isu-isu kontemporari - globalisasi dan hegemoni barat

43
1.0 Globalisasi 1.1 Definisi Globalisasi Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai-bagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud "fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan 1

Upload: ong-woan-min

Post on 03-Jul-2015

4.376 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

1.0 Globalisasi

1.1 Definisi Globalisasi

Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada

pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai-bagai sudut pandangan. Definisi

umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai

proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang

kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha menyatukan

masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya.

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu

unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi

sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai

sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas

untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai

perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi

siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah

negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat

dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud "fenomena yang

menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia

disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat." Manakala

cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang

serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial,

dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini

bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa

sempadan.

Globalisasi dalam erti literal adalah sebuah perubahan sosial, berupa

bertambahnya keterkaitan di antara masyarakat dan elemen-elemennya yang

1

Page 2: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

terjadi akibat transkulturasi dan perkembangan teknologi dalam bidang

transportasi dan komunikasi yang memfasilitasi pertukaran budaya dan ekonomi

internasional. Istilah globalisasi dapat diterapkan dalam pelbagai konteks sosial,

budaya, ekonomi dan sebagainya.

Misalnya, globalisasi dapat diertikan sebagai:

i) Pembentukan desa global (global village)

- yang bererti konteks yang lebih erat antara pelbagai pelosok dunia,

meningkatnya interaksi personal, saling kerja sama dan persahabatan antara

penduduk dunia.

ii) Globalisasi ekonomi

- meningkatnya perdagangan bebas dan meningkatnya hubungan antara

pelaku ekonomi di pelbagai negara.

Dalam banyak hal, globalisasi mempunyai banyak karakteristik yang sama

dengan internasionalisasi, dan istilah ini sering dipertukarkan. Sebahagian pihak

sering menggunakan istilah globalisasi yang dikaitkan dengan berkurangnya

peranan negara atau batas-batas negara.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada

yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari

dengan sempadan-sempadan nanum kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari

ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi

maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi

menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya,ideology, politik dan

dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.

Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Di

samping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat, ilmu dan

globalisasi saintifik serta teknologi. Sesungguhnya kerajaan dalam menangani

2

Page 3: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada pelbagai bentuk wacana di peringkat

nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan

forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek.

Koridor Raya Multimedia ( MSC ) adalah symbol harapan serta kemegahan

Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara

berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang

lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat

dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi

diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang

yang melanda dunia.

3

Page 4: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

1.2 Sejarah Globalisasi

Banyak sejarawan yang menyebut globalisasi sebagai fenomena di abad

ke-20 yang dihubungkan dengan bangkitnya ekonomi internasional. Namun

sebenarnya globalisasi sudah mulai muncul sejak berabad-abad yang lalu, bila

ditelusuri. Nanum, padahal interaksi dan globalisasi dalam hubungan

antarabangsa di dunia telah ada sejak berabad-abad yang lalu. Fasa pertama

menunjukkan benih-benih globalisasi telah tumbuh ketika manusia mulai

mengenal perdagangan antara negeri sekitar tahun pada 1000 dan 1500 M. Para

pedagang Cina dan India mulai menelusuri negeri lain baik melalui jalan darat

( jalur sutera ) maupun jalan laut untuk berdagang.

Fasa selanjutnya ditandai dengan dominasi perdagangan kaum muslim di

Asia dan Afrika. Dalam hal ini, kaum muslim membentuk jaringan perdagangan

yang meliputi Jepang, Cina, Vietnam, Indonesia, Malaka, India, Persia, Pantai

Afrika Timur, Laut Tengah, Venesia dan Genoa. Kaum pedagang Muslim juga

menyebarkan nilai-nilai agamanya, nama-nama, abjad, arsitek, nilai sosial dan

budaya Arab ke warga dunia.

Fasa selanjutnya ditandai kebutuhan akan bahan baku industri, yang

mendorong eksplorasi besar-besaran oleh bangsa Eropah, Sepanyol, Portugis,

Inggeris dan Belanda. Hal ini didukung pula dengan terjadinya revolusi industri

yang meningkatkan keterkaitan antarabangsa dunia. Pelbagai teknologi mulai

ditemukan dan menjadi dasar perkembangan teknologi saat ini, seperti computer

dan internet. Pada saat itu, berkembang pula kolonialisasi di dunia yang

membawa pengaruh besar terhadap kebudayaan di dunia.

Semakin berkembangnya industri dan kebutuhan bahan baku serta pasar

yang kemudian mendorong pelbagai perusahaan multinasional di dunia. Di

Indonesia contohnya sejak politik pintu terbuka, perusahaan-perusahaan Eropah

membuka berbagai-bagai cabangnya di Indonesia seperti Freeport dan Exxon

4

Page 5: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

dari AS, Unilever dari Belanda, British Petroleum dari Inggeris. Perusahaan

multinasional seperti ini tetap menjadi ikon globalisasi hingga saat ini.

Fasa selanjutnya terus berjalan dan mendapat momentumnya ketika

perang dingin berakhir dan komunisme di dunia runtuh. Runtuhnya komunisme

seakan memberi pembenaran bahawa kapitalisme adalah jalan terbaik dalam

mewujudkan kesejahteraan dunia. Implikasinya, negara-negara di dunia mulai

menyediakan diri sebagai pasar yang bebas. Hal ini didukung pula dengan

perkembangan teknologi komunikasi dan transpotasi. Hasilnya, sekatan-sekatan

antara negara pun mulai kabur.

5

Page 6: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

2.0 Hegemoni Barat

2.1 Pengenalan Hegemoni Barat

Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains

dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan

canggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai

kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus

kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan

kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala kecanggihan ini. Namun,

dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini,

penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bencana dan kemelut

yang meresallkan hampir semua bidang kehidupan sosial, politik, ekonomi dan

sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunea dari kecanggihan teknologi

maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia.

Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses

globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang

menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di

sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini, kita menyaksikan

kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang

menular, terrorisrne global, perang saudara yang'berterusan dan pelanggaran

hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media eetak dan elektronik

kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan

dunia.

Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia

semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan

Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana

tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun

Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol

sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap

6

Page 7: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang

diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya

dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.

Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat

menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik,

ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat

apabila' Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang

tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam

seeara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan

dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam

Kemunculan Tamadun Barat

Munculnya tamadun Barat ini adalah rentetan daripada dua tamadun awal

utama iaitu tamadun Yunani atau Greek (muncul 200 sebelum Masihi) dan

tamadun Rom (sekitar 753 sebelum Masihi). Oleh itu, tamadun Barat merupakan

tamadun yang berteraskan kepada pemikiran dan falsafah tamadun Yunani dan

Rom (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 95).

Tamadun Yunani adalah tamadun yang berasal dari tamadun terawal Barat

iaitu tamadun Aegean dan tamadun Yunani ini muncul selepas kemunculan

tamaduntamadun yang lebih awal seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir.

Masyarakat dalam tamadun Yunani mempunyai pencapaian yang hebat dari

sudut politik, so sial dan ekonomi. Tamadun Yunani telah dapat mencipta banyak

ilmu falsafah yang menjadi asas kepada falsafah Eropah atau falsafah Barat itu

sendiri.

Politik Yunani adalah berdasarkan suasana politik yang demokrasi. Sesuai

dengan suasana politiknya yang bersikap terbuka dan demokrasi, tamadun ini

telah menghasilkan ramai ahli falsafah yang terkemuka dan dikenali sehingga ke

hari ini. Antara mereka yang terkenal ialah Socrates, Plato dan Aristotle.

7

Page 8: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

Socrates mempunyai ajaran falsafah yang tidak pernah ditulis sebaliknya

diaksikan dalam perbuatan. Ajaran falsafah Socrates berpegang kepada "soal

jawab adalah jalan untuk memperoleh pengetahuan". Plato yang banyak belajar

dari Socrates telah banyak menghasilkan karya dan buku. Bukunya yang

bertajuk Republic merupakan buku panduan akhlak yang memandang ahli-ahli

falsafah sebagai pemimpin yang terbaik kerana berpegang kepada etika.

Aristotle yang banyak menimba ilmu daripada Plato dan juga guru kepada

Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) merupakan orang yang pertama

memperkenalkan cara berfikir yang teratur dan kaedah saintifik dalam mencari

kebenaran (Muhammad Kamlin, 1986: 38).

Zaman penguasaan negara kota Yunani oleh Iskandar Zulkarnain dari

Makedonia menandakan bermulanya Zaman Graeco-RomjHelenistik (323-146

S.M.). Zaman Helenistik ini adalah merujuk kepada perluasan dan penyebaran

pelbagai pencapaian tamadun Yunani seperti idea, falsafah, teori politik, budaya

dan bahasa ke dunia luar iaitu selepas kematian Iskandar Zulkarnain. Kemudian,

pemerintahan kerajaaD Yunani diambil alih oleh tiga orang jeneral di tiga buah

kerajaan yang berlainan iaitu kerajaan Ptolemaic di bawah Ptolemy I, kerajaan

Antigonid di bawah pimpinan Antigomus Gonates dan kerajaan Selecuid di

bawah pimpinan jeneral Seleucus. Kerajaan inilah yang membantu

memperkembangkan lagi kebudayaan Yunani ke luar dari kawasan asalnya

(Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, 2001 : 160).

Empayar Rom dimulai oleh Augustus yang menguasai dunia Rom dari

tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M. Ketika ini empayar Rom telah melangkah ke

zaman kegemilangan dan digelar sebagai Pax Romana yang bermaksud

Keamanan Rom kerana selama 200 tahun keamanan wujud di Rom. Kerajaan

Rom mampu berkembang sebagai sebuah empayar meliputi. tiga buah benua

Asia, Utara Afrika dan Eropah. Keseluruhan Eropah disatukan di bawah satu

tampuk pemerintahan walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai suku

bangsa yang membawa kepada permulaan negara dunia (Sivachandralingam

8

Page 9: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : 164-165).

Kejatuhan empayar Rom pada tahun 476 M menyaksikan kemunculan

kerajaankerajaan orang gasar dalam batasan empayar Rom. Di Barat pada

tahun 800 M muncul empayar Rom Sud yang diasaskan oleh seorang pemimpin

gasar berketurunan Frank, Charlemagne. Empayar ini merupakan satu usaha

untuk mengembalikan kegemilangan empayar Rom (Sivachandralingam

Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Dengan tercetusnya Perang

Salib (1096-1291 M) antara orang Islam dan Kristian untuk merebut Tanah Sud

Jerusalem telah membuka peluang kepada penduduk Barat dan Eropah melihat

kemajuan orang Islam.

Sebagai kesan daripada Perang Salib membawa kepada munculnya

zaman Renaisans pada abad ke-14 dan 15 M. Renaisans telah melahirkan nilai-

nilai humanisme, individualisme, sekularisme yang merangsangkan Eropah

kepada kemajuan-kemajuan yang lebih pesat. Ia juga membawa kepada

perkembangan semangat nasionalisme dan pembentukan negara bangsa seperti

England, Sepanyol dan Portugal (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai

Letchumanan, 2001 : xxi). Kemunculan negara bangsa ini membawa kepada

perkembangan ekonomi kebangsaan yang disebut merkantilisme yang

menyebabkan persaingan dalam perdagangan, galakan kepada dptaan dan teori

baru yang akhirnya membawa kepada Revolusi Sains.

Kesan langsung Revolusi Sains ialah Revolusi Intelektual di mana

masyarakatnya lahir dengan idea-idea yang terbuka dan berdasarkan

perlembagaan. Kesannya muncul negara berperlembagaan di England.

