panduan pelaksanaan kursus hbef2503_hbef3603_hbef4303 (tutor penyelia)

Post on 14-Jan-2016

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Panduan

TRANSCRIPT

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PEMBIMBING

FASA 1: HBEF2503 (Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan)

FASA 2: HBEF3603 (Amalan Profesional)

FASA 3: HBEF4303 (Projek Kajian Tindakan)

RASIONAL PERLAKSANAAN KURSUS ATAS TALIAN Education Portal for Internet Courses (EPiC)Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian PendidikanMalaysia(atau Kementerian PelajaranMalaysia, ketika itu) telah menyediakan satuStandard Program Pensiswazahan Gurusemasa program ini dimulakan dalam tahun 2011.Termaktub dalam Standard ini adalah reka bentuk kurikulum yangWAJIBdipatuhi oleh semua pembekal latihan termasuk OUM. Reka bentuk kurikulumMESTImerangkumi kursus-kursus seperti: Kursus wajibmerangkumi elemen Dasar Negara, Hubungan Etnik, LINUS, MBMMMI, TITAS,PENDIDIKAN INKLUSIF; Kursus Pengajian Profesional/Ilmu Pendidikanseperti Falsafah Pendidikan dan Perkembangan Pendidikan, Psikologi Pendidikan, Sosiologi Pendidikan, Pedagogi Pendidikan,PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU BERTERUSAN (BINA INSAN GURU); Kursus major Kursus minor atau elektif mata pelajaran sekolah AMALAN PROFESIONAL Sukan dan KOKURIKULUM sekolahOUM telahpun merangka kursus tambahan berasaskanexperiental learningdan atas talian melalui portal EpiC untuk memenuhi syarat Standard iaitu:1. HBEF2703 Kokurikulum2. HBEF3503 Pendidikan Inklusif3. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan ( Bina Insan Guru)4. HBEF3603 Amalan Profesional (Praktikum)BPG juga telah menyediakan Standard Bina Insan Guru(HBEF2803) yangmewajibkansemua guru menjalani tiga siri aktiviti yang berlainanseperti perkhemahan, ceramah, seminar, bengkel, lawatan, tugasan, kolokium, kerja lapangan, khidmat masyarakat dan lain-lain. OUM telah menyediakan tugasan dan seminar untuk para pelajar.BPG juga telah menyediakanStandard Amalan Profesionaldimana setiap pelajar PPGWAJIBmenjalani praktikum (HBEF3603) mengikut syarat-syarat dalam Standard. Mengambilkira pengalaman guru, maka OUM telah merangka kursus Amalan Profesional yang digabungkan dengan kursus HBEF2503 dan HBEF4303.Harap semua pelajar PPG mengambil maklum tentang kursus-kursus mengikut kehendakStandard Program Pensiswazahan Guru.CARTA ALIR PELAKSANAAN KURSUS HBEF2503, HBEF3603 dan HBEF4303

FASA 1PANDUAN KURSUS HBEF2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)

A. TANGGUNGJAWAB TUTOR PENYELIA

(a) Membimbing pelajar untuk menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan.(b) Mencadangkan kepada pelajar sumber-sumber untuk memperolehi bahan bacaan yang berkaitan dengan kajian yang dibuat.

(c) Memeriksa cadangan (proposal) kajian tindakan mengikut skema markah yang disediakan.

(d) WAJIB mengatur perjumpaan/perbincangan dengan pelajar sekurang-kurangnya DUA (2) kali; 2 jam / pertemuan.(e) Tarikh dan masa perjumpaan adalah mengikut perbincangan di antara tutor penyelia dengan pelajar masing-masing.(f) Laporan Kemajuan Penyeliaan (Lampiran A HBEF2503_01) perlu diisi pada setiap kali perjumpaan diadakan.(g) Mengisi Borang Pemarkahan Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan (Lampiran A - HBEF2503_02) dan memasukkan markah berkenaan ke skrin Project Supervisor dalam Online Marks Entry System (OMES) mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan.(h) Perlu menyimpan salinan cadangan (proposal) kajian tindakan supaya dapat terus menyelia pelajar bagi kursus Amalan Profesional (HBEF3603) dan Projek Kajian Tindakan (HBEF4303).B. TUNTUTAN PENYELIAAN

