gagasan 1 malaysia, peradaban dan identiti bangsa pendekatan hadhari

63
Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan Identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

Upload: hilfi-syafiq

Post on 26-Dec-2015

67 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

berbicara menngenai 1 malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan Identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

Page 2: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan Identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim

Dipersembahkan sebagai Syarahan Kursi Syeikh Abdullah Fahimpada 4 Rejab 1431H bersamaan 17 Jun 2010 di DK 43.101 Kompleks

Tun Abdullah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia

INSTITUT ISLAM HADHARI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI • 2010www.ukm.my/hadhari

Page 3: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Cetakan Pertama / First Printing, 2010Hak cipta / Copyright Institut Islam Hadhari UKM, 2010

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan iniboleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan

ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama adadengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran

bertulis daripada Institut Islam Hadhari UKM terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced ortransmitted in any form or by any means, electronic or mechanical

including photocopy, recording, or any information storage andretrieval system, without permission in writing from

the Institute of Islam Hadhari UKM.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia byINSTITUT ISLAM HADHARI

Kompleks Tun Abdullah Mohd SallehUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA43600 UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia

Atur huruf oleh / Typeset byMOKTAR HUSSAIN

[email protected]

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia byPUSAT PENERBITAN DAN PERCETAKANUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA43600 UKM Bangi, Selangor D.E., Malaysia

ISBN 978-983-44351-3-4

Page 4: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prakata

SYARAHAN Perdana Kursi Syeikh Abdullah Fahim ini adalah merupakan siri pertama diadakan semenjak Kursi ini dilancarkan penubuhannya di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 12 Feb. 2008. Upacara pelancaran Kursi ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri yang ke-5, iaitu cucunda Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim.

Syeikh Abdullah Fahim dilahirkan di Makkah pada tahun 1296H/1879M, mulai berguru dengan alim ulamak Arab dan Melayu di Tanah Suci, Makkah, pulang ke Tanah Melayu (Malaya), pada tahun 1916, dan meninggal dunia dalam tahun 1380H/1961M. Terdapat beberapa perbezaan kecil di antara para pengkaji ulamak ini tentang sejarah hidup dan latar belakang Syeikh Abdullah Fahim, tetapi hanya mengenai tarikh-tarikh kelahiran dan tarikh kembalinya beliau ke rahmatullah, namun para pengkaji tersebut pada umumnya mengambil kesimpulan yang hampir-hampir sama tentang perwatakan, sumbangan dan ilmu Allahyarham (Zulkiple Abdul Ghani et al 2006; Syed Ali Taufi k 2005; Mohamed Tolba 2006).

Allahyarham merupakan seorang ahli bahasa, penyair dan penulis yang tajam penanya dan indah bahasanya, mahir dalam menggunakan prama sastera, selain dari kemahirannya di dalam ilmu falak, kecenderungannya dalam pendidikan, politik dan pemerintahan negara, yang semuanya ini diungkap dan diolah dalam perspektif keislaman (Zulkiple et al. 2006). Sifat patriotiknya diungkapkan di dalam puisi yang ditulis di dalam bahasa Arab dan terjemahannya adalah seperti berikut (Zulkiple et al. 2006):

Wahai Malaya hatiku mencintai mu sepenuh jiwa,Keagungan mu, keagungan sejati, mengapa?Kesaksiannya telah sekian lama, dan sejarahnya

Page 5: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

6 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

Engkaulah satu-satunya watan cemerlang di hatikuTanah Melayu, merdekalah tanah air ku, hiduplah.

(Terjemahan Penulis)

Kesedaran sebagai warga Nusantara dan Melayu pula menjelma di dalam puisinya yang berikut (Zulkiple 2006):

Hidup Melayu dan Malaya,Merdeka saudara kembar : Indonesia dan Malaya

(Terjemahan Penulis)

Satu perkara yang menarik perhatian saya berdasarkan kajian yang dibuat oleh Zulkiple dan rakan-rakannya ialah tentang penetapan tarikh kemerdekaan negara Malaya yang dicadangkan oleh Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim. Sebelum bertolak ke London untuk menuntut kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman telah meminta nasihat Allahyarham tentang tarikh yang terbaik untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Allahyarham melalui pengamatannya, memberikan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Sekiranya tarikh itu tidak dipersetujui, maka Allahyarham meminta supaya ditunggu lima tahun kemudian sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu, iaitu 31 Ogos 1962. Maka dengan izin Allah SWT tarikh asal yang dicadangkan Allahyarham itu telah menjadi kenyataan (Zulkiple 2006).

Kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim adalah seorang ilmuwan, pendidik, ulamak, sasterawan dan ahli politik yang unggul. Keperibadian dan keilmuan beliau telah tercatat di dalam sejarah perjuangan bangsa sebagai orang Melayu yang amat kuat keperibadian Melayu dan Islamnya, dan merupakan perintis dalam meletakkan batu asas bangsa dan negara dalam melangkah ke hadapan untuk membina identity dan tamadun bangsa berpaksikan agama.Syarahan ini mendapat inspirasi dari kehidupan Allahyarham yang begitu banyak melakar sejarah dalam perjuangan membina bangsa dan negara yang berwadahkan ilmu dan hikmah keislaman yang sejati, sekali gus membina jati diri dan peradaban bangsa dan agama.

Page 6: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Penghargaan

Ketika saya masih bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, saya telah diberikan peluang oleh UKM, melalui Pendaftarnya ketika itu, Allahyarham Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Mohd Salleh, pada akhir tahun 1971, untuk menjawat jawatan Tutor di Fakulti Pengajian Islam dan dihantar terus ke Universiti St. Andrews, Scotland, untuk melanjutkan pengajian saya bagi mendapatkan ijazah Doktor Falsafah. Mulai saat itulah saya menjadi warga UKM, sungguh pun kehadiran saya yang sebenarnya ke UKM hanya baru berlaku pada tahun 1975 setelah selesai pengajian saya di Universiti St. Andrews.

Sehingga kini saya tetap menganggap Allahyarham YAB Tun Abdullah Mohd Salleh sebagai orang pertama yang memberikan inspirasi kepada saya untuk menceburkan diri di dalam bidang pendidikan tinggi sebagai tenaga pengajar, yang kemudiannya berkembang ke tahap yang lebih jauh lagi sehingga ke saat perpindahan saya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1982.

Allahyarham merupakan tonggak pembangunan UKM dan peniup semangat yang amat gigih sepanjang perkhidmatannya yang panjang dan dinamik dengan Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang besar terhadapnya.

Selepas menamatkan kepelbagaian kerjaya saya secara rasmi pada awal tahun 2008, saya tidak menyangka bahawa akhirnya saya akan kembali lagi ke UKM, pelabuhan pertama dalam pembangunan karier saya di institusi pengajian tinggi. Pada awal Julai 2008, saya dilantik untuk berkhidmat di Institut Islam Hadhari, sebagai Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim yang pertama.

Teman seperjuangan saya pada era permulaan perkhidmatan saya di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang kini menjawat jawatan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, tentunya telah

Page 7: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

memperkenankan perlantikan saya, dan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada beliau kerana memberikan peluang kepada saya untuk kembali semula ke UKM.

Bagaimana pun pembukaan peluang ini tentunya telah dirintis oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj. Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, dan Timbalan beliau, Prof Dr. Jawiah Dakir, yang ‘melamar’ saya untuk berkecimpung dengan mereka di Institut tersebut. Kepada mereka berdua juga saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan mendoakan kejayaan mereka seterusnya dalam membina peradaban dan tamadun Islam menerusi program yang dijalankan di Institut tersebut.

Universiti Kebangsaan Malaysia sebenarnya telah mendidik saya sebagai tenaga kerja yang dapat menyesuaikan diri dengan semua keadaan dan latar belakang manusia ketika saya meneruskan kepelbagaian kerjaya yang ditugaskan kepada saya setelah meninggalkannya. Hal ini juga memberikan pelajaran kepada saya, bahawa di samping mengajar, Universiti adalah merupakan institusi yang menjana pemikiran dan minda untuk seseorang itu berfi kir dan menggunakan mindanya secara kritikal dan positif walau di mana sekali pun ia berada, dan ketika menyandang apa saja jawatan yang diamanahkan kepadanya.

Kesimpulan terakhir inilah yang saya rasa, pada pandangan awal saya, agak gagal dilaksanakan oleh segelintir IPT kita ketika mengeluarkan para siswazahnya sekarang. Siswazah yang tidak dapat memanfaatkan aspek penjanaan pemikiran yang tajam dan global, mungkin telah mengalami kegagalan dalam memanfaatkan pengajiannya di Universiti, walau pun dari sudut kelulusannya, ia mendapat ijazah yang baik. Mungkin ia hanya menjadi seorang yang berkelulusan tinggi, tetapi tidak mampu menjadi seorang pemikir yang baik, sedangkan dunia sekarang ini amat memerlukan para pemikir yang bijak dan berhikmah.Akhirnya, saya berdoa, semoga UKM akan terus bersemarak dalam menunjangi perjuangan agama, bangsa dan negara kita.

Page 8: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Pendahuluan

GAGASAN Satu Malaysia adalah merupakan satu konsep yang dikonsepsikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, untuk menjadikannya satu tindakan strategik dalam mewujudkan kesatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan budaya.

Konsepnya amat penting seperti yang digagaskan dalam lapan nilai yang menjadi teras gagasan ini, iaitu ‘budaya cemerlang’, ‘ketabahan’, ‘rendah hati’, ‘penerimaan’, ‘kesetiaan’, ‘meritokrasi’, ‘pendidikan’ dan ‘integriti’. Nilai-nilai ini semua merupakan amalan baik yang dilaksanakan oleh masyarakat selama ini, sama sahaja seperti amalan tolong menolong dan hormat menghormati yang merupakan budaya bangsa Malaysia di kalangan semua kaum dan etnik sejak sekian lama.Tradisi berbudi bahasa dan bertolak ansur yang menjadi warisan bangsa Malaysia dari berbagai keturunan sebenarnya telah diamalkan di dalam masyarakat kota dan desa semenjak berdekat lamanya, termasuklah ketika negara kita masih belum mencapai kemerdekaannya (Hussin Mutalib 1993).

Kita boleh menyingkap sejarah kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu ketika penjajahan Inggeris dulu. Mereka diterima baik oleh orang Melayu, malah di kampung-kampung, orang Cina bebas berniaga dan bercucuk tanam Orang Melayu pula yang membeli di kedai-kedai runcit mereka, atau membeli sayur-sayuran hasil tanaman mereka setiap hari. Orang Cina dan India menghormati Penghulu dan Ketua Kampung yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu. Pada musim perayaan, seperti tahun baru Cina, orang Cina sering menghantar buah-buahan dan kuih muih kepada Tok Penghulu dan jiran sekampung. Demikian juga ketika orang Melayu menyambut Hari Raya, orang Cina dan India tidak dilupakan untuk dijemput hadir ke rumah-rumah mereka.

Amalan masyarakat Melayu, India dan Cina inilah yang cuba

Page 9: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

10 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

dikonsepsikan semula oleh Perdana Menteri sekarang dalam bentuk yang lebih strategik dan sistematik dalam gagasan 1Malaysia agar menjadi satu gagasan bangsa untuk diperjuangkan penghayatan dan pelaksanaannya dengan lebih gigih lagi oleh rakyat seluruhnya tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan bahasa.

Dengan itu ternyata bahawa segala unsur penyatuan dan elemen kesepaduan bangsa Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan etnik ini, mungkin selama ini agak berselerak di sana sini, dan dalam perjalanan masa yang semakin jauh meninggalkan tarikh kebebasan negara dari belenggu penjajahan, iaitu dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957. Tarikh itu mulai meninggalkan rakyat dan negara selama puluhan tahun. Segala hakikat sejarah perpaduan dan kesefahaman di antara rakyat umumnya mungkin semakin terhakis. Walau pun diakui bahawa nilai-nilai hidup dalam rangka kesepaduan itu mungkin masih diamalkan oleh sebahagian masyarakat, tetapi sebahagian yang lain telah mengabaikannya, atau mungkin juga terdapat sesetengah kalangan masyarakat yang menyedari akan kepentingannya, sedangkan sesetengah yang lain merasakannya tidak penting lagi.

Maka gagasan 1Malaysia merupakan usaha teratur dan strategik untuk mengumpul segala nilai dan amalan baik itu agar dapat difahami oleh semua kalangan di dalam masyarakat Malaysia, seterusnya dapat dihayati semula dengan penuh kesedaran dan direalisasikan sebagai satu cara hidup yang berterusan untuk pembangunan negara bangsa yang bertamadun.

Memang tidak dapat dinafi kan bahawa gagasan 1Malaysia ketika mulai dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri telah menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak kalangan dalam masyarakat kita. Masyarakat umum mulai membuat pentafsiran sendiri terhadap gagasan tersebut. Terdapat reaksi yang positif dari berbagai-bagai kalangan di dalam masyarakat terhadap gagasan ini. Di samping itu lahir pula beberapa perasaan bimbang terhadap hak dan tanggung jawab kalangan yang tertentu dengan terlaksananya gagasan ini.

Hal ini tidaklah merupakan satu fenomena yang luar biasa di dalam sebuah masyarakat, kerana sesuatu agenda atau wawasan yang baru, akan sering diterima dengan penuh rasa bimbang dan curiga oleh sesetengah kalangan rakyat, sedangkan yang lainnya mungkin hanya menunggu sahaja sebelum membuat sebarang kesimpulan untuk menerima atau menolaknya, malah terdapat kalangan lain yang terus menerimanya tanpa banyak persoalan.

Tetapi di sebalik kepelbagaian pentafsiran atau tanggapan yang dibuat

Page 10: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 11

terhadap gagasan ini, namun hakikatnya, seperti yang ditegaskan sendiri oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapannya, bahawa Perlembagaan negara adalah merupakan sumber tertinggi pemerintahan negara ini yang tidak mungkin dilanggar atau dicabuli dengan kehadiran sesuatu gagasan baru.

Gagasan 1Malaysia dari perspektif agama umpamanya, tidaklah seharusnya ditafsirkan secara yang sewenang-sewenang, kerana Perlembagaan negara telah memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, dan agama-agama lain bebas diamalkan di dalam negara ini secara aman dan harmoni. Peruntukan ini amat jelas memberikan perlindungan terhadap kekuatan agama Islam sebagai agama negara, di samping kedudukan agama-agama lain yang bebas diamalkan dalam keadaan aman dan damai. Demikian juga halnya dengan peruntukan-peruntukan lain yang terdapat di dalam Perlembagaan, yang mengatasi sesuatu gagasan yang dilancarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.

Isu Kesatuan dan Perdamaian Sejagat

Isu kesatuan dan perpaduan insan adalah merupakan isu kritikal yang dihadapi oleh banyak negara di dunia. Agak mendukacitakan, bahawa pada masa kini kita sedang menyaksikan dunia melalui satu era yang agak berbahaya dalam sejarah manusia. Masyarakat dunia pada masa kini sering mengalami krisis, menghadapi bahaya penjajahan, peperangan, tindas menindas di antara yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin, malah hal yang sama berlaku di antara negara maju dan negara yang sedang membangun, termasuk pencabulan moral dan etika ke atas hak kebebasan manusia yang sepatutnya dilindungi mengikut lunas-lunas peradaban dan tamadun manusia.

Adalah amat sukar dan kompleks untuk diambil kesimpulan sebagai jawapan yang paling tepat terhadap persoalan kenapakah manusia hari ini menjadi amat bengis, rakus dan melencong dari peradaban dan nilai-nilai murni dalam tindakan mereka. Analisis awal yang dapat dikemukakan di sini, di samping faktor-faktor yang lain, punca utama krisis ini besar kemungkinannya ialah kerana permainan politik dan perkauman sempit yang melulu oleh kalangan pemerintah antarabangsa dan masyarakat manusia tertentu untuk kepentingan mereka sendiri.

Permainan politik dan perkauman sempit manusia tidak pernah mengenali atau menghormati kepercayaan orang lain, tradisi, adat istiadat,

Page 11: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

12 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

budaya, perasaan, nilai, pemikiran, maruah dan keselamatan manusia lain yang bertamadun. Dari sudut agama, umpamanya, manusia beragama sepatutnya akan berusaha mempertahankan keikhlasan dan kejujuran, toleransi, perdamaian, keadilan dan ajaran-ajaran terbaik agama masing-masing. Ajaran agama tidak merestui sebarang pertikaian, permusuhan, peperangan, pembunuhan, penjajahan dan kekejaman lain. Tetapi permainan politik sempit, taasub perkauman melulu serta kehakisan nilai-nilai murni umat manusia sering mencabuli ajaran agama dan budaya tinggi manusia yang berperadaban. Hal inilah yang sedang berlaku di dalam dunia sejagat kita sekarang.

Muhammad Asad dalam Pendahuluan bukunya Islam At The Crossroads yang diterbitkan dalam tahun 1934 telah merasakan hal yang sama tentang masyarakat manusia, iaitu ketika beliau menegaskan “bahawa dari segi pemikiran dan intelektual manusia, amat jarang sekali akan ditemui kegelisahan yang amat sangat seperti yang kita alami pada masa kini..., bukan hanya kepelbagaian masalah yang kita hadapi dan yang memerlukan penyelesaian yang terkini, malahan dari segi visi dan sumber permasalahan itu sendiri yang nampaknya terlalu amat berbeza dari keadaan dan tradisi yang pernah kita alami sebelum ini...” (Muhammad Asad 1982).

Ternyata dari pandangan Muhammad Asad ini bahawa masyarakat manusia sering mengalami krisis dan masalah sejak sekian lama, bukan hanya dalam zaman moden ini sahaja. Cuma yang dapat di perhati dan dialami, krisis dan permasalahan manusia ini sering berkembang dalam bentuk yang berbeza-beza mengikut peredaran masa dan ketika, serta pemikiran dan sikap manusia itu sendiri.

Satu hakikat yang seharusnya diterima oleh semua umat manusia ialah bahawa bumi ini dijadikan Tuhan adalah untuk semua penghuninya merasakan kehidupan yang harmoni, berkongsi dan menikmati segala nikmat dan keselesaannya. Adalah amat tidak adil bagi sesiapa pun untuk menafi kannya dari sesetengah umat yang tertentu. Oleh itu usaha untuk mencari titik pertemuan antara manusia, walau sekecil mana sekali pun, haruslah dibuat secara berterusan.

Di sinilah saya beranggapan bahawa sebarang usaha untuk penyatuan manusia di segala peringkat dan daerahnya, termasuklah gagasan 1Malaysia yang dilaksanakan di negara kita ini, adalah merupakan satu usaha yang amat murni, yang seharusnya direalisasikan dengan serius dan penuh strategik. Gagasan 1Malaysia adalah merupakan satu visi untuk dilaksanakan bagi membentuk bangsa Malaysia yang berpadu,

Page 12: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 13

bekerjasama dengan lebeh kuat bagi mewujudkan satu bangsa yang aman damai dan berperadaban.

