palanivel cadang kitar semula kelapa sempena thaipusam di akhbar... · semalam mencadangkan kelapa...

1
Palanivel cadang kitar semula kelapa sempena Thaipusam KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel semalam mencadangkan kelapa yang dipecahkan di kuil sempena perayaan Thaipusam dikitar semula atau dihantar ke kilang minyak untuk diproses. Beliau berkata langkah itu diamalkan bertahun-tahun yang lepas, terutama di India, iaitu kelapa yang dipecahkan dikumpul dan dikeringkan di bawah matahari untuk dijadikan kelapa kering. Palanivel yang juga Presiden MIC berkata kelapa kering itu kemudian dihantar ke kilang untuk minyaknya diekstrak. “Tetapi ia tidak lagi diamal -kan sekarang. Kelapa yang dipecah dikumpul syarikat swasta dan dianggap sebagai bahan buangan yang dibuang di tapak pelupusan. “Cara yang betul untuk menyelesaikan masalah kelapa ini amat diperlukan agar ia boleh dikitar semula untuk dijadikan pelbagai produk mesra alam,” katanya kepada Bernama. Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar kementerian akan meneliti perkara itu. “Kita akan mengkaji un-tuk mengeluarkan lebih ba-nyak lesen untuk perniagaan kitar semula. Seminar dan mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara mesra alam,” katanya. Beliau juga menggesa semua kuil Hindu dan jawatankuasa pengurusan agar memikirkan cara untuk merealisasikan konsep hijau, terutama sempena Thaipusam yang disambut pada 17 Januari, untuk mencapai budaya pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar. Beliau juga menasihatkan orang ramai agar peka terhadap alam sekitar dalam kehidupan mereka. SURAT KHABAR : UTUSAN MALAYSIA TARIKH : 15/1/2014 MUKA SURAT : ONLINE JABATAN : NRE/JAS KLASIFIKASI : PERHATIAN KERATAN AKHBAR Unit Komunikasi Korporat

Upload: hakien

Post on 13-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Palanivel cadang kitar semula kelapa sempena Thaipusam di Akhbar... · semalam mencadangkan kelapa yang dipecahkan di kuil sempena perayaan Thaipusam ... India, iaitu kelapa yang

Palanivel cadang kitar semula kelapa sempena Thaipusam

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel semalam mencadangkan kelapa yang dipecahkan di kuil sempena perayaan Thaipusam dikitar semula atau dihantar ke kilang minyak untuk diproses. Beliau berkata langkah itu diamalkan bertahun-tahun yang lepas, terutama di India, iaitu kelapa yang dipecahkan dikumpul dan dikeringkan di bawah matahari untuk dijadikan kelapa kering. Palanivel yang juga Presiden MIC berkata kelapa kering itu kemudian dihantar ke kilang untuk minyaknya diekstrak. “Tetapi ia tidak lagi diamal-kan sekarang. Kelapa yang dipecah dikumpul syarikat swasta dan dianggap sebagai bahan buangan yang dibuang di tapak pelupusan. “Cara yang betul untuk menyelesaikan masalah kelapa ini amat diperlukan agar ia boleh dikitar semula untuk dijadikan pelbagai produk mesra alam,” katanya kepada Bernama. Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar kementerian akan meneliti perkara itu. “Kita akan mengkaji un-tuk mengeluarkan lebih ba-nyak lesen untuk perniagaan kitar semula. Seminar dan mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara mesra alam,” katanya. Beliau juga menggesa semua kuil Hindu dan jawatankuasa pengurusan agar memikirkan cara untuk merealisasikan konsep hijau, terutama sempena Thaipusam yang disambut pada 17 Januari, untuk mencapai budaya pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar. Beliau juga menasihatkan orang ramai agar peka terhadap alam sekitar dalam kehidupan mereka.

SURAT KHABAR : UTUSAN MALAYSIA

TARIKH : 15/1/2014 MUKA SURAT : ONLINE

JABATAN : NRE/JAS

KLASIFIKASI : PERHATIAN

KERATAN AKHBAR

Unit Komunikasi Korporat