p kuliah 8

5
Kuliah 8 John Snow - Taun Dr John Snow digelar sebagai bapa Epidemiologi kerana sumbangan beliau dalam kajian mengenai wabak taun. Pada tahun 1831, semasa berumur 18 tahun (tahun ke 4 menjadi pelatih perubatan) wabak taun melanda London Wabak yang sama telah membunuh ratusan ribu penduduk Eropah Apabila wabak berakhir pada Febuari 1832, sejumlah 50 ribu kematian dicatatkan di England 16 tahun kemudian Snow memperoleh ijazah PHD dalam bidang perubatan dan menjadi pakar anesthesiologi. Beliau meneruskan kajian berkaitan dengan punca dan sebab penyakit taun merebak. Ramai yang percaya pada ketika itu taun berpunca daripada "miasmas" (udara kotor) tetapi Snow berpendapat bahawa punca sebenar taun adalah disebabkan oleh organisma kecil yang memasuki badan manusia.

Upload: peningla

Post on 03-Jul-2015

51 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: P kuliah 8

Kuliah 8 John Snow - Taun Dr John Snow digelar sebagai bapa Epidemiologi kerana sumbangan beliau dalam kajian mengenai wabak taun. Pada tahun 1831, semasa berumur 18 tahun (tahun ke 4 menjadi pelatih perubatan) wabak taun melanda London Wabak yang sama telah membunuh ratusan ribu penduduk Eropah Apabila wabak berakhir pada Febuari 1832, sejumlah 50 ribu kematian dicatatkan di England 16 tahun kemudian Snow memperoleh ijazah PHD dalam bidang perubatan dan menjadi pakar anesthesiologi. Beliau meneruskan kajian berkaitan dengan punca dan sebab penyakit taun merebak. Ramai yang percaya pada ketika itu taun berpunca daripada "miasmas" (udara kotor) tetapi Snow berpendapat bahawa punca sebenar taun adalah disebabkan oleh organisma kecil yang memasuki badan manusia.

user
Highlight
user
Highlight
user
Highlight
Page 2: P kuliah 8

Pada September 1848, berlaku sekali lagi wabak taun di England dan Snow mendapati mangsa pertama mati hanya selepas beberapa hari serangan. Snow menemubual lebih ramai pesakit dan semua menyatkan bahawa mereka pada awalnya mengalami masalah penghadaman (cirit birit). Selepas 2 tahun wabak berakhir, Snow meneruskan kajian mengenai punca dan sebab penyakit taun menular. Walau bagaimanapun Snow menghadapi kesukaran untuk membuktikan wujud organisma kecil yang menjadi punca penyakit taun. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, Snow cuba menyedarkan masyarakat bahawa taun tidak merebak melalui udara kotor. Pada Ogos 1853, sekali lagi wabak taun melanda. Kali ini berdekatan dengan rumah Snow. Oleh kerana teori Snow bahawa kuman taun merebak melalui sumber air, beliau mengambil sampel air daripada pam di

user
Highlight
Page 3: P kuliah 8

kawasan wabak yang berada di Broad Street. Snow mengumpulkan maklumat pesakit yang berada di sekitar pam air Broad Street, Snow mengandaikan bahawa sumber air dari pam tersebut tersebut telah tercemar. Snow menggunakan peta titik bagi mewakili bliangan kematian akibat jangkitan kuman taun berhampiran pam air Broad Street dan menggesa Boards of Guardians menutup pam tersebut. Apabila pemegang pam dibuang, bilangan kematian berkurang secara mendadak. Snow berjaya membuktikan bahawa kuman taun merebak melalui air minuman yang tercemar.

Page 4: P kuliah 8

Sumbangan Snow:

1. Menunjukkan bagaimana penyakit taun merebak. Merupakan penemuan yang besar dalam bidang sains dan perubatan. Beliau membuktikan bahawa taun tidak merebak melalui udara (teori sains yang sangat kuat pada waktu itu).

Tetapi taun merebak melalui sumber air minuman yang tercemar dan melalui badan manusia (body contact).

2. Kajian Snow mempengaruhi polisi dan

kemajuan dalam kesihatan awam. Snow

user
Highlight
user
Highlight
Page 5: P kuliah 8

berjaya menyakinkan Board of Guardian supaya membuang pemegang pam di Broad Street bagi membuktikan teori beliau.

3. Snow mengemukakan hipotesis yang

kukuh. Beliau mencari bukti dan membuat hujahan yang mengubah pendapat saintifik kepada fakta.

4. Snow menggunakan kaedah soal selidik

dan analisis ruangan untuk menunjukkan bahawa pam air Broad Street merupakan sumber kepada wabak setempat.

Peta yang dihasilkan menunjukkan kematian berlaku disekitar titik yang telah ditetapkan. Ini juga mengesahkan teori beliau bahawa kuman taun merebak melalui sumber air minuman yang tercemar.

user
Highlight
user
Highlight