pengajian dan pengurusan kurikulum psv

Upload: thamchiying

Post on 07-Jul-2018

462 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    1/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    1

    INTERAKSI 1 PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTAKONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR/KSSR

      SINOPSIS

    Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan

    insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual.

    Kandungan kurikulum berupaya membantu guru meningkatkan rasa kesedaran serta

    tanggungjawab terhadap keperluan bidang seni yang selaras dengan hasrat Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, guru itu sendiri perlu memahami perkembangan serta

    kronologi perkembangan kurikulum yang berlaku sebelum dan selepas Merdeka agar dapat

    mentafsir pengertian dan konsep kurikulum Pendidikan Seni Visual di negara serta kesannya

    yang dicorakkan menerusi struktur dan keperluan murid-murid di sekolah. 

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV), Sukatan

    Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSV KBSR/Dokumen Standard

    KSSR.

    2. Mengaplikasikan konsep 5P, KBSR/KSSR.

    3. Kepentingan perkembangan kurikulum PSV/DSV.

    4. Merancang dan mereka bentuk aktiviti Seni Visual dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    5. Mengintegrasikan aktiviti PSV dalam mata pelajaran lain.

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    2/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    2

    1.0 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia

    Jadual 1 :

    Kronologi Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual

    Jadual 2 :

    Transisi merentasi Pendidikan Seni Visual

    a) Perkembangan Kurikulum Pendidikan Di Malaysia 

    1.1  Laporan Winstedt- Zaman British

    Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran  tahunan Negeri-negeri Selat

    1885 adalah;Cukup untuk kehendak-kehendak biasa budak-budak Melayu, yang

    kelak akan menjadi pemandu kereta lembu, penanam padi dan nelayan.Tujuan

    kerajaan bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik.

    Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan, kerana ia hanya akan

    menimbulkan kesulitan nanti. 

    Transisi merentasikurikulum PSV 

    Pendidikan Institusi

    Penerbitan Penubuhan kelab seni

    SebelumMerdeka

     AwalMerdeka Sekarang

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    3/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    3

    1.2  1916 – Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah di Tanah Melayu-

    Sekolah Melayu dan maktab mengajar mata pelajaran lukisan. Anyaman

    diletakkan di bawah mata pelajaran Sains Pertanian.

    1.3  Laporan Winstedt (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat dan

    Negeri-negeri Melayu Bersekutu) mencadangkan:- Lukisan adalah mustahak

    untuk “Latihan yang amat baik memerhati alam”  yang didapati darinya, dan ia dapat

    menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid, dan melatih mereka ketepatan dan

    kecermatan. Dan ia menyesuaikan mereka dengan kerja-kerja mandur. Ia patut

    dimestikan dalam darjah 3 dan 4. Menyediakan mata pelajaran Kerja tangan seperti

    membuat bakul.

    1.4 Pada tahun 1930 sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam 8.00 pagi

    hingga 12.00 tengahari. Mata pelajaran seperti Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam,

    Sejarah Melayu, Kesihatan, Lukisan, Menganyam dan berkebun, Kesihatan,

    Senaman, Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem Persekolahan

    Melayu lebih mirip kepada kampung-anjuran R.O.Winstedt.

    1.5  Penyata Rahman Talib

    Pada tahun 1960 satu jawatankuasa bagi mengkaji semula implementasi dasar

    pendidikan di bawah Ordinan Pendidikan 1957 yang dipengerusikan oleh Abdul

    Rahman Talib.

     Antara syor yang dikemukakan:

    Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan had umur berhenti

    sekolah dari 9-15 tahun. Memberi pelajaran percuma kepada kanak-kanak di semua aliran

    sekolah mulai 1962. Memperbanyakkan kemudahan pendidikan teknik dan vokasional.

    Mengadakan pendidikan agama Islam. Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring

    dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan.

    1.6  Akta Pelajaran 1961  telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini.

    Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata

    pelajaran yang diajar oleh guru-guru dan dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    4/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    4

    antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu

     Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi, Pendidikan Agama Islam,Lukisan dan

    Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain.

    1.7 Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR 

    sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai

    Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini.

    1.8 Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah

    tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum yang baru. Implikasi daripada

    laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

    pada tahun 1982.

    1.9 Pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan

    kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru

    Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi

    kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan

    bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan

    Seni Visual.

    1.10 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam

    membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini

    dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu

    sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan

    tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi

    kandungan mata pelajaran tersebut. Perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal

    pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free

    School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar   yang mahir

    dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj.

    Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).

    1.11 Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah

    menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    5/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    5

    1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali

    sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif.

    1.12 Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada

    melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu

    dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap

    dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan

    identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif,

    pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik

    minat lebih ramai murid.

    1.13 Dalam KBSR/KSSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang

    mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal

    selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata

    pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh

    FPK pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan

    produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya

    membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai

    keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat

    menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras

    dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran

    Pendidikan Seni Visual seperti berikut : 

    (a) Melukis dan membuat gambar  

    (b) Membuat corak dan rekaan 

    (c) Membentuk dan membuat binaan 

    (d) Mengenal kraf tradisional

    1.14 Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang

    kreatif dengan alat dan bahan, serta apresiasi aspek seni. Pendidikan Seni Visual

    memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan

    di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah

    perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti.

    Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan

    dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    6/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    6

    persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan

    Mohamad.1996).

    1.15 Perkembangan Sukatan Pelajaran Seni Visual Peringkat Menengah.

    Sukatan Pelajaran Seni Visual telah diperkenalkan di peringkat Sijil Tinggi

    Persekolahan Malaysia (STPM)  pada tahun 2002 bagi menggantikan Kertas

    Peperiksaan Lukisan yang digubal oleh University of Cambridge Local Examintin

    Syndicate tahun 1982.

    1.16 Kertas Peperiksaan Lukisan tidak bercirikan pembelajaran yang berteraskan kepada

    pengajaran dan pembelajaran. ianya lebih berorientasikan kepada peperiksaan

    semata-mata bagi menguji kemahiran calon dari aspek melukis dan pertukangan

    menerusi enam kertas peperiksaan yang ditawarkan tanpa sukatan pelajaran

    1.17 Kertas Peperiksaan Lukisan STPM juga telah tidak mengalami sebarang perubahan

    selama 20 tahun dan dilihat tidak cukup kuat bagi dijadikan syarat kemasukan ke

    universiti. Keadaan ini lebih tidak memberansangkan apabila persepsi yang rendah dan

    salah khususnya dalam kalangan pihak sekolah dan masyarakat yang melihat mata

    pelajaran ini sebagai tidak relevan untuk dipelajari, tidak mempunyai prospek serta

    dipertikai dari aspek nilai komersialnya.

