pai 2

21
1 PENDAHULUAN Islam merupakan agama yang lengkap bagi mengatur kehidupan umatnya yang mempunyai risalah dan tanggungjawab yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Oleh itu, sistem pendidikan dalam Islam adalah berdasarkan kepada peraturan Islam, iaitu peraturan yang mendorong penganutnya ke arah mencapai matlamat kehidupan sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Justeru, sumber pendidikan Islam ialah Al-quran dan juga Sunnah Rasulullah s.a.w. Dua sumber ini merupakan sumber utama dalam membentu umat Islam yang benar. Pertamanya, kita lihat dahulu sumber pertama iaitu Al-quran. Apa itu Al-quran? Al-quran adalah wahyu dan mukjizat yang Allah turunkan kepada Baginda Rasulullah SAW. Ia juga merupakan kitab yang terakhir yang diturunkan ke dunia ini, manakala membaca dan mempelajarinya merupakan suatu ibadah kepada Allah SWT. Al-quran beransur-ansur diturunkan bermula 17 Ramadan iaitu ketika Nabi Muhammad SAW berusia 40 tahun yang bermula daripada ayat 1 hingga 5 surah Al-Alaq. (Dr. Mustafa Haji Daud, 1997) Tujuan Al-quran ini diturunkan kepada manusia adalah untuk memenuhi tiga sebab utama iaitu pertamanya sebagai petunjuk kepada manusia, keduanya sebagai bukti benarnya Islam dan akhir sekali adalah untuk membezakan antara benar (haq) dan salah (bathil). Tanpa berpegang dan menghayati Al-quran, hidup seseorang muslim itu tidak akan bermakna dan bagi mereka yang berusaha mempelajarinya, menghafaz dan mengamalkan kandungannya merupakan golongan yang beruntung yang dikurniakan kebaikan yang

Upload: noor-shaiera

Post on 11-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Page 1: pai 2

1

PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang lengkap bagi mengatur kehidupan umatnya yang

mempunyai risalah dan tanggungjawab yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Oleh itu, sistem

pendidikan dalam Islam adalah berdasarkan kepada peraturan Islam, iaitu peraturan

yang mendorong penganutnya ke arah mencapai matlamat kehidupan sebagaimana

yang dikehendaki oleh Islam. Justeru, sumber pendidikan Islam ialah Al-quran dan juga

Sunnah Rasulullah s.a.w. Dua sumber ini merupakan sumber utama dalam membentu

umat Islam yang benar.

Pertamanya, kita lihat dahulu sumber pertama iaitu Al-quran. Apa itu Al-quran? Al-quran

adalah wahyu dan mukjizat yang Allah turunkan kepada Baginda Rasulullah SAW. Ia

juga merupakan kitab yang terakhir yang diturunkan ke dunia ini, manakala membaca

dan mempelajarinya merupakan suatu ibadah kepada Allah SWT. Al-quran beransur-

ansur diturunkan bermula 17 Ramadan iaitu ketika Nabi Muhammad SAW berusia 40

tahun yang bermula daripada ayat 1 hingga 5 surah Al-Alaq. (Dr. Mustafa Haji Daud,

1997)

Tujuan Al-quran ini diturunkan kepada manusia adalah untuk memenuhi tiga sebab

utama iaitu pertamanya sebagai petunjuk kepada manusia, keduanya sebagai bukti

benarnya Islam dan akhir sekali adalah untuk membezakan antara benar (haq) dan

salah (bathil). Tanpa berpegang dan menghayati Al-quran, hidup seseorang muslim itu

tidak akan bermakna dan bagi mereka yang berusaha mempelajarinya, menghafaz dan

mengamalkan kandungannya merupakan golongan yang beruntung yang dikurniakan

kebaikan yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT.

Al-quran mengandungi konsep pendidikan yang agung. Ia menjelaskan konsep dan cara

pendidikan yang sepatutnya dilalui oleh manusia kepada keadaan yang lebih baik yang

dahulunya manusia berada dalam zaman kegelapan. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan kami tiadalah menurunkan kepadamu al-kitab (Al-quran) ini, melainkan agar kamu

dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan untuk

menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.” (An-Nahl :64)

Page 2: pai 2

2

Seterusnya, sumber yang kedua pula adalah Al-Sunnah Rasulullah. Kewajipan

berpegang kepada hadis datangnya daripada Al-quran dan sunnah. Oleh itu, ijmak

ulama mewajibkan semua umat berpegang dengan hadis merupakan perkara agama

yang mesti diketahui, sama seperti beriman kepada Allah dan Rasul. Oleh itu, orang

yang mengingkari sebahagian dari al-quran membawa kepada tidak beriman dengan Al-

quran itu sendiri.

