orientasi nilai belia kontemporari malaysia

7
Orientasi Nilai Belia Kontemporari Malaysia Ezhar Tamam, Jabatan Komunikasi, UPM Azimi Hamzah & Turiman Suandi, Unit Pengajian Pembangunan Belia, UPM Abstrak Kajian orientasi nilai yang melibatkan 2534 belia Melayu, Cina dan India dari bandar dan luar bandar menunjukkan mereka mempunyai sistem nilai yang positif. Mereka belum terpengaruh dengan budaya hidup materialistik dan individualistik, belum mementingkan budaya keseronokan dan budaya hidup bebas; belum terikut-ikut sangat dengan budaya asing. Mereka bersemangat kenegaraan, bersikap positif terhadap agama dan mengutamakan nilai akhlak mulia. Nilai-nilai ini lebih kuat pada belia dewasa (26-30tahun) dan muda (20-25 tahun) berbanding dengan belia remaja (15-19 tahun). Nilai-nilai ini juga lebih kuat pada belia Melayu berbanding dengan belia bukan Melayu. Namun, negara tidak boleh berpuashati dan berasa selesa dengan keadaan ini. Program pendidikan etika dan moral oleh agen-agen sosialisasi perlu diteruskan dengan lebih giat lagi agar matlamat negara mewujudkan masyarakat maju yang beretika dan bermoral menjadi kenyataan. Pengenalan Pada tahun 1995 sekitar enam juta (30 peratus) daripada penduduk negara ini terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. Adalah dianggarkan sekitar 41 peratus penduduk Malaysia dalam tahun 2000 adalah golongan yang sekarang ditakrifkan sebagai belia (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1995-2000). Belia bukan sahaja suatu golongan yang besar tetapi merupakan sumber tenaga yang penting bagi negara. Sumber tenaga ini, sebagai tunggak negara, mesti dibangunkan (dari sudut sikap, pengetahuan dan amalan) dan digembelingkan sebagai rakan pembangunan. Tidak dapat dinafikan bahawa sumber tenaga yang berkualiti adalah amat penting, walaupun liberalisasi ekonomi dan dasar pengswastaan telah dikatakan sebagai pengerak kepada pertumbuhan ekonomi yang dicapai sekarang. Sekalipun Malaysia dijangka akan mencatat pertumbuhan ekonomi pada tahap sederhana (walaupun kini menghadapi kemalut kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham) seperti yang dilaporkan didalam Berita Harian (Oktober 18, 1997), ini tidak akan bererti apa-apa jika sebahagian daripada belia negara ini, walau pun kecil, bermasalah atau tidak menyumbang kepada pembangunan negara. Pertumbuhan ekonomi sudah tentu akan terencat seandainya belia remaja dan muda tidak dapat meneruskan dan mengekalkan pembangunan yang sedang dicapai dan seterusnya mencipta kemajuan di masa akan datang. Negara tidak boleh dibuai dengan kesenangan ekonomi (atau sibuk dengan masalah ekonomi semasa) dan leka dengan agenda pembangunan belia. Proses globalisasi di zaman masyarakat maklumat telah membuka ruang luas bagi negara dan rakyatnya merebut peluang kemajuan ekonomi dan pada masa yang sama mendedahkan rakyat kepada unsur-unsur luar yang negatif (Head, 1985; Tomlinson, 1991). Globalisasi adalah proses yang hangat diperdebatkan. Ia membawa manfaat dan pada masa yang sama menimbulkan permasalahan (Robertson, 1992; Richards & French, 1996). Perkembangan dalam teknologi penyiaran dan telekomunikasi terus mendedahkan belia pada maklumat terkini, menyogokkan nilai dan gaya hidup baru, dan mengubah citarasa. Di samping itu peningkatan taraf hidup membolehkan individu dan keluarga berbelanja lebih untuk memenuhi citarasa. Namun bagitu, pembangunan ekonomi mesti diiringi dengan pembangunan sosial dan budaya. Tidak ada ertinya negara maju sekiranya ada golongan rakyatnya, khususnya golongan belia, terikuti-ikut dengan cara kehidupan barat yang tidak serasi dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Proses globalisasi di samping usaha kerajaan meliberalisasikan ekonomi memberi cabaran baru kepada belia hari ini.

