panduan perkembangan pembelajaran murid pendidikan sivik...

8
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

Upload: dangxuyen

Post on 06-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK ...files.zaharudin78.webnode.com/200000543-d5793d76d6/PPPMPENDIDI… · PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TINGKATAN 2

Page 2: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK ...files.zaharudin78.webnode.com/200000543-d5793d76d6/PPPMPENDIDI… · PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

2

MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

OBJEKTIF KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Objektif Pengetahuan

i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera. iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera. iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik. v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara. vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.

Objektif Kemahiran

i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.

Page 3: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK ...files.zaharudin78.webnode.com/200000543-d5793d76d6/PPPMPENDIDI… · PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

3

Objektif Nilai

i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan. iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia. iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama. vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab. vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.

Page 4: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK ...files.zaharudin78.webnode.com/200000543-d5793d76d6/PPPMPENDIDI… · PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

4

BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Mengetahui asas identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.

2 Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.

3 Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan serta boleh melaksanakan kemahiran sivik dengan baik.

4 Mengetahui, memahami dan mengamalkan kemahiran sivik dengan dedikasi ke arah membentuk warganegara yang berakhlak mulia bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu.

5 Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten ke arah melahirkan warganegara yang bersikap positif, bertanggungjawab, berupaya menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi cabaran.

6 Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten sebagai warganegara yang, berakhlak mulia, prihatin, berwawasan, bertanggungjawab, patriotik dan bersedia menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat dan negara serta boleh diteladani.

Page 5: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK ...files.zaharudin78.webnode.com/200000543-d5793d76d6/PPPMPENDIDI… · PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

5

TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR

PENCAPAIAN KENDIRI

a. Kecemerlangan diri

&

HUBUNGAN KEKELUARGAAN

b. Perpaduan dalam keluarga

1

Menyatakan ciri-ciri kecemerlangan diri dalam aspek pendidikan, perwatakan, kemahiran berkomunikasi, dan kemahiran membuat refleksi secara ringkas.

2

Membuat refleksi untuk membaiki kelemahan diri dengan jelas.

3

Merancang sambutan hari khas keluarga untuk menunjukkan peranan setiap anggota keluarga dengan teratur.

4

Berupaya menyelesaikan pelbagai konflik dalam keluarga berdasarkan situasi yang diberi secara rasional.

5

Mencipta dialog dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi untuk menyelesaikan konflik dalam keluarga dengan beradab.

6

Mempersembahkan lakonan berdasarkan dialog yang telah dihasilkan dengan sempurna.

Page 6: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK ...files.zaharudin78.webnode.com/200000543-d5793d76d6/PPPMPENDIDI… · PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

6

TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR

HIDUP BERMASYARAKAT

a. Hormati hak orang lain

b. Pemupukan semangat kekitaan

1

Menyatakan hak orang lain yang perlu dihormati dengan ringkas.

2

Menyenaraikan kepentingan menghormati latar belakang, kebolehan dan bakat serta pendapat orang lain dengan betul.

3

Mengenal pasti perbezaan latar belakang antara rakan sebaya dengan jelas.

4

Mempamerkan maklumat mengenai agensi yang membantu menjaga kesejahteraan masyarakat secara kreatif.

5

Merangka projek khidmat masyarakat bertemakan Hidup Bermasyarakat dengan terperinci.

6

Melaksanakan projek khidmat masyarakat yang telah dirangka dengan sempurna.

Page 7: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK ...files.zaharudin78.webnode.com/200000543-d5793d76d6/PPPMPENDIDI… · PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

7

TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR

WARISAN

KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

a. Warisan kesenian pelbagai kaum

1

Mengenal pasti jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia dengan betul.

2

Menyenaraikan contoh muzik, tarian, dan kraftangan mengikut kaum di Malaysia dengan tepat.

3

Menerangkan cara-cara mengekalkan warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia dengan jelas.

4

Mengumpul maklumat salah satu jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia dengan lengkap.

5

Menghasilkan koleksi tentang warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia dengan kreatif.

6

Melibatkan diri dalam aktiviti warisan kesenian pelbagai kaum seperti pertandingan, pameran, pertunjukan di pelbagai peringkat dengan aktif.

Page 8: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK ...files.zaharudin78.webnode.com/200000543-d5793d76d6/PPPMPENDIDI… · PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

8

TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR

MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

a. Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

b. Raja Berperlembagaan

c. Peranan dan tanggungjawab warganegara dalam kerajaan demokrasi.

CABARAN MASA DEPAN

a. Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara.

b. Bekerjasama dan bersatu padu dalam meghadapi pelbagai cabaran

1 Menyatakan susunan proses pilihanraya di Malaysia dengan tepat.

2 Mengenal pasti tanggungjawab sebagai warganegara dengan betul.

3 Menghuraikan ciri-ciri pemimpin yang berwawasan dalam mewujudkan pentadbiran yang berkesan dengan terperinci.

4 Menjelaskan tujuan penubuhan dan bentuk kerjasama negara anggota ASEAN dengan tepat.

5 Membuat kajian mengenai penglibatan Malaysia dalam menyelesaikan isu keamanan serantau dan dunia secara sistematik.

6 Membuat pembentangan mengenai peranan Malaysia Sebagai Negara Berdaulat dalam menyelesaikan isu keamanan serantau dan dunia secara kreatif dan menarik.