nota

40
SINOPSIS Topik ini akan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan perkembangan murid pemulihan. Topik ini adalah berkaitan dengan konsep perkembangan, teori-teori perkembangan dan aspek perkembangan pada peringkat pralahir, bayi, awal kanak-kanak, kanak-kanak, awal remaja dan remaja. Perbezaan individu berkaitan aspek kognitif, bahasa, psikomotor dan afektif juga dibincangkan dalam topik ini. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini anda akan dapat: 1. Menjelaskan konsep dan definisi perkembangan. 2. Menerangkan teori-teori perkembangan berkaitan murid pemulihan. 3. Menghubungkaitkan peringkat-peringkat perkembangan berasaskan teori dengan perkembangan murid pemulihan. 4. Mengenalpasti dan menjelaskan aspek-aspek perbezaan individu murid pemulihan 4.1 Pengenalan Topik 4 Psikologi Perkembangan Murid Pemulihan

Upload: yik-tze-choo

Post on 20-Jan-2016

73 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Nota

SINOPSIS

Topik ini akan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan perkembangan

murid pemulihan. Topik ini adalah berkaitan dengan konsep perkembangan, teori-

teori perkembangan dan aspek perkembangan pada peringkat pralahir, bayi, awal

kanak-kanak, kanak-kanak, awal remaja dan remaja. Perbezaan individu berkaitan

aspek kognitif, bahasa, psikomotor dan afektif juga dibincangkan dalam topik ini.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini anda akan dapat:

1. Menjelaskan konsep dan definisi perkembangan.

2. Menerangkan teori-teori perkembangan berkaitan murid pemulihan.

3. Menghubungkaitkan peringkat-peringkat perkembangan berasaskan teori

dengan perkembangan murid pemulihan.

4. Mengenalpasti dan menjelaskan aspek-aspek perbezaan individu murid

pemulihan

4.1 Pengenalan

Murid-murid sama ada murid biasa atau murid pemulihan adalah insan yang

dikurniakan oleh maha pencipta kepada kita. Sebagai guru dan ibu bapa kita

bertanggungjawab terhadap kurniaan ini. Mereka merupakan sebahagian daripada

kehidupan kita. Bagi memenuhi tanggungjawab kita, maka sepatutnya kita

mempelajari dengan lebih mendalam tentang kanak-kanak. Selain memahami

dengan lebih dekat tentang kanak-kanak, kita juga dapat mengimbas kembali

perkembangan kita semasa bayi, awal kanak-kanak, kanak-kanak, awal remaja dan

remaja.

Topik 4

Psikologi Perkembangan Murid Pemulihan

Page 2: Nota

4.2 Perkembangan

Secara umumnya perkembangan setiap individu ada yang sama, hampir sama dan

ada yang berbeza dengan individu lain. Sebagai manusia biasa setiap individu

melalui pengalaman hidup yang tersendiri. Dr. Mahathir, David Beckham,

Muhammad Ali dan anda mula berjalan pada usia lebih kurang 1 tahun, terlibat

dalam aktiviti mainan fantasi semasa awal kanak-kanak dan mula berdikari semasa

remaja.

John W. Santrock (2001) mendefinisikan perkembangan sebagai satu corak

perubahan yang bermula dari konsepsi dan berterusan sepanjang hayat individu.

Perkembangan melibatkan pertumbuhan dan corak perubahannya agak kompleks

kerana ia melibatkan proses-proses biologi, kognitif dan sosioemosi.

4.2.1 Proses biologi

Proses Biologi melibatkan perubahan-perubahan berkaitan fizikal individu. Gen yang

diwarisi dari ibu bapa, perkembangan otak, ketinggian, berat badan, kemahiran

motor dan perubahan umur atau baligh yang harmoni semuanya mencerminkan

peranan proses perkembangan biologi.

4.2.2 Proses kognitif

Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan berkaitan pemikiran individu,

kecerdasan dan bahasanya. Tugas meneliti mainan berwarna yang digantung pada

buaiannya, membina perkataan dengan mencantum dua sukukata, menghafal syair,

menyelesaikan masalah matematik dan membentuk imaginasi untuk menjadi

seorang angkasawan semuanya mencerminkan proses perkembangan kognitif.

4.2.3 Proses sosioemosi

Proses sosioemosi melibatkan perubahan dalam hubungan individu dengan orang

lain, perubahan emosi dan personaliti. Bayi mengukir senyuman bila dibelai ibunya,

Page 3: Nota

kanak-kanak lelaki bertindak agresif memukul rakan sepermainannya,

perkembangan sifat asertif pada seorang gadis dan kegembiraan seorang remaja

dalam majlis bersama orang dewasa semuanya mencerminkan proses

perkembangan sosioemosi.

Proses biologi, kognitif dan sosioemosi saling berhubungkait. Proses

sosioemosi membentuk proses kognitif, proses kognitif merangsang dan mengawal

proses sosioemosi, dan proses biologi pula mempengaruhi proses kognitif.

4.2.4 Proses dan Tempoh Perkembangan

Rajah 1. Proses dan Tempoh Perkembangan

4.2.4.1 Pralahir

Pralahir adalah tempoh 9 bulan di dalam rahim ibu di mana perkembangan dan

pertumbuhan pesat berlaku dari satu sel sehingga membentuk satu organisma

lengkap dengan otak dan keupayaan tingkah laku.

PROSES KOGNITIF

PROSES BIOLOGI

PROSES SOSIOEMOSI

REMAJA

KANAK-KANAK

AWAL KANAK-KANAK

BAYI

PRALAHIR

AWAL REMAJA

Page 4: Nota

4.2.4.2 Bayi

Bayi adalah tempoh perkembangan dari lahir hingga usia 24 bulan. Peringkat bayi

merupakan satu tempoh pergentungan kepada orang dewasa yang terlalu tinggi.

Banyak aktiviti psikologikal bermula dalam tempoh ini seperti bahasa, pemikiran

simbolik, koordinasi motor deria dan pembelajaran sosial.

4.2.4.3 Awal kanak-kanak

Awal kanak-kanak adalah tempoh perkembangan dari peringkat akhir bayi hingga 6

tahun. Tempoh ini juga disebut sebagai tempoh prasekolah. Tempoh ini kanak-kanak

mula belajar menyatakan pendapat dan mengawal diri sendiri. Mula belajar

mematuhi arahan, mengenal huruf dan meluangkan banyak masa bermain dengan

rakan sebaya.

4.2.4.4 Kanak-kanak

Kanak-kanak adalah tempoh perkembangan dari usia 6 tahun hingga 12 tahun.

Tempoh ini juga disebut sebagai tempoh sekolah rendah. Tempoh ini kanak-kanak

menguasai asas kemahiran membaca, menulis dan mengira. Mereka diberi lebih

pendedahan tentang dunia dan budaya. Pencapaian menjadi keutamaan dalam

hidup mereka dan kawalan diri sendiri bertambah.

4.3 Teori Perkembangan

4.3.1 Teori perkembangan kognitif Jean Piaget

Page 5: Nota

Jean Piaget (1896-1980), merupakan seorang ahli psikologi Switzerland dan tokoh

yang amat penting dalam bidang psikologi pada abad ke-20. Fokus teori beliau

adalah perkembangan kognitif kanak-kanak.

Jean Piaget telah mengutarakan beberapa konsep penting yang menjadi

rujukan ahli akademik. Antaranya ialah Skema, Asimilasi, Akomodasi dan Adaptasi.

Konsep Skema merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk

melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah

dilengkapkan dengan beberapa gerakan yang dikenali sebagai skema seperti

gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta

menggerakkan tangan dan kaki.

Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru

diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku

membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada

pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru

pertama kali melihat sesuatu yang baru. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan

menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya.

Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru tentang

perkara tersebut.

Akomodasi merupakan suatu proses dimana struktur kognitif mengalami

perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi

(membuat penyesuaian) dengan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam

perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai

suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang

ditunjukkan pen akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan

penyesuaian konsep terhadap pen itu.

Adaptasi merupakan satu keadaan dimana wujud keseimbangan antara

akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Jean Piaget

mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses

perkembangan yang dilalui. Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat

seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan

yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-

Page 6: Nota

pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap

perkembangan kognitif yang tinggi.

Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif

kepada 4 tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut

ialah, Tahap Sensorimotor atau Deria Motor (0 hingga 2 tahun), Tahap Praoperasi (2

hingga 7 tahun), Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) dan Tahap Operasi

Formal (12 tahun ke atas).

4.3.1.1 Tahap Sensorimotor atau Deria Motor (0 hingga 2 tahun).

Pada tahap ini, bayi membina pemahaman terhadap dunia melalui hubungan

pengalaman deria motornya seperti melihat, mendengar dan merasa. Kebolehan

deria motornya berkembang dari masa ke semasa. Pada peringkat awal kelahiran,

corak perkembangan bayi lebih kepada tindakan refleksif seperti senyum, menangis

dan mengeluarkan bunyi-bunyi. Bayi tersebut mempelajari sesuatu dengan melihat,

menyentuh, dan mendengar di sekeliling kemudian menirunya.

4.3.1.2 Tahap praoperasi ( 2-7 tahun ).

Piaget telah bahagikan tahap praoperasi kepada dua sub tahap iaitu, tahap Pra-

konseptual ( 2-4 tahun ) dan tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ). Pada tahap ini kanak-

kanak berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih

tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan. Kanak-kanak mula

menggunakan perkataan dan Kanak-kanak pada tahap ini bersifat egosentrik di

mana mereka melihat sesuatu dari perspektif diri sendiri sahaja.

4.3.1.3 Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun).

Pada tahap ini kanak-kanak boleh berfikir secara logik dan konkrit. Kanak-kanak

pada tahap ini menyelesaikan masalah secara cuba- jaya Pada tahap ini, kanak-

kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik yang menyebabkan mereka dapat

menerima pendapat orang lain.

4.3.1.4 Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas).

Page 7: Nota

Piaget menegaskan bahawa perkembangan kognitif manusia telah sampai ke tahap

maksima. Pada tahap ini manusia berfikir secara abstrak, mampu membuat hipotesis

dan memahami akibat jangka panjang sesuatu tindakan.

4.3.2 Teori Kematangan Arnold Gessel

Arnold Lucius Gesell (1880-1961) mementingkan baka sebagai penggerak utama

terhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama

menentukan proses pembelajaran. Ini bermakna apabila apabila kesediaan

(kekuatan otot, tulang, mental dan fizikal, emosi, dll) tidak mencapai kematangan

yang sesuai, peluang-peluang yang diberikan kepada pelajar untuk belajar sesuatu

kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif.

Menurut Gessel, kanak-kanak sejak lahir-5 tahun, mengalami masa

perkembangan yang lancar iaitu terbahagi kepada 5 peringkat mengikut tahun.

Tahun pertama semasa berumur 1 bulan, tangisan bayi adalah berbeza mengikut

kehendak berlainan. Semasa berumur 4 bulan, Mata bayi dapat bergerak mengikut

objek yang dilihat. Semasa berumur 6 bulan, bayi boleh menggenggam objek yang

mudah seperti jari ibunya. 7 bulan, kanak-kanak sudah dapat duduk dan merangkak.

Setelah berumur 1 tahun kanak-kanak dapat berdiri dengan berpaut pada objek

sebagai sokongan. Semasa berumur 1 hingga 2 tahun kanak-kanak masih

memerlukan bantuan semasa bejalan sehingga mencapai usia 2 tahun mereka

mampu berjalan sendiri. Pada peringkat ini mereka memahami istilah tertentu seperti

“jangan” .

Semasa berumur 5 hingga 6 tahun, adalah masa transisi atau peralihan iaitu

keperluan untuk bersekolah, mengenali rakan sebaya dan pengubahsuaian kepada

peraturan-peraturan yang wujud. Semasa berumur 7 hingga 10 tahun, merupakan

Page 8: Nota

masa penyatuan dimana kanak-kanak akan menyesuaikan diri dengan zaman

kanak-kanak dan penyesuaian kepada alam persekolahan.

Pada peringkat umur 11 hingga 14 tahun merupakan masa transisi atau

peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Zaman ini berlaku konflik

berhubung dengan akil baligh dan keremajaan. Semasa berumur 15 hingga 16

tahun, mereka dapat menyesuaikan diri dengan alam remaja dan merupakan

permulaan kepada persediaan untuk menghadapi alam dewasa.

4.3.3 Teori Perkembangan Tugasan Robert Havighurst

Robert Havighurst berpendapat bahawa setiap individu mesti menyelesaikan

“tugasan” pada setiap peringkat perkembangan pada setiap tahap perkembangan.

Sekiranya tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya hasilnya akan

membawa kebahagiaan kepada individu tersebut. Jika tidak, individu itu akan

mengalami masalah perkembangan pada peringkat yang berikutnya.

Havighurst mendefinisikan tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman,

dan pencapaian sebagai ciri-ciri setiap peringkat perkembangan. Tugasan atau tugas

perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh

individu. Contohnya, bayi perlu merangkak terlebih dahulu sebelum berjalan (lebih

rumit) dimana bayi parlu menyelesaikan masalah merangkak sebelum berjalan iaitu

kemahiran yang lebih tinggi. Oleh yang demikian beliau juga percaya bahawa

perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan

budaya masyarakat. Ini kerana, perkembangan kanak- kanak sudah semestinya

lebih lancar sekiranya ibu bapa lebih memahami keperluan pembelajaran anak

mereka terutamanya membantu dalam proses ini.

Perkembangan tugasan seseorang adalah mengikut peringkat umur masing-

masing. Iaitu bayi hingga awal kanak-kanak, iaitu 0 hingga 6 tahun, contohnya

belajar makan makanan pepejal, berjalan, bercakap, membuang najis, mula

menguasai konsep, sedia belajar bahasa untuk tujuan sosial, dan pengubahsuaian

emosi.

Page 9: Nota

Peringkat kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, Havigurst mendapati

kanak-kanak mula belajar kemahiran fizikal yang sesuai untuk bermain, berkawan,

membina sikap kendiri, mula belajar tentang peranan sosial kelelakian dan

kewanitaan, membina konsep yang sesuai untuk kehidupan harian barkaitan nilai

dan moral, membina kupayaan kendiri, membina sikap terhadap kumpulan dan

institusi sosial.

Pada peringkat awal remaja dan remaja berusia 13 hingga 18 tahun Havigurst

menyatakan individu mula membina hubungan yang lebih akrab dengan kedua

jantina, mencapai peranan sosial kelakian dan kewanitaan, memahami keupayaan

diri dan menggunakan anggota badan dengan efektif, memahami dan menguasai

sistem etika sosial bagi mengawal tingkah laku dan mula menyediakan diri untuk

alam perkahwinan.

Page 10: Nota

4.4 Perbezaan Individu

Perbezaan Individu adalah ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal,

mental, sosial, emosi di kalangan individu . Perbezaan Individu satu hakikat yang

tidak boleh dinafikan, tetapi sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan

untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap individu berbeza dari segi lahiriah dan

rohaniah, kadar perkembangan, tingkah laku dan kebolehannya.

4.4.1 Konsep dan definisi perbezaan individu

Perbezaan individu merupakan keadaan atau sifat yang tidak sama antara individu,

kelainan atau ketidaksamaan antara individu. Ia juga melibatkan ketidaksamaan atau

ketidakserupaan di kalangan ahli-ahli sesuatu kumpulan melalui ciri-ciri yang telah

dikenalpasti seperti ciri-ciri pola tingkah laku atau cara pemikiran yang membezakan

individu daripada yang lain. Perbezaan individu juga melibatkan ketidaksamaan

dikalangan individu sama ada dari segi fizikal seperti tinggi, berat, warna rambut,

kulit, mata, dan dari segi mental, sosial dan emosi. Ketidaksamaan beberapa aspek

lahiriah dan rohaniah yang terdapat pada diri seseorang individu sering diabaikan

apabila membuat tindakan menyelesaikan masalah.

Menurut Mohd Salleh (1991) ketidaksamaan yang terdapat pada diri

seseorang dari segi mental, pencapaian akademik, penguasaan bahasa, saiz fizikal,

perwatakan, sosial, emosi atau moral dan kreativiti. Perbezaan tersebut adalah yang

dapat dilihat dan ada yang tidak dapat dilihat.

