nota untuk metodologi penyelidikan

6
NOTA UNTUK METODOLOGI PENYELIDIKAN 1. Kajian etnografi ialah kajian antropologi budaya atau naturalistic inquiry dan metod pemerhatian adalah alat utamanya dan teknik penyertaan bersama dengan responden. Kajian ini melihat budaya atau cara hidup golongan tertentu iaitu bahasa, adat, kehidupan berkeluarga, amalan, pantang larang, kepercayaan, amalan agama, hubungan social dan institusi politik. Kelemahan kajian ini ialah keterbatasan masa, kelainan budaya, dan kekangan bahasa. 2. Kajian kes ialah kajian berdasarkan data social bagi tujuan menyelidik reality social. Mengkaji unit terpilih tetapi mewakili masyarakat keseluruhan- seseorang, sebuah keluarga, satu kumpulan social, institusi social atau komuniti. Data2 diambil dari pemerhatian, temubual, soal selidik dan data-data berekod. Kajian dilakukan secara mendalam terhadap sesuatu perkara. Langkah pelaksanaan kajian ini ialah penyelidik mempunyai latar belakang atau teori yang mendalam tentang kes yang dikaji dan mengelak dari bias dlm mengumpul data dan analisa data. 3. Kajian analisis kandungan sama dengan kajian dokumen tetapi ruang lingkupnya lebih luas – kandungan TV, radio, video dan filem (media dan dokumen semasa). Fokus penyelidikan ialah isu semasa, fenomena pada masa tertentu, penyelesaian masalah, dan menjelaskan persoalan social. 4. Penyelidikan eksperimen digunakan dalam bidang sains tulen, bidang sains social dan agama.. Penyelidikan bagaimana subjek bertindak balas apabila dirangsang oleh satu bentuk ujikaji. Ia melibatkan dua kumpulan responden atau peserta iaitu kumpulan yang menerima ujian dan kumpulan kawalan yang tidak diuji atau satu kumpulan yang sama tetapi diuji dalam suasana atau masa yang berlainan. Fokus penyelidikan ialah mengesan reaksi atau tindakbalas responden. Unsur penting kajian ini ialah proses ujian dilakukan secara natural iaitu tidak berlaku pengawalan ke atas responden. Tiga komponen utamanya ialah pembolehubah terikat (kesan) dan pembolehubah bebas (sebab), ujian pra dan ujian pasca dan kumpulan ujian dan kumpulan kawalan. 5. Kajian kualitatif ialah kajian metode pengumpulan data melalui pemerhatian atau analisa kandungan dokumen. Kedua teknik tersebut boleh dilakukan bersama atau secara berasingan. Malah kajian kuantitatif juga boleh digunakan. Ciri2 kajian jenis ini ialah kajian lapangan, lebih tertumpu kepada proses (kurang kepada hasil) bersifat induktif- mengandungi abstrak, konsep, teori, hipotesis, tumpuan subjek manusia sama ada dalam kehidupan, pengalaman dll.

Upload: hilmimokhtar

Post on 29-Jun-2015

667 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA UNTUK METODOLOGI PENYELIDIKAN

NOTA UNTUK METODOLOGI PENYELIDIKAN

1. Kajian etnografi ialah kajian antropologi budaya atau naturalistic inquiry dan metod pemerhatian adalah alat utamanya dan teknik penyertaan bersama dengan responden. Kajian ini melihat budaya atau cara hidup golongan tertentu iaitu bahasa, adat, kehidupan berkeluarga, amalan, pantang larang, kepercayaan, amalan agama, hubungan social dan institusi politik. Kelemahan kajian ini ialah keterbatasan masa, kelainan budaya, dan kekangan bahasa.

2. Kajian kes ialah kajian berdasarkan data social bagi tujuan menyelidik reality social. Mengkaji unit terpilih tetapi mewakili masyarakat keseluruhan- seseorang, sebuah keluarga, satu kumpulan social, institusi social atau komuniti. Data2 diambil dari pemerhatian, temubual, soal selidik dan data-data berekod. Kajian dilakukan secara mendalam terhadap sesuatu perkara. Langkah pelaksanaan kajian ini ialah penyelidik mempunyai latar belakang atau teori yang mendalam tentang kes yang dikaji dan mengelak dari bias dlm mengumpul data dan analisa data.

3. Kajian analisis kandungan sama dengan kajian dokumen tetapi ruang lingkupnya lebih luas – kandungan TV, radio, video dan filem (media dan dokumen semasa). Fokus penyelidikan ialah isu semasa, fenomena pada masa tertentu, penyelesaian masalah, dan menjelaskan persoalan social.

4. Penyelidikan eksperimen digunakan dalam bidang sains tulen, bidang sains social dan agama.. Penyelidikan bagaimana subjek bertindak balas apabila dirangsang oleh satu bentuk ujikaji. Ia melibatkan dua kumpulan responden atau peserta iaitu kumpulan yang menerima ujian dan kumpulan kawalan yang tidak diuji atau satu kumpulan yang sama tetapi diuji dalam suasana atau masa yang berlainan. Fokus penyelidikan ialah mengesan reaksi atau tindakbalas responden. Unsur penting kajian ini ialah proses ujian dilakukan secara natural iaitu tidak berlaku pengawalan ke atas responden. Tiga komponen utamanya ialah pembolehubah terikat (kesan) dan pembolehubah bebas (sebab), ujian pra dan ujian pasca dan kumpulan ujian dan kumpulan kawalan.

5. Kajian kualitatif ialah kajian metode pengumpulan data melalui pemerhatian atau analisa kandungan dokumen. Kedua teknik tersebut boleh dilakukan bersama atau secara berasingan. Malah kajian kuantitatif juga boleh digunakan. Ciri2 kajian jenis ini ialah kajian lapangan, lebih tertumpu kepada proses (kurang kepada hasil) bersifat induktif- mengandungi abstrak, konsep, teori, hipotesis, tumpuan subjek manusia sama ada dalam kehidupan, pengalaman dll. Terdapat 3 kajian kualitatif iaitu analisis kandungan, kajian kes dan etnografi.

6. Teori adalah set andaian berkenaan sebab kpd sesuatu fenomena dan keterangan bagaimana sebab tersebut bertindak. Andaian teori akan menguji hipotesis kajian. Istilah sinonim ialah hipotesis dan model. Hipotesis ialah satu kenyataan spesifik menguji hubungan atau korelasi dalam kajian empirical. Model ialah implementasi khusus perspektif teori yang umum. Ciri utama teori ialah mempunyai asas yang kukuh untuk meyakini bhw sesuatu fenomena berlaku dalam situasi tertentu

Page 2: NOTA UNTUK METODOLOGI PENYELIDIKAN

dan teori berupaya diuji sebagai kaedah empirical. Penbentukan teori melalui langkah (i) menjelaskan skop teori, (ii) Membiasakan diri dgn literature, (iii) Membina teori, (iv) membuat ramalan, dan (v) menguji data secara empirical.

7. Hipotesis terbina melalui permasalahan yang ditemui dalam kajian literature. Soalan dirangka utk dijadikan hipotesis. Setiap hipotesis menyediakan jawapan yang sesuai dgn soalan yang dikemukakan. Terdapat hipotesis besar dan hipotesis kecil. Ia dibentuk dalam rangka hipotesis utama(Ho) dan hipotesis alternative (Ha). Kebenaran hipotesis perlu diuji yang bertitik tolak daripada soalan penyelidikan. Melalui hipotesis, bentuk data dan bagaimana diperolehi dan bagaimana pembolehubah berkait rapat dapat ditentukan. Kajian dipandu oleh satu hipotesis atau pelbagai hipotesis yang dibuat oleh penyelidik.

8. Kaedah cross-sectional digunakan bagi kajian yang dijalankan dalam satu tempoh masa tertentu sahaja. Kajian trend iaitu masa pengumpulan data yang dikutip pada tempoh tertentu dibandingkan dengan tempoh sebelumnya tetapi ia masih dilakukan dalam ruang lingkup subjek kajian yang sama. Kajian cohort ialah kajian yang dilakukan dengan difokuskan kepada satu kumpulan umur tertentu (A) untuk tujuan perbandingan dengan kumpulan umur yang sama (B) atau dengan kumpulan umur yang berlainan.

9. Faktor penghalang pencapaian tahap saintifik ialah permasalahan yang tidak jelas, pemilihan kaedah pengumpulan data yang tidak sesuai dengan objektif, dan teknik analisis data tidak tepat.

10. Kriteria utama dalam mensaintifikkan penyelidikan ialah perkara yang dikaji mesti diteliti, maklumat disandarkan kepada bukti2 empirikal, menepati unsure logic dan rasional dan segala dakwaan dapat dibuktikan dengan data.

11. Kaedah pemerhatian mempunyai tiga kelebihan iaitu (i) penyelidik dapat memerhati secara langsung tingkah laku subjek kajian, (ii) dapat mengelak daripada kesilapan tanggapan memberi tafsiran dan membuat kesimpulan dan (iii) meneroka isu secara mendalam dan berkemungkinan memperolehi maklumat di luar jangkaan. Teknik ini digunakan untuk memerhatikan fenomena spt (i) Tingkahlaku fizikal, (ii) tingkah laku verbal, (iii) gambaran zahir manusia (non verbal), (iv) keadaan hubungan, (v) objek fizikal, (vi) paten masa. Semua fenomena ini mungkin berlaku secara serentak, berinteraksi atau berasingan.

12. Kaedah pemerhatian mempunyai tiga kelemahan iaitu (i) pemerhati berkecenderungan untuk bersikap autoriti seolah2 ia mengetahui segalanya sdgkan pemerhatian dilakukan secara luaran shj – tidak jujur dlm penulisan laporan, (ii) Berlaku penilaian yang bersifat peribadi krn mungkin memasukkan unsure emosi diri dan prasangka dlm mentafsir fenomena yang diperhatikan, (iii) pemerhati berkemungkinan kurang memahami situasi sebenar- tidak dpt membaca minda orang yang diperhatikan mybbkan hasil kajian berdasarkan persepsi pemerhati bukan mereka yang terlibat.

13. Pemerhatian penyertaan tanpa kawalan ialah pemerhati menjadi

Page 3: NOTA UNTUK METODOLOGI PENYELIDIKAN

peserta dlm situasi tanpa kawalan dan berkongsi pengalaman dgn kumpulan yang diperhatikan (sebagai pemerhati dan sebagai peserta). Bertindak sebagai peserta digalakkan utk menimbulkan rasa natural agar peserta tidak rasa diperhatikan- melahirkan rasa kebersamaan dan pemerhati memperolehi maklumat yang lebih dan sikap autoriti dan unsur misreading dpt dikurangkan.

14. Instrumen pemerhatian ialah (i) penggunaan mekanikal (lakaran, kamera dan video), (ii)checklist (perkara yang hdk diperhatikan)- catat tanda2 perubahan tingkah laku atau senarai nombor utk mengukur perubahan sikap yg telah disenaraikan,(iii) skala rating – gambaran secara kualitatif terhadap beberapa aspek zahir subjek kajian, (iv) penjadualan – merekod tahap perkembangan sesuatu keadaan, (v) one-way screens – utk memerhatikan satu kumpulan tertentu dalam suasana kawalan.

15. Ciri-ciri pemerhatian terbaik ialah terancang dan sistematik, pemerhatian secara keseluruhan, bersikap objektif, mengasingkan fakta dengan tafsiran, diuji dan dibandingkan beberapa kali dgn pemerhati lain, direkod secara teliti dan professional dan sanggup melakukan pemerhatian kali kedua jika terdapat maklumat yang meragukan atau kurang tepat.

16. Kaedah Dillman’s Total Design syorkan agar kertas dan rekabentuk soalselidik kelihatan menarik dan professional, soalan tidak di muka hadapan (cover letter) dan halaman belakang, format tulisan kemas, soalan dan jawapan disusun secara vertical, had maksimum soalan ialah 125 soalan atau 10 halaman.

17. Soalan berstruktur mengandungi pilihan jawapan2 yang telah disediakan untuk dijawab oleh responden mengikut kesesuaiannya. Responden maklum dan mempunyai maklumat terhadap perkara yang hendak ditanya, memudahkan analisis jawapan responden, dan responden tidak perlu menjawab selain daripada soalan yang disediakan.

18. Kelebihan soalan bersifat terbuka dalam soalselidik ialah memberi ruang kpd responden memberikan jawapan yang lebih tepat.

19. Skala Likert mengandungi sejumlah kenyataan yang menggambarkan sikap kesukaan atau tidak suka responden terhadap objek, mengenai kecenderungan atau sebaliknya sesuatu kenyataan, mengukur penyesuaian diri responden pada sesuatu keadaan, dan skala yang biasa digunakan ialah 3 skala, 5 skala atau 7 skala.

20. Skala Thurstone digunakan untuk mengukur psikologi responden terhadap sesuatu objek atau konsep dalam bentuk pelbagai dimensi, mengumpul sejumlah kenyataan dan diberi penarafan 11 point dan mengandaikan sesuatu objek boleh mempunyai pelbagai dimensi. Skala ini tidak popular digunakan masa kini.

21. Kelebihan temubual berstruktur ialah penemubual dapat mengawal suasana dan pencapaian objektif kajian, dapat menjimatkan kos masa

Page 4: NOTA UNTUK METODOLOGI PENYELIDIKAN

dan kewangan, memudahkan penyelidik memindahkan data dan dapat membandingkan data yang diperolehi antara beberapa penyelidik.