Maklumat berkenaan dengan tuntutan adalah seperti berikut:(a) Tutor dikehendaki mengisi Borang Tuntutan Tutor Penyelia (Lampiran A HBEF2503_03) dan dikepilkan bersama salinan OMES.(b) Bayaran akan dibuat berdasarkan maklumat dibawah:PerkaraBayaran (RM)

Penyeliaan Pelajar dan Semakan Cadangan Penyelidikan.50/ Pelajar

(c) Penghantaran dokumen tuntutan perlu dibuat ke alamat berikut:Melalui PosMelalui Emel /Scan

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

Open University Malaysia

Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

(U.P : Azniyante Binti Md Dahalan)[email protected]

Nota: Hanya borang yang telah ditandatangan SAHAJA yang akan diproses.C. TANGGUNGJAWAB PELAJAR

(a) Pelajar perlu menghadiri tutorial bersemuka yang dikendali oleh tutor bersemuka yang dilantik.

(b) Pelajar dikehendaki menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan yang bercirikan inovasi dan kreativiti dalam PdP.

(c) Peperiksaan akhir adalah berdasarkan modul HBEF2503 yang dibekalkan.

(d) Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya DUA (2) kali; 2 jam/pertemuan;(e) Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut persetujuan di antara tutor

penyelia dengan pelajar.

D. KEPERLUAN KURSUSKursus ini memerlukan pelajar untuk:

(i) Menghadiri tutorial bersemuka

(ii) Menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan(iii) Berjumpa tutor penyelia

(iv) Menduduki peperiksaan akhir1. Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan(a) Sediakan satu cadangan (proposal) kajian tindakan berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kelas/sekolah sendiri.(b) Untuk mendapatkan tajuk/permasalahan yang hendak dikaji, pelajar perlu menilai situasi PdP yang sedang/telah dibuat di bilik darjah sendiri.

(c) Tajuk/permasalahan penyelidikan yang dikenalpasti mestilah berkaitan dengan inovasi dan kreativiti dalam PdP dimana pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi selama belajar di OUM akan diaplikasikan.

(d) Inovasi dalam PdP merangkumi pedagogi baru/terkini; kaedah baru; strategi dan/atau teknik baru dalam mengajar sesuatu topik/sub topik dalam bidang pelajar. Inovasi dalam PdP ini akan dilaksanakan melalui kursus HBEF3603.(e) Contoh cadangan (proposal) kajian tindakan pelajar yang berunsurkan inovatif dan kreatif boleh dirujuk di (Lampiran A - HBEF2503_04).

(f) Kriteria untuk memilih topik/permasalahan kajian:i. Topik/sub topik bagi opsyen major yang sedang diikuti di OUM; BUKAN opsyen mengajar di sekolah (jika berlainan). Misalnya: Pelajar mengajar Matematik di sekolah tetapi opsyen di OUM adalah Bahasa Inggeris, maka pelajar perlu cadangkan inovasi dalam mengajar satu topik/sub topik Bahasa Inggeris.ii. Bagi pelajar yang bukan guru seperti pegawai JPN/PPD, pelajar perlu juga mencadangkan satu inovasi PdP mengikut opsyen di OUM. iii. Untuk menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan, pelajar akan dibimbing oleh seorang tutor penyelia yang dilantik. Tajuk kajian yang dipilih dan diterima oleh tutor penyelia akan digunakan dalam Fasa 2(HBEF3603) dan Fasa 3 (HBEF4303).2. Format Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan pelajar hendaklah mengikuti format yang disediakan seperti berikut:NOPERKARAMARKAH

Lebih kurang 21 24 halaman (tidak termasuk muka surat tajuk, abstrak, rujukan dan lampiran)

1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12 poin comb binding dengan kulit nipis (soft cover) warna bebas.

iMuka surat Tajuk (Title Page)

iiAbstrak (Abstract)

