bab 4 terbaik (tambahan nota)

16
BAB 4: PEMBIAKAN (continue..) Some Revision Male Reproductive Cell Female Reproductive Cell

Upload: mohamad-tarmizi

Post on 16-Feb-2015

303 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SCIENCE CHAPTER 4 FORM 3 : PEMBIAKAN

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 4 Terbaik (Tambahan Nota)

BAB 4: PEMBIAKAN (continue..)

Some Revision

Male Reproductive Cell Female Reproductive Cell

Page 2: BAB 4 Terbaik (Tambahan Nota)

The Menstrual Cycle (Kitaran Haid)

Page 3: BAB 4 Terbaik (Tambahan Nota)

Fertilization and Pregnancy (Persenyawaan Dan Kehamilan)

No

Process

1.

2.

Page 4: BAB 4 Terbaik (Tambahan Nota)

3.

Summary :

Page 5: BAB 4 Terbaik (Tambahan Nota)

SISTEM PEMBIAKAN SEKS TUMBUHAN BERBUNGA

1. Organ pembiakan bagi tumbuhan ialah bunga

Struktur Bunga

2. Bahagian dan fungsi setiap bahagian bunga adalah seperti berikut :

Bahagian FungsiRanggi (Petals) Menarik perhatian seranggaSepal (Sepals) Melindungi bunga daripada peringkap kudupNektari (Nectary) Menghasilkan nectarAnter (Anthers) Menghasilkan butir debungaButir berbunga (Pollen Grain) Mengandungi sel-sel pembiakan jantanFilamen (Filement) Memegang anterStigma (Stigma) Tempat menerima debungaStil (Style) Menghubungkan stigma dengan ovariOvari (Ovary) Menghasilkan ovul yang mengandungi gamet betinaOvul (Ovule) Gamet betina untuk persenyawaan menghasilkan biji benih

3. Stamen ialah organ pembiakan jantan bunga. Setiap stamen terdiri daripada filamen dan anter yang menghasilkan butir debunga.

4. Pistil ialah organ pembiakan betina bunga. Ia terdiri daripada stigma,stil,ovari, dan ovul.

5. Bunga boleh dikelaskan kepada dua jenis yang utama : Bunga uniseks – yang mempunyai organ penbiakan jantan dan organ pembiakan

betina pada bunga yang berasingan. Contohnya bunga jagung dan betik. Bunga biseks – yang mempunyai kedua-dua organ penbiakan jantan dan organ

pembiakan betina pada sekumtum bunga yang sama. Contohnya bunga raya dan bunga semarak api.

Page 6: BAB 4 Terbaik (Tambahan Nota)

Pendebungaan

1. Pendebungaan ialah process pemindahan butir debunga dari anter ke stigma bunga.2. Pemindahan debunga dari stamen ke stigma dilakukan oleh agen-agen pendebungaan

yang berikut : a) Serangga : Seperti lebah,rama-rama, semut dan kupu-kupu, hinggap pada bunga

untuk menghisap nektar. Debunga melekat pada badan dan kakinya yang berbulu. Mereke terbang ke bunga yang lain dan memindahkan debunga ke stigma bunga itu.

b) Haiwan : Seperti burung dan kelawar yang menghisap nektar akan membawa debunga yang melekat pada bulu dari satu bunga ke bunga yang lain.

c) Angin : Meniupkan debunga berterbangan di udara dan akhirnya sampai ke stigma bunga yang lain.

d) Aliran air : aliran air yang akan menghanyutkan debunga yang terapung-apung ke stigma bunga yang lain. Tumbuhan akuatik tertentu adalah didebungakan oleh agen air.

e) Manusia : Manusia yang mengumpulkan debunga daripada bunga yang tertentu dan kemudiannya menaburkannya kepada stigma bunga yang lain untuk tujuan menambahkan hasil tanaman dan menyediakan baka (biji benih) tanaman yang lebih baik.

3. Perbezaan bunga yang didebungakan oleh serangga (atau burung) dan angin adalah seperti berikut :

Ciri Didebungakan oleh serangga Dedebungakan oleh anginSaiz bunga Besar KecilWarna ranggi Berwarna terang Berwarna putih atau pudarNektari Menghasilkan nektar Tidak menghasilkan nektarBau Berbau Tidak berbauStamen Filamen pendek dan anter

kecilFilament panjang dan anter besar

Butir debunga Bilangan yang sedikit tetapi besar dan melekit

Bilangan banyak tetapi kecil dan ringan

Stigma Pendek dan melekit Panjang, berbulu dan terdedah di luar bunga

Stil Pendek PanjangTangkal Bunga Pendek Panjang

Page 7: BAB 4 Terbaik (Tambahan Nota)

Comparison of characteristics of flowers pollinated by insect and wind

Page 8: BAB 4 Terbaik (Tambahan Nota)

4. Pedebungaan sendiri – pemindahan debunga dari anter ke stigma pada bunga yang sama atau bunga lain daripada pokok yang sama.

5. Pedebungaan kacup – pemindahan debunga dari anter ke stigma bunga pada pokok yang berlainan tetapi daripada jenis yang sama.

6. Kelebihan pedebungaan kacup ialah :a) Membolehkan variasi baka pada hasil kacukanb) Menghasilkan anak yang mempunyai cirri-ciri yang lebih baik seperti :

I. Hasil yang banyakII. Kualiti bunga, benih dan buah yang lebih baik

III. Lebih rintangan terhadap penyakitIV. Masa tumbesaran yang singkatV. Kadar hidup yang lebih tinggi

7. Plants have a higher tendency to carry out cross-pollination and to avoid self-pollination.(Tumbuhan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk perdebungaan kacuk berbanding pendebungaan sendiri). Ini kerana :

Page 9: BAB 4 Terbaik (Tambahan Nota)

Comparison between self-pollination and cross-pollination

8. Aplikasi pendebungaan kacuk dalam bidang pertanian :a) Padi jenis MR103 dan MR106 ialah padi kacukan yang mempunyai buah yang

lebat.b) Jagung masmadu ialah hasil kacukan yang bersifat lebih manis dan lebih besarc) Tenera ialah kacukan kelapa sawit Dura dan Pisifera yang menghasilkan minyak

yang banyak dan bermutu.

Penbentukan biji benih dan buah pada tumbuhan

1. Gamet jantan bunga terdapat di dalam debunga manakala gamet betina pula terdapat di dalam ovul.

2. Debunga akan jatuh di atas stigma akan mengeluarkan tiub debunga masuk ke dalam stigma dan memanjang ke stil (style) sehingga sampai ke ovari.

3. Di dalam ovary, gamet jantan pada hujung tiub debunga akan bergerak dan bercamtum dengan gamet betina di dalam ovul untuk membentuk zigot.

4. Selepas pensenyawaan :a) Ovul akan membesar menjadi biji benih.b) Ovari pula akan membesar menjadi buahc) Ranggi, sepal dan stamen akan layu dan gugur.

Konsep percambahan biji benih

1. Zigot membahagi dan menjadi embrio biji benih. Bahagian lain ovul berkembang untuk membentuk kotiledon dan testa biji benih.

Page 10: BAB 4 Terbaik (Tambahan Nota)

2. Bahagian dan fungsi dalam biji benih adalah seperti berikut :

Bahagian Fungsia) Kulit luar

i. Lapisan testaii. Mikropil

iii. Hilum

Lapisan kulit luar yang melindungi biji benih Liang kecil yang membenarkan air dan udara masuk ke

dalam biji benih Bahagian pada biji benih untuk pelekatan biji benih kepada

pembentukan ovari (dinding buah)b) Embrio

i. Plumulii. Radikel

Tumbuh membentuk batang dan pucuk tumbuhan Tumbuh membentuk akar tumbuhan

c) Kotiledon atau endosperma

Bahagian simpanan makanan kanji yang akan digunakan oleh embrio semasa percambahan

3. Percambahan ialah proces pertumbuhan biji benih menjadi tumbuhan muda4. Percambahan memerlukan air, oksigen dan udara dan suhu yang sesuai.

a) Air : air diserap masuk ke dalam biji benih untuk mempergiat tindak balas enzim terutamanya menukarkan makanan simpanan di dalam kotiledon untuk menghasilkan tenaga. Air juga penting untuk melembutkan testa dan mengembangkan kotiledon untuk merekahkan testa.

b) Oksigen : oksigen daripada udara dan diperlukan untuk respirasi sel. Tenaga yang terbebas diperlukan untuk percambahan biji benih.

c) Suhu : suhu yang sesuai ialah antara 29 degree hingga 35 degree supaya enzim dapat berfungsi dengen cekap dan sempurna.

5. Process percambahan

a) Air yang meresap masuk melalui mikropil akan melembutkan testa serta mempergiatkan tindakan enzim untuk pertumbuhan.

b) Kotiledon yang menyerap air akan mengembang dan merekahkan testa yang dilembutkan oleh air.

c) Radikel akan tumbuh ke bawah dan membentuk akar manakala plumul tumbuh ke atas untuk membentuk mata tunas yang membesar menjadi pucuk.

d) Akar akan terus memanjang dan pucuk akan mengeluarkan dedaun pertama.e) Anak benih mula membuat makanan sendiri melalui proces fotosintesis.f) Kotiledon yang membekalkan makanan kepada embrio akan semakin mengecut dan

akhirnya gugur.

6. Terdapat dua jenis percambahan.

Page 11: BAB 4 Terbaik (Tambahan Nota)

a) Percambahan epigeal yang membawa kotiledon keluar daripada tanah kerana pemanjangan hipokotil. Contohnya percambahan epigeal ialah bunga matahari dan kacang panjang.(Hipokotil : batang biji benih di bawah kotiledon)

Percambahan epigeal

b) Percambahan hypogeal berlaku apabila kotiledon ditinggalkan dalam tanah semasa pemanjangan epikotil. Contohnya ialah pokok jagung dan pokok getah.(Epikotil : batang biji benih di atas kotiledon)

Percambahan hypogeal

Pembiakan vegetative pada tumbuhan berbunga

1. Pembiakan vegetative ialah cara pembiakan aseks tumbuhan berbunga iaitu generasi baru tumbuhan boleh dihasilkan daripada bahagian induk tumbuhan tanpa perlu melalui percambahan biji benih.

2. Cara pembiakan ini tidak mengambil masa yang lama dan bergantung pada organ-organ vegetative yang bertindak sebagai organ pembiakan aseks.

3. Pembiakan vegetative boleh berlaku melalui :

Page 12: BAB 4 Terbaik (Tambahan Nota)

1. Batang di atas tanah seperti batang rayap.

Strawberry (Runner)2. Batang bawah tanah seperti

rizom, bebawang, umbisi, tuber dan sulur.

Kentang (Tuber)

Halia (rizom)3. Daun

4. Contoh – contoh organ tumbuhan iaitu organ pembiakan vegetative adalah seperti berikut:

Jenih pembiakan Contoh Cara pembiakanBatang rayap(Runner)

Rumput,Strawberi

Anak tunas dan akar tumbuh dari batang rayap yang tumbuh menjadi tumbuhan baru

Keratan batang(stem cutting)

Ubi kayu Anak tunas pada keratan batang akan tumbuh apabila ditanam di dalam tanah

Rizom (rhizome)

Halia, lalang Batang panjang mengeluarkan mata tunas yang akan membesar menjadi batang, akar dan daun

Bebawang(bulbs)

Bawang merah Mata tunas bertumbuh menjadi tumbuhan baru

Page 13: BAB 4 Terbaik (Tambahan Nota)

Umbisi(Corm)

Keladi Batang benkak dengan mata tunas yang tumbuh menegak di bawah tanah

Tuber(Tuber)

Kentang Tuber menghasilkan anak tunas

Sulur (sucker)

Pisang, nanas Anak pokok tumbuh dari dasar batang induk

Daun berisi(fleshy leaves)

Setawar Mata tunas di sisi daun yang berisi apabila anak tunas tertanggal daripada daun, mereka akan menjadi tumbuhan baru

5. Kelebihan dan kelemahan pembiakan vegetative

Kelebihan

I. Tidak memerlukan bantuan agen-agen luar seperti seranga atau angin untuk menjalankan perdebungaan dan pencaran biji benih atau buah

II. Tumbuhan baru boleh hidup dengan lebih baik kerana boleh mendapat makanan daripada induk sehingga dapat membuat makanan sendiri

III. Sifat-sifat istimewa induk dapat diwarisi kerana tumbuhan baru menyerupai induknya dari semua segi

IV. Process pembiakan vegetative adalah lebih cepat.

Kelemahan

I. Ia akan mengakibatkan kesesakan dan persaingan untuk mendapatkan keperluan hidup seperti cahaya, air dan garam mineral

II. Tiada variasi pada tumbuhan baru. Ini menyebabkan sesetengah tumbuhan baru tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat perubahan yang ketara pada persekitaran

III. Cirri-ciri kurang baik yang tidak diingini serta penyakit akan dipindah daripada induk ke tumbuhan baru kerana kedua-duanya sama dari semua segi