22. Masalah ketika mengadakan temubual melalui telefon ialah kesukaran membuat observasi ke atas responden, kesukaran menyoal dan kos panggilan yang tinggi untuk untuk menjalankan temubual yang lebih lama, hostile kpd responden dan keengganan responden memberi respon adalah lebih tinggi.

23. Focus group discussion merupakan satu cara pengumpulan maklumat secara langsung melalui perbincangan berkumpulan yang diatur oleh penyelidik. Ia digunakan sebagai satu kaedah khusus mendapatkan maklumat atau data, pada peringkat awalan projek atau penyelidikan bagi mendapatkan insight masalah atau memberikan input untuk membentuk soalselidik dan peringkat akhir penyelidikan bagi mendapatkan feedback terhadap penyelidikan yang dijalankan.Jumlah peserta focus group discussion ialah antara 6- 10 org ttpi yg ideal ialah 7- 8 orang. Masa diskusi ialah antara 1 hingga 1 ½ jam. Moderator ialah seorang yang mempunyai peranan yang sama dan hanya sebagai pemula bicara dan pemerhati atau pengawal segala bentuk perbincangan dari awal hingga akhir. Ahli-ahli perbincangan pula bersifat homogenus dan tidak mengenali antara satu sama lain.Moderator hendaklah mendorong ahli bercakap dan memulakan dengan ice breaking utk mengelak perasaan malu, mengawal ahli yang suka bercakap, menjelaskan tentang hak bercakap kepada setiap ahli dan moderator tidak terlalu mendesak peserta untuk memberikan jawapan atau idea. 24. Persampelan mudah dilakukan untuk memilih sampel yang dapat dicapai dengan mudah. Sampel dipilih berdasarkan kpd perkiraan atau kecenderungan penyelidik. Digunakan untuk tinjauan pemasaran dan menggunakan kos yang rendah.

25. Langkah yang perlu diambil sebelum persampelan dilakukan ialah (i) mengenalpasti sifat2 populasi (ii) meneliti populasi yang mudah diperolehi, (iii) memilih rangka persampelan, (iv) memilih kaedah yang sesuai dengan nature dan objektif kajian, (v)merangka prosedur pemilihan sampel dan menentukan saiz sampel.

26. Persampelan judgemental/ purposive dipilih berdasarkan ciri2 sampel yang dikehendaki sesuai dengan objektif dan matlamat kajian, latar belakang sampel telah diketahui oleh penyelidik, digunakan untuk melakukan pretest/ pra uji terhadap soalselidik, memerlukan kos sederhana dan sesuai untuk kajian bersifat ramalan.

27. Persampelan bola salji ialah teknik yang digunakan apabila sesuatu sampel sukar diperolehi, dilakukan dengan membuat koleksi data terhadap beberapa ahli drpd populasi sasaran kemudian menanyakan mereka utk menyediakan maklumat bagi kumpulan atau individu yang lain. Melibatkan kos yang rendah. Sesuai untuk kajian kes spt pelacuran, ajaran sesat atau kawasan beriklim sejuk.

28. Persampelan kuota digunakan dengan menetapkan ciri-ciri responden spt umur, tahap pendidikan, kumpulan etnik dll. Tidak

Page 5: NOTA UNTUK METODOLOGI PENYELIDIKAN

menggunakan teknik rawak. Kos sederhana dan byk digunakan. Tidak memerlukan satu senarai populasi untuk dijadikan sampel.

29. Persampelan rawak mudah digunakan dengan memilih sampel daripada populasi dgn cara mudah. Ia menggunakan kaedah loteri (fishbowl draw), jadual nombor rawak atau nombor rawak secara computer. Kaedah ini boleh mewakili populasi, mudah dan senang difahami serta kesilapan boleh dikira, kos perjalanan diperlukan.

30. Persampelan rawak berkelompok ialah persampelan yang bersifat heterogeneous, kos lebih murah. Kebaikannya (i) mudah dilaksanakan, (ii) murah dijalankan, (iii) memudahkan hubungan antara krew penyelidik. (iv)tiada kawalan jumlah kelompok

31. Masalah Persampelan probability ialah kos yang tinggi, perlu mendapatkan jumlah sampel bagi sesuatu populas dan melibatkan masa yang lebih banyak. Tetapi generalisasi atau inferen yang dilakukan dapat diterima dgn saintifik.

32. Ujian ialah satu set soalan yang perlu dijawab oleh responden. Ujian dilakukan untuk membandingkan tingkahlaku dua atau lebih individu. Sifat ujian mengandungi ciri-ciri spt prosedur yang standard, sampel tingkahlaku, skor atau kategori, nilai dan standard ramalan.