perdagangan - pengkontenaan

19
PENGKONTENAAN Definisi : Pengkontenaan ialah sistem mengangkut barang dalam peti kontena sebagai satu unit. Kontena ialah peti besi yang besar berukuran piawai dan mempunyai pintu yang boleh dikunci dan dipaterikan. Jenis-jenis kontena Kontena kering digunakan untuk mengisi barang yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Contohnya, perabot dan makanan dalam tin. Kontena kargo digunakan untuk mengangkut barang-barang sensitif dan

Upload: mohd-yazri

Post on 08-Aug-2015

172 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Nota ringkas tentang Pengkontenaan

TRANSCRIPT

Page 1: Perdagangan - Pengkontenaan

PENGKONTENAAN

Definisi :

Pengkontenaan ialah sistem mengangkut barang

dalam peti kontena sebagai satu unit. Kontena ialah

peti besi yang besar  berukuran piawai dan

mempunyai pintu yang boleh dikunci dan dipaterikan.

Jenis-jenis kontena

Kontena kering digunakan untuk mengisi barang

yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Contohnya,

perabot dan makanan dalam tin.

Kontena kargo digunakan untuk mengangkut

barang-barang sensitif dan dilengkapi lapikan untuk

mencegah kerosakan. Contohnya, kaca dan seramik.

Kotena dingin beku dilengkapi alat pendingin bagi

memelihara mutu barang mudah rosak dan untuk

penghantaran cepat. Contohnya, hasil tenusu dan

daging.

Page 2: Perdagangan - Pengkontenaan

Kelebihan

Penggunaan kontena lebih selamat kerana pintunya

boleh dikunci atau dipaterikan.

menjimatkan kerana satu kontena besar boleh

memuatkan banyak barang dan dapat dibawa

sekaligus.

Terdapat kontena yang dilengkapi alat pendingin

beku bagi mengangkut barang mudah rosak.

Page 3: Perdagangan - Pengkontenaan

Kekurangan

Kos membina kontena dan kelengkapan pelabuhan

untuk menguruskan kontena adalah tinggi.

Pengangkutan kontena memerlukan kenderaan

pengangkutan bersepadu yang lain seperti lori

kontena, kereta api, dan kapal kontena.

Kontena tidak sesuai digunakan untuk penghantaran

yang kecil dan bahan pukal seperti pasir, kayu balak,

dan bahan berbentuk cecair.

Page 4: Perdagangan - Pengkontenaan
Page 5: Perdagangan - Pengkontenaan

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTANTerdapat sembilan jenis faktor pemilihan jenis

pengangkutan iaitu:

1. Kos pengangkutan

Page 6: Perdagangan - Pengkontenaan

Peniaga akan memilih pengangkutan yang

murah dan jimat bersesuaian dengan nilai

barang.

Tambang yang tinggi akan mengurangkan

keuntungan

disebabkan kosnya turut bertambah.

2. Jenis dan sifat barang

Peniaga akan memilih pengangkutan yang

bersesuaian dengan barang yang ingin

Page 7: Perdagangan - Pengkontenaan

diangkut dari segi saiz, berat, jenis dan sifat

bahan.

Contoh – peniaga kan memilih

pengangkutan yang pantas dan selamat

seperti pengangkutan udara untuk

mengangkut koleksi berharga seperti

barangan antik atau lukisan.

3. Risiko kerosakan

Sifat barang yang dibawa menentukan jenis

pembungkusannya. Simbol akan dipaparkan

dibahagian luar sebagai peringatan akan

sifat barang.

Page 8: Perdagangan - Pengkontenaan

Contoh – simbol payung bagi barang yang

perlu disimpan di tempat kering dan

selamat.

4. Nilai barang

barang mewah dan berharga akan dihantar

menggunakan pengangkutan yang paling

rendah risiko.

Contoh – barang kemas seperti berlian dan

permata akan dihantar menggunakan

pengangkutan udara.

5. Kesegaran

Peniaga akan mengambil kira faktor masa

bagi barang-barang yang perlu dijamin

kesegarannya.

Page 9: Perdagangan - Pengkontenaan

Contoh – menggunakan kontena dingin beku

untuk mengangkut barangan tenusu.

6. Jarak perjalanan

Jarak perjalanan dan kos yang diambil akan

dipertimbangkan sebelum pengeluar

memilih jenis pengangkutan.

Contoh – memilih pengangkutan jalan raya

untuk lokasi penghantaran yang hampir dan

pengangkutan laut untuk penghantaran

yang dipisahkan oleh jalan laut.

Page 10: Perdagangan - Pengkontenaan

7. Saiz, berat dan kuantiti

Saiz, berat dan kuantiti barang kan

dipertimbangkan sekiranya ruang muatan

pengangkutan terhad.

Contoh – besi dan batu tidak sesuai dibawa

dengan menggunakan pengangkutan udara.

8. Mudah didapati

Peniaga akan memilih pengangkutan yang

mudah didapati untuk mengangkut barang

keluaran mereka.

Page 11: Perdagangan - Pengkontenaan

Contoh – penghantaran menggunakan

pengangkutan air sekiranya premis terletak

berdekatan dengan pelabuhan.

9. Keselesaan

Faktor keselesaan dititik beratkan untuk

penumpang yang membuat perjalanan jarak

jauh.

Contoh – bas yang mempunyai tandas,

tayangan video dan tempat duduk yang

selesa dan luas.

Page 12: Perdagangan - Pengkontenaan

Pengangkutan Antarabangsa Routier (TIR)

Pengangkutan Antarabangsa Routier atau TIR

(Transport International Routier ) ialah satu system

yang diamalkan di peringkat perniagaan antarabangsa.

Sistem ini membolehkan kontena yang mempunyai

muatan kargo diangkut melalui Negara-negara

perantaraan tanpa diganggu oleh pemeriksaan

kastam.

TIR bermaksud Transport Internationa Routier atau

Pengangkutan Antarabangsa Routier. Cara system ini

beroperasi :

Page 13: Perdagangan - Pengkontenaan

a)Barang-barang dimuatkan ke dalam kontena dan

isi kandungannya disahkan oleh pihak berkuasa

kastam Negara pengeksport.

b) Kontena dipaterikan.

c)Kontena dibawa melalui Negara-negara

perantaraan tanpa pemeriksaan kastam.

d) Setibanya di Negara pengimport, kontena

dibuka dan barulah cukai dicajkan.

e)Cukai tidak dikenakan oleh Negara-negara

perantaraan.

Page 14: Perdagangan - Pengkontenaan

KEBAIKAN TIR

1. Kos pengendalian kargo dapat dikurangkan

kerana kerja mengangkut kargo melalui sempadan

Negara dimudahkan dan dicepatkan.

2. Dengan terhapusnya halangan pemeriksaan

kastam, volum kargo yang dimportkan dan

dieskport akan bertambah dan ini akan

menggalakkan perkembangan perniagaan

antarabangsa.