pengurusan dan pembuatan keputusan (fem...

88
PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN (FEM 3201) Oleh: Bukryman Sabri Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN

KEPUTUSAN

(FEM 3201)

Oleh:

Bukryman Sabri

Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian

Pengguna

KULIAH 7

INPUT

Proses Pengurusan Sebagai Sistem

Input

permintaan

matlamat

peristiwa

sumber

nilai

keperluan

Truput Output

maklumbalas

persekitaran

INPUT PENGURUSAN

• Matlamat

• Peristiwa

• Nilai

• Keperluan

• Sumber

MATLAMAT

Matlamat

• Objektif yang berasaskan nilai.

• Memberi arahan / tujuan kepada nilai-nilaiyang dipegang.

• Lebih khusus berbanding nilai

– Matlamat boleh dicapai sepenuhnya.

• Pencapaian memerlukan daya usaha yang berterusan.

Penetapan Matlamat

• Proses yang berterusan

• Dibentuk - pelbagai punca.

• Contoh melalui kemahuan, falsafah hidup, nilai, sikap, reaksi-reaksi dari alam sekitar, pengalaman, pengetahuan dan maklumatbaru yang diperolehi

Faedah Penetapan Matlamat

• Membantu dalam menentukan arah / halatuju kehidupan.

– Menggalakkan cara hidup berwawasan.

– Mudah menentukan arah tumpuanmenggunakan sumber

– Merancang aktiviti khusus ke arahmatlamat tersebut.

– Elak pembaziran sumber - hala tuju yang jelas.

Faedah Penetapan Matlamat (samb..)

• Mempertingkatkan motivasi - memperbaiki prestasi, menambahkan keyakinan diri / berdisiplin dalam menguruskan kehidupan seharian.

– Adanya matlamat yang hendak dicapai, akan lebih bersemangat lebih yakin untuk terus berusaha

Faedah Penetapan Matlamat (samb..)

• Memudahkan proses pengurusan.

– Individu lebih cekap dalam mengawalpenggunaan sumber-sumber.

– Menentukan keutamaan antara pelbagaimatlamat, sumber-sumber dapatdiagihkan dengan lebih baik. melicinkanlagi proses pengurusan dilakukan.

• Membantu menangani segala halangan kepencapaian matlamat.

Faedah Penetapan Matlamat (samb..)

• Membantu menjelaskan lagitanggungjawab, tugas dan fungsisesebuah sistem dengan mudah.

– Memupuk semangat berkerjasamadan hubungan yang harmoni antaraindividu dalam sesebuah sistem.

Faedah Penetapan Matlamat (samb..)

• Tahap pencapaian dan kepuasan yang diperolehi dapat diukur.

– Dapat membantu menilai kemampuan diri.

– Dapat memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kekuatan yang ada.

• Menjadi satu alasan asas perjuangan sesebuah sistem.

Mengapakah gagal dalam mencapai matlamat

yang telah ditetapkan?

• Tiada kepercayaan, keyakinan diri /motivasi untuk berusaha;

• Tiada ketahanan diri dan mudah putus asa;

• Terlalu banyak halangan yang boleh menggagalkan usaha;

• Matlamat yang ditetapkan terlalu tinggi,

• Matlamat ditetapkan kabur, tidak jelas dan rumit.

Matlamat Yang Hendak Ditetapkan MestilahMempunyai Aspek-aspek :

SMART• S (spesific atau khusus)

• M (measurable atau boleh diukur)

• A (achievable atau boleh dicapai)

• R (realistic atau boleh menjadi kenyataan)

• T (time atau jangka masa).

• Ambil kira dalam proses penetapan matlamat, lebihyakin untuk mencapainya.

Matlamat Yang Hendak Ditetapkan Mestilah Mempunyai Aspek-aspek : (Samb..)

• Khusus (S)– Jelas, tidak terlalu umum dan kabur dari segi

semua aspek yang penting (contohnya jangka masa pencapaian –setiap bulan, setiap semester, kuantiti dan kualiti sesuatu yang hendak dicapai—pangkat A, RM50.00).