Konsep dan nilai perdamaian sejagat dan keharmonian manusia adalah merupakan nilai bersama yang seharusnya diamalkan oleh semua manusia. Banyak ahli falsafah terkemuka dunia yang mengemukakan konsep ini sebagai satu cara hidup manusia yang bertamadun, yang merangka asas yang penting sebagai agenda perdamaian dan kemakmuran manusia sejagat. Tetapi dalam konteks ini, saya hanya akan cuba mengemukakan falsafah perdamaian dan keharmonian manusia sejagat seperti yang dianjurkan oleh seorang ahli falsafah terkemuka Islam yang terkenal dengan nama al-Farabi.

Falsafah al-Farabi

Al-Farabi (870 – 950 M) nama penuh Abu Nasr Muhammad ibn Muhammad ibn Tarkhan ibn Awzalagh al-Farabi ialah seorang ahli falsafah Islam yang terkemuka, termasuk sebagai salah seorang ahli falsafah Islam yang teragung dalam sejarah. Beliau yang dilahirkan di Turkestan, terkenal sebagai Tokoh Kedua selepas Aristotle di kalangan masyarakat Arab dan Islam sepanjang zaman, sungguh pun namanya sering tenggelam, dilindungi oleh nama-nama besar ahli falsafah yang terkemudian seperti Ibn Sina umpamanya (Ammar al-Talbi 1993).

Antara karya agung yang ditinggalkan oleh al-Farabi sebagai warisan ilmunya ialah Al-Madinah Al-Fadhilah (Kota Raya Madani)) Risalah Fi al-‘Aql (Perutusan Tentang Minda) Kitab al-Huruf (Buku Persuratan) Kitab Ihsa’ Al-Ulum (Buku Tentang Enumerasi Sains) dan Kitab Al-Musiqa Al-Kabir (Buku Agong Tentang Muzik). Dengan itu, al-Farabi adalah terkenal sebagai seorang ahli falsafah dan logik yang ulung, ahli politik dan ketatanegaraan, metaphysics, persuratan, bahasa dan muzik. Konsep falsafah politik dan kenegaraan yang dikemukakannya ialah konsep al-sa’adah (kesejahteraan/kebahagiaan). Masyarakat madani didefi nisikan oleh beliau sebagai satu masyarakat yang seluruh anggotanya bekerjasama untuk mencapai al-sa’adah, kota raya madani ialah sebuah kota raya yang bermatlamatkan al-sa’adah dalam semua tindakan dan kelakuan penghuninya. Alam berperadaban seluruhnya akan mampu menghayati kehidupan al-sa’adah apabila semua negara bangsa berusaha untuk mencapainya.

Page 13: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

14 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

Falsafah al-Farabi inilah yang merupakan khazanah ilmu yang ditinggalkannya untuk dipelajari dan diselidiki seterusnya bagi mencari formula dan mekanisme kukuh yang dapat disesuaikan dengan keadaan semasa dalam usaha mencari perdamaian dan kesejahteraan manusia sejagat.

Falsafah keharmonian dan kesepaduan umat seperti yang dikemukakannya itulah yang seharusnya menjiwai konsep 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri bagi membangunkan negara dan bangsa Malaysia yang berpadu dan produktif, dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan agama serta semua bidang kehidupan lainnya.

Konsep 1Malaysia seharusnya merupakan saluran penting dalam pembangunan negara dan bangsa Malaysia yang harmoni, sejahtera dan bersatu, iaitu ketika kita memerhati dengan penuh rasa bimbang mutakhir ini akan perkembangan di dalam masyarakat yang membawa kepada konfl ik dan kontroversi.

Masyarakat kepelbagaian kaum dengan kepelbagaian latar belakang agama dan budaya seperti negara kita sering menghadapi cabaran dari segi perkauman, agama, bahasa, budaya dan sebagainya yang menggugat keharmonian dan perpaduan kaum, dalam masa yang sama mengancam boleh kestabilan ekonomi dan politik, yang merupakan dua syarat penting untuk pembangunan bangsa dan negara.

Al-Farabi dengan falsafah yang tersimpul dalam konsep al-Sa’adah atau Kebahagiaan dan Kesejahteraan sesungguhnya telah mengemukakan satu syarat penting bagi manusia dalam proses membina peradaban dan tamadun. Nilai-nilai sejagat yang menjadi teras gagasan 1Malaysia, seperti yang disebutkan di atas, haruslah dikaji dan dilaksanakan berdasarkan konsep kesejahteraan dan kebahagiaan ini, iaitu yang merupakan teras kepada tamadun manusia.

Konsep ‘Muhibah’ dan Satu Malaysia

Sejarah pembangunan bangsa negara ini menunjukkan bahawa gagasan 1Malaysia adalah merupakan kesinambungan dari konsep ‘muhibah’ yang menjadi teras kesatuan rakyat ketika Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu satu konsep yang didukung oleh tiga kaum terbesar yang memperjuangkan kemerdekaan Malaya pada waktu itu di bawah pimpinan Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putera, Perdana Menteri yang pertama. Gagasan ‘muhibah’ ini kemudiannya dibina dan diperkembangkan dengan

Page 14: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 15

lebih meluas lagi oleh pucuk pimpinan negara yang mewarisi pemerintahan negara ini dari Perdana Menteri yang pertama itu.

Apabila Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, mulai memegang jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, beliau telah mengemukakan gagasan 1Malaysia ini dalam bentuk baru yang lebih konkrit bertujuan untuk mewujudkan perpaduan rakyat dengan nilai-nilai teras yang penting seperti yang saya kemukakan di atas sebagai satu kelangsungan dari konsep ‘muhibah’ yang menjadi teras pembangunan bangsa Malaysia.

Gagasan ini seharusnya dapat difahami dengan lebih teratur dan serius lagi oleh rakyat Malaysia umumnya, terutamanya oleh generasi baru yang mungkin tidak begitu menyedari perjuangan berbagai etnik untuk mencapai kemerdekaan dan membangun ekonomi, politik dan sosial semua rakyat berbagai keturunan yang menjadi hakikat perkembangan sejarah negara ini.

Generasi baru mungkin tidak dapat memahami segala proses dan falsafah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dan mengisinya oleh Perdana Menteri yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangannya Tun Tan Siew Sin dan Tun Sanbanthan yang ketika itu mewakili tiga kaum terbesar di tanah air kita, dan yang benar-benar memahami sensitiviti kaum masing-masing, sehingga mereka bertiga dengan penuh kesedaran telah mengamalkan dasar toleransi yang cukup tinggi untuk menjaga kesepaduan kaum dan bersama-sama membangun bangsa dalam semua aspek.

Dalam semua perjuangan untuk kesepaduan dan keamanan, terutamanya di dalam negara kepelbagaian kaum dan keturunan, masing-masing kaum tentulah seharusnya sanggup berkorban demi kesejahteraan dan perdamaian, dan menunaikan tanggung jawabnya dengan penuh sedar untuk menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya, bukan untuk satu kaum yang tertentu.

Sungguh pun konsep 1Malaysia, pada pandangan saya, merupakan satu konsep yang merupakan kesinambungan dari dasar ‘muhibah’ yang diwarisi dalam memupuk perpaduan rakyat, tetapi Gagasan Satu Malaysia bukanlah merupakan carbon copy kefahaman dan konsep ‘muhibah’ itu kerana masyarakat negara ini telah mengalami perubahan yang cukup besar setelah mencapai kemerdekaan lebih dari lima puluh tahun yang lalu. 1Malaysia merupakan gagasan yang lebih komprehensif dan merupakan dasar yang menunjangi pembangunan bangsa dan negara dalam menghadapi cabaran baru dan juga menghadapi proses globalisasi

Page 15: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

16 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

dan modenisasi yang sering mengubah tradisi serta cara hidup rakyat sekarang jika dibandingkan dengan realiti negara dan rakyat lima puluh tahun yang lalu.

Gagasan 1Malaysia telah dikemukakan dalam bentuk yang lebih kukuh dan sistematik dibandingkan dengan sebarang dasar perpaduan yang telah digagaskan sebelum ini. Di samping itu, sesuatu dasar yang baik itu haruslah dikemukan dari masa ke semasa iaitu mengikut kaedah latih tubi dan mengulang-ulang supaya menjadi amalan bangsa dan bakal tercatat sebagai fakta sejarah yang menjadi kewajipan bagi setiap rakyat untuk menjaga dan menghayatinya. Hal ini tidaklah merupakan sesuatu yang ganjil. Malah jika kita mengkaji penyampaian ajaran Islam kepada seluruh umat manusia juga, ternyata bahawa kaedah ini adalah merupakan kaedah yang sering dilakukan di dalam perkembangan Islam.

Metodologi al-Quran yang paling berkesan dalam menyampaikan ajaran Allah SWT kepada seluruh umat manusia, di antara lainnya, ialah kaedah mengulang-ulang sesuatu mesej yang hendak disampaikan itu. Malah para Rasul yang diutuskan Allah SWT untuk umat manusia juga merupakan para utusan yang membawa ajaran yang sama, iaitu untuk mengasakan Tuhan. Dalam konteks inilah para Rasul itu akan sentiasa mengingatkan kaumnya tentang ajaran yang dibawa dari Allah SWT itu.

Semuanya ini menunjukkan bahawa manusia yang sering lupa dan lalai, yang sentiasa mengalami kelemahan dalam tindakan dan pemikiran sehingga sering pula terbawa-bawa dengan bisikan iblis dan cabaran alam kelilingnya, maka manusia yang mempunyai tabiat begini haruslah sentiasa diperingatkan tentang perlakuan dan tindakan yang baik serta ihsan untuk menjamin kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat.

Allah SWT berfi rman yang bermaksud :

Kami tiada mengutus Rasul-Rasul sebelum kamu (Muhammad) melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah oleh mu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui

(al-Anbiya’ 21: 7)

Dan berikanlah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

(al-Dhariyat 51: 55)

Maka berikanlah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka.

(al-Ghasyiah 88: 21-22)

Page 16: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 17

Pendekatan al-Quran ialah pendekatan ilmu pengetahuan dan hikmah, iaitu pengetahuan yang diperoleh melalui wahyu Allah SWT dan ilmu yang diperoleh melalui intelek manusia. Dengan ilmu manusia mempunyai tahap dan darjat yang tertentu dari segi ketinggian pengetahuan atau rendahnya pengetahuan mereka. Oleh itu pesanan al-Quran ialah supaya manusia sentiasa belajar secara bertanya, berguru, secara formal ataupun tidak formal. Hal ini diterangkan berulang-ulang kali dalam ajaran al-Quran.

Kaedah mengulang-ulang, ingat mengingatkan, sedar menyedarkan, insaf menginsafkan, serta berbagai-bagai cara dan pendekatan lain seperti yang diajarkan oleh Allah SWT dalam mendidik dan membangunkan masyarakat manusia inilah yang seharusnya menjadi inspirasi dan tindakan kita pada masa kini, ketika kita melangkah ke dalam dunia global, ketika pemikiran manusia mengalami perubahan dengan pembangunan baru dalam sains dan teknologi, ketika sejarah alam dan manusia memasuki fasa baru meninggalkan sejarah silam, ketika generasi umat manusia silih berganti, dan ketika ajaran dan nilai moral kerohanian mulai terhakis dan luntur. Maka pendidikan manusia haruslah berterusan, nilai-nilai akhlak dan ajaran yang baik haruslah mengalami kelangsungan generasi demi generasi.

Kaedah inilah juga sebenarnya yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW ketika menjalankan misinya menyebarkan agama Allah di atas muka bumi ini, iaitu kaedah memperingati dan mengulangi peringatan itu di dalam banyak keadaan dan latar belakang masa yang berbeza-beza (Muhammad al-Ghazali 1991).

Pelajaran dari metodologi Islam ini merupakan satu kaedah yang amat berkesan dalam mendidik manusia dalam semua peringkat. Saya menganggap bahawa kaedah ini juga dapat diaplikasikan bagi gagasan 1Malaysia, yang telah dikemukakan semula dalam bentuk terbaru sebagai satu mekanisme untuk kesepaduan rakyat seluruhnya.

Hijrah dalam Konteks Perpaduan

Dalam konteks ini amatlah sesuai jika kita menoleh sedikit ke belakang, iaitu kepada sejarah perjuangan baginda Rasulullah SAW yang memasuki fasa yang lebih penting dalam utusannya untuk menyampaikan ajaran Allah SWT kepada seluruh manusia, iaitu ketika baginda melakukan hijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Page 17: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

18 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

Peristiwa besar yang berlaku dalam tahun 622 Masihi itu menjadi satu peristiwa anjakan peradaban manusia umumnya, tanpa terikat dengan umat satu agama, iaitu umat Muslimin sahaja, tetapi peristiwa itu memberikan satu kesan yang amat besar kepada umat manusia yang beriman atau tidak beriman dalam menghayati dan melaksanakan satu kehidupan yang bersemangatkan persaudaraan sejagat.

Umat yang terdiri daripada bangsa Arab yang dipisah-pisahkan oleh kaum dan keturunan, umat yang telah beriman kepada agama Tauhid atau masih berpegang kepada ajaran lama yang syirik, umat manusia yang terdiri daripada golongan Yahudi yang juga berpuak-puak, semuanya disatukan di dalam satu negara yang dinamakan Yathrib (Madinah) dan diketuai oleh Baginda sendiri, yang dipersetujui umum sebagai kepala negara yang mampu menyatupadukan umat yang sebelum ini berpecah belah dan bersengketa sejak beberapa generasi lamanya, sehingga membawa kepada peperangan besar dan kecil, pembunuhan dan pertumpahan darah, tanpa berperi kemanusiaan sama sekali. Maka ketika Rasulullah SAW melakukan hijrah ke Madinah inilah, Baginda bertindak menyatupadukan manusia yang berpecah belah itu sehingga melahirkan satu masyarakat yang bersepadu, iaitu diantara kepelbagaian kaum dan bangsa serta agama mereka.

Piagam Madinah

Satu dokumen penting dalam sejarah manusia telah dihasilkan berikutan dari usaha Baginda Rasulullah SAW mendamaikan dan menyatupadukan semua golongan kaum di Madinah ketika Baginda menjejaki bumi suci ini, iaitu perpaduan di antara para Muhajirin (Mereka yang turut berhijrah dengan Baginda) dan kumpulan Ansar (Penduduk Islam Madinah) antara Yahudi dan Arab serta kaum-kaum minoriti lain yang mendiami kota Madinah pada waktu itu. Dokumen penting itu adalah merupakan sebuah Piagam yang bertulis yang merakamkan beberapa perkara penting yang seharusnya dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat dalam usaha perdamaian dan perpaduan ini. Dokumen itu terkenal dengan nama Sahifah Madinah, iaitu sebuah Piagam yang mengandungi lebih daripada 45 Fasal (Abd. Manaf Ahmad 2003).

Fasal Pertama bermula dengan lafaz Bismillah iaitu Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, diikuti dengan kenyataan bahawa “Inilah kitab (Piagam bertulis) dari Nabi Muhammad,

Page 18: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 19

Utusan Allah, demi orang-orang yang beriman dan memeluk Islam dari kalangan kaum Quraisy dengan penduduk-penduduk Yathrib (Madinah) dan orang-orang yang bersama-sama mereka, lalu menyertai golongan mereka, dan berjuang bersama-sama mereka”

Ternyata ciri pertama dalam langkah penting mencari perdamaian dan membina perpaduan di antara semua pihak yang terlibat ialah dengan pengakuan terhadap sifat penyayang dan pengasih Tuhan, iaitu Allah SWT, dan pengakuan bahawa Muhammad ialah Rasul utusan Allah. Pengakuan ini amatlah penting sebagai satu iltizam semua pihak terhadap dasar perdamaian ini, walau pun tidak semestinya semua orang yang berikrar demikian menjadi orang yang beriman, yang menganut agama Islam. Pengakuan terhadap pasal ini merupakan pengakuan terhadap keseluruhan Piagam yang dipersetujui bersama itu.

Fasal-fasal seterusnya memperincikan ciri-ciri perdamaian di antara semua penghuni Madinah yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum dan anutan agama. Kaum atau Qabilah adalah merupakan satu entiti yang amat penting dalam kehidupan zaman itu. Ketua-ketua Qabilah merupakan orang yang amat berkuasa dan berpengaruh, segala kata-katanya dipatuhi tanpa berbelah bagi. Ketua-ketua kaum inilah yang menjadi kepala perang dan raja yang paling fanatik kepada kaumnya.,

Kaum minoriti Yahudi merupakan kaum terkuat dalam bidang perdagangan, dan mereka mengaut keuntungan daripada persengketaan kaum Arab, kerana mereka juga menguasai bidang pinjaman wang dari kaum lain, dan pulangan berlipat ganda daripada pinjaman wang itu menjadikan mereka kaya raya. Bagaimana pun sebagai manusia mereka juga sering bersengketa sesama sendiri dan berkonfl ik dengan kaum-kaum lain di Madinah. Oleh itu Piagam Madinah menekankan tentang perdamaian di antara kaum Yahudi sesama sendiri, dan di antara mereka dengan kaum-kaum yang lain.

Sebab itulah di dalam Fasal-Fasal yang berikutnya diterangkan satu persatu nama-nama kaum yang menjadi penghuni kota Madinah, yang seharusnya tunduk dan tertakluk kepada setiap perkara yang dipersetujui itu.

Antara persetujuan penting yang dimaktubkan di dalam Piagam ini ialah kesatuan penduduk Madinah sebagai umat yang satu, kewajipan dan tanggungjawab serta hak kaum Muhajirin, kaum-kaum di Madinah yang terdiri daripada Arab, Yahudi, Islam dan bukan Islam, yang semuanya bertanggungjawab kepada negara baru.

Page 19: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

20 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

Ditegaskan juga bahawa perbuatan kejam iaitu pembunuhan yang sering berlaku di antara kaum hendaklah diberhentikan, bayaran tebusan nyawa haruslah diselesaikan sesama kaum itu dengan aman dan damai.Fasal 18 dalam Piagam ini menyatakan bahawa “setiap serangan terhadap kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah di silih gantikan tenaga menentangnya” yang membawa maksud bahawa semua warga Madinah hendaklah bersama-sama mempertahankan negara daripada serangan luar.

Tentang kebebasan beragama, Fasal 25 menyatakan, “Bahawa kaum Yahudi dari Banu ‘Auf menjadi satu warga bersama orang-orang Mukmin; mereka bebas dengan agama mereka sendiri, orang-orang Islam dengan agama mereka, begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka, begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri”.

Secara khususnya Fasal 24 memberikan tanggung jawab yang sama kepada orang Yahudi untuk berkongsi perbelanjaan bagi mempertahankan negara bersama-sama dengan orang-orang Mukmin, iaitu dengan menulis “Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut berbelanja bersama-sama dengan orang Mukmin selama mana mereka berada di dalam peperangan”. Tidak hairanlah hal ini dimasukkan ke dalam Piagam ini, kerana seperti yang disebutkan di atas orang-orang Yahudi adalah kaum minoriti yang menguasai bidang perdagangan dan terdiri daripada orang-orang yang kaya.

Terdapat sekurang-kurang-nya tujuh Fasal di dalam Piagam ini yang menjelaskan tentang persamaan di antara kaum Yahudi yang terdapat di Madinah, iaitu Fasal 25 hingga 31, iaitu dari segi kedudukan, tanggungjawab di dalam negara, hak-hak mereka dan sebagainya. Antara kaum Yahudi yang disebut ialah Bani ‘Auf, Bani al-Najjar, Bani al-Harith, Bani al-Sa’adah, Bani al-Aus dan lain-lain lagi, yang di sama ratakan dengan Bani ‘Auf yang sebelum ini merupakan kaum yang terkemuka di antara kaum-kaum Yahudi itu (Ahmad Ibrahim, 1999, 157 -162)

Keistimewaan Piagam Madinah

Piagam Madinah, yang digubal pada tahun 622 Masihi itu merupakan satu perlembagaan lengkap dan ulung dalam sejarah tamadun manusia kerana

Page 20: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 21

beberapa sebab yang tertentu, antaranya ialah seperti berikut (Abd. Manaf Ahmad 2003):1. Piagam ini merupakan dokumen bertulis dan disahkan oleh semua

kalangan yang terlibat2. Keterlibatan semua kaum dalam formula perpaduan, tanggungjawab,

hak dan keistimewaan masing-masing merupakan perjanjian dan kontrak sosial yang harus dilaksanakan dengan mengakui kesahihan Piagam ini dan keiltizaman masing-masing dengan segala kandungannya

3. Semua warga haruslah mengiktiraf kekuasaan ketua negara dan memberikan taat setia kepada negara serta menerima dan mengiktiraf akan kedaulatan Piagam ini untuk semua

4. Ciri-ciri kesatuan dan perpaduan ialah perkongsian nilai dan obligasi sosial dan moral yang menjadi teras kehidupan semua kaum, juga mengelakkan konfl ik dan permusuhan.

5. Piagam ini merupakan piagam yang mengandungi peraturan politik, sosial, pertahanan, tanggungjawab material dan moral dalam pertahanan dan kemakmuran bersama

6. Persamaan hak dan tanggungjawab diberikan kepada semua kaum tanpa mengambil kira latar belakang agama dan sosial mereka yang berbeza-beza

7. Piagam ini mengandungi rukun-rukun perpaduan dari segi kebebasan akidah, melindungi maruah dan kehormatan, menjaga keselamatan harta benda dan kekayaan, dan mencegah tindakan ganas, jenayah dan sebagainya.

8. Piagam ini juga menanamkan semangat patriotik kepada setiap warga, dan membangkitkan semangat kekitaan atau sense of belonging

9. Menjana pendapatan negara dari semua kaum, iaitu Zakat bagi orang-orang Islam, cukai (Kharaj) dari orang bukan Islam, juga harta rampasan perang (Ghanimah)

10. Kaum Yahudi yang menguasai ekonomi haruslah membantu dari segi tanggungan perbelanjaan kepada para pejuang Islam yang berjuang mempertahankan negaraBaginda Rasulullah SAW dalam misinya mengembangkan agama Islam

dan memantapkan sokongan dari kaum Muslimin di Madinah mengambil langkah ini sebagai satu strategi baru untuk menentang musuh-musuh Baginda yang terdiri dari kaum Quraisy dan para musyrikin Makkah. Untuk membina kekuatan Kerajaan maka Baginda perlu menyatupadukan sahabat-sahabat Baginda dari kalangan Muhajirin dan Ansar sebagai

Page 21: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

22 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

langkah permulaan menguatkan barisannya. Di samping itu Baginda perlu memperkuatkan kesatuan seluruh penduduk Madinah, maka sebab itulah Baginda menawarkan diri untuk berusaha menyatupadukan semua kaum dan kalangan warga Madinah tanpa terikat dengan latar belakang agama dan bangsa mereka. Akhirnya Baginda berjaya melakukan semua rancangannya itu (Muhammad Legacy of The Prophet, 2009)

Falsafah Hijrah

Asas penting yang menjiwai kejayaan Rasulullah SAW dalam usahanya menyatupadukan kaum-kaum di Madinah sehingga dapat diwujudkan satu piagam yang amat lengkap ialah prinsip akhlak, atau moral dan etika yang dihormati serta direalisasikan oleh semua pihak yang terlibat dengan perjanjian di dalam Piagam tersebut.Nilai moral dan akhlak serta etika mengikut ajaran agama Islam adalah merangkumi semua perlakuan dan tindakan manusia dalam segala aspek kehidupan mereka, bukan hanya dalam pengertian sempit yang difahami dalam istilah adab-adab, seperti adab makan minum, bercakap dan sebagainya.

Nilai moral dalam Islam adalah merangkumi semua perlakuan dalam melaksanakan undang-undang agama, tradisi dan adat sesuatu kaum, termasuk juga segala tindakan manusia dalam hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan alam seluruhnya, termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Nilai moral ini merupakan nila-nilai moral kerohanian, iaitu yang tidak hanya berkaitan dengan manusia, tetapi mempunyai hubungan dengan Maha Pencipta. Nilai moral kerohanian ini merupakan undang-undang yang tidak bertulis, dan tidak menentukan hukuman yang tertentu kepada orang-orang yang mencerobohinya, kerana ia merupakan tanggungjawab manusia dengan Tuhan untuk manusia dan pemimpinnya.

Nilai-nilai kerohanian inilah yang mendasari akal fi kiran manusia yang terikat dengan piagam dan perjanjian Madinah ini, dan yang membawa kepada kejayaannya, kerana kejayaan dalam aspek kesatuan bangsa dan kaum, pembangunan kehidupan yang utuh dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan lain-lain adalah bergantung kepada nilai-nilai moral kerohanian dan etika yang dikongsi bersama oleh semua umat manusia. Faktor kerohanian dan nilai tinggi akhlak dan moral inilah yang sebenarnya membezakan peradaban dan tamadun yang dibangunkan oleh

Page 22: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 23

Islam di sepanjang sejarah perkembangannya (Ismail Ibrahim 2010)Semangat Hijrah inilah yang membawa kepada kejayaan misi

Rasulullah SAW ketika Baginda menyampaikannya kepada semua umat manusia. Semangat inilah juga yang diteruskan oleh para sahabat Baginda serta pemerintah Islam pada zaman kegemilangannya, sehingga dalam masa yang singkat sahaja Islam telah tersebar ke Timur dan ke Barat, dan diterima oleh umat manusia pada ketika itu.

Sebaliknya, keruntuhan nilai-nilai moral kerohanian serta etika universal inilah juga yang kemudiannya telah meruntuhkan tamadun manusia yang telah terbina dengan baik itu, dan menjadikan kehidupan manusia moden bermusuhan sesama sendiri, runtuhnya institusi keluarga dan sosial mereka, tenggelamnya rasa kasih sayang dan cinta mencintai sesama manusia, sekali gus menjelmanya rasa permusuhan yang membawa kepada pembunuhan dan pertumpahan darah yang banyak di dalam dunia ini, sehinggalah ke zaman moden sekarang ini.

Falsafah Hijrah dapatlah disimpulkan di dalam beberapa perkara yang berikut (Ismail Ibrahim 2010)1. Perancangan yang strategik2. Pengantarabangsaan agenda3. Persaudaraan sejagat4. Kesediaan menghadapi keadaan yang kritikal5. Mewujudkan perubahan 6. Perpaduan dan persefahaman yang ikhlas7. Membina peradaban dan tamadun8. Akhlak dan nilai murni bersama9. Pengorbanan

Semangat Hijrah dan Gagasan 1Malaysia

Hijrah berlaku dalam tahun Masihi 622. Gagasan 1Malaysia baru saja dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, pada tahun 2009. Oleh itu agak tidak wajar untuk membandingkan satu piagam yang digubal ribuan tahun yang lalu dengan satu gagasan yang hanya baru berusia setahun jagung. Keadaan masyarakat dalam jarak masa yang panjang itu tentulah amat berbeza, latar belakang budaya dan adatnya juga berlainan, tahap pemikiran dan ilmu manusia dalam dua era ini juga mempunyai skop dan fokus yang berlainan.

Page 23: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

24 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

Namun begitu, manusia tetap manusia, walau di era mana dan di bumi mana sekali pun mereka berada. Perasaan dan emosi mereka mempunyai persamaan walau pun mereka hidup ribuan tahun yang lalu, dibandingkan dengan manusia yang hidup pada zaman moden ini. Mereka sama-sama mempunyai perasaan, naluri dan emosi, kemampuan berfi kir dan bertindak. Cuma manusia ribuan tahun dulu apabila bertindak ketika suka dan marah tentulah agak berbeza dari tindakan manusia sekarang.

Manusia pada zaman lampau berperang dengan menggunakan tulang empat kerat, dibantu dengan kayu dan besi atau peralatan yang mampu mereka ciptakan pada masa itu. Tetapi manusia zaman ini berperang dengan menggunakan segala senjata yang amat canggih, dan berjaya merosakkan segala-galanya dalam masa yang amat singkat. Oleh itu manusia tetaplah manusia, walau pada zaman mana sekali pun mereka hidup, emosi, perasaan dan minda mereka tetap sama, cuma tahap peradaban dan tamadun mereka sahaja yang mengalami perubahan dan membezakan mereka mengikut perubahan zaman dan perkembangan ilmu dan intelek mereka.

Manusia, dari sudut sifat haiwaninya, akan tetap bersifat dengan seribu satu sifat buruk dan aneh, bertindak ganas dan tidak berperi kemanusiaan. Hal inilah yang cuba dibentuk oleh Rasulullah SAW ketika Baginda berhijrah ke Madinah. Baginda sendiri berhijrah adalah juga sebagai usaha melarikan diri daripada kaum Makkah yang telah sampai ke kemuncak keganasan mereka, iaitu akan membunuhnya. Baginda berikhtiar menyelamatkan nyawanya, agar risalah dan amanah Allah kepadanya itu dapat diteruskan di atas kekuatan dan perpaduan para pengikutnya di Madinah.

Maka dengan kebijaksanaan Baginda menyatupadukan semua warga Madinah dengan mengetepikan rasa permusuhan, taasub perkauman dan agama, kemegahan puak dan suku, Baginda dapat membentuk kekuatan untuk seluruh warga yang terlibat, dan pada masa yang sama, menyusun strategi, sehinggalah akhirnya pada tahun Masehi 630, Baginda dan para pengikutnya yang setia, kembali ke Makkah dengan mendapat sambutan dan pengiktirafan yang amat baik sekali, aman damai tanpa berlaku sebarang kejadian yang boleh membawa kepada pertumpahan darah.

Maka dari sudut penyatuan pelbagai kaum dan etnik, menghilangkan rasa fanatik perkauman dan keagamaan, menghormati dan menegakkan kesatuan dalam kepelbagaian, sama-sama bertanggungjawab terhadap keamanan masyarakat dan keselamatan negara, membangun masyarakat yang harmoni, bertolak ansur dan hormat menghormati serta sama-sama

Page 24: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 25

bekerja keras untuk kemajuan dan kepentingan bersama, semuanya menjadi semangat dan roh bagi semua mekanisme perpaduan, sama ada perjanjian damai Madinah seperti yang terkandung di dalam Piagam Madinah, atau yang digagaskan di dalam gagasan 1Malaysia di negara kita. Semangat dan falsafahnya mempunyai persamaan dari segi matlamatnya masing-masing untuk menangani dan menyelesaikan masalah kepelbagaian manusia di dalam satu masyarakat atau di dalam sebuah negara itu.

Manusia yang hidup ribuan tahun lalu di Semenanjung Tanah Arab, dan manusia yang hidup pada masa kini di mana-mana sahaja, termasuk di negara kita Malaysia, selagi mereka bernama manusia, maka selama itulah mereka itu tetap bernama makhluk yang menggabungkan dua sifat ; baik dan buruk, iaitu sifat malaikat dan sifat haiwan.

Manusia perlu dididik dan diasuh, diberikan ilmu dan hikmah supaya manusia menjadi makhluk yang bertamadun, maka sebab itulah Nabi-Nabi diutuskan Tuhan untuk memimpin kaum mereka masing-masing, dan yang terakhirnya Nabi Muhammad SAW yang diutuskan Allah SAW untuk ‘menyempurnakan akhlak yang mulia’ bagi seluruh umat manusia.

Tugas Nabi dan Rasul ini tidak akan berhenti dan berakhir begitu sahaja, kerana tanggungjawab memimpin manusia dan mendidiknya haruslah menjadi warisan kepada semua masyarakat manusia itu sendiri, selagi dunia ini belum berakhir. Maka setiap masyarakat manusia mempunyai pemimpin dan ketuanya, oleh itu ketua dan pemimpin inilah yang bertanggungjawab untuk memimpin masyarakatnya supaya masyarakat itu menjadi aman damai, bertamadun dan berperadaban.

Negara kita menyaksikan proses ini, terutamanya ketika kita menjadi umat yang merdeka lebih lima puluh tahun yang lalu. Pemimpin datang dan pergi silih berganti, pemimpin itulah yang merangka strategi untuk membangunkan negara dan masyarakat supaya menjadi maju dan makmur, aman dan damai, berperikemanusiaan dan bertamadun.

Kalau dapat diambil sedikit iktibar daripada visi Rasulullah SAW ketika memetraikan perjanjian damai ketika Baginda berhijrah ke Madinah, maka isu pokok yang menjadi formula pembentukan masyarakat manusia bertamadun ialah kesatuan matlamat, kemesraan, toleransi dan bekerjasama untuk kebahagian semua, disamping tidak menimbulkan sikap fanatik dan permusuhan berdasarkan kaum, budaya, agama dan kepercayaan masing-masing. Segala rukun dan syarat inilah yang dirakamkan oleh Baginda di dalam Piagam Madinah dan dihormati oleh semua.

Kita melihat akan hal yang sama dalam gagasan 1Malaysia, iaitu yang mempunyai matlamat untuk kesatuan dan kesepaduan di antara semua

Page 25: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

26 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

golongan rakyat, tujuannya ialah untuk mewujudkan kestabilan ekonomi, sosial dan politik, yang menjadi pra syarat untuk kebahagiaan rakyat dan negara dalam dunia global yang penuh persaingan pada hari ini.

Jati Diri Kebangsaan

Perlaksanaan agenda kesatuan rakyat yang terdiri daripada kepelbagaian kaum di negara kita ini bukanlah semudah seperti yang diucapkan, kerana komposisi kaum di Malaysia agak kompleks, kerana negara ini benar-benar menerima ‘kepelbagaian’ dalam kaum, agama, budaya dan bahasanya.

Negara kita mempunyai sejarah yang tidak mengamalkan dasar asimilasi, yang meleburkan identiti keturunan, bangsa, bahasa dan budaya kaum minoriti mengikut latar belakang budaya dan bahasa keturunan penduduk asal Nusantara, iaitu bangsa Melayu. Kita sebaliknya mempunyai dasar hidup bersama secara aman dan damai dalam kepelbagaian kaum dan bangsa (peaceful coexistence) dan bersatu dalam kepelbagaian (unity in diversity).

Semua warga negara Malaysia akan menerima identitinya sebagai rakyat Malaysia. Di samping itu, rakyat Malaysia juga mempunyai kepelbagaian identiti mengikut keturunan dan agamanya sendiri. Bangsa Melayu, identitinya ialah Melayu dan yang beragama Islam ialah Melayu - Islam, demikian juga bangsa Cina yang beragama Budha ialah Cina - Budha, India yang beragama Hindu ialah India - Hindu, dan dalam masa yang sama semuanya adalah rakyat atau bangsa Malaysia.

Semua kaum ini juga mengekalkan nama masing-masing menurut budaya atau agama mereka, sebab itulah kaum Cina masih tetap mengekalkan nama Cinanya, India dengan nama Indianya, Melayu dengan nama Melayu/Islamnya, dan kaum-kaum lain juga bebas menggunakan nama mengikut adat resam dan budaya mereka.

Di samping identiti bangsa, nama dan agama, maka kaum-kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan bahasa kaum mereka masing-masing, malah dasar keterbukaan negara kita telah memberikan peluang kaum-kaumnya mempunyai sekolah Jenis Kebangsaan yang menggunakan bahasa kaum masing-masing (Education in Malaysia 2001)

Hakikat yang tersebut di atas dari segi ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ telah diterima baik oleh semua rakyat sejak sebelum Merdeka, dan lebih-lebih lagi apabila di institusikan hal ini di dalam Perlembagaan negara

Page 26: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 27

Merdeka yang mempunyai peruntukan-peruntukan khas dalam memahami ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ ini.

Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa perkara yang jika dibiarkan tanpa peruntukan tersebut maka hal ini mungkin akan menimbulkan salah faham di antara kaum di negara kita. Perlembagaan pada umumnya memperuntukkan perkara-perkara yang merangkumi sistem perundangan, perekonomian, agama, bahasa dan sebagainya, maka pengakuan sebagai ‘rakyat Malaysia’ adalah merupakan pengiktirafan identiti bangsa Malaysia yang komited kepada iklim dan landskap negara ini secara keseluruhannya berdasarkan Perlembagaan tersebut, yang juga berfungsi melindungi hak asasi semua rakyat dalam mengamalkan agama, bahasa dan budaya masing-masing.

Perlembagaan dan Agama

Dasar kepelbagaian yang dilindungi oleh Perlembagaan, memberikan sedikit kelebihan kepada beberapa perkara yang tertentu, termasuk dalam bidang amalan agama. “Perkara 3 (1) Perlembagaan memperuntukkan bahawa agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan” (Faiza Tamby Chik t.th).

Kebebasan beragama adalah dilindungi oleh Perlembagaan, yang bererti bahawa setiap orang bebas menganut agamanya dan beramal dengan ajarannya dalam keadaan aman dan damai. Hal ini merupakan jaminan dari ajaran agama Islam itu sendiri, seperti yang dapat diambil dari pengajaran al-Quran dan Sunnah, dan hal inilah juga yang menjadi jaminan dalam semua aspek kehidupan bermasyarakat, termasuk masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini.

Berdasarkan nilai-nilai kerohanian Islam yang amat universal dan sejagat, maka masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama, sebenarnya mempunyai jati diri yang juga sejagat dan universal, iaitu umpamanya dalam dasar nilai-nilai murni yang menjadi amalan masyarakat negara ini tentang sifat dan sikap toleransi, hormat menghormati, bantu membantu, memperkasakan sistem kekeluargaan, taat kepada pemerintah dan sebagainya.

