note catan

Upload: noor-hayati

Post on 07-Jul-2015

404 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Characters: 4001 document_comme 4gen

Bottom of Form Share & Embed Add to Collections Download this Document for Free Auto-hide: off Nota ringkas Catan (Seni Halus) 1. Catan adalah proses menggambar dan menggun akan warna untuk disapu di ataspermukaan yang rata2. Melalui aktiviti mewarna, seseorang itu dapat meluahkan perasaanya denganmerakamkan sesuatu gambaran dalam bentuk imej.3. Nama pelukis terkenal Malaysia ialah Abdullah Arif, Yong Mun Seng, Latif Mohidin,Ibrahim Hussein, Ahmad Khalid Yusof, Ismail Mustam dan ramai lagi.4. Sejarah awal catan bermula pada dinding gua. Mereka menggunakan pelbagai jenisbahan seperti tanah, lemak haiwan, putih telur atau tumbuh -tumbuhan.5. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat catan seperti cat air, cat poster, catminyak, cat tempera/cat arkrilik dan fresko.6. Dalam menghasilkan catan, terdapat penggunaan teknik yang lain. Campuran b ahanbahan lain seperti penggunaan lilin, pemadam, garam, berus gigi dan sebagainya.Campuran bahanbahan tersebut akan memudahkan lagi penghasilan sesuatu catan.7. Sejarah catan melalui banyak pendekatan dan zaman: a)ZamanPrasejarahdan catan purba b)ZamanPertengahan c) Zaman Renaissanced)Baroquee) Neo-Klasikal f)Non-Romantik g) Impressionismeh) Gerakan Post-Impressionismei) Kiubismej) Ekspressionismek) PostEkspressionismel) Futurismem)Dadaismen) Surealismeo) Seni moden (Seni Pop dan Op)

Maksud Catan. Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (ataumediu m) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) sepertikert as, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakankerja yan ya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Perkataanlukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam rencana ini. Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada permukaan untuk sebab artistik, dianggap salah satu pekara penting dalam bentukseni. Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak.

Apakah yang ditampilkan dalam setiap aliran dan gaya-gaya catan tersebut?? Aliran Realisme. Pada era realisme, Setiap karya yang dihasilkan memerlukan fokus dan kreativiti yang tinggi bagi menghasilkan sebuah karya yang bermutu tinggi dan mempunyai nilai estetiknya yang tersendiri.Setiap karya yang dihasilkan membawa maksud sebuah seni yang serius dan mendalam.Ini bermaksud setiap karya pelukis ketika itu dihasilkan dengan mempunyai agenda yang tersendiri dan bukan dihasilkan semata-mata untuk hiburan atau untuk satu produk yang boleh dinilaikan dengan wang. Pada masa itu diselitkan dengan mesej perjuangan dan keinsafan,lukisan pada masa itu menjadi medium untuk menyampaikan mesej dan propaganda pelukis pada masyarakat umum pada masa itu.

Kiubisme: Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga. Ekspressinisme: Menolak cirri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus. Impressionisme: Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih- tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna/cahaya serta watak- watak alam.

Mengutamakan suasana yang dilihat misalnyapagi, petang, malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontantentang apa yang dilukis. Pos-Impressionis: Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan tentang struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni. Berlandaskan hukum pembalikan cahaya tetapi harus memberi ruang penyataan diri Dadaisme: Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep kemusnahan juga merupakan penciptaan. Seni Pop: Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal juga dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Pop ialah ialah warna yang terang pada permukaan yang berbidang besar. Konsep New Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

Pelukis , Pertubuhan Seni Dan Karya Tempatan. Antara tokoh penting dalam dunia seni visual moden Malaysia ialah Abdullah Ariff yang sangat dikenalai dengan lukisan-lukisan cat airnya. Beliau dilahirkan pada bulan Jun 1905 di Pulau Pinang. Bertugas sebagsi guru Seni Lukis di Sekolah Anglo Chinese, Pulau Pinang, beliau banyak memberi sumbangan sebagai penyelia seni, pengerusi bahagian kesenian Kesatuan Guru Pulau Pinang pada tahun 1949 serta ahli Penang Impressionist tahun 1932. beliau telah berkhidmat sebagai Kaunselor Majlis Bandaran Pulau Pinang dari ahun 1955-1957. beliau juga

adalah satu- satunya seniman pelukis tempatan yang terpilih dan dicatatkan di dalam buku The Leader of Malaya and Whos Who 195,6 sehingga lima tahu berturu-turut oleh pelukis dan penerbit oleh J. Victor Morais. Karya-karyanya elah dipemerkan di Singapore, Hong Kong, Austria, Australia, Amerika, England,India dan Norway. Di Amerika pengkritik seni telah mengitiraf karyakaryanya dengan gelaran Ariff Style. Karya-karya catan cat airnya telah banyak dianalisis oleh pengkritik seni di Malaysia seperti T.K Sabapathy, Piyadasa, Zakaria Ali dan Muliayadi Mahamood.

A. KAJIAN BAHAN (WARNA) Jenis-jenis Warna. Warna Asas Tiga warna asas. Merah,Biru,kuning Warna asas adalah warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia juga adalah warna yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai warna primer. Warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu merah, biru dan kuning. Warna sekunder WARNA ASAS 1 Merah Kuning Biru Warna Tertier Warna tertier adalah campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6 warna. WARNA ASAS Kuning Kuning Merah Merah Biru Biru CAMPURAN + + + + + + WARNA SEKUNDER Hijau Jingga Jingga Ungu Ungu Hijau HASIL WARNA Kuning hijau Kuning jingga Merah jingga Merah ungu Biru ungu Biru hijau CAMPURAN + + + WARNA ASAS 2 Kuning Biru Merah HASIL WARNA Jingga Hijau Ungu

Tona Warna

Ton Warna disebabkan oleh kesan pancaranterang ataugel ap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna asal denganputih atauhita m mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam Jika menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk mendapatkan warna cera. Untuk mendapatkan ton warna gelap, warna ditindihkan lapisan demilapisan. Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.

Olahan Warna Sewarna Sewarna adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton.Ia juga dikenali sebagai warna monokrom Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih. Nilai warna akan terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah: Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif dalam catan Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, ubin, perabot dan sebagainya Warna Kroma Kroma adalah nilai ukuran kuasa warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna tersebut dengan penggenapnya. Nisbah campuran dengan warna penggenap akan menentukan nilai kuasanya.kuasa warna kroma boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitucerah, sederhana danpudar warna kroma menggambarka kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaanrindu,sun yi,sedih dan nostalgia

BAHAN HASILKAN CATAN Cat Akrilik Cat akrilik boleh didapati dalam bentuk tiub. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat akrilik ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis cartridge yang tebal ataupun kanvas boleh digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna. Cat Air Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus. Cat Poster Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis cartridge yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

Cat Tempera Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat

tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin. Cat Minyak Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut