syafiq folio(pai)

25
NAMA : MUHAMMAD SYAFIQ BIN DZURADEEN KELAS : 1 AMANAH NO. MAKTAB : 11171 MRSM KKB PENDIDIK AN AGAMA IBADAH

Upload: syafiqtime

Post on 23-Jun-2015

3.729 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syafiq folio(pai)

NAMA : MUHAMMAD SYAFIQ BIN DZURADEEN

KELAS : 1 AMANAH

NO. MAKTAB : 11171

MRSM KKB

PENDIDIKAN AGAMA

I B A D A H

Page 2: Syafiq folio(pai)

ISI KANDUNGAN

BAB 19 – FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH- M/S 1-2

BAB 20 – BERSUCI ASAS KEBERSIHAN- M/S 2-10

BAB 21 – SOLAT- M/S 10-15

BAB 22 – SOLAT JUMAAT- M/S 15-18

BAB 23 – SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID & SOLAT SUNAT RAWATIB

- M/S 18-19

Page 3: Syafiq folio(pai)

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah banyak menolong dan memberi dorongan kepada saya.Di samping itu,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan saya kerana telah banyak membantu saya menyiapkan folio ini.

Akhir sekali,saya amat berterima kasih kepada guru pendidikan islam iaitu Ustaz Hafizuddin kerana tela banyaknmemberi tunjuk ajar kepada saya.

Page 4: Syafiq folio(pai)

Bab 19-Fardu Ain dan Fardu Kifayah

1. Fardu ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat islam.Berdosa jika tidak melaksanakannya.

2. Fardu kifayah ialah perkara yang wajib dilaksanakan oleh sebahagian anggota masyarakat bagi menjaga kepentingan umat islam.Jika tidak ada yang melaksanakannya,berdosa semua anggota masyarakat.

3. Antara contoh perkara fardu ain ialah:(a)menunaikan solat fardu.(b)berpuasa pada bulan ramadhan.(c)mengeluarakan zakat.(d)mengerjakan haji.(e)berbakti kepada ibu bapa.

4. Antara contoh fardu kifayah ialah:

a) Solat berjemaah.b) Menguruskan jenazah.c) Menyampaikan dakwah.d) Menguasai ilmu teknologi

maklumat,kedoktoran,kejuruteraan,perindustrian,dan sebagainya.

Kepentingan fardu ain

1. Individu :a) Melahirkan individu yang taat kepada perintah dan larangan allah S.W.Tb) Melahirkan individu yang berilmu dan beramal dengan ilmunya.c) Melahirkan individu yang peka dan sensitif dengan perkembangan umat

islam.d) Melahirkan individu yang berusaha memperbaiki kelemahan diri.e) Melahirkan individu yang bermaruah dan dipandang mulia oleh orang lain.

2. Masyarakat :a) Melahirkan masyarakat yang mengamalkan cara hidup islam.b) Segala perintah Allah S.W.T dapat dilaksanakan dengan mudah.c) Konsep amar makruf dan nahi mungkar dapat dilaksanakan.d) Melahirkan masyarakat yang aman,harmoni dan diberkati Allah S.W.T.

3. Negara :a) Melahirkan wargenegara yang berbudi pekerti mulia.b) Melahirkan umat islam yang hidup bersatu dan bekerjasama antara satu

sama lain.c) Ajaran islam dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.d) Pembangunan negara berjalan dengan baik serta mengikut syariat islam.

Akibat mengabaikan fardu ain

Page 5: Syafiq folio(pai)

1. Jiwa tidak tenteram dan mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu.2. Mendorong seseorang melakukan perkara-perkara mungkar.3. Lahir individu Muslim yang berakhlak buruk dalam kehidupan.4. Maruah diri tercemar dan dipandang hina oleh masyarakat.5. Jauh daripada keberkatan dan keredaan Allah S.W.T

Kepentingan fardu kifayah

1. Individu :a) Tekun dan sabar dalam menimba ilmu.b) Melahirkan individu yang berilmu dan beramal dengan ilmunyac) Mahir dan pakar dalam sesuatu bidang ilmu dan kemahiran.d) Melahirkan individu yang peka dengan keadaan keluarga dan masyarakat.

2. Masyarakat :a) Dapat memenuhi keperluan hidup masyarakat islam.b) Masalah sosial umat islam dapat diselesaikan dengan mudah berdasarkan

hukum islam.c) Umat islam akan bertambah maju dalam pelbagai bidang.d) Umat islam akan dipandang mulia oleh masyarakat lain.

3. Negara :a) Negara bertambah maju dalam semua bidang kehidupan.b) Ekonomi negara bertambah kukuh dan mantap.c) Negara dalam keadaan aman dan makmur.d) Negara akan digeruni oleh musuh-musuh islam.e) Negara dihormati dan menjadi contoh kepada negara islam yang lain.

Akibat mengabaikan fardu kifayah

1. Umat islam akan ketinggalan dalam semua bidang.2. Hidup dalam keadaan tersisih dan terpinggir daripada kehidupan masyarakat.3. Hidup dalam kemiskinan dan kemudaran kerana tidak memiliki ilmu dan

kemahiran.4. Mudah ditipu oleh pihak yang bertanggungjawab kerana kurangnya kemahiran

dan kepakaran.

Bab 20-BERSUCI ASAS KEBERSIHAN

KONSEP BERSUCI

1. Bersuci pada bahasa ialah membersihkan sesuatu dari kekotoran.Bersuci pada istilah pula ialah membersihkan diri,pakaian dan tempat daripada hadas dan najis.

2. Hukum bersuci daripada hadas,najis dan kekotoran adalah wajib dan menjadi syarat sah sesuatu ibadat.

Page 6: Syafiq folio(pai)

Perbezaan Amalan Antara Orang yang Bersih dengan Orang yang Pengotor

Amalan Orang yang Bersih Amalan Orang yang Pengotor

(a)menjaga kebersihan makanan,pakaian dan persekitaran.

(b)mengambil makanan dan minuman yang halal.

(c)mengamalkan akhlak yang mulia.

(d)tidak membuang sampah merata-rata.

(a)mengabaikan kebersihan diri,pakaian,makanan dan persekitaran.

(b)makan dan minum daripada sumber yang haram dan syubhah.

(c)mengamalkan akhlak mazmumah.

Hikmat bersuci

1. Menjamin kecergasan rohani dan jasmani.2. Kehidupan dalam keadaan bersih dan selesa.3. Kehidupan akan bebas daripada jangkitan penyakit.4. Umat islam dihormati dan disanjung tinggi.5. Pelajar dapat belajar dengan selesa.

Akibat Mengabaikan Kebersihan

1. Mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit.2. Disisihkan oleh kawan-kawan.3. Menjatuhkan imej umat islam.4. Dipandang hina oleh orang lain.5. Tidak disukai oleh AIIah S.W.T.

Alat-alat untuk Bersuci

1. Air mutlak seperti air paip,air sungai,air laut,air perigi,dan air salji.2. Debu tanah yang suci untuk bertayamum.3. Benda-benda kesat seperti kertas,kayu,dan batu untuk beristinjak.4. Bahan yang dapat menghilangkan darah dan lendiran pada kulit binatang seperti

tawas,bahan kimia,dan buah manjakani untuk menyamak.

BERSUCI DARIPADA NAJIS

Pengertian dan Jenis-jenis Najis

1. Najis pada bahasa ialah benda-benda kotor dan jijik,manakala najis pada istilah ialah kotoran yang menyebabkan tidak sah sesuatu ibadat seperti solat.

2. Najis terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

Page 7: Syafiq folio(pai)

a) Najis mughallazah(najis berat),iaitu anjing dan babi serta keturunannya.b) Najis mutawassitah(najis pertengahan),iaitu semua kotoran daripada

binatang dan manusia seperti air kencing,nanah,darah,bangkai dan sebagainya.

c) Majis mukhaffafah(najis ringan)iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur di bawah dua tahun yang hanya minum susu ibunya saja.

Cara-cara menyucikan najis

1. Najis mughallazah :a) Buang najis yang ada terlebih dahulu.b) Kemudian basuh dengan air mutlak sebanyak tujuh kali.satu basuhan

daripadanya dengan air yang bercampur tanah(sertu).c) Basuh sehingga hilang bau,rasa dan warna.

2. Najis mutawassitah :a) Buangkan najis yang ada terlebih dahulu.b) Basuh dengan air mutlak sehingga hilang bau,rasa dan warna.

3. Najis mukhaffafah :a) Lap tempat yang terkena kencing.b) Renjis dengan air mutlak.c) Kemudian lap sehingga kering.

ISTINJAK

1. Istinjak ialah membersihkan qubul(kemaluan) dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat yang tertentu.

2. Hukum beristinjak adalah wajib.

Alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak

1. Air mutlak seperti air hujan,air laut,air sungai,air perigi,air salji,air embun dan air mata air.

2. Benda-benda kesat seperti batu,kertas,tisu,daun kering dan kayu.

Alat-alat yang haram digunakan untuk beristinjak

1. kertas yang tertulis ayat Al-Quran atau hadis,nama-nama Allah S.W.T,dan rasul.2. Bahan makanan seperti roti,biskut,buah-buahan dan sebagainya.3. Benda-benda yang merbahaya seperti kaca,paku dan buluh.4. Benda-benda najis yang kering seperti tahi lembu.5. Benda-benda licin seperti plastik.