Howard Gardner (1983) mengemukakan Teori Pelbagai Kecerdasan. Semua

insan punyai aspek kecerdasan yang tertentu. Setiap kecerdasan melibatkan satu

set kemahiran yang membolehkan individu itu menyelesaikan masalah. Ada antara

kecerdasan ini boleh berkembang ke tahap lebih tinggi berbanding dengan

kecerdasan lain. Ini menyokong kewujudan perbezaan individu. Melalui kajiannya,

Gardner mendapati tujuh jenis kecerdasan iaitu kecerdasan linguistik, logikal-

matematik, ruang(spatial), muzik, kinestatik, intrapersonal dan interpersonal

(Gardner&Hatch,1989). Gerald Grow(1977) menyatakan, Gardner telah menambah

satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis.

Page 11: Nota

M.E Breckenridge dan E.C. Vincent (1955) menjelaskan tentang perbezaan

individu dari aspek perkembangan. Setiap kanak-kanak mempunyai

pertumbuhannya tersendiri yang unik. Sesetengah kanak-kanak kelihatan lambat

buat beberapa tahun di sekolah tetapi kemudiannya menjadi pelajar yang cemerlang.

Ng Wai Kong (1983) menyatakan perbezaan individu merupakan perbezaan

yang diukur dalam perlakuan-perlakuan, kemahiran-kemahiran dan respon-respon

terhadap satu siri ujian ciri-ciri sahsiah. Setiap individu berbeza dari sudut

penggunaan jumlah struktur yang mahu digunakan untuk memahami kesamaran

medan pengalaman atau persepsi. Individu yang gaya kognitif medan bebas

mempunyai kecenderungan untuk mengorganisasikan kembali, menstruktur semula

atau menyemak semula maklumat yang diperolehi bagi memenuhi keperluan,

konsepsi dan persepsinya. Manakala individu yang gaya kognitif bergantung medan

terikat hanya menerima secara bulat-bulat serta mengekod maklumat yang diterima

tanpa melakukan proses-proses mengorganisasi kembali.

Dictionary of Psychology (1973) mendefinisikan perbezaan individu sebagai

variasi atau ketidaksamaan dari norma kumpulan sama ada dari sifat kognitif, emosi,

fizikal, moral, tingkahlaku, sosial, bakat atau aspek lain mungkin terdapat sesama

individu dalam satu kumpulan.

Kesimpulannya setiap individu adalah unik, berbeza lahiriah atau rohaniah

dan mempunyai ciri tersendiri. Kembar seiras dikatakan sama tetapi tidak seratus

peratus. Murid-murid dalam satu kelas sama ada dalam kelas biasa atau kelas

pemulihan adalah berbeza. Guru perlu sedar tetang perbezaan individu untuk

menyelesaikan masalah berkaitan murid-muridnya. Guru perlu sedar dan faham

tentang masalah perbezaan individu. Mengetahui bagaimana perbezaan ini

mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu peka kepada faktor

penyebab perbezaan individu dan memberi perhatian serius kepada perbezaan

tersebut. Guru mesti menerima hakikat bahawa setiap individu itu berbeza.

Pengetahuan khas tentang perbezaan individu membantu guru melihat

perbezaan itu dan mendapat gambaran yang jelas tentang sifat dan batasan

Page 12: Nota

perbezaan tersebut, tahap kebolehan setiap murid dan pengetahuan ini membantu

guru dalam menyediakan tugasan selaras dengan tahap keupayaan muridnya.

Selain itu guru juga dapat membuat persediaan cara untuk menghadapi dan

menyelesaikan masalah-masalah yang timbul daripada perbezaan individu dengan

berkesan termasuk kaedah mengajar, bahan bantu mengajar dan belajar, tempat

yang berbeza ikut minat, kebolehan dan kemampuan individu.

Robert Gagne mempercayai setiap jenis pembelajaran perlu keadaan dan

kaedah yg berlainan untuk perkembangannya, oleh itu program pembelajaran bagi

setiap individu atau kumpulan mungkin berbeza. Kamaruddin Hj. Hussin (1990)

berpendapat bahawa kaedah berkumpulan dapat memberikan kesan yg baik kepada

murid dan guru.

Glasser (1971) menyatakan penggunaan sudut pembelajaran dalam aktiviti

pembelajaran murid-murid yang mempunyai perbezaan individu dapat memberi

keselesaan dan meningkatkan minat mereka untuk belajar. Murid bebas

menyediakan tugasannya dan guru sebagai pembimbing murid sahaja. Tidak

terdapat kegagalan kerana kanak-kanak diukur mengikut kebolehan masing-masing

dan bukannya mengikut pencapaian murid-murid yang lain.

4.4.2 Aspek-aspek perbezaan individu

Perbezaan yang diwarisi ialah individu unik kerana ia ciptaan baru. Dapat dilihat dari

luarannya paras rupa, susuk badan (tinggi, berat, saiz) jantina, kemahiran fizikal,

kebolehan kerja tangan, warna mata, rambut dan kulit, bentuk hidung, mata, telinga,

perwatakan. Dalamannya yang tidak dapat dilihat saiz otak, jumlah neuron dan

sebagainya. Perbezaan ini ketara bila umurnya semakin meningkat.

4.4.2.1 Aspek fizikal

a) Jantina

b) Umur

c) Saiz

d) Berat

e) Ketinggian

Page 13: Nota

Faktor pewarisan kelenjar / neurologi tentukan perbezaan saiz, bentuk badan dan

kadar pertumbuhan fizikal. Baka suatu yang unik kurniaan Maha Pencipta adalah

kombinasi ciptaan baru daripada generasi terdahulu. Pemakanan seimbang, alat

rangsangan (latihan fizikal) membezakan bentuk badan individu.

Kanak-kanak yang lambat pertumbuhan akan menjadi individu yang pemalu,

takut, rendah diri, tidak berkeyakinan untuk berinteraksi, konsep kendiri yang rendah.

4.4.2.2 Aspek kognitif

Kecerdasan mental individu berbeza menyebabkan keupayaan berfikir logik, belajar,

mengingat, menaakul, menganalisis, kebolehan berbahasa, mengira dan

berimiginasi, kebolehan bertindak cepat, berfikiran kehadapan, pengetahuan sedia

ada, pengalaman latar belakang dan kreativiti berbeza. Cara kanak-kanak

mengkonsepsi dan mengketagorikan rangsangan, pemilihan cara menyelesaikan

masalah juga berbeza. Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang

kondusif, pemerhatian yang rapi, mesra dan berkesan.

4.4.2.3 Aspek emosi

Ekspreasi emosi (muka, posisi, gerak badan, nada suara). Pengalaman membantu

individu membina kebolehan mengawal emosi & bertoleransi, menyatakan emosi,

ketenteraman dan penyelesaian emosi, kebolehan menanggung kekecewaan,

kesabaran dan mengawal emosi (gembira, duka, suka, marah, benci, cinta, kasih

sayang, takut dan sebagainya)

Emosi seronok disebabkan terdapat daya penarik terhadap sesuatu seperti

kasih sayang, cinta, keinginan dan kegembiraan. Emosi tidak seronok disebabkan

terdapat daya penolak terhadap sesuatu seperti takut, marah, benci, duka, sakit dan

sebagainya. Kanak-kanak lelaki bersifat aktif dan agresif daripada kanak-kanak

perempuan. Peranan guru ialah memberi perhatian sewajarnya. Membentuk nilai

sebagai salah satu objektif kurikulum dan hala tuju atau matlamat pencapaian

individu. Kanak-kanak tidak mahu berusaha disebabkan sikap dan nilai terhadap

Page 14: Nota

pelajaran. Sikap dan nilai positif terhadap pelajaran menyebabkan kanak-kanak

berusaha gigih.

Kebolehan istimewa yang diwarisi, peluang persekitaran yang membantu dan

menggalakkan membantu kanak-kanak membina emosi positif. Pergaulan, corak

interaksi (gaya bahasa), kebolehan berkerjasama, ketangkasan bertindak,

perhubungan unsur kebudayaan, pakaian, sikap, ketangkasan bertindak,

bertanggungjawab dan berkerjasama juga membantu kanak-kanak. Faktor peluang

dan galakan positif akan mewujudkan tingkahlaku positif. Persekitaran keluarga,

sekolah, rakan sebaya, media massa, kebudayaan mendorong individu

bertingkahlaku positif atau negatif.

4.4.2.4 Aspek sosial

Guilford (1959) menerangkan perbezaan sosial yang akan menentukan sama ada

individu itu pemalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah atau impulsif.

Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen juga

mempengaruhi individu.

Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke atas tingkahlaku individu

yang belajar tingkahlaku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang lain termasuk

cara kehidupan tersendiri dalam satu keluarga. Perbezaan dari segi agama,

budaya, status sosioekonomi dan sejarah akan mempengaruhi kehidupan, cara

berfikir, sikap, pergaulan, pencapaian akademik dan kebolehan berinteraksi dengan

ahli masyarakat dan persekitaran.

4.4.2.5 Aspek rohani

Kepercayaan kepada agama yang berbeza dan latarbelakang kerohanian berbeza

mempengaruhi individu. Nilai murni yang terdapat dalam didikan agama membantu

kanak-kanak mengawal diri dan membina sahsiah yang cemerlang. Penerapan nilai

yang dianjurkan agama oleh guru dan ibu bapa membantu kanak-kanak menjadi

insan yang cemerlang, sabar, berusaha gigih, saling membantu dan sebagainya.

Page 15: Nota

4.4.2.6 Aspek bahasa

Murid-murid sekolah luar bandar dan pedalaman pencapaian agak rendah akibat

masalah bahasa. Penguasaan bahasa, dialek daerah, kenegerian, bahasa pasar,

bahasa ibunda dan sebagainya mempengaruhi perbezaan individu.

4.4.3 Faktor penyebab perbezaan individu.

4.4.3.1 Baka

Sifat yang diwarisi daripada ibu bapa, nenek-moyang, keturunan seperti warna kulit,

rambut, bentuk badan dan sebagainya. Ibu bapa cerdik lahirkan anak cerdik.

Perangai kanak-kanak juga dipengaruhi oleh baka. Ibu bapa yang cepat marah

kemungkinan lahirkan anak yg kurang stabil emosi seperti pemarah. Kajian

kecerdasan berkaitan anak kembar, anak angkat dan salasilah keluarga mendapati

kecerdasan dan kebolehan seperti kefahaman, kelancaran berbahasa, kebolehan

matematik, pentaakulan dan ingatan adalah diwarisi.

4.4.3.2. Persekitaran

Didikan ibu bapa secara autokratik seperti mengharapkan taat tanpa soalan dan

menggunakan hukuman dan dendaan akan membentuk individu yang tidak dapat

berdikari, kurang keyakinan diri, tingkahlaku tidak puas hati, tidak mudah

mempercayai dan memencil diri dari sosial.

Didikan ibu bapa secara lasser faire dengan membiarkan anak melakukan

apa saja, kebebasan tanpa kawalan, tiada kenakan tindakan disiplin akan

membentuk anak yang kurang disiplin dan bertindak sesuka hati tanpa kawalan.

Didikan ibu bapa secara demokratik dengan membiar anak lakukan apa

sesuatu dalam kawalan dan had. Memberi panduan galak anak pikul tanggungjawab,

beri kasih sayang membentuk individu yang mampu berdikari, dapat kawal diri,

berpencapaian tinggi, ramah, berpuas hati dan berketerampilan dalam bersosial.

Page 16: Nota

Semasa mengandung ibu mengidap penyakit (rubella, kencing manis) tidak

amalkan pemakanan seimbang, merokok, mengambil pelbagai ubat, menagih dadah

akan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan yang ringan atau serius seperti

buta, pekak dan kerencatan akal. Pengaruh persekitaran dalam perkembangan

individu yang memberi kesan positif atau negatif akan menyebabkan perbezaan

individu yang berpanjangan.

Kesimpulannya pengaruh baka dan persekitaran tidak dapat dipisahkan,

setiap faktor ada peranannya. Persekitaran keterlaluan seperti pemakanan,

kesihatan, keadaan hidup boleh jejaskan perkembangan. Kekurangan makanan

menyebabkan kanak-kanak berambut kemerahan walaupun mewarisi rambut hitam.

Pemakanan yang seimbang menyebabkan kanak-kanak lebih tinggi daripada ibu

bapa mereka.

4.4.4 Menangani perbezaan individu

4.4.4.1. Mendapatkan maklumat latar belakang murid-murid.

Ketahui latar belakang, kekuatan dan kelemahan, minat, matlamat, aspirasi dan

sikap murid-murid dan dapatkan maklumat melalui kad kumulatif, pemerhatian

tingkah laku, perbincangan dengan murid, berkongsi pendapat dan pengalaman,

mentadbir ujian psikologi dan diagnostik seperti mengenai sikap, nilai kerja, minat

dan kerjaya.

4.4.4.2. Mengunakan bahan bantu mengajar dan belajar

Sudut pembelajaran dan bahan bantu belajar memudahkan pembelajaran arah

kendiri, menarik minat murid, tumpuan pelajar meningkat, jimat masa dan beri

tumpuan kepada murid-murid yang perlukan bantuan khusus seperti pemulihan

4.4.4.2 Kepelbagaian pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam

penyampaian kurikulum.

Page 17: Nota

Pelbagai kurikulum dan kokurikulum untuk dilaksanakan oleh guru. Dalam

menangani perbezaan individu, guru perlu membuat persediaan dan melaksanakan

tanggungjawab mendidik dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah,

strategi dan teknik yang sesuai dengan kemampuan dan minat murid.

4.4.4.3 Tugasan yang berbeza untuk murid-murid

Guru perlu memberi aktiviti berlainan untuk kumpulan murid atau individu yang

berbeza. Adakan aktiviti pemulihan untuk murid yang gagal menguasai kemahiran

yang diajar dan beri aktiviti pengayaan kepada murid yang cepat menguasai

kemahiran yang diajar. Tugasan yang diberi hendaklah berbeza kesukaran

berdasarkan kemampuan murid.

Topik 5

Profil Murid Pemulihan

Topik ini akan membincangkan definisi, ciri-ciri, masalah murid pemulihan, dan

faktor-faktor yang mempengaruhi masalah masalah murid pemulihan. Ia juga akan

menghuraikan tentang perbezaan ciri dan keperluan murid pemulihan dengan murid

biasa, disleksia dan murid pendidikan khas masalah pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

Latihan 81. Huraikan aspek-aspek perbezaan individu dan faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan individu.

2. Jelaskan perbezaan individu murid-murid pemulihan dan bagaimana guru menangani perbezaan individu tersebut?

Page 18: Nota

5.1 Definisi Murid-murid Pemulihan

1. Menjelaskan definisi murid-murid pemulihan.

2. Menghuraikan ciri-ciri dan masalah murid pemulihan.

3. Membuat perbandingan murid-murid pemulihan dengan murid-murid normal,

pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan disleksia.

4. Menjelaskan perbezaan di antara murid pemulihan dengan murid-murid

normal, pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan disleksia.

Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia murid pendidikan

pemulihan. Para pendidik menganggap kanak-kanak pemulihan sama dengan

kanak-kanak lembam ataupun ‘slow learner’ yang mempunyai pencapaian lebih

rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas.Mereka menghadapi masalah dalam

pembelajaran dan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira seperti

yang dikehendaki oleh pihak berwajib.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia murid-murid ini adalah mereka yang

gagal mencapai sasaran penguasaan kemahiran 3 M. Murid-murid ini mengalami

kesulitan untuk menguasai kemahiran tersebut dan sering tercicir di dalam kelas

Syarifah Alwiyah Alsagof (1993), menyatakan bahawa murid pemulihan

sebagai murid yang gagal mencapai purata pencapaian majoriti murid dalam

kumpulan umurnya. Mereka memerlukan pengajaran berbentuk penyesuaian dan

pembetulan yang khusus. Mat Nor Hashim (1990), mendefinisikan pelajar

pemulihan sebagai pelajar yang ketinggalan dari segi kemajuan akedemiknya

disebabkan oleh kekurangan tahap kecerdasannya. Kerap gagal dalam menyiapkan

Page 19: Nota

kerja-kerja sekolah dan tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan.