Perubahan-perubahan politik ini menyediakan suasana yang baik bagi

perkembangan ekonomi dan sosial di Eropah pada abad-abad berikutnya.

9

Page 10: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun Barat adalah melalui

beberapa saluran seperti perniagaan, peperangan, diplomatik, kebudayaan dan

pusat pengajian. Orang Arab memang terkenal dalam bidang perniagaan

sebagaimana Nabi Muhammad SAW sendiri adalah contoh utama dalam bidang

perniagaan. Baginda pemah berniaga hingga ke negeri Syam (Syria). Sewaktu di

Syam, baginda sempat melihat tamadun orang Kristian di sana.

Hubungan Tamadun Islam dengan tamadun Barat dan Eropah menjadi

semakin dekat apabila munculnya pemerintahan Islam di kawasan Afrika Utara.

Sempadan antara Afrika Utara dengan Eropah hanyalah Laut Mediterranean di

mana melaluinya orang Islam merentas ke Sepanyol dan Sicily seterusnya ke

Portugal serta selatan Perancis. Malah Sepanyol dan Sicily dikatakan menjadi

pintu masuk kepada elemen-elemen daripada tamadun Islam dan Eropah kerana

di situlah berlakunya pertembungan kebudayaan dan intelektual (Azhar

Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 98). Kaum pedagang, para

intelek dan tokoh-tokoh agama daripada kedua-dua pihak sering berulang-alik

antara negeri-negeri tersebut. Di situ terdirinya institusi pendidikan dan

perpustakaan yang dilengkapi buku ilmiah hasil karangan tokoh-tokoh Islam.

Banyak pelajar dari Eropah dan Barat yang mengikuti pengajian dan

pendidikan di institusi pendidikan Islam ini antaranya di Andalusia dan Toledo.

Selain usaha pelajar, penduduk tempatan yang beragama Islam yang dinamakan

Mudejars yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Kristian di Eropah turut

memindahkan ilmu pengetahuan Islam pada masyarakat Barat.

Perkembangan Tamadun Islam di bahagian Barat sejajar dengan

perkembangan Tamadun Islam di sebelah timur yang yang berpusat di Baghdad

kerana tokoh-tokoh Islam di kedua-dua pihak sering berulang-alik. Di Baghdad

10

Page 11: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

telah didirikan Bait al-Hikmah iaitu institusi yang menterjemah karya ilmiah

daripada bahasa Yunani seterusnya diperkembangkan oleh orang Islam dan

dipindahkan ke Barat (Mahayudin Haji Yahaya, 2001 : 378). Era kecemerlangan

Tamadun Islam berlangsung seiring dengan Zaman Kegelapan (Dark Age) di

Eropah. Semasa Tamadun Islam berada dalarn kegemilangan, tamadun Barat

masih dalam keadaan yang mundur. Tetapi proses penghijrahan dan

perpindahan ilmu Islam ke Barat telah merubah segalanya. Proses perpindahan

ilmu secara aman menerusi penubuhan banyak institusi pendidikan Islam di

Barat akhirnya telah berubah secara perang dengan berlangsungnya Perang

Salib.

Perang Salib yang berlaku antara orang Kristian Eropah dengan orang

Islam selama 200 tahun lamanya antara tahun 1097 hingga 1270 Masihi telah

meninggalkan kesan yang begitu mendalam. Perang yang berlaku di Palestine,

Sepanyol dan Sicily telah berjaya memindahkan khazanah ilmu ke Eropah yang

menjadi faktor kepada era kebangkitan di sana (Renaissance). Peperangan ini

telah mematangkan pemikiran orangorang Barat yang ketika itu masih dalam

kemunduran (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong,2005 : 98).

Perkembangan ilmu Islam dan sikap keterbukaan Tamadun Islam telah

berjaya memperkenalkan Islam di mata dunia dan menjadi penyebab kepada era

kebangkitan (Renaissance) di Barat. Keterbukaan ilmu Islam telah menjadi

pemangkin kepada lahirnya kesedaran ilmu di Barat yang pada ketika itu dalam

kegelapan dan kemunduran. Justeru, tamadun Barat sebenarnya adalah

tamadun baru yang lahir selepas daripada tamadun Islam kesan pertembungan

Tamadun Islam di Barat sama ada secara aman ataupun secara perang.

11

Page 12: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

2.2 Definisi Hegemoni

Istilah hegemoni berasal daripada istilah Yunani, hegeisthai (to lead).

Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan

fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak

penguasa.Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa

makna pengaruh atau penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus

bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain.

Pengaruh dan dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi,

sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya (Azhar

Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99).

Hegemoni boleh didefinisikan sebagai "hegemony is the dominance of one

group over other groups, with or without the threat of force, to the extent that, for

instance, the dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more

broadly, cultural perspectives become skewed to favor the dominant group.

Hegemony controls the ways that ideas become 'naturalized' in a process that

informs notions of common sense."

Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu

kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan,

sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap

kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common

sense). Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi

kelompok yang didominasi untuk menerima nilainilai moral, politik dan budaya

dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh

diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat

disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan

dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat

terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Simon (1982) memberikan pengertian

hegemoni dengan melihatnya sebagai strategi mempertahankan kekuasaan "...

the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and

maintain it later. "

12

Page 13: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

3.0 Realiti Pengekalan Hegemoni Barat dan Globalisasi

Apabila kita terpaksa mengikut system-sistem yang dibentuk oleh

masyarakat Barat, secara langsung kita dipengaruhi oleh hegemoni Barat.

Perkara ini kian menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita pada hari ini,

terutamanya apabila kita berinteraksi dalam dunia global. Penguasaan

masyarakat Barat terhadap masyarakat dunia secara umumnya dan masyarakat

Malaysia secara khususnya akan dilihat melalui penguasaan mereka terhadap

media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi manusia.

3.1 Media

Penguasaan media merupakan satu perkara yang penting dalam

pengekalan hegemoni Barat. Media massa merupakan tempat di mana

masyarakat awam mendapat pelbagai maklumat tentang dunia sekeliling

mereka. Melalui media massa juga masyarakat awam boleh mendapatkan

beberapa bentuk hiburan yang mengisi masa lapang mereka.

Media massa memainkan peranan penting dalam pembentukan minda dan

persepsi masyarakat awam. Masyarakat Barat mempunyai hampir kuasa penuh

terhadap media massa dan penyebaran maklumat. Penyebaran maklumat

melalui media massa pada waktu ini kebanyakannya dilakukan melalui 3 cara,

siaran televisyen dan radio, internet dan media cetak.

Maklumat yang disampaikan melalui media massa adalah bentuk berita

terkini, isu – isu semasa, dan ilmu pengetahuan umum. Apabila kita menonton

siaran warta berita, kita harus memahami bahawa berita dari luar negara

kebanyakannya datang daripada CNN (Cable News Network) yang berpusat di

Amerika Syarikat dan BBC (British Broadcasting Corporation) yang berpusat di

Great Britain. Kedua – dua kumpulan media ini sememangnya memaparkan

berita yang isi kandungannya lebih menyebelahi Amerika Syarikat dan Britain.

Selain saluran gergasi CNN dan BBC News, terdapat beberapa saluran berita

13

Page 14: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

lain. Antaranya adalah Sky News (Great Britain) dan Al – Jazeera.

Selain maklumat, salah satu kegunaan penting media massa adalah untuk

hiburan. Hiburan dalam bentuk wayang gambar, cerita bersiri, rancangan realiti

TV, muzik dan sukan menjadi satu penting dalam kehidupan masa kini.

Rancangan – rancangan hiburan memainkan peranan penting dalam pemasaran

barangan perniagaan. Hal ini kerana sebahagian besar daripada masyarakat

dunia cuba mencari hiburan melalui siaran televisyen.

Permainan sukan juga menjadi hiburan yang menarik perhatian penonton.

Selalunya sukan dianggap suatu realiti yang tulen, seperti bola sepak dan

badminton. Setiap rancangan sukan juga mempunyai banyak penaja utama.

Lebih ramai penonton sesuatu sukan lebih tinggi yuran yang dikenakan oleh

penaja untuk membeli waktu bagi mengiklankan barangan mereka. Namun

demikian, terdapat sukan yang menggabungkan hiburan ke dalam aspek sukan

tersebut, iaitu World7 Restling entertainment (WWE) yang cuba menggabungkan

cerita bersiri dalam perlawanan gusti untuk menarik perhatian penonton.

Pengiklanan juga memainkan peranan penting dalam media internet dan

media cetak. Maklumat dan hiburan yang disalurkan kepada penonton

memerlukan kos penyelenggaraan yang agak tinggi. Penaja – penaja membayar

sebahagian daripada kos ini apabila mereka membeli masa atau tempat untuk

menonjolkan barangan mereka. Kita dapati bahawa produk – produk maklumat

dan hiburan yang mampu menarik penonton pada waktu yang sama mampu

mengenakan bayaran yang tinggi untuk iklan yang dikuasai oleh barat.

Penguasaan barat memastikan nilai – nilai tertentu tentang produk maklumat dan

hiburan serta barangan yang dijual dipilih oleh masyarakat barat.

14

Page 15: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

3.2 Ekonomi

Apabila kita membincangkan ekonomi, kita perlu memahami bahawa

sistem ekonomi yang dibicarakan dalam buku teks hanya membincangkan

sistem ekonomi barat. Sistem ekonomi Marx, sistem ekonomi sosialis, sistem

ekonomi komunis, semuanya hasil pemikiran bijak barat yang menolak sistem

ekonomi kapitalis ataupun pasaran bebas. Sistem ekonomi pasaran bebas juga

berasal dari barat. Sistem ekonomi pasaran bebas merupakan satu usaha

masyarakat Eropah untuk mengubah sistem ekonomi feudal yang terdapat di

Eropah pada awal zaman kebangkitan semula (renaissance) Eropah. Sistem

ekonomi feudal berkait rapat dengan sistem politik feudal dan kepercayaan

masyarakat Eropah pada waktu itu terhadap agama Kristian Katholik Rom.

Sistem ekonomi ini hancur apabila orang ramai keluar daripada sistem ini untuk

menyertai sistem ekonomi pasaran bebas.

Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam

yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa

kepada penghapusan halangan ekonomi antara sesebuah negara dengan

negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam 3 aspek utama

ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam

ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi

asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi

tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan

ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di

mana wang boleh dipindahkan, mata wang diperniagakan dan saham boleh

dibeli dengan mudah.

Dalam era globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan

pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada

manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan

tiga buah institut yang benar-benar menyebarkan globalisasi dan menguasai

ekonomi dunia iaitu International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia, serta World Trade

15

Page 16: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

Organization (WTO).

Satu sistem ekonomi alternatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia

adalah sistem perbankan Islam. Kita perlu memahami bahawa sistem perbankan

Islam bukanlah sebenarnya sistem ekonomi yang lengkap, ia merupakan

permulaan pengwujudan satu sistem ekonomi Islam yang lengkap.

3.3 Politik

Politik merujuk kepada kuasa yang terdapat dalam kehidupan sesebuah

kumpulan manusia dan bagaimana kuasa tersebut di susun, dibahagikan, dan

digunakan. Terdapat pelbagai cara bagaimana kuasa ini boleh disusun. Setiap

penyusunan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Politik sebenarnya merujuk kepada kuasa memilih yang dimiliki oleh

sesuatu kumpulan. Setiap kumpulan perlu membuat pilihan terhadap perkara –

perkara yang mempengaruhi mas hadapan mereka. Individu atau kumpulan kecil

yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berikut dianggap sebagai

mempunyai kuasa politik. Kita memilih wakil untuk mewakili dan memimpin kita

berdasarkan sistem demokrasi. Demokrasi mula digunakan oleh Plato dalam

bukunya The Republic, tetapi sistem demokrasi yang di cadangkan oleh beliau

amat berbeza daripada bentuk – bentuk demokrasi yang wujud pada hari ini.

Dua sistem demokrasi hari ini yang penting untuk tujuan kursus ini adalah

sistem demokrasi di Amerika syarikat dan Great Britain. Sistem demokrasi

Amerika syarikat merupakan sistem yang paling tertua diamalkan. Sistem

demokrasi Great Britain pula telah banyak mempengaruhi sistem demokrasi

yang wujud di Malaysia pada hari ini.

Sistem politik di Malaysia merupakan gabungan sistem politik barat

dengan sistem politik tradisional. Sebahagian besarnya dari Great Britain yang

telah berkembang dalam jangka masa yang agak lama. Sistem kerajaan

16

Page 17: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

feudalabsolute monarchy bermula pada zaman pertengahan di England.

Pengurangan kuasa mutlak raja menuju kepada sistem raja berperlembagaan

(constitution monarchy) bermula dengan piagam perundangan Magna Carta

pada 1215. Pada tahun 1258 pula, satu lagi piagam mengurangkan kuasa

mutlak raja, Provisions of Oxford, mewujudkan parlimen buat pertama kalinya di

England. Selepas itu banyak lagi perubahan yang di lakukan oleh parlimen Great

Britain sehinggalah terbentuknya kerajaan seperti hari ini di mana kerajaan

sistem raja berperlembagaan di Great Britain masih kekal dan menjadi contoh

kepada pembentukan sistem politik raja berperlembagaan di Malaysia.

3.4 Sosial

Pada hari ini, dunia barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia

dengan pengeksportatan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol

yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan,

citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Antara cabaran globalisasi yang

perlu diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya.

Gologan muda pada masa kini sebahagian besarnya terheret dalam

proses globalisasi sosio-budaya. Golongan belia akan menjadi dan terus menjadi

sasaran utama globalisasi yang didatangi oleh syarikat-syarikat multinasional

dan transnasional. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat,

anak-anak muda kini secara umumnya sudah tidak bersalah dengan gaya

peniruan secara bulat budaya barat.

Pengamalan jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi

kesan-kesan globalisasi budaya di bawah :

i) Budaya makan – Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan

semakin popular di seluruh dunia. Makanan barat seperti

Spaghetti, pasta serta minuman bergas tidak hanya boleh

didapati di negara Barat malahan juga dapat di seluruh dunia.

17

Page 18: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

ii) Budaya fesyen – Anak-anak muda semakin ghairah mengikut segala

perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat

solek seperti Maybelline, Christain Dior serta jenama-jenama

pakaian seperti Bonia, Versace, Levi’s menjadi pilihan

generasi muda walaupun mahal harganya.

iii) Budaya Hidup – Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat

serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat.

Masyarakat dunia hari ini juga lebih terdedah kepada budaya

yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya

hidup barat.

iv) Budaya Muzik dan Hiburan – Muzik seperti Jazz, rock, disco dan yang terkini

muzik “black metal” telah mula menguasai

dunia.

Tempat hiburan Disneyland juga diadakan di

luar Amerika.

3.5 Hak Asasi Manusia

Pemikiran hak asasi manusia bermula dari barat akibat daripada

penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik, dan agama oleh

golongan diraja dan Gereja Katholik Rom pada suatu masa dahulu. Selepas

zaman kebangkitan semula (renaissance) masyarakat Eropah, timbul pendapat

berbeza untuk memahami keadaan manusia dan peranannya di dunia ini.

Sebahagian daripada ahli cendekiawan Eropah menolak ajaran Gereja Katholik

Rom dan cuba membuat tafsiran baru terhadap kitab Injil berkenaan perkara

tersebut.

Tafsiran – tafsiran baru terhadap kitab Injil dilakukan untuk memastikan

penindasan terhadap masyarakat Eropah tidak berulang lagi. salah satu tafsiran

18

Page 19: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

yang masih digunakan oleh masyarakat barat pada hari ini boleh dilihat pada

dokumen Pengisytiharan Kemerdekaan (Declaration of Independence) yang

dibuat oleh rakyat Amerika Syarikat :

…we hold these truths to be self-evident: That all men are created equal; that

they are endowed by their Creator with certain unalienable rights; that among

these are life, liberty, and the pursuit of happiness;…

Kita perlu memahami bahawa pengikut pemikiran masyarakat Amerika

Syarikat, 3 hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan

mengejar kebahagiaan. Hak – hak ini begitu penting dari sudut pandangan

mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan.

Manusia lain (termasuk kerajaan) tidak boleh mengambil hak ini daripada

mereka tanpa persetujuan daripada mereka.

i) Hak asasi manusia pertama- “kehidupan” membawa maksud bahawa setiap

manusia berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.

Kemunculan hak asasi ini mungkin daripada masalah penindasan yang

berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di mana pihak Raja dan Gereja

mempunyai hak untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak

mereka tanpa sebarang pembicaraan yang berkecuali.

ii) Hak asasi manusia kedua- “kebebasan” bermakna setiap manusia bebas

untuk melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-

mana orang lain.

iii) Hak asasi manusia ketiga- “mengejar kebahagiaan”, sebenarnya adalah

kebebasan untuk mengumpulkan harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu

tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan kerajaan mereka yang boleh

mengenakan sebarang cukai menganggap bahawa harta adalah satu

anugerah daripada tuhan. Kebolehan memungut harta dianggap penting

untuk membolehkan mereka terus menunaikan sebarang cukai tanpa

mendapat persetujuan daripada mereka.

