sebagai 3m buku panduan global kod etika

44
Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika Pematuhan dan Perlakuan Perniagaan

Upload: vokhue

Post on 12-Jan-2017

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

Sebagai 3MBuku Panduan Global Kod Etika

Pematuhan dan Perlakuan Perniagaan

Page 2: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

2

3M Iberia 3M Singapura

3M Pusat, St. Paul, Minnesota

3M Mexico 3M Kanada

3M Itali

Page 3: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

1

Isi Kandungan

Pesanan daripada Pucuk Pimpinan 3M Mengenai Kod Etika Kita 2Kod Etika 3M 4Tentang Kod Etika 3M 5

Apa Maksud Kod? 5Mengapa 3M mempunyai Kod? 5Siapa yang mesti mematuhi Kod? 5Apakah yang perlu saya lakukan menurut Kod? 5Apakah yang Kod perlukan daripada pemimpin? 6

Sumber 7Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mengetahui atau mengesyaki salah laku? 7Ke manakah harus saya tujukan soalan perlakuan perniagaan atau melaporkan salah laku atau potensi salah laku? 7Bagaimana 3M bertindak balas terhadap laporan? 7

Mengenai Kod Etika 3M: Sebagai 3M 9

BERSIKAP BAIK: Mematuhi undang-undang dan Kod Etika 3M 10

Pematuhan 11Perlakuan Perniagaan Beretika 12Kewajipan Pekerja dan Pelaporan 13

BERSIKAP JUJUR: Bertindak dengan kejujuran dan integriti yang tidak dikompromi 14

Antirasuah 15Hadiah, Keraian dan Perjalanan 17Undang-undang Antitrust dan Persaingan 18Pematuhan Eksport, Import dan Perdagangan 19

Perdagangan Sekuriti dan Maklumat Orang Dalam 20Pengiklanan dan Perwakilan Produk 21Pencegahan Pengubahan Wang Haram 22

BERSIKAP ADIL: Bertindak mengikut peraturan, sama ada bekerja dengan kerajaan, pelanggan atau pembekal 24

Aktiviti Melobi dan Politik 25Menjalankan Perniagaan dengan Agensi dan Kontraktor Kerajaan 26

BERSIKAP SETIA: Lindungi kepentingan, aset dan maklumat 3M 28

Konflik Kepentingan 29Maklumat Keselamatan, Rahsia Perdagangan dan Maklumat Sulit 30Sumber Elektronik 31Privasi Data 32

BERSIKAP TEPAT: Menyimpan rekod perniagaan yang lengkap dan tepat 34

Kawalan Dalaman, Laporan Kewangan, Pengekalan Dokumen dan Pengauditan 35

BERSIKAP MENGHORMATI: Saling menghormati dan menghormati masyarakat kita dan persekitaran fizikal di seluruh dunia 36

Tempat Kerja yang Dihormati 37Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja 38Keselamatan, Kualiti dan Pengawasan Produk 39

Indeks Prinsip Perlakuan Perniagaan 40

Isi Kandungan

Page 4: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

2

Pesanan daripada Inge G. Thulin Reputasi cemerlang 3M mentakrifkan siapa kita sebagai sebuah syarikat. Pada masa yang sama, ia mengukuhkan kedudukan daya saing kita dalam pasaran global. Penting bagi setiap daripada kita untuk komited sepenuhnya demi mendukung dan memajukan reputasi 3M dalam semua keputusan yang kita lakukan dan dalam setiap tindakan yang kita ambil.

Sebagai pekerja 3M, kita mewujudkan nilai 3M dan menjaga reputasi 3M. Saya tahu anda mengambil berat tentang perkara ini sebagaimana saya dan saya menghargai komitmen berterusan anda terhadap piawai tertinggi, setiap hari dan di mana-mana sahaja.

Integriti peribadi, nilai yang dikongsi dan amalan perniagaan beretika kita membentuk asas reputasi 3M di seluruh dunia. Walaupun komitmen kita terhadap perlakuan perniagaan yang beretika tidak berubah, cabaran baru akan sentiasa muncul. Dinamik yang berubah ini merupakan satu sebabnya kita menggabungkan elemen amalan perniagaan ini menjadi Kod Etika untuk semua warga 3M. Apabila digabungkan dengan kualiti dan prestasi produk kita, elemen-elemen tersebut mewujudkan platform yang amat berkuasa demi kejayaan perniagaan syarikat dan perkembangan profesional kita semua.

Saya pasti bahawa kita boleh bergerak lebih dekat dalam merealisasikan Visi kita dengan sentiasa mengamalkan Kod Etika:

Ŕ Teknologi 3M Memajukan Setiap Syarikat

Ŕ Produk 3M Mempertingkat Setiap Rumah

Ŕ Inovasi 3M Memperbaik Setiap Kehidupan

Saya berterima kasih kepada anda kerana sentiasa mengamalkan piawai yang tinggi seperti diharapkan oleh orang lain dan diri kita sendiri.

Inge G. ThulinPengerusi, Presiden dan CEO

Pesanan daripada Pucuk Pimpinan 3M Mengenai Kod Etika Kita

Page 5: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

3

Pesanan daripada Ivan Fong3M telah membina reputasi luar yang biasa untuk integriti dan menjalankan perniagaan dengan cara yang betul selama lebih daripada 114 tahun. Anda berhadapan dengan cabaran, peluang dan tanggungjawab untuk mengekalkan dan meningkatkan reputasi tersebut pada setiap hari.

Tanggungjawab ini paling utama: Tiada yang lebih penting — bukan permintaan daripada pelanggan atau arahan terus daripada pengurus anda, "merancang pelan operasi anda" atau kesetiaan peribadi — boleh atau patut menjadi alasan untuk mengkompromikan komitmen bersama kita terhadap integriti.

Tambahan lagi, jika anda adalah pemimpin, anda bertanggungjawab untuk mewujudkan budaya pematuhan; sebagai teladan; untuk memberikan sumber dan latihan yang mencukupi bagi pematuhan; bagi memastikan terdapatnya pelbagai saluran untuk membangkitkan kebimbangan pematuhan tanpa khuatir dengan tindakan balas; dan dengan cepat mengambil tindakan responsif yang sesuai apabila isu-isu sedemikian dibangkitkan.

Mungkin yang paling penting, sama ada anda adalah seorang penyelia ataupun tidak, anda tidak menanggung tanggungjawab ini sendirian. Buku panduan ini, sebagai contoh, boleh membantu anda mengenal pasti isu-isu dan membimbing anda dalam membuat keputusan menurut Kod Etika kita. Pengurus anda, orang hubungan Sumber Manusia, Penasihat 3M yang ditetapkan untuk anda, serta Jabatan Pematuhan & Perlakuan Perniagaan kita adalah antara sumber yang tersedia untuk membantu anda.

Komitmen peribadi anda terhadap Kod Etika kita didahului dengan ucapan terima kasih.

Ivan K. FongNaib Presiden Kanan, Hal Ehwal Perundangan & Penasihat Undang-undang

Pesanan daripada Veena LakkundiPematuhan ialah teras bagi semua perkara yang kita lakukan di 3M. Pengalaman saya di 3M mengajar saya tentang nilai menjalankan perniagaan kita secara beretika dan jujur. Ia merupakan kelebihan daya saing dan membantu pelanggan kita menunaikan janji mereka. Sememangnya jelas bahawa 3M menghargai kepentingan melakukan perkara yang betul pada setiap hari. Bagi anda yang bersuara apabila anda mempunyai kebimbangan, saya memuji anda. Disebabkan andalah kami dapat menyiasat isu yang berkemungkinan dan melindungi syarikat, di samping memastikan tiada tindakan balas kerana bersuara. Ingatlah, apabila anda berkongsi isu tertentu, ia menjadi isu “kita” untuk menyelesaikannya. Anda tidak perlu melaluinya sendiri. Kami bersedia membantu. Kita semua mahu melakukan perkara yang betul di 3M. Saya menghargai sumbangan anda dan integriti anda.

Veena LakkundiNaib Presiden, Ketua Pegawai Pematuhan, Pematuhan & Perlakuan Perniagaan 3M

Pesanan daripada Pucuk Pimpinan 3M Mengenai Kod Etika Kita

Page 6: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

4 Laporkan kebimbangan di 3M-Ethics.com atau hubungi 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.

Kod Etika 3M

Bersikap BaikMematuhi undang-undang dan Kod Etika 3M.

Bersikap JujurBertindak dengan kejujuran dan integriti yang tidak dikompromi.

Bersikap AdilBertindak mengikut peraturan, sama ada bekerja dengan kerajaan, pelanggan ataupun pembekal.

Bersikap SetiaLindungi kepentingan, aset dan maklumat 3M.

Bersikap TepatMenyimpan rekod perniagaan yang lengkap dan tepat.

Bersikap MenghormatiSaling menghormati dan menghormati masyarakat kita dan persekitaran fizikal di seluruh dunia.

Laporkan kebimbangan di 3M-Ethics.com atau hubungi 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.4

Page 7: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

5Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Tentang Kod Etika 3M

Tentang Kod Etika 3MApa Maksud Kod?

Ŕ Kod Etika 3M terdiri daripada prinsip perlakuan perniagaan teras yang menetapkan harapan global korporat untuk semua pekerja 3M dan pihak ketiga tertentu yang bertindak bagi pihak 3M.

Mengapa 3M mempunyai Kod?

Ŕ 3M telah lama memiliki prinsip perlakuan perniagaan berdasarkan nilai teras syarikat. Nilai-nilai tersebut tidak berubah dari masa ke masa. Prinsip dalam Kod ini tetap konsisten dengan prinsip perlakuan perniagaan 3M yang sekian lama, nilainya dan piawai etika kita yang dikongsi bersama untuk menjalankan perniagaan dengan kejujuran dan integriti yang tidak dikompromi. Kod ini ialah panduan bagi menjawab soalan atau menyelesaikan masalah etika apabila pilihan yang betul mungkin tidak jelas.

Ŕ Kod 3M meringkaskan prinsip pematuhan yang penting, menonjolkan isu-isu yang boleh mendatangkan akibat perundangan dan etika yang signifikan jika tidak dikendalikan dengan betul, serta memberikan garis panduan untuk tindakan yang sewajarnya.

Ŕ Kod 3M memberikan peraturan dan garis panduan untuk membantu Warga 3M membuat keputusan yang

baik setiap hari, dengan cara yang memajukan perniagaan 3M dan menghormati tradisi perlakuan perniagaan beretika 3M.

Siapa yang mesti mematuhi Kod?

