elizabeth salaus - ir.unimas.my filem seram hollywood yang... · 1.0 pengenalan 1 1.1 pemyataan...

24
GENRE FILEM SERAM HOLLYWOOD YANG MEMPERTENGAHKAN WATAK mu TUNGGAL DALAM KONTEKS TEKANAN ELIZABETH SALAUS Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Sinematografi) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

Upload: trankhuong

Post on 08-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

~ ..

\) II

GENRE FILEM SERAM HOLLYWOOD YANG MEMPERTENGAHKAN WATAK

mu TUNGGAL DALAM KONTEKS TEKANAN

ELIZABETH SALAUS

..

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Sinematografi)

• Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK

2007

Page 2: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan. Latihan ilmiah ini ditujukan khas untuk semua ahli keluarga yang

banyak memberi galakan, dorongan dan bantuan. T erima kasih yang teristimewa buat:

Maria Lemoi Biang, Sebastian Sigar, Florance Lemuk Mat, Freddy Bohari

Nurshammera Carollyn Salaus, Shamsul Tahir, Raymond Salaus Junit, Noni Perak

Tidak lupa juga kepada ayahnda Salaus Junit Dundang yang telah pergl 17.10.1996.

Anaknda amat merindui dan menyayangimu.

Ucapan terima kasih juga kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif diatas kemudahan yang

disediakan untuk tujuan peng~aran. Tidak lupa juga kepada para pensyarah:

Cik Teo Miaw Lee

Encik Abdul Riezal Dim

Encik M. Fazmi Hisham

Puan Candida Jau Emang

Teristimewa sekali buat Justine Harold Sebastian Sigar di atas dorongan dan kasih sayang.

Juga buat kawan-kawan Sinematografi, apartment K6/B21114 Bunga Raya, dan pelakon­

pelakon dan krew-krew Salaus Production yang menjayakan video pendek Nimang.

III

Page 3: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

KANDUNGAN

PENGESAHANSTATUSLAPORAN

PENGESAHAN DAN T ANDAT ANGAN PENYELIA 11

PENGHARGAAN

SENARAI LAMPlRAN Vlll

111

KANDUNGAN IV

ABSTRAK ix

ABSTRACT x

BABI PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Pemyataan Masalah 1

1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2

1.2.1 Objektif Umum 2

1.2.2 Objektif Khusus 2

1.2.3 Matlamat Kajian 2

1.3 Kepentingan Kajian 3

1.4 Hipotesis Kajian 3

1.5 Skop Kajian 3

1.6 Metodologi Kajian 4

1.6.1 Reka Bentuk Kajian 5

IV

Page 4: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

1.6.2 Kriteria untuk Analisis (Coding)

1.6.3 Sampel Kajian

BAB2 KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan

2.1 Tekanan

2.2 Punca Tekanan

2.3 Analisis Filem berdasarkan 6 lenis-jenis Tekanan

2.3.1 Peristiwa dengan Tekanan Kronik

2.3.2 Pergaduhan Harian

2.3.3 Tekanan Makro

2.3.4 Nonevents

2.3.5 Trauma

2.3.6 Peta Tekanan

2.4 Kesimpulan

BAB3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan

3.1 Sampel Kajian

3.1.1 Analisis Filem berdasarkan lenis-jenis Tekanan

3.2 Kriteria untuk Analisis (Coding)

v

5

6

7

7

8

9

9

10

10

11

12

13

14

15 \

16

17

17

Page 5: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

3.3 Kriteria- kriteria dalam 6 lenis Tekanan

3.4 Kesimpulan

BAB4 ANALISA FILEM

4.0 Pengenalan

4.1 Gambarajah Punca Tekanan

4.2 Sinopsis Filem

4.3 Three Act Stucture

4.4 Kriteria

4.5 Kesimpulan

BABS PERBINCANGAN PROJEK NIMANG

5.0 Pengenalan

5.1 Sinopsis

5.2 Analisis Video Pendek Nimang

berdasarkan 6 lenis-jenis Tekanan

5.2.1

5.2.2

5.2.3

5.2.4

5.2.5

Peristiwa dengan Tekanan Kronik

Pergaduhan Harian

Tekanan Makro

Nonevents

Trauma

18

19

20

20

20

22

26

27

29

29

30

30

30

31

31

31

VI

Page 6: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

,.