Manakala menurut Johnson (1993) turut mendefinisikan pelajar pemulihan

sebagai kanak-kanak yang sederhana pencapaiannya dan tidaklah lembam dalam

semua aktiviti. Pencapaian yang kurang baik di sekolah rendah dan akan

ketinggalan atau tercicir apabila sampai ke peringkat sekolah menengah. Chua &

Koh (1992)telahmendefinisikan pelajar pemulihansebagai pelajar yang tidak dapat

menyelesaikan bebanan yang diberikan kepadanya bila menghadapi situasi

pelajaran oleh kerana keadaan fizikalnya yang tidak dapat berfungsi dengan baik

atau lemah.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) pula, mentakrifkan bahawa murid

pemulihan adalah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam

kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan

mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap

keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Koh Boh Boon (1984), mentakrifkan murid pendidikan pemulihan sebagai

murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas,

kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan menderita

kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang

tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya

atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan

itu.

Dalam Buku Panduan Khas Program Pemulihan KBSR (1982) menjelaskan

bahawa murid pemulihan adalah terdiri daripada mereka yang menghadapi masalah

dan gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Mereka juga turut

melakukan kesalahan dalam kerja yang diberikan oleh guru ketika proses

pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu prestasi mereka ketika

peperiksaan dan ujian yang dilaksanakan oleh pihak sekolah agak kurang

memuaskan. Ini bermakna mereka banyak menempuh kegagalan daripada

kecemerlangan seperti yang dialami oleh rakan sebaya mereka.

Page 20: Nota

5.2 Ciri-ciri Murid Pemulihan

Latihan 9 Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda di sekolahadakah terdapat persamaan dan perbezaan seperti yang dinyatakan oleh pendapat tokoh-tokohtersebut. Bincangkan.

Brennan (1974), mentakrifkan murid pemulihan adalah sebagai murid yang

gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka. Namun

begitu kegagalan ini bukanlah bererti mereka dapat dikategorikan sebagai kanak-

kanak cacat.Gulliford, R. (1971), mendifinisikan murid pemulihan sebagai murid-

murid dengan pelbagai kesulitan pembelajaran khas seperti terhad kecerdasan,

emosi, dan tingkah laku. Mereka memerlukan perhatian guru untuk dipulihkan

semula seperti rakan sebaya mereka. Murid-murid ini perlu ditempatkan di dalam

kelas pemulihan dan diberikan rawatan pendidikan oleh guru pemulihan yang

khusus.

Bagi Collins, J.E. (1961), menjelaskan bahawa mereka ini adalah golongan

kanak-kanak yang boleh menguasai sesuatu kemahiran di bawah umur biasanya. Ini

bermaksud kanak-kanak ini hanya boleh menguasai kemahiran yang rendah

berbanding dengan rakan sebaya.

Berdasarkan kepada definisi-definisi yang diberikan di atas dapat disimpulkan

bahawa murid-murid pemulihan adalah terdiri daripada kalangan mereka yang

menghadapi masalah bukan sahaja dari aspek kemahiran tetapi ia turut melibatkan

unsur-unsur lain seperti masalah tingkah laku, emosi dan komunikasi.

Murid-murid pemulihan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ciri-ciri tersebut

merangkumi pelbagai aspek yang ketara dan memudahkan seseorang guru untuk

mengenal pasti bahawa murid tersebut adalah murid yang tercicir dan gagal

mencapai tahap yang disasarkan.Berdasarkan kepada buku panduan pelaksanaan

Page 21: Nota

program pemulihan khas, murid pemulihan dapat dikategorikan kepada beberapa

ciri. Antara kategori tersebut ialah:

i. Masalahemosidantingkahlaku.

ii. Sosial

iii. Kesihatan

iv. Kesediaanbelajar

v. Pengamatan

5.2.1 Masalah emosi dan tingkah laku

5.2.1.1 Perasaan risau dan rendah diri.

Murid-murid pemulihan mempunyai perasaan kerisauan yang tinggi. Mereka

berada dalam keadaan tertekan dengan perasaan tersebut. Akibatnya murid-murid

pemulihan ini akan hilang keyakinan diri dan sentiasa merendah diri. Mereka akan

sentiasa bergantung dengan orang lain terutama rakan sebaya mereka yang lebih

aktif. Secara tidak langsung juga ia akan menjadikan diri mereka sebagai seorang

yang pasif dan sentiasa mahukan pertolongan orang lain ketika berada dalam kelas

biasa. Implikasi daripada sikap yang sedemikian akan memudahkan diri mereka

dimanipulasi oleh sahabat mereka yang lebih aktif. Kadang kala mereka menjadi

sasaran untuk dibuli oleh rakan mereka yang lebih dominan.Tansley A.E dan

Gulliford R. (1960), kanak-kanak pemulihan lemah perkembangan mental,

menghadapi gangguan kesihatan, terhad pengalaman berbahasa dan mengalami

gangguan emosi. Murid ini selalu ponteng sekolah dan menghadapi kesukaran

khusus dalam mengenali abjad, angka dan penulisan.

Selain daripada itu sikap yang seperti ini akan memberi kesukaran kepada

mereka untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan sebaya. Seterusnya

mereka juga akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan baik. Segala

kehendak mereka mungkin tidak dapat dipenuhi oleh rakan sebaya atau guru

lantaran kelemahan kemahiran komunikasi yang mereka alami. Apabila situasi ini

berlaku, mereka akan sentiasa menimbulkan suasana yang kontra dengan rakan

sebaya di dalam kelas.

Page 22: Nota

5.2.1.2 Perasaan sedih.

Riak air muka mereka juga dalam situasi seperti orang yangberada dalam

kesedihan. Wajah mereka tidak menunjukkan rasa gembira dan ceria. Mereka

sentiasa kurang bersemangat dan seolah-olah ditimpa malang. Ketika rakan-rakan

sebaya ceria dan seronok bergembira di dalam kelas namun mereka berada dalam

keadaan yang sebaliknya. Hasilnya gejala ini akan membantutkan perkembangan

emosi dan sosial murid tersebut. Natijahnya murid-murid ini akan tercicir dalam

pelajaran mereka.

5.2.1.3 Perasaan cepat bosan terhadap pelajaran.

Murid pemulihan akan cepat merasa bosan terhadap pembelajaran

mereka. Ia tidak dapat memberi tumpuan yang sebaik-baiknya terhadap pengajaran

yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Haigh G (1977), telah mencirikan

kanak-kanak pemulihan sebagaitidak bersedia untuk memikirkan konsep-konsep

yang abstrak, mempunyai minat yang terhad dan tidak pelbagai. Kanak-kanak ini

juga mempunyaiperlakuan yang abnormal di samping kelemahan dalam motor halus

seperti pergerakan tangan. Hasil daripada ketidak kreatifan mereka terhadap proses

pembelajaran telah menyebabkan mereka cepat merasa bosan untuk turut serta

dalam proses pengajaran yang dilaksanakan oleh guru.

5.2.2 Masalah sosial

Ciri murid pemulihan yang seterusnya ialah berkaitan sosial mereka.

Antara simptom yang dapat dilihat berkaitan sosialisasi ini ialah mereka selalu

berada dalam keadaan gelisah dan sering bergerak di dalam bilik darjah serta

mengganggu rakan yang lain. Akibat daripada tingkah laku seperti ini telah

menyebabkan murid-murid lain berasa benci kepadanya.

Gejala seterusnya yang dapat dilihat ialah mereka selalu menghasilkan

tingkah laku yang ganjil seperti menghisap dan menggigit jari. Perlakuan yang

sedemikian adalah satu kelumrahan bagi murid-murid pemulihan. Tabiat ini sering

menyebabkan mereka kehilangan daya tumpuan ketika guru mengajar. Natijahnya

Page 23: Nota

mereka akan sentiasa ketinggalan dan tercicir dari aspek penguasaan kemahiran

yang diajar oleh guru.

Mereka juga kerap ponteng kelas dan tidak hadir ke sekolah. Pelbagai alasan

yang kurang munasabah diberikan oleh mereka apabila mereka gagal menghadirkan

diri ke sekolah atau kelas. Apabila perlakuan ini berterusan maka secara tidak

langsung mereka tidak dapat mengikuti proses pembelajaran secara konsisten.

Terdapat kemahiran-kemahiran baru yang tidak dapat dikuasai akibat ketidak

hadiran mereka ke sekolah. Ketidakhadiran mereka ke sekolah juga kerap

mengganggu perancangan guru.

Selain daripada itu mereka juga suka berbohong dan kadang-kadang suka

mencuri barang-barang rakan sebaya di dalam kelas. Ia seolah-olah telah menjadi

satu tabiat kepada mereka. Tabiat seperti ini telah menimbulkan keresahan dan

kebencian rakan sebaya terhadap mereka. Gulliford, R. (1971), telah

mengkategorikan murid-murid seperti ini sebagai murid salahsuaian personaliti.

Apabila masalah ini berlaku ia akan memberi kesan kepada perkembangan

personaliti dan sosial

5.2.3 Kesihatan

Murid pemulihan juga sering mengalami masalah kesihatan. Kesihatan

mereka sering terganggu akibat daripada kurangnya zat makanan yang dapat

membantu tumbesaran dengan sempurna sama ada dari aspek fizikal mahupun

kecerdasan kognitif. Akibat daripada kurangnya zat makanan tersebut pertumbuhan

badan mereka juga tidak seimbang. Mereka juga seringkali sakit dan tidak hadir ke

sekolah terlalu lama.

Selain daripada itu pergerakan motor kasar dan motor halus mereka

juga lemah. Mereka gagal untuk melakukan gerakkan motor kasar dan motor halus

dengan sempurna. Apabila mereka gagal menguasai kedua-dua kemahiran ini, ia

akan memberi kesan kepada penguasaan kemahiran yang diajar oleh guru.

Kemahiran motor halus umpamanya banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti menulis.

Page 24: Nota

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi masalahmurid pemulihan.

Faktor-faktor ini merupakan salah satu penyebab kenapa murid ini tercicir dan gagal

menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Bukan hanya setakat tidak

menguasai kemahiran malahan murid pemulihan ini juga tidak dapat berinteraksi

dengan baik dalam kalangan rakan sebaya mereka di sekolah. Kelemahan ini

mungkin disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Antara faktor yang mungkin

menyumbang kepada masalah tersebut ialah masalah fizikal, mental, emosi dan

sosial.

5.3.1 Faktor Fizikal

Bagi murid pemulihan yang mengalami masalah dari segi perkembangan

otot ia akan memberi kesulitan kepada murid untuk melakukan pergerakan. Kesulitan

ini telah menyukarkan mereka untuk melaksanakan pergerakan yang memerlukan

penggunaan koordinasi otot-otot seni. Kemahiran menulis umpamanya

memerlukankeselarasan koordinasi otot-otot seni atau psikomotor. Kegagalan otot

mereka berfungsi dengan sempurna akan menyebabkan mereka gagal untuk

menguasai kemahiran menulis.

Selain daripada itu, kesihatan murid juga mempunyai peranan yang

menyebabkan mereka menjadi seorang murid pemulihan. Ketidak sihatan mereka

telah menyebabkan mereka gagal untuk hadir pada setiap hari persekolahan.

Mereka sering sakit terlalu lama dan terpaksa meninggalkan alam persekolahan bagi

mengikuti rawatan. Akibat terlalu lama meninggalkan sekolah mereka akan tertinggal

5.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Masalah Murid Pemulihan

Page 25: Nota

daripada kemahiran-kemahiran baru yang diajar oleh guru. Apabila mereka hadir

semula ke sekolah rakan sebaya telah belajar topik baru dan mereka terpaksa

mengikutinya walau pun kemahiran lama tidak dipelajari

Kecacatan kekal sejak dilahirkan atau disebabkan oleh kemalangan juga

merupakan faktor kepada berlakunya masalah yang mempengaruhi murid pemulihan

dalam pembelajaran mereka. Mereka akan mengalami kesukaran untuk bergerak

akibat daripada masalah yang dialami oleh mereka. Keterbatasan pergerakan ini

secara tidak langsung akan menyebabkan mereka sering ketinggalan dalam

pelajaran berbanding dengan rakan sebaya mereka.

5.3.2 Faktor Mental

Kecerdasan mental mempunyai peranan yang besar dalam mempengaruhi

kecerdasan seseorang individu. Dalam konteks ini murid pemulihan juga tidak

ketinggalan. Perkembangan diri mereka juga turut dipengaruhi oleh kecerdasan

mental mereka. Murid pemulihan yang mengalami masalah dari aspek kecerdasan

mental akan memberi kesan yang negatif terhadap pembelajaran. Kecerdasan

mental mereka yang berada di bawah paras normal

menyebabkanmerekalambatberfikirdanbertindak, lekaslupa,

sukarmemahamidanlemahpengamatan.

5.3.3 Faktor Sosial

.

Persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada

berlakunya masalah pembelajaran dalam kalangan murid pemulihan. Murid yang

tinggal di kawasan yang tidak kondusif atau sempurna dari aspek prasarananya akan

memberi implikasi terhadap perkembangan pembelajarannya. Keadaan kawasan

yang kurang sempurna ini kebiasaannya tidak memberi rangsangan pembelajaran

yang baik kepada murid malahan ia mungkin mudah mempengaruhi murid untuk

melakukan sesuatu disebaliknya.

Budaya setempat juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap

Page 26: Nota

perkembangan pembelajaran seseorang murid. Budaya setempat yang positif akan

dapat membantu seseorang murid mengalami perkembangan yang seimbang dan

positif dalam pembelajaran mereka. Jika disebaliknya pula ia akan merencatkan

proses perkembangan pembelajaran. Budaya yang kurang sihat mudah

mempengaruhi tingkah laku pembelajaran murid terutama murid yang lemah dan

tidak bermotivasi untuk memajukan diri mereka. Bagi murid yang terikat dengan

budaya seperti ini, terutama murid pemulihan mereka akan ketinggalan dan tercicir

daripada alam persekolahan.

5.4 Perbezaan Antara Murid Pemulihan,Normal (Biasa) dan Disleksia

Page 27: Nota

Perbezaan di antara ketiga-tiga kategori murid ini dapat ditunjukkan melalui jadual di

bawah.

Perbezaan-perbezaan Mengikut Kategori Murid

Murid Pemulihan Murid Normal / Biasa Murid Disleksia

Penempatan Murid

Proses pencalonan oleh

guru besar, guru kelas,

guru mata pelajarandan

ibu bapa.

Murid biasa yang lemah

perlukan pemulihan

dalam kelas sahaja.

Dipilih setelah gagal

Instrumen Senarai semak

Disleksia setelah

dicalonkan kerana

pencapaian rendah

Masalah Murid

Tidak menguasai

kemahiran utama 3M -

membaca, menulis dan

mengira

Murid KIA2M yang telah

lulus Ujian Pelepasan

Bermasalah dalam

penguasaan kemahiran

bahasa dan matematik

Kelas Pembelajaran

Kelas pemulihan khas Kelas biasa Kelas khas pembelajaran

spesifik

Tenaga Pengajar

Guru Pemulihan Khas Guru mata pelajaran

biasa.

Guru PendidikanKhas

Proses Penempatan

Melalui ujian saringan - Pengesahan daripada

pakar perubatan

Topik 6 : Pengurusan Program

Pendidikan Pemulihan

Page 28: Nota

Sinopsis

Topik ini akan menjurus kepada Pengurusan Program Pendidikan Pemulihan. Di

bawah topik ini, ia membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengannya

secara lebih mendalam. Antara perkara yang akan dibincangkan di bawah topik ini

ialah jenis kelas seperti kelas khas, kelas biasa, kelas khas pemulihan ‘withdrawal’,

kelas bercantum dan kelas inklusif.

Hasil Pembelajaran

Antara hasil pembelajaran bagi topik ini ialah:

1. Mengenal pasti jenis-jenis kelas.

2. Menghuraikan ciri-ciri kelas dan bentuk-bentuk kelas yang terdapat dalam

sistem persekolahan di negara ini.

3. Membuat perbandingan antara satu sama lain bagi jenis-jenis kelas tersebut.

4. Menghasilkan reka bentuk kelas yang kondusif dan sesuai untuk kelas

pemulihan khas.

Kerangka Tajuk

Page 29: Nota

Kandungan Isi

6.1 Definisi Kelas

Setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah-sekolah

di Malaysia memerlukan kelas. Ia terdiri daripada sebuah bilik yang berukuran segi

empat tepat. Ada kelas yang satu ’bay’, dua ’bay’ dan tiga ’bay’. Kelas yang normal

biasanya ia mempunyai tiga ’bay’. Kelas tiga ’bay’akan dapat menampung murid di

antara 25 hingga 30 orang. Kelas yang sebegini adalah merupakan kelas yang

kondusif dan tidak terlalu padat dengan murid. Kelas yang sesak akan menyukarkan

proses pengajaran dan pembelajaran. Kelas ini akan dilengkapi dengan prasarana

yang bersesuaian seperti papan tulis, meja guru, meja murid, kerusi guru, kerusi

murid, almari, papan kenyataan dan sebagainya.

Kamus Dewan telah mendefinisikan kelas sebagai sebuah bilik (tempat)

belajar atau bilik darjah. Di dalam kelas tersebut terdapat murid-murid yang

melaksanakan proses pembelajaran dan aktiviti yang berkaitan dengannya. Guru

pula bertindak sebagai tenaga pengajar yang membantu murid-murid melancarkan

aktiviti mereka.

Pengurusan Program Pendidikan Pemulihan

Kelas Khas

Kelas Biasa

Kelas Khas Pemulihan

'Withdrawal'

Kelas Bercantum

Kelas Inklusif

Page 30: Nota

6.2 Jenis-jenis Kelas

6.2.1 Kelas Khas

Kelas khas dapat didifinisikan sebagai sebuah kelas yang khusus untuk

murid-murid bermasalah pembelajaran. Ia dibina bagi menampung murid-

murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran seperti kanak-kanak

sindrom down, terencat akal, autisme, epiepsi dan lain-lain lagi. Penempatan

murid-murid ini ke dalam kelas khas ini adalah berdasarkan kepada

pengesahan pegawai perubatan.

Kebiasaannya kelas khas ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Kemudahan-kemudahan ini akan dapat membantu murid-murid berkeperluan

khas melakukan aktiviti-aktiviti selaras dengan keupayaan mereka yang

terhad.

6.2.2 Kelas Biasa

Kelas biasa adalah terdiri daripada kelas yang terdapat di sekolah-sekolah

harian biasa. Keluasan kelas ini adalah tiga ’bay’ yang biasanya dapat menampung

murid di antara 25 hingga 30 orang murid. Kelas yang sebegini biasanya adalah

untuk murid-murid normal yang menerima proses pembelajaran biasa.

6.2.3 Kelas Khas Pemulihan ’Withdrawal’.

Sebuah bilik khas perlu disediakan bagi menjalankan Program Pemulihan Khas.

Murid yang akan mengikuti program pemulihan khasakan dibawa ke kelas pemulihan

khas untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pemulihan secara

khusus daripada guru pemulihan khas. Kemudahan bilik darjah untuk Kelas

Pemulihan Khas adalah berdasarkan kepada pendekatan yang berikut :

i. Sekolah-sekolah yang dibekalkan dengan kemudahan sebuah bilik darjah

dengan keluasan tiga ’bay’khusus untuk Kelas Pemulihan Khas sebagaimana

dalam plan asal dan surat penyerahan bangunan perlu dikekalkan sebagai

Page 31: Nota

”Kelas Pemulihan Khas” sekolah baru.

ii. Sebuah bilik yang kondusifberukuran 3 bay. Susun atur kelas ini tertakluk

kepada pelan yang telah diluluskan dalam projek brif RMK 9 seperti di lampiran.

iii. Sekolah-sekolah yang tiada kemudahan seperti dalam perkara (i) dan (ii) di

atashendaklah mengadakan ruang sekurang-kurangnya dengan keluasan 2

bay.Sekolah-sekolah yang tiada kemdahan seperti dalam perkara 6.2.3 (i) di

atas hendaklah mengusahakan ruang sekurang-kurangnya dengan keluasan

dua ’bay’ atau dengan keluasan dua pertiga keluasan bilik darjah biasa.

Kebiasaannya Kelas Pemulihan Khas ini dapat dibahagikan kepada tiga

kategori iaitu :

i. Kelas Pemulihan Khas Satu ’Bay’

Kelas Pemulihan Khas satu ’bay’adalah terdiri daripada satu pertiga

daripada keluasan kelas biasa. Ia sangat kecil dan sempit hanya boleh

menampung di antara dua hingga tiga orang murid pemulihan sahaja.Kelas

seperti ini adalah tidak kondusif kerana ia tidak dapat menampung kemudahan-

kemudahan yang diperlukan oleh sebuah kelas pemulihan khas yang normal.

Kelas pemulihan khas ini biasanya terletak di lorong-lorong laluan yang dibina

semula oleh pihak sekolah bagi menampung keperluan murid pemulihan. Selain

daripada itu tempat-tempat yang biasanya dijadikan stor penyimpanan barang atau

peralatan sukan turut dijadikan kelas pemulihan khas. Kelas yang seperti ini adalah

amat tidak sesuai kerana dari segi sistem pengudaraannya yang kurang sesuai. Ada

di antara bilik ini tidak terdapat tingkap dan hanya mepunyai satu pintu sahaja.

Selain daripada itu bilik tersebut tidak dapat dibekalkan perabot dengan

mencukupi. Jika perabot dimasukkan ke dalam kelas ini maka ia akan

menyebabkan kesesakkan. Apabila ini berlaku ia akan menyukarkan untuk guru dan

murid melakukan pergerakan ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan

Page 32: Nota

pembelajaran. Disamping itu murid juga akan tertekan dengan suasana kelas yang

tidak kondusif ini. Mereka mungkin berasa cemas dan kerisauan dengan keadaan

kelas yang sedemikian. Natijahnya murid akan cepat bosan dan tidak dapat

menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran guru.

Oleh itu sewajarnya pada ketika ini, kelas yang sempit dan tidak kondusif tidak

wajar diwujudkan. Jika pihak sekolah ingin mewujudkan kelas pemulihan khas

mereka hendaklah memikirkan keluasan kawasan yang diperlukan oleh kelas

tersebut. Pihak pengurusan sekolah juga harus peka untuk menaik taraf kelas sedia

ada bagi mencapai kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi murid-

murid pemulihan.

Kelas Pemulihan Khas Dua ’Bay’

Kelas Pemulihan Khas dua’bay’adalah terdiri daripada dua pertiga daripada

keluasan kelas biasa. Ia lebih baik sedikit daripada keluasan kelas satu ’bay’.

Keluasan kelas seperti ini boleh menampung di antara lima hingga sepuluh orang

murid pemulihan sahaja.Kelas seperti ini adalah agak kondusif kerana ia

mempunyai ruang yang lebih besar sedikit daripada kelas satu ’bay’.

Kemudahan-kemudahan yang diperlukan dapat dipenuhi mengikut kadar

keluasannya. Kemudahan-kemudahan yang diberikan juga adalah terhad. Namun

begitu ia masih lagi tidak sepadan dengan sebuah kelas pemulihan khas yang

normal.

Kedudukan kelas ini juga bukan lagi terletak dilorong-lorong laluan atau pun stor

penyimpanan barang. Ia mungkin terletak bersebelahan kelas normal atau

berhampiran dengan pejabat pengurusan sekolah. Kelas ini tidak lagi tersorok

seperti kelas pemulihan khas satu ’bay’. Kelas pemulihan khas dua bay’ ini

mempunyai ruang pengudaraan yang agak baik kerana ia mempunyai keluasan

yang lebih besar daripada kelas-kelas yang terletak di lorong-lorong sempit dan stor

penyimpanan barang.

Page 33: Nota

Selain daripada itu kelas ini akan mempunyai ruang tingkap yang banyak dan dua

pintu keluar masuk murid dan guru pemulihan. Apabila mempunyai ruang tingkap

yang banyak maka secara tidak langsung juga ia akan mempengaruhi sistem

pengudaraan bagi sesebuah kelas.

Kemudahan seperti perabot, kerusi dan meja serta peralatan dapat dilengkapkan

dengan sebaik-baiknya. Kemudahan penghawa dingin juga dapat dimanfaatkan

untuk keluasan kelas seperti ini. Keluasan kelas dua pertiga ini akan dapat

mewujudkan ’kiosk-kiosk’ pembelajaran seperti kiosk bahasa, kiosk logik matematik,

kiosk interpersonal, kiosk interapersonal, kiosk muzik, kiosk kinestetik, kiosk ruang

(spatial) dan kiosk seni. Namun kewujudan kiosk-kiosk ini juga agak terbatas

dengan keluasan kawasan kelas.