Dari segi bahasa bermaksud perjalanan, perlakuan, amalan atau cara hidup. As-sunnah

juga bermaksud membuka jalan sama ada yang baik atau yang buruk. Dari segi istilah

apa-apa yang lahir daripada baginda Nabi SAW sama ada perkataan atau sifat kejadian

atau akhlak atau sirah sama ada sebelum diutuskan Nabi atau selepas diutuskan Nabi

menjadi rasul. Sunnah pada istlah ahli-ahli Usul Fiqh iaitu apa yang diambil daripada

Nabi SAW daripada perkataan perbuatan atau perakuan Nabi Muhammad SAW.

Page 3: pai 2

3

Page 4: pai 2

4

PERANAN AL-QURAN

Al-quran telah diturunkan kepada manusia untuk menunjukkan jalan yang benar dan

tidak tersesat pada jalan yang salah.Di dalam Al-quran tersebut telah dijelaskan semua

perkara dari perkara kecil hinggalah besar termasuklah perkara ghaib, masa lalu dan

masa hadapan seperti hari kiamat. Justeru, ia merupakan perkara yang amat penting

dalam kehidupan muslim.

Perkara pertama yang diajar dalam Al-quran adalah cara bagaimana seseorang itu

berinteraksi antara satu sama lain. Dalam Al-quran sudah diterangkan satu per satu

bagaimana kita boleh berkomunikasi dengan cara yang betul. Cara interaksi yang

pertama adalah bersama ibu bapa. Firman Allah :

��ا ن ـ� س� ح إ�� إ� ح� س� إ� س�ٲ ح� إ�ٱ س� "Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa." (an-Nisa' : 36)

Seterusnya cara berkomunikasi bersama isteri. Suami mestilah berkomukasi dengan

isteri dengan cara yang betul. Hendak menegur dan memarahi isteri juga ada caranya.

Allah telah berfirman dalam Al-quran :

� و إ�‌ ر�� �ح �س ح� إ�ٱ ��س ر� ر�� إ س!ا س

"Dan bergaullah dengan mereka (wanita) secara patut (baik)." (an-Nisa' : 19)

Keduanya, Al-quran memainkan peranan mengajar manusia dalam urusan jual beli

barang. Sebagai contoh, firman Allah :

س � ا�‌ ـ� س� ر� ٱ� س% ��س س س� س& ح' س) ح� ٱ ر( *� س ٱ� +�س س س,� "Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" (al-Baqarah : 275)

Ayat tersebut menerangkan tentang tatacara berjual beli mengikut landasan yang betul.

Allah menghalalkan urusan jual beli dalam kalangan manusia. Nabi Muhammad SAW

sendiri telah berniaga ketika hayatnya. Tetapi, urusan jual beli ini akan menjadi haram

Page 5: pai 2

5

sekiranya berlaku riba dalam urusan tersebut. Riba ini diharamkan kerana ia banyak

menyusahkan manusia termasuklah rasuah. Allah telah berpesan dengan nyata dalam

ayat tersebut.

Peranan Al-quran seterusnya adalah menerangkan etika atau cara membelanjakan

harta dan wang ringgit dengan cara yang betul. Kita seharusnya sedar bahawa duit yang

ada bersama kita sebenarnya bukan duit kita keseluruhannya. Masih terdapat hak orang

lain di dalam duit kita tersebut. Kita dilarang oleh Allah untuk belanja berlebih-lebihan

dan juga kedekut untuk membelanjakan harta yang kita peroleh di jalan Allah. Seperti

firman Allah dalam Al-quran :

"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan

dan tidak pula kikir, dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang

demikian." (al-Furqan : 67)

Selain itu, Al-quran ini juga mengajar manusia tentang cara makan. Lihat lah betapa

sayangnya Allah kepada kita semua. Daripada sebesar-besar perkara kepadalah

sekecil-kecil perkara. Firman Allah :

ا� و� ر. إ� ح� ر/ س1ا س� ا� ر�� س� ح س�ٱ ا� ر*� ر2

"Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan." (al-A'raf : 31)

Ayat tersebut menerangkan kepada manusia tentang adab makan dan minum dengan

cara yang betul dan benar di jalan Allah. Makan juga mempunyai adabnya yang

tersendiri. Allah berpesan kepada hambanya untuk makan dan minum untuk teruskan

kehidupan dan supaya dapat berobadah kepadanya. Tetapi Allah juga melarang

manusia untuk makan secara berlebihan dan membazir. Ia merupakan amalan syaitan.