5.2.6 Peta Tekanan 32

5.3 Proses Projek Nimang 32

5.4 Kesimpulan 33

BIBLIOGRAFI 34

LAMPlRAN

Lampiran 1

Lampiran 2 ii

Vll

Page 7: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

I

SENARAI LAMPIRAN

Gambar snapshot video pendek Nimang

Lampiran 1

Skrip video pendek Nimang

Lampiran 2

Vlll

Page 8: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

ABSTRAK

Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan

sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya. Hakikatnya, tekanan tidak boleh

dihalang atau dielakkan oleh manusia dan manusia tidak boleh lari dari tekanan. Isu

tekanan ibu tunggal memang telah lama wujud sehinggakan banyak filem Hollywood yang

memaparkan kehidupan watak ibu tunggal yang berhadapan dengan masalah tekanan.

Maka, beberapa jenis tekanan telah diaplikasikan dalam pembikinan video pendek bertajuk

Nimang.

IX

Page 9: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

jIi"

ABSTRACT

The effects of pressure on each individual depends on the characterisitic and

attitude ofeach individual in resolving it. In fact, pressure is inevitable and hard to prevent

by human being. Single mothers and pressures are always connected even Hollywood made

lots of film about single mothers encountered with pressure. As a result, few types of

pressures were applied in this short video entitled Nimang.

x

Page 10: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

·..... •

BAB1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang berpunca daripada peristiwa­

peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal (Mohd Razali

Othman, 2003). Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri­

ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya. Hakikatnya, tekanan tidak boleh

dihalang atau dielakkan oleh manusia dan manusia tidak boleh lari dari tekanan. Manakala

DeCenzo dan Robbins (1996), menyatakan tekanan lahir daripada hasil tiga faktor iaitu

faktor persekitaran, faktor individu dan faktor organisasi yang mempengaruhi individu dan

pekerjaan.

1.1 Pernyataan Masalah

Tekanan yang dialami oleh ibu tunggal sering menjadi isu hangat yang selalu

diperkatakan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Isu tekanan ibu tunggal

memang telah lama wujud sehinggakan banyak filem yang memaparkan kehidupan watak

ibu tung gal yang berhadapan dengan masalah tekanan. Oleh yang demikian, setiap pelakon

yang membawa watak ibu tunggal memerlukan daya ketahanan yang tinggi bukan sahaja Idari segi fizikal malahan emosi dan mental. Persoalannya adakah tekanan yang dihadapi

oleh ibu tunggal di dalam filem mempunyai persamaan dengan dunia realiti ibu tunggal

yang berhadapan dengan masalah hubungan interpersonal dengan anak-anak, kawan­

1

Page 11: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

..

kawan, masalah sosial dan juga kewangan. Justeru, kajian ini akan menjawab beberapa

persoalan kajian di atas.

1.2 Objektif dan Matlamat Kajian

1.2.1 Objektif Umum

Di dalam kajian ini, akan menghuraikan tentang konsep, teori dan jenis-jenis

tekanan yang dihadapi oleh ibu tunggal yang dipertengahkan oleh genre filem seram

Hollywood.

1.2.2 Objektif Khusus

Ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesahihan kehidupan ibu tunggal di

sebalik penghasilan filem-filem Hollywood iaitu filem 'The Sixth Sense' oleh pengarah

M.Night Shyamalan dan filem 'The Others' oleh pengarah Alejandro Amenabar.

