novel: zahr al-islam

190
Satu Satu BUMP!!! NoorWafirah dan Nik Safiyya tergamam mendengar hentakan daun pintu bilik asrama tempat mereka menginap. Mereka yang merupakan siswi di Akademi Islam ini seringkali dikunjungi ribuan persoalan yang bertandang ke benak fikiran mereka setiap kali melihat tingkah laku Ain Nujma, rakan sebilik mereka yang agak pelik belakangan ini. Sebagaimana NoorWafirah dan Nik Safiyya, Ain Nujma juga merupakan seorang pelajar program diploma di Institusi Pengajian Tinggi yang sama tetapi dia memilih untuk menelaah dan mendalami bidang kejururawatan bagi dijadikan kerjaya pada masa akan datang. Astaghfirullahal ‘aziim, Wafirah, mu dengor dok? Lamo-lamo, pecohla pitu bilik kito ni. Dio tubik mula tu. Ish..Nujma nih tubik sokmo. Puko brapo plak dio nak kelik ni, entah-entah dok kelik langsong. Jange-jange dio gi jumpo gewe dok.. bentak Nik Safiyya dalam satu nafas menghangatkan suasana. Anak gadis kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang ini seringkali memberi respon yang selamba membuatkan NoorWafirah kadang-kala tidak kering gusi melayan. Walaupun demikian, Nik Safiyya merupakan seorang muslimah yang jujur dan berterus-terang dalam tutur katanya. Selain itu, loghat kelantan yang jarang lekang setiap kali Nik Safiyya membutirkan kata-kata merupakan identitinya yang sebenar. Sungguhpun begitu, lucu mengenai dirinya ialah apabila loghatnya itu langsung ghaib di saat dia mula menghidupkan pena. Nik Safiyyah mampu menulis menggunakan bahasa Melayu standard lebih

Upload: hayatijaafar

Post on 25-Jul-2015

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Oleh kerana cinta yang mendalam terhadap Islam, NoorWafirah telah melibatkan diri dalam program dakwah yang diterajuinya sendiri bersama beberapa orang editor dakwah. Mereka menjadikan penulisan sebagai medium bagi menjalankan kegiatan dakwah. Terapan dakwah dalam penulisan mereka kemudiannya diterbitkan sebagai risalah yang dikenali sebagai Tinta Tarbiyyah khusus untuk mentarbiyyah siswi-siswi kampus. Pelbagai isu dibincangkan sepanjang perjalanan cerita.Timbul konflik dalam diri NoorWafirah apabila sahabat sebilik yang pernah akrab dengannya, ‘Ain Nujma kini berubah perwatakan. NoorWafirah terasa bersalah kerana sebagai sahabat yang terdekat pada waktu itu, dia gagal menyingkap gerangan penyebab kepada perubahan negatif ‘Ain Nujma. Dalam pada itu, muncul Amar Abrar yang sedikit-sebanyak menguji ketahanan jiwa NoorWafirah. Cebisan puisi Zahr al-Islam yang melambangkan sifat peribadi NoorWafirah dikirim secara beransur-ansur mengikut krologi situasi melalui pelbagai media telah menjadi agen pemikat Amar Abrar buat daie itu. Dalam diam-diam, NoorWafirah turut menyimpan rasa cinta terhadap Amar Abrar. Namun dia semakin keliru apabila sepupunya, ustaz Nasruddin turut melamarnya. Flash back bagi kisah masa lampau NoorWafirah turut dikaitkan dalam bahagian-bahagian dalam penceritaan ini. Konflik persahabatan juga timbul apabila Nik Safiyya yang mula mengesyaki perasaan NoorWafirah kepada rijal pujaan hatinya, Amar Abrar cuba memburuk-burukkan NoorWafirah di mata sahabat yang lain. NoorWafirah akhirnya membuktikan kemuliaan persahabatan anatara dia dan ‘Ain Nujma dengan pengorbanan yang cukup berat. Nik Safiyya pula akhirnya akur akan kesilapannya. NoorWafirah yang tidak putus memohon petunjuk Ilahi akhirnya menemui jalan keluar kekeliruan perasaannya.

TRANSCRIPT

Page 1: Novel: Zahr Al-Islam

SatuSatu

BUMP!!! NoorWafirah dan Nik Safiyya tergamam mendengar hentakan daun pintu bilik

asrama tempat mereka menginap. Mereka yang merupakan siswi di Akademi Islam ini seringkali

dikunjungi ribuan persoalan yang bertandang ke benak fikiran mereka setiap kali melihat tingkah

laku ‘Ain Nujma, rakan sebilik mereka yang agak pelik belakangan ini.

Sebagaimana NoorWafirah dan Nik Safiyya, ‘Ain Nujma juga merupakan seorang pelajar

program diploma di Institusi Pengajian Tinggi yang sama tetapi dia memilih untuk menelaah dan

mendalami bidang kejururawatan bagi dijadikan kerjaya pada masa akan datang.

“Astaghfirullahal ‘aziim, Wafirah, mu dengor dok? Lamo-lamo, pecohla pitu bilik kito

ni. Dio tubik mula tu. Ish..Nujma nih tubik sokmo. Puko brapo plak dio nak kelik ni, entah-entah

dok kelik langsong. Jange-jange dio gi jumpo gewe dok..” bentak Nik Safiyya dalam satu nafas

menghangatkan suasana. Anak gadis kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang ini seringkali

memberi respon yang selamba membuatkan NoorWafirah kadang-kala tidak kering gusi

melayan.

Walaupun demikian, Nik Safiyya merupakan seorang muslimah yang jujur dan berterus-

terang dalam tutur katanya. Selain itu, loghat kelantan yang jarang lekang setiap kali Nik Safiyya

membutirkan kata-kata merupakan identitinya yang sebenar. Sungguhpun begitu, lucu mengenai

dirinya ialah apabila loghatnya itu langsung ghaib di saat dia mula menghidupkan pena. Nik

Safiyyah mampu menulis menggunakan bahasa Melayu standard lebih baik dari menuturkannya.

Itulah Nik Safiyya, seorang muslimah yang lurus namun sukar dijangka.

Page 2: Novel: Zahr Al-Islam

Keadaan yang hingar dengan kelantangan suara Nik Safiyya sebentar tadi kembali sepi.

Sepi, sehinggakan yang kedengaran cuma omong-omong katak memanggil hujan. Kedinginan

malam itu kian dirasai dan kini menusuk sehingga ke tulang-belulang kedua sahabat tersebut.

NoorWafirah menghampiri sahabatnya, Nik Safiyya yang sedang menyarung sehelai baju

tebal berkain kapas. Ditenung sahabatnya itu puas-puas sambil mengukir senyuman di bibirnya

yang merah bak biji saga itu.

Suara lunak NoorWafirah kemudiannya mendendangkan Nik Safiyya sepotong ayat dari

kalam Allah, al-Quran Karim. Kandungan ayat ke-12 surah al-Hujurat yang dibacakan

NoorWafirah memberi ingatan yang membawa tafsiran:

Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan supaya kamu tidak

menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu

adalah dosa.

NoorWafirah memegang tangan Nik Safiyya sambil menatap anak matanya dan mula

mengatur kata-kata.

“Mengumpat dan berburuk sangka, sama je jahatnya tau. Perbuatan ni awak pun tahukan

Safiyya, hukumnya haram. Namun, sekiranya syak wasangka itu tak bersungguh-sungguh, maka

perbuatan itu masih dimaafkan. Tetapi yang menyumbang kepada dosa adalah apabila sangkaan

itu cenderung menuduh kejahatan seseorang. Renung-renungkanlah ye...” bisik NoorWafirah

dengan nada yang lembut.

NoorWafirah kemudiannya meleraikan jari-jemari Nik Safiyya lantas mencapai khimar

merah jambu yang siap berseterika lalu memakainya.

Page 3: Novel: Zahr Al-Islam

“Saya ada perjumpaan dengan editor-editor Tinta Tarbiyyah kejap lagi. Kami akan

berdiskusi tentang modus operandi Tinta Tarbiyyah. Mungkin lama jugak kot perjumpaan tu,

memandangkan ni first edition bagi sesi akademik tahun ni. Mutu hasil keluaran pertamalah yang

akan memastikan siswi-siswi kampus terus menggadaikan sedikit waktu emas mereka bagi

keluaran-keluaran berikutnya,” NoorWafirah menyampaikan kata-katanya dengan riang sambil

sekali-sekala memandang wajah Nik Safiyya demi mewujudkan komunikasi yang lebih

berkesan.

“Tambahan pula, cabaran Tinta Tarbiyyah bagi sesi kali ni lebih hebat dengan kejayaan

keluarannya pada musim lepas. Para siswi kini mengharapkan terapan kandungan serta muatan

yang lebih efektif dalam usaha mendidik siswi-siswi sesuai dengan objektif pelaksanaannya,

iaitu pentarbiyyahan.” Jelas NoorWafirah lagi. Sememangnya NoorWafirah tidak kekok

memberitahu sahabat sebilik akan aktiviti yang dilakukannya setiap kali dia terpaksa keluar.

“Saya ni dah tak sabar nak dengar pandangan serta cadangan daripada editor-editor lain.

Khabarnya, mereka punya pelbagai agenda yang lebih kritis dan kreatif untuk keluaran Tinta

Tarbiyyah sesi ni, ” lanjut NoorWafirah sambil tersenyum. Jelas sekali pancaran sinar

kegembiraan pada wajahnya yang suci dari noda jeragat mahupun jerawat itu. NoorWafirah

begitu senang hati dengan usaha rakan-rakan seperjuangannya untuk menjayakan misi Tinta

Tarbiyyah.

“Safiyya, awak nak ikut saya?” NoorWafirah tiba-tiba beria mahu mengundang Nik

Safiyya hadir bersama. Teringin benar dia mengajak sahabat karibnya itu supaya menyertai

perjuangannya.

Page 4: Novel: Zahr Al-Islam

Nik Safiyya tercengang seketika. Dia yang hanya terdiam dari tadi barangkali separuh

mengelamun.

“Err..tokse la” jawab Nik Safiyya ringkas. Dahinya berkerut-kerut sambil matanya

memandang tepat ke wajah NoorWafirah.

NoorWafirah membalas pandangan sahabatnya itu dengan senyuman.

“Baiklah. Kalau gitu awak jaga diri baik-baik ye, bersalah pulak rasanya biarkan awak

sendirian dalam bilik ni. Awak nak kirim apa-apa tak, boleh saya tolong belikan nanti?” ujar

NoorWafirah sambil meniup-niup bucu khimarnya itu supaya kemas.

“Sayo tokse pape kot..” jawab Nik Safiyya dengan nada yang bersahaja. Dia seolah-olah

tidak terdaya hendak berujar dengan panjang lebar lagi setelah gagal mengulas kata-kata yang

berunsur nasihat oleh NoorWafirah terhadapnya sebentar tadi.

“Assalamu’alaikum warrahmatullahi wabarakatuh.” Setelah memberi salam,

NoorWafirah kemudiannya memulas tombol pintu sambil melemparkan secangkir senyuman

kepada Nik Safiyya. Dia juga sempat melaga-lagakan pipinya dengan pipi Nik Safiyya, sekadar

rutin kemestian setiap kali mereka berpisah.

Terkumat-kamit mulut Nik Safiyya beristighfar panjang mengenangkan nasihat yang

baru disampaikan oleh sahabatnya tadi. Hatinya berbicara sendiri, alangkah bertuahnya dia

mempunyai seorang sahabat yang mempunyai ciri-ciri sopan santun, kelembutan, kebijaksanaan,

akhlak dan peribadi yang terpuji serta yang paling penting, gemar menyedekahkan senyuman.

Itulah NoorWafirah yang dikenalinya sejak dia menuntut di Akademi Pengajian Islam di

institusi bertaraf antarabangsa ini. Dari tanggungjawab seremeh pengurusan diri hinggalah

Page 5: Novel: Zahr Al-Islam

tanggungjawab agama yang sebesar berdakwah dan berakhlak mulia, semuanya diperinci oleh

NoorWafirah.

Bagi NoorWafirah, ajaran Islam cukup jelas dan kita sebagai penganutnya hanya perlu

patuh dan mentaatinya sepenuh jiwa. Islamlah yang mencorakkan kita; muslimin dan

muslimatnya. Bukan sebaliknya. Sesungguhnya, Islamlah ‘myKad’ kita, yang seharusnya ada

bersama kita sepanjang masa.

Demikianlah kencangnya NoorWafirah apabila berbicara tentang Islam. Ada sahaja

intipati berupa pedoman yang sentiasa menjadi pembakar semangat Nik Safiyya untuk tidak

tewas menjadi muslimah sejati. Cantik dan eloknya peribadi NoorWafirah juga sering

menggamit rasa hati Nik Safiyya untuk bersaing secara positif mengecapi ‘kecantikan’ idaman

setiap muslimat sebagaimana kata-kata oleh seorang sasterawan Indonesia merangkap ulama dan

juga aktivis politik iaitu Haji Abdul Malik bin Abdul Karim atau akronimnya yang lebih sinonim

iaitu HAMKA di bawah ini.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan

terletak pada wajah dan pakaiannya.

NoorWafirah kini sedang giat melaksanakan aktiviti dakwah Islamiah menerusi risalah

Tinta Tarbiyyah yang diedarkan setiap minggu sebagai santapan rohani siswi-siswi kampus.

Matlamat utama pengeluaran risalah tersebut adalah untuk mendidik siswi-siswi supaya

memahami sepenuhnya erti Islam yang syumul dan ‘alamiyyah; seterusnya dapat mempraktik

dan menghayati cara hidup seorang muslimah sejati dan memantapkan rabbaniyyah.

Tidak dinafikan perihal kepelbagaian aspek dakwah dan Dr. Zakir Naik Abdul-Karim

Naik umpamanya, beliau yang merupakan seorang pendakwah yang berkelulusan doktor

Page 6: Novel: Zahr Al-Islam

perubatan itu telah menyalurkan dakwahnya menerusi saluran media, Peace TV. Pemidato yang

bijak mengemukakan analisis kritikal dan jawapan yang meyakinkan bagi soalan-soalan yang

mencabar ini dilahirkan pada Oktober 1965 di bumi India dan telah mengepalai beberapa

pertubuhan Islam seperti Islamic Research Foundation (IRF) di Mumbai. Uraiannya untuk

menjelaskan pendirian serta salah faham tentang Islam dibuat berdasarkan al-Quran dan hadis-

hadis sahih dengan mengambil kira sebab, logik dan juga fakta-fakta saintifik.

Selain itu, Dr. Zakir Naik juga kerap kali diundang oleh stesen TV dan radio bagi sesi

temu bual. Kebanyakan ceramah, dialog, debat dan simposiumnya dirakamkan dalam bentuk

VCDs dan juga DVDs. Dakwahnya yang berupa hujah-hujah saintifik membantu sekalian umat

manusia untuk memahami Islam yang serba canggih dan mengatasi zaman ini.

Namun, begini pula corak dakwah yang dipilih oleh NoorWafirah. Berdakwah sambil

mentarbiyyah. Penulisan dijadikan sebagai medium bagi pelaksanaan dakwahnya. Dia mahu

menulis untuk mengajak kepada kebaikan sekaligus melaksanakannya, melarang dari perkara

yang mungkar sekaligus menjauhinya. Dia ingin menjadi orang pertama yang melakukan apa

yang dituliskan. Perkataannya pula, ingin sering dizahirkan menerusi tingkah perbuatannya.

Pendek kata, dia mahu keselarasan antara apa yang ditulis dengan dirinya rohani dan jasmani.

Kehendaknya itu diharap dapat memberi refleksi terhadap dirinya serta menyumbang ke arah

cengkaman dakwah yang lebih berkesan.

NoorWafirah menjadikan Zainab al-Ghazali sebagai idolanya dalam perjuangan dakwah

Islamiah. Zainab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa, beliau yang dari keturunan Umar al-

Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib merupakan permata dakwah yang berkilau di era

jatuhnya Islam. Buah inspirasi Zainab al-Ghazali diluah dan disampaikan menerusi karya-karya

Page 7: Novel: Zahr Al-Islam

beliau di dalam majalah al-Da’wa. Perkara utama yang menjadi pokok perjuangan beliau adalah

pentarbiyyahan, dalam kata lain, memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita,

mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk

membina sebuah daulah Islamiah yang berteraskan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw.

Ingin sekali NoorWafirah merebut peluang yang dijanjikan oleh Allah swt (ali-Imran:

104), menjadi sebahagian daripada golongan orang-orang yang beruntung, iaitu golongan orang-

orang yang menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. NoorWafirah

melaksanakan aktiviti dakwahnya bukan sekadar untuk mengisi waktu lapang, sebaliknya dia

sengaja melapangkan waktunya demi dakwah.

Sesungguhnya NoorWafirah berhasrat untuk mengembangkan dakwahnya sehingga

kepada masyarakat umum suatu masa nanti. Oleh yang demikian, NoorWafirah mensasarkan

siswi-siswi kampus sebagai landasan utama bagi membolehkan keretapi dakwahnya bergerak

menuju impiannya itu.

Namun, NoorWafirah mafhum akan kekuatan ilmu dan minda yang berdaya kreatif

sebesar mana sekali pun, dia tidak mungkin dapat bangkit mempelopori dakwah menerusi

penulisan semata-mata dengan kemampuan perseorangan. Sebagai penulis muslimah, dia akur

bahawa bersendirian dengan kekuatan sendiri untuk mendukung perjuangan Islam bukanlah

suatu idea yang baik sungguhpun ianya tidak melanggari mana-mana hukum.

Sebagai seorang muslimah yang berilmu, NoorWafirah tidak mahu segan untuk

mengajak bagi membentuk Team Muslimah yang bergerak secara berjemaah melaksanakan visi

dan misi keislaman. Team Muslimah ini juga seharusnya mempamerkan wajah ummah yang

berupa mawar hidayah. Oleh itu, Team Muslimah harus mengharungi samudera hasanah demi

Page 8: Novel: Zahr Al-Islam

merangkai mutiara tarbiyyah melalui hembusan mawaddah dan rahmah selanjutnya

membayukan hikmah mardhiah lalu menyalakan sumbu zakiah untuk membentuk ummah

madihah. Begitulah pola pergerakan jemaah editor Tinta Tarbiyyah yang dilakar oleh

NoorWafirah.

NoorWafirah selaku pemimpin Team Muslimah ini juga mahu menerapkan konsep

Imamah, iaitu dengan menghayati ciri-ciri kepimpinan seorang imam dalam mengetuai solat

berjemaah. Ma’mum dibolehkan menegur imam yang berbuat atau terbuat salah. Dasar

kepimpinan melalui konsep syura juga ingin dipraktisnya, di mana sistem syura ialah suatu

sistem yang telah diguna pakai oleh nabi Muhammad dan khalifah-khalifah sesudahnya. Ianya

berasaskan perbincangan, rundingan dan nasihat. Di bawah sistem syura, prinsip-prinsip yang

pelbagai seperti musyawarah, muzakarah dan wihdat al-Fikr dijamin mampu melengkapkan

dasar kepimpinan yang mahu dibinanya. Namun, al-Quran dan as-Sunnah tetap dijadikan asas

sandaran dan sumber rujukan utama.

Seterusnya, peranan Team Muslimah dapat diibaratkan seperti pokok bakau yang tumbuh

merimbun dan menghijau di pinggiran pantai, biarpun terpaksa berhadapan dengan angin laut

dan hakisan ombak, pokok bakau yang tumbuh secara berkelompok itu tetap gagah dan tegak

berdiri bersama-sama dengan rumpunnya. Urat-urat akarnya terus melata mempertahankan diri

daripada hakisan dan meneruskan penyebaran benih yang kemudiannya berkembang

memberikan manfaat kepada alam dan manusia.

Sebaliknya, sekiranya NoorWafirah menerajui Tinta Tarbiyyah berseorangan, dia ibarat

pokok bakau yang tumbuh berasingan dan bersendirian melalui ranjau persekitaran yang ekstrem

Page 9: Novel: Zahr Al-Islam

sekaligus menyebabkan pokok bakau itu goyah dan kecundang, bermakna kegagalan baginya

melaksanakan misi Tinta Tarbiyyah.

Oleh kerana peka akan hakikat itu, NoorWafirah tekad mahu bersatu untuk meninggikan

kalimat Allah dan menghidupkan Islam. Juga bererti menyeru kepada iman, petunjuk, jihad serta

segalanya yang mempunyai perkaitan dengan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Penyatuan

penulis-penulis muslimah ini juga pastinya akan lebih tegar dan tahan menghadapi cubaan, dan

cubaan itu pula pastinya dapat menempa kedewasaan, menduga akal fikiran dan membakar

semangat demi agama dan kemaslahatan muslimat.

Bagi NoorWafirah, demikianlah signifikasi pembentukan Team Muslimah yang terdiri

daripada editor-editor muslimah yang mahu menyumbang walau sedikit cuma ke arah

penyebaran Islam dalam realiti perkembangan zaman yang serba moden ini.

Page 10: Novel: Zahr Al-Islam

DuaDua

Hiruk-pikuk kicauan burung pagi keesokannya sempat mengajak NoorWafirah untuk

singgah menjenguk di jendela asrama yang menempatkannya. Lantas pandangannya dipusatkan

ke arah pelepah-pelepah pokok pinang yang kebetulan tumbuh sejajar dengan aras dua bangunan

asramanya itu. Kelihatan dua ekor burung dendang selayang sedang mematuk-matuk buah

pinang yang sudah masak, menyala-nyala merahnya pada pokok pinang itu. Mahkota keriangan

NoorWafirah lantas muncul sebaik sahaja melihat gelagat burung-burung pagi itu.

NoorWafirah menghirup udara pagi yang segar dalam-dalam, dan dihembusnya perlahan-

lahan. Bayu dingin yang masuk menerusi rongga hidungnya itu memberi bekalan oksigen yang

sangat diperlukan oleh organ-organ penting di dalam badannya. Oksigen yang merupakan gas

dwiatom ini adalah elemen yang terkaya dalam kerak bumi meliputi kira-kira dua puluh satu

peratus daripada isipadu udara. NoorWafirah tersenyum sendiri memikirkan hakikat penemuan

sains itu. Dia mengarahkan pula pandangannya ke langit biru yang diselaputi kabus pagi sambil

tersenyum lagi. Begitu elok sekali dinding ‘lukisan’ Khaliq, tiada sempadan yang menghiasi

dunia habitat kehidupan lemah bernama manusia.

Hati NoorWafirah terasa amat tenang apabila memikirkan betapa indahnya ciptaan Allah

swt. Dari sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar alam cakerawala, semuanya ciptaan Allah

Yang Esa. Setelah mencipta, Dia juga memeliharanya.

“Allah al-Hafiz..” bisik NoorWafirah sendirian. Dia sedar betapa kerdilnya dia di sisi

Allah swt dan kerana itu dia tidak mahu lekang dari berfikir dan berzikir.

Page 11: Novel: Zahr Al-Islam

Berfikirlah tentang nikmat serta bukti-bukti kewujudan dan kekuasaan Allah dan

berzikirlah tanda syukur dan mengakui kebesaranNya. Sedarlah yang beberapa kali juga

dipersoalkan dalam al-Quran mengenai tuntutan berfikir dan mengerti. Sedemikian juga mampu

memantapkan iman dan mengutuhkan akidah umat Islam. Oleh itu, buangkanlah fahaman

berfikir itu buat golongan intelektual dan berzikir pula adalah amalan golongan orang alim.

Tiada lagi alasan untuk tidak berfikir, jangan sia-siakan langkah mudah bagi menjurus kepada

ketakwaan terhadap Allah swt! NoorWafirah memotivasikan diri.

Dengan bibir yang acap memuji-muji kebesaran Allah, NoorWafirah beralih menghala ke

arah muka pintu almari lantas membukanya. Jubah coklat muda potongan lurus pantas disarung.

NoorWafirah kemudiannya melabuhkan punggung ke atas kerusinya yang beralaskan kusyen

merah jambu dengan kemasan jahitan insang pari oleh NoorWafirah sendiri itu. Dia mencecah

satu demi satu keping biskut gandum bersegi empat ke dalam air milo panas yang dibancuhnya

selesai solat fardhu subuh tadi. Itulah yang sentiasa menjadi santapannya saban pagi. Biarpun

ringkas dan tidak seberapa, namun dengan berbekalkan sedikit pengetahuan tentang kepentingan

sarapan pagi, NoorWafirah tidak pernah terlepas dari bersarapan sebelum melanjutkan hari

dengan aktiviti-aktivitinya.

Lengan jubahnya diselak sedikit bagi melihat jam digital di tangan. Sudah pukul 7.17

pagi! Tatkala itu, hati NoorWafirah keresahan kerana masih tiada bunyi yang menandakan ‘Ain

Nujma telah bangun. Kebelakangan ini ‘Ain Nujma sudah beberapa kali ponteng kuliah, sering

juga NoorWafirah dan Nik Safiyya menasihatinya tetapi usaha mereka bagai mencurahkan air ke

daun keladi.

Page 12: Novel: Zahr Al-Islam

‘Ain Nujma telah banyak berubah, dari seorang yang mempunyai perwatakan ceria, dia

kini lebih serius dan suka menyendiri. Jarang-jarang sekali ‘Ain Nujma bertegur sapa dengan

NoorWafirah dan Nik Safiyya apetah berseloroh dan berketawa bersama bagai dulu-dulu. Dia

juga sering keluar siang hari dan pulang pada lewat malam, waktu paginya pula banyak

dihabiskan dengan bermimpi di atas katil bujangnya.

Dalam pada itu, timbul konflik dalam diri NoorWafirah. NoorWafirah sedar akan

perubahan sahabatnya itu. Dia juga telah beberapa kali cuba mendekati ‘Ain Nujma. Namun,

jarang pula diikuti perkembangan sahabatnya itu sejak dia giat mencari isi kandungan bagi

dimuatkan ke dalam risalah Tinta Tarbiyyah. Kini, NoorWafirah terasa seperti mengabaikan hak

sahabatnya itu dek terlalu asyik memenangi hasratnya menjayakan Tinta Tarbiyyah.

Ish, Ya Allah, kenapalah aku mementingkan diri sendiri ni, sepatutnya aku jenguk-

jengukkan sahabatku ni...mungkin dia berlaku pelik sebab ada masalah dan perlukan

pertolongan, bisik hati kecil NoorWafirah.

Lantaran itu, NoorWafirah segera melangkah menuju ke cubicle atau ruang segiempat

kecil yang menempatkan ‘Ain Nujma.

Salam yang diberi tidak bersambut.

NoorWafirah memajukan langkahan untuk memastikan keadaan. Didapatinya, badan

‘Ain Nujma sedang berbalut di dalam selimut dengan bantal ditelangkupkan di atas kepala.

Kipas siling ligat berpusing dengan penunjuk mengarah ke angka lima. Meja tempat belajar ‘Ain

Nujma pula berselerak dengan nota-nota pengajiannya sambil sebuah buku pengajian berjudul

Anatomy & Physiology berbuka dengan sebatang highlighter jingga terselit di bahagian tengah

buku. Kelihatan juga subtopik Glomerular Filtration dan Tubular Reabsorbtion disoroti dengan

Page 13: Novel: Zahr Al-Islam

highlighter menandakan ianya dibaca dengan keperluan yang lebih berbanding susun-susun kata

yang tidak disorot.

Melihat pada keadaan itu, NoorWafirah terus bertindak. Dia sempat memeriksa badan

‘Ain Nujma dengan belakang tapak tangannya kalau-kalau sahabatnya itu demam atau kurang

sihat. Namun, suhu badan ‘Ain Nujma biasa-biasa sahaja. NoorWafirah menyusul dengan

tindakan yang seterusnya pula.

“Nujma, bangun..awak tak sihat eh?” NoorWafirah cuba mendapatkan respon daripada

‘Ain Nujma yang sedikit liat untuk bangkit dan masih lagi mamai itu.

“Nujma, awak tak sihat ke?” NoorWafirah bersuara lagi. Masih dengan soalan yang

serupa.

Kali ini ‘Ain Nujma memberikan respon, tetapi bukan verbal. Dia sekadar menggeleng-

gelengkan kepala, namun matanya masih lelap. Masih mamai.

“Nujma, bangunlah..dah lewat ni.” NoorWafirah menggerak-gerakkan kaki ‘Ain Nujma

yang kemas berbungkus di dalam selimut itu. Dia semakin agresif apabila ‘Ain Nujma bagai

tidak mengendahkannya. Ikhtiar akhir tercetus apabila Nik Safiyya muncul dan turut cuba

membangunkan ‘Ain Nujma. Mereka sama-sama cuba menggeletek tapak kaki ‘Ain Nujma.

Akhirnya ‘Ain Nujma mengaku kalah dan bangun setelah puas dikejutkan sahabat-

sahabatnya yang prihatin ini.

“Awak dah solat subuh belum ni? Safiyya dah kejutkan awak tadi, awak tidur semula

ye?” NoorWafirah bernada lembut.

Page 14: Novel: Zahr Al-Islam

Melihat ‘Ain Nujma yang seakan-akan mengeluh, NoorWafirah bersuara lagi, “dah-dah,

jangan berlengah lagi, pagi ni awak ada kelas Pharmacology dengan Dr. Haikalkan. Cepat solat

dan bersiap ye...pulang nanti kita berceloteh panjang, dah lama kita tak berbual,” pujuk

NoorWafirah sambil melemparkan senyuman.

“Sebagai seorang penuntut, kita hendaklah tekun dan bersungguh-sungguh dalam

mengejar ilmu. Al-Baihaqi pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda;

sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun.”

NoorWafirah bermadah dengan fasih beserta dalil sebagai sokongan. Perbualannya itu

diakhiri dengan seulas senyuman. Sememangnya NoorWafirah seorang gadis yang kaya serta

pemurah dengan senyuman. Tambahan pula, dia pernah terbaca artikel mengenai senyum

mengikut kajian saintifik.

‘Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung

merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis, dan ulser. Ia juga

merupakan senaman yang baik kerana membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan,

muka, kaki dan otot belakang badan. Senyum turut mampu menjadi penawar penyakit rohani

yang kronik.’

Sebagaimana yang kita maklum, senyuman itu adalah sedekah. Namun, demikian pula

faedah senyum menurut Dr. HM Tuah yang dibaca oleh NoorWafirah dalam sebuah majalah

keluaran bulan Mac yang lalu.

NoorWafirah kemudiannya meninggalkan asrama. Langkahnya disusun dengan kemas

menyusuri kaki lima bangunan yang menempatkan kuliah tempatnya mengaji. Ditemani Nik

Safiyya, bagaikan belangkas mereka sentiasa bersama ke mana sahaja.

Page 15: Novel: Zahr Al-Islam

“Alhamdulillah, selesai sudah dua jam kuliah Fiqh Islami bersama Ustaz Abdul.” Ezzaity

Husna, teman seangkatan yang dari tadi serius mendengar kuliah kini bersuara.

“Saya nak ke perpustakaan, nampaknya skop tugasan yang diberi sangat luas. Saya tak

pasti macam mana nak perincikan isi untuk tugasan tu nanti.” Ezzaity Husna bersuara lagi, kali

ini kedengaran sedikit nada rungutan.

Gadis berdarah Bugis ini sememangnya sangat komited dengan pelajarannya. Dialah

yang acap kali mengajak NoorWafirah, Nik Safiyya serta teman-teman yang lain agar rajin

menelaah pelajaran di perpustakaan. Bukan itu sahaja, dia jugalah yang mula-mula

mencadangkan supaya diwujudkan study group. Demikianlah minat serta usahanya yang menjadi

contoh inspirasi buat NoorWafirah serta teman-teman.

“A’ah. Sayo pun dok pikir gitu. Ruang lingkup perkembange ilmu fiqh besor..tapi, ustaz

tokse yang panjor leborkeh?” tambah Nik Safiyya pula yang turut menghadapi masalah dengan

tugasan itu.

Nik Safiyya dan Ezzaity Husna kini memandang tepat ke arah NoorWafirah yang agak

lama menyepi. Pandangan mereka seolah-olah mempunyai harapan agar NoorWafirah

membutirkan patah-patah kata yang mampu memberi rangsangan positif sebagaimana yang

sering dilakukan oleh NoorWafirah sebelum-sebelum ini.

NoorWafirah tersenyum. Dia maklum bahawa jeda yang panjang serta pandangan yang

mengena pada wajahnya itu menandakan tiba gilirannya untuk bersuara pula.

“Betul tu Safiyya. Ustaz pesan tadi, tak perlu elaborate lebih-lebih. Dari apa yang saya

faham, kita mulakan dengan membuat sinopsis tentang ilmu fiqh. Definisi tentang tajuk. Fiqh

Page 16: Novel: Zahr Al-Islam

berasal dari perkataan faqiha yang bermaksud faham atau tahu. Fiqh ialah ilmu yang

menerangkan hukum-hukum syariat Islam yang diambil dari dalil-dalil yang terperinci. Itu

asasnya yang kita sama-sama tahukan. Sekarang ni, berdasarkan pengetahuan yang serba sedikit

tu kita jadikan panduan bagi penjelasan yang lebih untuk muatan tugasan tu,” terang

NoorWafirah tanpa segan silu menyuarakan pandangannya.

Bicara NoorWafirah sentiasa menjadi pemangkin semangat sahabat-sahabatnya terutama

ketika mereka semakin lemah dan menemui jalan buntu.

“Kalau macam tu saya yakin kita pasti lebih jelas bila dah jumpa bahan rujukan, betul

tak?” Ezzaity Husna seolah-olah meminta diiyakan.

“Soheh, ape yang mu dua oghe ghoyak tu betol gak. Kalo gitu, mohlah kita samo-samo gi

cari sumber nak ghojuk. Sayo cubo cari dalam internet ye..” Nik Safiyya seakan bersemangat.

Gadis Darul Naim itu segera meluru ke arah makmal komputer yang semak dikerumuni para

tetamunya. Manakala NoorWafirah dan Ezzaity Husna, masing-masing bergerak berasingan

melewati rak-rak yang berjajaran di dalam perpustakaan mereka.

Buku-buku yang tegak berdiri di atas rak di perpustakaan diintai-intai. Kelibat buku

untuk dibuat rujukan masih belum ditemui. Lokasinya bagaikan misteri yang belum terungkai.

NoorWafirah terus menjelajah ke serata pelosok rak-rak buku. Dia menfokuskan anak mata

untuk menyiasat label pada hujung dinding rak-rak besi, demi untuk memudahkan kerja

menggeledah mencari bahan bukti buat rujukan tugasan nanti.

Dalam pada matanya liar mengamati tulisan pada label, NoorWafirah tiba-tiba terdengar

bunyi buku terjatuh pada lantai berhampiran dengan rak akhir di belakangnya yang masih belum

dilewati. Setelah itu kedengaran pula batuk-batuk kecil yang seolah-olah disengajakan sambil

Page 17: Novel: Zahr Al-Islam

diselangi dengan bunyi langkahan dari tapak kasut tebal yang padu zatnya menjauhi taman rak-

rak besi itu. Namun, bunyi-bunyi itu semakin lunak ditelan batas jarak.

NoorWafirah lihat beberapa buah buku yang serampangan pada rak belakang.

“Dah jumpa ke Wafirah?” Ezzaity Husna yang berada di rak setentang itu menyoal.

“Masih mencari lagi ni..” NoorWafirah menjawab.

Akhirnya, The Evolution of Fiqh, terbitan Tawheed Publications (1990) dicapai dari

celah buku-buku dengan tema seumpamanya. Buku itu lantas disingkap dan diamati.

NoorWafirah sempat menyelak dan membelek isi kandungan buku tersebut sehinggalah

ditemuinya lembaran kecil yang terselit pada muka surat 96.

Andai gelarmu..ZAHR AL-ISLAM

Zahr al-Islam kerna hatimu sarat rasa taqwa kepada Allah,

Zahr al-Islam kerna perilakumu ikutan dari sunnah Rasulullah,

Zahr al-Islam kerna dadamu haus akan ilmu al-Quran,

Zahr al-Islam kerna kau sekuntum bunga berperibadi seorang Islam.

NoorWafirah membelek sepintas lalu. Dia tersenyum tawar seketika. Nota tersebut pantas

diselit ke tempat asal lalu dibawanya buku itu kepada perpustakawan yang bertugas.

Page 18: Novel: Zahr Al-Islam

TigaTiga

olat, atau perkataan yang lebih sinonim dalam bahasa kita orang Melayu, iaitu

sembahyang adalah ibadah yang disyariatkan ke atas setiap individu yang bergelar Islam

di muka bumi ini. Akan tetapi mengapa pada era kini, rukun Islam kedua ini diambil mudah

pelaksanaannya sehinggakan ada yang tidak gentar mengabaikannya?

S

Tentu sekali jawapannya berkait rapat dengan prinsip asas ‘aqidah atau kepercayaan

orang Islam. Di sinilah pula simpulan tali yang menghubungkan rukun Islam dan rukun iman. Di

mana kepercayaan kita pada Ar-Rab, Tuhan pencipta kita? Allah yang Esa, Dialah yang berkuasa

menjadikan, menghidupkan serta mematikan kita. Dia jugalah Ar- Rahman, yang bermurah

memberikan rezeki serta nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Kerana segala Maha dan

gagah-Nya itu, maka hanya Dia yang berhak dan layak untuk disembah, hanya Dia tempat

manusia meminta bantuan.

“Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah swt atas segala nikmat serta

pemberianNya kepada hamba-hambaNya. Tidak Dia kehendaki sesuatu pun dari ciptaanNya,

bahkan kitalah yang sering meminta-minta..” Najmi Aisya memuji Allah. Gadis yang berkulit

putih susu ini melahirkan rasa syukurnya dengan segala limpah kurnia daripada Allah swt.

“Oleh yang demikian, manusia sebagai makhluk, mempunyai tanggungjawab

mengabdikan diri kepada Allah swt..” tambah Najmi Aisya lagi. Sememangnya Najmi Aisya

merupakan antara editor yang ringan mulut berbicara serta tidak ketinggalan dalam

mengutarakan idea-idea yang bernas ketika bermesyuarat.

Page 19: Novel: Zahr Al-Islam

“Sohih Ya Aisya. Allah swt berfirman di dalam surah al-Zariat, ayat ke-56 yang

bermaksud: Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu.”

NoorWafirah mengiyakan penyataan Najmi Aisya tadi berserta potongan kalam buat sokongan.

“Hatta, adalah penting bagi sekalian manusia memahami konsep pengabdian diri kepada

Allah. Dalam hal ini, solat yang tulus suci menjadi jalan atau cara untuk mengabdi, berinteraksi,

menyerahkan permintaan mahupun mengadu kepada Allah, pencipta yang hakiki. Keluaran Tinta

Tarbiyyah kita yang seterusnya bakal menekankan hakikat solat yang sebenarnya.

Pentarbiyyahan tentang fakta solat ini wajar bagi menambahkan fahaman siswi-siswi tentang

konsep pengabdian diri kepada Allah swt. Kaedah solat yang sempurna, signifikasi solat

berjemaah dan boleh juga dilanjutkan lagi kepada solat-solat sunat,” ujar kak Wardah terperinci.

Kak Wardah merupakan editor tersenior dalam kalangan editor-editor Tinta Tarbiyyah.

Pengalamannya sewaktu bergelar ketua pelajar di sekolah duhulu banyak mengajarnya menjadi

seorang yang matang dan rasional dalam menuturkan pandangan serta teguran. Tidak hairanlah

jika para editor yang lain amat kagum dan menghormatinya.

“Saya setuju dengan kak Wardah. Fakta mengenai solat dah banyak. Al-Quran ada

menunjukkan suruhan melaksanakan solat, hadis pula menunjukkan kepelbagaian solat dan cara

melakukannya. Nescaya takkan ada yang sesat sekiranya al-Quran dan hadis sentiasa dijadikan

panduan,” NoorWafirah menambah.

“Paling tidak pun, buku-buku yang dikeluarkan oleh para ulama yang pakar juga boleh

diguna pakai andai boleh dijadikan panduan bagi memudahkan pemahaman. Rata-rata

kandungan buku rujukan lebih ringkas dan mudah difahami berbanding kita sendirian

menterjemah al-Quran dan hadis yang mungkin menyebabkan kita terpesong tanpa kita sedari.

Page 20: Novel: Zahr Al-Islam

Tetapi janganla ada yang tersalah anggap, terus meminggirkan al-Quran dan hadis kerana alasan

tersebut.” Kak Wardah sekali lagi memberi penjelasan berupa saranan juga.

“Kadang-kadang tu, panduan untuk rujukan memang dah banyak..tapi dek kerana kurang

kesedaran, kita ambil mudah hal-hal ibadat ni. Kalau bab fesyen, tak nak pulak terlepas

perkembangannya..” Syaripah Zahirah tiba-tiba menyampuk. Gadis berkening lebat ini seakan

terasa ketinggalan dalam membincangkan mengenai isu pengisian Tinta Tarbiyyah keluaran akan

datang.

“Kamu ke Pah? “ Najmi Aisya mengusik.

“Jangan lupa Pah, itulah matlamatnya Tinta Tarbiyyah kepada siswi-siswi semua.

Mendidik dan mengingatkan. Yelah, fitrah manusia, mudah leka, lupa, alpa. Jadi, kenalah selalu

kita ingat dan pesan sesama kita supaya tak ada yang terlepas jauh ke belakang,” getus Najmi

Aisya lagi. Kata-katanya tertuju kepada Syaripah Zahirah atau lebih mesra dengan panggilan Pah

itu.

“Eh, mane ada. Sibuk jelah kamu ni Aisya!” Syaripah Zahirah menjeling tajam ke arah

Najmi Aisya.

Masing-masing kini terdiam. Para editor mula memusatkan pandangan mereka ke arah

NoorWafirah. Mereka seakan sudah sedia untuk menerima input dan arahan seterusnya dari

NoorWafirah.

“Baiklah, pengisian yang pertamanya saya kira dah selesai. Seperti yang dah dipersetujui,

kak Wardah dan Aisya akan menyimpulkan perbincangan tadi bagi menyempurnakan kolum

ibadah. Endang, kamu dari tadi senyap je. Nak tambah apa-apa kepada perbincangan tadi?”

Page 21: Novel: Zahr Al-Islam

Tanya NoorWafirah kepada Endang Daffa. NoorWafirah ingin memastikan penglibatan yang

semaksima boleh daripada semua editor.

“Gak. Aku setuju banget sama kak Wardah, sama Aisya dan kamu tadi. Aku pengen ikut

sama sumbangin idea. Tapi bukan dari kolumnya ibadah. Kalo buat kolum kesihatan bisa gak

aku beri informasiku?” Endang Daffa mula berkata-kata. Dari gaya bahasa dan dialeknya, pasti

ramai yang menyangka bahawa dia adalah pelajar antarabangsa dari Indonesia. Setiap kali ramai

yang menyangka, pasti banyak juga sangkaan yang meleset apabila mengetahui bahawa Endang

Daffa berasal dari Timor Leste, sebuah negara yang kurang sedekad mencapai kemerdekaannya,

iaitu pada Mei, 2002. Negara yang dahulunya dikenali sebagai Timor-Timur ini telah dijajah

selama 450 tahun oleh Portugal. Oleh kerana Timor-timur pernah menjadi sebahagian daripada

wilayah Negara Kesatuan Republik Indonesia, rata-rata warganegaranya ada yang bertutur

dengan dialek yang hampir serupa dengan penutur negara Indonesia yang kini bergelar jiran itu.

“Silakanlah Endang. Pasti kami teruja mendengarnya. Apa tidaknya, informasi-informasi

yang kamu kongsi sentiasa tak menghampakan Tinta Tarbiyyah.” NoorWafirah tersenyum

sambil memandang Endang Daffa. Dia amat berbesar hati mempunyai seorang wakil editor

dalam kalangan pelajar antarabangsa. Sekurang-kurangnya, ada juga ekstrak import di antara

ekstrak-ekstrak tempatan. Pastinya gabungan ekstrak-ekstrak ini menhasilkan produk yang dapat

memberi impak yang lebih mengena sasaran.

“Teman-teman, aku begitu suka sekali berbicara tentang sunnah Rasulullah. Justeru, aku

pengen kolum kesihatan Tinta Tarbiyyah memuatkan cara pengobatan yang dianjurkan oleh

Rasulullah kepada kita. Yang sumbernya alam, bukannya hasil dari tindakbalasnya redoks,

Page 22: Novel: Zahr Al-Islam

oksidasi..atau yang macam-macam itu..” Endang Daffa bermukadimah. Walaupun dia menuntut

dalam bidang kejururawatan, perubatan yang berteraskan sunnah langsung menjadi pilihan.

Ilmu kimia yang banyak menyumbang ke arah penemuan pelbagai jenis penawar kepada

penyakit melihatkan kepakaran manusia yang terbatas. Seringkali ubat-ubatan yang dihasilkan

mempunyai kesan sampingan sama ada pada kadar segera mahupun jangka panjang. Bahkan,

medikasi yang berbeza-beza diperlukan bagi setiap penyakit.

“Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah saw ada bersabda iaitu: Tidak ada satupun penyakit

melainkan di dalam Habbatus Sauda terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian

(HR. Muslim). Bisa kita faham dari hadis ini bahawa gak ada penyakit yang gak bisa sembuh

kecuali maut. Allah swt menurunkan penyakit dan juga menurunkan obatnya.” Endang Daffa

memberi hadis sebagai pengenalan kepada perubatan yang ingin diperjelaskannya.

“Pengobatan yang dianjurkan oleh Rasulullah saw yang aku mahu bicara tadi itu ialah

habbatus sauda, seperti dalam kenyataannya hadis tadi atau nama latinnya Nigella Sativa. Kalau

di negaraku, kami memanggilnya ‘jintan hitam’. Bentuknya berupa biji yang kecil-kecil

berwarna hitam makanya orang arab menamakannya habbatus sauda yang berarti biji hitam. Biji

yang kecil ini ternyata subhanAllah mengandung berbagai zat yang sangat diperlukan oleh

tubuh..” bersemangat Endang Daffa memberikan penjelasan sehingga dia terpaksa diam seketika

setelah terbatuk-batuk sedikit. Endang Daffa menarik nafas panjang.

“Wah, menarik tu Endang..apa khasiatnya. Nak dengar lagi.” Syaripah Zahirah teruja.

NoorWafirah serta editor-editor lain hanya tersenyum sesama sendiri. Mereka juga

sebenarnya ingin tahu. Dalam pada itu, fikiran NoorWafirah melayang.

Page 23: Novel: Zahr Al-Islam

“Awak nampak letih je Wafirah..kurang bersemangat. Tak macam selalu..nape?” ‘Ain

Nujma prihatin.

“Tak de papelah Nujma, saya rasa penat sikit je. Tak cukup tidur kot.” NoorWafirah

menjawab pertanyaan sahabatnya itu sambil tersenyum.

“Baru-baru ni, saya diminta buat tugasan mengenai perubatan Ibnu Sina tau. Sempat

jugak saya tinjau karya-karya beliau yang popular. Karyanya yang terbesar ialah The Canon of

Medicine, yang dianggap majoriti sebagai buku paling terkenal di dalam dunia kedoktoran, baik

di Timur atau di Barat. Dalam buku tu, ada dinyatakan tentang khasiat habbatus sauda tau.

Jelasnya, habbatus sauda tu bermanfaat merangsang tenaga di dalam tubuh dan membantu

penyembuhan dari kelelahan atau kurang semangat. Habbatus sauda ni penawar semulajadi,

awak cubalah ye..” berhemah ‘Ain Nujma berkongsi ilmu.

Penjelasan Endang Daffa berakhir. Namun, NoorWafirah masih mengelamun. Habbatus

sauda mengingatkan NoorWafirah akan keakrabannya bersama teman sebilik, ‘Ain Nujma tidak

lama dahulu. Kini NoorWafirah seakan sukar sekali meluangkan masa bersama temannya itu.

Timbul lagi rasa bersalah dalam dirinya kerana mengabaikan hak ‘Ain Nujma sebagai

sahabatnya. NoorWafirah sempat mendengus kekecewaan sebelum menyambung diskusinya

lagi.

“Sebagai penutup, boleh tak kiranya saya kongsikan beberapa karakter penulis berjaya

yang saya petik dari sebuah buku yang bertajuk Rahsia Tokoh Yang Berjaya..sekadar pedoman

buat kita. Bolehla ye..” NoorWafirah tersenyum sendiri. Dia kelakar dengan gelagatnya, merayu

umpama anak manja. Dia mengharapkan beberapa butir waktu untuk menyampaikan informasi

tambahan yang tiada kaitan dengan tajuk kupasan Tinta Tarbiyyah.

Page 24: Novel: Zahr Al-Islam

Hanggukan yang menandakan respon positif daripada editor-editor menerbitkan kembali

kelantangan NoorWafirah.

“Seorang penulis yang berjaya tidak akan menulis sebelum dia benar-benar menguasai

keperihalan perkara yang ingin ditulisnya. Dia juga akan menghayati apa yang ditulis agar

tulisannya tidak terlalu singkat sehingga membangkitkan kebingunan pembaca dan tidak pula

terlalu berjela-jela sehingga membosankan pula. Seorang penulis yang berjaya sama sekali akan

membuang dari tulisannya segala macam kebohongan, kesalahan, kata-kata kotor, cacian dan

kata-kata yang menyakiti orang lain..” NoorWafirah yang bagai orang memberi taklimat itu

terjeda seketika. Dia menghirup oksigen secukupnya sebelum meneruskan kata-kata lagi.

“Seorang penulis yang berjaya juga fokus ketika mengumpulkan idea-idea yang

berserakan, merumus ungkapan-ungkapan yang panjang, menyusun ciri-ciri penting dengan rapi,

cermat dan kemudian menjelaskannya sebaik mungkin. Ini juga merupakan tujuan menulis

semulakan. Satu lagi karakter penulis yang berjaya ialah tidak mudah ujub dengan apa yang

ditulis atau karyanya, kerana itu cubaan buat si penulis. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah kalau

karakter-karakter ni mempengaruhi kita ketika menghidupkan mata pena.” NoorWafirah

tersenyum setelah selesai mempersembahkan maklumat tersebut. Bagi NoorWafirah, informasi

yang dikutip hasil buah fikiran Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni, penulis asal buku Rahsia Tokoh

Yang Berjaya bersaiz mini ini sememangnya cukup bermotivasi buat dirinya dan sahabat-sahabat

editor.

Masing-masing jelas dengan peranan masing-masing. Para editor terutamanya

NoorWafirah mengharapkan agar penyusunan serta penghasilan risalah yang pertama sesi ini

berjalan dengan baik dan sukses misinya apabila diedarkan kelak.

Page 25: Novel: Zahr Al-Islam

Tangan ditadah. Kak Wardah membaca doa, memohon dipermudahkan segala urusan

dan perjuangan mereka. Mesyuarat kedua sesi itu disudahi dengan tasbih Kifarah dan surah al-

Asr.

Para editor mulai bersurai. Tatkala itu pula, telefon bimbit NoorWafirah yang disimpan

dalam saku jubahnya bergetar. Tiada bunyi kerana masih lagi dalam mod senyap.

Inbox dibuka.

Text Message:

Andai gelarmu..ZAHR AL-ISLAM

Zahr al-Islam kerna dirimu sentiasa bersedia untuk agama,

Zahr al-Islam kerna kau tidak gentar mengajak agar berjuang bersama,

Zahr al-Islam kerna lidahmu petah berbincang dan berbicara,

Zahr al-Islam kerna kau sekuntum bunga berperibadi seorang Islam.

From:

(xxx-xxxxxxx)

Page 26: Novel: Zahr Al-Islam

EmpatEmpat

esej dengan aksara indah berbentuk puisi yang diterima oleh NoorWafirah melalui

khidmat pesanan ringkas masih melayang-layang dalam benak NoorWafirah. Begitu

juga dengan cebisan nota yang terselit di dalam buku rujukan yang dipinjamnya tempoh hari.

Sulit baginya untuk memikirkan soal hati dan perasaan ini. Namun, NoorWafirah terasa sedikit

gusar kerana dia hanya mendiamkan diri. Tiada jawapan mahupun respon diberi kepada

empunya diri, si penyair.

M

NoorWafirah memejamkan matanya seketika. Terasa terbeban pula kotak fikirannya

yang sedia sarat itu apabila hal tersebut kini terpaksa pula difikirkannya. Dia seakan-akan cuba

untuk merehatkan frontal lobe, bahagian otak yang rata-ratanya mempunyai fungsi tertinggi.

Penyelesaian masalah, motivasi, daya ingatan, kawalan impuls serta perwatakan sosial adalah

antara fungsi tertinggi yang melibatkan bahagian otak yang dikenali sebagai frontal lobe ini.

Itulah penerangan yang pernah disampaikan ‘Ain Nujma kepada NoorWafirah selang

beberapa bulan sebelum ini. Tidak semena-mena ‘Ain Nujma membicarakan soal bahagian otak

beserta peranannya apabila NoorWafirah mengadu sakit kepala kepadanya. Sengaja ‘Ain Nujma

berseloroh menakutkan NoorWafirah, sedangkan sakit kepala NoorWafirah yang ringan tiada

hubungkaitnya dengan fungsi bahagian otak tersebut. Barangkali lokasi otak yang tersimpan di

dalam kepalalah yang mencetuskan idea buat ‘Ain Nujma bagi dijadikan modal menghilangkan

tekanan belajar. Noorwafirah pula sekadar ingin bercanda dengan bakal jururawat itu. Sengaja

ingin dilihat reaksi gadis periang, kecil molek itu.

Page 27: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah tersenyum sendirian. Tertipu dia dengan gurauan ‘Ain Nujma yang

sengaja ingin membangkitkan kebimbangannya. Dalam pada itu, NoorWafirah langsung lupa

akan hal yang mengusutkan benaknya awal tadi. Buat sementara waktu ini, NoorWafirah ingin

fokus terhadap pelajaran dan usaha dakwahnya iaitu Tinta Tarbiyyah. Namun, dia punya misi

penting untuk dilaksanakan malam ini.

Malam itu, NoorWafirah mencari kesempatan untuk meluangkan masa bersama teman

sebiliknya, ‘Ain Nujma. NoorWafirah ingin menjalinkan kembali keakraban mereka. Ingin jua

dia mengintai-ngintai mencari ruang hitam yang barangkali memberi bebanan buat sahabatnya

itu belakangan ini. Gerangan apakah yang mengubah ‘Ain Nujma yang ceria serta tidak kurang

ramahnya itu menjadi dirinya yang baharu ini? Sering keluar dan pulang tengah malam, suka

menyendiri, ponteng kuliah..demikian pula definisi diri ‘Ain Nujma kini. Sedaya mampu, pasti

NoorWafirah mahu membantu sahabatnya itu. NoorWafirah memasang tekad.

Selesai membersihkan diri, NoorWafirah segera bersiap. Dia melangkah masuk ke dalam

cubicle, ruangan yang menempatkan ‘Ain Nujma. Disangkanya ‘Ain Nujma sedang tidur kerana

pada hematnya, ruangan yang kurang beriluminasi seperti itu pastinya membangkitkan sleepy

mood. Namun, ‘Ain Nujma tidak berada di situ. Disangkanya pula ‘Ain Nujma sedang mandi.

Lalu dia menyandar pada bingkai jendela. Menanti ‘Ain Nujma yang tidak kunjung tiba.

NoorWafirah memusatkan pandangannya ke arah meja tempat ‘Ain Nujma menelaah

saban waktu di cubiclenya itu. Berselerak. Ingin dikemas, tetapi bangkit pula rasa serba salah di

dalam dirinya. Takut pula nanti nota-nota serta buku-buku pengajian ‘Ain Nujma dicampur

adukkannya. Menyukarkan pula ‘Ain Nujma untuk mengumpulkan kesemuanya semula nanti.

Oleh yang demikian, niatnya untuk mengemas meja ‘Ain Nujma dimatikan.

Page 28: Novel: Zahr Al-Islam

Pandangan NoorWafirah kini teralih pula pada lukisan yang seolah-olah hidup. Seakan

biji kacang. NoorWafirah mengerling ke arah isi muka sebuah buku berwarna merah, Anatomy &

Physiology. Loya NoorWafirah melihat gambar tiga dimensi keratan rentas organ dalaman iaitu

buah pinggang manusia. Pantas dia mengalihkan kembali pandangannya menonton dinding yang

seakan skrin besar di hadapannya.

Buku tersebut merupakan buku yang sama dilihat NoorWafirah ketika dia mengejutkan

‘Ain Nujma di suatu pagi beberapa hari yang lalu. Nampaknya Anatomy & Physiology dah jadi

subjek kegemaran ‘Ain Nujma kini...he, fikir NoorWafirah.

Kagum NoorWafirah apabila sahabatnya itu berjaya mengatasi rasa benci pada subjek itu

seperti yang pernah diluahkan ‘Ain Nujma kepadanya akhir semester lepas.

“Alhamdulillah..” NoorWafirah mengucapkan syukur pada Allah swt kerana membuka

pintu hati sahabatnya itu supaya menerima subjek yang pernah dianggap sebagai pencetus

kerapuhan prestasi akademik ‘Ain Nujma. Sambil itu, NoorWafirah sekali lagi melarikan anak

matanya dari melihat lukisan organ buah pinggang manusia itu.

Sejak dari dahulu, NoorWafirah memang kurang berminat dengan sains hayat atau apa-

apa yang sewaktu dengannya. Puncanya satu, NoorWafirah takut akan darah. Di kala itu,

NoorWafirah sempat meledakan tawa kecil. Lucu benar apabila mengenangkan bahawa dia takut

walaupun pada lukisan.

NoorWafirah sedang berdiri tegak, dengan kedua belah tangan diluruskan ke bawah,

menancapkan mata bersungguh-sungguh ke lajur di bahagian paling bawah muka surat buku

tersebut-ada fakta yang cukup impresif mengenai organ yang berbentuk biji kacang itu.

Page 29: Novel: Zahr Al-Islam

Organ yang dimaksudkan iaitu buah pinggang manusia yang menapis dan membersih

hampir 200 liter darah setiap hari. Kira-kira lima liter darah yang terkandung dan mengalir di

dalam badan kita ini diproses sebanyak 40 kali sehari. Buah pinggang berkerja dengan

menyingkirkan sisa dan air yang berlebihan dari darah sebagai air kencing. Tidak berhenti hanya

di situ, organ yang canggih ini juga membantu mengimbangi kandungan kimia dalam badan

seperti fosforus, sodium dan potasium di samping merangsang sumsum tulang supaya

menghasilkan sel-sel darah merah, mengawal tekanan darah dan juga menjamin tulang yang

sihat dan kuat.

Mengagumkan bukan? Semua ini hanya dilakukan oleh sepasang organ cilik yang

terletak di belakang abdomen, satu di setiap sisi pasak belakang, di bahagian bawah rusuk

tercorot. Saiznya pula hanya sebesar saiz penumbuk atau buku lima manusia.

Alhamdulillah..itulah grand design berupa nikmat kurniaan Allah swt yang zahir dan

nyata namun sering pula tersembunyi dan kabur pada pandangan mata dan akal manusia. Allah

al-Wahhab, Dia Maha memberi dan mengurniakan nikmat serta rahmat kepada sekalian

hambanya; jika Dia menghendaki seseorang beroleh kurnia, maka Dia berkuasa melakukannya.

Jika cuba dihitung oleh manusia dengan menggunakan kalkulator saintifik hebat atau

secanggih mana sekalipun, pasti tidak akan ditemui jumlah sebenar nikmat Allah swt itu kepada

makhluknya. Kenapa? Kerana jumlah nikmatNya itu tidak ada akhirnya atau sebenarnya jumlah

nikmat Allah itu infiniti.

Nikmat daripada Allah swt itu luar biasa kadarnya, begitu juga pada nilainya. Antara

nikmat-nikmat itu termasuklah harta benda yang dimiliki, kesihatan tubuh badan, kesempatan

waktu dan lain-lain yang membolehkan seseorang itu terus menjalani hidup di dunia ini. Nikmat

Page 30: Novel: Zahr Al-Islam

ini pinjaman yang Esa. Oleh yang demikian, Allah berkuasa untuk memilikinya semula pada

bila-bila masa tanpa perlu megisukan notis kepada sesiapa yang dikehendakiNya itu. Lagi

definisi tentang nikmat: nikmat itu juga sebenarnya amanah Allah swt yang diberikan ke atas

pundak setiap hamba yang mesti dipikul dan dipelihara sebaik mungkin.

Mukmin yang bijak ialah mereka yang menggunakan nikmat sebagai jambatan atau wasitah

untuk menuju ke akhirat yang berakhir dengan nikmat syurga. Namun, mereka yang tidak bijak

akan meredah amaran Allah dengan menggunakan nikmat yang dimiliki, yang melibatkan

kekayaan, keunggulan nama, harta benda juga kuasa untuk memenuhi runtunan nafsunya.

Kerana itulah, orang yang seumpama ini tidak pernah merasa puas biar betapa banyak nikmat

yang telah diberi oleh Allah.

Datuk Dr. Amran Kasimin,

Ruangan Agama, Mingguan Malaysia.

NoorWafirah teringat akan petikan ulasan Datuk Dr. Amran Kasimin yang menjawab

soalan pembaca dalam surat khabar yang dibacanya kelmarin. NoorWafirah berfikir, alangkah

bagusnya kalau dia tergolong dalam kumpulan yang pertama iaitu orang mukmin yang bijak

lantas hasilnya berupa nikmat syurga, dan berharap dijauhkan dari menyusul bersama mereka

yang tidak bijak beserta natijah yang merugikan.

Oh Tuhanku, limpahkanlah kepadaku kesyukuran dan nikmatMu yang Engkau kurniakan

kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku, hingga aku beramal soleh sebagaimana yang

Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat dan kasih sayangMu ke dalam golongan

para hambaMu yang soleh. Amiin.

Page 31: Novel: Zahr Al-Islam

Tangan yang ditadah disapu ke muka. NoorWafirah kemudiannya menggaru-garu pipinya

yang pedih bagai ada sesuatu yang tajam menyucuk-nyucuk serampangan sekitar pipi

cengkungnya itu. Dalam pada itu, NoorWafirah kembali teringatkan ‘Ain Nujma. Dia terasa

amat lega kerana ‘Ain Nujma tidaklah berubah seburuk mana seperti yang disangka sehingga

mengabaikan pelajarannya. Buktinya, dia masih rajin mengulangkaji pelajarannya di asrama

walaupun jangka masa sebelum peperiksaan akhir semester masih panjang.

“Mu wat ghapo menyandar kat tempat Nujma tu Wafirah?” getus Nik Safiyya yang

menyedari NoorWafirah dari tadi hanya tercegat di situ.

“Saya tunggu Nujma. Saya fikir nak ajak dia solat maghrib berjemaah di musolla tadi.

Tapi dah tak sempat, jadi saya fikir nak solat berjemaah dengan dia kat bilik je. Lama sangat dia

mandi, risau pulak kalau tak sempat solat maghrib ni. Yelah, waktunyakan tak berapa panjang..”

ujar NoorWafirah setelah Nik Safiyya menegurnya.

“Eh, Nujma dah tubik sudoh azan ‘asar lagi tadi. Macam biase, kelik malam nanti kot”

Nik Safiyya memberitahu sambil telekung yang dipakai dikemaskan ikatannya.

Kening NoorWafirah terangkat mendengarkan khabar dari Nik Safiyya tadi. Dia hampa.

Ah! Itulah, waktu Nujma ada aku pulak yang sibuk sangat dengan urusanku, NoorWafirah

mengomel sendirian.

Kerana Allah, aku pasti tidak akan berputus asa. Aku mohon petunjuk darimu Ya Allah,

mendayung sampan agama yang bukan aku seorang penumpangnya, mengejar kejayaan duniawi

dan akhrawi. Dan hidup ini pasti indah jika segala-galanya keranaMu Ya Allah. NoorWafirah

seakan memujuk dirinya sendiri. Dia pasti kembali tenang apabila mengenang akan penciptanya

tatkala hatinya keresahan.

Page 32: Novel: Zahr Al-Islam

Kain telekung dan sarung putih dilipat kemas. Buku berkulit keras yang terselit dia antara

buku-buku pengajiannya dicapai. Seakan-akan diari, namun ianya bukanlah diari. Jauh sekali

nota pengajian kerana NoorWafirah tidak gemar menulis nota yang padat dan complecated di

dalam buku. NoorWafirah lebih selesa menyimpulkan pembelajarannya dalam bentuk rajah

pokok ataupun peta minda. Sebenarnya, NoorWafirah berazam untuk berusaha menambahkan

amal ibadahnya kepada Allah swt pada tahun 1430H ini. Demi merialisasikan azamnya itu,

NoorWafirah mewujudkan muzakkirah khusus untuk mencatatkan amal ibadah.

Di dalam catatan ibadahnya, NoorWafirah akan merekodkan semampu boleh segala

aktivitinya yang berupa ibadahnya kepada Allah swt. Catatan ibadah yang merupakan catatan

harian NoorWafirah bertujuan supaya dia sentiasa bersemangat untuk memperbaiki kualiti dan

juga menambah kuantiti ibadahnya hari demi hari. Harapannya agar plot ibadahnya kepada Allah

swt sentiasa meningkat menuju klimaks yang tidak berpenghujung, agar dirinya menjadi hamba

yang lebih sujud kepadaNya, lebih dekat denganNya.

Bagi NoorWafirah, apa yang diusahakannya itu tidak lebih dari sekadar usaha. Aspek

penilaian dan penilai yang sebenar-benarnya hanyalah Allah dan kekal haknya tanpa ragu. Dia

yang Maha mengetahui, apa yang ada di hati setiap hambanya.

Ya Allah, Kaulah yang terhebat. Maha Qahhar, Jabbar,Wahhab.. sehingga tidak

tersenaraiku akan segala MahaMu. Kau juga Ya Allah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sedangkan aku yang selama ini hamba yang tidak sedar diri. Tidak tahu mengenang budi dan

berat pula untuk memuji Kau yang hanya selayaknya dipuji, lantaran kerap kali membutakan

mata hati dari mengenaliMu dan Islam.

Page 33: Novel: Zahr Al-Islam

Ya Allah, aku ingin mengasihiMu lebih dari segala-galanya. MengenaliMu seakrab

mungkin. Mengenang segala limpah kurnia serta nikmatMu lalu mensyukurinya. Memuji-

mujiMu.

Semoga belum terlewat bagi kita untuk berkenalan dengan Tuhan pencipta kita. Merasai

melangit kasih-sayangNya yang tiada sempadan. Merasa gentar akan keagunganNya dan

menghayati percintaan denganNya. Sampai kita mampu merasakan kebesaran nikmat anugerahNya.

Page 34: Novel: Zahr Al-Islam

LimaLima

Batang pensel yang digenggam oleh jari-jemari NoorWafirah semakin ligat

menghidupkan penulisan kalimah suci. Sejak di bangku sekolah rendah, NoorWafirah

mempunyai kemahiran mempelbagaikan gaya penulisan. Kini, dia menyedari pula akan

kemampuannya dalam seni penulisan khat.

Seni khat adalah golongan kaligrafi atau dalam kata yang lebih mudah; seni menulis

dengan indah. Seni ini dicipta dan diperluas oleh orang Islam sejak kedatangan Islam. Huruf jawi

yang sememangnya memiliki aksara huruf yang melengkung dan artistik, mampu menjadi bahan

yang sangat sarat lanjutannya untuk penghasilan khat. Selain tujuan asalnya iaitu bergabung bagi

membentuk perkataan bahasa Arab, tulisan khat berkait rapat dengan al-Quran dan hadis kerana

sebahagian besar tulisan indah dalam bahasa Arab menampilkan ayat dari al-Quran dan hadis

Nabi Muhamad saw.

Dari sudut penggunaannya pula, tulisan khat telah digunakan dalam urusan pentadbiran

negara pada awal penubuhan kerajaan Umaiyah. Dalam dunia Islam yang lebih inovatif kini,

tulisan indah ini diguna pakai pada dinding masjid dan istana serta peralatan lain seperti perabot,

seramik dan tidak ketinggalan sebagai kerangka mahupun hiasan dinding.

Alhamdulillah. Gerimis berjasa dalam mencungkil bakat NoorWafirah dalam bidang

penulisan kreatif khat. NoorWafirah yang baru setahun jagung dalam mempelajari seni khat

sempat menggondol pengiktirafan dalam pertandingan sulung yang disertainya anjuran Gerimis

sendiri. Tersebut merupakan antara aktiviti tahunan anjuran Gerimis dengan kolaborasi Akademi

Islam, institusi pengajian tinggi mereka sendiri.

Page 35: Novel: Zahr Al-Islam

Gerimis juga tidak ketinggalan dalam mengetengahkan bakat-bakat seni yang lain seperti

nasyid, ghazal dan juga seni kompang serta beberapa ranggu yang lain. Gerimis yang merupakan

sebuah persatuan yang paling popular dalam kalangan siswa-siswi kampus ini dipengerusikan

oleh Amar Abrar, siswa tahun akhir bagi program Pengurusan Institusi Islam. Jejaka tampan

lagi sopan ini tidak pernah terkecuali menerajui aktiviti-aktiviti gerimis sejak persatuan itu

dikenalinya. Setiap kali gerimis beracara, pasti Amar Abrar akan turun padang menyumbang

walau sedikit cuma solekan kreatifnya.

Amar Abrar sendiri punya bakat menulis ‘nazam’, iaitu sejenis puisi yang bersumberkan

kesusasteraan Arab dan juga ‘ode’, iaitu puisi yang berisikan sanjungan terhadap tokoh, tanah air

atau keindahan alam. Selain itu, Amar Abrar turut mempunyai bakat sebagai penglipur lara.

Tidak hairanlah sekiranya dia sering digelar ‘Tuk Selampit‘ dan kadang-kadang pula ‘Awang

Batil’ oleh sahabat-sahabat karib yang cukup akrab mengenalinya. Bukan itu sahaja, kejayaan

akademik Amar Abrar yang turut mengungguli anugerah dekan hampir setiap semester

menjadikan dirinya semakin berpengaruh sekaligus mempopularkan gerimis.

Di situlah juga sebermulanya perkenalan di antara NoorWafirah dan Amar Abrar.

Gerimis sememangnya mengundang kenangan indah kepada ahlinya. NoorWafirah tersenyum

sendirian. Lamunan itu kemudiannya sengaja dihentikan.

Lantas pensel yang dari tadi erat dalam dakapan jari-jemari NoorWafirah digerak-

gerakkan menghiasi kalimah basmallah yang leka dicoretnya. NoorWafirah terbuai seketika

sambil batang pensel yang mundar-mandir di atas lembaran kertas itu silih ditatap. Qalam rasas

yang lincah pergerakkannya tadi kini kian membantut seolah-olah kesuntukan tenaga.

Page 36: Novel: Zahr Al-Islam

“Ayah, ayah belikan Firah tak pensel yang Firah pesan tu? Pensel Firah dah kontot dah.

Kalau ayah lupa beli, ayah belikan nanti yeh..” tanya NoorWafirah manja. Tangan ayah yang

baru pulang selesai urusan berniaga ditarik dan dicium. Kulit ayah yang berkedut serta urat-urat

yang timbul setia dicium NoorWafirah setiap kali mereka anak-beranak berpisah dan bertemu

semula.

“Siapa cakap ayah lupa, ayah cuma tak ingat je nak belikan pensel yang Firah pesan tu.”

jawab ayah seakan serius.

“Alah, jadi memang ayah tak belilah pensel untuk Firah ye? Takpelah macam tu.”

NoorWafirah pura-pura merajuk. Dimuncungkan mulutnya yang merah menyala itu bak

muncungnya mulut si ikan Todak.

NoorWafirah selalunya seorang anak yang baik, jarang diminta-minta sesuatu daripada

ayahnya seperti anak-anak lain yang sebaya dengannya. Oleh sebab itu jugalah, ayah

NoorWafirah jarang menghampakan permintaan puteri solehahnya itu.

“Ada ni hah, dua kotak ayah beli untuk Firah. Sampai masuk universiti pun boleh pakai,”

ayah NoorWafirah pantas mematikan muncung mulut NoorWafirah. Dia menjeling pada

NoorWafirah lalu ketawa terbahak-bahak. Bahagia kerana dapat mengusik puteri tunggalnya.

“Terima kasih ayah. Firah janji Firah akan pakai sampai masuk universiti besar

nanti..insya-Allah.” NoorWafirah tersenyum lalu memeluk ayahnya. Lurus bendul anak kecil itu

membalas usikkan ayahnya.

NoorWafirah yang riang gembira ketika itu teruja untuk mencuba pensel baru tersebut.

Maklumlah, seminggu lagi dia bakal masuk belajar dalam darjah satu.

Page 37: Novel: Zahr Al-Islam

“Firah! Ayah beli pensel suruh Firah conteng dinding ke?!” Ayah NoorWafirah bernada

nyaring.

NoorWafirah tidak mampu berkata-kata. Dia kaget. Kegirangan dua beranak tadi tiba-tiba

berubah.

Dalam pada itu, ayah NoorWafirah tiba-tiba mengusap dadanya. Dia tercungap-cungap.

Nafasnya seakan-akan berat untuk dihirup. Dia rebah ke bumi masih tangannya ditelangkupkan

pada dada.

Dyspnea atau kesukaran bernafas yang kronik dialami ayah NoorWafirah merupakan

simptom kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain. Kemerosotan medan dan kadar

pernafasan dari keperluan badan menyebabkan ayah NoorWafirah hilang keseimbangan badan

lalu terjatuh. Situasi yang berlanjutan pula menyebabkan dadanya teramat sakit.

NoorWafirah tergamam. Tanpa mengerti apa-apa, NoorWafirah menghampiri ayahnya

yang terbaring itu.

“Ayah, Firah mintak maaf. Firah tak buat lagi ayah. Ayah, kenapa ni? Ayah, jawablah!

Ayah! Ayah! Ayah!” NoorWafirah menangis. Kegirangan dua beranak tadi berubah kepada

suatu tragedi. Semuanya berlaku dengan begitu pantas sekali.

“Ayah! Ayah! Bangunlah ayah, jangan tinggalkan Firah, ayah. Ibu dah tinggalkan Firah

dulu, sekarang takkan ayah pulak nak tinggalkan Firah. Ibu tak sayang Firah, ayahpun tak sayang

Firah jugak. Ayah, Firah mintak maaf. Ayah, bangunlah ayah!” teriak NoorWafirah sambil

pusara ayahnya yang masih basah itu dicakar-cakarnya.

Page 38: Novel: Zahr Al-Islam

“Sudahlah Firah, jangan cam ni. Ayah Firah dah takde. Firah nangis-nangis camni kalau

arwah dengar mesti dia sedih. Firah kene redha, redha dengan pemergian ayah Firah. Allah lebih

sayangkan dia. Berdoalah dan hadiahkan al-Fatihah kepadanya. Itu lebih mulia. Moga-moga dia

ditempatkan bersama-sama mereka yang soleh kat sana nanti,” Abang Nasruddin, sepupu

NoorWafirah memujuk.

Anak kecil berusia tujuh tahun itu mulai mengesat air matanya. Terasa seperti ayahnya

benar-benar sedang melihat reaksinya itu dan tentu sekali dia sedih. Air mata NoorWafirah

hanya mampu bergenang sambil ditadah kelopak matanya. Tiada lagi teriakkan.

Tatkala itu, NoorWafirah sendirian. Walaupun dijaga oleh mak Yam, orang tuanya abang

Nasruddin, namun hidupnya penuh berdikari. Segala makan, minum dan pakaiannya diuruskan

sendiri semampunya. Sebolehnya, NoorWafirah tidak mahu kehadirannya menjadi bebanan buat

mak Yam yang hanya menyara hidup dengan wang pencen dan KWSP yang tidak seberapa

tinggalan arwah pak ciknya. Atas permintaan NoorWafirah sendiri, dia mula bersekolah di

sekolah berasrama penuh setelah memasuki sekolah menengah.

Hidupnya diuji lagi apabila mak Yam yang merupakan satu-satunya tempat dia mengadu

nasib itu pula pergi meninggalkannya kira-kira tujuh tahun selepas pemergian ayah. Sejak itu,

cuma abang Nasruddin yang ada buat dirinya. Dialah ibu, dialah ayah NoorWafirah. Seringgit

dua pun hanya pada abang Nasruddin dipintanya.

NoorWafirah tidak punya sesiapa lagi untuk dituju apa lagi hendak mengadu nasib. Mak

Yam, kakak ibu telah pergi. Mak Su Nor, adik ibu pula paling dahulu pergi menghadap Ilahi

akibat Ulcerative Colitis atau keradangan usus yang teruk sehingga tercetus pula penyakit

penghadaman yang lebih serius iaitu kanser kolon.

Page 39: Novel: Zahr Al-Islam

Terdahulu, sakit abdomen yang teruk diikuti dengan najis berdarah yang dialami Mak Su

Nor dianggap sebagai suatu gejala biasa bagi Mak Su Nor sendiri dan keluarga juga.

Sungguhpun begitu, siapa sangka tanda-tanda ringan tersebut dengan berani dan rakus meragut

nyawa Mak Su Nor. Mak Su Nor yang gempal orangnya kehilangan hampir sepertiga dari berat

badannya dan tidak diketahui pula puncanya. Setelah dipujuk Mak Yam dan ibu ketika itu, Mak

Su Nor diheret suaminya supaya mendapatkan rawatan bagi keradangan usus yang kian serius.

Dalam pada itu, tiub gentian optik lembut lengkap dengan kamera video, monitor dan lampu

telah beberapa kali menyelongkar sewenang-wenangnya ke dalam salur penghadaman atau usus

Mak Su Nor dalam ujian klinikal yang dikenali sebagai endoskopi. Suatu pembedahan telah

dijadualkan sebagai langkah ke arah perawatan, namun Allah lebih menyayanginya.

Pemergian Mak Su Nor membawa suatu pengajaran besar betapa perlunya manusia

menghargai peranan yang dipikul oleh sistem penghadaman. Mana tidaknya, sistem

penghadaman boleh mempengaruhi status pemakanan dan sistem imuniti di samping sistem saraf

manusia. Ini kerana, ia membolehkan tubuh badan menyerap nutrien dengan berkesan dan

mencegah kemasukan bakteria berbahaya daripada makanan. Sistem penghadaman

berkomunikasi dengan sistem saraf pula menerusi rangkaian saraf yang juga dipanggil sistem

saraf enterik. Contoh yang biasa bagi kita ialah fenomena seolah-olah ‘kecut perut’ apabila rasa

gementar. Demikian kisah Mak Su Nor yang hanya dikenali NoorWafirah menerusi koleksi

gambar-gambar kenangan Mak Yam.

Ayah pula anak tunggal atuk dan nenek hasil perkahwinan atuk yang pertama. Atuk

berkahwin lagi dengan seorang janda beranak tiga sesudah nenek meninggal. Atuk tidak

dikurniakan cahaya mata lagi dalam perkahwinannya yang kedua. Setelah itu atuk meninggal

dunia sewaktu mengerjakan haji bersama isterinya. Ibu tiri ayah pun menyusul atuk

Page 40: Novel: Zahr Al-Islam

kemudiannya dipercayai kerana sakit tua. Selain abang Nasruddin, saudara tiri ayah

NoorWafirah sahaja yang masih hidup.

Namun, NoorWafirah bukanlah gadis yang lemah. Dia tabah dengan segala yang

menimpanya. Dia amat yakin kepada al-Jami’, sifat Allah yang Maha Menghimpunkan. Dialah

yang berkuasa menghimpunkan seluruh umat manusia di padang Mahsyar kelak termasuklah ibu

dan ayah yang teramat dirinduinya itu.

Bersyukur jua NorWafirah kerana mempunyai seorang sepupu yang begitu mengambil

berat akan kepentingannya. Ustaz Nasruddin yang berkhidmat di Bahagian Penyelidikan, Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) inilah satu-satunya darah daging yang masih menemaninya

di dalam dimensi ciptaan Ilahi bernama Bumi ini. Ustaz Nasruddin banyak memberi

NoorWafirah tunjuk ajar agar tidak termakan lara ranjau kehidupan dunia.

“Ingat pesan abang ye Firah, hidup di dunia ni cuma satu perhentian. Singgahan kita

sebelum ke destinasi sebenar yang akan kita tujui, iaitu kepada pencipta kita Allah swt. Jadi, di

persinggahan nilah kita kena kumpulkan segala bekalan dan keperluan bagi menemuiNya nanti,

kerana hanya Dia yang layak menentukan arah kita yang seterusnya, ke syurgaNya atau neraka

yang dihuni syaitan tu. Kita ni juga hak Allah, maka peliharalah segala pinjaman yang Allah

bagi pada kita ni, jaga sebaiknya. Kalau ibu dan ayah Firah masih ada, yakinlah, mereka juga

akan pesan kepada Firah perkara yang sama,” ustaz Nasruddin mengingatkan NoorWafirah.

Itulah kata-kata yang berbau haruman kasih sayang yang sentiasa dikenang NoorWafirah.

Biarpun ustaz Nasruddin kedengaran seperti kuat berleter, namun leteran itulah yang memberi

asuhan buat NoorWafirah sejak dia kehilangan tempat-tempat untuknya bergantung. Ustaz

Nasruddin umpama membawa NoorWafirah menaiki bullet train negara Jepun meninggalkan

Page 41: Novel: Zahr Al-Islam

masa lampaunya sambil menyiapkan diri pula untuk menaiki mesin massa Doraemon menuju ke

masa hadapan yang treknya semakin bersimpang-siur.

Jari-jemari NoorWafirah yang masih menggenggam qalam rasas pemberian ayahnya

dileraikan. Pensel itu kaku di atas lembaran kertas dengan khat yang membentuk kalimah

basmallah. Tanpa disedari NoorWafirah, khatnya telah dirosakkan oleh juntaian air matanya

sendiri. Walaupun dikesat, selang beberapa ketika berjuntaian lagi yang menyusul. NoorWafirah

sebak setiap kali mengenangkan episod di sebalik qalam rasasnya itu.

NoorWafirah teramat rindu akan insan yang digelarnya ayah. Insan yang telah pergi

meninggalkannya dalam keadaan dia masih belum bersedia untuk meniti jambatan perjalanan

hidupnya sendirian tanpa berpaut pada tangan orang yang bertanggungjawab membawanya ke

dunia ini.

NoorWafirah juga turut dahagakan kasih sayang seorang ibu. Insan yang bersusah-payah

mengandung dan melahirkannya. Namun, belum sempat dia mampu memanggil ibunya dengan

gelaran ‘ibu’, ibunya telah pergi meninggalkannya.

Mujur dia masih punya saudara yang mirip ibu dan ayahnya. Dapatlah kiranya

NoorWafirah mengubat sedikit kerinduan terhadap ayahanda dan bondanya. Faktor ini jugalah

yang barangkali membuatkan NoorWafirah mudah akrab dengan sesiapa yang cuba mengambil

berat akan dirinya serta cuba untuk mewujudkan perasaan kasih sayang yang amat dia

dahagakan.

Emosi NoorWafirah mulai stabil. Tiada lagi juntaian air mata membasahi pipi. Matanya

sahaja yang tampak kemerahan. NoorWafirah memejamkan matanya yang kepedihan. Kelibat

Page 42: Novel: Zahr Al-Islam

ustaz Nasruddin datang membayang. Sejurus selepas itu, hadir pula Amar Abrar. Wajah insan-

insan istimewa ini tiba-tiba melintasi benak NoorWafirah. Barangkali untuk mengingatkan

NoorWafirah akan peranan mereka yang kekadang memberinya kekuatan untuk meneruskan

hidup tanpa menoleh ke belakang lagi.

Page 43: Novel: Zahr Al-Islam

EnamEnam

“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt, kita masih diberikan kesempatan oleh-Nya

untuk berhimpun lagi pada petang yang cerah ni.” NoorWafirah bermukadimah. Sidang redaksi

risalah Tinta Ta rbiyyah berwajah ceria. Barangkali teruja untuk persiapan edisi pentarbiyyahan

yang seterusnya.

“Ya, segala puji bagiNya juga kerna risalah Tinta Tarbiyyah yang dikeluarkan baru-baru

ni khabarnya memperoleh feedback yang positip banget dari siswi kampus kita ini. Semoga kita

jadinya makin positip dan bersemangat lagi selepas ini ya sahabat semua,” Endang Daffa

membuat liputan. Kata-katanya yang seakan ingin diseteruskan terhenti di situ apabila melihat

kak Wardah gelisah ingin mula berbicara.

“Betul tu. Akak turut berpuas hati mendengar respon daripada siswi-siswi sekuliah.

Tetapi janganlah kita berpuas hati terus, bahkan kita patut jadikan ianya sebagai batu loncatan

untuk kita terus memajukan Tinta Tarbiyyah,” ujar kak Wardah meredakan rasa riak yang

mungkin wujud dalam kalangan para editor.

Editor-editor semuanya mengangguk.

Dalam pada itu, benak NoorWafirah berlayar pula menuju zaman lampau iaitu ketika

penglibatan wanita dalam masyarakat di zaman nabi saw sangat kelihatan. Sebagaimana tercatat

pada tulisan yang dibacanya, kegemilangan kaum wanita menjalankan aktiviti dalam kehidupan

masyarakat Islam sememangnya zahir dan bertindak sebagai satu komponen penting dalam

sistem dan juga tamadun Islam.

Page 44: Novel: Zahr Al-Islam

Pertubuhan Badan Kebajikan atau Suffah Wanita umpamanya, telah membuktikan

kemampuan wanita berpersatuan sendiri dan menyelesaikan permasalahan penting terutama yang

berkenaan dengan kaum wanita sendiri, kepentingan agama dan juga dakwah. Manakala, Asma’

binti Yazid al-Ansariyyah pula merupakan muslimah pintar yang mula-mula mengeluarkan idea

melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan ini dan mendapat pujian daripada baginda

Rasulullah saw. Suffah Wanita ketika itu giat menjalankan aktiviti seperti menuntut ilmu,

memelihara alam sekitar, mengadakan sambutan perayaan dan turut menyertai perhimpunan

tergempar dan penting.

Selanjutnya, kaum wanita di zaman nabi saw turut melibatkan diri dalam menyumbang

dana Projek Institusi Kemasyarakatan. Keterlibatan wanita secara langsung dalam memberi

sumbangan material berupa zakat, sedekah, dan lain-lain sememangnya banyak diperkatakan

oleh sirah.

Khemah yang dibangunkan oleh Rufaydah binti Ka’ab al-Aslamiyyah sebagai contoh,

merupakan sumbangan wanita dalam mendirikan institusi khidmat kesihatan yang dianggap

sebagai hospital pertama dalam Islam oleh para sejarawan dengan pengkhususan bidang

perubatan. Bukan itu sahaja, malah Rufaydah yang berlatar belakangkan pendidikan tentang

perubatan turut melibatkan diri dalam membantu umat Islam yang memerlukan khidmat

perawatannya. Dalam institusi yang sama, Ku’aibah yang merupakan saudara perempuan

Rufaydah ikut menyumbang membantu di samping mendalami ilmu kejururawatan.

Benak NoorWafirah kini sibuk mencatur medan aktiviti wanita buat masa ini.

Sebagaimana jelasnya peranan yang dimainkan oleh kaum muslimah di zaman nabi saw,

NoorWafirah turut teruja menggalas beban keprihatinannya kepada agama untuk menyalurkan

Page 45: Novel: Zahr Al-Islam

khidmat bakti institusi Team Muslimahnya. Dia mahu menggemilangkan aktiviti institusi yang

dibinanya tamsil sumbangan wanita di zaman Rasulullah saw.

Namun demikian, usaha dan terapan yang mahu disalurkan tidaklah semata-mata

mengejar kegemilangan sehingga melupakan batas serta sempadan yang telah digariskan oleh

Allah swt dan Rasul. Nilai-nilai yang berperanan mendidik semestinya disusun dan dirapi

menurut konsep Islam yang sebenar-benarnya. Itulah yang seharusnya paling awal dititik

beratkan agar segala yang dibawa tidak merosakkan nilai dan etika yang ditetapkan syarak.

Jauh fikirannya melayang, sedar-sedar para editor sebulat sedang memandang ke

arahnya. NoorWafirah tersipu malu. Namun dengan segera disoroknya melalui senyuman yang

mekar mengelopak di bibirnya .

Itu jualah hadiah yang paling ikhlas dan termampu diberikan oleh NoorWafirah buat

sahabat-sahabat seperjuangannya yang tersangat komited itu. Senyuman itu semakin melebar

apabila para editor mula menunjukkan mimik muka yang serius.

“Selari dengan misi Tinta Tarbiyyah iaitu untuk mendidik, pendidikan ilmu tasawwuf

juga dilihat sebagai cabang ilmu yang sesuai dibangkitkan buat santapan siswi-siswi. Ilmu

tasawwuf ini memandu manusia ke arah pembersihan hati dengan sifat-sifat mahmudah yang

mulia dan dijauhkan pula dari sifat-sifat mazmumah yang tercela. Yang dikatakan mendidik

adalah apabila nafsu dan akal kita dapat dilemahkan dengan didikan ilmu ini supaya berada di

atas landasan syariat Islam yang hakiki,” Najmi Aisya terus memulakan pembentangannya.

Kata-kata kak Wardah tadi mematikan moodnya untuk memanjangkan sesi warm up awal tadi

sebelum memulakan diskusi yang lebih serius.

Page 46: Novel: Zahr Al-Islam

“Naam. Tetapi pada hemat saya, jika dikecilkan sikit skopnya lebih mudah untuk

mentarbiyyah. Misalnya sifat-sifat mahmudah tu. Imam Al-Ghazali r.a. dalam sebuah kitab yang

bertajuk Arbain Fi Usuluddin ada menyatakan sepuluh sifat mahmudah iaitu; taubat, khauf,

zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, mahabbah, redha dan zikrul maut. Kalau dipetik hanya

satu darinya bagaimana?” Syaripah Zahirah mengemukakan pendapatnya pula. Pertemuan kali

ini lebih menampakkan keserasian pendapat antara Syaripah Zahirah dan Najmi Aisya.

Tatkala itu, NoorWafirah pula sedang hanyut.

“Sudahlah Firah, jangan cam ni. Ayah Firah dah takde. Firah nangis-nangis camni kalau

arwah dengar mesti dia sedih. Firah kene redha, redha dengan pemergian ayah Firah. Allah lebih

sayangkan dia. Berdoalah yang baik-baik dan hadiahkan al-Fatihah kepadanya. Itu lebih mulia.

Moga-moga dia ditempatkan bersama mereka yang soleh kat sana.” Tiba-tiba terdetik dalam

fikiran NoorWafirah akan kata-kata tersebut. Kata-kata yang diucapkan oleh ustaz Nasruddin

kepadanya kira-kira tiga belas tahun lampau. Kata-kata yang boleh dianggap berjaya meredakan

teriakan dan tangisan NoorWafirah ketika dia sekali lagi kehilangan orang tersayang.

“Mumtaz, bagus betul pengisian yang dipilih tu. Akak juga suka dengan pendapat

Syaripah berkenaan sifat mahmudah. Kalau kita fokuskan cuma pada satu sifat daripada sepuluh

sifat yang digariskan oleh Imam al-Ghazali r.a. lebih mudah untuk kita perjelaskan. Apa kata

Wafirah dan Endang?” tanya kak Wardah bagi mencapai kata sepakat.

“Ya, aku pun ikut setuju. Lebih kecil skopnya lebih baik. Soalnya aku khuatir kalau kita

bangkitkan secara menyeluruh nanti, kita hanya mampunya touch and go aja setiap aspeknya itu.

Dan nanti, misi kita untuk mendidik jadinya gagal.” Endang menyatakan persetujuannya pula.

Page 47: Novel: Zahr Al-Islam

Sambil itu, para editor memusatkan pandangan mereka pada NoorWafirah yang masih lagi diam.

Diam dihanyut lamunan kisah lampau.

“Wafiraaah..” kak Wardah cuba mengheret NoorWafirah kembali ke alam realiti.

“Ya, maafkan saya. Apa kata kalau sifat redha yang menjadi kupasan Tinta Tarbiyyah

kali ni?” Dengan pantas NoorWafirah menjawab dan meminta dijawab. Mujur lamunannya tidak

begitu jauh.

“Sifat redha adalah sebahagian daripada sifat mahabbah kepada Allah swt iaitu kasihkan

Allah swt dengan mengingatiNya pada setiap masa dan juga keadaan. Sifat redha yang ingin

saya lanjutkan ialah redha apabila menerima ketentuan Allah swt tentang keadaan yang menimpa

diri. Sinonim dengan kehidupan kita sebagai pelajar, kadang-kala keputusan akademik tak

selaras dengan usaha kita. Mulalah kita menuding jari sana dan sini mencari di mana silapnya.

Hal ini juga yang membuatkan kita hingga tertekan. Alangkah baiknya kalau kita redha sambil

itu kita kaji semula perlahan-lahan cacat-celanya usaha kita tu lantas memohon petunjuk dari Dia

yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Dengan cara ni kita akan lebih tenang dan yang

paling penting kita dapat mendekatkan diri dengan Allah swt. Sebenarnya tak terhenti di situ,

bahkan sifat redha ni luas lagi penggunaannya..” ujar NoorWafirah dengan panjang lebar.

Memori silam melahirkan sedikit buah fikiran bagi terus merancakkan diskusi pada petang itu.

“Dan sifat redha ni bukan hanya apabila didatangi sesuatu perkara yang tak

menyenangkan, tetapi juga apabila memperolehi kegembiraan, betul tak?” Syaripah Zahirah

tidak mahu ketinggalan bagi mengatakan sesuatu.

Page 48: Novel: Zahr Al-Islam

“A’ah. Sebab tu lah Wafirah ada cakap tadi luas penggunaannya sifat redha ni. Tak

paham ke kamu, Pah..” Najmi Aisya memberi respon yang agak kasar.

“Biarla. Saya tanya Wafirah. Tak mintak pun awak komen pape!” Syaripah Zahirah

membalas. Nadanya agak keras sedikit.

Kak Wardah tersenyum melihat gelagat adik-adik yang bagai ingin mencakar satu sama

lain.

“Syaripah, Aisya.. masih ada yang tak puas hati lagi ke?” kak Wardah mengambil

inisiatif untuk meleraikan perdebatan lidah antara Syaripah Zahirah dan Najmi Aisya yang

dianggap seperti adik-adiknya itu agar berpenghujung.

“Eh, takde papela akak..” jawab Najmi Aisya sambil memandang tajam pada Syaripah

Zahirah.

“Maaf akak.” Syaripah Zahirah bersuara pula. Kali ini suaranya kembali lembut.

“Akak nak tambah sikit ni. Berkenaan dengan ketentuan atau keadaan tadi, seseorang

yang redha akan berfikir bahawa ketentuan tersebut adalah pilihan Allah swt yang paling baik

buat dirinya berbanding kehendak dan pilihan peribadinya. Hal ni mengingatkan akak pada

sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w. tersebut bermaksud:

Demi Allah yang jiwaku ditangannya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi

seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali

bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya ,

dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”

Kak Wardah sempat menyedut nafas panjang sebelum berujar lagi.

Page 49: Novel: Zahr Al-Islam

“Ada benarnya juga kata Syaripah tadi, redha apabila memperolehi kegembiraan dan

juga kedatangan sesuatu perkara yang tak menyenangkan. Hadis ni menganjurkan kita agar

berterima kasih ketika mendapat sesuatu kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah.” Kak

Wardah tersenyum apabila melihat mata-mata para editor yang tidak berkebil mendengar

ulasannya.

NoorWafirah turut tersenyum kerana sambutan yang diberikan oleh sahabat-sahabat

penanya. Alhamdulillah. Hatinya memuji Ilahi.

Doa penutup mengakhiri perjumpaan para editor Tinta Tarbiyyah. NoorWafirah lega

kerana input edisi seterusnya telah selesai dibincangkan. Yang tinggal hanya pengurusan layout,

graphic, touch up dan yang terakhir iaitu publishing.

NoorWafirah juga kini berasa lega kerana di suatu sudut kecil di dalam hatinya yang

masih gagal rela akan keadaannya yang yatim piatu, sudah pun mulai redha akan ketentuan itu.

Terima kasih kepada ustaz Nasruddin, kak Wardah dan editor-editor Tinta Tarbiyyah

kerana menyedarkannya. Andai itulah ketentuan Allah swt yang dikehendaki ke atas dirinya

serta yang paling baik buat dirinya, maka NoorWafirah akur dan redha.

Page 50: Novel: Zahr Al-Islam

TujuhTujuh

: TO- [email protected]

: FROM- [email protected]

: SUBJECT- Zahr al-Islam

Andai gelarmu..ZAHR AL-ISLAM

Zahr al-Islam kerna masamu tidak dihabiskan dengan sia-sia,

Zahr al-Islam kerna harimu padat dengan aktiviti duniawi akhrawi,

Zahr al-Islam kerna ketentuan hidupmu bersandarkan pada redha,

Zahr al-Islam kerna kau sekuntum bunga berperibadi seorang Islam.

NoorWafirah terasa segan melayan cebisan puisi yang kini acap diterimanya dari pelbagai

sumber. Kalau yang pertamanya diperolehi NoorWafirah pada celah muka surat buku rujukan di

perpustakaan, seterusnya melalui khidmat pesanan ringkas(SMS) telefon mudah alihnya dan kali

ini pula menerusi mel elektronik ataupun emel beralamatkan webmail gmail miliknya.

NoorWafirah pantas log out lalu meninggalkan makmal komputer yang tidak pernah

gersang dengan tetamunya itu. Entah kenapa dia berasa tidak selesa bertamu lama-lama di situ.

Tanpa hala tuju yang pasti, NoorWafirah hanya menurut anak-anak langkahnya. Dia hanyut

kerana melayan perasaannya yang kini kian memberontak.

Page 51: Novel: Zahr Al-Islam

Tidak dinafikan bahawa kesenian cinta sememangnya merupakan kehendak fitrah

semulajadi manusia. Rasa cinta dan ingin dicintai jugalah anugerah yang melengkapkan survival

sebuah kehidupan dalam keunikan alam ciptaan Allah swt. Hatta, fenomena cinta dan nilai fikrah

itu jua menjadi selubung yang meyelimuti naluri sebagai penstabil asas keinsanan manusia.

NoorWafirah sebagai insan biasa juga tidak dapat lari dari perasaan tersebut, bahkan semakin dia

menjauhkan diri semakin hampir pula perasaan itu mengejarnya.

Firman Allah swt di dalam surah al-Rum, ayat 30 yang bermaksud: Maka hadapkanlah

wajahmu dengan lurus kepada agama; fitrah buatan Allah yang menciptakan manusia atas

fitrah itu. Tidak ada perubahan dalam ciptaan Allah. Itulah agama yang benar. Tetapi

kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Para ulama mempunyai pendapat yang berbeza tentang fitrah berdasarkan ayat di atas.

Namun, menurut Murtadha Muthahhari di dalam bukunya yang diterjemahkan bertajuk Fitrah

(1998), orang Islam itu dicipta mengikut fitrahnya. Tambah beliau lagi, fitrah itu adalah sesuatu

yang tidak berubah atau diubah kerana ia telahpun wujud sejak azali lagi. Demikian penjelasan

ulama mengenai fitrah dengan dalil sebagai panduan. Persoalannya, sejauh manakah cinta yang

dianggap sebagai fitrah itu mampu memboloskan diri daripada panahan fitnah?

NoorWafirah keliru. Adakah perasaan yang dialaminya itu benar-benar cinta? Atau

sekadar perasaan yang lahir dek terlalu dahagakan cinta ayah bonda yang tidak sempat

dinikmati? Apakah pula perasaan cinta yang akan dibalas itu hakiki mahupun aradhi? Dan

apakah ada cinta yang lebih luar biasa dari kecintaan Allah dan Rasul?

NoorWafirah juga tidak sanggup melunturkan kesucian cinta, mencacatkan kredibiliti

ummah kerana mengemudi bahtera cinta yang mengundang pelbagai keciciran dan permasalahan

Page 52: Novel: Zahr Al-Islam

jiwa yang kronik. Seraya itu, menempah medan peperangan bagi menegakkan perjuangan

tentera-tentera iblis memusnahkan Islam dan iman melalui cinta yang berlogikkan hawa syahwat

semata-mata. Tatkala tercetus frasa bodoh pasangan bercinta yang tidak masuk akal umpamanya

‘lautan api sanggup kuharungi’.

Akibat terlalu lanjut memikirkan hal berkenaan perasaan cinta, NoorWafirah bertekad

untuk tidak memberi respon kepada lamaran cinta yang diterimanya walaupun di dalam dadanya

membuak-buak dengan perasaan itu. NoorWafirah seakan cuba untuk memusuhi cinta pencetus

dosa itu.

Namun, kadangkala terdetik jua di dalam hati NoorWafirah untuk mengakhiri

penderitaan perasaannya itu. Membuat penyelesaian bagi konflik perasaan yang dihadapi.

Menelusuri cinta realiti dan sejati, melangkah ke dalam gerbang perkahwinan. Cinta yang

menggalakkan tumbesaran kebahagiaan dan kepuasan hakiki.

“Assalamualaikum. Firah, termenung panjang..” suatu suara tiba-tiba menyapa

NoorWafirah.

Sedar tidak sedar NoorWafirah sudahpun berada di kafeteria. NoorWafirah tidak

menyambut sapaan itu apetah menoleh ke arah orang yang menyapanya. Matanya seolah-olah

ditarik oleh magnet yang berupa bingka ubi kayu yang tersusun berpotong-potong banyaknya di

dalam talam kuih-muih. Namun, kekuatan magnet bingka ubi itu tidak sekuat degupan jantung

NoorWafirah. Jantungnya dirasakan bergegar pada frekuensi yang luar dari kebiasaan.

Page 53: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah yakin benar, pasti suara itu tidak lain dan tidak bukan milik Amar Abrar,

pengerusi Gerimis kerana hanya siswa cemerlang itu yang gemar memanggilnya dengan nama

singkat itu selain keluarganya terdahulu.

NoorWafirah sedikit keresahan. Tidak pernah pula NoorWafirah bertemu Amar Abrar

atau mana-mana siswa tanpa Nik Safiyya atau setidak-tidaknya seorang sahabat dalam kalangan

siswi sebagai peneman. Namun, NoorWafirah memberanikan diri menyambut salam yang diberi.

“Waalaikumsalam warrahmatullah..” NoorWafirah melupakan bingka ubi di dalam

talam tadi lalu melabuhkan pandangan ke lantai kafeteria. NoorWafirah kembali membisu. Malu

yang bukan main kepalang lagi NoorWafirah kerana bersendirian ketika disapa seorang lelaki

ajnabi.

Amar Abrar seakan memahami. Body languange NoorWafirah jelas menunjukkan

ketidak selesaannya. Lansung dengan itu mengisyaratkan Amar Abrar agar tidak melenggahkan

lagi urusan dengan gadis yang sering diibaratkannya sebagai bunga yang memegang teguh pada

ajaran agama Islam itu.

“Nah, saya pulangkan thumbdrive Firah ni. Alhamdulillah, banyak manfaat. Terima kasih

banyak-banyak ye,” Amar Abrar menyerahkan semula thumbdrive Kingston dengan kapasitii

empat gigabyte milik NoorWafirah yang dipinjamnya tempoh hari. Dia lantas cuba untuk

menamatkan pertemuan mereka petang itu sepantas kilat kerana bimbang NoorWafirah tidak

selesa akan corak pertemuan yang sebegitu.

Page 54: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah hanya tersenyum dan mengangguk. Jemari ciliknya sepantas kilat mencapai

hujung batang thumbdrive Kingston miliknya itu daripada genggaman tipis jari jemari Amar

Abrar.

NoorWafirah sentiasa menggarap sebarang masa terluangnya dengan memuat turun

koleksi e-book dari aneka blog serta laman web Islamik dan kemudiannya disebarkan kepada

sahabat-sahabat bagi tujuan pengajian ilmu setelah dia sendiri mendapat manfaat daripada e-

book tersebut. Demikian juga merupakan usaha dakwah NoorWafirah yang insya-Allah tidak

akan berpenghujung.

NoorWafirah kemudiannya meninggalkan Amar Abrar dan beredar dari kafeteria

tersebut. Setelah penat mengikut telunjuk kaki, kini otaknya pula yang mengarahkan impuls saraf

supaya kakinya melangkah menuju pulang ke asrama.

“Firah... Firah...” Suara tadi bergema semula.

Langkah NoorWafirah terhenti. Dia menoleh. Jantungnya berdegup kencang. Lebih

kencang dari tadi. Kelihatan Amar Abrar berlari-lari anak menghampiri NoorWafirah.

Nafas NoorWafirah pula seakan terhenti, bimbang kalau-kalau Amar Abrar yang sudah

pun rapat satu ela dengannya mara setapak lagi. NoorWafirah bersiap-sedia untuk berundur

seandainya langkah Amar Abrar tersasar.

“Firah, nah..bingka ubi kegemaran awak,” Amar Abrar yang tercungap-cungap

menghulurkan bungkusan lutsinar berisi empat potong bingka ubi yang dibelinya dari kafeteria.

“Ambikla..” pinta Amar Abrar.

Page 55: Novel: Zahr Al-Islam

“Errg..bingka ubi? Kenapa awak bagi saya?” Soalan yang sememangnya jujur ingin

diketahui itu dilisankan.

“Saja je. Bingka ni sedap, manis.. macam madu. Tentu Firah suka. Sebab tu saya beli

tadi. Lagipun, Zahr makanannyakan madu.” Selamba Amar Abrar memberi jawapan, biarpun

jawapannya itu tidak cukup kuat untuk dijadikan musabab untuk NoorWafirah menerima

bingkisannya berupa bingka ubi itu.

“Zahr makanannya madu?” NoorWafirah mengulang frasa Amar Abrar tadi. Dia kurang

mengerti.

“Ye..” Amar Abrar tersenyum sinis.

“Zahr al-Islam kerna Firah sekuntum bunga berperibadi seorang Islam...” sambung

Amar Abrar lagi.

NoorWafirah terdiam. Sangat mengerti kini.

“Ambikla ye..” rayu Amar Abrar.

“Ambiklaaa..” rayu Amar Abrar sekali lagi.

Terkulat-kulat wajah NoorWafirah. Rayuan manja pada wajah lembut Amar Abrar

melemahkan dirinya. Dia mahu cuba melawan, namun rayu demi rayu dari Amar Abrar benar-

benar membuatkan dirinya tidak keruan.

“Emm, lain kali sajalah Amar. Saya kena minta diri dulu ni..” NoorWafirah berjaya

menolak. Dia memusatkan pandangannya jauh ke arah bangunan asramanya yang tidakpun

kelihatan kerana tenggelam di sebalik flora raksasa dan bangunan-bangunan asrama yang lain.

Page 56: Novel: Zahr Al-Islam

“Kata orang, rezeki tak baik ditolak tau..” Amar Abrar sengaja menduga NoorWafirah

lagi. Dia tetap nekad mahu memberi madu yang dibelinya itu buat si bunga.

Ahhh...benci. Kenapa dengan Amar ni? Hati NoorWafirah diusik rasa benci yang manja.

“Beginilah Amar, apa kata rezeki tu saya tangguh dulu. Segan rasanya menerima sesuatu

daripada awak tanpa sesuatu sebab yang perlu..” NoorWafirah masih teguh dengan pendiriannya.

“Emm..kalau macam tu, boleh bagi contoh untuk menjelaskan sesuatu sebab yang perlu

tuh?” Amar Abrar menduga lagi. Dia semakin nakal mengusik.

“Mungkin saya ada bantu awak buat sesuatu ke..baru dapat balasan. Macam tu boleh ke?”

NoorWafirah seakan sudah terjerat. Sedar atau tidak, dia mula melayan kerenah remeh Amar

Abrar yang sememangnya teringin berinteraksi di luar topik pembelajaran dengan NoorWafirah.

“Macam tu ke..Kalau macam tu, manfaat dari e-book dalam thumbdrive Firah yang saya

pulangkan tadi macam mana? Bolehlah saya balas dengan bingka ni kan..” Amar Abrar

tersenyum lebar. Kemenangan perdebatan mereka seolah-olah berpihak padanya.

“Nah..” Amar Abrar menghulurkan bungkusan lutsinar berisi potong-potong bingka ubi

kayu itu.

NoorWafirah masih berat untuk menerimanya.

“Bukanke Firah suka bingka ubi. Terimalah, sebelum lebih banyak pasang mata

memandang ke arah kita ni,” pinta Amar Abrar yang menyedari kelibat siswa-siswi yang lalu

lalang mula memerhati ke arah mereka. Dia mahu segera menyempurnakan hajatnya demi

menjaga maruah bunga di hadapannya itu.

Page 57: Novel: Zahr Al-Islam

Mendengar Amar Abrar berujar sebegitu, dengan pantas NoorWafirah mencapai

bungkusan berisi bingka ubi itu. Ya Allah, dari mana Amar tahu yang aku suka sangat makan

bingka ubi ni. Hati NoorWafirah berbisik kehairanan. Namun, dia berasa lebih hairan dengan

para penuntut yang berceratuk di sekelilingnya bagai sedang menonton adegan drama

LailaMajnun versi yang dikemas kini. NoorWafirah teramat tidak selesa.

“Terima kasih. Lain kali tak perlulah susah-susah macam ni ye. Maaf, saya minta diri

dulu. Assalamualaikum warahmatullah.”

Amar Abrar pula masih tercegat di situ, tersenyum. Cukup senang dengan telatah gadis

pujaannya itu barangkali.

Page 58: Novel: Zahr Al-Islam

Lapan Lapan

“Nas... Nasruddin! Ish kamu ni, suka sangat nyakat si Firah tuh. Dahla budak tu jarang-

jarang balik bercuti, karang dia tak nak lagi balik ke sini..kamu juga yang kesunyian nanti!”

rungut mak Yam.

“Ala ummi, bila lagi Nas nak dapat peluang sakat dan buli si Firah ni kalau tak masa dia

balik bercuti..” pecah ketawa besar abang Nasruddin. Anak tunggal mak Yam sememangnya

nakal apabila sepupu kesayangannya, NoorWafirah ada bersama. Apa lagi, itulah saat yang

ditunggu-tunggukannya. Bermain sambil membuli NoorWafirah dengan manja.

NoorWafirah pula ketika itu hanya pura-pura bermasam muka. Dia rela disakat dan dibuli

setiap hari andai itulah suntikan kasih sayang yang mampu ditagih dari keluarga itu.

“Korek dalam-dalam lagi Firah. Nah, pakai cangkul ni pula, lagi besar. Tapi hati-hati,

jangan sampai tercangkul ubi. Kalau dah rosak ubi kayu tu, takdela bingka untuk Firah

gamaknya nanti.” Abang Nasruddin, pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia itu terus

membuli NoorWafirah.

“Hah..korek betul-betul, karang tak ada bingka baru tahu. Hahahahh..” Abang Nasruddin

terus pura-pura mengugut dan mengusik sambil ketawa besar.

“Ala, takkan tercangkul sikit badan ubi pun Firah dah tak boleh makan bingka?” pelajar

yang baru melangkah ke tingkatan satu itu dengan naif menyoal.

Page 59: Novel: Zahr Al-Islam

“A’ah, tak boleh Firah. Ummi cuma akan sagat ubi kayu yang tak cacat je untuk buat

bingka..” abang Nasruddin ketawa lagi.

“Apa abang ni, ubi kayu pun boleh cacat ke? Mana ubi kayu ada kaki? Tangan pun tak

ada. Merepek tau abang ni, Firah ngadu kat mak Yam karang baru abang tau.” NoorWafirah

sengaja menakutkan sepupunya itu, namun ancamannya itu langsung tidak diendahkan oleh

abang Nasruddin.

“Firah yang cakap tadi, ubi kayu ada badan. Kalau dah ada badan mestilah ada anggota-

anggota yang lainkan. Jadi, tak mustahil kalau ubi kayu jadi cacat,” abang Nasruddin terus

menyakat NoorWafirah. Wajahnya selamba, namun hatinya tertawa. Bukan niatnya untuk

menyeksa gadis kecil itu, tetapi dia sekadar ingin menghiburkan hati melihat telatah manja

sepupunya.

“Firah nampak ni badan ubi je, tak tau nak panggil apa. Panggil badan kan senang. Tapi

Firah memang nampak badan je, tak ada kaki atau tangan. Tak ada pun kepala atau anggota lain.

Tak boleh cacatla abanggg!” NoorWafirah sengaja mengeraskan suaranya yang azalinya lembut

itu. Dia tidak mahu tunduk dengan usikan sepupunya.

“Tak kiralah ada badan je ke, ada badan dengan anggota badan yang lain ke.. masih akan

cacat jugak tau kalau tertokak dengan cangkul, Firah.” Abang Nasruddin tidak mahu mengalah.

“Alah abang ni..tak nakla korek lagi!” NoorWafirah menghempas cangkul ke tanah.

Pura-pura merajuk.

“Mak Yam, banyak betul batas ubi kayu ye. Buat apa mak Yam tanam banyak-banyak

ubi kayu? Ada kuasa-kuasa asing nak jajah negara kita ke? Firah tak kisah, kalau makan ubi

Page 60: Novel: Zahr Al-Islam

kayu tiap-tiap hari pun ok je.” NoorWafirah terus menuturkan katanya sambil sebidang tanah

yang tidak seberapa luasnya itu ditinjau dan diterokai.

“Kalau dapat makan ubi kayu hari-hari tak apelah Firah. Tapi kalau dengan cara Firah

korek ubi kayu tadi, jangan kata nak makan, tak sempat rebus lagi dah kena tembak dengan bala

tentera penjajah tau,” abang Nasruddin mencelah.

“Kalau macam tu Firah redha je abang. Lepas kena tembak, mesti Firah matikan. Hah,

boleh jumpa ayah dengan ibu. Firah rindu ayah dan ibu..” NoorWafirah membalas kata-kata

abang Nasruddin tadi. Riak wajahnya sedikit berubah setelah itu.

Tatkala itu, mak Yam mulai tidak sedap hati dengan gurau senda yang hakikatnya sedang

mengarah kepada memoir duka. Dia pantas menjawab pertanyaan NoorWafirah tadi dengan

harapan pendam duka di hati anak saudaranya itu tidak dilanjutkan.

“Jangan kamu dengar kata-kata abang Nasruddin kamu tuh, saja je dia nak kenakan

kamu. Mak Yam tanam banyak-banyak ni hah, sebab kamu Firah. Kamukan dari kecik dulu

kalau datang rumah mak Yam je mesti minta mak Yam buatkan bingka ubi. Bila dah tanam

banyak-banyak ni, mak Yam harap bolehla Firah balik selalu makan bingka yang mak Yam buat.

Nak?” tutur Mak Yam sebelum memasang jeda.

Perempuan dalam lingkungan usia lewat lima puluhan ini terbatuk-batuk menanti respon

NoorWafirah. Jangkitan kuman pada paru-paru yang dihidapi mak Yam semakin menjadi-jadi

parahnya sehingga menyebabkan beberapa kali juga dia terlantar di hospital bagi menerima

rawatan. Namun, dia tetap bersemangat meneruskan hidup demi memikul tanggungjawab

Page 61: Novel: Zahr Al-Islam

mendidik dan membesarkan Nasruddin serta NoorWafirah yang masih bergantung hidup

padanya.

“Nak, nak. Mestilah Firah nak. Cuma mak Yam je yang buat bingka ubi paling sedap kat

dunia ni tau.” NoorWafirah tersenyum dan memeluk mak Yam seerat-eratnya. Hatinya tidak

mampu lagi menanggung kesedihan untuk kehilangan orang yang tersayang lagi.

Kehangatan badan mak Yam masih dirasainya. Namun, dia tidak menyangka, mak Yam

juga telah pergi meninggalkannya. Kurang satu dekad sejak pemergian ayahnya. Abang

Nasruddin dan NoorWafirah terus dibelit kesunyian. Saki-baki saudara-mara yang tinggal pula

telah berhijrah ke luar negara. Namun, mereka tetap belajar untuk berdikari dan tabah dengan

suratan yang Maha Kuasa.

Bingka ubi pemberian Amar Abrar dijamah NoorWafirah sambil juntaian air mata

bertali-tali turun membasahi pipinya. Sesedap mana bingka ubi yang dijamahnya itu, pasti tidak

akan sesedap bingka ubi hasil air tangan serta kasih sayang dari mak Yam. NoorWafirah sangat

rindu akan mak Yam. Rindu pada ayah serta ibunya. Air mata NoorWafirah terus mengalir

menjadi peneman dirinya yang teramat kesunyian itu.

Terngiang-ngiang lagi ratapannya ketika menerima kenyataan pahit itu sekali lagi.

“Abang, kenapa nasib kita macam ni. Hidup di dunia yang luas, tapi sempit dengan kasih

sayang keluarga. Firah nak ayah, ibu dan mak Yam. Kalau mereka tak boleh teman Firah kat

dunia ni, takde gunanya Firah sendiri. Firah lagi suka kalau Allah ambil nyawa Firah jugak.”

“Eh, tak baik tau cakap macam tu. Firah, kita kena terima ketentuan ni dan teruskan

hidup. Abang pun nak mereka semua ada dengan kita, abang pun sayang sangat kat mereka.

Page 62: Novel: Zahr Al-Islam

Innaa lillahi wainnaa ilaihi raajiuun, innaa ila rabbinaa lamunqalibuun. Itulah hakikatnya

Firah, setiap yang hidup pasti akan mati. Kita ni pun pasti akan kembali kepada al-Khaliq, Tuhan

pencipta kita. Allah Maha Mencipta, mengadakan yang belum wujud menjadi ada dan Dia jugak

yang berkuasa meniadakan yang ada. Abang tak nak Firah cakap macam tu lagi ye,” kata-kata

abang Nasruddin meredakan emosi NoorWafirah.

“Firah ada abang tau. Kalau Firah nak mintak pape benda atau nak mintak tolong ke,

beritahu abang ye. Alhamdulillah, abang dapat scholarship untuk sambung belajar kat Universiti

al-Madinah. Abang tak pakai banyak pun rasanya, nanti abang kirim kat Firah sikit ye.” Abang

Nasruddin masih mampu tersenyum pada NoorWafirah yang mula berair matanya.

“Abang pulak nak tinggalkan Firah?” NoorWafirah menangis teresak-esak.

“Abang dapat peluang belajar. Firah pun kena cari peluang tu. Islam sendiri

menganjurkan umatnya agar berilmu. Tak ape kalau kita yatim piatu, tak berduit. Tapi kalau

berilmu Allah angkat darjat kita tau. Jangan risau ye Firah, abang janji akan terus pikul

tanggungjawab menjaga Firah. Abang contact Firah selalu ye. Sekadar renungan kita bersama,

dalam ayat ke-107 surah al-Baqarah, Allah swt ada berpesan bahawa Allah pemilik langit dan

bumi. Maka, tak ada pelindung dan penolong buat kita hambanya melainkan Allah. Firah jaga

diri, ingat Allah selalu dan pohonlah perlindungan dan pertolongan dariNya.” Aduhai, terkesima

NoorWafirah dengan buah olahan abang Nasruddin ketika itu.

NoorWafirah kontang kata-kata. Tersenyum tawar selepas meleraikan tangisan tadi. Dia

bangga dengan sepupunya itu. Sudahlah yatim piatu, tetapi tetap gagah menghadapi liku-liku

hidup seterusnya. Biarpun hidupnya serba kekurangan, dia masih mahu dan mampu

membuktikan kejayaannya dalam bidang pelajaran. Sungguhpun begitu, tanggungjawab menjaga

Page 63: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah juga tidak pula dilupakan. Abang Nasruddin sememangnya contoh teladan terdekat

yang menjadi sumber inspirasinya. NoorWafirah mahu menjadi tabah dan berjaya sebagaimana

sepupunya itu.

“Nah.” Abang Nasruddin menghulurkan beg kertas corak kartun Tweety Bird kepada

NoorWafirah.

“Ape ni abang?” spontan NoorWafirah bertanya. Mukanya bercahaya dek terkena

simbahan cahaya bulan penuh malam itu.

“Tak ada pape. Bingka ubi.” Abang Nasruddin senyum.

NoorWafirah membalas senyuman itu.

“Bingka je?” Mulut NoorWafirah dimuncungkan, isyarat tidak cukup.

“Kerepek ubi kayu pun ada. Satu basah satu kering. Kerepek yang kering tu kalau Firah

jimat-jimat tahan sampai abang graduate kot.” Abang Nasruddin tidak sudah bergurau. Dia

terngilai kecil.

“Tuh je abang bagi Firah? Abangkan nak pergi jauh, lama pulak tu..tak ada ke yang best

sikit?” NoorWafirah sengaja menduga.

“Adaa, dalam beg tu jugak..”

“Ouch!” Halusinasi NoorWafirah terhenti. Lidahnya tergigit sedang dia makan bingka

ubi pemberian Amar Abrar tadi.

NoorWafirah terus hilang selera untuk menghabiskan bingka ubi yang masih berbaki dua

potong. Lantas dia melangkah menuju dimensi penempatan ‘Ain Nujma. Belum sempat

Page 64: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah berkata apa-apa ‘Ain Nujma memberi salam dan menuju ke muka pintu utama

bilik mereka.

“Maaf Wafirah, saya terpaksa keluar sekarang,” ujar ‘Ain Nujma yang kelihatan

bergegas.

“Awak nak ke mana Nujma? Ada apa-apa yang tak kena ke?” NoorWafirah

mengutarakan soalan sambil melirikkan mata mencuri wajahnya ‘Ain Nujma.

“Mama sakit. Maafkan saya, saya pergi dulu.” ‘Ain Nujma terus meninggalkan

NoorWafirah tanpa penjelasan.

NoorWafirah kembali ke ruang penempatannya. Dia kaku bersimpuh di atas lantai. Alur

fikirannya menerawangan. Keningnya berkerut, merembas sesuatu yang sukar ditafsir. Namun,

hatinya hanya terkenang pertolongan daripada Allah swt. Mengharapkan sahabat serta keluarga

sahabatnya itu mendapat perlindunganNya.

Page 65: Novel: Zahr Al-Islam

SembilanSembilan

ada NoorWafirah terasa berombak-ombak. Jari telunjuk tangan kanannya pula teragak-

agak untuk membuka folder 'Zahr al-Islam’ yang berada dalam thumbdrive. D Andai gelarmu..ZAHR AL-ISLAM

Zahr al-Islam kerna pandanganmu sentiasa direndahkan dan dijaga,

Zahr al-Islam kerna auratmu adalah maruah diri,

Zahr al-Islam kerna penampilanmu penuh kesederhanaan,

Zahr al-Islam kerna kau sekuntum bunga berperibadi seorang Islam.

Ya Allah, apakah akan terbina sebuah taman perkasihan yang rimbun dan basah dengan

cinta asmara? Aku pohon perlindungan dariMu, jauhkanlah aku dari tersasar ke dalam golongan

orang yang melampaui batas.

Hati NoorWafirah berbisik.

Hingga saat ini, NoorWafirah masih menafikan kata jiwa. Enggan percaya pada kata

jiwanya. NoorWafirah dibelenggu dilema cinta.

Busana putih dengan corak bunga-bunga ungu yang terpenjara di dalam almarinya

dibebaskan. NoorWafirah mencapai hijab ungu lembut yang masih di ampaian pula. Satu persatu

cebisan pakaian itu dikenakan. Kerongsang bujur kecil dengan batu ametyst dipinkan di bawah

Page 66: Novel: Zahr Al-Islam

dagu bagi mengemaskan hijab. Itulah rahsia NoorWafirah yang sentiasa berkeyakinan tinggi;

berpenampilan kemas selalu.

Kaki NoorWafirah masih melangkah, sedang matanya pula liar dalam kejinakan

meneroka sesuatu. Dedaunan yang gugur dan melayang, pohon-pohon kecil yang bergoyang,

rumput-rumput hijau yang dibasahi embun, irama sekawanan burung yang beralun, cuaca yang

terang-benderang dan langit yang tidak menangis atau meradang.

Cantik, indah, tenang, sedap mata memandang, damai..itu definisi-definisi NoorWafirah

mengenai alam ciptaan Ilahi. NoorWafirah tersenyum girang.

Sesungguhnya apabila seseorang itu merenung dan berfikir mengenai kejadian alam ini,

hikmahnya dia akan mudah mendapat petunjuk bahawa Allah swt yang menjadikannya. Apabila

kita cuba mengingati dan meneliti kewujudan langit dan bumi serta segala isi di antaranya ini,

pastinya kita dapat merasakan ada kuasa besar yang menjadi mastermind kepada segala ciptaan

yang serba lengkap dan sempurna ini iaitu Allahu Rabbi. Implikasinya cukup positif; semakin

teguh iman, bertambah ampuh akidah.

Peringatan ini juga sangat diperlukan kerana sesungguhnya manusia ini saban-saban

terlupa diri serta hakikat kejadiannya di muka bumi ini dek keasyikan panorama dunia. Lantas,

pengaruh kejadian alam yang paling mudah ditonton ini sememangnya mampu mewujudkan rasa

kerdilnya diri seterusnya membangkitkan Khauf kepada-Nya bagi mereka yang mengerti.

Lanjut, peringatan melalui lukisan alam ini juga layak dikaji oleh golongan yang

cenderung mengagungkan fakta-fakta sains langsung menolak wujudnya kepercayaan dan

fahaman keagamaan dan ketuhanan yang mempunyai penjelasan yang tersendiri berhubung

kejadian yang pelbagai di alam ini. Kecenderungan yang melampau ini mampu menyebabkan

Page 67: Novel: Zahr Al-Islam

pertembungan dua golongan iaitu antara yang beragama dan berfikir dengan golongan yang

berfikir semata.

Teori Galileo Galilei, seorang ahli falak berbangsa Itali yang menyatakan bahawa

matahari adalah pusat statik cakerawala umpamanya, terdahulu diterangkan di dalam al-Quran

menerusi surah Yassin ayat 38. Fakta al-Quran yang mengemukakan kedudukan matahari yang

bukannya statik bahkan mempunyai orbitnya sendiri ini dibuktikan melalui pemerhatian

astronomi hari ini. Berpandu kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam

kelajuan yang besar mengarah ke bintang Vega, salah satu bintang yang terkandung di dalam

perbintangan Lyra pada galaksi Bimasakti. Ianya bergerak dalam satu orbit tertentu dalam sistem

Solar Apex. Bersama-sama dengan matahari, semua planet dan satelit yang berada dalam

lingkungan sistem graviti matahari juga turut bergerak.

Demikianlah bukti kebenaran agama Allah, Islam. Namun, semua teori-teori sains

bukanlah semestinya bercanggah dengan apa yang dikhabarkan oleh agama kita, bahkan

ketamadunan sains sebenarnya banyak menyumbang kepada pelbagai aspek kehidupan. Hakikat

ini harus diakui. Oleh itu, jadilah kita golongan manusia yang beragama dan berfikir. Demikian

supaya apabila kedua-duanya digabungkan, gambaran mengenai kekuasaan dan keagungan Allah

Rabbul Alamin bertambah nyata dan jelaslah buat kita hamba yang kabur penglihatan ini.

“Wafirah, mu sengih-sengih ni ghapo? Masih dok suko denge lawok Prof. Rahmatullah?”

Nik Safiyya membawa NoorWafirah kembali dari alam serba indah dan tenang itu ke alam yang

penuh dengan hiruk-pikuk dek kewujudan manusia yang bermaharajalela.

“Takdelah. Saya tengah tengok ciptaan-ciptaan lain kat atas muka bumi ni hah. Memang

menenangkan.” NoorWafirah jujur menjawab. Bibirnya masih lagi mengukirkan senyuman.

Page 68: Novel: Zahr Al-Islam

“Yolah tu. Tu hah, Amar kat sebelah kiri depan sana tuh, sokmo pandang kat mu!” Nik

Safiyya tiba-tiba riuh.

Mata NoorWafirah yang bersilau kerana terkena sinaran matahari sekilas lalu memusat

ke kiri. Benar. Amar Abrar tercegat sambil beberapa buah buku disandangnya. Amar Abrar

tersenyum. NoorWafirah pura-pura tidak nampak.

Namun, telefon mudah alih NoorWafirah pula dihubunginya.

“Helo, assalamualaikum. Firah, saya kat depan awak ni. Boleh tak kiranya kalau kita

bertemu seketika. Saya ada misi yang nak dilaksanakan, nak mintak pandangan serta pertolongan

awak kalau awak tak keberatan.” Amar Abrar menyusun kata-kata.

“Waalaikumsalam. Maaf Amar. Kalau tak penting dan awak boleh mintak pertolongan tu

dari orang lain saya rasa baik awak proceed tanpa saya dulu.” NoorWafirah sengaja mengelak.

NoorWafirah risau kalau-kalau lelaki itu terus membayangi mimpi serta imaginasinya kelak jika

mereka terus berurusan.

“Hmm..baiklah kalau begitu. Saya hormati keputusan Firah. Assalamualaikum.” Nada

suara Amar Abrar yang kedengaran seperti sedikit kecewa itu mengakhiri perbualan telefon.

NoorWafirah kurang senang melihat riak wajah sahabatnya, Nik Safiyya. Sepanjang

perjalanan menuju ke asrama siswi, Nik Safiyya langsung tidak mengucapkan sepatah kata pada

NoorWafirah. NoorWafirah pula terus mengunci mulutnya.

Langkah terus diatur manakala bayang-bayang pula terus setia mengintip gerak-geri

kedua sahabat itu. Nafas dihela. NoorWafirah dan NikSafiyya lega. Kuliah pada awal pagi dan

punya waktu untuk berehat di sebelah siangnya.

Page 69: Novel: Zahr Al-Islam

Setelah gagal mengajak Nik Safiyya makan tengahari bersama, NoorWafirah terus putus

selera. Dia hanya menjamah beberapa keping kerepek ubi kayu segera yang sememangnya antara

stok makanan yang sentiasa NoorWafirah refill setiap kali hampir gersang.

Ingin melelapkan mata, tetapi tidak pula mengantuk. Kerja-kerja kuliah pula telah

disudahkan, yang tunggu hanya tarikh untuk submit. Kalau hendak mengulangkaji pelajaran,

NoorWafirah tidak biasa siang-siang, melainkan mengulangkaji bersama sahabat-sahabat lain

atau dalam study group. Bahan bacaan yang lain..kitab al-Ma’thurat selesai dibaca.

NoorWafirah masih samar -samar memikirkan aktiviti yang patut dilanjutkannya pada

hari itu. Namun, dia tanpa sengaja menyeberang titian pemisah dan berkunjung ke ruang

imaginasi itu lagi. Rindu memanggil-manggil, asmara berdegar-degar. Tiba-tiba dia dikepung

hangatnya gelora cinta. Kelincahan si jari-jemari gagal dikawal lagi.

To: Amar Abrar

(xxx-xxxxxxx)

Text Message:

Assalamualaikum. Maaf, saya rasa tak senang hati tolak permintaan awak tadi.

Mungkin awak sememangnya butuhkan pertolongan saya. Silakan, khabarkan pada

saya sekarang. Kalau mampu, saya akan cuba bantu awak. Lagipun, sy berhutang

ilmu dengan awak. Seni khat yang saya pelajari, hasil tunjuk ajar awk jugak.

Page 70: Novel: Zahr Al-Islam

Replied Message:

Waalaikumsalam. Kalau awak fikir saya harapkan pertolongan awak sebagai balasan,

awak salah Firah. Sesuatu yang saya tahu awak orang yang paling berminat.

Membantu penyebaran dakwah.

Sender: Amar Abrar

(xxx-xxxxxxx)

To: Amar Abrar

(xxx-xxxxxxx)

Text Message:

Ada program yang melibatkan dakwah Islamiah?

Replied Message:

yup. Nasyid. Sempena Maulidur Rasul nanti. Gerimis akan anjurkan konsert nasyid.

Yelah, daripada student habiskan duit dengan hiburan yang tak brfaedah, nasyid yang

berbentuk hiburan ni jugakkan agen dakwah. Tema kecintaan kepada rasul pula adalah

pokok utama selain input-input Islamik mengenai sirah Rasulullah saw.

Sender: Amar Abrar

(xxx-xxxxxxx)

Page 71: Novel: Zahr Al-Islam

To: Amar Abrar

(xxx-xxxxxxx)

Text Message:

Jadi? Apa yang awak nak saya bantu? Bernasyid? Tak mungkinkan..

Replied Message:

He.. naifnya awak. Takkanla itu pertolongan yang saya nak minta dari awak, Firah.

Boleh awak tolong sebarkan agenda program ni dalam risalah Tinta Tarbiyyah?

Sebenarnya saya rasa awak orang yang paling sesuai untuk promote program ni.

Salah satu cara yang paling berkesan mungkin menerusi penulisan. Sekadar cadangan.

Semua keterangan program ada kat dalam folder Zahr al-Islam dalam thumdrive awak.

Apa pun kena lamar awak dulu kot, sudi tak awak tolong promote program ni?

Sender: Amar Abrar

(xxx-xxxxxxx)

Ish, nape Amar guna bahasa macam tu? Tapi, alangkah bahagianya aku kalau lamaran

lain yang dihantar Amar Abrar. Hati NoorWafirah berbunga-bunga. NoorWafirah tersenyum

sendiri dek kenakalan hatinya berbicara sedemikian.

Kelibat Nik Safiyya tidak kelihatan. Nik Safiyya terus berkurung di suatu sudut bilik.

Jari-jemari NoorWafirah ligat menekan-nekan punat pada keyboard komputernya.

Templat untuk membuat design bagi brochures, flyers, newsletters dan juga door bills dari

software Microsoft Office Publisher akan membantu dan memudahkan lagi kerja-kerja

Page 72: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah kerana dia telah pun menerima lamaran Amar Abrar untuk berkhidmat sebagai juru

publicity program yang akan dianjurkan Gerimis. Sejurus selepas dia menerima tanggungjawab

tersebut, NoorWafirah ingin terus memulakan kerjanya. Begitulah NoorWafirah, dia jenis yang

tidak suka bertangguh!

Tatkala itu, alert tone sms bergema lagi.

To: NoorWafirah

(xxx-xxxxxxx)

Text Message:

Thanks Firah, sebab terima lamaran saya . Maaf sebab selitkan folder tu tanpa izin

daripada awak terlebih dahulu. Dah sudah nanti, saya hadiahkan awak bingka ubi

kayu banyak-banyak ye. Saya tahu awak suka.

“Aahh, benci! Mana Amar tahu ni. Hmm, dia akan buat aku terus kemaruk padanya lepas

ni..” rungut NoorWafirah dengan keluhan yang sengaja dibuat-buat. Dia seolah-olah malu tetapi

mahu. NoorWafirah tersenyum sendirian. Namun, matlamatnya utamanya hanya ingin

menyumbang kerana Islam.

Page 73: Novel: Zahr Al-Islam

SepuluhSepuluh

afiyya, kalau awak tak ada urusan, boleh tak awak temankan saya berjumpa dengan

Amar sekejap? Ada kiriman yang hendak saya sampaikan padanya. Kalau ada awak

sama, tak adala segan sangat, fitnah pun kurang,” NoorWafirah yang sejak dari tadi di sisi Nik

Safiyya membisu tiba-tiba memecahkan kesunyian. Dia cuba memberanikan dirinya untuk minta

ditemankan.

“S

Namun, suasana sekeliling ketika itu sepi dari kata-kata. Nik Safiyya tidak membutirkan

apa-apa kata.

Sejak dari semalam Nik Safiyya kurang bercakap dengannya. NoorWafirah sedikit gusar.

Apa agaknya kekasaran yang telah dia lakukan pada sahabatnya itu? NoorWafirah tertanya-

tanya.

“Safiyya..”

NoorWafirah tidak jadi untuk meneruskan kata-katanya apabila Nik Safiyya kelihatan

ingin membalas sesuatu.

“Maaflah Wafirah. Sayo tokselah teme kamu jumpe gewe mu, si Amar tu. Maso mu sms

denge dio, mu dok mintak sayo teme pun. Sayo nok g library denge Ezzaity ni. Sayo kelik denge

dio jugok nanti,” balas Nik Safiyya agak pedas. Ezzaity Husna yang secara tidak sengaja berlalu

di situ tiba-tiba tergamam apabila lengannya terasa pedih dicapai secara keras dan kuat oleh Nik

Safiyya. Nik Safiyya setelah itu lantas mengheret Ezzaity Husna berlalu pergi meninggalkan

NoorWafirah.

Page 74: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah bingung. Semuanya berlaku dengan pantas sekali sehinggakan

NoorWafirah tidak sempat langsung mempertahankan dirinya.

“Eh Safiyya, awak nampak stress je. Kenapa ni? Dan kenapa awak layan Wafirah macam

tu? Bukanke dia minta pertolongan dari awak..” Ezzaity Husna menyoal Nik Safiyya bertubi-

tubi. Dia aneh melihat nadim yang selalunya sebulu seakan berbalahan.

“Wafirah tu hipokrit. Kononnya aktif dale gerake dakwah, tapi dale maso yang samo dia

jugok dok main-main cinta. Meetinglah, programlah..berjumpo, sms, email.. Takke seorang daie

tak tahu batas-batas ikhtilat antara oghe tino denge laki-laki?!” bentak Nik Safiyya. Suaranya

semakin nyaring.

“Biar betul kamu ni Safiyya, takkanlah Wafirah tu bercinta sebegitu dengan sesiapa kot..”

Ezzaity Husna langsung tidak percaya.

Nik Safiyya tidak membalas kata-kata Ezzaity Husna. Wajahnya merah padam, marah

barangkali. Melihat Nik Safiyya yang seolah-olah tidak berani mengesahkan kata-katanya itu,

Ezzaity Husna mengungkapkan kata-katanya lagi.

“Hati-hati kamu Safiyya, jangan sampai tuduhan kamu tu menfitnah, kerana dosa orang

yang menfitnah tu lebih teruk dari membunuh Safiyya..” Ezzaity Husna melemahkan tuduhan

yang tiada pengesahan itu.

“Terserah mu Ezzaity, percayo idak. Wafirah tu sokmo wat-wat baik jo depe kito

semuo!” hentam Nik Safiyya lagi. Jiwanya sakit kerana mengenangkan lelaki pujaan kalbunya

dikebas sahabat baik sendiri.

Page 75: Novel: Zahr Al-Islam

Nik Safiyya sudah lama memendam perasaan terhadap teruna sasa, Amar Abrar.

Wajahnya yang tampan, gayanya yang segak, pandangannya yang memukau serta gosip-gosip

indah mengenainya membuatkan ramai siswi-siswi menaruh hati padanya. Santun berbudi

bahasa dengan pelajar siswi mahupun siswa dan ditambah pula dengan popularitinya sebagai

palajar cemerlang dan pemimpin serba boleh, Amar Abrar sememangnya bagai bidadara dunia

atau pangeran dari kayangan buat mana-mana nisa’ yang mengenalinya. Memilikinya umpama

memperoleh kebahagiaan di utopia.

Bagi orang setampan dan sehebat Amar Abrar, pastinya menjadi perkara biasa jika dilihat

sering bertukar-tukar pasangan. Namun, bertambah istimewa tentang Amar Abrar adalah apabila

mengetahui bahawa dia bukan bak teruna-teruna mahupun jantan-jantan lain yang playboy itu.

Amar Abrar berjaya mewarisi peribadi dan karakter indah arwah datuknya, seorang

hukama yang merupakan pengasas bagi institusi pengajian tinggi mereka ini. Arwah juga

seorang malim termasyhur sekali di daerah itu persetua dahulu. Ayahanda Amar Abrar sendiri

pula merupakan orang kuat di bahagian Syariah dan Perundangan Islam di institusi mereka.

Beliau memegang beberapa jawatan penting selain sebagai seorang pensyarah senior juga. Beliau

yang telah berkhidmat beberapa dasawarsa itu, banyak menyumbang idea dan keringat ke arah

pembangunan institusi itu dari segala segi. Bonda Amar Abrar juga tidak kurang hebatnya.

Dengan kelulusan Ijazah Kewangan Islam, dia memulakan kerjayanya sehingga kini di Pusat

Zakat. Latar belakang yang cukup menarik jika terus diselidiki. Sebagai anak tunggal, pastinya

Amar Abrar peneraju mutlak warisan keluarganya.

“Masa remaja tentunya tidak lari dengan gelora perasaan cintan-cintun ni, kerana ia

merupakan suatu proses menuju dewasa. Tak kiralah mereka tu aktivis dakwah atau pun tidak,

Page 76: Novel: Zahr Al-Islam

perasaan ingin menyayangi dan disayangi tu kan azalinya fitrah manusia. Wujud secara

semulajadi dalam diri kita Safiyya. Perasaan tu tak salah, malah tak perlu dilawan pun, bahkan

ianya cuma perlu dikawal. Kawal ia sehingga masa yang sesuai. Saya yakin, sekiranya memang

benar Wafirah terjerat dengan alkisah perasaan ni, pasti dia mampu mengawal dan

menyelesaikannya dengan baik. Sebagai orang terdekat dengannya saat ini, kitalah yang patut

pesan-memesan dan mengingatkan dia supaya tidak hanyut ke jalan yang salah. Ye kan,

Safiyya?” Ezzaity Husna ingin memastikan kerjasama dari Nik Safiyya.

Ya. Aku dah terjerat dengan perasaan ni. Hati NoorWafirah mengeluh.

Ya Allah, ampuni aku, hambaMu yang lemah ini kerana leka dalam mengenal cintaMu dan

membiarkan pula perasaan hatiku membelenggu diriku. Ya Allah, cinta padaMu cinta yang

terabadi. Cintakan Rasul jua tanda cinta padaMu. Sedangkan cinta pada manusia pula sering

mengundah-gulanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara. Ya Allah, padaMu

kusandarkan segala puncak harapan, bahagiakanlah aku dengan redhaMu.

Gaya bahasa yang berbentuk sarkasme oleh Nik Safiyya tadi sedikit mengganggu.

NoorWafirah menenangkan dirinya dengan mengambil wudhu’ dan menunaikan solat sunat serta

berdoa.

NoorWafirah juga khuatir kalau-kalau dia telah tersasar dalam soal ikhtilat. Lantas

mulutnya terkumat-kamit melafazkan istighfar. Sayup-sayup kedengaran suara NoorWafirah

beristighfar di dalam sebuah musolla di aras empat kuliah tempat dia mengaji itu.

“Alhamdulillah.” Hati NoorWafirah semakin tenang apabila bersujud kepada Allah al-

Basit. Allah Maha Lapang. Dia berkuasa memberi kelapangan kepada sesiapa pun makhluk yang

dikehendakiNya.

Page 77: Novel: Zahr Al-Islam

Ikat hati kita dengan Allah, kerana mereka yang bersama Allah takkan pernah rasa

kesepian dan keseorangan...dan sebaik-baik bekal adalah taqwa...

Kelibat suatu bayang putih yang redam berbisik padanya.

Inilah bingkisan kata-kata yang dapat membawa hati dekat kepada Allah dan menyelami

segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dengan lebih berhati-hati, tidak terleka dan

seharusnya dilapangkan dada menerimanya dengan lebih rasa kesyukuran dan tawadduk. Itulah

nikmat CINTA....

NoorWafirah terus tersedar dari tidurnya yang tidak pun lena di atas sejadah itu. Dia

pantas melipat telekung dan mengemas sejadah yang digunakannya sebentar tadi.

“Hasbiy-Allah. Hanya cinta tulus padaMu yang takkan buat aku kesepian dan

keseorangan.” NoorWafirah menanam semangat di dalam dirinya.

Daun pintu dikuak, NoorWafirah selamat pulang ke asrama siswi walaupun dia separa

kuyup. Langit yang cerah tiba-tiba dibayangi awan kelabu yang montok. Hujan langsung

menyusul.

Noorwafirah mengelap tubuhnya yang basah dengan tuala. Setelah dipastikan kering,

NoorWafirah menuju ke ruang-ruang yang menempatkan roommates yang lain.

Senyap. ‘Ain Nujma tiada.

NoorWafirah mensasarkan langkahnya ke arah ruang penempatan Nik Safiyya pula. Bisa

mampu, dia ingin memperbaiki hubungannya dengan sahabat akrabnya itu. Namun sekali lagi

dia kecewa. Nik Safiyya berbungkus kemas seperti gula-gula di dalam gulungan selimut tebal.

NoorWafirah faham. Dengan cuaca yang sedemikian, tiada siapa yang mampu menolak

Page 78: Novel: Zahr Al-Islam

permintaan tilam dan bantal yang pohon izin dipeluk. Dia hanya tersenyum melihat Mek Safiyya

yang memakai topeng wajah bengis sebentar tadi kini berwajah ayu di atas cadar natar magenta.

Bagi NoorWafirah, hujan petang itu pemberi rahmat. Rahmat dari Allah swt yang tidak

ramai ketahuan. NoorWafirah mengingati Pemberi rahmat tersebut dengan membutirkan kalimat

zikir, ucapan-ucapan serta bacaan-bacaan yang dapat mendorong manusia mengingati Allah swt

dan nikmat-nikmat kurniaan Allah al-Wahhab.

Hari ini, 15 Safar. NoorWafirah mencapai muzakkirah yang menjadi peneman setia bagi

mengingatkan NoorWafirah supaya sentiasa memantapkan amal ibadahnya kepada Allah swt

selaras dengan azamnya pada Maal Hijrah yang lalu. Semoga hari esok lebih baik dari hari-hari

yang telah berlalu. Semoga lebih bercura NoorWafirah menggarap peluang beribadah di hari-hari

mendatang dari hari-hari yang telahpun dilewati.

NoorWafirah melafazkan tahmid. Bersyukur kerana diberikan keupayaan untuk

melaksanakan ibadah yang wajib serta yang sunat walaupun tidak seberapa. Sebentar lagi apabila

masuknya solat fardhu maghrib, NoorWafirah akan berbuka puasa. Maka dengan itu bermakna,

dia berjaya menyudahkan tiga hari lagi puasa sunat Hari Putih yang hikmahnya tamsil berpuasa

sepanjang tahun.

Azan berkumandang. NoorWafirah mengizinkan seminit dua waktu untuk berdoa

sebelum menjamah buah tamar yang berada di hadapannya. Dia tidak mahu mensia-siakan

kesempatan berdoa ketika itu kerana doa orang yang berpuasa adalah antara doa yang lebih

mudah sampai kepada Allah swt, insya-Allah.

Page 79: Novel: Zahr Al-Islam

SebelasSebelas

ssalamu’alaikum. Selamat hari lahir Firah. Semoga pertambahan usia ni buat Firah

lebih matang dan lebih dekat dengan Allah swt.” Ustaz Nasruddin mengucapkan

selamat.

“A“Insya-Allah. Terima kasih abang.” NoorWafirah tersenyum sendiri.

Page 80: Novel: Zahr Al-Islam

Tepat 1.12 minit pagi. Saat itulah ibu NoorWafirah bersabung nyawa melahirkannya 20

tahun yang lampau. Bayi tunggal, bayi istimewa yang tersangat dinanti-nantikan. Mana tidaknya,

NoorWafirah adalah anugerah Allah swt hasil kesabaran penantian yang tidak kunjung jemu

lebih lima tahun setelah ayah dan ibunya bergelar suami dan isteri.

Walaupun sekadar ucap selamat yang ringkas dan kosong, NoorWafirah berasa gembira

kerana ustaz Nasruddin tidak pernah terlepas peluang mengucapkan selamat setiap kali

menjelang ulang tahun kelahirannya. Bukan itu sahaja, ucapan selamat daripada ustaz Nasruddin

sentiasa tepat pada waktunya. NoorWafirah yakin, sepupunya itu sangat mengambil berat dan

sentiasa update tentang dirinya.

“Firah tak tidur lagi?” Ustaz Nasruddin mengajukan pertanyaan.

NoorWafirah terdiam sejenak. Pertanyaan ustaz Nasruddin itu sedikit berat untuk dijawab

oleh NoorWafirah.

“Belum.” Jawabnya ringkas tapi jelas. Matanya yang kepenatan sejak tadi mengulangkaji

pelajaran menghantar impuls kepada otak supaya mengarahkan anggota tangannya untuk

mengemas nota-nota pengajian.

“Eh, kenapa pulak? Tidur lewat tak baik untuk otak dan tubuh badan tau. Hai, takkan Cik

Nujma, jururawat kat bilik sebelah tu tak ingatkan Firah?” Ustaz Nasruddin sempat ketawa kecil.

Teruna ini masih lagi bersemangat untuk mengusik NoorWafirah biarpun statusnya kini seorang

ustaz yang cukup matang.

“Mana ada.” Suara NoorWafirah sedikit keras.

Page 81: Novel: Zahr Al-Islam

“Firah teringat ayah. Teringat ibu..” ton suara NoorWafirah mulai merudum dan serak-

serak.

Memori silam datang mengimbau.

“Ayah, ayah..hari ni hari apa ayah. Ayah lupa?” NoorWafirah yang hanya setinggi paras

peha, menarik-narik seluar ayahnya.

“Ayah..sekarang ni dah bulan Mac tau.” Anak kecil terus meminta perhatian dengan

bersungguh-sungguh sedang ayahnya pula pura-pura tidak mengendahkan kerenah anak.

NoorWafirah bermasam muka setelah gagal memperoleh respon yang diinginkan dari si

ayah. Mulutnya dimuncungkan seperti muncung Todak yang menyerang di persisiran pantai

pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka suatu masa dahulu, menandakan kekecewaan.

“Takkan ayah lupa hari lahir puteri ayah sorang ni. Anakanda nak hadiah apa?” Si ayah

terus merangkul tubuh kecil si anak ke paras dadanya sebaik sahaja menyedari anak

kesayangannya itu mulai merajuk .

“Anakanda nak jumpa permaisuri ayahanda. Firah nak jumpa ibu.” NoorWafirah senyum

lebar. Kelakar menggunakan bahasa istana yang langsung tidak layak dipakai mereka anak-

beranak yang tiada nasab gahara.

“Ayah, Firah cuma jumpa ibu waktu pagi hari raya je setiap tahun. Mulai tahun ni, Firah

nak jumpa ibu lebih kerap. Lepas ni jugakkan, kalau kelakuan Firah baik, Firah tak nak anak

patung atau mainan lagi. Firah nak ayah bawa Firah jumpa ibu. Boleh ye ayah?” NoorWafirah,

anak kecil yang masih belum memahami realiti hidup menuntut hadiah hari jadinya.

Page 82: Novel: Zahr Al-Islam

Namun, tanpa disedari permintaannya itu merobek luka di hati ayahnya. Luka kehilangan

permaisuri tercinta sebagai teman hidup, berdarah kembali. Saat itu juga, wajah ayahnya

berubah. Kusam. Masam. Barangkali kerana menyembunyikan pilu yang teramat.

Walaupun hanya sekadar melawat pusaranya ibu, NoorWafirah tetap gembira. Lebih

gembira lagi kerana permintaannya itu dituruti ayahnya. Namun, tiada siapa menyangka itulah

kali terakhir NoorWafirah melawat pusara ibu dengan bertemankan ayahnya di sisi.

Air mata NoorWafirah mengalir membasahi pipi. Sebak kerana terkenang akan kedua

orang tuanya yang silih pergi menghadap Ilahi belum sempat dia menagih kasih sayang daripada

mereka.

Esakkan NoorWafirah yang semakin nyaring kedengaran dari speaker Nokia N95 dengan

built-in memory lapan gigabyte itu mengundang rasa bersalah dalam diri ustaz Nasruddin.

NoorWafirah cuba dipujuknya. Apakan daya, seberapa hanya kuasa gadget bergelar telefon

untuk mampu menyampaikan ketenangan dalam diri gadis yang sedang lemas dalam emosinya

itu. Esak dan tangis NoorWafirah tidak reda.

Ikat hati kita dengan Allah, kerana mereka yang bersama Allah takkan pernah rasa

kesepian dan keseorangan...dan sebaik-baik bekal adalah taqwa...

Kata-kata tersebut pernah didengarinya. Matanya yang telahpun terlelap hampir setengah

jam dibuka semula. NoorWafirah terasa amat segar. Walaupun hanya terlena dua puluh lima

minit, dia terasa bagai telah tidur suku hari lamanya. NoorWafirah cuba untuk melelapkan

matanya kembali. Puluhan minit berlalu namun, dia tidak juga lena. Nampaknya kaji selidik

yang menyatakan bahawa purata manusia mengambil masa selama tujuh minit untuk tidur tidak

menggolongkan dirinya sebagai kumpulan manusia tersebut, atau mungkin hanya untuk malam

Page 83: Novel: Zahr Al-Islam

itu dia bukan dalam kalangan mereka. Walaupun demikian, imsomnia bukanlah krisis untuk

NoorWafirah memandangkan dia biasa tidur awal pada hari-hari sebelumnya. Namun, kata-kata

tadilah yang terus membayangi liku-liku tumpul di benaknya.

NoorWafirah bingkas bangun. Ekor matanya sempat mencuri lihat sampul jingga yang

setia di atas meja tempatnya mengulangkaji pelajaran. Tidak berusik, sama seperti sejak ia

diletakkan oleh Ezzaity Husna kira-kira waktu tengah malam tadi. Sepasang terompah kayu yang

dipahat kemas oleh si tukang pembuat disarungnya, lantas tempat untuk menyempurnakan

wudhu’ dituju.

Dalam perjalanannya menuju ke midhoah itu, NoorWafirah berjalan perlahan-lahan

kerana khuatir terompah yang zatnya padat dan berat itu akan mengeluarkn bunyi yang pastinya

mengganggu keasyikan buaian tidur sahabat-sahabatnya di asrama itu.

Jarum pendek pada jam loceng di meja menunjuk pada angka tiga manakala jarum

minitnya pula mengarah ke nombor sembilan. Hati NoorWafirah kala itu tidak keruan. Hatinya

kesepian. Hatinya keseorangan. Namun, muslimah yang berjiwa kental ini bangkit dari melayan

kerenah hatinya itu. Masalah hati harus diubat pada hati juga. NoorWafirah memilih untuk

mengikat hatinya itu dengan Allah. Semoga dengan hati yang bersama-sama Allah, tidak akan

lagi membuatkannya mendekati rasa sepi dan keseorangan.

Kebesaran hikmah serta kaifiat solat malam menyemarakkan lagi semangat NoorWafirah

ketika itu. Sebagaimana yang diceritakan dalam surah al-Muzammil (73), Nabi berbaring

berselimut pada waktu malam kerana stress kesan daripada tentangan orang kafir Quraisy

terhadap seruannya sehingga ada yang menggelarnya gila. Semangat Nabi mungkin tertekan.

Page 84: Novel: Zahr Al-Islam

Maka dengan itu, dia disuruh oleh Allah swt supaya bangun untuk menunaikan solat

malam, bagi mendidiknya menjadi pemimpin yang mempunyai qualiti yang ditunjukkan seperti

dalam surah al-Fath.

Demikianlah selama hampir sepuluh tahun, Nabi bersama dengan para pengikutnya

berbuat demikian sehinggalah solat fardhu lima waktu disyariatkan dan solat malam pula terus-

menerus menjadi solat sunat.

Hikmah kisah Nabi di atas dijadikan teladan buat NoorWafirah yang sedang bertarung

dengan konflik emosinya itu. Sisa waktu dinihari itu jualah yang sesuai dan dianjurkan pula bagi

manusia mengabdikan diri. Tambahan pula, ketika itulah sebarang permohonan manusia lebih

dekat padaNya.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menyatakan: Allah turun ke langit dunia pada

setiap malam pada sepertiga terakhir malam, lalu berfirman : Adakah orang yang berdoa,

adakah orang yang bermohon, adakah orang yang meminta, lalu Aku penuhi doa dan

permintaannya.

NoorWafirah percaya, pengabdian hambaNya yang sanggup mengorbankan masa tidur

yang cukup enak dengan bangun dan bersolat, berdoa dan berzikir...mendekatkan diri dengan

penciptanya pasti disukai Allah swt.

Ikatan pada telekung dan kain sarung dileraikan. NoorWafirah melipat dan menyimpan

rapi busana putih suci khusus buat menghadap Ya Malikul Mulk, pemilik penuh kuasa ke atas

cakerawala serta isinya itu. NoorWafirah kemudiannya mengambil tempat di hujung penjuru

katil sambil matanya yang bundar itu merenung sampul jingga di atas meja yang kurang satu

meter darinya.

Page 85: Novel: Zahr Al-Islam

Pelik binti ajaib. Tidak pernah sahabat-sahabat NoorWafirah mengucapkan selamat

sempena hari lahirnya melalui kad. Mereka pasti melulu terus ke arah NoorWafirah untuk

mengucapkan selamat secara one-to-one. Demikian tradisi yang mereka praktikkan setiap kali

ada siswi di asrama itu yang menyambut hari lahir atau hari-hari kegembiraan yang lain.

Lebih aneh lagi, kad tersebut bukan seperti kad yang biasa ditemui di kedai-kedai. Ianya

giant size dan irregular shape. Sedang sampulnya menarik, pasti kad yang di dalamnya tidak

kurang hebatnya. NoorWafirah senyum sendirian. Agak teruja juga dia untuk melihat rupa kad

yang tersembunyi di dalam sampul tersebut.

NoorWafirah sudah tidak termampu lagi menyingkap misteri kad tersebut. Dia ingin

mengambil jalan yang paling mudah iaitu dengan membuka sampul tersebut. Lantas tangannya

dipanjangkan bagi mencapai sampul rona jingga itu.

Sampul dibuka dengan cermat dan isinya dipaksa keluar. NoorWafirah semakin teruja.

Sangat indah. Cover kad tersebut penuh dengan lukisan bunga. Berwarna-warni, tampak

menarik dengan sentuhan warna-warna pastel. Ternyata ianya sekeping kad ucapan kerana

tertera di sudut atas kad tersebut ucapan ‘Happy Birthday’ dalam tulisan cursive script. Ternyata

juga pengirimnya seorang yang mempunyai tangan seni serta kreativiti yang tinggi kerana

homemade card yang dihasilkannya cukup mengagumkan walaupun hanya dinilai dari luar.

Dahi NoorWafirah masih berkerut-kerut mencadang dan menyangkal beberapa calon

yang mungkin pengirim sebenar kad tersebut memandangkan Ezzaity Husna langsung tidak

memperinci perihal sampul yang disampaikannya menjelang tengah malam itu. NoorWafirah

berasa sedikit kesal kerana kegagalannya mengenal pasti pengirim kad tersebut membuktikan

Page 86: Novel: Zahr Al-Islam

bahawa dia sebenarnya belum mengenali sahabat-sahabatnya yang kini merupakan orang paling

dekat dengannya itu.

“Hmm, mungkinkah Nik Safiyya?” NoorWafirah mengagak. Kebarangkalian Nik Safiyya

yang mengirim kad tersebut agak tinggi. Sejak akhir-akhir ini, Nik Safiyya kurang ramah apabila

bersama NoorWafirah. Mungkin Nik Safiyya meminta bantuan Ezzaity Husna sebagai orang

tengah untuk menyampaikan hasil tangannya itu.

NoorWafirah tersenyum. Kad masih di tangan, belum dibuka.

Sangkaannnya tadi disangkal pula dengan alasan Nik Safiyya langsung tidak mahir dalam

bidang seni hinggakan warna tudung yang ingin dipadankan dengan pakaiannya sendiri pun

terpaksa meminta khidmat nasihat daripada dua orang juru runding imej, ‘Ain Nujma dan

NoorWafirah sendiri apetah menghasilkan kad ucapan sendiri yang berkombinasikan warna-

warna menarik.

NoorWafirah tertawa kecil apabila terkenangkan insiden suatu pagi ketika masing-

masing sibuk bersiap untuk menghadiri kuliah. ‘Ain Nujma yang terbahak-bahak ketawa

menjemput NoorWafirah yang sedang bersarapan pagi itu untuk menjengah.

“Kenapa Nujma, semacam je ketawa awak tu? Ada apa?” NoorWafirah ingin tahu.

“Ni hah, cuba awak tengok Safiyya ni. Jubah dia warna ungu. Tudung dia warna hijau

pulak. Tak ke dia buat kelakar pagi-pagi ni..” ‘Ain Nujma terus ketawa. Nik Safiyya yang

tersipu-sipu malu dengan sepantas kilat menggantikan tudungnya yang berwarna hijau tadi.

Page 87: Novel: Zahr Al-Islam

“Awak ni Nujma, tak baikla..” NoorWafirah mengerutkan dahi dan merenung tajam ke

arah sahabatnya itu sebagai isyarat supaya ‘Ain Nujma berhenti mentertawakan Nik Safiyya

yang diketahui kurang kemahirannya dalam mix and match warna mahupun pakaian.

NoorWafirah teringin membuka kad tersebut. Dengan lafaz bismillah, dalam kiraan dua,

NoorWafirah menamatkan misteri kad reka corak bunga-bunga itu.

Andai gelarmu..ZAHR AL-ISLAM

Zahr al-Islam kerna tubuh lesumu segar mengorbankan masa tidur,

Zahr al-Islam kerna solat malam serta subuhmu tetap penuh kecerdasan,

Zahr al-Islam kerna sehari lagi tambah usiamu bermakna kematangan,

Zahr al-Islam kerna kau sekuntum bunga berperibadi seorang Islam.

Dua BelasDua Belas

edengaran suara-suara merdu mengaji al-Quran menghangatkan kedinginan malam

Khamis yang sebentar tadi sepi. Suatu kebiasaan, selepas selesai sahaja solat Isya’

siswi-siswi akan mengurungkan diri di dalam bilik masing-masing. Ada yang menelaah

pelajaran, ada yang sibuk menyudahkan assignment pada minit-minit akhir dan tidak kurang

ramai juga yang mengisi masa terluang mereka dengan hobi masing-masing termasuklah

K

Page 88: Novel: Zahr Al-Islam

menonton DVD drama Korea yang beratusan episod. Itulah trend terkini rata-rata penghuni

asrama.

“Sodaqallahul’aziim..” Najmi Aisya menyudahkan empat ayat terakhir surah al-Anbiya’,

iaitu surah yang diturunkan di Makkah yang juga merupakan antara surah terawal diwahyukan

sebagaimana yang sempat direkodkan oleh al-Bukhari.

“Sodaqallahul’aziim.” Bergema pula suara NoorWafirah dan sahabat editor yang lain.

Mereka turut melafazkan penyudah tersebut bagi mengakhiri bacaan seratus empat potong ayat

yang mereka baca secara tartil dan bergilir-gilir itu. Kitab-kitab tafsir al-Quran yang dibaca

sebentar tadi disusun kembali secara berdiri, lurus sebaris pada rak di musolla.

“Alhamdulillah. Kita masih lagi diberi nikmat kesihatan serta kewarasan yang

membolehkan kita untuk duduk bersama-sama membaca al-Quran pada malam ni sebagai

pembuka diskusi. Al-Quran adalah sebesar-besar mukjizat daripada Allah swt yang dikurniakan

kepada Rasulullah saw sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman. Jadi janganlah kita pinggirkan al-

Quran, sebaliknya jadikan al-Quran peneman diri kita sebagai tanda cinta kita kepada Allah dan

Rasul di samping merebut hikmah pertolongan pada Yaumul Mahsyar kepada para pembacanya.

Tazkirah buat diri saya sendiri dan sahabat sekalian.” Muslimah yang genap usianya dua puluh

tahun hari ini mula mengatur bicara.

“Terima kasih atas peringatan tu Wafirah. Semoga kita menjurus ke arah golongan orang

mukmin yang diibaratkan seperti buah Utrujjah; sudahlah harum baunya lagi enak rasanya.

Sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’aru ra, Rasulullah saw

bersabda yang membawa maksud:

Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Qur’an adalah seperti buah Utrujjah yang

Page 89: Novel: Zahr Al-Islam

baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an

seperti buah kurma yang tidak berbau sedang rasanya enak dan manis. Perumpamaan orang

munafik yang membaca Al-Qur’an adalah seperti raihanah yang baunya harum sedang rasanya

pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti

hanzhalah yang tidak berbau sedang rasanya pahit.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekali lagi akak ingin mengajak semua supaya sentiasa menjadikan al-Quran peneman diri kita

serta muslimin muslimat lain. Rajin-rajinlah menyampaikan pesan ye.” Kak Wardah yang bidang

pengkhususannya llmu Hadis rasa terpanggil untuk menyampaikan pesanannya pula. Sepotong

Hadis turut dipentaskan sebagai pengukuh pementasannya.

“Insya-Allah kak.” Respon Najmi Aisya dan Syaripah Zahirah serentak. Masing-masing

kemudiannya memandang sesama sendiri.

“Insya-Allah. Ma kasih ya, Wafirah serta Wardah. Quranic circle yang kita praktis

malam ni kayaknya bagus juga jika diteruskan pada masa akan datang. Tentangnya Tinta

Tarbiyyah pula, sebenarnya apa sih yang bakal dibahaskan buat kandungan keluaran kali ini?”

Endang Daffa dengan teruja mempersoal.

“Kita baru saja melangkah masuk ke bulan Rabiulawal. Mungkin ramai yang maklum

akan peristiwa-peristiwa penting yang dicatatkan oleh sejarah tentang jatuh bangunnya tamadun

Islam pada bulan ni. Antaranya, kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, kerasulan dan

kewafatan baginda, peperangan seperti perang Badar pertama dan peperangan Bani an-Nadhir,

pelantikan Abu Bakar ra sebagai khalifah serta pembukaan Baitul Maqdis. Semuanya dicatatkan

pada bulan ni. Seterusnya saya ingin minta pendapat sahabat-sahabat supaya kita dapat

Page 90: Novel: Zahr Al-Islam

mengekstrak input yang paling berguna sebagai pengisian keluaran kali ini.” NoorWafirah

mengeluarkan ideanya yang masih samar-samar. Dia memandang sekeliling mencari kelibat

sesiapa yang ingin melengkapkan sampiran yang disampaikannya sebentar tadi.

“Ternyata banyak pengetahuan beserta manfaat yang boleh dilahirkan kepada umum

daripada penjelasan rambang Wafirah sebentar tadi. Namun, pada pendapat peribadi saya tanggal

12 Rabiulawal itulah hari yang paling sarat dengan falsafah, makna serta lambang kemegahan

dalam kehidupan seorang Muslim. Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw merupakan

peristiwa penting dalam takwim hijrah ni sekaligus wajar untuk diperingati. Maka saya sarankan

supaya tema ‘Memperingati Keagungan Nabi’ menjadi intipati kupasan Tinta Tarbiyyah yang

seterusnya.” Najmi Aisya mengutarakan pandangannya dengan harapan dapat melengkapkan

idea atau pembayang NoorWafirah yang belum jelas tadi.

“Syukran Ya Aisya. Bernas. Ini merupakan inisiatif yang mampu Tinta Tarbiyyah

sumbangkan sempena sambutan Maulidur Rasul ini. Keistimewaan kaedah penulisan ialah

wujudnya hardcopy yang boleh dijadikan rujukan berbanding bentuk-bentuk sambutan yang lain

seperti perarakan,forum mahupun nasyid yang mungkin penghayatannya bersifat sementara bagi

kebanyakan individu dan termasuklah saya sendiri.” NoorWafirah tersenyum menyampaikan

ucap terima kasih beserta serangkai dua ayat sebagai pengukuh. Hatinya bersorak teruja untuk

menggalas tanggungjawab seterusnya bagi menjayakan Tinta Tarbiyyah.

Sebenarnya, antara aktiviti yang paling diminati NoorWafirah ialah membaca sirah atau

sejarah Rasulullah saw kerana jalan cerita atau kisah kehidupan baginda itu cukup unik baginya.

Setiap contoh kehidupan itu ada pada diri baginda. Hakikatnya, tidak akan ada yang tersesat

mahupun terpesong sekiranya asas kehidupan baginda dijadikan panduan. NoorWafirah

Page 91: Novel: Zahr Al-Islam

merasakan perkara yang serupa seperti menjadikan Rasulullah saw sebagai sumber ilham dalam

apa jua tindakan dan perjuangan harus diamal dan diperingati lebih-lebih lagi pada hari kelahiran

baginda.

“Sebelum ni, saya jarang pula berkenan dan bersetuju dengan pendapat Aisya, tapi kali ni

saya berminat juga.” Syaripah Zahirah sengaja membuat penyataan berbaur provokasi terhadap

Najmi Aisya. Sengaja ingin dibangkitkan isu untuk mengajak Najmi Aisya lantang berdebat

dengannya, namun Najmi Aisya sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Provokasi perdebatan yang diperlawa oleh Syaripah Zahirah itu dengan tenang disambut

Najmi Aisya. Najmi Aisya membalas kata-kata Syaripah Zahirah tadi dengan senyuman.

Syaripah Zahirah terasa bersalah pula.

“Err..sebenarnya, saya nak menambah perihal yang kita bincangkan ni..” ayat Syaripah

Zahirah tersangkut-sangkut. Kepalanya pula terangguk-angguk. Gayanya seakan benar-benar

berminat untuk menambah.

“Teruskan je, Pah..” Najmi Aisya membalas dengan baik.

“Baiklah. Maaf ye Aisya. Hmm...bukti kehebatan serta keagungan Nabi Muhammad saw

bukan sekadar diketahui umum umat Islam, tetapi telah diakui sendiri oleh mereka yang bukan

beragama Islam dengan latar belakang pendidikan yang pelbagai serta berjaya dan terkenal

dalam bidang masing-masing. Kebetulan, saya ada catitkan mengenai seorang ahli falsafah yang

berbangsa Inggeris ni menerusi lembaran makalah yang saya baca. Sebagai seorang yang

berpengaruh, George Bernard Shaw di dalam buku Letter to Najmi Sahib of Cyprus ada

mengatakan bahawa Muhammad memang seorang manusia yang agung, malahan beliau juga

Page 92: Novel: Zahr Al-Islam

adalah penyelamat bagi manusia yang sedang menderita sakit tenat.” Penerangan dalam susun

atur momentum yang mengalir tenang oleh Syaripah Zahirah cukup impresif memandangkan dia

sebelum ini lebih cekap dalam kerja tangan berbanding sumbangan yang berupa bentuk kata-

kata.

“Ini jelas membuktikan bahawa kehebatan dan kemuliaan rasul kita Muhammad turut

diakui oleh cendekiawan barat yang bukan beragama Islam. Justeru itu, kita sebagai umat nabi

Muhammad yang seharusnya lebih dahulu mengenali baginda pastinya lebih faham akan akhlak-

akhlak terpuji baginda dan meneladaninya. Saya fikir, inilah hakikat yang harus kita perhalusi

supaya dapat mendidik siswi-siswi khasnya untuk menyanjungi rasul kita melebihi lelaki-lelaki

lain,” ujar Syaripah Zahirah lagi. Kalau tadi penerangan yang diberikan olehnya berbentuk fakta,

kini dia menjelaskan pula pendapatnya dengan pokok isu yang masih serupa.

“Betul tu. Kalau sekiranya siswi-siswi memahami sepenuhnya hal ini sebagaimana yang

kamu terjemahkan tadi Pah, pasti gejala coupling dapat dibanteras. Yelah, siapa lagi lelaki yang

kebanyakan nisa’ sanjungi kalau bukan teman lelakikan. Tapi, saya tak tolak kemungkinan ada

yang menyanjung bapa juga. Dalam kes ni, alhamdulillah.” Najmi Aisya yang jelas masih solo

itu menambah.

Syaripah Zahirah tersenyum tawar mendengar hujah-hujah yang berunsur hentaman

terhadap golongan yang bercouple. Hati kecilnya tersentak sedikit kerana pendapatnya disambut

baik oleh Najmi Aisya sedangkan ulahannya awal tadi entah apa-apa terhadap Najmi Aisya.

“Terima kasih Syaripah, Aisya. Banyak juga input daripada kamu yang boleh kita

masukkan buat terapan Tinta Tarbiyyah keluaran seterusnya.” NoorWafirah memberi senyuman

galakan kepada Syaripah Zahirah dan Najmi Aisya.

Page 93: Novel: Zahr Al-Islam

“Benaran..bagus banget kamu punya idea bernas kayak gitu.” Endang Daffa tersengih.

Dia yang sejak dari tadi hanya mencatat bersuara.

“Sama-sama..” balas Syaripah Zahirah dan Najmi Aisya bersama-sama.

Selesai pembahagian tugas, masing-masing mulai bersurai. NoorWafirah tersenyum

tanda faham ketika melihat Endang Daffa dan kak Wardah yang segera melulu ke muka pintu

musolla. Malam dingin dengan bayu lembut pastinya menghambat sesiapa sahaja untuk segera

santai menikmatinya sendirian di kamar rehat masing-masing.

Akan tetapi, berbeza pula dengan rakan-rakan editornya Syaripah Zahirah dan Najmi

Aisya. Di suatu penjuru musolla itu, Syaripah Zahirah dan Najmi Aisya kelihatan saling

bertanggam muka. NoorWafirah cuba menterjemahkan wajah keduanya. Jelas, masing-masing

sedang berusaha menamatkan jeda bagi menyelamatkan perang emosi mereka ketika bersua

muka.

NoorWafirah pura-pura tidak peduli. Dia terus-menerus mengemaskan alat tulisnya yang

berselerakan sambil sekali-sekala mengerlingkan anak mata ke arah kedua sahabat

seperjuangannya itu.

“Sorry eh, Pah. Sebelum ni saya selalu je cari pasal dengan awak..” Najmi Aisya

mendongakkan kepalanya dan bersuara.

“Eh, takde apalah Aisya. Semua ni memang menyulitkan, dan kesulitan inilah yang

menyedarkan saya. Tidak kurang juga meresahkan hati dan jiwa kita. Dan jatuh-menjatuhkan ni

takde manfaat pun, tak dapat pahala pun, walaupun bukan dengan niat. Saya yang cari pasal

Page 94: Novel: Zahr Al-Islam

dengan awak dulu tadi. Sayalah yang sepatutnya minta maaf. Saya minta maaf ye.” Syaripah

Zahirah menafikan keperluan Najmi Aisya yang memohon maaf darinya.

Najmi Aisya juga menidakkan keperluannya untuk memaafkan Syaripah Zahirah yang

pada hematnya tidak bersalah terhadap dirinya. Demikianlah dua sahabat tersebut, malu-malu

kucing bagai kali pertama berkenalan.

NoorWafirah terasa ingin ketawa melihat gelagat mereka. Namun, dia sempat berbisik

alhamdulillah dan terpaksa mengekang senyumannya yang kekal lahir tanpa mampu dibendung

itu. NoorWafirah segera meninggalkan musolla untuk memberi ruang dan privacy kepada

mereka.

Benarlah bagai dikata oleh Syaripah Zahirah, kesulitan atau sebarang permasalahan

sekalipun sememangnya meresahkan. Namun, ianya tidak bermakna bahawa setiap kesulitan itu

pasti tidak akan menemukan ruang buat penyelesaian dan ianya juga tidak selalu diiringi dengan

kegagalan. Kesulitan perlu dihadapi dengan akal yang rasional serta jiwa yang tenang,

dilanjutkan lagi dengan muhasabah diri yang diakhiri oleh penerimaan hati terhadap setiap

kelemahan. Ini kerana hakikatnya, kita hanyalah insan biasa dan hamba Allah yang tidak lekang

dari ujian dan dugaan.

Oleh itu, ketahuilah sarwa umat manusia, benarlah kesulitan akan membuka pandangan,

menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan kepada nilai kehambaan dan menambah

pahala. Maka hadapilah kesulitan sebaik mungkin, Insya-Allah ada hikmah yang menanti.

Barangsiapa yang Allah berkehendakan kebaikan padanya, nescaya Dia akan mengujinya

dengan kesulitan.

Page 95: Novel: Zahr Al-Islam

(Riwayat al-Bukhari)

Tiga BelasTiga Belas

wan di langit kelihatan berkepul-kepul. Cahaya matahari sudah dilitupi kelompokan

awan tadi yang mengakibatkan sinarannya terhalang dari sampai ke permukaan bumi.

Suasana petang itu mendung. Menandakan hujan akan turun tidak lama lagi. Keadaan yang

zulmat; gelap kerana ribut taufan dijangka bakal menawan bumi sejurus itu.

A

Page 96: Novel: Zahr Al-Islam

Tatkala itu, gema hasil tangisan suara yang melantun pada tembok mengundang perasaan

tertanya-tanya yang tidak terjumlah. Pastinya NoorWafirah arif mengenal empunya suara

tangisan itu. Tambahan pula, cuma berisi dua orang di dalam bilik asrama setelah Nik Safiyya

menghadiri sesi usrahnya di luar.

Lantas buru-buru, NoorWafirah ingin cuba menemukan penyudah gerangan punca awan

mendung sahabatnya, ‘Ain Nujma. Atau setidak-tidaknya, dapatlah kiranya dia menghamburkan

segenggam tabah buat penawar rawan hati sahabatnya di kala itu. Andai gagal, ingin pula

disampaikan buatnya sebuah kisah syahadah agar dapat digalang fikrah.

Saat NoorWafirah menghampiri ‘Ain Nujma, perawan itu didapatinya sedang mengekang

tangis yang deras. Kolam matanya berair. Romannya yang putih suci itu amat sayu dan lencun

dengan hujan tangis.

NoorWafirah cuba menelinga dan menyoroti ‘Ain Nujma dengan penuh doa. Pastinya dia

sedang sehabis daya cuba mengintai peluang untuk menguasai sukma gadis itu, lantas

melunaskan segala yang barangkali menduri diri gadis itu. Semua yang dilakukan oleh

NoorWafirah pastilah atas dasar amanah dan tanggungjawab sesama Muslim, lebih-lebih lagi

‘Ain Nujma merupakan sahabat baiknya pula.

NoorWafirah mengambil pendekatan yang berhati-hati. Dia tidak terus menghujani

sahabatnya itu dengan puluhan soalan. Sebaliknya, NoorWafirah hanya sekadar menenangkan

‘Ain Nujma dengan usapan dan belaian lembut. Namun, tangisan yang menjujuh itu entah bila

akan berperhentian apetah lagi untuk berkesudahan. ‘Ain Nujma sempat singgah di bahu

NoorWafirah untuk meleraikan rasa pilunya. NoorWafirah pula terus menenangkan sahabatnya

itu. Begitulah situasinya ketika NoorWafirah cuba mendekati sahabatnya itu.

Page 97: Novel: Zahr Al-Islam

Kocakkan air muka ‘Ain Nujma mulai tenang. Tetapi ‘Ain Nujma masih kelihatan keliru

dan celaru. Rintihan emosinya masih belum stabil. Terserlah juga akan ketidaksediaannya untuk

menghikayatkan apa sahaja kisah yang membelenggu dirinya itu kepada NoorWafirah.

Namun, kuntuman bunga indah sedia mengelopak di bibir merah NoorWafirah. Secara

tidak langsung, NoorWafirah sedang merangsang ketenangan dalam jiwa ‘Ain Nujma. Bukan

pula menambah tekanan emosi yang sedang dilalui si perawan dengan mewahnya pertanyaan.

Hasilnya, ternukillah senyuman bahagia di bibir ‘Ain Nujma yang kini mulai bertebaran di

segenap buana. NoorWafirah menyedut nafas syukur. Sungguhpun demikian, sekelumit

keraguan menyelubungi diri. Kurang yakin dengan keikhlasan benih senyuman yang sebentar

tadi bersorak di bibir lembab sahabatnya itu.

Sembari lama membisu, NoorWafirah menghela nafasnya dalam-dalam. Dia

mendekatkan wajahnya ke telinga ‘Ain Nujma seraya separa berbisik. Dia mengungkap:

“Kebahagiaan akan dikecapi apabila kita mulai berfikir dan bersikap sewajarnya, tidak

menelan bayang-bayang sendiri dan membuang segala kekhuatiran dalam diri.”

NoorWafirah menegakkan badannya kembali. Cuba meluruskan siri vertebra tulang

belakangnya setelah mula berasa sengal-sengal pada bahagian belakang tubuh. Dia sempat

tersenyum dan berdehem sebelum meneruskan kata-kata.

“Harap-harap, awak akan menemui jalan penyelesaian dan bersikap sewajarnya. Semoga

Allah swt terus dijadikan satu-satunya tempat bergantung harapan dan pembuka jalan. Hmm, tapi

kalau ada yang boleh saya bantuu..” NoorWafirah yang menarik panjang dua harakat suku kata

akhir, perkataan terakhir ayat itu tidak sempat menyudahkannya apabila disampuk ‘Ain Nujma.

Page 98: Novel: Zahr Al-Islam

“Eh, takpe-takpe. Saya dah ok ni.” ‘Ain Nujma cepat-cepat mencelah. Suaranya serak-

serak basah. Mimik muka NoorWafirah yang kurang yakin dengan pengakuannya itu

membuatkan ‘Ain Nujma berkata-kata lagi.

“Serius. Saya dah ok dah, Wafirah. Terima kasih atas perhatian dan nasihat awak tadi.

Memang tu je yang saya perlukan. Terima kasih sekali lagi ye.” ‘Ain Nujma yang tersentuh

dengan keprihatinan NoorWafirah, secara tulus dan polos mengucapkan terima kasih.

NoorWafirah tersengih panjang. Dia tidak mampu menyorong tawaran pertolongannya

lagi. Dia takut kalau-kalau nanti ‘Ain Nujma akan rimas dan tidak selesa. NoorWafirah

memandang ke dalam anak mata ‘Ain Nujma. Ternyata ada sesuatu yang benar-benar mengusik

‘Ain Nujma. Namun, dia menghormati keputusan sahabatnya itu untuk tidak menzahirkan

runsing yang barangkali rancak mendurinya.

NoorWafirah tatkala itu hanya mampu berdoa dalam hati, mohon dijauhkan segala

kesulitan dan kekhuatiran dalam diri sahabatnya itu dan digantikan pula dengan ketenangan dan

kebahagiaan. Dia juga berharap agar ‘Ain Nujma akan terbuka hati untuk berkongsi perit dirinya

nanti supaya dapatlah kiranya NoorWafirah lebih khusus memikirkan jalan membantu

sahabatnya, ‘Ain Nujma.

Nota-nota Takhrij al-Hadis disemak sekembalinya NoorWafirah ke meja menulis dan

dibacanya. Dia membelek-belek isi kandungan nota tersebut penuh khusyuk.

Namun, kilat yang sabung-menyabung serta guruh yang berdentam-dentum seakan

cemburu melihat NoorWafirah yang tekun mengulangkaji pelajaran. NoorWafirah terpaksa

bangun untuk menutup rapat pintu jendelanya. Sambil menyempurnakan perbuatannya itu, dia

ternampak beberapa muslim kampus sedang berlari-lari keluar padang. Barangkali siswa-siswa

Page 99: Novel: Zahr Al-Islam

tersebut asyik bermain bola sepak di tanah lapang sehingga tidak sedar yang diri mereka

telahpun basah kuyup, fikir NoorWafirah.

Tidak semena-mena, pandangan mata NoorWafirah yang bermasalah myopia walaupun

minor itu singgah menumpu pada pemakai jersey ungu dengan angka enam berwarna kuning.

Dari gaya lari-lari anaknya, siswa tersebut kelihatan persis dan iras benar dengan Amar Abrar.

NoorWafirah menonyoh-nonyoh matanya yang tidak gatal itu dengan harapan

penglihatannya akan lebih jelas sesudah itu. Namun, jarak pemisah serta ditambah pula

NoorWafirah yang berada di aras dua asrama tidak memungkinkan NoorWafirah untuk membuat

pengesahan. Apa lagi dalam keadaan hujan yang semakin lebat dan langit zulmat itu.

“Ahh..tak mungkin dialah. Tapikan dia tu penggemar sukan bola sepak. Eh, biarlah.

Sekalipun tu dia, apa kaitannya dengan aku?”

NoorWafirah ketawa kecil. Dia pura-pura menolak kebarangkalian bahawa kelibat siswa

yang dilihatnya itu adalah Amar Abrar. Dia menyangkal hipotesisnya awal tadi dengan

membuat kesimpulan bahawa kombinasi warna ungu dan kuning yang membentuk kroma warna

itulah yang menjadi penyebab dia tertarik untuk mengarahkan pandangannya kepada siswa

tersebut.

Sedang ralit NoorWafirah bercakap dan mengelamun sendirian ini, terdengar seseorang

mengetuk-ngetuk. Agak kuat ketukannya. Ruang penempatan individu yang tiada berpintu di

dalam bilik itu, hanya dihadang dengan helaian tirai yang jarang. Pastinya membuka rahsia

aktiviti si penghuninya.

“Eh Ezzaity, maaf yerr.” Suara NoorWafirah sedikit bergetar.

Page 100: Novel: Zahr Al-Islam

Ezzaity Husna tersengih lebar. Barangkali, sudah lama dia menanti di tirai kamar

NoorWafirah. Ezzaity Husna melangkah masuk dan menghampiri NoorWafirah yang masih

tercegat di muka jendela. Dia memandang ke muka jendela, menembusinya dan memandang ke

arah padang. Gayanya bagai menyaksikan Liga Perdana.

“Hmm, siswa-siswa kampus kita ni dah hilang akal kot. Dah basah kuyup pun tak ingat

nak berhenti main. Kene jugak kilat dan guruh yang bagi amaran, baru nak kalut!” Ezzaity

Husna mengucap selamba sambil tawa kecil menyusul. Dia juga sempat menjeling ke arah

NoorWafirah.

NoorWafirah terdiam. Dia malu. Benar-benar malu. Ezzaity Husna pastinya sudah lama

hadir untuk menemuinya. Dan sudah tentu juga dia menyedari cakap-cakap sendirian serta

tindak-tanduk selama NoorWafirah mengelamun di jendela itu tadi.

“Maaf mengganggu, Wafirah. Saya baru je sampai sebenarnya, saya bagi salam tapi tak

bersambut. Tu yang saya ketuk kuat-kuat. Sorry eh.” Ezzaity Husna menjelaskan keadaan yang

sebenar.

“Yeke, wa’alaikumsalam. Hujan lebat tadi, mungkin sebab tu saya tak dapat dengar

salam yang awak berikan tadi.” NoorWafirah cuba cover line.

“Takpe-takpe. Ni hah, ada kiriman untuk awak. Tadi waktu saya berjalan pulang ke

asrama, terserempak dengan sepupu awak yang kerja kat JAKIM tuh. Ape namanye..ustaz

Nasaruddin?” Ezzaity Husna menerangkan tujuannya menemui NoorWafirah pula. Identiti

sepupu NoorWafirah sebagai pengirim bungkusan kenit di tangannya itu cuba dipastikannya.

Page 101: Novel: Zahr Al-Islam

“A’ah, ustaz Nasruddin. Apa halnya dia kirimkan bungkusan melalui awak Ezzaity?”

tanya NoorWafirah yang terasa pelik.

“Katanya dia nak cepat sampai kat apartmentnya. Takdelah nanti tercari-cari parking,

kalau dapat parking yang jauh dari bloknye, kuyuplah dia. Hujan semakin lebat dan takde tanda

akan reda. Tu katanya pada saya tadi. Dia mintak saya tolong sampaikan paper bag ni kat awak.”

Ezzaity Husna terus merehatkan bungkusan tersebut di atas meja NoorWafirah.

Satu persatu patah kata yang diucapkan ustaz Nasruddin kepada Ezzaity Husna sebentar

tadi cuba disampaikan semula. Kalau ayat ustaz Nasruddin tadi bentuknya aktif, Ezzaity Husna

menterjemahkannya kepada NoorWafirah dalam bentuk ayat pasif pula.

“He..ustaz Nasruddin tu memang, kedekut sangat. Sewa parking pun berkira, tu lah

padahnya. Terpaksalah dia berebut untuk dapatkan parking visitor.” NoorWafirah terus ketawa.

“Eh, ketawa tu ketawa jugak Wafirah. Ni hah, bungkusan daripada ustaz Nasruddin.

Ambikla. Jangan lupa ucap terima kasih tau. Jangan pulak awak ketawakan dia lagi nanti. Apa

pulak tokok tambah dari saya fikir dia nanti.” Ezzaity Husna ikhlas mengingatkan NoorWafirah

yang sedikit hanyut dalam lembah ketawanya. Asyiknya dia ketawa barangkali buat membalas

dendam terhadap orang yang sering membulinya itu.

“Ok. Dont worry. Terima kasih ye Ezzaity, sebab tolong sampaikan bungkusan ni kat

saya. Susahkan awak pulak, maaf.” NoorWafirah kembali tenang. Ketawanya berpenghujung

setelah ditegur tadi.

Kedua sahabat itu kemudiannya saling membalas senyuman.

Page 102: Novel: Zahr Al-Islam

Empat BelasEmpat Belas

alam itu hujan turun agak lebat. Titisan hujan yang menimpa atap asrama dan tiupan

angin yang sekali-sekala terbentur pada tembok batu asrama hampir sedekad usianya

itu membuatkan NoorWafirah sedikit terganggu.

MHujan seakan melepaskan geramnya setelah sekian lama waktu siang hanya ditemani

sang mentari yang saban waktu membiaskan cahayanya penyebab kegersangan itu. Hujan lebat

itu barangkali juga angkaranya si Jentayu yang tidak putus-putus berseru meminta hujan.

Hujan yang semakin lebat, bunyi tiupan angin yang kuat dan hawa yang sejuk,

menyebabkan masing-masing yang menghuni di asrama itu mengurungkan diri di dalam bilik

Page 103: Novel: Zahr Al-Islam

sebagai tempat yang dianggap paling selamat. Tidak kurang ramai juga yang memadamkan suis

lampu, membuta lebih awal dari biasa hasil rangsangan keenakan hawa yang luar biasa pada

malam itu.

Lewat itu, begitu banyak fikiran yang menerawang di benak NoorWafirah sehingga

memaksanya sulit untuk memejamkan mata. Dari kedudukannya di atas kerusi tempat dia

mengulangkaji pelajaran, NoorWafirah melintas-pintas halangan-halangan mati di ruangan

istirehatnya itu menuju ke tilam empat inci suku yang terbaring di atas jala kayu meranti. Dia

duduk di situ bersandar pada dinding.

Dalam genggaman jari-jemarinya pula, tersemat sebuah kotak maroon yang pada

pandangan atasnya berbentuk tetragon, iaitu poligon dengan empat sisi. Kotak itu kemudiannya

dialihkan ke tepi. NoorWafirah mencapai pula kalung pada perdu lehernya. Ianya seutas kalung

dari emas jenis 916G, dengan pendant yang bertahtakan butir-butir berlian dan gemstone indah

reka bentuk bunga Lotus. NoorWafirah tersengih sendirian sambil ditilik-tilik batu kristal

tersebut rinci.

Aura suram yang ditampilkan malam itu menghambatkan rasa sunyi dalam dirinya.

Lantas menggamit isyarat kedatangan nostalgia dan masa lampau yang lampias bersama waktu.

“Nah.” Abang Nasruddin menghulurkan beg kertas corak kartun Tweety Bird kepada

NoorWafirah.

“Ape ni abang?” spontan NoorWafirah bertanya. Mukanya bercahaya dek terkena

simbahan cahaya bulan penuh malam itu.

“Tak ada pape. Bingka ubi.” Abang Nasruddin senyum.

Page 104: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah membalas senyuman itu.

“Bingka je?” Mulut NoorWafirah dimuncungkan, isyarat tidak cukup.

“Kerepek ubi kayu pun ada. Satu basah satu kering. Kerepek yang kering tu kalau Firah

jimat-jimat tahan sampai abang graduate kot.” Abang Nasruddin tidak sudah bergurau. Dia

terngilai kecil.

“Tuh je abang bagi Firah? Abangkan nak pergi jauh, lama pulak tu..tak ada ke yang best

sikit?” NoorWafirah sengaja menduga.

“Adaa, dalam beg tu jugak..” ujar abang Nasruddin sembari mengunjukkan jari

telunjuknya ke arah paper bag tadi.

“Apa ni abang? Macam special je, dalam kotak pulak tu.” NoorWafirah teruja. Namun,

dia tiba-tiba segan untuk membuka kotak esklusif itu, pada hal NoorWafirah rakus mengintai isi

beg kertas tersebut awal tadi.

“Eh, bukakla Firah. Bukan abang beli pun. Tu kalung ummi abang. Ummi suka kalung tu

tau. Pasni Firah pakaila. Pastu ingat kat abang yang jauh nanti ye.” Cadang abang Nasruddin.

Dia ketawa kecil, geli hati dengan saranannya itu. Walaupun gayanya itu selamba, namun

NoorWafirah kelihatan sedikit sentimental apabila mendengar abang Nasruddin menyebut

‘ummi’. NoorWafirah teringat pada mak Yamnya.

“Firah, Firah..menung apenye? Ish budak ni, kita cakap ngan dia, dia layan lamunan dia

yang tak pernah ada kesudahan tuh.”

Page 105: Novel: Zahr Al-Islam

Abang nasruddin cuba menyekat emosi sepupunya itu. Abang Nasruddin sangat arif

dengan ulahan sepupunya itu. Jika dibiarkan NoorWafirah terus melayan perasaannya sendiri,

pastilah berbaldi-baldi bekas tadahan air mata diperlukan.

“Firah..Firah..” rungut abang Nasruddin sendirian.

“Mana ada! Memandai je abang ni tau, Firah tak mengelamun pun. Hmm, cantik sangat

kalung ni abang. Sweetla batu merah jambu ni, feminine. Firah suka. Tapi, tak pernah pun tengok

mak Yam pakai...kenapa?” NoorWafirah ingin tahu. Dia terus-menerus membelek kalung itu.

“Ummi simpan je,tak nak pakai. Menurutnya, kalung tu buat orang muda-muda. Tak

sesuai kalau ummi yang pakai. Ummi pesan kat abang, bagi nanti kat bakal menantu ummi.”

Jelas abang Nasruddin.

“Camtu ke. Kalau camtu, tak bolehlah Firah ambik. Abang bagilah kat bakal isteri abang

nanti.” NoorWafirah menyemat semula kalung comel itu di dalam kotaknya.

“Pakaila Firah. Abang tak nak heret kalung tu dengan abang sampai ke universiti kat luar

negara tu. Pakailah ye. Firah ambik terus pun takpe. Tapi kalau tak nak jugak, Firah jadilah

pemilik sementara, ye.” Abang Nasruddin terus memujuk.

NoorWafirah tersentak dari lamunannya apabila mendengar keriuhan guruh yang mula

menunjukkan belangnya. Hawa dingin semakin ekstrem. Lapisan bawah kulit yang sedikit

tandus dengan sel-sel adipos menyebabkan NoorWafirah pantas mengenakan sweater sebagai

pelindung dari kesejukan yang melampau itu.

NoorWafirah meraba-raba sekitar bantal peluknya mencari kelibat kotak, dengan ‘warna

maroon’ sebagai adjektifnya. Penuh cermat NoorWafirah menarik keluar isinya. Sebentuk cincin

Page 106: Novel: Zahr Al-Islam

bunga Lotus dengan batu Rose Quartz beserta butiran berlian, sangat mirip pendant pada kalung

yang dipakainya itu. NoorWafirah tersenyum gembira. Lagi hadiah indah diterimanya daripada

ustaz Nasruddin.

NoorWafirah tiba-tiba kaget. Rupanya terselit lipatan kertas di celah-celah kotak itu.

Seribu satu persoalan singgah di benak NoorWafirah ketika itu.

“Eh, misteri ape pulak ni?” Terasa janggal NoorWafirah dibuatnya apabila sepupunya itu

bermain-main dengan gaya sebegitu.

Hmm..selalunya, Amar Abrar yang kreatif perihal menyelit bingkisan yang lahir hasil

akal serta tangan seninya itu.Tapi, kelakar juga kalau ustaz Nasruddin pun punya bakat menulis

puisi macam Amar Abrar, jauh NoorWafirah berfikir. Dia ketawa sendirian kerana terlalu

kelakar baginya sekiranya isi lipatan kertas yang dipegangnya itu, secebis puisi Zahr al-Islam.

Dek terlalu asyik ketawa yang tiada berperhentian, NoorWafirah terbatuk-batuk kecil.

Kerongkongnya terasa bagai ditusuk-tusuk sembilu. NoorWafirah bingkas bangun mendapatkan

air masak untuk mententeramkan alur pharynxnya itu.

Memang mengagumkan apabila lembaran A5 dengan dimensi 148mm X 210mm itu

diganda-gandakan lipatannya sehingga membentuk lembaran sekecil suku telapak tangan.

NoorWafirah tersenyum sendiri melihat coretan pada lembaran itu secara rambang.

Namun, setelah melihat isinya NoorWafirah kelihatan hambar dan bertambah-tambah

lagi kehambaran itu setelah membaca sehingga ke penghujungnya warita lembaran itu. Dia tidak

pernah menyangka ustaz Nasruddin akan menaruh hati padanya.

Page 107: Novel: Zahr Al-Islam

Tidak dinafikan, NoorWafirah sememangnya amat sayang dan akrab dengan sepupunya

itu sejak kecil, dan ianya semakin utuh apabila dia terus diduga dengan kehilangan orang-orang

tersayang. Sungguhpun demikian, perasaan sayang dan keakraban itu baginya umpama sayang

dan akrab seorang adik terhadap abangnya. Sayang dan akrabnya itu juga buat seseorang yang

mempunyai pertalian darah dengannya. Serta sayang dan akrabnya itu kepada seseorang yang

menggantikan ayah dan ibu untuknya.

Yang demikian adalah peranan-peranan besar yang telah dipegang oleh ustaz Nasruddin

buat dirinya yang hiba di bumi asing ini. NoorWafirah amat menghargainya, tetapi dia tidak

pernah terfikir untuk menjalinkan apa-apa ikatan yang lebih serius dengan sepupunya itu sebagai

tanda terima kasihnya. Oleh kerana itu, NoorWafirah terasa amat terkejut apabila mendapat

lamaran bertulis itu daripada ustaz Nasruddin.

NoorWafirah memandang sekeliling. Merehatkan mata pada jarak jauh barangkali.

Kemudian, lembaran itu silih ditatap. NoorWafirah terkedu.

Buat ukhti NoorWafirah,

Kiranya pelik pada hemat ukhti, pelik lagi pada hemat akhi. Entah bagaimana

caranya untuk merisik sekaligus melAmar ukhti. Kecewa bukan kepalang kerana status

yatim piatu memaksa diri bertindak sendiri.

Akhi mohon memperjelas tujuan.

Hati ini teringin untuk menamatkan rasa sepi yang membelenggu diri. Merintis

ketenangan buat kehidupan yang kian suntuk ini.

Page 108: Novel: Zahr Al-Islam

“Mahalnya sebuah perkahwinan adalah pada qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan

dan anak-anak yang menyejukkan pandangan mata hingga lahirnya ketenangan.

Ketenangan ini yang paling mahal.”

(Perunding Motivasi Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz)

Islam menggariskan asas dalam pemilihan. Agama pastinya pilihan terutama.

Yakinlah kini, bahawa pasangan dengan kriteria di atas adalah pencetus ketenangan yang

terbaik pilihan akhi, insya-Allah.

Sebagai insan terdekat yang akrab dikenali, ukhti mirip pencetus ketenangan

tersebut. Dengan lafaz basmallah, sudikah ukhti mencetuskan ketenangan tersebut buat

institusi yang ingin akhi bina?

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam

dirimu, hilanglah cintaku padamu"

(Imam Nawawi)

Simpanlah kalung serta sebentuk cincin bertahtakan batu Rose Quartz sebagai

tanda pertunangan sekiranya lamaran ini diterima.

Andai lamaran ini gagal, terimalah hadiah tersebut, penghargaan buat insan yang

pernah menyumbangkan ketenangan kepada saudara Muslim ini .

Pendamba ketenangan atas redhaNya,

Page 109: Novel: Zahr Al-Islam

NASRUDDIN

Lima BelasLima Belas

ana Safiyya, katanya tadi nak ikut sama ke kafeteria?" tanya NoorWafirah.

Matanya ligat mencari-cari kelibat Nik Safiyya yang tidak kunjung bersama. “M“Tak jadilah Wafirah. Last minute tadi, Wan Khubaizah dan Hubbah ajak Safiyya tu

keluar ke pusat bandar. Membeli-belah barang keperluan agaknya. Study group pun dia mintak

supaya cancel..” Jelas Ezzaity Husna sambil mencedok sesenduk penuh nasi ke dalam pinggan

leper yang sejak tadi dipegang ketika menanti gilirannya pula tiba.

“Wan Khubaizah dan Hubbah? Siapa mereka tu?” NoorWafirah masih ragu-ragu. Dia

sebenarnya bimbang kalau-kalau Nik Safiyya masih memendam rasa kurang senang terhadap

dirinya sehingga terpaksa untuk mengemukakan alasan sebegitu rupa agar dapat mengelak

darinya.

Page 110: Novel: Zahr Al-Islam

“Newbies. Adik-adik kursus sama kitalah. Diorang berdua tu memang rapat benar dengan

Nik Safiyya. Oghe klatela katakan. Ghapo Wafirah, mu jealous ko?” Penjelasan Ezzaity Husna

yang diselitkan dengan secubit gurauan melegakan hati NoorWafirah. Ezzaity Husna pula

ketawa berdekah-dekah kerana lucu dengan loghat kelantan yang cuba dibunyikannya itu

menjadi jua.

Memang benar, dan NoorWafirah juga perasan akan keakraban kedua siswi tahun

pertama itu dengan sahabatnya Nik Safiyya. Mereka juga sering berkunjung ke biliknya bagi

mendapatkan khidmat tunjuk ajar serta nota-nota terpakai daripada Nik Safiyya. Nik Safiyya

pula tidak kekok untuk berkongsi ilmu yang dimilikinya itu. Kata orang, sekiranya ilmu yang

kita ada itu diamalkan dengan cara mengajarkannya kepada orang lain, ilmu itu seolah-olah

diperkemas kedudukannya dan akan menetap dalam hati. Sifat Nik Safiyya yang gemar

membantu adik-adik siswi memang membanggakan NoorWafirah dan ingin sekali dia contohi.

NoorWafirah tersenyum tawar kerana baru kini dia mengetahui nama siswi-siswi yang

rapat dengan Nik Safiyya serta sering pula bertandang ke bilik asrama penempatannya itu.

“Apa pula nak jealousnya Ezzaity? Sejujurnya..saya sedikit khuatir tadi. Yelah, hubungan

kami kurang baik akhir-akhir ni. Risau juga kalau Safiyya masih menyimpan rasa dan sengaja

mereka alasan untuk mengelak dari saya.” NoorWafirah cuba berkongsi kelat yang tidak mampu

lagi ditelannya itu.

“Ezzaity, mahu tak awak tolong saya? Selain saya, Safiyya rapat dengan awak,” pohon

NoorWafirah dengan bersungguh-sungguh. Dia sedar dengan usahanya sendiri belum tentu dapat

meleraikan masalah yang sedang membelenggu hubungan persahabatannya dengan Nik Safiyya.

Buktinya, punca keretakan hubungan persahabatannya dengan Nik Safiyya pun masih gagal

Page 111: Novel: Zahr Al-Islam

diketahui apetah lagi hendak menjejaki resolusi yang mungkin dapat diterapkan bagi menjamin

hubungan persahabatan yang harmonis semula.

Rentetan dari kesedarannya itulah, NoorWafirah memberanikan diri untuk mendapatkan

dokongan dari sahabatnya Ezzaity Husna. Dalam skala kecil, ada juga usaha yang dilakukannya

untuk bangkit dan tidak longlai menanggani isu yang mampu berakhir dengan perpecahan ini.

Peringatan mengenai perpecahan atau iftiraq oleh Rasulullah saw dalam hadisnya yang

diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah berbunyi seperti di bawah ini.

Umatku akan terpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan....

Pengaruh yang diheret bersama perpecahan umat manusia adalah sangat buruk bagi

kelangsungan umat Islam. Terbitnya panduan dalam ajaran Islam berhubung kait dengan

perpecahan memberi penegasan kepada umatnya agar tidak terjerumus dalam kancah dosa itu.

Firman Allah saw dalam surah ali-Imran (3): 103, menunjukkan perintah Allah untuk

mempererat tali persaudaraan dan larangan berpecah-pecah. Sebagaimana dalam sabda

Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Bukhari yang ertinya pula: Haram bagi setiap Muslim

untuk bertengkar melebihi tiga hari.

Itulah yang cuba NoorWafirah hindari, seraya menjaga diri agar tidak terjatuh ke dalam

lembah pertikaian yang sekecil anak semut jua, agar tidak menjadi pencetus pergolakan besar

yang seterusnya mengakibatkan perpecahan umat manusia. Nauzhubillah..

Senduk plastik yang digunakan untuk mengangkut sekawanan sotong yang dimasak kicap

masih dipegang oleh Ezzaity Husna. Namun, mimik mukanya menyatakan tidak pada lauk itu.

Page 112: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah menanti untuk menyambut senduk plastik tersebut kerana firasatnya yakin

mengatakan bahawa ianya akan diletakkan semula jemah.

“Janganlah awak risau Wafirah. Saya yakin Nik Safiyya tu bukannya mengelak,

barangkali dia rasa cemburu kot dengan awak. Yelah, Amar Abrar yang popular tu kan rapat

dengan awak. Doa dan sabar jelah ye. InsyaAllah, nanti saya risik-risik Mek Safiyya tu supaya

calar-balar persahabatan yang ada dapat dikikis dan digilap licin semula eh..” Ezzaity Husna

cuba menenangkan NoorWafirah dengan kata-kata positifnya sambil senduk plastik tadi

diletakkan semula. Gadis berdarah Bugis ini tersengih apabila senduk yang begitu lama padanya

itu dengan pantas disambar NoorWafirah.

“Hehe, tak jadi makan sotong, nak makan ayamlah.” Ezzaity Husna tersengih lagi bak

kerang busuk.

Suasana di kafeteria pada tengah hari Isnin itu agak cabuh dengan kehadiran siswa-siswi

hampir seisi kampus. Waktu makan tengah hari sememangnya rutin paling sibuk bagi pak cik

dan mak cik, pengusaha-pengusaha di kafeteria itu. Namun, hiruk-pikuk serta kesibukan itulah

yang amat diharapkan kerana ianya menjadi sumber rezeki mereka.

NoorWafirah berjalan melewati barisan kerusi dan meja sambil mengheret pandangannya

untuk mengintai-intai bayangan ruang kosong bagi membolehkan dia dan Ezzaity Husna duduk

menyantap. Namun setelah itu, pinggan nasi NoorWafirah masih tidak diluak apa lagi diusik

kendatipun telah beroleh ruang yang dicari.

NoorWafirah mengeluarkan bekas minuman yang diisinya dengan air masak. Dia

meneguk sekali dua air masak tersebut sambil menanti Ezzaity Husna yang sedang berhempas-

pulas mendapatkan pesanan jus. Sungguhpun perutnya telah berkali-kali membunyikan siren

Page 113: Novel: Zahr Al-Islam

sebagai isyarat minta diisi, NoorWafirah terus sabar menunggu sahabatnya muncul agar mereka

berdua dapat makan bersama.

“Assalamu’alaikum..boleh duduk sama?” Tiba-tiba muncul suatu suara dari belakang

NoorWafirah. Degup jantung NoorWafirah tiba-tiba kencang. Saraf akustiknya sememangnya

sangat peka akan suara tersebut. Sangat jelas. Ia milik Amar Abrar.

NoorWafirah tidak sempat menyangkal apabila Amar Abrar terus muncul di hadapannya

kurang sedetik berlalu. Saat itu, degupan jantungnya tidak terkawal lagi walaupun NoorWafirah

seakan berhenti dari bernafas seketika. NoorWafirah menyambut salam yang diberi dengan nada

suara yang perlahan. Namun, tiada respon bagi izin yang dipinta oleh Amar Abrar tadi.

NoorWafirah terus melabuhkan pandangan, mengelak dari bertentangan mata secara langsung.

“Ehem..Assalamu’alaikum. Berdiri je Amar, jom makan sama.” Pelawa Ezzaity Husna.

Dialah super heroin kerana muncul tepat pada waktunya menyelamat NoorWafirah yang

terkandas dalam gundah-gulana perasaannya.

“Wa’alaikumsalam. Terima kasih Ezzaity atas pelawaan ikhlas daripada awak.

Sebenarnya saya nak cakap dengan Wafirah, bagus awak ada sama. Firah, boleh saya duduk?”

Amar Abrar menoleh ke arah NoorWafirah pula, masih berdiri agam menanti kebenaran

daripada NoorWafirah.

“Err, silakan duduk. Ada apa ye Amar?” NoorWafirah mahu straight-to-the-point.

“Saya nak ucap terima kasih. Alhamdulillah, gerimis terima banyak respon positif

khususnya daripada siswi-siswi tentang program Nasyid esok. Rata-ratanya dapat tahu tentang

atur cara sempena Maulidur Rasul tu dari risalah Tinta Tarbiyyah. Terima kasih banyak-banyak

Page 114: Novel: Zahr Al-Islam

ye Firah. Semoga Tinta Tarbiyyah terus menjadi medium berpengaruh mendidik warga siswi

kampus.” Amar Abrar tanpa mukadimah yang panjang lebar memperjelas tujuannya bertemu

dengan NoorWafirah tengahari itu.

NoorWafirah sekadar senyum dan menganggukkan kepalanya. NoorWafirah memang

mahu membutirkan sepatah dua kata setelah Amar Abrar memasang jedanya, namun ianya tidak

menjadi. Dia kontang kata-kata setelah terpandang suatu bekas plastik berwarna lilac atau ungu

muda. Ianya dikepit oleh tiga jari kanan Amar Abrar, ibu jari, jari telunjuk serta jari hantunya.

Sejak itu, dia cuba untuk membaca tindak-tanduk Amar Abrar yang seterusnya.

“Senyap je dari tadi, ape yang awak pandang Firah?” Amar Abrar menduga.

“Err..eh, takde pape.” Pipi mungil NoorWafirah mulai berputik kemerah-merahan.

Malunya bukan kepalang lagi. Amar Abrar pula tersengih, bagai menyindir NoorWafirah.

“Hah, ni buat awak. Bingka ubi kayu. Separuh biasa, separuh lagi ummi letak gula merah.

Tu yang warnanya gelap skit, tapi bingka ubi ummi memang best. Saya baru sampai kampus

awal pagi tadi, ummi buat kuih tu tengah malam. Saya dah penuhi janji.” Amar Abrar

meletakkan bekas plastik tersebut di hadapan NoorWafirah.

NoorWafirah memandang Ezzaity Husna sebelum bersuara. Ezzaity Husna pula pura-

pura memandang ke sekeliling kafeteria.

“Amar , mungkin awak salah faham. Saya ikhlasla, tak harapkan pape sebagai balasan

pun. Bingka tu, bekal ummi untuk awak. Ucapan terima kasih tadi dah lebih dari cukup bagi

saya.” NoorWafirah mengembalikan bekas plastik berisi bingka ubi kayu itu.

Page 115: Novel: Zahr Al-Islam

“Ummi dah bekalkan untuk saya juga. Jangan risau Firah, saya tiada niat lain kecuali

untuk penuhi janji saya tempoh hari. Buat makluman awak saya akan berjumpa dengan sepupu

awak malam ni, ustaz Nasruddin. Sebenarnya minggu lepas, saya yang telefon ke pejabat dan

ajak dia. Alhamdulillah, dia setuju. Hmm, tu je rasanya, saya tinggalkan awak berdua dulu ye.”

Ujar Amar Abrar dengan penggunaan kata-kata yang cukup tertib.

Yang demikianlah satu-satunya penyebab NoorWafirah selesa berurusan dengan Amar

Abrar. Namun, soal perasaan dan batas pergaulanlah yang sering menjadi benteng penghalang

rasa selesa itu terus abadi begitu. Di sebalik hakikat itu, NoorWafirah amat bersyukur kerana

benteng yang menghalang rasa selesa apabila bersama Amar Abrar itu masih teguh dan

diharapkannya agar terus terpelihara.

“Kenapa awak nak jumpa sepupu saya, Amar?” NoorWafirah yang bertudung tirus

warna coklat-karamel itu menggigit bibir merahnya yang mekar. Soalan itu agak spontan

menyelinap keluar menerusi ruang antara bibirnya itu.

Sayup-sayup telefon pada tangan Amar Abrar menjerit. Namun, Amar Abrar

mengabaikan deringan telefon itu.

“Firah..saya yakin awak tahu hasrat hati saya. Saya takut tersilap langkah, menyimpang

pada landasan yang Islam anjurkan..”Amar Abrar dengan serius menjelaskan sambil paras putih

bersih NoorWafirah diselongkarnya.

Deringan telefon Amar Abrar yang tidak henti-henti berteriakan pula seakan iri hati

dengan mereka. Lantaran itu, Amar Abrar diheretnya buru-buru supaya meninggalkan

NoorWafirah dan Ezzaity Husna yang sudah mula mahu menyantap. Cuma salam sahaja yang

Amar Abrar sempat berikan sebagai kata akhir.

Page 116: Novel: Zahr Al-Islam

Sungguhpun perbualan Amar Abrar dan NoorWafirah sudah berakhir, ulasan Amar Abrar

seketika tadi seakan tidak menjawab soalan yang diajukan oleh NoorWafirah. NoorWafirah pula

masih terkedu mendengar pengakuan jujur dan berani Amar Abrar. Namun, dia masih samar-

samar akan maksud sebenar yang cuba dinyatakan oleh muslim tampan serba boleh itu.

NoorWafirah menikmati menu yang berada di hadapannya. Aneka lauk-pauknya adalah

daripada runtunan keenakan rasa ketimuran. Sempat dijelingnya ke arah Ezzaity Husna yang

sedang mencicip jus tembikai. Mujur konsentrasi Ezzaity Husna ketika Amar Abrar berkata-kata

tadi pada makanan yang disantapnya. Jika tidak, pasti Ezzaity Husna akan mengesyaki yang

bukan-bukan mengenai dirinya dan Amar Abrar. Fikir NoorWafirah.

Kala itu, fikiran NoorWafirah tidak damai. Hatinya tertanya-tanya apa gerangannya

Amar Abrar ingin bertemu dengan sepupunya, ustaz Nasruddin. Apakah Amar Abrar begitu

bersedia dan berani menyatakan perasaannya terhadap NoorWafirah selama ini. NoorWafirah

menarik nafasnya panjang. Dia cuba meredakan hatinya dan berfikir bahawa lebih baik dia tidak

ikut campur mengenai urusan pertemuan mereka berdua.

NoorWafirah kembali menjamah makanan yang berada di hadapannya. Bingka ubi di

dalam bekas ungu lembut itu juga sempat diintainya. Sajian pencuci mulut buat makan tengahari

NoorWafirah dan Ezzaity Husna ditaja oleh air tangan umminya Amar Abrar. Alhamdulillah.

NoorWafirah bersyukur kepada ar-Razzaq, yang menjamin rezeki buat seluruh makhluk dan

ciptaanNya.

Namun begitu, Amar Abrar masih dengan kerenahnya yang entah bila akan insaf.

Sekeping sampul bersaiz poskad sempat lagi diselitnya di bawah bekas plastik berisi bingka ubi

tadi. Sampul warna bunga atau herba lavender itu dicapai dan dilipat NoorWafirah dengan

Page 117: Novel: Zahr Al-Islam

membahagikannya kepada dua bahagian. Setelah itu, NoorWafirah menyelitkannya ke celahan

muka surat bukunya yang di atas meja makan mereka.

Telatah Ezzaity Husna yang berhempas-pulas merobek daging ayam dengan sudu dan garfu amat

menghiburkan. Dunianya ketika itu seakan hanya antara pinggan makan , sudu dan garfu serta

gelas berisi jus itu sekali-sekala. NoorWafirah pula putus asa untuk mencerai-beraikan badan liat

sotong-sotong tua yang berada di dalam pinggannya itu. Begitulah kalau orang timur cuba tiru

gaya orang barat makan. NoorWafirah tersenyum sendirian sambil terus menikmati gelagat juita

persis anak kecil yang setentang dengannya itu.

Page 118: Novel: Zahr Al-Islam

Enam BelasEnam Belas

oorWafirah menelusuri susur gajah yang membawanya pulang ke asrama dengan fikiran

yang berkecamuk. Sesaat dia gelisah. Seminit kemudian dia tenang. Seketika kemudian,

benaknya kembali bercelaru memikirkan perihal lamaran ustaz Nasruddin. Gundah dibuatnya,

buntu tindakan. Namun, apabila bayangan Amar Abrar muncul, NoorWafirah seakan

terselamat dari lemas kecelaruannya itu. Sekalipun begitu, NoorWafirah tidak pula tenang

apabila Amar Abrar yang hakiki tampil di depan matanya.

N

Sekembalinya ke asrama, NoorWafirah yang seakan cacing kepanasan itu baring di atas

katil bujangnya. Dia cuba untuk meredakan ketegangan fikirannya. NoorWafirah memejamkan

mata yang langsung tidak mengantuk itu.

Sekali lagi, imej segak dan tampan Amar Abrar datang menerpa imaginasinya. Satu

persatu tarikan yang ada pada Amar Abrar mengambil giliran, minta izin mengasak NoorWafirah

bertubi-tubi dengan harapan dapat melemahkan gadis yang pada zahirnya cukup polos dan naif

itu.

Page 119: Novel: Zahr Al-Islam

Saat itu, NoorWafirah benar-benar telah hanyut memikirkan keindahan-keindahan

penampilan, perwatakan serta peribadi Amar Abrar. Hanya sedikit sahaja jurang antara Amar

Abrar dengan kesempurnaan baginya. NoorWafirah yakin bahawa bukan dirinya seorang yang

punya pendapat sedemikian, malah berlambakan lagi nisa di luar sana yang mungkin mampu

memberi pandangan yang sedemikian rupa juga sekiranya berpeluang mengenali Amar Abrar.

Hebatnya makhluk ciptaan Ya Ahsanal Khaliqin.

Asakan demi asakan tadi membuatkan NoorWafirah semakin hanyut dalam arus

fantasinya. Berkali-kali dia cuba untuk memujuk rangsangan alam itu agar lebih halus, sopan,

damai, berawas dan alamiah..dan diakuinya usaha itu juga sedikit-sebanyak berhasil meredakan

ledakan-ledakan batiniah itu. Walaupun begitu, ianya hanya bersifat sementara. Sesudah itu,

muncul lagi ledakan versi baru dari unsur yang sama. Ledakan itu juga kemudiannya ruyup dan

diganti dengan pelbagai ledakan yang lain. Begitulah NoorWafirah dipermainkan dek

kejinakannya melayan kerenah hati.

Sembari asyik berfantasi, NoorWafirah terlelap sehingga hampir melewati waktu Asar.

Mujur dia terjaga pada waktu Zhuhur yang bersisa 25 minit. Dengan pantas NoorWafirah segera

menunaikan tanggungjawabnya melaksanakan solat fardhu.

Hari itu bagai serba tidak kena bagi NoorWafirah. Alkisah cincin bunga Lotus dengan

cebisan surat lamaran semalam dan pertemuannya dengan Amar Abrar tengahari tadi

mengundang gelodak di minda dan jiwanya. Sejak itu juga, gelodak itu terus menguasai dirinya

tanpa sebarang isyarat bahawa status kebebasan dari gelodak tersebut akan dicapai dalam tempoh

terdekat.

Page 120: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah bingung. Benarkah wujud perasaan cinta kepada Amar Abrar seperti yang

didakwa oleh hatinya atau dia sekadar mengaguminya? Bagaimana pula dengan ustaz

Nasruddin? NoorWafirah juga mengaguminya, bahkan banyak karakternya yang disukai

NoorWafirah? Mungkinkah wujud perasaan cinta terhadap sepupunya itu? Perasaan sayang itu

pula bagaimana bezanya dari perasaan cinta?

Cinta itu sememangnya aneh..atau mungkin juga unik. Cinta itu adakalanya

membahagiakan, tetapi sukar untuk ditafsir. Apabila wujud ujian dan cubaan tentang cinta, maka

wujudlah pertarungan dan pertimbangan antara akal dan rasa.

♫ Damai yaang..dirasaa..melihaat warnanyaa, Tenangnyaa..di mindakuu..u, Suasana

kehijauan yang iindah, Kicauaan..beburung riimba, Berterbangan bebas di dalam rimba raya,

Pepohoon..turut berlaagu..u, Menerima sentuhannya sinaran sang mentari haari.. ♫

Lagu berjudul ‘Damai’ nyanyian kumpulan NowSeeHeart itu dinyanyikan NoorWafirah

sekadar mengundang suasana libur ke dalam dirinya. Walaupun begitu, NoorWafirah nyata

sekali tidak sedamai lirik lagu tersebut. Barangkali, ianya cuma teknik merawat psikologi

melalui kaedah menyuntik kedamaian ke dalam dirinya yang berserabut itu.

Sayang sekali kaedah itu kurang berhasil. NoorWafirah lanjut mencipta teori baru untuk

meredakan kemuncup yang membahangnya ngilu. Namun, teori tersebut pula masih kabur.

NoorWafirah pula semakin berputus asa. Seakan mesin fotostat, mindanya terus-menerus

membuat salinan persoalan-persoalan kisah semalam berselang-seli dengan hari ini.

NoorWafirah pantas mencapai nota pengajiannya. Malangnya, otak NoorWafirah sangat

arif bahawa lewat petang itu belum waktunya untuk mengulangkaji pelajaran. Namun begitu,

Page 121: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah terus memaksa diri supaya melaksanakan tugasan itu agar dapat melemahkan

fikirannya yang serba-serbi tidak kena.

Akhirnya, khat kalimat Allah yang menghiasi papan tanda di hadapannya meyelesaikan

kekusutan fikiran NoorWafirah. Saat itu, dia terlupa akan kerenah-kerenah tadi yang asyik

mengganggunya. Mindanya damai. Jiwanya tenang.

Ya Rabb, keajaiban apakah yang Kau berikan pada hambaMu yang tersangat lemah ini?

Mengurniakanku ketenangkan yang puas aku dambakan seketika tadi, ketika aku

melupakanMu..kata hati NoorWafirah.

Lantaran itu, NoorWafirah terus teringat akan firman Allah swt dalam surah Ar-

Ra’d(13), ayat 28 yang bermaksud:

Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Terjemahan surah al-Ma’arij(70), ayat 19 hingga 23 pula berbunyi begini: Manusia itu

diciptakan mempunyai perasaan gelisah dan keliru dan tidak sabar. Apabila ditimpa kesusahan

dia keluh kesah, apabila dianugerahkan kebaikan dia jadi sombong, kecuali orang yang solat

dan tetap melakukan solat.

Setelah itu, buru-buru NoorWafirah diseru oleh sesuatu yang seolah-olah bernyawa dan

berkuasa dari dalam jasadnya. Lantas NoorWafirah menyempurnakan solat sunat dua rakaat

beserta solat istikharah. Sebagaimana dalam ayat Quran, surah ke-70 di atas, Allah swt

melukiskan petunjuk cara menyelesaikan kegelisahan dengan melaksanakan solat yang

berterusan sama ada solat fardhu mahupun solat sunat. Hatta solat istikharah pula adalah suatu

bentuk solat yang khusus disyariatkan untuk membantu mengatasi masalah manusia.

Page 122: Novel: Zahr Al-Islam

Matahari sedang merangkak ke ufuk barat. Sesekali kedengaran sahutan burung-burung

dari pelbagai arah. Kicauan yang menggamit burung-burung supaya pulang ke sarang masing-

masing. NoorWafirah yang selesai membersihkan diri, menyandar di jendela sambil

melemparkan pandangan ke langit yang semakin kelam.

Setelah itu, niat asalnya diteruskan. Pintu jendela ditarik rapat ke kerangkanya. Kehadiran

satu kelibat menyebabkannya NoorWafirah menoleh ke kiri sebelum mencapai telekung solat.

“SubhanAllah. Hampir terkejut saya tadi Nujma.” NoorWafirah memecahkan keheningan

senja itu.

‘Ain Nujma pula menyambutnya dengan senyuman yang kurang menjadi. Matanya

merah. Pipinya basah. Wajahnya nyata sugul. Persis gaya orang baru sudah menangis.

“Nujma, kenapa? Ada apa-apa berlaku pada awak?” soal NoorWafirah yang ambil berat

itu dengan penuh berhati-hati. Matanya memandang langsung ke dalam mata ‘Ain Nujma. Dia

cuba menyelami minda dan jiwa gadis beralis mata terukir rapi semulajadi itu.

‘Ain Nujma tidak menjawab. Dia hanya menggeleng-geleng lesu, masih dengan

senyuman yang tidak menjadi.

NoorWafirah merapati sahabatnya itu. Menyentuh bahunya seraya cuba memberikan

ketenangan kepadanya.

“Setiap hari Ma doa, bersungguh-sungguh Ma doa..tapi kenapa Allah tak kabulkan doa

Ma?” sepatah demi sepatah perkataan keluar menerusi ruang antara dua bibir milik ‘Ain Nujma

diselangi dengan esak tangis yang masih terkawal.

Page 123: Novel: Zahr Al-Islam

“Nujma, jangan putus asa. Setiap hari, umat Islam kat seluruh pelosok dunia ni

memanjatkan doa kepada Allah swt dan semuanya berharap agar doa mereka diperkenanNya.

Dalam surah al-Mu’min (40) ayat 60, Allah swt berfirman:

Berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Nujma, Allah swt

adalah Tuhan yang sangat adil dan sentiasa mengotakan janjinya.” NoorWafirah mengatur kata-

kata.

“Kita selalu rasa apa yang kita minta tu yang terbaik untuk diri kita, walhal Allah itu

al-‘Alim. Dia yang lebih mengetahui segala-galanya dan setiap yang berlaku itu memiliki

hikmahnya yang mungkin tidak terlintas di fikiran hamba seperti kita. Jangan kerana itu, kita

terus kecewa dan tak nak berdoa lagi, kerana amalan berdoa ni suatu ibadah yang mulia tau.”

Selesai berbicara, NoorWafirah memeluk ‘Ain Nujma erat-erat. Tubuhnya terasa amat ringan,

dan jiwanya terasa lebih tenang. Mata hatinya kini jauh lebih bening dan bebas.

“Saya teringat tafsir yang saya baca pagi tadi. Dalam surah al-An’am ayat 17, tafsirnya

begini: Jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat

menghilangkannya selain Dia. Maka dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Nujma, awak yakin

dan tawakallah padaNya ye.” NoorWafirah menggosok-gosok lengan ‘Ain Nujma dan

menyambung kata-katanya lagi.

“Nujma, saya sentiasa ada dengan awak. Jangan rasa segan untuk berkongsi dengan saya.

Saya sahabat awak.” Pengakuan itu ikhlas dari hati NoorWafirah, dibisikkanya ke alur telinga

‘Ain Nujma. ‘Ain Nujma kelihatan lebih tenang, namun masih lagi kaku dan bisu.

“Nujma, kita solat berjemaah di musolla ye? Kejap, saya panggilkan Safiyya sekali..”

ajak NoorWafirah sambil jari-jemarinya membaluti pergelangan tangan ‘Ain Nujma. Dia cuba

Page 124: Novel: Zahr Al-Islam

untuk melemahkan kesayuan sahabatnya itu dengan mengajak untuk mencari ketenangan di

sisiNya.

“Takpela Wafirah, Ma solat sendiri je. Hmm, Safiyya pun takde kat bilik.” ‘Ain Nujma

memberi alasan.

“Yeke, agaknya dia solat di luar dengan Wan Khubaizah dan Hubbah. Kalau macam tu,

kita berdua pergi dululah. Jomlah ye Nujma. Nujma, awak tahu..ada seorang pemimpin para

tabi’in ni, dia tak pernah tertinggal satu takhbiratul ihram pun di belakang imam. Betapa Sai’d

Ibn Musayyab ni selalu solat berjemaahkan.. Baguskan kalau kita pun macam tu. Solat

berjemaah tu lebih baik dari solat bersendirian dengan 27 kali darjat pulak tu..” NoorWafirah

tersenyum lebar. Dia sekadar mengingatkan sahabatnya yang sedia maklum berkaitan dengan

hikmah solat berjemaah. Ini kerana, dia mempunyai harapan yang cukup besar untuk mengajak

‘Ain Nujma turut sama bersolat jemaah kali ini.

‘Ain Nujma seolah-olah berpegang pada tekad asalnya. NoorWafirah pula tidak terus

putus asa. Dia memujuk lagi.

“Alamak, saya tak berjaya pujuk awak eh. Tak bagus..tak bagus saya ni. Hmm..nanti-

nanti. Saya ada fakta menarik yang nak saya kongsikan ni, nak dengar tak?” tanya NoorWafirah.

NoorWafirah sempat berjenaka dan kemudiannya terus menggarap maklumat yang terkumpul

melalui pembacaannya untuk dijadikan modal merayu ‘Ain Nujma ikut serta untuk bersolat

jemaah di musolla mereka.

‘Ain Nujma yang mulai serba salah itu cuma menganggukkan kepala tanda mahu.

Page 125: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah pantas mengarang kata-kata. Seingat NoorWafirah, ‘Ain Nujma pernah

memberitahu bahawa subjek yang paling diminatinya semasa di bangku sekolah ialah subjek

fizik dan kimia. NoorWafirah berharap fakta yang akan disampaikannya sebentar nanti akan

menarik minat ‘Ain Nujma walaupun bukan sepenuhnya kerana NoorWafirah faham akan

anasir-anasir lain yang turut sama mempengaruhi ‘Ain Nujma pada masa ini.

“Seorang professor di Amerika Syarikat telah menjalankan satu kajian tentang

keistimewaan solat berjemaah mengikut teori fizik. Katanya, tubuh kita mempunyai cas-cas

positif dan negatif. Akibat aktiviti seharian yang memerlukan banyak tenaga, pertukaran cas-cas

berlaku sehingga menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut. Hasilnya, kita merasa letih

dan lesu. Seterusnya, apabila kita menunaikan solat secara berjemaah, sentuhan yang berlaku

antara tubuh para jemaah di kiri dan kanan akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan

oleh tubuh. Keseimbangan cas-cas ini semula akan memberikan tenaga untuk kita.”

NoorWafirah selesai menyampaikan fakta saintifik mengenai hikmah solat jemaah yang

diketahuinya. Namun inisiatifnya yang utama iaitu memujuk ‘Ain Nujma turut serta bersolat

jemaah kurang menjadi. ‘Ain Nujma bagai tidak teruja langsung.

“Hebatkan Islam. Betapa setiap suruhan Allah swt itu mempunyai hikmahnya, sama ada

yang tersurat mahupun yang tersirat. Kebaikannya adalah manfaat dunia dan akhirat. Kita solat

jemaah ye Nujma..” Ajak NoorWafirah lagi. Dia lebih bersungguh-sungguh.

NoorWafirah sedar bahawa informasi tersebut mungkin disampaikan kurang tepat pada

waktunya, apa lagi dengan keampuhan teknik penyampaiannya itu. Fakta yang ringkas tanpa

disertakan dengan uraian yang lebih rinci.

Page 126: Novel: Zahr Al-Islam

Namun, dia yakin ‘Ain Nujma akan menerima ajakannya kerana kesungguhan yang

ditunjukkan olehnya tadi. ‘Ain Nujma yang dikenali, mempunyai hati selembut salju. ‘Ain

Nujma seorang gadis yang tidak sampai hati menghampakan orang lain.

Seperti yang dijangkakan, NoorWafirah berhasil memujuk ‘Ain Nujma menunaikan solat

maghrib dan isya’ berjemaah di musolla.

“Alhamdulillah. Ar-Rahman dah buka pintu hati awak. Jomlah kita pergi. Untung kita

lebih malam ni sebab ada tazkirah sempena Hari Keputeraan Rasulullah saw esok. Kalau ikut

takwim Islam, dah masuk dah 12 Rabiulawal..” NoorWafirah terus-menerus berceloteh

sepanjang perjalanan mereka.

Maka, tujulah kedua orang sahabat yang terlalu mendambakan ketenangan anugerah

daripada Allah al-Mukmin, Penjamin Keamanan. Tidak ada keamanan yang hakiki melainkan

dari Allah swt.

Page 127: Novel: Zahr Al-Islam

Tujuh BelasTujuh Belas

agi itu, jam loceng tidak sempat berbunyi. NoorWafirah terjaga dari tidur lebih awal dari

biasa. Kendati begitu, NoorWafirah terasa segar sekali. Dia mendapat tidur yang cukup

berkualiti seketika tadi. Barangkali ianya hikmat ketenangan yang dirasainya malam tadi.

Ketenangan yang sangat luar biasa. NoorWafirah akui bahawa dia langsung lupa akan persoalan

kehidupan yang bertubi-tubi melemahkan jiwanya apabila dia sujud menghadap Yang Esa

dengan penuh tawadduk.

P

NoorWafirah menghampiri muka jendela. Pintu jendela ditolaknya. NoorWafirah

menikmati udara segar pagi yang masih kelam itu. Matanya yang tidak mungkin mahu lena lagi

pula hanya terkebil-kebil menatap dada langit. NoorWafirah cuba mencari-cari kelibat bintang

yang pasti menyerikan langit suram, namun tidak ketemu. Tiada lagi cahaya bintang-bintang

menghiasi dada langit kerana dalam sejam dua lagi langit suram akan dikunjungi sang mentari

lagi.

Page 128: Novel: Zahr Al-Islam

Kedengaran suara burung tukang tingkah-meningkah, disambut sayup-sayup suara

pelbagai unggas yang lain. Melodi semulajadi yang indah terbentuk.Sesekali bayu melintas

dengan lembut membawa haruman flora-flora yang tumbuh dalam jagaan sebagai penyeri

lanskap pula menyapa. Itulah aroma terapi yang paling murah bahkan tiada bayaran langsung

yang dikenakan, namun kualitinya pula tiada tolok bandingan. Allahu akhbar. NoorWafirah

teramat kagum akan kebesaran Allah swt setiap kali dia meneroboskan pandangannya kepada

makhluk-makhluk ciptaan yang lain serta nikmat-nikmat yang Allah zahirkan buat tatapan

manusia agar mereka berfikir dan mengerti.

Laungan azan subuh bergema. NoorWafirah melabuhkan sauh persinggahan di pulau

jendelanya itu. NoorWafirah harus bersiap untuk solat subuh. Dia juga tidak sabar untuk

menambahkan amal catatan peribadinya, lebih-lebih lagi pada hari yang penuh bermakna ini.

Menjelang matahari bangkit, NoorWafirah selesai menunaikan ibadat fardhu dan sunat.

Dia memasang tekad untuk menghabiskan cuti sempena Maulidur Rasul itu dengan aktiviti yang

penuh manfaat. Hanya itu hadiah serta bukti yang mampu NoorWafirah sumbangkan pada hari

yang cukup bererti buat seluruh muslimin dan muslimat di muka bumi ini.

Langkah pertama, NoorWafirah menggapai sebuah buku yang dikarang oleh seorang

pakar sejarah termasyhur iaitu Dr. Ali Muhammad As-Salabi. Catatan berjudul Biografi

Rasulullah saw – Paparan dan Analisis Peristiwa-peristiwa ini diterbitkan dalam tiga jilid.

NoorWafirah berhasrat untuk memiliki kesemuanya namun, buat waktu ini dia hanya mampu

untuk mendapatkan jilid yang pertama. Baki dua buah buku lagi akan menyusul kemudian

apabila dia mengorek tabung yang dikhaskan untuk tujuan membeli buku pada bulan hadapan.

Page 129: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah sememangnya menerapkan amalan menabung sejak dari kecil lagi. Mak

Yam, ummi ustaz Nasruddin yang memberi galakkan itu kepadanya, dan NoorWafirah benar-

benar menghargainya kini. NoorWafirah menyimpan dua buah tabung bersamanya. Salah satu

darinya hadiah Mak Yam buat NoorWafirah pada ulang tahunnya yang ke-9. Sehingga kini,

tabung itu masih digunakannya lagi bagi tujuan simpanan masa depan, manakala sebuah tabung

lagi khusus buat simpanan perbelanjaan buku bulanan. Maklumlah, NoorWafirah si ulat buku

membaca sekurang-kurangnya dua buah buku yang berbentuk ilmiah dalam tempoh seminggu.

Sekalipun begitu, NoorWafirah tidaklah membeli kesemuanya, dia juga sering meminjam

di perpustakaan serta bertukar-tukar dengan bahan bacaan milik sahabat-sahabatnya. Di samping

dapat berjimat, cara yang terakhir sebenarnya lebih efektif kerana sesudah tamat membaca

NoorWafirah dapat pula berdiskusi mengenai input-input yang diperoleh. Dia mafhum akan

perbezaan interpretasi serta perspektif yang diambil kira dari penilai yang berbeza sebenarnya

memberi gambaran dan fakta yang lebih tepat dan mengena.

NoorWafirah menyelak kulit keras buku gabungan warna ungu dan jingga tersebut bagi

menikmati isi di dalamnya. Buku yang sangat berbaloi bagi mereka yang mahu menyelami

hakikat sejarah junjungan mulia Nabi Muhammad saw ini merupakan sumber asas bagi

meneladani akhlak dan budi pekerti Rasulullah dalam usaha ke arah transformasi diri berperibadi

kamil.

Saban waktu hari itu, NoorWafirah acap termenung membayangkan cara hidup

Rasulullah saw dan mengenang akhlak Nabi akhir zaman itu. Dia membandingkan dengan

akhlak dirinya yang jauh ketinggalan. Dalam pada dia cuba menghayati nilai-nilai esklusif;

hanya dimiliki sepenuhnya oleh Rasulullah itu, dengan pantas cecair jernih kerlap terbentuk.

Page 130: Novel: Zahr Al-Islam

Cecair itu setia ditakung oleh kelopak mata NoorWafirah. Ianya terus berkaca-kaca dan menanti

untuk jatuh berderai. NoorWafirah sebak kerana begitu kagum, rindu dan teringin benar untuk

mengenali baginda in-person.

NoorWafirah terkenang peristiwa di zaman kanak-kanak dengan sepupunya, ustaz

Nasruddin.

“Ish, Firah ni nakal tau. Kalau buat kerja sekolah, mesti semua alat tulis nak kena

sepahkan sana-sini. Ni pulak, komik-komik alam fantasi yang mengarut ni kenapa berselerak?

Dah masuk maghribkan kenapa belum mandi lagi? Waktu maghribkan kejap je, karang terlepas

waktu solat pulak..” Abang Nasruddin yang bosan menjadi mangsa ‘orang gaji’ NoorWafirah itu

mula membebel.

Tidak semena-mena setelah itu, abang Nasruddin terfikir untuk mengajukan NoorWafirah

sebuah pertanyaan.

“Firah, Firah sayang Nabi kita tak?”

“Sayang..sayangla. Kan dia Nabi...” Balas anak itu.

“Tu je ke sebabnya?” Abang Nasruddin cuba menduga.

“Sayaang.. Firah sayang Nabi sebab dia kekasih Allah. Firah sayang dia sebab..sebab dia

baik. Akhlak dia bagus sangat.” NoorWafirah yang bersuara manja itu tersangkut-sangkut sedikit

ketika memberi jawapannya. Soalan yang asing itu memerlukan sedikit waktu baginya untuk

membuat revision barangkali.

“Kalaulah esok, Nabi nak datang jenguk kita kat rumah ni camana?” Duga abang

Nasruddin lagi.

Page 131: Novel: Zahr Al-Islam

“Eh, yeke abang? Bukanke Nabi kita dah lama meninggal dunia? Wah..tapi kalau Nabi

nak datang, Firah banyak kerjalah. Firah kena tunjuk akhlak baik depan Nabi. Tolong Mak Yam

masak, kemas alat tulis, kena solat awal waktu, baca quran..hah, kena sorok komik-komik jugak.

Nanti Nabi nampak, sedihlah dia sebab Firah nakal dan suka buat benda yang sia-sia.” Respon

kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu sambil jari-jemarinya diasing-asing dan dibilang

mengikut setiap tugasan yang dikiranya perlu ketika dikunjung oleh Nabi esok.

“Huh! Hipokritla Firah ni. Kalau Nabi tak datang pun, Nabi akan rasa sedih jugak tau

kalau Firah nakal.” Abang Nasruddin sedikit kecewa, namun dia geli hati juga dengan respon

yang tidak disangka-sangka itu.

“Abang, pukul berapa Nabi nak datang esok?” NoorWafirah yang polos dan naif itu

menyoal. Dia seolah-olah gelisah akan kesuntukan waktu.

“Ish, Firah..Nabi Muhammad saw dah wafat. Takkannya baginda nak lalu apetah lagi

berkunjung ke teratak buruk kita secara nyata pada zaman ni. Apalah Firah ni, soal yang bukan-

bukan. Itulah, baca lagi komik yang mengarut tuh!” Abang Nasruddin membentak manja disusuli

dengan ketawa yang berdekah-dekah.

Marahaban, bi-Rasulillah. Itulah ucapan yang bakal NoorWafirah berikan sebagai

jawapan seandainya ustaz Nasruddin mengajukan soalan sebegitu lagi. Dia tidak mahu gusar lagi

untuk menyembunyikan komik, pura-pura rajin membaca al-Quran atau solat di awal waktu.

Setelah mengucapkan selamat , NoorWafirah akan melayani Rasulullah dengan tulus dan sebaik

mungkin. NoorWafirah enggan menjadi hipokrit dengan pura-pura bertakwa, sebaliknya dia

mahu melaksanakan segala ajaran baginda dengan penuh keikhlasan dan kecintaan kepada Allah

dan rasul tanpa mengira waktu.

Page 132: Novel: Zahr Al-Islam

Kerinduan NoorWafirah terhadap Nabi sedikit-sebanyak terubat ketika melayari bahtera

sirahnya dalam Biografi Rasulullah saw. NoorWafirah juga bersyukur kerana sungguhpun pada

akhir zaman ini tiada lagi tapak kaki insan bergelar Nabi memijak muka bumi ini, namun tidak

pula tanah bumi ini gersang dari kehadiran para ulama mujaddid mahupun kekasih-kekasih Allah

dalam kalangan wali autad dan abdal yang memandu manusia ke jalan Allah.

Kehadiran utusan-utusan Allah ini sebenarnya membantu manusia menjejaki realiti dan

kebenaran mengenai kejadian dan tujuan manusia yang hakiki. Setiap manusia yang mencari

kebenaran pasti akan menemukannya. Mereka ini tentunya mahu meraih target yang jelas dalam

kehidupan kerana enggan tergolong dalam golongan orang yang lalai yang terus-menerus tidak

mahu mengerti sampai ajal menemuinya. Oleh itu, fahamilah formula yang mudah ini: Taatilah

Allah serta ajaran Rasul utusanNya.

Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul(Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama

dengan orang yang diberi nikmat oleh Allah, iaitu: para Nabi, para pencinta kebenaran, orang-

orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.

Surah an-Nisa’(4):69

“Ehem..Assalamualaikum. Wafirah, mengelamun eh? Saya masuk ni..” Ezzaity Husna

tuntas masuk ke dalam ruangan persendirian NoorWafirah.

NoorWafirah tersenyum, mengangguk dan menjawab salam.

“Wafirah.. Bagi saya, tanggal-tanggal selain 12 Rabiulawal sering melemahkan

penghayatan cinta buat rasul. Mohon pendapat awak tentang bagaimana caranya untuk kita

wujudkan kecintaan terhadap rasul secara berterusan?” Kembara fikiran NoorWafirah tiba-tiba

diterjah oleh Ezzaity Husna yang minta diberi buah fikiran. NoorWafirah lega kerana topik yang

Page 133: Novel: Zahr Al-Islam

dibawa Ezzaity Husna masih berkisar tentang insan yang memiliki kesempurnaan diri dan jiwa,

Rasulullah..

“Agungkan dan hormatilah Nabi Muhammad saw sentiasa dengan menurut ajaran-ajaran

yang dibawa serta sunnahnya. Apabila mendengar namanya disebut, berselawat serta salamlah

ke atasnya. Kita juga hendaklah mengakui kebenarannya dan menghargai sifat-sifatnya dengan

berusaha meneladani setiap tindakan dan mencontohi akhlaknya. Rajin-rajin juga mengkaji

sirahnya. Ni antara yang terlintas dalam fikiran saya sekarang. Cukup tak?” NoorWafirah

mencadangkan beberapa cara menyemat rasa cinta terhadap utusan Allah swt buat manusia iaitu

Nabi Muhammad saw.

“Banyak..terima kasih. Wafirah, jadi tak ke program Nasyid anjuran gerimis malam ni?

Tapi kita berdua jela. Safiyya teman adik-adiknya, Wan Khubaizah dan Hubbah ke sana juga.

Mesti nak rebut tempat duduk lajur depanlah tu, diorang tu minat benar dengan kumpulan

Inteam. Hmm, Nujma roomate awak ni pun cam tak ada je..” soal Ezzaity Husna walaupun yakin

NoorWafirah yang sebelum ini secara langsung turut terlibat menjayakan program tersebut pasti

ikut hadir.

“Yup. Saya mesti pergi, rindulah lagu-lagu artis Inteam Records. Lepas solat Isyak ye.”

NoorWafirah tersengih. Dalam diam-diam, dia juga menggemari kumpulan Inteam, malah

peminat nombor satu mereka.

Semenjak tertubuhnya Inteam Records Sdn. Bhd. (IRSB) pada tahun 2005, NoorWafirah

sering mendokong kumpulan tersebut dengan haknya sebagai peminat. Buktinya, album Tiada

Lagi Kasih hasil titik peluh IRSB yang sulung itu tidak ketinggalan untuk NoorWafirah miliki.

Rangkaian produk keluaran IRSB pula; album bacaan al-Quran umpamanya, menggunakan

Page 134: Novel: Zahr Al-Islam

pendekatan edutainment atau hibur didik yang sangat bersifat mentarbiyyah benar-benar menarik

minat NoorWafirah. Kini, NoorWafirah menyimpan hasrat untuk mendapatkan album kumpulan

nasyid itu yang terbaru, berjudul Ilahi Rabbi pula. Pelbagai lagi perkembangan serta barangan

yang berkaitan dengan Inteam yang diikuti dan dibuat koleksinya. Begitu sekali minat

NoorWafirah terhadap perjuangan Inteam, namun tiada siapa yang tahu kerana NoorWafirah

sendiri segan hendak menghebahkannya.

“Ewah..awak pun sama rupanya..” dahi Ezzaity Husna berkerut tanda tidak percaya. Dia

kemudian menatap alur senyum yang sering bernaung di perdu wajah lembut NoorWafirah.

NoorWafirah pula seakan mengerang halus akibat menahan pecah tawanya dari zahir.

Page 135: Novel: Zahr Al-Islam

Lapan BelasLapan Belas

elas yang boleh ditembus pandang terbiar di tengah meja rendah tanpa disentuh. Aroma

teh Krisantemum yang terisi di dalam perut gelas itu gagal membunuh bungkam yang

merajalela kujur tubuh longlai NoorWafirah. Sungguhpun letih, NoorWafirah tetap bersengkang

mata menelaah, apa lagi kalau bukan malam masih muda penyebabnya.

G

NoorWafirah mengembungkan pipi, cuba melepaskan kantuk tanpa menguap besar.

Tubuhnya letih seluruh. Waktu siang dengan kuliah yang panjang cukup memenatkan. Diikuti

pula dengan mesyuarat mendadak bersama wakil dari Education & Information secretariat,

Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di sebelah malam, tambah membebankan seluruh sistem.

Meskipun rentan seluruh tubuh, semangat NoorWafirah masih kental menandingi jerih keringat

yang manja biarpun konsentrasinya sedikit terkorban dan tergugat.

Kedua belah kaki yang kelenguhan dilipat dan ditindih seluruh berat badan. NoorWafirah

membuka simpuhan lalu santai bersila. Gelas berisi teh bunga ditenung beberapa saat sebelum

dicapai. Dia meneguk sekali sebelum menyisipkan gelas buatan China itu ke penjuru meja.

NoorWafirah terasa segar, namun niatnya untuk terus menelaah terencat. NoorWafirah mahu

mengambil seminit dua waktu untuk merehatkan tubuh terutama matanya yang sedikit kuyu.

Page 136: Novel: Zahr Al-Islam

Dalam pada itu, portable MP3 player; sejenis perlengkapan elektronik bagi tujuan

memainkan fail-fail audio digital dalam format MP3 digarap oleh NoorWafirah. Dia pantas

menekan punat-punat pelbagai fungsi dan membuat selection lagu-lagu MP3 Inteam, sebuah

kumpulan nasyid yang cukup tersohor di persada nasyid tanah air.

Lagu demi lagu dimainkan dan NoorWafirah terus gian untuk memperhalusi lirik atau

makna lagu lantas mengaplikasikannya dalam gempuran jiwa yang masih belum dihadapi

sepenuhnya. NoorWafirah mafhum suatu hari jua, pasti dirinya terpaksa memberi kata putus

yang tentu akan menyumbang ke arah penyelesaian gelodak beberapa jiwa.

Perasaan NoorWafirah berbaur. Bermacam-macam yang datang bertandang di benaknya.

Lambat atau cepat, NoorWafirah harus membuat keputusan. Tatkala ini, yang nyata bagi

NoorWafirah hanyalah perasaannya yang berbelah bagi.

Apa yang patut aku lakukan?

Jawapan 1:Terima ustaz Nasruddin yang titiannya menuju ke destinasi bergelar

perkahwinan yang berkonotasikan ibadah dan sunnah Rasulullah saw. Ianya sebuah ikatan yang

penuh dengan kesucian dan penembusan ke sebuah alam yang penuh barakah..

atau

Jawapan 2: Terus dilanda badai cinta Amar Abrar yang dihiasi mutiara angan-angan

yang tersangat indah biarpun belum ada arah tuju yang dipersetujui bersama..

“Arrghhh…” keluhnya sendirian. Dia keliru dengan jawapan yang ada. Alangkah baik

sekiranya ada jawapan di antaranya, fikir akal bukan rasional NoorWafirah.

Page 137: Novel: Zahr Al-Islam

Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan lamaran ustaz Nasruddin, bermakna aku

telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku

menolak, bermakna aku telah melukakan hati orang yang paling aku sayangi di dunia ini.

Tambahan pula, sepupuku itu telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa dia, tentu mustahil

untuk aku meneruskan ranjau dunia setabah kini. Oleh kerana itu, aku tidak mungkin berani

untuk melukakan hatinya. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan. NoorWafirah

bermonolog sembari membetulkan earphone yang melekap pada telinganya.

♫ Pepohon cintaku kian berimbun

Semakin dicantas makin bertunas

Tidak mampu mendustai hatiku

Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta

Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa

Hidup ini tidak akan sempurna

Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa ♫

Bait pengenalan lagu berjudul ‘Kalimah Cinta’ tersebut mengusik jiwa NoorWafirah.

Benar bagai dilagukan tadi, rimbunan perasaan cintanya acap juga mahu dicantas, namun setiap

kali melaksanakan cubaan itu, bertanjak pula tunas yang lebih galak membunga-bungakan citra

cinta. Akhirnya NoorWafirah tewas dan akur. NoorWafirah terpaksa membenarkan kata hati,

sememangnya dia telah terjatuh ke dalam lembah cinta Amar Abrar.

Kata orang, naluri ingin mengasih dan dikasih itu adalah fitrah, sebahagian dari

kesempurnaan kejadian manusia. Datangnya tanpa diundang, maka ianya tidak dapat disekat.

Page 138: Novel: Zahr Al-Islam

Namun, haluannya haruslah dilencongkan agar kepatuhan kepada perintah Allah swt diutamakan

supaya cinta hakiki dari Yang Esa dapat dijejaki. Sedangkan cinta antara insan pula perlu dituju

kepada yang satu, iaitu perkahwinan. Begitukah interpretasi yang seharusnya NoorWafirah

simpulkan?

♫ Adam Hawa bercinta di syurga

Angkara iblis terpisah menderita

Kerana cinta mereka setia

Bertemu di dunia ♫

Allah telah menciptakan manusia, Dia tahu kapasiti dan sensitiviti ciptaanNya itu juga.

Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah swt memerintahkan supaya manusia jangan

menghampiri perkara yang ditegah, bimbang manusia akan kecundang.

Telah ditakdirkan oleh Allah satu peristiwa buat iktibar manusia. Allah swt menegah

Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi di dalam syurga. Allah tahu kelemahan

pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Maka dengan itu, Allah swt memerintahkan Adam dan

Hawa supaya tidak menghampiri cemara khuldi itu.

Amar Allah yang bermaksud: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam

syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah

kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang

zalim.

Surah al-Araf (7):19

Page 139: Novel: Zahr Al-Islam

Begitulah tegahan Allah swt kepada Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan,

mereka akan terdorong memakannya. Dari sinilah kaitan cinta sebelum berkahwin dengan

tegahan dari menghampiri zina dilihat persis. Benarkah begitu? NoorWafirah dipersoal hati

kecilnya.

NoorWafirah tiba-tiba mencemik. “Ah, Aku tidak perlukan cintanya Amar. Lagipun dia

tu kan ramai peminat. Pasti ramai yang mengejar cintanya. Bahkan kerana cintanya juga,

persahabatan aku hampir menjadi taruhan. Sememangnya cinta sebelum akad adalah cinta

murahan!”

NoorWafirah menahan nafas, sedaya meredakan degup kencang yang memukul sangkar

rusuknya. Dia memanjangkan tangan untuk mencapai gelas berisi teh bunga, namun hanya jari

hantunya yang mencecah badan gelas. Keinginannya untuk menghirup seteguk dua teh itu terus

tumpul lalu terbantut.

Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha

terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan

terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.

Hadis riwayat Tarmidzi dan Ahmad di atas curi-curi menyelinap masuk ke dalam kotak

fikirannya. Ruang sempit di dalam kamarnya itu didakap kesunyian biarpun earphone pada

kanan dan kiri kepalanya masih memainkan lagu.

Page 140: Novel: Zahr Al-Islam

Benar, agama dan akhlak yang zahir pada ustaz Nasruddin tidak dapat disangkal lagi

kebenarannya. Sebaliknya, perwatakan kekasih yang sedang bercinta pula adalah suatu

kepuraan atau hipokrit! Cinta yang sentiasa abadi itu adalah cintaMu, Tuhan.

NoorWafirah masih berbicara sendiri sambil volume pemain MP3nya dilonjakkan

sedikit. Masih lagi kalimah cinta, kata-kata berikut cuba dihayatinya.

♫ Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa

Sengketa dan dusta yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga

Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMuTuhan

Betapa agungnya kebesaranMu

Diri ini mengharapkan cintaMu

Kekalkanlah rasa kehambaan ♫

Aku punya seribu satu alasan untuk menerima ustaz Nasruddin, hanya alasan hati yang

memihak kepada Amar Abrar. Andai ustaz Nasruddin pilihanku, aku yakin mampu

mengembalikan kejernihan hati yang tatkala ini sarat bendasing keruh cinta kepada Amar Abrar

disamping memelihara kehormatanku sebagai seorang muslimah pencinta agamaNya. Ya, aku

harus jauhi cinta penuh khayalan dan fitnah ini. NoorWafirah mendengus sekali. Kata-kata

tersebut hanya diucap di hati kerana menghormati malam yang telah larut.

Page 141: Novel: Zahr Al-Islam

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan

yang memelihara kehormatannya...Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan

pahala yang besar.

Surah al-Ahzab (33):35

NoorWafirah menguap kecil, namun tangan kanannya masih ligat meraba-raba

permukaan lantai mencari kelibat pemain MP3. NoorWafirah mengintai-ngintai lambakan lagu

dalam playlist yang terbit pada skrin Liquid Crystal Display. Masih lagi lagu dengan genre

nasyid nyanyian kumpulan Inteam menjadi pilihan. Sesuai dengan moodnya, NoorWafirah

menyelami lagu berjudul ‘Doa Seorang Kekasih’ pula.

♫ Oh Tuhan seandainya telah kau catatkan

Dia milikku tercipta untuk diriku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah kumohon apa yang telah kau takdirkan

Ku harap dia adalah yang terbaik buatku

Kerana Engkau tahu segala isi hatiku

Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah

Beri kekuatan jua harapan

Membela diri yang lesu tak bermaya

Semaikan setulus kasih di jiwa

Page 142: Novel: Zahr Al-Islam

Ku pasrah kepadaMu kurniakanlah aku

Pasangan yang beriman bisa menemani aku

Supaya aku dan dia dapat melayar bahtera

Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih

Engkau sahaja memeliharaku

Dengarkan rintihan hambaMu ini

Jangan Engkau biarkanku sendiri

Agarku bisa bahagia walau tanpa bersamanya

Gantikanlah yang hilang tumbuhkan yang telah parah

Ku ingin bahagia di dunia dan akhirat

PadaMu Tuhan kumohon segala ♫

NoorWafirah singgah ke pondok beradu, tempat melabuhkan rasa letih. Pemain MP3

digagalkan fungsinya dengan sengaja. Segala persoalan bagai terjawab. NoorWafirah tinggal

untuk menyampaikan sahaja khabar jawapan bagi lamaran ustaz Nasruddin tempoh hari.

Sungguhpun begitu, jauh di sudut hati NoorWafirah terbentuk garis-garis duka.

NoorWafirah ditambat kepiluan mengenangkan ketiadaan ayah dan ibu saat dia benar-benar

membutuhkan bimbingan untuk menentukan calon hidup masa depannya.

Page 143: Novel: Zahr Al-Islam

Sembilan BelasSembilan Belas

“Assalamu’alaikum. Firah, abang kat bawah hostel Firah ni. Turun sekarang kejap eh..”

pinta ustaz Nasruddin penuh tertib awal-awal pagi.

“Wa’alaikumsalam..baik, kejap Firah turun,” NoorWafirah pantas mematikan panggilan

tadi lalu mengenakan hijab. Dia menjenguk ruangan roomatesnya ‘Ain Nujma dan Nik Safiyya.

Masing-masing tiada, barangkali sedang membersihkan diri. Dia singgah pula ke kamar Ezzaity

Husna sebelum mengajak sahabatnya itu supaya ikut berteman ketika menemui sepupunya, ustaz

Nasruddin. Begitulah keadaannya setiap kali didatangi ustaz Nasruddin, pasti salah seorang dari

tiga sahabatnya itu diheret iring bersama. Mereka pula tidak pernah merunggut tetapi bagai telah

lali dengan keadaan itu.

Anak-anak tangga dituruni mereka perlahan-lahan. NoorWafirah sedikit gusar. Dia tidak

menyangka akan berhadapan dengan ustaz Nasruddin langsung secepat ini. Walau

bagaimanapun, NoorWafirah sudahpun mempunyai jawapan di benaknya..cuma yang kurang

adalah keyakinan.

Page 144: Novel: Zahr Al-Islam

“Dah lama ke abang sampai?” NoorWafirah sengaja ingin lebih dahulu membutirkan

mukadimahnya. Lisannya sedikit kelonglaian, walhal rembatan bayu awal pagi itu teramat segar.

“Baru je Firah. Wah, pagi betul adik abang bangun nih. Dah solat subuh? Mandi?” Soal

ustaz Nasruddin biarpun yakin sepupunya itu tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya

terhadap solat apetah lagi kebersihan diri yang turut dituntut oleh agama. Soalan itu juga

merupakan antara kaedahnya berseloroh yang bertujuan untuk membangkitkan keceriaan

NoorWafirah. Begitulah sifat azalinya ustaz Nasruddin, gemar berjenaka menghiburkan orang

ramai. Sungguhpun demikian, hanya NoorWafirah satu-satunya nisa’ yang tidak kekok

diperlakunya begitu dek keakraban talian persaudaraan mereka.

“Ish, mestilah dah abang!” NoorWafirah membentak halus kemudiannya membiarkan

ustaz Nasruddin meneruskan kata-kata.

“Bagus Firah, walau apa pun solat fardhu jangan tinggal tau. Abang singgah kejap je, ada

buah kiwi berdozen-dozen nih. Kawan abang yang bagi, abang tak minat. Kalau tergigit biji-biji

hitam dia, masaamm! Firah kongsilah dengan Ezzaity dan kawan-kawan lain.” Saran ustaz

Nasruddin yang sebelumnya berwajah penuh ekspresi. Beg plastik yang boleh ditembus pandang

pada tangan ustaz Nasruddin kini berpindah milik.

“Terima kasih..” NoorWafirah dan Ezzaity Husna tersenyum memandang buah kiwi

tersebut. Ustaz Nasruddin membalas senyuman NoorWafirah dan Ezzaity Husna dengan

hanggukan.

“Abang dari mana, nak ke mana pagi-pagi ni?” soal NoorWafirah, mahu ambil peduli.

Page 145: Novel: Zahr Al-Islam

“Abang baru sudah bagi kuliah subuh di surau kat apartment abang tuh. Kejap lagi,

abang kena mengajar kat kelas tuisyen bahasa Arab plak. Alhamdulillah, dapat isi hujung

minggu memperluas ilmu bahasa al-Quran sambil tambah income. Bergunalah nanti

memandangkan abang pun ada buat perancangan untuk lanjutkan pelajaran. Hah, simpan sikit

jugak untuk kenduri kahwin Firah nanti.” Abang Nasruddin berjeda di situ dengan senyuman

yang kurang menjadi. Dia mengharapkan respon yang sarat daripada NoorWafirah yang sejak

tadi sedikit berat memberi balasan.

“Hmm, abang nak sambung belajar lagi? Baguslah kalau gitu. Firah sokong seratus

peratus.” Ayat akhir ustaz Nasruddin pura-pura tidak diendahkannya.

“Firah, abang jumpa Amar Abrar hari tuh..” ustaz Nasruddin mahu mula bercerita namun

cepat-cepat dicelah NoorWafirah.

“Hah..,apa hal dia jumpa abang?” Nadanya sedikit keras. NoorWafirah tiba-tiba

disampuk rasa cemas.

“Lah, dah nyanyuk eh Firah? Amar kata, Firah yang rekomenkan abang supaya jadi

mentor dia buat tugasan wajib tahun akhir dia tuh. Baik ek budaknya, soleh. Lagi pulak..”

Bila pulak? NoorWafirah hairan.

“Abang, sebenarnya..”

NoorWafirah memotong perbualan ustaz Nasruddin. Dia benar-benar kurang selesa

apabila ustaz Nasruddin acap berbicara dan memuji perilaku Amar Abrar. Hati NoorWafirah

sedikit tergugat. Terjuntai-juntai bayangan Amar Abrar dalam dimensi ilusinya. NoorWafirah

lekas mengusir bayangan itu dengan langsung menyatakan rencana hati yang tatkala itu nekad

Page 146: Novel: Zahr Al-Islam

untuk berhadapan dengan reaksi bagi jawapan lamaran ustaz Nasruddin lewat beberapa hari yang

lalu.

Lagi pula, NoorWafirah perlu mengatur masa sebaik mungkin memandangkan ustaz

Nasruddin adalah seorang yang menjadualkan waktunya. NoorWafirah tidak mahu

memboroskan masa sepupunya itu.

“Abang, sebenarnya Firah nak beritahu sesuatu,..” NoorWafirah sedikit gagap, namun

diteruskannya juga.

“..Firah nak terus pakai kalung dan cincin yang abang bagi dulu. Firah mahu jadi

pencetus ketenangan bagi binaan institusi impian abang.” Tanda baca yang sepatutnya noktah

pada ayat NoorWafirah tadi umpama dibaca ketika melihat tanda Saktah tatkala membaca al-

Quran. Dari segi ilmu tajwid dan Qiraat, Saktah bermaksud memberhentikan bacaan tanpa

memutuskan nafas sekadar tidak lebih dari dua harakat kemudian meneruskan bacaan tersebut

dengan nafas yang sama. Begitulah yang dilakukan oleh NoorWafirah, dia sempat berjeda

namun masih diteruskan dengan nafas yang sama. Akibatnya, NoorWafirah sedikit tercunggap

setelah mewaqafkan penyataannya itu.

“Err..abang, apsal diam?” Terkumat-kamit mulut NoorWafirah melafazkan kata-kata

tersebut. Rasa teramat segan menghambat dirinya, biarpun sebentar tadi dia tampak bersahaja

ketika mengungkap kata-kata itu. NoorWafirah juga seolah-olah tidak menghiraukan kewujudan

Ezzaity Husna di sisi.

“Boleh Firah. Firah pakaila sekalipun Amar yang Firah pilih.” Ustaz Nasruddin dengan

selamba membalas.

Page 147: Novel: Zahr Al-Islam

Ezzaity Husna yang termangap seketika itu setapak demi setapak mengundur. Dia cuba

untuk tidak turut serta apa lagi mendengar perbualan mereka berdua. Namun, dia masih setia

pegun di situ menemani sahabatnya, NoorWafirah.

“Nape abang cakap macam tu. Semenjak ayah dan mak Yam tak ada, Firah ada abang je.

Firah nak terus ada abang..” NoorWafirah bingung dengan ustaz Nasruddin. Dahulu mahu,

sekarang macam dah lain pula.

“Firah dah buat istikharah?” Soal ustaz Nasruddin.

“Dah.” Jawab NoorWafirah ringkas.

“Firah..betul Firah tak ada hati pada Amar?” Duga ustaz Nasruddin.

NoorWafirah kontang kata-kata.

“Firah..betul Firah tak ada hati pada Amar?” Ustaz Nasruddin menduga lagi.

NoorWafirah masih diam.

“Betul Firah tak ada hati pada Amar?” Ustaz Nasruddin terus menduga.

Kali ini, NoorWafirah tidak terdaya mengekang teriak tangisnya lagi. Terlontarlah

tangisan yang bisa sahaja menjawab persoalan ustaz Nasruddin tadi.

“Firah tahukan Amar ada hati dengan Firah.. Sanggup Firah permainkan dia dengan

membuat keputusan macam ni. Firah nak jaga hati abang eh? Firah yakin ke pengorbanan Firah

akan berbaloi? Mohonlah petunjukNya Firah..dan redhalah akan ketetapanNya.” Ustaz

Nasruddin memberi nasihatnya.

Page 148: Novel: Zahr Al-Islam

Tangis NoorWafirah masih sayup-sayup kedengaran. Ustaz Nasruddin pula mahu terus

melunaskan segala bentuk pedoman yang masih di buku hati.

“Ada satu hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bunyinya begini.

Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan ditunda ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka

hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan. Abang dahpun fikirkannya, kita

bersaudara..lebih baik kita kekal bersaudara. Kita tak ada sesiapa sangat kat dunia ni..kalau Firah

terima Amar, Firah umpama menyahut isi hadis tu. Jalinkan silaturrahim.. Apa pun, Firah

teruskanlah solat..,mintak petunjuk Dia. Jangan ada yang mempengaruhi Firah.”

Ustaz Nasruddin menyedut nafas syukur atas galakkan yang telah disampaikannya pada

NoorWafirah. Dia bukannya mahu menolak keputusan NoorWafirah, malah dialah orang yang

paling gembira sekiranya dapat beristerikan seseorang seperti sepupunya itu..muslimah sopan,

bijak lagi matang. Sungguhpun begitu, ustaz Nasruddin tidak mahu mementingkan diri. Dia

mahukan segala yang terbaik buat sepupunya itu.

“Tapi abang..Firah pilih abang..” NoorWafirah masih dalam esakannya.

“Hidup ni masih jauh, Firah jangan terburu-buru, buat keputusan sebijak mungkin. Tak

salah kalau ambil lebih waktu pun. Yang paling utama, jangan belakangkan Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya yang tersembunyi di langit dan di bumi. Dia

Maha Mengetahui segala isi hati. Sebaik-baiknya diberikan cinta kita itu hanya pada-Nya, Firah.

Hmm..abang nak gi breakfast ni. Firah jangan terus nangis, hodoh tau.” Pecah tawa kecil di

halkum ustaz Nasruddin. Dia masih mampu bergurau. Namun dalam hati, dia memohon

keredhaan bagi setiap sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah swt untuk dirinya.

Page 149: Novel: Zahr Al-Islam

“Baik abang. Terima kasih.” Saki-baki esak tangis NoorWafirah tadi ditamatkan saat itu

jua. NoorWafirah sememangnya penuh emosi, namun mudah sahaja nilai sentimentalnya itu

ditundukkan oleh ustaz Nasruddin.

NoorWafirah menghenyakkan badannya di atas kusyen merah jambu. Refleksi detik-

detik khayalan cinta yang pelbagai sejak beberapa hari lalu mengunjungi NoorWafirah.

“Yang paling utama, jangan belakangkan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

segalanya yang tersembunyi di langit dan di bumi. Dia Maha Mengetahui segala isi hati. Sebaik-

baiknya diberikan cinta kita itu hanya padaNya..”

Tazkirah ustaz Nasruddin itu menjerut tangkai hati NoorWafirah. Dia rasa bersalah

terhadap Penciptanya. Persoalan cinta dan sayang kepada manusia telah melemahkan nuraninya.

Pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai keasyikan membawa banyak implikasi negatif dalam

kehidupan. Seteguk minuman dari kendi cinta umpama racun yang mampu meresap.. membunuh

akal, jiwa dan perasaan. Mabuk dan asyik, buai dan rindu, leka dan lena. Ekspresi hamba cinta.

Allah swt adalah kekasih utama, yakni cinta sejati. Segala peraturanNya dibuat dengan

rasa cinta terhadap hambaNya kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Jika

diizinkan olehNya, cinta suci pasti menyapa dengan seribu keindahan apabila ijab dan kabul

disempurnakan dan bertambah indah apabila cinta itu terus lanjut ke alam akhirat. Namun,

biarkanlah cinta itu datang dengan sendiri apabila tiba waktunya. Tetapi, jejakilah cinta yang

utama, kerana ianya kunci cinta abadi, yang paling evergreen and everlasting.

“Ya Rabb..sesungguhnya hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba-

Mu ini. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan

buatku perasaan benci akan maksiat. Jadilahku manusia yang sihat naluri. Hiasilah diriku dengan

Page 150: Novel: Zahr Al-Islam

akhlak yang mulia. Ku mahu menitiskan air mataku kerana Khaufku padaMu!” Rintih

NoorWafirah. Cecair jernih bergenang dilubuk kelopak matanya.

Manusia sememangnya makhluk yang memiliki kelemahan dan antaranya ialah terlalu

rapuh berbuat kesalahan. Bila waktu dan di mana pun manusia berada, dia tidak akan lari dari

berfikir salah dalam banyak hal, mengambil keputusan yang keliru dan berperilaku yang bukan-

bukan. Namun, Allah al-‘Afuw...Dia mengetahui kekurangan hambanya dan juga menyediakan

pengampunan bagi hamba-Nya yang mengakui segala kesalahan dan kembali kepada-Nya

dengan tulus ikhlas.

Bukan itu sahaja, malah Allah swt membuka selebar-lebarnya pintu maaf-Nya dan

sentiasa menganjurkan seluruh umat manusia supaya segera mencari keampunan dan mengejar

syurga yang luasnya seluas langit dan bumi itu. Hal ini ada dinyatakan di dalam surah ali ‘Imran

(3), ayat 133-136.

“Ya Allah, rinduku dan cintaku..jika dibandingkan dengan rinduMu dan cintaMu

padaku..Masya-Allah, Kau sentiasa mengatasiku..” NoorWafirah sayu. Hatta memujilah bibir

keringnya dengan lafaz-lafaz zikrullah membasahkan hati.

Dalam pada itu, mata NoorWafirah terpandang akan kelibat sampul warna bunga atau

herba lavender, bersaiz poskad yang terlipat dua. Sudah beberapa hari ianya tersemat di celahan

surat-surat buku di atas raknya. Berkali-kali juga dia memasang niat untuk menjenguk

kandungannya, namun hajat itu belum kesampaian sehingga kini.

Perlahan-lahan lembaran di dalam sampul itu ditarik keluar oleh NoorWafirah sambil

dadanya berombak mengagak gerangan makna coretan pada lembaran itu pula.

Page 151: Novel: Zahr Al-Islam

Hah, akhirnya puisi Zahr al-Islam dibacanya penuh. Bukan lagi dalam bentuk cebisan-

cebisan. Bunyinya begini:

ZAHR AL-ISLAM

Andai gelarmu..ZAHR AL-ISLAM

Zahr al-Islam kerna hatimu sarat rasa taqwa kepada Allah,

Zahr al-Islam kerna perilakumu ikutan dari sunnah Rasulullah,

Zahr al-Islam kerna dadamu haus akan ilmu al-Quran,

Zahr al-Islam kerna kau sekuntum bunga berperibadi seorang Islam.

Andai gelarmu..ZAHR AL-ISLAM

Zahr al-Islam kerna dirimu sentiasa bersedia untuk agama,

Zahr al-Islam kerna kau tidak gentar mengajak agar berjuang bersama,

Zahr al-Islam kerna lidahmu petah berbincang dan berbicara,

Zahr al-Islam kerna kau sekuntum bunga berperibadi seorang Islam.

Page 152: Novel: Zahr Al-Islam

Andai gelarmu..ZAHR AL-ISLAM

Zahr al-Islam kerna masamu tidak dihabiskan dengan sia-sia,

Zahr al-Islam kerna harimu padat dengan aktiviti duniawi akhrawi,

Zahr al-Islam kerna ketentuan hidupmu bersandarkan pada redha,

Zahr al-Islam kerna kau sekuntum bunga berperibadi seorang Islam.

Andai gelarmu..ZAHR AL-ISLAM

Zahr al-Islam kerna pandanganmu sentiasa direndahkan dan dijaga,

Zahr al-Islam kerna auratmu adalah maruah diri,

Zahr al-Islam kerna penampilanmu penuh kesederhanaan,

Zahr al-Islam kerna kau sekuntum bunga berperibadi seorang Islam.

Andai gelarmu..ZAHR AL-ISLAM

Zahr al-Islam kerna tubuh lesumu segar mengorbankan masa tidur,

Zahr al-Islam kerna solat malam serta subuhmu tetap penuh kecerdasan,

Zahr al-Islam kerna sehari lagi tambah usiamu bemakna kematangan,

Zahr al-Islam kerna kau sekuntum bunga berperibadi seorang Islam.

Zahr al-islam, kau sekuntum bunga

Page 153: Novel: Zahr Al-Islam

Yang tidak mudah terpesona

Dengan layar sandiwara dunia yang fana

Kerna kau mengidamkan kenikmatan syurga yang abadi

Di sanalah bait impianmu naurah

Bersama rijal yang ditentukan oleh Allah swt buatmu.

Bening pagi hingga ke kelam malam, seharian NoorWafirah terkurung di dalam biliknya

sahaja. NoorWafirah menggosok-gosok matanya yang berair seraya memujuk sukma agar tabah.

Dia bingkas bangun mencapai sekeping kertas kosong. Mencoret sesuatu buat dirinya sendiri

sementelah puisi Zahr al-Islam dikembalikan semula ke dalam poket sampul. Penanya pohon

izin menulis..

Wahai qalb!

Dengarlah telunjukku..

Kau adalah kilang janaan cinta kepada Pencipta Cinta..

Kau adalah penggerak mahabbah kepada Pemilik Mahabbah..

Ku tabur dan siramimu dengan baja pedoman agamaku..

Maka kau semaikanlah halaman ketakwaan buatku..

Yang subur dan mekar dengan Halawah Keimanan padaNya..

NoorWafirah terjeda pada catatan itu. Walaupun tulisan pada kertas tadi nyata tidak

bernyawa, namun NoorWafirah telahpun membuat fotokopi yang disematkan ketika itu juga

Page 154: Novel: Zahr Al-Islam

dalam hatinya. Sendi jari-jemari NoorWafirah sebulat lenguh. Matanya pedih. Dia menguap

berkali-kali. NoorWafirah dan batang penanya akhirnya rebah.

Dua puluhDua puluh

ris NoorWafirah berkilau sesaat. Sesekali matanya berkelintar menduga air muka para editor

Tinta Tarbiyyah. Masing-masing mulai gelisah menunggu kedatangan Endang Daffa dan

Najmi Aisya.

I“Pelik, kenapa Endang dan Aisya masih belum sampai lagi? Perjumpaan kali ni singkat

je, saya dah maklumkan awal juga.” NoorWafirah tertanya-tanya. Dia serba-salah untuk

memulakan perjumpaan yang telahpun lewat 15minit.

“Kita tunggu sekejap lagi. Rasanya kalau bertiga je, tak cukup lengkap perjumpaan kita

ni.” Mujur ada kak Wardah yang gagah memberikan saranan sedemikian. Syaripah Zahirah yang

mengangguk tanda setuju pula turut menzahirkan nilai kesabarannya yang tidak kurang gagah.

Perasaan serba-salah dalam diri NoorWafirah mulai menumpul.

“Assalamualaikum. Saya mohon maaf, terlambat.” Najmi Aisya sepantas kilat menyusup

masuk, duduk bersimpuh di antara kak Wardah dan Syaripah Zahirah.

Page 155: Novel: Zahr Al-Islam

“Waalaikumsalam. Bukan awak je yang lambat, Endang pun belum sampai lagi nih..”

Syaripah Zahirah menyambut.

“Sebenarnya, sebelum ke sini saya singgah dulu ke bilik Endang tadi..dia kena serangan

virus.” Getus Najmi Aisya sarat dengan unsur suspen.

Saat itu, ekspresi muka para editor Tinta Tarbiyyah termasuklah NoorWafirah seiras.

Terkejut.

“Biar betul kamu Aisya. Kita melawat dia ramai-ramai lepas ni nak.. Hah, kamu cakap

pasal virus tadi, virus apa?” Duga dan soal kak Wardah yang masih ragu-ragu untuk

mempercayai Najmi Aisya yang riaknya bersahaja ketika menyampaikan berita itu.

“Virus Herpes Varicella Zoster..” Najmi Aisya lancar menjawab.

“Wah..serius je bunyinya. Bagaimana keadaan dia sekarang?” NoorWafirah masih

terkejut dan dia masih belum memahami gerangan apakah penyakit yang berani menyerang

Endang Daffa yang setahunya bukanlah lemah sistem imuniti. Inilah kali pertama Endang Daffa

menggemparkan mereka dengan khabar kesihatannya yang tidak begitu baik.

“Saya tak berkesempatan untuk tengok keadaan dia lebih dekat, takut berjangkit. Dia

stabil. Lepas beberapa hari makan ubat yang doktor bagi, baiklah tu. Demam campak je

pun..hehe.” Najmi Aisya mengilai kecil. Beberapa istilah perubatan yang begitu lazim bagi anak

seorang doktor perubatan ini sempat mengundang rasa bimbang dan menduga keprihatinan

jemaah editor.

Riak wajah mangsa-mangsa Najmi Aisya kembali normal. Lega kerana sangkaan yang

bukan-bukan sebaik mendengar megahnya nama virus tadi langsung meleset. Namun, mereka

Page 156: Novel: Zahr Al-Islam

turut bersimpati dan mendoakan agar Endang Daffa segera sembuh dan dapat meneruskan

aktiviti harian dengan bebas kembali.

Demikianlah salah satu kelemahan manusia yang tampaknya paling jelas di saat sakit.

Keterbatasan pergerakan membuatkan si pesakit kerap mengenang sang Pencipta. Agar manusia

merasakan hal sebegini, maka Allah swt menciptakan ribuan jenis penyakit yang beragam. Setiap

penyakit melampiaskan bentuk penderitaan yang berbeza-beza. Begitulah ianya dirancang

supaya menemukan tujuan yang satu..para hamba kembali kepada Rabbnya, makluk menyerah

pada Khaliknya.

Adanya organisma mikro umpama virus mungkin tidak terlihat dengan mata kasar

manusia, namun kewujudannya tidak pula dapat disangkal. Itu pula bukti mudah, nyata

kewujudan Allah swt. Maka persepsi seperti ‘yang tidak kelihatan itu semestinya tidak ada’ perlu

diperbaiki. Ditambah dengan hujah, ‘inilah kekuasaanNya’ sebagai pendokong.

“Dah terlanjur berbicara tentang sakit ni, apa kata kita tinjau-tinjau amalan yang boleh

kita bekalkan buat Endang waktu kita melawatnya nanti.” Ajak NoorWafirah dengan kobar

semangat yang meluap-luap.

“Bagus jugak saranan kamu tu Wafirah, akak pun ada terfikir juga. Bagaimana dengan

membaca al-Quran?” Cadang kak Wardah, dia turut bersemangat.

“Betul. Pada pengalaman saya, membaca al-Quran ketika sakit ni, banyak hikmahnya.

Hikmah yang sampai paling cepat ialah ketenangan. Ketenangan luar biasa itu bagaikan

membunuh rasa sakit.” Syaripah Zahirah mempertaruhkan pengalaman dirinya sendiri ketika

diuji dengan derita menanggung kesakitan.

Page 157: Novel: Zahr Al-Islam

“Saya pulak berpendapat bahawa Zikrullah adalah amalan yang paling sesuai ketika

sakit. Secara ringkasnya Zikrullah bermaksud menyebut-nyebut nama Allah. Iaitu menyebut-

nyebut dan mengulang-ngulang kebesaran, kesempurnaan, kesucian dan segala kehebataNya.

Ianya juga merupakan pujian yang hanya kembali pada Zat Yang Maha Sempurna iaitu Allah.

Tambahan pula, Zikrullah adalah suatu bentuk ibadat yang mudah. Tiada had mahupun

sempadan dan untuk melaksanakannya kita tak perlu membuka kitab pun. Tiada lagi alasan

untuk malas-malas berzikirkan.” Najmi Zahirah tersenyum lebar. Dia puas setelah meluahkan

buah fikirannya yang muluk itu.

“Saya setuju dengan Aisya!” Syaripah Zahirah pantas memberi respon. Kepalanya silih

dihangguk. Mimik muka NoorWafirah dan kak Wardah juga jelas tidak memprotes.

Kak Wardah memperdengarkan pula bacaannya dari surah ar-Ra’d(13), ayat ke-13.

Terjemahannya pula berbunyi begini:

Dan guruh itu bertasbih memuji Allah, ( demikian pula ) para Malaikat kerana semata-mata

takut kepada-Nya...

“Terima kasih kak Wardah, Najmi Aisya dan juga Syaripah Zahirah. Semoga kalimah

Zikrullah yang bukan lagi asing di telinga kita ini terus menjadi amalan yang juga tidak asing

bagi lidah dan hati kita. Amiin. Sebenarnya, ada sesuatu yang ingin saya sampaikan. Sambil tu,

makanlah potongan-potongan buah kiwi kat depan ni ye.” Baru kini NoorWafirah bersiap untuk

mengemudi hebahan berita yang sepatutnya menjadi tujuan asal pertemuan mereka hari itu.

Sambil memberi khabar, NoorWafirah sempat menjamu sahabat-sahabat editor yang hadir

dengan buah kiwi pemberian ustaz Nasruddin kepadanya awal pagi tadi.

Page 158: Novel: Zahr Al-Islam

“Wah, Wafirah buat kenduri buah kiwi eh..bestnya. Terima kasih ye.” Ayat mirip

sebegitu diujar oleh kak Wardah, Najmi Aisya dan juga Syaripah Zahirah. Mereka langsung

tidak menolak rezeki yang sudahpun berada di depan mata. Itu reaksi yang lazim.

“Alhamdulillah..mulai semester depan risalah Tinta Tarbiyyah akan diambil alih

pelaksanaannya oleh Education & Information secretariat, Majlis Perwakilan Mahasiswa

(MPM) kampus kita ni. Namun begitu, kita sebagai editor asal masih kekal meneraju risalah ini

dengan kerjasama beberapa lagi orang editor tambahan. Berbeza sedikit dengan keluaran Tinta

Tarbiyyah sekarang, Tinta Tarbiyyah yang akan datang lebih luas lagi skopnya. Ini kerana,

sasaran kita bukan sahaja siswi-siswi, bahkan meliputi keseluruhan warga jagat kampus

termasuklah siswa-siswa serta staf-staf.” Bersemangat NoorWafirah menyampaikan perkhabaran

itu. Mukanya yang bersih kelihatan semakin bercahaya apabila terkena simbahan iluminasi hari

siang.

“Dengan berkembangnya jajahan takluk dakwah kita, maka berkembang jugalah peranan

dan beban yang perlu dipikul. Sahabat-sahabat seperjuangan, marilah kita sama-sama melihat

muatan kerja yang bertambah ini sebagai suatu tanggungjawab dan lebih siap untuk

melaksanakan gotong-royong dakwah besar-besaran. Jangan sesekali mengharapkan usaha kita

ini dengan balasan di dunia yang mampu menimbulkan riak dalam diri..sebaliknya haraplah

keredhaanNya. Frasa ‘yang tidak kelihatan itu semestinya tidak ada’ kita perbetulkan kepada

‘yang tidak kelihatan itu tidak semestinya tidak ada’. Semoga keikhlasan kita menegakkan

agama Allah beroleh habuanNya di sana kelak. Yakinlah, semua itu kekuasaanNya..Insya-

Allah.” NoorWafirah dengan kekuatan luar biasa menyampaikan pula pesan yang seumpama

taklimat bunyinya itu sebelum memimpin laungan kebesaran Allah swt.

Page 159: Novel: Zahr Al-Islam

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..!!!

Laungan kebesaran Allah oleh para editor Tinta Tarbiyyah itu merupakan laungan

semangat bukti kesediaan mereka menghadapi liku-liku cabaran dakwah yang seterusnya.

“Terima kasih. Buah kiwi ni meme sedop. Manih ado, masse pun ado. Daghi mano mu

dapet Ezzaity?” Soal Nik Saffiya. Pipinya yang kelihatan membengkak dan mengecut itu

sebenarnya sedang mengunyah isi hijau lembut buah kiwi. Sesekali dia menjulingkan mata,

memproses rasa masam apabila biji-biji halus buah kiwi digigit.

“Ustaz Nasruddin, sepupu Wafirah yang hantar awal pagi tadi. Makanlah lagi, sedapkan.

Banyak pula khasiatnya tau. Kalau ikut fakta, buah kiwi ni mengandungi dua kali ganda jumlah

vitamin C berbanding buah oren. Dah tu, buah kiwi ni mempunyai jumlah vitamin E dua kali

ganda berbanding avokado dan hanya separuh nilai kalorinya berbanding yang lain. Ada lagi,

hmm..apa ye? Hah, kandungan fiber buah kiwi sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

Hebatkan..? Allah lah yang lebih hebat, tumbuhkan buah-buah yang pelbagai dengan khasiat

bukan artificial...” Ezzaity Husna membebel sendiri sambil jari-jemarinya terus lentik

mengemudi pisau buah, mengupas buah kiwi lagi. Sementara itu, Nik Safiyya pula tanpa segan-

silu meratah potong-potong kiwi dengan lahapnya.

“Wah Safiyya, banyaknya awak makan. Dah tu, memerah keringat saya pulak..mengupas

buah ni.” Tegur Ezzaity Husna apabila penerangannya tadi bagai tidak diendahkan Nik Safiyya.

“Gini Ezzaity, mu nengok sini. Sebiji buah kiwi ni, mu kerat kepado due bahagie..pastu,

mu gune sudu je untok cedok isinya. Mudoh je ken?” Nik Safiyya ketawa berdekah-dekah

sambil menunjukkan Ezzaity Husna satu kaedah mudah menikmati isi buah kiwi. Ezzaity Husna

Page 160: Novel: Zahr Al-Islam

tercengang seketika. Hatinya berkata, kenapalah otaknya tidak pula mahu berfikir sebegitu awal

tadi. Dia tersengih sendiri.

“Ado lagi ke fakta mu nok kongsiken?” Nik Safiyya lebih sinis kali ini.

“Adaa..buah kiwi ni kalau diambil setiap hari, boleh ganti makanan suplemen tau.

Sebabnya, buah kiwi ada semua jenis khasiat yang badan kita perlukan..Hmm, nak lagi?” Ezzaity

Husna membalas kembali.

“Tokse dah. Betol lah sumenye..hehe.” Nik Safiyya ketawa terpingkal-pingkal lalu

mengenyitkan mata jeli, mengiyakannya acuh tidak acuh.

Nik Safiyya memutar pili, air paip yang dingin itu menyembur keluar membersihkan

sisa-sisa buah kiwi yang menyebabkan tangannya terasa bergetah. Ezzaity Husna turut

membersihkan pisau yang digunakannya tadi untuk mengupas kulit buah kiwi dengan memutar

pili di sebelah pili yang digunakan oleh Nik Safiyya.

“Ezzaity, ado dok Wafirah ghoyak pape kat mu? Mengadu ko?” Nik Safiyya mahu

melepaskan kelat yang menghuninya. Kelat itulah yang sehingga kini menjamunya dengan tawar

rasa persahabatan antara dia dan NoorWafirah.

“Hmm, ni mesti kes hari tuh kan. Kamu salah Safiyya.. Kamu dah berkasar dan menuduh

Wafirah..”

“Tapi, sayo dok maksud gitu Ezzaity. Sayo meme nak berbaik denge dio. Sayo dok tahu

ghapo nok wat..” Nik Safiyya cepat-cepat mencelah. Dia memperlihatkan kesungguhannya untuk

mengembalikan kejernihan persahabatannya dengan NoorWafirah.

Page 161: Novel: Zahr Al-Islam

“Mujur Wafirah tak ambil hati dengan awak. Malah, dia ada minta saya supaya bantu

selesaikan masalah korang memandangkan dia sendiri tak faham punca semua ni. Hmm...”

Ezzaity Husna mengeluh sejenak sebelum meneruskan kata-kata.

“Biarlah, perkara dah berlalu. Lepas ni awak buatlah macam biasa. Insya-Allah, kita

semua bersahabat macam dulu. Lagipun, ni masalah kecik je..” tompok-tompok air yang

membasahi kemeja-T mula menjarah tubuh Ezzaity Husna. Namun dibiarkannya. Dia

memandang raut wajah Nik Safiyya.

Muka Nik Safiyya kelihatan sugul. Timbul rasa bersalah dalam dirinya. Tangannya yang

basah dilap supaya kering.

“Saya akan tolong damaikan kamu berdua Safiyya..jangan monyok lagi ok.

Sesungguhnya, orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua

saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” Ezzaity Husna berusaha

untuk meleraikan kesedihan yang mulai mengelopak di wajah Nik Safiyya seraya memetik tafsir

daripada surah al-Hujurat ayat ke-10.

“Lepas ni kamu nak ke mana?” soal Ezzaity Husna.

“Kelik bilik..” jawab Nik Safiyya dengan ringkas, sedikit kelonglaian.

Ezzaity Husna tersengih. Dia terfikir sesuatu. Lantas tangannya yang masih basah dengan

pantas mencapai tangan Nik Safiyya. Percuma usaha Nik Safiyya mengelap kering tangannya

tadi. Sungguhpun begitu, Ezzaity Husna tidak pula mempedulikannya. Dia mahu mengheret Nik

Safiyya kembali ke terataknya.

Page 162: Novel: Zahr Al-Islam

“Ni hah. Saya rasa awak patut baca kolum ni. Saya dahpun baca..semoga kita semua

berjaya kekalkan persahabatan yang telah mahupun yang akan terjalin nanti sampai bila-bila.”

Ezzaity Husna menghelakan nafasnya. Keningnya diangkat-angkat sambil jarinya mengunjuk ke

arah sebuah majalah yang sedang terbaring di atas mejanya. Majalah yang berbuka pada muka

surat nombor 85 itu mempamerkan ruangan yang bertajuk, ‘Ketahui 5 Cara Kekal

Persahabatan’.

S

A - Memberi Kebebasan

L - Memahami

I - Mengalah

N - Menahan Rasa Cemburu

G - Memberi Kemaafan

Ezzaity Husna merasakan bahawa huraian dan hujah-hujah bagi 5 tips kekal persahabatan

tersebut cukup berguna sebagai input bagi dirinya dan buat sahabat-sahabat. Ezzaity Husna turut

berhajat untuk berkongsi tips persahabatan itu dengan NoorWafirah dan sahabat-sahabatnya

yang lain pula selepas ini. Ezzaity Husna berharap agar persahabatan yang sedia terjalin

menjanjikan ukhwah yang utuh serta besar nikmatnya.

Mana tidaknya, bukankah sangat indah melalui kehidupan terutamanya zaman remaja

dengan meniti jambatan ilmu bersama-sama ukhwah dan persahabatan yang terhasil daripada

sebuah perkenalan? Bukankah sangat indah memanjat tangga-tangga hidup serta cerun-cerun

yang bukannya landai semata-mata sebagai pelajar dan muslimah bersama-sama ukhwah dan

Page 163: Novel: Zahr Al-Islam

persahabatan? Susah dan senang sentiasa bersama-sama, apabila bersendiri ada yang menemani,

apabila kecewa ada yang menenangkan, apabila terjatuh ada yang tolong bangunkan, apabila

berputus asa ada yang meniupkan harapan dan apabila gembira ada yang meraikan. Pendek kata,

ya, hidup ini sangat indah apabila persahabatan dan ukhwah ada bersama-sama. Itulah nikmat

dari-Nya.

Ezzaity Husna sememangnya mendambakan keindahan ukhwah. Baginya, sekiranya

ukhwah itu disematkan dalam hati, walau bersendirian pasti ia akan datang menemani, setiap

yang manis itu pula mampu menjadi memori indah biarpun kenangan telahpun berlalu lama.

Ianya akan hadir apabila dirindui kerana hakikat yang asasnya ia terjepit di tapak hati.

Ezzaity Husna juga sangat berharap agar hubungan persahabatan yang dilengkapi dengan

SALING memberi kebebasan, memahami, mengalah, menahan rasa cemburu dan memberi

kemaafan itu akan mewujudkan hubungan silaturrahim yang lebih harmonis dan dimuliakan al-

Mu’izz. Dialah yang memuliakan siapa yang dikehendakiNya di antara para hambaNya sekalian,

tanpa ada pengecualian. Insya-Allah.

Page 164: Novel: Zahr Al-Islam

Dua puluh satuDua puluh satu

Tiga malam NoorWafirah dikejar mimpi aneh. Mimpi melihat lelaki kacak, santun

dengan rias tengkolok helang menyongsong angin. Sepersalinan songkek putih dengan pucuk

rebung yang jangkung. Solekan kemas songket berkanji itu kerlap disimbah kurik cahaya.

Sebilah keris pula terpasak di pinggangnya. Namun, parasnya remang-remang. Walaupun

demikian, raut rijal itu keseluruhannya saling tidak tumpah seperti seseorang yang dikenali.

Namun begitu, takwil yang sebenar terhadap mimpinya itu tidak diketahui. NoorWafirah hanya

terus melangkah maju dan laju ditemani Nik Safiyya sambil tersenyum sendiri mengenangkan

watak pegun yang muncul dalam mimpinya.

“Wafirah, ghapo mu sengih-sengih tuh? Ado yang lucu ko? Tokse ghoyak kat sayo..?”

Nik Safiyya tiba-tiba menerjah. Dia kemudiannya tersenyum sinis sambil mata jelinya bersinar,

nakal dan galak. NoorWafirah pula tersipu-sipu malu. Dia cuma menggelengkan kepala

menidakkan sapaan sarkastis yang sebenarnya tidak bersungguh perlukan jawapan.

“Wafirahhh...Safiyyaaa...” langkah mereka yang semakin laju itu tiba-tiba terhenti seraya

pandangan ditumpukan ke arah datangnya suara yang memanggil nama mereka tadi. Kelihatan

Page 165: Novel: Zahr Al-Islam

penuntut tahun tiga fakulti yang sama, Rabi’atul ‘Adawiah bergegas menuju ke arah

NoorWafirah dan Nik Safiyya.

“Assalamu’alaikum. Antunna ada kuliah pagi ni?” tanya Rabi’atul ‘Adawiah yang

nafasnya tercungap-cungap.

“Wa’alaikummussalam warahmatullah” jawab NoorWafirah dan Nik Safiyya serentak.

“Naam. Ana dan sahabat ana ada kuliah Ilmu Fiqh pagi ni bersama dengan Dr. Nourul,”

jelas NoorWafirah sambil bibirnya mengukir senyuman indah.

“Maaf mengganggu. Ana ingin bertanyakan sesuatu. Semalam ana dengan beberapa

orang teman ana keluar membeli-belah barangan keperluan di pekan sana tuh...” Rabi’atul

‘Adawiah memberitahu sambil jari telunjuknya diarah-arah.

“..dan terserempak dengan teman sebilik antunna, kalau tak silap Nujma namanya. Dia

bekerja sebagai sales girl di pasaraya tu. Kenapa dia bekerja? Dia perlukan duit ke? Dari lagak

dan air mukanya macam orang ada masalah je. Dia ada masalah ke?” Rabi’atul ‘Adawiah

meneruskan cerita sambil mengajukan soalan bertubi-tubi. Mimik mukanya yang bersungguh

ingin tahu menandakan dia mengambil berat.

“Wafirah...Wafirah...” lamunan NoorWafirah tiba-tiba terganggu apabila disapa oleh Dr.

Nourul. Berita yang disampaikan Rabi’atul ‘Adawiah tadi benar-benar membebankan kotak

fikirannya.

“Wafirah, tugasan yang kamu hantar tempoh hari layak mendapat pujian. Tahniah saya

ucapkan, saya bagi kamu markah penuh. Kamu pasti boleh pergi jauh sekiranya prestasi sebegini

kamu kekalkan,” lapor Dr. Nourul sambil memberi pujian.

Page 166: Novel: Zahr Al-Islam

“Alhamdulillah, terima kasih doktor. Berbekalkan sedikit usaha, kesungguhan tunjuk ajar

doktor dan keberkatan doa jugalah penentu kejayaan saya,” tersenyum NoorWafirah membalas

kata-kata pensyarah muda berkelulusan doktor falsafah itu. NoorWafirah bukan sahaja

mempunyai prestasi akademik yang cemerlang, bahkan juga semangat dan kesungguhan yang

gemilang. Tidak hairanlah sekiranya dia sering mendapat pujian serta merupakan antara pelajar

yang terbilang.

Dua jam berlalu. Sesudah salam pelajar-pelajar disambut Dr. Nourul, Nik Safiyya

bingkas bangun. Beg berisi buku-buku pengajiannya pantas disandang dan ditariknya tangan

NoorWafirah sambil melangkah ke pintu keluar. Mata NoorWafirah berbinar apabila terkena

sinaran matahari. Dia kebingungan tidak tahu ke mana gerangan tempat yang hendak dituju.

Pergelangan tangannya yang masih digenggam Nik Safiyyah tidak cuba dilepaskan, sebaliknya

dia akur membisu.

Sememangnya kuliah Dr. Nourul tadi merupakan kuliah tunggal mereka untuk hari itu.

Menjadi kebiasaan khususnya ketika hujung semester ini, mereka akan meluangkan lebih masa

menelaah di perpustakaan setelah tamat kuliah yang singkat. Paling tidak pun, NoorWafirah dan

Nik Safiyya akan menyertai Ezzaity Husna dan beberapa orang sahabat lagi dalam study circle di

tempat-tempat terbuka seperti di padang atau taman. Ini dipraktikkan bagi mengelakkan masa

yang panjang di asrama diisi dengan tabiat tidur pada waktu siang. Namun, aktiviti siang hari ini

masih samar-samar lagi, mungkin juga ditentukan oleh Nik Safiyya.

“Tok, tok, tok.. Tok, tok, tok...” pintu asrama diketuk, namun tidak dibuka.

Page 167: Novel: Zahr Al-Islam

“Nujma ada kelas pagi ni, tak mungkin pintu ni dibuka sesiapa dari dalam..”

NoorWafirah yang dari tadi membisu bersuara. Zip beg galasnya dibuka, si jari-jemari lincah

menburu sang kunci.

“Sayo dok sangko si Nujma tu wat gitu. Dok tubik sokmo kelik lewat ghuponye g kejo.

Wat gapo-gapo lagi blake kito ntahlo... sayo tokse sain lagilah denge dio! ” getus Nik Safiyya

sambil menghempaskan punggung di atas tilam NoorWafirah yang bercadar rona ceria itu.

“Salah tu Safiyya. Bukan macam tu caranya. Sebagai sahabat, kita hendaklah semakin

mendekati sahabat kita tu. Tanya dia dan minta penjelasan, kenapa perlu dia mengambil

keputusan yang sedemikian. Mungkin dia ada masalah kewangan, kita bantu dia...bagi nasihat

ke...” NoorWafirah bersuara yang seakan berbaur hampa.

“Kalau nak menegur sekalipun, mestilah dengan cara berhemah. Itulah yang agama kita

ajar. Bahkan, seharusnya setiap wanita muslimah tak kiralah aliran agama atau tidak, wajib

memelihara akhlaknya. Safiyya, awak patut malu berkata begitu. Malulah yang menjadi hiasan

diri kita sebagai muslimah,” nasihat NoorWafirah dengan ikhlas sambil mencapai al-Ma’thurat

yang bersandar pada paksi-y rak buku. Sememangnya membaca al-ma’thurat yang sarat dengan

fadhilat itu menjadi amalan NoorWafirah sejak dia mengenali kitab itu.

Tidak seperti selalu, kelibat ‘Ain Nujma tiada pula kelihatan. Selalunya, ‘Ain Nujma

akan keluar selepas ‘asar, tetapi hari itu dia mengurungkan dirinya sejak pulang dari kuliah.

Azan yang dilaungkan dari masjid menandakan telah masuknya waktu maghrib bagi

Wilayah Persekutuan dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Page 168: Novel: Zahr Al-Islam

“Nujma, saya dan Safiyya nak menunaikan solat maghrib berjemaah di musolla kita ni.

Jom ikut...” NoorWafirah mengajak. A’ah, maghila Ma..” sampuk Nik Safiyya turut

mempelawa.

“Turunlah dulu, saya menyusul kemudian...” ujar ‘Ain Nujma yang bersuara kecil itu.

NoorWafirah dan Nik Safiyya bingkas menuruni anak tangga. Mereka terpaksa pergi

dahulu setelah melihat ‘Ain Nujma yang masih belum bersedia untuk bersolat. Tambahan pula,

tiba giliran NoorWafirah untuk menjadi imam solat jemaah pada hari ini. Oleh yang demikian,

NoorWafirah tidak mahu kehadirannya dinanti-nantikan oleh para jemaah.

Dalam kebasahan anggotanya dengan air wudhu, NoorWafirah membentangkan sejadah.

Sudah menjadi rutin bagi NoorWafirah untuk menunaikan solat witir dan taubat sebelum tidur.

Sesudah memberi salam, NoorWafirah tidak ketinggalan berzikir qolbi. Setelah itu dia menadah

tangan lalu berdoa.

“Amiin...” telapak tangannya diusap ke muka.

“Assalamu’alaikum...” kedengaran suara yang dikenali itu memberikan salam dari suatu

sudut biliknya.

“Wa’alaikummussalam...” NoorWafirah pantas menjawab.

“Saya masuk tadi semasa awak tengah solat” ujar ‘Ain Nujma memulakan perbualan.

“Eh, takpe, duduklah” NoorWafirah menawarkan ‘Ain Nujma kerusinya yang beralaskan

kusyen merah jambu yang empuk itu.

Page 169: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah dan ‘Ain Nujma saling berpandangan seolah-olah berinteraksi tanpa

mengeluarkan suara. Tidak semena-mena, linangan air jernih berjurai-jurai dari hujung mata

‘Ain Nujma. Di keheningan malam itu, ‘Ain Nujma meluahkan segala yang sarat terpendam di

sanubarinya.

“Ma tak mampu Wafirah...kos rawatan hemodialisis tu mahal sangat. Mama pun tak larat

lagi nak bekerja, dah lama dia berhenti. Kedua-dua buah pinggangnya mengalami kerosakan

serius. Penyakit buah pinggang kronik (CKD) ni berpunca dari kencing manis dan tekanan darah

tinggi yang mama hidapi sejak lampau. Untuk terus hidup mama cuma ada dua pilihan; sama ada

menjalani pemindahan buah pinggang atau teruskan dengan rawatan dialisis. Mana Ma nak cari

duit untuk biaya kos rawatan dia?” masih lagi sayup-sayup kedengaran di telinga NoorWafirah

rintihan ‘Ain Nujma semalam.

Hari berganti hari, ‘Ain Nujma masih terpaksa bekerja walaupun hasilnya tidak seberapa.

Suatu pagi, ‘Ain Nujma mendapat panggilan daripada pihak hospital yang khabarnya

menyatakan bahawa ada seorang penderma yang bersesuaian status organ ingin menjadi

penderma buah pinggang kepada mamanya. Walau bagaimanapun, penderma tersebut ingin

identitinya dirahsiakan.

Tidak bernoktah di situ, kerahan tenaga si penderma sendiri juga berhasil mendapatkan

sumbangan dan kerjasama antara Yayasan Buah Pinggang Malaysia (NKF) dan Persatuan

Nefrologi Malaysia (MSN) bagi pembedahan yang akan dijalankan secara amal oleh Dr. Farris

Izuddin, seorang Pakar Nefrologi yang juga merupakan visiting lecturer di Fakulti

Kejururawatan dan Sains Kesihatan institusinya. Tarikh pembedahan pula telah dijadualkan pada

19 haribulan.

Page 170: Novel: Zahr Al-Islam

“Doktor..doktor pasti tak nak bagitahu saya siapa si penderma yang baik hati tu? Tua ke

muda? Lelaki atau perempuan? Saya kenal dia ke? Atau mungkin dia ada tinggalkan apa-apa

pesanan untuk saya?” ‘Ain Nujma begitu teruja ingin tahu.

“Doktor..?” Dia mendesak lagi.

“Hmm, tak banyak. Dia cuma kata, sabagai hamba Allah swt itu sahaja usahanya yang

termampu dan minta saya juga berusaha yang terbaik dalam kepakaran saya. Usaha dan ikhtiar

adalah tugas manusia, manakala kesembuhan adalah urusan Allah yang telah ditetapkan,

termaktub di Lauh Mahfuz. Sabar dan banyakkanlah berdoa.” Jawab Dr. Farris Izuddin dengan

uraian berbentuk nasihat lalu tergesa-gesa meninggalkan ‘Ain Nujma setelah mendapat

emergency call.

Tanggal 19 haribulan itu, NoorWafirah awal-awal pagi lagi telah bersiap. Seperti biasa,

dia tidak gemar membuat orang lain ternanti-nantikan kehadirannya. ‘Biar aku yang menunggu,

bukan yang ditunggu’, itulah prinsipnya. Tambahan pula, Dr. Farris Izuddin itu sibuk orangnya.

Sekeping nota yang terselit di bawah kotak alat tulisnya sempat ditatap.

Wafirah...saya pohon seribu kemaafan kerana seringkali lupa mengukur kapasiti diri.

Saya sedar, bahawa saya hanyalah insan kerdil di sisi Allah. Saya ingin sekali menjadi

muslimah sejati, yang sarat dengan iman dan taqwa. Saya mahu berlari seperti orang lain,

berlari menuju jannah..insya-Allah. Saya juga ingin bersama-sama awak,membawa risalah

perjuangan Islam. Bantulah saya Wafirah.

Yang mengharap kemaafan dan tunjuk ajar,

-Safiyya-

Page 171: Novel: Zahr Al-Islam

NoorWafirah tersenyum sejenak sebelum bergegas keluar...