novel kabus di perbukitan

27
Novel Kabus Di Perbukitan (Novel Ting.5 SPM 2011) SINOPSIS Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing- masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung. Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat. Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan

Upload: muhammad-hanizam

Post on 02-Jul-2015

1.140 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Novel Kabus Di Perbukitan

Novel Kabus Di Perbukitan (Novel Ting.5 SPM 2011)SINOPSIS

Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya

Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.

Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak

Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.

Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada

Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu. Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.

Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran

Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan

Page 2: Novel Kabus Di Perbukitan

Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya faridah yang nasih hilang.

Bab 5 : Bukit Kutu

Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.

Bab 6 : Hanya pada Harapan

Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.

Bab 7 : Kabus di Perbukitan

Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang asli.

Bab 8 : Terus Mencari

Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya

Page 3: Novel Kabus Di Perbukitan

menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.

Bab 9 : Pekan Sungai Kubu

Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan Sungai Kubu. secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.

Bab 10 : Kauhadir dalam Igauan

faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.

Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan

Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.

Bab 12 : Tekad

Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.

Bab 13 : Rindu

Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali dalam seminggu.

Page 4: Novel Kabus Di Perbukitan

Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi

Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.

Bab 15 : 25 Tahun Kemudian - Cintaku Abadi

Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.

Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi

Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.

Bab 17 : Penyembelihan Kambing

Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.

Page 5: Novel Kabus Di Perbukitan

Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata

Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodokannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.

Bab 19 : hati dan Warna Kanvas

Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.

Bab 20 : Pendatang

Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.

Bab 21 : Tak Ingin Tahu

Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.

Bab 22 : Mengukur Usia

Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-

Page 6: Novel Kabus Di Perbukitan

apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.

Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

Novel Kabus Di Perbukitan

( Mohamad Kholid Hamzah)Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

Sinopsis

Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan

Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin

ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin

dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat

Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan

Page 7: Novel Kabus Di Perbukitan

kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala

Faridah dijaga oleh Salmah.

Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi

Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital

Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan

menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum

pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan

untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di

dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan

lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan

penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan.

Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah

dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke

hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia

menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat

pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana

yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.

Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali.

Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu

rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian

Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand

selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di

sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.

1 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

Melina berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai „Benny‟. Secara tidak

sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak.

Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah

ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di

Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang

cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed

Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti

Page 8: Novel Kabus Di Perbukitan

pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai

dengan bantuan keluarganya.

Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain.

Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah

anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung

dengan meriah.

Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya,

Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula

mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh

Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

Tema

Novel ini bertemakan jati diri orang Melayu. Tema ini diserlahkan melalui watak utama Faridah

yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun. Walaupun begitu lama tinggal di negara

orang, akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yang lebih bermakna di

Malaysia.

Persoalan

1. Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat.

Persoalan ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar

tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana Rahayu

dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri. Namun demikian

Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah.

2 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

2. Persoalan perpisahan ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.

Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi membawa

bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar tersebut terpisah dan

merindui satu sama lain.

3. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar.

Persoalan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program

pemeliharaan alam sekitar.

4. Persoalan kasih sayang.

Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap

Page 9: Novel Kabus Di Perbukitan

anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita sehingga

menemui ajalnya. Persoalan kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar melalui

tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny yang tidak

pulang ke rumah.

5. Persoalan sikap berdikari golongan siswazah.

Golongan ini tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan

atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya

itu dipersetujui oleh bapanya.

6. Persoalan kahwin campur.

Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada

zaman ini. Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel Kirkby

Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu Malaysia yang

bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New Zealand.

7. Persoalan peranan bomoh dalam masyarakat Melayu.

Hal ini dipaparkan ketika operasi pencarian kehilangan Faridah dan Iqbal menemui jalan

buntu dan terpaksa dihentikan. Beberapa pihak termasuk pihak polis yang terlibat dalam

operasi tersebut mencadangkan penggunaan bomoh untuk mengesan Faridah dan Iqbal.

8. Persoalan semangat kerjasama yang masih utuh dalam masyarakat.

Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak

3 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub

serta Hulu Selangor.

