novel kabus di perbukitan 2

Upload: ady-phanterz

Post on 14-Jul-2015

1.155 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

SINOPSISBab 1 : Pucuk-pucuk Kayu Di Hadapan Matanya Bangun Pagi, Rahayu berasa sakit di bahagian leher. Kemudian, Rahayu ke perpustakaan. Mereka bersarapan bersama di kafeteria yang berhampiran. Ketika Rahayu (Ayu) berjalan ke bahagian Malaysiana di perpustakaan itu, tiba-tiba dia berasa ada penghadang jalan, lalu dilanggarnya dan terus menjunam ke dalam gaung, Ayu jatuh dan pengsan. Pada masa yang sama, saudara kembar Ayu, Faridah berada di kawasan Rumah Rehat Sri Bakat, Bukit Fraser. Dia menyertai perkhemahan tahunan Pusat pemulihan dan Komuniti (PDK) Suria. Faridah meninggalkan kawasan perkhemahan untuk meredakan hati yang rusuh kerana putus tunang dengan Azman. Faridah memandu van menuruni Bukit Fraser untuk ke Raub. Dia terkejut apabila Iqbal, kanak-kanak sindrom down menegurnya di dalam van. Van yang dipandu terbabas melanggar tembok lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah terbayang zaman kanak-kanak ketika berpisah dengan ibunya dan Rahayu sebelum pengsan. Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak Ghazali dan Said dari Pejabat JKM membawa berita kemalangan itu kepada Salmah, ibu Faridah. Faridah hilang di tempat kejadian bersama-sama Iqbal. Nasib mereka tidak diketahui. Usaha menjejaki Faridah dan Iqbal dilakukan oleh pelbagai agensi, termasuk platun Senoi Praak dan Ranjer Hutan. Usaha mereka tidak berjaya. Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada Mejar (B) Kamaruddin, bapa Faridah mendapat berita kehilangan Faridah melalui Cikgu Raduan di Sungai Besar. Peristiwa kehilangan Faridah serentak dengan peristiwa Rahayu pengsan. Kamaruddin pwegi ke Bukit Fraser. Rahayu dan Faridah merupakan adik-beradik daripada isteri pertama Kamaruddin, Salmah. Rahayu tinggal bersama-sama Kamaruddin dan isteri barunya, Hamidah. Hamidah mendapat berita bahawa Rahayu pengsan dan dirawat di HUKM daripada Azrul sejam selepas Kamaruddinbertolak ke Bukit Fraser. Hamidah pergi melawat ke hospital. Rahayu disyaki menghidap kanser. Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran Rahayu baru sahaja menjalani kemoterapi. Hamidah, ibu tirinya sentiasa menemaninya. Rahayu rindu akan ibunya, Salmah. Rahayu berasa sayu apabila mendapat tahu Suhaila, pesakit di sebelahnya telah meninggal dunia. Kamaruddin pergi ke Sungai Besar untuk menjemput Salmah. Rahayu dijangka hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja. Sementara, Faridah yang hilang dalam kemalangan jalan raya masih belum ditemui. Rahayu sedar masa terlalu singkat menunggu Faridah. Bab 5 : Bukit Kutu Faridah dan Iqbal berada pada zaman silam, iaitu di rumah banglo di atas Bukit Kutu. Faridah dilayan dengan baik oleh Amah Siti. Faridah diperkenalkan kepada Tuan Cecil Renking megistrate and collector di daerah itu. Di hospital, Rahayu meracau dalam tidurnya menyebut-nyebut nama Faridah. Faridah meminta tolong Rahayu untuk membawanya pulang dari Bukit Kutu. Bab 6 : Hanya pada Harapan Layanan Ayu kepada Azrul agak hambar. Ayu mahu Azrul meneruskan cita-citanya tanpa Ayu. Azrul merasakan dirinya kosong tanpa Ayu. Operasi menjejaki Faridah yang hilang dalam kemalangan itu dihentikan. Faridah dan Iqbal dikategorikan sebagai orang hilang. Kamaruddin berhasrat untuk mencari Faridah di dalam hutan itu. Usaha ini dilakukan untuk memenuhi impian Rahayu.

Bab 7 : Kabus di Perbukitan Kamaruddin ditemani oleh Buyung, petugas perhilitan di Kuala Kubu Bharu meredah hutan ke Bukit Kutu. Dia pergi ke Bukit Kutu berdasarkan maklumat daripada Rahayu ketika meracau. Bukit Kutu hanyalah hutan tebal dan bekas runtuhan rumah Inggeris. Melalui telefon, Hamidah memberitahu Kamaruddin, Faridah kini berada di perkampungan Orang Asli. Maklumat itu diperoleh daripada Rahayu dalam igauannya. Buyung menghubungi Meor, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk mengesan perkampungan Orang Asli di kawasan itu. Bab 8 : Terus Mencari Kamaruddin dan Buyung tiba di perkampungan Orang Asli. Mereka mencari Tuk Batin Senik. Tuk Batin Senik memberitahu bahawa Faridah dan Iqbal kini berada di rumahnya. Orang Tuk Batin menemui mereka merayau di Sungai Dua. Masa itu, Faridah masih sedar, tetapi tidak mengenali diri sendiri. Faridah pengsan selepas jatuh ketika mandi di sungai. Buyung menghubungi Meor untuk mendapatkan bantuan helikopter. Faridah dan Iqbal dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita itu tersebar ke seluruh negara. Bab 9 : Pekan Sungai Kubu Faridah mengalami peristiwa masa lampau di Pekan Sungai Kubu. Musim hujan, penduduk sungai Kampung kubu sibuk membeli keperluan harian. Faridah berasa kurang senang dengan layanan masyarakat Sungai Kubu. Tuan Cecil Renking dikunjungi oleh orang Kampung Paya. Mereka mengadu anak Induk Bertuah disambar oleh buaya. Tuan Cecil memburu buaya di sungai. Tindakan ini tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Penghulu Garang mengarahkan orang kampung supaya berpindah kerana akan berlaku bala kesan daripada tindakan Tuan Cecil itu. Bab 10 : Kau Hadir dalam Igauan Ghazali menceritakan perihal Iqbal menjadi anak angkat Orang Asli kepada ibu bapanya. Ghazali memberitahu bahawa Faridah masih belum sedar di wad ICU. Rahayu dibawa untuk melawat Faridah di wad selepas menajalani kemoterapi. Rahayu berada di sisi Faridah seolah-olah mendengar suara Faridah meminta pertolongan. Rahayu mengajak Faridah balik kerana dia sudah berada di hujung perjalanan. Faridah menyeru nama Rahayu sekuat hati. Dia tersedar dari pengsan. Pada masa yang sama, Rahayu telah disahkan meninggal dunia. Ghazali menemani Faridah ketika yang lain menguruskan jenazah Rahayu. Ghazali memberitahu Faridah bahawa dia telah hilang selama sebulan. Faridah bercerita bahawa dia dan Iqbal berada di Bukit Kubu. Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan

Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.Bab 12 : Tekad

Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa terkenangkan

Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.Bab 13 : Rindu

Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi

Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.Bab 15 : 25 Tahun Kemudian Cintaku Abadi

Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.Bab 16 : Mengejar Mimpi

Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang

ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.Bab 17 : Penyembelih Kambing

Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata

Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodokannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.Bab 19 : Hati dan Warna Kanvas

Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.Bab 20 : Pendatang

Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada

usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.Bab 21 : Tak Ingin Tahu

Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.Bab 22 : Mengukur Usia

Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.Bab 23 : Melihat dalam Diri Melina bersendirian di rumah ditemani Khadijah, anak Haji Awang. Benny semakin berubah. Benny tidak membenarkan Melina mengikutnya ke Kuala Lumpur. Dia pergi bersama Mahmood dan Mohamed Attar. Melina berbual dengan Khadijah. Dia menilai dirinya sebagai anak Melayu yang telah bercampur darah dengan orang putih. Bab 24 : Lambaian Hati Zain berkunjung ke rumah Faridah untuk menemui Anne selepas bercuti di kampung. Faridah berbual panjang apabila mengetahui Zain berasal dari Sungai Besar. Faridah banyak bertanya tentang kampungnya. Anne mengajak Faridah pergi ke Sungai Besar. Sambil itu, mereka boleh melawat Melina di Marang. Faridah daat merasakan kerinduan Anne kepada Melina sama seperti yang dia pernah rasa ketika merindukan Rahayu. Bab 25 : Menghapus Dosa Benny, Mehmood, dan Mohamed Attar mengunjungi Ustaz Hassan Syukri. Mereka cuba mendapatkan pandangan daripada Ustaz Hassan Syukri tentang Islam. Mereka membuat

kesimpulan bahawa Ustaz Hassan Syukri tidak sesuai untuk dijadikan teman perjuangan jihad mereka. Bab 26 : Hati Wanita Faridah dan Soleh bertandang ke Malaysia untuk membincangkan perkahwinan Anne dengan Zain. Di samping itu, Faridah dan Soleh mahu mengunjungi Melina yang sarat mengandung di Marang. Faridah juga mahu pulang ke Sungai Besar untuk melihat tanah tumpah darahnya. Soleh membeli tanah di Cameron Highlands. Dia mendapat kenalan berbangsa Eropah yang menetap di Cameron Highlands. Datuk Azrul dan rombongan meminang Anne disambut oleh Faridah dan Soleh di Cameron Highlands. Datin Aisyah mengingatkan Zain supaya tidak menetap di luar negara selepas berkahwin. Zain tidak bercadang untuk menetap di luar negara, lebih-lebih lagi ibu mentuanya berasal dari Sungai Besar. Dalam pertemuan itu, Faridah dan Datul Azrul saling mengenali dan mereka berbual tentang Rahayu. Bab 27 : Kembali ke Alam Nyata Benny memandu keretanya untuk ke Pulau Pinang setelah mendapat e-mel berbahasa Arab. Dia meninggalkan rumah awal pagi dengan hati libang-libu. Dia meninggalkan rumah sehelai sepinggang dengan hanya sebuah ciuman di dahi isterinya, Melina. Ketika Benny tiba di kawasan perbukitan di Awana berhampiran Genting, telefon bimbitnya menyampaikan pesanan supaya terus ke Pulau Pinang dan bukan menyusur masuk ke bandar Ipoh. Selepas itu, Mehmood yang menghubunginya dari Kuala Lumpur menggesa Benny supaya menyerah diri kepada International Police. Benny tidak menyangka bahawa Mehmood seorang anggota polis yang menyamar untuk menjejaki Mohamed Attar. Benny tidak mengendahkan pujukan Mehmood kerana dia tidak mahu ditangkap dan kemudian dihantar ke pusat tahanan. Dia memutuskan penggilan lalu mencampakkan telefon bimbit itu keluar tingkat. Hanya tiga minit yang diperlukan untuk mengesannya. Benny memandu terus. Suara Melina kembali dalam ingatannya. Betapa isterinya tidak menyenangi teman-temannya. Pendapat Benny selalu bertentangan dengan Ustaz Hassan Syukri mahupun Haji Awang, jirannya. Haji Awang menjelaskan tentang Islam kepada Benny tetatpi Bennu tetap tidak sependapat dengannya. Sebuah kereta memotong laju memadamkan ingatanya. Dia memecut laju untuk sampai ke destinasi. Dia tidak menyangka begitu jauh tindakan Mohamed Attar. Benny kecewa kerana dia terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Sebaik tiva di Pantai Miami dia berttemu dua orang lelaki. Mereka memperkenalkan diri mereka. Kemudian, dia menaiki bot menuju perairan antarabangsa. Bab 28 : Cerita Penghujung Usia Faridah dan Datuk Azrul terkenang akan peristiwa silam 25 atau 27 tahun lalu. Faridah bercerita tentang kisah hidupnya dan Ayu, iaitu adik kembarnya yang penuh dengan cerita duka. Mereka terpisah kerana perceraian ibu bapa. Selepas itu, Faridah tertanya-tanya tentang kehilangannya begitu lama dahulu. Datuk Azrul berkata bahawa dia telah jumpa banyak orang dan mendapat pelbagai sumber. Antaranya, ada cerita tentang orang bunian, mitos dan sejarah yang sudah lama dilupakan orang namun dia hanya percaya kepada satu sumber iaitu akal. Dia percaya akal Faridah telah bergerak jauh, merentasi ruang dan sempadan masa. Faridah juga berkesempatan bertemu Ayu sungguhpun hanya dalam mimpi. Selepas itu, mereka berbual tentang rumah bangle yang dibeli oleh Soleh, Memandangkan kedua-dua anaknya akan menetap di Malaysia. Faridah juga berkata bahawa dia sepatutnya menulis tentang pengalamannya ketika koma. Selain itu, dia juga ingin pulang untuk menziarahi kubur Ayu, Ghazali dan ibunya. Bab 29 : Pasrah Melina termenung memikirkan Benny yang sudah empat hari menghilangkan diri tanpa pesanan. Melina tahu suaminya seorang yang bertanggungjawab dan pasti ada sebab mengapa Benny pergi tanpa satu pesanan. Melina teringat akan peristiwa pertama kali dia melihat Benny begitu bersungguh-sungguh untuk berubah semasa mereka dalam penerbangan ke Kuala Lumpur. Azamnya itulah yang mengukuhkan persahabatannya dengan Ustaz Hassan Syukri, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad. Akhirnya, Melina pergi ke balai polis untuk membuat laoran kehilangan. Akhirnya terbongkar juga kisteri kehilangan Benny apabila Melina memberikan

beberapa kad kepada Inspektor Radzi tetapi Benny tidak terlibatd alam senarai tangkapan. Tibatiba, telefonnya berbunyi dan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Hatinya berdetik. Bab 30 : Pangkuan Sudah dua minggu Benny menghilangkan diri. Akaunnya sudah dipenuhi wang yang cukup untuk menyara hidupnya selama setahun. Rumah yang didiami Melina sekarang sudah ditukar ke atas namanya. Setelah menerima kereta daripada wakil Jaafar Al-Anbla, Khalid, Melina mengemaskan barang-barangnya dan bertolak ke Cameron Highlands setelah menolak permintaan Khalid untuk mengikutnya ke Dubai. Melina menuju ke Kuantan dan bergenti di sebuah kedai menjual cekera padat di Bandar Kuantan. Dia membeli sekeping CD Koleksi terbaikLOBG. Dalam perjalanan ke Cameron Highlands dia teringat kembali perbualannya dengan Inspektor Radzi tentang penglibatan Benny dengan pengganas. Dia juga terkenang bagaimana Benny secara tiba-tiba membrek bagi mengelak agar tidak terlanggar seekor kucing hutan. Melina tidak percaya Benny terlibat dengan keganasan. Melina berhenti di sebuah masjid di Pekan Batang Kali untuk bersolat Zuhor. Setelah tiga jam perjalanan Melina tiba di Pekan Ringlet. Melina terus menelefon mamanya, Faridah. Faridah sangat terharu, Faridah dan Soleh menjemput Melina di Maybank Tanah Rata. Bab 31 : Atas Nama Cinta Anak Faridah, Anne Johnson berkahwin dengan Zain, anak Datuk Azrul. Perkahwinan Anne dan Zain dihadiri ramai tetamu terutamanya dari luar Negara. Perkahwinan tersebut begitu bersejarah kerana perkahwinan tersebut melibatkan pasangan dari dua Negara berlainan. Faridah sangat gembira kerana akhirnya dia dapat pulang ke kampong halamannya. Ramai orang lama kampong halamannya telah meninggal dunia, walau bagaimanapun, Faridah Berjaya bertemu dengan Pak Talib. Pak Talib sudah tua dan hanya mampu baring serta tidak larat berdiri. Kedatangan Faridah disambut Sujak, anak Pak Talib. Mereka bersembang seketika tentang kehidupan Faridah dahulu yang telah pergi meninggalkan kampong dan tidak pernah kembali lagi selepas itu. Faridah, Anne dan Zain berjalan dan meninjau di sekitar rumah lama Faridah, sambil mengimbau kembali kenangan lama dan peristiwa silam. Faridah menyuruh Zain mencari anak Pak Ghaffur, orang yang memegang kunci rumah lama Faridah kerana dia ingin menunaikan solat taubat dan sujud syukur di dalam rumah tersebut. Di situ Faridah bersembang bersama Anne sambil memberinya nasihat bahawa wanita akan menjadi matang apabila dia bergelar isteri dan seterusnya menjadi ibu. Faridah juga menjawab soalan yang dilontarkan oleh Anne tentang sebab Faridah meninggalkan kampong halamannya suatu masa dahulu. Bab 32 : Bahagia Bersulam Air Mata Soleh telah membawa Melina ke Dubai untuk bertemu dengan Benny. Sebaik tiba di Dubai mereka telah menaiki limousin terus ke Emirate Tower Hotel. Benny telah sedia menunggu mereka di sana. Benny telah insaf dan mengakui bahawa dia telah tersilap memilih kawan.. Benny bersyukur kerana telah selamat sampai ke Dubai atas pertolongan sahabat-sahabat setelah menempuh berbagai dugaan di lautan. Kata putus diambil Melina dan Benny akan terus menetap di Dubai dan Benny tidak akan belayar lagi . Dua hari kemudian Soleh terbang pulang ke Kuala Lumpur. Jauh di sudut hatinya, Soleh tahu Melina akan bahagia di sana. Bab 33 : Janji pada Tanah Ini Zain dan Anne telah menetap di New Zealand, mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons. Anne telah melahirkan anak perempuan kembar seiras diberi nama Melinda dan Rahayu. Melina pula telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Said al-Anbia.Soleh dan Datuk Azhar bersama-sama telah mengusahakan pusat peranginan di Tanah Tinggi Lojing. Faridah memilih untuk menjadi pemerhati dan penikmat alam. Memori di Bukit Kutu serta saat-saat indah bersama Ayu dalam alam bawah sedar tetap terpahat di hatinya. Faridah bersyukur berbaur sebak kerana akhirnya dia telah pulang dan kembali membina jati diri bangsa di tanah air ini.

TEMA

Tema bermaksud sesuatu atau subjek yang menjadi dasar sesuatu penceritaan. Tema dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah kasih sayang yang mendalam terhadap kaum keluarga, adat, budaya, agama Islam, serta tanah air. Tema kasih sayang ini dapat dilihat dalam watak utama, Faridah yang sayang akan keluarganya, iaitu ibunya yang membesarkannya, Rahayu yang sudah lama terpisah, anakanaknya, dan suaminya. Faridah sayang akan tanah airnya lebih-lebih lagi akan kampung halaman yang ditinggalkan selama 25 tahun. Faridah sayang akan adat dan budaya Melayu serta agama Islam. Walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand dan berkahwin dengan Orang Inggeris, Faridah tetap mengamalkan adat dan budaya Melayu serta ajaran agama Islam dalam kehidupan mereka sekeluarga.

PERSOALAN1) Usaha memulihara alam sekitar. Zain dan teman-temannya yang menaja penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan telah mengadakan pelbagai program untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang alam sekitar. Antaranya termasuklah kempen Save Our River S.O.S Soleh Johnsons berkeras supaya pohon-pohon tertentu tidak ditebang semasa membangunkan pusat peranginan. 2) Bahaya kanser yang dapat mengancam nyawa. Rahayu disahkan menghidap kanser paru-paru setelah ujian biopsis dijalankan. Setelah beberapa kali menjalani rawatan kemoterapi, Rahayu menerima hakikat bahawa dia tidak akan hidup lama dan berharap agar dapat berjumpa dengan Faridah. Suhaila, teman satu wad dengan Rahayu meninggal dunia akibat daripada penyakit kanser. 3) Kepuasan dan kemuliaan dalam kerja-kerja kemasyarakatan secara sukarela. Walaupun hanya dibayar elaun sebagai sukarelawan di Pusat Pemulihan dan Komuniti (PDK) Suria, Faridah tetap berpuas hati kerana minatnya dalam tugas berkenaan. Dia mengaggap tugasnya mendidik anak-anak istimewa sebagai suatu ibadah. 4) Kesukaran dalam usaha mencari dan menyelamat. Anggota Bomba dan Penyelamatdari akademi Bomba, Kuala Kubu, 12 orang anggota RELA, satu platun Senoi Praak, dan anggota dari Jabatan Perhilitan Daerah Raub merupakan antara pasukan penyelamat yang terlibat dalam gerakan mencari Faridah dan Iqbal yang hilang. 5) Kepercayaan terhadap perkara-perkara khurafat Sarjan Yusoff mencadangkan supaya usaha mencari Faridah dan Iqbal diteruskan dengan menggunakan bantuan bomoh. Bantuan bomoh tekah digunakan untuk mencari pendaki yang sesat ketika mendak Gunung Tebu. 6) Keruntukan rumah tangga dan hubungan keluarga. Mejar (B) Kamaruddin teka berpisah dengan Salmah. Beliau telah membawa Rahayu bersama-sama untuk tinggal dengan isteri baharunya, manakala Faridah memilih untuk tinggal dengan ibunya, Salmah. Hal ini menyebabkan berlakunya perpisahan antara dua

saudara kembar tersebut, iaitu Rahayu dengan Faridah dan perpisahan antara ibu dengan anak. 7) Keperluan terhadap perkara-perkara fardhu kifayah Faridah meminta pertolongan Anne untuk membeli ayam dan rempah kari di Nomads, iaitu kedai pilihan keluarganya untuk mendapatkan makanan halal. Walaupun sudah menjelajah ke beberapa negara, Benny hanya makan makanan halal. 8) Visi petani moden Sebaik sahaja menamatkan pengajiannya, Azrul menyatakan hasrat untuk mengusahakan ternakan kambing. Dengan bantuan ayahnya yang menyediakan modal, usahanya mendatangkan hasil hingga menjadikan Azrul seorang usahawan yang berjaya. 9) Kegiatan ekstrem fundamentalis Islam Mohamed Attar tertangkap ketika ingin menjalankan misinya mengebom Pulau Sentosa. Benny yang hampir terlibat dalam kegiatan kumpulan militan tersebut telah melarikan diri. 10)Kahwin campur Faridah yang berkursus di New Zealand telah mengahwini Soleh Johnsons. Melina berkahin dengan pemuda berketurunan Arab, Benny. Anne pula berkahwin dengan Zain, pemuda Melayu yang berasal dari Malaysia. 11)Pegangan agama Islam yang longgar dalam kalangan orang-orang Islam. Benny begitu mengambil berat tentang pemakanannya, iaitu hanya makan makanan halal tetapi dia masih meneguk arak. Walaupun Melina dididik mengikut ajaran Islam, dia masih minum arak tanpa pengetahuan ibu bapanya. 12)Prasangka masyarakat bukan Islam terhadap penganut dan ajaran Islam. Berlakunya vandalisme di An Noor Islamic Centre kerana terpengaruh gambaran yang salah tentang Islam oleh pihak media

BINAAN PLOT1. Plot novel ini berbentuk tidak kronologi. 2. Teknik imbas kembali diselitkan dalam cerita.

PermulaanPeristiwa-peristiwa penting dalam permulaan : 1. Rahayu berasa sakit tekak ketika bangun pagi. 2. Rahayu dan Azrul bertemu di kafeteria di Universiti Putera Malaysia 3. Kedua-dua merupakan mahasiswa tahun kedua. 4. Mereka kemudian ke perpustakaan . 5. Tiba-tiba Rahayu terasa dia sedang menuju pengadang jalan, dilanggar pengadang jalan tersebut dan dia jatuh ke dalam gaung. Rahayu meminta tolong kemudian jatuh pengsan 6. Pada masa yang sama, Faridah dalam perjalanan menuju Raub setelah mengurus program anak-anak istimewa di Bukit Fraser. 7. Ketika memandu, tiba-tiba Iqbal, seorang kanak-kanak istimewa bertanya hala tuju mereka. 8. Faridah terperanjat kerana tidak menyangka Iqbal boleh berada di dalam van sedangkan sebentar tadi dia bersama-sama Mastura , rakan sekerja Faridah. Malangnya dia tidak dapat mengawal van yang dipandunya. Van terlanggar pengadang jalan dan terjatuh ke dalam gaung. 9. Pada masa itu, Faridah terkenang ibunya yang keseorangan di rumah..

Perkembangan1. Operasi mencari Faridah diteruskan oleh pasukan polis, RELA, PERHILITAN dan orang asli Senoi dari Pos Praak. 2. Ayah Faridah Mejar(B) Kamarudin dimaklumkan oleh Cikgu Raduan tentang kehilangan Faridah. 3. Mejar(B) Kamarudin memberitahu kisah Faridah kepada isterinya Hamidah iaitu Faridah ialah kembar Rahayu yang berpisah sejak berusia 7 tahun. 4. Mejar (B) Kamarudin bertolak ke Bukit Fraser 5. Keadaan Rahayu semakin serius . 6. Rahayu sering meracau tentang Faridah, tentang Bukit Kutu 7. Mejar (B) Kamarudin bersama-sama Buyung mesuk ke hutan Bukit Kutu untuk mencari Faridah berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui racauan Rahayu 8. Faridah dan Iqbal berada di Bulit Kutu dan tinggal di banglo milik Tuan Cecil Renking seorang magistrate and collector 9. Suasana seperti tahun 40-an pada era P. Ramlee atau R. Azmi 10. Faridah diberitahu dia berada di Bukit Kutu yang berketinggian 3300 kaki dari aras laut. 11. Faridah bertemu Rahayu dalam tidur dan mendapat tahu Rahayu menghidap penyakit kanser 12. Pada masa ini Hamidah ibu tiri Rahayu melihatnya meracau-racau dalam tidur 13. Semasa Rahayu sedang berjuang melawan sakitnya di HUKM, di Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Dareah Raub , ACP Ahmad dan bin Mokhtar selaku OCPD daerah Raub mengumumkan Ops PDK yang dilancarkan untuk menyelamatkan Faridah dan Iqbal ditamatkan 14. Mejar(B) Kamarudin mengambil keputusan untuk mencari Faridah dengan bantuan Buyung, 15. Mereka akhirnya berjaya mengesan Faridah dan Iqbal di Sungai Dua di kawasan perkampungan Orang Asli . 16. Faridah dibawa ke HUKM dan Iqbal dengan helikopter . 17. Semasa berada di bawah minda bawah sedar Faridah dibawa oleh Amah Siti ke Pekan Kubu. 18. Aktiviti perlombongan amat aktif di Hulu Sungai Selangor dan dikawal oleh Penghulu Garang. 19. Faridah juga menyaksikan kejadian Tuan Cecil Renking mengebom lombong timah yang dikatakan berpuaka ( buaya putih ) 20. Pada masa itu sebenarnya Faridah telah berada di HUKM. Rahayu sedang menemaninya apabila tiba-tiba Rahayu mendengar Faridah meminta tolong dan Rahayu sedang merempuh dan menongkah air yang deras. 21. Rahayu dapat menyelamatkan Faridah yang tersepit di bawah almari besar. 22. Rahayu berpesan agar Faridah pulang menemui ibu mereka kerana sudah terlalu lama Faridah meninggalkan ibunya. 23. Faridah menjerit nama Rahayu sekuat hati dan tersedar dari komanya. Tatapi pada masa itu Rahayu telah menghembuskan nafasnya. 24. Salmah mengalami tekanan jiwa akibat kematian Rahayu. Dia sentiasa terkenang Rahayu. 25. Salmah memberitahu Faridah tentang Ghazali dan berharap Faridah dapat menerima Ghazali sebagai suami. 26. Azrul kekasih Rahayu, memilih untuk mencebur diri di bidang penternakan 27. Salmah terus mengalami tekanan jiwa . Dia sentiasa mengingati arwah Rahayu, 28. Faridah melahirkan kebimbangannya terhadap kesihatan Salmah kepada Ghazali suaminya. 29. Salmah akhirnya meninggal dunia setelah lama menderita kematian rahayu. 30. 25 tahun setelah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan warga New Zealand, Faridah tidak pernah pulang ke kampung halamannya di Sungai Besar, Malaysia. 31. Dia tinggal di Rosewood berdekatan Christchurch dan memiliki dua orang anak kembar , Melina dan Anne. 32. Anaknya Melina berkahwin dengan Benny seorang bangsa Arab warga Dubai 33. Dan mengikut suaminya berhijrah ke Marang, Terengganu. 34. Melina meneruskan minatnya melukis. Benny mula merapatkan diri dengan Mohammed Attar kerna kagum dengan kehebatan pengetahuan agama Islam yang dimiliki Mohamed Attar 35. Zain seorang penuntut bidang pertanian menjalinkan hubungan dengan Anne. 36. Di Christchurch pula Soleh Johnsons amat risau akan kegitan vandalisme terhadap umat Islam di situ dan bercadang meredakan keadaan dengan mengadakan jamuan bersama-sama penduduk tempatan. 37. Zain yang pulang bercuti ke Malaysia menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne kepada bapanya Datuk Azrul

38. Zain berkunjung ke rumah Faridah dan asal usul Faridah terbongkar. Zain dan Faridah berasaldari Sungai Besar. Zain menjemput Faridah pulang ke Sungai Besar .

39. Mohammed Attar cuba mengembangkan pengaruh militannya kepada Ustaz Syukri.

40. Melina mengingatkan Benny tentang sikap Mohammed Attar yang agresif tetapi disangkal oleh Benny. Benny beranggapan Mohammed Attar seorang yang warak dan mampu membimbing mereka ke arah kebaikan. 41. Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk menziarahi Melina yang sarat mengandung, membincangkan perkahwinan Zain dan Anne sambil bercuti di Cameron Highlands. 42. Faridah mendedahkan kisah Rahayu dan dirinya kepada Datuk Azrul. Faridah ingin kembali melihat kampung halamannya di Sungai Besar. 43. Benny menghilangkan diri setelah mendapat mesej penangkapan Mohammed Attar kerana kegiatan militannya. 44. Melina ke Cameron Highlands untuk bertemu Faridah dan Soleh Johnsons. Faridah telah dimaklumkan tentang kehilangan Benny.

PERUMITAN1. Benny mula terlibat dengan kegiatan militan Mohammed Attar tanpa sedar. 2. Melina mengalami tekanan perasaan apabila sering ditinggalkan oleh Benny berseorangan kerana kesibukan Benny. 3. Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Syukri dalam cara mereka memperjuangkan agama Islam. 4. Benny melarikan diri pada awal pagi meninggalkan Melina keseorangan di Marang , Terengganu setelah dimaklumkan Mohammed Attar telah ditahan kerana cuba meletupkan kasino di Pulau Sentosa. 5. Benny menaiki bot di tengah lautan yang disediakan oleh An Anbia Family Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia. 6. Melina tidak tahu tempat suaminya menghilang dan lebih merumitkan lagi apabila nama Benny tidak disenaraikan oleh polis Malaysia sebagai orang yang dikehendaki. 7. Mejar(B) Kamarudin berlaku curang kepada isterinya Slamah dan berkahwin dengan Hamidah. 8. Mejar(B) Kamarudin memisahkan Rahayu dengan Faridah apabila dia dipindahkan ke Pontianak menyebabkan Rahayu mengalami gangguan emosi pada awal perpisahan. 9. Faridah mengalami kekecewaan apabil putus tunang dengan Azman 10. Rahayu pengsan di perpustakaan dan akhirnya disahkan menghidap kanser paru-paru. 11. Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan hilang selama sebulan di dalam hutan tanpa dapat dikesan.

PUNCAKFaridah, Soleh Johnsons dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Anne dengan Zain. Kepulangan Faridah telah mempertemukan semula Faridah dengan Azrul dan kerinduan Faridah terhadap kampong halamannya Sungai Besar semakin mendalam. Mohamed Attar ditangkap oleh pihal interpol kerana cubaan meletupkan sebuah kasino di Pulau Sentosa. Pada masa yang sama Melina melaporkan kehilangan Benny kepada pihak polis di Marang, Terengganu. Perkahwinan Zain dan Anne yang melakar sejarah dua buah negara. Tetamu pelbagai bangsa dari luar Negara hadir. Hotel, rumah tumpangan, rumah rehat, calet sekitar Teluk Intan, Sabak Bernam dan Sungai Besar habis ditempah. Perkahwinan mereka mendapat liputan stesen televisyen..... Perkahwinan Dua Negara. Faridah merupakan insane yang paling gembira. Soleh dan Melina ke Dubai untuk bertemu Benny setelah dihubungi oleh keluarga Jaafar Al Anbia yang bertanggungjawab membawa Benny keluar dari Malaysia secara rahsia. Benny tidak boleh

meninggalkan Dubai kerana telah disenaraikan sebagai orang yang paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat. Melina menetap di Dubai bersama-sama Benny.

PELERAIAN1. Faridah pulang ke Sungai Besar . Pulang ke rumah ibunya. Menikmati dan mengenang semulakampung halamannya yang 25 tahun ditinggalkan

2. Soleh Johnsons dan Melina terbang ke Dubai untuk bertemu Benny .3. Segala persoalan terungkai...Benny menceritakan pelariannya selama dua minggu sebelum sampai ke Dubai melalui perancangan keluarganya di Dubai. 4. Anne dan Zain pulang ke New Zealand dan megambil alih perniagaan penternakan Soleh Johnsons. 5. Faridah dan Soleh Johnsons menetap di Camerons Hihglands. 6. Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan kawasan peranginan ala Inggeris berkonsepkan agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing. 7. Benny berjanji akan mempromosikan tempat peranginan tersebut di Dubai. 8. Melina melahirkan anak lelaki pewaris An Anbia. 9. Anne melahirkan anak kembar Melinda dan Rahayu(nama pilihan Faridah). 10. Bukit Kutu kekal menjadi hutan rizab binatang liar seperti Bukit Nanas, Kuala Lumpur 11. Faridah bersyukur kerana telah kembali ke tanah air dan berjanji membina jati diri bangsa. 12. Faridah berharap anak cucunya mewarisi jati diri bangsa dengan berpegang pada tali agama.

TEKNIK PLOT1. DIALOG Perbualan antara dua atau lebih daripada dua orang. Contohnya: Maafkan abang. Sebenarnya Rahayu ada kakak kembar. Namanya Faridah. Abang tak pernah beritahu begitu juga Rahayu...mungkin dia memendam rasa. Faridah tinggal bersama ibunya. Semalam dia kemalangan di Bukit Fraser, malangnya dia telah hilang. Kamarudin menceritakan seba sedikit, dia ingin ke tempat kejadian, memastikan apa yang sebenarnya berlaku. 1. MONOLOG seorang diri /bercakap dalam hati. Contohnya: Selamat tinggal Melina. Benny berbisik perlahan yang hanya didengarinya sendiri. (Muka surat 214) Sayang, kita akan jumpa datuk dan nenek, bisik Melina. (Muka surat 230) 1. IMBAS KEMBALI Contohnya: Faridah masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, dia membesar di kawasasan pantai Sungai Haji Dorani. Bramin dengan Rahayu mengutip lala dan kerang di pantai ketika emak mereka berniaga menjual pisang goreng. Keindahan itu tidak lama, ayah datang dan kemudian membawa Rahayu pergi bertahun-tahun. (Muka surat 101)

1. IMBAS MUKA Contohnya: Air matanya menitis. Terlihat emaknya sedang termenung di tangga, menghadap kehijauan sawah yang permai. Wajah tua itu penuh sayu, barangkali menantinya pulang. (Muka surat 12)

1. PEMERIAN Contohnya: Malam itu rumah Salmah terang-benderang. Lampu tambahan yang dipasang melimpahkan cahaya sehingga ke halaman. Rumah kayu di tengah sawah itu dikunjungi oleh orang kampung Parit Tiga. (Muka surat 13) 1. SUSPENS Contohnya: Saya dengar kakak orang Selangor juga, kata Datin Aisyah memulakan perbualan. tentu datin tertanya-tanya, balas Faridah tersenyum senang. Saya berasal dari Sungai Besar juga. Dari Kampung Parit Tiga. Masya-Allah, sekampung rupanya kita, balas Datul Azrul kagum. Maafkan saya, seperti biasa saya kenal... . Datuk Azrul berasa seperti pernah melihat Faridah sebelum ini. (Muka surat 205) E-mel berbahasa Arab itu tentunya amat mengejutkannya. Penuh dengan ayat-ayat yang merungkaikan maksud sebaliknya. Serta-merta dia memadamkan semua data yang penting dalamm computer peribadinya. Benny duduk terhenyak di hadapan meja kerja, merangka-rangka apa yang harus dilakukannya dan tindakannya. Benny tiba-tiba panik apabila mendapat yang menggunakan bahasa yang simbolik. (Muka surat 208) Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Hati Melina berdetik. Jantungnya berdebar-debar. Melina mendapat panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenalinya. (Muka surat 228)

1. KEJUTAN Contohnya :

Mungkin sudah takdirnya di sini, balas Datuk Azrul. Dia menghela nafas panjang. Kalau Faridah masih ingat pada arwah Rahayu... . Datuk kenal arwah adik saya? Datuk Azrul mengangguk lambat-lambat. Merenung wajah isterinya, meneliti jika ada riak-raiak kerisauan. Tentu Faridah ingat saya juga Azrul... .Wajah Faridah bertukar rona, terkejut dan senyuman tersenyum indah. Tentu saya ingat, arwah adik saya meninggal kerana barah paru-paru dan Azrul yang setia menemanya. Sayang saya tidak dapat bersama... . Datuk Azrul kenal arwah adik Faridah mengejutkan Faridah. (Muka surat 206) Hamidah memberitahu Kamarudin bahawa Faridah dilihat oleh Rahayu yang sedang sakit di hospital berada di perkampungan orang Asli. Kamarudin dan Buyung terkejut apabila diberitahu Faridah berada di perkampungan orang Asli sedangkan tiada perkampungan orang Asli di Bukit Kutu. (Muka surat 68)

Faridah dan Iqbal ditemui di perkampungan orang Asli Sungai Dua, jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser dan Bukit Kutu. Faridah dan Iqbal berada jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser (Muka surat 73) Penduduk Pekan Sungai Kubu terkejut dan gempar apabila mengetahui empang tempat melombong bijih diletupkan oleh Tuan Cecil Renking. Tuan Cecil Renking berani meletupkan lombong timah untuk membunuh buaya putih yang keramat. (Muka surat 83)

1. GAMBARAN PERISTIWA SERENTAK Dua atau beberapa peristiwa yang berlaku serentak dalam sesuatu masa Dalam novel ini, teknik ini digunakan untuk menunjukkan hubungan jiwa yang kuat dalam diri pasangan kembar Rahayu dan Faridah yang berpisah selama 14 tahun. KISAH 1 Rahayu terpandang skrin besar di hadapannya ketika berada di perpustakaan. Dia melihat dirinya menuju ke pengadang jalan. Pengadang jalan berkecai dan Rahayu terjunam ke dalamm gaung. Rahayu hanya melihat pucuk-pucuk kayu merimbun kehijauan lantas menjerit meminta tolong. Rahayu pengsan dan jatuh ke lantai. Pada masa yang sama, Faridah yang sedang memandu van menuruni Bukit Fraser dengan laju. Tiba-tiba Faridah menekan brek van secara tidak sengaja. Van yang dipandunya bergerak ke nana tidak dapat dikawal. Faridah melihat pengadang jalan di hadapannya, pandangannya berpinar-pinar melihat van melanggar tembok pengadang jalan. Faridah menjerit sekuat hati dan dia berasa kepalanya dirempuh dahan-dahan kayu dan tidak sedarkan diri. Ketika Rahayu berada di kampus bersama-sama Azrul, Faridah berada di Bukit Fraser mengurus program anak-anak istimewa , pada pagi yang sama. KISAH 2 Ketika Farisah pulang ke Sungai Besar menziarahi rumah pusaka yang ditinggalkan selama 25 tahun bersama-sama Anne dan Zain, Soleh Johnsons dan Melina berada di Dubai untuk menemui Benny bagi membincangkan masa depan Melina dan Benny.

