objektif dan matlamat karate

17
Objektif Dan Matlamat Untuk menggalakkan dan membangunkan sukan Karate Dan Seni Beladiri di peringkat Kelab, Sekolah, Daerah, Negeri dan Kebangsaan serta golongan belia,Institusi Pengajian Tinggi dan peminat sukan Karate dan Seni Beladiri. Untuk mewakili Kelab dalam mana-mana pertandingan sukan Karate dan Seni Beladiri diperingkat kelab, sekolah, institusi pengajian tinggi, daerah, negeri , kebangsaan dan antarabangsa. Untuk menganjurkan pertandingan sukan Karate dan Seni Beladiri diperingkat antara kelab-kelab, sekolah, institusi pengajian tinggi, daerah,negeri dan kebangsaan maupun antarabangasa . Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawalseliaan daerah, negeri dan kebangsaan. Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa , kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.

Upload: selvamani-selva

Post on 03-Sep-2015

204 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

karate kertas kerja

TRANSCRIPT

Objektif Dan Matlamat Untuk menggalakkan dan membangunkan sukan Karate Dan Seni Beladiri di peringkat Kelab, Sekolah, Daerah, Negeri dan Kebangsaan serta golongan belia,Institusi Pengajian Tinggi dan peminat sukan Karate dan Seni Beladiri. Untuk mewakili Kelab dalam mana-mana pertandingan sukan Karate dan Seni Beladiri diperingkat kelab, sekolah, institusi pengajian tinggi, daerah, negeri , kebangsaan dan antarabangsa. Untuk menganjurkan pertandingan sukan Karate dan Seni Beladiri diperingkat antara kelab-kelab, sekolah, institusi pengajian tinggi, daerah,negeri dan kebangsaan maupun antarabangasa . Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawalseliaan daerah, negeri dan kebangsaan. Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa , kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.

PERSATUAN KOSHIKI KARATE-DO PERAK1.0.NAMA:1.1.Persatuan ini akan dikenali dengan namaPersatuan Koshiki Karate-Do Negeri Perakatau ringkasnya akan disebut sebagaiKOSHIKIdi dalam perlembagaan ini.2.0.ALAMAT URUSAN:2.1.Alamat berdaftar tempat urusan persatuan ini adalah di56A, Hala Bercham Timur 11, Lindungan Bercham Indah, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.Alamat berdaftar persatuan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Persatuan dan hanya boleh berkuatkuasa setelah mendapat kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.(Pindaan 26/10/2004)3.0.DEFINASI:3.1.Persatuan ini bermaknaPersatuan Koshiki Karate-Do Negeri Perak.3.2.AHLI GABUNGANbermakna pertubuhan-pertubuhan yang telah diterima keahliannya dalam persatuan ini menurut Fasal 6.1.3.3.AHLI BERSEKUTUbermakna pertubuhan-pertubuhan yang telah diterima keahliannya dalam persatuan ini menurut Fasal 6.2.3.4.MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNANbermakna mesyuarat yang diadakan oleh persatuan ini dua tahun sekali seperti yang disebutkan dalam Fasal 13.2 perlembagaan ini.3.5.MAJLIS/JAWATANKUASA INDUKbermakna Majlis/Jawatankuasa Induk bagi Persatuan pada masa itu.3.6.JAWATANKUASAbermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk dan/atau dilantik di bawah perlembagaan ini mengikut Fasal 18.3.7.PEJABATbermakna alamat berdaftar persatuan seperti yang ditetapkan dalam Fasal 2 perlembagaan ini.3.8.AHLI BIASAbermakna setiap individu ingin menjadi ahli biasa kepada Persatuan ini tidak seperti Ahli Gabungan atau Ahli Bersekutu dan yang berumur 18 tahun ke atas, dan merupakan salah seorang pelatih Koshiki Karatedo didalam Negeri Perak.(Pindaan 26/10/2004)3.9.AHLI REMAJAbermakna setiap individu ingin menjadi ahli remaja kepada Persatuan ini tidak seperti Ahli Gabungan atau Ahli Bersekutu dan yang berumur 18 tahun ke bawah, dan merupakan salah seorang pelatih Koshiki Karatedo didalam Negeri Perak.(Pindaan 26/10/2004)4.0.OBJEKTIF DAN MATLAMAT:4.1.Bertindak sebagai badan pengelola bagi aktiviti sukanKOSHIKI Safety Contact Karatedi peringkat sekolah, daerah dan negeri dan mempunyai kuasa dalam sukan ini bagi peringkat sekolah, daerah dan negeri.4.2.Menggalakkan dan membangunkan sukanKOSHIKI Safety Contact Karatedi peringkat sekolah, daerah dan negeri.4.3.MewakiliNegeri Perakdalam mana-manaPertandingan/Kejohanan Koshiki Karate-Do.4.4.Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawalseliaan kebangsaan bagiKejohanan Koshiki Karate-Do MALAYSIA.4.5.Untuk mengawal dan menjalankan bidang kuasa ke atas semua aktivitiberhubungan dengan sukan ini diperingkat Kebangsaan, Malaysia.4.6.Untuk memastikan bahawa perlembagaan dan kaedah-kaedahPersatuan Koshiki Karate-Do Negeri Perakdipatuhi dan diikuti oleh semua ahli.4.7.Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan persatuan, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara.Semua wang keuntungan yang didapati oleh persatuan ini daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat persatuan ini.Sesungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini.Boleh menubuhkan badan perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan tidak boleh dibahagikan dan hendaklah dijadikan tabung kewangan persatuan.4.8.Untuk menjalankan aktiviti tanpa ada diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.5.0.LOGO/LAMBANG:5.1.Persatuan ini mempunyai logo yang tersendiri dan membawa pengertian seperti berikut:

5.2.Bentuk Logo:Logo ini mempunyai dua bulatan.Bulatan besar itu jelasnya dengan tulisanPersatuan Koshiki Karate-Do Perak.Manakala bulatan kecil meliputi gambar-rajah berbentuk tiga penjuru dan di dalamnya ada satu bulatan serupa peta dunia, bunga padi dan bendera PERAK.5.3.Pengertian Logo:5.3.1.Bulatan besar ternyata bahawa pertubuhan ini dinamakanPersatuan Koshiki Karate-Do Negeri Perak.5.3.2.Dalam bulatan kecil yang berwarna merah bahawaKOSHIKIberasas dari negara Jepun.Di dalam penjuru tiga itu adalah peta dunia menandakanKOSHIKIberada di seluruh dunia.Topeng itu bermakna bahawa alat-alat perlindungan dan langkah keselamatan ada diwajibkan dalam persiangan pertandingan.Penjuru itu menunjukkanKOSHIKIadalah dibawah aliranShorinjiryu Kenkokan Karate-do.Manakala bunga padi itu bertanda semua negara bersatu-padu dan bersama membangunkanKOSHIKIdan tidak ketinggalan negara KITA.5.4.Warna Logo:5.4.1.Warna merah, putih dan hitam merupakan warna rasmi bagiKOSHIKI.5.4.2.Warna Merah Melambangkan ketabahan, keberanian, kegarangan dan kekuatanKOSHIKI.5.4.3.Warna Putih Melambangkan keharmonian, kebersihan dan kejujuran yang membawa maksud kesucian dari segi minda, rohani dan jasmani.5.4.4.Warna Hitam Melambangkan keutuhan seni, kejayaan dan kehormatan.6.0.KEAHLIAN:6.1.Ahli Gabungan:Keahlian Persatuan terbuka kepadaPersatuan Karate-Do Akademi NEGERI PERAK dan Persatuan Koshiki Karate-Do di Peringkat Daerah, Negeri Perak.6.2.Ahli Bersekutu:Keahlian Persatuan terbuka kepadakelab-kelab, persatuan-persatuan seni mempertahankan diri samada di peringkat daerah atau negeri yang sah di sisi undang-undang dan menjalankan kegiatan sukan KOSHIKI.6.3.Ahli Biasa:Keahlian Persatuan terbuka kepada semua lapisan masyarakat Malaysia yang tinggal di Negeri Perak dan berumur 18 tahun keatas.(Pindaan 26/10/2004)6.4.Ahli Remaja:Keahlian Persatuan terbuka kepada semua lapisan masyarakat Malaysia yang tinggal di Negeri Perak dan berumur 18 tahun kebawah.Cara permohonan untuk menjadi keahlian Ahli Remaja seperti yang dinyatakan dalam Fasal 8.2.(Pindaan 26/10/2004)7.0.YURAN KEAHLIAN:7.1.Tiap-tiapAHLI GABUNGANdanAHLI BERSEKUTUhendaklah membayar yuran tahunan kepada Persatuan.Yuran Tahunan untuk Ahli Gabungan adalah sebanyakRM100.00 (Ringgit Malaysia SeratusSahaja), dan Yuran Tahunan untuk Ahli Bersekutu adalah sebanyakRM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja).7.2.Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari1 Februaritiap-tiap tahun.Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan akan hilang hak-hak keistemewaannya sebagai ahli sehingga hutang yurannya dibayar.7.3.Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dua tahun berturut-turut tanpa alasan yang munasabah, Majlis Persatuan berhak membatalkan keahlian ahli yang berkenaan dalam daftarnya.Bayaran yang dibuat selepas notis pembatalan telah dikeluarkan akan dianggap sebagai permohonan baru dan dikehendaki membayar penalti sebanyakRM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja)untuk AHLI GABUNGAN, danRM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja)untuk AHLI BERSEKUTU.7.4.Tiap-tiap AHLI BIASA dan AHLI REMAJA hendaklah membayar yuran tahunan kepada Persatuan.Yuran Tahunan untuk Ahli Biasa adalah sebanyakRM12.00 (Ringgit Malaysia Dua Belas Sahaja), dan Yuran Tahunan untuk Ahli Remaja adalah sebanyakRM6.00 (Ringgit Malaysia Enam Sahaja).Bagi permohonan pertama atau baru dikenakan bayaran pendaftaran sebanyakRM5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja).Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan pada tahun yang berikutnya tanpa alasan yang munasabah, Majlis Persatuan berhak membatalkan keahlian ahli yang berkenaan dalam daftarnya.Bayaran yang dibuat selepas notis pembatalan telah dikeluarkan akan dianggap sebagai permohonan baru dan dikehendaki membayar bayaran pendaftaran semula.(Pindaan 26/10/2004)8.0.PERMOHONAN MENJADI AHLI:8.1.Semua permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis yang ditandatangani oleh Presiden dan Setiausaha pihak berkenaan.Majlis/Jawatankuasa Induk Persatuan boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan tanpa memberi alasan.8.2.Permohonan untuk menjadi Ahli Remaja mestilah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada ibubapa atau penjaga.(Pindaan 26/10/2004)9.0.KEISTEMEWAAN DAN HAK AHLI:9.1.Tiap-tiap ahli Persatuan dibenarkan menyertai dalam segala kegiatan yang dianjurkan oleh Persatuan ini.9.2.Setiap ahli Persatuan berhak menerima dengan percuma Perlembagaan Persatuan ini.10.0.HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG:10.1.Ahli Gabungan dan Ahli Bersekutu yang membayar yuran adalah berhak untuk menikmati kemudahan Persatuan.Walaubagaimanapun hanya Ahli Gabungan sahaja berhak mengundi dan diundi bagi memegang jawatan dalam Persatuan.10.2.Ahli Bersekutu tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh menghantar wakil bagi menghadir Mesyuarat Agung sebagai pemerhati.10.3.Ahli Biasa dan Ahli Remaja yang membayar yuran adalah berhak untuk menikmati kemudahan Persatuan.Walau bagaimanapun hanya Ahli Biasa sahaja layak berundi dan diundi bagi memegang jawatan dalam Persatuan.(Pindaan 26/10/2004)11.0.KEBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI:11.1.Setiap ahli persatuan yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Majlis Persatuan adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli Persatuan.11.2.Setiap ahli Persatuan yang didapati tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan menurut Fasal 6 atau menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentang dengan perlembagaan Persatuan bolehlah dipecat atau digantung keahlian bagi sesuatu tempoh sebagaimana difikirkan munasabah oleh Majlis Persatuan.Sebelum tindakan sedemikian ahli itu hendaklah diberitahu sebab secara bertulis.Ahli berkenaan hendaklah diberi peluang memberi penjelasan dan membela dirinya.Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dikuatkuasakan melainkan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan menunda atau membatal keputusan itu, atas rayuan oleh ahli berkenaan.12.0.PERWAKILAN:12.1.Tiap-tiap ahli Persatuan berhak menghantartiga (3) orangwakil ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan seperti yang dinyatakan dalam Fasal 12.3.12.2.Nama-nama wakil yang dipilih hendaklah disampaikan dengan secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.12.3.Ahli Gabungan dan Ahli Bersekutu boleh menukar nama wakil mereka jika perlu tetapi penukaran itu hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Agung sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.13.0.MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN:13.1.Mesyuarat Agung Dwi Tahunan adalah badan Persatuan yang tertinggi dan yang menyeluruh untuk Persatuan ini berdasarkan kepada objektif dan matlamatnya.13.2.Mesyuarat Agung Dwi Tahunan persatuan akan diadakan pada dua tahun sekali Agung Dwi Tahunan.13.3.Mesyuarat Agung Dwi Tahunan akan mengandungi wakil dari semua ahli Persatuan seperti dalam Fasal 13.3.1. dan 13.3.2.13.3.1.Setiap Ahli Gabungan berhak menghantar tidak lebih daritiga (3)orang wakil ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.13.3.2.Setiap Ahli Bersekutu boleh menghantar tidak lebihdua (2)orang wakil ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.13.4.Mesyuarat Agung Dwi Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh30 Juntiap-tiapdua (2)tahun sekali di tempat yang akan ditetapkan oleh Majlis.Sekurang-kurang 15 hari notis termasuk salinan penyata kira-kira tahunan bagi dua (2) tahun yang lalu yang sempurna diaudit hendaklah diberi dengan secara bertulis oleh Setiausaha Kehormat kepada ahli Persatuan.13.5.Korum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan hendaklah dihadiri oleh tidak kurang dari dua kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa atau separuh daripada bilangan keahlian yang layak mengundi dan terdiri dari wakil Ahli Gabungan atau Bersekutu.Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu jam dari masa yang ditetapkan, maka Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ditunda kepada tarikh baru tidak lebih daripada 30 hari.Jika korum tidak mencukupi pada masa yang ditentukan untuk Mesyuarat tersebut yang ditundakan, ahli-ahli yang hadir berkuasa meneruskan kerja mesyuarat yang ditetapkan.14.0.TUGAS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN:14.1.Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bertanggungjawab untuk:14.1.1.Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang lepas.14.1.2.Menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa berkenaan kegiatan Persatuan di dalamdua (2)tahun yang lalu.14.1.3.Menerima dan meluluskan laporan Bendahari Kehormat dan Penyata Kira-Kira yang telah diaudit bagidua (2)tahun yang lalu.14.1.4.Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan juruaudit untukdua (2)tahun yang akan datang seperti yang terebut dalam Fasal 16.14.1.5.Mengurus perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.15.0.MESYUARAT AGUNG KHAS:15.1.Mesyuarat Agung Khas bagi Persatuan ini boleh diadakan:15.1.1.Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau dengan kehendak Presiden.15.1.2.Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh didalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat.15.1.3.Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.15.1.4.Fasal 13.5 dalam perlembagaan ini berkenaan korum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan sekurang-kurang enam (6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.15.1.5.Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar kepada semua ahli salinan minit mesyuarat tiap-tiap Mesyuarat Agung Dwi Tahunan atau Khas dengan seberapa segera setelah selesainya mesyuarat itu.16.0.MAJLIS/JAWATANKUASA INDUK:16.1.Majlis/Jawatankuasa Induk Persatuan hendaklah terdiri daripada16.1.1.SeorangPresiden16.1.2.SeorangTimbalan Presiden16.1.3.SeorangNaib Presiden16.1.4.SeorangSetiausaha Kehormat16.1.5.SeorangBendahari Kehormat16.1.6.Empat orangAhli Jawatankuasa Biasa16.1.7.Tujuh orangAhli Jawatankuasa lain yang dilantik oleh Presiden yang difikir boleh memberikan sumbangkan kepada Persatuan.16.2.Perlantikan Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat adalah oleh Presiden dengan persetujuan Majlis/Jawatankuasa Induk selepas Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.16.3.Wakil-wakil dari kerajaan (Ex-Officio) bolehlah dilantik menduduki Majlis/Jawatankuasa Induk hendaklah mendapatkan surat persetujuan ahli Ex-Officio yang dilantik tersebut.Ex-Officio ini terdiri daripada:-16.3.1.Majlis Sukan Negeri Perak16.3.2.Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak16.3.3.Jabatan Pendidikan Negeri Perak16.4.Pemegang-pemegang jawatan dalam Majlis/Jawatankuasa Induk dan dalam Jawatankuasa yang menjalankan tugas Persatuan ini hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia.17.0.TUGAS-TUGAS MAJLIS/JAWATANKUASA INDUK PERSATUAN:17.1.Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa.17.2.Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.17.3.Pengurusan dan mentadbirkan Persatuan dan menjalankan program-program Persatuan.17.4.Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan.17.5.Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam Mesyuarat Agung.17.6.Menimbang hal-hal tatatertib bagi ahli-ahli Persatuan dan membuat keputusan berkaitan dengannya.17.7.Membuat lantikan dan pemecatan kakitangan pengurusan yang bergaji.17.8.Menimbang permohonan menjadi ahli Persatuan.18.0.JAWATANKUASA-JAWATANKUASA:18.1.Jawatankuasa Kewangan18.2.Jawatankuasa Pembangunan18.3.Jawatankuasa Teknikal18.4.Jawatankuasa Pemilihan18.5.Jawatankuasa Pertandingan18.6.Jawatankuasa Tatatertib18.7.Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas19.0.TUGAS AHLI MAJLIS/AHLI JAWATANKUASA INDUK:19.1.Presiden:Presiden dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Majlis/Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat serta disiplin ahli-ahlinya.19.2.Timbalan Presiden:Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran Persatuan.Dia hendaklah memangku dan melaksanakan tanggungjawab Presiden selama ketiadaan Presiden.19.3.Naib Presiden:Naib Presiden hendaklah membantu Presiden dan Timbalan Presiden dalam menguruskan pentadbiran Persatuan.Salah seorang daripadanya hendaklah memangku jawatan yang lebih atas jika berlaku kekosongan.19.4.Setaiusaha Kehormat:Setiausaha Kehormat bertanggungjawab dalam segala pengurusan dan pentadbiran Persatuan mengikut perlembagaan dan menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan atau Majlis/Jawatankuasa Induk.Beliau bertanggungjawab mengenai surat-menyurat, menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan kertas-kertas kecuali buku kira-kira dan buku kewangan.Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat.Setaiusaha Agung hendaklah di dalam masa 30 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan mengirim penyata-penyata tahunan serta dokumen-dokumen yang perlu kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia sebagaimana yang dikehendakidibawah Akta Pembangunan Sukan 1997.19.5.Bendahari Kehormat:Bendahari Kehormat hendaklah bertanggungjawab atas semua urusan kewangan Persatuan.Dia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.19.6.Ahli Jawatankuasa Biasa:Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu pegawai lain menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Majlis/Jawatankuasa Induk.19.6.1.Tugas Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa:19.6.1.1.Jawatankuasa Kewangan- Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusi semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya.Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mencari sumber pendapatan Persatuan seperti tajaan, bantuan dari kerajaan, derma atau cara-cara lain yang sah dari segi undang-undang Persatuan dan undang-undang negara.19.6.1.2.Jawatankuasa Pembangunan- Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusi semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya.Tugas utama Jawatankuasa ini ialah menganjurkan program-program pembangunan dan latihan.19.6.1.3.Jawatankuasa Teknikal Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya.Tugas utama Jawatankuasa ini ialah melibatkan hal-ehwal kepegawaian teknikal sukan ini.19.6.1.4.Jawatankuasa Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya.Tugas utama Jawatankuasa ini ialah memilih pemain-pemain untuk diperakukan kepada Majlis/Jawatankuasa Induk bagi mewakiliNegeri Perakdalam sukanKOSHIKIdalam pertandingan-pertandingan.19.6.1.5.Jawatankuasa Pertandingan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya.Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mengelolakan pertandingan-pertandingan di peringkatNegeri Perak.19.6.1.6.Jawatankuasa Tatatertib Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya.Tugas utama Jawatankuasa ini ialahmemperakukan kepada Majlis/Jawatankuasa Induk mengenai tindakan tatatertib yang perlu diambil terhadap kes-kes yang dikemukakan kepadanya oleh Majlis/Jawatankuasa Induk.19.6.1.7.Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya.Tugas utama Jawatankuasa ini ialah melaksanakan arahan Majlis/Jawatankuasa Induk dari masa ke semasa.20.0.MESYUARAT MAJLIS/JAWATANKUASA INDUK:20.1.Majlis/Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang sekali di dalam masatiga (3)bulan.Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terlebih dahulu.Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang Ahli Majlis/Jawatankuasa Induk bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Majlis/Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa.20.2.Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Majlis/Jawatankuasa Induk hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.21.0.KEWANGAN:21.1.Kewangan Persatuan diperolehi melalui:21.1.1.Yuran tahunan dan penalti kemasukan semula.21.1.2.Derma dan tajaan.21.1.3.Bantuan dari kerajaan atau badan-badan berkanun.21.1.4.Hasil-hasil perniagaan Persatuan.21.1.5.Sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara.21.2.Pendapatan Persatuan yang diperolehi hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai objektif dan matlamat Persatuan dan ahli-ahlinya seperti yang disebutkan dalam perlembagaan ini.21.3.Semua cek Persatuan hendaklah ditandatangani olehBendahari Kehormat dan Presiden atau Setiausaha Kehormat.21.4.Perbelanjaan yang lebih daripadaRM1500.00 (Ringgit Malaysia Seribu Lima Ratus Sahaja)bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Majlis/Jawatankuasa Induk.21.5.Perbelanjaan kurang daripadaRM1500.00 (Ringgit Malaysia Seribu Lima Ratus Sahaja)bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Bendahari Kehormat bersama Presiden atau Setiausaha Kehormat.Bendahari Kehormat boleh menyimpan wang runcit tidak lebih daripadaRM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja)dalam sesuatumasa.Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Majlis/Jawatankuasa Induk.Akaun bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.21.6.Penyata dari hal wang diterima dan dibelanjakan berserta Lembaran Imbangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan.Penyata kira-kira yang diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang berikutnya dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli-ahli Persatuan.21.7.Tahun kewangan Persatuan ini ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tiap-tiap tahun.22.0.JURUAUDIT:22.1.Dua (2)orang yang bukannya Ahli Jawatankuasa boleh dilantik semasa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sebagai Juruaudit.Mereka akan memegang jawatan selamadua (2)tahun dan boleh dilantik semula.Tugas Juruaudit ialah membuat pemeriksaan terhadap kira-kira kewangan Persatuan dan membuat laporan dan pengesahkan penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan.22.2.Mesyuarat Agung Dwi Tahunan boleh juga melantik Firma Audit yang bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja auditan Persatuan sekiranya perlu.23.0.TAFSIRAN UNDANG-UNDANG:23.1.Di antara Mesyuarat Agung Dwi Tahunan, Majlis/Jawatankuasa Induk boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini.Majlis/Jawatankuasa Induk boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini sekiranya mustahak.23.2.Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan, keputusan Majlis/Jawatankuasa Induk terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.24.0.PENAUNG/PENASIHAT:24.1.Majlis/Jawatankuasa Induk Persatuan boleh juga melantik orang-orang yang layak menjadi penaung atau penasihat bagi Persatuan ini, sekiranya perlu.24.2.Penaung dan Penasihat tidaklah berkuaa dalam sebarang keputusan Persatuan ini dan juga tidak boleh membuat undian dalam sebarang keputusan yang dikemukakan serta undian melantik Ahli Majlis/Ahli Jawatankuasa Induk.25.0.PINDAAN PERLEMBAGAAN:25.1.Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.25.2.Permohonan untuk perubahan-perubahan atau pindaan kepada perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan mesyuarat yang memutuskan perihal perubahan atau pindaan tersebut.Perubahan atau pindaan kepada perlembagaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.26.0.LARANGAN:26.1.Segala bentuk perjudian dan perkara-perkara yang bertentangan dengan Undang-undang Malaysia dilarang dilakukan dalam mana-mana premis Persatuan.26.2.Persatuan atau Ahli Persatuan tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan ke dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.26.3.Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli Persatuan atau tidak, atas nama Persatuan atau pemegang-pemegang jawatan tanpa kelulusan daripada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan pihak berkuasa.26.4.Persatuan atau ahli-ahli Persatuan tidak boleh melibatkan dalam mana-mana kegiatan politik atau parti politik, atau bergabung atau mengadakan hubungan dengan apa jua parti politik dan menggunakan nama Persatuan dalam apa jua isu-isu politik.Sesebuah ahli Persatuan yang didapati ada hubungan dengan mana-mana parti politik akan dipecat dari Persatuan ini dengan serta merta.27.0.PEMBUBARAN:27.1.Persatuan ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang khusus untuk tujuan ini dan dengan keputusan oleh dua pertiga daripada ahli Persatuan.27.2.Sekiranya Persatuan ini hendaklah dibubarkan secure yang disebutkan diatas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang atau harta benda yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujuikan di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.27.3.Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia di dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.(Presiden)(Setiausaha Kehormat)Nama:NEOH THEN HOCKNama:OOI CHOON KEOW