• Boleh diukur (M)– Dinilai tahap pencapaiannya. – Contohnya dengan menetapkan jumlah

RM50.00 setiap bulan, memudahkan individu untuk mempastikan bahwa jumlah yang perlu diperuntukkan setiap bulan adalah RM50.00 bukannya RM30.00 atau sebagainya.

Matlamat Yang Hendak Ditetapkan Mestilah Mempunyai Aspek-aspek : (Samb..)

• Boleh dicapai (A) – Faktor utama difikirkan adalah faktor

sumber khususnya kemampuan atau keupayaan diri sendiri.

– Elakkan dari merancang sesuatu diluar kemampuan sumber yang ada.

– mestilah betul menjadi kenyataan. – Penetapan sesuatu matlamat mestilah

berdasarkan nilai peribadi, bukan mengikut kepentingan nilai orang lain.

Matlamat Yang Hendak Ditetapkan Mestilah Mempunyai Aspek-aspek : (Samb..)

• Boleh menjadi kenyataan (R) – Mestilah berdasarkan nilai peribadi,

bukan mengikut kepentingan nilai orang lain.

– Tidak terlalu banyak matlamat pada satu masa.

Matlamat Yang Hendak Ditetapkan Mestilah Mempunyai Aspek-aspek : (Samb..)

• Masa (T)– Pastikan matlamat mempunyai jangka

masa yang tertentu (sehari, sebulan, setahun dan sebgainya).

– Memudahkan proses pengurusan (merancang peruntukan sumber dan aktiviti mengikut tempuh yang ditetapkan).

Matlamat Yang Hendak Ditetapkan Mestilah Mempunyai Aspek-aspek : (Samb..)

• Contoh matlamat SMART ???

– Untuk menyimpan sebanyak RM50.00 setiap bulan

– Untuk lulus dalam lima kursus dengan pangkat A setiap semester

– Untuk mengadakan perbincangan kumpulan setiap hari selama satu jam di perpustakaan

– Membeli sebuah basikal berharga RM200.00

Ciri-Ciri Matlamat

1. Mempunyai jangka masa.

– Masa untuk mencapai sesuatu matlamatberbeza mengikut keadaan dan jenismatlamat tersebut.

– Matlamat dikelaskan kepada

• Matlamat jangka panjang,

• Jangka sederhana

• Jangka pendek.

Ciri-Ciri Matlamat (Samb..)

• Matlamat jangka panjang– Matlamat yang tetap /umum – Memerlukan pengumpulan sumber-sumber – Masa yang panjang

• Matlamat jangka sederhana atau pertengahan– Langkah untuk mencapai matlamat jangka

panjang– Lebih khusus dan lebih mudah ditetapkan

berbanding matlamat jangka panjang– Jangkamasa antara setahun hingga lima tahun.

Ciri-Ciri Matlamat (Samb..)

• Matlamat jangka pendek– Cara / langkah-langka menuju

pencapaian matlamat jangka sederhana dan panjang.

– Lebih jelas dan mudah dicapai – Boleh dicapai dalam jangka masa yang

pendek ( sehari, seminggu, sebulan atau kurang dari setahun)

Ciri-Ciri Matlamat (Samb..)

2. Matlamat mempunyai kesinambungan

– Penetapan matlamat merupakan satuProses yang berterusan.

– Pembentukan secara sedar atau tidak. – Matlamat baru perlu dibentuk apabila

• Matlamat lama telah dapat dicapai, • Gagal untuk dipenuhi, • Matlamat lama telah dilupakan, • Terdapat halangan-halangan, • Minat dan aktiviti berubah• Kerana nilai hidup telah berubah.

Ciri-Ciri Matlamat (Samb..)

3. Setiap matlamat besifat saling bergantungan, saling berkaitan dan bertindihlapis

– Penetapan satu matlamat, membawa kepadapenetapan suatu matlamat yang lain.

• Contohnya individu yang mempunyaimatlamat untuk meneruskan pengajian keUniversiti, pastinya mempunyai matlamatuntuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, untuk bergerak aktif dalamaktiviti kokurikulum, dan untukmeningkatkan kemahiran IT(teknologimaklumat).

Peristiwa

Peristiwa

• Permintaan - input pengurusan.

• Sebagai segala kejadian yang berlaku diluar dugaan atau tidak dijangka yang memerlukan sesuatu tindakan.

– Contohnya kemalangan, kematian, banjir, ribut, kegagalan dalam ujian, kuiz mengejut yang diadakan tanpa mengira jadual kuliah

Peristiwa (Samb..)

• Output daripada satu sistem dan menjadi input bagai sistem yang lain

• Boleh dikategorikan kepada

– Kejadian yang berlaku tanpa diduga dan yang berlaku berlawanan dengan yang diduga.

Peristiwa (Samb..)

• Keupayaan menghadapi /memahami peristiwa berbeza-beza antara individu /sesebuah sistem (keluarga).

• Dipengaruhi faktor

– Nilai dan sumber

Peristiwa (Samb..)

• sesuatu peristiwa yang berlaku memerlukan lebih dari satu tindakan tertentu diambil… KRISIS

– Contohnya kemalangan

Peristiwa (Samb..)

Konsep krisis

• Suatu kejadian berlaku secara tiba-tiba, diluar dugaan

• Sukar dijangkakan , berpotensi berlakupada bila-bila masa

• Kesan negatif serta bahaya kepadasesebuah sistem.

Peristiwa (Samb..)

• Boleh mengancam / menggugatkestabilan, serta memberi tekanan.

• Peristiwa yang berisiko tinggi danmemerlukan pengawasan yang rapi.

Tahap

Kestabilan

Tahap organisasi semula

Krisis berlaku

Sudut pemulihan

Jangkamasa serakberai

1 2 3 4

Jangkamasa(bulan/tahun)

Peristiwa (Samb..)

Peristiwa

?? Mengatasi sesuatu peristiwa/ krisis yang berlaku

• Perlu sedar dan faham peristiwa/krisis yang berlaku perlu diambiltindakan segera

• Bersiap sedia dan berwaspada.

• Langkah yang positif .

• Elak perasaan putus asa dalam mengurus.

Rumusan

• Matlamat dan peristiwa merupakan permintaan yang menjadi imput kepada sistem pengurusan.

• Perlu mempunyai matlamat hidup yang ditetapkan berasaskan kepada nilai

• Pencapaian sesuatu matlamat perlu dirancang, bagi mengelakkan masalah dalam peruntukkan sumber.

• Matlamat perlu disemak, dikaji ketika– Ditetapkan, menghadapai masalah / gagal

mencapainya / kejayaan dan berada dalam keadaan yang stabil

Rumusan (Samb..)

• Boleh diterima atau yakin boleh dicapai

• Tentukan keutamaan antara pelbagai matlamat berpandukan nilai.

• Cara sesuatu matlamat ditetapkan menentukan keberkesanan pencapaiananya.

• Pastikan matlamat ditulis dalam bentuk matlamat SMART

• Jangan jadikan peristiwa sebagai penghalang usaha untuk mencapai sesuatu matlamat.

NILAI

Nilai

• Sesuatu amat penting, berharga, bermakna oleh seseorang dalam hidupnya.

• Sesuatu yang murni

• Dapat memberi kepuasan yang tinggi jika dapat dipenuhi.

• Merasa resah, tidak puas hati jika tidak dipenuhi.

Nilai (Samb..)

Dalam konteks pengurusan sumber NILAI

• Sesuatu yang diusahakan untuk dicapai.

• Mempengaruhi segala keputusan dan tindakan yang dibuat secara sedar.

• Mempengaruhi persepsi individu terhadap sesuatu & pembentukan sesuatu matlamat

Nilai (Samb..)

• Contoh nilai-nilai murni mendokong kejayaan dalam kehidupan

– Amanah,

– Bertanggung jawab,

– Ikhlas,

– Dedikasi,

– Bersederhana,

– Tekun, bersih,

– Berdisiplin,

– Berkerjasama, berbudi mulia,

– Bersyukur dan kasih sayang.

Nilai (Samb..)

• Individu - nilai yang sama.

– Contohnya, kasih sayang, bersih, kesihatan dan bertanggung jawab.

• Perbezaan

– Dari segi susunan keutamaan atau kepentingan ke atas nilai-nilai tersebut.

– Tafsirannya (makna sebenar), dan

– Tahap penekanan yang diberikan dalam kehidupan.

Nilai (Samb..)

• Nilai yang dipegang agak sukar untuk dikenalpasti

– Ini disebabkan setiap orang memegang lebihdari satu nilai dalam satu-satu keadaan danaktiviti yang diceburi juga bolehmenggambarkan pelbagai tuju

• Keutamaan ke atas sesuatu nilai berubah-ubahmengikut Situasi .

• Masalah yang hendak diselesaikan.

– Contoh, untuk memilih makanan, tempattinggal

Pembentukan Nilai

• Keluarga

• Reaksi pengalaman dalam pelbagai situasi seperti di sekolah, jalan raya, pusat-pusat rekreasi, media

• Berbeza antara individu

• Bergantung kepada keadaan pergaulannya dengan masyarakat sekeliling

Kepentingan Nilai

• Dijadikan kriteria dalam menentukankeutamaan antara pelbagai matlamat

• Membantu memudahkan peruntukansumber .

Nilai

• Jenis-Jenis Nilai

• Tiga jenis yang asas iaitu

• Nilai personal, nilai moral dan nilai sosial.

Nilai (Samb..)

• Nilai personal – Merupakan ciri atau tingkah laku individu yang

dilihat dalam kehidupan mereka seharian. – Sebagai contoh, nilai ini dapat ditunjukkan

melalui tingkah laku individu sepertiberdisiplin,

• Nilai moral – Merupakan perasaan individu terhadap sesuatu

yang boleh menimbulkan sangkaan betul atausalah.

– Bertimbang rasa, kebenaran, kebersihan, dankeikhlasan.

Nilai (Samb..)

• Nilai sosial– Perhubungan individu dengan orang lain

/pergaulanannya dalam kehidupanbermasyarakat.

– Tidak semua nilai yang dipegang olehseseorang itu adalah betul atau patutditerima oleh orang lain.

Klasifikasi Nilai

Dimensi

• Relatif dan mutlak

• Intrinsiks dan ekstrinsiks

• Umum dan khusus

Klasifikasi Nilai (Samb..)

Nilai relatif

• Mudah berubah-ubah oleh pengaruh sekeliling.

• Interperatasinya bergantung kepada keadaan persekitaran individu.

• Dianggap sukar untuk dikenalpasti dan dijelaskan.

• Kepentingan berubah-ubah mengikut keadaan / situasi individu itu berada.

• Sukar untuk menentukan nilai seseorang jika nilai relatif.

– Contohnya nilai ekonomi, kesihatan

Klasifikasi Nilai (Samb..)

Nilai mutlak

• Rigid, tetap dan tidak mudah berubah

• Selalunya berkait rapat dengan nilai-nilaikeugamaan

• Seakan-akan norma-norma masyarakat

– Contohnya nilai amanah, jujur, ikhlas.

• Jika diubah, tidak lagi dianggap mutlak.

• Dalam situasi yang sama nilai-nilai yang dipegangboleh menjadi relatif atau mutlak mengikut tujuantindakan yang dibuat.

– Contoh aktiviti menderma

Klasifikasi Nilai (Samb..)

Nilai Intrinsiks

• Sesuatu yang mempunyai makna tersendiri / tujuan yang muktamad.

• Merupakan kualiti pengalaman individu yang hakiki atau sebenar.

– Contohnya kepuasan melihat sesuatu yang indah, bersih

– kepuasan melihat ketenangan lautan yang luas, air biru.

– kepuasan melihat kejayaan diri sendiri.

– Apa yang di alami tidak dapat dinyatakansebenar-benarnya kepada orang lain.

Klasifikasi Nilai (Samb..)

Nilai Ekstrinsiks

• Menjadi saluran atau cara untuk memenuhikeperluan dan tahap nilai yang lebih tinggi.

– Contohnya: nilai-nilai murni seperti tekun, berdisipin, bersyukur, bertanggungjawab

– Merupakan cara dan langkah untuk memenuhinilai-nilai kejayaan atau kecemerlangan hidup.

– Jika tidak menanamkan nilai-nilai murni secaraberterusan sudah pasti susah mencapaikejayaan yang diinginkan.

Klasifikasi Nilai (Samb..)Nilai Umum

• Dipenuhi secara melibatkan pelbagai tindakan/ aktiviti.

• Biasanya tidak boleh dicapai hanya dengan menumpukan kepada satu aktiviti sahaja

• Disebut ―higher order values‖

Klasifikasi Nilai (Samb..)Nilai Umum

• Memerlukan pelbagai usaha. – Contoh nilai pengetahuan (nilai umum);

• Dicapai dengan berusaha mengumpul pelbagai maklumat, membaca, berbincang dan mengadakan lawatan-lawatan.

– Nilai keselamatan (nilai umum)• Dipenuhi melalui pelbagai tindakan

seperti membeli insuran, membeli rumah, melabur dll.

Klasifikasi Nilai (Samb..)

Nilai Khusus

• Dipenuhi melalui tindakan yang khusus

• Tercapai apabila sesuatu matlamat dipenuhi.

– Contohnya nilai berjimat cermat, ekonomi dalam perbelajaan

Ciri-Ciri Nilai

• Memahami akan tafsiran nilai

(1). Nilai mempengaruhi tindakan dankeputusan yang dibuat.• Apa yang dirasakan penting. • Membantu membuat sesuatu pilihan

antara alternatif.• Contohnya: mengambil keputusan

untuk belajar atau bekerja.

Ciri-Ciri Nilai (Samb..)

(2). Nilai adalah sesuatu yang kompleks

•Susah untuk memahami atau mengenalpasti nilai yang mempengaruhi keputusan yang dibuat.

•Biasanya lebih dari satu nilai akan mempengaruhi sesuatu tindakan Contohnya: pemilihan bidang pengajian dan bidang kerjaya.

Ciri-Ciri Nilai (Samb..)

(3) Nilai mempunyai makna yang positif atau sebenar kepada orang yang memengang.

• Setiap individu`mempunyai makna tersendiri bagi setiap nilai yang dipegang.

• Betul atau baik bagi seseorang tidak semestinya betul atau baik bagi orang lain, begitulah sebaliknya.

Ciri-Ciri Nilai (Samb..)

(4). Nilai adalah umum, tidak khusus kepada sesuatu perkara sahaja.

• Contohnya nilai kecantikan.

• Untuk gambar, tingkahlaku , alunan lagu.

• Nilai itu adalah sesuatu yang abstrak dan tidak merupakan satu tindakan yang konkrit

Ciri-Ciri Nilai (Samb..)

(5). Nilai jarang dapat dicapai sepenuhnya

• Tidak akan puas dengan apa yang telah dicapai, akan terus berusaha untuk mencapai kepuasan dengan sepenuhnya.Contohnya nilai keselesaan, kemewahan

Ciri-Ciri Nilai (Samb..)

6. Nilai timbul dari perasaan yang mendalam.

• Menjadi sesuatu kepercayaan/ pegangan

• Melibatkan emosi dan ketegangan, perasaan

• Boleh membangkitkan semangat marah, gelisah, resah tidak dapat disuarakan, bertentangan dengan pegangan.

KEPERLUAN

Apakah keperluan?

• Sesuatu yang perlu dipenuhi untuk hidup

• Motivasi berasaskan biologi.

• Faktor asas untuk hidu dan pembangunan

• Mempengaruhi pembentukan matlamat dan penggunaan sumber.

• Bersifat lebih sejagat, berbanding dengan nilai.

Keperluan (Samb..)

• Terbentuk mengikut turutan dan kepentingan

• Memenuhi keperluan asas bagi membolehkan nya memenuhi keperluan yang lebih tinggi

• Teori Maslow - Konsep keperluan manusia

TEORI MASLOW (1970)

5 tahap keperluan:

1. Keperluan fisiologi,

2. Keperluan kesalamatan,

3. Keperluan sosial,

4. Keperluan esteem diri

5. Nirwana diri.

Keperluan Fisiologi

• Keperluan paling asas

• Amat penting - menjamin kehidupan

• Lebih khusus

− Contohnya lapar, tiada tempat tinggal, terlalu mengantuk , akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk memenuhinya.

Keperluan keselamatan

• Bebas dari yang menakutkan, merbahaya atau ugutan.

• Keperluan keselamatan dan fisiologi ..keperluan asas kehidupan.

• Masih terdapat individu yang masih tidak mampu untuk memenuhi keperluan ini.

