p kuliah 3

12

Click here to load reader

Upload: peningla

Post on 15-Jun-2015

87 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: P kuliah 3

Kuliah 3 Kaedah pengiraan Penduduk

3.1 Kaedah pengukuran

Cara menggambarkan maklumat mengenai

penduduk yang paling sesuai ialah dengan

menggunakan angka dan kadar.

Ahli kaji penduduk tidak boleh berpuas hati

dengan mengetahui jangka hayat penduduk

semakin meningkat.

Tetapi mereka perlu mengetahui dan

menjawab persoalan-persoalan berikut:

1. Jika jangka hayat bertambah, berapa

tahun?

2. Bila tempoh masa tambahan jangka

hayat ini berlaku?

3. Siapa yang menerima kesan

penambahan ini?

4. Berapa saiz populasi yang diwakili oleh

mereka?

Oleh kerana bidang kajian penduduk

didefinisikan sebagai bidang sains yang

mengkaji perihal penduduk, kaedah-kaedah

berikut lazimnya digunakan untuk

Page 2: P kuliah 3

menggambarkan sesebuah kumpulan

penduduk.

3.1.1 Bilangan [Count]

Jumlah sebenar populasi yang telibat di

kawasan tertentu dalam tempoh masa yang

khusus.

Contoh: 1,200,500 kelahiran hidup berlaku

di Malaysia pada tahun ****.

3.1.2 Kadar [Rate]

Kekerapan “peristiwa kependudukan”

[demographics events] dalam populasi bagi

tempoh masa tertentu [lazimnya satu

tahun] dibahagikan dengan populasi “yang

menanggung” [at risk] peristiwa itu dalam

tempoh masa tersebut.

Kadar menjelaskan berapa kerap sesuatu

peristiwa kependudukan yang dinyatakan

itu berlaku. Lazimnya kadar yang

digunakan ialah 1000.

Contoh: pada tahun **** di Malaysia

terdapat 34 kelahiran hidup bagi setiap 1000

orang penduduk.

Page 3: P kuliah 3

Kadar kasar digunakan untuk merujuk

keseluruhan populasi, manakala kadar

khusus pula merujuk kepada sub-kumpulan.

Oleh itu, pengiraan kadar boleh dibuat

kepada umur tertentu, jantina tertentu,

bangsa tertentu, pekerjaan tertentu dll.

Kadar kematian kasar = (Bilangan kematian

dalam satu tahun / Bilangan populasi

pertengahan tahun) x 1000

3.1.3 Nisbah [Ratio]

Hubungan sub-populasi kepada sub-

populasi lain atau kepada jumlah populasi.

Contoh perbandingan sub-kumpulan kepada

sub-kumpulan lain ialah nisbah jantina di

Malaysia pada tahun 2010 ialah 105 lelaki

bagi setiap 100 perempuan.

Nisbah Doktor kepada penduduk =

Bilangan doktor / jumlah penduduk

Nisbah tanggungan = (Bilangan penduduk

umur kurang dari 15 tahun + penduduk

umur lebih 65 tahun) / Bilangan penduduk

umur 15 hingga 64 tahun.

Page 4: P kuliah 3

3.1.4 Pecahan [Propotion]

Perbandingan sub-kumpulan dengan

populasi keseluruhan ialah 57% peratus

penduduk Malaysia berada di kawasan

bandar.

3.1.4 Pemalar (Konstant)

Nombor arbitrari, tidak berubah seperti

100, 1000 atau 100000 di mana nisbah,

kadar atau pecahan boleh didarabkan

dengannya untuk membolehkan gambaran

yang lebih jelas diperolehi.

Sebagai contoh, purata kelahiran hidup bagi

setiap orang di Cuba pada tahun 1996 ialah

0.0134. Darabkan angka ini dengan pemalar

1000 untuk dapatkan gambaran yang lebih

jelas.

Pemalar membantu menggambarkan

maklumat dengan lebih jelas: iaitu terdapat

13.4 kelahiran bagi 1000 orang penduduk.

3.1.5 Kohort (Cohort)

Kohort bermaksud kumpulan manusia yang

berkongsi pengalaman kependudukan yang

sama. Ia merupakan pengukuran statistik

yang diperhatikan melalui masa.

Page 5: P kuliah 3

Kohort yang lazimnya digunakan ialah

kohort kelahiran: iaitu kumpulan penduduk

yang lahir pada tahun atau tempoh yang

sama. Contoh kohort lain ialah kohort

perkahwinan dan kohort persekolahan.

3.2 Teknik mengukur perubahan

Perubahan saiz populasi merupakan kesan

daripada perubahan kumulatif bilangan

kelahiran, kematian dan migrasi.

Oleh kerana kematian dan kelahiran berlaku

secara berterusan, ditambah pula dengan

tabiat manusia yang kerap mengubah

tempat tinggal mereka, ia menjadi asas

kepada analisis kependudukan.

Bergantung kepada arah aliran dan

kekerapan, proses ini adalah penting dalam

perancangan sosial dan ekonomi, membuat

penilaian terhadap keperluan semasa dan

keperluan infrastruktur pada masa hadapan.

3.2.1 Mengukur kelahiran

Kelahiran bermaksud kemampuan

reproduktif individu, pasangan, kumpulan

atau populasi. Ia merujuk kepada keupayaan

Page 6: P kuliah 3

melahirkan anak. Selain istilah fertility ahli

kaji penduduk juga menggunakan istilah

natality.

Fertiliti menyumbang kepada pertambahan

populasi. Ia berbeza dengan fecundity

(kesuburan) yang merujuk kepada keupayaan

psikologi wanita untuk melahirkan anak.

Tempoh masa produktif bagi setiap orang

wanita adalah antara 15 hingga 49 tahun.

Formula-formula penting dalam kelahiran

(fertiliti) adalah seperti berikut:

3.2.1.1 Kadar kelahiran kasar

Kadar kelahiran kasar menunjukkan

bilangan kelahiran hidup bagi setiap 1000

orang penduduk pertengahan tahun dalam

tahun tertentu.

CBR = (Bilangan kelahiran hidup setahun /

Jumlah penduduk pertengahan tahun) x

1000.

Dalam dunia nyata CBR, berbeza daripada

sebuah populasi dengan sebuah populasi

yang lain.

Page 7: P kuliah 3

CBR adalah tinggi bagi negara sedang

membangun, rendah bagi negara maju.

Contoh perangkaan pada tahun 2003.

CBR dunia 22/1000, negara maju 11/1000,

sedang membangun 24/1000, Afrika

38/1000, Sub-saharan Afrika 40/1000.

Kelahiran secara kasar boleh dikategorikan

sebagai tinggi, sederhana dan rendah.

CBR tinggi = lebih 30/1000

CBR sederhana = 20-30/1000

CBR rendah = kurang 20/1000

3.2.1.2 Kadar kelahiran umum (GFR)

GFR merujuk kepada bilangan kelahiran

hidup bagi 1000 orang perempuan berumur

antara 15-49 tahun pada tahun tertentu.

Ukuran GFR adalah lebih anjal berbanding

dengan CBR kerana ia merujuk kepada

kumpulan umur dan jantina yang berupaya

melahirkan anak.

Page 8: P kuliah 3

Ia mengurangkan risiko kesilapan data

disebabkan oleh perbezaan jantina dan umur

yang terkandung dalam populasi tertentu.

Kelemahan GFR pula ialah belum tentu

wanita dalam kumpulan umur tersebut

mempunyai potensi untuk melahirkan anak.

GFR = (bilangan kelahiran dalam tempoh

setahun / bilangan wanita berumur antara

15 hingga 49 tahun) x 1000

Nilai GFR yang diperolehi dianggarkan

empat kali lebih besar daripada nilai CBR

3.2.1.3 Kadar kelahiran umur tertentu

ASFR merujuk kepada bilangan kelahiran

hidup per 1000 bagi wanita dalam kumpulan

umur tertentu.

Sebagai contoh, kaedah mengira ASFR

wanita berumur 20-24 tahun adalah seperti

berikut:

ASFR (20-24) = (Kelahiran hidup bagi

wanita berumur 20-24 tahun / Jumlah

wanita berumur 20-24 tahun) x 1000

Page 9: P kuliah 3

Sebagai contoh sekiranya terdapat 400 ribu

wanita dalam kumpulan umur 20-24 tahun

dan terdapat 20 ribu kelahiran bagi wanita

dalam kumpulan umur yang sama, AFSR

dikira seperti berikut:

ASFR (20-24) = (20000 / 400000) x 1000

= 50

Oleh itu, terdapat 50 kelahiran bagi setiap

1000 wanita berumur antara 20 hingga 24

tahun.

3.2.1.4 Kadar jumlah kelahiran

TFR merujuk kepada purata bilangan anak

yang dilahirkan oleh seorang wanita seumur

hidup atau dalam tempoh umur produktif

(15 -49 tahun).

TFR menggabungkan bilangan ASFR pada

tempoh masa tertentu. Jika sela umur

kumpulan umur tertentu adalah 5 tahun,

jumlah keseluruhan ASFR perlu didarabkan

dengan 5.

TFR merupakan salah satu daripada

petunjuk penting kelahiran kerana ia

Page 10: P kuliah 3

memberikan gambaran paling jelas berapa

ramai bilangan anak bagi setiap wanita pada

masa kini.

TFR = Jumlah semua ASFR darab sela

umur (lazimnya 5 tahun)

Contoh pengiraan:

Kump. umur

Bil wanita Bil. kelahiran hidup

ASFR

15-19 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 45-49 Jumlah

1,237,721 978,136 979,623 989,693 814,243 548,882 406,540 5,954,838

117,583 268,987 283,111 254,351 162,034 57,633 22,766 1,166,465

0.095 0.275 0.289 0.257 0.199 0.105 0.056 1.276

TFR = 5 x 1.276 = 6.38

3.2.1.5 Kadar reproduktif kasar

GRR ialah purata bilangan anak perempuan

yang dilahirkan oleh wanita dalam

kumpulan umur antara 15 hingga 49 tahun.

Page 11: P kuliah 3

GRR sama dengan TFR, tetapi hanya

mengambilkira anak perempuan yang

dilahirkan. Anak perempuan yang

dilahirkan akan menyambung proses

kelahiran.

Rujuk jadual 5.2 (ms108) Usman Hj Yaakob

(1989) Prinsip kajian kependudukan.

Page 12: P kuliah 3

Soalan Latihan (Pengukuhan)

1. Jumlah penduduk 2010 = 27,565,821

2. Jumlah kelahiran 2010 = 516,645

3. Jumlah kematian 2010 = 129,922

4. Formula masa berganda (doubling time):

70 / Kadar pertumbuhan semulajadi

Berdasarkan kepada maklumat yang

diberikan, kira:

a). Kira kadar kelahiran kasar, kadar kematian kasar dan kadar pertumbuhan semulajadi (Rate of Natural Increase). b). Jika kadar pertumbuhan semulajadi yang diperolehi tidak berubah, kira masa berganda bagi tahun 2010 dengan menggunakan “rule of 70”. c). Negara tersebut akan mencapai sasaran 70 juta penduduk pada tahun _____________sekiranya penduduk pada tahun 2020 berjumlah 35 juta orang.