domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

25
Domain Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 3.1.1 Sivil

Upload: syafie90

Post on 02-Jul-2015

4.145 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

Untuk Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

TRANSCRIPT

Page 1: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Domain Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

3.1.1 Sivil

Page 2: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Konsep demokratik dalam masyarakat

• Demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan pemilihan rakyat.

• Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi

• Raja Berperlembagaan

• Sistem Republik

Page 3: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Republik adalah sebuah keadaan bentuk kerajaan, di mana beberapa orang atau bahagian masyarakat mempertahankan kawalan tertinggi kerajaan, dan di mana ketua negara bukan seorang raja.

• Perkataan "republik" berasal dari frasa Latin res publica, yang boleh diterjemahkan sebagai "urusan awam".

Page 4: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.

• Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaannegara.

• Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.

Page 5: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak (1957)

• Demokrasi Berparlimen bermaksud

rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara

Raja-Raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat.

Rakyat berpeluang membentuk kerajaan.

Rakyat bebas memilih perwakilan

Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

Page 6: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Nilai Asas Masyarakat

• Malaysia sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kebudayaan.

• Kebudayaan Melayu itu sendiri berteraskan ajaran agama Islam. Kebudayaan orang Melayu mengutamakan nilai-nilai sopan-santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat.

• Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan. Semua bentuk kebudayaan serta agama-agama lain adalah sentiasa dihormati.

Page 7: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Agama

– Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani (Kristian), di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini.

– Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.

Page 8: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Bahasa Rasmi

– Bahasa rasmi yang digunakan di negara ini ialah Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) namun, bahasa-bahasa berbagai kaum dan suku kaum yang lain adalah bebas digunakan seperti bahasa Cina dan Tamil.

– Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan digunakan dengan meluasnya di bidang-bidang perdagangan dan perindustrian.

Page 9: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Festival Dan Perayaan

–Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna-warni. Penduduknya yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun.

– Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira keturunan, turut serta memeriahkan suasana dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.

Page 10: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Islam

– Bagi umat Islam, tiga perayaan utama diraikan, iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Hari Raya Puasa diraikan bagi menandakan berakhirnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

– Hari Raya Haji (Aidiladha) dirayakan pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan ibadat Haji di Mekah berada di peringkat akhir ibadah mereka.

– Pada pagi hari tersebut umat Islam menunaikan sembahyang Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid. Mereka yang berkemampuan akan mengerjakan ibadat korban.

– Perayaan Maulidur Rasul pada bulan Rabiulawal, dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Page 11: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Cina– Rakyat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun

Baru Cina pada hari pertama di dalam bulan pertama kalendar Cina pada bulan Januari atau Februari setiap tahun.

– Perayaan bermula dengan kaum keluarga berkumpul untuk makan malam bersama. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari Chap Goh Mei yang dirayakan pada malam ke-15.

– Seperti biasa di perayaan ini, pemberian bungkusan merah "angpow" memeriahkan lagi suasana, terutama kepada kanak-kanak.

– Selain itu, terdapat juga perayaan Kuih Bulan yang ada kaitannya dengan legenda bidadari dari bulan lapan kalendar Cina. Kuih-kuih bulan dan tanglung-tanglung adalah ciri-ciri utama perayaan tersebut.

Page 12: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Hindu– Bagi penganut agama Hindu,

Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut kalendar keturunan Tamil (OktoberNovember) merupakan masa untuk kaum keluarga dan sanak-saudara bergembira.

– la menandakan kemenangan, kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

– Perayaan bermula dengan upacara sembahyang dan diikuti dengan kunjungan ke rumah sanak saudara.

– Di waktu malam, pelita-pelita dipasang untuk memeriahkan lagi perayaan.

Page 13: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Buddha

– Bagi para penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak sebagai memperingati tiga peristiwa penting di dalam hidup Buddha, iaitu hari keputeraannya, hari mencapai kemantapan fikirannya dan juga hari kemangkatannya.

– Di perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan perarakan diadakan.

