nota tambahan

22
Tolong… tolong…siapa boleh bantu ni.. mangsa berdarah banyak ni… ader sesiapa yang boleh bantu? Pernahkah tuan-puan menghadapi suasana begini? Perasaan ingin membantu terdetik dalam hati tapi x tau nak buat apa… Betul tak? .. Tahukan anda ilmu asas asas pertolongan cemas perlu ada dalam kehidupan kita sebagai manusia.. Ilmu Asas asas pertolongan cemas telah didedahkan di peringkat sekolah rendah lagi. Pernahkan anda semua bertanya pada diri sendiri apakah yang akan dilakukan sekiranya mengalami hal-hal kecemasan yang berkaitan kemalangan? Dan berapa banyakkan ilmu asas pertolongan cemas yang anda miliki? Suasana panik dan tertekan biasa terjadi apabila melihat seseorang cedera akibat kemalangan. Keadaan itu sering berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja sama ada di rumah, di tempat kerja, di sekolah, di kompleks perniagaan, di jalan raya dan sebagainya. Bantuan awal pertolongan cemas perlu diberi bagi melegakan mangsa dan mengelakkan daripada tahap kecederaan menjadi bertambah teruk sebelum mendapatkan bantuan pakar. Tahukah anda? Pertolongan cemas yang biasa diperlukan oleh mangsa adalah seperti menghentikan pendarahan, membalut luka, mengurangkan kesan kesakitan akibat patah tulang, memulihkan pernafasan, mengelak kesan keracunan, gigitan binatang bisa, tercekik dan melecur. Selain itu, kecemasan juga melibatkan golongan yang mengidap penyakit berbahaya seperti lemah jantung, lelah, alahan dan sawan babi. Dimana mangsa sering berdepan dengan keadaan di mana mereka menghadapi saat kritikal yang memerlukan bantuan kecemasan yang mana sekiranya lambat mendapatkan bantuan awal menyebabkan kematian. Pernahkah anda terfikir dengan memberikan bantuan kecemasan yang salah akan mengakibatkan lebih mudarat lagi? Tanpa pengetahuan yang jelas, seringkali berlaku kes pengendalian pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa tidak sesuai dan tidak selamat. Dalam kes tertentu, bantuan yang diberi bukan dapat melegakan penderitaan mangsa sebaliknya menjadi lebih serius. Dalam kes tertentu, penyelamat turut menjadi mangsa.

Upload: fitri

Post on 08-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Khas untuk membantu rawatan awal

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Tambahan

Tolong… tolong…siapa boleh bantu ni.. mangsa berdarah banyak ni… ader sesiapa yang boleh bantu?

Pernahkah tuan-puan menghadapi suasana begini? Perasaan ingin membantu terdetik dalam hati  tapi x tau

nak buat apa… Betul tak? ..

Tahukan anda ilmu asas asas pertolongan cemas perlu ada dalam kehidupan kita sebagai manusia.. Ilmu

Asas asas pertolongan cemas telah didedahkan di peringkat sekolah rendah  lagi. Pernahkan anda semua

bertanya pada diri sendiri apakah yang akan dilakukan sekiranya mengalami hal-hal kecemasan yang

berkaitan kemalangan? Dan berapa banyakkan ilmu asas pertolongan cemas yang anda miliki?

Suasana panik dan tertekan biasa terjadi apabila melihat seseorang cedera akibat kemalangan. Keadaan itu

sering berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja sama ada di rumah, di tempat kerja, di sekolah, di

kompleks perniagaan, di jalan raya dan sebagainya. Bantuan awal pertolongan cemas perlu diberi bagi

melegakan mangsa dan mengelakkan daripada tahap kecederaan menjadi bertambah teruk sebelum

mendapatkan bantuan pakar.

Tahukah anda? Pertolongan cemas yang biasa diperlukan oleh mangsa adalah seperti menghentikan

pendarahan, membalut luka, mengurangkan kesan kesakitan akibat patah tulang, memulihkan pernafasan,

mengelak kesan keracunan, gigitan binatang bisa, tercekik dan melecur.  Selain itu, kecemasan juga

melibatkan golongan yang mengidap penyakit berbahaya seperti lemah jantung, lelah, alahan dan sawan

babi. Dimana mangsa sering berdepan dengan keadaan di mana mereka menghadapi saat kritikal yang

memerlukan bantuan kecemasan yang mana sekiranya lambat mendapatkan bantuan awal menyebabkan

kematian.

Pernahkah anda terfikir dengan memberikan bantuan kecemasan yang salah akan mengakibatkan lebih

mudarat lagi? Tanpa pengetahuan yang jelas, seringkali berlaku kes pengendalian pertolongan cemas yang

diberikan kepada mangsa tidak sesuai dan tidak selamat. Dalam kes tertentu, bantuan yang diberi bukan

dapat melegakan penderitaan mangsa sebaliknya  menjadi lebih serius.  Dalam kes tertentu, penyelamat

turut menjadi mangsa.