Ŕ Kod Etika 3M dikenakan kepada semua "Warga 3M". Warga 3M ialah pekerja 3M dan boleh merangkumi orang lain yang bertindak bagi pihak 3M. Warga 3M diharapkan untuk mengamalkan Nilai 3M. Semua Warga 3M ialah rakan dalam pematuhan Kod Etika 3M dan menyokong pematuhan orang lain. Bersama-sama, Warga 3M memastikan kejayaan Syarikat 3M yang berterusan dan melindungi reputasi 3M yang sekian lama untuk melakukan perkara yang betul pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Apakah yang perlu saya lakukan menurut Kod?

Ŕ Semua Warga 3M diharapkan agar mengetahui dengan terperinci dan mematuhi Kod Etika 3M. Anda mesti mengamalkan penilaian yang baik dalam semua keputusan anda untuk 3M, sentiasa dengan cara yang konsisten dengan Kod.

Ŕ Anda juga diharapkan untuk menyokong pematuhan orang lain terhadap Kod, yang bermaksud anda mesti melaporkan pelanggaran Kod yang disyaki.

Ŕ Pekerja yang gagal mematuhi Kod 3M boleh menghadapi tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan.

Ŕ Pihak ketiga yang perlu mematuhi Kod 3M, tetapi gagal berbuat demikian, boleh dilarang daripada bertindak bagi pihak 3M pada masa hadapan.

Ŕ Harapan teras Warga 3M adalah seperti berikut:

• Memahami dan mematuhi undang-undang dan Kod Etika 3M.

• Bantu membina budaya etika 3M:

- Mengamalkan Nilai 3M

- Melaporkan pelanggaran undang-undang atau Kod ini yang disyaki

- Mendapatkan bantuan untuk keputusan yang sukar

• Bekerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan syarikat.

• Jangan membuat tindakan balas terhadap sesiapa yang melaporkan kebimbangan perlakuan perniagaan.

• Tiada kelebihan jualan atau perniagaan yang berbaloi untuk mengorbankan reputasi korporat kita.

Page 8: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

6

Apakah yang Kod perlukan daripada pemimpin?

Penyelia dan pengurus menentukan nada untuk pasukan mereka. Mereka biasanya menjadi orang pertama yang ditemui pekerja untuk bertanyakan soalan. Oleh itu, Penyelia dan pengurus perlu:

Ŕ Menjadi teladan perlakuan beretika yang kukuh.

Ŕ Memberikan latihan, pendidikan dan sumber untuk menyokong pekerja dalam mematuhi Kod.

Ŕ Mensyaratkan pekerja mereka untuk mengambil kursus perlakuan perniagaan dan mengesahkan pematuhan mereka terhadap Kod Etika.

Ŕ Menghalang dan melarang tindakan balas.

Ŕ Menggalakkan pekerja untuk bersuara sekiranya mereka mempunyai apa-apa soalan atau kebimbangan.

Ŕ Mengenakan tindakan disiplin bagi salah laku dan memberi ganjaran bagi perlakuan yang baik.

Ŕ Mengikut syarat peningkatan 3M dan sedar bahawa terdapat isu yang mempunyai syarat-syarat peningkatan yang wajib.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk Prinsip Pematuhan dalam Kod Etika kita.

Tentang Kod Etika 3M

Laporkan kebimbangan di 3M-Ethics.com atau hubungi

1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.

Page 9: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

7Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Tentang Kod Etika 3M

Melaporkan salah laku yang disyaki atau menanyakan soalan pematuhan mungkin memerlukan keberanian, tetapi ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan. 3M tidak akan bertoleransi dengan tindakan balas terhadap sesiapa yang membangkitkan kebimbangan, menanyakan soalan atau bekerjasama dengan penyiasatan syarikat. Pekerja yang membuat tuduhan palsu dengan sengaja atau memberikan maklumat palsu akan dikenakan tindakan disiplin, kerana perlakuan sedemikian melanggar prinsip perlakuan perniagaan 3M dan tidak selaras dengan nilai 3M.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mengetahui atau mengesyaki salah laku?

Ŕ Melainkan jika dilarang oleh undang-undang negara anda, pekerja berkewajipan untuk melaporkan apa-apa pelanggaran undang-undang atau Kod 3M yang disyaki dan boleh melakukannya secara tanpa nama di kebanyakan negara.

Ŕ Jika anda seorang penyelia atau pengurus, anda mesti mengetahui dan mematuhi Prinsip Kewajipan Pekerja dan Pelaporan 3M, yang menghendaki anda melaporkan semua pelanggaran undang-undang atau Kod Etika 3M yang disyaki kepada penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda, Jabatan Pematuhan & Perlakuan Perniagaan atau pengurusan perniagaan anda.

SumberKe manakah harus saya tujukan soalan perlakuan perniagaan atau melaporkan salah laku atau potensi salah laku?

Gunakan mana-mana daripada pilihan di bawah untuk menanyakan soalan atau melaporkan kebimbangan:

Ŕ Pengurusan anda

Ŕ Jabatan Pematuhan & Perlakuan Perniagaan 3M3M Company3M Center, Building 220-11-W-09Saint Paul, MN 55144-1000

Ŕ Penasihat Udang-undang 3M

Ŕ 3M-Ethics.com3M-Ethics.com dikendalikan oleh vendor pihak ketiga, EthicsPoint. EthicsPoint ialah perkhidmatan pelaporan profesional bebas yang dibayar retainer oleh 3M untuk membantu menerima soalan atau kebimbangan perlakuan perniagaan. Di kebanyakan negara, anda boleh menggunakan sistem ini untuk melaporkan kebimbangan anda secara tanpa nama.

Ŕ Pengurus Sumber Manusia yang ditetapkan

Ŕ Jawatankuasa Audit Lembaga PengarahTimbalan Ketua Penasihat Undang-undang & SetiausahaHal Ehwal Perundangan 3M3M Center, Building 220-09-E-02Saint Paul, MN 55144-1000

Ŕ Jabatan Audit Korporat 3MKetua JuruauditJabatan Pengauditan Korporat 3M3M Center, Building 224-06-N-11Saint Paul, MN 55144-1000

Bagaimana 3M bertindak balas terhadap laporan?

3M akan menyemak setiap laporan. 3M mungkin membuat siasatan jika perlu. Maklumat dalam laporan anda akan dikendalikan dengan berhati-hati dan penuh hormat.

Page 10: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

8 Laporkan kebimbangan di 3M-Ethics.com atau hubungi 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika

Syarikat.

Page 11: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

9Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Tentang Kod Etika 3M

Mengenai Kod Etika 3M:

Sebagai 3MBuku panduan ini meringkaskan Kod Etika 3M dan 20 Prinsip Perlakuan Perniagaan kita. Teks penuh Prinsip ini dan banyak sumber yang lain boleh didapati di go.3M.com/C&BC. Semua Warga 3M dikehendaki mematuhi Kod ini dan Prinsip kita di mana-mana mereka berada. Beginilah caranya kita menjalankan perniagaan. Sebagai 3M.

Page 12: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

10

Bersikap BaikMematuhi undang-undang dan Kod Etika 3M.

3M mempunyai reputasi yang sekian lama dan sememangnya berpatutan dalam menjalankan perniagaan dengan kejujuran dan integriti yang tidak dikompromi kerana Warga 3M mematuhi undang-undang dan Kod Etika 3M.

Ŕ Pematuhan

Ŕ Perlakuan Perniagaan Beretika

Ŕ Kewajipan Pekerja dan Pelaporan

Laporkan kebimbangan di 3M-Ethics.com atau hubungi 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.10Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 13: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

11Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Ŕ 3M menikmati reputasi global sebagai syarikat beretika yang mematuhi undang-undang, bermakna Warga 3M mematuhi undang-undang, di mana-mana sahaja mereka tinggal dan bekerja.

Ŕ Kod Etika 3M biasanya menetapkan piawai yang lebih tinggi daripada syarat yang ditetapkan oleh undang-undang. Warga 3M mematuhi Kod Etika 3M, di samping mematuhi undang-undang.

Ŕ Melainkan dilarang oleh undang-undang negara tempatan, kakitangan 3M mesti segera melaporkan semua pelanggaran undang-undang atau Kod 3M yang disyaki dengan membawa kebimbangan mereka kepada perhatian pengurusan 3M atau melaporkannya melalui 3M-Ethics.com.

Ŕ 3M tidak akan bertoleransi terhadap tindakan balas yang dikenakan kepada sesiapa yang melaporkan kebimbangan perlakuan perniagaan atau bekerjasama dengan mana-mana penyiasatan

• 3M mengharapkan laporan sebegini dibuat dengan niat yang baik. Ini tidak bermaksud anda mempunyai semua fakta; anda perlu berasa bebas untuk bertanya dan melaporkan apa-apa isu yang menyebabkan anda bimbang tanpa khuatir dengan tindakan balas. Walau bagaimanapun, laporan atau tuduhan yang palsu atau berniat jahat, bukanlah dengan niat yang baik dan boleh menjadi asas untuk tindakan disiplin.

Ŕ 3M boleh dipertanggungjawabkan untuk salah laku yang dibuat oleh pihak lain yang bertindak bagi pihaknya. Pekerja 3M tidak boleh dengan sengaja membenarkan rakan perniagaan atau pihak ketiga untuk menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan patut bertanya soalan serta mengambil langkah untuk menghalang perlakuan salah sebegini.

Ŕ Warga 3M mesti menggunakan prosedur pelaporan yang digariskan dalam Prinsip ini.

Panduan Tambahan • Apabila terdapat konflik antara, atau kekeliruan tentang, undang-undang atau peraturan yang dikenakan dalam sesuatu situasi tertentu, semak dengan penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan 3M anda sebelum meneruskan.

• Apabila terdapat konflik antara Kod Etika 3M dan undang-undang, sentiasa patuhi undang-undang. Namun, jika Kod 3M menetapkan piawai yang lebih tinggi berbanding yang dikehendaki oleh undang-undang, Kod 3M patut menjadi piawai kelakuan. Semak dengan penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda sebelum meneruskan.

• Contoh individu yang bukan pekerja 3M tetapi boleh bertindak bagi pihak 3M termasuk ejen jualan, wakil, perunding, pekerja kontrak, rakan usaha sama, pengedar, pengubah dan penasihat undang-undang luar. Hubungan perniagaan 3M dengan pihak ketiga akan menentukan sama ada pihak ketiga bertindak bagi pihak 3M. Sekiranya begitu, pihak ketiga tersebut patut dianggap sebagai Warga 3M dan perlu mematuhi dasar yang berkenaan dalam Kod Etika 3M. 3M mengharapkan pihak ketiga yang bekerjasama dengannya agar sentiasa mematuhi undang-undang.

• Jika anda mengesyaki sebarang salah laku oleh mana-mana pekerja atau rakan perniagaan 3M, pastikan anda membangkitkan kebimbangan anda kepada pengurus anda, penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda, pengurus Sumber Manusia yang ditetapkan, Jabatan Pematuhan & Perlakuan Perniagaan 3M atau melalui 3M-Ethics.com.

Bersikap Baik

Pematuhan

Siapakah "Warga 3M"? Warga 3M ialah pekerja 3M dan boleh merangkumi orang lain yang bertindak bagi pihak 3M. Warga 3M diharapkan untuk mengamalkan Nilai 3M. Semua Warga 3M ialah rakan dalam pematuhan Kod Etika 3M dan menyokong pematuhan orang lain. Bersama-sama, Warga 3M memastikan kejayaan Syarikat 3M yang berterusan dan melindungi reputasi 3M yang sekian lama untuk melakukan perkara yang betul pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 14: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

12 Laporkan kebimbangan di 3M-Ethics.com atau hubungi 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.

Bersikap Baik

Perlakuan Perniagaan Beretika

Perlakuan perniagaan beretika memerlukan lebih daripada sekadar mematuhi undang-undang. Kod Etika 3M dan Nilai-nilai 3M kebiasaannya menetapkan piawai yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kadang-kadang tiada peraturan bertulis. Walaupun jika tidak terdapat dasar khusus untuk diikuti, Warga 3M diharapkan agar menggunakan penilaian yang terbaik dan mesti melakukan perkara yang betul. Dengan kata lain, Warga 3M diharapkan agar membuat keputusan yang baik dan beretika berdasarkan nilai-nilai 3M berkenaan kejujuran, integriti, menunaikan janji, keadilan, menghormati, keprihatinan terhadap orang lain, dan kebertanggungjawaban peribadi.

Jika anda tidak dapat menjawab "ya" untuk ketiga-tiga soalan ini, tetapi masih percaya bahawa tindakan yang dicadangkan adalah mematuhi undang-undang dan beretika, semak rancangan anda dengan penyelia anda, penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda atau Jabatan Pematuhan dan Perlakuan Perniagaan 3M sebelum meneruskan. Meneruskan tindakan tanpa nasihat tambahan mungkin mendatangkan keburukan terhadap 3M dan menjadi keputusan yang salah buat anda.

Panduan Tambahan Membuat keputusan beretika memerlukan pemikiran yang teliti tentang arah perlakuan alternatif menurut prinsip bimbingan yang berikut:• Bertindak dengan kejujuran dan integriti yang tidak dikompromi dalam semua aktiviti dan perhubungan 3M.

• Mengelak konflik kepentingan antara kerja dan kehidupan peribadi.

• Menghormati maruah dan nilai semua orang.

• Menggalakkan inisiatif dan inovasi individu dalam suasana yang fleksibel, bekerjasama dan saling mempercayai.

• Menggalakkan budaya yang mana sikap menunaikan janji, keadilan, menghormati dan kebertanggungjawaban peribadi dihargai, digalakkan dan diiktiraf.

• Mengekalkan tempat kerja yang selamat.

• Melindungi alam sekitar.Adakah perlakuan ini selaras dengan nilai teras 3M iaitu kejujuran dan integriti yang tidak dikompromi?

Bolehkah perlakuan ini bertahan daripada penelitian awam?

Adakah perlakuan ini melindungi reputasi 3M sebagai syarikat beretika?

Apabila berhadapan dengan keputusan tentang tindakan yang betul untuk dilakukan, pastikan anda boleh menjawab "ya" untuk ketiga-tiga soalan ini:

1 2 3

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 15: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

13Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Bersikap Baik

Kewajipan Pekerja dan Pelaporan

Ŕ Pekerja 3M diharapkan untuk mengetahui Kod Etika 3M dan mematuhinya. Melainkan dilarang oleh undang-undang negara tempatan, pekerja 3M juga diharapkan untuk segera melaporkan apa-apa pelanggaran undang-undang atau Kod Etika 3M yang disyaki.

Ŕ Warga 3M diharapkan untuk bekerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan isu-isu pematuhan.

Ŕ Pekerja 3M perlu memaklumkan apa-apa laporan kepada pengurusan 3M, penasihat undang-undang 3M, Jabatan Pematuhan & Perlakuan Perniagaan 3M, pengurus Sumber Manusia yang ditetapkan atau melalui 3M-Ethics.com. Laporan melalui 3M-Ethics.com boleh dilakukan secara tanpa nama di kebanyakan negara.

Ŕ Penyelia dan pengurus diharapkan agar segera melaporkan semua pelanggaran undang-undang dan Kod Etika 3M yang disyaki kepada penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan mereka, Jabatan Pematuhan & Perlakuan Perniagaan atau pengurusan perniagaan mereka.

Ŕ Warga 3M tidak boleh membuat tindakan balas terhadap sesiapa yang melaporkan kebimbangan perlakuan perniagaan atau bekerjasama dalam mana-mana penyiasatan. 3M tidak akan bertoleransi terhadap tindakan balas yang dikenakan kepada sesiapa yang melaporkan pelanggaran undang-undang atau Kod Etika 3M atau pelanggaran yang disyaki.

Ŕ Pekerja diharapkan agar menjalani semua kursus dan pengesahan perlakuan perniagaan yang dikehendaki sehingga lengkap.

Panduan Tambahan • Penyelia dan pengurus yang mengetahui bahawa 3M atau rakan perniagaan (sebagai contoh, seorang pengedar) menawarkan rasuah, ditawarkan rasuah ataupun mungkin ditawarkan rasuah mesti melaporkannya kepada penasihat undang-undang yang ditetapkan dan Jabatan Pematuhan & Perlakuan Perniagaan.

• Untuk maklumat lanjutan tentang rasuah dan definisi rasuah, sila rujuk halaman 15 Buku Panduan ini.

• Kod Etika 3M dipaparkan di laman web dalaman dan luaran 3M. Untuk Warga 3M yang tiada akses Internet, pengurusan akan memberikan salinan cetak Kod Etika, sama ada secara langsung atau di lokasi yang sesuai, seperti di kawasan rehat pekerja atau dilekatkan pada papan buletin pekerja.

• Poster yang menerangkan cara melaporkan kebimbangan perlakuan perniagaan menggunakan talian bantuan 3M dan 3M-Ethics.com dipaparkan di kawasan rehat pekerja dan di lokasi lain yang sesuai.

• Mungkin terdapat sebab yang munasabah untuk pihak pengurusan prestasi atau tindakan disiplin lain diambil oleh penyelia terhadap kakitangan yang telah membangkitkan kebimbangan perlakuan perniagaan. Untuk mengelak daripada kelihatan seperti membuat tindakan balas, penyelia dalam keadaan sebegini patut berunding dengan pengurus Sumber Manusia yang ditetapkan.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 16: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

14 Laporkan kebimbangan di www.3M-Ethics.com atau telefon 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.

Bersikap JujurBertindak dengan kejujuran dan integriti yang tidak dikompromi.

3M bersaing untuk perniagaan berdasarkan kualiti produk 3M, penyelesaian inovatif, perkhidmatan pelanggan dan reputasi 3M untuk integriti — menjalankan perniagaan dengan cara yang betul, sentiasa dan di mana-mana jua. Warga 3M mematuhi semua undang-undang dan dasar 3M yang melindungi integriti dan keadilan pasaran. Beberapa contoh undang-undang ini ialah Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA), Akta Rasuah U.K. (UKBA) dan undang-undang antitrust dan persaingan di seluruh dunia, tetapi banyak lagi undang-undang yang lain.

Ŕ Antirasuah

Ŕ Hadiah, Keraian dan Perjalanan

Ŕ Undang-undang Antitrust dan Persaingan

Ŕ Pematuhan Eksport, Import dan Perdagangan

Ŕ Perdagangan Sekuriti dan Maklumat Orang Dalam

Ŕ Pengiklanan dan Perwakilan Produk

Ŕ Pencegahan Pengubahan Wang Haram

14Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 17: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

15Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Bersikap Jujur

Antirasuah

Ŕ Warga 3M tidak boleh menawarkan, membuat atau menerima sebarang bentuk rasuah, tidak kira apa pun budaya perniagaan tempatan.

Ŕ Pekerja yang melanggar Prinsip ini boleh dibuang kerja atau dipenjarakan. Kedua-dua 3M dan individu. Tersabitnya rasuah juga boleh bermaksud kehilangan perniagaan lain dan reputasi 3M tercemar untuk jangka masa panjang.

Ŕ Rasuah ialah suatu jenayah di mana-mana sahaja 3M menjalankan perniagaan. Rasuah yang melibatkan individu persendirian dan pegawai kerajaan adalah melanggar undang-undang dan Kod Etika 3M. Warga 3M mesti mematuhi semua undang-undang antirasuah, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Akta Amalan Rasuah Asing, Akta Rasuah U.K. dan semua undang-undang tempatan yang berkenaan di tempat 3M menjalankan perniagaan.

Ŕ Rasuah wujud dalam banyak bentuk, seperti hadiah, sogokan, sumbangan politik atau amal, keraian, perjalanan ataupun bayaran pemudah yang sedikit atau bayaran "sogokan". Berjanji atau menawarkan untuk memberi rasuah juga adalah salah. Semua contoh rasuah ini melanggar Prinsip ini, sama ada dibayar, ditawarkan atau diterima oleh pekerja 3M atau oleh sesiapa yang bertindak bagi pihak 3M.

Ŕ Ingat, kemudahan atau janji, seperti tawaran untuk menggaji saudara pegawai

kerajaan atau memberi diskaun yang tidak diberikan kepada orang lain, adalah melanggar Prinsip ini.

Ŕ 3M mesti menunjukkan semua urus niaga yang tepat dalam buku dan rekod 3M.

Bayaran pemudah ialah bayaran kecil yang dibuat untuk mempercepat tindakan kerajaan bukan budi bicara, seperti memasang kuasa elektrik atau telefon. Walaupun bayaran tersebut adalah kecil dan amat biasa di sesetengah negara, bayaran pemudah adalah dilarang.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 18: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

16 Laporkan kebimbangan di 3M-Ethics.com atau hubungi 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.

Bersikap Jujur

Panduan Tambahan • Rasuah ialah tawaran secara langsung atau tidak langsung untuk memberi atau menerima sesuatu yang bernilai kepada atau daripada individu atau entiti dengan niat untuk mendapatkan kelebihan yang tidak wajar atau mempengaruhi keputusan dengan cara memberi rasuah. "Mendapatkan kelebihan yang tidak wajar" bermaksud mendapatkan sesuatu yang bernilai yang mana 3M belum atau sebaliknya sememangnya berhak, berdasarkan usaha mengikut peraturan yang mesti dipatuhi setiap pihak pembida.

• Peraturan khas dikenakan kepada pegawai kerajaan. Akta Amalan Rasuah Asing A.S. (FCPA) melarang rasuah kepada pegawai kerajaan di negara lain. "Pegawai kerajaan" termasuk kakitangan kerajaan, pegawai dilantik dan dipilih dan lain-lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pihak politik dan ahli parti berpangkat tinggi, profesor dan profesional penjaga kesihatan yang bekerja di universiti awam dan program penjagaan kesihatan, dan kakitangan syarikat yang dimiliki kerajaan atau dikawal oleh kerajaan, atau organisasi antarabangsa awam seperti Palang Merah dan Bangsa-bangsa Bersatu. Dalam menentukan sama ada seseorang itu ialah "pegawai kerajaan" boleh menjadi sukar, oleh itu berundinglah dengan penasihat undang-undang ditetapkan unit perniagaan anda atau Jabatan Pematuhan & Perlakuan Perniagaan 3M jika anda mempunyai soalan.

• Rasuah boleh disembunyikan sebagai komisen, sumbangan amal atau politik, hadiah, makan dan perbelanjaan perjalanan. Berhati-hati dalam membuat keputusan sama ada hendak membuat bayaran ini atau menanggung perbelanjaan sedemikian, serta patuhi semua dasar dan prosedur untuk membuat pembayaran sedemikian.

• Ingat, rasuah boleh wujud dalam banyak bentuk. Calon politik atau pegawai awam boleh meminta anda menyumbang kepada badan amal atau dana kempen tertentu. Ini mungkin rasuah.

• 3M boleh dipertanggungjawabkan untuk tindakan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, tanpa mengambil kira sama ada orang tersebut pekerja 3M ataupun tidak. Beberapa contoh termasuk pembekal, ejen jualan, wakil, perunding, rakan usaha sama, pengedar, pengubah dan penasihat undang-undang luar.

• Berhati-hati dalam memilih rakan perniagaan 3M. Lakukan usaha wajar terhadap semua pihak ketiga seperti yang diperlukan mengikut prosedur Penilaian Integriti kita. Selalu berjaga-jaga terhadap apa-apa perlakuan yang menyebabkan anda bimbang sepanjang perjalanan perhubungan perniagaan. Biasanya, perasaan anda bahawa sesuatu adalah salah merupakan petanda masalah. Untuk maklumat lanjut tentang Penilaian Integriti, sila rujuk Laman web Pematuhan & Perlakuan Perniagaan di http://3msource.mmm.com/businessconduct.

• Jangan sekali-kali membenarkan pihak ketiga menawar atau menerima rasuah; anda dan 3M mungkin dipertanggungjawabkan untuk tindakan mereka.

Pemberian kecil, seperti secawan kopi, hadiah kecil yang bernilai nominal atau makan tengah hari atau malam yang sederhana, bukan rasuah. Apabila memberi pemberian sebegini kepada pegawai kerajaan, anda mesti mematuhi undang-undang hadiah dan had kewangan yang dikenakan untuk pegawai kerajaan sedemikian dan juga semua dasar 3M atau dasar tempatan yang berkaitan yang dikenakan ke atas unit perniagaan 3M anda. Sila rujuk Prinsip Hadiah, Keraian dan Perjalanan untuk maklumat lanjut.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 19: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

17Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Bersikap Jujur

Panduan Tambahan • Pemberian kecil, seperti secawan kopi atau makan tengah hari atau malam yang sederhana, biasanya boleh. Hadiah bernilai sederhana, seperti pad tetikus berjenama 3M atau pen mata bulat, biasanya boleh sahaja. Tetapi, jangan sekali-kali memberi atau menerima hadiah yang mahal atau keterlaluan, termasuk hadiah yang mungkin dianggap keterlaluan oleh orang lain.

• Elakkan hadiah, makan, keraian dan pemberian yang kebetulan dengan keputusan perniagaan kerana masa sebegini akan kelihatan seperti percubaan untuk mempengaruhi pertimbangan perniagaan dengan cara yang tidak wajar.

• Memberi atau menerima wang tunai atau sama dengan tunai seperti kad hadiah, sijil hadiah, atau baucar, hampir selalunya melanggar Prinsip ini. Dalam keadaan tertentu yang jarang sekali dan terhad, dengan syarat khas, dasar dan prosedur 3M membolehkan hadiah sebegini, tetapi penting untuk menyemak dengan penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda sebelum bertindak. Apabila tidak pasti, lakukan yang selamat dan elakkan daripada memberi atau menerima hadiah sebegini.

• Ingat untuk mempertimbangkan dengan teliti cadangan hadiah, keraian dan makan daripada perspektif pihak ketiga yang objektif. Dapatkan pandangan orang lain, seperti pengurus anda atau penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda, jika jawapannya tidak jelas.

Undang-undang dan peraturan khas dikenakan terhadap Pegawai Kerajaan. Hadiah perniagaan, makan, keraian, perjalanan, malah pemberian yang sedikit kepada kakitangan kerajaan adalah dikawal ketat di bawah undang-undang banyak negara, termasuk Akta Amalan Rasuah Asing A.S. Jangan sekali-kali menawarkan apa-apa yang bernilai kepada pegawai kerajaan melainkan jika ia jelas bahawa undang-undang dan peraturan yang dikenakan membenarkannya dan anda telah mematuhi usaha wajar dan prosedur kelulusan yang sewajarnya. Hadiah sedemikian boleh melanggar undang-undang, walaupun jika ia dibayar dengan wang peribadi. Sentiasa mematuhi dasar 3M dan juga undang-undang hadiah dan had kewangan yang dikenakan untuk pegawai kerajaan. Ingat bahawa dasar 3M tempatan boleh menetapkan had nilai yang lebih rendah berbanding undang-undang negara; patuhi peraturan yang lebih ketat.

Hadiah, Keraian dan Perjalanan

Ŕ Bertukar hadiah perniagaan yang sesuai, meraikan pelanggan dengan jamuan makan dan acara, serta menyediakan perjalanan perniagaan adalah kebiasaan demi mengukuhkan hubungan perniagaan, untuk mendidik pelanggan tentang 3M dan produknya, dan untuk menyokong perniagaan 3M. Apabila dikendalikan dengan betul, tindakan ini ialah amalan perniagaan yang sah, selaras dengan Kod Etika 3M. Namun penting bahawa semua peraturan yang dikenakan dipatuhi serta buku dan rekod yang disimpan menunjukkan perbelanjaan ini dengan tepat.

Ŕ Apa-apa hadiah perniagaan atau keraian, sama ada diberi atau diterima oleh pekerja 3M atau sesiapa yang bertindak bagi pihak 3M, mestilah tidak kerap dan berpatutan dari segi kos dan bilangannya.

Ŕ Rasuah sentiasa menyalahi undang-undang, jadi elakkan situasi yang mana hadiah, makan, keraian dan pemberian yang sama boleh menjejaskan atau kelihatan seperti menjejaskan pertimbangan atau objektif perniagaan anda sendiri atau orang lain. Patuhi semua undang-undang yang dikenakan, Prinsip ini dan prosedur usaha wajar 3M.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 20: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

18 Laporkan kebimbangan di 3M-Ethics.com atau hubungi 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.

Panduan Tambahan • Jangan bersetuju dengan pesaing atau bakal pesaing tentang harga, terma jualan, rancangan jualan, tawaran, kos, keuntungan, pengeluaran, jumlah atau apa-apa aspek persaingan. Jangan membincangkan atau bertukar maklumat dengan pesaing atau bakal pesaing tentang topik-topik ini.

• Jangan membahagi pelanggan, pasaran atau wilayah dengan pesaing atau bakal pesaing.

• Jangan berbincang atau bersetuju dengan orang lain untuk berhenti menjalankan perniagaan dengan pelanggan atau pembekal tertentu untuk mengehadkan pengeluaran.

• Berunding dengan penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda tentang aturan untuk pembelian atau jualan eksklusif, hubungan pengedar termasuk penamatan hubungan pengedar, harga, rebat, rebat tergabung atau program diskaun, atau lain-lain perlakuan yang berpotensi mengehadkan jualan semula produk atau perkhidmatan, dan apa-apa perlakuan atau program yang direka untuk mendapat atau mengekalkan kedudukan pasaran yang kukuh.

• Kegagalan mematuhi undang-undang antitrust dan persaingan akan memburukkan reputasi 3M dan mengakibatkan denda jenayah dan sivil serta gangguan perniagaan yang signifikan. Sentiasa berbincang dengan penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda untuk menangani apa-apa persoalan.

• Berjaga-jaga apabila berinteraksi dengan pesaing di acara industri, seperti pameran perdagangan, mesyuarat kesatuan perdagangan, mesyuarat penanda aras atau acara sama yang sedemikian. Berunding dengan penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda sebelum menyertai atau mengambil bahagian dalam persatuan atau acara sebegini untuk mengenal pasti risiko dan mendapatkan kelulusan yang sewajarnya. Patuhi langkah-langkah yang diperlukan dalam Standard Keahlian dan Penyertaan dalam Persatuan Perdagangan atau Organisasi Persekitaran Standard (Standard-Setting Organization) sebelum menyertai atau mengambil bahagian dalam organisasi yang sedemikian.

Undang-undang Antitrust dan Persaingan

Ŕ 3M terlibat dalam persaingan yang adil dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan antitrust dan persaingan global. Aktiviti perniagaan tertentu, seperti perjanjian antara pesaing untuk menentukan harga, sentiasa melanggar undang-undang ini. Banyak aktiviti perniagaan lain, seperti bekalan tertentu yang terhad atau perjanjian pengedaran atau menggunakan kedudukan pasaran yang tidak adil untuk memburukkan persaingan, boleh melanggar undang-undang ini.

Ŕ Undang-undang antitrust dan persaingan berbeza-beza mengikut negara dan rumit. Sentiasa dapatkan bantuan daripada penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda apabila aktiviti perniagaan mungkin dikawal oleh undang-undang antitrust dan persaingan.

Bersikap Jujur

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 21: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

19Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Panduan Tambahan • Embargo perdagangan dan sekatan ekonomi melarang atau menyekat aktiviti perniagaan di negara tertentu dan rakyat mereka, serta aktiviti perniagaan dengan entiti dan individu yang disenaraikan secara khusus.

• Peraturan kawalan eksport mengenakan sekatan terhadap pemindahan barang-barang dan teknologi tertentu ke destinasi asing atau kepada individu asing.

• Peraturan antiboikot melarang syarikat-syarikat A.S. dan anak syarikat asing mereka daripada menyertai boikot yang tidak mendapat persetujuan terhadap negara-negara yang menjalin hubungan mesra dengan Amerika Syarikat. Beberapa negara dan bidang kuasa lain juga mengekalkan undang-undang yang melarang pematuhan terhadap boikot atau embargo asing yang tidak mendapat persetujuan.