Inilah juga sebenarnya jati diri Islam yang menjadi amalan orang Islam di Malaysia ini, dan menjelma menjadi perkara yang lumrah di dalam masyarakat bukan Islam. “Sekiranya penganut agama-agama lain

Page 27: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

28 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

berhak mengamalkan agama-agama mereka dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan, maka lebih-lebih lagi bagi orang-orang Islam berhak mengamalkan ajaran Islam kerana agama Islam ialah agama bagi Persekutuan” (Faiza Tamby Chik t.th)

Orang-orang bukan Islam juga sebenarnya merasa selesa dengan peruntukan perlembagaan tentang agama Islam dan agama lain. Hal ini merupakan persetujuan tiga kaum terbesar ketika memperjuangkan kemerdekaan Malaya Merdeka, Melayu, Cina dan India, iaitu ketika parti Perikatan yang mewakili tiga kaum terbesar ini mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya di Raja yang dibentuk untuk merangka draf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) yang dipengerusikan oleh Lord Reid.

Memorandum parti Perikatan itu mengemukakan cadangannya tentang kedudukan agama dengan menyatakan :”Agama Islam hendaklah dijadikan agama negara Malaya, tetapi prinsip ini tidak akan menyentuh hak warganegara-warganegara yang bukan Islam dalam negara ini untuk menganut agama mereka...” (Abd. Monir Yaacob t.th)

Dalam konteks ini, Faiza Tambi Chik (t.th), berhujah dan memberi pandangannya “Saya berpendapat, ini bermakna agama Islam mempunyai kedudukan istimewa daripada agama-agama lain di mana-mana bahagian Persekutuan. Inilah yang terjadi di negara ini semenjak hari merdeka. Islam mengarahkan orang Islam patuh kepada seluruh ajarannya. Islam adalah satu cara hidup yang abadi lagi menyeluruh. Oleh itu mendirikan sebuah masyarakat di mana nilai-nilai keislaman dapat hidup subur dengan penuh kesempurnaan merupakan suatu kewajipan. Islam menyediakan suatu peraturan hidup yang serasi dengan fi trah kemanusiaan”.

Hal ini menjadi lebih terperinci kerana Perlembagaan negara memperuntukkan tentang hal ehwal agama dan amalannya secara jelas, demikian juga tentang dasar Bahasa Kebangsaan dan beberapa perkara lain yang merupakan ciri-ciri penting pembentukan negara bangsa Malaysia. Perkara (152) memperuntukkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Peruntukan 160 (2) pula memberi takrifan kepada “Melayu” iaitu seorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mempunyai adat Melayu. Namun Perlembagaan juga melindungi dan memelihara hak kaum-kaum yang lain sebagai warga negara yang sama.

Oleh itu, dalam konteks ini, rakyat Malaysia haruslah mengenali dirinya, atau jati diri dan identitinya secara agak mendalam, berpandukan kepada Perlembagaan Malaysia, dan dasar-dasar negara, yang dirangka dari masa ke semasa berasaskan Perlembagaan tersebut, iaitu jati dirinya

Page 28: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 29

sebagai etnik yang tertentu dan sebagai warga negara Malaysia yang mempunyai haknya sendiri, dan tidak mungkin bagi satu etnik itu merasa tergugat haknya dengan peruntukan Perlembagaan negara. Malah undang-undang sentiasa melindungi budaya dan agama rakyat yang berbeza-beza. Kaum Sikh yang memakai serban mengikut ajaran agamanya, tidak perlu memakai topi keledar ketika menunggang motosikal, sebagai satu dasar toleransi kepelbagaian agama di negara kita, walau pun bilangan mereka di Malaysia adalah kecil sahaja.

Semua warga negara dari semua kaum mendapat cuti rasmi ketika tiba hari-hari perayaan agama, sama ada perayaan agama sendiri, atau perayaan agama rakyat Malaysia yang lain. Masing-masing bebas merayakan hari perayaan agama mereka mengikut lunas-lunas perundangan dan budaya, bebas menggunakan tempat-tempat ibadat mereka, mengekalkan nama asal, dan kebebasan lain yang mencerminkan kepelbagaian anutan agama, budaya, adat istiadat, bahasa dan corak hidup mereka sendiri.

Pada Hari Jumaat, ketika orang lelaki Islam keluar bersembahyang Jumaat, rakyat yang tidak beragama Islam, serta semua warga wanita, juga dibenarkan keluar meninggalkan pejabat.

Kekuatan Malaysia dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia umumnya adalah berdasarkan kepada kestabilan sosial, ekonomi dan politik negara. Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah mengamalkan perkongsian kuasa dalam merangka dasar ekonomi, pendidikan, politik, pentadbiran dan sebagainya. Golongan minoriti, walau sekecil mana sekali pun, tetap mempunyai suara dalam negara dan mempunyai peluang yang tertentu, serta dilindungi oleh undang-undang.

Hal ini menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, dan merupakan satu contoh terbaik bagi dunia antarabangsa, khususnya bagi negara-negara membangun dan dunia ketiga, bahawa negara kita adalah merupakan sebuah negara merdeka dengan masyarakat kepelbagaian kaum dan agama yang aman dan harmoni. Inilah sebenarnya jati diri kebangsaan, jati diri rakyat Malaysia yang seharusnya dipertahankan.

Jati Diri Islam

Pada tanggapan saya, model toleransi agama di negara kita merupakan model istimewa yang berterusan dihayati oleh rakyat Malaysia keseluruhannya, kerana dengan penguatkuasaan undang-undang yang berdasarkan Perlembagaan, semua pengikut agama mempunyai

Page 29: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

30 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

panduannya tersendiri yang tertakluk kepada dasar Kerajaan, sekali gus melibatkan pentadbiran politik negara yang mengamalkan dasar demokrasi dan kebebasan menurut acuan Malaysia sendiri.

Krisis perkauman yang berlaku pada 13 Mei 1969 pada umumnya bukanlah bermula kerana krisis keagamaan, tetapi lebih banyak kepada krisis politik perkauman, dan berpunca dari beberapa dorongan lain yang merupakan tembok pemisahan kaum yang negatif. Leon Comber (1985) telah mengemukakan pentafsirannya tentang sejarah perhubungan orang Melayu dan Cina di Tanah Melayu, dan peranan yang dimainkan oleh penjajah Inggeris dan Jepun dalam dasar “pecah dan perintah” yang banyak menimbulkan masalah dalam hubungan dua kaum terbesar itu sehingga membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969.

Oleh itu krisis tersebut tidaklah merebak ke seluruh negara dan tidaklah berpanjangan, kerana krisis itu telah dapat diselesaikan dalam masa yang singkat dengan campur tangan Kerajaan yang mewakili semua kaum dan agama.

Bagaimana pun Kua Kia Soong (2007) berpandangan bahawa peristiwa 13 Mei adalah berlaku kerana orang Melayu merasa tertekan disebabkan oleh penguasaan politik pada ketika itu, iaitu selepas pilihan raya, oleh kaum bukan Melayu. Peristiwa ini mengikut teori dan kajiannya adalah sengaja dicetuskan oleh pemimpin politik Melayu untuk mengenakan tekanan politik kepada orang bukan Melayu.

Namun apa-apa sahaja hujahnya, saya beranggapan bahawa masyarakat berbilang etnik seperti negara kita akan sentiasa terdedah kepada krisis yang boleh membawa kepada keganasan sekiranya terdapat sebarang perlakuan yang dapat ditafsirkan sebagai penghinaan satu kaum ke atas kaum yang lain. Banyak isu sensitiviti yang berlaku pada ketika itu yang menyebabkan tercetusnya peristiwa 13 Mei. Oleh itu, peristiwa ini telah berlaku, walau atas alasan apa sekali pun, adalah merupakan peristiwa perkauman yang pada bila-bila masa sahaja boleh berlaku sekiranya rakyat sendiri tidak lagi mementingkan kesepaduan secara ikhlas.

Sebagai negara berbilang etnik dan agama, maka krisis perkauman akan sentiasa berlaku sekiranya rakyat tidak berhati-hati dalam gerak geri dan tindakan mereka. Demikian juga krisis keagamaan akan juga berlaku sekiranya rakyat tidak menjaga sensitiviti keagamaan bagi setiap kaum yang berada di dalam negara kita, malah pada pandangan saya, krisis yang berpunca dari isu keagamaan akan menjadi lebih serius dan berbahaya dari krisis yang berasaskan perkauman.

Page 30: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 31

Bagaimana pun, dari tinjauan awal yang merupakan kesimpulan umum, ternyata bahawa krisis dan pergolakan yang dapat dikategorikan sebagai krisis keagamaan mungkin hanya baru pertama kali berlaku secara yang agak mencabar di tanah air kita pada awal tahun 2010, berpunca dari krisis penggunaan kalimah Allah yang dibawa ke Mahkamah, ekoran dari penggunaan kalimah tersebut oleh penerbitan Katholik di Sabah, sehingga krisis ini telah menjadi isu agama yang dirasakan kesannya yang agak hebat di negara kita buat pertama kalinya, dan mengakibatkan berlakunya beberapa insiden percubaan membakar dan mencemarkan tempat-tempat ibadat; gereja dan surau.

Sungguh pun sebelum ini pernah terdapat beberapa insiden yang berlaku di beberapa tempat di negara kita yang melibatkan krisis atau konfl ik agama, tetapi kesannya tidaklah serius, tidak merebak dengan cepat ke seluruh negara seperti yang berlaku ketika Mahkamah mengeluarkan keputusannya pada 11 Januari 2010 yang membenarkan sebuah penerbitan Katholik, Herald , menggunakan nama Allah dalam penerbitannya menggantikan kalimah Tuhan (God).

Hal ini berlaku mungkin kerana krisis yang berlaku sebelum ini tidak menyentuh persoalan besar dalam anutan agama Islam seperti isu penggunaan nama Allah oleh penganut bukan Islam yang dirasakan menyentuh akidah umat Islam dalam memahami dan menghayati konsep Tuhan dalam nama Allah tersebut. Maka dengan keputusan tersebut, umat Islam rata-ratanya merasa bahawa kesucian kalimah Allah itu telah dicemari (Md. Asham 2010)

Profesor Dr. Ali Al’ Amin Mazrui (2010) ketika menjawab satu soalan yang dibangkitkan oleh peserta dalam program Syarahan Perdana Putrajaya pada 18 Mei 2010, telah menyatakan pandangannya bahawa selama ini konfl ik yang berlaku di antara komuniti Islam dan bukan Islam di negara-negara Islam adalah berpunca dari perebutan kuasa atau territory, kekayaan dan sebagainya, tetapi berbeza keadaannya di Malaysia baru-baru ini, apabila berlakunya krisis di antara orang Islam dan bukan Islam di sini adalah berpunca dari isu penggunaan nama Allah bagi Tuhan yang hendak digunakan oleh penganut agama Katolik.

Komen beliau ini , saya rasa, menguatkan lagi hujah yang dibangkitkan dalam konteks budaya dan aliran beragama di negara kita bahawa orang Islam di Malaysia mempunyai pegangan akidah yang amat kuat sekali terhadap agamanya, dan kerana kekuatan inilah orang Islam di sini merasa amat tersinggung dan tercabar apabila isu yang menyentuh akidah ketuhanan itu disentuh dan dibawa ke muka pengadilan, kerana mereka

Page 31: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

32 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

beriktikad bahawa penggunaan nama Allah oleh penganut agama lain adalah merupakan isu akidah, yang secara langsung mencemarkan konsep ketuhanan dalam Islam apabila kalimah ‘Allah’ akan digunakan dalam konteks agama lain menggantikan kalimah ‘Tuhan’ .

Namun dalam krisis yang hampir-hampir menjerumuskan negara ke dalam krisis agama yang agak serius buat pertama kalinya dalam negara kita, krisis itu telah dapat diredakan oleh ketenangan dan sikap toleransi rakyat majoriti berbilang agama di negara kita seperti yang diamalkan selama ini, juga dengan ketegasan Kerajaan menangani beberapa insiden yang dilakukan oleh beberapa pihak yang tertentu.

Sungguh pun media asing telah mengambil kesempatan dari insiden dan pergolakan ini untuk memprojek imej negatif terhadap negara kita, tetapi hal itu tidak menimbulkan kesan buruk yang berpanjangan kepada kita. Hal ini menambahkan kekuatan dan keyakinan kepada seluruh rakyat bahawa model terbaik toleransi agama, berdasarkan Perlembagaan negara kita itu, haruslah dipertahankan dengan baik untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan negara dan rakyat kita buat selama-lamanya.

Peaceful Coexistence Lawan Religious Extremism

Dalam Islam sebenarnya tidak terdapat istilah ekstrem agama. Penganut Islam ialah penganut yang komited kepada akidah, syariah dan akhlak Islam, iaitu orang yang beriman, beramal dan ihsan dalam sifat keperibadian dan tindakannya, seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang termasyhur, iaitu hadis Jibril, ketika baginda menerangkan makna Islam, Iman dan Ihsan. Konsep ‘ihsan’ ialah melakukan sesuatu yang baik, iaitu merupakan salah satu dari tiga dimensi dasar agama : Islam, Iman dan Ihsan. Islam menekankan tentang ‘apa yang anda mesti lakukan’, iman merujuk ‘kenapa anda harus melakukannya’ dan ihsan merujuk ‘tindakan yang dilakukan dengan niat kerana Allah, yang terbit dari hati sendiri yang penuh jujur dan ikhlas kepada Allah dan kepada diri sendiri’ (Ismail Ibrahim 2009b)

Tetapi sayangnya kurun ke dua puluh menyaksikan mala petaka yang agak besar di dalam dunia Islam, khususnya ketika kita menoleh ke belakang melihat kepada sejarah kegemilangan umat Islam yang lalu. Kurun tersebut menyaksikan dominasi dan penaklukan dunia Islam oleh kuasa luar, permainan kuasa dan kekuatan tentera penjajahan, penaklukan

Page 32: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 33

dan pendudukan negara Islam, konfl ik dan peperangan diantara orang Islam sesama sendiri, dan krisis lain yang berlaku di dunia Islam, yang sebahagiannya disebabkan oleh kuasa luar, sebahagian lagi disebabkan oleh kelemahan umat Islam sendiri. Umat Islam seluruhnya merasa amat kecewa apa bila mendapati bahawa Amerika Syarikat telah mencuba untuk menukar wajah dan imej Timur Tengah mengikut kehendaknya (Abdul Hayy Zalloum 2005).

Dari sudut yang lain, negara-negara Islam mengalami krisis dan dalam pembangunan ekonominya, kerana mengikut perangkaan yang dibuat oleh World Bank, 53 peratus dari ahli OIC adalah termasuk di dalam kategori negara-negara yang berpendapatan rendah, iaitu kira-kira separuh daripada negara-negara dunia yang berpendapatan rendah. Negara anggota OIC yang berpendapatan tinggi pula adalah terdiri daripada sembilan peratus sahaja dari keseluruhan negara anggota OIC (Raja Nazrin Shah 2005)

Tekanan politik, ekonomi dan budaya hidup Islam oleh kuasa-kuasa luar, termasuk ketika berlakunya Perang Dingin di antara Amerika Syarikat dan Soviet Union, telah berjaya mengubah landskap dunia Islam, khususnya negara-negara Islam yang kaya di Timur Tengah. Hal ini telah digambarkan oleh seorang penganalisis pakar dalam bidang minyak dan gas, iaitu Abdul Hayy Yahya Zalloum (2005) yang menyatakan bahawa konfl ik yang berlaku di antara Barat dan dunia Islam adalah merupakan konfl ik agama, iaitu diantara Kristian dan Islam, juga konfl ik perebutan minyak dari negara-negara pengeluar minyak Timur Tengah yang kaya. Beliau mengatakan bahawa kurun ke 20, Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat sedang melancarkan peperangan dunia ke-4 yang ditujukan kepada dunia Islam selepas tamatnya peperangan dunia ke-3, ketika kuasa besar Amerika Syarikat berjaya mengalahkan blok Komunis dengan runtuhnya kuasa besar Soviet Union.

Penjajahan Barat terhadap Islam sebenarnya kembali kepada sejarah yang agak lama, iaitu sejak dari kurun ke-16 lagi. Negara Islam kehilangan segala-galanya akibat daripada penjajahan Barat itu, iaitu hilang negara, kerajaan, ekonomi, undang-undang, budaya, nilai-nilai akhlak dan lain-lain, sehingga mereka juga kehilangan tamadun dan peradabannya (Mahathir Mohamad 1998)

Dalam keadaan beginilah, Kerajaan dan umat Islam mengalami kemundurannya dalam semua aspek pembangunan dalam era moden, global dan sains teknologi, juga kelemahan dalam bidang politik, malah nilai-nilai ketamadunan yang menjadi warisan Islam sendiri kelihatan runtuh di dalam negara dan pemerintah Islam sendiri.

Page 33: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

34 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

Hal ini amat tepat sekali disimpulkan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, atas sifatnya sebagai Menteri Pertahanan Malaysia ketika menutup Persidangan Antarabangsa OIC di Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2003, iaitu Persidangan Antarabangsa The Ummah At The Crossroads : The Role of The OIC, yang menegaskan:

The ummah is indeed at the crossroads of sorts. Firstly with globalization we fi nd ourselves confronting a force that appears to subsume us and even consume us, making us irrelevant in an avalanche of change. This overwhelming force frustrates us as we are not drivers, but rather more passengers. While we want to be counted, and participate in this phenomenon, it easier said than done. While some of us may have access to technology, we do not have the ability to generate and control technology and at the end of the day, we are recipients and users of technology rather than inventors and creators…Secondly, currently we are being chastised by the world community as an ummah for the actions of a very small minority. The attacks on New York, Washington, Bali, Jakarta and other places have done a grave injustice to the good name of Islam and the ummah .Overnight, we have become the enemy, rightly or wrongly, for this is the prevailing perception.

(Najib Tun Abdul Razak 2005)

Akhirnya kita menjadi ‘musuh’ kepada orang lain, sama ada betul atau pun tidak, hakikatnya hampir seluruh dunia sedang menuding jari kepada Islam dan umatnya sebagai agama dan umat yang ekstrem, walau pun hakikatnya tidaklah demikian.

Implikasi Semangat Kebangkitan Islam

Era kebangkitan Islam atau Islamic Resurgence merupakan satu era kebangkitan Islam untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah setelah negara-negara Islam berjaya membebaskan diri daripada penjajahan Barat dan mulai memahami erti kebebasan dalam merangka pembangunan umat Islam sendiri di dalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan aspek-aspek kehidupan lainnya berdasarkan ajaran Al-Quran dan Sunnah.Karen Armstrong (2001) telah membuat analisis tentang pertembungan antara masyarakat Islam dan Barat, berpunca daripada beberapa perbezaan ketara yang menjadi budaya dan sistem politik serta sosial kedua-dua masyarakat tersebut. Isu pertama ialah ketika Islam mempunyai ajaran bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan, masyarakat Barat mengamalkan dasar yang sebaliknya. Perbezaan terbesar lainnya ialah dasar sekularisme adalah bercanggah dengan dasar tauhid. Pertembungan

Page 34: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 35

inilah yang menyebabkan Ataturk menutup semua madrasah, menukar pakaian kebangsaan dengan pakaian Barat. Muhammad Ali di Mesir juga bertindak menekan ulamak, dan kemudiannya diikuti oleh Gamal Abdul Nasser yang menunjukkan sikap anti ulamak dan bertindak keras terhadap Ikhwanul-Muslimin. Namun segala tindakan ketua-ketua negara Islam ini sebaliknya tidak memadamkan semangat keislaman rakyat, Cuma ianya tidak terserlah di luar kerana gerakan Islam telah mengambil tempat gerakan bawah tanah.

Fakta yang disebutkan oleh Karen Armstrong itu sekiranya di teliti adalah merupakan bibit-bibit yang kemudiannya berkembang subur menjadi pendorong kepada kebangkitan Islam dalam tahun-tahun tujuh puluhan seperti yang dapat kita saksikan dalam sejarah pembangunan Islam dan umatnya.

Kembali kepada perbincangan kita tentang era kebangkitan Islam pada tahun tujuh puluhan, di samping perkembangan positif yang banyak berlaku di dalam era kebangkitan tersebut, seperti pendekatan para sarjana Islam dalam memahami konsep ilmu dan pendidikan Islam yang menghasilkan penganjuran Kongres Pendidikan Islam Sedunia yang diadakan di Makkah pada tahun 1977, yang juga menghasilkan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa di Malaysia, demikian juga kemunculan institusi kewangan dan perbankan Islam di dalam negara-negara Islam, termasuk juga di negara Barat, maka terdapat juga beberapa pandangan para sarjana dan penganalisis sosial yang sering menekankan tentang kesan negatif yang muncul akibat daripada kecetekan ilmu dan sikap idealisme orang Islam sendiri dalam menterjemahkan semangat kebangkitan Islam ini.

Perpecahan mulai ketara di kalangan masyarakat Islam dalam menghayati agenda kebangkitan Islam ini, apabila munculnya beberapa kalangan orang Islam atas nama ‘ulamak’, ‘aktivis’, ‘pejuang’ dan sebagainya, yang mentafsirkan kebangkitan Islam dan kembali kepada Islam sebagai kembali kepada bentuk pakaian yang tertentu, keterampilan wajah yang tertentu, dan lebih serius dari itu ialah yang memonopoli pentafsiran dan konsep undang-undang Islam, politik Islam, ekonomi Islam dan lain-lain lagi mengikut kefahaman mereka. Golongan Islam lainnya yang menyalahi pandangan mereka itu akan dianggap bertentangan dengan Islam ‘yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah’ dan ‘terkeluar dari perjuangan Islam yang betul’, satu tendensi yang ‘didominasi’ dasar authoritarianism dan hegemonic” (Eboo Patel, 2009a)

Terdapat para pengkritik yang melangkah lebih jauh ke hadapan dalam menggambarkan kelahiran institusi-institusi Islam

Page 35: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

36 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

dalam usaha memberikan interpretasi baru tentang ajaran Islam dan agenda perjuangannya seperti yang mereka simpulkan dari al-Quran dan Sunnah dalam masa dua tiga dekad yang lalu, iaitu apa yang dilabelkan sebagai ‘Muslim totalitarians’ sama seperti yang dilakukan oleh Christian totalitarians di Amerika, dan Jewish totalitarians di Israel, yang mempunyai pelbagai institusi yang amat berpengaruh, sama juga seperti Hindu totalitarians di India

“Al-Qaeda adalah merupakan jaringan institusi ini : Sekolah dan masjid yang mengajar ideologi yang tertentu kepada para pelajar yang berumur lapan tahun. 0rganisasi ini yang menyediakan mereka untuk berjuang di Afghanistan, kem latihan tentera yang menjadikan mereka tentera dan pejuang. Identiti keagamaan, iaitu tentang kehidupan, kepercayaan, kebudayaan, perundangan dan kepunyaan diri, terutamanya generasi muda, semuanya adalah dibentuk oleh institusi-institusi ini” (Eboo Patel, 2009)

Kenyataan ini memberi contoh bagi hal tersebut dengan timbulnya institusi pendidikan madrasah di negara-negara Islam yang tertentu, ajaran agama oleh guru-guru agama yang bersikap ekstrem, malah jaringan dalaman dan luaran oleh organisasi Islam yang tertentu yang bergerak dengan sulit. Hal inilah yang nampaknya mendominasi aktiviti golongan Islam yang dipanggil sebagai golongan para ‘jihadist’ yang juga termasuk para ‘pengebom berani mati’. Ketika menggambarkan golongan ‘radikal’ Islam ini, terdapat penulis yang menyifatkannya sebagai berikut “Pejuang Islam adalah merupakan pemusnah budaya manusia sejagat : Gerakan ini akan menggantikan bahasa anda, bangunan anda, pakaian anda dan sembahyang anda. Lebih jauh dari itu, dalam bentuk melampau yang lebih keras, ia akan mengambil anak anda dan mengubahnya menjadi bom manusia” (Eboo Patel 2009)

Penentangan terhadap Islam dan pertembungan Barat dan Islam dari segi agama dan politik, sebenarnya telah lama berlaku, yang dapat ditafsirkan sebagai pertembungan di antara ideologi sekularisme dan Islam, atau dalam beberapa sudut, pertembungan di antara Kristian dan Islam ( Armstrong 2001)

Telah banyak berlaku peristiwa dan gerakan asing yang menunjukkan penentangan terhadap Islam dan para penganutnya yang berlaku selama ini, terutamanya dari dunia Barat, atas nama agama atau politik.

Peristiwa terbaru ialah larangan Kerajaan Switzerland terhadap pembinaan menara bagi bangunan masjid di sana. Sebelum ini banyak cabaran dan penentangan lain yang berlaku, umpamanya dalam tahun

Page 36: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 37

2004, Perancis melarang para pelajar Islam memakai tudung sebagai mematuhi ajaran Islam untuk menutup aurat.

Setelah itu berlaku peristiwa lain, yang bukan hanya merupakan cabaran, malah telah menunjukkan penghinaan terhadap Islam, termasuk penghinaan kepada peribadi Nabi Muhammad SAW dan agama Islam iaitu dengan lahirnya lakaran kartun, fi lem dan sebagainya, yang amat menyentuh dan melukakan hati umat Islam.

Pertentangan ini berlaku sejak lama, kembali kepada sejarah silam ketika berlakunya peperangan Salib, dan berterusan ke zaman moden dengan berlakunya krisis Bosnia tidak lama dulu, yang antara lainnya menggambarkan sikap Barat bahawa Islam tidak seharusnya lahir sebagai satu agama yang mendominasi masyarakat Barat, dan lambang Islam tidaklah seharusnya mengganggu gugat landskap negara sekularisme itu (Ismail Ibrahim 2010).

Dunia Barat sebenarnya mempunyai agenda tersendiri dalam menentang, dan dalam masa yang sama, menguasai negara Islam, sekali gus mempunyai agenda ekonomi, iaitu untuk mengaut kekayaan dari negara Islam yang mewah dan makmur.

Dasar peperangan terhadap keganasan Global war on terrorism (GWOT) setelah berlakunya serangan kilat 11 September 2001 (9/11) merupakan satu bentuk baru intipan yang dilakukan ke atas dunia Islam untuk menaklukinya, termasuklah tindakan melancarkan serangan bersenjata atas nama peperangan ke atas pengganas Muslim di mana-mana sahaja “pengganas” itu berada. Hal inilah yang diertikan sebagai Islamophobia.

Gerakan mengintip negara Iraq dan Afghanistan oleh pihak Barat telah lama berjalan sebelum berlakunya peristiwa 9/11 lagi. Rantau kaya yang mempunyai rizab minyak dunia lebih daripada 60 peratus ini berjaya dikuasai atas nama GWOT, disokong pula oleh NATO dan beberapa buah pertubuhan bukan Kerajaan, untuk menyerang Iraq atas alasan bagi menghapuskan senjata pemusnah besar-besaran yang bernama WMD (Weapon of Mass Destruction) yang kononnya berada dalam milik Saddam Husein pada ketika itu.

Profesor Dr. Ali Al’ Amin Mazrui (2010) menegaskan bahawa berdasarkan permusuhan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Eropah terhadap Islam dan umatnya, ternyata bahawa AS lebih cenderung menggunakan dasar kekerasan dalam bentuk ketenteraan ke atas dunia Islam, iaitu dalam bentuk peperangan dan pendudukan secara paksa ke atas beberapa buah negara Islam, sedangkan banyak negara Eropah yang

Page 37: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

38 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

menentang Islam sering melahirkan penentangan itu melalui cabaran nilai dan budaya seperti yang berlaku di Sweden dan Switzerland tentang cara pemakaian orang Islam dan pembinaan masjid tanpa menara, penghinaan terhadap Nabi Muhammad melalui lakaran kartun yang biadab dan sebagainya.

Dasar ini adalah merupakan dasar Islamophobia melulu oleh pihak Barat dalam menentang dan memusuhi Islam dan umatnya.

Islamophobia

Bagaimana pun, Islamophobia ini tidak banyak memberikan kesan negatif kepada pemikiran dan sikap umat Islam di negara kita, kerana majoriti rakyat Malaysia, khususnya para penganut agama Islam, mungkin masih merasakan bahawa krisis di antara Barat dan Islam tentang beberapa isu yang tertentu, seperti isu pemakaian niqab, menutup muka sepenuhnya bagi wanita Islam, menara masjid dan isu-isu keagamaan yang tertentu, tidak mengundang kontroversi yang besar, dan tidak seharusnya menimbulkan protes besar-besaran atau keganasan dan kekerasan sehingga mengorbankan nyawa orang yang tidak berdosa seperti yang berlaku di sebahagian negara lain.

Kita mungkin dapat berfi kir secara rasional dan tidak perlu membangkitkan emosi dan sentimen melulu terhadap beberapa isu yang tidak menyentuh akidah dan syariah kita dalam beberapa perkara yang bukan merupakan isu fundamental. Malah, seperti yang tersiar di dalam media, seorang Imam masjid dari Kanada telah mengeluarkan komennya kepada agensi berita antarabangsa tentang larangan mendirikan menara masjid di Switzerland itu, iaitu ketika beliau menegaskan bahawa ia masih dapat bertolak ansur tentang masjid tanpa menara di negara Barat, kerana “kita dalam keikhlasan beribadat kepada Allah SWT, maka bukan simbolnya yang menjadi isu besar, tetapi pengisian di dalam masjid itu yang seharusnya diberikan penekanan yang berat sebagai umat Islam, terutamanya untuk mengelakkan konfrontasi dengan umat lain dan mengelakkan penentangan terhadap undang-undang negara Eropah itu”.

Mungkin sebahagian besar umat Islam bersetuju dengan pendekatan Imam ini, iaitu dalam menangani cabaran terhadap Islam, maka isunya yang seharusnya diberikan perhatian ialah, apakah penentangan itu merupakan cabaran dan penafi an terhadap akidah dan syariah serta akhlak Islam yang fundamental, atau mencabar hak umat Islam dalam memahami

Page 38: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 39

kitab suci al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam dasar dan falsafah ketuhanan dan ibadah khususnya, atau sebaliknya merupakan penentangan emosi dan sentimen melulu yang tidak menyentuh asas dan teras ajaran agama Islam yang suci. Reaksi dan tindakan umat Islam tentulah bergantung di atas bentuk dan motif cabaran ini.

Agama Islam di Barat

Islam merupakan agama yang paling pesat membangun di Barat. Selain daripada para pendatang yang menjadikan negara-negara Barat sebagai tempat tinggal tetap mereka, maka penduduk asal negara Barat juga telah menunjukkan minat mereka untuk mempelajari Islam dan menganut agama Islam. Namun begitu, dalam masa yang sama, Islam merupakan agama yang paling sukar difahami di sana, dan banyak sekali menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya.

Barat mempunyai gambaran stereotaip dan prasangka terhadap Islam, yang di antara sebabnya ialah kerana laporan media mereka yang sering menonjolkan Islam sebagai agama extremis, fundamentalis, terrorist dan kepelbagaian label negatif lainnya.

Apabila Islam ditonjolkan di dalam imej dan gambaran yang demikian, maka orang Barat membenci Islam dan umatnya, malah lebih daripada itu, tidak ingin memahami dan mendapatkan pengetahuan tentang ajaran Islam yang sebenarnya.

Hal ini menjadi lebih serius lagi, apabila Barat melihat realiti masyarakat dan negara Islam yang sering berada di dalam konfl ik dan peperangan sesama sendiri, jihad yang berdasarkan ‘pengebom berani mati’, peristiwa 11 September dan sebagainya yang disalah mengertikan.

Beberapa petikan paparan media sebagai contoh dalam konteks ini, ialah seperti berikut :

Islam is the terrorist....Muslims are the victim....we pray that the weapon of mass destruction, Islam, be torn down. Lord declare that your blood is enough to forgive every single Muslim. It is enough.

(TIME magazine, 2003, pp. 50 – 58, June 30,)

This battle is going to be won and lost in the Middle East. If the jihadists win there, I am in trouble here, there will be such a surge of confi dence for jihadists. This Islamic pull is more powerful than of communism. The communists never

Page 39: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

40 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

fully trusted one another across racial boundaries. But with the Islamists, there is total trust : you are a warrior for Islam, so am I: we swear to fi ght together here....”

(Lee Kwan Yew 2005)

Dalam satu program CNN Larry King Live dalam bulan Disember 2001. Seorang pendeta Yahudi (Rabbi Hier) memetik satu ayat al-Quran yang menurutnya bahawa Islam adalah amat tidak toleran, iaitu ayat yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah menjadikan Yahudi dan Kristian sebagai kawan. Sesiapa di antara kamu yang berbuat demikian adalah seorang daripada mereka” (al-Ma’idah, 5: 51)

Larry King mencelah “Tetapi ayat itu tidak menyebut supaya mereka dibunuh?” Rabbi itu menjawab “Memang tidak, ia seolah-olah memberi gambaran begitu, tetapi terdapat petikan-petikan ayat Quran yang lain dalam hal ini. Jadi sekiranya saya ditanya secara langsung : Apakah terdapat pandangan yang ekstrem di dalam Quran? Maka saya akan menjawab : Ya !”

Peristiwa 11 September 2001 merupakan detik sejarah hitam dalam pemikiran dan sikap Barat terhadap Islam, sungguh pun sikap dan pandangan negatif Barat terhadap Islam telah bermula lama sebelum tarikh ini, tetapi peristiwa 11 September ini lebih memarakkan api permusuhan terhadap negara Islam, malah maklumat yang disebarkan ke seluruh dunia menyatakan bahawa sembilan belas orang penyerang yang bertindak ganas itu adalah manusia yang mempunyai nama Islam. Atas nama ‘pengganas Islam’ mereka telah bertindak dengan nekad sekali, merampas dua buah pesawat terbang gergasi, sarat dengan minyak yang baru diisi, menerbangkannya dengan laju dan merempuh dua buah menara berkembar World Trade Center di tengah-tengah kota negara kuasa besar dunia, meruntuhkan kedua-duanya.

Era Kebangkitan Islam

Kembali kepada tajuk perbincangan tentang kebangkitan Islam ini, ternyata bahawa kebangkitan Islam yang berlaku di seluruh dunia adalah merupakan satu era kesedaran yang dinamik. Ia lahir daripada masyarakat Islam selepas kebanyakan negara Islam berjaya melepaskan diri daripada penjajahan Barat yang mengakibatkan kelemahan negara dan umat Islam di dalam berbagai-bagai bidang kehidupan dan pembangunan mereka, iaitu seperti di dalam bidang pelajaran, ekonomi, pemikiran dan penghayatan agama sendiri yang mereka rasakan telah menyeleweng jauh dari ajaran

Page 40: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 41

Islam yang sebenarnya. Hal ini menuntut supaya diadakan pembaharuan di dalam masyarakat Islam. Salah satu jalan untuk mengembalikan kekuatan umat dan negara Islam ialah dengan memahami ajaran Islam yang sebenar dan menghidupi serta merealisasikannya secara bersungguh-sungguh. Hal ini mulai dilakukan pada sekitar tahun tujuh puluhan, iaitu yang dikenali sebagai zaman Islamic Revivalism, atau Islamic Resurgence.

Islamic revivalism atau Islamic resurgence dalam istilah Arab ialah al-sahwah al-islamiyyah, iaitu semangat kesedaran dan kebangkitan umat untuk kembali kepada ajaran Islam tulen seperti yang dijelaskan oleh al-Quran dan Sunnah. Pada masa itu telah dirasakan oleh masyarakat Islam, bahawa umat Islam telah begitu lama diselewengkan oleh penjajahan Barat sehingga mereka telah tenggelam di dalam pemikiran dan gaya hidup sekular, yang menjadi hamba abdi kepada keruntuhan moral dan akhlak, yang telah dijajah pemikiran mereka kerana sistem Barat yang memisahkan agama dari kehidupan, sama ada di dalam bidang pendidikan, perekonomian, politik, sosial dan sebagainya.

Pada tahun-tahun tujuh puluhan juga telah berlaku beberapa peristiwa yang menyedarkan umat Islam tentang kekuatan mereka dan kemampuan umat ini, yang selama ini tidak mereka sedari. Pemberontakan Iran yang menumbangkan kerajaan Shah yang gagah perkasa dan yang sentiasa ditunjangi oleh Amerika Syarikat, kemenangan Arab dalam satu peperangan dengan Israel buat pertama kalinya di dalam tahun 1974, sedangkan sebelum ini, Arab tidak pernah memenangi sebarang peperangan dengan Israel, kerana Israel merupakan salah satu dari empat kuasa tentera yang terkuat di dunia (Carter 2006).

Umat Islam juga dapat merasakan betapa gawatnya Barat dengan ugutan Timur Tengah untuk mengenakan sekatan minyak kepada Barat pada tahun 1973. Selain dari itu, dari sudut kesedaran umat Islam untuk beribadat kepada Allah SWT juga amat ketara menjelang tahun-tahun tujuh puluhan itu. Bilangan jemaah haji yang menunaikan rukun Islam yang kelima itu telah bertambah dengan banyaknya, iaitu dari jumlah puluhan ribu sahaja, maka pada akhir-akhir tahun enam puluhan, dan menjelang tahun-tahun tujuh puluhan. Kesedaran dan kebangkitan iltizam umat Islam kepada kekuatannya itu ini telah memberikan semangat baru kepada umat Islam bahawa mereka sebenarnya boleh berdiri sendiri sebagai umat yang kuat, dan mempunyai kemampuan untuk bersaing dengan umat yang lain sekiranya mereka bersatu dan bersepakat menggunakan sumber kekayaan mereka, dan kembali menghayati jati diri Islam yang bersumberkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah (Esposito 1987).