Page 2: Nota Tambahan

Ilmu asas pertolongan cemas amat berguna kerana pertolongan awal yang diberikan kepada mangsa

mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa.  Ilmu pengetahuan pertolongan cemas amat penting

dipelajari oleh setiap orang. Paling tidak, dalam setiap keluarga atau kumpulan mesti terdapat salah seorang

yang mempunyai kemahiran asas dalam memberi pertolongan cemas.  Persediaan ini penting bagi

menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan. Kes kemalangan kecil tetap perlu

diberikan bantuan cemas mengikut tindakan yang betul.

Tahukah anda dimanakah Ilmu pertolongan cemas boleh dipelajari? Yerr.. betul…melalui latihan khas oleh

pakar perubatan seperti doktor dan para medik. Selain itu, latihan  juga dikendalikan oleh organisasi dan

pertubuhan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Jabatan Pertahanan Awam, Kadet BOMBA,

Academy Of Safety And Emergency Care (ASEC) dan St. John’s Ambulance. Latihan pertolongan cemas lebih

sesuai dilakukan dengan menghadiri kelas. Bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan sedemikian

boleh juga mempelajarinya melalui buku sebagai pengetahuan asas.

Pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas bukan sahaja bertujuan untuk membantu orang lain. Dalam

kes tertentu, pengetahuan itu penting untuk diri sendiri. Banyak kes kemalangan yang berlaku ketika tiada

orang lain berhampiran.  Dalam kes sedemikian, mangsa perlu bertindak sendiri untuk menyelamatkan diri.

Bantuan kecemasan dilakukan sendiri agak terhad. Namun amat berguna untuk mengelak daripada

kecederaan menjadi semakin teruk. Tindakan mudah kecemasan terhadap diri sendiri mungkin satu

tindakan menyelamatkan nyawa.  Justeru, mempelajari asas pertolongan cemas amat penting. Wanita yang

tinggal di rumah bersama anak-anak amat perlu mengetahui asas pertolongan cemas

Page 3: Nota Tambahan

Suasana panik dan tertekan biasa terjadi apabila melihat ada seseorang tercedera atau dalam keadaan bahaya akibat sesuatu penyakit. Keadaan itu boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa. Kes mungkin berlaku di rumah, di tempat kerja, di sekolah, di jalan raya dan sebagainya. Tahap dan jenis kecederaan yang dialami mangsa pula mungkin hanya calar-calar kecil saja. Banyak juga kes kecederaan teruk yang boleh membawa maut. Selain itu keadaan cemas melibatkan penyakit seperti lemah jantung menyebabkan maut juga sering berlaku. Semua mangsa kemalangan atau kes kecemasan, biar apapun jenis kecederaan atau penyakit dialaminya, perlu diberi bantuan kecemasan. Bantuan kecemasan diberikan bagi memberi kelegaan kepada mangsa dan mengelak daripada tahap kecederaan menjadi bertambah teruk.

Bantuan kecemasan atau pertolongan cemas ialah bantuan awal yang diberikan kepada orang yang sakit atau mangsa kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau pakar yang berkelayakan. Pertolongan cemas yang biasa diperlukan oleh mangsa ialah menahan pendarahan, membalut luka, mengurangkan kesan kesakitan akibat patah tulang, memulihkan pernafasan, mengelak kesan keracunan, gigitan binatang bisa, tercekek dan melecur. Selain disebabkan kes kemalangan, kecemasan juga melibatkan golongan yang mengidap penyakit berbahaya seperti lemah jantung, lelah, alahan dan sawan babi. Pengidap penyakit berkenaan sering berdepan dengan keadaan di mana mereka menghadapi saat kritikal yang memerlukan bantuan kecemasan. Tanpa bantuan kecemasan, terutama dalam kes berkaitan pernafasan, boleh menyebabkan mereka meninggal dunia. Memberi pertolongan cemas memerlukan tindakan dan kaedah yang betul. Tanpa pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin menyebabkan kesan tidak seperti diharapkan. Seringkali berlaku kes pengendalian pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa tidak sesuai dan tidak selamat. Dalam kes tertentu, bantuan yang diberikan bukan dapat melegakan penderitaan mangsa. Sebaliknya tindakan menyebabkan keadaan lebih serius. Dalam kes tertentu, penyelamat turut menjadi mangsa. Kes seperti menyelamat turut terperangkap dalam kebakaran. Banyak kes penyelamat turut mati lemas. Kejadian itu berlaku antara lain berpunca penyelamat tidak mengetahui asas menyelamat dan pertolongan cemas. Pengetahuan pertolongan cemas amat berguna. Pengetahuan mengikut kaedah-kaedah asas sudah memadai berbanding tiada langsung. Pertolongan cemas yang diberikan kepada mangsa mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa. Satu tindakan mudah penting untuk membantu masalah berkaitan sistem pernafasan dan pendarahan. Bantuan pernafasan yang betul penting bagi memulihkan pernafasan mangsa. Bantuan pernafasan memerlukan tindakan pantas dalam tempoh beberapa minit. Jika tiada seseorang yang tahu melakukan bantuan pernafasan di tempat kejadian, sudah terlambat untuk mendapat bantuan orang lain di tempat lain. Justeru, pengetahuan pertolongan cemas amat penting dipelajari oleh setiap orang. Paling tidak, dalam setiap keluarga atau kumpulan mesti terdapat salah seorang daripada mereka yang mempunyai