• Peraturan kastam mengawal banyak aspek yang terlibat dalam pengimportan barangan ke dalam negara. Di kebanyakan negara, ini termasuklah peraturan rumit berkenaan dengan pengelasan, penilaian, negara asal dan penandaan barangan yang diimport. Peraturan kastam juga boleh termasuk penguatkuasaan peraturan agensi kerajaan rakan kongsi terhadap barangan yang diimport, seperti produk penjagaan kesihatan, bahan kimia atau barang-barang terkawal yang lain.

• Perolehan kerajaan dan pelbagai peraturan pengiklanan menetapkan peraturan untuk membuat perwakilan negara asal yang tertentu.

• Peraturan cukai mempengaruhi syarat-syarat dan kewajipan pihak yang terlibat dalam urus niaga.

• Undang-undang keselamatan kargo menyediakan standard keselamatan yang minimum untuk memastikan keselamatan fizikal bagi penghantaran merentasi sempadan.

• Perjanjian perdagangan bebas ialah perjanjian antarabangsa antara dua negara atau berbilang negara yang memberi keutamaan perdagangan dan manfaat kepada negara-negara yang menyertainya.

• Kegagalan untuk mematuhi undang-undang eksport, import dan perdagangan akan merosakkan reputasi 3M dan mengakibatkan hukuman jenayah dan sivil serta gangguan perniagaan yang signifikan.

Pematuhan Eksport, Import dan Perdagangan

Ŕ 3M mematuhi semua undang-undang pematuhan eksport, import dan perdagangan yang berkenaan di mana-mana 3M menjalankan perniagaan, termasuk embargo, sekatan ekonomi, kawalan eksport, antiboikot, keselamatan kargo, pengelasan dan penilaian import, perwakilan negara asal dan perjanjian perdagangan bebas.

Ŕ Warga 3M perlu mematuhi semua undang-undang, peraturan, serta dasar, piawai dan prosedur syarikat semasa menjalankan perniagaan merentasi sempadan. Undang-undang ini rumit dan kerap berubah. Warga 3M mesti menghubungi Jabatan Pematuhan Perdagangan Global 3M jika mempunyai apa-apa soalan atau apabila menjalankan perniagaan merentasi sempadan.

Ŕ Para pekerja mesti sentiasa mematuhi undang-undang sekiranya dasar 3M bercanggah dengan undang-undang tempatan.

Bersikap Jujur

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 22: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

20 Laporkan kebimbangan di 3M-Ethics.com atau hubungi 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.

Panduan Tambahan • Dalam menjalankan kerja 3M anda, anda mungkin mengetahui "maklumat dalaman" tentang 3M dan syarikat lain. "Maklumat dalaman" adalah maklumat yang belum didedahkan kepada pihak awam. Maklumat sebegini adalah "penting" jika ia tidak tersedia kepada pihak awam dan boleh mempengaruhi seseorang untuk membeli, menjual atau memegang sekuriti. Contoh maklumat penting bukan awam merangkumi:

- Keputusan kewangan daripada syarikat atau unit perniagaan dalam syarikat.

- Perolehan sesaham.

- Tindakan dividen

- Penggabungan, pemerolehan, pelupusan, usaha sama.

- Tuntutan, litigasi atau prosiding undang-undang lain yang besar, atau siasatan oleh kerajaan.

- Perubahan pengurusan yang utama.

- Perkembangan produk baharu yang signifikan atau kemajuan dalam penyelidikan.

• "Perdagangan orang dalam" ialah membeli atau menjual saham 3M atau saham syarikat lain semasa memiliki bahan, maklumat bukan awam tentang syarikat tersebut. Perdagangan orang dalam juga merangkumi memberikan maklumat penting bukan awam kepada orang lain yang mungkin membeli atau menjual saham syarikat atau memberikan maklumat tersebut kepada orang lain.

• Jika anda mendedahkan maklumat penting bukan awam, anda boleh dipertanggungjawabkan secara peribadi untuk perdagangan orang dalam walaupun jika anda tidak melakukan perdagangan atau memperoleh apa-apa daripada pendedahan tersebut.

• Apabila anda atau ahli keluarga memiliki maklumat penting bukan awam:

- Jangan lakukan urus niaga yang melibatkan saham yang mana anda mempunyai maklumat penting bukan awam.

- Jangan memberi "panduan" atau maklumat kepada orang lain tentang syarikat yang boleh mempengaruhi keputusan mereka untuk membeli atau menjual saham syarikat tersebut.

- Tunggu sehingga tiga hari penuh selepas maklumat tersebut didedahkan secara umum sebelum membuat apa-apa urus niaga.

• Ia mungkin tidak jelas sama ada maklumat tertentu adalah "penting", oleh itu dapatkan nasihat penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda.

• Apabila tidak pasti, ambil jalan selamat: Jangan berkongsi maklumat dengan sesiapa jika anda fikir ia mungkin penting, dan jangan membeli atau menjual saham jika anda mengetahui sesuatu yang anda fikir mungkin maklumat penting bukan awam.

Perdagangan Sekuriti dan Maklumat Orang Dalam

Ŕ Warga 3M mesti mematuhi semua undang-undang perdagangan sekuriti dan maklumat orang dalam di negara 3M menjalankan perniagaan.

Ŕ Perdagangan orang dalam menyalahi undang-undang dan dilarang oleh Prinsip ini .

Ŕ Jangan mendedahkan maklumat penting bukan awam tentang 3M.

Ŕ Jangan mendedahkan maklumat penting bukan awam tentang syarikat lain, contohnya, rakan perniagaan atau sasaran pemerolehan.

Ŕ Eksekutif kanan mesti mematuhi dengan ketat peraturan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa yang mengehadkan keupayaan mereka untuk mendagangkan saham 3M.

Ŕ Orang yang melanggar undang-undang perdagangan orang dalam boleh dipenjarakan. 3M boleh dikenakan denda sivil dan penalti jenayah kerana melanggar undang-undang dan Prinsip ini.

Bersikap Jujur

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 23: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

21Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Bersikap Jujur

Pengiklanan dan Perwakilan ProdukKepercayaan ialah asas hubungan perniagaan 3M dengan pelanggan, rakan perniagaan dan pengguna akhir. Warga 3M mesti berkomunikasi secara jujur dan tepat tentang produk dan perkhidmatan 3M. 3M mesti mematuhi semua undang-undang pengiklanan di negara 3M menjalankan perniagaan dan mestilah tidak terlibat dalam amalan yang tidak adil atau mengelirukan.

Panduan Tambahan • Sentiasa mewakili produk dan perkhidmatan 3M dengan jujur, adil, tepat dan dengan cara yang profesional, termasuk dalam bahan jualan, pengiklanan, pembungkusan, promosi, kontrak, e-mel, perbualan dan apa-apa komunikasi yang lain.

• Hanya membuat dakwaan produk yang telah dibuktikan dengan sewajarnya melalui ujian berdasarkan prinsip statistik dan saintifik yang wajar atau diluluskan melalui proses kelulusan dakwaan unit perniagaan 3M.

• Jangan mengkritik secara tidak adil atau mencemarkan pesaing atau produk atau perkhidmatannya.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 24: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

22 Laporkan kebimbangan di 3M-Ethics.com atau hubungi 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.

Bersikap Jujur

Panduan Tambahan • Pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan pencegahan pengubahan wang haram dan antikeganasan menghendaki Warga 3M berwaspada terhadap kemungkinan "bendera merah" yang mungkin muncul dalam perjalanan perniagaan dan menandakan masalah. Jika "bendera merah" dikenal pasti, tahap usaha wajar tambahan yang sesuai diperlukan.

• Kenali rakan perniagaan anda: Jalankan Penilaian Integriti dan kenali amalan perniagaan mereka.

• Pantau aktiviti kewangan: Perhatikan dan catatkan semua bayaran dan urus niaga. Patuhi Piawai Kewangan Global untuk bentuk bayaran yang boleh diterima.

• Menyimpan rekod yang lengkap: Menyimpan rekod setiap urus niaga perniagaan yang semasa, lengkap dan tepat.

• Laporkan apa-apa aktiviti yang disyaki: Segera memaklumkan apa-apa aktiviti yang mencurigakan kepada penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda atau Jabatan Pematuhan & Perlakuan Perniagaan 3M.

• Ketahui dan patuhi keperluan undang-undang 3M untuk melaporkan urus niaga tunai.

• Bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang pencegahan pengubahan wang haram: Ini merangkumi bekerjasama dengan Audit Dalaman 3M, Pematuhan & Perlakuan Perniagaan 3M, serta semua agensi penguatkuasaan dan kawal selia undang-undang.

• Pastikan juga untuk mematuhi semua Dasar dan Piawai yang berkaitan, seperti Prinsip Pematuhan 3M, Prinsip Perlakuan Perniagaan Beretika dan Prinsip Antirasuah.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram

Ŕ 3M komited untuk mematuhi sepenuhnya semua undang-undang pencegahan pengubahan wang haram dan antikeganasan di seluruh dunia. 3M menjalankan perniagaan hanya dengan pelanggan bereputasi baik yang terlibat dalam aktiviti perniagaan yang sah, dengan dana yang diperoleh daripada sumber yang sah.

Ŕ Warga 3M mesti mematuhi semua undang-undang, peraturan dan dasar, garis panduan, piawai syarikat dan prosedur lain untuk memastikan pematuhan dengan Prinsip ini.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 25: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

23Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Bersikap Jujur

Ketahui tentang "bendera merah" pengubahan wang haram yang berikut

Ŕ Bayaran dilakukan dengan wang tunai atau setara dengan wang tunai, seperti kiriman wang, cek kembara atau kad tunai prabayar. Ini merupakan cara termudah untuk seseorang mencapai pengubahan wang haram dan mendatangkan risiko kepada 3M. Ketahui dan patuhi keperluan 3M dan undang-undang untuk melaporkan urus niaga tunai dan elakkan daripada menerima bayaran dalam bentuk wang tunai.

Ŕ Pelanggan dinamakan sebagai Pihak Ditentukan, Bangsa Khas Tertentu (SDN) atau wujud dalam senarai lain yang serupa, atau dikaitkan dengan negara-negara yang dikenal pasti sebagai tidak bekerjasama oleh Kuasa Petugas Tindakan Kewangan (FAFT) dengan usaha antarabangsa menentang pengubahan wang haram.

Ŕ Pelanggan atau pembekal yang keberatan untuk memberikan maklumat penuh dan/atau memberikan maklumat yang tidak mencukupi, palsu atau menimbulkan kesangsian.

Ŕ Pelanggan atau pembekal yang seperti bertindak sebagai ejen untuk prinsipal yang tidak didedahkan, tetapi enggan atau keberatan untuk membekalkan maklumat tentang prinsipal atau entiti tersebut.

Ŕ Pelanggan atau pembekal yang meluahkan kebimbangan tentang, atau hendak mengelakkan, syarat melaporkan atau menyimpan rekod.

