nota tawatur

24
__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran 1. Lampiran Soalan Tugasan SOALAN TUGASAN Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., seterusnya dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi secara tawatur dan mendapat pahala jika membacanya. Al-Quran diturunkan untuk memberi petunjuk kepada seluruh penduduk dunia. Selain dari itu Al-Quran juga adalah mukjizat yang terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w. 1. Jelaskan maksud ‘mukjizat’ dan ‘tawatur’ berdasarkan aspek-aspek berikut: (a) Definisi dan Pengertian (b) Peranan atau Kepentingan (10 markah) 2. Huraikan maksud Asbab Nuzul dan fungsinya dalam memahami ayat-ayat al-Quran yang diturunkan. (8 markah) ________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 1

Upload: zabah-sulaiman

Post on 10-Apr-2017

374 views

Category:

Environment


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

1. Lampiran Soalan Tugasan

SOALAN TUGASAN

Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.,

seterusnya dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi secara tawatur dan mendapat

pahala jika membacanya. Al-Quran diturunkan untuk memberi petunjuk kepada seluruh

penduduk dunia. Selain dari itu Al-Quran juga adalah mukjizat yang terbesar kepada

Nabi Muhammad s.a.w.

1. Jelaskan maksud ‘mukjizat’ dan ‘tawatur’ berdasarkan aspek-aspek berikut:

(a) Definisi dan Pengertian

(b) Peranan atau Kepentingan

(10 markah)

2. Huraikan maksud Asbab Nuzul dan fungsinya dalam memahami ayat-ayat al-Quran

yang diturunkan.

(8 markah)

3. Bincangkan keseluruhan ayat al-Quran yang mengandungi Asbab Nuzul yang terdapat

dalam salah satu surah daripada surah-surah berikut:

(a) al-An’am

(b) al-A’raf

(c) al-Anfal

(12 markah)

(12 markah)

[Jumlah: 30 markah]

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 1

Page 2: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

Pengenalan Penulisan Tugasan

Sebagaimana yang kita maklumi , Al-Quranul Karim adalah kalam Allah yang

diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S

bagi menyampaikan perintah Allah kepada manusia. Perpindahan maklumat ini dari satu

generasi ke satu generasi secara tawatur dan berurutan adalah satu bukti tentang

kebenaran Al-Quran sebagai satu bacaan ibadah bagi hamba-hambaNya dan Al-Quran

juga adalah mukjizat yang terbesar dan teragong kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam

usahanya menyampaikan risalah Allah kepada Ummatnya.

Bagi menyempurnakan jawapan tugasan ini, saya akan menulis mengikut

kehendak soalan dan besertakan rujukan yang boleh dipercayai beserta dengan panduan-

panduan yang diberikan oleh tutor kami dan buku-buku yang muktabar untuk

menjadikanya satu bahan rujukan yang berguna.

Di sini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada tutor kami iaitu Ustaz Mohamad

Zamri Bin Ali ,rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat dan sebagainya dalam

menyiapkan tugasan ini. Semoga semua usaha itu akan mendapat ganjaran daripadaNya

yang setimpal dan usaha yang baik akan diberkati hendaknya.

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 2

Page 3: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

3. Penjelasan maksud ‘mukjizat’ dan ‘tawatur’ berdasarkan aspek-aspek berikut:

(a) Definisi dan Pengertian

(b) Peranan atau Kepentingan

(a) Definisi dan Pengertian Mukjizat

-Menurut Muhammad Bin Yaakob (2005) Mukjizat (معجزة) berasal daripada

perkataan arab معجزة ا اعجازا يعجز عجز ) ) dari segi bahasa ia membawa makna

melemahkan atau meluputkannya . Ia berasal daripada maksud kalimah arab:

فاته اعجزه الشئ اي -Manakala dari segi istilah, Mukjizat menurut Ruslan Abdullah (2009) ialah perkara

yang keluar dari kebiasaan manusia yang tampak pada diri seseorang yang mengaku

sebagai Nabi dengan kehendak Allah SWT dan sebagai dalil akan kebenaran

pengakuannya.