Page 14: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Kristian

– Pada Bulan Disember para penganut Kristian merayakan Hari Krismas sebagai menandakan kelahiran Nabi Isa a.s., dengan bersembahyang di gereja-gereja dan menziarahi suadara-mara dan rakan-rakan.

Page 15: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Perayaan bangsa di Sarawak dan Sabah

– Pada bulan Mei setiap tahun di Sabah, orang-orang Kadazan mengadakan Perayaan Menuai yang merupakan satu acara penting untuk para petani mereka.

– Kemuncak perayaan ialah persembahan tarian Sumazau. Tamu Besar atau pasar tahunan pula merupakan satu pesta di mana acara-acara sukan tradisional diadakan.

Page 16: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

– Perayaan-perayaan tradisi orang-orang Dayak di Sarawak pula terdiri daripada

• Gawai Batu (permulaan musim menanam padi),

• Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik)

• Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai)

• Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia).

• Gawai Kenyalang

• Tarikh 1 jun adalah Hari Gawai di mana beberapa gawai dirayakan di negeri tersebut.

Page 17: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Kebebasan bersuara

• Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan.

• Istilah yang bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai • kebebasan bersuara secara

verbal

• tindakan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat atau idea

Page 18: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat berkait dengan, tetapi berasingan dengan, konsep kebebasan berfikir atau kebebasan menilai.

• Tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan, misalnya dalam konteks "kebencian".

Page 19: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat

• diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR).

• ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan. Kesemua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat"

Page 20: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Hak mendapatkan kebebasan bersuara dan penyataan pendapat

• Perkara 19 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politikal

• Perkara 10 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia

• Perkara 13 Konvensyen Amerika mengenai Hak Asasi Manusia

• Perkara 9 Piagam Afrika mengenai Hak Asasi Manusia dan Rakyat.

Page 21: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Tiga Bentuk Kebebasan Bersuara

• Hak mencari maklumat dan idea;

• Hak mendapatkan maklumat dan idea;

• Hak menyebarkan maklumat dan idea.

Piawaian antarabangsa, perantauan dan negara juga mengiktiraf bahawa kebebasan bersuara termasuk sebarang medium, termasuk pertuturan, penulisan, pencetakan, atau melalui Internet dan bentuk kesenian. Ini bermaksud perlindungan kebebasan bersuara sebagai hak tidak termasuk hanya kandungan, tetapi jenis medium penyataan

Page 22: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Asal dan kebebasan akademik

• Kebebasan bersuara dan menyuarakan pendapat mempunyai sejarah panjang sebelum instrumen hak asasi manusia antarabangsa kini.

• diistiharkan dalam Khulafah Ar-Rashidin iaitu oleh Khalifah Umar pada abad ke-7.

• Pada zaman Khulafah Abbasid (Abbasiyyah), kebebasan bersuara juga diistiharkan oleh al-Hashimi (sepupu Kalifah al-Ma'mun) dalam satu surat perutusan kepada pesaing agamanya yang hendak diserunya memasuki Islam melalui penggunaan kewajaran.

Page 23: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

• Mengikut kata George Makdisi dan Hugh Goddard, "idea kebebasan akademik" di universiti "didasarkan piawaian Islam" sebagaimana dilakukan pada sistem Madrasah" pada kurun ke-9.

• Pengaruh Islam "semestinya jelas pada asas universiti yang dirancangkan di Eropah, iaitu Universiti Naples Federico II yang diasaskan oleh Maharaja Rom Suci, Frederick II pada tahun 1224.

Page 24: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Pengehadan kebebasan bersuara

• Kebebasan bersuara bukan hak mutlak.

• Sistem perundangan dan masyarakat secara keseluruhannya mengiktiraf pengehadan pada kebebasan bersuara, terutama apabila hak ini berkonflik dengan nilai atau hak lain.

• Menggunakan kebebasan bersuara selalu dalam konteks nilai yang bercanggah. Pengehadan pada kebebasan bersuara mungkin berasal daripada "prinsip padah" atau "prinsip menyinggung (perasaan)"

Page 25: Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan