pa esei -tenaga alternatif

Upload: jonathan-teng

Post on 12-Mar-2016

295 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tenaga alternatif

TRANSCRIPT

Penggunaan Tenaga AlternatifKepentingan-kepentingan Mencari Tenaga Alternatif1. Bekalan tenaga mencukupi Kekurangan bekalan tenaga elektrik berlaku pada tahun 1990-an. Operasi sektor pengeluaran tidak dapat dijalankan. Kilang-kilang mengalami kerugian besar. Pelabur asing hilang keyakinan. Dengan adanya pelbagai tenaga alternative, tenaga pasti mencukupi.

2. Menjamin keselesaan hidup rakyat Tenaga perlu supaya lampu isyarat trafik berfungsi. Dengan ini, system perngangkutan jalan tidak huru-hara. Sektor perbankan memerlukan tenaga elektrik sepanjang masa. Elektrik juga memberikan kemudahan dalam rumah. Jadi, tenaga alternatif diperlukan demi keselesaan hidup manusia.3. Tenaga Alternatif Juga Boleh Dieksport Minyak mentah dunia akan pupus. Tenaga hidroelektrik kita dapat dieksport. Teknologi pembinaan projek empangan hidroelektrik bolah dijual. Kita boleh menawarkan teknologi kita dalam penghasilan tenaga. Ini akan menguntungkan negara kia dari segi tukaran wang asing.

4. Mengurangkan Masalah Pencemaran Alam. Pembakaran bahan api fosiltelah membebaskan karbon dioksida yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau. Penggunaan sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar dan hidroelektrik adalah bersih dan tidak mencemarkan alam. Selain itu, tenaga biomass yang terhasil daripada bahan buangan sisa pertanian mampu mengurangkan kuantiti lambakkan bahan buangan. Jelas sekali penggunaan sumber tenaga alternatif membantu mengurangkan pencemaran alam.

5. Dapat Dikitar Semula-Sumber fosil seperti petroleum tidak dapat dikitar semula. -Kegunaan sumber fosil akan tamat sewaktu pembakaran. -Tenaga alternatif seperti tenaga hidro dapat dikitar semula. -Tenaga alternatif bergantung kepada alam semula jadi seperti air, angin dan suria. -Sumber ini juga dapat diperoleh pada bila-bila masa, tidak akan kehabisan dan kekal sepanjang hayat. Halangan Menggunakan Tenaga Alternatif1. Masalah Kewangan Kita memerlukan RM34 bilion untuk membina Empangan HIdroelektrik Bakun. Akibatnya projek itu terpaksa dihentikan. Loji nuklear menelan belanja yang tinggi. Kita belum mampu memperuntukkan jumlah wang yang sebegitu banyak.

2. Masalah Kekurangan Kepakaran Pakar dalam bidang ini terpaksa diimport. Kereta Eluksuria menggunakan teknologi Jerman. Empangan Hidroelektrik Bakun memerlukan teknologi Jerman dan Perancis. Sebahagian besar keuntungan akan mengalir ke luar negara. Jadi kita harus mengatasi kekurangan pakar dalam bidang ini.

Kesan Menggunakan Tenaga Alternatif1. Dapat Membekal Tenaga Yang Mencukupi Kekurangan bekalan tenaga menyebabkan pengeluaran sektor perusahaan tidak dapat dijalankan. Banyak barangan mentah rodak kerana tidak dapat diproses dengan segera. Akibatnya, kilang-kilang mengalami kerugian yang besar. Ekonomi negara akan terjejas. Jadi, tenaga alternatif penting untuk memastikan bekalan tenaga mencukupi.

2. Masalah Pencemaran Alam Juga Dapat Diatasi Pembakaran bahan api fosil menyebabkan kesa rumah hijau. Tenaga solar dan hidroelektrik merupakan tenaga uyang bersih. Tenaga biomass pula diperloh daripada bahan buangan sisa pertanian. Hal ini akan mengurangkan kuantiti bahan buangan yang dilambakkan. Pencemaran alam sekitar dapat diatasi.