Page 4: Nota Tambahan

kemahiran asas dalam memberi pertolongan cemas. Persediaan ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan yang berlaku di rumah atau di tempat kerja. Kes kemalangan kecil tetap perlu diberikan bantuan cemas mengikut tindakan yang betul. Ilmu pertolongan cemas boleh dipelajari melalui latihan khas yang disediakan oleh pakar dalam bidang perubatan seperti doktor dan para medik. Selain itu, latihan sedemikian juga dikendalikan oleh organisasi dan pertubuhan untuk ahli-ahli mereka. Antara organisasi yang melatih ahli-ahlinya pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Jabatan Pertahanan Awam, Kadet Bomba dan St John Ambulan. Latihan pertolongan cemas lebih sesuai dilakukan dengan menghadiri kelas. Bagi mereka tidak berkesempatan melakukan sedemikian boleh juga mempelajarinya melalui buku. Apa yang dibaca itu boleh dijadikan sebagai panduan asas apabila memberi pertolongan cemas. Pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas bukan sahaja bertujuan untuk membantu orang lain. Dalam kes tertentu, pengetahuan itu penting untuk diri sendiri. Banyak kes kemalangan yang berlaku ketika tiada orang lain berhampiran. Dalam kes sedemikian, mangsa perlu bertindak sendiri untuk menyelamatkan diri. Bantuan kecemasan dilakukan sendiri agak terhad. Namun amat berguna untuk mengelak daripada kecederaan menjadi semakin teruk. Tindakan mudah kecemasan terhadap diri sendiri mungkin satu tindakan menyelamatkan nyawa. Justeru, mempelajari asas pertolongan cemas amat penting. Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anak amat perlu mengetahui asas pertolongan cemas.

Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor,

Page 5: Nota Tambahan

namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.my/2009/02/pertolongan-cemas.html#ixzz3mlM6hXsC

Apakah yang perlu dilakukan ?

* Jangan panik. Anda perlu bertenang

*Fikir.Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya yang logik. Apabila memberikan pertolongan cemas, laksanakannya mengikut kemampuan anda.

*Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin.

Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adal ah perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota badan. Seorang mangsa yang tidak boleh bernafas dengan baik, atau mengalami pendarahan berlebihan, perlukan bantuan segera. Jika pertolongan cemas itu pantas dan berkesan, mangsa tersebut akan memiliki peluang yang lebih cerah untuk pulih. Cuba bertenang dan fikirkan semua tindakan anda. Pengamal pertolongan cemas yang tenang dan terkawal telah terbukti dapat mengawal keadaan dengan cekap dan berkesan.

Bagaimana mendapatkan bantuan ?

Untuk mendapatkan bantuan perubatan, hubungi ambulans segera dengan mendail 999. Jika anda berada di samping mangsa, dapatkan orang lain untuk menelefon bantuan. Jika anda bersendirian, anda perlu tinggalkan mangsa buat seketika untuk membuat panggilan telefon.

'AMARAN PERUBATAN' (MEDIC ALERT)

Ada individu yang menderita akibat sesuatu keadaan perubatan tertentu yang boleh menyebabkan mereka menghadapi gejala dan tanda-tanda penyakit yang serius pada bila-bila masa.

Page 6: Nota Tambahan

Sebagai bantuan dan makluman, mereka mungkin memakai sejenis pengenalan perubatan, biasanya dalam bentuk sejenis rantai atau gelang yang khas. Alat ini dikenali sebagai gelang Medic Alert atau Amaran Perubatan. Pada gelang ini tercatat identiti pesakit, keadaan perubatan yang tertentu dan keterangan-keterangan lain seperti alahan, dadah yang diperlukan atau alamat konteks perubatan yang boleh dihubungi.

Pelbagai keadaan perubatan yang boleh dimaklumkan oleh alat tersebut termasuklah penyakit jantung yang khusus, diabetes, epilepsi atau gila babi, asma dan alahan-alahan yang serius.

Mengapa pertolongan cemas ?

Mereka yang memberikan pertolongan cemas sentiasa berusaha ke arah:

*Menyelamatkan nyawa mangsa

*Mengelakkan komplikasi atau keadaan dari menjadi bertambah buruk.

*Membantu pemulihan

*Menenangkan perasaan mangsa dengan membuat mereka berasa selesa dan memulihkan kesakitan.

Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang perlu mereka lakukan dalam keadaan-keadaan yang berbeza. Kesilapan dalam memberikan rawatan boleh memburukkan lagi keadaan mangsa.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.my/2009/02/pertolongan-cemas.html#ixzz3mlMJadgD

PERTOLONGAN CEMAS Selepas dua hari berkursus, baru hari ini boleh meng'entry' di office (dalam erti kata lain, guna hak pejabat ler ni, hehehe). Kursus pertolongan cemas yang dihadiri banyak membuka mata betapa pentingnya rawatan awal. Alhamdulillah, Medical Attendant (MA) yang menjadi penceramah semalam seorang yang sangat suka bercerita. Beliau banyak berkongsi pengalaman beliau semasa menguruskan pesakit-pesakit samaada di lokasi kejadian ataupun di hospital, banyak kisah yang menyayat hati, banyak gambar-gambar yang dikongsi - kebanyakannya yang mengerikan. * Penceramah banyak menekankan aspek peri pentingnya pertolongan cemas, bagaimana pertolongan cemas dapat membantu mangsa, dan seolah-olah dapat memanjangkan nyawa. Kadang-kadang terfikir, kenapa rakyat Malaysia ramai yang masih tidak tahu tentang pertolongan cemas. Cuba perhatikan, jika

Page 7: Nota Tambahan

berlakunya kemalangan, berapa ramaikah yang berani turun padang sama-sama menolong mangsa? Yang ramai cuma yang tolong tengok, ambil gambar dan sama-sama buat kecoh. Kata MA ini, kadang-kadang kesal dengan sikap rakyat Malaysia, bukan setakat tidak membantu, malahan mereka menjadi lebih 'sudu dari kuah'. Maksudnya jika ada pasukan paramedik yang sampai ke tempat kejadian (dengan ambulan), anggapan mereka mangsa perlu lekas-lekas dihantar ke hospital. Sedangkan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan di lokasi untuk menyelamatkan mangsa seperti membalut luka, melakukan CPR, membetulkan kedudukan anggota badan, menenangkan mangsa, memberikan bantuan pernafasan dan sebagainya. Aspek-aspek ini penting supaya bila mangsa tiba di hospital, rawatan susulan boleh terus dilakukan. * Jika kita menonton cerita-cerita Barat kita akan dapati banyak perbezaan antara masyarakat di Malaysia dengan masyarakat di Barat. Biasanya pasukan paramedik di sana lebih mudah untuk menjalankan tugas berbanding di Malaysia. Kalau anda pernah menonton siri 911, anda akan faham maksud saya. * * Kisah 1 - kepentingan pertolongan cemas * A) Sebuah keluarga sedang berkelah, tiba-tiba anak yang sedang mandi tergelincir lalu lemas. Ibu bapa mangsa yang mengetahui serba sedikit tentang pertolongan cemas, membuat rawatan awal kepada anak mereka dengan membuat proses CPR. Kemudian terus membawa anak ke hospital yang terdekat * B) Seorang anak tunggal kepada sepasang ibu bapa tercekik (tak pasti apa objek). Parents telah membawa anak ke klinik kerana tidak tahu pertolongan cemas tetapi doktor di klinik terbabit pun tidak dapat berbuat apa-apa, hanya menulis sepucuk surat kepada hospital terdekat, dan cop URGENT. Parents membawa mangsa sendiri ke hospital dalam keadaan trafik yang agak tidak lancar. * Kedua-dua kejadian sampai di hospital pada masa yang sama dan dikendalikan oleh petugas-petugas hospital pada masa yang sama. Hasilnya: * A) Mangsa selamat dan masih hidup sehingga sekarang B) Mangsa tidak dapat diselamatkan - meninggal dunia (waktu sampai di hospital, muka dah biru, nadi dah lemah) * * Kisah 2 - ikhtibar dan teladan * Sepasang kekasih yang baru pulang dari berkelah mengalami kemalangan, kedua-duanya dihantar ke hospital. Lelaki dalam keadaan kritikal dan yang perempuan tidak mengalami kecederaan serius. Lelaki selamat tetapi mengalami kecacatan kekal, tetapi yang perempuan, walaupun tidak mengalami kecederaan serius tetapi mengalami pendarahan serius pada bahagian sulitnya. Petugas hospital cuba untuk menghentikan pendarahan tetapi tidak berjaya dan akhirnya mangsa meninggal kerana kehilangan darah yang banyak. Apabila diperiksa seluruh badan didapati banyak kesan 'gigitan cinta' pada leher mangsa. Apa yang mereka buat disana? Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Page 8: Nota Tambahan

RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR)

EAR adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga teknik yang digunakan di dalam EAR ini:

1. MULUT-KE-MULUT

Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut

2. MULUT-KE-HIDUNG

Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar.

3. MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT

Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.

EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan pemberi pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan tertentu seperti asma atau emfisema yang boleh menyebabkan penafasan terhenti memerlukan EAR dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa.

Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan.

Indikasi untuk EAR

Page 9: Nota Tambahan

SISTEM PENGALIRAN DARAHMerupakan rangkaian sistem yang tertutup yang terdiri dari jantung, saluran-saluran darah dan limpa. Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu saluran arteri, vena dan kapilari.

