri dan meningkatkan pengetahuan serta kehidupan harian seseorang insane. Pada dasarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme dan perubahan keperluan masyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru. Manakala dalam perlaksanaan perubahan kurikulum dari peringkat awal iaitu dari Pendidikan Prasekolah adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti Pendidikan Prasekolah dan pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan cabaran abad ke-21. Pendidikan bermula sejak kelahiran manusia di dunia ini. Pendidikan zaman sebelum penjajahan Inggeris adalah bercorak tradisional tanpa premis khusus yang dinamakan sekolah. Pendidikan berlaku dalam kalangan keluarga dan ahli masyarakat. Matlamat pendidikan adalah ke arah kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan di akhirat. Sebagai contoh, jika bapa adalah petani, anak lelaki diajar untuk bertani, jika bapa adalah nelayan, anak lelaki diajar untuk ke laut menangkap ikan dengan tujuan memberi kemahiran anak-anak lelaki dengan perkerjaan yang bakal mereka akan lakukan apabila dewasa kelak. Di zaman penjajahan Inggeris, pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem pendidikan formal dengan menubuhkan sekolah-sekolah vernakular. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular iaitu sekolah vernakular Melayu yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu, sekolah vernakular Cina yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan sekolah vernakular Tamil yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Tamil. Selain daripada itu, pihak Inggeris juga memperkenalkan sekolah Inggeris yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris. Matlamat pendidikan pada ketika itu ialah memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak di negara ini agar mereka dapat meneruskan aktiviti atau pekerjaan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Matlamat pendidikan selepas merdeka adalah berpandukan Ordinan Pelajaran 1957 yang berasaskan Penyata Razak 1956. Pada tahun 1974, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran kebangsaan

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah5

ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka. Berdasarkan laporan tersebut, kurikulum yang dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah telah mengalami perubahan. Walau bagaimanapun, perubahan ini dilaksanakan secara berperingkat bermula di peringkat sekolah rendah dan diikuti dengan perubahan di peringkat sekolah menengah. Pendidikan di peringkat rendah adalah bertujuan untuk perkembangan diri individu secara menyeluruh. Sehubungan itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diperkenalkan secara rintis pada tahun 1982 dan pada tahun 1983, ia dilaksanakan di seluruh negara. Kurikulum Baru Sekolah Rendah memberi penekanan kepada kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Secara umumnya KBSR dirancang untuk membolehkan setiap murid memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Kurikulum Baru Sekolah Rendah terus mengalami perkembangan dan pada tahun 1993, ia dimurnikan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Antara perubahan yang berlaku ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan bagi menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia serta pemunian mata pelajaran Pendidikan Jasmani menjadi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. mulai tahun 2001, KBSR telah sekali lagi melalui proses pemurnian. Semakan kandungan KBSR telah dilakukan agar bersesuaian dengan perkembangan dan keperluan semasa. Matlamat KBSR dapat difahami berdasarkan tujuan pendidikan di peringkat sekolah rendah iaitu untuk mencapai matlamat perkembangan individu yang menyeluruh. Selain itu, matlamat KBSR juga difahami berdasarkan matlamat setiap mata pelajaran dalam pelaksanaannya. Setelah itu KSSR pula diperkenalkan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1. KSSR berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi; sains dan teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; keterampilan diri; kemanusiaan; dan kerohanian, sikap dan nilai. KSSR adalah berasaskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di samping mengambil kira cabaran dalam abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. Murid-murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara yang bertanggungjawab; global player; dan pekerja berilmu. Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perubahan yang dilakukan bergantung kepada perubahan dan kepentingan semasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis perubahan kurikulum iaitu bercorak hemeostatik, perkembangan, neomobilistik dan metamorphistik. Oleh itu, pusat perkembangan kurikulum berperanan dalam membentuk kurikulum supaya dapat diseragamkan di seluruh sekolah. Segala perubahan kurikulum mestilah berdasarkan kepada falsafah pendidikan untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et al. 1999). Oleh itu, perkembangan kurikulum di Malaysia semakin berkembang dan selaras dengan perubahan kurikulum yang diwajibkan untuk pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun. Konsep kurikulum yang dibina tidak hanya menfokus kepada akademik semata-mata tetapi juga kepada kerohanian dan kemahiran serta perkembangan pelajar dalam membentuk insan yang berketrampilan.Pendidikan di Negara Malaysia berkembang hasil perubahan daripada Pendidikan Sebelum Penjajahan, Semasa Penjajahan dan juga Selepas Merdeka. Justera itu, pendidikan harus dipelajari oleh setiap kanakkanak di Malaysia dan guru-guru juga harus memainkan peranan yang penting dalam bidang ini.