1.2.3 Matlamat Kajian

Dalam kajian yang dijalankan, kajian diambil untuk penyelidikan maklumat

mengenai kajian ten tang Genre filem seram Hollywood yang mempertengahkan watak ibu

tunggal dalam konteks tekanan. Di dalam kajian ini, pengkaji akan menghuraikan tentang I konsep, teori dan jenis-jenis tekanan yang mewujudkan watak ibu tunggal dalam genre

filem Hollywood. Selain itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti sarna ada kehidupan ibu

2

Page 12: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

..

tunggal mempunyai hubungkait dengan tekanan melalui filem 'The Sixth Sense' dan filem

'The Others '.

1.3 Kepentingan Kajian

Kepentingan khusus kajian ini ialah ;

1. Mengenal pasti tahap tekanan dalam kalangan ibu tunggal.

2. Mengenal pasti hubungan di antara faktor tekanan ibu tunggal di tempat keIja dan di

rumah.

3. Mengenal pasti hubungan di antara faktor hubungan interpersonal dengan orang di

sekeliling dan anak-anak.

1.4 Hipotesis Kajian

Pengkaji berpendapat kebanyakan daripada punca tekanan berpunca daripada

masalah yang terlampau berat untuk ditanggung seperti tanggungjawab seorang ibu tunggal

terhadap anak-anak apabila ketiadaan suami, oleh itu ia mampu menjejaskan kehidupan

harian seseorang sekali gus tekanan tersebut menyebabkan seseorang mendapat tekanan

Jlwa.

1.5 Skop Kajian

Di dalam kajian ini, pengkaji inengkaji mengenai genre filem seram Hollywood

yang mempertengahkan watak ibu tunggal dalam konteks tekanan melalui filem 'The Sixth

3

Page 13: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

Sense' dan filem 'The Others '. Penggunaan dua buah filem ini sebagai kajian pengkaji

adalah disebabkan ia memaparkan kehidupan ibu tunggal yang keseorangan membesarkan

anak-anaknya tanpa bergantung dengan orang lain, berbanding dengan filem-filem seram

Hollywood yang lain seperti filem 'Ghost Ship' (2000), 'Amityville Horror' (2005), dan

'Emily Rose' (2006).

Kajian terhadap kedua-dua filem ini adalah untuk mengenal pasti sarna ada

kehidupan ibu tunggal mempunyai hubung kait dengan tekanan. lni adalah bertujuan untuk

mengenal pasti kesahihan kehidupan ibu tunggal di sebalik penghasilan filem-filem

Hollywood iaitu filem The Sixth Sense' oleh pengarah M.Night Shyamalan dan filem 'The

Others' oleh pengarah Alejandro Amenabar.

Meskipun terdapat banyak filem-filem seram lain yang dikeluarkan oleh Hollywood

yang memaparkan kehidupan ibu tunggal, tetapi disebabkan limitasi maklumat dalam

pengumpulan data seperti artikel, sidang akhbar, majalah dan internet menyebabkan

pengkaji hanya memberi tumpuan kepada dua buah buah filem sahaja iaitu filem The

Sixth Sense' dan filem The Others' untuk dikaji.

1.6 Metodologi Kajian

Kaedah yang akan digunakan oleh pengkaji dalam data penyelidikan terhadap

"genre filem seram Hollywood yang mempertengahkan watak ibu tunggal dalam konteks

tekanan" ialah dengan menggunakan kaedah pengumpulan data sekunder. Data yang sudah

diperolehi daripada kajian lepas dan data ini diperolehi daripada pelbagai sumber.

4

Page 14: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

,..:

mudah adalah Loftland dan Loftland (1984) yang menyatakan kualitatif adalah melibatkan

kaedah koleksi data dan analisis yang bukan kuantitatif. Kaedah yang digunakan adalah

tinjauan. Tinjauan dijalankan dengan menggunakan sampel dua buah filem iaitu 'The Sixth

Sense' (1999) dan 'The Others' (2001) untuk mendapatkan data. Kajian ini mengkaji

mengenai genre filem seram Hollywood yang mempertengahkan watak ibu tunggal dalam

konteks tekanan.

1.6.1 Reka Bentuk Kajian

Berdasarkan tajuk kajian yang telah dipilih, pengkaji memilih untuk mereka bentuk

dua kaedah penyelidikan iaitu membuat analisis filem iaitu 'The Sixth Sense' (1999) dan

'The Others' (2001). Ia membantu pengkaji mengenal pasti watak ibu tunggal dalam

konteks tekanan dalam filem-filem tersebut.

1.6.2 Kriteria untuk Analisis (Coding)

Dalam kajian yang akan pengkaji lakukan, pengkaji akan memerhatikan

penggunaan watak ibu tung gal dalam filem pengarah M.Night Shyamalan dan pengarah

Alejandro Amenabar berdasarkan:

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif melalui teknik tinjauan. Definisi paling

5

Page 15: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

KAJIAN: Faktor-faktor tekanan yang memberi kesan terhadap kehidupan dan watak ibu tunggal di dalam sesebuah

filem.

Dengan ini, maklumat yang diperlukan akan dapat diperolehi dengan mudah

melalui elemen-elemen yang telah digariskan sebagai panduan untuk memudahkan proses

kajian.

1.6.3 Sam pel Kajian

Sampel kajian saya terdiri daripada filem iaitu filem The Sixth Sense' oleh

pengarah M.Night Shyamalan dan filem The Others' oleh pengarah Alejandro Amenabar.

Dalam kajian ini, saya akan menganalisis setiap filem ini dari segi watak ibu tunggal

dengan masalah anak-anak, kawan-kawan, persekitaran dan kewangan yang mendorong

kepadatekanan.

I

Masalah anak-anak

Masalah kawan-kawan Tekanan

Masalah oersekitaran

Masalah kewamran

6

Page 16: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

Dalam kajian sastera yang dijalankan, kajian lepas diambil untuk dijadikan sebagai

panduan dan sumber maklumat. Pengumpulan maklumat ini membantu dalam merujuk

kembali kajian-kajian lepas, penyelidikan dan bahan bacaan yang berkaitan. Maklumat di

dalam bab ini adalah mengenai kajian tentang hubungan di antara tekanan dengan ibu

tunggal. Di dalam kajian ini juga, akan menghuraikan tentang konsep, teori dan jenis-jenis

tekanan yang mewujudkan watak ibu tunggal dalam genre filem seram Hollywood.

2.1 Tekanan

Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang berpunca daripada peristiwa­

peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal (Mohd Razali

Othman, 2003). Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri­

ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya. Hakikatnya, tekanan tidak boleh

dihalang atau dielakkan oleh manusia dan manusia tidak akan boleh lari dari tekanan.

Smither (1994) mentakrifkan tekanan sebagai respon fisiologikal dan psikologikal

ke atas permintaan terhadap seseorang. Manakala, Schafer (1992) mendefinisikan tekanan

sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindak balas kepada permintaan

terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi defmisi tekanan sebagai permintaan yang

BAB2

KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan

7

Page 17: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan, seternsnya menjelaskan sekiranya

keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, maka tekanan itu akan

mendatangkan kesan yang posit if.

Cooper dan Smith (1986) menyatakan bahawa tekanan bukanlah sesuatu perkara

barn yang tidak pemah dial ami oleh manusia kerana ia mernpakan sebahagian daripada

pengalaman kehidupan manusia dan mernpakan satu perkara normal yang dialami oleh

setiap insan di dunia.

Menurnt Sheffield, Bums & Beech (1984) pula, tekanan akan berlaku sekiranya

manusia tidak dapat memuaskan kehendaknya ataupun apabila terdapat ancaman yang

menghalang mereka daripada memenuhi kepuasan tersebut. Oleh itu, tekanan akan menjadi

satu ancaman di dalam kehidupan manusia sekiranya manusia tidak dapat menanganinya

kerana tekanan yang keterlaluan akan menyebabkan kesan yang negatif.