9. Persoalan pejuangan secara kekerasan.

Novel ini memaparkan adanya beberapa pihak yang mahu mencapai sesuatu matlamat

dengan kekerasan. Hal ini digambarkan melalui Muhammad Attar yang cuba mencari pengaruh

daripada kalangan rakan-rakannya termasuklah Benny, suami Melina dalam matlamatnya untuk

menegakkan perjuangan Islamnya.

10. Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia).

Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan

oleh umat Islam.

Plot

Page 10: Novel Kabus Di Perbukitan

Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat

pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dan gerak laku itu

dari awal hingga akhir adalah berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Plot novel Kabus

di Perbukitan bersifat kronologi. Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu

waktu atau peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian

akan dikemudiankan. Tindakan Mejar (B) Kamarudin berkahwin lain dan memisahkan anaknya,

Rahayu daripada pasangan kembarnya telah menimbulkan pelbagai konflik, kepada Rahayu,

Faridah, dan isterinya atau ibu mereka. Walaupun plot novel ini banyak disisipkan dengan

unsur imbas kembali, namun pembaca masih mudah untuk memahami dan menelusuri

peristiwa-peristiwa penting dalam novel.

Binaan Plot

Terdapat empat peringkat binaan plot, iaitu:

(i) Permulaan

4 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

Pengarang memperkenalkan watak Rahayu menunaikan solat subuh dan Rahayu merasa

kelainan atau sakit pada lehernya. Pada bahagian ini diperkenalkan juga Rahayu dan Azrul

sebagai penuntut Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

(ii) Perkembangan

Pada bahagian ini Rahayu dan Azrul sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

Semasa di perpustakaan, tiba-tiba Rahayu pengsan dan dia dikejarkan ke Hospital Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Pada masa yang sama, Faridah kembarnya juga telah ditimpa kemalangan bersama-sama

dengan kanak-kanak istimewa, Iqbal dalam perjalanannya ke pekan Raub. Faridah hilang dari

tempat kemalangan.

Selepas dua minggu, Faridah ditemui di Perkampungan Orang Asli di Pahang yang diketuai

oleh Tok Batin Senik dalam keadaan koma.

Akhirnya Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah di hospital yang sama mereka ditempatkan.

Azrul berjaya menamatkan pengajiannya dan berhasrat menjadi penternak kambing.

Faridah berkahwin dengan Ghazali.

Ibunya meninggal dunia dan diikuti dengan kematian Ghazali dalam kemalangan jalan raya.

Faridah bersetuju ke New Zealand untuk mengikuti suatu kursus.

Page 11: Novel Kabus Di Perbukitan

Faridah menetap di New Zealand dan berkahwin dengan seorang pemuda New Zealand yang

bernama Samuel Kirkby Johnsons atau Soleh Johnsons. Mereka dikurniakan sepasang anak

kembar, Anne dan Melina.

Zain berkenalan dengan Anne semasa Anne menghadapi masalah keretanya yang rosak.

Melina berkahwin dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai „Benny‟ dan berpindah ke

Malaysia serta menetap di Terengganu.

Benny sibuk dengan urusan peniagaannya bersama-sama dua orang kawannya, Muhammad

Attar dan Mehmod. Melina yang sedang mengandung rasa sunyi.

Anne memperkenalkan Zain kepada ibunya, Faridah.

Muhamed Attar, Mehmod, dan Benny cuba mempengaruhi Ustaz Hassan Syukri agar

menyertai perjuangan mereka.

(iii) Konflik

Mejar (B) Kamarudin curang kepada isterinya Salmah dan berkahwin dengan Hamidah.

Faridah dan Rahayu dipisahkan apabila Kamarudin dan isteri keduanya berpindah ke

Pontianak, Indonesia.

Faridah putus tunang dengan Azman.

Rahayu pengsan di perpustakaan dan disahkan menghidap barah paru-paru.

Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan mereka hilang selama dua minggu.

Melina berkonflik dengan dirinya kerana sering ditinggalkan oleh Benny yang sibuk dengan

urusannya.

Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Hassan Syukri dalam cara

perjuangan mereka dalam menegakkan agama Islam.

Muhamed Attar ditangkap oleh Interpol, Benny pula melarikan diri ke Dubai.

5 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

(iv) Klimaks

Faridah, Soleh, dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina, dan

membincangkan perkahwinan Zain dan Anne.

Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol dan Melina membuat laporan ke balai polis

kerana suaminya tidak pulang ke rumah.

Perkahwinan Anne dengan Zain berlangsung dengan meriah.

Soleh dan Melina ke Dubai berjumpa Benny dan Melina bersetuju menetap di Dubai.

Page 12: Novel Kabus Di Perbukitan

(v) Peleraian

Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga

Johnsons. Azrul dan Soleh menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands.

Faridah dan Soleh mengambil keputusan menetap di Malaysia.

Teknik Plot / Teknik Penceritaan

1. Pemerian

Contoh:

Gambaran Azrul dan Rahayu yang sedang menikmati sarapan pagi sambil memerhatikan

gelagat siswa dan siswi UPM yang lalu lalang di hadapan mereka.

2. Dialog

Contoh:

Dialog yang pendek-pendek dan pantas antara Azrul dan Rohaya. Mereka

bersoal jawab tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah dan program Kempen Save Our

River.

3. Imbas kembali

Contoh:

…”Cukup. Malam tadi dah keluar dengan kawan-kawan ke Kajang

Tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat suatu masa dahulu. Semasa zaman

kolonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang.

4. Imbas Muka

Contoh:

6 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

ada kemungkinan mereka meredah hutan dan sesat?” tanya Chief Inspektor Aznil.

…Buyong membuat andaian bahawa Mejar (B) Kamarudin pasti akan terpesona dengan

kawasan Bukit Kutu.

5. Suspens

Contoh:

Pihak-pihak yang terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal tertanya-tanya ke

manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa.

kehilangan Benny menimbulkan tanda tanya. Melina membuat laporan polis.

Azrul menyatakan bahawa dia sudah memiliki gadis pilihannya.

Page 13: Novel Kabus Di Perbukitan

6. Monolog Dalaman

Contoh:

“Tidak mungkin boleh bertahan hingga pagi,” desis hati kecil Buyung.

7. Kejutan

Contoh:

Salmah terkejut menerima berita kehilangan Faridah.

Watak dan Perwatakan

1. Watak Faridah

Faridah merupakan watak utama dan dia mempunyai saudara kembar bernama Rahayu.

Ayahnya berkahwin kali kedua dengan seorang wanita bernama Hamidah.

Dia terpisah daripada adik kembarnya semasa berusia tujuh tahun akibat ayahnya berpindah

ke Pontianak, Indonesia.

Faridah seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, dia tabah menghadapi

kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga

kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali.

Faridah seorang yang sangat prihatin akan kanak-kanak istimewa. Contohnya, dia

menganggap menjalankan khidmat kepada kanak-kanak istimewa dianggap sebagai satu

ibadah.

Faridah seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Ayu dan

ibunya. Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud.

Faridah juga mementingkan ilmu pengetahuan. Contohnya, dia sanggup menggadaikan

tanahnya untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New Zealand.

7 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

Faridah seorang yang penyayang. Dia sentiasa berusaha memenuhi permintaan

anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan

Melina.

Dia juga seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun hidupnya senang dan sudah

25 tahun di New Zealand, Faridah sanggup pulang semula ke Malaysia kerana terlalu rindu

akan kampung halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat

Malaysia sampai bila-bila.

2. Watak Rahayu

Page 14: Novel Kabus Di Perbukitan

Rahayu ialah watak sampingan yang penting dan merupakan adik kembar kepada Faridah.

Dia mengidap penyakit lelah dan dalam kalangan adik-beradiknya, dia dianggap „lembik‟.

Rahayu dikesan mengidap barah paru-paru, selapas pengsan di perpustakaan.