19

Page 20: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

Pemikiran terhadap hak asasi manusia pada waktu ini banyak dipengaruhi

oleh dokumen Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang

dibincangkan di atas. Pemikiran ini muncul akibat sejarah penindasan yang

berlaku di Eropah pada satu masa dahulu. Ia berdasarkan nilai-nilai yang

dianggap penting oleh masyarakat Eropah. Pada waktu yang sama sebahagian

besar masyarakat barat menganggap diri mereka sebagai lebih mengetahui

perkara – perkara ini dan menganggap bahawa nilai – nilai ini penting dan sama

bagi semua kumpulan manusia di dunia ini.

20

Page 21: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

4.0 Krisis Alam Sekitar

Krisis alam sekitar yang dihadapi oleh masyarakt dunia pada waktu kini

ada berkaitan dengan dua pemikiran Barat yang penting, penguasaan manusia

terhadap dunia dan alam sekitar ( human’s dominance over natural ) dan

manusia yang terbaik akan terus kekal ( survival of the fittest ). Kedua-dua

pemikiran ini muncul daripada satu tafsiran masyarakat Barat terhadap kitab Injil

berkenaan manusia dan peranannya di dunia ini. Selepas zaman kebangkitan

semula ( renaissance ) masyarakat Eropah, cendekiawan dan falsafah Barat

banyak mempersoalkan tentang siapakah diri mereka sendiri. Sebahagian

daripada mereka menolak jawapan yang diketengahkan oleh Gereja Katholik

Rom dan cuba menggunakan falsafah serta logika untuk mencari jawapan-

jawapan yang baru kepada persoalan asas tentang kewujudan manusia dan

peranannya di dunia ini. Sebahagian daripada pendapat ini dimasukkan dalam

dua dokumen penting Amerika Syarikat, Pengisytiharan Kemerdekaan (

Declaration of Independence ) dan Perlembagaan Amerika Syarikat (

Constitution of the United States of America ).

Hak-hak individu memainkan peranan penting dalam krisis alam sekitar

yang dihadapi oleh manusia pada hari ini. Pemikiran bahawa manusia

mempunyai kuasa keseluruhan terhadap dunia sebenarnya berasal daripada

pemikiran sebahagian masyarakat Barat Kristian aliran Protestan yang

menganggap bahawa dunia ini adalah anugerah tuhan kepada manusia di mana

apabila manusia berusaha, dia akan mengaut hasil daripada usahanya. Oleh

sebab manusia dibenarkan berusaha ke atas bumi melalui anugerah tuhan,

mereka berpendapat bahawa ini adalah satu hak asasi manusia yang mana

manusia lain tidak boleh menyekat atau menghalang hak ini tanpa persetujuan

daripada individu berkenaan. Keadaan yang kita hadapi pada hari ini adalah

berpunca daripada keengganan sebahagian daripada masyarakat Barat untuk

21

Page 22: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

mengurangkan kegiatan ekonomi mereka ke atas bumi yang membinasakan

alam sekitar atas dasar mereka berhak melakukannya.

Pemikiran kedua masyarakat Barat yang mempengaruhi krisis alam sekitar

adalah pemikiran mereka terhadap survival of the fittest. Mengikut pandangan

ini, kita tidak sepatutnya cuba menghalang sesuatu yang sepatutnya ditentukan

oleh alam semula jadi. Persaingan antara manusia adalah satu perkara biasa

dan ia akan berakhir apabila manusia yang terbaik berjaya dan yang kalah

tersingkir. Dalam masa yang sama, masyarakat Barat menganggap bahawa

manusia adalah makhluk yang paling sempurna dan terbaik di dunia ini. Sudah

menjadi kebiasaan bagi manusia berjaya ke atas alam semula jadi. Kejayaan

manusia mengatasi alam semula jadi akan membentuk sebuah alam yang lebih

sempurna untuk kehidupan manusia. Alam semual jadi yang tidak mampu

menandingi pencapaian manusia dianggap tidak cukup kuat dan tidak perlu

diselamatkan.

Kedua-dua pemikiran Barat terhadap dunia semula jadi dan alam sekitar

merupakan sebahagian daripada satu pemikiran asas yang menonjolkan

manusia sebagai makhluk yang dipilih oleh tuhan untuk menguasai dunia ini.

Alam persekitaran dan makhluk-makhluk lain yang mendiaminya tidak penting

bagi masyarakat Barat.

22

Page 23: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

5.0 Persepsi Jihad

Definisi: Istilah jihad apabila didefinisikan dalam konteks yang sempit

adalah jihad di medan perang iaitu mempertaruhkan seluruh jiwa dan raga demi

agama dan negara. Sebaliknya apabila ditafsirkan secara lebih umum, maka

jihad boleh membawa banyak pengertian.

Konsep Jihad dalam Islam Md Zawawi Abu Bakar- Jihad adalah suatu

istilah yang begitu sinonim dikaitkan dengan masyarakat dan agama Islam.

Amalan itu sering dikaitkan sebagai perjuangan membela agama, bangsa dan

tanah air. Justeru, perjuangan yang dilakukan di atas dasar jihad dengan nama

Allah SWT dan agama Islam adalah syahid. Istilah jihad apabila didefinisikan

dalam konteks yang sempit adalah jihad di medan perang iaitu mempertaruhkan

seluruh jiwa dan raga demi agama dan negara. Sekiranya ditafsirkan secara

lebih umum, jihad membawa banyak pengertian. Antaranya:jihad melawan

nafsu, menuntut ilmu, mempertahankan maruah diri dan sebagainya. Ia boleh

dilakukan melalui pengorbanan harta benda, wang ringgit, kekuatan fizikal,

tenaga bahkan buah fikiran juga termasuk dalam sumbangan jihad.

Jihad adalah satu konsep agama Islam yang murni. Ia merupakan satu

cara bagaimana agama Islam mampu dipertahankan daripada kemusnahan

akibat serangan daripada musuh. Malangnya jihad kurang difahami oleh

masyarakat Barat. Apabila berhadapan dengan kesanggupan orang Islam untuk

mati demi agama, masyarakat Eropah menganggap perkara ini tidak masuk akal.