Syarat-syarat beristinjak dengan benda-benda kesat

Page 8: Syafiq folio(pai)

1. Alat yang digunakan mestilah kering dan bersih.2. Najis yang terdapat pada qubul dan dubur belum kering.3. Najis tidak bercampur dengan benda-benda lain seperti debu dan tanah.4. Najis yang keluar tidak meleleh ke tempat lain seperti peha.

Cara-cara beristinjak

1. Menggunakan air : Basuh tempat yang keluar najis dengan air mutlak sehingga bersih.

2. Menggunakan batu dan air :a) Sapu tempat yang keluar najis dengan tiga biji batu atau sebiji batu yang

mempunyai tiga bucu.b) Kemudian basuh dengan air mutlak sehingga bersih.

3. Menggunakan benda-benda kesat : Bersihkan tempat keluar najis dengan benda kesat seperti kertas atau kayu

sehingga bersih.

Hikmat beristinjak

1. Dapat melakukan ibadat dengan khusyuk.2. Menyegarkan tubuh badan.3. Memberi ketenangan pada jiwa dan perasaan.4. Memberikan keselesaan kepada diri dan orang lain.5. Terhindar daripada berlakunya jangkitan penyakit.6. Dikasihi dan diredai oleh Allah S.W.T

WUDUK

1. Wuduk ialah membasuh atau menyapu anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air mutlak yang dimulai dengan niat kerana Allah S.W.T

2. Hukum berwuduk adalah wajib bagi ornag yang ingin melakukan solat,tawaf,menyentuh Al-Quran,sujud tilawah dan sebagainya.Tanpa wuduk ibadat tersebut tidak sah.

Rukun-rukun wuduk

1. Niat.2. Membasuh muka,iaitu bermula dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke dagu

dan dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri.3. Membasuh kedua-dua tangan,iaitu bermula dari hujung jari hingga ke siku.4. Menyapu sebahagian kepala.5. Membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali.6. Tertib,iaitu melakukan semua rukun mengikut susunan.

Perkara sunat ketika berwuduk

Page 9: Syafiq folio(pai)

1. Memulakan berwuduk dengan membaca “Bismillahirrahmanirrahim”.2. Mendahulukan anggota kanan daripada kiri.3. Mengulangi sebanyak tiga kali pada setiap perbuatan.4. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.5. Berkumur-kumur.6. Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya semula.7. Membasuh kedua-dua telinga.8. Membaca doa selepas berwuduk.

Perkara makruh ketika berwuduk

1. Berbual-bual ketika berwuduk.2. Menggunakan air secara berlebihan.3. Membasuh anggota wuduk lebih daripada tiga kali.4. Mendahulukan anggota yang kiri daripada yang kanan.

Perkara yang membatalkan wuduk

1. Keluar sesuatu dari qubul atau dubur.2. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang bukan mahram tanpa

berlapik.3. Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan.4. Hilang akal kerana mabuk,pengsan,atau gila.5. Tidur yang tidak tetap punggung.

Hikmat berwuduk

1. Menghapuskan dosa-dosa kecil.2. Merupakan syarat sah bagi sesuatu ibadat.3. Memberi ketenangan jiwa dan perasaan.4. Membentuk peribadi yang seimbang antara jasmani dengan rohani.

MANDI

1. Mandi ialah meratakan air mutlak ke seluruh badan dengan niat mengangkat hadas atau membersihkan kotoran.

2. Jenis-jenis mandi:a) Mandi wajib,iaitu mandi yang diwajibkan dan disertai dengan niat kerana

berlaku hadas besar seperti berjunub,haid,keluar mani,dan mati kecuali mati syahid.

b) Mandi sunat,iaitu mandi yang disunatkan dan disertai dengan niat kerana tujuan-tujuan tertentu seperti mandi hari jumaat,mandi hari raya,mandi kerana berihram haji dan lain-lain lagi.

c) Mandi harus.iaitu mandi selain mandi wajib dan sunat seperti mandi untuk kebersihan dan kesegaran badan.

Page 10: Syafiq folio(pai)

Sebab-sebab wajib mandi

1. Keluar air mani sama ada sengaja atau tidak sengaja.2. Bersetubuh.3. Mati yang bukan mati syahid.4. Keluar darah haid.5. Keluar darah nifas.

Rukun mandi wajib

1. Niat mandi wajib,iaitu ketika air mula sampai ke anggota badan.2. Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuklah celah-celah jari kaki dan

tangan,rambut,kuku dan juga kemaluan.

Perkara sunat ketika mandi wajib

1. Memulakan mandi dengan membaca “Bismillahirrahmanirrahim”.2. Membersihkan terlebih dahulu segala kotoran yang boleh menghalang air sampai

ke anggota badan.3. Berwuduk sebelum mandi.4. Menyelati jari kaki.tangan,dan rambut.5. Menggosok seluruh anggota badan.6. Berdoa selepas mandi.

Hikmat mandi wajib

1. Membolehkan seseorang itu beribadat kepada Allah.2. Menyergakan tubuh badan dan mencergaskan minda.3. Menghilangkan keletihan dan kelesuan pada badan.4. Menghilangkan kekotoran dan bau badan.5. Memberi keselesaan untuk berinteraksi dengan orang lain.

Perkara yang diharamkan ketika berhadas besar

1. Solat wajib atau sunat.2. Sujud syukur atau sujud tilawah.3. Melakukan tawaf.4. Menyentuh,membawa,dan membaca Al-Quran.5. Duduk di dalam masjid.6. Puasa wajib atau sunat bagi perempuan yang haid.

TAYAMUM

1. Tayamum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu beserta dengan niat.

Page 11: Syafiq folio(pai)

2. Hukum bertayamum wajib bagi orang yang tertentu untuk menunaikan solat,tawaf,dan sebagainya.

Sebab-sebab tayamum

1. Ketiadaan air atau ada tetapi hanya cukup untuk keperluan makan dan minum.2. Sakit yang memudaratkan jika terkena air.3. Air yang terlalu sejuk dan boleh memudaratkan diri.4. Terkurung dan tiada bekalan air.

Syarat-syarat tayamum

1. Telah masuk waktu solat.2. Debu tanah mestilah suci daripada najis.3. Debu mestilah kering dan tidak bercampur lumpur.4. Membersihkan najis sebelum bertayamum.

Rukun bertayamum

1. Niat2. Menyapu muka.3. Menyapu tangan hingga ke siku.4. Tertib.

Cara-cara bertayamum

1. Tekan kedua-dua tapak tangan ke atas debu yang suci.2. Kemudian sapu muka dengan debu tadi disertai dengan niat.3. Seterusnya tekan kedua tapak tangan ke atas debu sekali lagi,kemudian sapu debu

tersebut di tangan kanan dan kiri hingga ke siku.

Perkara sunat ketika bertayamum

1. Memulakan dengan membaca“Bismillahirrahmanirrahim”.2. Mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri.3. Menipiskan debu tanah di tapak tangan.4. Berturut-turut antara menyapu muka dan tangan.5. Membaca doa.

Perkara yang membatalkan tayamum

1. Semua perkara yang membatalkan wuduk.2. Ada air sebelum solat sekiranya bertayamum kerana ketiadaan air.

SAMAK

Page 12: Syafiq folio(pai)

1. Samak ialah menyucikan kulit binatang selain kulit anjing dan babi dengan cara-cara tertentu.

2. Kulit binatang yang halal atau haram dimakan kecuali anjing dan babi menjadi suci apabila disamak.

Alat-alat yang digunakan untuk menyamak

1. Tawas.2. Bahan kimia.3. Kapur sirih.4. Kulit kayu samak.5. Buah majakani.

Cara-cara menyamak

1. Lendir,darah,dan lemak yang melekat pada kulit binatang mestilah dibuang terlebih dahulu.

2. Selepas itu,kulit binatang digosok dengan alat-alat menyamak supaya benda-benda yang masih melekat dapat dihilangkan.

3. Kemudian jemur kulit binatang tersebut sehingga kering.

Faedah menyamak

1. Menjamin kebersihan barang yang digunakan.2. Memanfaatkan bahan kulit untuk keperluan seharian seperti pakaian dan

perhiasan.3. Menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit binatang.4. Dapat dikomersialkan untuk menambahkan pendapatan.

HIKMAT BERSUCI DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT

Hikmat bersuci kepada individu

1. Menjamin kesihatan fizikal dan mental.2. Menjauhkan diri daripada penyakit.3. Memberi keselesaan kepada orang lain untuk mendampingi kita.4. Ibadat akan lebih sempurna dan diterima Allah.5. Dikasihi dan diredai oleh Allah.

Hikmat bersuci kepada masyarakat

1. Kehidupan masyarakat dalam keadaan sihat dan sejahtera.2. Melahirkan masyarakat yang cergas dan cerdas.3. Dipandang mulia oleh masyarakat lain.

Akibat mengabaikan kebersihan diri dan alam sekitar

Page 13: Syafiq folio(pai)

1. Individu akan mudah dijangkiti oleh pelbagai penyakit.2. Kehidupan menjadi tidak selesa dan menjejaskan aktiviti harian.3. Alam sekitar akan tercemar dengan sampah sarap.4. Udara akan tercemar.5. Wang terpaksa dibelanjakan untuk rawatan dan pemulihan.

Langkah-langkah untuk menjaga kebersihan alam sekitar

1. Bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar.2. Mengadakan kempen kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar.3. Memupuk nilai-nilai murni sejak daripada kanak=kanak lagi.4. Menyediakan tempat membuang sampah yang mencukupi.5. Pemantauan dan penguatkuasaan oleh pihak yang berwajib.

Bab 21 – SOLAT

SOLAT FARDU

1. Solat pada bahasa bererti doa.Pada istilah syarak pula solat ialah beberapa perbuatan dan ucapan yang dimulai dengan takbiratullihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

2. Hukum menunaikan solat adalah wajib ke atas setiap orang Muslim yang cukup syarat-syaratnya.Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah berdosa.

Syarat wajib solat

1. Beragama islam Tidak wajib kepada orang kafir kerana mereka tidak percaya kepada Allah

S.W.T2. Berakal

Tidak wajib kepada orang gila.3. Baligh

Tidak wajib kepada kanak-kanak.4. Suci daripada haid dan nifas.5. Boleh mendengar dan melihat

Tidak wajib kepada orang yang buta,tuli dan bisu sejak lahir.

Syarat sah solat

1. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar.2. Suci badan,pakaian dan tempat.3. Menutup aurat.4. Menghadap kiblat.5. Yakin telah masuk waktu solat.

Page 14: Syafiq folio(pai)

Rukun solat

1. Niat2. Berdiri betul bagi yang berkemampuan.3. Takbiratulihram.4. Membaca surah Al-Fatihah.5. Rukuk serta tamakninah.6. Iktidal serta tamakninah.7. Sujud serta tamakninah.8. Duduk antara dua sujud.9. Duduk tahiyat akhir.10. Membaca tahiyat akhir.11. Membaca selawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir.12. Memberi salam yang pertama.13. Tertib

Sunat Ab’ad dan sunat haiat

1. Sunat ab’ad ialah sunat yang sangat dituntut dan mendapat pahala apabila melakukannya ketika solat.Sekirannya tertingal,tidak membatalkan solat tetapi disunatkan sujud sahwi sebelum salam.

2. Perkara sunat ab’ad ialah :a) Membaca tahiyat awal.b) Duduk untuk membaca tahiyat akhir.c) Berselawat kepada Nabi dalam tahiyat akhir.d) Membaca selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir.e) Membaca doa qunut.f) Berdiri ketika membaca doa qunut.g) Berselawat kepada Nabi dalam doa qunut.h) Berselawat kepada keluarga Nabi dalam doa qunut.

3. Sunat haiat ialah perkara sunat yang digalakkan dan mendapat pahala apabila melakukannya,tetapi jika tertinggal tidak perlu sujud sahwi.

4. Antara perkara-perkara sunat haiat ialah:a) Mengangkat tangan ke telinga semasa takbiratulihram.b) Meletak tapak tangan kanan di atas tangan kiri.c) Membaca doa iftitah.d) Membaca ta’awwuz sebelum membaca surah Al-Fatihah.e) Membaca mana-mana ayat Al-Quran selepas membaca surah Al-Fatihah.f) Menguatkan bacaan ketika membaca Al-Fatihah dan surah dalam solat

mahgrib,isyak dan subuh.g) Membaca tasbih semasa rukuk dan sujud.h) Berpaling muka ke kanan semasa memberi salam yang pertama dan ke kiri

semasa memberi salam yang kedua.

Page 15: Syafiq folio(pai)

Perkara-perkara yang membatalkan solat

1. Meninggalkan mana-mana rukun solat.2. Bercakap dengan sengaja.3. Berhadas kecil atau besar.4. Terkena najis pada pakaian atau badan.5. Terbuka aurat.6. Berubah niat.7. Makan dan minum.8. Ketawa yang mengeluarkan suara.9. Bergerak tiga kali berturut-turut.10. Berubah dada dari arah kiblat.11. Murtad.

Perkara-perkara makruh dalam solat

1. Menahan diri daripada membuang air kecil atau air besar.2. Meludah.3. Memejam mata.4. Memandang ke atas dan ke bawah.5. Memalingkan muka dari arah kiblat.6. Menguatkan suara pada bacaan yang diperlahankan.7. Bersandar pada sesuatu.8. Menahan lapar.

Hikmat solat

1. Dapat membentuk akhlak dan peribadi mulia.2. Memperoleh hidayat daripada Allah.3. Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa.4. Mengukuhkan keimanan kepada Allah.5. Menunjukkan pengabdian diri terhadap Pencipta.6. Mendapat ganjaran pahala.

KHUSYUK SOLAT DAN KESANNYA PADA KEHIDUPAN MUKMIN

1. Khusyuk dalam solat bermaksud tunduk dan merendah diri dengan memberi sepenuh tumpuan fikiran,hati dan anggota semata-mata kerana Allah S.W.T

2. Orang yang mendirikan solat dengan khusyuk akan beroleh kejayaan.

Cara mendapatkan khusyuk dalam solat

1. Peranan hati :a) Memberikan tumpuan dengan mengingati kebesaran dan keagugan Allah

S.W.T

Page 16: Syafiq folio(pai)

b) Mengingati kelemahan dan kekurangan diri berbanding dengan kekuasaan Allah S.W.T

c) Mengingati bahawa kita sedang menghadap Allah S.W.T dan Dia sedang melihat kita.

2. Peranan akal :a) Memahami dan menghayati apa yang dibaca.b) Melupakan segala urusan keduniaan.c) Menumpukan sepenuh perhatian kepada solat.

3. Peranan anggota :a) Menumpukan pandangan mata hanya ke tempat sujud.b) Melakukan semua perbuatan dengan sempurna dan tamakninah.c) Tidak melakukan pergerakan selain yang berkaitan dengan solat.

Perkara yang menghalang khusyuk dalam solat

1. Tidak memahami maksud ayat dan bacaan dalam solat.2. Banyak berangan-angan atau berkhayal dalam solat.3. Tergesa-gesa dalam melkukan solat.4. Gangguan persekitaran seperti bunyi bising dan kesibukan aktiviti manusia.5. Banyak melakuakn maksiat dan dosa.6. Makanan dan pakaian daripada sumber yang haram.

Hikmah khusyuk dalam solat

1. Solat yang khusyuk akan diterima oleh Allah S.W.T2. Meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T3. Mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar.4. Melahirkan keinsafan dalam diri.

TUNTUTAN SOLAT BERJEMAAH

1. Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan secara beramai-ramai yang diketuai oleh seorang imam.

2. Solat berjemaah boleh dilakukan dengan sekurang-kurangnya seorang makmum.3. Hukum solat berjemaah bagi solat fardhu ialah sunat muakkad(dituntut)terhadap

setiap orang islam dan menjadi fardhu kifayah bagi sesebuah kawasan atau qariah.

4. Kelebihan solat berjemaah berbanding solat bersendirian ialah mendapat ganjaran pahala sebanyak dua puluh tujuh darjat.

Solat-solat yang boleh dilakukan secara berjemaah ialah:

a) Solat fardhu lima waktu.b) Solat jenazah.c) Solat sunat Tarawih.

Page 17: Syafiq folio(pai)

d) Solat sunat Hari Raya.e) Solat sunat Hajat.f) Solat sunat Witir.

Syarat-syarat sah solat berjemaah

1. Syarat-syarat makmum:a) Berniat mengikut imam.b) Mengikuti semua pergerakan imam.c) Mengetahui segala gerak-geri imam iaitu perpindahan imam dari satu

rukun ke rukun yang lain.d) Tidak boleh mendahului imam dalam rukun solat.e) Kedudukan makmum mestilah di belakang imam.f) Imam dan makmum berada di satu tempat.g) Makmum lelaki mestilah berimam dengan imam lelaki.

2. Syarat-syarat menjadi imam:a) Seorang lelaki. Perempuan hanya boleh menjadi imam kepada perempuan

sahaja.b) Seorang yang telah baligh.c) Bacaan imam betul dan sempurna.d) Imam tidak menjadi makmum kepada imam yang lain.

3. Orang yang layak untuk menjadi imam:a) Paling baik dalam membaca ayat-ayat Al-Quran.b) Alim dalam hukum-hukum agama.c) Berakhlak mulia.d) Dihormati dan disegani.

Jenis-jenis makmum

1. Makmum munafik,iaitu makmum yang sempat membaca Al-Fatihah ketika imam masih berdiri dalam rakaat pertama.

2. Makmum masbuk,iaitu makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah bersama imam kerana imam telah rukuk. Makmum masbuk memdapat rakaat sekiranya sempat rukuk dan tamakninah bersama imam walaupun tidak sempat membaca Al-Fatihah.

Hikmat solat berjemaah

1. Melatih diri supaya menjadi muslim yang berdisplin.2. Merapatkan hubungan persaudaraan sesama islam.3. Menunjukkan kekuatan dan perpaduan umat islam.4. Menimbulkan perasaan sama rata sesama orang islam.5. Mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah.

Page 18: Syafiq folio(pai)

Bab 22 - SOLAT JUMAAT

1. Solat jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan dalam waktu zuhur pada hari jumaat secara berjemaah dan didahului dengan dua khutbah dengan syarat-syarat tertentu.

2. Hukum menunaikan solat jumaat adalah fardhu ain terhadap setiap umat islam lelaki yang cukup syaratnya.

3. Orang yang meninggalkan solat jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja akan ditutup hatinya daripada menerima hidayah Allah.

Keistimewaan solat jumaat

1. Penghulu bagi sekalian hari(Sayyidul Ayyam).2. Allah memakbulkan doa hamba-Nya yang soleh.3. Allah mengurniakan rahmat dan keberkatan kepada hamba-Nya.4. Hari berlaku kiamat.5. Hari Nabi Adam dijadikan dan diwafatkan oleh Allah.

Syarat-syarat wajib solat jumaat

1. Islam,tidak wajib terhadap orang kafir.2. Berakal,tidak wajib kepada orang gila.3. Baligh,tidak wajib terhadap kanak-kanak.4. Lelaki,tidak wajib kepada wanita.5. Bermastautin,tidak wajib kepada orang yang bermusafir.6. Merdeka,tidak wajib kepada hamba.7. Berkemampuan,tidak wajib kepada orang yang uzur atau perkara yang

menghalangnya untuk ke masjid.

Syarat-syarat sah solat jumaat

1. Ditunaikan dalam waktu zuhur.2. Didahului oleh dua khutbah.3. Dilakukan secara berjemaah.4. Bilangan makmum tidak kurang daripada 40 orang yang bermastautin.5. Ditunaikan dalam kawasan dan tempat yang tertentu seperti masjid.

Golongan yang diharuskan meninggalkan solat jumaat

1. Orang sakit yang memudaratkan kesihatannya.2. Orang musafir yang diharuskan.3. Keselamatan diri terancam.

Maksud:

Page 19: Syafiq folio(pai)

1. Bermusafir ialah orang yang dalam perjalanan yang lebih daripada dua marhalah,iaitu lebih kurang 94 km. Mereka tidak wajib menunaikan solat jumaat dan tidak dikira dalam bilangan 40 oang.

2. Bermastautin ialah orang yang tinggal menetap di sesuatu tempat dan tidak berhajat untuk berpindah ke tempat lain. Wajib kepadanya solat jumaat dan dikira dalam bilangan 40 orang ahli jumaat.

3. Bermukim ialah orang yang tinggal di sesuatu tempat dan tidak berhajat untuk menetap di situ selama-lamanya. Solat jumaat baginya adalah wajib tetapi tidak dikira dalam bilangan 40 orang ahli jumaat.

Hikmat solat jumaat

1. Mengeratkan hubungan persaudaraan sesama islam.2. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.3. Dapat mengetahui isu-isu semasa dalam masyarakat islam.4. Meningkatkan ilmu pengetahuan melalui khutbah yang disampaikan.5. Menunjukkan kekuatan dan perpaduan umat islam.

KHUTBAH JUMAAT

1. Khutbah ialah ucapan atau syarahan yang mengandung nasihat atau pengajaran yang disampaikan oleh khatib sebelum solat jumaat.

2. Hukum khutbah solat jumaat adalah wajib. Solat jumaat tidak sah sekiranya tidak ada khutbah.

Rukun khutbah jumaat

1. Memuji Allah sekurang-kurangnya menyebut Alhamdulilah.2. Berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.3. Memberi peringatan kepada jemaah supaya bertakwa kepada Allah.4. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat Al-Quran sama ada dalam khutbah

pertama atau kedua.5. Mendoakan supaya Allah mengampunkan orang-orang islam.

Syarat-syarat sah khutbah jumaat

1. Khutbah disampaikan setelah masuk waktu zuhur.2. Khutbah disampaikan sebelum solat zuhur.3. Rukun khutbah disampaikan dalam bahasa arab.4. Khatib hendaklah seorang lelaki.5. Khatib suci daripada hadas kecil dan hadas besar.6. Khatib hendaklah suci badan,pakaian,dan tempat daripada najis.7. Khatib menutup aurat.

Page 20: Syafiq folio(pai)

8. Khatib hendaklah berdiri ketika berkhutbah sekiranya mampu.9. Khatib hendaklah duduk sebentar di antara dua khutbah.10. Berturut-turut di antara dua khutbah.11. Khutbah yang disampaikan hendaklah didengari sekurang-kurangnya oleh 40

orang ahli jumaat.

Perkara-perkara sunat khutbah

1. Khutbah disampaikan di atas mimbar.2. Khutbah yang disampaikan padat dan ringkas.3. Rukun khutbah disampaikan mengikut tertib.4. Khatib memegang tongkat ketika berkhutbah.5. Khatib memberi salam sebelum duduk di atas mimbar.6. Khatib naik mimbar setelah azan yang pertama.7. Khatib berkhutbah dengan suara yang nyaring.

ADAB MAKMUM SOLAT JUMAAT

Adab-adab ketika di masjid

1. Memakai bau-bauan.2. Memakai pakaian yang suci dan bersih.3. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.4. Menjaga ketenteraman dengan tidak berbuat bising.5. Menjaga kebersihan masjid.6. Tidak berbual kosong dan sia-sia di dalam masjid.

Adab ketika masuk masjid

1. Melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan.2. Membaca doa.3. Tidak melangkah makmum yang berada di dalam masjid.4. Penuhkan saf-saf yang kosong di hadapan.5. Tidak melintas di hadapan orang yang sedang solat.

Adab-adab setelah masuk ke dalam masjid

1. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebelum duduk.2. Berniat iktikaf.3. Duduk dengan sopan dan tertib.4. Bersalaman dengan jemaah yang berhampiran.5. Membaca Al-Quran,berselawat,berzikir dan berdoa.6. Memberi ruang kepada jemaah lain untuk duduk.

Page 21: Syafiq folio(pai)

Adab-adab sebelum solat jumaat

1. Mandi solat jumaat.2. Memotong kuku,menggunting misai dan bercukur.3. Memakai pakaian yang bersih dan suci.4. Memakai bau-bauan yang diharuskan.5. Datang awal ke masjid.

Adab selepas solat jumaat

1. Mengerjakan solat sunat.2. Berdoa selepas selesai menunaikan solat.3. Membaca doa keluar masjid.4. Bersegera meneruskan aktiviti harian setelah selesai solat jumaat.

Kelebihan menjaga adab solat jumaat

1. Memantapkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.2. Mendapat rahmat dan keberkatan dalam kehidupan.3. Menambah ilmu pengetahuan dalam diri.4. Mengukuhkan hubungan persaudaraan.5. Memperoleh hidayat Allah.

Bab 23 - SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID DAN SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat sunat tahiyatul masjid

1. Solat sunat tahiyatul masjid ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan setiap kali masuk ke dalam masjid sebelum duduk.

2. Tujuan melakukan solat ini ialah bagi menghormati masjid sebagai rumah Allah.

Solat sunat rawatib

1. Solat sunat rawatib ialah solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu.

2. Solat sunat rawatib boleh dilakukan pada waktu-waktu berikut:a) Dua rakaat sebelum solat fardhu subuh.b) Dua rakaat sebelum dan selepas solat fardhu zuhur.c) Dua rakaat sebelum solat fardhu asar.d) Dua rakaat selepas solat fardhu mahgrib.e) Dua rakaat sebelum dan selepas solat fardhu isyak.

Hikmat solat sunat rawatib

1. Menyempurnakan kekurangan pahala dalam solat fardhu.

Page 22: Syafiq folio(pai)

2. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.3. Melahirkan perasaan syukur kepada Allah.4. Mewujudkan sifat tawaduk dalam diri seseorang muslim.5. Melahirkan individu yang berdisplin.6. Menjadi benteng penghalang daripada melakukan maksiat.

SUMBER RUJUKAN

RUJUKAN INTERNET BUKU RUJUKAN PENDIDIKAN ISLAM