Seorang yang suka membaca. Dia dilihat sering menghabiskan masa di kedai buku dan

digelar sebagai „ulat buku‟ oleh Azrul.

Rahayu juga seorang yang rajin. Contohnya dia rajin memasak dan membantu ibunya di

dapur sekiranya tiada kuliah.

Rahayu seorang yang penyayang. Contohnya, disebabkan dia tinggal bersama ayah dan ibu

tiri, hatinya amat rindu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah.

3. Watak Azrul

Seorang graduan UPM dan bekas teman lelaki Rahayu.

Dia seorang mahasiswa yang mencintai alam sekitar. Azrul dan rakan-rakannya telah menaja

penubuhan Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi pendedahan

kepada murid tentang alam sekitar.

Azrul seorang yang penyayang. Semasa Rahayu masih hidup Azrul amat menyayanginya

dan sentiasa berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit.

Azrul juga seorang yang berdikari. Setelah tamat pengajian di universiti, dia tidak berharap

untuk makan gaji, sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing.

Seorang yang gigih berusaha. Dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang

penternakan hasil usaha gigihnya itu.

Seorang yang suka menolong orang. Contohnya, Azrul telah menolong Anne ketika kereta

Anne rosak.

Azrul juga seorang yang menghormati orang tua. Dia telah menunjukkan rasa hormat yang

tinggi terhadap Pn. Faridah dan Encik Soleh ketika bertandang ke rumah mereka.

Akhirnya dipaparkan Azrul memperoleh gelaran Datuk.

4. Watak Kamarudin

Bapa kepada Rahayu dan Faridah.

Kamarudin digambarkan sebagai lelaki yang kacak. Pada usia 21 tahun, dia telah berkahwin

8 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

lain.

Semasa ditugaskan ke Pontianak, Indonesia, dia sanggup memisahkan dan membawa salah

Page 15: Novel Kabus Di Perbukitan

seorang anak kembarnya Rahayu daripada ibunya.

Dia berpangkat Mejar ketika bersara daripada angkatan tentera.

Seorang yang berjimat cermat kerana dia menyimpan sejumlah wang untuk masa hadapan

anak-anaknya.

Semasa mudanya, dia suka berfoya-foya.

Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia tidak memberikan nafkah lahir

dan batin kepada Salmah, isterinya.

Kamarudin pandai menyimpan rahsia. Kewujudan Faridah dirahsiakan daripada isteri

keduanya, Hamidah.

Seorang yanag percaya kepada bomoh. Dia sering membawa Rahayu berjumpa dengan

bomoh supaya Rahayu serasi dengan keluarga barunya dan tidak rindu kepada pasangan

kembar dan ibunya.

Akhirnya kehilangan Faridah telah menginsafkan Kamarudin tentang kesilapannya.

Kamarudin menunjukkan rasa tanggungjawabnya dengan berusaha mencari Faridah.

5. Watak Salmah

Ibu kepada pasangan kembar Faridah dan Rahayu.

Isteri pertama kepada Kamarudin.

Usianya menjangkau 50 tahun.

Seorang yang rajin berdoa. Apabila ditimpa musibah kehilangan Faridah, dia memohon ke

hadarat Ilahi agar menjauhi anak kesayangannya itu daripada sebarang bahaya.

Setelah ditinggalkan oleh suaminya, dia menyara kehidupannya dengan bekerja di sawah.

Dia sering berduka dan sakit selepas pemergian Rahayu.

Seorang ibu yang penyayang. Walaupun dia tidak dapat memelihara Rahayu, dia masih tetap

menyayangi Rahayu.

6. Watak Benny

Berasal dari Dubai.

Nama sebenarnya Jabbar al – Anbia, tetapi dia lebih gemar dipanggil Benny.

Seorang yang sangat gemar berlayar. Contohnya dia pernah belayar dari Doha hingga ke

Sydney.

Seorang Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Contohnya, dia minum

arak di luar pengetahuan ibu bapanya.

Dia menunjukkan rasa tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan Melina yang sarat

mengandung tanpa khabar berita kerana takut ditangkap oleh polis Interpol.

Page 16: Novel Kabus Di Perbukitan

Dia berjumpa terus dengan Soleh Johnsons dan Faridah untuk melamar Melina.

Latar

9 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

Latar Masa

1. 6.00 pagi – Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan

tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu.

2. 8.00 pagi – Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul.

3. Waktu pagi– Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan.

Faridah terlibat dalam kemalangan.

4. Malam - Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohon

kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat

kemalangan.

Latar

5. 1980 - Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala

Kubu Baharu ke Bukit Fraser.

6. 1989 - PKM meletakkan senjata di Hatyai.

7. Semasa bersarapan – Kamarudin menerangkan isterinya, Hamidah bahawa kembar Rahayu,

iaitu Faridah menemui kemalangan dan hilang di Bukit Fraser.

8. Waktu pagi - Satu jam selepas Kamarudin meninggalkan rumah untuk mencari Faridah,

Hamidah menerima panggilan yang memaklumkan Rahayu pengsan dan telah dihantar ke

hospital UKM.

- Hamidah dimaklumkan oleh Dr Susan , kemungkinan Rahayu menghidap

barah paru-paru.

10 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

9. 3.30 petang- Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal

selama dua minggu menemui kegagalan.

10. 25 tahun- Faridah telah meninggalkan kampung halamannya selama 25 tahun dan

menetap di New Zealand selepas kematian ibu dan suaminya, Ghazali.

11. Dua minggu- Dalam masa dua minggu Benny dan Melina berkenalan, Benny sudah

Page 17: Novel Kabus Di Perbukitan

melamar Melina.

12. Satu pagi - Benny dan Melina tiba di rumah Soleh dan Faridah.

13. Waktu petang - Sebelum majlis perkahwinan Benny dan Melina, Zain berkenalan dengan

Anne.

14. Dua petang- Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.

Latar Tempat

1. Kafetaria di UPM - Rahayu dan Azrul sedang bersarapan

2. Perpustakaan di UPM - Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat di

perpustakaan.

- Rahayu pengsan.

3. Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser

- Faridah dan Mastura membawa murid „Sindrom Down‟

seramai 10 orang ke Bukit Fraser.

11 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

4. Jalan ke Pekan Raub - Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam

keretanya telah terlibat dalam kemalangan.

5. Smoke House - Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi

Faridah yang koma selepas terlibat dengan kemalangan jalan

raya.

6. Bukit Kutu - Mejar (B) Kamarudin dan Buyung mencari Faridah dan Iqbal

di dalam hutan sekitar Bukit Kutu.

7. Perkampungan orang Asli

- Tempat Mejar (B) Kamarudin dan Buyong menemui Faridah

dan Iqbal dijumpai selepas dua minggu hilang.

8. Parit Satu, Sungai Besar

- Faridah bertembung dengan Azrul semasa dia menziarahi

kubur Rahayu di Parit Satu.

9. Parit Dua, Sungai Besar

- Kampung Azrul – dia menjalankan projek penternakan

kambing.

10. Rosewood, New Zealand

Page 18: Novel Kabus Di Perbukitan

- Rumah Faridah di New Zealand.

11. Cristchurch di New Zealand

- Sebuah bandar di New Zealand.

12. Marang, Terengganu - Tempat tinggal Benny dan Melina.

12 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

13. Cameron Highlands - Tempat penginapan Faridah dan keluarganya ketika mereka

pulang ke Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Anne dan Zain.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat pelajar universiti. Contohnya, Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti

Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

2. Masyakat yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, Azrul dan teman-temannya banyak

mengadakan program pendedahan tentang alam sekitar kepada pelajar-pelajar.

3. Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa. Contohnya Faridah, dan

Mastura yang bertugas di PDK Suria menganggap berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa

ialah satu ibadah.

4. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contohnya Faridah dan Salmah dipaparkan

sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah hidup.

5. Masyarakat yang suka bersedekah. Hal ini digambarkan melalui watak Soleh Johnsons yang

suka bersedekah.

6. Masyarakat tentera. Contohnya, Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad merupakan bekas pegawai

tentera dari 4 RAMD.

7. Masyarakat orang Asli. Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang asli

yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser.

8. Masyarakat yang rindu akan anaknya. Salmah sangat menderita kerana terlalu rindu akan

anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akhirnya dia meninggal dunia.

9. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran. Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu,

dan suaminya, tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand.

10. Masyarakat yang berdikari. Azrul tidak mengharapkan kerja makan gaji, sebaliknya

mengusahakan penternakan kambing dan tapak semaian untuk menampung kehidupannya.

11. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam memperjuangkan Islam. Hal

ini digambarkan melalui watak Muhamed Attar, dan Benny.

Page 19: Novel Kabus Di Perbukitan

12. Masyarakat yang mempercayai kemampuan bomoh untuk menyelesaikan masalah. Sarjan

Yusof mencadangkan misteri kehilangan Faridah dan Iqbal diselesaikan oleh Bomoh setelah

pihak polis gagal menemui mereka.

13. Masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus. Buyong menegaskan bahawa

makhluk halus memang wujud dalam masyarakat kita.

Gaya Bahasa

13 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

1. Penggunaan Bahasa Inggeris

Contoh:

wind breaker, sindrom down, terrace garden, Smoke House

2. Peribahasa

Contoh:

Peribahasa Melayu– Masa itu emas

Peribahasa Arab - Masa umpama sebilah pedang tajam, boleh memenggal kepala

jika kita lambat bertindak.

- Perahu sudah di air, pendayung di tangan

3. Personifikasi

Contoh :

cahaya di sebalik kabus yang sentiasa memberi harapan

cuaca yang begitu dingin menggigit

Senja merangkak tua…

Gaya Bahasa

4. Hiperbola

Contoh:

dosa-dosaku sudah melaut banyaknya…

tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung

5. Simpulan bahasa

Contoh:

buah mulut

6. Simile

Contoh :

Page 20: Novel Kabus Di Perbukitan

… bersambung seperti gajah menyusu dengan rumah agam

… tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung

7. Metafora

Contoh:

14 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

peti kenangan

Lipatan ingatan

8. Sinkope (singkatan perkataan)

Contoh:

…”Cukup ke? Tak lapar nanati?”

Nilai

1. Nilai kasih sayang.

Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun

kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu.

2. Nilai ketabahan.

Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang

disayanginya iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali.

3. Nilai kegigihan.

Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga

berjaya.

4. Nilai bertanggungjawab

Setelah ditinggalkan suami, Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya

sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak lelakinya.

Nilai

5. Nilai cinta akan tanah air

Sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang kerakyatan

Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya.

15 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

6. Nilai taat akan ajaran agama

Page 21: Novel Kabus Di Perbukitan

Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Soleh menunaikan sembahyang di masjid secara

berjemaah.

7. Nilai mengamalkan budaya bangsa

Datuk Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok hitam semasa mengunjungi

keluarga Faridah di Cameron Highlands.

8. Nilai berdikari

Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak

kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan

hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

9. Nilai cinta akan alam sekitar.

Soleh mahu penebangan hutan untuk membina chalet peranginannya dilakukan dengan lebih

terkawal serta dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan

sitrus dan taman-taman bunga.

Pengajaran

1. Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh.

Contohnya, walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap mengingati dan

menghargai tanah airnya, Malaysia.

2. Setiap orang perlu gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.

Contohnya, Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak

semaiannya hingga berjaya.

3. Setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka.

Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama

anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan mereka.

16 / 17Novel Kabus di Perbukitan Tg5

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Jumaat, 22 Oktober 2010 05:22

4. Sebagai penganut agama yang taat, kita hendaklah mematuhi ajaran dan tuntutan agama.

Contohnya, Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma

kepada badan kebajikan.

5. Kita perlu mengamalkan budaya bangsa kita.

Contohnya, Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke tanah air.

6. Sebagai seorang siswazah, janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji

sahaja.

Page 22: Novel Kabus Di Perbukitan

Contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh

bapanya.

17 / 17