Upload: fahmi2010

Post on 02-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Orientasi Nilai Belia Kontemporari Malaysia

Orientasi Nilai Belia Kontemporari Malaysia

Ezhar Tamam, Jabatan Komunikasi, UPM

Azimi Hamzah & Turiman Suandi, Unit Pengajian Pembangunan Belia, UPM

Abstrak

Kajian orientasi nilai yang melibatkan 2534 belia Melayu, Cina dan India dari bandar dan luar bandar menunjukkan mereka mempunyai sistem nilai yang positif. Mereka belum terpengaruh dengan budaya hidup materialistik dan individualistik, belum mementingkan budaya keseronokan dan budaya hidup bebas; belum terikut-ikut sangat dengan budaya asing. Mereka bersemangat kenegaraan, bersikap positif terhadap agama dan mengutamakan nilai akhlak mulia. Nilai-nilai ini lebih kuat pada belia dewasa (26-30tahun) dan muda (20-25 tahun) berbanding dengan belia remaja (15-19 tahun). Nilai-nilai ini juga lebih kuat pada belia Melayu berbanding dengan belia bukan Melayu. Namun, negara tidak boleh berpuashati dan berasa selesa dengan keadaan ini. Program pendidikan etika dan moral oleh agen-agen sosialisasi perlu diteruskan dengan lebih giat lagi agar matlamat negara mewujudkan masyarakat maju yang beretika dan bermoral menjadi kenyataan.

Pengenalan

Pada tahun 1995 sekitar enam juta (30 peratus) daripada penduduk negara ini terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. Adalah dianggarkan sekitar 41 peratus penduduk Malaysia dalam tahun 2000 adalah golongan yang sekarang ditakrifkan sebagai belia (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1995-2000). Belia bukan sahaja suatu golongan yang besar tetapi merupakan sumber tenaga yang penting bagi negara. Sumber tenaga ini, sebagai tunggak negara, mesti dibangunkan (dari sudut sikap, pengetahuan dan amalan) dan digembelingkan sebagai rakan pembangunan. Tidak dapat dinafikan bahawa sumber tenaga yang berkualiti adalah amat penting, walaupun liberalisasi ekonomi dan dasar pengswastaan telah dikatakan sebagai pengerak kepada pertumbuhan ekonomi yang dicapai sekarang. Sekalipun Malaysia dijangka akan mencatat pertumbuhan ekonomi pada tahap sederhana (walaupun kini menghadapi kemalut kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham) seperti yang dilaporkan didalam Berita Harian (Oktober 18, 1997), ini tidak akan bererti apa-apa jika sebahagian daripada belia negara ini, walau pun kecil, bermasalah atau tidak menyumbang kepada pembangunan negara. Pertumbuhan ekonomi sudah tentu akan terencat seandainya belia remaja dan muda tidak dapat meneruskan dan mengekalkan pembangunan yang sedang dicapai dan seterusnya mencipta kemajuan di masa akan datang.

Negara tidak boleh dibuai dengan kesenangan ekonomi (atau sibuk dengan masalah ekonomi semasa) dan leka dengan agenda pembangunan belia. Proses globalisasi di zaman masyarakat maklumat telah membuka ruang luas bagi negara dan rakyatnya merebut peluang kemajuan ekonomi dan pada masa yang sama mendedahkan rakyat kepada unsur-unsur luar yang negatif (Head, 1985; Tomlinson, 1991). Globalisasi adalah proses yang hangat diperdebatkan. Ia membawa manfaat dan pada masa yang sama menimbulkan permasalahan (Robertson, 1992; Richards & French, 1996). Perkembangan dalam teknologi penyiaran dan telekomunikasi terus mendedahkan belia pada maklumat terkini, menyogokkan nilai dan gaya hidup baru, dan mengubah citarasa. Di samping itu peningkatan taraf hidup membolehkan individu dan keluarga berbelanja lebih untuk memenuhi citarasa. Namun bagitu, pembangunan ekonomi mesti diiringi dengan pembangunan sosial dan budaya. Tidak ada ertinya negara maju sekiranya ada golongan rakyatnya, khususnya golongan belia, terikuti-ikut dengan cara kehidupan barat yang tidak serasi dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Proses globalisasi di samping usaha kerajaan meliberalisasikan ekonomi memberi cabaran baru kepada belia hari ini.

Perkembangan pembangunan negara membawa implikasi yang belia hari ini mesti mempunyai sifat-sifat positif yang membolehkan mereka memainkan peranan dalam pembangunan negara dan merealisasikan wawasan 2020 di samping menangani cabaran dan tuntutan era globalisasi dan liberalisasi. Belia alaf masyarakat maklumat dan masyarakat global mesti mempunyai sikap dan nilai-nilai yang positif. Sistem nilai adalah aspek utama yang perlu diberi perhatian berterusan kerana nilai mempunyai pengaruh ke atas sikap dan perlakuan.

Permasalahan Kajian

Page 2: Orientasi Nilai Belia Kontemporari Malaysia

Bagaimanakah orientasi nilai belia pada hari ini? Secara khususnya bagaimanakah pandangan hidup mereka terhadap budaya hidup materialistik dan individualistik, budaya hidup hedonisma, budaya hidup bebas, budaya asing, semangat kenegaraan, akhlak mulia, dan agama? Sehingga kini belum ada kajian yang meneliti secara empirikal tentang orientasi nilai belia. Adakah mereka masih mempunyai nilai-nilai yang positif sekalipun negara sedang melangkah ke era globalisasi dan diambang status negara maju? Sehubungan dengan persoalan orientasi nilai ini, adakah terdapat perbezaan antara belia remaja, belia muda dan belia dewasa dalam orientasi nilai? Di samping itu, adakah belia Melayu, belia Cina dan belia India berbeza dalam orientasi nilai? Lanjutan daripada persoalan yang disebutkan, maka kajian ini bertujuan untuk (1) mengenal pasti orientasi nilai belia, dan (2) mengenal pasti perbezaan dalam orientasi nilai mengikut kategori belia dan kaum.

Metodologi Kajian

Tinjauan ini adalah sebahagian daripada kajian IRPA AEmerging youth culture@ oleh Unit Pengajian Pembangunan Belia, Universiti Putra Malaysia. Data telah dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik isi sendiri yang telah diprauji terlebih dahulu. Oleh kerana kajian ini menyentuh persoalan sikap dan perlakuan, dan memerlukan bilang responden yang agak besar, maka kaedah tinjauan didapati adalah tepat. Bagi mengurangkan kos pengumpulan data, penyelidik telah memilih untuk menggunakan kaedah menemui tanya responden secara berkumpulan (purata, 30 orang dalam satu kumpulan). Setiap responden mengisikan borang soal selidik masing-masing secara sendirian. Pada sesi temu tanya tersebut, responden terlebih dahulu diterangkan cara untuk menjawab soalan-soalan. Responden telah diingatkan untuk tidak berbincang dengan responden lain dan diyakinkan tentang kerahsiaan maklumat yang mereka beri. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan. Kriteria peringkat umur belia dan lokasi diambil kira agar responden yang dilibatkan di dalam kajian ini mewakili komposisi belia negara ini- dari sekolah, institut pengajian tinggi, tempat kerja, belia dari bandar, bandar kecil dan luar bandar.

Seramai 2534 orang belia telah dilibatkan di dalam kajian ini yang mana 52% adalah belia lelaki dan 48% adalah belia perempuan. Dari segi kategori belia 823 adalah remaja (berumur antara 15-19 tahun), 1214 adalah muda (berumur 20-25 tahun) dan 497 adalah belia dewasa (berumur antara 26-30 tahun). Kajian ini melibatkan 1909 belia Melayu, 402 belia Cina dan 168 belia India. Dari segi lokasi pula 856 adalah belia dari bandar, 724 dari bandar kecil dan 589 dari luar bandar. Sample kajian ini diyakini boleh mewakili populasi belia negara ini.

Sebanyak 34 item Likert tiga-mata ( 1=tidak setuju hingga 3= setuju) telah dibentuk untuk mengukur pandangan responden terhadap beberapa aspek nilai. Item-item ini mengukur (1) nilai terhadap budaya hidup materialistik dan individualistik, (2) nilai terhadap budaya hidup hedonisma, (3) nilai terhadap budaya hidup bebas, (4) nilai terhadap budaya asing, (5) nilai terhadap semangat kenegaraan, (6) nilai terhadap akhlak mulia, dan (8) nilai terhadap agama. Tiada skil atau indeks dibentuk. Sebaliknya item dianalisa dengan menggunakan purata skor setiap item. Untuk menentukan sama ada perbezaan dalam purata skor pada setiap item mengikut kategori belai dan kaum itu signifikan atau tidak ujian non-paramatrik Kruskal-Wallis digunakan.

Hasil Kajian

Jadual 1 memaparkan kecenderungan belia terhadap lapan aspek nilai yang dikaji mengikut kategori belia. Secara amnya, data menunjukkan terdapat variasi pada keseluruhan item dan secara keseluruhannya responden mempunyai nilai-nilai positif. Dalam hal nilai terhadap budaya hidup materialistik dan individualistik, responden didapati tidak bersetuju dengan kesemua lima-lima kenyataan yang dikemukakan. Purata skor item adalah antara 1.27 hingga 1.63. Ini membayangkan bahawa responden belum lagi bersifat materialistik dan individualistik sekalipun negara sedang mengalami pembangunan yang pesat. Sungguhpun responden didapati tidak bersetuju dengan kenyataan ABudaya hidup individualistik perlu diamalkan@ intensiti ketidak setujuan adalah lebih bagi belia dewasa (purata= 1.38) dan muda (purata= 1.38) berbanding dengan belia remaja (purata= 1.61). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara belia remaja, muda dan dewasa bagi empat item yang lain dalam kategori nilai ini.

Page 3: Orientasi Nilai Belia Kontemporari Malaysia

Responden juga didapati belum lagi terpengaruh dengan budaya hidup hedonisma. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 responden rata-rata tidak bersetuju dengan keempat-empat item nilai terhadap budaya hidup hedonisma (purata antara 1.32 hingga 1.68). Satu dari item tersebut mempunyai perbezaan yang signifikan. Purata skor item AKalau saya tidak berseronok-seronok, hidup saya tidak bermakna@ bagi responden dewasa (1.59) dan muda (1.64) didapati rendah berbanding dengan purata skor item bagi responden remaja (1.79).

Data juga menunjukkan bahawa responden belum terikut-ikut dengan budaya hidup bebas. Responden remaja, muda dan dewasa didapati tidak bersetuju dengan empat dari lima kenyataan yang dikemukakan kecuali item ASaya perlukan kebebasan sepenuhnya untuk melakukan sesuatu yang disukai.@ Responden tidak menganggap mereka dilahirkan untuk kebebebasan dan tidak percaya yang budaya hidup bebas menjamin kejayaan. Satu daripada item nilai terhadap budaya hidup bebas ini (item: saya kurang senang pada mereka yang mengingatkan saya tentang mati dan akhirat) mempunyai berbezaan yang signifikan. Responden remaja (purata= 1.50) didapati kurang mengutamakan agama berbanding dengan muda (1.38) dan dewasa (1.38).

Responden juga masih belum terpengaruh dengan budaya asing. Data menunjukkan bahawa responden tidak bersetuju dengan item-item nilai terhadap budaya asing. Analisis mengikut kategori belia menunjukkan bahawa responden muda dan dewasa lebih kuat tidak bersetuju dengan item negara barat dan timor adalah ikutan yang sebaik-baiknya untuk maju, budaya belia barat adalah model yang terbaik, dan budaya kuning tidak bolej menjejaskan pencapaian wawasan 2020 berbanding dengan responden remaja. Ini membayangkan responden remaja lebih terbuka dan bias terhadap budaya asing berbanding dengan responden muda dan dewasa.

Data dalam Jadual 1 juga menunjukkan bahawa responden mempunyai sikap kenegaraan yang boleh dibanggakan. Responden tidak besetuju dengan kenyataan yang mereka pentingkan kehidupan sendiri dan tidak kesah tentang wawasan negara, dan kenyataan yang mereka tidak ambil tahu tentang politik negara. Responden menyatakan setuju bagi kenyataan mereka sanggup memberikan sumbangan kepada masyarakat, penting bersemangat patriotik dan melibatkan diri dalam kerja sukarela. Sementara itu tahap ketidaksetujuan responden remaja (1.61) bagi kenyataan Asaya tidak ambil tahu tentang politik@ adalah lebih kuat berbanding dengan muda (1.49) dan dewasa (1.43).

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa responden berpandangan positif tentang nilai terhadap akhlak mulia. Responden rata-rata mengutamakan nilai jujur, ikhlas, menabung dan berjimat cermat, dan menghormati ibu bapa dan orang tua. Responden juga didapati mempunyai sikap yang positif terhadap agama. Mereka tidak melihat agama sebagai penghalang kepada pencapaian wawasan 2020. Agama dianggap penting oleh mereka dalam membuat keputusan, mereka rasa tenteram bila dapat mengaitkan diri dengan agama, dan percaya agama tidak boleh diamalkan mengikut keselesaan sesuai dengan keadaan. Responden remaja didapati lebih cenderung (purata= 2.31) mengutamakan fikiran rational berbanding responden muda (2.01) dan dewasa (1.98) yang berpendapat manusia perlukan ilmu agama untuk berfungsi dengan baik.

Jadual 2 pula memaparkan data mengenai orientasi nilai belia mengikut kaum. Wujud perbezaan dalam orientasi nilai antara responden Melayu dan bukan Melayu. Ini terbukti dengan perbezaan signifikan dalam purata kebanyakan item. Penemuan ini dijangka kerana Melayu, Cina dan India masing-masing memang mempunyai pandangan hidup yang berbeza terutamanya dari segi agama. Responden Melayu lebih kuat ketidaksetujuannya tentang item-item nilai terhadap budaya hidup materialistik dan individualistik, kecuali item AManusia boleh buat apa saja terhadap sumber alam asalkan dapat meningkatkan ekonomi negara.@ Cina dan India pula didapati hampir sama intensiti ketidaksetujuannya pada semua item nilai terhadap budaya materialistik dan individualistik.

Pola yang sama juga didapati bagi nilai terhadap budaya hidup hedonisma dan budaya hidup bebas. Responden Melayu didapati lebih kuat menolak nilai terhadap budaya hidup hedonisma berbanding dengan responden Cina dan India. Responden Melayu juga lebih kuat tidak bersetuju dengan item-item nilai budaya hidup bebas terutamanya pada item AKita dilahirkan untuk kebebasan,@ yang mana purata bagi Melayu ialah 1.27, manakala Cina 2.08 dan India 1.90. Responden Melayu juga lebih tidak bersetuju dengan item ABudaya hidup bebas menjamin kejayaan,@ (purata= 1.24) berbanding dengan Cina (1.89)

Page 4: Orientasi Nilai Belia Kontemporari Malaysia

dan India (1.72). Cina dan India tidak banyak perbezaan dari sudut pandangan terhadap budaya hidup hedonisma dan budaya hidup bebas.

Responden kajian didapati tidak memandang tinggi terhadap budaya asing. Responden Melayu tidak bersetuju dengan kenyataan yang negara barat dan timor adalah ikutan yang baik-baiknya untuk maju (purata= 1.71), manakala responden Cina dan India pula agak longgar sikap mereka terhadap kenyataan ini (purata bagi Cina=2.05 dan India=2.26). Namun demikian, responden Cina (purata=1.53) dan India (1.63), seperti responden Melayu (1.20), tidak bersetuju dengan kenyataan yang budaya belia barat adalah model terbaik untuk membawa perubahan kepada belia Malaysia dalam wawasan 2020 dengan responden Melayu lebih kuat ketidaksetujuannya. Mereka juga tidak menganggap budaya acuan Malaysia adalah angan-angan kosong dan tidak berpandangan negatif terhadap budaya traditional.

Jadual 2 juga menunjukkan terdapat sedikit perbezaan antara responden Melayu, Cina dan India dalam nilai terhadap semangat kenegaraan, walaupun keseluruhannya mereka boleh dikata bersemangat kenegaraan. Responden Melayu lebih bersetuju dengan kenyataan APenting bagi saya mempunyai semangat patriotik yang tinggi (purata=2.74) berbanding dengan responden Cina (2.62) dan India (2.56). Responden Melayu (2.71) dan India (2.70) lebih bersetuju dengan kenyataan ASaya rasa penting untuk melibatkan diri dalam kerja sukarela,@ berbanding dengan responden Cina (2.56).