Mereka menganggap jihad sebagai perbuatan pengganas yang cuba

mendapatkan sesuatu yang bertentangan dengan undang – undang sedia ada

melalui cara menimbulkan ketakutan orang ramai yang tidak bersalah.

Masyarakat Barat menekankan nilai menjaga kehidupan anggota

23

Page 24: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

masyarakatnya daripada berkorban. Nilai ini menekankan kepentingan

kehidupan di dunia ini. Ia berbeza daripada nilai agama Islam terhadap

kehidupan di dunia ini untuk hidup di dunia akhirat. Masyarakat Barat sukar

menerima nilai agama Islam terhadap kehidupan di dunia ini.

Masyarakat Barat juga tidak dapat menerima pemikiran agama Islam yang

bersifat dogmatic (percaya kepada sesuatu dan mengikut kepercayaan itu tanpa

menyoalkan kebenarannya). Kesanggupan berjihad merupakan satu

kesanggupan yang berdasarkan kepercayaan tanpa bukti yang nyata.

Masyarakat barat kini lebih senang menerima falsafah sains di mana mereka

hanya percaya kepada perkara yang boleh dibuktikan dengan nyata.

Terrorism atau keganasan telah menjadi perhatian seluruh dunia selepas

peristiwa serangan dahsyat ke atas Amerika Syarikat iaitu di Washington dan di

New York pada 11 September 2001 di mana tuduhan demi tuduhan tanpa bukti

kukuh berterusan dilemparkan kepada umat Islam yang dikatakan menjadi

dalangnya. Semenjak itu, umat Islam terus dihujani dengan pelbagai tohmahan

dan tuduhan yang mencemar agama Islam dan pelbagai propaganda yang

melampaui batasan.

Sebenarnya masyarakat Barat menganggap jihad sebagai perbuatan

orang fanatik. Masyarakat umum di Barat menolak pemikiran bahawa jihad

adalah satu cara penyelesaian yang bertamadun. Pada pendapat mereka, cara

yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah melalui proses

pendamaian diplomasi. Ini berkait rapat dengan pemikiran sebahagian besar

masyarakat Barat bahawa system demokrasi merupakan penyelesaian terbaik

untuk menyelesaikan masalah kumpulan manusia yang berbeza hidup dalam

keadaan aman bersama-sama. Pemikiran ini dapat dilihat daripada kesungguhan

pihak Amerika Syarikat untuk mewujudkan satu system demokrasi di Iraq pada

hari ini.

24

Page 25: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

6.0 Etika dalam Sains

Etika dalam penyelidikan sains berkait rapat dengan pemikiran Barat

terhadap sains dan peranannya untuk menolong manusia memahami dunia di

sekeliling mereka. Selepas zaman kebangkitansemula ( renaissance )

masyarakat Eropah, ahli cendakiawan dan falsafah Eropah mula

mempersoalkan pandangan dunia ( world view ) seperti diajar oleh Gereja

Katholik Rom. Pada asalnya, masyarakat Eropah menganggap bahawa dunia ini

dijadikan oleh tuhan dengan keadaan sempurna tanpa cacat dan bahawa segala

maklumat yang terdapat di kitab Injil adalah benar. Perkara-perkara yang tidak

terdapat di dalam kitab Injil ataupun yang bertentangan dengannya dianggap

sebagai rekaan syaitan yang sentiasa cuba menyesatkan manusia daripada

kebenaran.

Sebahagian daripada ahli cerdik pandai Eropah telah menolak pandangan

dunia berdasarkan agama (Gereja Katolik Rom) oleh sebab mereka

berpendapat pandangan tersebut berdasarkan kepercayaan sepenuhnya tanpa

bukti (dogmatic). Mereka memperkenalkan satu cara pemikiran baru yang

dekenali dengan nama positivism. Pemikiran ini melihat dunia ini sebagai satu

tempat yang berfungsi mengikut undang-undang yang tertentu. Undang-undang

ini mampu depelajari oleh manusia melalui kajian-kajian sistematik yang

menggunakna sukatan-sukatan mutlak. Pemikiran ini merupakan asas kepada

sains dan bagaimana masyarakat Barat mankaji dunia di sekeliling mereka.

Etika dalam sains berasaskan kepada satu falsafah teras, iaitu kajian

sistematik yang menggunakan sukatan mutlak. Falsafah ini menganggap

bahawa semua perkara mampu dikaji oleh manusia menggunakan sukatan

mutlak. Ilmu baru ditambah kepada pengetahuan manusia melalui kajian-kajian

yang boleh diulangi oleh pengkaji lain.

25

Page 26: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

Untuk membolehkan pengetahuan sains terus berkembang, etika dalam

penyelidikan sains tertumpu kepada kaedah-kaedah dalam sesuata kajian

tersebut. Semua kajian perlu dijalankan didalam keadaan yang terkawal.

Terlebih dahulu, pengkaji telah memastikan angkubah-angkubah (variables)

yang tidak diketahui dan membuat persiapan untuk mengukurnya. Pemilihan

angkubah-angkubah ini adalah berdasarkan hipotesis kajian tersebut,. Seorang

pengkaji mempunyai satu idea bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dan

membuat kajian untuk membuktikan sama ada idea tersebut ( hipothesis ) benar

atau tidak. Sukatan-sukatan mutlak terhadap semua angkubah dan semua

perkara yang tidak berubah adalah penting dalam sesebuah kajian sains yang

baik.

Pengkaji tidak boleh menggunakan perasaan beliau untuk membuat

sebarang penilaian dalam mana-mana kajian sains. Daripada pemikiran ini

muncul konsep berkecuali ( neutrality ) apabila melakukan kajian sains,

terutamnya apabila bahan kajian melibatkan kehidupan seperti binatang, dan

manusia. Pengkaji sains hanya membuat pemerhatian ( observation )

menggunakan sukatan-sukatan mutlak dan tidak melibatkan dirinya untuk

menolong ataupun menghindar apa-apa kesan terhadap bahan kajiannya.

