panduan pengurusan kurikulum

8
PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM Pengurusan Kurikulum Di Sekolah Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak sebagai badan akademik tertinggi yang memainkan peranan penting memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum sekolah berkesan dan berkualiti. Semua bidang / unit dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertanggungjawab secara langsung mempertingkatkan prestasi akademik sekolah. OBJEKTIF 1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan. 2. Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah. 3. Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah piawaian kualiti. DASAR KURIKULUM SEKOLAH 1. Menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum sekolah supaya selari dengan dasar yang ditetapkan oleh JPN/KPM dan Akta Pendidikan Negeri. 2. Mesyuarat mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah minimum 4 kali setahun. menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun. menetapkan sistem fail / format dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran. 3. Sukatan / Rancangan Pelajaran menetapkan dasar penyediaan RPT dan Huraian serta kaedah penyediaan Rekod Persediaan Mengajar. garis panduan jenis buku/bahan/alat rujukan yang boleh digunakan dlm menyediakan rancangan pengajaran.

Upload: hayati-yusof

Post on 04-Sep-2015

20 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

p

TRANSCRIPT

PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM

Pengurusan Kurikulum Di Sekolah Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak sebagai badan akademik tertinggi yang memainkan peranan penting memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum sekolah berkesan dan berkualiti. Semua bidang / unit dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertanggungjawab secara langsung mempertingkatkan prestasi akademik sekolah.

OBJEKTIF 1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan. 2. Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah. 3.Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah piawaian kualiti.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH 1. Menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum sekolah supaya selari dengan dasar yang ditetapkan oleh JPN/KPM dan Akta Pendidikan Negeri.

2. Mesyuarat mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah minimum 4 kali setahun. menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun. menetapkan sistem fail / format dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran.

3. Sukatan / Rancangan Pelajaran menetapkan dasar penyediaan RPT dan Huraian serta kaedah penyediaan Rekod Persediaan Mengajar. garis panduan jenis buku/bahan/alat rujukan yang boleh digunakan dlm menyediakan rancangan pengajaran.

4. Jadual Waktu menetapkan waktu sekolah. menetapkan sistem jadual waktu. menetapkan dasar pengagihan tugas-tugas mengajar dan bilangan waktu mengajar untuk penyediaan jadual waktu induk dan persendirian. menetapkan dasar penyediaan jadual waktu ganti dan pengisiannya.

5. Penilaian Dan Peperiksaan a ) menetapkan sistem pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah yang berkaitan dengan: jenisnya (formatif, sumatif, kerja kursus, ujian lisan, PEKA, PAFA dan lain-lain) bilangan dan takwim format (bentuk soalan, masa dan skema jawapan) syarat lulus kumpulan sasaran jadual penentu ujian ( JPU ) pengawasan headcount.

6. Anggaran Perbelanjaan menetapkan dasar perbelanjaan tahunan dengan wang kerajaan, SUWA dan lain-lain bagi setiap panitia /unit. menentukan dasar perolehan, penggunaan, penyenggaraan, hapus kira peralatan dan kemudahan prasarana.

7. Pemantauan

a.) menentukan dasar dan sistem pemantauan yang berkesan pengurusan P & P pengurusan panitia peperiksaan dan penilaian jadual waktu pengurusan kewangan bilik-bilik khas

b) menetapkan jawatankuasa pemantauan

c) menetapkan jadual waktu pemantauan

PANDUAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KURIKULUM.

1.0 TUGAS TUGAS AKADEMIK

1.1 Sebagai seorang pegawai profesional, guru-guru adalah diharapkan untuk menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang tinggi serta bermutu. 1.2 Dasar-dasar berikut perlu dipatuhi:a. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada murid berdasarkan garis-garis panduan yang telah ditetapkan oleh ketua Jabatan dan Guru Kanan masing-masing.b. Kerja rumah yang diberikan kepada murid hendaklah diperiksa dengan teliti.c. Penyelaras Kurikulum adalah diberi kuasa untuk mennyemak dan menentukan buku rampaian,buku kerja dan lain-lain diperiksa dengan teliti.d. Pemeriksaan buku seperti di atas tidak dibenarkan dibuat semasa mengajar di dalam kelas, melainkan guru berkenaan mengawasi kerja murid di meja murid.e. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti seboleh-bolehnya hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu. Tugas ini adalah tugas rasmi guru-guru.f. Menghadiri kursus yang berkaitan dalam panitia .