PERANAN AL-SUNNAH

Al-sunnah memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan muslim seharian.

Pertamanya, kita boleh lihat Al-sunnah ini berfungsi untuk menguatkan nas-nas Al-

quran.Perkara ini penting kerana untuk mengelakkan manusia tersilap mentafsirkan apa

yang terdapat dalam Al-quran tersebut. Sebagai contoh yang berkenaan dengan solat,

puasa dan zakat telah dinyatakan kewajipan kepada setiap umat Islam untuk

mendirikannya di dalam kehidupan seharian. Hal ini dikuatkan lagi dengan sabda

Page 6: pai 2

6

Rasullullah SAW seperti berikut :

“Islam didirikan di atas lima rukun iaitu syahadah, sembahyang,zakat, puasa dan juga

haji”.

Hadith ini berfungsi untuk menguatkan beberapa nas Al-quran yang lain.

Keduanya, al-sunnah berfungsi untuk menerangkan nas-nas yang mujmal yang terdapat

dalam Al-quran. Hal ini kerana terdapat ayat Al-quran yang diturunkan secara ringkas

yang memerlukan keterangan dari Al-sunah. Antara contoh yang paling jelas adalah

perkara yang berkaitan dengan solat. Cara bertakbir, rukuk dan juga sujud tidak

dinyatakan di dalam Al-quran tetapi perkara tersebut telah diterangkan mealui sunnah

Rasullullah SAW sebagaimana kita pelajari dalam tatacara solat tulisan Al-Albani. Tanpa

sunnah ini, kita tidak dapat mengetahui bagaimana cara solat tersebut.

Seterusnya, Al-Sunnah berperanan untuk mentakhsiskan iaitu menentukan nas-nas

yang umum. Hal ini kerana terdapat beberapa ayat Al-quran yang diturunkan dengan

lafaz yang sangat umum. Justeru kita memerlukan Al-sunnah untuk mengetahuinya.

Antara contoh yang boleh dilihat dalam firman Allah SWT :

“Allah perintahkan kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu,

iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai dua pembahagian anak perempuan: (Al-

Nisa’ : 11)

Ayat tersebut nampak terlalu umum. Mungkin ayat ini ditujukan kepada Rasul dan anak-

anak baginda. Namun telah datang sunnah Rasul untuk mengkhususkan lafaz yang

umum ini berdasarkan sabda baginda : “ Kami para nabi tidak dipusakai:. Hadith

tersebut telah mengkhususkan kepada pembunuh yang juga tidak layak dipusakai yang

mana baginda bersabda pembunuh tidak mendapat apa-apa daripada harta pusaka

orang yang membunuhnya.

Selain itu, Al-sunnah dapat memberi batasan iaitu taqyid tentang nas-nas Al-quran yang

mutlak iaitu tidak terbatas. Sebagai contoh, kita boleh lihat kepada ayat Al-quran yang

diturunkan oleh Allah SWT :

Page 7: pai 2

7

“Lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri potonglah tangan mereka berdua” (Al-

Maidah : 38)

Ayat di atas merupakan ayat mutlak kerana ianya tidak dibatasi had yang perlu dipotong.

Sama ada hingga ke lengan, siku atau adakah layak pencuri itu dipotong tangannya jika

barang yang dicuri itu sedikit dan tidak berbaloi jika dipotong. Maka, sunnah telah

membatasinya berdasarkan sunnah Rasullullah SAW yang mana baginda telah

mengisyaratkan bahagian pergelangan tangan. Begitu juga dengan kadar barang yang

dicuri juga telah dibatasi oleh sunnah berdasarkan sabda Rasullullah SAW :

“Jangan memotong tangan pencuri melainkan ia mencuri sesuatu yang bernilai 1/4 dinar

atau lebih”

Berdasarkan hujah diatas, jelaslah terbukti bahawa Al-sunnah amat penting dan

memainkan peranan yang besar dalam kehidupan umat Islam.