WATAK DAN PERWATAKANWatak UtamaFaridah (Idah) Faridah ialah watak utama dalam novel ini. Dia berusia awal 20-an pada permulaan cerita dan berusia dalam lingkungan 50-an pada penghujung cerita. Tempat asalnya Kampung Parit Tiga, Sungai Besar, Selangor. Dia anak kepada Salmah dan Mejar (B) Kamaruddin. Faridah berperawakan menarik dan mempunyai lesung pipit seperti ibunya. Dia tinggal bersama dengan ibunya di Kampung Parit Tiga apabila ibu dan bapanya berpisah. Faridah kakak kembar Rahayu dan terpaksa berpisah dengan Rahayu apabila Rahayu dibawa pergi oleh ayahnya. Ketika mudanya, dia bekerja sebagai sukarelawan di Jabatan Kebajikan Masyarakat selama tiga tahun. Faridah berkahwin dengan Ghazali dan berhijrah ke New Zealand setelah ibu dan suaminya meninggal dunia.

Seterusnya, dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan menetap selama 25 tahun di New Zealand. Faridah mempunyai sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne. Dia penyayang. Buktinya, Faridah sangat sayang akan ibunya. Dia masih tinggal dengan ibunya walaupun sudah berkahwin. Faridah tabah menghadapi cabaran. Buktinya, walaupun melalui pelbagai cabaran seperti perpisahan dengan bapanya dan Rahayu, serta kematian adik, ibu, dan suaminya, namun dia tetap tabah. Akhirnya dia memperoleh kebahagiaan apabila berkeluarga dan menetap di New Zealand. Faridah sangat berpegang kuat pada adat,budaya dan agama. Buktinya walaupun sudah lama menetap di New Zealand dia masih berpegang kuat pada adat dan budaya Melayu serta Agama Islam.

Watak SampinganRahayu (Ayu) Dia berasal dari Kampung Parit Tiga, Sungai Besar, Selangor. Rahayu adik kembar Faridah. Dia pelajar Universiti Putra Malaysia dalam bidang pembangunan manusia. Dia anak kepada Salmah dan Mejar (B) Kamaruddin yang kemudiannya mengikut ayahnya yang berkahwin dengan Hamidah. Rahayu menghidap penyakit asma dan menderita penyakit kanser paru-paru. Dia memendamkan perasaan rindu pada ibu dan kakaknya di kampung. Ketika bermimpi, dia meminta kakaknya supaya pulang kerana rindu akan kakaknya itu. Rahayu berkawan rapat dengan Azrul dan berhasrat untuk mencapai impian mereka bersama sama. Apabila menyedari bahawa ajalnya semakin dekat, dia meminta Azrul supaya berjanji kepadanya untuk meneruskan impian mereka. Dia meninggal dunia akibat penyakit barah paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Satu. Azrul (Datuk Azrul) Tempat asalnya Kampung Parit Satu, Sungai Besar, Selangor. Bapanya bernama Haji Othman dan ibunya bernama Hajah Rahmah. Azrul pelajar Universiti Putra Malaysia dalam bidang pertanian. Dia merupakan aktivis dan pejuang alam sekitar. Semasa di pusat pengajian tinggi, dia menaja pertubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan. Dia menyertai aktiviti yang dianjurkan seperti ekspedisi penerokaan hutan kayu bakau dan pendakian gunung. Azrul berkawan rapat dengan Rahayu dan setia menanti Rahayu ketika Rahayu menjalani rawatan di hospital. Azrul menjadi usahawan yang berjaya dan bergelar Datuk atas usaha-usahanya dalam bidang pertanian. Isterinya bernama Aishah dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Zain. Dia menjadi besan Faridah dan Soleh Johnsons apabila Zain berkahwin dengan Anne. Azrul menjadi rakan perniagaan Soleh Johnsons apabila mereka mengusahakan Tanah Tinggi Lojing sebagai kawasan agropelancongan. Dia gigih dan kuat berdikari. Buktinya, sebaik sahaja menamatkan pengajian, Azrul ingin mengusahakan ternakan kambing. Dia tidak mengharapkan pekerjaan makan gaji. Usahanya yang gigih itu berjaya membuahkan hasil. Azrul berpandangan jauh. Buktinya, dia mahu supaya Zain belajar di luar negara untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat digunakan untuk memajukan bidang pertanian di tanah air. Azrul mudah diajak berbicara dan amat bertimbang rasa. Buktinya, Zain memilih untuk menyuarakan keinginannya kepada Azrul daripada ibunya tentang keputusan utnuk berkahwin dengan Anne. Salmah Dia ibu kepada Faridah dan Rahayu dan isteri kepada Mejar (B) Kamaruddin.

Salmah berpisah dengan Rahayu apabila bekas suaminya membawa Rahayu meninggalkannya. Usianya menjangkau 50 tahun dan selalu mengalami sakit-sakit badan kerana terlalu kuat bekerja. Salmah berketurunan Banjar dan mempunyai perawakan ynag menarik ketika muda : berkulit putih kemerah-merahan, bermata sepet, dan berlesung pipit. Dia bekerja sebagai penyambut tetamu di Calet Seri Buana, Pengkalan Balak dan disitulah dia berkenalan dengan Kamaruddin. Hidupnya susah apabila berpisah dengan suaminya, maka itulah sebabnya dia bekerja keras untuk membesarkan Faridah. Salmah ibu yang penyayang. Buktinya, dia sangat sayang akan Faridah dan mahu spupaya Faridah hidup bahagia bersama dengan Ghazali. Dia sukar menerima pemergian Rahayu. Buktinya, dia selalu terkenang akan arwah Rahayu dan selalu menyebut-nyebut nama Rahayu.

Watak-watak Lain Mejar (B) Kamaruddin ialah bapa kepada Rahayu dan Faridah serta bekas suami Salmah. Dia menjejaki Faridah yang hilang apabila van yang dipandunya jatuh ke dalam gaung. Hamidah ialah isteri kedua Kamaruddin dan sayang akan Rahayu, anak tirinya. Melina ialah anak kembar Faridah dan Soleh Johnsons. Dia berkahwin dengan Benny dan mempunyai seorang anak lelaki. Anne ialah anak kembar Faridah dan Soleh Johnsons. Dia berkahwin dengan Zain, anak Datuk Azrul dan mempunyai sepasanga anak kembar seiras yang diberi nama Rahayu dan Melinda. Benny ialah hartawan berketurunan Arab dan berkahwin dengan Melina. Zain, iaitu anak Datuk Azrul dan Datin Aishah menuntut di Universiti Lincoln. Dia berkahwin dengan Anne dan mengusahakan perniagaan bapa mentuanya di New Zealand. Ghazali ialah suami pertama Faridah. Dia mempunyai sifat bertanggungjawab dan meninggal dunia apabila terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. Mohamed Attar berasal dari Pakistan dan bersifat warak. Dia mempengaruhi Benny supaya menyertai kegiatan kumpulan militan.

LATARLatar Tempat1) Di perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia. Rahayu tiba-tiba menjerit dan jatuh pengsan di sini. Sebelum itu, Rahayu ternampak akan gambaran dia sedang melanggar pengadang jalan raya lalu jatuh ke dalam gaung. Faridah yang menyertai perkhemahan tahunan di sini telah terlibat dalam suatu kemalangan. Van yang dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam gaung ketika menuruni Bukit Fraser ke Pekan Raub. Rahayu yang tiba-tiba jatuh pengsan dirawat di sini. Doktor Susan telah mengesahkan bahawa Rahayu menghidap kanser paru-paru. Ada pelbagai peristiwa yang berlaku di sini. Di sinilah kampung halaman watak utama dan beberapa watak sampingan yang lain. Faridah dibesarkan di sini, manakala Rahayu, Salmah, serta Ghazali dikebumikan di sini.

2) Di Bukit Fraser.

3) Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

4) Di Sungai Besar, Selangor.

5) Di Bukit Kutu.

Mejar (B) Kamaruddin dan Buyung telah bermalam di puncak bukit ini semasa gerakan mencari Iqbal dan Faridah. Mejar (B) Kamaruddin dan Buyung tiba di perkampungan ini untuk mencari Faridah dan Iqbal. Mereka menemui Faridah dalam keadaan tidak sedar di rumah Tok Batin Senik. Faridah dan Iqbal yang ditemui oleh orang-orang Panglima Garang telah dibawa ke sini. Faridah dan Iqbal diberi sebuah bilik bersebelahan dengan Amah Siti. Benny dan Melina telah menginap di sini setibanya mereka dari New Zealand. Benny telah membeli sebuah banglo di sini. Melina banyak menghabiskan masanya di banglo ini dengan melukis. Melina telah pergi ke balai polis ini untuk melaporkan kehilangan suaminya, Benny. Di sini, Melina dimaklumkan tentang penangkapan Mohamed Attar. Faridah telah membina hidup barunya di sini. Dia yang sudah berkahwin dengan Soleh Johnsons telah menetap di sini selama 25 tahun.

6) Di Perkampungan Orang Asli Temuan

7) Di rumah Tuan Cecil Renking, Bukit Kutu.

8) Di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

9) Di Marang, Terengganu.

10)Di Balai Polis Marang.

11)Di Rosewood, Christchurch, New Zealand.

12)Di Auckland, New Zealand. Melina telah bertemu dan berkenalan dengan Benny di Gloria Coffee Bean. Perkenalan itutelah membawa mereka ke jinjang pelamin.

13)Di Cameron Highlands.

Faridah dan Soleh membeli sebuah banglo di sini setelah Faridah memutuskan untuk pulang ke Malaysia. Di sini, Faridah bertemu dengan Datuk Azrul ketika rombongan Datuk Azrul datang untuk membincangkan perkahwina Zain dengan Anne. Melina dan Soleh Johnsons ke sini untuk bertemu dengan Benny. Benny yang melarikan diri tanpa sebarang berita telah meminta maaf kepada Melina kerana meninggalkannya seorang diri.

14)Di Emirate Tower Hotel, Dubai.

Latar Masa1) Latar masa bagi novel Kabus Di Perbukitan adalah pada zaman sekarang dan zamanlampau.

2) Jalan ceritanya berlansung dalam jangka waktu lebih 25 tahun, iaitu ketika Faridah bekerjasebagai sukarelawan dan usianya ketika itu, awal 20-an hingga dia pulang semula ke tanah air setelah 25 tahun menetap di New Zealand.

3) Ketika Faridah berada dalam keadaan koma, dia terperangkap dalam zaman lampau, iaitusekitar tahun 1900-an.

4) Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu awal pagi, pagi, petang, senja dan malam. Cikgu Raduan menelefon Mejar (B) Kamaruddin untuk memaklumkan berita kehilangan Faridah. Rahayu bangun pukul 6.00 pagi dan berada di perpustakaan pukul 8.00 pagi. Operasi mencari Faridah dan Iqbal terpaksa diberhentikan kerana hari sudah petang. Melina menikmati keindahan laut pada waktu senja dari beranda banglonya di Marang.

Majlis bacaan surah Yaasin diadakan di rumah Salmah pada waktu malam.

Latar Masyarakat1. Masyarakat pelajar universiti yang bersemangat tinggi dan berwawasan. Azrul dan Rahayu memasang impian untuk bekerja sendiri apabila tamat pengajian mereka di Universiti Pertanian Malaysia. Faridah yang pada mulanya berkursus di New Zealand terus menetap di sana apabila berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dikurniai sepasang cahaya mata kembar seiras. Masyarakat Kampung Parit Tiga mengadakan bacaan surah Yaasin di rumah Salmah apabila mengetahui tentang kehilangan Faridah.

2. Masyarakat melayu yang berhijrah dan menetap di negara asing.

3. Masyarakat kampung yang mengamalkan semangat bermasyarakat.

4. Masyarakat yang ekstrem dalam memperjuangkan agama dan sanggup bertindakluar batasan. Mohamed Attar tertangkap ketika ingin menjalankan misinya mengebom Pulau Sentosa.

5. Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga.

Kamaruddin yang sudah berkeluarga telah mengadakan hubungan dengan Hamidah. Setelah berkahwin dengan Hamidah, Kamaruddin berpisah dengan Salmah. Penceraian tersebut menyebabkan Rahayu berpisah dengan ibu dan kakak kembarnya. Rahayu disahkan menghidap kanser. Dia menjalani rawatan kemoterapi dan tabah mengharungi penderitaan. Walaupun 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap berpegang kuat pada adat, budaya, dan ajaran Islam. Masyarakat di Christchurch bekerjasama mengadakan majlis sambutan hari raya. Berkat kerjasama tersebut, majlis itu berjalan dengan lancar dan meriah.

6. Masyarakat yang tabah melawan penyakit kronik.

7. Masyarakat yang kuat berpegang kepada adat, budaya, dan agamanya.

8. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama dan saling membantu.

GAYA BAHASAj

NILAI KETEGUHAN JATI DIRI BANGSA DAN AGAMA Faridah masih kental jati diri Melayunya walaupun telah tinggal di New Zealand selama 25 tahun. Dia masih makan makanan Melayu iaitu kari malah anaknya Anne meminta dia memasak kari. Faridah masih mengekalkan panggilan nama Melayunya Idah- nama yang dipanggil oleh suaminya Soleh Johnsons. Faridah masih mendengar lagu-lagu Melayu melalui internet.

Datul Azrul sering berpesan kepada anaknya Zain, agar tidak melupakan kampung halaman dan pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian di New Zealand. Melina dan Benny masih berpegang kuat pada ajaran agama iaitu mereka berkahwin setelah saling menyayangi alupun baru 2 minggu berkenalan. Faridah dan Soleh Johnsons menghantar Anne dan Melina bersekolah agama di sekolah rendah yang terletak 30km dari Rosewood pada sebelah petang. Datuk Azrul solat berjemaah subuh dan mendengar ceramah agama di surau kampungnya. Soleh Johnsons mengusahakan pusat penyelembihan untuk membekalkan daging halal kepada umat Islam di New Zealand. KASIH SAYANG Salmah amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenang-kenangkan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser. Hamidah menyayangi anak tirinya Rahayu yang dibela sejak berusia 7 tahun, menjaga Rahayu yang sakit di hospital . Benny amat menyayangi Melina. Melina dibawa tinggal di Dubai kerana Benny tidak lagi boleh keluar dari Dubai setelah tersenarai sebagai militant oleh Amerika Syarikat. Faridah amat menyayangi keluarganya (Soleh Johnsons, Anne dan Melina) sehingga tidak pernah meninggalkan mereka setelah 25 tahun berhijrah ke New Zealand Faridah amat menyayangi ibunya Salmah sehingga terlalu sedih selepas Salmah meninggal dunia. KETABAHAN/KECEKALAN Faridah tabah menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons. KEBERANIAN Kamarudin berani meredah hutan tebal Bukit Kutu bersama-sama buyung semata-mata mahu mencari anaknya Faridah dan Iqbal yang hilang selepas terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke Raub. Melina berani memandu seorang diri dari Marang Kuala Terengganu ke Bukit Cameron Highlands untuk bertemu ibunya Faridah. KEBIJAKSANAAN Datuk Azrul membuat keputusan yang bijak apabila menceburi bidang pertanian selepas tamat pengajian dari UPM. BERTANGGUNGJAWAB Kamarudin seorang bapa yang bertanggungjawab. Walaupun hampir 14 tahun tidak bersua dengan Faridah, dia tetap berusaha mencari Faridah yang hilang dalam hutan. Ghazali seorang majikan Faridah yang bertanggungjawab. Ghazali seorang pegawai JKM berada bersama-sama pasukan pemyelamat di Rumah Rehat Gap semasa poerasi mencari Faridah dan Iqbal. KEPRIHATINAN Azrul amat prihatin dengan isu alam sekitar. Azrul menyertai kempen Save Our RiverS.O.S di KLCC anjuran Persatuan Pencinta Alam Soleh Johnsons tidak mahu mengusahakan kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing kerana tidak mahu merosakkan ekosistem alam semula jadi sebaliknya membina kawasan peranginan berkonsep semula jadi iaitu kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga. Soleh Johnson amat pritahin akan keinginan Faridahuntuk ;pulang ke kampung halamannya di Malaysia. Dia, akhirnya berhijrah ke Cameron Highlands bersama-sama Faridah. KESETIAAN Melina seorang isteri yang setia. Dia berhijarh ke Malaysia mengikut Benny yang bertugas di Marang Trengganu.

