panduan pelaksanaan ujian protim.pdf -...

2
1 PENDAHULUAN Kemahiran Asas Membaca dan Menulis Program Pemulihan 3M (ProTiM) ialah suatu ujian diagnostik yang dikendalikan untuk murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Ujian PraProTiM dan Ujian PascaProTiM dijalankan bagi tujuan mengesan daerah kekuatan dan kelemahan serta tahap literasi bacaan dan tulisan serta pencapaian murid. Praujian dan Pascaujian terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A - Kemahiran Membaca Bahagian B - Kemahiran Menulis PANDUAN PELAKSANAAN Kandungan dan Pelaksanaan Ujian PraProTiM dan Ujian PascaProTiM Kemahiran Membaca dan Menulis 1. Bahagian A mengandungi 12 soalan dan Bahagian B mengandungi 13 soalan. 2. Jumlah keseluruhan markah kemahiran membaca ialah 100 markah dan kemahiran menulis ialah 100 markah. 3. Ujian PraProTiM dijalankan secara individu. 4. Ujian perlu dijalankan dengan adil dan tegas. Bagi ujian kemahiran membaca, bacaan murid yang tidak lancar, merangka-rangkak, mengeja atau tidak menjawab, dianggap tidak mencapai tahap dan diberikan 0 markah. 5. Bagi kemahiran menulis, murid perlu diingatkan supaya menulis dalam huruf kecil. Jawapan yang ditulis semua dalam huruf besar diberikan 0 markah, kecuali bagi huruf pada permulaan ayat dan nama khas. 6. Bagi item-item menulis yang diuji, guru boleh membantu murid dengan menyatakan gambar yang tertera (sekiranya gambar atau item tidak jelas) untuk mengelakkan murid tidak menjawab soalan berkenaan.

Upload: votuong

Post on 06-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN PROTIM.pdf - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2717/PANDUAN... · Kemahiran Asas Membaca dan Menulis Program Pemulihan 3M ... membaca, bacaan

1

PENDAHULUAN Kemahiran Asas Membaca dan Menulis Program Pemulihan 3M (ProTiM) ialah suatu ujian diagnostik yang dikendalikan untuk murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Ujian PraProTiM dan Ujian PascaProTiM dijalankan bagi tujuan mengesan daerah kekuatan dan kelemahan serta tahap literasi bacaan dan tulisan serta pencapaian murid.

Praujian dan Pascaujian terbahagi kepada dua bahagian, iaitu

Bahagian A - Kemahiran Membaca

Bahagian B - Kemahiran Menulis

PANDUAN PELAKSANAAN

Kandungan dan Pelaksanaan Ujian PraProTiM dan Ujian PascaProTiM Kemahiran Membaca dan Menulis

1. Bahagian A mengandungi 12 soalan dan Bahagian B mengandungi 13 soalan.

2. Jumlah keseluruhan markah kemahiran membaca ialah 100 markah dan kemahiran menulis ialah 100 markah.

3. Ujian PraProTiM dijalankan secara individu.

4. Ujian perlu dijalankan dengan adil dan tegas. Bagi ujian kemahiran membaca, bacaan murid yang tidak lancar, merangka-rangkak, mengeja atau tidak menjawab, dianggap tidak mencapai tahap dan diberikan 0 markah.

5. Bagi kemahiran menulis, murid perlu diingatkan supaya menulis dalam huruf kecil. Jawapan yang ditulis semua dalam huruf besar diberikan 0 markah, kecuali bagi huruf pada permulaan ayat dan nama khas.

6. Bagi item-item menulis yang diuji, guru boleh membantu murid dengan menyatakan gambar yang tertera (sekiranya gambar atau item tidak jelas) untuk mengelakkan murid tidak menjawab soalan berkenaan.

Page 2: PANDUAN PELAKSANAAN UJIAN PROTIM.pdf - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2717/PANDUAN... · Kemahiran Asas Membaca dan Menulis Program Pemulihan 3M ... membaca, bacaan

2

7. Tulisan tidak jelas, perkataan yang ditulis tidak betul, atau perkataan yang tertinggal dalam jawapan hendaklah diberi 0 markah.

8. Tandakan 1 pada item yang dikuasai, dan 0 pada item yang tidak dikuasai atau tidak dijawab dalam ruang ditepi item (kertas ujian murid), kemudian jumlahkan skor yang diperoleh pada kotak skor pada akhir setiap soalan.

9. Guru diminta memasukkan data murid (individu) dalam Borang Pemarkahan Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis untuk mengetahui aras pencapaian murid dalam praujian dan pascaujian dalam Borang Analisis Pencapaian Individu (API)

10. Guru dikehendaki memasukkan maklumat dan data murid (skor) dalam Borang Rumusan Sekolah (Borang 2 Rekod Sekolah)

11. Murid dikatakan menguasai 2M, apabila mendapat skor 90-100 % bagi kemahiran membaca, dan skor 90-100 % kemahiran menulis dalam praujian dan pascaujian yang diambil.