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah6 3. LIMA konsep/istilah/maksud perkara penting yang terdapat dalamtajuk ini dan penjelasannya Konsep/istilah/Pe rkara Penting

Penjelasan

1.

Dimensi intrinsik

Bermaksud kepercayaan dan patuh kepada Tuhan, berilmu, berketerampilan, berakhlak, bertanggungjawab dan kesejahteraa diri yang perlu diasuh pada murid. Objektif program ini adalah supaya pelajar mendapat pendedahan mengenai dunia remaja yang mencabar seterusnya dapat membetulkan haluan diri ke landasan hidup yang lebih sihat. Perkembangan pendidikan pada era ini juga telah menghasilkan Sekolah Pondok dan Madrasah untuk mempelajari bidang ilmu yang lebih luas. Pembelajaran yang diajarkan berteraskan kepada agama Islam seperti Tauhid, Akidah dan Akhlak. Intitusi pendidikan berpaksikan kepada falsafah pendidikan Islam mampu melahirkan masyarakat yang menjiwai agama pada setiap masa dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Hala tuju pengajian pada peringkat ini berkesan untuk menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan berdasarkan falsafah pendidikan agama melalui keunggulan pendidikan Islam yang diterapkan dalam pembelajaran. Untuk mencapai matlamat perkembangan individu yang yang menyeluruh. KBSR ini berkonsepkan kepada Matapelajaran Teras dan Matapelajaran Elektif serta berdasarkan kepada konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Memastikan perkembangan potensi individu murid secara menyeluruh ,seimbang dan bersepadu sebagaimana terdapat di Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan perkembangan murid-murid menekankan kepada 4M dan enam tunjang utama.Melalui KSSR, murid dapat memperkembang diri dalam pelbagai aspek seperti jasmani,emosi,rohani dan intelek.

2.

Berpaksikan ketuhanan

3.

Pendidikan sebelum penjajahan Inggeris bercorak tradisional

4.

KBSR

5.

KSSR

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah7 4. Pengajaran Daripada Tajuk Ini Pebagai pengajaran yang diperolehi daripada tajuk ini. Guru-guru dapat mengetahui tentang Pendidikan sebelum penjajahan , selepas penjajahan dan selepas merdeka. Jadi pengaruh daripada pendidikan zaman penjajahan dan selepas merdekan menyumbagai pelbagai kaedah dalam pendidikan pada masa sekarang. Sebagai contoh, Ordinan Pelajaran 1957 yang berasaskan kepada penyata Razak 1956 memainkan sumbangan besar dalam system pendidikan zaman sekarang. Selain itu, sistem pendidikan KSSR memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan dimana murid murid dapat menguasai kemahiran 4M dan memperkembangkan kemahiran teknologi secara meluas. Tambahan 6 tunjang diberikan penekanan dalam bidang KSSR ini. Tambahan lagi, Penyeliaan Latihan Dalam Pengajaran juga dilaksanakan terutamanya pemeriksaan dan penyemakan kerja-kerja bertulis perlu dilakukan sama ada penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan penyelaras tingkatan. Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaranpembelajaran, terdapat satu bidang lagi yang terkandung selain bidang organisasi iaitu pengajaran dan pembelajaran. Selalunya perlaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan keberkesanan perlaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis bagi mempertingkatkan mutu pengajaran guru dalam bilik darjah supaya pendidikan yang diberi dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. Penyampaian isi pelajaran oleh guru juga mesti berpandukan perancangan yang telah dibuat dan menepati langkahlangkah pengajaran dari awal hingga penutup. Di samping itu, alat bantu mengajar juga perlu disediakan dan apabila tamat pengajaran perlulah dibuat rumusan. Selain itu, teknik soal jawab diadakan bagi mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan guru.

5. Cadangan Tentang Tajuk Pada pandangan saya, Pendidikan di negara kita telah mengalami perubahan dalam sistem pendidikan. Perubahan ini memperlihatkan perbandingan antara sebelum dan selepas kemerdekaan dari aspek hala tuju dan falsafah pendidikan.Guru-guru harus memahami konsep perubahan pendidikan daripada dulu kepada semasa. Matlamat pendidikan negara mempunyai perbezaan yang jelas sebelum dan selepas kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan matlamat pendidikan kita lebih bercorak tradisional. Hal ini disebabkan masyarakat lebih mementingkan kecerdasan dan kemahiran untuk meneruskan hidup dengan bekerja yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki. Falsafah pendidikan