Data juga menunjukkan ketiga-tiga kaum mempunyai nilai yang positif terhadap akhlak mulia dan terhadap agama. Namun responden Melayu lebih mengutamakan nilai kejujuran, dan keikhlasan berbanding dengan responden bukan Melayu. Responden Melayu juga lebih mementingkan agama berbanding dengan responden bukan Melayu. Mereka melihat agama bukannya penghalang kepada pencapaian wawasan 2020 (Melayu 1.14, India 1.31 dan Cina 1.48). Agama juga lebih ditekan dalam pembuatan keputusan di kalangan responden Melayu (2.80) berbanding dengan India dan Cina (2.27). Melayu juga lebih suka mengaitkan diri dengan agama (purata 2.81) berbanding dengan India (2.54) dan Cina (2.35). Responden Cina lebih bersikap fleksible dalam hal agama. Cina bersetuju dengan kenyataan agama hendaklah diamalkan mengikut keselesaan (2.22); ini dikuti dengan responden India (1.86). Sebaliknya responden Melayu tidak bersetuju dengan kenyataan ini (1.47).

 

Perbincangan dan Implikasi

Kajian ini telah memberikan sebahagian gambaran tentang sistem nilai belia kontemporari Malaysia. Sungguhpun negara sedang menempuh arus globalisasi yang mana masyarakatnya semakin terdedah dengan nilai-nilai negara asing, khususnya barat, belia negara ini didapati masih mempunyai nilai-nilai yang baik, yang serasi dengan agenda pembangunan negara. Dengan tidak menafikan adanya tanda-tanda kemerosotan nilai dan adanya golongan belia yang mengalami masalah keruntuhan sistem nilai seperti yang dilaporkan oleh media massa, kumpulan-kumpulan sosial mahupun orang perseorangan, namun kajian ini memberi gambaran yang lebih positif dan memberangsangkan. Masyarakat belia tidak terpengaruh (mungkin belum) dengan budaya hidup materialistik dan individualistik, tidak menjadikan keseronokan dan kebebasan sebagai agenda utama dalam hidup mereka, dan belum terikut-ikut sangat dengan budaya asing. Sikap mereka terhadap agama masih positif. Penemuan ini memperteguhkan pandangan yang belia negara ini mempunyai potensi untuk menangani cabaran-cabaran pembangunan dan permodenan serta berpotensi untuk memenuhi tuntutan-tuntutan masyarakat maju pada tahun 2020. Penemuan ini juga selari dengan penemuan tinjauan Sakdan, Mustafa dan Ahmad marzuki (1995) yang mendapati majoriti responden kajian mereka mempunyai persepsi dan sikap yang positif terhadap wawasan 2020. Jika nilai-nilai positif yang disebutkan tadi dapat dikekalkan, mereka dengan bimbingan yang sempurna tentu dapat dan mampu memainkan peranan dalam pembangunan negara dan merealisasikan wawasan 2020.

Walaupun secara amnya belia negara ini mempunyai nilai-nilai positif, ini tidak bermakna negara tidak perlu bimbang kerana mungkin kesan negatif globalisasi dan permodernan dalam dunia tanpa sempadan belum lagi kelihatan seperti yang dijangkakan. Usaha untuk memantapkan sitem nilai masyarakat belia menerusi program pendidikan etika dan moral perlu diteruskan dengan lebih giat lagi. Pertubuhan belia, sekolah, institut pengajian

Page 5: Orientasi Nilai Belia Kontemporari Malaysia

tinggi, agensi penbangunan dan pertubuhan bukan kerajaan mempunyai tanggungjawab dan hak dalam hal ini. Sementara itu, variasi dalam respons bernakna ada golongan belia yang mempunyai nilai-nilai negatif. Analisis seterusnya boleh dijalankan bagi mengenal pasti identiti mereka ini. Usaha pendidikan etika dan moral perlu mengutamakan mereka ini.