Page 8: pai 2

6

PENGAPLIKASIAN AKIDAH DAN IBADAH DALAM PENGHAYATAN ILMU, IMAN

DAN AMAL BERDASARKAN NAS AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

1. ILMU

Islam merupakan satu-satunya agama yang amat menekankan dan memberatkan

umatnya mencari ilmu pengetahuan. Islam juga telah mengajar kita bahawa setiap satu

perkara yang kita ingin laksanakan dengan sempurna mestilah didahului dengan ilmu

pengetahuan. Perkataan ilmu sebenarnya berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘ilm

yang bermaksud tahu. Menurut Kamus Dewan pula, ilmu didefinisikan sebagai

pengetahuan, kepandaian dan kajian kepada sesuatu perkara. Islam telah

membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu ilmu fardu ain dan fardu kifayah yang

wajib dituntut oleh umat Islam.

Berdasarkan definisi tersebut boleh dirumuskan bahawa ilmu bukan sahaja

pengetahuan yang dilihat, ditanggapi oleh pancaindera kita tetapi ia turut merangkumi

pengetahuan terhadap hal-hal kebenaran dan mengekalkan kebenaran dengan petunjuk

Allah s.w.t iaitu Al-quran. Kedua-dua jenis ilmu ini penting kerana ia saling melengkapi di

antara satu sama lain dan gabungan kedua-dua ilmu ini akan melahirkan insan baik

yang akan menjadi model kepada masyarakat keseluruhannya.

Ilmu penting dalam pengaplikasian ibadah kerana tanpa ilmu kita tidak dapat melakukan

ibadah dengan sempurna dan menepati syarak. Ilmu merupakan asas kepada

kesempurnaan. Contohnya pelaksaan solat tidak akan sempurna jika seseorang itu tidak

mengetahui tentang cara-cara mengambil wuduk, bersuci, membaca Al-quran dengan

betul dan segala rukun solat. Dari segi akidah pula, apabila seseorang itu menimba ilmu,

mereka akan berasa dekat dengan Allah dan mensyukuri dengan nikmat yang telah

Allah kurniakan. Sebagai contoh saintis yang mengkaji alam semesta ini. Mereka akan

berasa kagum dengan ciptaan Allah kerana tiada satu pun kuasa yang boleh mencipta

seperti Allah mencipta sesuatu.

Terdapat banyak ayat Al-quran dan hadis yang menerangkan betapa pentingnya

seseorang itu perlu menuntut ilmu dalam kehidupan. Antaranya adalah :

Page 9: pai 2

7

“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang

diberi ilmu pengetahuan” Surah al mujahadah:11

“Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?

Sesungguhnya mereka yang mendapat perngakatan dan petunjuk hanyalah dikalangan

hambanya yang berilmu dan bijaksana” Surah al Zumar:9

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad”.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

“Menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat islam”

Sebenarnya terlalu banyak dalil daripada Al-Quran dan hadith yang menunjukkan

ketinggian ilmu dan orang yang berilmu. Ini bererti Allah amat bersungguh-sungguh

meninggikan darjat orang yang berilmu. Manakala dalam kalangan manusia pula orang

berilmu akan dipandang tinggi dan ditinggikan kedudukannya. Jelaslah terbukti bahawa

apabila mempunyai ilmu yang cukup, maka pengaplikasian akidah dan ibadah juga akan

sempurna.

2. IMAN

Nikmat iman telah dikurniakan kepada manusia dan juga malaikat. Namun, iman

manusia sentiasa berubah. Ada kalanya akan bertambah dan ada kalanya berkurang

sekiranya ia tidak disemai dan dipupuk. Untuk mendapatkan iman yang sentiasa

meningkat, seseorang itu perlu menetapkan keyakinan terhadap aqidah Islam.

Penghayatan yang mendalam terhadap aqidah Islam akan membuatkan seseorang

mempunyai kecenderungan untuk berbuat kebaikan. Dia akan meletakkan syurga

sebagai matlamat dan menjadikan ibadat sebagai saluran untuk dia memperkasakan

iman.

Perkataan iman berasal daripada kata dasar al-amn yang bererti aman iaitu tiada rasaaa

Page 10: pai 2

8

takut. Pegertian iman daripada istilah pula adalah mempercayai Allah dan rasul-Nya

dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan juga ragu

dan melakukan amal dengan tubuh badan. (Aimi bin Hamzah, 2003). Ertinya tanpa

ketiga-tiga perkara tersebut iman seseorang itu tidak akan sempurna. Dalam Al-quran

juga banyak membincangkan tentang pentingnya iman. Antaranya :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada

Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan

harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar. (surah

al-Hujurat; 49:15)

Berdasarkan pendapat saya tentang ayat tersebut, apabila seseorang itu sempurna,

aqidah mereka akan kuat dan teguh dan pastinya akan memberi kesan yang baik.

Mereka akan terhindar daripada melakukan perbuatan maksiat dan perkara yang

dimurkai Allah. Ibadah mereka juga pasti akan diterima Allah kerana mempunyai iman

yang sempurna.

Semakin kuat tahap keimanan seseorang terhadap ajaran Islam, semakin kuat lah

pegangan akidah mereka. Semua orang perlu ada sikap berlumba-lumba untuk

meningkatkan keimanan kerana ia merupakan senjata yang paling berharga buat

muslim yang mukmin. Seseorang yang mudah meraih iman tidak akan mudah

tenggelam dan lemas dalam lautan tipu daya dunia. Hal ini kerana, iman yang ada

dalam diri telah menjadi benteng penghalang untuk dia mengikut hawa nafsu. Nabi Isa

a.s bersabda mafhumnya :

“Berbahagialah sesiapa yang meninggalkan sesuatu keinginan nafsu yang hadir di

depannya demi sesuatu yang dijanjikan pahalanya, yang belum pernah melihatnya.”

Hadis tersebut menerangkan apabila seseorang telah menjaga keimanan, mereka akan

mampu mengawal hawa nafsunya. Dia juga akan memperoleh kebahagian di dunia dan

akhirat. Begitulah keagungan Islam yang mampu menjanjikan ketenangan buat mereka

yang benar-benar beriman.

Seterusnya Allah telah berpesan dalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang berbunyi :

Page 11: pai 2

9

“Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri

kepadaKu”

Ayat tersebut menerangkan tentang tujuan sebenar manusia dan jin itu dijadikan tidak

lain untuk berserah diri dan beribadat kepada Allah. Sekiranya konsep ibadah diterapkan

dalam setiap amalan, maka mudahlah seseorang itu meningkatkan iman yang berkualiti

dan berterusan.

3. AMAL

Perkataan amal adalah berasal daripada perkataan Arab yang beerti perbuatan atau

tindakan dari segi bahasa. Perkataan amal biasanya digabungkan dengan perkataan

soleh yang bermaksud perbuatan baik yang memberikan manfaat kepada pelakunya di

dunia dan pahala yang berlipat kali ganda di akhirat.

Pengertian amal dari segi Islam pula adalah setiap amal soleh atau setiap perbuatan

kebajikan yang diredhai Allah SWT. Justeru, amal dalam Islam tidak terbatas kepada

ibadah sahaja sebagaimana dengan ilmu Islam yang tidak terbatas pada ilmu fikh dan

hukum-hukum agama. Islam memandang amal soleh ini sebagai manifestasi keimanan

kepada Allah SWT. Amal soleh menekankan prinsip-prinsip keimanan dalam aturan-

aturan Allah. Apabila seseorang itu melakukan amal soleh tanpa keimanan kepada

Allah, maka perbuatan amalnya itu tidak ada nilai di pandangan Allah SWT.

Di dalam Al-quran terdapat banyak ayat yang menyebut tentang amal-amal soleh.

Antaranya adalah :

“Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka

sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan

sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberi pahala yang lebih baik

dari apa yang telah mereka kerjakan. ” (an-Nahl (16): 97)

Rasullullah juga mengalakkan umatnya untuk beramal sesama manusia dalam

mencapai kesejahteraan hidup sama ada dalam akidah atau pun ibadah. Baginda

bersabda :

Page 12: pai 2

10

“Yang paling disukai Allah ialah mereka yang paling bermanfaat kepada manusia yang

lain. Tingkah laku yang paling disukai ialah yang menggembiarakan orang Islam yang

lain atau meringankan bebannya atau melangsaikan hutangnya atau

menyelamatkannya dari kelaparan.”

HUBUNGAN IMAN, ILMU DAN AMAL

Beriman bermaksud meyakini kebenaran ajaran yang telah diturunkan Allah dan

Rasulllah SAW kepada umatnya. Bagi melaksanakan perintah Allah dan juga rasul, kita

hendaklah memahaminya terlebih dahulu agar tidak menyimpang dari landasan ajaran

yang benar. Cara mempelajarinya adalah dengan menuntut ajaran Islam.

