nota topik 4

Upload: jp-sia

Post on 03-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Nota Topik 4

    1/6

    http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-4-pengurusan-disiplin.html

    Nota Topik 4 - Pengurusan Disiplin

    Bilik DarjahBAB 4: PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

    PENGENALAN

    pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya mungkin

    dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan

    KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH

    disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan

    mendapatkan tingkahlaku yang diingini

    MODEL PENGURUSAN DISIPLIN

    MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU oleh B.F.SKINNER

    MODEL DISIPLIN ASERTIF oleh LEE CANTER

    MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh RUDOLF DREIKURS

    MODEL PENGURUSAN KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN MODEL TERAPI REALITI oleh WILLIAM GLASSER

    Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner

    a. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk

    meningkatkan tingkah laku yang diingini

    b. Terdapat dua jenis peneguhan

    - peneguhan positi-hadiah, pujian, markah merit dsbg (meningkatkan tingkah laku murid yang

    diingini)- peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan

    tingkah laku yang diingini.

    c. Peneguhan berbeza dengan dendaan

    d. Peneguhan berkala

    http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-4-pengurusan-disiplin.htmlhttp://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-4-pengurusan-disiplin.htmlhttp://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-4-pengurusan-disiplin.htmlhttp://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-4-pengurusan-disiplin.htmlhttp://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-4-pengurusan-disiplin.html
  • 7/29/2019 Nota Topik 4

    2/6

    http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-4-pengurusan-disiplin.html

    Kebaikan dan kelemahan model ini

    hasil pantas tetapi tidak kekal lama

    lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen ganjaran

    untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar

    murid lebih teruja mendapat ganjaran daripa ilmu

    Model disiplin asertif Canter

    berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap

    akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan

    Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. hak murid

    untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa

    gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah

    berjalan lancar

    pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). beri

    peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.

    Terdapat tiga jenis guru

    guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur

    guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, todak konsisten dan mengelirukan.

    guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan.

    pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid

    Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah

    penerangan peraturan

    cara pelaksanaan peraturan

    semak kefahaman murid

    maklumkan tentang ganjaran

    penerangan tentang tindakan pembetulan

    cara tindakan pembetulan dikenakan

    semak kefahaman murid

    Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid

    bertindak dengan tenang

  • 7/29/2019 Nota Topik 4

    3/6

    http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-4-pengurusan-disiplin.html

    konsisten

    berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini

    beri peluang kepada murid meluahkan perasaan

    teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah

    tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa

    Murid bermasalah

    perlu ditangani dengan berhemah

    paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian

    guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan

    murid

    Model akibat logikal Dreikurs

    menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid -

    murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

    guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan

    di dalam bilik darjah

    murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.

    murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah

    agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan

    Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:

    mendapatkan perhatian

    mencabar kuasa

    membalas dendam

    mempamerkan kekurangan

    Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku

    berkomunikasi perkara yang positif

    galak peningkatan murid

    kenal pasti kelemahan murid

    belajar daripada kesilapan

    percaya kebolehan murid

  • 7/29/2019 Nota Topik 4

    4/6

    http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-4-pengurusan-disiplin.html

    bekerjasama

    rasa bangga pencapaian murid

    optimis

    beri galakan dan motivasi

    Model pengurusan kelompok Kounin

    menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik

    darjah

    guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu

    aktiviti bilik darjah dalam satu masa. kebolehan guru melakuakan dua tindakan pada satu masa

    digelar pertindanan

    kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru terhadap seseorang

    murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat

    tindakan dengan jelas, tegas dan serius

    guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa

    kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. guru harus

    elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan

    melakukan fragmentasi

    fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat

    dijalankan secara menyeluruh

    momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam

    aktiviti p&p

    momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar,

    melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan

    menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan

    Model terapi realiti oleh William Glasser

    a. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu

    berasaskan pilihan yang dibuat

    b. Pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka

    c. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-

    murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadan

    persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.

  • 7/29/2019 Nota Topik 4

    5/6

    http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-4-pengurusan-disiplin.html

    d. Keperluan-keperluan asas

    - kasih sayang

    - mempunyai kuasa dan kawalan

    - kebebasan

    - keseronokan

    e. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu individu

    meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat

    perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang

    f. Melalui terapi realiti, guru dapat:

    - membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan

    - pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid

    - kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku

    - bertindak sebagai pembimbing murid

    g. Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke

    mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

    Kurikulum yang berkualiti

    akan meningkatkan mutu pendidikan

    kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang

    memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid

    untuk memahami dan meneroka yang diajar

    Kualiti pengajaran

    persekitaran bilikdarjah yang tenang dan kondusif

    guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah

    tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid

    berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik

    beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya

    Guru yang membimbing akan:

    memahami murid

    menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan

    berbincang dengan murid

  • 7/29/2019 Nota Topik 4

    6/6

    http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-4-pengurusan-disiplin.html

    menggalakkan murid meneroka p&p

    menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan

    menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran

    Membina bilik darjah yang berkualiti

    tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik

    mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian

    bina hubungan dengan guru murid

    peraturan kelas

    elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau

    mengancam murid apabila timbul masalah

    pengetahuan

    kompentensi

    kualiti

    penilaian

    kefahaman dan penggunaan