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah8

masyarakat tradisional lebih cenderung kepada aspek-aspek kerohanian, akhlak dan moral. Pada zaman penjajahan matlamat pendidikan lebih tertumpu kepada menjaga kepentingan British di Tanah Melayu. Era ini telah memaparkan pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah telah melebarkan jurang pendidikan, perpaduan dan integrasi antara kaum. Sistem ini mengakibatkan masyarakat Melayu terus berada di Kampung, Cina menguasai bandar dan India akan bermastautin di ladang-ladang. Pendidikan yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengelakkan peningkatan taraf hidup masyarakat pribumi. Pihak penjajahmemperkenalkan pendidikan bebas untuk mengelakkan berlakunya penentangan dalam masyarakat. Pada era selepas kemerdekaan, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan yang menekankan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Di samping itu, FPN merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dan dasar pendidikan negara. FPN merupakan perkara penting untuk dijana demi memastikan generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa hadapan mampu untuk berperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan arus globalisasi yang kian mencabar.

No. TAJU K TAJUK

UNIT 5

MATAPELAJARN DI SEKOLAH RENDAH

1. Rajah Pohon Berkaitan Kandungan Tajuk

Asas Penentuan

Matapela jaran KS SR

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah9

-Bercorak tradisional -Belajar i a. Mengetahu tindak b.Ber c. Membentuk a am d.Hidup bers

-Utamakan Bahasa Perubahan Ibunda daripada KBSR ke KSSR yang menekankan 4M

Tahap 1 Asas -Modul teras odul Teras -M Tema tif - Modul Elek

KBSR lajaran MatapeTeras Matapelajaran yang menjadi asas utama pendidikan muridmurid di sekolah

-Murid-murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai

Tahap 2 -Teras -Elektif

WajibMatapelajaran yang mesti dipelajari oleh murid

TambahanMatapelajaran yang secara minat kepada murid

-Melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI

2. Ringkasan Isi Pelajaran Bagi Tajuk ini

Secara ringkasanya, kita perhatikan kepada Unit 5: Matapelajaran Di Sekolah Rendah menerangkan tentang matapelajaran yang terdapat di KBSR dan KSSR. Selain itu , perkembangan murid-murid melalui sistem pendidikan tersebut. Secara umumnya pendidikan sama ada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang dalam segenap bidang. Hal in berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan itu, untuk membimbing murid-murid bagi mencapai matlamat pendidikan KBSR atau KSSR itu, maka mata pelajaran mengikut bidang disusun dan diajarkan kepada murid-murid. Matapejaran yang disusun menitiberatkan kepada kemahiran 4M dan enam tunjang utama bagi menyempurnakan perkembangan murid. Para guru wajar mempunyai pemahaman yang mendalam tentang mata pelajaran

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah10 yang diajar di sekolah. Dalam konteks Malaysia, secara khususnya mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah adalah kearah mencapai matlamat KBSR atau KSSR seterusnya mencapai hasrat yang terkandung dalam FPK. Selain itu, kandungan serta kaedah penyampaian sesuatu mata pelajaran adalah berasaskan kepada senario yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan ekonomi, sosial, politik dan teknologi masa kini dan akan datang. Murid-murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terkandung dalam mata pelajaran teras seperti mata pelajaran bahasa, Matematik dan Sains diberi peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih bagi membolehkan murid-murid betul-betul dapat menguasainya. Dalam Modul Teras Asas, Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral dipelajari oleh murid yang bukan beragama Islam. Dalam Modul Teras Tema beberapa disiplin ilmu digabungkan ke dalam tema Seni Visual dan Muzik; tema Dunia Sains dan Teknologi; dan tema Malaysia Negaraku. Modul elektif pula memberi peluang kepada murid untuk berkemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun. Mata pelajaran wajib ialah kategori mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid. Pembelajaran mata pelajaran wajib adalah bagi membantu perkembangan yang berterusan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang ada pada murid-murid selaras dengan kehendak FPK. Mata Pelajaran Tambahan, iaitu Mata pelajaran dalam kategori ini adalah sebagai tambahan kepada mata pelajaran teras dan mata pelajaran wajib. Mata pelajaran ini diajar kepada murid-murid yang berminat untuk mempelajarinya. Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjangtunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.Kini, pendidikan yang menentukan segala-gala pentadbiran di Negara. Segala perkembangan pendidikan akan membawa komitmen ataupun impak yang baik kepada sistem pentadbiran negara mahupun masyarakat.

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah11

3. LIMA konsep/istilah/maksud perkara penting yang terdapat dalamtajuk ini dan penjelasannya Konsep/istilah/Pe rkara Penting Penjelasan

1.

2.

Dokumen standard pembelajaran (DSP) Dokumen standard kandungan (DSK) Mata pelajaran wajib Mata pelajaran teras Mata pelajaran elektif

Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan. Mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid.

3. 4. 5.

4. Pengajaran Daripada Tajuk Ini

Perubahan dalam sistem pendidikan membawa pelbagai kesan positf kepada masyarakat . Perubahan dalam kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah kepada yang lebih baik ataupun mungkin kepada yang lebih buruk lagi. Ini disebabkan konsep perubahan kurikulum membawa erti yang umum dan tidak khusus.Tambaha lagi perubahan ini haruslah berteraskan kepada konsep Falsafah Pendidikan Negara dan falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hakikatnya bahawa sesuatu perubahan itulah yang membawa kepada yang lebih buruk lagi. Tetapi ini tidak pula bermakna yang ianya tidak boleh berlaku ataupun dilakukan. Guru menjadikan kurikulum sebagai panduan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut mata pelajaran yang diajar. Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina perancangan pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai.Perubahan kurikulum itu akan membawa perubahan yang besar kepada masyarakat dan murid-murid juga akan berkembang dalam pelbagai bidang termasuk teknologi.

5. Cadangan Tentang Tajuk Ini

Perubahan pendidikan daripada KBSR kepada KSSR telah membawa pelbagai perubahan dalam dunia pendidikan. Kini segala penentuan

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah12

kemajuan murid berdasarkan kepada sistem KSSR. Perubahan pendidikan transformasi ini boleh dibuktikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Ciri-ciri ini akan menentukan segala kemahiran dan perkembangan seseorang murid . Jika dibandingkan dengan KBSR, terlalu ketinggalan berdasarkan kepada perkembangan sistem kemajuan Negara kerana negari kita sedang menuju ke era globalisasi dan sistem teknologi maklumat. Jadi, setiap kanak-kanak harus mengetahui tentang kemajuan teknogi. Sebagai pendidik, kita haruslah menepati proses pengajaran yang yang terbaik serta sistematik supaya murid berkembang dari intelek ,jasmani, rohani ,emosi serta menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Transformasi sistem pendidikan ini akan membawa Malaysia kea rah pendidikan yang bertaraf tinggi.

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah13

No. TAJU K TAJUK

UNIT 7

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH

1. Rajah Pohon Berkaitan Kandungan Tajuk

Pengajaran Dan Pembelajaran-Bercorak tradisionaln Pengajaran da alah lajaran ad pembe tiviti merupakan ak ait, ling berk yang sa rlaku yang mana be rsama dalam secara be asa. satu ruang m

Konsep D an Teori-Utamakan Bahasa Ibundan secara Pembelajara m proses individu dala dan pengajaran n pembelajara tusan merupakan ce lam ir moden da pemik idikan. bidang pend

Pelbagai Ka Pengajara edah n

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah14

an ran D engaja sP Prose lajaran be Pemn boleh Pembelajara insip merupakan pr at fakta, maklum abstrak, kaedah, pemerolehan n pendekatan teknik da sesuatu. melakukan n Secara Pembelajara yang Kelas adalah asa paling bi eh dilakukan ol guru kebanyakan m aktiviti dala n pengajaran da lajaran. pembe

-Melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI

2. Ringkasan Isi Pelajaran Bagi Tajuk ini

Secara ringkasanya, kita perhatikan kepada Unit 7: Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Rendah membincangankan tentang aktiviti pengajaran. Pengajaran merupakan tugas utama seseorang pendidik. Jadi untuk mencapai objektif pembelajaran secara aktif, pengajaran tersebut harulah menarik minat seseorang murid. Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan aktiviti yang saling berkait, yang mana berlaku secara bersama dalam satu ruang masa. Pemisahan antara dua konsep ini sukar dilakukan secara praktisnya kerana ia berlaku secara serentak. Konsep pengajaran itu diwakili oleh individu yang bergelar guru, manakala pembelajaran diwakili oleh murid. Tanpa guru maka tiada murid (dan sebaliknya) maka tiadalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Maksud pengajaran sebagai implimentasi kurikulum iaitu apabila berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik darjah. pembelajaran adalah berkenaan bagaimana kita menanggap dan memahami dunia, tentang membuat makna. Pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu dan juga penaakulan. Pembelajaran itu dikatakan telah berlaku apabila terdapat perubahan pada tingkah laku pelajar selepas melalui sesuatu pengalaman pendidikan. Pembelajaran berasaskan pengalaman pula menyatakan bahawa pemahaman yang dimiliki oleh seseorang individu murid itu bukan bersifat tetap. Individu murid akan memperolehi pengalaman apabila mereka belajar khususnya belajar dengan cara melakukan sesuatu (learning by doing). Pemahaman akan dibentuk dan dibentuk semula melalui pengalaman yang dilalui. Siri pengalaman yang