Page 41: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

42 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

Erti Kebangkitan Islam di Malaysia

Memang tidak dapat dinafi kan bahawa kebangkitan Islam (Islamic revivalisme atau Islamic resurgence) yang berlaku di sekitar tahun-tahun tujuh puluhan, terutamanya seperti yang ditonjolkan oleh media Barat, adalah merupakan kebangkitan keganasan dan era kelahiran ‘pengganas’ atau golongan ‘radikal Islam’, terutamanya ditinjau dari insiden-insiden tertentu yang menyebabkan berlakunya pertembungan di antara Islam dan Barat yang sering membawa kepada gerakan keganasan.

Tetapi satu perkara yang mungkin tidak pernah cuba di mengertikan oleh masyarakat Barat dan Timur, tidak pernah pula diberikan penjelasan yang menyeluruh secara jujur dan ikhlas bersandarkan fakta dan insiden yang sebenarnya oleh media, terutamanya media Barat, ialah tentang dorongan dan sebab musabab kenapakah golongan yang dinamakan golongan ‘radikal Islam’ atau ‘golongan fundamentalis’ Islam tersebut mengambil ‘jalan ganas’ untuk menentang Barat, atau dalam usaha memperjuangkan kes mereka, seandainya pun ‘perjuangan’ itu diertikan sebagai gerakan yang berbentuk radikal.

Sebelum itu, haruslah kita cuba memahami bahawa kebangkitan Islam yang berlaku di seluruh dunia adalah merupakan satu era kesedaran yang dinamik dari masyarakat Islam sendiri akibat daripada penjajahan fi zikal dan mental yang mereka alami, demikian juga dengan kemunduran dan penyelewengan ekonomi, sosial, nilai dan agama sendiri, yang dialami oleh umat dan negara-negara Islam, yang menuntut supaya diadakan pembaharuan sekitar tahun tujuh puluhan itu.

Dalam bidang pendidikan, satu Kongres Pendidikan Islam Sedunia telah diadakan di Makkah pada tahun 1977 sebagai salah satu agenda kebangkitan Islam dalam bidang yang penting ini. Kongres ini telah disertai oleh para sarjana Islam dari dunia Islam dan Barat, berbincang dengan serius dan penuh kesedaran tentang situasi umat Islam dalam era kebangkitan ini. Sebagai hasil dari Kongres itulah maka beberapa resolusi penting telah dikeluarkan untuk membawa sistem pendidikan Islam kepada satu sistem moden yang dinamik dan berkesan untuk mengeluarkan para sarjana dan pemikir Islam yang menguasai ilmu dunia dan akhirat secara sepadu, dan sebagai hasil dari Kongres inilah juga maka telah diputuskan supaya dunia Islam berusaha mendirikan pusat pengajian Islam yang berdasarkan konsep sepadu dalam ilmu dan pendidikan, mengikut kerangka mengislamisasikan ilmu pengetahuan.

Page 42: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 43

Kerajaan Malaysia, seperti yang telah disebutkan di atas, telah mengambil resolusi Kongres tersebut untuk penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sekitar awal tahun lapan puluhan, iaitu berdasarkan perakuan tentang konsep ilmu dan pendidikan Islam yang dirumuskan oleh Kongres tersebut.

Malahan sebelum dari itu lagi, Kerajaan telah menyedari tentang reformasi bidang pendidikan, termasuk pendidikan agama, sehingga bidang pendidikan agama telah dibawa ke dalam sistem dan arus perdana negara, dengan kewujudan bahagian agama di dalam Kementerian Pelajaran, bantuan dan kawalan kepada sekolah-sekolah agama rakyat. Sistem tradisi lama seperti sistem pondok dan madrasah, juga dibawa ke dalam sistem arus perdana pendidikan agama negara.

Sistem pendidikan inilah yang menjamin proses pendidikan dan ajaran agama yang sihat dan berjaya memupuk pengetahuan agama yang merupakan teras pembangunan Islam yang dinamik dan bertamadun di negara kita, yang juga merupakan sistem pendidikan bagi membangunkan manusia yang bertanggungjawab dalam memupuk intelek orang Islam tanpa terpengaruh dengan aliran pemikiran radikal dan emosi melulu dalam memperjuangkan hak mereka dan agama Islam.

Oleh itu, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang cuba menghubungkan kebangkitan Islam di Malaysia sebagai kebangkitannya yang berlaku di sebahagian besar negara Islam yang lain, iaitu dalam imej keganasan, krisis sesama sendiri yang amat parah, rasa prejudis terhadap orang bukan Islam, dan gambaran-gambaran negatif lainnya, maka andaian atau persepsi itu amatlah salah (Mohammad Abu Bakar 1998)

Hal ini merupakan satu keistimewaan negara kita dalam mengisi erti kebangkitan Islam, sekurang-kurangnya sebagai satu model kebangkitan Islam yang moden dan sesuai dengan era globalisasi yang mulai mencelarukan pemikiran umat Islam pada ketika itu. Agenda kebangkitan Islam dan semangat kembali kepada Islam, serta keghairahan untuk kembali kepada Islam sebagai ‘satu sistem hidup yang lengkap’, telah menimbulkan beberapa pentafsiran yang samar-samar dan tidak berdasarkan kerangka ilmu pengetahuan Islam yang sebenarnya.

Konsep ‘jihad’ umpamanya telah disalah tafsirkan oleh beberapa kalangan yang tertentu sebagai peperangan bersenjata untuk menghapuskan elemen-elemen kekufuran yang menentang Islam dan umatnya, malah institusi fatwa telah disalah gunakan apabila pengeluaran fatwa telah diambil alih oleh beberapa kumpulan radikal dan penyalahgunaan institusi pendidikan seperti institusi ‘madrasah’ yang wujud di negara Islam yang

Page 43: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

44 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

tertentu, atau pertubuhan bukan Kerajaan seperti Jama’ah Islamiah yang beraliran radikal, sehingga dengan itu perjuangan umat Islam seolah-olah dilakukan dengan cara kekerasan dan paksaan, bukan hanya terhadap Kerajaan dan umat bukan Islam, malah terhadap Kerajaan Islam sendiri yang di labelkan sebagai kerajaan kafi r, taghut dan sebagainya.

Dengan itu maka lahirlah institusi-institusi yang tertentu di beberapa buah negara Islam tertentu, yang berperanan melatih anak-anak Islam tentang perjuangan Islam yang berdasarkan ‘jihad’ dalam pengertian sempit dan keras, perkhemahan yang melatih ‘tentera’ Islam atau golongan ‘jihadis’ pertubuhan bukan Kerajaan yang mempunyai agenda kekerasan dalam perjuangan menentang ‘musuh’ Islam, malah institusi yang merupakan perkhemahan bagi melatih ‘para pejuang berani mati’ dengan kepakaran membuat bom sendiri.

Hal inilah yang telah berlaku dan membuka peluang kepada dunia Barat, khususnya Amerika Syarikat, yang telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar dunia, mengambil peranan sebagai ‘polis dunia’ untuk bertindak menduduki dan menyerang ‘semangat’ kebangkitan Islam yang dianggapnya sebagai ‘musuh’ sejagat, menjatuhkan Kerajaan pimpinan orang Islam secara yang amat tidak bertamadun. Maka timbullah teori ‘Al-Qaedah’, ‘Terroris Islam’, ‘Mujahidin’ dalam bentuk pengganas dan sebagainya. Berdasarkan teori ‘memerangi keganasan’ inilah pihak penjajahan Barat dalam bentuk baru itu dapat menguasai dunia Islam, khususnya di Timur Tengah yang kaya dengan hasil minyak.

Tetapi di Malaysia, kebangkitan Islam tidak melahirkan pengganas, pertubuhan Islam radikal, dan jauh sekali daripada mengeluarkan ‘tentera’ yang berjuang untuk melaksanakan ‘agenda’ jihad ‘Al-Qaedah’ dan sebagainya. Pertubuhan bukan Kerajaan yang lahir merupakan institusi yang bergerak secara aman dan damai yang diwujudkan di kalangan para pelajar pusat-pusat pengajian tinggi, pertubuhan belia, dan lain-lain lagi yang bergerak untuk mendidik umat Islam dalam memahami Islam dan merealisasikannya dalam negara yang moden. Tegasnya, kebangkitan Islam di Malaysia adalah merupakan kebangkitan yang aman damai, bebas dari unsur keganasan dan permusuhan terhadap orang bukan Islam.

Agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Jabatan Agama Negeri serta lain-lainnya, sentiasa berada dalam landasan yang betul dalam menjalankan aktiviti negara, khususnya dalam membangunkan peradaban dan cara hidup Islam yang sebenarnya di negara kita. Kelahiran institusi tangki

Page 44: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 45

pemikiran seperti (IKIM) lebih menjurus kepada agenda memahami Islam secara komprehensif bagi masyarakat Islam dan bukan Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, serta melakukan penyelidikan dan wacana dalam meningkatkan kehidupan yang harmoni dan bersatu dalam masyarakat berbilang kaum.

Oleh itu sebarang kemunculan gerakan yang berbentuk radikal, dan berpotensi menjadi gerakan bersenjata yang ganas seperti ‘Al-Ma’unah’, atau yang menjurus kepada taasub serta fanatik agama seperti ‘Al-Arqam’, segera dihapuskan oleh Kerajaan supaya bibit-bibit penyelewengan dan kekerasan itu tidak membiak di negara kita.

Sebab itulah, telah saya katakan di atas, bahawa masyarakat Malaysia, malah masyarakat dunia umumnya, haruslah memahami hakikat bahawa agenda pengisian kebangkitan Islam di Malaysia adalah merupakan agenda yang dinamik, bertamadun dan harmoni. Imej Islam yang disalah mengerti dan diberikan gambaran yang salah oleh media Barat, tidaklah seharusnya dihubungkan dengan imej Islam di negara kita ini, kerana Islam di Malaysia mempunyai imej yang amat positif dan dinamik.

Atas gambaran dan hakikat inilah maka Malaysia mendapat perhatian dunia sebagai sebuah negara Islam contoh dalam pembangunan agama dan dunianya, pembangunan manusia dan masyarakat majmuknya, masyarakat yang aman dan damai, yang masih dapat mempertahankan sistem arus perdananya berdasarkan negara demokrasi dan menerima sesiapa sahaja yang cintakan perdamaian dan keamanan.

Rakyat Malaysia sendiri yang berbilang agama dan kaum juga haruslah memahami hakikat ini, iaitu apakah ertinya kebangkitan Islam di kalangan orang Melayu Islam di negara ini, supaya imej Islam di Malaysia tidak disamakan dengan imej ‘negatif’ Islam di sesetengah negara lain.

Jati Diri Umat Islam Malaysia

Namun, apa-apa saja yang berlaku di dalam dunia tentang pergerakan dan perjuangan Islam seperti yang digambarkan itu, kita tetap mempunyai alternatif perjuangan dan gerakan Islam kita sendiri. Kita mempunyai institusi pendidikan dan aktiviti agama yang progresif dan terbuka. Kalau dikatakan bahawa aktiviti Islam di tempat-tempat lain sedang melatih para militan dan pengebom berani mati, tetapi institusi keagamaan kita tidak mempunyai latihan sedemikian. Kita tidak mengeluarkan para pelampau Islam yang mentafsirkan beberapa istilah perjuangan secara

Page 45: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

46 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

melulu. ‘Jihad’ tidak bermakna ‘holy war’ untuk membunuh orang bukan Islam, sebaliknya jihad merupakan gerakan mempertahankan agama ketika berlaku pencerobohan ke atas agama dan umatnya dalam konsep mempertahankan diri. Jihad juga bererti gerakan menghapuskan kemiskinan dan kejahilan, selain daripada memerangi nafsu dan keruntuhan moral di dalam masyarakat.

Ayat-ayat peperangan yang terkandung di dalam al-Quran yang disalah tafsirkan itu juga seharusnya dibaca dan difahami secara holistik dalam konteks yang berbagai-bagai. Al-Quran menyebut:

“Perangilah pada jalan Allah mereka yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu menceroboh, sesungguhnya Allah tidak sukakan orang-orang yang menceroboh” (al-Baqarah, 2:190)

Institusi Pengajian Tinggi Islam di negara kita merupakan pusat pendidikan yang mendidik dan mengeluarkan manusia yang holistik hasil dari gabungan di antara pendidikan Islam yang bersumberkan ilmu wahyu dan latihan profesional moden ciptaan akal manusia sepanjang zaman, yang sesuai dengan dunia global.

Pentafsiran Islam di negara kita mengakui peranan seni dan budaya yang sihat dalam kehidupan umumnya, iaitu yang mampu membangunkan daya kreativiti bagi membantu pemupukan nilai-nilai seni budaya manusia yang sihat dan tidak bercanggah dengan prinsip nilai-nilai kerohanian Islam, dan kita tidaklah terus meruntuhkan semua institusi seni budaya yang tidak bertentangan dengan teras dan prinsip Islam itu, malah melihatnya sebagai institusi yang dapat menyemarakkan lagi syiar agama di dalam masyarakat.

Di negara kita, sejak kita mencapai kemerdekaan, dan semenjak berkuat kuasanya Perlembagaan, maka agama Islam merupakan agama negara, dan Raja-Raja Melayu merupakan sebuah institusi yang menjaga dan melindungi hal ehwal agama Islam.

DYMM Yang Di-Pertuan Agong dalam lafaz penerimaan perlantikan baginda, salah satu perkara yang disebutkan ialah melindungi agama Islam di negara ini. “Wallahi, Wabillahi, Watallahi”, ‘... dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memelihara setiap masa agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri...”(Ahmad Ibrahim 1999)

Malah kedudukan agama Islam sebagai agama negara yang ulung di dalam negara kita juga adalah merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh dinafi kan oleh sesiapa pun kerana sejarah telah membuktikan bahawa persetujuan untuk memaktubkan Islam sebagai agama negara

Page 46: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 47

adalah merupakan satu kesepakatan di antara Al-Marhum Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dengan ketua parti politik MCA dan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar rakyat Malaysia ketika itu. Dan sebagai jaminan untuk kekuatan dan keamanan negara jugalah, Perlembagaan memperuntukkan bahawa agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing-masing dalam aman dan harmoni.

Kedudukan ini, saya rasa, tidak mungkin disalahgunakan oleh sesiapa pun, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, tentulah Perdana Menteri menyedari hal ini ketika meletakkan agenda pemerintahannya yang berkonsepkan ‘1Malaysia’.

Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, majoriti rakyat tetap cintakan perdamaian dan keharmonian, termasuk dalam mengamalkan agama masing-masing, dalam pendekatan mereka ketika membicarakan isu-isu agama di dalam masyarakat dan di kalangan mereka sendiri. Konsep 1Malaysia mengakui keadaan ini, dan tentunya akan menolak sebarang gerakan atau agenda sebarang kumpulan agama yang radikal dan ekstrem dari kalangan agama mana sekali pun.

Islam Hadhari dan 1Malaysia

Dalam gagasan Islam Hadhari yang dikemukakan oleh Perdana Menteri kelima, YBhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, ternyata sekali bahawa pendekatan gagasan ini juga adalah bermatlamatkan pembinaan peradaban dan tamadun bangsa, terutamanya masyarakat Islam, yang seharusnya membangun dalam arus perdana sebagai peneraju rakyat dalam negara yang bertamadun.

Beliau menegaskan bahawa “Islam Hadhari is an approach that emphasizes development, which is entirely consistent with the tenets of Islam and is focused on enhancing the quality of life aims to achieve this by the way of mastery of knowledge and the development of the individual and the nation; the implementation of a dynamic economic, trading and fi nancial system; an integrated and balanced development that creates a knowledgeable and pious people who hold strenuously to noble values and people who are honest, trustworthy, and are prepared to take on global challenges” (Abdullah Haji Ahmad Badawi 2007)

YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri sekarang, ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan yang diketuai oleh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, pernah menekankan

Page 47: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

48 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

tentang dasar Kerajaan Malaysia yang menunjangi pembangunan ilmu pengetahuan dan keharmonian rakyat ketika memberikan ucapannya tentang transformasi pemikiran berpaksikan ilmu pengetahuan, iaitu dalam konteks Islam Hadhari yang digagaskan oleh Perdana Menteri ketika itu.

Beliau menegaskan “bahawa gagasan Islam Hadhari kembali meletakkan ilmu pengetahuan dan usaha-usaha percambahan pemikiran di tempat yang tinggi” (Najib Tun Abdul Razak 2007)

Dalam konteks yang sama, beliau menegaskan bahawa Islam Hadhari adalah menunjangi masyarakat bertamadun yang berpaksikan kepada keharmonian kepelbagaian kaum dan agama, “budaya dan gaya kerja cemerlang masyarakat Islam Hadhari yang mementingkan keberhasilan dalam setiap usaha kita (result and performance oriented)”.

Pendeknya keseluruhan gagasan yang menjadi dasar negara kita adalah merupakan satu rentetan sejarah yang mendidik rakyat keseluruhannya untuk membangun sebagai rakyat yang mempunyai jati diri yang kukuh, dan menjadi umat yang berperadaban, berpegang teguh kepada nilai-nilai moral dan etika yang tinggi, terlepas dari segala sikap melampau dan radikal.

Hal ini saya sebutkan, kerana senario masyarakat dunia pada hari ini telah menyaksikan kelahiran golongan radikal dan ekstremis di kalangan berbagai-bagai agama di seluruh dunia. Kita menyaksikan kelahiran ekstremis agama di kalangan penganut agama Kristian, Hindu, Buddha, dan Islam sendiri, yang bertindak ganas dengan menyalahgunakan agama dan memperalatkan agama untuk golongan yang tertentu, atau kerana kepentingan diri sendiri. Keganasan dan kekejaman sesama manusia sering dilakukan oleh kumpulan radikal agama untuk tujuan-tujuan yang tertentu. Perbuatan segelintir penganut agama, sering menjatuhkan imej penganut agama itu keseluruhannya. Hal inilah yang seharusnya difahami oleh masyarakat dunia bahawa aktiviti ganas yang dilakukan oleh golongan radikal itu tidaklah harus dikaitkan dengan ajaran agama mereka, kerana agama sentiasa membawa mesej perdamaian dan keamanan untuk semua manusia.

Saya percaya, konsep 1Malaysia akan memerangi tindakan golongan ini sekiranya hal ini juga akan timbul di dalam masyarakat kita, iaitu memerangi golongan pelampau yang boleh mengganggu kestabilan negara dan rakyat, malah yang mungkin juga merupakan gerakan radikal yang terkeluar dari kesucian ajaran agama itu sendiri.