2.0 BUKU REKOD PERSEDIAAAN MENGAJAR 2.1 Peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan denganpengisian Buku Rekod Persediaan Mengajar hendaklah dipatuhi.Perkara berikut mesti ada :a. Salinan Jadual Waktu Persendirian serta analisanya sekali.b. Salinan Sukatan Pelajaran dan HSP.c. Rancangan Pelajaran Harian mengikut minggu/bulan.d. Salinan Kertas Soalan, Peperiksaan/Ujiane. Keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajarf. Penulisan mengikut format semasa.

3.0 HUBUNGAN GURU MURID 3.1 Sebagai pendidik, guru diperlukan mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-muridnya dan cuba memahami dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh muridnya. 3.2 Disiplin murid adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Segala pelanggaran disiplin hendaklah diambil tindakan segera oleh guru yang menghadapai masalah tersebut. Pelanggaran disiplin yang serius seperti surat pekeliling KP. 8553/Vol. 2/(55)bertarikh 04/11/1975 hendaklah dirujuk kepada guru disiplin /Guru Besar. 3.3 Guru-guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin murid-muridnya dan sentiasa mengawasi supaya tidak ada murid yang ponteng dari kelasnya dan semua murid dalam keadaan bersedia untuk belajar sepanjang proses P&P. 3.4 Guru hendaklah menunjukkan teladan dan sikap serta perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh murid. 3.5 Guru yang mendapati murid sakit atau ditimpa kemalangan hendaklah melaporkannya kepada Guru Bertugas Harian atau kepada Penolong Kanan dengan segera. 3.6 Membuat catatan dalam buku salah laku setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid.

4.0 PERANAN JAWATANKUASA KURIKULUM

Bertanggungjawab meninggikan taraf pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolahsupaya mereka dapat menunjukkan prestasi yang baik di dalam semua bidang yang ada disekolah.4.1Merancang program dalam panatia4.2Menentukan perjalanan Panitia Mata Pelajaran4.3 Membincang/menilai prestasi murid-murid dan langkah-langkah untuk memperbaikinya:4.4Mengadakan kelas-kelas pemulihan.4.5Mengadakan kelas-kelas bimbingan.4.6. Merancang dan mengelolakan kursus-kursus in-house training untuk semua guru di sekolah masing-masing.4.7. Sentiasa mengikuti perkembangan baru kursus-kursus Pengajian Kementerian Pendidikan.4.8. Berusaha untuk memperbanyakan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.4.9Mengetahui mengenai bahan-bahan rujukan yang ada di perpustakaan sekolah dan pelbagai sumber.4.10 Penyelaras penilaian bulanan / penggal / tahunan.4.11. Penyelaras latihan-latihan murid.4.12. Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.

5. TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA5.1. Membantu Penolong Kanan dan penyelarasdalam bidang kurikulum.5.2 Menyelaras waktu-waktu mesyuarat panitia dan memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.5.3 Membantu menyelaras kelas kecemerlangan serta kegiatan pemulihan/pengukuhan/ pengayaan5.4 Menyelaras segala jenis program kecemerlangan akademik.5.5 Menyelaras dan memantau perlaksanaan program yang dirancang panatia.5.6 Membantu merancang pengagihan jadual waktu kelas dan guru.5.7 Membantu di dalam penyelarasan pencerapan.

6. SENARAI TUGAS GURU PANITIA MATA PELAJARAN6.1 . Ahli JK Kurikulum sekolah.6.2Mendapat dan mengedarkan sukatan pelajaran berkenaan kepada guru-guru mata pelajarannya.6.3Mengambil tahu akan perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran masing-masing.6.4Mengadakan dan memanggil mesyuarat panitia seberapa kerap yang boleh ( sekurangkurangnya sekali dalam satu penggal ) untuk menerangkan rancangan atau lain-lain hal yang berhubung dengan mata pelajaran.6.5 Mengetahui senarai buku-buku teks yang hendak digunakan oleh guru mata pelajaran.6.6Bertanggungkawab untuk menentukan rancangan tahunan/mingguan dan bahan bantu belajar yang sesuai.6.7 Membantu Guru Besar, penyelaras memeriksa buku-buku latihan , membuat laporan mengenai kerja-kerja yang berkaitan.6.8Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang sukatan pelajaran, rancangan pelajaran,buku teks, ujian dan lain-lain.6.9Menyimpan dan mempastikan stok bahan bantu belajar dalam keadaan yang kemaskini.6.10 Membuat anggaran belanjaan tahunan bagi mata pelajarannya.6.11 Menjadi penasihat kepada persatuan yang berasaskan mata pelajaran berkenaan, jika perlu.6.12 Mengambil berat tentang masalah pembelajaran murid dan berikhtiar untuk meningkatkan lagiprestasi akademik.6.13 Merancang ujian bulanan dan peperiksaan sekolah yang mengenai mata pelajaran masing-masing.6.14Menyelaras dan menyiapkan cara pemarkahan.6.15 Menganalisa kertas soalan ujian, kertas jawapan dan keputusan peperiksaan dan berbincang dengan ibu bapa.