JantungJantung terletak di ruang dada iaitu di belakang bawah dada. Letaknya 2/3 arah ke kiri ruangan dada iaitu di antara kanan dan kiri jantung. Saiznya adalah lebih kurang sebesar gengaman. Bentuknya adalah seperti buah pear iaitu tirus di hujungnya. Jantung dapat mengepam darah kira-kira 120-150 mls darah bagi setiap kali ia mengepam. Setiap minit ia dapat mengepam kira-kira 5 liter darah. Pengaliran dan pengepaman darah dari jantung akan menjadi lebih banyak apabila seseorang itu melakukan pergerakan.Jantung terbina daripada otot-otot di luar kawalan. Oleh yang demikian, pergerakannya adalah tidak dikawal oleh mana-mana bahagian sistem badan. Jantung terbina dari 3 lapisan otot. Antaranya:-a) Lapisan pericardium (bahagian luar jantung) – terbina dari otot-otot berfiber dan serosa.b) Lapisan Myocardium (lapisan tengah) – terbina dari lapisan tisu otot bebas.c) Lapisan Endocardium (lapisan dalam) – terbina dari tisu-tisu epithelium leper.Jantung terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian kiri jantung dan bahagian kanan jantung. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan oleh dinding yang dikenali sebagai septum. Dari setiap bahagian ini ianya terbahagi kepada 2 ruangan iaitu atrium (aurikal) di bahagian atas dan ventrikal di bahagian bawah. Oleh itu secara keseluruhannya di dalam jantung terdapat 4 ruangan yang dikenali sebagai aurikal kiri, aurikal kanan, ventrikal kiri dan ventrikal kanan.

Di dalam ruangan-ruangan jantung ini terdapat injap-injap iaitu:-a) Injap Antrio Ventricular (injap serambi) yang terdiri dari Injap Tricuspid yang terletak di antrium kanan dan injap Bicuspid yang dikenali sebagai Injap Mitral di antrium kiri.b) Injap Semi Luar (injap separuh bulat) terdapat di bahagian kanan ventrikal ke pulmonary artery dan kiri ventrikal ke aorta.

Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:-a) Saluran Arteri – terbina dari 3 lapisan selaput. Selaput luar terbina dari lapisan tisu berfiber yang bertindak sebagai pelindung kepada saluran arteri. Dinding arteri sebagai elastik dan kuat.b) Saluran Vena – terdiri daripada 3 lapisan selaput tetapi tidak setebal dan selastik arteri.c) Saluran Kapillari – saluran ini sangat kecil, terbina dari satu lapisan selaput tisu epithelium leper biasa.

Saluran arteri mengalirkan darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan kecuali saluran pulmonary arteri. Manakala saluran vena pula menyalurkan darah yang berkarbon dioksida dari tisu ke jantung untuk pembebasan gas karbon dioksida di paru-paru.

Page 10: Nota Tambahan

Darah yang telah digunakan oleh tisu akan di salur kembali ke saluran badan kecuali kapillari vena, saluran vena dan seterusnya ke ruangan antrium kanan jantung. Dari situ darah dipam ke ruangan ventrikal kanan jantung dan seterusnya dipam ke paru-paru melalui saluran pulmonary arteri untuk proses pengoksigenan. Apabila telah pengoksigenan, darah akan dialir ke saluran pulmonary vena ke ruangan antrium kiri jantung dan seterusnya dipam keluar untuk diedarkan ke seluruh badan melalui saluran aorta, arteri dan kapillari arteri untuk kegunaan sel badan.

Pengaliran DarahTerbahagi kepada 2 peringkat:-a) Peredaran darah paru-paru (pulmonary) yang bermula dari ventrikal kanan hingga ke antrium kiri.b) Peredaran sistematik – peredaran darah mula dari ventrikal kiri hinggalah kembali ke antrium kanan jantung.

Jantung berdenyut antara 70 hingga 100 kali seminit bagi orang dewasa. Manakala peredaran darah mengambil masa kira-kira 0.8 saat bagi setiap kali.

Nadi Apabila ventrikal kiri jantung mengucup bagi mengepam darah keluar, maka satu utusan mengalir ke saluran aorta dan seterusnya keseluruh saluran arteri. Pengucupan jantung yang dihasilkan itu akan menghasilkan nadi. Nadi boleh dirasa pada tempat-tempat tertentu di saluran arteri sahaja.

Sistol – istilah yang menyatakan jantung mula mengepam (berdenyut).Diastol – istilah peringkat jantung berehat. Untuk mengukur tekanan darah alat yang digunakan dikenali sebagai sphygmomanometer.

Darah terdiri dari beberapa kumpulan tertentu, antaranya ialah:-a) Kumpulan A.b) Kumpulan B.c) Kumpulan AB.d) Kumpulan O.

