oll_2 ppg

11
NELLY MARGINIM 1CPP1106021 PEM1/PPG AMBILAN JUN 2011 MTE3123_E Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Tugasan OLL Berikan satu contoh salah tanggapan matematik dan terangkan bagaimana ia berlaku dan cara membetulkan kesilapan ini kepada murid. (15 markah) Murid-murid sering melakukan kesilapan dalam matematik disebabkan miskonsepsi. Selagi guru tidak peka terhadap kesilapan yang mereka lakukan dan tidak bertanya mengapa mereka membuat kesilapan tersebut, guru tidak dapat membantu murid memperbetulkan kesalahan-kesalahan mereka. Sebagai seorang guru, apa saja cara kita memperbetulkan miskonsepsi murid harus dipandu oleh pengetahuan kita mengenai bagaimana mereka belajar matematik. 1.1 Faktor-faktor mengapa kanak-kanak melakukan kesilapan dalam matematik 1.1.1 Konsentrasi 1

Upload: nelz

Post on 18-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

oll2

TRANSCRIPT

JADUAL PENENTU TUGASAN KERJA KURSUS

NELLY MARGINIM

1CPP1106021

PEM1/PPG AMBILAN JUN 2011

MTE3123_E

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong IbrahimTugasan OLL

OLL 2

Berikan satu contoh salah tanggapan matematik dan terangkan bagaimana ia berlaku dan cara membetulkan kesilapan ini kepada murid.

(15 markah)Murid-murid sering melakukan kesilapan dalam matematik disebabkan miskonsepsi. Selagi guru tidak peka terhadap kesilapan yang mereka lakukan dan tidak bertanya mengapa mereka membuat kesilapan tersebut, guru tidak dapat membantu murid memperbetulkan kesalahan-kesalahan mereka. Sebagai seorang guru, apa saja cara kita memperbetulkan miskonsepsi murid harus dipandu oleh pengetahuan kita mengenai bagaimana mereka belajar matematik.1.1 Faktor-faktor mengapa kanak-kanak melakukan kesilapan dalam matematik

1.1.1 Konsentrasi Ramai diantara murid-murid yang tidak atau kurang konsentrasi ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini mungkin kerana pembelajaran membosankan dan pengajaran guru tidak bersistematik. Murid-murid akan hilang konsentrasi apabila merasakan bahawa pelajaran tersebut sudah menjadi semakin sukar dan semakin susah untuk difahami.Maka, jika konsentrasi sudah hilang atau kurang, sudah pasti mereka akan membuat kesilapan kerana mereka tidak memberikan tumpuan dalam pengajaran guru.1.1.2 Minat

Kebanyakan murid tidak berminat terhadap pelajaran Matematik, maka jika sudah tersemai perasaan tidak berminat sudah pasti mereka akan belajar sambil lewa, tambahan lagi jika guru tidak cuba untuk menarik perhatian mereka. Maka kesilapan dalam pembelajaran matematik juga berpunca dari minat mereka sendiri.1.1.3 Kefahaman

Ramai murid memilih untuk berdiam diri tanpa menanyakan soalan pada guru atau kawan jika mereka tidak faham tentang sesuatu konsep matematik tersebut, maka dari sinilah kesilapan komputasi akan berlaku. Kadar kefahaman yang rendah boleh menyebabkan kesilapan dan kadar kefahaman yang tinggi adalah sebaliknya.1.1.4 Kurang daya pendengaran/penglihatan

Antara punca kesilapan ialah murid kurang daya pendengaran / penglihatan. Tetapi sikap mereka yang hanya berdiam diri dan tidak menjelaskan masalah mereka merupakan punca guru tidak dapat mengesan punca kesilapan mereka.1.1.5 Pengajaran guru kurang jelas

Mengajar matematik tiadklah bgitu sukar, namun bukanlah senang. Jika guru mengajar sambil lewa tanpa perancangan dan peralatan mengajar yang lengkap, besar kemungkinan pengajaran guru yang diterima oleh murid tadi tidak sempurna. Jika pengajaran guru kurang jelas tentang sesuatu isi atau konsep matematik yang diajarkan, maka akibatnya mungkin murid-murid akan membuat kesilapan.1.1.6 Cuai

Kesilapan yang murid lakukan juga adalah seringkali kerana kecuaian mereka. Ramai murid yang selalu ingin membuat sesuatu latihan dengan cepat hingga mereka tersalah kira dan sebagainya.1.1.7 Emosi negatif terhadap matematik samaada dari segi fisiologi mahupun psikologi Tanggapan bahawa matematik itu sangat sukar dan tidak mahu mencuba mempelajarinya dengan betul membuatkan kebanyakan minda murid-murid tadi sudah terpengaruhi oleh tanggapan tadi maka pembelajaran mereka akan terganggu. Ada juga di kalangan murid yang akan jatuh sakit atau demam apabila menjelangnya peperiksaan Matematik kerana emosi negatif mereka. Apabila minda dan kesihatan terganggu, peluang untuk melakukan kesilapan dalam matematik adalah tinggi.1.2 Kesilapan murid-murid di dalam Matematik terjadi di dalam dua keadaan iaitu:

1.2.1 Kesilapan yang tidak disengajakan Kesalahan yang timbul dari aktiviti memproses soalan. Kesilapan ini tidak bersistematik dan berpola, kerana ia berlaku sekali sekala dan boleh dilakukan oleh pakar atau murid. Kesilapan seperti ini mudah dijumpai dan cepat diperbetulkan.1.2.2 Kesilapan yang dilakukan secara berulang-ulang (miskonsepsi)

Kanak-kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan mengikut kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulang-ulang sehingga ada orang yang memperbetulkan konsep mereka.1.3 Cara kanak-kanak memperolehi konsep matematik1.3.1 Pengalaman naturalistikPengalaman naturalistik ialah pengalaman yang dimulakan secara spontan oleh kanak-kanak dalam kehidupan mereka sehari-hari. Pengalaman ini amat berguna kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa.Tugas guru ialah memberikan alam persekitaran yang menarik dan kaya dengan aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan pengalaman yang berguna untuk kanak-kanak seperti aktiviti yang membolehkan mereka menyentuh, merasa, melihat dan lain-lain.Contoh-contoh pengalaman naturalistik: Apabila kanak-kanak menggunakan perkataan berat, besar, kecil, tinggi, rendah dan

lain-lain mereka mulai menyedari tentang ukuran. Kanak-kanak mula menyedari tentang masa apabila dikaitkan dengan masa rehat, masa

balik sekolah, masa pelajaran matematik dan lain-lain. Nilai nombor didapati dari menghitung benda-benda, lompatan, anak tangga dan lain

lain.1.3.2 Pengalaman tak formal

Pengalaman tak formal dimulakan oleh orang dewasa ketika kanak-kanak berada dalam suasana pengalaman naturalistik. Pengalaman-pengalaman seperti ini tidak dirancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia berlaku bila keadaan mengizinkan dan guru dapat menggunakan peluang tersebut untuk mengajar murid.Contohnya; Menerangkan tentang konsep nombor ganjil bila seorang daripada murid tidak mempunyai pasangan semasa aktiviti sukan perlu dilakukan secara berpasangan. Memperkenalkan lebih banyak daripada atau lebih sikit daripada bila kanak-kanak membahagi-bahagikan buah kepada semua murid dalam bilik darjah dan lain-lain.1.3.3 Pengalaman pembelajaran yang berstruktur

Pembelajaran berlaku setelah dirancang oleh guru. Boleh dilakukan secara berseorangan, dalam kumpulan kecil atau besar dalam masa yang telah ditetapkan. Contohnya mengajar topik-topik yang tertentu dalam masa matematik yang ditentukan ataupun semasa mengajar mata pelajaran lain yang berasaskan matematik. Salah satu dari kaedah pengajaran yang membantu murid mengatasi miskonsepsi mereka ialah dengan menggalakkan mereka berkongsi berbincang dan memperkembangkan interpretasi konsep matematik mereka. Prinsip-prinsip pengajaran ini ialah: 1. Sebelum mengajar, uji nilai kerangka konsep murid yang sedia ada.Selalunya guru menggunakan ujian untuk menilai pencapaian murid. Di sini kita cuba untuk menilai interpretasi intuitif dan kaedah murid sebelum mengajar. Ini tidak memakan masa yang panjang, hanya dengan memberikan beberapa soalan yang kritis atau ujian yang lebih mencabar. Guru akan membincangkan pemikiran murid yang mungkin menyebabkan jawapan yang mereka berikan.2. Jadikan konsep dan kaedah penyelesaian yang sedia ada jelas dalam bilik darjah

Pada permulaan pengajaran, tawarkan murid satu tugasan yang terdapat adanya kemungkinan murid melakukan kesilapan kerana miskonsepsi. Ini bermaksud supaya murid menyedari tentang interpretasi intuitif dan kaedah penyelesaian mereka dan mendedahkan kesilapan yang sering dilakukan dan miskonsepsi mereka jika ada. Murid dikehendaki melakukan tugasan tersebut secara individu tanpa bantuan dari guru. Tidak ada pengajaran baru dilakukan dan guru juga tidak menunjukkan kesilapan dan miskonsepsi murid. 3. Berkongsi kaedah dan keputusan (jawapan) dan merangsang konflik untuk perbincangan.Maklum balas akan diberikan kepada murid dengan cara sekurang-kurangnya satu daripada tiga cara ini iaitu: Dengan memberi arahan murid membandingkan jawapan mereka dengan rakan-rakan yang lain. Dengan mengarahkan murid mengulang tugasan tersebut menggunakan satu atau lebih kaedah alternatif. Dengan menggunakan tugasan yang mengandungi cara penyemakan yang dimasukkan dalam tugasan. Jika tugasan ini dirancang dengan betul, maklum balas yang diperolehi akan menghasilkan konflik kognitif bila murid mulai menyedari dan berdepan dengan interpretasi dan kaedah mereka yang tidak konsisten. Guru perlu mengambil masa untuk membuat refleksi dan perbincangan dengan murid secara berkumpulan atau sekelas mengenai konflik ini. Murid disoal dan disuruh menerangkan mengenai tak konsistennya kognitif dan kaedah mereka dan mencari sebab mengapa ia berlaku.4. Selesaikan konflik melalui perbincangan dan pembentukan konsep dan kaedah yang baru.Perbincangan secara kelas diadakan untuk ini. Murid digalakkan untuk memberi pendapat mereka mengapa miskonsepsi dan konflik ini berlaku. Guru bolehlah memandu murid untuk memahami konsep itu secara baru.5. Mengambil berat masalah pembelajaran bahasa Matematik Bahasa matematik berbeza dengan bahasa yang digunakan seharian. Iaitu terdapat istilah matematik membawa pengertian yang spesifik. Banyak perkataan biasa menjadi istilah dalam matematik, tidak kurang juga banyak simbol-simbol yang mempunyai makna masing-masing yang perlu diketahui, Contohnya : kurungan ( ),Tambah +, Peratus % dan lain-lain. Selain itu, kesukaran matematik juga adalah dalam memahami ehendak atau pengertian ayat matematik, misalnya perkataan dua tambah lima boleh menjadi seperti :2 + 5, atau ayat-ayat lain contohnya x + y, 4kg + 5kg = ? dan lain-lain.Dari segi masa, dalam bahasa Melayu, waktu 12.35 tengahari boleh disebut dua belas tiga puluh lima, manakala apabila mereka melangkah dalam rendah atas dan mempelajari bahasa Inggeris, ia akan disebut twenty-five to one, atau thirty-five past twelve.Guru harus menerangkan bahawa dua-dua kaedah penyebutan waktu adalah betul.6. Kukuhkan pembelajaran dengan menggunakan konsep dan kaedah yang baru melalui penyelesaian masalah.Pembelajaran baru dapat diperkukuhkan dengan cara: Memberi masalah baru untuk diselesaikan. Menggalakkan murid mencipta dan menyelesaikan masalah mereka sendiri yang serupa. Menggalakkan murid membuat analisa tugasan yang mereka selesaikan dan membuat diagnosis sebab-sebab kesilapan yang dilakukan.Kemungkinan mengapa prinsip di atas berjaya mengikut penyelidikan yang diadakan ialah kerana faktor-faktor berikut: Kanak-kanak mrngrnal pasti dan dapat memberikan focus kepada halangan konseptual yang spesifik. Memberi penekanan kepada pertuturan (oral) daripada penerangan berbentuk teks. Tahap cabaran yang meningkat diberikan kepada murid. Perbincangan dan penglibatan murid yang dihasilkan. Memberi keutamaan pada kaedah intuitif dan mengenali halangan konsep murid. Teori pembelajaran Matematik dapat dijadikan asas untuk memahami sebahagian dari miskonsepsi tersebut. Teori ini juga membolehkan guru: Meramalkan jenis-jenis kesalahan yang selalu dilakukan; Menerangkan bagaimana dan mengapa kanak-kanak melakukan kesalahan-kesalahan tersebut; Membantu kanak-kanak memperbetulkan miskonsepsi mereka.

8