    1.18 Melalui perbincangan Jawatan kuasa yang diketuai Prof Madya Dr Mohd Mustafa Mohd

    Ghazali serta ahli-ahli jawatan kuasa telah membahaskan dengan panjang lebar, di

    mana ahli jawatan kuasa dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersetuju supaya

    Kertas Peperiksaan Lukisan digantikan dengan Sukatan Pelajaran Seni Visual.

    Ianya merupakan satu kesinambungan dari Matapelajaran Pendidikan Seni Visual di

    peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan

     juga menjadi jambatan ilmu ke program-program seni lukis dan seni reka serta yang

    berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pemurniaan sukatan pelajaran sekali lagi

    mengalami perubahan apabila rombakan selepas tiga (3) tahun dilaksanakan. Maka

    pada tahun 2005 pemurniaan oleh jawatankuasa yang sama menggubal beberapa

    aspek utama. Iaitu apresiasi seni visual dan penghasilan seni visual. Sukatan ini terdiri

    daripada tiga komponen  iaitu (a) Teori Seni Visual, (b) Lukisan, dan (c) Projek

    Penghasilan Karya.

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    7/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    7

    c) Kemunculan Pertubuhan Seni Lukis

    1.1 1906-Chong Hua Confucius Pulau Pinang -Memperkenalkan mata pelajaran senikaligrafi dan anyaman yang diajar dalam bahasa Cina

    1.2  1949 : Pengerusi bagi Kesatuan kesenian Guru Pulau Pinang  dan ahliPenang Impressionist.

    1.3 1951-Wednesday Art Group. Peter Harris seorang pengawas seni lukis diKementerian Pelajaran. Berkelulusan sekolah seni dari United Kingdom. Beliautelah memperkenalkan konsep estetika dan teknik seni. Penglibatan guru sebagaipelukis banyak membantu perkembangan Pendidikan Seni di sekolah-sekolah tanahair. Penubuhan sekolah kelab melukis. Antaranya Kelas potret – Mohd. Hossein Enas,Kelas Arca  –  Idris Salam, Kelas Grafik  –  Zakaria Nor dan Kelas seni dalaman  – Habibah Baharudin.

    1.4  1954  –  Malay Teachers Union-Perkembangan seni visual Pulau Pinangmempengaruhi guru-guru seni. Pada 21.04.54 hingga 29.04.54 telah diadakanpameran oleh guru-guru Melayu telah diadakan di 23 Jalan Northam dan dirasmikan

    oleh J.N. Davies, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang disertai 20 orang guru seni.

    1.5  1956-Majlis Kesenian MalayaPengasas : Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin Hj. Abbas. Tujuanpenubuhan untuk memberi sokongan kepada aktiviti seni muzik, drama dan senirupa demi menjaga kredibiliti seni di samping menambahkan pengetahuan,kefahaman dan amalan seni yang meluas Ahli-ahli terdiri daripada Nik Ahmad kamal,Puan P.G. Lim, Peter Harris.

    1.6  1957- Thursday Art Group  –Rentetan dari penubuhan WAG dengan impian yangsama. Pengerusi : Hoessin Enas. Aktiviti banyak berbentuk potret yang disesuaikandenganbudaya

    danAspek

    PendidikanSebelumMerdeka

    Pendidikan Selepas Merdeka

    Matlamat danObjektif

    Isi kandungan

    Pendekatan

    Latihan 1 Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelum Merdeka danselepas Merdeka berdasarkan aspek yang dikemukakan.

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    8/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    8

    identiti kebangsaan melalui pakaian, adat resam, kebudayaan dan kerjaya.

    1.7  1966-Penang Teachers’ Art Circle-Latihan pendidikan seni di luar negara. Terdiridaripada guru-guru seni bertujuan bagi membetulkan kaedah dan tatacarapembelajaran pendidikan seni.

    d)  Penerbitan 

    1.1 Buku Teks-1925-R.O.Winstedt -Menghasilkan buku Art and Crafts  iaitu bukupertama mengenai sejarah seni dan seni pertukangan.

    1.2 1928-Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama - Memperihalkan kaedah-kaedahpengajaran Lukisan dan kerja tangan

    1.3 1929 -Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua telah digunakan oleh guru-guru Melayuuntuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan PertukanganTangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu.

    “Kitab Pedoman Guru Penggal II” disusun oleh O.T. Dussek dan Muhammad Hashimbin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di negara ini mengenai kaedahmengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat pentingdigunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolahMelayu di Malaya ketika itu.

    1.4  1932-Buku Craft Work , Third Year Practical Work For Senior Schools-Ditulis olehTaylor and Snell. Digunakan di sekolah-sekolah di Malaya khusus di St. XavierInstitution, Pulau Pinang. Merupakan buku teks Lukisan dan Pertukangan Tangan.Bab-bab yang terkandung di didalam buku Craft Work antaranya ialah Corak padakulit buku, Jenis-jenis tulisan / kaligrafi, Ilustrasi figura, Cetakan stensil, Cetakan lino,Cara-cara menjilid buku dan alat yang digunakan.

    1.5  “Kitab Rajah-Rajah Anyaman” oleh guru anyaman  –Mr.W.Olaguera. Antaranyapara penuntut boleh memilih kemahiran seperti berikut; pertukangan kayu: dilatihmembuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya.Menjilid buku untuk penuntut tahun tiga. Menganyam jaring: membuat jaring untukkegunaan permainan bola sepak, hoki dan volleyball, Pertukangan tanah liat:penuntut terpilih.

    1.6  1957- Buku Panduan Guru –  Kementerian PelajaranPersekutuan Tanah Melayu / DBP-Perincian mengenai mengajar Lukisan danPekerjaan Tangan. Bertujuan untuk membangunkan sepenuhnya keupayaan rasaindah kanak-kanak menyuburkan kuasa-rasa, kuasa-gerak dan kecerdasan kanak-kanak serta membaiki budi pekerti mereka. Selain itu, objektifnya menjurus kepadapembinaan kebolehan menghargakan dan menciptakan keindahan, Penyuburankuasa-rasa dan kuasa-gerak, Penyuburan kecerdasan dan Asuhan budi pekerti. Antara aktiviti yang terkandung dalam buku tersebut ialah tentang aktiviti lukisan biasadan lukisan warna yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pemandangan,ingatan, rekaan, Membuat gambar, Corak , Pekerjaan tangan dan Penghargaan.