Page 11: Nota Tambahan

SISTEM PERNAFASANSistem yang penting bagi hidupan, di mana oksigen dari bahagian hidung hingga ke peparu diserapkan oleh saluran darah untuk diedar untuk kegunaan pernafasan semula sel-sel. Setelah oksigen digunakan, karbon diokida dan wap yang terhasil akan di hantar kembali ke paru-paru dan dibebaskan melalui hidung.

Pernafasan terbahagi kepada 2 kategori iaitu:-1. Pernafasan luar – oksigen yang disedut dari udara di bawa ke dalam sistem saluran darah dan kemudiannya pembebasan karbon dioksida.2. Pernafasan dalam – pertukaran oksigen di antara saluran kapillari dengan sel-sel.

Sistem pernafasan terdiri daripada :- a. Hidungb. Faring c. Laring (larynx) – peti suarad. Bronchie. Bronchiolef. Alveoli (air sac)g. Paru-paru

HidungTerbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian hadapan dan belakang. Ia bermula dari hadapan hidung ke bahagian faring. Rongga hidung terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian kiri dan kanan yang dipisahkan oleh nasal septum. Tisu yang membina lapisan ini adalah dari sel epithelium turus bersisik. Dalam ruangan hidung terdapat turbinate, bulu hidung, tulang lembut dan tulang hidung. Tugas hidung:– a) Saluran tempat mula-mula udara masuk ke paru-paru.b) Sebagai organ bauc) Menentukan sifat bunyi suara.Faring.Merupakan sebahagian dari saluran pernafasan . Panjang kira-kira 5 inci panjang yang bermula dari dasar tengkorak (base of skull) hingga ke oesophagus (ruas ke 6 tulang cervical). Faring terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:-a) Nasopharynx – belakang rongga hidungb) Oropharynx – belakang ruang mulut (tekak).c) Laryngopharynx –saluran penyaluran udara yang di sedut.- membantu menentukan sifat bunyi suara.Laring Terletak di pertengahan leher iaitu di antara faring dengan trakea (ruas 4,5 dan 6 tulang

Page 12: Nota Tambahan

cervical). Terbina dari rawan hailin. Pada bahagian laring terdapat juga rawan thyroid, krikoid, anteoid dan epiglotis.

Tugas Laring : - penyaluran udara- menentukan sifat bunyi suara.

TrakeaBermula dari bahagian bawah laring hingga ke cabang braonchi. Trakea terletak di bahagian depan saluran oesophagus. Terbina dari rawan. 

Tugas Trakea: menjadi saluran pernafasan udara masuk dan keluar.

BronchiTerbina dari rawan berbentuk “C”. Panjangnya kira-kira 4.5 inci. Struktur binaan sama seperti struktur trakea. 

BronchilesMerupakan cabang atau ranting bronchi yang lebih kecil bentuknya. Terbina dari otot bebas (involuntary muscle).AlveoliMerupakan penghujung bronchioles. Ia merupakan gelembung udara (air sac) yang diliputi oleh selaput squamous epithelium.

Paru-paruParu-paru merupakan organ yang elastik yang berbentuk kun yang terletak pada ruangan thorex. Ia diseliputi oleh lapisan nipis yang dikenali sebagai lapisan pleura. Paru-paru terbahagi kepada 2 iaitu kiri dan kanan paru-paru. Setiap bahagian terbahagi kepada cuping-cuping (lobe) yang tersendiri. Paru-paru kanan mempunyai 3 cuping manakala kiri pula mempunyai 2 cuping.

Mekanisma pernafasanPernafasan manusia dikawal oleh pusat pernafasan di bahagian meduolla oblongata. Mekanisma pernafasan adalah merupakan pergerakan pernafasan yang berlaku akibat dari pergerakan selaput diagphram, otot-otot intercostal dan tulang rusuk. 

Mekanisma pernafasan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat penarikan nafas masuk (inspiration), peringkat hembusan keluar (expiration ) dan waktu rehat (pause). Peringkat penarikan nafas – merupakan pergerakan aktif yang menyebabkan ruangan thorex menjadi luas. Tulang rusuk bergerak keluar kearah luar dan ke atas (upward andoutward) menyebabkan otot intercostal mengucup. Manakala otot diaghparam menjadi luas. Ini menyebabkan berlaku tekanan rendah di dalam paru-paru. Keadaan ini memberi ruang kepada udara masuk ke dalam paru-paru.Peringkat hembusan keluar - Merupakan pergerakan pasif di mana ruang thorex kembali

Page 13: Nota Tambahan

kepada saiz biasa. Otot intercostal berehat dan menyebabkan tulang rusuk tertarik ke bawah. Manakala diagphram kembali ke bentuk asal iaitu melengkung ke atas. Tekanan di ruangan thorex menjadi sempit dan tekanan di dalam paru-paru menjadi tinggi. Ini menyebabkan udara yang terdapat di dalam paru-paru tertekan keluar.