Terdapat dua etika dalam penyelidikan sains yang mungkin sekali tidak

sesuai untuk digunakan apabila bahaan kajian melibatkan kehidupan, terutama

sekali apabila mengkaji manusia; kajian menggunakan sukatan mutlak dan

penelitian berkecuali.

Kita dapati bahawa apabila mengkaji manusia, terdapat banyak perkara

yang tidak mampu kita sukat tentang kelakuan manusia. Seterusnya, akan kita

dapati bahawa sukatan yang kita gunakan untuk meneliti dan menilai manusia

berdasarkan kepada tangapan kita dan bukannya satu nilai mutlak. Sebagai

contoh, bau yang busuk adalah satu nilai yang berubah-ubah daripada satu

kumpulan manusia kepada satu kumpulan yang lain. Ia dipengaruhi oleh

26

Page 27: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

kebudayaan sesuatu kumpulan manusia, yang mana nilai bau yang busuk diajar

kepada anggota dalam kebudayaan tersebut. Untuk menilai kebusukan sesuatu

kumpulan manusia, akan kita dapati bahawa tidak wujud satu skala atau ukuran

mutlak untuk mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan manusia itu busuk.

Penelitian berkecuali juga merupakan satu perkara yang amat sukar untuk

dilakukan apabila kita mengkaji sesuatu kumpulan manusia. Ini adalah kerana

apabila kita mengambil keputusan unutk menjadi berkecuali selalunya kita

mengekalkan keadaan yang sedia ada. Sebagai contoh, apabila kita mengkaji

kegiatan ekonomi sesuatu kumpulan manuisa, kita dapati bahawa kegiatan

tersebut membahayakan kehidupan mereka. Adakah kita sepatutnya

mengekalkan pendirian berkecuali kita dan membiarkan kumpulan manusia

tersebut memusnahkan diri mereka sendiri?

Kita perlu memahami etika dalam penyelidikan sains betujuan untuk

memastikan kajian-kajian tersebut berjalan tanpa gangguan yang bolej

memudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu. Perkara ini senang apabila kita

tidak berhadapan dengan keputusan untuk menyelamatkan kehidupan

seseorang manusia. Malangnya, sebahagian besar daripada keputusan yang

kita lakukan mungkin akan menjadi perkara penting untuk mengekalkan

kehidupan manusia. Sebagai contoh, adakah lebih baik kita terlibat dalam

penyelidikan untuk menyelamatkan kehidupan seseorang manusia yang

berkemungkinan besar akan memerlukan banyak perbelanjaan pada masa

hadapannya untuk mengekalkan kehidupnnya dan pada waktu yang sama

manusia tersebut tidak akan mampu menghasilkan apa-apa sumbangan

terhadap masyarakat di sekelilingnya?

Satu perkara yang menimbulkan masalah dalam penyelidikan sains

adalah pulangan ekonomi hasil penyelidikan tersebut. Perkara ini jelas menjadi

masalah apabila kita melihat syarikat-syarikat gergasi besar Barat, yang

mempunyai paten ( patent ) ke atas ubat-ubatan tertentu mampu menolong

kesihatan manusia, tidak mahu membenarkan ubat-ubatan mereka dibuat

27

Page 28: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

dengan harga yang murah tanpa bayaran royalty ( royalty ). Masalah hak cipta

dan paten muncul daripada pemikiran masyarakat Barat terhadap rekaan

manusia yang boleh dijadikan hak seperti barangan dan mampu dijual beli.

7.0 Kesan Perkembangan Kontemporari kepada Masyarakat dan Negara

Masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ataupun dimana-mana

negara lain di dunia ini akibat globalisasi adalah perkembangan kontemporari

yang secara langsung dan tidak langsung memastikan nilai-nilai masyarakat

Barat ke dalam nilai masyarakat tempatan.Gelombang globalisasi kontemporari

adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh

besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin

proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan

moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak

terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan

lebih teliti lagi.

Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang

berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran. Berdasarkan beberapa aspek dan

isu globalisasi yang telah dibicarakan, dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini

sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang

belum pernah berlaku pada abadabad sebelumnya. Cabaran globalisasi dan

implikasinya terhadap ekonomi, budaya, teknologi dan politik adalah luas dan

mempunyai kesan yang positif dan negatif. Penerimaan terhadap perubahan

haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri,

keluarga, agama, bangsa dan negara.

Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat.

Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita

perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita,

terutamanya kekayaan daIarnan (inner riches) yang terdapat dalam agama dan

tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau

keilmuan. Globalisasi yang membawa mesej kesejagatan, merentasi sempadan

negara dan yang menggambarkan kerjasama, sokongan dan perpaduan antara

28

Page 29: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

negara dan antarabangsa sewajarnya perlu diberi nafas baru agar manfaatnya

turut sama dinikmati oleh negara-negara kecil, bukannya sekadar

menguntungkan negara-negara maju.

Kesimpulan

Pada hari ini, kita berada pada zaman di mana proses penyeragaman

yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan sebagai

globalisasi, kita amat pasti bahawa hampir segala aspek dalam kehidupan kita

ini tidak akan terlepas dari disentuh oleh konsep globalisasi. Hampir semua

aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya

adalah untuk mengheret diri kita ke dalam suatu sistem hidup yang

diseragamkan di seluruh dunia. Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh

oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan

sesebuah negara yang sepi dari sentuhan globalisasi. Namun begitu, dalam

keghairahan untuk diglobalkan sarna ada dalam bidang ekonomi, sosial dan

politik, kita jangan sekali-kali terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri.

Kita perlu ada pegangan kita sendiri agar kita tidak mudah tertipu dengan

laungan keadilan dan kesamarataan universal yang ternyata palsu.

29

Page 30: isu-isu kontemporari - Globalisasi dan Hegemoni Barat

30