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah15 dilalui akan membentuk pemahaman murid secara berterusan. Pusingan Pembelajaran Kolb menyatakan terdapat empat peringkat keupayaan bagi menjamin pembelajaran iaitu pengalaman konkrit (concrete experience CE), pemerhatian reflektif (reflective observation RO), konseptualisasi abstrak (abstract conceptualization AC) dan percubaan aktif (active experimentation AE). Proses pengajaran dan pembelajaran berkesan mempunyai penafsiran yang agak berbeza. Pengajaran dan pembelajaran berkesan agak berbeza dari segi konteks berdasarkan tahap pelajar yang boleh diklasifikasikan kepada tiga iaitu, peringkat rendah, menengah dan tinggi. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkahlangkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Secara Kelas adalah yang paling biasa dilakukan oleh kebanyakan guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru memandu aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas. Interaksi guru dan murid agak terbatas. Manakala interaksi murid dengan murid sukar berlaku. Pembelajaran secara kumpulan bermakna dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Pembelajaran secara individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan cetusan pemikir moden dalam bidang pendidikan. Golongan ini berpendapat setiap individumurid adalah unik, pelbagai dan rencam dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan mereka. Justeru, setiap individu murid mempunyai hak untuk memperkembang aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani mereka melalui sistem pendidikan. Terdapat pelbagai program di sekolah rendah sekarang ini yang berorientasi pemulihan. Antaranya

ialah pemulihan dalam kelas, KIA2M dan PROTIM. Kesemua program pemulihan memerlukan kaedah individu yang mana guru yang terlibat perlu membuat perancangan yang rapi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru pemulihan perlu mengetahui apa yang diketahui oleh murid sebelum mengajar dan apa yang dipelajari oleh murid selepas mengajar. Ketika merancang guru perlu mengambil kira maklumat individu murid, sebab-sebab mereka memasuki program pemulihan dan faktor-faktor yang berkaitan. Guru pemulihan perlu bijak merancang kaedah yang hendak digunakan dan bahan bantu mengajar yang hendak digunakan. Penilaian perlu dilaksanakan untuk melihat pencapaian dan perkembangan murid. Program pendidikan pemulihan bermatlamat untuk membolehkan murid-murid menguasasi kemahiran asas literasi iaitu menulis, mengira dan membaca. Objektif pendidikan pemulihan ini adalah membantu murid yang lemah tahap akademiknya. Penderkatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bercantum juga berbeza yang mana, semasa guru mengajar murid-murid dalam satu tahun persekolahan, muridmurid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan. Justeru, untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan, guru yang terlibat perlu memilih dan merancang strategi pengajaran dengan baik. Penyusunan bilik darjah dalam kelas bercabtum juga berbeza. iaitu melibatkan penyusunan kerusi-meja dan alatan perlu sesuai dengan jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Buasanya, dua papan hitam digunakan dan kedua-duanya terletak di

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah16 tempat pengadang yang diletakkan ditengah-tengah kelas sebagai pembahagi kelas. Tempat duduk guru pula diletakkan di tempat yang membolehkan guru mengawasi kedua-dua tahun persekolahan itu.Jadi kesesuaian penyusunan peralatan dikelas akan menentukan proses pembelajaran yang selesa dan efektif. Tambahan lagi, proses pengajaran akan terganggu jika penyusunan peralatan tidak teratur dan sistemetik. Murid-murid juga akan berasa tidak selesa belajar di keadaan begitu.

3. LIMA konsep/istilah/maksud perkara penting yang terdapat dalamtajuk ini dan penjelasannya

Konsep/istilah/Pe rkara Penting

Penjelasan

1.

Strategi pengajaran dan pembelajaran

2.

Domain kognitif

3.

Pemulihan

4.

Behaviourisme

5.

Konstruktivisme

Merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan dan merancang kaedah serta teknik berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Walau bagaimanapun secara umumnya terdapat tiga mod pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Adalah aktiviti pembelajaran yang berfokus kepada aktiviti intelek, domain afektif merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang berpusat kepada rohani dan emosi, dan domain psikomotor pula merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang mengaitkan penggunaan jasmani tubuh badan. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira (Panduan Am KBSR - 1982). Antara objektif Program Pemulihan Khas adalah untuk membantu muridmurid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas. Kata kunci kepada teori ini ialah ransangan (stimuli) dan gerak balas. Teori ini menyatakan bahawa sesuatu organisme akan memberikan suatu gerak balas apabila suatu ransangan dikenakan ke atas mereka. Perkara ini amat benar jika dilihat terhadap perlakuan lahiriah organisme tersebut. Individu murid itu mempunyai keupayaan untuk membina ilmu pengetahuan. Individu murid perlu secara aktif membentuk dan membina ilmu. Murid dianggap telah mempunyai ilmu pengetahuan dan otak mereka tidak kosong walau pun mereka belum

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah17 didedahkan dengan sesuatu isi pelajaran baru.

4. Pengajaran Daripada Tajuk Ini

Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting sekali bagi guru-guru matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terus belajar dengan penuh keyakinan. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajarpelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar.

5. Cadangan Tentang Tajuk Ini

Sistem penngendalian yang sedia ada , guru harus mengubah mengikut keadaan semasa. Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria. Bahan Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada bukubuku teks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.Susunan peralatan harus lebih efektif dan meyumbangan kepada keselesaan murid-murid. Selain itu Cadangan saya adalah bagi subtopik kaedah dan teknikpengajaran dalam KSSR perlu diperincikan lagi. Dimana kaedah dan teknik yang diberikan dalam tajuk ini perlu ada huraiannya supaya para guru dapat mengaplikasikannya dalam sesi pengajarannnya dengan lebih mudah. .

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah18

No. TAJU K TAJUK

UNIT 10

ORGANISASI DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

1. Rajah Pohon Berkaitan Kandungan Tajuk

Konsep Bilik Darjah-Bercorak tradisionallik Jenis-jenis bi rjah da

Pengerus an Bilik D arjah-Utamakan Bahasa Ibunda al Suasana Fizi

Suasana Psikologikal

las rjah Ke Bilik Da

tum Bercan

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah19

-Melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI

2. Ringkasan Isi Pelajaran Bagi Tajuk ini

Secara ringkasanya, kita perhatikan kepada Unit 10: Organisasi Dan Pengurusan Bilik Darjah mejelaskan tentang Unit ini mempunyai tiga bahagian yang berkaitan dengan organisasi dan pengurusan bilik darjah. Bahagian pertama memberi fokus kepada konsep bilik darjah dan jenis-jenis bilik darjah. Terdapat tiga jenis bilik darjah iaitu bilik darjah tradisi, bilik darjah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan bilik darjah elektronik. Susunan meja dan perabot dalam bilik darjah tradisi lebih berpusatkan guru kerana jarang melibatkan murid-murid melaksanakan aktiviti kumpulan. Susunan meja dan perabot dalam bilik darjah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) lebih berpusatkan murid kerana kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di bilik darjah adalah secara kumpulan. Bilik darjah elektronik pula dilengkapi dengan kemudahan teknologi. Dalam bilik darjah elektronik, guru berperanan sebagai fasilitator dan menggalakkan murid-murid maju pada kadar perkembangan intelek masing-masing. Bilik darjah elektronik merupakan usaha Kementerian Pendidikan untuk menyokong inisiatif sekolah bestari. Bilik darjah jenis ini bercirikan studio dimana setiap murid mempunyai stesyen masingmasing untuk penerokaan dan penyelidikan. Guru dan murid dibekali dengan komputer untuk menggantikan buku teks.Bahagian yang seterusnya adalah berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah ialah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal aspek fizikal dan psikososial di dalam bilik darjah. Suasana fizikal bilik darjah berhubungkait dengan keperluan Maslow dimana tahap motivasi manusia akan tinggi jika secara fizikalnya mereka berada dalam keadaan selamat, selesa dan kurang gangguan. Kejayaan guru menguruskan fizikal bilik darjah bermakna guru telah berjaya membentuk murid ke arah kehidupan yang berkualiti. Pengurusan bilik darjah mempunyai dua aspek yang penting iaitu pengurusan fizikal dan pengurusan suasana psokologikal. Pengurusan fizikal yang sempurna dapat menghasilkan bilik darjah yang kondusif supaya muridmurid dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Manakala pengurusan suasana psikologikal yang kondusif adalah suasana yang

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah20 sesuai untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengurusan bilik darjah, guru perlu mengaplikasikan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik dalam kelas untuk memotivasikan murid-murid. Bahagian ketiga membincangkan bilik darjah untuk kelas bercantum. Dalam bilik darjah kelas bercantum, kedudukan murid-murid disusun secara sebelah menyebelah dan pemidang akan digunakan sebagai pemisah antara kedua-dua kelas yang terlibat. Murid-murid pula tidak dianggap serupa sebaliknya perlu mengambil kira kepelbagaian serta perbezaan individu. Selain itu, pemulihan dan pengayaan perlu dilakukan. Perkembangan pesat bidang TMK pula lebih kepada penggunaan multimedia untuk sama-sama memperoleh manfaat daripadanya. Justeru bilik darjah dilengkapi dengan kemudahan TMK. Lebih-lebih lagi dalam KSSR TMK adalah salah satu daripada EMK yang perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. LIMA konsep/istilah/maksud perkara penting yang terdapat dalamtajuk ini dan penjelasannya Konsep/istilah/Pe rkara Penting Penjelasan

1.

Bilik darjah KBSR

. a. Murid-murid duduk mengikut kumpulankumpulan yang terdiri daripada enam hingga lapan orang murid bagi setiap kumpulan. b. susunan kerusi meja murid adalah dalam kelompok-kelompok enam hingga lapan kerusi meja murid bagi setiap kumpulan. c. Kedudukan kerusi meja dan murid bersifat tidak statik, sebaliknya ia adalah dinamik mengikut pembelajaran murid. d. Terdapat juga banyak ruang-ruang bagi kegunaan yang pelbagai seperti sudut bacaan, ruang aktiv-

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah21 iti pembelajaran, ruang pelbagai guna, ruang untuk bahanbahan pembelajaran. a. Konsep bilik darjah tradisi telah lama. b. Dalam KBSR pun bilik darjah tradisi masih diguna pakai oleh guru-guru secara meluas mengikut keadaan dan kehendak pembelajaran murid. c. Dari segi susunan perabotnya,bilik darjah tradisi mempunyai kerusi meja murid yang disusun mengikut baris demi baris. d. Susunan kerusi meja murid adalah sama ada secara satu persatu atau berpasangan. a. Bilik darjah elektronik yang pertama di negara ini yang dilengkapi dengan internet b. Bilik darjah mempunyai ciri seperti studio c. Setiap murid mempunyai stesyen masingmasing untuk penerokaan dan penyelidikan. d. Guru dan murid dibekali dengan komputer masing-masing. e. Komputer notebook digunakan bagi mengganti-kan buku teks. f. Guru sebagai pengurus maklumat serta suasana yang kompleks, bukan seperti pendita lagi. a. Susunannnya yang melibatkan kerusi, meja, papan tulis, almari, rak dan sebagainya yang beradadalam bilik darjah. b. Suasana fizikal sesuatu bilik darjah adalah merujuk kepada kedudukan, saiz, pengisian perabut, dekorasi, pengudaraan dan sebagainya. c. bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah akan menyebabkan kesesakan. d. Ia akan menimbulkan suasana kurang selamat,tidak selesa dan terdapat banyak gangguan. 5. Pengurusan a. Suasana psikologikal bilik darjah merupakan

2.

Bilik darjah tradisi

3.

Bilik darjah elektronik

4.

Pengurusan fizikal

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah22 suasana psikologikal aspek afektif yang mempengaruhi proses pengajaran guru dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. b. Suasana psikologikal dipengaruhi oleh suasana fizikal. c. Suasana psikologikal yang dikatakan kondusif adalah suasana yang sesuai untuk berlakunya proses pembelajaran. d. Interaksi antara guru-murid dan antara murid-murid yang saling mendorong mereka untuk terus belajar. e. Selain itu ialah semangat kerjasama antara satu sama lain, tiada langsung unsur-unsur buli, ejek, menindas rakan dan sebagainya.

4. Pengajaran Daripada Tajuk Ini

Pada pendapat saya, pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkah laku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat mencapai objektif pengajaran. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna. Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran wujud apabila seseorang guru merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan persekitaran dan iklim yang harmoni. Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.Justeru iklim bilik darjah adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan-pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Realitinya konsep bilik darjah berkembang selaras dengan perkembangan konsep pengajaran dan pembelajaran. Maka dalam KSSR TMK adalah salah satu daripada EMK yang perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah23

5. Cadangan Tentang Tajuk Ini

Pada pandangan saya , cadangan ini memang baik. Namun ada beberapa kelemahan . Sebagai contoh, cadangan ini sukar dijalankan di sekolahsekolah SKM atau bantuan modal. Hal ini demikian sekolah SKM mempunyai masalah kekurangan murid dan masalah kewangan dari bantuan modal.

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah24

No. TAJU K TAJUK

UNIT 11

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

1. Rajah Pohon Berkaitan Kandungan Tajuk

Penilaian Berasaskan Sekolah-Bercorak tradisional

Penilaian Authenth ik / Altern atif-Utamakan Bahasa Perubahan Ibunda daripada KBSR ke KSSR yang menekankan 4M