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    9/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    9

    1.7  1958- The Art Paper.Ditulis oleh Marjorie Clark (guru kanan seni lukis Sekolah Victoria, Singapura) dan W.T.Swinbanks (pensyarah seni di Teachers Training College,Singapura). Diterbitkan oleh Donald Moore, Singapura. Mengandungi siri

    teknik menghadapi peperiksaan lukisan untuk School Certificate.

    1.8  1990-Geometrical Drawing Part 1. Diterbitkan oleh Cambridge Series for Schools andTraining Colleges oleh Blythe yang menjelaskan konsep visual yang luasmeliputi bentuk-bentuk geometrik dan buku ini digunakan di sekolah-sekolahseluruh Malaya.

    1.2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)

    1.21 Latar belakang

    Pembentukan Transkrip Dokumen KSSR

    1. Pembentukan KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu

    revolusi dasar Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Keperluan sistem pendidikan

    Malaysia sentiasa berubah dan kajian serta resolusi terperinci harus sentiasa dinaik

    taraf untuk memastikan keberkesanannya. Dasar KSSR ini terhasil daripada kajian

    terperinci tentang keperluan murid sekolah rendah kini, untuk memastikan supaya

    mereka terus berkembang seiring dengan kehendak negara Malaysia yang pesat

    membangun.

    Dalam ucapan dasar Y.A.B Perdana Menteri Dato´ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada

    perhimpunan agung UMNO 2006, beliau menuntut supaya sistem pendidikan negara

    memberikan penekanan kepada empat perkara. Beliau memberi penekanan kepada

    pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan warga yang

    menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta program untuk pembangunan akal manusia

    dalam melahirkan insan Ulul Al-Bab.

    Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat SusulanJemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei

    Latihan 3 

    Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelum Merdekadan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan anda tentangbagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual pada hari ini yangtelah dibentuk?

    Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu.

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    10/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    10

    2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di

    peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi

    keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran

    Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk

    melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah. Transformasi kurikulum sekolah rendah

    merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia

    ada. Tujuan transformasi ini adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan

    pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan Keperluan semasa bagi menghadapi

    cabaran abad ke 21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada

    kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran

    penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen

    keusahawanan. Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah

    melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan Negara maju bagi memastikan

    kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan standing dengan pendidikan global.

    Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan

    seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada

    input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard

    dapat dibangunkan dengan jayanya.

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini telah digubal berdasarkan teras kedua Pelan Induk

    Pembangunan Pendidikan, yang mana ianya menekankan dasar untuk membangunkan

    modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

    Matlamat teras ini adalah untuk memastikan anak bangsa Malaysia sentiasa terpupuk

    semangat untuk menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta

    menerapkan nilai-nilai murni. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan

    kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan yang seimbang

    yang dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

    KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 bermula dengan tahun 1 di semua

    sekolah rendah seluruh negara. Dasar ini dilancarkan secara berperingkat-peringkat bagi

    memberi peluang dan masa kepada pelajar serta guru untuk menyesuaikan diri. Bermula

    pada tahun 1983, satu dasar kurikulum baru telah dilaksanakan. Dasar ini dinamakan

    sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dimana ia lebih menekankan kepada

    komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembangan diri individu. Dasar ini banyak

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    11/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    11

    menekankan kepada aspek nilai dan teras dalam pelajar. Revolusi kedua dasar pendidikan

    sekolah rendah ini telah dilakukan pada tahun 1993 yang mana ianya ditukar kepada

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KBSR ini menggunakan reka bentuk

    kurikulum linear. Semakan semula telah dibuat pada tahun 2003, untuk mengukuhkan lagi

    sistem kurikulum pendidikan Malaysia.

    Organisasi kurikulum KBSR tertumpu pada mata pelajaran wajib, teras dan tambahan bagi

    tahap 1 (tahun1, 2, 3) serta tahap 2 (4, 5, 6). Fokus KBSR juga tertumpu pada kemahiran 3M

    (membaca, menulis dan mengira). Pada tahun 2011, satu rombakan semula telah dilakukan

    untuk mengenal pasti kelemahan dan meningkatkan lagi kemantapan dasar KBSR yang

    ditukar menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dasar ini menekankan

    pengajaran modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif dalam organisasi kurikulum

    bagi tahap 1 manakala, mata pelajaran teras dan elektif ditekankan untuk tahap 2. Dasar

    kurikulum yang baru ini membolehkan pelajar untuk bertindak dengan kreatif serta berinovasi,

    mempunyai pengetahuan maklumat dalam keusahawanan serta kemahiran dalam IT.

    Dasar ini juga membawa penekanan 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul.

    Dasar ini dilakukan dengan harapan untuk menguatkan lagi penguasaan bahasa melayu dan

    bahasa Inggeris pelajar. Dasar ini juga lebih condong kepada kemahiran pelajar untuk

    mentakrif sesuatu dengan menggunakan kemahiran berfikir kreatif secara sendiri. Dasar

    KSSR ini telah menekankan kepada penggunaan bahasa Inggeris. Tujuan penekanan ini

    adalah untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa inggeris di kalangan murid sekolah

    rendah. Dasar ini telah menekankan beberapa perkara di dalam silibus pelajaran untuk

    menambah keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris.

    Pembentukan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Untuk diselaraskan sesuai dengan teras

    kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP). Mesyuarat pembentukan pertama

    pada 23 Mei 2008 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Bermula dengan Kurikulum Baru

    Sekolah Rendah pada tahun 1983. Penambahbaikkan pada 1993 menyebabkan KBSR

    ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah . Semakan semula pada 2003, untuk

    mengukuh dan menaik taraf Hasil kajian, dasar baru telah digubal dan ditukar kepada

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR).

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    12/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    12

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri

    dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006

    menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi

    penekanan kepada:

    Pembangunanmodal insan

    Penghasilan pelajar

    celik minda

    Pembentukan

    warga yangmenguasai ilmu,

    kemahiran dan

    maklumat

    Program

    membangunkanakal manusia

    dalammelahirkan

    insan Ulul al-bab

     

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Kurikulum kebangsaan perlu dikaji

    semula bagi memastikan kurikulum

    yang holistik dan sentiasa relevan

    untuk melahirkan modal insan

    seimbang yang dapat menangani

    cabaran semasa dan masa depan

     

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    13/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    13

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    1983

    1993

    2003

    2011

    •KurikulumBaru

    SekolahRendah(KBSR)

    KurikulumBersepadu

    SekolahRendah

    (KBSR)

    • Kurikulum

    Standard

    Sekolah

    Rendah

    (KSSR)

    • KBSR(Semakan)

     

