eppa4513 - kuliah 2 - 3

52
EPPA4513 PERCUKAIAN LANJUTAN AUDIT CUKAI DAN PENYIASATAN CUKAI DR. ROSIATI RAMLI Pusat Pengajian Perakaunan UKM

Upload: shaa-didi

Post on 28-Nov-2015

127 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

abc

TRANSCRIPT

Page 1: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

EPPA4513

PERCUKAIAN LANJUTAN

AUDIT CUKAI DAN PENYIASATAN CUKAI

DR. ROSIATI RAMLIPusat Pengajian Perakaunan

UKM

Page 2: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

PENGENALAN

Pentadbiran sistem percukaian yang adil, telus dan saksama akan dapat mempertingkatkan kepercayaan orang awam terhadap sistem percukaian tersebut.

Pematuhan terhadap undang-undang percukaian hendaklah dikuatkuasakan dengan tegas dan kesalahan percukaian seperti ketidakpatuhan dan pengelakan cukai hendaklah diambil tindakan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP).

Page 3: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Sistem percukaian Malaysia telah memasuki era "Sistem Taksiran Sendiri' bagi syarikat bermula pada tahun taksiran 2001 dan individu pada 2004. Di bawah sistem ini, pembayar cukai perlulah memahami akan polisi dan peraturan yang telah ditetapkan oleh LHDN.

Pihak LHDN pula telah mewujudkan satu sistem polisi yang memantau akan perjalanan sistem tersebut.

Untuk melaksanakan sistem taksir sendiri dengan lebih berkesan, LHDN menguatkuasakan Audit Cukai (Tax Audit) dan Penyiasatan Cukai (Tax Investigation).

Page 4: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Audit Cukai

Page 5: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Pemeriksaan rekod perniagaan dan hal ehwal kewangan pembayar cukai bagi memastikan cukai yang sepatutnya dilaporkan dan dibayar adalah mengikut undang-undang dan peraturan percukaian.

DEFINISI AUDIT CUKAI

Page 6: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG ACP 1967 untuk Audit Cukai

Seksyen 78: Kuasa meminta penyata khusus dan

pengemukaan buku-buku tertentu.

Seksyen 79: Kuasa meminta penyata akaun bank dan

sebagainya.

Seksyen 80: Kuasa mengakses bangunan, dokumen dan sebagainya.

Seksyen 81: Kuasa meminta maklumat.

Seksyen 82: Kewajipan menyimpan rekod dan

mengemukakan resit.

Seksyen 99: Hak merayu.

Page 7: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Seksyen 99 : Hak merayu.

Seksyen 100: Lanjutan masa bagi rayuan.

Seksyen 101: Kajian semula oleh Ketua Pengarah.

Seksyen 102: Penyelesaian rayuan.

Seksyen 112: Kegagalan mengemukakan borang

nyata atau memberi notis pengenaan

Seksyen 113: Borang nyata yang tidak betul.

Seksyen 116: Kesalahan menghalang pegawai.

Page 8: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Seksyen 119A : Kegagalan menyimpan rekod.

Seksyen 120 : Kesalahan-kesalahan lain.

Seksyen 138 : Perkara-perkara tertentu dianggap

sebagai rahsia.

Seksyen 138A: Ketetapan umum.

Seksyen 140 : Kuasa untuk tidak mengambil kira transaksi-transaksi tertentu.

Seksyen 141 : Kuasa mengenai transaksi-transaksi

tertentu oleh bukan pemastautin.

Page 9: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Lain-lain peruntukan dalam ACP 1967.

Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.

Akta Penggalakan Pelaburan 1986.

Akta Setem 1949.

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990.

Akta-akta lain yang ditadbir oleh LHDN.

Page 10: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Jenis-jenis Audit

Audit meja

Audit luar

JENIS-JENIS AUDIT

Page 11: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

(i) Audit Meja

Audit meja dijalankan di pejabat LHDN.

Ia melibatkan isu-isu yang mudah atau pelarasan cukai yang boleh diselesaikan melalui surat menyurat.

Pembayar cukai mungkin dipanggil ke LHDN untuk ditemuduga sekiranya maklumat lanjut diperlukan.

Bagi kes-kes tertentu, kes audit meja boleh dirujuk untuk tindakan audit luar. Dalam keadaan tersebut, pembayar cukai akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan lawatan audit sebagaimana proses biasa permulaan sesuatu tindakan audit luar dijalankan.

Page 12: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

(ii) Audit Luar

Audit luar dijalankan di premis pembayar cukai.Terdiri dari:

Audit ‘general compliance’Audit ‘issue-based’ yang meliputi:

Perbelanjaan yang dituntut Elaun modal Cukai pegangan Tuntutan insentif cukai

Audit ‘special’ termasuk isu ‘transfer pricing’, ‘electronic trading’, dan ‘international client audit’.

Page 13: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Year Audited cases Completed cases

Tax and Penalty(RM 000)

19981999200020012002200320042005200620072008

1,0452,1083,8271,8261,9262,6796,4399,405NA

11,90318,452

7061,1481,3371,6041,8502,4624,6577,2046,7417,9178,505

100.4035.1041.4051.2577.03

182.60429.31635.40692.68

1,410.576,326.44

Number of audit cases, completed cases, amount of tax and penalty (1998-2008)

Source : IRBM Annual Reports- various years

Page 14: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Tax/GDP ratio di Malaysia:• 2006 – 15.5%• 2007 – 14.8%• 2008 – 14.4%• Ratio ini menunjukkan bahawa jumlah kutipan

cukai pendapatan bagi tiga tahun kebelakangan ini adalah menurun – mungkin disebabkan kurangnya pematuhan cukai atau pun penurunan kadar cukai marginal.

Tax/GDP ratio

Page 15: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

OBJEKTIF AUDIT CUKAI

Untuk galakkan pematuhan secara sukarela terhadap undang-undang percukaian dan memastikan kadar pematuhan cukai yang lebih tinggi dicapai di bawah Sistem Taksir Sendiri.

Pegawai audit perlu memastikan bahawa pendapatan yang betul dilaporkan dan cukai yang betul dibayar mengikut undang-undang dan peraturan percukaian.

Bagi capai matlamat pematuhan cukai secara sukarela, audit cukai adalah salah satu pendekatan LHDN untuk memberi pendidikan serta pendedahan kepada pembayar cukai terhadap tanggungjawab dan kewajipan mereka di bawah peruntukan ACP 1967.

Page 16: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

TEMPOH AUDIT CUKAI

Secara umumnya, audit cukai yang dijalankan meliputi tempoh 3 bulan, bergantung pada saiz perniagaan, dokumen, rekod, dan kerjasama yang diberi oleh pembayar cukai. Namun boleh lanjut 1 hingga 3 tahun taksiran bergantung kepada fokus audit yang telah ditetapkan dan isu-isu audit yang ditemui.

Page 17: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Pemilihan melalui kriteria penilaian risiko

Maklumat yang diterima daripada pihak ketiga

Pemilihan berasaskan industri-industri tertentu

Pemilihan berasaskan isu-isu khusus bagi kumpulan-kumpulan pembayar cukai tertentu

Pemilihan berasaskan lokasi

Asas Pemilihan Kes Audit Cukai:

Page 18: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Bagaimanakah Audit Luar Dilaksanakan

Tempat Audit

Permulaan Audit

Lawatan Audit

Semakan Rekod

Penyelesaian Audit dan

Rayuan

Page 19: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Tempat AuditJika audit meja, di LHDN; jika audit luar, di premis perniagaan pembayar cukai.

Permulaan AuditPembayar cukai yang dipilih untuk diaudit akan diberitahu melalui surat.Lazimnya pengesahan lawatan akan dimaklumkan melalui telefon terlebih dahulu.Selain dari tarikh lawatan, surat pemberitahu mencatatkan rekod-rekod yang perlu disediakan untuk diaudit serta nama-nama pegawai yang akan menjalankan tugas audit.

Page 20: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Lawatan Audit

Biasanya bermula dengan temuduga.

Pegawai audit bertemu dengan pembayar cukai dan

berbincang berhubung dengan audit secara umum.

Pembayar cukai akan ditanya beberapa soalan berhubung dengan aktiviti perniagaan, sistem perakaunan dan simpanan rekod.

Dalam proses audit, pegawai yang mengendalikan rekod-rekod perniagaan pembayar cukai juga akan turut ditemuduga.