Sebagaimana yang kita maklumi, bagi melengkapkan takrif istilah ini, kita perlu

perhatikan bahwa definisi tersebut mencakup tiga unsur berikut; Pertama, Adanya

fenomena yang keluar dari kebiasaan manusia yang tidak boleh didapati dengan sebab-

sebab yang wajar. Kedua bahawa perkara yang keluar dari adat kebiasaan itu timbulnya

dari para nabi dengan kehendak Allah dan izin dari-Nya secara khusus. Ketiga terjadinya

perkara yang keluar dari kebiasaan seperti ini dapat dijadikan dalil atas kebenaran

dakwaan seorang nabi. Perkara inilah yang dinamakan mukjizat.

Dalam al-quran ,Allah menyatakan bahawa Al-Quran adalah mukjizat dan benar-

benar datang dari Nya berdasarkan ayat 23 surah Al- Baqarah sebagaimana berikut:

Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang

kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

Ayat Ini merupakan tentangan bagi mereka yang meragukan tentang kebenaran Al- Quran , kerana Al-quran itu tidak dapat ditiru

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 3

Page 4: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

walaupun dengan mengerahkan semua ahli sastera dan bahasa Karana ia merupakan mukjizat nabi Muhammad s.a.w. yang kekal hingga hari kiamat.

Mukjizat Nabi Muhammad terbahagi kepada dua jenis, Satu Mukjiz Hissi iaitu perkara luar biasa yang dapat dilihat dengan mata secara fizikal dan satu lagi Mukjizat Maknawi iaitu yang dapat dicapai dengan akal fikiran sahaja. Contoh-contoh mukjizat nabi muhammad yang lain ialah, Awan terbelah dua ( Hissi ), Air keluar daripada celah-celah jari

baginda ( Hissi ) , Matahari terhenti apabila ditunjuk ( Hissi) , Awan memayungi

baginda ( Hissi ) , Makanan yang sedikit mencukupi bagi orang yang ramai ( Hissi ),

Peristiwa Israk dan Mikraj ( Maknawi ) , Kitab suci al-qur’an (Maknawi) dan lain-lain

lagi.

Definisi dan Pengertian Tawatur

-Tawatur (تواتر) adalah Masdar berasal daripada perkataan arab ( يتواتر تواتراتواتر ) dari segi bahasa ia membawa makna berurutan. Manakala Menurut Alumnus

Balz(2008) mutawatir menurut istilah adalah “apa yang diriwayatkan oleh sejumlah

banyak orang yang menurut kebiasaan mereka terhindar dari melakukan dusta mulai dari

awal hingga akhir sanad”, Atau “hadits yang diriwayatkan oleh perawi yang banyak pada

setiap tingkatan sanadnya menurut akal tidak mungkin para perawi tersebut sepakat untuk

berdusta dan memalsukan hadits, dan mereka bersandarkan dalam meriwayatkan pada

sesuatu yang dapat diketahui dengan pancaindera seperti pendengarannya dan deria

lainnya”.

Dari sini fahamlah kita bahawa Al-Quran adalah kitab yang dihafaz dan di bawa

oleh banyak para sahabat nabi, sehinggalah ia dibukukan pada zaman khalifah Usman R.

A bagi menjaga kesuciannya daripada bercampur dengan kata-kata hikmah arab dan

hadis a’sar iaitu kata-kata sahabat nabi.

Dari takrif ini, dapatlah kita simpulkan bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab suci

yang di riwayatkan oleh sekumpulan yang ramai daripada para sahabat yang mereka

semuanya adalah adil dan amanah kemudian diturunkan kepada tabiin yang ramai dan

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 4

Page 5: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

mempunyai sifat yang baik dan mulia kemudian dibukukan dan dibersihkan kalimahnya

daripada sebarang keraguan bahawa ia adalah kalam Allah.

Allah Subhanahu Wataala Ada memberi jaminan tentang kesahihan al-Quran

sehingga hari kiamat sebagaimana firmanNya dalam surah Al-hijr ayat sembilan :

Yang bermaksud ”Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya” . Ayat Ini memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian Al Quran selama-lamanya dan ia tidak akan berubah sehingga hari kiamat disebabkan ia diturun dan dijaga secara tawatur.

(b)- Peranan dan Kepentingan Mukjizat ialah;

Salah satu daripada Kepentingan Mukjizat yang diberikan kepada nabi

Muhammad dan para nabi yang lain ialah untuk membenarkan kenabian dan kerasulan

seseorang nabi atau rasul . Daripada mukjizat inilah mereka akan berhujah mengikut

ajaran yang dikehendaki oleh Allah. Dengan mukjizat ini juga ia membukti kebenaran

risalah yang dibawa oleh para nabi kepada umat masing-masing.

Selain daripada itu, mukjizat juga adalah salah satu cara Allah memuliakan rasul

dan menolong mereka. Kalau kita baca dalam buku-buku tarikh islam dan kisah nabi-nabi

pada zaman dahulu , kita dapati mereka amat susah dan banyak bersabar dalam

menyebarkan perintah Allah. Kadang-kadang mereka terpaksa hadapi pelbagai ujian dan

halangan daripada kaum mereka yang jahil dan masih terikat dengan ajaran sembah

berhala untuk tujuan itu.

Selain daripada menunjukkan kekuasaan Allah dan kebesaranNya melalui

mukjizat yang diberikan kepada para nabi, mukjizat juga adalah satu wadah yang agong

yang diciptakan oleh Allah S.W .T untuk meyakinkan orang kafir akan kebenaran islam

dan agama-agama Allah yang terdahulu yang diredai oleh Allah. Menurut Ahmad

Redzuan bin Samsudin(2007) Seseorang Rasul akan mencabar kaumnya supaya

mendatangkan sesuatu yang sama dengan apa yang telah mereka perlihatkan daripada

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 5

Page 6: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

mukjizat-mukjizat yang melemahkan manusia di hadapannya, Lalu mereka tunduk

kepada bukti kerasulan tersebut dan mukjizatnya seterusnya mereka tahu bahawa dia

adalah utusan Allah pencipta mereka , hal ini adalah sebagaimana yang berlaku kepada

tukang-tukang sihir Firaun

Menurut dzymory (2009) Mukjizat merupakan sesuatu perkara yang menyalahi

apa yang biasanya berlaku, ampuh daripada sebarang cabaran pencabarnya dan ia

merupakan anugerah Allah kepada rasul-rasulNya di dalam membuktikan kebenaran

kepada kenabian dan kerasulan mereka. Al-Quran merupakan mukjizat paling besar

kepada nabi Muhammad S.A.W dan berkekalan sehingga hari qiamat.

Selain itu, dengan mukjizat Al-Quran juga ia dapat meyakinkan umat islam itu

sendiri dalam meneguhkan iktikad dan perjalanan dakwah yang disampaikan oleh

Rasulullahh. Kalau kita kaji sejarah nabi Muhammad S.A.W, kita dapati para sahabat

berlumba-lumba untuk mendekati nabi kerana mereka yakin dan dapat melihat mukjizat

nabi. Selain itu, mukjizat juga berperanan sebagai menjawab soalan dan menyahut

cabaran- cabaran mush islam.

- Peranan dan Kepentingan Tawatur ialah;

Di antara kepentingan ’tawatur’ semasa meriwayatkan ayat-ayat suci Al-Quran

dari satu generasi kepada generasi yang lain ialah memberi keyakinan kepada orang-

orang islam sendiri untuk Beriman dan berdakwah. Sebagaimana yang kita maklumi,

kepercayaan atau iman adalah hidayah Allah yang ia berikan kepada sesiapa yang ia

kehendaki. Jadi , dengan sifat yang ada pada Al-Quran ini, ia menjadikan orang-orang

islam sanggup bergadai nyawa, harta dan keluarga demi mempertahankan agama islam

yang suci ini.

Dalam agama islam, tawatur adalah tahap yang paling tinggi dalam kepercayaan

sesuatu perkhabaran dan berita yang di sampaikan khususnya Al-Quran. Dengan cara

penyampaian ini, bagi orang yang mempunyai pertimbangan mental yang waras, mereka

akan menerima dakwah dan ayat-ayat Al-Quran yang disampaikan oleh nabi secara reda

dan penuh kefahaman ilmiah, bukan sebagaimana mereka yang tidak mendapat hidayah

daripada Allah.