Kandungan oksigen di udara yang kebiasaan disedut oleh manusia adalah kira-kira 20 – 21%. Setiap minit pernafasan yang normal berlaku sebanyak 14 – 15% kali seminit. Manakala kadar udara yang disedut adalah kira-kira 400 – 500 mls. Kandungan oksigen yang digunakan adalah kira-kira 4 – 5% sahaja, selebihnya antara 14 – 15% dihembus keluar bersama-sama karbon dioksida sebanyak 4%

TERHENTI PERNAFASAN (ASPHYXIA)Suatu keadaan bila mana berlakunya kekurangan bekalan oksigen di dalam darah yang menyebabkan tisu dan sel-sel tidak mendapat bekalan oksigen untuk bernafas dan menjalankan tugas.

Kekurangan bekalan oksigen berpunca dari kekurangan bekalan oksigen di udara, gangguan pada pusat pernafasan di medulla oblonggata, sekatan saluran pernafasan, gangguan sistem saraf, jantung dan paru-paru tidak berfungsi dengan sempurna dan sebagainya.

Punca-punca terhenti pernafasana) Lemas dalam asap, gas beracun atau asapb) Terkena kejutan elektrik atau panahan petir.c) Termakan atau terminum bahan-bahan beracun.d) Tersekat bendasing pada saluran pernafasan.e) Tercekik atau terjerut pada bahagian leher.f) Tertimbus atau ditimpa benda berat di dada atau tertimbus bantal bagi bayi.g) Penyakit-penyakit pada saluran pernafasan atau jantung. Contohnya penyakit jantung, lelah, radang paru-paru, pertumbuhan pada saluran pernafasan.h) Alahan atau allergi yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak atau gangguan pada pusat pernafasan.i) Berlakunya pertukaran tekanan secara mengejut dari tekanan rendah ke tekanan tinggi dan sebaliknya.j) Kecederaan di bahagian dada seperti patah tulang dada atau tulang rusuk.

Tanda-tanda dan gejala terhenti pernafasan 

a) Sukar bernafas.b) Pernafasan cepat dan pendek-pendek.c) Muka menjadi pucat.d) Mangsa berkeadaan gelisah.e) Bibir dan kuku menjadi pucat dan kebiruan

Page 14: Nota Tambahan

f) Mangsa berkeadaan lemah dan tidak berkeupayaan.g) Saluran vena di bahagian leher mengembang.h) Berpeluh dan badan menjadi sejuk.i) Pergerakan nadi menjadi cepat dan lemah pada permulaannya dan diikuti pergerakan yang perlahan sebelum terhenti.j) Mangsa mengalami renjatan dan terhenti pernafasan.

Rawatan Am Terhenti Pernafasana) Bawa mangsa ke tempat selamat dan baringkan mangsa dalam keadaan melentang.b) Dongakan kepala mangsa supaya saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik.c) Cuba periksa punca penyebab terhentinya pernafasan supaya mudah memberi bantuan yang sebaik mungkin.d) Periksa pernafasan mangsa secara dengar, lihat dan rasa. Sekiranya pernafasan terhenti, beri bantuan pernafasan melalui kaedah mulut ke mulut, mulut ke hidung, Holger Neilson atau Selvesters.e) Periksa pergerakan nadi mangsa, sekiranya tiada, lakukan permulihan tekanan jantung dari luar (chest compression). Lakukan kaedah ini berselang seli antara pernafasan dan tekanan jantung sehingga jantung dan pernafasan berfungsi kembali atau bantuan sampai.f) Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa.g) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.h) Dapatkan bantuan perubatan segera.Rawatan-rawatan Khas Terhenti Pernafasan.Lemas Dalam Air (Drowning)a) Bantuan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung, ia boleh dilakukan sekiranya mangsa terhenti pernafasan semasa lemas.b) Bawa ke daratan dan baringkan mangsa. Dongak kepala mangsa dan periksa pernafasan mangsa.Beri bantuan pernafasan sekiranya pernafasan terhenti.c) Periksa pergerakan nadi mangsa, dan lakukan tekanan dada dari luar sekiranya nadi terhenti.d) Lakukan tekanan jantung dan bantuan pernafasan berselang seli sehingga mangsa bernafas dan jantung berdenyut kembali.e) Longgarkan pakaian mangsa.f) Selimutkan mangsa.g) Jangan diberi sebarang makanan atau minuman semasa mangsa dalam keadaan tidak sedar.i) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Tergantung (hanging)a) Ampu anggota mangsa ke atas bagi mengurangkan jerutan tali.b) Potong tali dan tanggalkan jerutan.c) Baringkan mangsa dan dongakan kepala mangsa.d) Periksa pernafasan dan pergerakan nadi. Lakukan CPR.

