notes 5 program adhoc/prostar pendidikan kesihatan

Click here to load reader

Upload: valleriejirum

Post on 24-Apr-2015

413 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Notes 5 program adhoc/prostar pendidikan kesihatan

TRANSCRIPT

PROGRAM ADHOC DAN PROSTAR

PROGRAM ADHOC

PENGENALAN DAN KONSEP Program Ad-Hoc ialah program sementara yang

dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk tujuan sementara sahaja. Program ini pada kebiasaannya diadakan secara

tiba-tiba mengikut isu/ keadaan semasa terutamanya yang melibatkan sekolah. Secara umumnya, program ADHOC ini boleh

dilaksanakan sekali gus dengan program yang telah dirancang atau aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam takwim sekolah.

ADHOC juga digunakan untuk menggambarkan

jenis tertentu jawatankuasa yang dilantik. Jawatankuasa yang ditubuhkan ini adalah bertujuan

untuk berurusan dengan isu tertentu dan jawatankuasa ini akan dibubarkan setelah masalah atau isu telah di atasi atau diselesaikan. Jawatankuasa bertindak ini akan memberikan

tindakan sementara untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan menerusi proses biasa dari organisasi milik panitia.

Pada kebiasaannya, jawatankuasa ini digunakan

secara sementara seperti kawalan sementara isu atau perlembagaan organisasi tersebut. Organisasi ADHOC mungkin memiliki beberapa kes,

tempoh masa yang cukup panjang atau mungkin tidak terhad kewujudannya. Dalam kes seperti ini, sebuah kumpulan kerja awal

atau perbincangan dapat memberikan kedudukan yang kekal sebuah organisasi.

Sebagai kesimpulannya, program ADHOC

merupakan satu program yang diadakan oleh pihak sekolah bagi menangani sebarang isu yang timbul secara tiba-tiba dengan menubuhkan satu pasukan jawatankuasa yang bertanggungjawab sepenuhnya mengatasi isu atau masalah yang timbul.

MATLAMAT PROGRAM ADHOC Memberi kesedaran kepada semua warga

sekolah tentang bahaya wabak penyakit yang sedang menular. Memberi pendedahan semua warga tentang

cara-cara mencegah wabak sesuatu penyakit itu daripada merebak. Mengamalkan langkah mencegah penyakit yang

merebak daripada berjangkit.

Memberi pengetahuan mengenai amalan

kebersihan dan kesihatan persekitarandan impak kepada diri. Memberi pengetahuan tentang aspek kesihatan

yang perlu diambil kira semasabencana alam berlaku seperti banjir, kemarau, tsunami atau musim tengkujuh.

PELAKSANAAN PROGRAM ADHOC Menampal bahan bacaan mengenai H1N1 di

setiap kelas Memastikan setiap tandas bersih Menekankan penggunaan sabun antiseptik semasa mencuci tangan Kempen memakai topeng muka Mengelakkan berkongsi barangan seperti tuala, minuman.

PROSTAR

PENGENALAN AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda

umat manusia. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan

penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun

1986. Sejak itu jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertambah setiap tahun.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan

Malaysia, lebih 40% daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan

tingkah laku dan cara hidup individu. Dua cara jangkitan utama yang dikenal pasti adalah

melalui hubungan seks dan perkongsian jarum suntikan dadah. Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak dalam

kalangan remaja yang boleh menjurus kepada

Perkembangan negatif di atas, sekiranya tidak

dibendung dengan segera akan menjadi lebih buruk dan seterusnya akan memburukkan lagi masalah AIDS. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan yang

khusus untuk golongan remaja perlu dijalankan.

KONSEP PROSTAR adalah singkatan kepada Program Sihat

Tanpa AIDS untuk Remaja.

Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha

menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada

tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh

Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan

manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama. PROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui

Remaja, Untuk Remaja. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang

berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS, mereka dilatih untuk menjalankan

pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain.

Sekolah perlu mengadakan kelab ini bagi

membendung gejala sosial daripada berleluasa. Hal ini kerana, murid-murid masa kini perlu dididik,

dibimbing dan didorong ke arah remaja bermaklumat, berketerampilan dari segi ketahanan diri dan mental bagi menghadapi tekanan persekitaran serta prihatin dan bertanggungjawab dalam menghadapi masalah sosial yang melanda remaja. Dengan adanya PRS yang juga merupakan rakan

sebaya kepada murid-murid yang bermasalah ini mereka akan mudah didekati melalui teman.

OBJEKTIF Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan

bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan pengawalannya. Menyemai sikap positif di kalangan remaja agar prihatin akan

masalah HIV yang dikaitkan dengan gejala sosial yang melanda remaja masa ini. Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat,

serta menghindari tingkah laku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV. Membentuk golongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke

arah cara hidup sihat dan menggerakkan remaja agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS Melahirkan golongan PRS yang berperanan sebagai

sukarelawan khidmat sosial dalam memberi khidmat

PELAKSANAAN PROSTAR Melalui promosi menggunakan media massa bagi

menyebarkan maklumat secara meluas. Melalui latihan PROSTAR iaitu remaja akan menjalani

latihan secara intensif menggunakan modul latihan khas mengikut kumpulan sasar. Latihan PROSTAR ini dijalankan di peringkat sekolah,

daerah dan negeri serta diawasi oleh Pegawai AIDS Negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri.

Kaedah penyampaian PROSTAR juga melalui

kelab PROSTAR. Kelab ini akan menguruskan pendaftaran,

merancang dan melaksanakan aktiviti. Seterusnya, kelab ini merupakan satu premis yang diwujudkan sebagai tempat pertemuan ahliahli PROSTAR untuk merancang dan berbincang serta menggerakkan aktiviti pendidikan HIV/AIDS.

AKTIVITI-AKTIVITI Ceramah Pameran Kempen kesedaran AIDS Kem-kem motivasi Sesi kaunseling remaja Latihan PRS PROSTAR Membuat promosi di Laman Web PROSTAR

TAMAT