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    “… SUATU PROGRAM PENDIDIKAN YANG TERMASUK KURIKULUM DAN KEGIATAN KOKURIKULUM YANGMERANGKUMI SEMUA PENGETAHUAN, KEMAHIRAN,NORMA, NILAI, UNSUR KEBUDAYAAN DANKEPERCAYAAN UNTUK MEMBANTU PERKEMBANGANSESEORANG MURID DENGAN SEPENUHNYA DARI SEGI

    JASMANI, ROHANI, MENTAL DAN EMOSI SERTA UNTUK MENANAM DAN MEMPERTINGKATKAN NILAI MORALYANG DIINGINI DAN UNTUK MENYAMPAIKANPENGETAHUAN”

    [ Akta Pendidikan 1996Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan)

    Pendidikan 1997 ]

     

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    14/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    14

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Murid yang seimbang dari segiintelek, rohani, jasmani dan

    emosi

    Warga Negara Bertanggungjawab

    Global Player  Pekerja Berilmu

    • Berilmu Pengetahuan• Berketrampilan• Percaya kepada Tuhan• Berakhlak Mulia• Berkeyakinan• Murid yang Berdikari

    • Berbudi• Bersatu padu• Patriotik•Adil• Penyayang• Berbakti

    • Inovatif • Kreatif • Dahagakan Ilmu• Menguasai Kemahiran

    Teknologi Maklumat &Komunikasi

    • Pencipta Teknologi• Belajar Sepanjang

    Hayat

    • Daya Saing

    • Daya Tahan

    • KemahiranBerkomunikasi

    • Jati Diri

    TERAS PEMBANGUNAN KURIKULUM

    • Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan

    • Dasar Pendidikan Kebangsaan

    • Wawasan 2020

    • Rangka Rancangan Jangka

    Panjang

    • Cabaran Abad Ke-21

    • Model Baru Ekonomi (MBE)

    • Teori Pembelajaran

    • 4 Pillars of Education

    (UNESCO)

    • Sumber ilmu yang muktabar

     

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Proses melakukan satu bentuk perubahanyang holistik kepada kurikulumpersekolahan sedia ada yang melibatkanperubahan bentuk, organisasi, kandungan,pedagogi, peruntukan masa, kaedahpentaksiran, bahan dan pengurusankurikulum di sekolah.

     

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    15/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    15

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    ORGANISASIBENTUKBAHAN KANDUNGAN

    PEDAGOGI

    PENGURUSAN

    KURIKULUM

    PERUNTUKAN

    MASAPENTAKSIRAN

     

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    • Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    • Berasaskan Prinsip KBSR :

    PendekatanBersepadu

    Pendidikanyang saksamauntuk semua

    murid

    Perkembanganindividu secara

    menyeluruh

    Pendidikanseumurhidup

     

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    16/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    16

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    KOMUNIKASI

    Kemahiran Asas(Membaca, Menulis & Mengira)

    BahasaMatematik

    MURID

    PERKEMBANGAN DIRIINDIVIDU

    Kesenian dan RekreasiMuzik

    Seni VisualPendidikan Jasmani &Pendidikan Kesihatan

    Kemahiran Hidup

    Kemahiran Hidup

    MANUSIA DENGAN ALAMSEKELILINGNYA

    Kerohanian, Nilai dan Sikap

    Pendidikan IslamPendidikan MoralPendidikan Sivik &Kewarganegaraan

    Kemanusiaan dan Persekitaran

    SainsKajian Tempatan

     

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

     

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    17/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    17

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

     

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Tahap llSekolahRendah

    (Tahun 4– 6)

    pengukuhan dan aplikasi 3M danmenaakul, kemahiran asas TMK,perkembangan sosioemosi,kerohanian, fizikal, sikap dan nilai

    Tahap ISekolahRendah

    (Tahun 1–3)

    penguasaan kemahiran 3M dan menaakul,kemahiran asas TMK, perkembangansosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikapdan nilai

    Prasekolahperkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif,sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahankemahiran 3M dan menaakul

    )

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    18/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    18

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    KSSR digubal berasaskan standard kandungan

    dan standard pembelajaran

    Standard Kandungan Standard Pembelajaran

    Penyataan spesifik tentang

    perkara yang murid patut

    ketahui dan boleh lakukan

    dalam suatu tempoh

    persekolahan merangkumi

    aspek pengetahuan,

    kemahiran dan nilai.

    Satu penetapan kriteria

    atau indikator kualiti

    pembelajaran dan

    pencapaian yang boleh

    diukur bagi setiap

    standard kandungan.

     

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    19/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    19

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    BIL MODULMASA DALAM SEMINGGU (MINIT)

    SK SJKC SJKT

    MODUL TERAS ASAS

    1 Bahasa Malaysia 360 300 300

    2 Bahasa Inggeris 300 150 150

    3Bahasa Cina 360

    Bahasa Tamil 360

    4 Pendidikan Islam /Pendidikan Moral 180 120 120

    5 Pendidikan Jasmani 60 60 60

    6 Pendidikan Kesihatan 30 30 30

    7 Matematik 180 180 180

    MODUL TERAS TEMA

    8

    Dunia Kesenian:

    • Dunia Seni Visual

    • Dunia Muzik

    60 60 60

    30 30 30

    9 Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60

    MODUL ELEKTIF

    10 B. Arab/BCSK/BTSK//B. Iban/B. Kadazandusun 90

    - -Perhimpunan 30 30 30Jumlah 1380 1380 1380

    1

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    BIL MATA PELAJARAN MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)SK SJKC SJKT

    MATA PELAJARAN TERAS

    1   Bahasa Malaysia 300 270 270

    2   Bahasa Inggeris 300 150 150

    3  Bahasa Cina - 300 -

    Bahasa Tamil - - 300

    4   Matematik 180 180 180

    5   Sains 120 120 120

    6   Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral 180 150 150

    7   Pendidikan Jasmani 60 60 60

    8   Pendidikan Kesihatan 30 30 30

    9   Pend. Seni Visual 60 60 60

    10   Pend. Muzik 30 30 30

    11   Reka Bentuk & Teknologi/TMK 60 60 60

    12   Sejarah 60 60 60MATA PELAJARAN ELEKTIF

    13   B. Arab/BCSK/BTSK/B. Iban/B. Kadazandusun/B. Semai 90 - -

    Perhimpunan   30 30 30

    Jumlah 1500 1500 1500

     

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    20/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    20

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    KurikulumPendidikanKhas terdiridaripada:

     

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Bahan Kurikulum

    • Dokumen Standard Kurikulum (DSK)

    Bahan Sokongan Kurikulum

    • Buku Teks

    • Buku Panduan Pengajaran

    • Buku Panduan Kreativiti

    • Buku Panduan Keusahawanan• Buku Panduan TMK

    • Dokumen Standard Kurikulum

    dan Pentaksiran (DSKP)