Ŕ Pelanggan yang menstrukturkan bayaran untuk mengelakkan syarat melaporkan kerajaan yang relevan untuk bayaran tunai dan setanding tunai yang melebihi amaun dolar tertentu; contohnya, dengan membuat beberapa bayaran yang lebih kecil atau bayaran daripada pelbagai sumber.

Ŕ Pembelian produk atau jumlah pembelian yang lebih besar, yang kelihatan seperti tidak konsisten dengan corak pemesanan biasa pelanggan, tanpa apa-apa sebab perniagaan yang sah, seperti harga promosi.

Ŕ Struktur urusan yang rumit atau corak bayaran yang tidak menunjukkan tujuan perniagaan yang sebenar.

Ŕ Permintaan untuk bayaran dibuat melalui negara yang tidak berkaitan ke pihak ketiga yang tidak berkaitan.

Ŕ Beberapa bayaran separa daripada pelbagai pihak bagi pihak satu pelanggan dan/atau beberapa bayaran separa daripada pelbagai lokasi.

Ŕ Pelanggan atau pembekal yang tidak mempunyai alamat tempat fizikal.

Ŕ Pelanggan membuat deposit dana yang diikuti dengan permintaan segera bahawa wang tersebut diwayar keluar atau dipindah kepada pihak ketiga, atau ke firma yang lain, tanpa apa-apa tujuan perniagaan yang jelas.

Ŕ Pelanggan membuat satu bentuk bayaran kemudian meminta bayaran balik bayaran tersebut dalam bentuk lain; contohnya, bayar dengan tunai dan kemudiannya meminta bayaran kembali melalui pemindahan wayar.

23Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 26: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

24

Bersikap AdilBertindak mengikut peraturan, sama ada bekerja dengan kerajaan, pelanggan ataupun pembekal.

Sebagai rakyat yang mematuhi undang-undang, 3M menghargai reputasinya dan hubungan kerja dengan pegawai dan entiti kerajaan di seluruh dunia. Kerajaan mengawal aktiviti 3M, merupakan pelanggan 3M dan menggubal undang-undang yang memberi kesan terhadap kepentingan 3M. Untuk sebab-sebab ini, Warga 3M mesti mematuhi undang-undang, peraturan dan pengawalan yang mengawal interaksi kerajaan 3M dengan teliti.

Ŕ Aktiviti Melobi dan Politik

Ŕ Menjalankan Perniagaan Dengan Agensi dan Kontraktor Kerajaan

Laporkan kebimbangan di www.3M-Ethics.com atau telefon 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.24Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 27: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

25Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Bersikap Adil

Aktiviti Melobi dan Politik Ŕ 3M menghormati hak para pekerja untuk mengambil bahagian dalam proses

politik dan berkomunikasi dengan wakil yang mereka pilih menggunakan masa dan sumber mereka sendiri. Walau bagaimanapun, sebagai peraturan umum sumber dan kemudahan 3M tidak boleh digunakan bagi aktiviti, politik atau melobi.

• Contoh sumber 3M termasuk kemudahan kita, e-mel, komputer, telefon dan waktu kerja.

• Contoh aktiviti politik termasuk berkempen, mengedarkan risalah, mengumpul dana dan menganjurkan acara di premis 3M atau pada waktu 3M.

Ŕ Jangan memberi tanggapan bahawa 3M menganjur atau menyokong (atau, sebaliknya, tidak menganjur atau menyokong) mana-mana calon, pungutan suara atau inisiatif undi.

Ŕ Jangan memberi tanggapan bahawa sokongan kedudukan atau calon anda adalah sama seperti 3M menyokong kedudukan atau calon tersebut.

Ŕ Sesetengah kerajaan di A.S. telah menggubal undang-undang "bayar untuk terlibat" (pay-to-play) yang menghendaki entiti untuk melaporkan atau dalam sesetengah keadaan melarang entiti daripada membuat sumbangan politik kepada pegawai kerajaan jika mereka juga mempunyai atau cuba mendapatkan kontrak dengan kerajaan. Bagi memastikan 3M mematuhi undang-undang bayar untuk terlibat, pegawai dan pengarah serta pekerja tertentu mungkin perlu berunding dengan penasihat undang-undang 3M sebelum membuat sumbangan politik kepada calon dan organisasi politik di negeri dan lokasi yang tertentu.

Ŕ "Melobi" bermaksud berkomunikasi dengan penggubal undang-undang dan pegawai awam yang lain untuk bantu membentuk dasar awam atau menggesa tindakan terhadap isu tertentu. Melobi adalah sangat dikawal dan selalunya mempunyai keperluan pelaporan yang terperinci. 3M, pekerjanya dan sesiapa yang bertindak bagi pihaknya mesti mematuhi semua undang-undang melobi, di mana-mana sahaja 3M menjalankan perniagaan. Jika kerja anda melibatkan interaksi dengan mana-mana pertubuhan kerajaan atau pegawai awam, pastikan anda mengetahui undang-undang melobi di kawasan anda menjalankan perniagaan dan selalu menyemak sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Ŕ Hal Ehwal Kerajaan 3M menguruskan aktiviti melobi 3M. Warga 3M mesti berunding dengan Hal Ehwal Kerajaan 3M sebelum melantik pelobi, terlibat dalam aktiviti melobi secara langsung atau berkomunikasi dengan pegawai awam bagi pihak 3M.

Ŕ Semua pekerja yang berinteraksi dengan kerajaan atau melantik pelobi bertanggungjawab memahami dan mematuhi undang-undang melobi yang memberi kesan terhadap aktiviti perniagaan mereka, termasuk syarat-syarat pendaftaran, pelaporan dan penyimpanan rekod.

Panduan Tambahan • Menggunakan sumber korporat untuk mempengaruhi proses politik adalah dikawal ketat untuk melindungi dan menggalakkan integriti proses politik kerajaan di seluruh dunia. 3M menyokong dan mematuhi peraturan-peraturan ini dan mengharapkan Warga 3M juga mematuhinya semasa menjalankan tugas 3M mereka.

• Prinsip Aktiviti Melobi dan Politik tidak melarang aktiviti yang sah dan penggunaan sumber 3M oleh 3M dan Jawatankuasa Tindakan Politik 3M (3M PAC), serta tidak mengehadkan aktiviti organisasi Hal Ehwal Kerajaan 3M yang sah. PAC 3M ialah dana tidak berparti yang digunakan untuk memberi sumbangan kepada persekutuan, negeri dan calon tempatan A.S. seperti yang dibenarkan oleh undang-undang.

• Hubungi Hal Ehwal Kerajaan 3M untuk mendapatkan bantuan.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 28: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

26 Laporkan kebimbangan di 3M-Ethics.com atau hubungi 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.

Bersikap Adil

Panduan Tambahan • Jika anda mengusahakan kontrak atau bida kerajaan, pastikan anda memahami peraturan yang dikenakan. Semak dengan Jabatan Pematuhan Kontrak Kerajaan atau penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda.

• Kita mungkin perlu memberikan maklumat terperinci tentang syarikat dan pemegang saham kita, termasuk sumbangan politik, melobi, hadiah kepada pegawai kerajaan dan komunikasi dengan pegawai kerajaan. Malah komunikasi berkaitan jualan boleh tergolong dalam skop syarat pendedahan ini.

• Terdapat peraturan perundingan khusus untuk kontrak kerajaan. Ketahui dan patuhi semua peraturan tersebut. Jangan mencari maklumat sulit tentang pembelian atau kontrak kerajaan, termasuk maklumat tentang bida pesaing atau cadangan atau proses pemilihan agensi sebelum keputusan kontrak dilakukan.

• Jangan terpesong daripada syarat kontrak atau subkontrak kerajaan atau terma mana-mana kontrak kerajaan. Contohnya:

- Patuhi semua syarat negara asal.

- Sentiasa melaksanakan kawalan kualiti yang diperlukan.

• Pastikan anda juga mematuhi Prinsip Antirasuah dan Prinsip Hadiah, Keraian dan Perjalanan 3M.

Menjalankan Perniagaan Dengan Agensi dan Kontraktor Kerajaan

Ŕ Perniagaan dengan unit-unit kerajaan di seluruh dunia, termasuk perniagaan melalui kontraktor dan subkontraktor kerajaan adalah tertakluk kepada syarat rumit yang biasanya lebih ketat berbanding syarat untuk pelanggan komersial.

Ŕ Warga 3M mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang dikenakan apabila menjalankan perniagaan dengan mana-mana entiti kerajaan.

Ŕ Bersikap jujur dan tepat dalam semua urusan dengan pegawai, agensi, kontraktor dan subkontraktor kerajaan.

Ŕ Membuat pernyataan yang tidak tepat atau tidak sempurna kepada entiti kerajaan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang yang serius untuk anda dan 3M, serta boleh menjejaskan kebolehan 3M untuk menjalankan perniagaan dengan pelanggan kerajaan pada masa hadapan.

Ŕ Sebelum mengikat apa-apa perjanjian berkaitan dengan pelanggan kerajaan, pastikan anda berunding dengan penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda atau Jabatan Pematuhan Kontrak Kerajaan 3M.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 29: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

27Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Page 30: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

28 28

Bersikap SetiaLindungi kepentingan, aset dan maklumat 3M.

Reputasi dan kejayaan 3M dibina atas kesetiaan warganya yang meletakkan kepentingan 3M terlebih dahulu apabila melakukan kerja mereka; yang tidak membenarkan aktiviti peribadi berkonflik dengan perniagaan 3M; dan yang dengan teliti melindungi maklumat, aset dan kepentingan 3M.

Ŕ Konflik Kepentingan

Ŕ Keselamatan Maklumat, Rahsia Perdagangan dan Maklumat Sulit

Ŕ Sumber Elektronik

Ŕ Privasi Data

Laporkan kebimbangan di www.3M-Ethics.com atau telefon 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.28Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 31: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

29Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Bersikap Setia

Konflik Kepentingan

Ŕ Elakkan situasi yang mana kepentingan peribadi anda mungkin secara tidak wajar mempengaruhi atau kelihatan seperti mempengaruhi, penilaian perniagaan anda. Ini dikenali sebagai "konflik kepentingan".

Ŕ Malah, persepsi bahawa konflik kepentingan mempengaruhi penilaian perniagaan juga boleh menjejaskan reputasi dan perniagaan 3M.

Ŕ Dasar dan prosedur tempatan memerlukan pengesahan konflik kepentingan yang tepat pada masanya dan menyeluruh.

Panduan Tambahan • Warga 3M mesti mendedahkan apa-apa aktiviti, kepentingan kewangan atau hubungan luar yang mungkin menjadi konflik kepentingan yang sebenar, berpotensi atau dilihat sebagai konflik kepentingan. Pendedahan boleh diberikan kepada penyelia, pengurus peringkat seterusnya, penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda, pengurus Sumber Manusia yang ditetapkan untuk anda, Jabatan Pematuhan & Perniagaan 3M atau melalui 3M-Ethics.com.

• Pekerja yang mempunyai kawan, saudara, atau hubungan peribadi atau perniagaan lain dengan mereka yang merupakan pegawai kerajaan perlu mempertimbangkan dengan teliti sama ada hubungan sebegitu mewujudkan konflik kepentingan dengan kerja 3M mereka. Jika ya, konflik atau potensi konflik patut didedahkan kepada pengurus atau kakitangan Sumber Manusia yang ditetapkan unit perniagaan mereka.

- "Pegawai kerajaan" termasuk kakitangan kerajaan, pegawai dilantik dan dipilih dan lain-lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pihak politik dan ahli parti berpangkat tinggi, profesor dan profesional penjaga kesihatan yang bekerja di universiti awam dan program penjagaan kesihatan, dan kakitangan syarikat yang dimiliki kerajaan atau dikawal oleh kerajaan, atau organisasi antarabangsa awam seperti Palang Merah dan Bangsa-bangsa Bersatu. Dalam menentukan sama ada seseorang itu ialah "pegawai kerajaan" boleh menjadi sukar, oleh itu berundinglah dengan penasihat undang-undang ditetapkan unit perniagaan anda atau Jabatan Pematuhan & Perlakuan Perniagaan 3M jika anda mempunyai soalan.

• Mendapatkan kelulusan pengurusan sebelum menerima apa-apa kedudukan sebagai pegawai atau pengarah perniagaan luar.

• Memaklumkan kepada pengurusan sebelum berkhidmat dalam lembaga amal, pendidikan atau organisasi bukan untung yang lain.

• Jangan menerima pekerjaan luar yang tidak selaras dengan kepentingan 3M, seperti bekerja untuk pesaing atau memulakan perniagaan anda sendiri yang bersaing atau berurusan dengan 3M.

• Elakkan daripada mencampurkan hubungan peribadi dengan hubungan perniagaan — contohnya, memengambil ahli keluarga sebagai pekerja atau vendor; membeli barangan atau perkhidmatan daripada perniagaan keluarga bagi pihak 3M; atau menjual barang 3M kepada perniagaan keluarga atas apa-apa dasar yang mana orang lain mungkin bersaing.

• Jangan menerima hadiah, makan atau keraian yang mungkin kelihatan seperti memberi kesan terhadap objektiviti dan penilaian anda. Menolak makan malam atau hadiah yang mahal yang akan dianggap mewah oleh orang lain.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 32: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

30 Laporkan kebimbangan di 3M-Ethics.com atau hubungi 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.

Bersikap Setia

Panduan Tambahan • Maklumat 3M diklasifikasikan sebagai Awam, Dalaman, Sulit atau Dikawal. Semua maklumat selain daripada Awam mesti dilindungi.

• Jangan melanggar atau menggunakan tanpa kebenaran hak harta intelektual orang lain.

• Apabila menerima maklumat sulit daripada pihak lain, pastikan dahulu perjanjian pendedahan sulit bertulis sudah ditandatangani.

• Jangan menerima atau menggunakan maklumat sulit yang anda tahu atau mengesyaki adalah tidak sah atau diperoleh secara tidak beretika. Jangan dedahkan maklumat sulit apabila mengambil perunding luar tanpa perjanjian pendedahan sulit. Berunding dengan penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda jika anda mempunyai soalan.

Keselamatan Maklumat, Rahsia Perdagangan dan Maklumat Sulit

Ŕ Lindungi maklumat sulit 3M, termasuk rahsia perdagangan 3M, daripada pendedahan yang tidak dibenarkan.

Ŕ Jangan dedahkan maklumat sulit kepada sesiapa di luar syarikat tanpa kelulusan yang jelas. Gunakan perjanjian pendedahan sulit yang sesuai.

Ŕ Walaupun dalam 3M, jangan berkongsi maklumat sulit dengan mereka yang tidak "perlu mengetahui" tentang sesuatu urusan.

Ŕ Ketahui klasifikasi maklumat 3M yang anda cipta yang mana anda boleh mengaksesnya, langkah keselamatan yang dikenakan terhadap maklumat tersebut, tempoh masa untuk mengekalkan maklumat tersebut dan cara melupuskannya dengan betul.

Rahsia perdagangan adalah satu bentuk harta intelektual. Rahsia perdagangan adalah berharga dan mesti dilindungi dengan memastikannya kekal dirahsiakan. Rahsia perdagangan mempunyai ciri-ciri yang berikut: (1) mempunyai nilai ekonomi, (2) tidak diketahui di luar 3M, dan (3) 3M berusaha mengekalkan kerahsiaan maklumat tersebut.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 33: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

31Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Bersikap Setia

Panduan Tambahan Sumber elektronik 3M menghantar, menerima, memproses atau menyimpan maklumat atau data 3M dengan menggunakan:

• Alat elektronik, seperti telefon mudah alih, tablet, dan komputer.

• Perisian.

• Sistem dan rangkaian, seperti e-mel, mel suara, pangkalan data, pelayan dan kesambungan internet.

Cara anda melindungi sumber elektronik 3M:

• Melindungi ID pengguna dan kata laluan; jangan sekali-kali meletakkannya berdekatan komputer anda; catatkannya dengan cara yang selamat.

• Kunci tempat kerja apabila tidak diawasi.

• Berjaga-jaga apabila memuat turun atau membuka lampiran atau perisian daripada sumber yang tidak diketahui. Apabila ragu-ragu, hubungi Meja Bantuan IT tempatan anda.

• Pastikan tempat kerja dan alat mudah alih anda memenuhi piawai keselamatan 3M; tidak menyahpasang atau menyahdayakan alat antivirus, tembok api atau penyelamat skrin yang dilindungi kata laluan.

• Apabila menggunakan sumber elektronik 3M di tempat awam, lindungi maklumat sulit, contohnya, dengan menggunakan skrin peribadi dan berhati-hati dengan persekitaran anda.

• Jangan memuat turun, menyalin atau menggunakan perisian atau bahan lain yang melanggar undang-undang hak cipta atau sekatan lesen.

• Laporkan kemungkinan kejadian keselamatan maklumat atau pelanggaran Prinsip ini melalui talian bantuan IT atau 3M-Ethics.com.

Sumber Elektronik

Ŕ Sumber elektronik 3M adalah untuk perniagaan 3M. Sumber-sumber ini termasuk pejabat 3M dan telefon mudah alih, komputer, tablet, perisian, sistem dan rangkaian.

Ŕ Menggunakan sumber elektronik 3M dengan cara yang sah dan mematuhi Kod Etika 3M serta Prinsip Keselamatan Maklumat, Rahsia Perdagangan dan Maklumat Sulit 3M.

Ŕ Mematuhi Piawai Media Sosial 3M.

Ŕ Melindungi sumber elektronik 3M daripada penggunaan yang tidak dibenarkan dan ancaman keselamatan.

Ŕ Jangan gunakan sumber elektronik 3M untuk usaha perniagaan luar atau keuntungan kewangan peribadi.

Ŕ Penggunaan peribadi sumber elektronik mesti munasabah dan terhad, serta tidak seharusnya mengganggu perniagaan biasa 3M atau kemampuan anda untuk memenuhi jangkaan kerja.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 34: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

32 Laporkan kebimbangan di 3M-Ethics.com atau hubungi 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.

Panduan Tambahan • Berunding dengan penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda, pakar privasi di Hal Ehwal Perundangan untuk memastikan aktiviti anda dibenarkan oleh undang-undang dan dasar 3M yang dikenakan:.

- Sebelum memindahkan maklumat peribadi dari satu negara ke negara yang lain, walaupun antara sekutu 3M.

- Sebelum mendedahkan maklumat peribadi tentang pekerja, pelanggan dan rakan perniagaan 3M kepada pihak ketiga.

- Sebelum mengumpulkan, menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi tanpa pengetahuan atau kebenaran individu yang datanya dikendalikan oleh anda.

- Untuk mendapatkan panduan cara menangani kuki berasaskan web, perisian penjejakan dan membuat data yang lebih tanpa nama.

• Undang-undang data privasi berbeza-beza mengikut bidang kuasa. Pastikan anda berunding dengan penasihat undang-undang yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda.

Privasi Data

Ŕ 3M mematuhi semua undang-undang privasi dan undang-undang perlindungan data, di mana-mana sahaja 3M menjalankan perniagaan.

Ŕ 3M menghormati privasi kakitangan, pelanggan, rakan perniagaan dan mereka yang berkongsi maklumat peribadi mereka dengan kita. Apa-apa maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh 3M dijaga dengan cermat, dilindungi dan digunakan secara sah dan dengan sewajarnya.

"Maklumat peribadi" ialah apa-apa maklumat yang secara tersendiri, atau digabungkan, mengenal pasti seseorang individu.

Bersikap Setia

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 35: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

33Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Page 36: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

3434

Bersikap TepatMenyimpan rekod perniagaan yang lengkap dan tepat.

3M mesti mempunyai rekod perniagaan yang tepat. Oleh sebab 3M ialah syarikat awam, undang-undang menghendaki banyak jenis rekod supaya Pengurusan 3M, Lembaga Pengarahnya, institusi kewangan, agensi penarafan, pihak awam yang melabur, dan kerajaan seluruh dunia boleh bergantung pada ketepatan maklumat yang dibekalkan 3M.

Ŕ Kawalan Dalaman, Laporan Kewangan, Pengekalan Dokumen dan Pengauditan

Laporkan kebimbangan di www.3M-Ethics.com atau telefon 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.34Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 37: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

35Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Bersikap Tepat

Kawalan Dalaman, Laporan Kewangan, Pengekalan Dokumen dan Pengauditan

Pekerja 3M bertanggungjawab untuk mengekalkan integriti dokumen perniagaan dan laporan kewangan 3M.

Ŕ 3M menghasilkan rekod perniagaan dan kewangan yang tidak terkira setiap hari, termasuk tetapi tidak terhad kepada arahan pembelian, kontrak, rekod perkilangan, laporan perbelanjaan, invois, data perkilangan dan makmal, laporan kawalan kepada entiti kerajaan, e-mel, helaian masa, log telefon dan banyak lagi.

Ŕ Semua pekerja 3M mesti memastikan bahawa rekod yang mereka cipta dan guna mencerminkan sifat sebenar urus niaga 3M.

Ŕ Mengikut semua prosedur semakan dan kelulusan.

Ŕ Mematuhi kawalan dalaman 3M.

Ŕ Mengikut syarat pengekalan dokumen.

Ŕ Sebarang kegagalan untuk mencipta dan mengekalkan rekod perniagaan dan kewangan yang betul dan tepat boleh mengakibatkan risiko undang-undang dan perniagaan untuk 3M.

Ŕ Semua pekerja perlu bekerjasama sepenuhnya dan memberikan maklumat penuh dan lengkap apabila diminta oleh Juruaudit Korporat 3M, juruaudit luar bebas 3M, Keselamatan 3M atau Hal Ehwal Perundangan 3M, termasuk Jabatan Pematuhan & Perlakuan Perniagaan.

Panduan Tambahan • Rekod yang jujur dan tepat adalah amat penting dalam membuat keputusan perniagaan yang wajar dan mengekalkan integriti penyata cukai, pendedahan kewangan yang dikehendaki kerajaan dan penyata kewangan yang lain.

• Oleh sebab 3M ialah syarikat A.S., pekerja di mana-mana sahaja mesti mematuhi undang-undang A.S dan peraturan yang dikenakan terhadap ketepatan rekod perniagaan 3M.

• Sebagai syarikat awam yang didagangkan di A.S., 3M mesti mematuhi keperluan Akta Sarbanes-Oxley (SOX). Berbincang dengan kakitangan Jabatan Kewangan 3M yang ditetapkan untuk menanyakan soalan.

• Rujuk kepada Piawai Kewangan Global 3M dan kakitangan Jabatan Kewangan 3M yang ditetapkan untuk unit perniagaan anda.

• Pematuhan terhadap Pelaporan Kewangan, Kawalan Dalaman dan Dasar Cukai global Kewangan 3M adalah diharapkan.

• Pematuhan terhadap Dasar Sumber dan Prosedur global 3M adalah diharapkan.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 38: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

3636

Bersikap MenghormatiSaling menghormati dan menghormati masyarakat kita dan persekitaran fizikal di seluruh dunia.

Warga 3M saling menghormati antara satu dengan lain dan menjalankan aktiviti perniagaan dengan cara yang melindungi kesihatan, keselamatan dan persekitaran.

Ŕ Tempat Kerja yang Dihormati

Ŕ Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja

Ŕ Keselamatan, Kualiti dan Pengawasan Produk

Laporkan kebimbangan di www.3M-Ethics.com atau telefon 1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.36Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 39: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

37Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

Bersikap Menghormati

Tempat Kerja yang Dihormati

Ŕ 3M menghargai para pekerjanya. Kami berusaha untuk memiliki persekitaran kerja yang mencerminkan dan menghargai yang terbaik dalam diri kita semua, yang mana kita saling menghormati dan melayan sesama kita secara profesional dan menghargai perbezaan individu

Ŕ Apa-apa gangguan atau kelakuan yang tidak profesional dan tidak sesuai, walaupun jika ia tidak salah, mengganggu matlamat dan tidak akan ditoleransi. Diskriminasi yang menyalahi undang-undang juga dilarang. Prinsip ini dikenakan apabila anda berada dalam waktu kerja dan dalam acara kerja dan aktiviti lain yang dianjurkan oleh 3M.

Ŕ Pekerja mesti bebas untuk melaporkan kebimbangan dan mengemukakan soalan, bebas daripada kekhuatiran terhadap tindakan balas. Tindakan balas tidak akan ditoleransi di 3M dan dilarang.

Ŕ Pengurus dan penyelia bertanggungjawab memastikan bahawa 3M menyediakan tempat kerja yang adil dan dihormati, dan aduan ditangani dengan segera dan berkesan.

Panduan Tambahan • Gangguan ialah perlakuan yang tidak diterima terhadap seseorang individu yang mewujudkan persekitaran kerja yang menakutkan, bermusuhan, atau menyakitkan hati dan yang: (1) disebabkan sifat peribadi seperti umur, ketidakupayaan, status perkahwinan, negara asal, bangsa atau warna, agama, jantina, orientasi seksual atau identiti jantina; dan (2) menyebabkan prestasi kerja terjejas atau menjejaskan peluang kerja. Gangguan adalah bercanggah dengan undang-undang di Amerika Syarikat dan banyak negara lain.

• Untuk maklumat tentang cara melaporkan kebimbangan, sila rujuk halaman 7 buku panduan ini.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 40: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

38

Bersikap Menghormati

Panduan Tambahan • 3M berusaha memperbaik setiap kehidupan. 3M berusaha mengurangkan kesan operasi terhadap persekitaran, memulihara sumber semula jadi serta menjalankan semua aktiviti perniagaan dengan cara yang melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja, pelawat dan masyarakat.

• Hubungi bahagian, kemudahan atau profesional EHS negara yang ditetapkan untuk anda bagi mendapatkan bantuan dalam mengenal pasti dan mematuhi undang-undang serta dasar yang berkenaan.

• Pilih pembekal, pengilang dan pembekal perkhidmatan sumber luar yang berkongsi nilai EHS 3M.

• Anda boleh mendapatkan dasar dan piawai EHS 3M di Pusat Dasar di bawah pautan Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan.

Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja

Ŕ 3M menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat, serta berusaha untuk mengurangkan kesan operasi kita terhadap persekitaran.

Ŕ Pekerja 3M mesti mengetahui dan mematuhi semua undang-undang persekitaran, kesihatan dan keselamatan (EHS) serta dasar dan standard 3M yang berkenaan.

Ŕ Pengurusan 3M bertanggungjawab menangani kebimbangan yang dilaporkan dan memastikan bahawa para pekerja 3M dilatih dengan sewajarnya berkaitan dengan undang-undang dan peraturan EHS serta dasar dan standard 3M yang berkenaan.

Ŕ Pekerja 3M mesti melaporkan sebarang kebimbangan berkaitan dengan EHS dan bertindak balas dengan cara yang teliti.

Laporkan kebimbangan di www.3M-Ethics.com atau telefon

1-877-3M-ETHICS (1-877-363-8442) di Amerika Syarikat.

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 41: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

39Nombor talian bebas tol untuk negara lain boleh didapati di 3M-Ethics.com.

• Pekerja hendaklah menghubungi bahagian, kemudahan atau profesional persekitaran, kesihatan dan keselamatan negara yang ditetapkan untuk mereka bagi mendapatkan bantuan dalam mengenal pasti serta mematuhi undang-undang dan dasar yang berkenaan.

• 3M komited terhadap keselamatan, kualiti dan pengawasan yang digunakan secara saksama pada perkhidmatan. Perkhidmatan yang disediakan oleh 3M mesti dijalankan dengan cara yang selamat; mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan; mematuhi keperluan kualiti; serta mematuhi dasar, piawai dan prosedur 3M.

Panduan Tambahan • 3M berusaha memperbaik setiap kehidupan. 3M menyediakan produk berkualiti untuk pelanggan yang selamat digunakan mengikut tujuan yang dicadangkan. Kita juga memahami bahawa menyediakan produk yang sentiasa memenuhi jangkaan pelanggan, masyarakat dan jangkaan kita sendiri yang tinggi merupakan asas kepada kejayaan kita.

• 3M berusaha menghasilkan produk yang mempunyai prestasi persekitaran yang terulung merentasi kitar hayatnya. Kita juga bekerjasama dengan pembekal dan rakan kongsi perniagaan supaya operasi mereka menyokong objektif yang sama.

• Usaha ini bersama-sama membantu menentukan, melindungi dan memastikan kejayaan syarikat kita untuk jangka masa panjang.

• Menilai produk sumber luar dengan cara semakan yang sama untuk atribut persekitaran, kesihatan, keselamatan, kawal selia serta potensi liabiliti berkaitan produk sepertimana produk yang dibuat oleh 3M.

Keselamatan, Kualiti dan Pengawasan Produk

Ŕ 3M komited terhadap keselamatan, kualiti dan pengawasan produk.

Ŕ Keselamatan, kualiti dan pengawasan produk mesti sentiasa diberikan pertimbangan yang utama semasa mereka bentuk, membuat, memasarkan dan menjual produk 3M.

Ŕ Pekerja 3M mesti mengetahui dan mematuhi semua undang-undang, peraturan serta dasar, piawai dan prosedur 3M yang berkenaan untuk keselamatan, kualiti dan pengawasan produk serta mesti melaporkan dan bertindak balas terhadap kebimbangan yang berkaitan dengan cara yang teliti.

Ŕ Pengurusan 3M bertanggungjawab menangani kebimbangan yang dilaporkan dan memastikan bahawa pekerja 3M dilatih dengan sewajarnya berkaitan dengan undang-undang dan peraturan serta dasar, piawai dan prosedur 3M yang berkenaan.

Bersikap Menghormati

Teks penuh prinsip ini boleh didapati di 3Msource.mmm.com/businessconduct.

Page 42: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

40

Aktiviti Melobi dan Politik 25

Antirasuah 15

Hadiah, Keraian dan Perjalananl 17

Kawalan Dalaman, Laporan Kewangan, Pengekalan Dokumen dan Pengauditan 35

Keselamatan, Kualiti dan Pengawasan Produk 39

Kewajipan Pekerja dan Pelaporan 13

Konflik Kepentingan 29

Maklumat Keselamatan, Rahsia Perdagangan dan Maklumat Sulit 30

Menjalankan Perniagaan dengan Agensi dan Kontraktor Kerajaan 26

Pematuhan 11

Pematuhan Eksport, Import dan Perdagangan 19

Pencegahan Pengubahan Wang Haram 22

Pengiklanan dan Perwakilan Produk 21

Perdagangan Sekuriti dan Maklumat Orang Dalam 20

Perlakuan Perniagaan Beretika 12

Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja 38

Privasi Data 32

Sumber Elektronik 31

Tempat Kerja yang Dihormati 37

Undang-undang Antitrust dan Persaingan 18

Indeks Prinsip Perlakuan Perniagaan

40

Page 43: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

41

3M Jerman

3M Afrika Selatan

3M Brazil

3M China

3M Poland

3M United Kingdom

Page 44: Sebagai 3M Buku Panduan Global Kod Etika

Nama Perniagaan 3M3M Center, Building 220-12E-04St. Paul, MN 55144 USA

Telefon 1-800-328-3908Faks 1-800-328-3909E-mel [email protected] mmm.com/areaofexpertise

Sila kitar semula. Dicetak di AS © 3M 2015. Hak cipta terpelihara. 70-0000-0000-0

Pematuhan & Perlakuan Perniagaan 3M3M Center, Building 220-11-W-09St. Paul, MN 55144-1000 USA

Web 3Msource.mmm.com/businessconduct

Sila kitar semula. Dicetak di AS © 3M 2016. Hak cipta terpelihara. 3M ialah tanda dagangan bagi 3M. 98-0030-0043-1(Disemak semula Jun 2017)

Dokumen ini ialah versi terkawal dan diterbitkan secara elektronik. Versi cetakan mungkin tidak mengandungi perubahan selepas tarikh penerbitan. Rujuk laman web awam 3M.com, www.3M.com atau portal pekerja 3M Source (3msource.mmm.com/businessconduct) untuk mendapatkan dokumen yang terkini.