notes

2
8 bits =I byte Menjelaskan fungsi dan kaitan antara bahagian utama computer termasuk unit system, peranti input, peranti output(printer) dan storan(hard disk, pen drive). Mengenal pasti dan manyatakan fungsi komponen unit system termasuk unit pemprosesan pusat, modul ingatan, kad tambahan dan port I/O Mengenal pasti dan menyatakan fungsi beberapa peranti input, peranti output Pemprosesan IO port Fire port Input/ output device for disables Extension files Struktur Mikropemproses Secara keseluruhannya, penerangan ini tidaklah terlalu penting bagi kebanyakan pengguna, tetapi bagi anda yang ingin memahami tentang teknologi mikropemproses terkini, sedikit sebanyak ia boleh membantu anda dalam membuat perbezaan antara pengeluar-pengeluar mikropemproses terkemuka dunia seperti Intel, AMD, SUN, Motorola, IDT, DEC, NEC dan sebagainya. Kelajuan Jam (Clock Speed) Asasnya kelajuan jam ialah sekerap mana CPU "berdetik" dalam sesaat. Setiap kali ia berdetik (anda tidak akan mendengar detikan) setiap satu arahan akan dilaksanakan. Kelajuan jam ditentukan dalam MHz, di mana bersamaan seribu pusingan (cycles) dalam sesaat. Oleh itu, CPU yang berkelajuan 900MHz akan berdetik 900 ribu kali dalam sesaat. Meskipun kelajuan jam bukanlah penentu utama kepada faktor kepantasan sesebuah komputer, tetapi ia cukup mengkagumkan. Semakin laju detikan ini, semakin pantas komputer anda akan bekerja. Sebab itu jika anda bercadang untuk membeli komputer, pilihlah pemproses yang berkelajuan tinggi. Unit Kawalan (CU) Unit kawalan atau CU ialah unit di dalam CPU yang berfungsi sebagai penjemput (fetch) arahan atau data dari memori. Masa yang diambil untuk membuat jemputan ini dipanggil I-Time. Setelah arahan dijemput, CU akan menukar (translate) arahan dalam bentuk arahan yang difahami oleh komputer. Kemudian ia akan menjalankan (execute) arahan ni.

Upload: yingying1102

Post on 17-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mt

TRANSCRIPT

8 bits =I byteMenjelaskan fungsi dan kaitan antara bahagian utama computer termasuk unit system, peranti input, peranti output(printer) dan storan(hard disk, pen drive).Mengenal pasti dan manyatakan fungsi komponen unit system termasuk unit pemprosesan pusat, modul ingatan, kad tambahan dan port I/OMengenal pasti dan menyatakan fungsi beberapa peranti input, peranti output PemprosesanIO portFire port

Input/ output device for disablesExtension filesStruktur MikropemprosesSecara keseluruhannya, penerangan ini tidaklah terlalu penting bagi kebanyakan pengguna, tetapi bagi anda yang ingin memahami tentang teknologi mikropemproses terkini, sedikit sebanyak ia boleh membantu anda dalam membuat perbezaan antara pengeluar-pengeluar mikropemproses terkemuka dunia seperti Intel, AMD, SUN, Motorola, IDT, DEC, NEC dan sebagainya.

Kelajuan Jam (Clock Speed)Asasnya kelajuan jam ialah sekerap manaCPU"berdetik" dalam sesaat. Setiap kali ia berdetik (anda tidak akan mendengar detikan) setiap satu arahan akan dilaksanakan. Kelajuan jam ditentukan dalamMHz, di mana bersamaan seribu pusingan (cycles) dalam sesaat. Oleh itu,CPUyang berkelajuan 900MHz akan berdetik 900 ribu kali dalam sesaat.Meskipun kelajuan jam bukanlah penentu utama kepada faktor kepantasan sesebuah komputer, tetapi ia cukup mengkagumkan. Semakin laju detikan ini, semakin pantas komputer anda akan bekerja. Sebab itu jika anda bercadang untuk membeli komputer, pilihlah pemproses yang berkelajuan tinggi.

Unit Kawalan (CU)Unit kawalan atauCUialah unit di dalamCPUyang berfungsi sebagai penjemput (fetch) arahan atau data dari memori. Masa yang diambil untuk membuat jemputan ini dipanggil I-Time. Setelah arahan dijemput,CUakan menukar (translate) arahan dalam bentuk arahan yang difahami oleh komputer. Kemudian ia akan menjalankan (execute) arahan ni. Masa yang digunakan untuk menjalankan arahan ini dipanggil E-Time di mana ia disukat dalamIPC. Setelah proses menjalankan arahan ini selesai,CUakan menyimpan keputusan maklumat ke dalam memori.

Unit Aritmetik dan Logik (ALU)Unit Aritmetik dan Logik atau (ALUberfungsi sebagai unit pengira atau kalkulator dalamCPU. (ALUyang bekerjasama denganCUakan memastikan setiap arahan yang diperolehi dari memori akan dikira menggunakan operasi arimetik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. (ALUjuga boleh membuat perbandingan data dengan menggunakan operasi logik seperti AND, OR, NOT, NAND, NOR dan EX-OR. (ALUialah unit terpenting dalamCPUkerana jika terdapat kerosakan pada unit ini, akan berlakunya ralat padaCPU.

Memori CacheMemori cache ialah memori berkelajuan tinggi yang digunakan olehCPUuntuk menyimpan maklumat yang diperlukan. JikaCPUingin menyimpan sesuatu data, ia akan menyimpan di dalam cache (cache hit). Dalam kaedah lain ia juga perlu untuk menyimpan data di luar dari kawasan cache (cache miss), di mana ia akan menyimpan ke dalamDRAM.Walaupun memoriDRAMsangat pantas, tetapi ia tidak dapat menampung data yang diperlukan dengan cepat kerana memori cache dibina berdekatan denganCPU. Oleh itu kebanyakanCPUdidatangkan dengan memori cachenya yang tersendiri bagi membolehkanCPUmelaksanakan tugas dengan cepat. Terdapat 3 peringkat (level) cache iaituL1,L2danL3. Kelajuan cache diukur dalamnsdi mana makin rendahnssemakin laju prestasi memorinya. Selain cache digunakan untuk menyimpan data, ia juga diwujudkan untuk menyembunyikan kelajuan yang tidak sekata (mismatch) antaraCPUdanDRAM.

Pendaftar (Register)Pendaftar pula ialah memori kecil yang digunakan untuk memegang data semasa data dimanipulasikan olehALU. Terdapat banyak sub-unit bagi register antaranya ialahIAR,PC,MAR,GPR,ACCdan lain-lain.

Secara ringkasnya,CPUialah komponen yang utama bagi sesebuah komputer . Ia terdiri daripada sub-komponen seperti Unik Kawalan (CU), Unit Aritmetik dan Logik (ALU) dan Memori Cache bagi membentuk pasangan pemproses-ingatan yang lengkap.