obesiti dan implikasi terhadap pelaksanaan subjek pendidikan jasmani

14
Obesiti dan implikasi terhadap pelaksanaan subjek Pendidikan Jasmani & kesihatan Oleh : Abdul Aziz Muhaimin 1.0 Pengenalan Muktahir ini, masalah obesiti adalah satu fenomena yang menjadi topik utama yang popular dibincangkan bagi sesebuah negara maju dan negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Pada masa kini, obesiti dianggap sebagai suatu masalah kesihatan yang melanda di seluruh dunia. Ia juga bukan hanya masalah yang dihadapi oleh penduduk di negara-negara kaya atau maju mahupun golongan atasan dalam kelas sosial masyarakat,tetapi juga dalam kalangan golongan kelas sosial yang lebih rendah. Terdapat banyak faktor risiko dan penyumbang kepada berlakunya keadaan ini, baik daripada aspek biologi, genetik, persekitaran mahupun sosio budaya dan biasanya ia berlaku bukan hanya disebabkan faktor ini sahaja tetap lebih kepada gabungan beberapa faktor. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah obesiti semakin serius dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar di negara membangun. WHO menganggarkan bahawa pada 2015, lebih kurang 2.3 bilion orang penduduk di dunia mengalami masalah berat badan yang terlebih dan daripada jumlah tersebut kira-kira 700 juta orang akan mengalami masalah obesiti. 1

Upload: abd-aziz-muhaimin

Post on 20-Oct-2015

247 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Obesiti

TRANSCRIPT

Obesiti dan implikasi terhadap pelaksanaan subjek Pendidikan Jasmani & kesihatanOleh :Abdul Aziz Muhaimin

1.0 Pengenalan Muktahir ini, masalah obesiti adalah satu fenomena yang menjadi topik utama yang popular dibincangkan bagi sesebuah negara maju dan negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Pada masa kini, obesiti dianggap sebagai suatu masalah kesihatan yang melanda di seluruh dunia. Ia juga bukan hanya masalah yang dihadapi oleh penduduk di negara-negara kaya atau maju mahupun golongan atasan dalam kelas sosial masyarakat,tetapi juga dalam kalangan golongan kelas sosial yang lebih rendah. Terdapat banyak faktor risiko dan penyumbang kepada berlakunya keadaan ini, baik daripada aspek biologi, genetik, persekitaran mahupun sosio budaya dan biasanya ia berlaku bukan hanya disebabkan faktor ini sahaja tetap lebih kepada gabungan beberapa faktor. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah obesiti semakin serius dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar di negara membangun. WHO menganggarkan bahawa pada 2015, lebih kurang 2.3 bilion orang penduduk di dunia mengalami masalah berat badan yang terlebih dan daripada jumlah tersebut kira-kira 700 juta orang akan mengalami masalah obesiti.Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 10 tahun menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus kepada 13.8 peratus. Keadaan ini lebih kritikal apabila mereka akan meningkat dewasa kelak.

2.0 Definisi Obesiti

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Secara umumnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan yang menimbun didalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada menghadkan aktiviti fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Masalah obesiti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak.Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan. Mereka yang tergolong dalam obesiti biasanya mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal. Mereka ini juga mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan yang sepatutnya. Selain itu, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 dan mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetis serta mereka yang gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.Obesitimenimbulkanpelbagai masalahkesihatansepertipenyakitjantung,dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah pasti membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri

3.0 Statistik Obesiti di Malaysia

Perbandingan data 2002 dan 2008 mengikut etnik mendapati kanak-kanak India peningkatan paling tinggi obesiti tetapi secara keseluruhan Cina dan Melayu lebih tinggi daripada India. Pelajar Melayu obes meningkat daripada 19.1 peratus pada 2002 kepada 26.1 peratus enam tahun kemudian, peningkatan 7.1 peratus; Cina pula daripada 25.6 peratus kepada 27.6 peratus, manakala pelajar India daripada 16.9 peratus kepada 26.1 peratus. Jelas jumlah pelajar India obes meningkat lebih besar berbanding Melayu, manakala kadar obesiti pelajar Cina hanya dua peratus, membuktikan mereka melakukan sesuatu yang betul dalam aspek pemakanan. Tiada data perbandingan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak mengikut taraf kehidupan keluarga tetapi perbandingan kawasan bandar dan luar bandar dalam kajian sama mendapati wujud peningkatan. Di bandar, berat badan berlebihan bertambah daripada 22.4 peratus kepada 28.1 peratus, manakala di luar bandar meningkat daripada 17.6 peratus kepada 24.2 peratus. Kesimpulannya di sini kedua-dua kawasan menunjukkan peningkatan, namun kadar peningkatan di luar bandar lebih tinggi.

4.0 Faktor-faktor Obesiti

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada obesiti. Antaranya adalah pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak. Pengambilan makanan ini secara berlebihan menyumbang pengumpulan lemak yang tidak baik untuk kesihatan. Masyarakat rata-rata mengatakan makanan yang diambil untuk memberi tenaga kepada mereka tetapi pengambilan yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Selain itu, peningkatan taraf hidup yang menyebabkan manusia semakin sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersenam, mengambil makanan segera sebagai makanan wajib, mengharapkan alatan teknologi untuk melakukan kerja dan sebagainya. Semua ini menyumbangkan kepada obesiti. Pengambilan makanan yang tidak seimbang juga mengundang kepada obesiti selain makanan yang mengandungi gula dan garam berlebihan. Faktor genetik juga menyumbang kepada obesiti dikebanyakan negara. Obesiti menjadi sesuatu yang sangat membimbangkan kerana boleh menjadi punca beberapa penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, dan juga beberapa jenis kanser. Lebih membimbangkan kerana penyakitpenyakit ini boleh membawa maut. Peningkatan jumlah obesiti juga membawa kepada peningkatan penyakit-penyakit ini. Kualiti hidup yang tidak sihat akan menyebabkan masalah ini berterusan tanpa sebarang penyelesaian.Bukan itu sahaja, terdapat juga faktor yang memungkinkan kepada obesiti seperti faktor keturunan atau genetik, yang mana pelajar mewarisinya daripada keluarga. Faktor lain adalah amalan pemakanan seperti pengambilan makanan yang tidak seimbang dan berlemak. Pengumpulan lemak ini akan menyebabkan obesiti. Ditambah pula dengan kurangnya bersenam ataupun melakukan aktiviti fizikal yang boleh membakar lemak. Selain itu, tidak gemar bersukan atau melakukan aktiviti luar disogok pula dengan peralatan teknologi yang menggalakkan aktiviti santai tanpa melakukan sebarang aktiviti. Ini penting untuk memastikan lemak yang terkumpul di dalam badan dan tidak digunakan dapat dikeluarkan untuk memastikan hidup sentiasa sihat. Interaksi antara genetik dan faktor persekitaran adalah punca utama yang menyebabkan peningkatan drastik di dalam lebihan berat badan. Selain itu, kekurangan aktiviti fizikal dan pengambilan diet yang tinggi jumlah kalori dan lemak adalah faktor tambahan dikalangan pelajar. Faktor persekitaran seperti ini meninggikan lagi risiko peningkatan lebihan berat badan sekiranya remaja tersebut merupakan remaja yang mengalami masalah obesiti yang diwarisi secara genetik. Seterusnya adalah faktor keadaan kemajuan yang negara hadapi di mana pelajar sekarang tidak perlu melakukan banyak perkara untuk menyelesaikan tugas. Kebanyakkan kerja sudah dilakukan oleh mesin berteknologi tinggi yang dicipta manusia dengan tujuan untuk memudahkan manusia, namun memberi kesan negatif terutama kepada masalah obesiti. Teknologi yang semakin maju menampilkan alat komunikasi yang canggih seperti televisyen, komputer, permainan video dan sebagainya. Penciptaan ini boleh membuatkan ramai orang terutamanya pelajar untuk menambah berat badan dengan hanya duduk menghabiskan masa hampir berjam-jam tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Bagi masyarakat sekarang menonton televisyen, permainan video dan hiburan dari komputer telah menggantikan aktiviti luar sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapang. Pengaruh lain yang juga disebabkan televisyen juga adalah seperti pengaruh iklan yang ditayangkan di televisyen. Iklan makanan yang ditunjukkan menarik minat pelajar untuk mencuba dan menikmatinya. Pengaruh iklan ini sangat kuat seperti menonton televisyen berhubungkait antara makanan snek, makanan tinggi kalori yang sering diiklankan dan mempengaruhi pembelian makanan keluarga. Bukan itu sahaja, ketika menonton, makanan yang mengandungi garam dan gula berlebihan menjadi menu utama. Ini akan menyebabkan masalah obesiti semakin serius. Peranan ibu bapa juga penting kerana pemakanan yang sihat bermula di rumah. Pengambilan makanan yang tidak sihat oleh pelajar dan tanpa kawalan daripada ibu bapa turut menyumbang kepada obesiti. Ibu bapa juga perlulah mendidik anak-anak tentang pemakanan sihat dan seimbang. Peranan ibu bapa tidak berhenti di situ, ibu bapa perlu melatih dan mengawal pemakanan anak-anak agar mereka tahu apa yang mereka makan dan kesan yang akan mereka hadapi dalam kesihatan. Pandangan daripada orang di sekeliling juga menjadi faktor, di mana ada keluarga yang tidak kisah dengan masalah obesiti yang dialami dan ini boleh menyebabkan masalah obesiti terus meningkat kerana mereka ini gagal untuk melaksanakan gaya hidup yang sihat.

5.0 Kesan-kesan Obesiti

Obesiti juga bukanlah sesuatu yang boleh berlaku dalam tempoh yang pendek tetapi merupakan suatu kesan jangka panjang. Dalam pada masa yang sama, obesiti juga merupakan faktor risiko yang penting kepada berlakunya penyakit-penyakit kronik yang mempunyai kaitan kuat dengan kelebihan nutrient. Selain daripada kesan secara langsung kepada aspek kesihatan fizikal, obesiti juga memberikan kesan secara tidak langsung kepada aspek psikologi dan sosial. Di negara Eropah, individu yang obes seringkali dikaitkan dengan keadaan murung atau mengalami tekanan emosi akibat daripada keadaan fizikal mereka seperti mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Menurut Gregory Simon M.D, (2008) wanita pada pertengahan umur lebih murung apabila mereka obes. Selain itu juga, golongan obes mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung. Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ tubuh kita dan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Mereka yang mengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan 25 ke atas terdedah dan menyebabkanpenyakitsepertiseranganjantung,matimengejut,sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal.Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan mendapat tekanan darah tinggi. Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah pengidap obesiti. Trigliserideyang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dengan cepat. Apabila ruang salur darah telah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat. Bukan itu sahaja, golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon,gallbladder, prostat, buah pinggang dan postmenopausal,kanser payudara dan sebagainya. Obesiti juga mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengambilan gula yang berlebihan dan mempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang individu tersebut mudah terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca kepada masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebabpenyakit kencing manis, tulang rapuh,masalah ginjal, hati, kemurunganserta dikaitkan dengan tumor darah.Seterusnya seseorang yang mengalami obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak stabil dan seringmenganggap dirinya tidak menarik, kurang keyakinan diri dan mengalami depresi kerana tidakdapat menghadapi hidup yang normal dan aktif seperti orang lain. Markus M, (2002) menyatakan kesan sampingan obesiti termasuklah gangguan kesihatan mental. Kesan mental ini belum dikaji secara meluas sebagai kesan sampingan obesiti fizikal. Bagaimanapun, bukti menunjukkan bahawa obes yang negatif menjejaskan kesihatan mental. Perasaan rendah diri adalah perkara biasa dalam kalangan orang yang obesitinya teruk. Kadar kemurungan dan keresahan kelihatan lebih tinggi kerana kajian di Sweden mendapati orang yang obesitinya teruk adalah tiga hingga empat kali lebih cenderung untuk mempamerkan gejala-gejala kebimbangan dan kemurungan, berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal.Markus M, (2002) menyatakan sejarah lampau banyak mengejek dan mendiskriminasikan orang yang obesiti. Mereka menganggap kegemukan adalah untuk dipersalahkan akan keadaan mereka,dan kegemukan merupakan tanda kecuaian mereka sendiri. Orang yang obes berkemungkinan mempunyai hubungan sosial dan hubungan romantik yang sangat kurang berbanding mereka yang tidak gemuk. Kemasukan ke kolej, pekerjaan dan kuasa pendapatan boleh terjejas mengikut berat, terutamanya bagi wanitayangobes.Walaupuniamungkintidakditerimauntuk mendiskriminasikan berdasarkan jantina, agama, atau etnik, ramai orang mempersendakan atau mendera golongan ini

6.0 Implikasi terhadap perlaksanaan subjek Pendidikan Jasmani

Di sekolah melalui mata pelajaran PJK, murid diajar tentang kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat yang menjurus kepada amalan pemakanan yang sihat dan tidak sihat. Langkah paling penting melalui pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) seseorang guru perlulah memberi kefahaman dan kesedaran kepada murid sekolah berkaitan makanan seimbang dan tidak seimbang yang boleh memberi kesan kepada kesihatan masa depan. Selain itu, pihak sekolah juga patut menggalakkan lebih aktiviti senaman setiap pagi di sekolah. Kepentingan terhadap kualiti pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah adalah amat penting terhadap pelajar untuk memperolehi kesihatan yang sihat serta mewujudkan suasana sosial yang positif dari segi kesejahteraan minda dan fizikal masyarakat. Program Pendidikan Jasmani yang optima juga dapat mewujudkan gaya hidup yang sihat melalui penglibatan aktiviti fizikal dengan penuh komitmen.Selain itu, perlaksanaan Pendidikan Jasmani dengan memberi kepentingan terhadap kualiti pengajaran juga dapat memberi kesan terhadap program kesihatan di sekolah dan secara tidak langsung dapat memberi kesan positif terhadap pelajar untuk mengatasi masalah penyakit seperti obesiti. Mewujudkan langkah yang efektif bagi mengatasi masalah penyakit tersebut adalah merupakan peranan yang perlu dalam sistem Pendidikan Kesihatan pada masa kini.Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan perlu bergerak dengan seiring demi membimbing pelajar dengan satu set ilmu yang lengkap untuk mencapaigayahidup yang sihat dari segi minda dan fizikal.Peranan Pendidikan Jasmani juga mempunyai kepentingannya dalam sistem pendidikan di sekolah bukan hanya kerana faktor fizikal, malah terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi kepentingan Pendidikan Jasmani terhadap pelajar dan juga masyarakat. Melalui penyelidikan ini, perlaksanaan aktiviti Pendidikan jasmani secara kerap mampu memberi kesan positif terhadap kesihatan yang baik serta dapat menikmati hidup dengan cergas selain daripada mencegah masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, masalah jantung dan penyakit-penyakit kanser yang lain. Melalui penyelidikan terkini terhadap pengajaran Pendidikan Jasmani memerlukan penglibatan pelajar untuk menjalani aktiviti fizikal sekurang-kurangnya selama 60 minit setiap hari. Kuantiti masa terhadap pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah merupakan satu faktor penting untuk mendapatkan keberkesanan pembelajaran dan penglibatan pelajar semasa melakukan aktiviti. Pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah pada hari ini hanya memperuntukan masa pengajaran secara keseluruhannya lebih kurang 30 minit sahaja, dan ini adalah suatu perkara yang mustahil untuk melatih tahap kecergasan dan tahap kemahiran pelajar bagi mencapai objektif pengajaran Pendidikan Jasmani.Dalam aspek pengajaran Pendidikan Jasmani juga perlu memberi tumpuan terhadap perlaksanaan aktiviti sederhana susah untuk melatih kecergasan fizikal pelajar. Sekiranya tumpuan aktiviti ini tidak dilaksanakan sepenuhnya, maka masa pengajaran Pendidikan Jasmani hanyalah sia-sia sahaja kerana guru tidak menekankan aspek kualiti pengajaran Pendidikan Jasmani terhadap pelajarnya. Perkara ini berlaku kerana, sering kali masa pengajaran Pendidikan Jasmani pelajar lebih banyak menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak memberi kesan terhadap aktiviti fizikal masing-masing seperti menunggu giliran untuk melakukan aktiviti dan juga mengambil masa yang lama untuk membentuk organisasi dalam kelas. Oleh itu, kualiti pengajaran Pendidikan Jasmani tidak akan tercapai sekiranya masalah sebegini berlaku di sekolah-sekolah. Selain itu juga, kesan terhadap golongan pelajar obes ini ialah kurangnya minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Hal ini kerana golongan pelajar obes mempunyai kesukaran untuk mereka bergerak menyertai aktiviti yang dijalankan oleh guru. Mereka juga akan merasa rendah diri dengan pelajar normal untuk menyertai sesuatu aktiviti. Di sini guru perlulah bijak untuk menarik minat dan menyakinkan pelajar obes ini untuk menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani.Akhir sekali, dengan pertambahan golongan pelajar obes di sekolah amatlah menyukarkan guru untuk mencungkil bakat baru dan melatih mereka agar menjadi atlit yang berjaya suatu hari nanti. Pencapaian dalam bidang sukan Malaysia mungkin akan merosot oleh kerana kurangnya pelapis dan bakat-bakat baru di peringkat sekolah.

7.0 KesimpulanNatijahnya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Pengurusan masa kurang memberikan kesan kepada berlakunya masalah berat badan. Namun begitu jika ia tidak diberikan penekanan pastinya akan menjadi masalah yang tidak disedari sebagai punca kepada menyumbangnya masalah berat badan dan kesihatan. Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita. Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia. Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera. Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan. Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam. Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam. Selain itu, semua guru terutamanya guru Pendidikan Jasmani dan kesihatan perlulah menerapkan budaya gaya hidup yang sihat terhadap pelajar-pelajar agar mereka dapat menjalani kehidupan yang normal dan sihat sejahtera. Kata-kata hikmat mencegah sesuatu penyakit itu adalah lebih baik daripada merawatnya perlu dijadikan pedoman dan ditanam di dalam setiap diri sejak awal-awal lagi.

Rujukan

1. Dewan Bahasa dan Pustaka (1970). Kamus dewan, edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.2. Azrina Azhan (2006, Februari 22). Obesiti Berita Harian, 14.3. http://www.bharian.com.my/articles/Banyakkerjaperludibuatatasimasalahobesitipelajar_/Article/cetak4. http://www.mayoclinic.com/print/childhoodobesity/DS00698/DSECTION=all&METHOD=print5. http://www.who.int/dietphysicalactivity/childhood/en/6. http://books.google.com.my/books?id=WUuGS3gr9W4C&pg=PA451&dq=Markus+M,+(2002)&hl=en&sa=X&ei=4VaOUsfGNq77iQfstoHgCg&ved=0CFwQ6AEwCA#v=onepage&q=Markus%20M%2C%20(2002)&f=false

10