Ruang pengajaran dan pembelajaran juga agak selesa. Murid dan guru dapat

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lancar serta sempurna.

Murid juga tidak akan cepat merasa bosan dan dapat menumpukan perhatian

terhadap pengajaran guru. Bebanan tekanan dapat dikurangkan berbanding ketika

berada di dalam kelas pemulihan khas satu ’bay’.

Kelas Pemulihan Khas Tiga ’Bay’

Lokasi bilik atau kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat

bergantung kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di

sesebuah sekolah. Jika sekolah itu mempunyai ruang kelas yang lebih maka sudah

sewajarnya ia membuka kelas pemulihan khas bagi murid-murid pemulihan.

Manakala sekola baru dibina hendaklah menetapkan sebuah kelas pemulihan khas

tiga ‘bay’di dalam pelan pembinaannya. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan

Bahagian Pembangunan Kementerian Pelajaran seharusnya peka dengan

keperluan untuk mewujudkan kelas pemulihan yang kondusif dan selesa untuk

diunakan. Justru itu kantin-kantin, stor penyimpanan barang serta lorong laluan tidak

lagi sesuai untuk dijadikan kelas pemulihan khas pada era ini. Kesesuaian seperti

juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi

Page 34: Nota

keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang

mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan

ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat.

Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat – tempat

penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang

menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju

pengkhususan 2M di sekolah rendah ( rujuk lampiran A ) Prinsip – prinsip yang

terjalin dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana

fizikalnya, sosial, emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid :

bidang dinamik kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang

diberikan dan penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.

Keluasan kelas pemulihan khas tiga ’bay’ ini akan dapat mewujudkan ’kiosk-kiosk’

pembelajaran dengan lebih luas seperti kiosk bahasa, kiosk logik matematik, kiosk

interpersonal, kiosk interapersonal, kiosk muzik, kiosk kinestetik, kiosk ruang (spatial)

dan kiosk seni. Namun kewujudan kiosk-kiosk ini dengan keluasan kawasan kelas

yang lebih besar akan dapat memberi implikasi yang maksima terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran.

6.2.4 Kelas Bercantum

Kelas bercantum merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid

dalam tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak

mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa. Perlaksanaan kelas bercantum

atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri lebih daripada satu

tahun persekolahan biasanya diamalkan di Sekolah Kurang Murid yang biasanya

didapati di sekolah-sekolah di kawasan terpencil dan pedalaman, terutamanya di

Sabah dan Sarawak yang bilangan penduduknya kurang ramai dan menyebabkan

bilangan muridnya juga kurang.

Kelas bercantum merupakan kelas yang unik yang mempunyai ciri-ciri yang

tersendiri. Di antara konsep dan ciri-ciri kelas bercantum yang dilaksanakan oleh

Page 35: Nota

Kementerian Pelajaran Malaysia adalah umur murid-murid dalam sesebuah kelas

bercantum berlainan mengikut tahun persekolahan mereka. Sebagai contoh, sebuah

kelas yang mencantumkan murid-murid Tahun 1 dan 2 adalah dalam lingkungan

tujuh hingga lapan tahun. Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir

sama ini dilakukan bagi memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan

pelajaran di dalam kelas bercantum.

Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan pula tidak melebihi 14 orang.

Bilangan kelas bercantum akan ditentukan dengan membuat pertimbangan

berdasarkan bilangan murid dalam setiap tahun persekolahan. Sekiranya jumlah

murid dalam tiga tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang murid, maka tiga tahun

persekolahan dicantumkan dalam sebuah kelas bercantum. Biasanya seorang guru

ditugaskan mengajar murid-murid daripada dua atau tiga tahun persekolahan secara

serentak dalam sebuah kelas yang sama. Namun, kriteria percantuman kelas juga

bergantung kepada bilangan tenaga pengajar yang sedia ada. Sebagai contoh,

sebuah sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh mencantumkan murid-murid

daripada tiga tahun persekolahan bagi membentuk sebuah kelas bercantum.

Manakala, sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula boleh

mencantumkan murid-murid daripada dua tahun persekolahan dalam sebuah kelas.

Namun, biasanya, bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas bercantum

tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah mengikut nisbah bilangan

kelas yang terdapat disesebuah sekolah berkenaan.

Ciri seterusnya bagi kelas bercantum ialah strategi pengajaran dan

pembelajarannya yang tersendiri dan berbeza daripada kelas biasa di mana, semasa

guru mengajar murid-murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid dari tahun

persekolahan yang lain akan ditinggalkan. Justeru, untuk memastikan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan, guru yang

terlibat perlu memilih dan merancang strategi pengajaran yang sesuai untuk

menyelenggarakan bilik darjah. Namun demikian, keperluan murid juga diambil kira

di mana, murid-murid Tahun 1 yang baru masuk sekolah dan memerlukan perhatian

dan layanan perlu diutamakan oleh guru.

Keadaan bangunan dan kemudahan-kemudahan sekolah yang mempunyai

Page 36: Nota

kelas bercantum biasanya kurang lengkap dan biasanya merupakan pondok-pondok

kecil sahaja dengan hanya mempunyai dua atau tiga buah bilik darjah. Jika sekolah

itu hanya mempunyai dua buah bilik darjah, maka kelas bercantumnya terdiri

daripada murid-murid dari tiga tahun persekolahan. Manakala sekolah yang

mempunyai tiga bilik darjah, kelas bercantumnya terdiri daripada murid-murid dari

dua tahun persekolahan.

Sekolah-sekolah yang mengamalkan sistem kelas bercantum ini juga

biasanya terletak di kawasan-kawasan terpencil yang bilangan penduduknya tidak

ramai. Namun demikian, dalam tempoh PIPP ini, Kementerian Pelajaran Malaysia

akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan

strategi pelaksanaan yang di antaranya ialah untuk membangunkan infrastruktur dan

kemudahan pendidikan luar bandar seperti menambah baik Program Pembangunan

Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak, menyediakan infrastruktur dan

kemudahan asas, menyediakan bekalan elektrik 24 jam termasuk membekal genset

berkapasiti 30-35 KVa ke sekolah pedalaman, merintis penggunaan solar hybrid dan

merintis penggunaan empangan mini, menyediakan bekalan air ke sekolah,

menambah baik Sekolah Kurang Murid, menilai pelaksanaan Sekolah Pusat bagi

tujuan peluasan dan mewujudkan norma baru untuk guru di Sekolah Kurang Murid.

6.2.5 Kelas Inklusif

Bailey ( 1998 ) merujuk inklusif sebagai memasukkan pelajar istimewa

bersama pelajar lain ke sekolah biasa , mengikut kurikulum yang sama pada masa

yang sama di dalam bilik darjah yang sama, dengan penerimaan yang penuh oleh

semua dan mereka merasakan mereka tidak berbeza daripada pelajar lain.

Pendidikan inklusif di negara ini telah bermula sejak tahun 1962 untuk pelajar

bermasalah penglihatan. Pelajar ini telah belajar dalam kelas khas biasa bersama-

sama pelajar normal dengan bantuan guru khas ( guru resos ). Pada sesi

persekolahan 1993 / 1994 satu era baru telah berlaku dalam perkembangan

pendidikan inklusif. Seramai tiga orang pelajar khas bermasalah pendengaran telah

ditempatkan ke tingkatan 6 Rendah dengan dibantu oleh dua orang guru resos di

Page 37: Nota

Sekolah Menengah Methodist ( L ) Kuala Lumpur ( Seminar Kebangsaan Pendidikan

Khas , 1995 )

Booth ( 1996 ) inklusif mempunyai dua proses yang berhubungan iaitu proses

peningkatan penglibatan pelajar dalam budaya dan kurikulum sekolah aliran utama

dan komuniti dan proses pengurangan pengasingan daripada budaya aliran utama

dan budaya.Pendidikan inklusif merupakan pendidikan umum yang melibatkan

semua pelajar sama ada yang normal, kurang upaya atau yang pintar cerdas di

dalam satu sekolah yang sama bagi memaksimumkan kemampuan mereka.