3. Meningkatkan Mutu Pertanian Dan Perubatan Dalam bidang kawalan biologi, tenaga nuklear amat penting. Sinaran gama dapat memandulkan serangga perosak. Dengan ity, populasi serangga perosak di sektor pertanian dapat disekat. Tenaga nuklear digunakan untuk mengesan penyakit dalaman. Sinaran ini juga digunakan untuk merawat barah.

4. Menjejaskan Ekologi Alam Sekitar Pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun memusnahkan hutan yang luas. Banyak kawasan hutan akan ditenggelami air. Hidupan liar di kawasan itu akan mati. Kebocoran di loji nuklear juga mencemarkan alam sekitar. Alam sekitar akan musnah.

5. Kesihatan Manusia Turut Terancam Loji nuklear Chernobly di Rusia menglami kebocorean pada tahun 1986. Banyak pekerja di loji itu mati akibat terkena radiasi. Penduduk di sekitar juga menghadapi penyakit barah yang serius. Generasi muda yang dilahirkan juga menghidap penyakit serius yang pelbagai. Sengata nuklear akan memusnahkan tamadun manusia di bumi ini.

ISI(KEBAIKAN/MANFAAT)

1-Mengatasi Krisis Tenaga.

-Sumber alternatif yang berjaya dihasilkan oleh pakar penyelidik mempunyai banyak kelebihan kepada kehiupan manusia.- Antara kelebihan sumber alternatif kepada negara dan kehidupan manusia ialah mengatasi krisis tenaga.- Malaysia yang juga tidak lari dalam masalah pada masa akan datang iaitu kehabisan bahan fosil.- Sememangnya bahan fosil ini membantu masyarakat dalam menjalankan kegiatan seharian.- Bahan fosil membantu kepada kenderaan, arang batu banyak digunakan dalam perindustrian dan sebagainya.- Dengan kewujudan sumber alternatif ini dapat mengurangkan penggunaan bahan fosil yang semakin kepupusan.- Oleh itu, bahan fosil ini akan dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

2-Kebersihan Alam Sekitar.

-Selain itu, kewujudan sumber alternatif memberi kebaikan dari segi mutu kebersihan alam sekitar.- Hal ini kerana sumber alternatif ini tidak mencemarkan alam sekitar berbanding dengan bahan fosil yang menjejaskan alam sekitar.- Penggunaan bahan fosil yang tidak terkawal dan sampai ke tahap maksimum akan memudaratkan alam sekitar.- Misalnya, tenaga hidroelektrik banyak digunakan dalam penjanaan tenaga elektrik.- Empangan hidroelektrik banyak membantu masyarakat untuk mendapatkan tenaga elektrik yang mencukupi dan ia tidak melibatkan pencemaran alam sekitar sebalilnya kegiatan pembersihan perlu dilakukan untuk penjanaan elektrik yang sempurna.- Sumber tenaga alternatif yang dapat dikitar semula juga dapat mengurangkan bebanan ekonomi negara di mana terpaksa menggunakan modal yang besar untuk mewujudkan sumber alternatif yang baru.- Penjimatan penggunaan bahan yang tidak boleh dikitar semula adalah langkah yang positif ke arah mengekalkan adanya bahan-bahan penting itu.- Contohnya bahan sisa buang biojisim yang boleh diproses untuk menghasilkan gas metana ataupun tenaga elektrik.

3-Bidang Perubatan

-Sumber alternatif juga boleh digunakan dalam perubatan.- Apabila pembangunan Negara dalam sains dan teknologi dikecapi, ramai pakar-pakar dalam bidang penyelidikan dapat dilahirkan.- Hasil daripada penyelidikan di dapati bahawa tenaga nuklear mampu digunakan untuk tujuan perubatan.-Tenaga nuklear yang digunakan dalam perubatan misalnya untuk mengenal pasti penyakit yang berkaitan dengan bakteria-bakteria halus dalam badan dan mengesan penyakit barah.- Selain itu, sinaran gamma yang terhasil daripada tenaga nuklear dapat mencegah penyakit kanser.- Sehubungan dengan itu, sinaran gamma juga dapat mengesan sistem organ dan tulang dalaman manusia.Dengan kejayaan ini,masyarakat akan dapat mengesan penyakit yang berbahaya pada tahap awal.- Hal ini juga akan mengurangkan pergantungan masyarakat untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

ISI(KEBURUKAN)

1-Pencemaran Alam

-Pencemaran air akan berlaku apabila benteng di bina untuk penjanaan kuasa hidro eletrik.- Pembinaan benteng pertahanan air akan menjejaskan kualiti air semula jadi.- Pencemaran air turut merebak ke kawasan lain seperti sungai, laut dan tasik.- Bagi penjanaan kuasa melalui sumber tenaga nuklear dan biogas pula, kualiti dan keselamatan alam tergugat kerana bocoran yang berlaku semasa proses penjanaan kuasa berlaku.

2-Kesihatan Manusia.

-Penjanaan tenaga melalui biogas, hidro eletrik dan nuklear akan mewujudkan pencemaran alam seperti pencemaran udara dan air.- Kesihatan manusia akan terjejas ekoran pencemaran yang berlaku serta terdedah kepada risiko menghidap penyakit barah seperti penyakit kanser kulit yang di sebabkan oleh bocoron sinaran tenaga nuklear.

CONTOH 5:Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, pekara yang membimbangkan ramai pihak ialah kesan yang mungkin timbul akibat penggunaan tenaga alternatif.Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan di atas.

Sumber tenaga seperti petroleum, arang batu dan gas diramalkan semakin berkurangan. Penemuan dan penghasilan tenaga alternatif seperti tenaga solar, ombak dan nuklear penting dalam mengatasi krisis tenaga yang kian meruncing. Namun demikian, risiko akibat penggunaan tenaga alternatif juga tidak harus dipandang ringan.

Antara kepentingan sumber tenaga alternatif ialah dapat membekalkan tenaga yang mencukupi. Sumber tenaga yang semakin berkurangan pasti menjejaskan pengeluaran sektor perusahaan. Banyak barang mentah rosak akibat tidak dapat diproses. Akibatnya, kilang-kilang akan mengalami kerugian sekaligus memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Jadi, penemuan dan penghasilan tenaga alternatif amat penting bagi memastikan bekalan kuasa yang mencukupi.

Penggunaan sumber tenaga alternatif juga mampu mengurangkan masalah pencemaran alam. Pembakaran bahan api fosiltelah membebaskan karbon dioksida yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau. Penggunaan sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar dan hidroelektrik adalah bersih dan tidak mencemarkan alam. Selain itu, tenaga biomass yang terhasil daripada bahan buangan sisa pertanian mampu mengurangkan kuantiti lambakkan bahan buangan. Jelas sekali penggunaan sumber tenaga alternatif membantu mengurangkan pencemaran alam.

Walau bagaimanapun, penggunaan tenaga alternatif juga akan menjejaskan ekologi alam sekitar. Pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun telah memusnahkan hutan yang begitu luas. Banyak kawasan ditenggelami air sekaligus menyebabkan beberapa spesis hidupan liar diancam kepupusan. Selain itu, kebocoran loji tenaga nuklear juga turut mencemarkan alam sekitar. Kesan radiasi menjejaskan hasil pengeluaran terutama produk pertanian.

Di samping itu, penggunaan sumber tenaga alternatif juga mampu menjadi ancaman kepada keselamatan manusia. Kebocoran loji nuklear Chernobyl di Russia pada tahun 1986 menyebabkan banyak pekerja menjadi korban akibat radiasi. Penduduk setempat juga menghidap penyakit barah yang serius. Selain itu, penggunaan senjata nuklear dalam peperangan juga mampu membunuh ribuan nyawa. Penggunaan senjata nuklear oleh pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menghancurkan tamadun manusia.

Penggunaan dan penghasilan sumber tenaga alternatif mampu membawa manusia ke satu tamadun yang lebih maju. Walau bagaimanapun, pihak berkepentingan harus menggunakan tenaga ini untuk kebaikan. Penyalahgunaan sumber tenaga alternatif harus dielakkan demi kesejahteraan sejagat.