     

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    21/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    21

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    BelajarCara

    Belajar

    KemahiranBerfikirDalamP&P

    AplikasiTeori

    KecerdasanPelbagai

    Dalam P&P

    PenggunaanTMK 

    PengajaranBerasaskanKajian Masa

    DepanPembelajaran

    SecaraKonstruktivisme

    PembelajaranSecara

    Kontekstual

    PembelajaranAkses Kendiri

    PembelajaranMasteri

     

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Menggunakankaedah penilian

    pelbagai

    Dijalankan secara berterusan untukmengesan perkembangan danpencapaian murid dalam pembelajaran

    Bersifat autentik danholistik

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    22/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    22

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    • Komunikasi

    • Manusia dan Alam Kelilingnya

    • Perkembangan Diri Individu

    Linear berasaskan 3 Bidang: Reka Bentuk Kurikulum  •

    Komunikasi• Kerohanian, Sikap & Nilai• Kemanusiaan• Perkembangan Fizikal & Estetika• Sains dan Teknologi• Keterampilan Diri

    Modular berasaskan 6 Tunjang:

    Bahan KurikulumSukatan Pelajaran

    Huraian Sukatan PelajaranDokumen Standard Kurikulum

    Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan

    • Mata pelajaran Teras, Wajib &Tambahan

    Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)

    • Mata pelajaran Teras, Wajib &Tambahan

    Organisasi KurikulumTahap I (Tahun 1, 2 & 3)

    • Modul Teras Asas, Modul Teras

    Tema & Modul Elektif.

    Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)

    • Mata pelajaran Teras & Elektif 

    3M Fokus(Membaca, Menulis danMengira) 4M

    (Membaca, Menulis, Mengiradan Menaakul)

    ElemenElemen Kemahiran Berfikir SecaraKritis dan Kreatif 

    Elemen Kreativiti dan Inovasi,Keusahawanan dan Teknologi Maklumat &Komunikasi (TMK) secara eksplisit

     

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

     

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    23/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    23

    Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Meningkatkankualiti pendidikanrendah agar lebihrelevan dengancabaran masa kinidan abad ke-21;

    Guru memainkanperanan yangpenting bagimengupayakanP&P yangberkesan; dan

    Kejayaan transformasikurikulum memerlukankomitmen menyeluruhdaripada semua pihaktermasuk penggubal dasar,pengurus kurikulum, ibubapa serta pihakberkepentingan.

     

    b) Kemunculan Institusi Seni

    1922  – Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris- Memberi latihan perguruan dan

    semua wajib mempelajari kesemua mata pelajaran termasuk lukisan, pertanian

    dan pertukangan. Melahirkan tokoh pelukis yang mempunyai ‘sudut pandangan Melayu’ 

    mengetengahkan hal benda tempatan. Antara tokoh seperti Mohd. Said Hj. Hussain

    dan Idris Hj. Salam.

    Antara mata pelajaran: Pekerjaan tangan-kerja membuat raga dianggap paling sesuai

    kerana: Seni pertukangan asli bahan-bahan mudah didapati. Perkakasan tidak banyak dan

    mudah, Bahan-bahan untuk kegiatan itu ditanam di sekitar maktab.

    1.2 Sukatan Pelajaran Tahun pertama * penuntut dikehendaki

    menggunakan mengkuang. Mereka juga dikehendaki mencipta corak-corak baru

    dengan menggunakan rotan dan buluh. Tahun Kedua, sambungan kerja tahun pertama.

    Tahun Ketiga, penggunaan rotan dan buluh dengan lebih meluas.

    1.3  1960- Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    24/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    24

    Dibuka untuk membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing-masing antaranya

    menawarkan kursus Pendidikan seni, Pendidikan jasmani. Selain itu, Pendidikan guru kelas

    buta dan cacat pendengaran, Kaunseling dan kerjaya, Teknologi Pendidikan dan sebagainya

    Peter Harris mengendalikan kurikulum Jabatan Pendidikan Seni bagi latihan guru dan antara

    kakitangan awal MPIK adalah Syed Ahmad, Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee

    Joo For, Cheong Lai Tong, Jolly Koh. Aspek-aspek kepakaran seni halus, seni grafik dan

    kraftangan diberi penekanan.

    Sukatan mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti Catan, Seni halus, Seni arca, Seni

    seramik, Seni tekstil (batik), Seni anyaman/tenunan

    Kursus wajib  – lukisan, grafik, sejarah seni, pedagogi pendidikan Seni, Latihan praktikum.

     Antara guru dan pelukis keluaran MPIK adalah seperti Ahmad Khalid, Redza Piyadasa,

    Othman Mansur, Ismail Hashim. Bagi guru yang cemerlang akan ditawarkan untuk

    melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara (sekitar -60an).

    1.4  1962 -Maktab PerguruanTeknik ditubuhkan melalui Laporan Rahman Talib. Sukatan

    pelajaran termasuk pertukangan kayu, logam, seni bina dan lukisan teknik

    dimasukkan ke dalam kursus seni.

    1.5  1967-Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi MARA)

    Kursus-kursus yang ditawarkan Seni halus, Seni grafik, Seni logam, Seni tekstil, Seni

    foto, Seni reka fesyen, Seni reka industri, Seni reka tembikar, Seni reka kasut.

    1.6 Uitm juga menawarkan Diploma perguruan untuk guru Pendidikan Seni. Tenaga

    pengajar seperti Sulaiman Esa, Redza Piyadasa, Chong Kam Kau, Tan Keong Eng dan

    Joseph Tan. Kakitangan ini telah mengambil alih peranan kakitangan MPIK yang

    sebelum ini memainkan peranan penting dalam bidang seni lukis avant-garde 

    negara. Mereka telah menanamkan semangat yang memberangsangkan di kalangan

    pelukis muda serta memupuk kewujudan masyarakat seni secara keseluruhannya pada

    tahun-tahun 1970-an.Antara pelukis yang mencipta nama ialah Syarifah Fatimah

    Syed Zubir, Zakaria Awang, Bayu Utomo, Dzulkifli Buyong dan ramai lagi.

    1.7  1971- Universiti Sains Malaysia

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    25/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    25

    Di bawah pengajian Ilmu Kemanusiaan yanga menawarkan bidang Seni lakon, Seni Muzik

    dan Seni Halus. Menawarkan kursus grafik, arca, fotografi, sejarah seni, kritikan seni dan

    teori-teori seni. Melahirkan tokoh-tokoh seperti Ismail Hashim, Zakaria Ali, dan Reza

    Piyadasa.

    2.0 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

    a) Matlamat Pendidikan Seni Visual

    Rancangan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia telah disusun semula

    supaya selaras dengan perkembangan terkini agar dapat mencapai hasrat Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya untuk melengkapkan kamahiran murid ke aras

    pencapaian keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi, dan alam

    kehidupan selepas persekolahan.

    Kandungan kurikulum digubal dengan memastikan keseimbangan penekanan kepada

    kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, beberapa kemahiran generik,

    perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan

    produktif dalam seni visual. Contoh modul yang dihasilkan oleh Pusat Perkembangan

    Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menjadi rujukan kepada guru-

    guru di sekolah.

    Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu;

    1. Perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alam pendidikan

    dengan aktif.

    2. Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan serta penghasilan seni

    visual.

    3. Perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya menerusi sejarah dan

    apresiasi seni visual.

    Latihan 2Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat keatas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu,apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajarterhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai olehpelajar?

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    26/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    26

    Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni visual Sekolah Rendah adalah untuk

    melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan

     Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa

    kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni

    dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,

    mayarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Rajah 2.1 :

    Matlamat Pendidikan Seni Visual

      Pengertian PSV - Proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek

    pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti

    melalui imaginasi dan konsepsi murid.

      Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk

    melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan

     Asas Seni Visual.

      Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuranterhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan

    CelikBudaya/harmonis

    Nilai estatik tinggi Kreatif

    Inovatif

    Inventif/produktif

    Imaginatif

    Kritis

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    27/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    27

    warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,

    masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

      Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid :

    - Memupuk minat

    - Memperkembang keperibadian

    - Memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan

    alam sekitar.

    b) Objektif Pendidikan Seni Visual

    Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah murid

    dapat:1. Menghargai keindahan alam ciptaan tuhan.

    2. Mengetahui bahasa seni visual serta dapat mengaplikasi dalam penghasilan

    karya.

    3. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti.

    4. Menguasai kemahiran asas dalam bidang menggambar, membuat corak dan

    rekaan, membentuk dan membuat binaan, serta mengenal kraf tradisional.

    5. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.

    6. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, inovatif

    dan menyeronokkan.

    7. Memupuk keyakinan diri, nilai kerjasama, dan bertanggungjawab dalam aktiviti

    seni visual.

    8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.

    9. Menghargai dan membuat apresiasi tentang karya sendiri dan rakan.

    c) Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual 

    Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti berikut

    a) pemerhatian secara aktif

    b) interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat dan bahan

    c) apresiasi Seni Visual secara mudah; dan

    b) menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

    i. Pemerhatian secara aktif

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    28/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    28

     Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian

    perlu diberi kepada perkara berikut ;

      Pengetahuan sedia ada murid

      Benda yang konkrit

      Minat, kecenderungan dan latar belakang murid

      Bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan

    Mencetus idea dan imaginasi

    ii. Interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat dan bahan

     Aspek yang melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti

    penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,

    anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut;

    penerokaan

    - aktiviti kecil mudah ringkas;

    - cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;

    - mencari alternatif, variasi dan kemungkinan lain;

    - bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba;

    - aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan

    - menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik

    penghasilan/membuat

    - Penggunaan alat bahan dan teknik.

    - Tatacara, langkah dan proses membuat.

    - Amalan tertib kerja.

    - Keselamatan semasa bekerja dan

    - Penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil.

    iii. Apresiasi Seni Visual secara mudah;

     Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama

    aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    29/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    29

    mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti

    mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ;

      Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan,

     jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;

      Aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan

    teknik;

      Penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;

      Perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan

      Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan

    kandungan

    iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

      Nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di

    dalam kegiatan;

      Nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di

    luar kegiatan dalam kehidupan seharian;

      Tindakan susulan;

      Mbut dihuraikan secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan

    Pelajaran; dan mencintai alam kehidupan;

      Nilai patriotisme dan nilai murni lain;

      Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan

    persepsi yang terkandung dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan

    tersebut dihuraikan secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan

    Pelajaran; dan

      Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan penilaian

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    30/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    30

    Organisasi Kurikulum

    PENANG FREE SCHOO  MenPENANG FREE SCHOOgajar mata pelajaran seni mengikut dunia pendidikan

    barat

    Murid

    Pelbagai kegiatan seni visual

    4 bidang/modul

    Membuat corakdan rekaan

    Membentuk danmembuat binaan

    Mengenal kraftradisional

    Memperkembang dan menyelaras persepsi dan konsepsi visual murid untukmenggalakkan pemikiran kritis dan kreatif

    Menggambar

    Selaras perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi,psikomotor, mental yang merengkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi

    visual

    Pengetahuan yang dapat dimiliki:

    *Mengenal bahan, alat dan teknik,

    *Pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan

    prinsip rekaan, proses pembuatan, kaedah dokumentasi intergrasi maklumat dan aplikasi

    perisian komputer

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    31/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    31

    Carta 2.2 :Carta Organisasi Kurikulum

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    32/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    32

    Carta 2.3:

    Struktur Kandungan Organisasi Kurikulum PSV

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    33/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    33

    3.0  Kepentingan Terhadap Struktur Perubahan Dasar Perkembangan

    Kurikulum

    3.1 Sosial

    3.2 Ekonomi

    3.3 Politik

    3.4 Teknologi

    Aspek-aspek

    (Sosial) (Ekonomi) (Politik) (Teknologi)

    Senibina Kraf tangan Propaganda Perkongsian

    pintarPeralatan rumah Pelancongan Isu Peragaan

    Pakaian Ornamen Tema Pengiklanan

    Kebudayaan Promosi e-dagang

    Nilai sejagat Penyebaranmaklumat

    Kepercayaan/adatistiadat

    Dimensi baru Kemanusiaan Lalu lintas

    Muzium, galeri,bazar, pasar seni,komplek kraf dan

    lain-lain.

    Jaringankeusahawanan

    Latihan 3Pakar-pakar pendidikan mengakui bahawa sains teknologi dan multimediaboleh merentasi kurikulum. Ertinya, sains teknologi dan multimediaboleh membicarakan bahasa , seni visual, sejarah,geografi,kajiantempatan, matematik, undang-undang, ekonomi dan disiplin lain dari sudut

    grafiknya.

    Mohd Johari Ab.Hamid, 2006

    Berdasarkan penyataan tersebut, bagaimanakah peranan Teknologidalam Pendidikan Seni Visual mampu merealisasikan faktor-faktor yangdimaksudkan?

    Bincangkan hujah anda berdasarkan pengumpulan maklumat tersebutmelalui inkuiri penemuan.

