obesiti

3
Obesiti Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Berdasarkan pembacaan dan pemahaman terhadap kelima-lima artikel mengenai obesiti, definisi obesiti boleh dijelaskan sebagai perubahan lemak badan bergantung kepada ketidakseimbangan antara tenaga yang diambil dan yang digunakan. Lebihan berat badan dan obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi pengeluaran untuk jangkamasa yang tertentu. Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus. Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita

Upload: fara-ara

Post on 06-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

obes

TRANSCRIPT

Obesiti

Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Berdasarkan pembacaan dan pemahaman terhadap kelima-lima artikel mengenai obesiti, definisi obesiti boleh dijelaskan sebagai perubahan lemak badan bergantung kepada ketidakseimbangan antara tenaga yang diambil dan yang digunakan. Lebihan berat badan dan obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi pengeluaran untuk jangkamasa yang tertentu.

Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan.

Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.Apabila kita makan banyak makanan berkarbohidrat dan bergula tinggi paras gula dalam tubuh kita meningkat. Insulin iaitu hormon yang mengawal kestabilan paras gula dalam tubuh juga akan meningkat. Apabila terdapat terlalu banyak insulin maka paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Lama kelamaan tubuh kita tidak lagi sensitif kepada insulin. Tubuhnya yang lemah akan memberi signal berterusan kepada otak bahawa ia kurang tenaga. Akibatnya mereka akan mengambil makanan manis bagi meningkatkan paras tenaga.Keletihan dan kurang tenaga disalah tafsir oleh otak sebagai lapar. Fenomena ini menjadi suatu kitaran yang berbahaya kerana lama kelamaan tubuh akan menjadi bertambah gemuk serta mengundang pelbagai penyakit kronik.

Apabila tubuh tidak lagi sensitif terhadap insulin maka kitaran hormon dalam tubuh kita akan menjadi kelam kabut. Hormon adrenal seperti ACTH akan keluar dengan banyak menyebabkan lemak berkumpul pada belakang tengkuk dan belakang badan kita.

Badan akan mengembang menjadi bertambah lebar dan semakin besar. Bahagian dari pinggang ke atas tampak besar longgar dan menggeleber. Usaha bersenam dan berdiet adalah sia-sia kerana lemak seperti ini tidak boleh dipulihkan dengan diet. Sebaliknya ia hanya boleh dipulihkan dengan pemulihan sistem hormon tubuh kita.

Pemulihan semula memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan perubahan dalam cara makan, pemilihan makanan dan aktiviti seharian.

Maka insulin mula terhasil dengan semakin banyak mula memberikan kesan negatif. Paras insulin yang tidak menentu menyebabkan paras gula tidak stabil. Apabila gula terlalu rendah seseorang mula berasa gelisah, resah, berdebar-debar dan moodnya tertekan dan akan sering kelesuan.

Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.