Penilaian Formatif Dan Sum atif

an entaksir onsep P K

yaan Penga han & Pemuli

-Melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah25

2. Ringkasan Isi Pelajaran Bagi Tajuk ini

Secara ringkasanya, kita perhatikan kepada Unit 11:Pentaksiran dan Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah membincangkan tentang kaedah pentaksiran. Pentaksiran merupakan satu proses yang mendapatkan maklumat dan membuat penghakiman tentang proses pendidikan. Maklumat meliputi topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan pertimbangan dan pencapaian, manakala produk pula berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspekaspek utama dalam pentaksiran ialah Instrumen, Kumpulan yang ditaksir,Respon, Kumpulan yang menaksir dan Skor. Penilaian pula adalah proses memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Penilaian dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian adalah berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum. Pentaksiran berasas sekolah memberi peluang dan ruang kepada semua pihak yang terlibat secara langsung seperti guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk bekerjasama memantau dan menilai kemajuan dan perkembangan murid-murid khususnya dari aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Murid-murid sebagai individu yang berbeza yang perlukan bimbingan dan penilaian yang berbeza Pentaksiran dan penilaian authentik/ alternatif menjadi pilihan untuk guru dan murid memacu kejayaan.

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah26

3. LIMA konsep/istilah/maksud perkara penting yang terdapat dalamtajuk ini dan penjelasannya Konsep/istilah/Pe rkara Penting Penjelasan Suatu jenis ujian formal atau tidak formal untuk mengesan tahap penguasaan & kemajuan pembelajaran murid. Suatu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian murid dalam sesuatu peringkat persekolahan. Mengetahui sejauhmana murid telah mencapai standard tertentu dari apa yang telah dipelajari.

1. 2. 3.

Penilaian formatif Penilaian sumatifMaklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini. kefahaman

4. 5.

bagaimana cara mentaksir Fasilitator (proses pembelajaran) dan Pemerhati (langsung dan tak langsung tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran)

Peranan guru

4. Pengajaran Daripada Tajuk Ini

Pentaksiran dan penilaian perlu dilakukan untuk memastikan muridmurid ini mencapai tahap tertentu. Pentaksiran membawa maksud proses mengumpul maklumat, menginterprestasi maklumat atau memberi nilai. Manakala penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interprestasi. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah27 memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Penilaian formatif adalah suatu jenis ujian formal atau tidak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan pembelajaran murid. Penilaian sumatif adalah suatu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian murid dalam sesuatu peringkat persekolahan. Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dikendalikan di sekolah yang melibatkan peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan oleh guru di sekolah yang membabitkan pihak-pihak berkepentingan (stakeholder). Peranan PBS ialah meningkatkan pencapaian, mengubahsuai strategi pengajaran, menjadi motivasi kepada murid untuk belajar, dan memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran. Kaedah pengumpulan bukti PBS ialah cerapan, ujian, tugasan atau pentaksiran prestasi, pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan. Fungsi PBS adalah pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (prestasi murid) dan pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (meningkatkan pembelajaran). Penilaian atau pentaksiran adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran terdiri dairpada Pentaksiran Rujukan Standard (PRS) dan Pentaksiran Rujukan Kriteria.Standard prestasi (performance standard) ialah satu pernyataan generic tentang aras pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, yang ditulis secara holistik berasaskan DSK dan DSP untuk pentaksiran. Pernyataanpernyataan ialah pernyataan criteria umum, pernyataan kriteria khusus, dan pernyataan tentang standard. Pentaksiran autentik ialah suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal. Penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas dan pensil. Portfolio merupakan koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran. Langkah-langkah menyediakan portfolio ialah menentukan tujuan, kandungan dan kemahiran, sasaran dan peringkat, bahan yang perlu dikumpul, kaedah kumpul bahan, penglibatan murid, kaedah memberi gred, penyediaan portfolio, tarikh pelaksanaan dan penyempurnaan serta penyimpanan portfolio. Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dijalankan agar murid sentiasa peka kepada pengetahuan dan amalan aktiviti kecergasan bagi meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. PRS ialah proses mendapatkan maklumat tantang tahap pencapaian murid berdasarkan penyataan standard prestasi. Pencapaian murid dinilai dan dilapor berdasarkan tahap-tahap penguasaan. Pentaksiran autentik lebih kepada penggunaan atau amali. Portfolio merupakan koleksi hasil kerja murid dan sebagai rekod pencapaian murid. Penilaian KLSR ialah penilaian sumatif. Penilaian KBSR adalah secara sumatif dan formatif. Manakala penilaian KSSR ialah PBS yang bersifat autentik, holistik dan berterusan.

KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah28

5. Cadangan Tentang Tajuk Ini

KSSR memberi penegasan kepada pelaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronok dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistic. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ialah aktiviti yang dirancang, ditadbir, diperiksa dan dijalankan oleh guru.Cadangan saya, perlu dikekalkan dan guru-guru boleh merujuk sumber ini bagi mendapatkan maklumat tentang cara-cara pentaksiran.