Keperluan Sosial

• Mempunyai perkaitan dengan interaksi sosial seperti mendapat kasih sayang /diterima orang lain.

Keperluan Esteem Diri

• keperluan untuk dihormati, disanjungi, dikenali

• Pelbagai usaha dilakukan memenuhi keperluan – Contoh bergiat cergas dalam aktiviti

kemasyarakatan, mendapat sanjungan /dikenali.

• Dianggap sebagai tahap keperluan yang paling tinggi oleh kebanyakkan orang.

Nirwana Diri

• Keperluan yang paling tinggi

• Sebagai tahap pencapaian potensi diri sepenuh.

• Berusaha , mempunyai disiplin diri yang tinggi, , bersikap proaktif, kreatif, personaliti yang stabil dan mempunyai banyak pengalaman.

• Lebih rasional dalam membuat keputusan, lebih berkeyakinan melakukan sesuatu, merasakan dirinya bebas dari sebarang ugutan, bebas memajukan diri membentuk gaya

Rumusan

• Nilai dan keperluan input sistem pengurusan.

• Nilai dan keperluan memudahkan keputusan peruntukaan sumber

• Setiap individu akan berusaha untuk memenuhi nilai dan keperluan.

• Setiap orang harus tahu makna sebenar nilai yang dipegang.

• Tidak seharusnya cepat terpengaruhi dengan nilai orang lain dalam membuat sesuatu keputusan

Rumusan (Samb..)

• ― Kawan anda pula bercadang untuk balik ke kampung hujung minggu ini dengan menaiki bas. Menggunakan wang pinjaman yang baru sahaja diperolehinya, beliau telah pergi ke stesyen bas untuk membeli tiket dengan menunggang motosikal kawannya‖

• ― Setiap petang sekumpulan pelajar telah turun ke padang untuk mengadakan latihan bola sepak. Walaubagaimanpun terdapat pelajar yang gagal mengikuti latihan sepenuhnya dalam seminggu kerana pada waktu yang sama mereka perlu menghadiri kuliah‖.

SUMBER

SUMBER

Pengertian Sumber

Merupakan segala cara / punca yang tersedia ada pada diri individu atau dalam persekitaran yang disedari atas potensinya untuk memenuhi sesuatu permintaan dan keperluan.

Klasifikasi Sumber

• Sumber-sumber berbeza jenis dan

potensinya untuk memenuhi

permintaan keperluan

• Sumber manusia

• Sumber bukan manusia.

Sumber Manusia

• Segala punca yang terdapat pada diri individu / digunakan untuk memenuhi sesuatu pemintaan dan keperluan hidup.

• Ciri-ciri personal individu di bahagikan kepada sumber daya manusia dan modal insan.

Sumber Daya Manusia

Dikelaskan kepada :

•Sumber kognitif,

•Afektif

•Psikomotor

Sumber Kognitif

– Sifat mental individu yang datangnya dari daya pemikiran atau akal fikiran.

– Contohnya pengetahuan, daya cipta, kecederasan intelek, kefahaman, keyakinan dan kebolehan berkomunikasi.

– Merupakan sumber yang penting / berharga¸

• disebabkan boleh mempengaruhi dan menentukan kualiti dan kuantiti sumber yang lain.

• Sebagai contoh, sumber pengetahuan dan daya cipta

Sumber Afektif

• Sifat individu yang berkaitan perasaan dan emosi atau hasil dari kedua-duanya.

• Perlu dikawal penggunaanya untuk kebaikaan diri dan masyarakat sekeliling.

• Contohnya sifat peramah, bersabar, perasaan bertimbang rasa, bermotivsi, sifat bertolak ansur, minat, sifat berkerjasama, dan sensitif.

• Sumber ini boleh mempengaruhi tingkahlaku individu dalam menguruskan sumber yang lain.

Sumber Psikomotor

• Keupayaan untuk bergerak atau melakukan sesuatu kerja.

• Reaksi fizikal terhadap rangsangan dari akal fikiran, dan melibatkan gerakan mental dan otot-otot tubuh.

• Contohnya keupayaan mendengar, melihat, bercakap,, kemahiran bekerja, keupayaan bergerak, tenag, termasuk rangka tubuh (saiz besar, kecil, gemuk). – Sebagai contoh jika kesihatan tubuh tidak

dijaga dengan baik, kita akan selalu merasa kekurangan tenaga untuk melaksanakan sesuatu kerja, inai akan amenjejaskan kelancarana sesuaut kerja yang telah dirancang.

Modal Insan

• Stok sumber manusia yang boleh memberi kesan terhadap pendapatan individu dimasa hadapan

• Boleh ditingkatkan melalui proses pembelajaran samada secara formal atau tidak formal (tanpa disedari).

• Contohnya tahap pendidikan, jenis pekerjaan, umur.

Sumber Bukan Manusia

• Segala punca yang terdapat dalam alam persekitaran yang mempunyai ciri-ciri yang boleh digunakan untuk memenuhi sesuatu matlamat atau keperluan kehidupan.

– Sumber semula jadi – Rekaan manusia

•Persekitaran fizikal •Persekitaran sosial.

Sumber Bukan Manusia (Samb..)

• Persekitaran fizikal

– Merupakan segala unsur-unsur yang terdapatdalam persekitaran sama ada yang

– Boleh dipegang (tanah, bahan-bahan logam )

– Yang tidak boleh dipegang tetapi boleh diukur( ruang, cahaya, udara, suhu dan bunyian)

• Persekitaran sosial

– Semua instituisi sosial (politik, ekonomi, teknologi dan sosiobudaya)

– Sekolah, pusat membeli belah, bank, pusatrekreasi dan lain-lain kemudahan awam.

Ciri-Ciri Sumber

• (i) Sumber-sumber mempunyai nilai faedah atau kepentingan.

• (ii) Sumber-sumber boleh didapati walaupun kualiti dan kuantitinya berbeza-beza.

» Ini bermakan sumber boleh direkacipta, dibentuk, diperluaskan atau ditingkatkan kuantitinya dan kualiti melalui usaha-usaha yang tertentu.

Ciri-Ciri Sumber (Samb..)

• (iii) Sumber adalah terhad.

» Ini bermakna sesuatu sumber tidak boleh digunakan untuk memenuhi segala keperluan atau kehendak dalam satu masa atau serentak.

• (iv) Sumber-sumber bersifat saling tukar alih.

» Sumber-sumber saling berkaitan dimana ia boleh ditukarganti antara satu dengan yang lain. Contohnya wang boleh ditukar dengan kemahiran atau perkhidmatan atau pengetahuan.

Ciri-Ciri Sumber (Samb..)

• (v). Sumber adalah saling bergantung

» Ketiadaan atau kekurangan sesuatu sumber akan menjejaskan pelaksanaan sesuatu kerja / melambatkan pencapaian sesuatu matlamat, walaaupaun sumber lain telah diperolehi.

» Contoh, udara air, makanan, untuk kehidupan

» Tenaga, kemahiran, kesihatan untuk pelaksanaan sesuatu kerja

Ciri-Ciri Sumber (Samb..)

• (vi) Sumber sumber boleh diuruskan.

»Sumber-sumber boleh dikawal penggunaannya, diatur / dirancang mengikur keperluan /matlamat

»Boleh membuat andaian atau jangkaan hasil yang akan diperolehi dari penggunaan sumber yang dirancang

Prinsip Penggunaan Sumber

• Rancang penggunaannya supaya seimbang

• Bersederhana

• Elak dari berlakunya pembaziran

• Tambah sumber yang berkurangan

Prinsip Penggunaan Sumber (Samb..)

• Lindungi dan hargai sumber-sumber yang ada.

• Sedari akan kelebihan sumber (bakat) terpendam dan

• Tingkatkan utiliti dalam setiap penggunaannya.

Rumusan

• Sumber merupakan input utama pengurusan. Tanpa sumber yang cukup, aktiviti pengurusan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

• Sumber-sumber perlu dikenalpasti sebelum sesuatu perancangan dimulakan

• Memahami akan kepentingan dan potensi sesuatu sumber dapat membantu menguruskan kehidupan dengan lebih berkesan.

• Hasil daripada pengurusan sumber-sumber ini, sesuatu matlamat akan mudah dipenuhi dan kepuasan yang diperolehi dapat dipertingkatkan.