Page 21: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Semakan Rekod

Aktiviti utama audit ialah menyemak rekod-rekod perniagaan pembayar cukai.

Panduan berhubung dengan simpanan rekod boleh diperolehi dari LHDN melalui: Ketetapan Umum LHDN No. 4/2000: Penyimpanan Rekod

Yang Mencukupi (Syarikat dan Koperasi) Ketetapan Umum LHDN No. 5/2000: Penyimpanan Rekod

Yang Mencukupi (Individu & Perkongsian) Ketetapan Umum LHDN No. 6/2000: Penyimpanan Rekod

Yang Mencukupi (Orang Selain Daripada Syarikat Atau Individu)

Buku Panduan Penyimpanan Rekod Bagi Perniagaan (STS-BK 4)

Page 22: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Rekod-rekod ini akan disemak di premis perniagaan dan biasanya akan mengambil masa, bergantung kepada jumlah rekod-rekod yang akan disemak.

Pegawai audit tidak dibenarkan menggeledah dan merampas rekod-rekod pembayar cukai.

Walau bagaimanapun sekiranya terdapat rekod-rekod yang perlu diambil, kebenaran akan diperolehi terlebih dahulu dan rekod-rekod yang diambil akan disenaraikan.

Page 23: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Pembayar cukai boleh menyemak rekod-rekod tersebut dan membuat salinan jika perlu.

Pegawai audit hendaklah dibenarkan melihat stok dan peralatan perniagaan secara fizikal bagi mengesahkan tuntutan yang dibuat oleh pembayar cukai.

Page 24: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Senarai rekod yang akan disemak:

Rekod Perniagaan

Penyata bank

Rekod pembelian harta

Rekod perbelanjaan peribadi

Kenyataan lain sebagaimana yang diperuntukan dalam Seksyen 79 ACP 1967.

Kegagalan untuk menyimpan rekod yang mencukupi dan lengkap adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 119A ACP 1967.

Page 25: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Jika tidak ada bantahan dalam tempoh diberi, LHDN beranggapan pembayar cukai telah bersetuju dengan pelarasan dan notis taksiran cukai dikeluarkan berserta dengan penalti di mana berkenaan.

Sebarang rayuan selepas itu hendaklah dibuat melalui Borang Q kepada Pesuruhjaya Cukai Pendapatan di dalam tempoh 30 hari.

Walaupun rayuan dibuat, cukai seperti yang ditunjukkan di dalam notis taksiran pindaan perlu dijelaskan terlebih dahulu.

Penyelesaian Audit dan Rayuan

Page 26: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Lembaga Hasil Dalam Negeri

Malaysia (LHDN)

Pembayar CukaiEjen Cukai/

Wakil Pembayar Cukai

Hak dan Tanggungjawab

Page 27: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Profesional, bersopan, bersikap amanah, jujur dan berintegritBerpengetahuan dan melaksanakan undang-undang percukaian dengan adil dan saksamaBekerjasama dan sedia memberi nasihat dan

bimbingan kepada pembayar cukaiMempastikan kelicinan pelaksanaan audit

dengan gangguan yang minimum kepadapembayar cukai

Memberi penjelasan ke atas cadanganpelarasan cukai serta memberi peluang kepadapembayar cukai memberi penjelasan danmaklumbalas ke atas isu-isu yang dipertikaikandi dalam tempoh yang munasabah

Mempastikan hak dan kepentingan pembayar cukai, ejen cukai dan dokumen-dokumen pembayar cukai terpelihara

Mempunyai kepentingan peribadi atau kewangan terhadap perniagaan pembayar cukai yang diauditMengesyorkan kepada pembayar cukai untuk

melantik ejen cukai tertentu sebagai ejen cukaibagi sesuatu kes audit

Menyalahgunakan kedudukan atau kuasa yang ada dalam menjalankan tugas, sebagaimana yang diperuntukan di bawah Seksyen 118 ACP.

