teknologi vokasional matematik - · pdf filematematik tingkatan 3 bahagian pembangunan...

16
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK TINGKATAN 3 2014

Upload: lamnhi

Post on 07-Feb-2018

274 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

i

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK

TINGKATAN 3

2014

Page 2: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

ii

Page 3: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL

MATEMATIK

TINGKATAN 3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

Page 4: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

iv

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

Page 5: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

v

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii

3. KATA PENGANTAR viii

4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 1

5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 2

5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum 6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

4 4 4 4 5

6-9

Page 6: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

vi

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 7: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 8: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

viii

Page 9: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

1

PENGENALAN

Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Pendidikan Asas Vokasional

Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.

Kurikulum Modular Berasaskan Standard

Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan

Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.

Page 10: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

2

PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 2 waktu seminggu selama 14 minggu menjadikan keseluruhan 28 waktu setahun.

Guru berlatarbelakang opsyen Matematik paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Penggunaan Teknologi Dalam P&P

Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

Page 11: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

3

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK

Page 12: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

4

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul Kurikulum Sains, Matematik dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bertujuan mengembangkan potensi individu agar berpemikiran logik, kritis, kreatif dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni selaras dengan perkembangan sains dan teknologi untuk

menangani cabaran abad ke-21. Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat;

. 1. Membentuk kefahaman tentang konsep, hukum dan prinsip yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan; Perkaitan; Geometri

dan Statistik 2. Mempertingkatkan kemahiran matematik berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan; Perkaitan; Geometri dan Statistik seperti:

Mengukur dan membina

Membuat anggaran dan penghampiran

Memungut dan mengendali data

Mewakilkan dan mentafsir data

Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik

Menggunakan algoritma dan perkaitan

Menyelesaikan masalah

Membuat keputusan 3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar bagi menyelesaikan

masalah dalam pelbagai konteks. 4. Mengamalkan secara konsisten kemahiran proses matematik iaitu

penyelesaian masalah;

penaakulan matematik;

komunikasi secara matematik;

perkaitan; dan

perwakilan

5. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan harian.

6. Menyedari bahawa idea matematik saling berkait, dan merupakan ilmu yang menyeluruh dan bersepadu, serta mampu menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.

7. Menggunakan teknologi bagi membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka idea matematik di samping memperkayakan pengalaman pembelajaran.

8. Memupuk dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif terhadap matematik serta menghargai kepentingan dan keindahannya. 9. Membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kecekalan dalam menyelesaikan masalah. 10. Mengamal dan mengembangkan kemahiran generik bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

Page 13: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

5

Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Matematik memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah

Organisasi Standard Kurikulum

Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3. Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.

Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

Page 14: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

1. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang isi padu prisma tegak dan silinder membulat tegak.

1.1 Menentukan isi padu prisma tegak dan silinder membulat tegak dalam pelbagai konteks.

1.1.1 Menentukan isi padu prisma tegak yang berkeratan rentas

a) segiempat sama b) segiempat tepat

c) segitiga

1.1.2 Menentukan isi padu silinder membulat tegak.

1.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan isi padu prisma tegak dan silinder membulat tegak.

2. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman matematik dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek.

2.1 Melaksanakan projek yang mengaplikasikan kefahaman matematik dalam pelbagai konteks.

2.1.1 Melaksanakan pembelajaran berasaskan projek dengan a)

mengaplikasikan pelbagai kemahiran matematik,

b) menggunakan pelbagai sumber, c) melibatkan diri

secara aktif, dan d) membuat keputusan yang wajar.

3. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang

3.1 Mengenal dan menentukan mod dan min bagi suatu set data.

3.1.1 Menentukan mod.

3.1.2 Mengira min dengan menggunakan rumus.

3

Page 15: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

statistik.

3.2 Mengenal dan mentafsir pelbagai perwakilan data.

3.2.1 Menyatakan kesesuaian a) Piktograf

b) Carta pai

c) Carta palang d) Graf garis

sebagai perwakilan data.

3.2.2 Mentafsir suatu perwakilan data yang diberi.

3.2.3 Melaksanakan pembelajaran berasaskan projek yang melibatkan

a) pengumpulan data,

b) pengorganisasian data, c) perwakilan

data,

d) pentafsiran perwakilan data.

4

Page 16: TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK - · PDF fileMATEMATIK TINGKATAN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM ... 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

20

Terbitan: