pengurusan dan pengajian kurikulum psv

Upload: thamchiying

Post on 07-Jul-2018

315 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    1/14

    INTERAKSI4

    PENGURUSAN AKTIVITI DALAM DALAM P&P DANPENGURUSAN BILIK PSV DAN HASIL KERJA MURID 

    4.1 SINOPSIS

    Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan

    pembelajaran anak-kanak. Persekitaran yang sihat dan kondusif membantu murid

    untuk berkembang dan menjadi lebih aktif dan berupaya mengesan potensi murid-

    murid melalui dalam berkarya. Di dalam pendidikan seni visual, lokasi yang selalu

    digunakan bagi tujuan pengajaran adalah studio seni. Kebiasaannya kemudahan

    bilik seni atau studio seni memang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan guru.

    Bab ini akan memperjelaskan dan menghuraikan maklumat berkaitan dengan

    pengurusan kelas dan galeri bagi mata pelajaran seni visual. Maklumat mengenai

    kaedah pemilihan karya sehinggalah kepada pengurusan berkaitan penyimpanan

    barangan dan alatan turut dibincangkan dengan komprehensif.

    4.2 HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:

    4.2.1 Memahami pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah

    4.2.2 Memahami dan mengetahui proses pemilihan karya dan pengurusan bilik

    seni yang baik

    4.2.3 Memahami dan mengetahui aspek penjagaan, keselamatan penggunaan alat

    dan bahan bantu secara beretika dan bertanggungjawab

    4.2.4 Menghasilkan bahan bantu yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan

    pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif

    4.2.5 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat

    dan bahan bantu serta rekod stok inventori.

    4.3 Pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah.

    Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan

    campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan,

    gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan

    mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran danpembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    2/14

    merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik

    darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan

     jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran,

    prosedur, teknik dan strategi. Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan

    pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan),

    pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan

    pembelajaran serta penilaian.

    4.3.1  Aktiviti individu, kumpulan dan aktiviti kelas

    4.3.2  Aktiviti dalam bilik darjah

    4.3.3  Aktiviti luar bilik darjah

    4.4 Pengurusan Bilik dan Hasil Kerja Murid

    4.4.1 Susun atur bilik PSV

    Pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual ialah suatu aspek yang penting dalam

    melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan tempat di

    mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik Pendidikan Seni Visual

    merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran, ia merupakan persekitaran

    murid, guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus

    rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik

    seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus

    pergerakan pelajar di dalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk

    Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di

    dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dalam

    suasana selamat, kondusif dan lancar.

    Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang

    mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan

    sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta

    pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik

    bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan

    suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian

    murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

    - Susunan perabot

    Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu

    pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    3/14

    dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia

    merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru

    perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan

    aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus

    pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran

    dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas

    supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.

    Susunatur perabut yang teratur dan tersusun memberi kesan yang positif kepada

    pembelajaran murid-murid sekolah rendah.

    Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana

    menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan

    sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta

    pengenalpasti masalah potensi murid. Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik

    bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan

    suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid

    bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    4/14

     

    Contoh Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual 

    Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses

    pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah

    memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa

    ZON KERJA

    KABINETBERTINGKAT

    LCD

    SUDUT

    PAMERAN KRAFPAPAN INFO

    SUDUTPAMERAN

    STOR

    ALMARIGURU

    Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu andalakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    5/14

    berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang

    sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya

    penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada

    seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba

    mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk

    dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun

    mengikut jenisnya.

    Suasana bilik Pendidikan Seni Visual berupaya memotivasikan murid-murid

    - Tempat Pameran Hasil kerja

    Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses

    pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah

    memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa

    berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana

    yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik pendidikan seni visual ini

    Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni visual dan

    buat presentasi dalam bentuk folio.

     Ambil gambar-gambar berikut:

      Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut

      Sudut-sudut pameran berkaitan

      Zon-zon kerja tertentu

      Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan

      Ruang-ruang lain yang berkaitan

      Carta-carta berkaitan dengan bilik seni

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    6/14

    sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar

    dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.

    Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf

    tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan

    seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya contohnya seperti hasil seni 2

    dimensi dan 3 dimensi. Karya 2 dimensi sesuai ditampal, dilekatkan dan digantung

    manalaka karya 3 dimensi hendaklah disusun di para atau rak bertingkat bagi menjimatkan

    ruang

    Contoh karya 2 dimensi:

    Contoh karya 3 dimensi:

    Kolaj Ikat dan celup Percikan

    Karya 2 dimensi digantung dan

    ditampalkan di tempat yang sesuai

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    7/14

     

    Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan

    pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada tanggungjawab

    mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik

    dan studio seni. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam

    Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan

    buat presentasi dalam bentuk folio.

     Ambil gambar-gambar berikut:

    - Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut- Sudut-sudut pameran berkaitan

    - Zon-zon kerja tertentu- Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan- Ruang-ruang lain yang berkaitan- Carta-carta berkaitan dengan bilik seni

    Rak sesuai untuk karya 3 dimensi kerana

    ia menjimatkan ruang

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    8/14

    mengurus bilik seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin,

    pencahayaan, bahan pameran khas, zon kerja dan stor penyimpanan.

    Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara

    kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Justeru,

    kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur

    estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang

    merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster, 2001).

    Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik pendidikan seni visual

    dan galeri seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya

    pelajar yang akan dipamerkan.

    Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat

    untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah diwarnakan sama dengan warna

    dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik minat terhadap apa

    yang pamerkan. Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna

     juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya.

    Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu

    kalimantang. Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran

    pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak

    cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni.

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    9/14

    Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh memperuntukkan

    satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan

    rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi

    oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping

    memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon

    kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja

    kerja perlu disediakan dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi

    mendapatkan ruang yang lebih luas.

    Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan di

    antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi membersihkan alatan setelah

    selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi

    mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja. Stor simpanan alatan perlu diwujudkan.

    Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti

    folio dan buku latihan. Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian

    murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil.

    - Sinki dalam dan Luar Bilik

    - Para Gantung

    - Almari Pameran

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    10/14

     

    4.4.2 Panduan keselamatan

    Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan

    di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang

    berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak

    langsung. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan

    berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan

    bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat.

    Contoh:

    PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    11/14

    MinyakTurpentin

    e

    KertasLukisan

    KainLinenBatik

    KertasWarna

    BerusLukisan

    CecairThinner  

    Cat Air Pisau NTFabrik

    Dye

    Carta

    PSV

    Pisau UkirTanah

    Liat

    Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan

    sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang

    dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan

    sebarang kemalangan daripada berlaku.

    4.4.3 Etika dan tanggungjawab

    Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual:

    - Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk

    kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam

    Rancangan Tahunan.

    - Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh

    sekolah.

    - Murid didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni

    dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan karya-karya mereka dari semasa ke

    semasa.

    - Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian

    pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.

    - Pengumpulan maklumat bahan hardcopy dan softcopy berkaitan mata pelajaran

    Pendidikan Seni Visual.

    4.4.4 Inventori

    4.4.5 Penyimpanan

    Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi

    sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-

    ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.

    Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan dan

    rekod stok.:-

    - Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    12/14

    - Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah

    - Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkan

    - Membuat inventori dalam buku stok

    - Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan

    Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat dan bahan

    kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis guna. Setiap jenis

    alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan.

    Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan.

    Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan, kehilangan

    atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.

    Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah

    dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada item

    berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya , kertas lukisan (1

    imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang item kertas lukisan (1

    imperior ) sahaja.

    Peralatan kekal

    Contoh Borang untuk penyimpanan stok. 

    Borang stok untuk peralatan kekal.

    BilItem

    ( Peralatan Kekal )Bil.Unit

    Tarikhmasuk

    Tarikhlupus

    1.2.

    Meja guruMeja guru

    22

    13/09/200913/09/2010

    15/10/2010

    JumlahItem

    Catatan

    Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen

    langkah keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    13/14

    Peralatan tidak kekal

    Contoh Borang untuk penyimpanan stok.

    Borang stok untuk peralatan tidak kekal.

    4.4.6 Etika dan tanggungjawab

    Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :-

      Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk

    kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam

    Rancangan Tahunan.

      Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli

    oleh sekolah.

      Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai

    bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan

    karya-karya mereka.

      Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian

    pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.

    Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu

    diamalkan oleh guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di

    atas dalam mempertabatkan profesion perguruan.

    BilItem

    ( Peralatan tidak Kekal)Bil.Unit

    Tarikhmasuk

    Tarikhlupus

    1.

    2.

    Kertas lukisan( 1 imperior )

    Kertas lukisan( 1 imperior )

    200 dozen

    100 dozen

    22/09/2009

    10/10/2010

    JumlahItem

    Catatan

    Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekaldengan peralatan tidak kekal. Jelaskan.Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekaldengan peralatan tidak kekal. Jelaskan.

  • 8/18/2019 PENGURUSAN DAN PENGAJIAN KURIKULUM PSV

    14/14

    Rumusan:

    Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami rekabentuk dan

    proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna

    dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod stok. Adalah menjadi

    tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk memastikan keselamatan

    dalam studio sebelum,semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran diutamakan.

    Terdapat berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

    umpamanya seperti alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan

    bantu untuk tujuan di atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis

    itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan

    merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan

    menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni Visual untuk

    menguruskannya dengan sempurna