novel

5
NOVEL - kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di Malaysia pada awal abad ke 20. Istilah ini berasal dari perkatann novella dalam bahasa Itali yang membawa maksud “perkhabaran baru” atau “cerita pendek”. - Ian Watt ( 1972) mendefinisikan novel sebagai laporan yang lengkap lagi tulen tentang pengalaman manusia dan kerana itu mempunyai tanggungjawab untuk memuaskan pembacanya dengan memberikan perincian-perincian cerita menegenai pelaku, waktu, tempat, peristiwa. ELEMEN-ELEMEN YANG MEMBINA NOVEL a) Tema dan Persoalan

Upload: mohd-farid

Post on 19-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ddd

TRANSCRIPT

Page 1: Novel

NOVEL

- kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di Malaysia pada awal abad ke 20. Istilah ini berasal dari perkatann novella dalam bahasa Itali yang membawa maksud “perkhabaran baru” atau “cerita pendek”.

- Ian Watt ( 1972) mendefinisikan novel sebagai laporan yang lengkap lagi tulen tentang pengalaman manusia dan kerana itu mempunyai tanggungjawab untuk memuaskan pembacanya dengan memberikan perincian-perincian cerita menegenai pelaku, waktu, tempat, peristiwa.

ELEMEN-ELEMEN YANG MEMBINA NOVEL

a) Tema dan Persoalan

- idea atau persoalan pokok yang mengawal sesebuah karya.

b) Plot

- sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sesebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak-watak dalam cerita.

Page 2: Novel

- Pergerakan cerita berdasarkan hukum sebab dan akibat.

- Penyusunan cerita tidak semestinya mengikut keadaan biasa iaitu kronologi.

- Pembinaan plot harus ada kesatuan dan logik supaya lebih meninggalkan kesan.

c) Watak Dan Perwatakan

- pelaku-pelaku atau manusia yang diberikan sifat-sifat tertentu termasuk perangai dan pemikiran yang dikenal melalui percakapannya, iaitu dialog dan apa yang mereka lakukan iaitu aksi.

- Watak boleh berubah dan pelbagai.- Perwatakan umumnya merangkumi fungsi-fungsi

watak yang protagonis dan antogonis. Ini jelas pada ciri atau sifat watak yang dikemukakan dan cara pengarang mengemukakannya.

d) Latar

- merujuk kepada ruang tempat dan ruang waktu.- Latar berperanan memberikan suasana kepada

peristiwa dan manusia.

Page 3: Novel

e) Gaya Bahasa

- gaya penggunaan bahasa pengarang yang hampir tepat dengan idea-idea yang ingin disampaikannya.

- Dalam gaya bahasa memperlihatkan berbagai-bagai unsur yang dapat dikatakan sebagai unsur hiasan, bertenaga, puitis dan sebagainya.

f) Nilai Pengajaran

- juga dikenali sebagai unsur moral.- Berkaitan dengan kesedaran dan kefahaman

untuk membezakan antara yang betul dan yang salah.

- Jelasnya moral bermaksud pengajaran yang baik yang dipaparkan melalui cerita atau peristiwa dalam sesebuah karya itu.