Dikehendaki Dilarang

LHDN

Page 28: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Memberikan kerjasama, bersopan, berlaku adil, jujur dan berintegritiMenyediakan kemudahan dan bantuan yang munasabah bagi membolehkan pegawai audit menjalankan tugas sebagaimana yang

digariskan dalam Ketetapan Umum No. 7/2000

Memberi kerjasama untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan

Memberi sebarang bentuk hadiah kepadapegawai audit dan berurusniaga denganpegawai audit sepanjang tempoh pengauditandijalankan

Membuat sebarang bentuk bayaran kepada pegawai auditMenghalang pegawai audit daripada

menjalankan tugas. Halangan tersebut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 116 ACP.

Pembayar Cukai

Tanggungjawab Dilarang

Page 29: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Profesional, berpengetahuan tinggi terhadap undang-undang dan amalan percukaian dan berintegritiBersikap jujur, amanah, telus dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada

pembayar cukai dan LHDNMTidak menggunakan maklumat yang diperolehi atau kedudukan mereka sebagai ejen cukai bagi tujuan kepentingan peribadiSentiasa memberikan maklumbalas yang tepat berkenaan perkembangan proses pengauditan dan menasihati pembayar cukai berdasarkan kepada fakta yang tepat dan betul Memelihara kerahsiaan sesuatu maklumat dan mempastikan supaya tidak berlaku kebocoran maklumat kepada pihak lain (subseksyen 138(5)ACP).

Memberikan nasihat yang salah serta

bekerjasama dengan pembayar cukai untuk mengurangkan amaun cukai yang sepatutnya

Melengahkan proses penyelesaian audit cukai atau melepaskan tanggungjawab yang telah diamanahkan

Memberi sebarang bentuk hadiah kepada pegawai audit.

Pembayar CukaiDikehendaki Dilarang

Page 30: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Sekiranya terdapat kekurangan atau ketinggalan pendapatan berikutan daripada penemuan audit, penalti akan dikenakan di bawah subseksyen 113(2) atau 112(3) ACP 1967 yang masing-masing bersamaan dengan amaun cukai yang terkurang (100%) atau bersamaan dengan tiga kali ganda amaun cukai kena bayar (300%).

Walau bagaimanapun, KPHDN boleh menggunakan budibicara bagi mengenakan penalti pada kadar 45% atas cukai yang terkurang untuk kesalahan pertama.

Kesalahan dan Penalti

Page 31: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Kadar penalti konsesi boleh dikenakan bagi kes-kes di mana pengakuan secara sukarela dibuat oleh pembayar cukai.

Pembayar cukai adalah digalakkan membuat pengakuan secara sukarela sebelum audit dilaksanakan.

Semua pengakuan sukarela hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengarah Cawangan LHDN yang berkenaan.

Page 32: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Tempoh dari tarikhpengemukaan borang nyata

cukai pendapatan

Kadar

Pengakuan secara sukarelasebelum kes dipilih untukdiaudit

Kurang dari 1 tahun1 tahun hingga kurang dari 3 tahun

3 tahun dan ke atas

15%20%30%

Pengakuan secara sukarelaselepas pembayar cukaidimaklumkan tetapi sebelum lawatan audit dimulakan

Tidak berkaitan 35%

Jadual kadar penalti yang melibatkan kes-kes pengakuan secara sukarela:

Bagi setiap kesalahan yang berulang, kadar yang akan dikenakan adalah sebanyak 10% lebih tinggi daripada kadar penalti yang telah dikenakan atas kesalahan terdahulu, tetapi tidak melebihi 100% daripada jumlah cukai yang terkurang dikenakan.

Page 33: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

• Umumnya, sukar untuk dapatkan taksiran yang lengkap dan tepat dari pembayar cukai.

• Dari perspektif kerajaan, audit cukai memainkan peranan utama untuk pastikan kutipan cukai tidak terjejas.

• Ketidakpatuhan cukai mengurangkan hasil kerajaan dan menggambarkan sikap rakyat yang tidak bertanggungjawab.

• Mungkin perlu gunakan perkhidmatan audit cukai luaran bagi tingkatkan bilangan kes yang diaudit.

Audit Cukai Luaran (External Tax Audit)

Page 34: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Audit Cukai Luaran (External Tax Audit)

• Buat masa ini audit cukai di Malaysia hanya dilakukan oleh LHDN.

• Secara teori, audit cukai luaran melibatkan syarikat audit melakukan tugas yang sama bagi pihak LHDN.

• LHDN belum bersedia menerima khidmat audit cukai luaran ini kerana berpendapat ianya bercanggah dengan konsep sistem taksiran sendiri.

• LHDN percaya bahawa “...When we introduced self-assessment in the tax system, we trust the people. So, we cannot act otherwise, as if we don’t trust them!...”

Page 35: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Penyiasatan Cukai

Page 36: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Pemeriksaan buku, rekod dan dokumen perniagaan termasuk dokumen peribadi pembayar cukai untuk:pastikan pendapatan telah dilaporkan atau jumlah

pendapatan yang dilaporkan adalah betul,cukai telah dikira serta dibayar mengikut undang-

undang dan peraturan percukaian.Dilaksanakan ke atas kes-kes yang disyaki dan mempunyai bukti yang jelas bahawa pembayar cukai secara sengaja tidak melaporkan pendapatan mengikut undang-undang

Page 37: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Peruntukan undang-undang di bawah ACP 1967 yang digunapakai dalam penyiasatan cukai adalah:

Sek. 68 : Kuasa untuk melantik ejen.Sek. 75A: Liabiliti Pengarah.Sek. 78 : Kuasa untuk meminta penyatapenyata khas dan pengemukaan buku-buku.Sek. 79 : Kuasa untuk meminta penyata akaun bankSek. 80 : Kuasa untuk mengakses bangunan dan dokumen.Sek. 81 : Kuasa untuk meminta maklumat.Sek. 82 : Kewajipan untuk menyimpan rekod-rekod dan mengemukakan resit-resit.Sek. 90 : Taksiran-taksiran secara am.Sek. 96A: Taksiran komposit.

Page 38: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Sek. 99 : Hak untuk merayu.Sek. 100: Perlanjutan masa bagi rayuan.Sek. 101: Kajian semula oleh Ketua Pengarah.Sek. 102: Penyelesaian rayuan-rayuan. Sek. 103: Pembayaran cukai.Sek. 104: Mendapat kembali bayaran daripada orang yang meninggalkan Malaysia.Sek. 106: Mendapat kembali bayaran melalui guaman.Sek. 112: Kegagalan untuk mengemukakan penyata atau memberi notis pengenaan.Sek. 113: Penyata-penyata yang tidak betul.Sek. 114: Pengelakan sengaja.Sek. 116: Halangan pegawai.

Page 39: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Sek. 118: Kesalahan-kesalahan oleh pegawai.Sek. 120: Kesalahan-kesalahan lain.Sek. 121: Peruntukan tambahan ke atas kesalahan di bawah Seksyen 113,115, 116, 118 dan 120.Sek. 124: Kuasa mengkompaun kesalahan.Sek. 138: Perkara-perkara tertentu dianggap rahsia.Sek. 140: Kuasa untuk tidak mengambilkira transaksi tertentu.Sek. 141: Kuasa mengenai transaksi tertentu oleh bukan pemastautin.Sek. 142: Peruntukan-peruntukan keterangan.

Page 40: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Mengesan pelarian cukai dan mengutip cukai yang hilang serta pengenaan penalti.

Mengumpul bukti dan memfokus ke arah mensabitkan pelari cukai di Mahkamah mengikut peruntukan yang terdapat dalam Akta.

Aktiviti Penyiasatan Cukai

Page 41: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Objektif Penyiasatan

Cukai

Meningkatkan pematuhan secara sukarela terhadap undang-undang

cukai.

Memastikan jumlah cukai

yang betul dikutip

Mencegah pelarian cukai

Memastikan pihak yang membuat

kesalahan cukai dihadapkan ke

mahkamah

Objektif Penyiasatan Cukai

Page 42: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Pemilihan Kes

Berdasarkan peraturan dan peruntukan Akta yang berkaitan.

Antara kaedah:

Pemilihan melalui analisis risiko.

Maklumat daripada pengadu dan / atau orang awam.

Semakan borang penyata pendapatan.

Maklumat risikan.

Page 43: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Lawatan Pemeriksaan

Bagaimana Penyiasatan Cukai Dilaksanakan

Page 44: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Lawatan Pemeriksaan

Dilakukan secara mengejut oleh LHDNM ke premis perniagaan pembayar cukai, rumah kediaman, premis ejen/wakil cukai dan pihak ketiga. Dijalankan secara profesional, berhemah, adil dan beretika mengikut peraturan dan peruntukan undang-undang cukai.Semasa lawatan pemeriksaan pegawai penyiasat dikehendaki:Tunjukkan kad kuasa, nama dan gambar.Mengakses sepenuhnya dengan bebas segala tempat

dokumen, bangunan, dan tanah.

Page 45: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Memberitahu skop dan tempoh masa pemeriksaan serta dokumen dan rekod yang perlu diambil untuk siasatan.

Memberitahu hak dan tanggungjawab pembayar cukai semasa pemeriksaan dijalankan.

Membuat penggeledahan di tempat-tempat yang dilawati.

Mengakses, memuat turun dan mengambil maklumat yang berkaitan daripada sebarang peralatan media elektronik.

Menemuduga dan mengambil keterangan daripada pembayar cukai serta orang-orang yang berkenaan di premis yang dilawati.

Page 46: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Semakan Rekod

Memeriksa buku, rekod dan dokumen perniagaan dan peribadi pembayar cukai.

Meminta mana-mana orang mengemukakan maklumat, buku, dokumen dan rekod di bawah jagaan atau kawalan seseorang.

Page 47: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Penemuan dan Perundingan

Pegawai penyiasatan dikehendaki:Mengendalikan semua temuduga dan perjumpaan di pejabat LHDN kecuali semasa lawatan pemeriksaan. Perjumpaan, temuduga dan mengambil keterangan saksi boleh dilakukan di mana sahaja asalkan lokasi itu sesuai dan dihadiri sekurang-kurangnya 2 orang pegawai.Membenarkan ejen/wakil menghadiri temuduga bersama pembayar cukai dengan syarat surat perlantikan ejen/wakil dikemukakan. Pernyataan percakapan ejen/wakil cukai yang hadir semasa temuduga boleh digunakan dalam prosiding mahkamah.

Page 48: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Namun pernyataan percakapan saksi tidak boleh diserahkan kepada pembayar cukai, ejen/wakil atau saksi. Memastikan semua surat-menyurat di antara LHDN dan ejen/wakil cukai adalah berasaskan “Tanpa Prasangka”.Membenarkan pembayar cukai untuk mengambil catatan semasa temuduga atau perbincangan.Menerangkan isu penemuan dan nyatakan asas pelarasan penyiasatan secara formal.Menerangkan struktur penalti yang akan dikenakan dan skim bayaran ansuran kepada pembayar cukai.

Page 49: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Kerahsiaan Maklumat…

LHDNM akan memastikan semua maklumat yang diperoleh daripada pembayar cukai semasa lawatan pemeriksaan, temuduga, perbincangan, melalui surat- menyurat atau semakan rekod adalah rahsia dan hanya digunakan untuk tujuan cukai pendapatan sahaja.

Page 50: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Penyelesaian Penyiasatan

Perjanjian penyelesaian hendaklah ditandatangani antara KPHDN dan pembayar cukai. Maklumat berikut perlu dimasukkan:

Nama, no IC dan no pendaftaran syarikat,Tempoh penyiasatan,Jumlah cukai dikenakan dan penalti, serta bayaran permulaan dan skim bayaran ansuran.

Sekiranya tiada sebarang kesalahan cukai ditemui, LHDN akan mengeluarkan surat pengesahan. Jika ada kesalahan cukai ditemui dan pembayar cukai tidak mengaku bersalah, maka penyelesaian adalah di mahkamah dan keputusan adalah di tangan Hakim.

Page 51: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Kes siasatan dianggap selesai/ditutup selepas pengesahan KPHDN diperoleh.

Bagi kes di mahkamah, kes dianggap selesai setelah penghakiman dibuat oleh mahkamah. Taksiran cukai akan dikeluarkan setelah penghakiman diperolehi.

Penutupan Kes Penyiasatan

Page 52: EPPA4513 - Kuliah 2 - 3

Rayuan Cukai

Hanya boleh dibuat selepas taksiran baru dikeluarkan ekoran dari penyelesaian siasatan cukai. Prosedur taksiran dan rayuan mengikut beberapa seksyen dalam ACP 1967, terutamanya Sek. 90, 96A, 99, 100, 101, dan 102.