Melina seorang isteri yang setia, berhijrah ke Dubai kerana perlu berada di sisi Benny yang telah pulang ke Dubai kerana disyaki sebagai militan.

KETAATAN kepada agama Faridah taat akan ajaran agama. Bangun bersembahyang Subuh . Melina mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny selepas berkenalan selama 2 minggu kerana masih berpegang kuat pada ajaran Islam setelah dipelawa oleh Benny untuk ke Malaysia selama tiga bulan BERBUDI BAHASA Zain seorang pemuda yang berbudi bahasa. Dia menziarahi Faridah untuk berkenalan dengan keluarga Faridah dan menyampaikan salam daripada kedua-dua orang tuanya di Malaysia. KEPASRAHAN/KEREDAAN pada takdir tuhan Soleh memberitahu Anne, segala yang berlaku dalam keluarga mereka merupakan ketentuan Allh SWT apabila Anne bertanya sebab Faridah meninggalkan kampung halamannya 25 tahun dahulu. Penghijrahan Faridah menjadi penyebab kelahiran Anne ke dunia

PENGAJARAN Kita mesti mempunyai jati diri yang kental terhadap bangsa sendiri. Faridah masih mengekalkan idenditi bangsa Melayunya walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand iaitu masih menggunakan nama Idah. Kita mesti meletakkan pegangan agama sebagai asas kehidupan untuk berjaya dalam hidup Soleh Johnsons berjaya menjadi pengusaha ternakan dan penyembelihan cara Islam di New Zealand . Dia amat dikenali dalam kalangan 30.000 orang Muslim di New Zealand. Kita mesti memulihara alam semula jadi agar kerosakan ekologi dapat dikurangkan Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu mengusahakan ladang sayur demi kelestarian Tanah Tinggi Lojing, sebaliknya mengusahakan pusat peranginan berkonsep agropelancongan. Bukit Kutu kekal menjadi Hutan Rizab Hidupan Liar yang telah diwartakan sejak zaman pemerintahan British. Kita mesti berwawasan jauh untuk mencapai kejayaan Azrul seorang graduan yang berpandangan jauh tentang masa depan bidang pertanian di negara ini. Azrul menyatakan hasratnya untuk menternak kambing selepas tamat pengajian kepada ayahnya setelah melihat pasaran kambing yang tinggi bagi majlis akikah, korban, majlis menyambut kelahiran dan kegunaan masyarakat Hindu. 25 tahun kemudian Azrul bergelar Datuk Azrul setelah berjaya memajukan industri pertanian melalui ladang sendiri dan Pertubuhan Peladang. Kita mesti berfikiran terbuka untuk mencapai kejayaan Datuk Azrul menghantar anaknya Zain belajar dalam bidang pertanian di New Zealand untuk mengalami sendiri perbezaan cara hidup masyarakat New Zealand yang jauh lebih maju di bidang pertanian dan membezakannya dengan sikap masyarakat tempatan yang tidak berubah walaupun negara sudah maju. Datuk Azrul terpaksa berusha gigih meyakinkan penduduk Merbau Berdarah agar menyatukan kebun-kebun mereka untuk membentuk mini estet kelapa sawit dan buahbuahan

Kita mesti yakin sektor pertanian mampu memajukan Negara Datuk Azrul memberitahu Zain bahawa semaju mana pun negara jika tanpa hasil tani, rakyatnya tidak dapat meneruskan kehidupan. New Zealand, negara tempat Faridah bermaustatin merupakan negara pertanian dan penternakan biri-biri yang maju. Suaminya Soleh Johnsons mengusahakan industri penternakan dan penyelembihan yang berjaya di Christchurch. Kita mesti beradab dan menghormati golongan tua/veteran Faridah menziarahi Pak Talib berusia 80/90 tahun pengusaha belacan semasa pulang ke Sungai Besar. Benny menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons untuk menyampaikan hasrat melamar Melina sebagai isteri Zain menziarahi Faridah untuk berkenalan dengan keluarga Anne setelah berhasrat untuk mengahwini Anne. Kita jangan mengabaikan adat budaya bangsa dalam kehidupan Zain menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne gadis kacukan Inggeris Melayu kepada ayahnya bagi mendapatkan persetujuan bapa dan ibunya. Datuk Azrul dan Datin Aisyah menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons di Cameron Highlands untuk berbincang dan mengurus perkahwinan Zaindan Anne. Kita mesti ingat asal usul keturunan kita Faridah sentiasa bercerita tentang sawah bendang, pokok kelapa di kampung halamannya Sungai Besar kepada Melina dan Anne. Melina ingin ke Sungai Besar untuk melihat kampung halaman ibunya dan menjejak warisannya yang dirasakan semakin hilang. Kita mesti mengamalkan cara hidup yang sederhana dan harmoni demi keamanan negara/ berlemah lembut apabila menasihati maasyarakat Ustaz Hassan Syukri menyampaikan ajaran agama Islam dengan lemah lembut Ustaz Hassan Syukri memberitahu Mohamed Attar orang Melayu Islam di Malaysia mengamalkan cara hidup yang sederhana dan sentiasa berlemah lembut. Kita hendaklah berhati-hati memilih kawan Benny terperangkap dalam kumpulan militan Mohammed Attar yang dikenalinya semasa bertugas di Marang. Kepetahan Mohammed Attar berhujah memikat Benny yang masih kurang ilmu pengetahuan Islam tanpa menyedari Mohammed Attar ialah seorang anggota kumpulan militan. Kita hendaklah bijak membuat keputusan apabila berada dalam kesusahan Melina bertindak melaporkan kehilangan suaminya Benny kepada pihak polis dengan segera setelah Benny tidak pulang ke rumah selama empat hari. Tindakan bijaknya menyebabkan pihak polis mengeluarkan perintah perlindungan keselamatan kepadanya. Kita mesti ada sifat tolak ansur dalam hidup berkeluarga Soleh Johnsons bersetuju untuk tinggal di Cameron Highlands setelah Anne berkahwin dengan Zain . Soleh Johnsons mengikut hasrat Faridah untuk tinggal di Cameron Highlands (menetap di Malaysia) Kita jangan terlalu taksub dengan satu-satu pendapat dan pegangan sehingga menjejas keamanan dan keselamatan orang lain Mohammed Attar seorang juruterbang helikopter di syarikat tempat Benny bertugas ialah seorang yang tahfiz Al Quran dari Madrasah al-Husaini, Islamabad , mahir tentang rukun Islam, tauhid tetapi amat benci akan Amerika yang dianggap petualang. Dia dipercayai oleh polis republik mahu mengebom kasino yang baru dibina di Pulau Sentosa tetapi berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa republik tersebut.

Mohammed Attar tidak dapat menerima pendapat Ustaz Hassan Syukri yang menekankan unsur lemah lembut dalam berdakwah dan menegur orang lain.

Kita mesti prihatin akan kesusahan orang lain yang berada di sekeliling kita Azrul sentiasa menemani Rahayu yang sakit di HUKM Pasukan polis Raub menjalankan operasi mencari Faridah dan Iqbal yang hilang selepas kemalangan. Ghazali seorang majikan yang prihatin akan keselamatan Faridah dan Iqbal. Ghazali bermalam di Rumah Rehat Gap untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Faridah dan Iqbal