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 6

Page 7: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

Semasa menyempurnakan Pengumpulan ini, sifat yang adil dan amanah penerima

berita atau wahyu dari suatu generasi ke satu generasi menjadi ukuran dalam maksud

tawatur. Oleh yang demikian , adalah mustahil Al-Quran sebagai sebuah mushaf mukjizat

maknawi ada kepentingan orang-orang tertentu dalam satu-satu kumpulan semasa

penyampaianya ayat-ayat suci itu. Menurut Fadlan bin Mohd. Othman (2009) al-Quran

tetap dengan keadaannya, dipersetujui oleh semua umat Islam, diwarisi secara tawatur

oleh yang muda daripada yang tua. Al-Quran tidak dapat dicemarkan oleh tangan-tangan

pembuat kerosakan. Al-Quran tidak dapat juga dipupuskan oleh hawa nafsu orang yang

sesat. Segala puji hanya bagi Allah Ta‘ala, Tuhan langit dan Tuhan bumi serta Tuhan

sekalian alam.

Selain Daripada itu, dengan perpindahan secara tawatur juga ia memberi

jaminan kepada Al-Quran bahawa ia tidak akan berubah sama ada huruf ,baris, makna,

bacaan dan sebagainya sehingga hari kiamat. Keistimewaan ini hanya ada pada Al-

Quran dan tidak ada pada kitab-kitab lain seperti Taurat, Zabur dan Injil yang mana

tulisan kitab-kitab ini yang sebenar sudah tidak di ketahui lagi. Versi-versi yang ada pada

hari adalah karya-karya yang diubahsuai dan tidak boleh diyakini.

Tawatur dalam perpindahan Al-Quran juga memberi kelebihan agama islam

berbanding agama lain. Agama islam dijaga oleh Allah dari semua kepentingan

kehidupan manusia sama ada di dunia atau di Akhirat. Dengan penurunan kitab ini yang

amat lengkap secara tawatur dan tidak berubah sehingga hari kiamat, maka layak lah

agama ini dianuti oleh semua manusia.

4.Huraian maksud Asbab Nuzul dan fungsinya dalam memahami ayat-ayat al-

Quran yang diturunkan.

Pengertian Sebab pada bahasa ialah sebagaimana yang di takrifkan dalam kitab

kamus Lisanul Arabi, Ibnu Manzur ( 2005 ) إ�لى به يتوصل شيء وكل أسباب؛سبب فهو iaitu الشيء�، setiap perkara yang menyampaikan kepada sesuatu .

Manakala Nuzul mengikut kamus Lisanul Arabi juga :نزلهم النزول وقد الحلول،

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 7

Page 8: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

ومنز�ال، ومنزال نزوال ينزل بهم ونزل عليهم بالكسر ونزل pada bahasa ia

bermaksud menempatkan sesuatu kepada sesuatu.

Maksud sebab nuzul pada istilah Mengikut Ahmad bin Ali(2002) penurunan Al-

Quran dalam keadaan waktu berlaku sesuatu peristiwa atau ada persoalan daripada

sahabat nabi atau orang-orang tertentu. Manakala mengikut Ibrahim nikmat(2002)nuzul

ialah penurunan ayat-ayat suci kepada nabi muhammad SAW dengan menggunakan

Bahasa Arab yang jelas melalui malaikat Jibril yang penuh dengan amanah disebabkan

oleh sesuatu peristiwa. Ini berdasarkan firman Allah dalam al-Quran surah syu’ara; ayat

192-195 :

Yang bermaksud: ”Dan Sesungguhnya Al Quran Ini benar-benar

diturunkan oleh Tuhan semesta Alam. Dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril), Ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan. Dengan bahasa Arab yang jelas”

Di sini kita boleh simpulkan bahawa maksud sebab nuzul merupakan peristiwa

yang terjadi pada masa Nabi SAW atau pertanyaan yang diajukan kepada beliau, lalu

turun satu atau beberapa ayat dari Allah SWT untuk menjelaskan sesuatu yang berkaitan

dengan peristiwa tersebut atau untuk menjawab sesuatu peristiwa, merangkumi peristiwa

itu merupakan pertikaian yang sedang berlaku

Fungsi Asbaabul Nuzul

Sebagai seorang islam yang berilmu pengetahuan dan guru pendidikan islam yang

bertanggungjawab kepada murid-murid , adalah menjadi kemestian untuk kita belajar

mengenai asbabul nuzul. Sebab utama ialah kita terlibat secara langsung dalam

pengajaran Al-Quran di sekolah. Kadang-kadang kita akan di tanya oleh guru-guru

akademik yang lain mengenainya.

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 8

Page 9: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

Menurut BicaraMuslim.com (2000) Ibnu Daqiqil `Id berpandangan bahwa

mengetahui keterangan tentang kejadian turunnya suatu ayat merupakan cara yang paling

baik untuk memahami makna ayat tersebut, Sedangkan Ibnu Taimiyyah mengemukakan

bahwa mengetahui asbabun nuzul suatu ayat dapat menolong kita memahami makna

suatu ayat tersebut. Pengetahuan ihwal asbabun nuzul suatu ayat memberikan dasar yang

kukuh untuk menyelami makna suatu ayat al Quran.

Bagi sesetengah orang, ada yang menganggap bahawa tidak ada fungsi sama

sekali mengetahui Asbab al-Nuzul dan ia tidak lebih daripada sejarah bagi turunnya Al-

Quran atau sejajar dengan sejarah. Ada yang mengatakan kita gunakan kaedah dalam

usul Tafsir iaitu السبب بخصوص ال اللفظ بعموم .( العبرة ( Yang bermaksud ,

pengajaran Al-Quran diturunkan dengan lafaz yang umum , tidak dengan sebab-sebab

yang khusus . Daripada kaedah ini kita dapati bahawa anggapan ini kurang tepat

sekiranya ia bermaksud tidak perlu kepada asbab nuzul, kerana asbab al-Nuzul memiliki

beberapa fungsi, antaranya ialah:

Mengikut Ahmad bin Ali(2002) fungsi pertama ialah pentafsiran ayat adalah tepat

dan boleh menghilangkan keraguan. Sesungguhnya ilmu dengan sesuatu sebab boleh

mewarisi musabbab, Bahkan ada ayat yang susah untuk difahami melainkan dengan

memahami sebab nuzulnya terlebih dahulu. Bahkan Imam al-Wahidi mengatakan: „Tidak

mungkin mengetahui tafsir sesuatu ayat tanpa menilik kisah dan penjelasan mengenai

peristiwa turunnya. Dengan memahami betul-betul ayat Al-Quran dan sebab nuzulnya

seseorang pendakwah atau ustaz akan mentafsir dan menyamakan isu-isu semasa dengan

ayat tersebut dalam keadaan yakin dan betul.

Menurut Ahmad bin Ali(2002) lagi, fungsi kedua ialah memahami dan

mengetahui kebijaksanaan Allah SWT secara terperinci mengenai syariat yang

diturunkan-Nya. Ini memberikan manfaat samada untuk orang mukmin atau orang kafir.

Bagi orang mukmin, imannya akan bertambah dan akan lebih bersemangat dalam

melaksanakan hukum-hukum Allah SWT, mempraktikkan Kitab-Nya kerana ia melihat

dengan jelas kemashalatan-kemashalatan dan peristiwa-peristiwa khusus yang berkaitan

dengan hukum-hukum itu, kerana itulah Al-Quran diturunkan. Bagi orang-orang kafir,

dengan hukum yang tegas itu akan mendorongnya beriman apabila ia menyedarinya,

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 9

Page 10: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

yakni apabila ia mengetahui bahawa syariat Islam bertumpu pada pemeliharaan

kemashalatan manusia, bukan berdasarkan pemaksaan dan kezaliman.

Selain itu, fungsi ketiga ialah dapat menyenangkan para hafiz menghafaz dan

memahaminya dengan baik dan menetapkan kebenaran wahyu yang diturunkan kepada

para nabi. Sesungguhnya ikatan sesuatu hukum dengan sesuatu peristiwa, seseorang,

masa-masa tertentu, tempat-tempat tertentu, lebih menyakinkan dan memudahkan sesuatu

maklumat itu diingati dengan baik.

Fungsi keempat ialah dengan mengetahui sebab nuzul ia dapat mempastikan ayat

–ayat tersebut diturunkan kepada nabi dan ia menceritakan kepada orang-orang tertentu

seperti Allah turun ayat surah Al-masad untuk melaknat Abu lahad dan lain-lain lagi.

Fungsi kelima ialah mentaksiskan lafaz am. Sebagaimana yang kita maklum,

kadang-kadang Al-Quran datang lafaznya dalam bentuk am, sedangkan maksud yang

dikehendaki adalah khas. Apabila sudah diketahui maksud yang dikehendaki dengan

sebab nuzul adalah khas, maka mengikut khodi abu Bakar dalam kitabnya Takrib ,

hukumnya adalah haram jika kita tafsirkan selain daripada itu.

5. Ayat al-Quran yang mengandungi Asbab Nuzul yang terdapat dalam surah Al-

A’raf

Menurut Ali Bin Ahmad Al-Wahidi(2005) terdapat tujuh ayat yang mempunyai

asababul nuzul dalam surah Al-A’raf , ayat-ayat tersebut sebagaimana berikut: ayat 31,

175, 187, 188 ,189 ,191 dan 204.

Dalam ayat 31 daripada surah tersebut iaitu sebagaimana berikut:

Yang bermaksud : Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid , makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnyaAllah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.(membazir)Hadis riwayat Ibnu Abbas R. A menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada orang-orang jahiliah lelaki dan perempuan yang melakukan

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 10

Page 11: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

amalan tawaf di Kaabah secara telanjang. Ayat ini memerintah supaya mereka memakai pakaian.

Dalam ayat 175 daripada surah tersebut iaitu sebagaimana berikut :

Maksudnya: Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Telah kami berikan kepadanya ayat-ayat kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), Kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), Maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.

Menurut Ali Bin Ahmad Al-Wahidi(2005) lagi, diriwayatkan daripada Ibnu

Abbas dan sebahagian besar ahli mufassirin, bahawa ayat ini diturunkan menceritakan

tentang Bal’am Bin Ba’ura yang mana beliau adalah seorang yang alim dan beramal serta

doanya sangat dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari kampongnya di datangi oleh

Nabi musa dan tenteranya. Kaumnya meminta beliau berdoa supaya Allah hancurkan

Nabi Musa dan tenteranya sedangkan beliau patut beriman dengan Nabi Musa dan beliau

tahu. Oleh kerana desakan kaumnya beliau berdoa juga menyebabkan beliau dilaknat

oleh Allah.

Dalam ayat 187 daripada surah tersebut iaitu sebagaimana berikut:

187. Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang ada di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya.

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 11

Page 12: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui".

Hadis diriwayatkan daripada Qatadah, bahawa ayat ini diturunkan kepada nabi apabila orang-orang kafir Quraisy berkata: Wahai muhammad, sesungguhnya di antara aku dan engkau ada talian kekeluargaan, beritahukanlah kami, bila berlakunya kiamat?

Dalam ayat 188 daripada surah tersebut iaitu sebagaimana berikut:

188. Katakanlah: "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya Aku mengetahui yang ghaib, tentulah Aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan Aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".

Diriwayatkan daripada Al-Kalabiyyu, bahawa ayat ini diturunkan kepada Nabi apabila orang-orang Mekah telah berkata kepada nabi: Wahai Muhammad tidakkah telah memberitahu oleh tuhanmu harga barang ketika murah sebelum mahal kami beli, kemudian kami dapat untung, dan beritahu kami juga bumi yang akan dilanda kemarau , kami akan berpindah.....maka Allah menurunkan ayat ini.

Dalam ayat 189 -191daripada surah tersebut iaitu sebagaimana berikut:

189. Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 12

Page 13: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur".190. Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, Maka keduanya[588] menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang Telah dianugerahkan-Nya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan.191. Apakah mereka mempersekutukan (Allah dengan) berhada-berhala yang tak dapat menciptakan sesuatupun? sedangkan berhala-berhala itu sendiri buatan orang.

Diriwayatkan oleh Mujahid bahawa ayat 189-191 diturunkan kepada nabi menceritakan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa ketika mana Hawa mengandung dan beranak didapati semuanya meninggal dunia. Pada suatu masa Hawa mengandung dan di datangi syaitan, lalu syaitan mengesyorkan supaya diletakan nama anak tersebut dengan nama Abdul Haris yang mana syaitan ketika itu bernama Haris. Setelah Hawa menamakan dengan nama tersebut anak tersebut hidup. Demikian peristiwa adalah wahyu syaitan dan perintahnya , lalu Allah turunkan ayat ini menceritakan kisah ini kepada nabi.

Dalam ayat 204 daripada surah tersebut iaitu sebagaimana berikut:

204. Dan apabila dibacakan Al Quran, Maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat .

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa ayat ini diturunkan ketika berlaku satu peristiwa di mana ada di kalangan sahabat nabi yang meninggikan suara sedangkan mereka di belakang

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 13

Page 14: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

nabi yang sedang bersembahyang. Lalu diturunkan ayat ini. Manakala riwayat daripada Qatadah bahawa para sahabat bercakap-cakap dalam solat mereka pada awal solat difardukan. Pada suatu ketika datang seorang lelaki dan bertanya ia kepada sahabatnya, berapa kali engkau solat, maka ia menjawab aku solat sekian sekian..... lalu turun ayat ini.

6. Penutup

Sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa menpertingkatkan ilmu dari semasa

ke semasa dan berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang kehidupan supaya

hasil yang kita perolehi adalah bermutu tinggi dan unggul. Semasa mempelajari satu ilmu

baru iaitu Ulumul Quran , kita dapati bahawa ilmu ini sangatlah berguna dalam bidang

kehidupan kita sebagai pendakwah atau ustaz dan ustazah kepada murid-murid kita.

Selain itu kita juga hendaklah mempunyai pemikiran yang terbuka dan bersedia untuk

menerima pelbagai perubahan dalam sistem pembelajaran negara kita demi untuk

memartabatkan ilmu pengetahuan agama di negara kita.

Sebagaimana yang kita maklumi, kelahiran teknologi komputer dan internet

sangat maju dewasa ini. Dengan kecanggihan yang ada sekarang, adalah rugi sekiranya

kita tidak menggunakan kemudahan-kemudahan ini untuk menyampai dan menyebar

ilmu Ulumul Quran yang semakin hari ditinggal oleh generasi sekarang, sedangkan nilai

ilmunya sangatlah tinggi dan mencakupi kehidupan di dunia dan akhirat.

Dengan jawapan penulisan yang tidak seberapa ini, akhirnya, saya mengucapkan

ribuan terima kasih kepada tutor kami iaitu Ustaz Muhammad Zamri Bin Ali dan rakan-

rakan setutorial yang banyak menbantu dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan

jawapan tugasan ini.

Semoga apa yang baik itu menjadi pedoman dan ia adalah petunjuk daripada

Allah untuk kita semua amalkan , manakala yang tidak baik itu adalah daripada

kelemahan diri saya dan saya amat mengharapkan bantuan dan teguran membina

daripada semua . Semoga kita dirahmati olehNya selamanya.

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 14

Page 15: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

Wassalam.

7.Bibliografi dan Rujukan

Ahmad bin Ali(2002)ujab fi bayanil- Asbab.beirut .Lubnan.: darul Ibnu Hazan

Ali Bin Ahmad Al-Wahidi(2005) Asbab Nuzul quran .Mekah.Arab saudi.: Darul Miman

Ibnu Manzur ( 2005 ) Lisanul Arabi. Darul Fikri. Beirut

Ibrahim Nikmat(2008)Ulumul Quran. Beirut. Syarikat Dewan Li tabaat

Muhammad Bin Yaakob (2005)Kamus Muhit ( المحيط Beirut.Lebanon .: Al-resalah ,(قاموس

Publisher.

Alumnus Balz(2008) Belajar Ilmu Musthalah Hadist [Online] Available at

http://ilmuhadist.blogspot.com/ [ 08.02.2010]

Ahmad Redzuan bin Samsudin(2007) Rahsia Mukjizat Rasul Terbongkar [Online]

Available at http://mukjizatsaintifik.blogspot.com/ [16 Feb 2010]

BicaraMuslim.com (2000) Asbabun Nuzul (Latar Belakang Historis Turunnya

Ayat-Ayat Al Qur`An) [Online] Available at

http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=3&t=8303 [17.02.2010]

dzymory (2009) Mukjizat Al-Quran [Online] Available at

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 15

Page 16: Nota tawatur

__________________________________________Tugasan HBQE1103 Ulum Al-Quran

http://madugunung.blogspot.com/2009/05/mukjizat-al-quran.html [16 Feb 2010]

Fadlan bin Mohd. Othman (2009) Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul al-Tafsir

[Online] Available at http://www.hafizfirdaus.com

/ebook/Ushul%20Tafsir/quran7.htm#_ftn1 [13 .02. 2010]

RuslanAbdullah(2009)Mukjizat [Online] Available at

http://rusya.wordpress.com/2009/01/03/mukjizat/ [13 .02.2010]

________________________________Hasanan Bin Mohd Yusof 741024715165002 16