Disebalik gambaran keseluruhan yang baik, ada pola yang membimbingkan. Analisis mengikut kategori belia menunjukkan ada perbezaan antara golongan remaja dengan golongan muda dan dewasa dalam orientai nilai mereka. Ada bibit-bibit kecenderungan pada budaya hidup individualistik, budaya hidup untuk keseronokan, pandangan yang budaya hidup bebas menjamin kejayaan, keterbukaan kepada pendapat yang negara-negara barat dan timor adalah ikutan yang sebaik-baiknya untuk maju, keterbukaan pada pendapat yang budaya belia barat adalah model terbaik untuk membawa perubahan kepada belia Malaysia dalam wawasan 2020, dan tidak melihat yang budaya kuning boleh menjejaskan negara bagi golongan remaja berbanding dengan muda dan dewasa. Bibit-bibit ini boleh berkembangan. Jika ini berlaku implikasinya ialah wawasan 2020 mungkin tidak dapat diterjemahkan secara berkesan dan sepenuhnya. Penemuan tentang potensi belia remaja untuk mengalami kemerosotan sistem nilai dimasa akan datang bermakna golongan remaja perlu diberikan perhatian yang lebih kerana diperingkat inilah mereka sedang mencari dan membentuk identiti. Identiti yang dibentuk sudah tentu yang selari dengan nilai-nilai yang mereka utamakan. Pendidikan etika dan moral yang sistematik dan bersepadu perlu difokuskan pada golongan belia remaja.

Di samping itu, penemuan kajian telah menunjukkan bahawa belia Melayu, Cina dan India berbeza sedikit dalam sistem nilai mereka, sungguhpun kesemua mereka boleh dikatakan mempunyai sistem nilai yang positif. Perbezaan ini boleh dikaitkan dengan perbezaan budaya dan agama. Intensiti ketidaksetujuan terhadap nilai budaya hidup materialistik dan individualistik, budaya hidup hedonisme, budaya hidup bebas dan pandangan terhadap budaya asing adalah lebih kuat bagi belia Melayu berbanding belia bukan Melayu. Ini bermakna belia bukan Melayu lebih terdedah pada pengaruh-pengaruh negatif dan nilai-nilai asing. Dalam aspek semangat kenegaraan tren yang sama juga diperhatikan. Namun demikian, diperhatikan minat terhadap kerja sukarela bagi belia Cina adalah kurang jika dibandingkan dengan belia India walaupun semangat belia Cina didapati lebih daripada belia India. Ini harus diberikan perhatian oleh pertubuhan-pertubuhan belia Cina dan India. Program-program yang dijalan harus dapat meningkatkan kecenderungan terhadap kerja sukarela dan semangat patriotism.

Kesimpulan

Kajian ini mencakupi hanya sebahagian sistem nilai belia. Hasil kajian ini boleh dijadikan pangkalan data awal tentang orientasi nilai belia negara. Kajian seumpama ini perlu diulangi setiap lima tahun bagi mengenal pasti tren orientasi nilai belia agar langkah-langkah yang sewajarnya berhubung dengan program pembangunan belia dan program pendidikan etika dan moral boleh dijalankan. Di samping itu aspek sistem nilai yang dikaji perlu diperluaskan. Sungguhpun kajian ini memberikan gambaran yang selesa, ini tidak bermakna negara tidak perlu bimbing kerana keadaan ini boleh berubah. Tanpa rasa berpuashati, usaha yang berterusan mesti dijalankan bagi memastikan yang belia Melayu, Cina dan India tetap mempunyai nilai-nilai yang positif agar visi mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju, beretika, dan bermoral menjadi kenyataan. Dalam hal ini golongan remaja perlu diberi perhatian yang lebih tanpa melupakan golongan muda dan dewasa.

Rujukan

Head, S. W. (1985). World broadcasting systems: A comparative analysis. Belmont, CA.: Wadsworth Publishing.

Keluaran Khas Berita Harian. (1997, Oktober 18). Laporan ekonomi 1997/98. Berita Harian, ms. 2.

Kerajaan Malaysia (1991). Rancangan Malaysia Ketujuh: 1995-2000. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri

Richards, M. & French, D. (1996). From global development to global culture. In

Page 6: Orientasi Nilai Belia Kontemporari Malaysia

M. Richards, & D. French (Eds.), Contemporary television: Eastern perspective (pp. 23-58). New Delhi, India: Sage.

Robertson, R. (1992). Globalization: Social theory and global culture. London: Sage.

Sakdan, M. F., Mustafa, C. S., & Marzuki, N. A. (1995). Sikap dan jangkaan remaja terhadap wawasan 2020. Kertas kerja yang dibentangkan di Simposium Penyelidikan Komunikasi anjuran Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Tomlinson, J. (1991). Cultural imperialism: A critical introduction. Baltiomre: Tje John Hopkins University Press.