2.2 Punca Tekanan

Tekanan memberi implikasi (Ensel & Lin, 1991), melalui peningkatan tekanan (Fry,

1989), kesan psikologi akan mendorong kepada kesedihan dan kekhuatiran (Holahan &

Moos, 1987), penyakit tekanan (Norris & Murrel, 1984), atau pengalaman tekanan yang

memasuki ke dalam segala aspek kehidupan (Moos, 1988). Kriteria ini dapat memberi

pengkaji gambaran bagaimana genre filem seram Hollywood mempertengahkan watak ibu

tunggal dalam konteks tekanan.

8

Page 18: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

p

2.3 Analisis Filem berdasarkan 6 Jenis-jenis Tekanan

2.3.1 Peristiwa dengan Tekanan Kronik

Menurut A vison dan Turner (1988), tekanan peristiwa di dalam kehidupan

melibatkan proses daripada perceraian, kehilangan pekeIjaan dan kematian orang yang

disayangi.

Di dalam filem 'The Sixth Sense' pengkaji melihat watak Lyne yang dipegang oleh

Toni Collette mempunyai ciri-ciri seperti yang diperkatakan oleh A vison dan Turner (1988)

di mana Lynne mempunyai masalah perceraian dan mempunyai dua bidang keIja bagi

menampung kehidupan dia dan Cole. Tekanan dua bidang kerja dan masalah anaknya Cole

yang mempunyai kuasa melihat alam manusia yang telah meninggal mewujudkan tekanan

terhadap Lynne yang berasa bersalah akibat kekurangan masa untuk dia bersama Cole.

Manakala merujuk Pearlin (1989;245) tekanan kronik ialah beban masalah yang

berlebihan. Secara umumnya, ia merupakan punca kebangkitan di dalam susunan masalah

yang boleh dilihat dari segi masalah dalam kerumitan, ketidakpastian, konflik, dan batasan

untuk membuat pilihan. Ia merupakan ketahanan masalah, konflik, dan layanan yang

masyarakat kena hadapi di dalam kehidupan mereka.

Pernyataan Pearlin (1989;245) mengenai kronik boleh dilihat dalam filem 'The

Others', Grace ditinggalkan oleh suaminya untuk pergi berperang dan dia hanya tinggal

bersama kedua-dua orang anaknya yang menghidapi penyakit 'Xroderma Pigmentosum'

yang sensitif menerima sinaran cahaya matahari. Kesan penyakit yang dihidapi oleh anak­

9

Page 19: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

p •

anak Grace ini menyukarkan dan membataskan kehidupan Grace untuk berhubung atau

interaksi dengan dunia luar. Tekanan hidup ini menyebabkan Grace terpaksa tegas dan

memberi penekanan dan kawalan yang ketat terhadap anak-anaknya.

2.3.2 Pergaduhan Harian

Kanner (1981:3) mentakritkan pergaduhan harian sebagai kejadian alam di dalam

setiap karektor yang mempunyai ciri-ciri menjengkelkan, kekecewaan dan kesedihan.

Menurut Kanner (1981:3), pergaduhan harlan merupakan subjek untuk mewujudkan

kontroversi sekali gus membentuk rungutan yang dijadikan sebagai ukuran tekanan.

Kebenaran ciri-ciri yang diperkatakan oleh Kanner (1981:3), filem 'The Sixth

Sense' di mana Lynne meluahkan kemarahannya dengan menyatakan bahawa badan,

fikiran dan hatinya letih semasa dia dan Cole sedang makan di meja dapur.

Di dalam filem 'The Others', pergaduhan di antara Grace dengan anaknya Anne

boleh dilihat di mana Anne sering dihukum untuk menghafal ayat-ayat al-kitab di tangga.

2.3.3 Tekanan Makro

Tekanan makro ini mempunyai persamaan dengan tekanan peristiwa dengan

tekanan kronik. 1a boleh dilihat melalui ciri-ciri persaman yang dikatakan oleh Linsky

(1987) yang menyatakan bahawa tekanan makro akibat kesan perceraian, kematian bayi,

masalah pengajian tinggi dan kejadian alam.

10

I

Page 20: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

,..:

Sixth Sense' dimana Lynne mengalami masalah perceraian dan masalah anugerah yang ada

pada anaknya untuk melihat orang yang telah meninggal dunia. Kedua-dua beban masalah

ini menyebabkan Lynne mengalami tekanan makro.

Walaubagaimanapun, Brenner (1974) menganggap tekanan merupakan ukuran alam

daripada sistem mikrososial dan bukan ukuran daripada kehidupan harian seseorang.

Pemyataan Brenner (1974), boleh dilihat di dalam filem 'The Others' iaitu Grace

mempunyai ruang masa yang amat terhad untuk berhubung dengan masyarakat di luar

akibat daripada tanggungjawab terhadap anak-anaknya yang mempunyai penyakit yang

tidak boleh terkena sinaran matahari. Masalah ini menjadi punca kepada sistem

mikrososial.

2.3.4 'Nonevents'

Menurut Blonne (2000), terdapat empat definisi atau persepsi mengenai tekanan

iaitu tekanan sebagai stimuli, transaksi, respon dan fenomena holistik. Menurutnya, tekanan

yang dianggap sebagai stimuli merupakan tekanan yang diakibatkan oleh paksaan tenaga

dari luar manakala tekanan yang dianggap sebagai transaksi merupakan persepsi manusia

terhadap tekanan. Tekanan yang dianggap sebagai respon pula merupakan tindakbalas

fizikal yang berlaku di dalam diri manusia. Seterusnya, tekanan yang dianggap sebagai

fenomena holistik merupakan keadaan fizikal individu, sosial, kerohanian, emosi dan

kepintaran manusia.

Pemyataan Linsky (1987) ini, pengkaji dapat mengesannya di dalam filem 'The

11

Page 21: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

Di dalam filem 'The Sixth Sense', tekanan 'nonevents' seperti yang diperkatakan

oleh Blonne (2000) adalah Lynne menganggap anaknya Cole yang selalu menyelongkar

barang di rumah. Tetapi sebenarnya arwah ibunya sendiri. Masalah komunikasi antara

Lynne dan Cole menyukarkan Lynne mempercayai Cole dan sentiasa menyalahinya.

Bagi filem 'The Others', tekanan ini seperti yang dinyatakan oleh Gersten (1974)

adalah keazaman watak Grace yang sentiasa mempercayai bahawa suaminya akan kembali

selepas berperang agar dia dapat mengurangkan tekanan beban keluarganya. Tetapi

sebaliknya berlaku apabila suaminya terkorban di medan peperangan manakala dia pula

bertindak membunuh diri dengan anak·anaknya akibat tekanan yang melampau.

2.3.5 Trauma

Menurut ukuran pengalaman hidup di dalam tekanan akibat trauma, kejadian

tersebut dipercayai hanya berlaku setahun atau dua tahun sekali dan ia dianggap sebagai

kejadian yang biasa atau lazim berlaku (Turner, Wheaton, and Lyod, 1995). Dalam kajian

Wheaton (1991), beliau mempersoalkan punca kejadian trauma dari alam kanak-kanak.

Beliau mempersoalkan isu perceraian ibu bapa, kematian ibu bapa, dan lain-lain lagi.

Kejadian trauma tersebut telah mewujudkan isu deraan seks secara fizikal, keganasan,

kejadian alam, dan pengalaman tersebut dibawa hingga ke alam dewasa.

Filem 'The Sixth Sense' mempunyai ciri-ciri kajian Wheaton (1991) iaitu igauan

yang sering dihadapi oleh Lynne setiap malam. Trauma ini adalah mengenai peristiwa lepas

12

Page 22: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

Lynne dengan ibunya semasa zaman kanak-kanak di mana dia pemah mengalami

pergaduhan dengan ibunya di majlis tarian.

Selain itu, tekanan trauma seperti yang dinyatakan Wheaton (1991) turnt terdapat di

dalam filem The Sixth Sense' iaitu Grace yang ditinggalkan oleh suaminya keseorangan

bersama-sama dua orang anaknya yang mempunyai penyakit 'Xroderma Pigmentosum '.

2.3.6 Peta T ekanan

Fisher, Schoenfeldt dan Shaw (1993) menyatakan kesan tekanan terhadap

psikologikal dapat dilihat apabila seseorang mudah marah, kecewa, bimbang, agresif dan

cepat berasa panik.

Peta tekanan seperti yang dinyatakan oleh Fisher, Schoenfeldt dan Shaw (1993)

The Sixth Sense' memaparkan Lynne jelas semasa cuba mengawal perasaan semasa cuba

berbincang dengan Cole sewaktu di meja makan sehingga dia menggunakan nada yang

tinggi dan menyebabkan Cole menangis.

Manakala filem The Others' mengenai Grace, semasa anaknya Anne menyatakan

kepada pembantu rumah barn mereka sewaktu sarapan pagi mengenai punca ramai

pembantu rumah mereka lari akibat ibunya mudah naik marah. Grace juga cepat panik

tentang keselamatan anak-anaknya.

13

Page 23: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

2.4 Kesimpulan

Pengukuran tekanan hendaklah disedari dari segi tekanan kronik dan tekanan

harian. Contohnya tekanan kronik adalah masalah rumah tangga di dalam kehidupan ibu

tunggal. Kebanyakan daripada tekanan banyak berpunca daripada masalah yang terlampau

berat untuk dipertimbangkan seperti tanggungjawab seorang ibu tunggal terhadap anak­

anak apabila ketiadaan suami, oleh itu ia mampu menjejaskan kehidupan harian seseorang

sekali gus tekanan tersebut menyebabkan seseorang mendapat tekananjiwa.

14

Page 24: ELIZABETH SALAUS - ir.unimas.my filem seram Hollywood yang... · 1.0 Pengenalan 1 1.1 Pemyataan Masalah 1 1.2 Objektif dan Matlamat Kajian 2 1.2.1 Objektif Umum 2 1.2.2 Objektif Khusus

f'

BAB3

METODOLOGI

3.0 Pengenalan

Pemahaman dalam filem psikologikal yang mempertengahkan konteks tekanan

adalah amat penting. Ini kerana ia mempunyai maksud tersendiri di dalam

mempertengahkan watak di dalam naratif filem. Tekanan yang herpunca daripada

peristiwa-peristiwa dalam kehidupan haik dalam hentuk fizikal, sosial dan psikologikal

(Mohd Razali Othman, 2003). Smither (1994) pula mentakrifkan tekanan sehagai respon

fisiologikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Manakala, Sheffield,

Bums & Beech (1984) pula, tekanan akan herlaku sekiranya manusia tidak dapat

memuaskan kehendaknya. Berdasarkan perkara yang dikaji adalah mengenai genre filem

seram Hollywood yang mempertengahkan watak ihu tunggal dalam konteks tekanan

melalui enam jenis-jenis kriteria tekanan iaitu faktor peristiwa dengan tekanan kronik,

faktor pergaduhan harian, faktor tekanan makro, faktor 'nonevents', faktor trauma dan

faktor peta tekanan.

Kajian ini adalah herhentuk kualitatif melalui teknik tinjauan. Definisi paling

mudah adalah Loftland dan Loftland (1984) yang menyatakan kualitatif adalah melihatkan

kaedah koleksi data dan analisis yang hukan kuantitatif. Kaedah yang digunakan adalah

tinjauan. Tinjauan dijalankan dengan menggunakan sampel dua huah filem iaitu 'The Sixth

Sense' (1999) dan 'The Others' (2001) untuk mendapatkan data. Kajian ini mengkaji

15