7.SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN7.1Mengetahui sedalam-dalamnya ( menguasai ) tentang mata pelajaran yang akan diajar dansukatannya.7.2Menyampaikan pelajaran dengan cara yang paling berkesan termasuk penggunaan ABM danjujur semasa menjalankan tugas.7.3Menyediakan rancangan pelajaran masing-masing dan merekodkan pengajaran dalam bukupersediaan mengajar.7.4 Merancang kerja rumah.7.5 Memeriksa buku rampaian murid masing-masing. Menghantar buku latihan murid kepada GuruKanan/ Ketua Panitia mata pelajaran berkenaan apabila dikehendaki berbuat demikianterutama semasa proses pencerapan dan pemeriksaan buku latihan oleh Guru Besar / PenolongKananiaitu sekurang-kurangnya satu penggal sekali.7.6 Mengadakan ujian bulanan dan memasukkan markah dalam buku persediaan mengajar.7.7 Menyediakan soalan-soalan peperiksaan dan memeriksa jawapan-jawapan, mengikut caramemarkah yang ditentukan oleh sekolah.7.8Memberi markah-markah peperiksaan kepada guru-guru kelas.7.9Menganalisa keputusan ujian dan peperiksaan bagi mata pelajaran.7.10. Mengambil berat akan kemajuan akademik pelajar.7.11. Menanamkan semangat kepimpinan, kesedaran sivik dan akhlak yang baik kepada pelajar.7.12. Mengadakan kelas-kelas tambahan, jika perlu7.13. Mengambil tahu akan perubahan sukatan pelajaran7.14. Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikekolakan oleh Kementerian Pendidikan, JabatanPendidikan Negeri atau Sekolah.7.15. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang diadakan oleh panatia mata pelajaran.7.16. Mengawasi peperiksaan atau ujian yang diadakan dengan rapi untuk mengelakkanpenyelewengan.7.17. Menilai pencapaian murid-murid serta mengesan kelemahan dan kekuatan bagi tujuanmeningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran.7.18. Menjalankan kerja-kerja baikpulih ( remedial ) bagi murid-murid yang lemah.7.19. Melengkapkan butir-butir yang diperlukan dalam buku persediaan mengajar dan menyerahkanKepada Guru Besar pada tiap-tiap hariJumaat ( atau bila dikehendaki ).

8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWA SETIAUSAHA PEPERIKSAAN8.1Memantau semua peperiksaan berjalan dengan lancar8.2 Memastikan analisis keputusan disiapkan oleh semua setiausaha peperiksaan.8.3 Memastikan keperluan peperiksaan cukup dalam stok dan keperluan semasa.8.4 Mengadakan mesyuarat dengan semua setiausaha ke arah meningkatkan lagi prestasipengurusan peperiksaaan.8.5 Mengatur dan menyediakan jadual peperiksaan dalam sekolah setelah tarikhnyadipersetujui oleh pentadbir..8.6 Mengatur dan menyediakan jadual pengawasan bagi guru-guru8.7Mendapat persetujuan panatia mata pelajaran untuk menentukan penyelia soalandan pemeriksa kertas jawapan dan tarikh penyerahan markah kepada guru.8.8Mengurus dan mengatur tempat peperiksaan bagi murid-murid.8.9 Mengurus dan menentukan pergerakan kertas soalan ( sebelum dan pada tarikhpeperiksaan ) dengan selamat.8.10 Bertanggungjawab dalam semua hal berhubung dengan kelicinan perjalananPeperiksaan.8.11 Mengurus dan menentukan borang-borang markah, kad kemajuan murid telah diisi dandiserahkan ke pejabat untukmenandatangani.8.12 Mengedar Jadual Peperiksaan dan taklimat kepada murid.8.13 Menentukan segala keperluan peperiksaan dilengkapkan seperti di simpan dengan baik.8.14 Menentukan kertas soalan peperiksaan untuk simpanan sekolah di simpan dengan baik.