1.PENDAHULUAN5

Refleksi Pengalaman Yang Lalu/Refleksi sorotan Literatur

2.ISU / FOKUS KAJIAN4

3.OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN3

4.KUMPULAN SASARAN2

5.TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan3

5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data3

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data3

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian5

Jadual Pelaksanaan

Kos Kajian

6. BIBLIOGRAFI / RUJUKAN2

Rujuk panduan penulisan cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503) (Lampiran A - HBEF2503_05)Nota:MAJORBAHASA PENGANTAR

BIBM

Bahasa InggerisX

Sains / Matematik

Lain-lain MajorX

3. Penilaian KursusPENILAIAN%Individu yang Bertanggungjawab

Kerja Kursus:

Cadangan Penyelidikan30%Tutor Penyelia

Laporan Kemajuan Penyeliaan

(Berdasarkan Dua (2) Kali Perjumpaan)10%Tutor Penyelia

Peperiksaan Akhir60%OUM

JUMLAH KESELURUHAN100%

FASA 2

PANDUAN KURSUS HBEF3603 (AMALAN PROFESIONAL)

Bagi melengkapkan kursus ini, pelajar perlu melakukan kesemua aktiviti (Aktiviti 1 - 4) mengikut keperluan/kehendak tugasan seperti yang diterangkan. Baca dengan teliti dan fahamkan kehendak tugasan sebelum melakukannya. Sekiranya pelajar kurang memahami kehendak tugasan tersebut, gunakan FORUM untuk perbincangan dengan EOS. Tutor penyelia akan dilantik sebagai EOS kecuali keadaan tidak membenarkan.A. TANGGUNGJAWAB EOS (TUTOR PENYELIA)

(a) Aktif dalam forum minimum (50 mesej) dan menyelia forum pelajar.(b) Membimbing pelajar untuk melaksanakan inovasi PdP berdasarkan cadangan (proposal) kajian tindakan di HBEF2503.(c) Memberi panduan kepada pelajar terhadap pendekatan yang perlu diaplikasikan semasa praktikum.(d) Menanda e-portfolio pelajar menggunakan platform EPiC.(e) Maklumat berkenaan dengan tuntutan adalah seperti berikut:i. Tutor Penyelia TIDAK PERLU menghantar borang tuntutan tutor penyelia, dan salinan markah OMES kepada Fakulti.ii. Pembayaran akan dilakukan setelah semakan terhadap markah yang dimasukkan oleh EOS dibuat.iii. Bayaran akan dibuat berdasarkan maklumat dibawah:PerkaraBayaran (RM)

Penyeliaan Forum Pelajar dan Penandaan e-portfolio (menggunakan platfom EpiC)40/ Pelajar

B. TANGGUNGJAWAB PELAJAR

(a) Pelajar perlu aktif dalam forum bersama EOS.(b) Pelajar WAJIB melaksanakan PdP yang dicadangkan dalam HBEF2503.(c) Semua pelajar PPG perlu mengajar minimum dua (2) waktu subjek major dalam seminggu disamping tugas hakiki sepanjang tempoh praktikum (6 8 minggu).(d) Pelajar (guru) hanya perlu memilih 2 WAKTU untuk tujuan penilaian oleh guru pembimbing. (e) Pelajar perlu merakam video sesi praktikum selama 20 minit yang bercirikan strategi/teknik inovasi dan kreativiti PdP yang dicadangkan.(f) Segala perbelanjaan sepanjang menjalankan latihan mengajar adalah dibawah tanggungan pelajar.(g) SYARAT WAJIB: Pelajar (guru) mesti membuat latihan inovasi PdP bagi satu topik/sub topik dalam bidang/opsyen major yang diikuti di OUM.

(h) Pelajar (guru) PERLU mengumpul data sewaktu melaksanakan PdP untuk penyediaan laporan akhir kajian di Fasa 3 (HBEF4303) mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF2503.C. KATEGORI PELAJAR

Terdapat 4 kategori pelajar (guru) yang terlibat dalam menjalankan latihan Amalan Profesional iaitu:

(a) Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang sama dengan opsyen major di OUM.

(b) Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang tidak sama dengan opsyen major di OUM; tetapi major tersebut ada di ajarkan di sekolah. Mereka perlu menguruskan dengan pihak sekolah memohon untuk mengajar subjek mengikut opsyen major di OUM.(c) Pelajar (guru) yang mengajar di sekolah yang tidak menawarkan subjek sama dengan opsyen major di OUM; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

(d) Pelajar yang tidak mengajar sebagai contoh pegawai di JPN, PPD atau PKG; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

D. PEMILIHAN RESPONDENSebagai contoh: Dalam cadangan HBEF2503, pelajar telah memilih responden murid Tahun 3. Tetapi pada 2014, murid-murid Tahun 3 yang dipilih telah naik ke Tahun 4, maka pelajar boleh memilih responden baru iaitu murid-murid Tahun 3 sekarang ataupun jika strategi/teknik PdP yang dipilih sesuai digunakan kepada murid-murid Tahun 4 sekarang maka boleh guna murid-murid Tahun 4 ini. Malah pelajar dibenarkan memilih responden daripada mana-mana tahun sama ada Tahun 1 ATAU Tahun 2 ATAU Tahun 3 ATAU Tahun 4 ATAU Tahun 5. Murid Tahun 6 TIDAK BOLEH digunakan sebagai responden.E. SYARAT PEMILIHAN GURU PEMBIMBING

(a) Guru pembimbing yang dipilih mestilah dalam kalangan guru besar/guru panitia/ketua bidang, atau

(b) Guru sekolah yang mempunyai kelulusan minimum sekurang-kurangnya peringkat ijazah, atau

(c) Guru besar/ guru panitia/ ketua bidang yang tidak mempunyai ijazah tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun, atau

(d) Guru sekolah (yang berlainan bidang / bidang yang sama) yang tidak mempunyai ijazah tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun.

F. PENILAIAN KURSUS

Bagi memenuhi kursus HBEF3603, pelajar dikehendaki melaksanakan kesemua aktiviti tersebut. Pemberatan markah adalah seperti berikut:Aktiviti 1 (T1A1)Laporan Pemantauan Guru Pembimbing20 Markah

Aktiviti 2 (T1A2)Rakaman Video Sesi Praktikum20 Markah

Aktiviti 3 (T1A3)Pelaporan Praktikum30 Markah

Aktiviti 4 (T1A4)Reflektif Jurnal20 Markah

ForumPenglibatan atas talian10 Markah

JUMLAH KESELURUHAN100 Markah

Aktiviti 1 (T1A1) Praktikum dan Laporan Pemantauan Guru PembimbingPelajar akan melaksanakan inovasi PdP seperti mana yang dicadangkan dalam HBEF2503. Sesi ini akan dipantau/selia oleh Guru Pembimbing. Guru pembimbing dikehendaki melengkapkan Borang Pemantauan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01) seperti format (template) yang disediakan.**Sila dapatkan lampiran 'Borang Pemantauaan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01)' pada bahagianAssignment(T1A1)

Peringatan:Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) (Lampiran B - HBEF3603_01) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A1.Aktiviti 2 (T1A2)- Rakaman Video Sesi PraktikumSemasa menjalani sesi praktikum, pelajar dikehendaki merakam video yang menunjukkan aplikasi PdP dicadangkan (HBEF2503) yang bercirikan inovasi dan kreatif. Format video rakaman mestilah dalam youtube (Rujuk panduan dalam portal EPiC).Peringatan:Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A2.Nota:

Pelajar yang menjalankan latihan mengajar yang menggunakan selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris DIKEHENDAKI menyediakan transcribe untuk rakaman video tersebut.

Aktiviti 3 (T1A3)Pelaporan PraktikumPelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai inovasi PdP yang dijalankan seperti format dibawah:BILPERKARA

1.Refleksi PdP lalu

Pelajar perlu mengaitkan pengalaman PdP lepas dengan 4 perkara utama PdP:

Guru

Murid

Isi kandungan pelajaran

Persekitaran Bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara di atas, pelajar boleh merujuk bahan-bahan seperti markah ujian, buku latihan, bahan pengajaran dan lain-lain yang berkaitan.

2.Isu / Fokus Kajian Tentukan tema / isu keprihatinan kajian / masalah.

Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdP lalu yang dibuat.

3Kumpulan sasaran

Nyatakan dengan terperinci bilangan murid yang dikaji

Terangkan secara ringkas latarbelakang pendidikan murid yang dikaji

4.Perlaksanaan inovasi PdP

Pelajar perlu menyediakan PdP yang berteraskan inovasi sebagai contoh:

TEKNIK COMIL : SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI

SUBTOPIK SIFAT KIMIA SEBATIAN KARBON

Jelaskan mengenai perlaksanaan inovasi dan aktiviti-aktiviti yang terlibat

5.Laporan perlaksanaan inovasi PdP berpandukan perkara-perkara berikut: Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Kebaikan dan kekurangan inovasi PdP yang dijalankan. Laporkan kaedah yang digunakan yang digunakan untuk menilai inovasi PdP yang telah dijalankan. (Tidak perlu lapor analisis data, hanya kaedah yang digunakan sahaja. Contohnya: guna soal selidik, temubual pelajar, pre-test dan post-testData yang diperolehi daripada kaedah yang digunakan perlu dilaporkan dalam HBEF4303.

6.Lampiran

Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan

Bukti penilaian selepas dan sebelum PdP

Laporan ini: Ditaip dengan menggunakan saiz font 12 "Times New Roman" dan langkau baris 1.5 Terhad kepada10 mukasurat sahaja (tidak termasuk lampiran)Peringatan:Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A3.Aktiviti 4 (T1A4)Jurnal ReflektifSebagai penamat kepada kursus ini, anda perlu membuat aktiviti terakhir iaitu menulis Jurnal Reflektif. Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan perasaan/emosi; reaksi; fikiran anda semasa membuat aktiviti 1 hingga 3. Penulisan Jurnal Reflektif anda haruslah dalam bentuk karangan esei. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja.(Font 12, Times New Roman, TIADA langkau baris).Peringatan:Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A4.FASA 3

PANDUAN KURSUS HBEF4303 (PROJEK KAJIAN TINDAKAN)

A. TANGGUNGJAWAB TUTOR PENYELIA

(a) Membimbing pelajar semasa analisis data dan penulisan laporan kajian tindakan mengikut perancangan dalam cadangan (proposal) (HBEF2503).(b) WAJIB Mengadakan perjumpaan/ perbincangan dengan pelajar sekurang-kurangnya EMPAT (4) KALI; 2 jam/pertemuan di sepanjang tempoh pelaksanaan kajian, penganalisisan data dan penulisan laporan kajian tindakan.(c) Laporan Kemajuan Penyeliaan (Lampiran C HBEF4303_01) perlu diisi pada setiap kali perjumpaan diadakan.(d) Memeriksa laporan kajian tindakan berdasarkan Borang Pemarkahan (Lampiran C - HBEF4303_02) yang disediakan.(e) Memasukkan markah ke dalam skrin Project Supervisor dalam Online Marks Entry System (OMES) mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan.B. TUNTUTAN PENYELIAANMaklumat berkenaan dengan tuntutan adalah seperti berikut:(a) Mengisi Borang Tuntutan Tutor Penyelia (Lampiran C HBEF4303_03) yang dengan lengkap dan dilampirkan bersama dokumen berikut: Laporan Kemajuan Penyeliaan pelajar (Lampiran C - HBEF4303_01)

Salinan OMES.(b) Bayaran akan dibuat berdasarkan maklumat dibawah:PerkaraBayaran (RM)

Penyeliaan Pelajar Laporan Kajian Tindakan100

Penyemakan Laporan Kajian Tindakan50

JUMLAH 150/pelajar

(c) Tuan/Puan dikehendaki menyimpan segala dokumen tuntutan selama 1 tahun.(d) Dokumen perlu dihantar ke alamat berikut:Melalui PosMelalui Emel /Scan

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

Open University Malaysia

Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

(U.P : Azniyante Binti Md Dahalan)[email protected]

Nota: Hanya borang yang telah ditandatangan SAHAJA yang akan diproses.C. TANGGUNGJAWAB PELAJAR(a) Pelajar akan didaftarkan kursus HBEF4303 selepas selesai menjalani kursus HBEF2503 dan HBEF3603.(b) Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya EMPAT (4) KALI; 2 jam / pertemuan.(c) Pelajar akan menganalisis data dan melaporkan hasil analisis seperti yang telah dirancang dalam cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503).(d) Pelajar perlu menghasilkan laporan kajian tindakan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak Universiti.(e) Pelajar dikehendaki mengisi Borang Pengesahan Penerimaan (Lampiran C HBEF4303_04) untuk penyerahan Laporan Kajian Tindakan kepada tutor penyelia dan pihak fakulti dalam bentuk:i. Softcopy (CD) (untuk simpanan fakulti)ii. Hardcopy (untuk simpanan tutor penyelia)D. PENILAIAN KURSUSPENILAIAN%Individu yang Bertanggungjawab

Laporan Kemajuan Penyeliaan

(Berdasarkan Empat Kali Perjumpaan)20Tutor Penyelia

Laporan Kajian Tindakan(Jumlah markah akan ditukar kepada 80%)80Tutor Penyelia

JUMLAH KESELURUHAN100%

E. KEPERLUAN KURSUSFormat Laporan Kajian TindakanLaporan Kajian Tindakan hendaklah mengikuti format seperti berikut:NOPERKARAMARKAH

iIsi Kandungan

iiPenghargaan

iiiAbstrak (Abstract)

1.PENDAHULUAN5

Refleksi PdP Yang Lalu / Refleksi Sorotan Literatur

2.ISU / FOKUS KAJIAN20

3.OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN10

4.KUMPULAN SASARAN5

5.PERLAKSANAAN KAJIAN5.1 Tinjauan Masalah5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian

5.5 Refleksi Kajian5

5

5

5

5

6.CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA5

7.PENGOLAHAN / KEJELASAN PENULISAN20

8.BIBLIOGRAFI5

9.LAMPIRAN5

Rujuk panduan penulisan kajian tindakan (HBEF4303) (Lampiran C HBEF4303_05)

- TAMAT -FASA 1 - HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan

Penyediaan Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan:

Cadangan strategi/teknik PdP baru untuk satu topik dalam major yang diikuti di OUM.

Rujuk panduan kursus HBEF2503 untuk penyediaan cadangan (proposal) kajian tindakan.

FASA 2 - HBEF3603 Amalan Profesional

Terdapat 2 tugas :

Tugas 1:

Melaksanakan PdP seperti yang dicadangkan dalam HBEF2503

Melengkapkan kesemua aktiviti (A1-A4) dalam HBEF3603

Tugas 2:

Kumpul data untuk penyediaan laporan kajian tindakan di Fasa 3 (HBEF4303) mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF2503

Contoh : guna soalselidik, temubual untuk mendapatkan pandangan responden yang telah diajar mengikut strategi PdP dalam HBEF3603 tentang strategi baru ini.

Nota:

Pelajar WAJIB mengemaskini maklumat Guru Pembimbing yang telah dipilih ke dalam e-portfolio: dengan tepat dan terkini bagi tujuan rekod pihak OUM-BPG-KPM.

Rujuk panduan kursus HBEF3603 untuk pelaksanaan PdP.

FASA 3 - HBEF4303 Projek Kajian Tindakan

Penulisan Laporan Kajian Tindakan:

Analisis data yang dikumpul daripada praktikum Amalan Professional HBEF3603).

Penyediaan laporan berdasarkan format panduan penulisan yang diberikan.

Rujuk panduan kursus HBEF4303 untuk penyediaan laporan kajian tindakan.

ATAU

PAGE 1Panduan Kursus/TP/Version 3.0