Konsep 1Malaysia tentunya akan melindungi dan mempertahankan peruntukan Perlembagaan dan defi nisi agama itu sendiri, terutamanya

Page 48: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 49

agama Islam yang mempunyai ciri-ciri ritual dan falsafah ketuhanannya yang tidak mungkin di rombak atau dicabar oleh sesiapa pun.

Dalam falsafah ketuhanan umpamanya, tidak mungkin sebarang penganut agama lain akan menimbulkan sebarang bantahan di atas cara penyembahan dan defi nisi ketuhanan masing-masing, kerana dalam hal ini Perlembagaan kita juga memberikan kebebasan kepada semua penganut agama yang berbeza-beza untuk mengamalkan agamanya secara aman dan harmoni.

Umat Islam di Malaysia tidak pernah mempersoalkan tentang acara-acara keagamaan Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya yang diamalkan di negara kita pada hari-hari perayaan keagamaan atau di rumah-rumah ibadat mereka, kerana hal itu adalah merupakan ritual mereka masing-masing. Demikian juga penganut agama lain tidak seharusnya mempersoalkan konsep ketuhanan dan ritual serta perlaksanaan syariah agama Islam yang sebenarnya, kerana umat Islam lebih memahami dasar agama dan ajarannya di kalangan masyarakat mereka.

Dasar tanpa ganggu mengganggu dalam ajaran agama inilah yang dapat membentuk satu kekuatan bangsa dan rakyat mengikut konsep unity in diversity. Konsep inilah yang seharusnya di dokong oleh gagasan 1Malaysia dalam menegakkan hak dan tanggungjawab semua kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama.

Rasulullah SAW bertegas dalam membawa agama tauhid, dan dalam hal pengabdian dan penyembahan hanya kepada Allah Yang Maha Esa kerana baginda mendapat panduan dari Allah SWT agar tidak bertolak ansur di dalam isu yang amat fundamental ini, dengan menegaskan kepada orang-orang musyrikin bahawa “bagi kamu agama kamu, dan bagi ku agama aku” (al-Kafi run, 109:6) ertinya di dalam isu ketuhanan dan ibadat, maka tidak seharusnya timbul sebarang persengketaan yang boleh memecahbelahkan masyarakat awam, kerana isu ini adalah isu akidah masing-masing.

Dalam konsep amalan agama yang eksklusif untuk agama itu, kita bersetuju untuk tidak mempersoalkan kesucian agama lain, walau pun dalam banyak perkara dalam amalan agama masing-masing itu, terdapat perbezaan pandangan dan pendapat, terutamanya dari segi akidah, namun hal ini tidak seharusnya di bangkit dan dipersoalkan, kerana kita percaya kepada keharmonian manusia dan masyarakat, berpegang kepada dasar “ unity in diversity”, seperti yang telah saya sebutkan di atas, dan konsep inilah yang seharusnya didukung oleh gagasan satu Malaysia dalam menegakkan hak dan tanggung jawab semua kalangan rakyat Malaysia

Page 49: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

50 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

yang mempunyai pelbagai agama ini berpegang kepada dasar “agree to disagree” berpandukan kepada pendekatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap kaum musyrikin itu, dan berdasarkan kepada Piagam Madinah yang dipersetujui oleh semua warga Madinah ketika Piagam tersebut digubal dan dilaksanakan (Ismail Ibrahim 2009).

Oleh itu saya rasa masyarakat Islam haruslah melihat kepada sudut yang lebih positif terhadap konsep satu Malaysia ini dari perspektif agama, dan dalam masa yang sama seharusnya mengemukakan gagasan yang lebih membina dan konstruktif bagaimanakah konsep atau gagasan ini seharusnya dibangunkan dengan sebaik-baiknya berdasarkan prinsip ini. Dalam masa yang sama ianya dapat mengukuhkan lagi kedudukan agama negara dan umatnya, serta menambahkan lagi kefahaman yang mantap terhadap agama Islam sendiri, yang nampaknya akhir-akhir ini telah diberikan pentafsiran yang berbeza-beza sehingga menimbulkan kekeliruan yang banyak dalam masyarakat dunia.

Golongan agamawan dan para sarjana Islam seharusnya mengambil peluang dari keterbukaan dasar negara ini untuk memberikan kerjasama dan pemikiran mereka yang membina bagaimanakah dasar satu Malaysia ini dapat digunakan sebaik-baiknya dalam meningkatkan perlaksanaan agenda agama dan umatnya di negara ini.

Masyarakat Malaysia sendiri yang terdiri dari kepelbagaian kaum dan agama haruslah memahami batas-batas tertentu dalam isu 1Malaysia ini dari sudut amalan agama dan undang-undangnya, serta menghormati prinsip agama masing-masing supaya konsep 1Malaysia akan lahir sebagai satu unsur penyatuan semua kaum dari kepelbagaian agama, bukan membuka jurang untuk persengketaan dan konfl ik.

Mengurus Konflik

Konsep 1Malaysia seharusnya merupakan saluran penting dalam pembangunan negara dan bangsa Malaysia yang harmoni, sejahtera dan bersatu, iaitu ketika kita memerhati dengan penuh rasa bimbang mutakhir ini akan perkembangan di dalam masyarakat yang membawa kepada konfl ik dan kontroversi dari segi perkauman, agama, bahasa, budaya dan sebagainya yang menggugat keharmonian dan perpaduan kaum, dan dalam masa yang sama mengancam kestabilan ekonomi dan politik, yang merupakan dua syarat penting untuk pembangunan bangsa dan negara.

Page 50: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 51

Jika kita menjenguk ke luar jendela rumah kita sejenak, tanpa bersikap negatif atau pesimistik, maka kita dapat memerhatikan bahawa dunia pada hari ini pun sebenarnya sedang menghadapi cabaran ini di peringkat global. rakyat negara ini juga melihat dan mendengar dengan rasa hiba dan dukacita bahawa setiap hari terdapat mangsa terbaru akibat daripada keganasan, peperangan dan konfl ik yang ditimbulkan oleh gerakan melampau agama, politik, budaya dan sebagainya. Oleh itu sekiranya aliran tidak sihat ini dibiarkan meresap masuk ke dalam negara ini atas nama dunia global, ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), demokrasi liberal dan sebagainya, maka Malaysia juga mungkin akan mengalami konfl ik yang tidak sihat ini dan bakal menggugat kesejahteraan dan keamanan negara pada masa kini dan pada masa yang akan datang.

Saya rasa bahawa dalam mengurus sebarang konfl ik yang sering timbul di dalam masyarakat global dan yang penuh dengan persaingan, rakyat Malaysia haruslah kembali kepada nilai-nilai bersama yang diamalkan selama ini, iaitu di dalam sebarang krisis maka semua pihak haruslah: 1. mendengar pandangan orang lain untuk memahami, meneliti isu dan

mendapatkan persepakatan, bukan berusaha mencari kelemahan orang lain dan membantah semuanya.

2. mengaturkan sesi dialog yang boleh mengembang atau berkemungkinan mengubah pandangan satu pihak, bukan terus menerus memperkuatkan pandangan satu pihak sahaja.

3. memastikan bahawa sesi dialog adalah untuk menilai semula sesuatu andaian atau sangkaan yang telah dibuat sebelumnya, bukan memperkuatkan andaian atau sangkaan yang sedia ada sebagai kebenaran.

4. memastikan juga bahawa sesi dialog hendaklah membuka peluang untuk mencapai penyelesaian yang lebih baik daripada penyelesaian asal, bukan secara melulu mempertahankan penyelesaian yang dicadangkan sebagai penyelesaian yang terbaik.

5. mencari jalan supaya semua pihak diberi peluang untuk mengemukakan pandangannya yang terbaik, dengan harapan bahawa pandangan orang lain mungkin dapat membaikinya, bukan merosokkannya sama sekali. Satu pihak tidaklah seharusnya mengemukakan pandangan yang dianggapnya terbaik dan mempertahankannya secara membuta tuli bagi membuktikan bahawa pandangannya sahaja yang benar.

6. memberi peluang supaya pihak-pihak yang berkonfl ik dapat berusaha mencari penyelesaian dan permuafakatan yang asas, bukan terus menerus mencari titik perselisihan yang amat ketara.

Page 51: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

52 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

Cintakan Negara dalam Sejarah Islam

Nilai cintakan tanah air tempat tumpah darah dan negara sendiri adalah merupakan tuntutan agama yang ditunjukkan oleh tindakan baginda Rasulullah SAW dalam sejarah hidupnya. Gagasan 1Malaysia seharusnya memastikan bahawa setiap warga Negara Malaysia sentiasa mencintai negaranya dengan penuh ikhlas.

Kita boleh meneliti peristiwa sejarah ketika baginda Rasulullah SAW berhijrah meninggalkan kota Makkah menuju ke Madinah. Satu semangat cintakan negara tempat tumpah darahnya telah menjelma begitu hebat sekali di dalam diri baginda. Terdapat riwayat yang menceritakan bahawa baginda telah membisikkan rasa cintanya kepada kota Makkah, tanah tempat tumpah darah baginda itu dengan penuh perasaan ikhlas, iaitu ketika akan meninggalkan kota Makkah baginda mengungkapkan kata-kata berikut: (Materi Dakwah Terurai, 1993/1994)

Aduhai alangkah indahnya kamu bagi ku wahai negeri ku (Makkah),dan alangkah kasihnya daku kepada mu,seandainya tidak kerana diusir kaum ku untuk berpisah dengan mu,maka demi sesungguhnya tidak akan ku pilih kediaman ku selain daripada mu

Setelah mengucapkan kata-kata tersebut, maka baginda pun terus melangkah keluar, yang dilakukannya sebagai menunaikan satu perintah Allah SWT, yang di antaranya terdapat dalam fi rman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai hamba-hamba Ku yang beriman, sesungguhnya bumi Ku adalah amat luas, maka sembahlah Aku sahaja.

(al-Ankabut, 29:56)

Ketika inilah juga turunnya ayat al-Quran yang bermaksud:

Dan katakanlah : Tuhanku, masukkanlah aku dengan cara yang benar, dan keluarkanlah (pula) aku dengan cara yang benar, dan berikanlah kepada ku dari sisi mu kekuasaan yang (dapat) menolong.

(al-Isra’, 17:80)

Rasulullah SAW telah mengaspirasikan kepada umatnya bahawa cintakan tanah air dan negara adalah merupakan satu daripada tuntutan agama. Segala amal bakti yang dapat dicurahkan kepada negara hendaklah dilakukan dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Page 52: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 53

Malah kecintaan kepada watan inilah yang sering memerlukan pengorbanan fi zikal dan kerohanian yang seharusnya dilakukan mengikut kemampuan masing-masing atas sifat individu dan kelompok masyarakat. Baginda menterjemahkan kecintaan ini dengan pengorbanan yang besar, iaitu keluar meninggalkan tanah tempat tumpah darahnya yang amat tercinta dengan segala susah payah demi menunaikan tanggungjawab amanah Allah SWT yang dipikulnya, demi kelangsungan usaha mengembangkan ajaran Allah SWT, kerana sekiranya baginda tidak segera keluar dari Makkah pada saat itu, maka berkemungkinan besar sesuatu angkara yang amat berbahaya akan berlaku kepada baginda, yang jika ditakdirkan berlaku maka tugas baginda untuk menyebarkan agama Allah SWT akan tergendala.

Rasulullah SAW meskipun ditentang dengan kekasaran fi zikal, iaitu perbuatan ganas dalam bentuk yang menyakitkan jasad dan badan, seperti dilempar batu, onak, duri dan najis, juga ditentang dengan cabaran-cabaran untuk baginda meninggalkan tugasnya dalam menyampaikan agama tauhid kepada umat manusia. Namun Baginda sentiasa bertindak dengan penuh hati-hati, agar kekerasan tidak dibalas dengan kekerasan, terutamanya menyedari bahawa umat Islam pada permulaan dakwah baginda adalah kecil bilangannya, masih lemah dan masih bergantung kepada keadaan di sekeliling dari segi mendapatkan makanan dan minuman, sedangkan pihak musuh adalah terdiri daripada kaum yang telah lama bertapak, telah biasa dengan pembunuhan dan perbuatan kejam, yang hidup tanpa sebarang nilai akhlak dan peri kemanusiaan. Baginda perlu mengembangkan satu cara hidup dan akidah serta nilai-nilai moral kerohanian yang baru di dalam masyarakat yang amat liar itu kerana agama yang dibawa baginda adalah merupakan agama perdamaian, yang mengandungi akidah yang mantap dengan membawa misi tauhid dalam erti kata bahawa hanya Allah SWT merupakan Tuhan yang di sembah. Agama ini juga membawa ajaran yang penuh toleran dan nilai-nilai kerohanian serta akhlak yang seharusnya diamalkan dengan penuh sedar oleh semua umat manusia.

Akhirnya apabila keadaan menjadi amat genting, dan kedudukan umat Islam juga berada dalam bahaya di kota Makkah, maka baginda telah menyusun pelan aman yang penuh strategik, iaitu meninggalkan sementara tempat yang berbahaya itu, berundur daripada musuh, dalam pengertian bahawa berundur bukanlah bererti menyerah kalah, tetapi berundur untuk menyusun semula barisan dan kekuatan untuk kemenangan agama kemudian kelak. Sekiranya umat Islam yang lemah di Makkah mengambil sikap terburu-buru berkeras dan berkonfrontasi secara ganas, maka

Page 53: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

54 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

kedudukan yang berbahaya akan membawa mudarat pula kepada agama Islam itu sendiri. Maka tidak mengapa seruan dan dakwah di berhentikan sementara di Makkah, dengan harapan bahawa pada satu masa nanti, baginda akan kembali semula ke tanah tumpah darahnya untuk mencipta sejarah baru, iaitu dalam bentuk kemenangan kepada misi yang dibawanya daripada Allah SWT

Perasaan cintakan negara seperti inilah yang sewajarnya menunjangi gagasan 1Malaysia, iaitu semangat cintakan negara dan kerja keras dengan penuh ikhlas untuk pembangunan negara. Ianya wajar menjadi amalan dan sikap setiap warga negara tanpa mengira latar belakang agama, etnik dan budaya masing-masing.

Sejarah pembangunan tamadun Islam sejak zaman Rasulullah SAW sehingga ke zaman kegemilangan Islam yang telah bertapak di Eropah dan China telah membuktikan bahawa konsep ‘satu’ agama yang merujuk kepada agama tauhid yang merangkumi sistem akidah, syariah dan moral penganut Islam sentiasa mempunyai prinsip memberikan kebebasan beragama kepada semua orang dan menghormati penganut agama lain dan amalan yang mereka lakukan dalam agama mereka.

Sejarah membuktikan bahawa pemerintahan Islam semasa Rasulullah SAW di Madinah, dan semasa Islam memerintah Andalusia, pemerintah itu tetap berlaku adil terhadap semua rakyat tanpa sebarang tekanan yang boleh membawa kepada konfl ik yang akan menimbulkan perpecahan dan sengketa di dalam masyarakat. Dasar ini di hormati dan di fahami oleh semua warga yang menjadi rakyat di bawah pemerintahan itu, lalu tidak terdapat sebarang gerakan atau pengkhianatan yang berlaku di kalangan rakyat sehingga memungkinkan timbulnya rasa resah gelisah dan tidak puas hati di antara rakyat. Konsep 1Malaysia semestinya akan mengambil iktibar dari perjalanan sejarah ini, demi keamanan dan kekuatan Malaysia sendiri.

Proses Islamisasi

Aliran kebangkitan Islam seperti yang disebutkan di atas membawa kepada perbincangan yang amat penting dalam melahirkan intelektual Muslim yang mampu menghadapi ledakan teknologi maklumat, pembangunan sains dan teknologi, dan mampu pula menyahut cabaran modenisasi dan globalisasi yang melanda dunia baru.

Pembicaraan yang melibatkan para intelektual Islam seharusnya memfokuskan kepada dasar umum dalam proses ‘pengislaman’ atau

Page 54: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 55

mengislamisasikan seluruh sistem masyarakat dalam bidang ekonomi, politik, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi serta lainnya. Maka dalam hal ini, pendidikan dalam aspek teori dan konsepnya yang membicarakan tentang ilmu pengetahuan dan sainnya, haruslah juga didebatkan dan dibawa ke dalam proses ini, lalu timbullah proses Islamisasi pendidikan atau Islamisation of knowledge, dalam kerangka Islamisation of various aspects of society, economics, knowledge and science, politics, etc...(Muhammad al-Ghazali 1991)

Kongres Pendidikan Islam Sedunia yang diadakan di Makkah pada tahun 1977 seperti yang telah dinyatakan di atas yang telah berjaya mengumpulkan ramai sarjana Islam dalam pelbagai disiplin ilmu, terutamanya dalam bidang pendidikan, bersetuju dengan rumusan Kongres tentang ‘kesepaduan’ ilmu, dan falsafah pendidikan Islam yang berpaksikan tauhid. Berdasarkan hal inilah maka satu rangka kurikulum, kaedah mengajar, buku teks, latihan guru dan segala aspek yang menjadi teras falsafah ini haruslah disusun semula dalam mengembalikan keagungan pendidikan Islam yang telah berjaya membangunkan tamadun kemanusiaan yang unggul dalam sejarah kegemilangan umat Islam pada masa yang lalu.

Menurut rumusan Kongres tersebut pendidikan Islam haruslah mempunyai pendekatan dan kaedah ‘integrasi ilmu’ iaitu kesepaduan di antara ‘ilmu wahyu’ dan ‘ilmu akal manusia’ berkonsepkan tauhid. Maka telah diputuskan supaya negara-negara Islam melibatkan diri di dalam melaksanakan projek besar ini, iaitu mewujudkan institusi pendidikan yang dapat merealisasikan keputusan ini, memobilisasikan segala sumber kewangan, tenaga manusia dan kuasa politik dalam merangka kurikulum, menghasilkan buku teks dan rujukan, melatih tenaga pengajar dan perancangan lain ke arah melaksanakan falsafah dan konsep pendidikan tersebut.

Malaysia merupakan negara terawal yang mengambil keputusan untuk melaksanakan resolusi Kongres ini dan menggunakan segala sumber kewangan dan manusianya, berserta kuasa politiknya sehingga resolusi di dalam bentuk konseptual dan teori itu telah berjaya diterjemahkan ke dalam kenyataan dengan tertubuhnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, seperti yang disebutkan di atas, pada tahun 1981-82, hasil usaha segera pimpinan negara yang dimulai sebaik sahaja selesainya Kongres tersebut.

Bagaimana pun, pemikiran umat Islam nampaknya masih berbentuk stereotaip tentang pendidikan Islam. kerana pandangan dan pendapat

Page 55: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

56 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

para sarjana dan penyelidik Islam tentang pendidikan masih berbeza-beza, bukan hanya terhadap kurikulum dan pendekatan pengajaran ilmu pengetahuannya, malah ketika membicarakan isu pendidikan, maka terdapat kecenderungan para pemikir Islam yang akan memulakan perbicaraannya dengan mengkritik pendidikan Barat, sebagai sistem pendidikan yang permisif, mengeluarkan pelajar yang tidak berdisiplin, tidak bermoral, yang melakukan keganasan dan sebagainya.

Disebabkan oleh sikap dan kefahaman inilah, maka ketika Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ditubuhkan di Malaysia, pada peringkat awalnya terdapat negara-negara Islam sendiri yang tidak mengiktiraf Universiti tersebut sebagai ‘Universiti Islam’ kerana tidak ditubuhkan di atas konsep tradisi pusat pengajian tinggi Islam, yang seharusnya mempunyai Fakulti agama, seperti Fakulti Syariah dan Usuluddin, sedangkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ditubuhkan dengan hanya mempunyai dua buah fakulti menurut sistem pengajian ‘sekular’, iaitu Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Ekonomi. Konsep pengajian Islam seharusnya berdasarkan ‘Pengajian Islam’ atau Islamic studies menurut tanggapan golongan ini, yang menentang konsep dan falsafah ‘pendidikan’ dan ‘ilmu’ seperti yang diputuskan oleh Kongres Makkah pada tahun 1977 itu.

Malah, dalam mentafsirkan gagasan pendidikan Islam ini juga, terdapat pengkritik yang melangkah lebih jauh dari itu dengan menghukum sistem dan perkembangan pendidikan Barat sebagai pendidikan yang korup, oleh itu keperluan kepada sistem pendidikan Islam adalah merupakan satu keperluan fundamental kepada manusia sebagai satu-satunya sistem eksklusif yang dapat menyelamatkan manusia dan dunia pada masa hadapan. Namun dalam masa yang sama mereka nampaknya masih samar-samar tentang bentuk pendidikan Islam sebenarnya yang dapat menjamin kebahagiaan umat manusia di dalam dunia penuh persaingan dan dunia tanpa sempadan ini, juga masih samar-samar dalam membicarakan tentang system pendidikan Barat yang dihubungkan dengan ‘sistem sekular’ itu.

Dengan pendekatan mudah yang melabelkan bahawa ‘Barat itu buruk dan Islam itu baik’, maka umat Islam telah melahirkan dikotomi yang nyata dalam kajian saintifi k, termasuk ketika membicarakan isu pendidikan secara umumnya untuk dimanfaatkan oleh masyarakat Islam sendiri.

Kesamaran dan kekeliruan tentang konsep pendidikan Islam ini masih wujud dengan ketara di dalam sebahagian besar negara Islam, yang terus menerus mempertahankan pendidikan tradisional Islam dalam bentuk ritual, ibadat dan fardu ain semata-mata, dan menganggap bahawa

Page 56: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 57

pendidikan profesional dan teknikal, sains dan teknologi, serta disiplin dan ilmu lainnya adalah merupakan ilmu dan pendidikan sekular.

Kekuatan Umat Islam

Sejarah dan tamadun Islam membuktikan bahawa kekuatan umat Islam terus tertegak kerana keimanan mereka dan kekuatan keduniaan yang mereka miliki. Dalam jangka masa beberapa ratus tahun semenjak kewafatan Nabi Muhammad SAW, umat Islam telah berjaya menguasai empayar yang besar kerana mereka menguasai kekuatan iman dan dunia.Jaminan al-Quran yang menegaskan bahawa umat Islam adalah merupakan umat terbaik (Al ‘Imran, 3:110) telah dibuktikan oleh mereka dengan situasi tersebut, yang berterusan selama seribu tahun lagi selepas itu. Walau pun dalam masa yang tersebut umat Islam mengalami perpecahan dan perselisihan dalam pelbagai aspek pemerintahan dan masyarakat mereka, namun begitu mereka tidak pernah merasa goyang dan ragu-ragu tentang ketinggian agama Islam dan diri mereka sendiri sebagai penganutnya.

Kehadiran penjajah ke dalam dunia Islam pada abad kesembilan belas dan kedua puluh, sebenarnya merupakan di antara faktor utama yang telah memberi kesan kepada pembekuan pemikiran dan sikap umat Islam, sehingga mereka terjebak ke dalam perangkap psikologi yang hebat daripada penjajah, merasakan bahawa segala sesuatu yang dibawa oleh penjajah itu adalah sesuatu yang bersifat ‘luar’ dan ‘asing’, terutamanya apabila umat Islam mengalami pengalaman yang amat pahit, kalah dalam ketenteraan, politik dan intelek mereka. Oleh itu mereka sering merasakan bahawa mereka berhadapan dengan cabaran ‘orang luar’, ‘pihak lain’ dan ‘orang lain’ yang bukannya ‘kepunyaan kita’, bukannya ‘sealiran dengan kita’ dan semestinya bertentangan dengan ‘kepunyaan kita’.

Akhirnya timbullah perasaan bahawa sesuatu yang dibawa oleh penjajah itu adalah ‘dunia’ bertentangan dengan ‘akhirat’, ‘rosak’ bertentangan dengan ‘sejahtera’ dan sebagainya. Mulai dari situasi ini, umat Islam telah mengambil sikap dan pendirian menentang secara menyeluruh sesuatu yang dirasakan telah dibawa dari luar dan akan dipaksa untuk mereka menerima dan menelannya. Bertolak dari keadaan inilah maka hukuman yang dijatuhkan oleh umat Islam terhadap sesuatu yang dianggapnya terkeluar dari ‘orang lain’ itu adalah dalam bentuk ‘hitam putih’ tanpa adanya warna lain, iaitu sama ada salah sepenuhnya atau betul sepenuhnya tanpa dapat pula dianalisis untuk berada di pertengahan,

Page 57: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

58 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

sedangkan hukum agama pun tidak semestinya hanya halal dan haram, malahan terdapat hukum sunat, harus dan makruh.

Oleh itu ketika membicarakan isu pendidikan Islam, maka saya rasa fokusnya mungkin agak tidak relevan untuk membicarakan teori pendidikan itu. Segala rencah ilmu dan konsep serta perlaksanaan agenda pendidikan Islam yang telah melahirkan para ilmuwan dan sarjana Islam pada masa lampau rasanya mencukupi untuk kita membangunkannya semula pada masa kini dan masa yang akan datang. Hal inilah juga yang telah dicernakan oleh Kongres Makkah 1977 itu.

Sebaliknya isu yang harus dibicarakan dengan serius pada masa ini ialah isu ‘mentaliti, pemikiran, sikap dan kesediaan umat Islam sendiri dalam menghadapi cabaran semasa yang menghimpit mereka. Umat Islam seharusnya mengetahui masalah mereka dan masalah orang di sekeliling mereka, dunia mereka dan dunia orang lain, mampu memikir dan menterjemahkan konseptual dan idealisme Islam kepada program kerja dan peranan mereka secara praktikal yang seharusnya dilaksanakan oleh mereka sebagai agensi manusia, atau sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Pendekatan umat Islam secara apologetic dengan semata-mata menekankan tentang idealism dan zaman kegemilangan Islam silam haruslah diperiksa semula dan diberikan penambahan nafas baru dengan mengambil iktibar dan mengambil kira realiti umat Islam masa kini, dan realiti sejarah umat sendiri sebagai umat manusia lain yang terus menerus mengalami jatuh bangunnya mengikut perkembangan zaman dan peredaran waktu. Rethinking tentang pendekatan umat Islam terhadap segala isu mereka, (bukan hanya tentang isu Pendidikan Islam), memerlukan perubahan bicara dan fokus daripada membicarakan sejarah Islam kepada membicarakan sejarah umat Islam, walau pun kedua-duanya mungkin membawakan kesimpulan yang sama, tetapi penekanan dan pokok pembicaraan tentang sejarah umat itu akan lebih memfokuskan kepada realiti mereka dan penyelesaiannya akan lebih berbentuk praktikal, lebah berpijak di atas bumi nyata.

Umat Islam pada hari ini terperangkap di dalam jebak yang banyak. Krisis ‘dalaman’ di antara umat kerana perselisihan pentafsiran tentang agama, isu remeh temeh perbezaan mazhab fi qah, isu ijtihad dan cabang syariah, politik partisan, dan hal-hal lain yang sepatutnya telah lama diselesaikan, menjadikan umat ini seringkali berpecah belah dan tidak mendapat kata sepakat dalam membangun agama dan umatnya sendiri.

Page 58: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 59

Umat Islam sendiri haruslah bersedia untuk berubah. Sekiranya pendidikan merupakan satu agen perubahan penting yang seharusnya dipergunakan untuk mengubah pemikiran dan sikap serta keterampilan umat ini, maka kajian yang mendalam haruslah dimulakan dalam menyemak semula sistem pendidikan di dalam negara Islam. Apakah pendidikan Islam itu sinonim hanya dengan tahfi z, fardu ain, ibadat formal dan pengajian ‘Islam’ sahaja, yang tidak berpijak di atas bumi nyata pada hari ini, supaya pendidikan Islam akan terus menerus berada di dalam arus perdana dunia dan akhirat untuk memartabatkan umat ini sebagai umat yang berperadaban dan mempunyai jati diri yang utuh.

Penutup

Syarahan ini telah cuba untuk memberikan beberapa idea dan pemikiran yang objektif tentang pembangunan tamadun dan jati diri bangsa melalui fakta sejarah Islam dan perspektifnya. Bertolak dari hakikat itulah, maka pembangunan bangsa Malaysia umumnya, umat Islam khususnya, dapat dikaji dengan penuh strategik, seterusnya menjadi agenda pembangunan bangsa Malaysia dan umat Islam pada masa yang akan datang, terutamanya melalui komitmen Kerajaan dan rakyat dalam melaksanakan segala langkah dan perancangan yang positif ke arah mewujudkan kesejahteraan negara dan bangsa, seperti yang di institusikan dalam gagasan terbaru negara, iaitu gagasan 1Malaysia.

Sesungguhnya Universiti Kebangsaan Malaysia, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang diasaskan di atas semangat kebangsaan yang sejati untuk meningkatkan pendidikan kebangsaan dalam memartabatkan tamadun dan jati diri bangsa, adalah merupakan satu institusi yang mempunyai potensi untuk memupuk dan merealisasikan dasar ini, malah kemajuannya selama ini telah pun menampakkan pencapaiannya yang pesat dalam mencapai objektifnya.

Tidak syak lagi bahawa pendidikan adalah merupakan saluran yang amat penting dalam menempa tamadun dan peradaban bangsa, dan meningkatkan prestasi negara dalam mencapai matlamat untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang juga diasaskan atas inspirasi yang bermatlamatkan ketinggian tamadun dan peradaban Islam dan umatnya, seharusnya dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam kajian dan perancangan pendidikan Islam yang dinamik untuk segala peringkat

Page 59: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

60 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

pendidikan Islam di negara kita ini. Hanya melalui pendidikan Islam yang lebih iltizam dengan falsafah dan konsep ilmu, serta lebih terbuka kepada cabaran-cabaran global dan moden, negara akan dapat mengeluarkan para intelek Islam yang mampu berfi kir dan berusaha untuk membangunkan negara dan bangsa yang berperadaban di jalannya yang betul.

Seperti yang disebutkan beberapa kali di dalam syarahan ini, bahawa Perlembagaan negara adalah merupakan jaminan yang kuat untuk melindungi hak dan kebebasan rakyat. Selagi kedaulatan Perlembagaan dapat dihormati dan dipatuhi, maka selama itulah negara dan bangsa Malaysia akan dapat membangun dalam acuannya yang mantap bagi negara kita ini, dan sekali gus dapat menyumbang kepada kesejahteraan sejagat, dunia Timur dan Barat, dunia ketiga dan dunia Islam seluruhnya.

Saya yakin bahawa Gagasan 1Malaysia mempunyai kekuatannya tersendiri sekiranya Gagasan itu dapat di bangun dan dilaksanakan dengan penuh teliti dan berterusan, bersama-sama dengan dasar negara yang telah dilancarkan sebelum ini, iaitu yang bermatlamat untuk membangun bangsa menjadi bangsa berperadaban dan mempunyai jati diri yang kuat, Insya’ Allah.

Rujukan

Al-Qur’an Al-Karim. _________. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. 2001.

Kuala Lumpur: Darulfi kr. _________. Al-Quran Dan Terjemahannya. t.th. Al- Madinah Al-Munawarrah

Saudi Arabia: Mujamma’ Al-Malik Fahd Li Tiba’ah Al-Mushaf Al-Sharif . Abdullah Haji Ahmad Badawi. 2007. Moving Forward – Towards Excellence.

Dlm Islam Hadhari Approach, Towards A Progressive Islamic Civilisation. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Abdul Hayy Yahya Zalloum. 2005. Al-Hurub al-Bitrul al-Salibiyyah Wa al-Qarn al-Amriki al-Jadid. Beirut: t.tp.

Abdull Rahman Mahmood, Jaffary Awang & Zakaria Stapa (pnyt.). 2009. Survival Politik Muslim Malaysia. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Manaf Ahmad. 2003. Islam Hadhari Dalam Negara Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Abdul Monir Yaacob (pnyt.). 1999. Prinsip-Prinsip Pemerintahan Dalam Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Page 60: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 61

Abdul Monir Yaacob & Suzalie Mohamad (pnyt.). 2002. Etika dan Budaya Berpolitik dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Abdul Monir Yaacob (pnyt.). 2004. Konsep Ulilamri Di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ahmad Ibrahim. 1997. Pentadbiran Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ahmad Ibrahim. 1999. Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dan Perlembagaan Malaysia. Dlm. Abdul Monir Yaacob (pnyt.). Prinsip-Prinsip Pemerintahan Dalam Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ali Al’Amin Mazrui. 2010. Myth or Reality. Putrajaya Premier Lecture Series. 18 Mach 2010.

Altaf Gauhar. 1978. The Challenge of Islam. London: Islamic Council of Europe.Ammar al-Talbi. 1993 Prospects: The Quarterly Review of Comparative Education

(Paris, UNESCO, International Bureau of Education) Vol XXIII, no 1/2Amstrong, K. 2002. Islam: A Short History. London: Phoenix Press.al-Attas, Syed Ali Tawfi k. 2005. Abdullah Ahmad Badawi: Revivalist of an

Intellectual Tradition. Malaysia: Pelanduk Publication.Carter, J. 2006. Palestine, Peace not Apartheid. United Kingdom: Pocket Book.Chandra Muzaffar. 2005. Civil Society in The Muslim World. Dlm. The Ummah

At The Crossroads: The Role of OIC. Kuala Lumpur: Institute of Knowledge Advancement and Institute of Diplomacy and Foreign Relations Malaysia.

Comber, L. 2007. Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina. Terj. Omardin Haji Ashaari. Malaysia: IBS Book.

Eboo Patel. 2009. The New Wannabe Jihadis. http://www.huffi ngtanpost.com [5 Februari 2010]

Eboo Patel 2003. On Naturing Modern Muslim Identity. http://www.huffi ngtanpost.com [5 Februari 2010]

Espesito, J. (pnyt.). 1987. Islam in Asia: Religion, Politics and Society. New York: Oxford University Press.

Faiza Tamby Chik. t.th. Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri: Kesannya Dalam Pembangunan Ummah. Dlm. Khairul ‘Azmi Mohamad & Abdul Monir Yaacob (pnyt.). Pelaksanaan Hukum Syarak Di Malaysia. Johor: Pejabat Menteri Besar Johor.

Farish A. Noor. 1997. Terrosing the Truth, Just World Trust. Penang: t.pt.Hussin Mutalib. 1993. Islam in Malaysia, From Revivalisme to Islamic State.

Singapore: University Press.Ismail Ibrahim. 2005. Yang Tersirat Dalam Negara Islam Membangun. Kuala

Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).Ismail Ibrahim. 2009a. Falsafah Hijrah dalam Gagasan 1Malaysia. Kuala Lumpur:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Page 61: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

62 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari

Ismail Ibrahim. 2009b. Ihsan Dalam Perkhidmatan Awam. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Perkhidmatan Awam. Anjuran Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Kuching, 8 Disember.

Ismail Ibrahim. 2010. Ucaptama Seminar Serantau : Islam Dan Kesejahteraan Sejagat, Kesejahteraan Sejagat : Persefahaman Dunia Islam Dan Barat, 24 – 25 Februari 2010, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam

Karlson, I. 1998. The Need For Bridge Building – How Can Mutual Tolerence And Respect Be Promoted? Dlm. Ismail Ibrahim & Abu Bakar Abdul Majeed (pnyt.). The Islamic World And Europe: Some Issues. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Kua Kia Soong. 2007. May 13 Declassifi ed Documents on the Malaysian Riots of 1969. Malaysia: SUARAM.

Laman web 1Malaysia. 2009. http://www. 1Malaysia.org.com. [Februari 2010]Lee Kwan Yew, TIME Magazine Cover Story, December 12, 2005)Leon Comber 1985. 2007. Peristiwa 13 Mei. Terj. Omardin Haji Ashaari. Petaling:

IBS Buku, JayaMahathir Mohamad. 1998. Europe And the Islamic World. Ucaptama Seminar

The Islamic World and Europe: Some Issues. Dlm. Ismail Ibrahim & Abu Bakar Abdul Majeed (pnyt.). The Islamic World And Europe: Some Issues. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Mahathir Mohamad. 1999. Ucaptama Seminar Prinsip-Prinsip Pemerintahan Dalam Masyarakat Majmuk. Dlm Abdul Monir Yaacob (pnyt.). Prinsip-Prinsip Pemerintahan Dalam Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Najib Tun Abdul Razak. 2005. Proceedings International Conference, Ucapan Penutup The Ummah at the Crossroads: The Role of OIC (13 – 14 Oktober 2003 PWT, KL) Institute of Knowledge Advancement and Institute of Diplomacy and Foreign Policy

Najib Tun Abdul Razak. 2007. Ucapan Perasmian Konvensyen. Dlm Prosiding Konvensyen Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Md. Asham Bin Ahmad. 2010. Antara Nama dan Hakikat. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ministry of Education Malaysia. 2001. Education in Malaysia - A Journey to Excellence.

Muhammad Legacy of the Prophet . 2009. www. Islamproject.org [ Julai]Muhammad Asad. 1982. Islam At The Crossroads. Petaling Jaya: Dar Al-Andalus

Limited. Mohamad Abu Bakar. 1998. Islam, Malaysia and Europe: Perceiving The Past,

Perfecting The Future. Dlm. Ismail Ibrahim & Abu Bakar Abdul Majeed (pnyt.). The Islamic World And Europe: Some Issues. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Page 62: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim | 63

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Pembangunan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Zulkiple Abd. Ghani, Othman Talib, Farid Mat Zain & Ezad Jamsari. 2006. Syeikh Abdullah Fahim, Ulama Melayu Progresif. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 63: Gagasan 1 Malaysia, Peradaban Dan Identiti Bangsa Pendekatan Hadhari

64 | Gagasan 1Malaysia, Peradaban dan identiti Bangsa: Pendekatan Hadhari