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    34/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    34

    KONSEP 5P

    PENGGABUNG JALINAN

    KEMAHIRANDALAM PSV

    KBSR

    PENYERAPANPENGETAHUAN

    PENERAPANNILAI MURNI

    PENGAYAAN PEMULIHAN

     

    4.0 Konsep 5P dalam PSV KBSR

    Sinopsis

    Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melaluiproses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkansatu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalamkalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran,penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni dan pengayaan.

    Hasil Pembelajaran

    i. Memahami perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual(PSV), SukatanPelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) PSV KBSR/KSSR

    ii. Memahami kepentingan perkembangan kurikulum

    iii. Memahami konsep 5P dalam PSV KBSR/KSSR

    Kerangka konsep pelaksanaan 5P dalam pengajaran

    Rajah 4.1 :

    Kerangka Konsep 5P dalam Pendidikan Seni VisualJALINAN KEMAHIR

    a) Penggabungjalinan Kemahiran

      Satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu

    pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan

    menyeluruh

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    35/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    35

      Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan pelbagai

    kemahiran secara serentak dalam proses pengajaran dan pembelajaran

      Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu:

    i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaranii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain

    iii. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum

    b) Penyerapan Pengetahuan

      Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatupadukan

    pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran lain ke

    dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang diajar

      Kelebihan penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak

    dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya

      Kelebihan kedua ialah meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran psv lebih

    produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang

    menarik daripada mata pelajaran lain, murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan

    progresif

      Murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan

    penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain

      Guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit

    mengenai sejarah seni visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu, guru

    bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran melukis dan mewarna sahaja.

    PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

      PENDEKATAN IMPLISIT  –  Pendekatan implicit seperti guru-guru secara tidak

    langsung menerapkan sesuatu nilai

      PENDEKATAN EKSPLISIT – Mengadakan suatu peraturan, arahan dan sebagainya

    yang bertulis tentang sesuaru perkara

    PENGAYAAN

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    36/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    36

      Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar di samping

    menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar ke arah

    perkembangan dan bakat diri

      Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat untuk belajar sendiri danmempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran

    seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan

    untuk menilai kerja mereka sendiri

      Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengembang

    minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri

    dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.

      Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya pelajar

    dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri

    5.0 Konsep Integrasi dalam Pendidikan Seni Visual

    Program intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negara

    khususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulakan pada tahun 1900 an. Pada

    ketika itu penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintegrasikan dengan

    mata pelajaran. Ini adalah disebabkan kerana dia telah mengganggap sains adalah

    asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu terdapat juga

    perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintegrasikan ke dalam kurikulum disekolah-

    sekolah. Dengan dapat dibuat secara kesimpulan bahawa konsep intergrasi dalam

    kurikulum adalah diamalkan dengan secara meluas dikebanyakan pelajar negara-

    negara maju.

    Bagi pendidik, kebanyakannya menggunakan konsep dan makna pengintergrasian

    dari pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi. Intergrasi dari

    sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total dimana ini bermaksud

    bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang

    mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait

    rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    37/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    37

    Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama, ia

    boleh dilihat dari sudut perhubungan antara personaliti seperti antara seseorang

    pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru. Kedua, perlu ada

    rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungan antara individu dengan pelbagai

    agensi masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan

    antara pelbagai institusi masyarakat itu. Manakala dari sudut pedagogi, intergrasi

    melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan

    kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan

    membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

    a) Empat jenis integrasi yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran (P&P)

    Terdapat pelbagai cara intergrasi dijalankan dalam pengajaran Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesan sangat

    dititikberatkan bagi mempastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi

    mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan

    beberapa kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialah konsep

    intergrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan.

    Untuk itu konsep bersepadu dalam KBSR/KSSR membawa maksud bahawa

    penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni

    dilakukan secara intergrasi dan menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR/KSSR pendidikan

    adalah bagi pembangunan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

    emosi dan jasmani. Untuk itu beberapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam

    proses P&P KBSR/KSSR yang mengandungi aspek.

     Antara jenis-jenis intergrasi yang boleh dijalankan dalam P&P ialah :

    i) Penggabungjalinan

    Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi

    mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui

    strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu

    pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam

    satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. 

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    38/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    38

    Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti P&P yang

    menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses P&P yang lebih

    berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang

    menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.

    Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan

    kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna.

    Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan

    pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

    mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid.

    Strategi penggabungjalinan ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Melalui proses penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai

    serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran.

    Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama ada kemahiran-kemahiran yang

    terdapat dalam satu mata pelajaran atau kemahiran-kemahiran daripada satu mata

    pelajaran yang digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran.

    Jenis-jenis Penggabungjalinan :

    Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti P&P boleh dilihat daripada tiga

    sudut seperti :

      Penggunaan pelbagai kemahiran dalam satu mata Pelajaran

      Penggabung jalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata

    pelajaran

      Penggabungjalinan kemahiran secara merentas Kurikulum.

    Contoh Aktiviti dalam P&P

    Mata Pelajaran : Matematik (Tahun2)

    Topik : Nombor Bulat 0 Sehingga 100

    Kemahiran : Menolak sebarang nombor bulat 0

    sehingga 100

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    39/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    39

    Pengintegrasian Bidang Seni Dalam Pendidikan (Penggabungjalinan)

    Muzik : Nyanyian lagu ‘Sepuluh Budak Hitam’. 

    Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami, guru

    telah menggabungjalinkan seni dalam pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik

    dalam tajuk mata pelajaran yang diajar.

    Dalam mata pelajaran Matematik, guru memilih untuk menggunakan cara

    penggabungjalinan bidang seni muzik dengan memilih lagu rakyat “Sepuluh Budak Hitam”

    untuk operasi menolak nombor bulat. Guru menyanyikan lagu tersebut sendirian

    dengan diiringi muzik dan meminta murid mendengar dengar teliti. Seterusnya meminta

    murid menyatakan operasi apakah yang digunakan dalam lirik lagu tersebut.

    Contohnya lirik : “Sepuluh budak hitam main tepi kolam, seorang tergelincir tinggal

    lagi Sembilan”. 

     Aktiviti ini boleh dilakukan semasa set induksi sesuatu pengajaran.

     Antara contoh lagu kanak-kanak yang boleh dijadikan bahan adalah seperti berikut:

    Diamlah wahai adik

    Papaku pulang dari kota

    Telefon berbunyi

    Sepuluh botol kicap

    Silly billy

    Satu pagi saya ke sekolah

    ii) Penyerapan

    Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi

    pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pengajaran bagi sesuatu mata

    pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur-unsur isi kandungan daripada

    dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran

    sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    40/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    40

    dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu

    pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.

    Ciri-ciri Penyerapan :

    i. Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengatahuan daripada berbagai-bagai pelajaran.

    ii. Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu dalam satu mata

    pelajaran

    iii. Bilangan mata pelajaran yang boleh digunakan dalam proses penyerapan adalah

    fleksibel.

    iv. Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur utama dan unsur

    sampingan.

    Walau bagaimanapun, unsur utama tetapt diberi penekanan yang lebih.

    v. Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-

    unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-

    bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira.

    Contoh Aktiviti dalam P&P

    Subject : Science Year 5

    Topic : Investigating Living Thing

    Unit 1 : Lesson 2- Friends or Foes

    Penyerapan

    Bahasa Inggeris : Kemahiran Membaca

    Daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti

    bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.Dengan ini pelajar akan

    memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran

    Bahasa Inggeris

    Contoh petikan : “ Tapai is a popular food in Malaysia. It is made from glutinous rice

    or tapioca. Yeast is added to make tapai”. 

    Pengajaran ini dijalankan semasa langkah pertama iaitu menerangkan isi kandungan topic

    yang akan dijalankan.

    iii) Penerapan

    Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nila-nilai dalam

    pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    41/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    41

    nilai-nilai murni, nilai kemanusian, ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan

    berlangsung melalui dua pendekatan iaitu : 

    i. Pendekatan implisit

    Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Segala perlakuan guru diperhatikan

    oleh kanak-kanak dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh kanak-kanak.

    Tindakan menyokong dan memberi pujian ` kepada pelajar secara tidak langsung

    menyedarkan pelajar untuk menerima sesuatu nilai yang positif itu.

    ii. Pendekatan eksplisit

    Pendekatan ini bermaksud dengan mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan

    sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan tidak diharapkan.

    Oleh yang demikian, penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat,

    dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas.

    Contoh Aktiviti Dalam P&P

    Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

    Tahun : 4

    Topik : Pengurusan Diri

    Sub Topik : Jaga Kebersihan Diri

    Penerapan

    Dalam mata pelajaran kajian tempatan, guru boleh menerapakan pendekatan implisit dan

    pendekatan eksplisit. Contohnya dalam topik pengurusan diri, cara menjaga kebersihan.

    Guru perlu bersedia terlebih dahulu dengan berpakaian kemas, berbau harum, dan sentiasa

    berada dalam keadaan segar. Ini menjadi contoh yang terbaik untuk para pelajar mengikut

    tingkah laku yang sihat terhadap gurunya.

    Selain itu, guru boleh menetapkan peraturan atau langkah-langkah yang perlu diikuti oleh

    pelajar untuk pengurusan diri di rumah. Contohnya, bangun pagi dengan gosok

    gigi,mandi,menyikat rambut dan berpakaian kemas. Segala pendekatan terkandung dalam

    aktiviti tersebut.

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    42/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    42

    iv) Pemulihan

    Satu lagi aktiviti dalam jenis integrasi adalah aktiviti pemulihan. Pemulihan adalah satu aktiviti

    yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah

    pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti ini memerlukan

    perancangan yang betul untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi

    pengetahuan dan kemahiran. Dalam merancangkan aktiviti pemulihan, beberapa

    perkara atau aspek harus diambil kira iaitu:

    i. Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan contohnya melalui ujian

    diagnostik. Guru akan dapat mengenal pasti di mana kelemahan murid secara lebih tepat

    seperti kelemahan mengeja suku kata KVKKV. Maka guru seharusnya merancang untuk

    menambahbaikan masalah tersebut.

    ii. Pengajaran dan pembelajaran murid perlu diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut

    keperluan kognisi murid. Bermaksud murid yang telah dikenalpasti memerlukan aktiviti

    pemulihan seharusnya diberikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai

    dengan tahap pemikiran mereka atau lebih mudah dikatakan aras yang lebih mudah

    supaya murid senang memahami apa yang murid tidak faham pada pelajaran lalu.

    iii. Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan bercetak dan

    bahan elektronik untuk membantu murid memahami dan menguasai hasil pembelajaran.

    Ini penting untuk memastikan aktiviti pemulihan yang dijalankan akan lebih berjaya

    dengan adanya lebih bahan Bantu mengajar yang sesuai dan dipastikan berkesan.

    Selepas aktiviti pemulihan, pasca ujian dijalankan secar pemerhatian, lisan atau bertulis.

    Pasca ujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep atau kemahiran yang perlu

    dikuasai.

    Contoh Aktiviti Dalam P&P

    Mata Pelajaran : Kajian Tempatan Tahun 5

    Topik : Geografi Fizikal

    Sub Topik : Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar

    Pemulihan

     Aktiviti pemulihan boleh dilaksanakan semasa langkah 3 pengajaran dan pembelajaran.Guru

    telah mengenal pasti pelajar yang lemah dan kemahiran yang tidak dapat dikuasai pelajar.

  • 8/18/2019 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV

    43/43

     PSV 3043PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR 

    Contohnya kemahiran membanding beza habitat haiwan yang tinggal di hutan hujan tropika

    dengan hutan paya, guru boleh mencipta animasi pergerakan binatang serta bunyi-bunyian.

    Pembelajaran yang menyeronokan menarik minat serta mengukuhkan pemahaman pelajar.

    Gerak kerja dilakukan secara individu sehingga pelajar tersebut memahami perbezaan

    habitat haiwan yang tinggal di tempat yang berbeza. Pengintegrasian akan tercipta dengan

    gabungan visual, muzik dan pergerakan binatang tersebut. Ini member kesan yang baik

    dalam aktiviti pemulihan pelajar.

    Integrasi mempunyai banyak kelebihan yang ketara seperti ia mempunyai kepelbagaian

    dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unit kerja. Integrasi juga akan memberi ruang

    untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan dan seterusnya integrasi

    mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas.

    Integrasi juga seharusnya dinilai supaya ia masih berada dalam landasan yang betul.

    Penilaian bagi pendekatan integrasi terbahagi kepada dua iaitu Penilaian Formatif dan

    Penilaian Sumatif. Penilaian Formatif berlaku secara berterusan semasa pengajaran

    dan pembelajaran sedang berjalan. Penilaian Sumatif pula dijalankan setelah satu

    tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu semester, satu penggal, setengah

    tahun atau satu tahun penilaian akan dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian

    terhadap objektif yang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka

    waktu tertentu yang lebih panjang.

    Latihan 4

    Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapatmencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebihbersifat futuristik.

    Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depan denganmenerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasi kurikulumbagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalam bidangMembentuk dan Membuat Binaan menerusi mata pelajaranPendidikan Seni Visual?

    Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual