pamplet spsk 2015
DESCRIPTION
SPSKTRANSCRIPT
-
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR TERBILANG
Sistem Pengurusan
Sekolah Kualiti (SPSK)
Kerja Berkualiti
Kecemerlangan Pasti
KELEBIHAN
PENGURUSAN BERKUALITI
1. Sistem Pengurusan Kualiti ISO memberi penekanan
terhadap pencegahan dan bukan mengatasi
masalah setelah perkara yang berkenaan berlaku;
2. Kajian semula yang berterusan ke atas proses-
proses yang kritikal dan membuat tindakan
pembetulan;
3. Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan
menepati prinsip betul pertama kali dan setiap
kali;
4. Pelaksanaan tugas berdasarkan kepada prosedur
yang didokumenkan; dan
5. Mementingkan penyimpanan rekod kualiti untuk
membuktikan tindakan yang telah dilaksanakan.
DEFINISI PENGURUSAN BERKUALITI
Pengurusan : Satu proses sosial yang melibatkan
aktiviti seperti merancang, mengelola,
melaksana (memimpin) dan mengawal
pelaksanaan program-program atau tindakan
bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Berkualiti: Perkhidmatan (output) memenuhi
kehendak pelanggan dan stakeholder.
CIRI-CIRI
PENGURUSAN BERKUALITI
1. Penambahbaikan berterusan.
2. Penekanan yang lebih kepada peranan
pengurusan atasan.
3. Mengambil kira keperluan undang-undang
dan peraturan.
4. Objektif yang boleh diukur pada setiap
peringkat dan fungsi yang berkaitan.
5. Memastikan keberkesanan latihan.
6. Analisis data bagi tujuan pengukuran
pencapaian pelaksanaan sistem kualiti.
7. Maklumat kepuasan atau ketidakpuasan
pencapaian sebagai pengukuran pencapaian
objektif kualiti.
SEKTOR JAMINAN KUALITI
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4
40604 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Talian Telefon : 03-55186201
Talian Faks : 03-55107299
LAMAN WEB SPSK :-
jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv3
E-MEL
-
VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI
Membangun Potensi Individu
Melalui Pendidikan Berkualiti
SLOGAN
JABATAN PELAJARAN SELANGOR TERBILANG
DASAR KUALITI
Jabatan Pelajaran Selangor bertekad untuk
memastikan sistem pengurusan perkhidmatan
pendidikan dilaksanakan secara profesional,
efisien dan berkualiti bagi memenuhi kehendak
dan kepuasan hati pelanggan. Proses ini
melibatkan kerja sepasukan, kajian semula
pengurusan dan proses penambahbaikan yang
dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.
LATAR BELAKANG
PROGRAM SPSK
MATLAMAT PROGRAM SPSK
1. Memantapkan kecemerlangan sekolah agar
memperoleh Tawaran Baru (Baiah) setiap
tahun.
2. Menyediakan sekolah ke arah Sekolah Kluster
Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi.
3. Sifar sekolah yang berada di Band 5, 6 dan 7
menjelang 2015 di Selangor kecuali sekolah yang
baru dibuka.
4. Sifar sekolah di negeri Selangor mendapat Audit
Berteguran menjelang tahun 2015.
5. Memastikan semua sekolah di negeri Selangor
mengamalkan Sistem Pengurusan Berkualiti
Berasaskan MS ISO 9000 menjelang tahun 2015.
PK01 Pengurusan Panitia
PK02 Pengurusan Jadual Waktu
PK03 Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran
PK04 Pengurusan Pencerapan
PK05 Pengurusan Peperiksaan
PK06 Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid
PK07 Pengurusan Mesyuarat
PK08 Pengurusan Bimbingan
PK09 Pengurusan Pusat Sumber
PK10 Pengurusan Perkembangan Staf
PK11 Pengurusan Aduan Pelanggan
PK12 Pengurusan Maklum Balas Pelanggan
PK13 Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod Kualiti
PK14 Pengurusan Audit Dalam
PK15 Pengurusan Kawalan Perkhidmatan yang Tidak Akur
PK16 Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan
PK17 Pengurusan Perolehan
PK18 Pengurusuan Pembelajaran dan Pengajaran Guru Ganti
PK19 Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
PK20 Pengurusan Data
PK21 Pengurusan Program
PROSEDUR KUALITI (PK)
SPSK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
SPSK adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan
Sekolah Kualiti. Tumpuan utama dalam SPSK
adalah pemantapan dari segi pengurusan dan
pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran
yang berlaku di sekolah seluruh negeri Selangor.
SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur
kualiti MS ISO 9001:2008 dengan matlamat
menyediakan semua sekolah di negeri Selangor
ke arah sekolah bertaraf dunia.
OBJEKTIF SPSK
1. Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara- parkara yang di luar kawalan sekolah.
2. Memastikan pencapaian murid setiap sekolah di negeri Selangor mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam.
3. Memastikan 100 % murid sekolah di negeri Selangor mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan pihak sekolah.
4. Melaksanakan Prosedur Pengurusan Kewangan, tanpa teguran audit.