Page 15: Nota Tambahan

e) Rawat kecederaan sekiranya ada.f) Dapatkan rawatan perubatan.Lemas dalam asap/gas beracun (suffocation by gas/smoke)a) Pastikan gas atau asap beracun keluar terlebih dahulu. Buka pintu atau tingkap.b) Tutup mulut dan hidung dengan tuala basah/ lembab dan masuk secara merangkak.c) Keluarkan mangsa secara menarik perlahan-lahan.d) Longgarkan pakaian mangsa.e) Periksa pernafasan dan pergerakan nadi mangsa. Sekiranya terhenti, lakukan CPR.e) Dapatkan rawatan perubatan segera.Bendasing Dalam Saluran Pernafasan.1. Orang dewasa (Sekiranya mangsa sedar) Tanya mangsa sama ada boleh bernafas atau tidak. Perhatikan keadaan mangsa. Arah mangsa supaya batuk agar bendasing dapat keluar. Lakukan bantuan secara kaedah Heimlich Manuver atau chest thrust sekiranya mangsa tidak boleh bernafas. Arah mangsa membongkok perutnya ke belakang kerusi atau melakukan sendiri Hiemlich Manuver jika perlu. Lakukan kaedah ini sehingga bendasing keluar.

Sekiranya mangsa pengsan Baringkan mangsa dalam keadaan melentang. Periksa mulut mangsa bagi menentukan terdapat atau tidak bendasing.

Lakukan kaedah Heimlich Manuver atau chest compression berselang seli dengan memeriksa mulut mangsa bagi menentukan bendasing keluar atau tidak. Lakukannya sehingga bendasing keluar. Setelah keluar, periksa gerak nadi mangsa. Jika tiada lakukan CPR. Dapatkan bantuan perubatan.

2) BayiSekiranya mangsa sedar Angkat bayi dalam keadaan kaki ke atas dan kepala ke bawah. Beri tepukan di bahagian kiri kanan tulang belikat mangsa sehingga bendasing keluar. Dapatkan bantuan perubatan jika perlu.Sekiranya mangsa pengsan Baringkan mangsa secara melentang. Dongak kepala mangsa dan periksa mulutnya. Tiarapkan si mangsa dan berikan 5 tepukan di bahagian belakang mangsa. Kemudian telentangkan mangsa dan beri 5 tekanan jantung dari luar. Periksa mulut mangsa dan keluarkan bendasing jika terdapat. Lakukan kaedah ini sehingga bendasing dapat dikeluarkan. Lakukan CPR jika pernafasan dan pergerakan jantung terhenti. Dapatkan bantuan perubatan segera.

Page 16: Nota Tambahan

Rawatan Terhenti Pernafasan Oleh Kejutan Elektrika) Tutup dan cabut plug terlebih dahulu atau alih wayar berarus elektrik dengan menggunakan kayu yang kering atau benda yang tidak mengalirkan arus elektrik dengan baik.b) Pastikan ahli pertolongan cemas memakai kasut getah semasa menghadapi keadaan.c) Bawa mangsa ke tempat selamat dan betulkan saluran pernafasan mangsa. Periksa pernafasan dan gerak nadi. Lakukan CPR jika pernafasan dan nadi terhenti.d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.e) Dapatkan rawatan perubatan segera.

Resusitasi kardiopulmonari (Bahasa Inggeris: Cardiopulmonary resuscitationCPR) adalah

prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak

sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan

secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini ditunjukkan pada seseorang

yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau pernafasan tidak normal, sebagai contoh

pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam atau di luar hospital.

CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada kadar

sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran buatan dengan

mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat boleh membekalkan

pernafasan dengan samaada menghembus ke dalam mulut mangsa atau menggunakan peranti

yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses menberikan pengudaraan luaran dikenali

sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa menekankan pemampatan dada berkualiti tinggi

melebihi bantuan pernafasan; kaedah CPR dipermudahkan membabitkan pemampatan dada hanya

digalakkan bagi penyelamat tidak terlatih.

CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya adalah

memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. CPR boleh

menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk menjayakan

resusitasi tanpa kerosakan otak yang berkekalan. Pemberian renjatan elektrik kepada jantung

(defibrilasi) biasanya diperlukan untuk memulihkan nadi jantung yang berdaya hidup. Defibrilasi

berkesan untuk ritma-ritma jantung tertentu sahaja, iaitu fibrilasi ventrikel atau takikardia ventrikel

tanpa nadi, bukan asistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi. Bagaimanapun, CPR boleh mencetuskan

ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya diteruskan sehingga pesakitnyapulih peredaran

spontannya (ROSC) atau disahkan mati.

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Budaya Pembelajaran Pendidikan

Page 17: Nota Tambahan

Kesihatan Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan menekankan amalan gaya hidup yang sihat. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui peningkatan pengetahuan, pengalaman dan amalan yang meliputi: x Penglibatan murid secara penghayatan ilmu x Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat x Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan Selain dokumen Sukatan Pelajaran, guru juga perlu merujuk kepada dokumen Huraian Sukatan Pelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan mengandungi perincian kurikulum untuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Tahap I dan II serta Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu : 1. Kesihatan Diri dan Keluarga Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara proses berterusan. Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan. 2. Gaya Hidup Sihat Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan. Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan penyakit. 3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran secara berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan. Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.