Iman dan ilmu merupakan dua perkara yang saling berkaitan. Apabila mempunyai ilmu,

iman kita akan menjadi mantap. Sebaliknya, dengan iman, orang yang berilmu dapat

mengawal diri daripada sifat sombong dan menggunakan ilmu yang ada padanya untuk

diri sendiri dan membuat kerosakan di dunia ini. Ibadah dan syariat dalam Al-Quran

disebut iman dan amal soleh. Iman menunjukkan makna aqidah, dan amal soleh

menunjukkan pengertian syariat. Seseorang yang melakukan perbuatan baik, tetapi

tidak dilandasi syariat, maka perbuatannya hanya dikategorikan sebagai perbuatan baik.

Amal soleh pula wujud daripada tahap keimanan seseorang itu. Maksudnya di sini,

orang yang beriman kepada Allah akan menunjukkan keimanannya dalam bentuk amal

IMAN

DAN ILMU

AMAL

DAN ILMU

IMAN

DAN AMA

L

Page 13: pai 2

11

soleh. Iman dan amal merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Mereka

mempunyai kaitan antara satu sama lain. Apabila salah satu daripadanya tiada, maka

tidak sempurna lah iman atau amal seseorang tersebut. Mutiara kata ada menyebut ilmu

tanpa amal ibarat sebuah pohon yang tidak berbuah.

Apabila seseorang itu mempunyai ilmu, dia diwajbkan untuk beramal dengannya. Orang

yang berilmu tetapi tidak beramal menyerupai dengan orang Yahudi. Allah amat

membenci orang yang mempunyai ilmu, tetapi mereka tidak menggunakannya untuk

perkara kebaikan. Firman Allah :

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian

kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah kerana kalian mengatakan apa-apa

yang tidak kalian kerjakan.” (QS Ash Shaff: 2~3)

Hubungan ilmu dan amal pula dapat difokuskan kepada dua perkara. Pertamanya

adalah ilmu adalah pemimpin dan sebagai pembimbing kepada amal perbuatan. Dalam

semua aspek perbuatan manusia haruslah disertai dengan ilmu sama ada dalam ibadah

atau perbuatan lain. Amal boleh menjadi lurus dan benar apabila didasari dengan ilmu.

Keduanya pula, apabila seseorang itu berilmu, maka ia diwajibkan untuk beramal. Ia

tidak boleh dipisahkan dalam perbuatan manusia, Sesebuah perpaduanyang saling

melengkapi dalam kehidupan manusia adalah setelah mereka berilmu dan beramal.

Page 14: pai 2

12

PENUTUP

Impak yang positif akan terhasil sekiranya pegangan aqidah Islam ini bersemadi kukuh

dalam diri. Di antara kesan-kesannya ialah, akan lahir perasaan takut kepada Allah Azza

wajalla. Ini adalah pendorong kepadanya untuk berbuat amal kebaikan dan

meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. Selain itu, ia juga mampu membuatkan

hawa nafsu seseorang terkawal yakni menghindarkan dirinya dari melakukan dosa.

Natijahnya, akan meningkatlah keimanan seseorang seandainya perkara ini berterusan

dan menjadi amalan.

Namun begitu, ramai di kalangan umat Islam yang tidak menyedari tentang tahap

pegangan aqidah masing-masing. Tidak kurang juga yang langsung tidak

mengabaikannya. Perkara-perkara ini akan membuatkan aqidah seseorang menjadi

cacat atau rosak. Implikasinya dapat dilihat melalui tiga aspek iaitu hati, lisan dan

perbuatan.

Kuat atau tidak pegangan seseorang terhadap aqidah Islam, bergantung kepada tahap

keyakinan diri masing-masing. Jelasnya, aqidah yang kukuh akan menjamin iman yang

teguh. Sebaliknya, aqidah yang tidak teguh boleh membuatkan iman akan luruh. Sama-

samalah kita menjaga iman kita dan berysaha mempertingkatkannya.. Wallahua'lam.

Page 15: pai 2

13

RUJUKAN

Aimi bin Hamzah dan Mohd Syah bin Ujang, (2003). Pendidikan Syariah Islamiah, Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Mustafa Haji Daud, (1997). Al-quran Sumber Tamadun Islam, Kuala Lumpur :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Noresah Baharom et al. (Ed.). (2000). Kamus Dewan (edisi ke-13). Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sufian bin Ahmad et al, (2003). Pendidikan Al-quran dan Al-sunnah Tingkatan 5,

Pahang : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Surambi. (2011). Profesionalisme, Peranan dan Cara Meningkatnya. Diakses pada 26

Februari 2014, https://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-

peranan-dan-cara-meni ngkatkannya/

Usman. (2007). Al-quran dan Terjemahannya, Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn.

Bhd